SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
Rasional Ciri-ciri Rekabentuk Instruksional Model ASSURE dalam
      Pembangunan “Courseware” Pengajaran dan Pembelajaran


Fakulti        : Pendidikan dan Pembangunan Manusia


Pengkhususan   : Rekabentuk Instruksional dan Teknologi


Nama           : Normah Bt Dali


Kursus         : MTM 6063
                 Rekabentuk Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif


Pensyarah      : Dr. Norasikin Bt Fabil




                                    1
Rasional Rekabentuk Instruksional Model ASSURE dalam Pembangunan
                   “Courseware” Pengajaran dan Pembelajaran

                                   Normah Bt Dali
     Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
                               normah_dali@yahoo.com


Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan tentang ciri-ciri rekabentuk instruksional model ASSURE
dalam pembangunan “courseware” pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai model
rekabentuk instruksional yang boleh dijadikan panduan untuk membangunkan “courseware”.
Walau bagaimanapun, fokus utama adalah untuk mengkaji rasional ciri-ciri model ASSURE
dalam membangunkan sesuatu courseware pengajaran dan pembelajaran.


Kata kunci : “Courseware”, rekabentuk instruksional, model ASSURE


Pengenalan

       Penggunaan multimedia secara interaktif dalam bidang pendidikan pada masa kini
telah mendapat perhatian yang meluas terutamanya para pendidik. Gabungan animasi, audio,
video dan grafik yang menarik menjadikan courseware guru lebih menarik dan sangat
sesuai digunakan di dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu, adakah bahan atau media yang
dihasilkan ini sesuai dengan kehendak pelajar? Adakah setiap bahan yang kita hasilkan sesuai
dengan iklim bilik darjah pada masa tersebut? Kesemua persoalan ini amat berkait rapat
dengan model-model “rekabentuk instruksional” yang semakin tersebar. Tidak kira bidang
pendidikan maupun sektor awam yang lain seperti bidang ketenteraan, courseware yang
dihasilkan berasaskan model-model reka bentuk instruksional amat penting dalam proses
penyampaian maklumat.

Courseware
       Sejajar dengan perkembangan teknologi, bahan-bahan pengajaran multimedia turut
dihasilkan dalam pelbagai bentuk. Paparan dalam bentuk imej, animasi bergambar dan tulisan
yang ditambahkan audio beserta video –video yang menarik melalui CD, DVD dan laman
web telah membuka lembaran baru kepada dunia pendidikan hari ini khasnya kepada guru
dan pelajar. Pembangunan “courseware” yang interaktif seperti video boleh dilihat menerusi
kajian Nicholson (1996) menerusi jurnalnya yang bertajuk Managing the Development and


                                             2
Production of Interactive Multimedia Courseware in Education. Menurut              beliau,
pembangunan sesuatu courseware harus mengambilkira ciri-ciri seperti yang terdapat di
dalam model rekabentuk instruksional yang ada sekarang.


Rekabentuk Instruksional (ID)

         Sungguhpun idea berkaitan model rekabentuk instruksional telah lama wujud sejak
perang dunia kedua, namun penggunaannya masih relevan dan terus tersebar terutamanya di
dalam bidang pendidikan. Di dalam kajian Molenda, Reigeluth & Nelson (2003) mereka
telah mendefinisikan rekabentuk instruksional sebagai kaedah dan strategi yang sistematik
beserta teknologi yang digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pendapat
ini disokong oleh seorang lagi pengkaji yang turut menyatakan bahawa rekabentuk
instruksional adalah satu sistem yang dibentuk untuk membangunkan bidang pendidikan dan
program latihan yang konsisten dan relevan masa kini (Akbulut, 2007, p. 63). Berdasarkan
kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu, terdapat beberapa model
rekabentuk instruksional yang sering menjadi tumpuan pengkaji dan sangat sesuai dijadikan
asas bagi pembangunan “courseware” pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antaranya
ialah model ASSURE yang dicadangkan oleh seorang ahli akademik Yusup Hashim (2006)
yang menyatakan bahawa model ini sangat meluas diguna oleh guru-guru untuk merancang
pembangunan media instruksional secara sistematik.. Ciri-ciri dan rasional bagi model reka
bentuk instruksional ini akan dibincang dengan lebih terperinci pada bahagian yang
berikutnya.


