SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 26
Baixar para ler offline
Pengajian
Perniagaan
Sem 1 BAB 1
Bab 1:Perniagaan dan persekitaran
Pengenalan kepada perniagaan
Definisi perniagaan
-merupakan aktiviti urusniaga jual beli barang atau perkhidmtan
-yang dapat memenuhi keprluan dan kehendak pelanggan/pengguna
-bertujuan mendapatkan keuntungan yang maksimum
Perniaagaan dan bukan perniagaan
Demensi Perniagaan Bukan perniagaan
Maksud Organisasi yang menjalankan
aktiviti yang bermatlamatkan
keuntungan
Organisais yang menjalankan
aktiviti yang mengutamakan
kebajikan ahli
Sumber
kewangan
Modal peniaga,pinjaman
kewangan,keuntungan daripada
perniagaan
Yuran ahli,sumbangan luar,tajaan
pihak lain
Contoh Syarikat sdn bhd,syarikat
bhd,perniagaaan perkongsian
Kelab,persatuan,badan-badan
sukarela
Kepentingan untung kepada perniagaan
 Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko, contoh dividen.
 Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan / kelangsungan perniagaan (survival) pelaburan semula keuntungan.
 Tahap keuntungan melambangkan imej / kecemerlangan syarikat.
 Matlamat dan halatuju – ukuran kepada prestasi perniagaan.
 Keyakinan / dorongan kepada pelabur.
Peranan perniagaan
Peranan perniagaan kepada pengguna
 Menyediakan barangan dan perkhidmatan
 Mempelbagaikan barangan dipasaran
 Menyediakan perkhidmatan selepas jualan
Kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat:
 Memenuhi keperluan dengan menyediakan barang dan perkhidmatan.
 Mewujudkan peluang pekerjaan melalui pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha perniagaan.
 Pembangunan masyarakat setempat dengan menyediakan peluang untuk menceburi perniagaan melalui
sistem bekalan dan jualan.
Peranan untung kepada ekonomi
 Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai dari perniagaan yang mencatat keuntungan
 Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur pengangkutan dan perhubungan
 Mengurangkan kadar pengangguran
 Meningkatkan ekonomi negara
Peranan untung kepada negara
 Memberi pendapatan kepada negara – melalui sebarang cukai perniagaa
 Mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan – mengurangkan kadar pengangguran / meningkatkan kadar
guna tenaga negara
 Membangunkan peluang perniagaan – meningkatkan kegiatan perusahaan huluan / mewujudkan perusahaan lain yang
menyokong perusahaan asas
FAKTOR PENGELUARAN
Faktor pengeluar merujuk kepada sumber-sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barangan dan
perkhidmatan.
Bahan mentah
 Merujuk kepada input-input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran bagi menhgasilkan seauatu produk
 Contoh bijih timah, kayu balak, kelapa sawit dan koko
Modal insan
 Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan atau perniagaan
 Terdiri dari buruh mahir dan kurang mahir
 Mendapat gaji / upah
Modal
 Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat.
 Terdiri dari bentuk wang atau aset
 Contoh kenderaan, ruamah, mesin dan peralatan
Keusahawanan
 Orang yang membentuk perniagaan / orang yang mengambugkan faktor-faktor pengeluaran dan menjadikan sebagai output
dalam pengeluaran
 Sanggup mengambil risiko mendapat keuntungan
Teknologi
 Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagan
 Membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran , meningkatkan mkecekapan,meningkatkan daya saing dan meningkatkan
operasi perniagaan
PROSES PERNIAGAAN
Proses perniagaan melibatkan aktiviti tambah nilai dalam proses tranformasi (pertukaran) terhadap input-input pengeluaran bagi
memastikan output-utput untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan mendapatkan keuntungan kepada perniagaan.
Proses perniagaan
Input
 Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran iaitu buruh, tanah, modal dan keusahawanan
Proses tambah nilai
 Ialah aktiviti tambah nilai dalam proses pengeluaran yang menukarkan input kepada output dengan menggunakan manusia,
bahan, pengetahuan dan teknologi.
Output
 Merujuk kepada hasil daripada proses pengeluaran
Proses Pemasaran
 Proses pemasaran ialah urusniaga yang akan berlaku antara pengeluar dengan pelanggan ,jabatan pemasaran akan menetapkan
harga basikal berdasarkan aktiviti tambah nilai yang dilakukan
Untung atau rugi
Untung ialah lebihan hasil ke atas kos , rugi ialah kekurangan hasil berbanding kos, untung merupakan ganjaran kepada usahawan
Cabaran Aktiviti Perniagaan Kini dan Masa hadapan:
 Globalisasi / dunia tanpa sempadan – persaingan sengit (kualiti, harga, penyampaian) mobiliti pekerja / modal , celaru budaya
 Peningkatan kemajuan teknologi – perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu kemahiran teknologi, perlu
modal tinggi
 Peningkatan tanggungjawab sosial – batasan aktiviti komersial, desakan / tekanan pihak NGO, kerajaan , pihak
berkepentingan; buruh kanak-kanak; prihatin terhadap OKU
 Peningkatan sistem perniagaan Islam (perbankan Islam) – pematuhan syariah
 Kewujudan blok-blok perdagangan – ketepuan pasaran, persaingan sengit, batasan perdagangan
 Sumber semakin berkurangan – batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi, meningkatkan produktiviti
(meningkatkan kecekapan penggunaan sumber)
 Perubahan struktur demografi – kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran memerlukan kemudahan / suasana kerja yang berbeza
daripada suasana biasa; hayat semakin panjang – ramai pekerja yang sudah ‘matang’
1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
Persekitaran Umum
 Merujuk kepada unsur-unsur persekitaran di luar organisasi yang memberikan tekanan dan mempengaruhi persekitaran
tugas perniagaan,operasi serta prestasi perniagaan
Persekitaran tugas/Pihak-pihak berkepentigan
 Merupakan unsur-0unsur persekitaran yang secara langsung mempengaruhi dan memberi kesan kepada operasi dan
prestasi perniagaan.
PERSEKITARAN
UMUM
PERSAINGAN
DAN
JARINGAN
POLITIK DAN
PERUNDNGAN
PRASARANA
EKONOMI
SOSIOBUDAYA
TEKNOLOGI
ANTARABANGSA
PERSEKITARAN
TUGAS
PELANGGAN
PEMBEKAL
PEMODAL
ATAU
PELABUR
PEMBIAYA
PESAING
PEKERJA MASYARAKAT
KERAJAAN
Tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepetingan
Pelanggan
 Peniaga harus menjaga kebajikan dengan memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan pengguna.
Pembekal
 Hubungan yang baik antara perniagaan dan pembekal adalah bertujuan untuk menjamin bekalan berterusan pada harga yang
berpatutan, serta pembayaran hutang kepada pembekal tepat pada masanya.
Pembiaya
 Firma perlu membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam perjanjian
Kegagalan membayar balik pinjaman akan menyukarkan perniagaan mendapatkan pinjaman pada masa akan datang.
Pemodal/pelabur
 Perniagaan seharusnya memaksimakan kekayaan pelabur atau pemodal yang melaburkan wang mereka memberikan bayaran
dividen yang tinggi.
 Kegagalan membayar faedah/dividen yang tinggi akan mengakibatkan pelabur akan menarik diri dari perniagaan.
Pesaing
 Firma seharusnya bersaing secara sihat dan tidak memburuk nama baik pesaing.
Kerajaan
 Firma seharusnya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti membayar cukai yang
ditetapkan dan sebagainya.
Pekerja
 Perniagaan perlu sensitif kepada kehendak dan keperluan pekerja samada dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan.
 Selain daripada pengetahuan dan skil pekerja, perlu juga ditingkatkan dengan memberi latihan-latihan tertentu.
