SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 7
Baixar para ler offline
1
AKTA PENDIDIKAN 1996
( Akta 550 )
PENDAHULUAN
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan
dengannya.
BAHAWASANYA
Mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa
DAN BAHAWASANYA
Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan
nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global
DAN BAHAWASANYA
Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai
taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani,
moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang BERSATUPADU, DEMOKRATIK,
LIBERAL DAN DINAMIK.
DAN BAHAWASANYA
Adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti
bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya
DAN BAHAWASANYA
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara”.
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Terdiri daripada;
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah;
(d) pendidikan lepas menengah; dan
(e) pendidikan tinggi
2
BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA KURIKULUM KEBANGSAAN
HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH SEMUA SEKOLAH
SEKSYEN 130 KUASA MENTERI MEMBUAT PERATURAN
Tanpa menjejaskan kuasanya untuk membuat peraturan-peraturan di bawah mana-mana peruntukan
lain dalam Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan
peruntukan Akta ini.
PELAKSANAAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH BERKAITAN DISIPLIN DAN
KESELAMATAN
INSTITUSI SEKOLAH
Sekolah merupakan institusi sosial yang mengadunkan kebolehan intelektual, moral serta spiritual
murid-muridnya secara holistik
PIHAK BERKUASA SEKOLAH
Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu,
mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.
Walau bagaimana pun, di bawah peraturan tersebut Guru Besar boleh menurunkan kuasa disiplin dan
kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu tertakluk
kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkannya patut.Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar
juga diberi kuasa bagi menjaga disiplin di sekolah. Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar juga diberi
kuasa bagi menjaga disiplin di sekolah.
PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI
Di samping kuasa dan budi bicara pihak berkuasa disiplin, maka dalam pelaksanaannya mereka harus
mengamalkan keadilan ‘Natural Justice’.
Hak untuk didengar (hearing) Peraturan ini menentukan bahawaseseorang itu mempunyai hak untuk
dibicarakan iaitu hak untuk membela diri. Peluang yang diberi haruslah munasabah. Seseorang itu
belum boleh didapati bersalah sehingga dibuktikan Hukuman hendaklah setimpal dengan
kesalahannya
FAKTOR-FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAM DASAR GURU BESAR
TERHADAP HUKUMAN
Kesalahan yang dilakukan di luar kawasan sekolah.
Walau pun mengambil tindakan disiplin tidak dilarang, adalah lebih baik bagi Guru Besar menunggu
hasil keputusan mahkamah sebelum tindakan disiplin dikenakan.
3
Beratnya Kesalahan
Lebih serius salah laku itu maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan. Lebih kuat tujuan sesuatu
perbuatan salah laku itu, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, maka lebih beratlah pula hukuman
yang patut diberikan
Perwatakan dan Latar Belakang Murid
Pertimbangan hendaklah diberi juga kepada perwatakan, sejarah dan latar belakang murid yang
melakukan kesalahan.
Kekerapan kesalahan dan kesungguhan murid yang melakukannya
Lebih kerap kesalahan itu berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu melakukannya maka lebih
