TAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspek
epistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukan
kebendaan. Perbincangan juga menyentuh tentang ciri-ciri budaya
serumpuan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Berikutnya
perbincangan mengenai konsep perpaduan dan integrasi meliputi konsep-
konsep dalam hubungan etnik seperti segregasi, akomodasi, akulturasi,
asimilasi, dan amalgamasi. Untuk menguji kefahaman pelajar diakhir
perbincangan topik ini disediakan latihan kendiri.
Hasil Pembelajaran:
1. Mentakrifkan konsep budaya.
2. Menjelaskan konsep budaya kebendaan.
3. Mengenalpasti budaya bukan kebendaan.
4. Menghuraikan ciri-ciri budaya dalam sesebuah masyarakat.
5. Menjelaskan konsep-konsep asas dalam hubungan etnik.
WAJ3106 Hubungan Etnik
1
Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini
Konsep Budaya
Budaya Kebendaan Budaya Bukan
Kebendaan
Sub Tajuk: (i) Konsep Budaya
(ii) Konsep Perpaduan dan Integrasi
Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita akan bertemu melalui mod
modul. Adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan
memahami Modul Hubungan Etnik (2207) dengan lebih mendalam. Sekiranya
terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung
dengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.
Ciri-ciri Budaya
Asimilasi
Segregasi
Konsep Perpaduan dan Integerasi
Amalgamasi Akomodasi
Akulturasi
WAJ3106 Hubungan Etnik
2
Tajuk 1 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Masyarakat; Konsep Budaya;
dan Konsep Perpaduan dan Integrasi. Konsep masyarakat telah dibincang
semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Konsep budaya dan
konsep perpaduan dan integrasi diberi tumpuan dalam bahagian ini.
Anda harus faham bahawa konsep masyarakat, budaya serta perpaduan dan
integrasi adalah konsep-konsep asas hubungan etnik yang saling berkaitan.
Konsep-konsep ini memberi asas kepada pelajar untuk memahami tajuk-tajuk
yang seterusnya.
Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang
telah anda fahami sebelum tajuk ini: Latar belakang, Kepentingan
Hubungan Etnik di Malaysia dan Konsep Masyarakat. Tajuk-tajuk
tersebut harus memberi gambaran asas tentang kursus ini.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk ini anda perlu membaca Bab
2 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 13 hingga 19 dengan merujuk
kepada:
2.3 Konsep Budaya (hlm. 13)
2.4 Konsep Perpaduan dan Integrasi (hlm. 15)
2.5 Pengalaman Malaysia (hlm. 18)
Aktiviti
Berdasarkan soalan 1 daripada soalan-soalan perbincangan di muka surat
20, anda dikehendaki menjelaskan konsep integrasi dan asimilasi dalam
konteks memupuk perpaduan nasional.
Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.
WAJ3106 Hubungan Etnik
3
WAJ3106 Hubungan Etnik
Peringatan
Semasa membuat latihan ini dan seterusnya, perkara-perkara berikut
hendaklah diambil perhatian;
(i) Semua aktiviti yang berkaitan dengan latihan hendaklah dicatatkan
dan disimpan dalam portfolio.
(ii) Bahan-bahan rujukan mestilah dikepilkan dalam sebuah portfolio.
(iii) Bahan-bahan rujukan disusun mengikut tajuk-tajuk yang dipelajari.
SELAMAT MAJU JAYA.
4
TAJUK 2 MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU
Sinopsis
Secara umumnya tajuk ini menyentuh tentang proses pembentukan
masyarakat pluralistik di Alam Melayu sejak abad ke-5 Masihi yang bermula
dengan kedatangan masyarakat luar seperti Arab, Cina, dan India.
Pertembungan kelompok masyarakat ini mewujudkan pluralistik. Berikutnya
disentuh mengenai zaman pluraliti pada era kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka yang banyak memberi sumbangan ke arah pembentukan
masyarakat pluraliti di Alam Melayu melalui aktiviti ekonomi, sosial, dan
politik. Perbincangan juga difokuskan kepada pembentukan masyarakat
pluralistik di zaman penjajahan barat dan selepas merdeka yang menekankan
kepada isu-isu politik, ekonomi, dan pendidikan. Untuk menguji kefahaman
pelajar mengenai isu-isu yang telah dibincangkan diakhir topik ini, aktiviti
pengukuhan disediakan.
Hasil Pembelajaran:
1. Menghuraikan secara ringkas proses pembentukan masyarakat
pluralistik di Alam Melayu.
2. Menganalisis faktor-faktor yang menyumbang ke arah
pembentukan masyarakat pluralistik.
3. Menjelaskan proses pembentukan masyarakat pluralistik pada
zaman penjajahan barat.
4. Menghubungkaitkan isu-isu ekonomi, politik, dan pendidikan dalam
proses pembentukan masyarakat pluralistik selepas kemerdekaan.