 Sekiranya produktiviti pekerja menurun, maka ia akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan barang ‘defect’ juga akan
meningkat.
Masyarakat
 Merujuk kepada nilai-nilai sosio budaya sesebuah negara yang meliputi cara hidup, kuasa beli yang mempengaruhi aktivii
perniagaan.
Perniagaan tidak boleh mencemarkan alam sekitar dan tidak boleh menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Perniagaan
juga perlu menjalankan tanggungjawab sosial supaya mereka dapat memastikan sokongan yang berterusan dari masyarakat
1.3 ENTITI PEMILIKAN DAN AKTIVITI PERNIAGAAN
Entiti perniagaan
Milikan Tunggal
Ciri-ciri milikan tunggal
 Dimiliki oleh seorang pengusaha.
 Liabiliti tidak terhad
 Operasi dan modal yang kecil
 Di kawal dibawah akta pendaftaran syarikat 1056(pindaan
2978)
Kebaikan Kelemahan
- Mudah ditubuhkan
- Mudah diuruskan
- Pasaran yang terhad
- Modal kecil
- Sesuai bagi orang yang
baru belajar berniaga
untuk dapat perniagaan
- Mudah dikawal
- Perkhidmatan bersifat
peribadi
- Liabiliti tidak terhad
- Modal terhad
- Pemilik tiada kemahiran
/ terhad
- Beban pengurusan
- Perniagaan jarang kekal
dalam jangka panjang
- Cukai persendirian -
kadar tinggi
Langkah penubuhan
 Membuat permohonan carian nama dengan menggunakan
borang PNA 42
 Permohonan pendafratan menggunkan borang A
 Yuran pendafratan
Mendapatkan sijil perakuan pendaftaran (borang D) dan
mempamerkannya
Perkongsian
Ciri-ciri
 Dimiliki sekurang-kurangnya 2 -20 orang pemilik
 Modal disumbangkan oleh rakan kongsi mengikut jumlah
yang dipersetujui
 Agihan untung atau rugi mengikut sumbangan modal
 Liabiliti tidak terhad
 Cukai pendapatan perseorangan bukan cukai perniagaan
 Dikawal oleh akta perkongsian 1961
Kebaikan Kelemahan
- Prodsedur penubuhan
mudah & ringkas
- Sumber modal lebih
banyak
- Mudah untuk mendpatkan
pinjaman
- Risiko perniagaan
dikongsi bersama
- Berkongsi kepakaran
- Liabiliti tidak terhad
- Penubuhan tidak
kekal lama
Langkah penubuhan
 Membuat permohonan mendaftar dengan menggunkan
borang A yang mengandungi butiran berikut:-
- Nama dan alamat ahli
- Nama dan jenisnperniagaan yang dijalankan
- Tempoh perkongsian
- Sumbangan modal setiap ahli
- Nisbah pembahagian untung
- Tanggungjawab dan kuasa setiap rakan kongsi
 Yuran pendaftaran
 Sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan.
Syarikat Berhad
Ciri-ciri syarikar Sendirian berhad
 Ahli 2-50 orang
 Perkataan “Sdn” pada sebahagian dari nama syarikat
 Liabiliti terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan sahaja
 Pemegang saham adalah pemilik syarikat
 Diuruskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik
oleh pemegang saham
 Agihan keuntungan dalam bentuk dividen
 Untung syarikat dikenakan cukai8 keuntungan syarikat.
Kebaikan Kelemaahan
- Modal besar
- Liabiliti terhad
- Operasi dapat
mengembangkan
perniagaan
- Terdapat
pengkhususan –
kewangan, pemasaran,
sumber manusia
- Jangka hayat lebih
panjang
- Percukaian
- Syarikat sendirian
berhad sebagai entiti
yang berasingan, boleh
didakwa dan
mendakwa
- Kos penubuhan sangat
tinggi dan pembubaran
yang kompleks
- Konflik kepentingan
dalam pengurusan
- Pertelingkahan antara
pemegang saham
- Laporan kewangan
mengikut Akta Syarikat
1965, perlu diaudit
- Keputusan dibuat
lambat kerana perlu
mendapat persetujuan
daripada pemegang
saham
- Kurang kerahsiaan
Ciri-ciri syarikat awam berhad
i. Pemegang saham adalah pemilik syarikat
ii. Ahli minimum 2 orang dan tidak ada had
iii. Libiliti pemegang saham adalah terhad
iv. Diuruskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik
oleh pemegang saham
v. Agihan keuntungan dalam bentuk dividen
vi. Untung syarikat dikenakan cukai keuntungan syarikat.
Langkah penubuhan
i. Tatawujud syarikat yang memperihalkan tentang pembatalan
seksyen 15 Akta Syarikat 1965
ii. Mendapatkan kelulusan sari suruhanjaya sekuriti berkaitan
prospektos dan penyenaraian saham dibursa saham
iii. Pengedaran borang permohonan saham dan perspektus.
iv. Mendapatkan sujil perakuan perniagaan oleh pendaftar
syarikat.
Koperasi
Ciri-ciri
i. Bilangan ahli sekurang-kurangnya 50 orang
ii. Modal diperolehi dari ahli melalui pungutan yuran
iii. Diuruskan dan ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang
dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat Agong
tahunan
iv. Liabiliti terhad
v. Agihan untung dalam bentuk dividen dan bonus
Kebaikan Kelemaahan
- Keuntungan dan
kebajikan kepada ahli
- Liabiliti ahli terhad
- Cukai lebih rendah
daripada perniagaan
- Mewujudkan
swemangat kerjasama
dan saling membantu
antara ahli
- Lebih demokratik
- Diuruskan oleh ahli yang
kurang berkelayakan
dan pengalaman
- Dikuasai oleh golongan
minoriti yang aktif
dalam mengambil
bahagian dalam
koperasi
- Masalah dalam mencari
pengganti kepada pihak
pengurusan yang lama
- Modal bergantung
kepada yuran dan
keuntungan yang kecil
- Operasi adalah
mengikut akta koperasi
dan dikawal rapi oleh
SKM.
1. Membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi melalui Pejabat Pembangunan Koperasi wilayah atau
daerah.
2. Apabila kelulusan untuk menubuhkan koperasi diperolehi dari Jabatan Pembangunan Koperasi,Jawatankuasa Penaja – 10
orang akan dilantik untuk menjalankan tugas-tugas awalan berikut;
i. Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan
ii. Menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan lain yang termaktub dalam objektif penubuhan
iii. Mengubal undang-undang kecil berdasarkan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan
Koperasi
iv. Mendaftarkan tidak kurang dari 100 orang bakal-bakal anggota,
v. Mendaftarkan tidak kurang dari 100 orang bakal-bakal anggota.
Langkah penubuhan
3. Mesyuarat Agung Penubuhan/Permulaan diadakan bertujuan untuk;
i. Mendapatkan ketetapan dari bakal anggota untuk menubuhkan koperasi
ii. Menerima undang-undang kecil
iii. Memilih anggota Lembaga Pengarah Koperasi
 Seorang pegawai dari Jabatan Pembangunan Koperasi akan hadir untuk memberikan penerangan secara am mengenai hak dan
tanggungjawab ahli dan aktiviti koperasi.
4. Dokumen Pendaftaran perlu diserahkan kepada Pendaftar Koperasi
 Tidak lewat dari 7 hari selepas mesyuarat agung penubuhan
 Dokumen yang perlu di hantar adalah;
i. Borang permohonan yang telah ditandatangani oleh 10 orang Jawatankuasa Penaja
ii. 3 naskah Undang-undang Kecil koperasi
iii. Minit Mesyuarat Agung penubuhan yang ditandatangani sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang hadir.
5. Sijil Perakuan akan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar setelah koperasi didaftarkan.
Aktiviti berasaskan pengeluaran Aktiviti berasaskan perkhidmatan
 Melibatkan barang fizikal /nampak  Melibatkan barang tak nampak
 Boleh disimpan  Tidak boleh disimpan
Aktiviti perniagaan
•Pengeluaran: ekstraktif, barangan konsumer, barangan industri, pembuatan dan pemasangan
•Perkhidmatan: runcit, borong, kewangan, profesional, perhotelan, dan pendidikan
Perbandingan antara perniagaan berbentuk pengeluaran dan perkhidmatan
Pengeluaran – merujuk kepada proses mengeluar atau menghasilkan produk fizikal oleh sebuah syarikat perniagaan bagi
memuaskan kehendak pengguna.
Aktiviti pengeluaran berasaskan pengeluaran merangkumi:-
Ekstraktif
 Aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah yang boleh didapati dari proses alam semulajadi.
 Contoh perlombongan,pertanian,perikanan dan pembalakan.
Barangan pengguna/konsumer
