Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
1. 0
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH
DAN DASAR
TAJUK
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
KUMPULAN
EL-B36
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
HAMIDAH BINTI ASBULLEH D20102045949 019-5385962
EL-B36
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR MOHD UZI BIN DOLLAH
TARIKH SERAH: 13 NOVEMBER 2011
2. 1
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH
PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan di
Malaysia. Dalam bahagian pertama, unit ini memberi fokus kepada latar belakang
perkembangan pendidikan di Malaysia iaitu pendidikan yang hanya bercorak warisan dan
berlangsung secara tidak formal. Selepas kedatangan pihak Inggeris pelaksanaan pentadbiran
mula berubah kerana pihak Inggeris melaksanakan dasar pecah dan perintah. Ini
menyebabkan kaum yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada beberapa peringkat. Pihak
Inggeris juga memperkenalkan sekolah vernakular dalam perkembangan pendidikan
penduduk tempatan. Walaubagaimana pun, sistem pendidikan yang dibawa oleh pentadbiran
Inggeris ini bermatlamat untuk memecah belahkan kaum, iaitu pendidikan antara kaum di
beza-bezakan. Menyedari hal tersebut, selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah mengkaji
semula pendidikan di Malaysia. Sistem pendidikan era kemerdekaan menitik beratkan
pendidikan sebagai jentera perpaduan kaum di Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia
berkembang berasaskan kepada Penyata Razak 1956. Seterusnya kini, penyusunan semula
sistem pendidikan telah membawa kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah teras utama sistem pendidikan di Malaysia. Melalui
penyusunan semula sistem pendidikan ini, pihak kerajaan telah mensasarkan pendidikan
sebagai salah satu cara untuk memperkembangkan pembangunan negara disamping
pembangunan insan ketahap yang lebih tinggi dengan mengambil kira perpaduan kaum di
negara ini. Mampukah pendidikan menyatu padukan masyarakat yang terdiri dari pelbagai ras
dan bangsa ini dan sejauh manakah matlamat pendidikan mengubah nilai hidup sesuatu
masyarakat. Sesungguhnya, kemajuan sesuatu bangsa itu mengambarkan ketulusan
kepimpinan dalam sesebuah negara.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Pendidikan Pendidikan yang berlangsung secara tradisional dalam institusi
tradisional keluarga dan masyarakat. Bercorak warisan turun temurun dari
satu generasi ke satu generasi yang lain.
2. Dasar pecah dan Satu corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh pihak Inggeris
perintah di Tanah Melayu. Pentadbiran ini telah mewujudkan polarisasi
kaum. Setiap kaum yang terdapat di Tanah Melayu bebas
mengamalkan dan mengekalkan budaya dan warisan kaum
masing-masing.
3. Sekolah Vernakular Sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh pentadbiran
Inggeris. Sekolah ini adalah sekolah yang ditubuhkan
berasaskan etnik. Semua pentadbiran persekolahan diuruskan
oleh kaum masing-masing. Bahasa pengantar, kurikulum, buku
dan guru adalah tanggungjawab kaum masing-masing. Pihak
3. 2
Inggeris tidak masuk campur dalam urusan dan pentadbiran
sekolah mengikut etnik ini.
4. Falsafah Pendidikan Mendasari sistem pendidikan pada masa kini. Falsafah
Kebangsaan Pendidikan Kebangsaan ini ialah hala tuju kepada semua usaha
dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan.
Ketrampilan individu dalam semua aspek akan dapat dibentuk
melalui pendidikan.
5. Modal insan Merujuk kepada pembangunan insan. Pembentukan modal insan
yang cemerlang adalah hasil daripada pendidikan yang
seimbang dan harmonis meliputi unsur intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Kesempurnaan diri individu dalam aspek
kehidupan berlandaskan agama dan nilai moral akan membantu
pembangunan negara dan modal insan yang terdiri daripada
individu yang bermutu tinggi dalam semua bidang.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak memberi saya pengetahuan mengenai latar belakang sistem
pendidikan yang digunakan sekarang. Dari pembacaan unit ini, saya dapat memahami
kepentingan pendidikan kepada pembentukan individu. Ini dapat meningkatkan lagi
profesionalisme keguruan saya dalam alam pendidikan. Saya dapat memahami sejarah
pendidikan di Malaysia. Contohnya, bermula dari corak pentadbiran Inggeris yang tidak
mementingkan kewujudan masyarakat yang bersatu padu, namun mereka telah
membangkitkan semangat penduduk tempatan mengenai kepentingan pendidikan.
Maksudnya, kesedaran kepentingan pendidikan telah wujud semasa sistem pemerintahan
Inggeris. Perkembangan sistem pendidikan telah menjadi salah satu jentera perpaduan kaum
di Malaysia. Pendidikan yang telah disusun adalah bermatlamatkan kepada pembentukkan
modal insan yang akan membangunkan negara. Walaubagaimana pun, Pada pendapat saya,
sasaran negara dalam menerajui pendidikan yang bertaraf dunia masih sangat jauh untuk
dicapai sekiranya, metaliti dan sikap masyarakat yang terlalu mudah terpengaruh dengan
budaya luar dan masih mengalami kejutan budaya ini. Pembentukan semula masyarakat
seharusnya masih perlu dilaksanakan, memandangkan cabaran arus pembangunan kini
semakin tinggi nilainya. Hanya masyarakat dan individu yang berilmu dan berpendidikan
tinggi disamping pegangan agama yang kukuh, mampu untuk mengikut rentak dunia yang
semakin berkembang pesat kini.