Model ASSURE
         Model ASSURE merupakan ringkasan atau “neumonik” daripada beberapa perkataan
iaitu:
Analyze Learners (Analisa pelajar)
State Objectives (Nyatakan objektif)
Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah dan media)
Utilize media and Materials (Menggunakan media)
Require Learner and Participation (Tindak balas pelajar)
Evaluate and Revise (Menilai dan menyemak semula bahan)




                                             3
Menurut Smaldino, Russell, Heinich dan Molenda (2005) model ini merupakan prosedur
atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu courseware yang mengambilkira
media dan teknologi. Ringkasnya model ini menekankan pembangunan courseware yang
sesuai di bilik darjah. Sungguhpun begitu, apakah rasionalnya model ASSURE ini?


Rasional Ciri-ciri Model ASSURE dalam Pembangunan “Courseware”
Menganalisis Pelajar (Analyze Learners)
        Ciri pertama bagi model ini adalah menganalisis pelajar. Asasnya, sebelum sesuatu
courseware dibangunkan guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar
belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif
maka guru harus membangunkan courseware yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak
membosankan.
       Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira
supaya courseware yang dibangunkan mencapai sasaran guru. Contohnya sekiranya guru
ingin membangunkan courseware bagi topik iklim empat musim dalam subjek geografi, guru
perlu mengenalpasti latar belakang pelajar sama ada pernah mengalami 4 musim tersebut
atau tidak. Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana musim sejuk misalnya, guru perlu
memikirkan suatu alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perlu
berada di kawasan empat musim. Maka sudah pastilah tayangan video merupakan pilihan
yang tepat untuk topik iklim.
       Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana
melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan courseware yang
baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Courseware yang baik    mampu
mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau                    isu-isu
pembelajaran berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokong
bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan
maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat itu, saya sangat pasti bahawa
courseware tersebut mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok
di dalam bilik darjah.


Menyatakan objektif (State Objectives)
       Langkah berikutnya adalah menentukan objektif ataupun hasil pembelajaran yang
ingin dicapai. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, menyatakan objektif sangat penting
supaya guru dapat menetapkan apa yang seharusnya pelajar dapat daripada “courseware”

                                            4
yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini turut disokong oleh
Nicholson (1996) di dalam artikelnya yang menyatakan bahawa penetapan objektif bagi
sesuatu courseware amat perlu bagi memastikan keberkesanan “courseware” yang digunakan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau
hasilan yang ingin di capai (Yusup , 2006, p. 7). Contohnya dalam topik bearing georafi
tingkatan tiga, guru menetapkan pelajar akan dapat     mengukur 5 bearing sudutan. Maka
pembangunan “courseware” seperti “Flash Protractor” yang membolehkan pelajar mengukur
bearing menggunakan jangka sudut di atas skrin komputer       amat sesuai untuk mengukur
kebolehan pelajar dan secara tidak langsung mencapai objektif ini.
       Rasionalnya,objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada
guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan
memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan.       Pembangunan
courseware berlandaskan objektif yang jelas boleh membantu pelajar mengukur bearing
dengan betul dan mampu merealisasikan matlamat pengajaran guru.