 Barang yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri, keluarga atau kegunaan organisasi.
 Contoh pisang di buat kek untuk dimakan sendiri dan ahli keluarga.
Barangan industri
 Perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barang / keluarannya kepada pembuat / syarikat lain dan barangan tersebut
diproses seterusnya / transformasi / tambah nilai bagi dijual semula / menghasilkan produk.
 Contoh pisang dibuat kek untuk dijual semula.
Pembuatan
 Aktiviti untuk menghasilkan produk dengan memproses dan menggunkan sumber-sumber seperti bahan mentah, manusia,
mesin dan teknologi untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Pemasangan
Aktiviti yang mencantumkan beberapa bahagia atau komponen produk untuk menghasilkan barangan siap untuk dipasarkan
Perkhidmatan – sesuatu aktiviti yang boleh ditawarkan dipasaran yang dapat memenuhi kehendak pelanggan.
Runcit
 Aktiviti menjual pelbagai jenis barang keperluan harian dalam kuantiti yang kecil.
 Contoh kedai runcit
Borong
 Perniagaan yang melibatkan pembelian barang dengan kuantiti yang banyak oleh pemborong dan kemudian menjualkan semula kepada
peruncit atau pelanggan dalam kuantiti yang lebih kecil.
 Contoh pasar borong.
Kewangan
 Aktiviti pembiayaan atau pinjaman oleh pihak-pihak pembiaya untuk tujuan perniagaan ataupun persendirian.
 Contoh Bank, institusi kewangan kerajaan serta badan-badan swasta dan badan berkanun.
Profesional
 Kepakaran dan kemahiran khusus yang ditawarkan oleh sesebuah syrikat perniagaan
 Contoh perundangan, perakaunan, perubatan dan lain-lain
Perhotelan
 Perniagaan yang menyediakan kemudahan penginapan dan reakrasi kepada pelangn mengikut kadar yang tertentu serta kemampuan
pelanggan
 Contoh hotel Hilton, Hotrl Bajet Home stay dan lain..
Pendidikan
 Institusi yang menawarkan pengajian dan latihan formal kepada masyarakat bagi menyediakan sumber tenaga manusia/modal insan.
 Merangkumi peringkat pendidikan asas iaitu tadika sehinggalah keperingkat tertinggi iaitu universiti.
Contoh Tadika, sekolah, madrasah, kolej, Universiti
PERANAN SEKTOR INDUSTRI
Swasta
 Merujuk kepada firma perniagaan yang dimiliki oleh individu atau kumpulan individu secara peribadi dan menjalankan aktiviti
perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.
Awam
 Organisasi yang dimiliki, dibiayai, dan diuruskan oleh pihak kerajaan.
Badan berkanun
 Ialah agensi kerajaan yang diperbadankan bagi melaksanakan dasar-dasar dan tanggungjawab terhadap aktiviti kerajaan secara
khusus. Cth: MARA, MARDI, MADA dll.
Peranan antara sektor swasta, awam dan badan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara:
Pihak swasta:
 Menjalankan aktiviti perniagaan
 Memberi peluang pekerjaan
 Pendapatan cukai oleh pihak kerajaan.
Sektor awam:
 Pendorong dan penyokong dengan memberi kemudahan dan panduan kepada pihak swasta.
 Mengurangkan lapisan birokrasi di sektor awam
Badan Berkanun:
 Mengawal selia aktiviti perniagaan supaya aktiviti berlandaskan peraturan dan perundangan.
 Menjaga kewibawaan sektor swasta.
Menyediakan sumber manusia – universiti
Peranan sektor awam dalam perkembangan ekonomi negara:
Menyediakan kemudahan Infrastruktur / Perkhidmatan awam
 Kemudahan pengangkutan / elektrik/air dan telekomunikasi /Perkhidmatan keselamatan / kemudahan pendidikan/ kemudahan perkhidmatan
kesihatan
 Contoh –membina lebuhraya dari Johor baharu ke Padang Besar untuk melancarkan agihan barangan.
Mengamalkan monopoli semula jadi
 Melaksanakan projek berisiko /projek yang memerlukan modal dan kepakaran yang tinggi/Mengelakkan persaingan yang merugikan/Memastikan
dapat menikmati faedah skel ekonomi bidangan
 Contoh:membina empangan hidro untuk membekalkan kuasa elektrik
Menggubal dan melaksana dasar-dasar fiskal dan kewangan
 Menetukan kaedah percukaian yang sesuai/memberi bantuan subsidi/pinjaman/kepakaran/ membentuk dasar belanjawan yang fleksibel.
 Contoh: mengurangkan kesan inflasi kepada ekonomi melalui kenaikan kadar faedah
Penguatkuasaan undang-undang dan kawalan
 Mengawal dan memantau aktiviti swasta atau awam/Menjamin kepentingan pengguna/menggubal akta dan peraturan/mengeluarkan
lesen/Penyebaran maklumat/ tentang peraturan dan prosedur yang jelas/mengenakan tindakan atau mendakwa
 Contoh: penetapan harga maksimum bagi barang kawalan untuk mengelakkan inflasi/ kuasa beli
Melaksanakan program Pendidikan Pengguna
 Menjaga kepentingan pengguna/penyampaian maklumat yang tepat/mengadakan penerbitan risalah/ majalah/ pengiklanan/ Mengadakan seminar
kepenggunaan
 Contoh : mengadakan kempen beli barangan buatan tempatan untuk mengurangkan aliran keluar mata wang/menggalakkan perniagaan domestik.
Mewujudkan peluang pekerjaan
 Mengurangkan kadar pengangguran/meningkatkan taraf hidup/meningkatkan kuasa beli
 Contoh :mewujudkan skim jawatan sementara/kontrak di jabatan kerajaan bagi memberi pendapatan kepada lepasan universiti untuk mengurangkan
pengangguran
Kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan
1. Perniagaan dapat beroperasi secara sah.
2. Mendapat kemudahan infrastruktur
3. Mendapat kawasan atau lokasi perniagaan
4. Mendapat sumber pembiayaan
5. Faedah dari penyelidikan
6. Pembangunan/latihan/khidmat nasihat
7. Mendapat peluang perniagaan dalam negeri seperti bekalan, pembinaan dan perkhidmatan
Tahap Perniagaan :-
i. Primer
Aktiviti peringkat premier merujuk kepada pengeluaran sumber semula jadi atau bahan mentah yang diperoleh dari alam
semula jadi.
ii. Sekunder
Aktiviti peringkat sekunder merujuk kepada aktiviti pembinaan atau pemprosesan bahan-bahan mentah yang didapati
daripada aktiviti peringkat premier.
iii. Tertier
Ialah perniagaan yang melibatkan perkhidmatan/produk tidak ketara yang tidak boleh diproses lagi, contoh
 Perkhidmatan langsung seperti doktor dan pendandan rambut
 Perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan seperti DHL
 Perkhidmatan bank seperti perkhidmatan pinjaman oleh Maybank Malaysia Bhd
 Perkhidmatan insuran seperti perlindungan risiko yang disediakan oleh Great Eastern Assurance Bhd
 Perkhidmatan perhotelan seperti penginapan yang disediakan oleh Sherwood Marina Cove
Perkhidmatan telekomunikasi seperti perkhidmatan internet disediakan oleh Telekom
AKTIVITI PERNIAGAAN HULUAN DENGAN HILIRAN
1. Huluan
 Aktiviti huluan merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku dahulu sebelum perniagaan lain dapat
dijalankan.
 Perniagaan huluan ialah perniagaan yang terlibat dalam bidang ekstraktif / pengeluaran bahan mentah/ pengeluaran hasil
bumi.
 Contoh: Syarikat Shell menjalankan aktiviti cari gali minyak.
2. Hiliran
 Aktiviti hiliran merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku bagi memproses bahan mentah menjadi
barangan siap untuk dipasarkan.
 Melibatkan pemprosesan sumber.
 Contoh: Syarikat Shell menjalankan aktiviti pemprosesan minyak mentah untuk dijadikan pelbagai produk petrokimia seperti
minyak petrol dan diesel
AKTIVITI PERNIAGAAN DOMESTIK DENGAN ANTARABANGSA
1. Domestik
 Perniagaan yang beroperasi dalam negara
 Menggunakan sumber / input / kewangan yang terdapat dalam negara
 Pasaran / pelanggan dalam negara
 Pasaran sempit
2. Antarabangsa
 Perniagaan antarabangsa merujuk kepada perniagaan yang sebahagian aktiviti atau kegiatan perniagaannya melibatkan negara
luar
 Melibatkan aktiviti import, eksport dan entrepot
 Pasaran luas
Urusan perniagaan melibatkan pertukaran wang asing seperti Yen Jepun