4. 3
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) HURAIAN DAN
PENGHAYATAN
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini mengandungi 6 bahagian yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam fokus pertama ialah mengenai definisi falsafah dan falsafah pendidikan. Terdapat
berbagai pendapat yang berkaitan falsafah. Secara kesimpulannya, falsafah adalah satu usaha
yang dilakukan untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan. Oleh itu,
falsafah pendidikan merupakan satu usaha yang dilaksanakan agar pendidikan memberi
manfaat kepada rakyat dan negara. Yang kedua mengenai cabang falsafah. Terdapat empat
cabang falsafah iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Secara jelasnya cabang-
cabang falsafah ini membawa maksud yang berbeza. Antaranya, berkaitan kepercayaan, ilmu
pengetahuan, pemikiran dan nilai etika dan estetika. Manakalah fokus yang ketiga ialah
mengenai falsafah dari pandangan Barat dan Islam. Barat menjelaskan bahawa falsafah
pendidikan terbahagi kepada dua iaitu secara tradisional dan moden kontemporari .
Manakalah dari pandangan Islam, falsafah pendidikan yang dilaksanakan adalah meliputi
akal, rohani, jasmani dan nilai yang ditetapkan dengan berlandaskan kepada al-Quran. Fokus
yang keempat ialah mengenai kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek yang
tersurat dan tersirat. Aspek yang dititik beratkan dalam falsafah pendidikan di Malaysia
adalah meliputi kedua-dua falsafah Barat dan Islam. Kepentingan pendidikan adalah untuk
melahirkan warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga keharmonian
keluarga, masyarakat dan negara. Fokus seterusnya, ialah mengenai huraian kandungan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah disusun bagi memenuhi keperluan dan kehendak
pendidikan kepada masyarakat. Seterusnya, fokus yang terakhir adalah analisis pendidikan
negara dari segi bentuk, proses dan kesannya kepada masyarakat serta negara.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Falsafah Bermaksud kebijaksanaan dan kehikmahan. Manusia
memerlukan falsafah untuk mencari kebenaran. Bagi
mendapatkan kebenaran, manusia perlulah mempunyai akal
fikiran yang tajam, ilmu pengetahuan dan nilai kehidupan yang
teguh.
2. Mazhab Falsafah Menerangkan kepada pencarian kebenaran yang berfokuskan
idealisme dan akal, jiwa dan kerohanian. Mengikut mazhab ini, kebenaran itu
realisme boleh dibuktikan melalui penaakulan. Sesuatu realiti dapat
ditranformasikan ke dalam fikiran. Keupayaan berfikir melalui
celik akal dan intuiti akan dapat membentuk pengetahuan.
3. Falsafah Pendidikan Merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara yang
berhubung kait dengan pendidikan. Melalui penetapan falsafah
pendidikan, perancangan dan penetapan dasar, pengisian
program, penentuan isi kandungan kurikulum dan aspek
5. 4
pelaksanaan kurikulum akan dapat disusun mengikut
kepentingannya.
4. Falsafah Pendidikan Menjadikan pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan dari
Kebangsaan peringkat awal, sekolah dan selepas sekolah. Proses pendidikan
ialah melibatkan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran
individu. Melalui pendidikan, individu dapat
memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh dan
bersepadu. Pendidikan juga akan membentuk insan yang
seimbang dan harmonis serta percaya dan patuh kepada Tuhan.
Secara keseluruhannya, pendidikan yang dilaksanakan adalah
bagi membentuk modal insan yang cemerlang di dunia dan di
akhirat.
5. Potensi individu Merupakan salah satu aspek yang dititik beratkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap individu mempunyai
kebolehan dan keupayaan yang berbeza. Keupayaan dan
kebolehan ini tidak dapat dilihat dengan jelas. Oleh yang
demikian, potensi individu ini hendaklah diperkembangkan
dengan optimum. Melalui pendidikan, individu dapat
memperkembangkan potensi diri dari aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak membantu saya mengenal pasti kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam aspek keperluan pendidikan terutamanya. Selain itu, saya juga dapat
memahami konsep falsafah terhadap pendidikan. Sebagai seorang guru, kefahaman dan
penghayatan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan hendaklah mantap bagi
merealisasikan apa yang telah dirancanakan oleh kerajaan dan membentuk individu yang
bernilai tinggi di dunia dan di akhirat. Konsep falsafah yang dihuraikan dalam unit ini
membantu saya dalam mengetahui kenapa pendidikan amat perlu dan diperkembangkan.
Walaubagaimana pun, masih terdapat kelemahan yang perlu ditambah baik dalam unit ini.
Penyampaian maklumat mengenai falsafah terlalu panjang lebar dan mengelirukan. Pada
pendapat saya, huraian mengenai falsafah Barat dan Islam perlu diringkaskan dan fokus
kepada perkaitannyanya kepada pembentukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sahaja.
6. 5
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
3 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) PEMIKIRAN DAN AMALAN
DALAM PROFESION KEGURUAN
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan profesion keguruan. Dalam
bahagian yang pertama, berfokuskan kepada perbandingan konsep perguruan dan keguruan.
Aspek ini dikupas bagi memperbetulkan kekeliruan yang sering dialami oleh masyarakat
terutamanya guru itu sendiri dalam pendidikan. Bahagian yang kedua pula ialah mengenai
pembinaan dan perkembangan profesionalisme perguruan dari aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang perlu ada pada seorang guru yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru.
Bahagian ketiga pula, mengupas mengenai isi kandungan Falsafah Pendidikan Guru dalam
pembentukan guru yang berpotensi tinggi dalam profesionnya. Malah, Standard Guru
Malaysia merupakan satu lagi garis kompetensi yang harus dicapai oleh guru dalam dunia
pendidikan turut dibincangkan dalam bahagian keempat unit ini.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Perguruan Satu institusi yang menyediakan guru bagi menampung proses
pendidikan. Institusi perguruan berperanan dalam mencari dan
memilih guru dengan kelayakan yang rasional dari aspek
pengetahuan dan kemahiran dalam profesion keguruan.
Kurikulum yang diajar dalam institusi perguran adalah berkaitan
dengan ilmu-ilmu dan latihan-latihan pendidikan guru.
