SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 15
Baixar para ler offline
1
Versi 2.0 (2015)
SOALAN LAZIM
PROGRAM DWIBAHASA
DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)
Definisi:
a) DLP
Program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa
Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata
pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran Sains, Kejuruteraan, Teknologi
dan Matematik (STEM) yang lain.
b) Sekolah DLP
Sekolah yang telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan PdP dalam
bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran
STEM yang lain.
c) Guru DLP
Guru Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang mengajar mata
pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.
d) Kelas DLP
Kelas yang melaksanakan PdP dalam bahasa Inggeris sepenuhnya bagi mata
pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain.
e) Murid DLP
Murid yang mengikuti PdP mata pelajaran Sains, Matematik dan mata
pelajaran STEM yang lain dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dengan
kebenaran ibu bapa.
f) Mata pelajaran terlibat dalam DLP
Mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Inggeris iaitu mata pelajaran Sains,
Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain.
2
Versi 2.0 (2015)
SOALAN LAZIM
KATEGORI - DASAR
Bil. Soalan Jawapan
1 Apakah yang
dimaksudkan dengan
Dual Language
Programme (DLP)?
Dual Language Programme (DLP) adalah program yang
diperkenalkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang
memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi
kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain
daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran
Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
serta Reka Bentuk dan Teknologi.
2 Bagaimana DLP
menyokong dasar
pendidikan?
Selaras dengan aspirasi PPPM agar murid menguasai
kemahiran dwibahasa, DLP memberi peluang kepada
murid untuk mengguna pakai bahasa Inggeris melalui
mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat
dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. DLP
membolehkan masyarakat Malaysia meningkatkan akses
bagi penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di
peringkat global.
3 Adakah ini satu cara
berbalik kepada dasar
Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam
Bahasa Inggeris
(PPSMI)?
Tidak. DLP adalah satu program pengukuhan bahasa
Inggeris berasaskan pilihan sekolah, manakala PPSMI
adalah suatu dasar yang dilaksanakan di semua sekolah.
Dasar MBMMBI diperkenalkan untuk memastikan murid
boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
dengan fasih dan betul. Di bawah dasar MBMMBI,
Kementerian mengambil langkah untuk mengukuhkan
lagi penguasaan bahasa dengan memperkenalkan 23
program. Kini, Kementerian memperkenalkan 2 program
baharu iaitu Program Imersif Tinggi (Highly Immersive
Programme, HIP) dan Program Dwibahasa (Dual
Language Programme, DLP).
Langkah ini akan meningkatkan pendedahan terhadap
bahasa Inggeris bagi memperkukuh kemahiran
berbahasa Inggeris. Dengan pelaksanaan DLP,
3
Versi 2.0 (2015)
Kementerian akan menilai sekolah yang mempunyai
keupayaan dan sumber yang sedia ada dengan
sewajarnya untuk memastikan keberkesanan program ini
bagi sekolah-sekolah yang terlibat.
4 Tidakkah kelas bahasa
Inggeris mencukupi
untuk meningkatkan
kemahiran berbahasa
Inggeris?
Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa tempoh
pendedahan yang lebih lama berbanding kadar semasa
(15-20%) diperlukan untuk murid menguasai bahasa
Inggeris (PPPM).