beratlah hukuman yang boleh dikenakan.
HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN
a) Pembuangan
b) Penggantungan
Penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki
kawasan sekolah atau menikmati sesuatau kemudahan sekolah tidak boleh lebih 14 hari
penggantungan.
c) Hukuman Dera (corporal punishment)
Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid-murid perempuan).
d) Penahanan (detention)
Penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat (delinquent) dengan cara
menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan penahanan itu
hendaklah menentukan masa dan jumlah jam seseorang itu ditahan.
e) Denda
Dalam hal sama ada denda sebagai satu hukuman terpulanglah kepada Guru Besar ingin
mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan seseorang murid
untuk membayar denda itu.
f) Amaran
Setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan
salah laku itu, berpendapat bahawa adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat
lagi.
4
ASPEK KESELAMATAN SEKOLAH JUGA MERUPAKAN ISU YANG TIDAK BOLEH DIKOMPROMI
DAN MEMERLUKAN TINDAKAN SECARA HOLISTIK
- LATAR BELAKANG
- ISU
- KESELAMATAN MURID
DATA PERJALANAN PERGI BALIK MURID SEKOLAH (10 BUAH NEGERI) 2008
BIL. CARA RENDAH MEN. JUMLAH %
1. Berjalan Kaki 256369 359999 616368 18.1
2. Berbasikal 210458 148178 358636 10.5
3. Motosikal 20672 102242 122914 3.6
4. Kereta Sendiri 0 20455 20455 0.6
5. Bas Sekolah 504542 426434 930976 27.4
6. Dihantar Penjaga 996612 349937 1346549 39.5
7. Bot / Perahu 896 3806 4702 0.1
8. Keretapi 736 6155 6891 0.21990285 1417206 3407491
KEMALANGAN MELIBATKAN KECEDERAAN SERIUS (10 BUAH NEGERI) 2008
BIL. JENIS KEMALANGAN RENDAH MEN. JUMLA H %
1. Berunsur Jenayah 30 823 853 23.2
2. Jalan Raya 378 1243 1621 44.2
3. Air 75 44 119 3.2
4. Bencana 239 27 266 7.3
5. Lain-Lain 178 632 810 22.1
JUMLAH 901 2769 3670 39.5
24.5% 75.5%
KEMALANGAN + PENYAKIT MELIBATKAN KEMATIAN (10BUAH NEGERI) 2008
BIL. JENIS KEMALANGAN RENDAH MEN. JUMLAH %
1. Berunsur Jenayah 3 8 11 3.6
2. Jalan Raya 16 74 90 29.2
3. Air 13 4 17 5.5
4. Bencana 3 2 5 1.6
5. Penyakit 59 88 147 47.7
6. Lain-Lain 17 21 38 12.3
JUMLAH 111 197 308
36.0% 64.0%
LOKASI KEMALANGAN (10 BUAH NEGERI ) 2008
BIL. LOKASI JUMLAH %
1. Dalam Sekolah 150 12.0
2. Luar Sekolah 1099 88.0
5
LOKASI KEMALANGAN (10 BUAH NEGERI) 2008
BIL. LOKASI JUMLAH %
1. Dalam Sekolah 150 12.0
2. Luar Sekolah 1099 88.0
MURID TERLIBAT KES SALAH LAKU (10 BUAH NEGERI) 2008
BIL. JENIS KES RENDAH MEN. JUMLAH %
1. Berunsur Jenayah 22 429 451 58.9
2. Hilang 2 74 76 9.9
3. Lumba Haram 0 50 50 6.5
4. Lain-Lain 36 154 190 24.8
JUMLAH 58 707 765
7.6% 92.4%
MURID TERLIBAT KES PERGADUHAN (10 BUAH NEGERI) 2008
BIL. KATEGORI RENDAH MEN. JUMLAH %
1. Sama Kaum 1592 1754 3346 73.6
2. Antara Kaum 309 894 1203 26.4
JUMLAH 1901 2648 4549
41.8% 58.2%
KONSEP KESELAMATAN MURID, KESEDARAN,PENGHAYATAN DAN PEMBUDAYAAN AMALAN
KESELAMATAN AKAN MEWUJUDKAN SEKOLAH YANG SELAMAT
ARAHAN KESELAMATAN dan PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH
RASIONAL
1. KERAP DIABAIKAN
2. SERING TERDEDAH RISIKO KESELAMATAN
3. KEUPAYAAN SEKOLAH YANG TERBATAS
MATLAMAT SEKOLAH YANG SELAMAT
OBJEKTIF
1. SEKOLAH MEMAHAMI, MENGHAYATI DAN MELAKSANAKAN OPERASI KESELAMATAN
2. SEKOLAH MEMBIMBING DAN MENASIHATI MURID AKAN AMALAN SELAMAT
3. MURID MENGAMALKAN CARA HIDUP SELAMAT DALAM DAN LUAR SEKOLAH
ARAHAN KESELAMATAN
1. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN AKTIVITI MURID
2. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI KRISIS DAN BENCANA
3. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH ARAHAN KESELAMATAN
4. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL
5. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI RISIKO
6
SETIAUSAHA
GURU
PENGERUSI
PENGETUA/GURU BESAR
TIMBALAN PENGERUSI
GURU PENOLONG KANAN HEM
JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI MURID
JAWATANKUASA PENGURUSAN KRISIS DAN BENCANA
JAWATANKUASA PENGURUSAN SOSIAL
JAWATANKUASA PENGURUSAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH
JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH
PENGURUSAN KESELAMATAN AKTIVITI MURID
ARAHAN KESELAMATAN
Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah
dari aspek perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa pengajaran & pembelajaran, aktiviti
kokurikulum, sukan dan permainan, aktiviti lawatan dan perkhemahan serta di asrama.
PENGURUSAN KESELAMATAN MENGHADAPI KRISIS DAN BENCANA
ARAHAN KESELAMATAN
Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah
dari aspek KESIAPSIAGAAN menghadapi sebarang risiko bencana termasuklah Banjir, Kebakaran,
Perubahan Cuaca Luar Biasa, Kilat & Ribut Petir, Tanah Runtuh, Gempa Bumi, Jerebu, Tsunami.
PENGURUSAN KESELAMATAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH
ARAHAN KESELAMATAN
Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah
dari aspek PEMANTAUAN dan PENYELENGGARAAN Fizikal Bangunan Sekolah, Pendawaian dan
Peralatan Elektrik, Retikulasi Air, Paip-Paip Gas, Perparitan dan Sistem Pembetungan, Lanskap
Sekolah, Tandas, Bilik Darjah, Bilik-Bilik Khas, Asrama, Gelanggang Permainan dan Persekitaran
Kawasan Sekolah.
PENGURUSAN KESELAMATAN MENANGANI GEJALA SOSIAL
ARAHAN KESELAMATAN
Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak
sekolah dalam mendidik tingkahlaku warganya serta menangani dan mengurangkan kes-kes
gejala sosial yang termasuklah Buli, Keharmonian Kaum, Gangguan Seksual dan Gangguan Emosi.
PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI RISIKO
ARAHAN KESELAMATAN
Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah
dalam menghadapi situasi yang boleh mendatangkan bahaya, ancaman, kecederaan dan kehilangan
nyawa di luar sekolah. Keadaan/Tempat risiko termasuklah Sungai, Laut, Air Terjun, Longkang Besar,
7
Lombong, Tasik, Paya, Kolam Kumbahan, Jalan Raya, Jalan Keretapi, Pencawang Elektrik, Tanah
Mendap, Belukar, Titi dan Jambatan, Bangunan Terbiar, Rumah Kosong dan kawasan dalam
Pembinaan.
PANDUAN PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH
Menggunakan Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah yang digunakan oleh sekolah dalam
membuat penarafan kendiri berkaitan keselamatan sekolah masing-masing. Instrumen ini
mengandungi 70 item daripada 5 aspek keselamatan yang hendak dinilai. Setiap item perlu diberi skor
yang telah ditetapkan dan skor yang dipilih hendaklah berasaskan kepada data dan maklumat yang
betul dan tepat.
MATLAMAT
Memberi penarafan keselamatan yang standard untuk semua sekolah
PELAKSANAAN
Lima aspek keselamatan yang dinilai.
a. Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid
b. Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah
c. Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial
d. Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana
e. Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman
PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH
PERATUS PENCAPAIAN PIAWAIAN SEKOLAH
1. 80 -100 SEKOLAH SELAMAT
2. 50 -79 MEMERLUKAN PENINGKATAN TAHAP KESELAMATAN SEKOLAH
3. 0 -49 PERHATIAN KHUSUS TERHADAP KESELAMATAN SEKOLAH
SATU MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
TERIMA KASIH