Memilih kaedah dan media
       Pengajaran yang berkesan seharusnya mempunyai “courseware” yang sesuai dan
menarik. Oleh itu, memilih kaedah dan media yang sesuai juga merupakan salah satu lagi ciri
model ASSURE.       Media atau “courseware” yang dipilih haruslah berdasarkan tingkat
kebolehan pelajar atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Contohnya guru ingin
menyampaikan     isi pelajaran berkaitan aktiviti   gunung berapi kepada pelajar geografi
tingkatan 4. Sebelum topik ini diajar, seharusnya guru memilih dahulu kaedah dan media
yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi topik itu tercapai. Adakah ciri ini
sesuai diaplikasikan untuk membangunkan “courseware”?
       Tegasnya, walaupun pelbagai media boleh digunakan, saya berpendapat guru harus
mempertimbangkan media yang sesuai seperti tayangan video kerana ia lebih menarik dan
mampu memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti gunung berapi. Bahan video ini sangat
relevan kerana ia boleh memberi pengalaman baru           (konstuktivisme) kepada pelajar.
Pendapat ini turut disokong Nicholson (1996) dalam kajiannya yang mendapati bahawa
guru di Hong Kong turut menggunakan bahan video berkaitan gempa bumi dalam pengajaran
geografi bagi sub topik bencana alam. Maka tidak hairanlah kenapa model ini digunakan
dengan meluas dalam bidang pendidikan.




                                             5
Menggunakan media
       Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu “preview’
media, memastikan media yang akan digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi,
pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar.
        Jika dinilai, 5 prinsip menggunakan media yang dinyatakan di atas amat penting
untuk dilaksanakan oleh guru. Berdasrkan kajian Adelina & Rafiza (2006) dari Universiti
Malaya yang menggunakan prinsip asas berdasarkan model ASSURE ini, didapati selepas
pelajar menggunakan CD pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris,
60% pelajar telah bersetuju bahawa bahan tersebut membantu pelajar menguasai kemahiran
berbahasa Inggeris. Jika diteliti, penggunaan media yang mengambikira 5 prinsip yang
ditetapkan mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sungguhpun
begitu, perlu diingat bahawa      penggunaan media perlu mengambilkira kos dan waktu
pengajaran. Media yang sesuai dengan topik pembelajaran tidak semestinya               dapat
disesuaikan dengan waktu pengajaran terutamanya bagi subjek geografi yang diperuntukkan
waktu yang terhad iaitu 3 kali seminggu.


Tindak balas pelajar
       Salah satu daripada aliran falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh John Dewey
pada awal era 1900 ialah pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara aktiviti pembelajaran
yang berpusatkan pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi
dan projek. Apakah rasionalnya pembelajaran berpusatkan pelajar ini?            Ringkasnya,
pembelajaran berpusatkan pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku pelajar.
Contohnya pembelajaran secara “hands-on” seperti melabelkan kawasan perlombongan bijih
timah di atas peta pada skrin komputer boleh mencetuskan pengalaman baru kepada pelajar.
Dari situ, pelajar belajar mengenalpasti kawasan-kawasan perlombongan pada peta Malaysia
berbanding guru hanya menceritakan sahaja kawsan-kawasan perlombongan tersebut
sehingga pelajar menjadi bosan.


       “Courseware” yang tidak melibatkan aktiviti pelajar secara aktif sebenarnya kurang
membantu pelajar dan tidak efektif. Saya amat bersetuju dengan Smaldino et. Al. 2005 yang
mengatakan bahawa pembelajaran yang efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan aktiviti dan kemahiran pelajar yang mendorong ke arah mencapai objektif
pembelajaran. Pembangunan “courseware”        yang kreatif dan mampu melibatkan pelajar
secara aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajar.

                                             6
Justeru itu, “courseware” yang dibangunkan berasaskan model ASSURE yang            mampu
merangsang tingkah laku dan minda pelajar adalah amat diperlukan dalam pengajaran dan
pembelajaran.