DLP mendedahkan murid kepada masa pengajaran dan
pembelajaran yang lebih lama dari kadar semasa yang
diperuntukkan untuk dalam mata pelajaran bahasa
Inggeris.
5 Adakah semua sekolah
diwajibkan untuk
melaksanakan DLP?
Sekolah diupayakan untuk membuat pilihan berdasarkan
kriteria yang telah digariskan. Sekolah boleh
mengemukakan permohonan kepada PPD dan JPN.
Pelaksanaan DLP adalah tertakluk kepada kelulusan
Kementerian berlandaskan kesediaan sekolah.
6 Adakah UPSR di
sediakan dalam dwi
bahasa?
Ya. Kertas UPSR bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik akan disediakan dalam dwibahasa.
7 Adakah PT3 di sediakan
dalam dwi bahasa?
Ya. Kertas PT3 bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik akan disediakan dalam dwibahasa.
8 Apakah bahasa
pengantar yang akan
digunakan bagi
pentaksiran pusat bagi
UPSR, PT3, SPM &
STPM
Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam
bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka
akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar
masing-masing.
4
Versi 2.0 (2015)
9 Adakah pentaksiran
sekolah dan
peperiksaan pusat akan
menggunakan dwi
bahasa?
Ya. Peperiksaan pusat akan kekal menggunakan dwi
bahasa. Pentaksiran di peringkat sekolah juga perlu
disediakan dalam dwi bahasa.
Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam
bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka
akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa
pengantar masing-masing.
10 Adakah murid
dibenarkan untuk
menjawab soalan
peperiksaan dalam
kedua-dua bahasa?
Tidak. Murid hanya dibenarkan menjawab sama ada
dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau bahasa Inggeris
sepenuhnya.
Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam
bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka
akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa
pengantar masing-masing.
11 Bagaimanakah KPM
menangani isu
penguasaan bahasa
Inggeris guru-guru
Matematik, Sains dan
mata pelajaran STEM
Jangka pendek
ELTC akan membantu dengan menjalankan program
latihan peningkatan profiensi Bahasa Inggeris dalam
kalangan guru yang mengikuti DLP.
Jangka panjang
KPM akan memastikan Institusi Pendidikan Guru
melengkapkan guru-guru pelatih dengan kemahiran untuk
mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.
Di samping itu, guru-guru ini adalah guru opsyen Bahasa
Inggeris (major atau minor).
12 Adakah guru-guru Sains
dan Matematik akan
dibayar BISP?
Tidak.
13 Adakah guru-guru akan
diberikan latihan untuk
mengajar Sains dan
Matematik dalam DLP
bagi tahun 2016?
Tidak kerana sekolah yang terpilih adalah sekolah yang
telah bersedia untuk uji rintis. ELTC akan membantu
dengan menjalankan program latihan peningkatan
profiensi Bahasa Inggeris dalam kalangan guru yang
mengikuti DLP pada tahun 2017 dan tahun berikutnya.
5
Versi 2.0 (2015)
14 Bagaimanakah kelas
DLP dapat diterusnya
sekiranya terdapat
pertukaran guru?
JPN, PPD dan PGB perlu memastikan tenaga guru yang
berkemampuan untuk mengajar kelas DLP cukup
sepanjang program ini dilaksanakan sekiranya
berlakunya pertukaran guru.
6
Versi 2.0 (2015)
KATEGORI - SEKOLAH
Bil. Soalan Jawapan
1 Apakah kriteria
pelaksanaan DLP yang
perlu dipenuhi?
Sekolah perlu memenuhi kriteria berikut untuk memohon
melaksanakan DLP:
I. Sumber yang mencukupi;
II. Kesediaan Pengetua/ Guru Besar dan guru untuk
melaksanakan DLP;
III. Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa; dan
IV. Pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu yang menyamai atau lebih baik daripada
pencapaian purata kebangsaan
2 Bagaimanakah sekolah