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1Norazul89
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisimharalhaj
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraZafarul_Irshard
 
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)NurZahidah22
 
Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)Amir Hyung
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 saadiah alidrus
 
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIANPENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIANevelyn_01
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayarangrace anzelletha
 
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungaiHilmi Ahmad
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jimmy Mogolid
 
Pengajian am
Pengajian amPengajian am
Pengajian amExTrEmm
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikJANGAN TENGOK
 

Mais procurados (20)

Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
Pengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep NegaraPengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep Negara
 
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 4 PERANG DUNIA PERTAMA(1914-1918)
 
Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)Suruhanjaya (Pengajian Am)
Suruhanjaya (Pengajian Am)
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Pengangkutan sungai
Pengangkutan sungaiPengangkutan sungai
Pengangkutan sungai
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
 
Bm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorikBm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorik
 
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIANPENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
Ekonomi Pengajian am STPM
Ekonomi Pengajian am STPMEkonomi Pengajian am STPM
Ekonomi Pengajian am STPM
 
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungai
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 
Pengajian am
Pengajian amPengajian am
Pengajian am
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 

Semelhante a Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)

Perniagaan Kecil Katering
Perniagaan Kecil KateringPerniagaan Kecil Katering
Perniagaan Kecil KateringAbu Hanifah
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaranWanBK Leo
 
Panduan Ualangkaji cepat Peta iThink Tingkatan 4
Panduan Ualangkaji cepat Peta iThink Tingkatan 4Panduan Ualangkaji cepat Peta iThink Tingkatan 4
Panduan Ualangkaji cepat Peta iThink Tingkatan 4RoshamizamNik
 
Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan
Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawananPengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan
Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawananFatin Biha
 
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdfBAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdfatikah460648
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Farhana Aisyah Norzelan
 
Bab7 pengembangan perniagaan[1]
Bab7 pengembangan perniagaan[1]Bab7 pengembangan perniagaan[1]
Bab7 pengembangan perniagaan[1]WanBK Leo
 
perniagaan-dan-persekitarannya
perniagaan-dan-persekitarannyaperniagaan-dan-persekitarannya
perniagaan-dan-persekitarannyaCkg Nizam
 
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2  Penjanaan idea PerniagaanTopik 2  Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2 Penjanaan idea PerniagaanAyubkhan Kks
 
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaBab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaCkg Nizam
 
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmKOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmAiman Hud
 