2. Keguruan Kerjaya sebagai guru dalam intitusi pendidikan yang
mempunyai ciri-ciri profesional tertentu. Seorang guru itu
hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan, berkemahiran dan
kecekapan yang tinggi dalam bidangnya. Ciri profesional dalam
diri seorang guru itu hendaklah menjurus kepada pengetahuan
tentang pedagogi umum, pengetahuan tentang kandungan
sesuatu mata pelajaran, pengetahuan tentang pedagogi
kandungan mata pelajaran, pengetahuan tentang kurikulum,
pengetahuan tentang pelajar, berpengetahuan tentang konteks
pendidikan dan berpengetahuan tentang matlamat, tujuan dan
nilai pendidikan.
3. Falsafah Pendidikan Merupakan panduan, amalan dan wawasan semua institusi yang
Guru Malaysia melahirkan guru di Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru
mengandungi sembilan perkara yang membentuk pemikiran dan
amalan profesionalisme keguruan iaitu berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara, menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, memelihara suatu masyarakat
yang demokratik, memelihara suatu masyarakat yang progresif
7. 6
dan memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.
4. Model Konseptual Merupakan satu rangka pelaksanaan dan matlamat berdasarkan
Pendidikan Guru kepada Falsafah Pendidikan Guru. Dalam Model ini guru boleh
memahami akauntabiliti diri sebagai seorang guru. Konseptual
ini mengandungi tiga dimensi utama iaitu Ketuhanan,
Kemasyarakatan dan Kendiri. Jelas bahawa tanggungjawab
seorang guru itu adalah menjurus kepada tiga dimensi ini dan
seharusnya guru menjadikan Model Konseptual ini sebagai satu
garis panduan untuk melaksanakan tugas sebagai seorang guru.
5. Standard Guru Merupakan piawaian yang menggariskan kompetensi
Malaysia profesional yang patut dicapai oleh guru-guru di Malaysia.
Tujuan utama kompetensi profesional guru ini ialah bagi
memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan
kelas pertama ke arah mencapai status negara maju pada tahun
2020. Justeru, guru perlu memahami, menunjukkan
kesungguhan dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam
melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha
untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak membantu saya dalam meningkatkan profesionalime keguruan
yang saya ceburi ini. Hal ini banyak memberi manfaat kepada saya terutamanya bagi
meningkatkan kualiti dan kompetensi dalam persediaan proses pengajaran dan pembelajaran.
Penerangan dan penjelasan yang sangat tersusun mengenai SGM juga dapat membantu saya
menjalankan tugas keguruan dengan lebih bersistematik dan tersusun. Walaubagaimana pun,
saya berpendapat unit ini masih perlukan penambah baikan dengan memberi kupasan yang
lebih jelas mengenai pelaksanaan SGM mengikut peringkat. Secara umumnya SGM hanya
diterangkan mengenai konsep dan pengertian sahaja. Saya cadangkan agar SGM lebih
mendapat tumpuan dan perlu penjelasan dengan skop yang lebih luas seperi peranan
pentadbiran dan pengurusan yang bertanggungjawab.
8. 7
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
4 DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan dasar dan hala tuju pendidikan di
Malaysia. Bahagian yang pertama memberi fokus kepada pengertian dasar dan konteksnya
dengan pendidikan yang menjadi satu garis panduan dan pembentuk disiplin keguruan
pendidik itu sendiri. Dalam bahagian kedua pula, unit ini membincangkan tentang dasar
dalam perkembangan pendidikan di Malaysia yang menjadi kata kunci kepada sistem
pendidikan yang diguna pakai kini. Selain itu, dasar dan hala tuju pendidikan di Malaysia
juga dikupas dengan menekankan ciri dan nilai yang diterapkan mengikut era pentadbiran di
Malaysia. Seterusnya, unit ini juga memberi kupasan kepada penggubalan dasar pendidikan
di Malaysia yang membawa kepada penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Dasar Dirujuk sebagai asas, tunjang, teras yag bertujuan untuk
mengukuhkan sesuatu perkara. Peringkat pengubalan dasar ialah
bermula dengan falsafah yang membawa kepada pembentukan
dasar dan seterusnya pembentukan sistem.
2. Dasar pendidikan Dalam konteks pendidikan, dasar merupakan sesuatu ketetapan
yang telah dikemukakan oleh penggubal. Tujuan utama
pembentukan dasar pendidikan ialah memberi kawalan, solusi
atau penyelesaian masalah, kebajikan atau perkhidmatan dan
inovasi. Dasar kawalan ialah dasar yang mendisiplinkan warga
pendidik. Dasar solusi pula merupakan dasar yang berkaitan
dengan penyelesaian masalah yang memberi tumpuan kepada
aspek sosial dan ekonomi. Manakalah dasar kebajikan pula
bertujuan menjadikan pendidikan sebagai satu perkhidmatan
yang merupakan agen perubahan dan sosialisasi kepada
masyarakat. Bagi Dasar Inovasi pula adalah merangkumi
pembawaan pembaharuan dalam masyarakat, iaitu melibatkan
perkara yang bersifat futuristik-pragmatik dan cuba untuk
membawa masyarakat kepada keadaan yang ebih baik dari yang
sedia ada.
3. Dasar Pengekalan Malaysia menetapkan agar pendidikan yang dilaksanakan
Warisan adalah dengan mengekalkan warisan dan kebudayaan
masyarakat yang sedia ada. Oleh itu, masyarakat Malaysia
dikatakan maju dengan acuan sendiri. Penerapan pendidikan
informal merupakan antara cabang pendidikan yang membentuk
keharmonian masyarakat dan bertujuan untuk menembangkan
Warisan Melayu.
4. Holistik Pendidikan holistik adalah satu falsafah pendidikan yang
berdasarkan premis bahawa setiap orang mendapati identiti,
makna, dan tujuan dalam hidup melalui sambungan kepada
masyarakat, alam semula jadi, dan nilai-nilai kemanusiaan
9. 8
seperti kasih sayang dan keamanan. Pendidikan holistik
bertujuan untuk memanggil keluar dari orang menghormati
intrinsik untuk hidup dan cinta ghairah pembelajaran. Konsep
holistik merujuk kepada idea bahawa semua sifat-sifat sistem
yang diberikan dalam mana-mana bidang pengajian tidak boleh
ditentukan atau diterangkan oleh jumlah bahagian-bahagian
komponen. Sebaliknya, sistem secara keseluruhannya
menentukan bagaimana bahagian bahagian yang berkelakuan.