boleh memohon untuk
melaksanakan program
DLP?
Pihak sekolah boleh memanjangkan permohonan kepada
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing. PPD
akan menjalankan tinjauan/ pemeriksaan sewajarnya ke
atas sekolah berkenaan. Sekiranya sekolah disahkan
bersedia untuk melaksanakan program ini, permohonan
tersebut akan dimajukan kepada JPN. JPN akan
memanjangkan permohonan ini kepada Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk penilaian
terakhir dan kelulusan KPM.
3 Sekiranya sekolah tidak
dipilih untuk menyertai
DLP, bolehkah pihak
sekolah membuat
rayuan?
PGB boleh membuat rayuan kepada PPD dan rayuan
akan dipertimbangkan oleh KPM.
4 Selain Sekolah
Kebangsaan (SK) dan
Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK),
bolehkah Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK)
melaksanakannya
DLP?
Sekolah Jenis Kebangsaan boleh membuat rayuan di
Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing untuk
dipertimbangkan oleh KPM.
7
Versi 2.0 (2015)
5 Bagi sekolah
berenrolmen rendah,
saiz kelas mungkin
kurang daripada 15
orang dan tidak
memenuhi syarat
minima untuk
membuka kelas DLP.
Adakah sekolah
dibenarkan untuk
membuka kelas DLP?
Ya, sekiranya semua ibu bapa bersetuju untuk
membenarkan anak mereka menyertai DLP.
Sekiranya terdapat mana-mana ibu bapa yang tidak
bersetuju, maka sekolah perlu meneruskan pengajaran
dan pembelajaran dalam bahasa Melayu.
6 Adakah sekolah boleh
menawarkan DLP di
Tahun 1 dan tidak di
Tahun 4?
Tidak. Sekolah perlu menawarkan DLP di Tahun 1 dan
Tahun 4.
7 Sekiranya pihak
sekolah memenuhi
semua kriteria DLP dan
ingin menawarkan pdp
bagi SEMUA kelas
Tahun 1, Tahun 4 dan
Tingkatan 1 dalam
bahasa Inggeris,
adakah ia dibenarkan?
Ya, sekiranya pihak sekolah menerima persetujuan
bertulis daripada semua ibu bapa di kelas Tahun 1,
Tahun 4 dan Tingkatan 1.
8 Jika ibu bapa mahukan
DLP tetapi sekolah
tidak berminat, apakah
yang boleh dilakukan
oleh ibu bapa?
Sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 pelajar
dengan kebenaran daripada ibu bapa yang berminat
untuk mengikuti DLP, sekolah tersebut perlu cuba untuk
menampung permintaan itu. Pentadbir sekolah perlu
mempertimbangkan permohonan tersebut dan
berbincang dengan pihak PPD dan JPN. Perbincangan
atau dialog berterusan perlu diadakan di antara pihak
sekolah, ibu bapa dan PPD untuk membuat perancangan
yang dapat memuaskan hati semua pihak.
8
Versi 2.0 (2015)
9 Bagaimana sekiranya
ibu bapa ingin anak
mereka menarik diri
dari DLP selepas mula
mengikuti program ini?
Murid tidak dibenarkan menarik diri daripada program
DLP. Keputusan murid individu untuk mengikuti kelas
DLP adalah berdasarkan kemahuan ibu bapa. Ibu bapa
digalakkan untuk membuat pertimbangan serius
berdasarkan kesediaan murid dan berpandukan khidmat
nasihat pihak sekolah sekiranya perlu.
Setelah persekolahan bermula, murid tidak dibenarkan
masuk atau keluar daripada program DLP dalam
pertengahan pelaksanaan program.
Sekiranya murid ketinggalan dalam mata pelajaran akibat
penguasaan yang lemah dalam bahasa pengantar yang
digunakan, pihak ibu bapa perlu memberi kerjasama dan
membantu sekolah dalam memberikan sokongan
intervensi.
10 Adakah murid akan
diberi sokongan seperti
diberi program transisi
sekiranya berpindah
dari sekolah yang
melaksanakan DLP ke
sekolah yang tidak
melaksanakan DLP
atau sebaliknya?
Sekolah asal harus memberi khidmat nasihat kepada ibu
bapa tentang risiko yang mungkin akan dihadapi oleh
murid sekiranya berpindah dari sekolah yang
melaksanakan DLP ke sekolah yang tidak melaksanakan