Png T4 bab 3 penetapan visi, misi dan objektif perniagaan part 2
Png T4 bab 3 penetapan visi, misi dan objektif perniagaan   part 2Png T4 bab 3 penetapan visi, misi dan objektif perniagaan   part 2
Png T4 bab 3 penetapan visi, misi dan objektif perniagaan part 2Mashithah Khalid
 
ENTREPRENEURSHIP - Persekitaran Dalaman
ENTREPRENEURSHIP - Persekitaran DalamanENTREPRENEURSHIP - Persekitaran Dalaman
ENTREPRENEURSHIP - Persekitaran DalamanShafyyca II
 
Asas Perniagaan Dan Keusahawanan
Asas Perniagaan Dan KeusahawananAsas Perniagaan Dan Keusahawanan
Asas Perniagaan Dan KeusahawananAlif Akram
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaranFaktor pengeluaran
Faktor pengeluaranmizcahaya
 
Modul ramalan perniagaan spm 2018a
Modul ramalan perniagaan  spm 2018aModul ramalan perniagaan  spm 2018a
Modul ramalan perniagaan spm 2018aDyina Hamid
 
Pengurusan perniagaan KML 13/14
Pengurusan perniagaan KML 13/14Pengurusan perniagaan KML 13/14
Pengurusan perniagaan KML 13/14PMlynda17
 

Semelhante a Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1) (20)

Perniagaan Kecil Katering
Perniagaan Kecil KateringPerniagaan Kecil Katering
Perniagaan Kecil Katering
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaran
 
Peta iThink Ting 4.pptx
Peta iThink Ting 4.pptxPeta iThink Ting 4.pptx
Peta iThink Ting 4.pptx
 
Panduan Ualangkaji cepat Peta iThink Tingkatan 4
Panduan Ualangkaji cepat Peta iThink Tingkatan 4Panduan Ualangkaji cepat Peta iThink Tingkatan 4
Panduan Ualangkaji cepat Peta iThink Tingkatan 4
 
Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan
Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawananPengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan
Pengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan
 
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdfBAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
BAB 1 PERSEKITARAN PERNIAGAAN sem1.pdf
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
 
Bab7 pengembangan perniagaan[1]
Bab7 pengembangan perniagaan[1]Bab7 pengembangan perniagaan[1]
Bab7 pengembangan perniagaan[1]
 
Acc 2013 bab2
Acc 2013   bab2Acc 2013   bab2
Acc 2013 bab2
 
perniagaan-dan-persekitarannya
perniagaan-dan-persekitarannyaperniagaan-dan-persekitarannya
perniagaan-dan-persekitarannya
 
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2  Penjanaan idea PerniagaanTopik 2  Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
 
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaBab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
 
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmKOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
 
Png T4 bab 3 penetapan visi, misi dan objektif perniagaan part 2
Png T4 bab 3 penetapan visi, misi dan objektif perniagaan   part 2Png T4 bab 3 penetapan visi, misi dan objektif perniagaan   part 2
Png T4 bab 3 penetapan visi, misi dan objektif perniagaan part 2
 
ENTREPRENEURSHIP - Persekitaran Dalaman
ENTREPRENEURSHIP - Persekitaran DalamanENTREPRENEURSHIP - Persekitaran Dalaman
ENTREPRENEURSHIP - Persekitaran Dalaman
 
Asas Perniagaan Dan Keusahawanan
Asas Perniagaan Dan KeusahawananAsas Perniagaan Dan Keusahawanan
Asas Perniagaan Dan Keusahawanan
 
Memulakan Perniagaan
Memulakan PerniagaanMemulakan Perniagaan
Memulakan Perniagaan
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaranFaktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
 
Modul ramalan perniagaan spm 2018a
Modul ramalan perniagaan  spm 2018aModul ramalan perniagaan  spm 2018a
Modul ramalan perniagaan spm 2018a
 
Pengurusan perniagaan KML 13/14
Pengurusan perniagaan KML 13/14Pengurusan perniagaan KML 13/14
Pengurusan perniagaan KML 13/14
 

Pengajian Perniagaan SEM 1(BAB 1)