Pemikiran holistik cuba untuk merangkumi dan
mengintegrasikan pelbagai lapisan makna dan pengalaman
bukannya mendefinisikan kemungkinan manusia.
5. Demokrasi Merupakan satu budaya dalam masyarakat. Budaya demokrasi
adalah kemampuan manusia yang berupa sikap dan kegiatan
mengharagai persamaan, kebebasan dan peraturan. Dengan
demikian, secara bahasa demokrasi adalah keadaan negara di
mana kedaulatan atau kekuasaan tertingginya berada di tangan
rakyat. Dalam pendidikan, Demokrasi pada dasarnya mengakui
setiap warga negara mempunysi peribadi yang unik, berbeza
satu sama lain dengan kelebihan dan kekurangan masing-
masing. Demokrasi memberikan kesempatan yang luas bagi
pelaksanaan dan pengembangan potensi masing-masing
individu tersebut, baik secara fizik mahupun mental spiritual.
Demokrasi juga mengakui bahwa setiap individu mempunyai
hak dan kewajiban yang sama. Oleh itu, pendidikan yang
demokrasi adalah pendidikan yang menempatkan pelajar
sebagai individu yng unik berbeza satu sama lain dan
mempunyai potensi yang perlu diwujudkan dan dikembangkan
semaksima mungkin. Untuk itu pendidikan yang demokrasi
harus memberikan treatmen berbeza kepada sasaran pelajar
yang berbesa sesuai dengan krakteristik masing-masing.
Pendidikan yang demokrasi juga menuntut partisipasi aktif
pelajar bersama guru dalam merencanakan, mengembangkan
dan melaksanakan proses pengajaan dan pembelajaran.
Partisipasi orang tua dan masyarakat juga amat penting dalam
merancang, mengembangkan dan melaksanakan proses
pendidikan tersebut.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak membantu saya memahami dengan lebih mendalam mengenai
dasar-dasar pendidikan yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai
seorang guru seharusnya kita perlu lebih tahu mengenai rasional pengubalan dasar-dasar
dalam pendidikan. Pemahaman dan pengetahuan mengenai dasar pendidikan ini akan dapat
membantu saya memahami lebih banyak tugas dan peranan saya dalam keguruan. Kupasan
topik yang jelas dan tersusun dalam unit ini membolehkan saya mudah faham dan tahu tajuk
yang berkaitan. Walaubagaimana pun saya ingin memberi sedikit cadangan berkaitan unit ini,
saya cadangkan agar peringkat penggubalan dasar dapat dijelaskan dan disusun secara
terperinci. Hal ini bagi memudahkan lagi rujukan dilaksanakan.
10. 9
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
5 RANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini mengandungi 2 bahagian yang berkaitan dengan Rancangan Pembangunan
Pendidikan di Malaysia. Bahagian pertama unit ini menjelaskan mengenai Penyata Razak
1956 yang menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan untuk membangunkan sistem
pendidikan. Usaha kerajaan dengan menyediakan Rancangan Pembangunan Pendidikan
menerusi Rancangan Malaysia adalah antara langkah pertama kerajaan menganjakkan sistem
pendidikan ke arah kestabilan negara. Perkembangan sistem pendidikan semakin rancak dan
mendapat perhatian dalam pentadbiran dan membawa kepada pembentukkan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Rancangan Malaysia Merupakan rancangan pembangunan negara dalam tempoh lima
tahun yang meliputi semua aspek pembangunan negara seperti
ekonomi, pentadbiran dan sosialisasi.
2. Laporan Razak Menteri Pelajaran Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein
(1956) menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan
beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini
dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan
dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran 1957. Tujuan Penyata Razak adalah, Menjadikan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan
dan bahasa pengantar di sekolah, Mengeratkan perpaduan antara
kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di
Tanah Melayu, Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang
perbezaan antara kaum dapat dikurangkan, Menyediakan
kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan
masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif,
Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap
dan berkesan, Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi,
berdisplin, terlatih , liberal dan progresif dan Memenuhi
keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem
pendidikan.
3. Sekolah Bestari Merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan
membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya.
Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia
merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau
lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam
cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran
yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.Pada peringkat
11. 10
permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah
Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah
dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan
pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian
yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama
dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Bagi menentukan kejayaan pelaksanaan
konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih
menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam
perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi
terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga
pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan
Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.Perkembangan Sekolah
Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan
pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi
pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah
satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan
berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila
menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.
4. Pelan Induk Merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang
Pembangunan meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan
Pendidikan tenaga manusia. Matlamat PIPP ialah untuk menghasilkan
pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan yang
dibawa oleh PIPP ialah menyelesaikan tugas yang belum selesai
an kesamarataan peluang pendidikan iaitu memastikan rakyat
mendapat peluang pendidikan dengan adil dan saksama tanpa
mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang Asli dan
kaum minoriti yang lain. Memastikan semua pelajara menguasai
kemahiran 3M dan tidak ada pelajar yang tercicir dari
pendidikan akibat kemiskinan berada di kawasan luar bandar
dan pedalaman. Peluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi
akan ditingkatkan untk memastikan semua pelajart mendapat
akses ICT khususnya capaian internet. Pendekatan yang kedua
ialah kecemerlangan institusi pendidikan iaitu peranan
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memberi perhatian
khuss keada sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang agar
dapat dikekalkan, mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah
Berasramah Penuh, Sekolah Primeir, Sekolah Menengah
Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah 100
Tahun, Sekolah Bestari, Sekolah-sekolah Putrajaya dan Sekolah
Cyberjaya.