Menilai dan menyemak semula bahan
       Penilaian “courseware” boleh dilakukan setelah selesai pengajaran. Aspek yang
dinilai adalah berkaitan keberkesanan atau kekuatan “courseware” secara menyeluruh. Walau
bagaimanapun, terdapat bebrapa aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan oleh
Yusup (2006):
   a. Adakah objektif pembelajaran tercapai?
   b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu prose pengajaran dan
       pembelajaran?
   c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul?
   d. Adakah suasana pembelajaran selesa?
   e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?
Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan
“courseware” dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja. Pembaikan “courseware” akan terus
dilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan pelajar dan mampu mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatif
atau penilaian sumatif. Bagi saya menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan
kerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh
memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.


Kesimpulan
       Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk membangunkan
“courseware’ pengajaran dan pembelajaran.       Berdasarkan kajian-kajian lepas, model ini
bukan sekadar memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah
setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan. Sekiranya ciri - ciri model
ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam membangunkan “courseware” pengajaran dan
pembelajaran, saya sangat yakin bahawa pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu pengajaran
guru pada hari tersebut. Bagi pihak guru pula, proses penyampaian maklumat akan menjadi
lebih mudah, menarik dan berkesan.

                                            7
Rujukan


Adelina Asmawi & Rafiza Abdul Razak (2006). The Instructional Design Evaluation of a
       Courseware of a Malaysian Virtual University. Diperolehi pada 2 Januari 2011,
       sumber dari     http://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/0406/01-0705_ Adelina_ UM_
       edited [1]-final.pdf



Akbulut, Y.(2007). Implication of Two Well-Known Models For Instructional Designers
       in Distance Education: Dick-Carey Versus Morrison-Ross-Kemp. Diperolehi pada
       9 Januari 2011, sumber dari http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED496543.pdf


Baharuddin    Aris., Maizah      Hura Ahmad., Kok Boon Shiong., Mohamad Bilal Ali.,
       Jamalludin      Harun., & Zaidatun Tasir. (2006). Learning “Goal Programming”
       Using an Interactive multimedia Courseware:         Design       Factors and   Students’
       Preferences. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://eprints.utm.my/
       8165/1/8165.pdf


Molenda, M., Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional Design. Diperolehi
pada 2 Januari 2011, sumber dari       http://mizanis.net/edu3105/artikel/ID_CogSci.pdf.



Nicholson, A. Y. W. (1996). Managing the Development and Production of Interactive
       Multimedia Courseware in Education. Diperolehi pada 1 Januari 2011, sumber dari
       http://www .ascilite .org. au /ajet    /ajet12 /nicholson.html

Smaldino S. E, Russel J. D, Heinich R & Molenda M. (5th ed). (2005). Instructional
       Technology and Media for Learning. New Jersey. Pearson Prentice Hall.


Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan Instruksi.
Diperolehi pada 8 Januari 2011, sumber dari http://yusuphashim. blogspot. com/ 2006/12/12/
penggunaan-teknologi-instruksoinal.html




                                               8

More Related Content

What's hot

Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroAfifah Yusoff
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikancik noorlyda
 
21268257 pembinaan-item-ujian-objektif-2
21268257 pembinaan-item-ujian-objektif-221268257 pembinaan-item-ujian-objektif-2
21268257 pembinaan-item-ujian-objektif-2Ila Ali
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahFarah Elriani
 
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaranCompiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaranHashimah68
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 

What's hot (20)

Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikan
 
Interaksi dalam pendidikan
Interaksi dalam pendidikanInteraksi dalam pendidikan
Interaksi dalam pendidikan
 
Reka Bentuk Kurikulum di Malaysia
Reka Bentuk Kurikulum di MalaysiaReka Bentuk Kurikulum di Malaysia
Reka Bentuk Kurikulum di Malaysia
 
Pengukuran dan penilaian
Pengukuran dan penilaianPengukuran dan penilaian
Pengukuran dan penilaian
 
