MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
AMALAN TERBAIK MODULE VOCABULARY 2023-2024 SK ULU JEMPOL.pptx
1. AMALAN TERBAIK : MODUL
VOCABULARY TAHUN 1
HINGGA TAHUN 6
PANITIA BAHASA INGGERIS
SK ULU JEMPOL TAHUN
2023/2024
2. OBJEKTIF PEMBINAAN MODUL
VOCABULARY
1. Hasil daripada postmortem UASA DAN PBD sesi 2022/2023 yang
lalu, Panitia Bahasa Inggeris mengenalpasti masalah utama yang
dihadapi oleh majoriti murid –murid untuk menjawab soalan dengan
baik adalah kurangnya penguasaan murid-murid dalam vocabulary.
2. Masalah ini dikenalpasti setelah bimbingan menjawab semula
soalan dijalankan dan murid-murid dapat menjawab soalan dengan
baik apabila soalan di terjemahkan dalam Bahasa Melayu.
3. Menyedari masalah ini, Panitia telah berbincang dan memutuskan
modul vocabulary yang mengandungi semua perkataan penting
(keywords) bagi setiap topik perlu diwujudkan untuk membantu
murid-murid meluaskan vocabulary sekaligus membantu mereka
untuk memahami pdpc dengan lebih berkesan dan menjawab UASA
serta penilaian PBD dengan lebih baik.
3. PROSES PEMBINAAN MODUL
1. Proses pembinaan modul dimulakan dengan mengenalpasti semua
perkataan-perkataan penting berdasarkan buku teks CEFR BAHASA
INGGERIS dari tahun1 hingga tahun 6.
2. Setelah perkataan ini dikenalpasti, perkataan dihimpunkan dan
disusun dalam bentuk jadual mengikut topik dalam buku teks. Ini
bertujuan untuk memudahkan murid-murid untuk merujuk makna
perkataan sekaligus menjadi “KAMUS RUJUKAN PANTAS” kepada
murid-murid.
3. Modul ini terbahagi kepada 2 tahap:
A) FUN LEARNING WITH VOCABULARY
B) DEVELOPING YEAR 4,5 AND 6 VOCABULARY USING SVO TABLE
4. A) FUN LEARNING WITH
VOCABULARY
1. Modul ringkas ini hanya mengandungi perkataan dan murid-murid
dengan bimbingan guru akan mengisi maksud perkataan dalam
Bahasa melayu dan perkataan seerti dalam Bahasa inggeris.
2. Setelah lengkap semua makna perkataan diisi, guru –guru boleh
mempelbagaikan aktiviti seperti :
A) Dare To Spell (mengeja perkataan)
B) Remember Me (mengeja dan menghafal maksud)
C) Rearrange the words ( susun semula huruf membentuk perkataan)
5. B) DEVELOPING YEAR 4,5 AND 6
VOCABULARY USING SVO TABLE
1. Modul ini mengandungi perkataan dan juga SVO table ( jadual subjek,
kata kerja dan objek @ lebih dikenali sebagai subjek dan predikat )
didedahkan kepada murid-murid.
2. Modul ini sedikit berbeza kerana tahap 2 bukan sahaja perlu memahami
perkataan tetapi mereka juga perlu menguasai cara membina ayat untuk
menulis karangan.
3. Murid akan memulakan modul ini dengan mengisi makna Bahasa melayu
dalam kotak yang pertama dan setelah lengkap , guru perlu membimbing
murid utk melengkapkan ruang SVO table. Penerangan teperinci perlu dibuat
kepada murid berkenaan SVO sebelum murid melengkapkan ruang SVO
table tersebut. Untuk pengayaan setelah modul ini lengkap, PANITIA BAHASA
INGGERIS SK ULU JEMPOL menggunakan modul ‘Writing for Enjoyment” untuk
memantapkan skill penulisan murid-murid SK ULU JEMPOL dalam menulis
karangan.( akan digunakan setelah modul vocabulary svo table
dilengkapkan)
6. LAIN-LAIN MODUL YANG
DIGUNAKAN
1. Untuk membantu murid-murid menghadapi UASA dan PBD, Panitia
turut menggunakan modul CEFR keluaran NUSAMAS sebagai latihan
dan program intervensi secara berperingkat dengan penilaian setiap
2 bulan bagi memantapkan skill menjawab soalan . Murid-murid juga
dapat mengaplikasikan setiap skill dalam pdpc dan pencapaian
direkodkan dalam borang penilaian yang disertakan Bersama modul
ini.
2. Pemilihan modul ini diputuskan kerana isi kandungannya
bersesuaian dengan BUKU TEKS CEFR yang dibekalkan oleh KPM.
Susunan mengikut topik yang ringkas dan mudah difahami
menjadikan modul ini sebagai medium ulangkaji pantas untuk semua
topik dan standard pembelajaran yang perlu dipelajari.
7. MODUL-MODUL YANG DIGUNAKAN
MODULE CEFR – YEAR 1 TO YEAR 6
MODULE VOCABUALRY – YEAR 1 TO YEAR 6
MODULE WRITING FOR ENJOYMENT-YEAR 4 TO YEAR 6
MODULE WRITING FOR BEGGINERS –YEAR 1 TO YEAR 3(IN PROGRESS)