5. Perpaduan Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
12. 11
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak menjelaskan mengenai strategi kerajaan dalam membangunkan
pendidikan negara. Dalam unit ini saya dapat mengetahui langkah dan usaha kerajaan bagi
memajukan lagi sistem pendidikan agar selaras dengan usaha pembangunan yang lain.
Berdasarkan langkah dan usaha kerajaan ini, sebagai seorang guru saya dapat merasakan
dimana tanggungjawab dan peranan saya perlu diletakkan. Pada pendapat saya, bukan sahaja
pihak kerajaan yang perlu berusaha dalam merealisasikan apa yang diimpikan malah warga
pendidik seharusnya memberi lebih banyak komitmen dalam kerjayanya. Walaubagaimana
pun, masih terdapat sedikit penambah baikan dalam unit ini. Saya mencadangkan agar
huraian mengenai peranan dan tanggungjawab guru itu sendiri dapat ditonjolkan sebagai
rujukan dan menambahkan pengetahuan guru mengenai tanggungjawab yang perlu dipikul
bagi merealisasikan apa yang telah dirancang oleh pihak kerajaan.
13. 12
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
6 KURIKULUM SEBAGAI WAHANA MENTERJEMAH FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini mengandungi 5 bahagian yang dihuraikan dengan jelas mengenai Kurikulum dalam
Pendidikan Kebangsaan. Dalam bahagian yang pertama, konsep dan definisi korikulum cuba
diterangkan dengan mengkaitkan isi kurikulum sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Fokus yang kedua pula, memberi penjelasan mengenai jenis kurikulum dalam
sistem Pendidikan di Malaysia yang membawakan konsep Kurikulum Formal dan Kurikulum
Tidak Formal sebagai satu wahana penyampaian pendidikan kepada masyarakat sejagat.
Pelaksanaan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan kepada satu
Struktur dan Prinsip Kurikulum Kebangsaan yang berperanan sebagai penterjemah kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut dibentangkan dalam bahagian yang ketiga unit ini.
Strategi pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan adalah melalui Kurikulum Standard
Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang masih lagi bersandar
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga dikupas dengan jelas dalam bahagian yang
keempat dan kelima.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Kurikulum Didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang
mengandungi matlamat dan objektif mata pelajaran, senarai
kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran, penentuan
kaedah dan aktiviti, penetapan kaedah dan instrumen yang perlu
untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif. Kurikulum
hendaklah dirancang dan didokumentasikan dalam bentuk
maklumat dan prosedur pelaksanaan. Perancangan bermula dari
peringkat mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat
implimentasinya dalam bilik darjah menerusi Rancangan
Pengajaran Harian.
2. Kurikulum Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
Kebangsaan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta
untuk menanam dan mempertingkatkan moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan.
3. Kurikulum Standard Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada
kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan
bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,
kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah. Menuntut supaya Sistem Pendidikan Negara memberi
penekanan kepada Pembangunan modal insan, Penghasilan,
14. 13
pelajar celik minda, Pembentukan warga yang menguasai ilmu,
kemahiran dan maklumat dan merupakan satu Program
membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-
bab.
4. Kurikulum Formal Kurikulum yang telah disediakan, dirancang dan berturutan.
Kurikulum Formal terkandung dalam silibus yang berfokus
kepada matlamat, objektif, subject matter dan susunan
pengajaran. Jenis kurikulum Formal ialah seperti Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah
Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan
Kurikulum Pendidikan Khas.
5. Kurikulum Tidak Merupakan kurikulum yang melibatkan interaksi sosial-
Formal psikologikal antara guru dan murid. Terbahagi kepada dua iaitu
Ko-kurikulum dan Kurikulum tersembunyi. KoKurikulum
merupakan penglibatan luar bilik darjah oleh murid bertujuan
untuk membentuk sahsiah dan persenoliti murid. Misalnya,
aktiviti sukan dan bepersatuan. Manakalah Kurikulum
Tersembunyi pula ialah sesuatu yang dipelajari murid secara
tersirat. Contohnya pembelajaran wujud dari pengalaman
sendiri murid.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak membantu saya dalam memahami isi kurikulum yang digunakan
dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Unit ini juga menerangkan mengenai isi
kandungan dokumen rasmi kurikulum dan menghuraikan dengan jelas perkaitan antara
Kurikulum Kebangsaan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pada pendapat saya,
huraian dan isi kandungan unit ini sangat sesuai dijadikan rujukan para guru bagi mengenal
pasti strategi pengajaran yang sesuai dengan murid. Namun, masih terdapat sedikit penambah
baikan yang perlu dalam unit ini. Saya berpendapat huraian mengenai KSSR perlu lebih luas
dengan menyentuh peranan guru dalam pelaksanaan KSSR agar maklumat lebih jelas dan
difahami oleh semua warga pendidik. Setakat ini KSSR adalah satu kurikulum baru dalam
sistem pendidikan dan pelaksanaannya masih kabur terutamanya di pentadbiran sekolah.
15. 14
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
7 REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini mengandungi 3 bahagian yang berfokus dengan reka bentuk kurikulum di Malaysia.
Bahagian pertama unit ini mengupas mengenai peranan dan tanggungjawab pendidik dalam
perkembangan kurikulum iaitu sebagai perancang, pelaksana dan penilai. Fokus yang kedua
ialah mengenai perkembangan kurikulum yang berperingkat dalam satu implimentasi.