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosialaishahwan
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran KomunikasiKepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran KomunikasiJun Sahrul
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori BehaviorismeLor Lagi
 
Pengenalan Etika, Akhlak dan Moral
Pengenalan Etika, Akhlak dan MoralPengenalan Etika, Akhlak dan Moral
Pengenalan Etika, Akhlak dan MoralThomas Mon
 
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanBNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanMagdalinaNdong
 
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...FaFai S.
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiriVince Here
 
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)Pembelajaran Campuran (Blended Learning)
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)izzatikamiziWanKamiz
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureSuhailah Fauzi
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologiCik BaCo
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 

Mais procurados (20)

Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran KomunikasiKepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
 
Maksud nilai
Maksud nilaiMaksud nilai
Maksud nilai
 
Definisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaranDefinisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaran
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Pengenalan Etika, Akhlak dan Moral
Pengenalan Etika, Akhlak dan MoralPengenalan Etika, Akhlak dan Moral
Pengenalan Etika, Akhlak dan Moral
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanBNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
 
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiri
 
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)Pembelajaran Campuran (Blended Learning)
Pembelajaran Campuran (Blended Learning)
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurture
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 

Semelhante a Akta pendidikan 1996

Semelhante a Akta pendidikan 1996 (20)

CERAMAH_1_PENGURUSAN_DISIPLIN sekolah 01
CERAMAH_1_PENGURUSAN_DISIPLIN sekolah 01CERAMAH_1_PENGURUSAN_DISIPLIN sekolah 01
CERAMAH_1_PENGURUSAN_DISIPLIN sekolah 01
 
up-ptk smp 017.pdf
up-ptk smp 017.pdfup-ptk smp 017.pdf
up-ptk smp 017.pdf
 
Ceramah 1 pengurusan_disiplin
Ceramah 1 pengurusan_disiplinCeramah 1 pengurusan_disiplin
Ceramah 1 pengurusan_disiplin
 
vdocuments.mx_pembentangan-hem.ppt
vdocuments.mx_pembentangan-hem.pptvdocuments.mx_pembentangan-hem.ppt
vdocuments.mx_pembentangan-hem.ppt
 
1.1.docx
1.1.docx1.1.docx
1.1.docx
 
Bab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplinBab9 pengurusan disiplin
Bab9 pengurusan disiplin
 
Program-Kerja-7-k-SD.docx
Program-Kerja-7-k-SD.docxProgram-Kerja-7-k-SD.docx
Program-Kerja-7-k-SD.docx
 
Dyna
DynaDyna
Dyna
 
Tajuk 2 done
Tajuk 2 doneTajuk 2 done
Tajuk 2 done
 
Handbook Hukum & Etika Bisnis TUTI ALAWIYAH 2226029.pptx
Handbook Hukum & Etika Bisnis TUTI ALAWIYAH 2226029.pptxHandbook Hukum & Etika Bisnis TUTI ALAWIYAH 2226029.pptx
Handbook Hukum & Etika Bisnis TUTI ALAWIYAH 2226029.pptx
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
TATA TERTIB SISWA SDIT AL.docx
TATA TERTIB SISWA SDIT AL.docxTATA TERTIB SISWA SDIT AL.docx
TATA TERTIB SISWA SDIT AL.docx
 
kelompok_2.docx
kelompok_2.docxkelompok_2.docx
kelompok_2.docx
 
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
 
TUGAS 1 HUKUM DAN ETIKA BISNIS_TUTI ALAWIYAH 2226029.pptx
TUGAS 1 HUKUM DAN ETIKA BISNIS_TUTI ALAWIYAH 2226029.pptxTUGAS 1 HUKUM DAN ETIKA BISNIS_TUTI ALAWIYAH 2226029.pptx
TUGAS 1 HUKUM DAN ETIKA BISNIS_TUTI ALAWIYAH 2226029.pptx
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruan
 