Model taba
Model tabaModel taba
Model taba
 
21268257 pembinaan-item-ujian-objektif-2
21268257 pembinaan-item-ujian-objektif-221268257 pembinaan-item-ujian-objektif-2
21268257 pembinaan-item-ujian-objektif-2
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Taksonomi bloom
Taksonomi bloomTaksonomi bloom
Taksonomi bloom
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Trend kurikulum
Trend kurikulumTrend kurikulum
Trend kurikulum
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
 
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaranCompiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
Compiled tajuk 4 perbezaan individu n pembelajaran gaya kognitif n pembelajaran
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 

Viewers also liked

Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesfitri norlida
 
Model assure media pembelajaran
Model assure media pembelajaranModel assure media pembelajaran
Model assure media pembelajaranitnay cindo
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianChon Seong Hoo
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 

Viewers also liked (10)

Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Model assure media pembelajaran
Model assure media pembelajaranModel assure media pembelajaran
Model assure media pembelajaran
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Assignment benar
Assignment benarAssignment benar
Assignment benar
 
Contoh kajian kes
Contoh kajian kesContoh kajian kes
Contoh kajian kes
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajian
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 

Similar to Kajian model assure

1811021012 desmon kamaludin_uas_desainpembelajaran
1811021012 desmon kamaludin_uas_desainpembelajaran1811021012 desmon kamaludin_uas_desainpembelajaran
1811021012 desmon kamaludin_uas_desainpembelajaranDesmon Kamaludin Sihaloho
 
model model pengembangan media pembelajaran
 model model pengembangan media pembelajaran  model model pengembangan media pembelajaran
model model pengembangan media pembelajaran Dwi Karyani
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustamiNur Halimah
 
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustamiNur Halimah
 
Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 thong
 
Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...
Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...
Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...Rian vebrianto
 
Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”
Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”
Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”Dwi Budiwiwaramulja
 
220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addie220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addieambarpingki
 
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan MediaModel ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Mediadindinamuiz
 

Similar to Kajian model assure (20)

1811021012 desmon kamaludin_uas_desainpembelajaran
1811021012 desmon kamaludin_uas_desainpembelajaran1811021012 desmon kamaludin_uas_desainpembelajaran
1811021012 desmon kamaludin_uas_desainpembelajaran
 
model model pengembangan media pembelajaran
 model model pengembangan media pembelajaran  model model pengembangan media pembelajaran
model model pengembangan media pembelajaran
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Proposal tesis model assure
Proposal tesis model assureProposal tesis model assure
Proposal tesis model assure
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
 
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2
 
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
 
Utama 1
Utama 1Utama 1
Utama 1
 
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
 
Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...
Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...
Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...
 
Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”
Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”
Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”
 
Dellyani 1002474
Dellyani 1002474Dellyani 1002474
Dellyani 1002474
 
220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addie220202454 kemp-dan-addie
220202454 kemp-dan-addie
 
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan MediaModel ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media
Model ASSURE sebagai Rujukan untuk Pemilihan Media
 