Prinsip dan model perkembangan kurikulum disusun dengan lebih releven dan berbantukan
kepada Model Tyler (1949) yang menjawab segala persoalan yang berkaitan dengan
perancangan Pendidikan Kurikulum di Malaysia. Seterusnya, ialah berkaitan dengan pola dan
Orientasi Reka Bentuk Kurikulum yang diguna pakai dalam Kurikulum Kebangsaan juga
diterangkan dengan lebih fokus kepada perspektif ilmu yang mencakupi piawaian pendidikan
selaras dengan hala tuju pendidikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Prinsip reka bentuk Prinsip penyusunan kurikulum adalah panduan dalam
kurikulum di menentukan tujuan pendidikan, isi kandungan, proses
Malaysia pelaksanaan, aktiviti dan penilaian kurikulum. Di Malaysia
prinsip reka bentuk kurikulum adalah bermula pada peringkat
rendah iaitu Pendidikan Pra Sekolah yang menjadi asas
perkembangan sosial, Pendidikan Sekolah Rendah bagi
menguasai kemahiran utama, Pendidikan Sekolah Menengah
yang memperkembangan potensi diri, dan Pendidikan Lepas
Menengah serta Pengajian Tinggi sebagai institusi
pengkhususan ilmu yang merupakan peringkat terakhir dalam
reka bentuk kurikulum.
2. Orientasi Kurikulum Merupakan corak kurikulum yang digunakan dalam
perkembangan kurikulum. Di Malaysia, orientasi kurikulum
yang digunakan ialah berpusatkan akademik, berpusatkan murid
dan berpusatkan masalah. Ciri-ciri orientasi berpusatkan
akademik ialah menekankan pengetahuan, nilai dan warisan.
Fokus kepada subjek dan pengetahuan bagi membangunkan
intelektual. Orientasi berpusatkan murid pula ialah fokus kepada
potensi individu murid, minat dan bakat, bersifat terbuka dan
murid boleh belajar deri pengalaman dan beraktiviti sendiri.
Bagi orientasi berpusatkan masalah pula ialah lebih kepada
fokus kepada penyelesaian masalah dalam skop kehidupan
masyarakat.
3. Perspektif Merupakan satu pandangan atau teori yang mempengeruhi
Objektifvisme pembentukkan kurikulum yang diguna pakai sekarang.
Kurikulum yang dibina hendaklah menggunakan kaedah
16. 15
deduktif dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan
memulakan pengajaran dengan definisi, diikuti pembentukan
konsep dan diakhiri dengan penerokaan. Berdasarkan perspektif
ini, pengajaran yang dilaksanakan adalah mengutamakan
pembentukan kemahiran, peraturan tahap tinggi atau
pemindahan pembelajaran. Guru hendaklah mendapatkan satu
item yang mewakili sesuatu set pembelajaran dan memastikan
murid menguasai apa yang diajar.
4. Perspektif Merupakan satu pandangan atau teori yang mempengeruhi
Konstruktivisme pembentukan kurikulum yang dilaksana menggunakan kaedah
induktif. Pelaksanaan kurikulum adalah memerlukan pengajaran
yang tertumpu kepada proses pembinaan ilmu pengetahuan.
Strategi pengajaran bersifat inkuiri seperti penggunaan kaedah
pengajaran berasaskan masalah dan lawatan sambil belajar oleh
murid. Guru hanya sebagai penyemak dan pembimbing atau
pemudah cara.
5. Penilaian Bagi menentukan pencapaian objektif yang dibentuk. Tujuan
penilaian adalah untuk memastikan kurikulum yang dibentuk
sentiasa kemaskini. Penilaian boleh dilakukan secara Formatif
dan Sumatif. Penilaian Formatif dilakukan secara berterusan,
berubah dan boleh ditambah baik mengikut kesesuaian.
Manakalah, penilaian Sumatif pula dilakukan pada peringkat
akhir sesuatu program untuk membolehkan keputusan dibuat
untuk penambaikan seterusnya.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak membantu saya memahami dan mengetahui peranan guru dalam
perkembangan kurikulum yang dirancang dan disusun oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Guru merupakan agen utama bagi menyebarkan kurikulum kepada masyarakat. Ketelitian
dan kualiti guru amatlah dititik beratkan bagi mencapai objektif kurikulum. Melalui
maklumat dari unit ini saya juga dapat meningkatkan tahap profesionalisme dalam diri
mengenai profesion keguruan. Pengetahuan konkrit mengenai Prinsip dan Model
Perkembangan Kurikulum yang dihuraikan dalam unit adalah menjurus kepada matlamat
kurikulum yang saya sampaikan. Pada pendapat saya, unit ini masih terdapat kelemahan
dalam menghuraikan perkaitan Model Tyler (1949). Saya cadangkan agar huraian yang lebih
fokus kepada pembentukan kurikulum yang berdasarkan kepada Model Tyler (1949).
Contohnya, dengan memberi huraian penggunaan Model Tyler menjurus kepada kaitannya
dengan Pembentukan Kurikulum di Malaysia.
17. 16
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
8 PENTERJEMAHAN DAN PENTAFSIRAN KURIKULUM KEBANGSAAN
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini mengandungi 3 bahagian yang menyentuh tentang penterjemahan dan pentafsiran
Kurikulum Kebangasaan. Fokus pertama unit ini ialah berkenaan penggunaan sukatan
pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang merupakan terjemahan utama kepada
Kurikulum Kebangsaan. Seterusnya, ialah Kurikulum Sekolah yang dijadikan sebagai
strategi pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan dan kupasan tentang Penterjemahan Kurikulum
Kebangsaan bermula dengan asas, peringkat, amalan, hasil yang disasarkan berdasarkan
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Kurikulum Satu program pendidikan yang mencakupi kurikulum dan
Kebangsaan kegiatan kokurikulum yang merangkumi pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi.
Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan secara seragam dan
ditadbir urus secara ”top down”. Kurikulum Kebangsaan
berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada dua iaitu Kurikulum
formal dan Kurikulum tidak formal. Kurikulum formal menitik
beratkan kepada mata pelajaran dan pelaksanaan pengajaran dan
pebelajaran berpandukan Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran. Manakalah Kurikulum tidak formal pula
mengandungi kurikulum aktiviti ko-kurikulum dan kurikulum
tersembunyi.
2. Kurikulum Sekolah Kurikulum yang dikendalikan di sekolah. Merupakan
pelaksanaan kepada apa yang dimenefestasikan dalam
Kurikulum Kebangsaan. Terbahagi kepada dua iaitu
penggunaan sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran
serta semua kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah seperti ko-
kurikulum. Guru mempunyai autonomi dalam merancang,
melaksana dan menilai kurikulum yang dilaksanakan.