Tajuk 2 done
Tajuk 2 doneTajuk 2 done
Tajuk 2 done
 
Ptk asli
Ptk asliPtk asli
Ptk asli
 
Ptk asli
Ptk asliPtk asli
Ptk asli
 
Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008
Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008
Tatacara disiplin murid 8 . 4 . 2008
 

Akta pendidikan 1996

  • 1. 1 AKTA PENDIDIKAN 1996 ( Akta 550 ) PENDAHULUAN Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. BAHAWASANYA Mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa DAN BAHAWASANYA Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global DAN BAHAWASANYA Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang BERSATUPADU, DEMOKRATIK, LIBERAL DAN DINAMIK. DAN BAHAWASANYA Adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan; ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Terdiri daripada; (a) pendidikan prasekolah; (b) pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; (d) pendidikan lepas menengah; dan (e) pendidikan tinggi
  • 2. 2 BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA KURIKULUM KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH SEMUA SEKOLAH SEKSYEN 130 KUASA MENTERI MEMBUAT PERATURAN Tanpa menjejaskan kuasanya untuk membuat peraturan-peraturan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini. PELAKSANAAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH BERKAITAN DISIPLIN DAN KESELAMATAN INSTITUSI SEKOLAH Sekolah merupakan institusi sosial yang mengadunkan kebolehan intelektual, moral serta spiritual murid-muridnya secara holistik PIHAK BERKUASA SEKOLAH Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu. Walau bagaimana pun, di bawah peraturan tersebut Guru Besar boleh menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkannya patut.Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar juga diberi kuasa bagi menjaga disiplin di sekolah. Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar juga diberi kuasa bagi menjaga disiplin di sekolah. PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI Di samping kuasa dan budi bicara pihak berkuasa disiplin, maka dalam pelaksanaannya mereka harus mengamalkan keadilan ‘Natural Justice’. Hak untuk didengar (hearing) Peraturan ini menentukan bahawaseseorang itu mempunyai hak untuk dibicarakan iaitu hak untuk membela diri. Peluang yang diberi haruslah munasabah. Seseorang itu belum boleh didapati bersalah sehingga dibuktikan Hukuman hendaklah setimpal dengan kesalahannya FAKTOR-FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAM DASAR GURU BESAR TERHADAP HUKUMAN Kesalahan yang dilakukan di luar kawasan sekolah. Walau pun mengambil tindakan disiplin tidak dilarang, adalah lebih baik bagi Guru Besar menunggu hasil keputusan mahkamah sebelum tindakan disiplin dikenakan.
  • 3. 3 Beratnya Kesalahan Lebih serius salah laku itu maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan. Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku itu, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, maka lebih beratlah pula hukuman yang patut diberikan Perwatakan dan Latar Belakang Murid Pertimbangan hendaklah diberi juga kepada perwatakan, sejarah dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan. Kekerapan kesalahan dan kesungguhan murid yang melakukannya Lebih kerap kesalahan itu berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu melakukannya maka lebih beratlah hukuman yang boleh dikenakan. HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN a) Pembuangan b) Penggantungan Penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau menikmati sesuatau kemudahan sekolah tidak boleh lebih 14 hari penggantungan. c) Hukuman Dera (corporal punishment) Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid-murid perempuan). d) Penahanan (detention) Penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat (delinquent) dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam seseorang itu ditahan. e) Denda Dalam hal sama ada denda sebagai satu hukuman terpulanglah kepada Guru Besar ingin mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan seseorang murid untuk membayar denda itu. f) Amaran Setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu, berpendapat bahawa adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.
  • 4. 4 ASPEK KESELAMATAN SEKOLAH JUGA MERUPAKAN ISU YANG TIDAK BOLEH DIKOMPROMI DAN MEMERLUKAN TINDAKAN SECARA HOLISTIK - LATAR BELAKANG - ISU - KESELAMATAN MURID DATA PERJALANAN PERGI BALIK MURID SEKOLAH (10 BUAH NEGERI) 2008 BIL. CARA RENDAH MEN. JUMLAH % 1. Berjalan Kaki 256369 359999 616368 18.1 2. Berbasikal 210458 148178 358636 10.5 3. Motosikal 20672 102242 122914 3.6 4. Kereta Sendiri 0 20455 20455 0.6 5. Bas Sekolah 504542 426434 930976 27.4 6. Dihantar Penjaga 996612 349937 1346549 39.5 7. Bot / Perahu 896 3806 4702 0.1 8. Keretapi 736 6155 6891 0.21990285 1417206 3407491 KEMALANGAN MELIBATKAN KECEDERAAN SERIUS (10 BUAH NEGERI) 2008 BIL. JENIS KEMALANGAN RENDAH MEN. JUMLA H % 1. Berunsur Jenayah 30 823 853 23.2 2. Jalan Raya 378 1243 1621 44.2 3. Air 75 44 119 3.2 4. Bencana 239 27 266 7.3 5. Lain-Lain 178 632 810 22.1 JUMLAH 901 2769 3670 39.5 24.5% 75.5% KEMALANGAN + PENYAKIT MELIBATKAN KEMATIAN (10BUAH NEGERI) 2008 BIL. JENIS KEMALANGAN RENDAH MEN. JUMLAH % 1. Berunsur Jenayah 3 8 11 3.6 2. Jalan Raya 16 74 90 29.2 3. Air 13 4 17 5.5 4. Bencana 3 2 5 1.6 5. Penyakit 59 88 147 47.7 6. Lain-Lain 17 21 38 12.3 JUMLAH 111 197 308 36.0% 64.0% LOKASI KEMALANGAN (10 BUAH NEGERI ) 2008 BIL. LOKASI JUMLAH % 1. Dalam Sekolah 150 12.0 2. Luar Sekolah 1099 88.0
  • 5. 5 LOKASI KEMALANGAN (10 BUAH NEGERI) 2008 BIL. LOKASI JUMLAH % 1. Dalam Sekolah 150 12.0 2. Luar Sekolah 1099 88.0 MURID TERLIBAT KES SALAH LAKU (10 BUAH NEGERI) 2008 BIL. JENIS KES RENDAH MEN. JUMLAH % 1. Berunsur Jenayah 22 429 451 58.9 2. Hilang 2 74 76 9.9 3. Lumba Haram 0 50 50 6.5 4. Lain-Lain 36 154 190 24.8 JUMLAH 58 707 765 7.6% 92.4% MURID TERLIBAT KES PERGADUHAN (10 BUAH NEGERI) 2008 BIL. KATEGORI RENDAH MEN. JUMLAH % 1. Sama Kaum 1592 1754 3346 73.6 2. Antara Kaum 309 894 1203 26.4 JUMLAH 1901 2648 4549 41.8% 58.2% KONSEP KESELAMATAN MURID, KESEDARAN,PENGHAYATAN DAN PEMBUDAYAAN AMALAN KESELAMATAN AKAN MEWUJUDKAN SEKOLAH YANG SELAMAT ARAHAN KESELAMATAN dan PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH RASIONAL 1. KERAP DIABAIKAN 2. SERING TERDEDAH RISIKO KESELAMATAN 3. KEUPAYAAN SEKOLAH YANG TERBATAS MATLAMAT SEKOLAH YANG SELAMAT OBJEKTIF 1. SEKOLAH MEMAHAMI, MENGHAYATI DAN MELAKSANAKAN OPERASI KESELAMATAN 2. SEKOLAH MEMBIMBING DAN MENASIHATI MURID AKAN AMALAN SELAMAT 3. MURID MENGAMALKAN CARA HIDUP SELAMAT DALAM DAN LUAR SEKOLAH ARAHAN KESELAMATAN 1. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN AKTIVITI MURID 2. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI KRISIS DAN BENCANA 3. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH ARAHAN KESELAMATAN 4. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL 5. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI RISIKO