DLP atau sebaliknya.
Sekolah yang menerima murid tersebut digalakkan untuk
membantu murid menghadapi transisi ini.
11 Siapakah yang perlu
saya hubungi sekiranya
saya ingin memperoleh
maklumat lanjut?
Pihak ibu bapa boleh menghubungi pihak sekolah dan
sekolah akan menyalurkan soalan tersebut kepada
pegawai PPD atau JPN bagi mendapatkan maklumat
lanjut.
Selain daripada itu, pihak terlibat boleh menghubungi
DLP@padu.edu.my untuk sebarang pertanyaan
berkenaan DLP.
9
Versi 2.0 (2015)
12 Jika hanya ada guru
Matematik yang
bersedia menjalankan
DLP, sedangkan guru
Sains enggan
menjalankan DLP,
bolehkan sekolah
menawarkan hanya
Matematik dam Bahasa
Inggeris sedangkan
Sains dalam Bahasa
Melayu?
Tidak. Setiap kelas yang menjalankan DLP mestilah
menawarkan kedua-dua Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris.
13 Adakah bahan dan
peralatan tambahan
bagi Sains/ Matematik
akan dibekalkan bagi
sekolah yang
menjalankan DLP?
Tidak. Sekolah perlu menggunakan sumber sedia ada.
Pihak KPM hanya akan membekalkan buku teks, buku
rujukan tambahan, DSKP, OPSME untuk kegunaan guru
dan murid.
14 Adakah sekolah DLP
akan dibekalkan
dengan bahan Bantu
Mengajar seperti
teaching courseware?
Tidak. Sekolah perlu menggunakan sumber sedia ada
15 Adakah bahan
sokongan tambahan
disediakan bagi
sekolah yang
menjalankan DLP bagi
Tahun 1, Tahun 4 dan
Tingkatan 1?
Ya. Buku rujukan dalam pasaran yang dipilih oleh
Kementerian akan dipilih dan dibekalkan untuk kegunaan
guru sebagai bahan rujukan tambahan dalam
pelaksanaan DLP tahun 2016 sahaja. Ia akan
ditempatkan di pusat sumber sekolah.
16 Adakah DSKP akan
diterjemahkan ke dalam
BI?
Ya. DSK, DSP dan DSKP untuk sekolah rendah akan
diterjemahkan. HSP untuk tingkatan 1 telah sedia ada
dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan 2016.
10
Versi 2.0 (2015)
17 Adakah pihak sekolah
perlu menyediakan
soalan dalam
dwibahasa?
Ya. Sekolah mesti menyediakan soalan yang setara
untuk murid DLP dalam bahasa inggeris dan untuk murid
bukan dalam kelas DLP dalam bahasa Malaysia
18 Sekiranya murid
berpindah di
pertengahan tahun
daripada sekolah yang
tidak menjalankan DLP,
ke sekolah yang
menjalankan DLP dan
memohon untuk
menyertai kelas DLP,
adakah ini dibenarkan?
Boleh, sekiranya murid dan ibu bapa bersetuju untuk
mengikuti program tersebut.
19 Bagaimana sekiranya
murid berpindah di
pertengahan tahun
daripada sekolah yang
menjalankan DLP, ke
sekolah yang tidak
menjalankan DLP?
Murid tersebut perlu mengikuti PdP seperti yang
ditawarkan di sekolah tersebut.
11
Versi 2.0 (2015)
20 Simulasi:
Sekiranya terdapat 4
kelas bagi tahun 1, dan
terdapat 15 orang
murid yang hendak
menyertai DLP, dan
terdapat guru yang
bersedia untuk
mengajar Sains dan
Matematik dalam BI
adakah pihak sekolah
perlu membuka kelas
baru (tambahan)
menjadikan 5 kelas
tahun 1. Adakah pihak
sekolah boleh
memohon guru
tambahan?
Tidak, kerana bilangan kelas perlu dikekalkan kerana
tiada tambahan guru dibenarkan. Sekolah perlu
menggunakan sumber tenaga pengajar sedia ada.
21 Simulasi:
Sekiranya terdapat 15
orang murid dalam
permulaan kelas DLP
dan bilangan murid
menurun hingga 10
orang pada
pertengahan tahun,
adakah kelas tersebut
perlu ditutup?
Sekolah boleh terus melaksanakan program tersebut.
Perbincangan atau dialog perlu diadakan di antara pihak
sekolah, ibu bapa dan PPD untuk menangani isu
tersebut.
22 Adakah pihak sekolah
boleh memulakan DLP
di pertengahan tahun?
Tidak, kerana ia akan mengganggu pembelajaran murid.
12
Versi 2.0 (2015)
23 Adakah pihak sekolah
boleh memulakan DLP
bagi murid tahun 2,
sedangkan di tahun1