3. Sukatan Pelajaran Dokumen tentang suatu pernyataan mengenai perkara yang
mesti diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun
persekolahan. Kandungai dokumen ini ialah Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, matlamat, objektif dan skop/ litupan
sesuatu mata pelajaran.
4. Huraian Sukatan Perincian kepada Sukatan Pelajaran mengikut unit kecil mata
Pelajaran pelajaran. Perlu dimuatkan untuk proses pengajaran dan
18. 17
pembelajaran mengikut tahap persekolahan. Antara kandungan
yang terdapat dala Huraian Sukatan Pelajaran ialah Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, matlamat dan objektif mata pelajaran
mengikut tahap persekolahan, organisasi kandungan, kemahiran,
nilai dan sebagainya.
5. Rancangan Merupakan satu set item yang digunakan oleh guru untuk
Pengajaran Harian membuat perancangan dan persediaan yang teratur, membantu
dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan murid yang
disasarkan, membantu guru agar lebih memahami isi kandungan
pengajaran, membantu guru agar sentiasa fokus kepada objektif
pengajaran, memudahkan guru untuk mengingat semula apa
yang hendak diajar, meningkatkan keyakinan diri, membantu
guru menggunakan kaedah pengajaran yang betul, sebagai
panduan kepada guru pengganti, sebagai rujukan dalam
pemantauan dan penelahan kesilapan serta sebagai sumber
bimbingan dan refleksi kepada guru.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak membantu saya dalam meningkatkan profesionalisme keguruan
kerana huraian dan penerangan mengenai konsep Kurikulum Kebangsaan yang sangat sesuai
sebagai bahan rujukan. Melalui unit ini saya dapat memahami peringkat dan prosedur
pemilihan isi kandungan dalam Kurikulum Kebangsaan yang merupakan strategi sistem
pendidikan. Penyusunan isi kandungan dalam unit ini juga dapat memudahkan saya membuat
rujukan berkaitan dengan isu dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan.
Walaubagaimana pun, masih terdapat kelemahan berkaitan dengan unit ini. Saya cadangkan
agar contoh penulisan rancangan pengajaran berkaitan mata pelajaran dapat dihuraikan dan
penerangan mengenai rancangan pengajaran mengikut keperluannya dapat dijelaskan dengan
lebih terperinci. Hal ini kerana masih terdapat guru yang belum menguasai sepenuhnya
format penulisan rancangan pengajaran yang sebenar dan kepentingan ketelitian penulisan
rancangan pengajaran bagi mengangkat lagi prioriti profesion keguruan ketahap yang lebih
profesional.
19. 18
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
9 ETIKA KEGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini mengandungi 3 bahagian yang fokus kepada etika dan peraturan pendidikan di
Malaysia. Bahagian satu unit ini menghujahkan mengenai ciri guru yang bersikap profesional
dalam menjalankan tugasnya sebagai guru. Sebagai seorang guru kita bukan sahaja perlu
berpengetahuan malah profesion ini juga menuntut individu guru akur pada etika
profesionalisme keguruan yang merupakan satu garis panduan yang bertujuan untuk
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, nilai serta
tingkah laku profesion kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan negara. Peranan dan
tanggngjawab guru dalam menyandang profesionnya dapat dihuraikan dengan memberikan
justifikasi yang mendalam mengikut maksud keguruan. Seterusnya peraturan dan tatatertib
yang merangkumi kakitangan awam juga turut ditonjolkan dengan contoh dan tindakan
kepada kesalahan yang akan diambil dalam bahagian 3 unit ini. Penyusunan maklumat dan
rujukan yang ringkas dan padat merupakan kekuatan utama unit ini dihuraikan.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Etika Tingkah laku manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan
batiniah. Menjurus kepada maksud moral dan akhlak manusia
dalam kehidupan. Oleh yang demikian, etika ialah suatu sistem
dasar akhlak, adat, tingkah laku dan kesusilaan.
2. Etika Keguruan Sebagai garis panduan kepada penjawat awam yang bergelar
guru. Profesion keguruan dianggap profesion yang mempunyai
etika profesional. Sikap profesional inilah yang menjadikan
keguruan menjadi profesion yang disanjung tinggi oleh
masyarakat. Guru seharusnya menguasai etika keguruan kerana
tanggungjawab guru itu besar dan merangkumi pembentukan
manusia dalam kehidupan.
3. Etika Profesionalisme Bermaksud satu garis panduan yang bertujuan untuk
Keguruan menigkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua
aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan
nilai dan tingkah laku dalam msyarakat.
4. Akauntabiliti Bermaksud tanggungajawab kepada seseorang atau sesuatu
perkara. Konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu
tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk
mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga
adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan
justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap
sesuatu keputusan yang diambil. Dalam konsep keguruan,
20. 19
akauntabiliti guru adalah merangkumi tanggungjawab guru
terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap sekolah,
tanggungjawab terhadap masyarakat, negara dan diri sendiri
serta tanggungjawab terhadap profesion keguruan itu sendiri.
