2. BIOGRAFI IBNU KATHIR
• Beliau adalah Imam yang mulia Abul Fida’ ‘Imaduddin Isma’il bin
,Umar bin Katsir al-Qurasyi al-Bushrawi .
• Berasal dari kota Bashrah , kemudian menetap , belajar dan mengajar
di Damaskus .
• Dilahirkan di Mijdal , sebuah tempat di kota Bashrah pada tahun
701.H (1302 M).
• Menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Khamis bulan Sya’ban
774 h (1373 M ) di Kota Damaskus , ketika berumur 74 tahun .
• Dimakamkan di samping gurunya , Ibnu Taimiyyah .
3. • Dibesarkan dalam keadaan yatim .
• Ayahnya meninggal ketika beliau berusia 3 tahun dan beliau terkenal
sebagai khatib di kota itu .
• Dikurniakan hafalan yang istiemewa dan beliau menuntut ilmu
semenjak kecil lagi .
• Beliau ke Damsyiq ketika berusia 7 tahun dan berguru dengan ulama
terkenal di zamannya .
• Beliau juga mempelajari hadits , fiqh dan menghasilkan karya dalam
bidang tersebut .
• Beliau menulis karya yang besar mengenai hukum-hakam namun tidak
sempat diselesaikan .
• Beliau mempunyai hubungan rapat dengan Syeikh al-Islam Ibn
Taimiyah .
4. • Banyak pujian diberikan Ibn Taimiyah kepada Ibnu Kathir dalm al-
Bidayah wa al-Nihayah , malah Ibnu Kathir banyak mengikut
pendapat beliau dalam pandangannya .
• Ibnu Kathir juga mengambil fatwanya dalam masalah perceraian dan
berhadapan dengan berbagai ujian serta disakiti kerana hubungan
beliau dengan Ibn Taimiyah .
5. GURU-GURU IBNU KATHIR
• Syeikh Burhanuddin Ibrahim bin Abdirahman al-Fazari .
• Di Damsyik Syria , beliau belajar dengan Isa bin al-Muth’im
• Ahmad bin Abi Thalib
• Muhammad Ibnu Zar rad , menyertai Syeikh Jamaluddin Yusuf bin az-
Zaki al’Mizzi (wafat 742 H) , beliau banyak faedah dan menimba ilmu
darinya dan akhirnya beliau menikahi puterinya .
• Ulama Mesir yang memberi beliau Ijazah ialah Abu Musa al-Qararafi .
• Ali bin Umar as-Sawani dan lain-lain .
6. MURID-MURID IBNU
KATHIR
• Ibnu Hajji adalah salah satu murid Ibnu Katsir dan dia mengatakan :
• Beliau adalah penghafal hadits terbaik . Beliau juga paling mengetahui
mengenai perawi dan keaslian hadits . Teman-teman dan gurunya
mengakui kemampuanya ini . Setiap kali saya bertemu dengannya , saya
selalu mendapatkan manfaat darinya.
• Juga Ibnu Imad Al-Hambali berkata dalam kitabnya “ Shadrat Ah-
Dhahab ” :
• Beliau adalah hafidz yang mashur , yang ingatanya sangat cerdas ,
sedikit sekali beliau lupa , pemahamannya cukup dan mempunyai
pengetahuan yang baik dalam bahasa arab .
7. KARYA IBNU KATHIR
1. Al-Bidayah wa al-Nihayah fi al-Tarikh
2. Tafsir al-Quran al-Azim
3. Al-Lawalib al-Darari fi al-Tarikh
4. Intikhab min al-Bidayah wa al-Nihayah
5. Tafsir al-Quran
6. Al-Ijtihad fi Talab al-Jihad
7. Jami’ al-Masanid
8. Sunan al-Hadi li Aqwam al-Sunan
9. Al-Wadih al-Nafis fi Manaqib al-Imam Muhammad bin Idris
8. KITAB TAFSIR IBNU KATHIR
• Tafsir al-Quran Al-’Adzim atau lebih dikenali dengan Tafsir Ibnu
Kathir adalah salah satu dari Tafsir bil ma’tsur yang sahih .
• Di dalamnya diterangkan riwayat-riwayat yang diterima dari Nabi
Muhammad S.A.W , dari sahabat-sahabat dan tabi’in .
• Menjelaskan makna-makna ayat dan hukumnya dengan sedaya upaya
untuk menjauhi daripada perbahasan tentang I’rab dan pecahan ilmu
Balaghah lain seperti yang dilakukan oleh ulama tafsir lain .