murid tersebut belajar
Sains dan Matematik
dalam Bahasa Melayu?
Tidak, murid mesti memulakan DLP di Tahun 1 atau
Tahun 4 mulai tahun 2016.
24 Simulasi:
Bagi sekolah kurang
murid (SKM) yang
hanya mempunyai 14
orang murid bagi satu
kelas dan kesemuanya
bersetuju untuk
mengikuti DLP dan
kempat-empat syarat
telah dipenuhi, adakah
sekolah tersebut
dibenarkan untuk
terlibat dalam DLP?
Ya. Pihak KPM membenarkan sekolah tersebut
menjalankan DLP kerana ia merupakan sekolah kurang
murid (SKM) dan telah memenuhi kempat-empat syarat.
25 Simulasi:
Bagi sekolah kurang
murid (SKM) yang
mempunyai 20 orang
murid, 15 daripadanya
bersetuju untuk
mengikuti DLP dan 5
orang lagi tidak
bersetuju. Adakah
pihak sekolah perlu
membuka 2 kelas bagi
mata pelajaran
Matematik dan Sains?
Sekiranya pihak sekolah boleh menyediakan 2 kelas
tanpa meminta tambahan guru, pihak sekolah boleh
menjalankan DLP. Sekiranya , pihak sekolah mempunyai
kekangan dari segi penyediaan guru, sekolah tersebut
tidak boleh menjalankan DLP kerana tidak memenuhi
salah satu daripada syarat yang ditetapkan.
13
Versi 2.0 (2015)
26 Adakah guru yang telah
bersetuju untuk
mengajar Sains dan
Matematik dalam
Bahasa Inggeris, boleh
menarik diri setelah
beberapa bulan
menjalankan DLP?
Pihak sekolah, PIBG dan PPD perlu memastikan guru
bersetuju dan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik,
Sains dalam bahasa Inggeris sebelum membuat
keputusan untuk melaksanakan DLP pada tahun 2016.
Sekiranya terdapat guru yang ingin menarik diri, pihak
sekolah, PIBG dan PPD perlu mengenalpasti masalah
yang dihadapi dan cuba mengatasinya.
27 Bolehkah sesi
pengajaran dan
pembelajaran DLP
dijalankan dalam
kedua-dua bahasa
(Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris)?
Tidak. PdP perlu dijalankan dalam satu bahasa sahaja,
sama ada dalam bahasa Melayu sepenuhnya ataupun
bahasa Inggeris sepenuhnya.
14
Versi 2.0 (2015)
KATEGORI – MURID
Bil. Soalan Jawapan
1 Adakah murid
dibenarkan untuk terus
mempelajari mata
pelajaran Sains,
Matematik dan mata
pelajaran STEM yang
lain dalam bahasa
Melayu di sekolah yang
melaksanakan DLP?
Ya. Pihak sekolah perlu memastikan murid tersebut terus
mempelajari mata pelajaran Sains, Matematik dan mata
pelajaran STEM yang lain dalam bahasa Melayu
berdasarkan kemahuan ibu bapa, kerana bahasa
Malaysia adalah bahasa penghantar utama di sekolah.
2 Sekiranya murid telah
mempelajari mata
pelajaran DLP dalam
bahasa Melayu pada
tahap persekolahan
terdahulu, adakah
ianya sukar bagi
mereka untuk
mempelajari mata
pelajaran tersebut
dalam bahasa Inggeris
pada tahap
persekolahan
seterusnya?
Sekolah digalakkan untuk membantu murid dengan
menjalankan program transisi khususnya murid Tahun 4
dan Tingkatan 1 yang baru menyertai DLP.
Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan program
OPSME untuk membiasakan murid dengan istilah-istilah
pengajaran dan pelajaran sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris.
3 Adakah ibu bapa perlu
menandatangani apa-
apa surat persetujuan
untuk anak mereka
menyertai program ini?
Ya, ibu bapa perlu menandatangani surat persetujuan
pada minggu pertama persekolahan 2016.
15
Versi 2.0 (2015)
4 Adakah murid yang
belajar Sains dan
Matematik dalam
bahasa Malaysia di
Tahun 1 2015 boleh
mengikuti DLP di
Tahun 2 pada 2016?
Tidak. Murid perlu memulakan DLP di Tahun 1 atau
Tahun 4 pada tahun 2016.
5 Adakah semua murid
yang menjalani DLP
dibekalkan dengan
buku teks?
Ya, buku teks KBSR (versi bahasa Inggeris) akan
dibekalkan oleh pihak Kementerian kerana kandungan
kurikulum yang hampir sama.
TAMAT