  • 2. Bab 1:Perniagaan dan persekitaran Pengenalan kepada perniagaan Definisi perniagaan -merupakan aktiviti urusniaga jual beli barang atau perkhidmtan -yang dapat memenuhi keprluan dan kehendak pelanggan/pengguna -bertujuan mendapatkan keuntungan yang maksimum Perniaagaan dan bukan perniagaan Demensi Perniagaan Bukan perniagaan Maksud Organisasi yang menjalankan aktiviti yang bermatlamatkan keuntungan Organisais yang menjalankan aktiviti yang mengutamakan kebajikan ahli Sumber kewangan Modal peniaga,pinjaman kewangan,keuntungan daripada perniagaan Yuran ahli,sumbangan luar,tajaan pihak lain Contoh Syarikat sdn bhd,syarikat bhd,perniagaaan perkongsian Kelab,persatuan,badan-badan sukarela
  • 3. Kepentingan untung kepada perniagaan  Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko, contoh dividen.  Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan / kelangsungan perniagaan (survival) pelaburan semula keuntungan.  Tahap keuntungan melambangkan imej / kecemerlangan syarikat.  Matlamat dan halatuju – ukuran kepada prestasi perniagaan.  Keyakinan / dorongan kepada pelabur. Peranan perniagaan Peranan perniagaan kepada pengguna  Menyediakan barangan dan perkhidmatan  Mempelbagaikan barangan dipasaran  Menyediakan perkhidmatan selepas jualan Kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat:  Memenuhi keperluan dengan menyediakan barang dan perkhidmatan.  Mewujudkan peluang pekerjaan melalui pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha perniagaan.  Pembangunan masyarakat setempat dengan menyediakan peluang untuk menceburi perniagaan melalui sistem bekalan dan jualan.
  • 4. Peranan untung kepada ekonomi  Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai dari perniagaan yang mencatat keuntungan  Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur pengangkutan dan perhubungan  Mengurangkan kadar pengangguran  Meningkatkan ekonomi negara Peranan untung kepada negara  Memberi pendapatan kepada negara – melalui sebarang cukai perniagaa  Mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan – mengurangkan kadar pengangguran / meningkatkan kadar guna tenaga negara  Membangunkan peluang perniagaan – meningkatkan kegiatan perusahaan huluan / mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas
  • 5. FAKTOR PENGELUARAN Faktor pengeluar merujuk kepada sumber-sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Bahan mentah  Merujuk kepada input-input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran bagi menhgasilkan seauatu produk  Contoh bijih timah, kayu balak, kelapa sawit dan koko Modal insan  Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan atau perniagaan  Terdiri dari buruh mahir dan kurang mahir  Mendapat gaji / upah Modal  Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat.  Terdiri dari bentuk wang atau aset  Contoh kenderaan, ruamah, mesin dan peralatan Keusahawanan  Orang yang membentuk perniagaan / orang yang mengambugkan faktor-faktor pengeluaran dan menjadikan sebagai output dalam pengeluaran  Sanggup mengambil risiko mendapat keuntungan Teknologi  Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagan  Membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran , meningkatkan mkecekapan,meningkatkan daya saing dan meningkatkan operasi perniagaan
  • 6. PROSES PERNIAGAAN Proses perniagaan melibatkan aktiviti tambah nilai dalam proses tranformasi (pertukaran) terhadap input-input pengeluaran bagi memastikan output-utput untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan mendapatkan keuntungan kepada perniagaan. Proses perniagaan Input  Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran iaitu buruh, tanah, modal dan keusahawanan Proses tambah nilai  Ialah aktiviti tambah nilai dalam proses pengeluaran yang menukarkan input kepada output dengan menggunakan manusia, bahan, pengetahuan dan teknologi. Output  Merujuk kepada hasil daripada proses pengeluaran Proses Pemasaran  Proses pemasaran ialah urusniaga yang akan berlaku antara pengeluar dengan pelanggan ,jabatan pemasaran akan menetapkan harga basikal berdasarkan aktiviti tambah nilai yang dilakukan Untung atau rugi Untung ialah lebihan hasil ke atas kos , rugi ialah kekurangan hasil berbanding kos, untung merupakan ganjaran kepada usahawan
  • 7. Cabaran Aktiviti Perniagaan Kini dan Masa hadapan:  Globalisasi / dunia tanpa sempadan – persaingan sengit (kualiti, harga, penyampaian) mobiliti pekerja / modal , celaru budaya  Peningkatan kemajuan teknologi – perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu kemahiran teknologi, perlu modal tinggi  Peningkatan tanggungjawab sosial – batasan aktiviti komersial, desakan / tekanan pihak NGO, kerajaan , pihak berkepentingan; buruh kanak-kanak; prihatin terhadap OKU  Peningkatan sistem perniagaan Islam (perbankan Islam) – pematuhan syariah  Kewujudan blok-blok perdagangan – ketepuan pasaran, persaingan sengit, batasan perdagangan  Sumber semakin berkurangan – batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi, meningkatkan produktiviti (meningkatkan kecekapan penggunaan sumber)  Perubahan struktur demografi – kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran memerlukan kemudahan / suasana kerja yang berbeza daripada suasana biasa; hayat semakin panjang – ramai pekerja yang sudah ‘matang’ 1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN Persekitaran Umum  Merujuk kepada unsur-unsur persekitaran di luar organisasi yang memberikan tekanan dan mempengaruhi persekitaran tugas perniagaan,operasi serta prestasi perniagaan Persekitaran tugas/Pihak-pihak berkepentigan  Merupakan unsur-0unsur persekitaran yang secara langsung mempengaruhi dan memberi kesan kepada operasi dan prestasi perniagaan.
  • 9. Tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepetingan Pelanggan  Peniaga harus menjaga kebajikan dengan memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan pengguna. Pembekal  Hubungan yang baik antara perniagaan dan pembekal adalah bertujuan untuk menjamin bekalan berterusan pada harga yang berpatutan, serta pembayaran hutang kepada pembekal tepat pada masanya. Pembiaya  Firma perlu membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam perjanjian Kegagalan membayar balik pinjaman akan menyukarkan perniagaan mendapatkan pinjaman pada masa akan datang. Pemodal/pelabur  Perniagaan seharusnya memaksimakan kekayaan pelabur atau pemodal yang melaburkan wang mereka memberikan bayaran dividen yang tinggi.  Kegagalan membayar faedah/dividen yang tinggi akan mengakibatkan pelabur akan menarik diri dari perniagaan. Pesaing  Firma seharusnya bersaing secara sihat dan tidak memburuk nama baik pesaing.
  • 10. Kerajaan  Firma seharusnya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti membayar cukai yang ditetapkan dan sebagainya. Pekerja  Perniagaan perlu sensitif kepada kehendak dan keperluan pekerja samada dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan.  Selain daripada pengetahuan dan skil pekerja, perlu juga ditingkatkan dengan memberi latihan-latihan tertentu.  Sekiranya produktiviti pekerja menurun, maka ia akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan barang ‘defect’ juga akan meningkat. Masyarakat  Merujuk kepada nilai-nilai sosio budaya sesebuah negara yang meliputi cara hidup, kuasa beli yang mempengaruhi aktivii perniagaan. Perniagaan tidak boleh mencemarkan alam sekitar dan tidak boleh menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjawab sosial supaya mereka dapat memastikan sokongan yang berterusan dari masyarakat