• Tidak membahaskan secara panjang lebar ilmu yang tiada kaitan
dengan tafsir atau memahami al-Quran .
9. • Sentiasa berbincang dengan gurunya tentang perkara yang
mengelirukan untuk mendapatkan keputusan yang tepat .
• Sangat berhati-hati dengan perkara Israiliyat .
• Secara umumnya kitab tafsir Ibnu Kathir berjumlah 4 jilid .
• Dengan penerbit yang sama iaitu dari Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah .
10. METODOLOGI KITAB TAFSIR IBNU
KATHIR
• Tafsir ini dimulakan dengan muqaddimah yang panjang dan menyebut perkara
penting yang berkaitan dengan al-Quran dan pentafsiran .
• Di dalamnya juga menghuraikan metodologi penulisan kitab tafsirnya
sebagaimana berikut :
1. Mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran .
2. Mentafsirkan al-Quran dengan al-Hadits sekiranya tidak didapati
keterangan daripada ayat-ayat al-Quran .
3. Mentafsirkan al-Quran dengan pendapat sahabat , sekiranya tidak
terdapat keterangan daripada al-Quran dan al-Hadits , memandangkan
sahabat dan golongan yang lebih mengetahui tentang persoalan-
persoalan tersebut .
4. Merujuk kepada pendapat Tabi’in apabila tidak menemuinya dalam al-
Quran atau pendapat para sahabat .
11. • Ibnu Kathir berpendapat pentafsiran Tabi’in dapat diterima apabila
mereka tidak berselisih faham mengenainya .
• Sekiranya mereka berselisih pendapat mengenai sesuatu pentafsiran ,
maka pendapat tersebut perlu diteliti terlebih dahulu dengan merujuk
kepada kaedah Bahasa al-Quran atau al-Sunnah atau merujuk kepada
keumuman Bahasa Arab atau pendapat-pendapat sahabat untuk
menentukan kebenarannya ,
• Ibnu Kathir juga menjelaskan mengenai unsur-unsur israiliyat dan
berwaspada darinya .
• Ibnu Kathir juga memasukkan dalam tafsirnya perbincangan fiqh
dengan menyebut pandangan ulama dan dalil-dalil mereka semesa
menafsirkan ayat-ayat ahkam .
12. KEISTIEMEWAAN TAFSIR
IBNU KATHIR
• Adalah tafsir yang paling masyhur yang memberikan perhatian terhadap apa
yang telah diberikan oleh mufassir salaf dan menjelaskan makna-makna dan
hukumnya .
• Perhatian yang sangat besar dengan penafsiran antara al-Quran dengan al-
Quran .
• Merupakan tafsir yang paling banyak memuatkan atau memaparkan ayat-
ayat yang bersesuaian maknanya , kemudian diikuti denganpenafsiran ayat
hadits marfu’ yang ada relevansinya dengan ayat yang sedang ditafsirkan
serta menjelaskan apa yang dijadikan hujjah dari ayat tersebut . Kemudian
diikuti pula dengan pendapat para sahabat dan para tabi’in serta ulama salaf
.
13. • Disertakan selalu peringatan akan cerita-cerita Israiliyat yang tertolak
(mungkar) yang hanya tersebar di dalam tafsir bil ma’tsur .
• Bersandarkan pada riwayat-riwayat dari Nabi Muhammad S.A.W ,
para sahabat dan Tabi’in .
• Penjelasannya dari segi I’rab dan istinbatnya tentang hukum-hokum
syari’e dan ayat-ayat al-Quran .
• Menjadi literasi mufassir setelahnya dan telah dicetak serta disebarkan
sehingga ke penjuru dunia .
• Tidak mengandungi permusuhan dalam membincangkan golongan dan
mazhab malah mengajak pada persatuan dan mencari kebenaran
bersama .
14. KEKURANGAN TAFSIR IBNU
KATHIR
• Masih terdapat hadits Dhoi’f dan pengulangan hadits Sahih .
• Terdapat sejumlah Israiliyat , sekalipun ia mengingatkannya , namun
tanpa penegasan dan penyelidikan .
• Di dalamnya disebutkan juga khabar-khabar yang sanadnya tidak
sahih , kemudian tidak dijelaskan bahawa ia tidak sahih .
• Bercampurnya yang sahih dan yang tidak sahih dan penukilan
perkataan dari para sahabat dan tabi’in tanpa isnad dan tidak pasti .