5. Tonggak Dua Belas Merupakan satu set panduan etika untuk kakitangan awam.
Tonggak Dua Belas adalah penjelasan mengenai konsep nilai,
norma dan etika dalam kehidupan manusia. Tonggak Dua Belas
perlu menjadi amalan semua peringkat kakitangan awam
disemua peringkat organisasi. Ia merupakan panduan dan ,
contoh-contoh nilai murni dan etika serta amalan-amalan baik
yang perlu diamalkan bagi mengelakkan unsur-unsur yang
negatif. Semua tonggak dan conton-contoh yang dikemukakan
menekankan aspek-aspek peribadi seseorang. Ianya didasarkan
kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang penting akan
membentuk peribadi tertentu. Peribadi ini seterusnya akan
mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak membantu saya dalam memahami ciri-ciri seorang guru yang
bersikap profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab keguruan. Pembentukan
jati diri dalam diri seorang guru dalam memikul tugas sebagai pendidikan amat besar dan
membawa pengertian yang sangat luas. Pemahaman dalam unit ini membantu saya
merancang pelaksanaan dan pembentukkan genasi yang aktif dan progresif dalam semua
bidang yang terdapat di dunia ini. Huraian yang padat dan terperinci mengenai peraturan
kelakuan dan tatatertib sebagai penjawat awam dalam unit ini juga memberi saya panduan
bagi membimbing diri dari melakukan sesuatu kesalahan yang tidak munasabah. Seharusnya
semua warga pendidik maklum dengan hukuman dan tindakan yang akan dikenakan
sekiranya terlibat dengan sebarang kemungkinan jenayah dan kesalahan sosial.
Keseluruhannya, unit ini memang banyak memberi maklumat dan panduan kepada warga
pendidik agar sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan mengikut garis
panduan yang betul.
21. 20
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
10 AKTA PENDIDIKAN 1996
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini mengandungi 2 bahagian yang fokus kepada Akta Pendidikan Kebangsaan. Bahagian
pertama lebih kepada kupasan mengenai peningkatan taraf hidup seluruh masyarakat
Malaysia lantaran rusuhan kaum 1969. Cetusan idea pentadbiran Malaysia bagi mengatasi
masalah utama kalangan masyarakat dengan membangunkan negara melalui Dasar Ekonomi
Baru yang bertunjangkan kepada sektor pendidikan sebagai agenda utama pembangunan
negara dan masyarakat Malaysia. Perkembangan pendidikan bertitik tolak daripada Penyata
Razak 1956, diikuti oleh Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 dan
membawa kepada Akta Pendidikan 1961 merupakan satu langkah kerajaan bagi membentuk
satu sistem pendidikan yang lebih praktikal dan tersusun. Seterusnya, implikasi Akta
Pendidikan 1996 lantas membawa kepada penyusunan sistem pendidikan yang menjadi
landasan kepada hala tuju Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kewujudan pendidikan
Prasekolah pada tahun 1992 yang menjurus kepada pendedahan pendidikan secara formal
kepada seluruh masyarakat bermula dari umur yang sangat rendah dan sesuai dengan
perkembangan umur manusia menerima pendidikan mengikut perkembangan usia. Agihan
kuasa pentadbiran dalam sistem pendidikan juga dapat disusun mengikut peringkat yang
teratur iaitu melalui Kementerian Pelajaran Malaysia. Berbagai fungsi pendidikan telah
diterapkan melalui Kementerian ini antaranya, memartabatkan bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan melalui pendidikan.
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Akta Pendidikan Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi
1996 pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan
dengannya. Menjadi garis panduan dalam pelaksaan pendidikan
di Malaysia. Melalui Akta Pendidikan 1996, tujuan pendidikan
adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai
ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia
yang bersaing tinggi serta bersifat global.
2. Ordinan Pelajaran Merupakan undang-undang dalam sistem pendidikan selepas
1957 Malaysia mencapai kemerdekaan. Pembentukan Ordinan
Pelajaran 1957 telah digubal berasaskan kepada Penyata Razak
1956 . Antara isi kandungan Ordinan Pelajaran 1957 ini ialah
membuka satu sistem persekolahan yang sama bagi semua
penduduk, Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan,
Sekolah umum(rendah) menggunakan penghantar bahasa
Melayu, Sekolah jenis umum(rendah) menggunakan bahasa
inggeris,cina dan tamil sebagai bahasa penghantar, Sekolah
menengah melayu menggunakan bahasa penghantar bahasa
Melayu, Sekolah menengah inggeris menggunakan penghantar
bahasa inggeris dan bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan
disemua sekolah
3. Pendidikan Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan
Prasekolah pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun
22. 21
dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke
Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah
"Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran
Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas,
aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah
yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti
kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi
dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi
menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran
berkonsepkan sekolah bestari. Objektif pendidikan Prasekolah
ialah bagi menyediakan pengalaman pembelajaran kepada
murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi
menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah
4. Pendidikan Rendah Pendidikan yang diberikan kepada semua kanak-kanak
warganegara Malaysia yang berumur 6 tahun. Salah satu
pendekatan pendidikan yang berlangsung secara berperingkat
mulai tahun 1 pada 1 januari 2003. Penyertaan murid dalam
persekolahan dapat ditingkatkan dengan mempertingkatkan
program orientasi alam persekolahan, mengatasi masalah
keciciran pada peringkat pendidikan rendah, meningkatkan
kadar penyertaan murid orang asli dan kumpulan etnik di
pedalaman Sabah dan Sarawak dan melaksanakan pendidikan
wajib dari tahun 1 hingga 6.
5. Kementerian Merupakan satu agensi yang menguruskan semua hal berkaitan
Pelajaran Malaysia pendidikan dan persekolahan di Malaysia. Visi Kementerian
pelajaran ialah Sekolah Unggul Penjana Genarasi Terbilang
Manakalah Misi Kementerian Pelajaran ialah Membangun
Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Matlamat yang terkandung dalam kementerian Pelajaran
Malaysia pula ialah Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia
dan bersatupadu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak
mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Menyediakan
sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak membantu saya dalam memahami kandungan Akta Pendidikan
1996 dan kaitannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pemahaman mengenai unit ini
dapat menambahkan profesionalisme keguruan dalam diri saya dengan mengenal pasti hala
tuju pendidikan yang akan saya sampaikan kepada murid. Walaubagaimana pun, unit ini
masih perlukan penambah baikan. Pada pendapat saya, bahagian peranan Akta Pendidikan
1996 perlu dihuraikan dengan memberi kaitannya menjurus kepada peranan keguruan. Ini
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pendidik mengenai peranan dan tanggungjawab
kepada tindakan yang sewajarnya dilakukan bagi mencapai objektif pendidikan sebenarnya.