2. Hasil Pembelajaran
Mengenal pasti isu-isu dan cabaran
semasa(1.1)
Menghuraikan dengan contoh-contoh tentang
integrasi nasional (1.1)
3. Konsep Isu Dan Cabaran Pendidikan
ISU
KAMUS DEWAN (2007) – Perkara pokok
atau persoalan yang dibincangkan.
CABARAN
KAMUS DEWAN (2007) – Sesuatu unsur
atau faktor yang menguji kemampuan
dan ketabahan sesuatu organisasi.
4. Isu Dan Cabaran Semasa
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA(PIPP- 2013-2025)
7. Integrasi Nasional
“Malaysia tidaklah harus menjadi negara
yang maju dari segi ekonomi semata-
mata tetapi perlu merangkumi semua
aspek. Kita hendaklah mencapai
kemajuan sepenuhnya dari segi
perpaduan negara dan kesepaduan sosial,
ekonomi, keadilan sosial, kestabilan
politik, sistem pemerintahan, mutu
kehidupan, nilai-nilai sosial dan
kerohanian, selain mempunyai rasa
bangga dan keyakinan akan bangsa
sendiri. (Tun Dr. Mahathir Mohamad,The Way Forward
Vision 2020, 1991)
8. Definisi Perpaduan (Integrasi)
Satu proses yang menyatupadukan
anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta satu perasaan kebangsaan bersama
dalam kalangan mereka.
9. Perpaduan masyarakat merupakan
sebahagian komponen yang penting
daripada pembangunan negara. Oleh itu,
mustahak bagi kita meneliti latar
belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk
di negara kita (Sanusi Osman, 1989).
10. Sistem pendidikan merupakan salah satu
cara memupuk integrasi dan mewujudkan
perpaduan di antara kaum dan etnik.
Dari situlah pelbagai kaum atau etnik
dapat mempelajari nilai-nilai murni
sesuatu kaum dan sterusnya menghayati
proses sosialisasi secara mudah.
11. 1. Bahasa Malaysia
Menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan,
pelbagai strategi telah digubal untuk
mencapai matlamat perpaduan kaum
antaranya ialah menjadikan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar utama.
2. Kurikulum
Kurikulum yang seragam dan
berorientasikan Malaysia di semua sekolah
tanpa mengira bahasa pengantarnya juga
telah diperkenalkan.
12. 3. Pendidikan Kewarganegaraan
Unsur-unsur pendidikan
kewarganegaraan juga telah diterapkan
ke dalam semua mata pelajaran.
Pendidikan berperanan memupuk
semangat patriotik kepada negara di
kalangan pelajar sekolah. Di samping itu,
pendidikan turut membentuk sifat-sifat
toleransi, persefahaman dan tolak ansur
bagi melahirkan sebuah masyarakat yang
bersetupadu.
13. 4. Peruntukan & Perhatian
Peruntukan dan perhatian diberikan
dengan adil, tidak kira sama ada
bersekolah di dalam bandar atau di luar
bandar mahupun golongan yang tidak
bernasib baik.
Semua kaum atau etnik dapat menikmati
kemudahan yang sama dalam
pendidikan sama ada mereka bersekolah
di dalam bandar atau di luar bandar.
14. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan
seperti kerusi, meja, almari adalah
seragam di semua sekolah.
Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga
mendapat kemudahan-kemudahan yang
sama. Walaupun mereka menggunakan
bahasa penghantar yang berlainan tetapi
sukatan, buku teks, jadual waktu dan
peperiksaan diselaraskan secara berpusat.
15. Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak
disekat untuk untuk bersekolah di mana-
mana sekolah di negara kita. Mereka
boleh memilih sekolah pilihan masiang-
masing.
Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan
etnik lain untuk mempelajari bahasa dan
kebudayaaan kumpulan etnik masing-
masing patut dihormati dan diberi
perlindungan yang sewajarnya. Perubahan
ini hendaklah dilakukan secara saksama
dan adil.
16. Pupuk Integrasi Nasional
Akibat keretakan Integrasi Nasional
Perbezaan Agama dan Budaya
Ketidakpuasan hati
Kedudukan Geografi
Perkasa Bahasa Kebangsaan
Pemantapan aktiviti
Pupuk kefahaman
Dasar Pelajaran Kebangsaan
18. Pemupukan Integrasi Nasional
Melalui RIMUP
Kecemerlangan akademik
Sukan dan permainan
Ko-kurikulum
Khidmat masyarakat
Aktiviti berbentuk patriotik
19. Tindakan KPM Pupuk Intergrasi
Nasional
Sekolah sebagai alat perpaduan
Sistem persekolahan yang sama
Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Pendekatan kepada nilai
Seminar / Forum
20. SEKOLAH WAWASAN
Konsep belajar bersama-sama dibawah
satu bumbung / satu kawasan yang sama
tanpa kira kaum dan agama
Dua / tiga buah sekolah berlainan aliran
dan pentadbiran disatu tempat
21. Matlamat
1. Mewujudkan perpaduan
2. Memupuk semangat integrasi
3. Melahirkan sifat toleransi dan
persefahaman
4. Menggalakkan interaksi maksimum
22. Ciri-ciri
Pentadbiran & Pengurusan
i. dua / tiga aliran di satu kawasan
ii.sekolah masing-masing mempunyai nama sekolah yang
tersendiri termasuk lencana,lagu dll
iii.Pentadbiran yang berasingan
iv.Identiti asal sekolah dikekalkan
v.Berkongsi kemudahan seperti padang,kantin dll
vi. JK penyelaras dibentuk bagi selaras dari segi
kebersihan,keceriaan dan keselamatan. (terdiri daripada
guru besar dan 2 orang wakil guru setiap sekolah)
23. Ciri-ciri
Kurikulum dan Bahasa Pengantar
i. Menggunakan kurikulum kebangsaan
ii. Bahasa pengantar bagi SK adalah bahasa melayu
manakala SJKC dan SJKT menggunakan bahasa ibunda
masing-masing
iii.P&P mengikut aliran masing-masing.
iv.Gurunya mengikut norma perjawatan yang telah
ditetapkan
24. Ciri-ciri
Kokurikulum
i. Bahasa pengantar mengikut sekolah masing-masing
ii.Dalam pertandingan,setiap sekolah menghantar wakil
terbaik masing-masing
iii.Digalakkan mengadakan sukan tahunan,hari guru dll
secara bersama
iv.Perhimpunan bulanan adalah secara bersama
25.
26. PERBINCANGAN
APAKAH PERANAN GURU DALAM
MEMUPUK INTERGRASI NASIONAL
SEJAUH MANAKAH GURU MEMBERI
PEMAHAMAN KEPADA PELAJAR TENTANG
INTERGRASI NASIONAL