SEJARAH
RINGKAS
DAERAH
TANGKAK
Daerah Tangkak adalah sebuah daerah yang baru
diwujudkan di negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah
Tangkak ialah Bandar Tangkak. Sebelum ini Daerah
Tangkak dikenali sebagai kawasan Muar Utara.
Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah
Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh
Sungai Muar. Daerah Tangkak merangkumi bandar
Tangkak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom,
Sagil, Bukit Gambir, Kundang dan Kesang.
Pada asalnya, nama daerah ini ialah daerah Ledang.
Nama tersebut telah diambil bersempena dengan
nama sebuah gunung iaitu Gunung Ledang, gunung
tertinggi di negeri Johor. Kemudian, pada 7 Disember
2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan
Iskandar telah memberi perkenan nama "Tangkak"
bagi menggantikan nama daerah Ledang[6].
Daerah Tangkak telah menggariskan satu misi pelancongan yang
tersendiri iaitu Tangkak sebagai destinasi pelancongan utama
bertemakan 'Mystical Nature' dan pelancongan eko. Taman Hutan
Legenda Gunung Ledang yang menjadi pintu masuk ke puncak
gunung ada menyediakan persiapan lengkap bagi pelbagai aktiviti
yang ditawarkan.
Bandar Tangkak pula yang merupakan pusat daerah yang terkenal
sebagai bandar tekstil atau syurga kain suatu ketika dahulu. Dataran
Ledang pula menjadi titik fokus aktiviti masyarakat. Jelapang padi di
Sawah Ring, Teluk RImba dan Pulau Penarik menjadi salah satu
destinasi pelancongan eko terbaik berlatarbelakangkan Gunung
Ledang.
Pulau Penarik pula mempunyai tasik ladam semulajadi. Kesang Laut
pula menjadi tempat pendaratan hasil sungai seperti udang galah
dan ikan patin. Pengunjung dapat melihat kawasan perkampungan
nelayan di kawasan paya bakau.
Terdapat juga kawasan industri Everlasting Food yang menghasilkan
produk makanan dan minuman berasaskan beras perang, madu dan
sarang burung walid. Pekan Grisek pula menjadi tumpulan
pengunjung untuk mendapatkan udang galah dan ikan air tawar.
Kawasan Tangkak turut menjadi pembekal cendawan segar yang
dihasilkan oleh C&C Mushroom. Anak benih cendawan bermutu tinggi
turut dihasilkan.
Pelbagai hidangan istimewa untuk pengunjung tersedia seperti di
Parit Karang Laut, tempat sajian ikan segar serta makanan laut lain
seperti kerang kupang dan sebagainya. Menu asam pedas yang
dicampur sawi jeruk juga menu utama sebagai tarikan di daerah ini.
Terdapat juga durian Tangkak yang menjadi pembekal durian terbesar
di asia tenggara.
Pelbagai lagi daya tarikan ekopelancongan di Tangkak yang
berpotensi untuk dibangunkan!
7. TIADA PUSAT
MEMBELI BELAH
UTAMA
KEKURANGAN DI DAERAH
TANGKAK
8. PENGURUSAN HAK
MILIK TANAH YANG
KURANG BERKESAN
9. BANDAR YANG
TIDAK MESRA
WARGA EMAS
ALAM
SEKITAR
BANDAR
TANGKAK
GUNUNG LEDANG DALAM TALIAN
Segala tempahan aktiviti di Gunung Ledang boleh dilakukan
secara dalam talian menggunakan sistem yang stabil
LANDSKAP TANGKAK LEBIH HIJAU
Bahu-bahu jalan akan dihias dengan lebih banyak
tumbuhan hijau. Satu rumah satu pasu!
TIADA PEMBAKARAN TERBUKA
Tiada lagi pembakaran terbuka di kawasan bandar
Tangkak yang dikelilingi kampung.
EKONOMI
BANDAR
TANGKAK
UPTOWN UPGRADE!
Mewujudkan persekitaran fizikal yang lebih kondusif untuk
uptown Tangkak
PENGHANTARAN MAKANAN LEBIH
MELUAS
Kedai makan di kampung-kampung juga perlu berdaftar
dengan syarikat penghantaran makanan.
MENGHIDUPKAN PUSAT JAJA AIR
TERJUN GUNUNG LEDANG
Pusat penjaja di kawasan Gunung Ledang perlu
dihidupkan semula setelah sekian lama menyepi!
SOSIAL
BANDAR
TANGKAK
MEMPERKASAKAN ORGANISASI PEMUDA
Kelab Rakan Mudan dan Persatuan Mahasiswa Tangkak perlu
diberi perhatian oleh pihak berkuasa daerah
TANGKAK BANDAR HIDUP
Walaupun kedai-kedai di bangunan premis telah tutup,
dataran Ledang boleh digunakan untuk menghidupkan
suasana malam di Tangkak.
MENAIKTARAF RUMAH WARGA EMAS
Rumah warga emas di Tangkak yang usang perlu
ditukar.
ALAM
SEKITAR
BANDAR
TANGKAK
MANFAATKAN SEBAIKNYA SUMBER ALAM
Penambahan aktiviti di Gunung Ledang. Mewujudkan sistem
hidrolik di Gunung Ledang.
EKOPELANCONGAN BERTARAF DUNIA
Kawasan eko pelancongan di sekitar bandar Tangkak
perlu dinaiktaraf
TANGKAK BEBAS ASAP CEMAR
Banadar bebas asap rokok, pembakaran terbuka, asap
kenderaan dan sisa asap industri.
Jalan raya di kawasan bandar dijadikan sehala atas
pelbagai faktor.
EKONOMI
BANDAR
TANGKAK
PASAR RAYA BESAR TANGKAK
Mewujudkan sebuah pasar raya besar yang uatama bagi
masyarakat Tangkak.
PELUANG PEKERJAAN YANG
PROFESIONAL
Golongan muda di kawasan Tangkak akan terasa lebih
terjamin
MENJADIKAN TANGKAK BEBAS CUKAI
Tangkak akan menjadi kawasan pelancongan eko yang
utama di dunia dan tiada cukai dikenakan kepada
peloncong yang datang berkunjung ke bandar ini!
SOSIAL
BANDAR
TANGKAK
LALUAN KERETA API PERTAMA TANGKAK
Memastikan terdapat laluan kereta api yang disambungkan ke
kawasan Tangkak.
BANDAR SIHAT
Persatuan yang berkaitan kesihatan diperkasakan
seperti persatuan TaiChi
HUB PENDIDIKAN TANGKAK
Pusat pendidikan tinggi di tangkak dipusatkan.