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Peta i-THINK
Peta i-THINKPeta i-THINK
Peta i-THINKM BR
 
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)norlidahashim
 
Rph pk t1 makanan berkhasiat
Rph pk t1 makanan berkhasiatRph pk t1 makanan berkhasiat
Rph pk t1 makanan berkhasiatNurfaten Ismail
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahMohd Faizal Jan
 
PKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA
PKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIAPKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA
PKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIAMary Lemok
 
RPMH Kata Ganti Nama
RPMH Kata Ganti NamaRPMH Kata Ganti Nama
RPMH Kata Ganti Namaechizen mike
 
Aktiviti simpulan bahasa
Aktiviti simpulan bahasaAktiviti simpulan bahasa
Aktiviti simpulan bahasaMohammad Khalid
 
CADANGAN PROGRAM ORIENTASI 2022.pptx
CADANGAN PROGRAM ORIENTASI 2022.pptxCADANGAN PROGRAM ORIENTASI 2022.pptx
CADANGAN PROGRAM ORIENTASI 2022.pptxmeis izz
 
Rph psk t4 makanan seimbang
Rph psk t4 makanan seimbangRph psk t4 makanan seimbang
Rph psk t4 makanan seimbangNurfaten Ismail
 
Rancangan harian syarahan
Rancangan harian syarahanRancangan harian syarahan
Rancangan harian syarahansyieda2012
 
Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016
Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016
Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016Stephanie Unsil
 
Rancangan pendidikan individu (akademik)
Rancangan pendidikan individu (akademik)Rancangan pendidikan individu (akademik)
Rancangan pendidikan individu (akademik)atenabihah
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianniakpt6043
 
149513830 kertas-kerja-mural-sekolah
149513830 kertas-kerja-mural-sekolah149513830 kertas-kerja-mural-sekolah
149513830 kertas-kerja-mural-sekolahrayqal
 

Mais procurados (20)

Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
Peta i-THINK
Peta i-THINKPeta i-THINK
Peta i-THINK
 
RPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khasRPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khas
 
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
RPH Bahasa Melayu pendidikan khas (Micro teaching)
 
Rph pk t1 makanan berkhasiat
Rph pk t1 makanan berkhasiatRph pk t1 makanan berkhasiat
Rph pk t1 makanan berkhasiat
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
 
Contoh rpi
Contoh rpiContoh rpi
Contoh rpi
 
PKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA
PKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIAPKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA
PKES3072 PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA
 
RPMH Kata Ganti Nama
RPMH Kata Ganti NamaRPMH Kata Ganti Nama
RPMH Kata Ganti Nama
 
Aktiviti simpulan bahasa
Aktiviti simpulan bahasaAktiviti simpulan bahasa
Aktiviti simpulan bahasa
 
CADANGAN PROGRAM ORIENTASI 2022.pptx
CADANGAN PROGRAM ORIENTASI 2022.pptxCADANGAN PROGRAM ORIENTASI 2022.pptx
CADANGAN PROGRAM ORIENTASI 2022.pptx
 
Rph psk t4 makanan seimbang
Rph psk t4 makanan seimbangRph psk t4 makanan seimbang
Rph psk t4 makanan seimbang
 
Rancangan harian syarahan
Rancangan harian syarahanRancangan harian syarahan
Rancangan harian syarahan
 