Kajian model assure

  • 1. Rasional Ciri-ciri Rekabentuk Instruksional Model ASSURE dalam Pembangunan “Courseware” Pengajaran dan Pembelajaran Fakulti : Pendidikan dan Pembangunan Manusia Pengkhususan : Rekabentuk Instruksional dan Teknologi Nama : Normah Bt Dali Kursus : MTM 6063 Rekabentuk Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif Pensyarah : Dr. Norasikin Bt Fabil 1
  • 2. Rasional Rekabentuk Instruksional Model ASSURE dalam Pembangunan “Courseware” Pengajaran dan Pembelajaran Normah Bt Dali Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris normah_dali@yahoo.com Abstrak Kertas kerja ini membincangkan tentang ciri-ciri rekabentuk instruksional model ASSURE dalam pembangunan “courseware” pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai model rekabentuk instruksional yang boleh dijadikan panduan untuk membangunkan “courseware”. Walau bagaimanapun, fokus utama adalah untuk mengkaji rasional ciri-ciri model ASSURE dalam membangunkan sesuatu courseware pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci : “Courseware”, rekabentuk instruksional, model ASSURE Pengenalan Penggunaan multimedia secara interaktif dalam bidang pendidikan pada masa kini telah mendapat perhatian yang meluas terutamanya para pendidik. Gabungan animasi, audio, video dan grafik yang menarik menjadikan courseware guru lebih menarik dan sangat sesuai digunakan di dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu, adakah bahan atau media yang dihasilkan ini sesuai dengan kehendak pelajar? Adakah setiap bahan yang kita hasilkan sesuai dengan iklim bilik darjah pada masa tersebut? Kesemua persoalan ini amat berkait rapat dengan model-model “rekabentuk instruksional” yang semakin tersebar. Tidak kira bidang pendidikan maupun sektor awam yang lain seperti bidang ketenteraan, courseware yang dihasilkan berasaskan model-model reka bentuk instruksional amat penting dalam proses penyampaian maklumat. Courseware Sejajar dengan perkembangan teknologi, bahan-bahan pengajaran multimedia turut dihasilkan dalam pelbagai bentuk. Paparan dalam bentuk imej, animasi bergambar dan tulisan yang ditambahkan audio beserta video –video yang menarik melalui CD, DVD dan laman web telah membuka lembaran baru kepada dunia pendidikan hari ini khasnya kepada guru dan pelajar. Pembangunan “courseware” yang interaktif seperti video boleh dilihat menerusi kajian Nicholson (1996) menerusi jurnalnya yang bertajuk Managing the Development and 2
  • 3. Production of Interactive Multimedia Courseware in Education. Menurut beliau, pembangunan sesuatu courseware harus mengambilkira ciri-ciri seperti yang terdapat di dalam model rekabentuk instruksional yang ada sekarang. Rekabentuk Instruksional (ID) Sungguhpun idea berkaitan model rekabentuk instruksional telah lama wujud sejak perang dunia kedua, namun penggunaannya masih relevan dan terus tersebar terutamanya di dalam bidang pendidikan. Di dalam kajian Molenda, Reigeluth & Nelson (2003) mereka telah mendefinisikan rekabentuk instruksional sebagai kaedah dan strategi yang sistematik beserta teknologi yang digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pendapat ini disokong oleh seorang lagi pengkaji yang turut menyatakan bahawa rekabentuk instruksional adalah satu sistem yang dibentuk untuk membangunkan bidang pendidikan dan program latihan yang konsisten dan relevan masa kini (Akbulut, 2007, p. 63). Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu, terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering menjadi tumpuan pengkaji dan sangat sesuai dijadikan asas bagi pembangunan “courseware” pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah model ASSURE yang dicadangkan oleh seorang ahli akademik Yusup Hashim (2006) yang menyatakan bahawa model ini sangat meluas diguna oleh guru-guru untuk merancang pembangunan media instruksional secara sistematik.. Ciri-ciri dan rasional bagi model reka bentuk instruksional ini akan dibincang dengan lebih terperinci pada bahagian yang berikutnya. Model ASSURE Model ASSURE merupakan ringkasan atau “neumonik” daripada beberapa perkataan iaitu: Analyze Learners (Analisa pelajar) State Objectives (Nyatakan objektif) Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah dan media) Utilize media and Materials (Menggunakan media) Require Learner and Participation (Tindak balas pelajar) Evaluate and Revise (Menilai dan menyemak semula bahan) 3