  • 11. 1.3 ENTITI PEMILIKAN DAN AKTIVITI PERNIAGAAN Entiti perniagaan Milikan Tunggal Ciri-ciri milikan tunggal  Dimiliki oleh seorang pengusaha.  Liabiliti tidak terhad  Operasi dan modal yang kecil  Di kawal dibawah akta pendaftaran syarikat 1056(pindaan 2978) Kebaikan Kelemahan - Mudah ditubuhkan - Mudah diuruskan - Pasaran yang terhad - Modal kecil - Sesuai bagi orang yang baru belajar berniaga untuk dapat perniagaan - Mudah dikawal - Perkhidmatan bersifat peribadi - Liabiliti tidak terhad - Modal terhad - Pemilik tiada kemahiran / terhad - Beban pengurusan - Perniagaan jarang kekal dalam jangka panjang - Cukai persendirian - kadar tinggi Langkah penubuhan  Membuat permohonan carian nama dengan menggunakan borang PNA 42  Permohonan pendafratan menggunkan borang A  Yuran pendafratan Mendapatkan sijil perakuan pendaftaran (borang D) dan mempamerkannya
  • 12. Perkongsian Ciri-ciri  Dimiliki sekurang-kurangnya 2 -20 orang pemilik  Modal disumbangkan oleh rakan kongsi mengikut jumlah yang dipersetujui  Agihan untung atau rugi mengikut sumbangan modal  Liabiliti tidak terhad  Cukai pendapatan perseorangan bukan cukai perniagaan  Dikawal oleh akta perkongsian 1961 Kebaikan Kelemahan - Prodsedur penubuhan mudah & ringkas - Sumber modal lebih banyak - Mudah untuk mendpatkan pinjaman - Risiko perniagaan dikongsi bersama - Berkongsi kepakaran - Liabiliti tidak terhad - Penubuhan tidak kekal lama Langkah penubuhan  Membuat permohonan mendaftar dengan menggunkan borang A yang mengandungi butiran berikut:- - Nama dan alamat ahli - Nama dan jenisnperniagaan yang dijalankan - Tempoh perkongsian - Sumbangan modal setiap ahli - Nisbah pembahagian untung - Tanggungjawab dan kuasa setiap rakan kongsi  Yuran pendaftaran  Sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan.
  • 13. Syarikat Berhad Ciri-ciri syarikar Sendirian berhad  Ahli 2-50 orang  Perkataan “Sdn” pada sebahagian dari nama syarikat  Liabiliti terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan sahaja  Pemegang saham adalah pemilik syarikat  Diuruskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik oleh pemegang saham  Agihan keuntungan dalam bentuk dividen  Untung syarikat dikenakan cukai8 keuntungan syarikat. Kebaikan Kelemaahan - Modal besar - Liabiliti terhad - Operasi dapat mengembangkan perniagaan - Terdapat pengkhususan – kewangan, pemasaran, sumber manusia - Jangka hayat lebih panjang - Percukaian - Syarikat sendirian berhad sebagai entiti yang berasingan, boleh didakwa dan mendakwa - Kos penubuhan sangat tinggi dan pembubaran yang kompleks - Konflik kepentingan dalam pengurusan - Pertelingkahan antara pemegang saham - Laporan kewangan mengikut Akta Syarikat 1965, perlu diaudit - Keputusan dibuat lambat kerana perlu mendapat persetujuan daripada pemegang saham - Kurang kerahsiaan Ciri-ciri syarikat awam berhad i. Pemegang saham adalah pemilik syarikat ii. Ahli minimum 2 orang dan tidak ada had iii. Libiliti pemegang saham adalah terhad iv. Diuruskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik oleh pemegang saham v. Agihan keuntungan dalam bentuk dividen vi. Untung syarikat dikenakan cukai keuntungan syarikat.
  • 14. Langkah penubuhan i. Tatawujud syarikat yang memperihalkan tentang pembatalan seksyen 15 Akta Syarikat 1965 ii. Mendapatkan kelulusan sari suruhanjaya sekuriti berkaitan prospektos dan penyenaraian saham dibursa saham iii. Pengedaran borang permohonan saham dan perspektus. iv. Mendapatkan sujil perakuan perniagaan oleh pendaftar syarikat.
  • 15. Koperasi Ciri-ciri i. Bilangan ahli sekurang-kurangnya 50 orang ii. Modal diperolehi dari ahli melalui pungutan yuran iii. Diuruskan dan ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat Agong tahunan iv. Liabiliti terhad v. Agihan untung dalam bentuk dividen dan bonus Kebaikan Kelemaahan - Keuntungan dan kebajikan kepada ahli - Liabiliti ahli terhad - Cukai lebih rendah daripada perniagaan - Mewujudkan swemangat kerjasama dan saling membantu antara ahli - Lebih demokratik - Diuruskan oleh ahli yang kurang berkelayakan dan pengalaman - Dikuasai oleh golongan minoriti yang aktif dalam mengambil bahagian dalam koperasi - Masalah dalam mencari pengganti kepada pihak pengurusan yang lama - Modal bergantung kepada yuran dan keuntungan yang kecil - Operasi adalah mengikut akta koperasi dan dikawal rapi oleh SKM.
  • 16. 1. Membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi melalui Pejabat Pembangunan Koperasi wilayah atau daerah. 2. Apabila kelulusan untuk menubuhkan koperasi diperolehi dari Jabatan Pembangunan Koperasi,Jawatankuasa Penaja – 10 orang akan dilantik untuk menjalankan tugas-tugas awalan berikut; i. Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan ii. Menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan lain yang termaktub dalam objektif penubuhan iii. Mengubal undang-undang kecil berdasarkan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi iv. Mendaftarkan tidak kurang dari 100 orang bakal-bakal anggota, v. Mendaftarkan tidak kurang dari 100 orang bakal-bakal anggota. Langkah penubuhan 3. Mesyuarat Agung Penubuhan/Permulaan diadakan bertujuan untuk; i. Mendapatkan ketetapan dari bakal anggota untuk menubuhkan koperasi ii. Menerima undang-undang kecil iii. Memilih anggota Lembaga Pengarah Koperasi  Seorang pegawai dari Jabatan Pembangunan Koperasi akan hadir untuk memberikan penerangan secara am mengenai hak dan tanggungjawab ahli dan aktiviti koperasi.
  • 17. 4. Dokumen Pendaftaran perlu diserahkan kepada Pendaftar Koperasi  Tidak lewat dari 7 hari selepas mesyuarat agung penubuhan  Dokumen yang perlu di hantar adalah; i. Borang permohonan yang telah ditandatangani oleh 10 orang Jawatankuasa Penaja ii. 3 naskah Undang-undang Kecil koperasi iii. Minit Mesyuarat Agung penubuhan yang ditandatangani sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang hadir. 5. Sijil Perakuan akan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar setelah koperasi didaftarkan.
  • 18. Aktiviti berasaskan pengeluaran Aktiviti berasaskan perkhidmatan  Melibatkan barang fizikal /nampak  Melibatkan barang tak nampak  Boleh disimpan  Tidak boleh disimpan Aktiviti perniagaan •Pengeluaran: ekstraktif, barangan konsumer, barangan industri, pembuatan dan pemasangan •Perkhidmatan: runcit, borong, kewangan, profesional, perhotelan, dan pendidikan Perbandingan antara perniagaan berbentuk pengeluaran dan perkhidmatan Pengeluaran – merujuk kepada proses mengeluar atau menghasilkan produk fizikal oleh sebuah syarikat perniagaan bagi memuaskan kehendak pengguna. Aktiviti pengeluaran berasaskan pengeluaran merangkumi:- Ekstraktif  Aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah yang boleh didapati dari proses alam semulajadi.  Contoh perlombongan,pertanian,perikanan dan pembalakan. Barangan pengguna/konsumer  Barang yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri, keluarga atau kegunaan organisasi.  Contoh pisang di buat kek untuk dimakan sendiri dan ahli keluarga. Barangan industri  Perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barang / keluarannya kepada pembuat / syarikat lain dan barangan tersebut diproses seterusnya / transformasi / tambah nilai bagi dijual semula / menghasilkan produk.  Contoh pisang dibuat kek untuk dijual semula.