Contoh RPH Bm.docx
Contoh RPH Bm.docxContoh RPH Bm.docx
Contoh RPH Bm.docx
 
Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016
Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016
Kertas Kerja Hari Sukan Negara Peringkat SK Skarok| Oktober 2016
 
Rancangan pendidikan individu (akademik)
Rancangan pendidikan individu (akademik)Rancangan pendidikan individu (akademik)
Rancangan pendidikan individu (akademik)
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
MBMMBI
MBMMBIMBMMBI
MBMMBI
 
RPH KSSR BM THN.5
RPH KSSR BM THN.5RPH KSSR BM THN.5
RPH KSSR BM THN.5
 
149513830 kertas-kerja-mural-sekolah
149513830 kertas-kerja-mural-sekolah149513830 kertas-kerja-mural-sekolah
149513830 kertas-kerja-mural-sekolah
 

Destaque

Ujian math tahun 2 kertas 2
Ujian math tahun 2 kertas 2Ujian math tahun 2 kertas 2
Ujian math tahun 2 kertas 2marshiza
 
Contoh Mid Year Exam Tahun 2 (Bahasa Inggeris)
Contoh Mid Year Exam Tahun 2 (Bahasa Inggeris)Contoh Mid Year Exam Tahun 2 (Bahasa Inggeris)
Contoh Mid Year Exam Tahun 2 (Bahasa Inggeris)Ahmadi Suratman
 
MATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONS
MATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONSMATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONS
MATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONScikgumathavy
 
Soalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssr
Soalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssrSoalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssr
Soalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssrLaila Wati Johari
 
Peperiksaan Akhir tahun - Mathematics Year 4 Paper 2r
Peperiksaan Akhir tahun - Mathematics Year 4 Paper 2rPeperiksaan Akhir tahun - Mathematics Year 4 Paper 2r
Peperiksaan Akhir tahun - Mathematics Year 4 Paper 2rmarshiza
 
MATHEMATICS YEAR 1
MATHEMATICS YEAR 1MATHEMATICS YEAR 1
MATHEMATICS YEAR 1cikgumathavy
 
Lampiran kerja 1
Lampiran kerja 1Lampiran kerja 1
Lampiran kerja 1Hanna_Gumi
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Siti Norbaya
 
Latihan sains & teknologi
Latihan sains & teknologiLatihan sains & teknologi
Latihan sains & teknologinorhanaghazaly
 
Latihan Sains Tahun 1
Latihan Sains Tahun 1Latihan Sains Tahun 1
Latihan Sains Tahun 1TungJess
 
Soalan Ujian Sains Tahun 4 KSSR
Soalan Ujian Sains Tahun 4 KSSRSoalan Ujian Sains Tahun 4 KSSR
Soalan Ujian Sains Tahun 4 KSSRar-rifke.com
 
Dunia sains dan teknologi tahun 2
Dunia sains dan teknologi tahun 2Dunia sains dan teknologi tahun 2
Dunia sains dan teknologi tahun 2Rozita Yaacob
 
Soalan B.Melayu-Tahun 2
Soalan B.Melayu-Tahun 2Soalan B.Melayu-Tahun 2
Soalan B.Melayu-Tahun 2PAKLONG CIKGU
 
Ujian matematik tahun2 kertas1
Ujian matematik tahun2 kertas1Ujian matematik tahun2 kertas1
Ujian matematik tahun2 kertas1marshiza
 
Ujian Selaras Matematik Tahun 2
Ujian  Selaras  Matematik Tahun 2Ujian  Selaras  Matematik Tahun 2
Ujian Selaras Matematik Tahun 2PAKLONG CIKGU
 
(Baru) kertas soalan bi tahun 1
(Baru) kertas soalan bi tahun 1(Baru) kertas soalan bi tahun 1
(Baru) kertas soalan bi tahun 1Izzaida Ibrahim
 

Destaque (20)

Ujian math tahun 2 kertas 2
Ujian math tahun 2 kertas 2Ujian math tahun 2 kertas 2
Ujian math tahun 2 kertas 2
 