  • 4. Menurut Smaldino, Russell, Heinich dan Molenda (2005) model ini merupakan prosedur atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu courseware yang mengambilkira media dan teknologi. Ringkasnya model ini menekankan pembangunan courseware yang sesuai di bilik darjah. Sungguhpun begitu, apakah rasionalnya model ASSURE ini? Rasional Ciri-ciri Model ASSURE dalam Pembangunan “Courseware” Menganalisis Pelajar (Analyze Learners) Ciri pertama bagi model ini adalah menganalisis pelajar. Asasnya, sebelum sesuatu courseware dibangunkan guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif maka guru harus membangunkan courseware yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak membosankan. Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira supaya courseware yang dibangunkan mencapai sasaran guru. Contohnya sekiranya guru ingin membangunkan courseware bagi topik iklim empat musim dalam subjek geografi, guru perlu mengenalpasti latar belakang pelajar sama ada pernah mengalami 4 musim tersebut atau tidak. Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana musim sejuk misalnya, guru perlu memikirkan suatu alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perlu berada di kawasan empat musim. Maka sudah pastilah tayangan video merupakan pilihan yang tepat untuk topik iklim. Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan courseware yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Courseware yang baik mampu mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokong bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat itu, saya sangat pasti bahawa courseware tersebut mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah. Menyatakan objektif (State Objectives) Langkah berikutnya adalah menentukan objektif ataupun hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, menyatakan objektif sangat penting supaya guru dapat menetapkan apa yang seharusnya pelajar dapat daripada “courseware” 4
  • 5. yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini turut disokong oleh Nicholson (1996) di dalam artikelnya yang menyatakan bahawa penetapan objektif bagi sesuatu courseware amat perlu bagi memastikan keberkesanan “courseware” yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin di capai (Yusup , 2006, p. 7). Contohnya dalam topik bearing georafi tingkatan tiga, guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing sudutan. Maka pembangunan “courseware” seperti “Flash Protractor” yang membolehkan pelajar mengukur bearing menggunakan jangka sudut di atas skrin komputer amat sesuai untuk mengukur kebolehan pelajar dan secara tidak langsung mencapai objektif ini. Rasionalnya,objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Pembangunan courseware berlandaskan objektif yang jelas boleh membantu pelajar mengukur bearing dengan betul dan mampu merealisasikan matlamat pengajaran guru. Memilih kaedah dan media Pengajaran yang berkesan seharusnya mempunyai “courseware” yang sesuai dan menarik. Oleh itu, memilih kaedah dan media yang sesuai juga merupakan salah satu lagi ciri model ASSURE. Media atau “courseware” yang dipilih haruslah berdasarkan tingkat kebolehan pelajar atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Contohnya guru ingin menyampaikan isi pelajaran berkaitan aktiviti gunung berapi kepada pelajar geografi tingkatan 4. Sebelum topik ini diajar, seharusnya guru memilih dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi topik itu tercapai. Adakah ciri ini sesuai diaplikasikan untuk membangunkan “courseware”? Tegasnya, walaupun pelbagai media boleh digunakan, saya berpendapat guru harus mempertimbangkan media yang sesuai seperti tayangan video kerana ia lebih menarik dan mampu memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti gunung berapi. Bahan video ini sangat relevan kerana ia boleh memberi pengalaman baru (konstuktivisme) kepada pelajar. Pendapat ini turut disokong Nicholson (1996) dalam kajiannya yang mendapati bahawa guru di Hong Kong turut menggunakan bahan video berkaitan gempa bumi dalam pengajaran geografi bagi sub topik bencana alam. Maka tidak hairanlah kenapa model ini digunakan dengan meluas dalam bidang pendidikan. 5
  • 6. Menggunakan media Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu “preview’ media, memastikan media yang akan digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Jika dinilai, 5 prinsip menggunakan media yang dinyatakan di atas amat penting untuk dilaksanakan oleh guru. Berdasrkan kajian Adelina & Rafiza (2006) dari Universiti Malaya yang menggunakan prinsip asas berdasarkan model ASSURE ini, didapati selepas pelajar menggunakan CD pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris, 60% pelajar telah bersetuju bahawa bahan tersebut membantu pelajar menguasai kemahiran berbahasa Inggeris. Jika diteliti, penggunaan media yang mengambikira 5 prinsip yang ditetapkan mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa penggunaan media perlu mengambilkira kos dan waktu