Tamu di Bandar Seri Begawan terletak di tepi Sungai Kianggeh. Di tamu ini penjual menjual buah-buahan, sayur-sayuran, bunga, kuih, ikan kering, ayam, dan itik. Tamu ini sentiasa sibuk terutama pada hari Jumaat dan Ahad pagi. Kawasan tamu ini sentiasa dipelihara untuk kebersihannya oleh Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan bersama penjual dan pengunjung.