WAJ3106 Hubungan Etnik
5
Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini
Sub Tajuk: (i) Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu
(ii) Zaman Pluraliti
Tajuk 2 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Pluraliti dan Masyarakat
Pluraliti; Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu; dan Zaman
Pluraliti. Konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik telah dibincang semasa
interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Pembentukan masyarakat
pluralistik di Alam Melayu dan zaman pluraliti diberi tumpuan dalam bahagian
ini.
Anda harus faham bahawa konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik
sebelum memahami tajuk-tajuk dalam bahagian ini. Interaksi antara pelbagai
budaya dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sejak abad ke-5 Masihi
lagi mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat pluralistik di Alam
Melayu. Pelajar harus memahami bahawa masyarakat pluralistik tidak wujud
dalam suatu vacuum. Bahagian ini akan membantu pelajar untuk mengetahui
dan menganalisis pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu. Ia
merupakan komponen yang harus difahami oleh pelajar sebelum belajar
tajuk-tajuk yang seterusnya.
Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu
Zaman Pluraliti - Kesultanan Melayu Melaka - Penjajahan
WAJ3106 Hubungan Etnik
6
Cuba anda renung dan fikirkan apa yang anda faham mengenai
konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk kedua ini, anda dikehendaki
merujuk kepada Bab 3 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 21 hingga 26.
Mari kita rehat sebentar... Setelah mengetahui konsep asas ini, anda
dikehendaki meneruskan bacaan anda di halaman 26 hingga 29.
3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu : Kesultanan Melaka
(hlm. 26-27)
3.4 Pembentukan Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah.
(hlm. 27-29)
Aktiviti
Berdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, huraikan faktor-faktor yang
mewujudkan masyarakat pluraliti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.
SELAMAT MAJU JAYA.
WAJ3106 Hubungan Etnik
7
TAJUK 3 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Sinopsis
Perbincangan dalam topik 3 ini lebih memberi penekanan kepada
Perancangan Pembangunan Lima Tahun yang bermula sebelum merdeka
dan selepas merdeka. Selain itu perbincangan juga menyentuh tentang
pengisian dalam setiap penggal Rancangan Malaysia. Perbincangan
seterusnya menyentuh mengenai isu-isu utama ekonomi yang merangkumi
agihan kekayaan negara, membasmi kemiskinan, penyusunan semula
masyarakat, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, dan Dasar
Wawasan Negara dalam konteks hubungan etnik. Pada akhir topik ini aktiviti
latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman pelajar.
Hasil Pembelajaran:
1. Menghubungkaitkan antara pembangunan ekonomi negara dengan
hubungan etnik di Malaysia.
2. Menganalisis keberkesanan rancangan lima tahun dalam konteks
hubungan etnik di Malaysia.
3. Mengulas isu-isu utama ekonomi yang menjadi topik perbincangan
dalam konteks hubungan kaum.
WAJ3106 Hubungan Etnik
8
WAJ3106 Hubungan Etnik
Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini
Draf Pembangunan Rancangan
1950 - 1955
Malaya
Rancangan Malaya Pertama 1956 - 1960
Rancangan Malaya Kedua 1961 - 1965
Rancangan Malaysia Pertama 1966 - 1970
Rancangan
*Rancangan Malaysia Kedua 1971 - 1975
Pembangunan
*Rancangan Malaysia Ketiga 1976 - 1980
Lima Tahun
*Rancangan Malaysia Keempat 1981 - 1985
*Rancangan Malaysia Kelima 1986 - 1990
Rancangan Malaysia Keenam 1991 - 1995
Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 - 2000
Rancangan Malaysia Kelapan 2001 - 2005
Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 - 2010
* Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada tahun 1971 - 1990
9
Membasmi Kemiskinan
Agihan Kekayaan negara
Isu-isu Utama Ekonomi
Dasar Wawasan Negara
Dasar Pembangunan Negara
Menyusun Semula Masyarakat
Dasar Ekonomi Baru
Sub-tajuk: (i) Pembangunan Lima Tahun
(ii) Isu-isu Utama Ekonomi
Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita bertemu sekali lagi melalui
mod modul. Adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari
dan memahami modul ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat
masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan
pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.
Tajuk 3 ini mengandungi enam sub-tajuk iaitu Modenisasi, Hubungan Etnik
dalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan Ekonomi Malaysia;
Pembangunan Lima Tahun; Ciri-ciri Enik dalam Konteks Demografi, Politik
dan Ekonomi; dan Isu-isu Utama Ekonomi. Empat sub-tajuk iaitu Modenisasi;
Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan Ekonomi
Malaysia; Cri-ciri Etnik dalam Konteks Demografi, Politik dan Ekonomi telah
dibincang semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Dua sub-
tajuk lagi iaitu Pembangunan Lima Tahun dan Isu-isu Utama Ekonomi diberi
tumpuan dalam bahagian ini.
WAJ3106 Hubungan Etnik
10