  • 6. 6 SETIAUSAHA GURU PENGERUSI PENGETUA/GURU BESAR TIMBALAN PENGERUSI GURU PENOLONG KANAN HEM JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI MURID JAWATANKUASA PENGURUSAN KRISIS DAN BENCANA JAWATANKUASA PENGURUSAN SOSIAL JAWATANKUASA PENGURUSAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH PENGURUSAN KESELAMATAN AKTIVITI MURID ARAHAN KESELAMATAN Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah dari aspek perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa pengajaran & pembelajaran, aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan, aktiviti lawatan dan perkhemahan serta di asrama. PENGURUSAN KESELAMATAN MENGHADAPI KRISIS DAN BENCANA ARAHAN KESELAMATAN Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah dari aspek KESIAPSIAGAAN menghadapi sebarang risiko bencana termasuklah Banjir, Kebakaran, Perubahan Cuaca Luar Biasa, Kilat & Ribut Petir, Tanah Runtuh, Gempa Bumi, Jerebu, Tsunami. PENGURUSAN KESELAMATAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH ARAHAN KESELAMATAN Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah dari aspek PEMANTAUAN dan PENYELENGGARAAN Fizikal Bangunan Sekolah, Pendawaian dan Peralatan Elektrik, Retikulasi Air, Paip-Paip Gas, Perparitan dan Sistem Pembetungan, Lanskap Sekolah, Tandas, Bilik Darjah, Bilik-Bilik Khas, Asrama, Gelanggang Permainan dan Persekitaran Kawasan Sekolah. PENGURUSAN KESELAMATAN MENANGANI GEJALA SOSIAL ARAHAN KESELAMATAN Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah dalam mendidik tingkahlaku warganya serta menangani dan mengurangkan kes-kes gejala sosial yang termasuklah Buli, Keharmonian Kaum, Gangguan Seksual dan Gangguan Emosi. PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI RISIKO ARAHAN KESELAMATAN Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah dalam menghadapi situasi yang boleh mendatangkan bahaya, ancaman, kecederaan dan kehilangan nyawa di luar sekolah. Keadaan/Tempat risiko termasuklah Sungai, Laut, Air Terjun, Longkang Besar,
  • 7. 7 Lombong, Tasik, Paya, Kolam Kumbahan, Jalan Raya, Jalan Keretapi, Pencawang Elektrik, Tanah Mendap, Belukar, Titi dan Jambatan, Bangunan Terbiar, Rumah Kosong dan kawasan dalam Pembinaan. PANDUAN PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH Menggunakan Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah yang digunakan oleh sekolah dalam membuat penarafan kendiri berkaitan keselamatan sekolah masing-masing. Instrumen ini mengandungi 70 item daripada 5 aspek keselamatan yang hendak dinilai. Setiap item perlu diberi skor yang telah ditetapkan dan skor yang dipilih hendaklah berasaskan kepada data dan maklumat yang betul dan tepat. MATLAMAT Memberi penarafan keselamatan yang standard untuk semua sekolah PELAKSANAAN Lima aspek keselamatan yang dinilai. a. Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid b. Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah c. Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial d. Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana e. Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH PERATUS PENCAPAIAN PIAWAIAN SEKOLAH 1. 80 -100 SEKOLAH SELAMAT 2. 50 -79 MEMERLUKAN PENINGKATAN TAHAP KESELAMATAN SEKOLAH 3. 0 -49 PERHATIAN KHUSUS TERHADAP KESELAMATAN SEKOLAH SATU MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN TERIMA KASIH