  • 19. Pembuatan  Aktiviti untuk menghasilkan produk dengan memproses dan menggunkan sumber-sumber seperti bahan mentah, manusia, mesin dan teknologi untuk memenuhi kehendak pelanggan. Pemasangan Aktiviti yang mencantumkan beberapa bahagia atau komponen produk untuk menghasilkan barangan siap untuk dipasarkan
  • 20. Perkhidmatan – sesuatu aktiviti yang boleh ditawarkan dipasaran yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Runcit  Aktiviti menjual pelbagai jenis barang keperluan harian dalam kuantiti yang kecil.  Contoh kedai runcit Borong  Perniagaan yang melibatkan pembelian barang dengan kuantiti yang banyak oleh pemborong dan kemudian menjualkan semula kepada peruncit atau pelanggan dalam kuantiti yang lebih kecil.  Contoh pasar borong. Kewangan  Aktiviti pembiayaan atau pinjaman oleh pihak-pihak pembiaya untuk tujuan perniagaan ataupun persendirian.  Contoh Bank, institusi kewangan kerajaan serta badan-badan swasta dan badan berkanun. Profesional  Kepakaran dan kemahiran khusus yang ditawarkan oleh sesebuah syrikat perniagaan  Contoh perundangan, perakaunan, perubatan dan lain-lain Perhotelan  Perniagaan yang menyediakan kemudahan penginapan dan reakrasi kepada pelangn mengikut kadar yang tertentu serta kemampuan pelanggan  Contoh hotel Hilton, Hotrl Bajet Home stay dan lain.. Pendidikan  Institusi yang menawarkan pengajian dan latihan formal kepada masyarakat bagi menyediakan sumber tenaga manusia/modal insan.  Merangkumi peringkat pendidikan asas iaitu tadika sehinggalah keperingkat tertinggi iaitu universiti. Contoh Tadika, sekolah, madrasah, kolej, Universiti
  • 21. PERANAN SEKTOR INDUSTRI Swasta  Merujuk kepada firma perniagaan yang dimiliki oleh individu atau kumpulan individu secara peribadi dan menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Awam  Organisasi yang dimiliki, dibiayai, dan diuruskan oleh pihak kerajaan. Badan berkanun  Ialah agensi kerajaan yang diperbadankan bagi melaksanakan dasar-dasar dan tanggungjawab terhadap aktiviti kerajaan secara khusus. Cth: MARA, MARDI, MADA dll. Peranan antara sektor swasta, awam dan badan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara: Pihak swasta:  Menjalankan aktiviti perniagaan  Memberi peluang pekerjaan  Pendapatan cukai oleh pihak kerajaan. Sektor awam:  Pendorong dan penyokong dengan memberi kemudahan dan panduan kepada pihak swasta.  Mengurangkan lapisan birokrasi di sektor awam Badan Berkanun:  Mengawal selia aktiviti perniagaan supaya aktiviti berlandaskan peraturan dan perundangan.  Menjaga kewibawaan sektor swasta. Menyediakan sumber manusia – universiti
  • 22. Peranan sektor awam dalam perkembangan ekonomi negara: Menyediakan kemudahan Infrastruktur / Perkhidmatan awam  Kemudahan pengangkutan / elektrik/air dan telekomunikasi /Perkhidmatan keselamatan / kemudahan pendidikan/ kemudahan perkhidmatan kesihatan  Contoh –membina lebuhraya dari Johor baharu ke Padang Besar untuk melancarkan agihan barangan. Mengamalkan monopoli semula jadi  Melaksanakan projek berisiko /projek yang memerlukan modal dan kepakaran yang tinggi/Mengelakkan persaingan yang merugikan/Memastikan dapat menikmati faedah skel ekonomi bidangan  Contoh:membina empangan hidro untuk membekalkan kuasa elektrik Menggubal dan melaksana dasar-dasar fiskal dan kewangan  Menetukan kaedah percukaian yang sesuai/memberi bantuan subsidi/pinjaman/kepakaran/ membentuk dasar belanjawan yang fleksibel.  Contoh: mengurangkan kesan inflasi kepada ekonomi melalui kenaikan kadar faedah Penguatkuasaan undang-undang dan kawalan  Mengawal dan memantau aktiviti swasta atau awam/Menjamin kepentingan pengguna/menggubal akta dan peraturan/mengeluarkan lesen/Penyebaran maklumat/ tentang peraturan dan prosedur yang jelas/mengenakan tindakan atau mendakwa  Contoh: penetapan harga maksimum bagi barang kawalan untuk mengelakkan inflasi/ kuasa beli Melaksanakan program Pendidikan Pengguna  Menjaga kepentingan pengguna/penyampaian maklumat yang tepat/mengadakan penerbitan risalah/ majalah/ pengiklanan/ Mengadakan seminar kepenggunaan  Contoh : mengadakan kempen beli barangan buatan tempatan untuk mengurangkan aliran keluar mata wang/menggalakkan perniagaan domestik. Mewujudkan peluang pekerjaan  Mengurangkan kadar pengangguran/meningkatkan taraf hidup/meningkatkan kuasa beli  Contoh :mewujudkan skim jawatan sementara/kontrak di jabatan kerajaan bagi memberi pendapatan kepada lepasan universiti untuk mengurangkan pengangguran
  • 23. Kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan 1. Perniagaan dapat beroperasi secara sah. 2. Mendapat kemudahan infrastruktur 3. Mendapat kawasan atau lokasi perniagaan 4. Mendapat sumber pembiayaan 5. Faedah dari penyelidikan 6. Pembangunan/latihan/khidmat nasihat 7. Mendapat peluang perniagaan dalam negeri seperti bekalan, pembinaan dan perkhidmatan
  • 24. Tahap Perniagaan :- i. Primer Aktiviti peringkat premier merujuk kepada pengeluaran sumber semula jadi atau bahan mentah yang diperoleh dari alam semula jadi. ii. Sekunder Aktiviti peringkat sekunder merujuk kepada aktiviti pembinaan atau pemprosesan bahan-bahan mentah yang didapati daripada aktiviti peringkat premier. iii. Tertier Ialah perniagaan yang melibatkan perkhidmatan/produk tidak ketara yang tidak boleh diproses lagi, contoh  Perkhidmatan langsung seperti doktor dan pendandan rambut  Perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan seperti DHL  Perkhidmatan bank seperti perkhidmatan pinjaman oleh Maybank Malaysia Bhd  Perkhidmatan insuran seperti perlindungan risiko yang disediakan oleh Great Eastern Assurance Bhd  Perkhidmatan perhotelan seperti penginapan yang disediakan oleh Sherwood Marina Cove Perkhidmatan telekomunikasi seperti perkhidmatan internet disediakan oleh Telekom
  • 25. AKTIVITI PERNIAGAAN HULUAN DENGAN HILIRAN 1. Huluan  Aktiviti huluan merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku dahulu sebelum perniagaan lain dapat dijalankan.  Perniagaan huluan ialah perniagaan yang terlibat dalam bidang ekstraktif / pengeluaran bahan mentah/ pengeluaran hasil bumi.  Contoh: Syarikat Shell menjalankan aktiviti cari gali minyak. 2. Hiliran  Aktiviti hiliran merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku bagi memproses bahan mentah menjadi barangan siap untuk dipasarkan.  Melibatkan pemprosesan sumber.  Contoh: Syarikat Shell menjalankan aktiviti pemprosesan minyak mentah untuk dijadikan pelbagai produk petrokimia seperti minyak petrol dan diesel
  • 26. AKTIVITI PERNIAGAAN DOMESTIK DENGAN ANTARABANGSA 1. Domestik  Perniagaan yang beroperasi dalam negara  Menggunakan sumber / input / kewangan yang terdapat dalam negara  Pasaran / pelanggan dalam negara  Pasaran sempit 2. Antarabangsa  Perniagaan antarabangsa merujuk kepada perniagaan yang sebahagian aktiviti atau kegiatan perniagaannya melibatkan negara luar  Melibatkan aktiviti import, eksport dan entrepot  Pasaran luas Urusan perniagaan melibatkan pertukaran wang asing seperti Yen Jepun