1. Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih diucapkan kepada Unit Pengurusan Tingkatan Enam kerana telah
memberi peluang kepada saya, untuk menitipkan kata-kata aluan sempena
Majlis Konvokesyen Pra-U 2012. Terima kasih juga saya ucapkan kepada
....................................................................dari PPD Kota Marudu kerana dapat
meluangkan masa untuk menjayakan majlis kita pada malam ini. Syabas dan
tahniah juga saya ucapkan buat AJK Pengelola Majlis Konvokesyen Pra-U,
kerana telah berjaya menzahirkan majlis ini dengan penuh gemilang. Untuk
pengetahuan , majlis kita pada malam ini merupakan majlis yang ke-dua
setelah buat pertama kalinya telah diadakan pada tahun lepas.
Sebenarnya majlis konvokesyen ini dan peperiksaan STPM yang bakal
ditempuhi hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang bakalan diterokai. Di
hadapan anda sekalian nanti, terbentang pelbagai ranjau duri dan rintangan ke
arah pencapaian sebenar dalam kehidupan.Semangat perjuangan yang murni
dan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan siswa-siswi Pra-U
SMK Kota Marudu meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah.
Kami semua mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda semua.
SMK Kota Marudu telah membuktikan bahawa, sekolah pedalaman
yang pastinya mempunyai dalam serba kekurangan prasarana masih mampu
untuk melahirkan pelajar terbaik. Buktinya dua tahun berturut- turut , SMK
Kota Marudu telah berjaya melahirkan pelajar berCGPA 4.0 . Kejayaan manis
Adik Syivero Patrick dan Adik Siti Norsheida Affendi tetap terpahat di hati
kita. Tahniah sekali lagi kepada guru-guru tingkatan enam yang telah
bertungkus-lumus mendidik dan memberikan tunjuk ajar.Oleh sebab itu, saya
ingin memberikan cabaran ini kepada calon-calon STPM 2012, agar
meneruskan kecemerlangan ini. Buktikan anda mampu untuk meneruskan
kejayaan ini. Siapa tahu, mungkin kejayaan yang digapai lebih gemilang.
Berusahalah dengani ltizam yang tinggi dan penuh ketakwaan berbekalkan ilmu
yang dicurahkan oleh guru-guru anda untuk memperoleh kejayaan dan
seterusnya memartabatkan Pra-U SMK Kota Marudu di persada daerah, negeri
dan seterusnya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.
Bagi mengakhiri kata-kata aluan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas
dan tahniah kepada para graduan pra-U kerana telah menunjukkan satu usaha
yang berdedikasi sepanjang menduduki alam Pra-U di SMK. Kota Marudu.
2. Saya juga mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk semua pelajar tersebut.
Ucapan syabas dan terima kasih kepada semua ketua unit, tenaga pengajar, dan
semua pihak yang telah menjayakan Majlis Konvokesyen Pra-U Sesi 2012. Jasa
bakti mereka telah memungkinkan para graduan pra-U menamatkan pengajian
mereka hingga ke hari ini. Semoga sumbangan kita ini mendapat keredhaan
Allah Subhanahuwata’ala.
Dengan penuh rasa syukur kepada Tuhan, saya mengisytiharkan Majlis
Konvokesyen Pra-U SMK Kota Marudu 2012, bermula.
Sekian dan terimakasih.
3. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan.
Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan barisan
AJK pelaksana majlis konvokesyen Pra-U 2012 yang sudi menjemput PPD
untuk sama-sama memeriahkan majlis kita pada malam ini.
Majlis Konvokesyen Pra-U Sesi 2012, merupakan sebuah majlis yang agak
baharu dalam takwim pendidikan khususnya bagi daerah Kota Marudu. Saya
rasa amat berbangga kerana Unit Pengurusan Tingkatan Enam sekolah ini telah
menganjurkan majlis sebegini, yang pastinya akan memberi impak besar dalam
diri pelajar Pra-U, serta pihak sekolah.
Syabas kepada pihak sekolah kerana telah mengadakan Majlis Konvokesyen
Pra-U ini. Saya amat gembira kerana majlis sebegini dapat diadakan di dalam
daerah Kota Marudu. Program ini secara tidak langsung akan membuka mata
para pelajar untuk mengorak langkah membangunkan diri dan keluarga ke
arah masyarakat berpendidikan. Majlis sebegini juga akan menjadi landasan
kepada sekolah-sekolah lain untuk turut serta mengadakan aktiviti sedemikian.
Walaupun majlis konvokesyen pra-U ini hanya diadakan di sekolah, namun
saya pasti aura bergraduasi dalam kalangan pelajar pra-U semakin dirasai dan
bahang tersebut seharusnya dikekalkan sehingga para pelajar menduduki
peperiksaan sebenar.
Saya berharap dengan adanya majlis penghargaan ini, ia akan menjadi satu
insentif dalam mengerakkan motivasi para pelajar ke arah kecemerlangan
pendidikan. Semoga usaha ini akan membantu merealisasikan hasrat murni
pihak sekolah dan JPN untuk melahirkan pelajar tingkatan enam yang
cemerlang dalam semua aspek kehidupan termasuk pendidikan. Pelajar Pra-U
harus berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
kerohanian agar tidak ketinggalan dalam semua bidang. Kemampuan
menguasai ilmu yang tinggi akan melahirkan sebuah masyarakat yang bijak
pandai dan berkeperibadian mulia serta dapat menyahut cabaran, dan
wawasan negara pada masa akan datang.
Saya juga berharap pada tahun ini SMK. Kota Marudu sekali lagi akan
melahirkan pelajar yang akan mengharumkan nama baik sekolah dan daerah
Kota Marudu ke seluruh Malaysia. Kejayaan yang berterusan tersebut perlu
diwarisi oleh generasi pra-U seterusnya. Adalah menjadi harapan semoga
4. semua pelajar pra-U SMK. Kota Marudu sesi 2012 akan dapat membuat
kejutan-kejutan terhebat apabila keputusan diumumkan pada tahun hadapan.
Akhir kata setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pihak pentadbir, ketua-
ketua unit, guru-guru serta para pelajar yang telah berjaya menganjurkan
Majlis Konvokesyen ini. Kepada para guru dan ibu bapa, saya berharap agar
kerjasama yang sedia ada dapat dikekalkan dan seterusnya memupuk
usahasama dalam menangani apa jua masalah anak-anak kita di sekolah ini.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Konvokesyen
Pra-U Sesi 2012. Semoga usaha gigih ini akan diteruskan dengan jayanya demi
agama, bangsa dan negara.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim/ syukur...saya dengan ini merasmikan
majlis konvokesyen pra-U SMK Kota Marudu bagi sesi 2012.
Sekian, Terima Kasih.