pengajaran. Media yang sesuai dengan topik pembelajaran tidak semestinya dapat disesuaikan dengan waktu pengajaran terutamanya bagi subjek geografi yang diperuntukkan waktu yang terhad iaitu 3 kali seminggu. Tindak balas pelajar Salah satu daripada aliran falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh John Dewey pada awal era 1900 ialah pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi dan projek. Apakah rasionalnya pembelajaran berpusatkan pelajar ini? Ringkasnya, pembelajaran berpusatkan pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku pelajar. Contohnya pembelajaran secara “hands-on” seperti melabelkan kawasan perlombongan bijih timah di atas peta pada skrin komputer boleh mencetuskan pengalaman baru kepada pelajar. Dari situ, pelajar belajar mengenalpasti kawasan-kawasan perlombongan pada peta Malaysia berbanding guru hanya menceritakan sahaja kawsan-kawasan perlombongan tersebut sehingga pelajar menjadi bosan. “Courseware” yang tidak melibatkan aktiviti pelajar secara aktif sebenarnya kurang membantu pelajar dan tidak efektif. Saya amat bersetuju dengan Smaldino et. Al. 2005 yang mengatakan bahawa pembelajaran yang efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti dan kemahiran pelajar yang mendorong ke arah mencapai objektif pembelajaran. Pembangunan “courseware” yang kreatif dan mampu melibatkan pelajar secara aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajar. 6
  • 7. Justeru itu, “courseware” yang dibangunkan berasaskan model ASSURE yang mampu merangsang tingkah laku dan minda pelajar adalah amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menilai dan menyemak semula bahan Penilaian “courseware” boleh dilakukan setelah selesai pengajaran. Aspek yang dinilai adalah berkaitan keberkesanan atau kekuatan “courseware” secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, terdapat bebrapa aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan oleh Yusup (2006): a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu prose pengajaran dan pembelajaran? c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul? d. Adakah suasana pembelajaran selesa? e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi? Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan “courseware” dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja. Pembaikan “courseware” akan terus dilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan pelajar dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. Bagi saya menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulan Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk membangunkan “courseware’ pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian lepas, model ini bukan sekadar memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan. Sekiranya ciri - ciri model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam membangunkan “courseware” pengajaran dan pembelajaran, saya sangat yakin bahawa pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu pengajaran guru pada hari tersebut. Bagi pihak guru pula, proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan. 7
  • 8. Rujukan Adelina Asmawi & Rafiza Abdul Razak (2006). The Instructional Design Evaluation of a Courseware of a Malaysian Virtual University. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/0406/01-0705_ Adelina_ UM_ edited [1]-final.pdf Akbulut, Y.(2007). Implication of Two Well-Known Models For Instructional Designers in Distance Education: Dick-Carey Versus Morrison-Ross-Kemp. Diperolehi pada 9 Januari 2011, sumber dari http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED496543.pdf Baharuddin Aris., Maizah Hura Ahmad., Kok Boon Shiong., Mohamad Bilal Ali., Jamalludin Harun., & Zaidatun Tasir. (2006). Learning “Goal Programming” Using an Interactive multimedia Courseware: Design Factors and Students’ Preferences. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://eprints.utm.my/ 8165/1/8165.pdf Molenda, M., Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional Design. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://mizanis.net/edu3105/artikel/ID_CogSci.pdf. Nicholson, A. Y. W. (1996). Managing the Development and Production of Interactive Multimedia Courseware in Education. Diperolehi pada 1 Januari 2011, sumber dari http://www .ascilite .org. au /ajet /ajet12 /nicholson.html Smaldino S. E, Russel J. D, Heinich R & Molenda M. (5th ed). (2005). Instructional Technology and Media for Learning. New Jersey. Pearson Prentice Hall. Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan Instruksi. Diperolehi pada 8 Januari 2011, sumber dari http://yusuphashim. blogspot. com/ 2006/12/12/ penggunaan-teknologi-instruksoinal.html 8