Contoh Mid Year Exam Tahun 2 (Bahasa Inggeris)
Contoh Mid Year Exam Tahun 2 (Bahasa Inggeris)Contoh Mid Year Exam Tahun 2 (Bahasa Inggeris)
Contoh Mid Year Exam Tahun 2 (Bahasa Inggeris)
 
Ujian sains penggal 1 tahun 2
Ujian sains penggal 1 tahun 2Ujian sains penggal 1 tahun 2
Ujian sains penggal 1 tahun 2
 
MATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONS
MATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONSMATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONS
MATHEMATICS YEAR 1 QUESTIONS
 
Soalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssr
Soalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssrSoalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssr
Soalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssr
 
Pertikaian antara PPSMI dan MBMMBI
Pertikaian antara PPSMI dan MBMMBIPertikaian antara PPSMI dan MBMMBI
Pertikaian antara PPSMI dan MBMMBI
 
Peperiksaan Akhir tahun - Mathematics Year 4 Paper 2r
Peperiksaan Akhir tahun - Mathematics Year 4 Paper 2rPeperiksaan Akhir tahun - Mathematics Year 4 Paper 2r
Peperiksaan Akhir tahun - Mathematics Year 4 Paper 2r
 
MATHEMATICS YEAR 1
MATHEMATICS YEAR 1MATHEMATICS YEAR 1
MATHEMATICS YEAR 1
 
Lampiran kerja 1
Lampiran kerja 1Lampiran kerja 1
Lampiran kerja 1
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Latihan sains & teknologi
Latihan sains & teknologiLatihan sains & teknologi
Latihan sains & teknologi
 
Latihan Sains Tahun 1
Latihan Sains Tahun 1Latihan Sains Tahun 1
Latihan Sains Tahun 1
 
Pksr 2 DST Tahun 2 2014
Pksr 2 DST Tahun 2 2014Pksr 2 DST Tahun 2 2014
Pksr 2 DST Tahun 2 2014
 
Soalan Ujian Sains Tahun 4 KSSR
Soalan Ujian Sains Tahun 4 KSSRSoalan Ujian Sains Tahun 4 KSSR
Soalan Ujian Sains Tahun 4 KSSR
 
Dunia sains dan teknologi tahun 2
Dunia sains dan teknologi tahun 2Dunia sains dan teknologi tahun 2
Dunia sains dan teknologi tahun 2
 
Ujian 2 DST Tahun 2 2014
Ujian 2 DST Tahun 2 2014Ujian 2 DST Tahun 2 2014
Ujian 2 DST Tahun 2 2014
 
Soalan B.Melayu-Tahun 2
Soalan B.Melayu-Tahun 2Soalan B.Melayu-Tahun 2
Soalan B.Melayu-Tahun 2
 
Ujian matematik tahun2 kertas1
Ujian matematik tahun2 kertas1Ujian matematik tahun2 kertas1
Ujian matematik tahun2 kertas1
 
Ujian Selaras Matematik Tahun 2
Ujian  Selaras  Matematik Tahun 2Ujian  Selaras  Matematik Tahun 2
Ujian Selaras Matematik Tahun 2
 
(Baru) kertas soalan bi tahun 1
(Baru) kertas soalan bi tahun 1(Baru) kertas soalan bi tahun 1
(Baru) kertas soalan bi tahun 1
 

Semelhante a Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)

Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...izah123
 
kumpulan 7 : PPSMI - MBMMBI
kumpulan 7 : PPSMI - MBMMBIkumpulan 7 : PPSMI - MBMMBI
kumpulan 7 : PPSMI - MBMMBIIzawati Saat
 
Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Ting Ting Fiona
 
Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Norain Afzan
 
Instrumen a pengurusan dlp tahun 2017
Instrumen a pengurusan dlp tahun 2017Instrumen a pengurusan dlp tahun 2017
Instrumen a pengurusan dlp tahun 2017Aishah Umairah
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantarkrys73
 
Perancangan strategik 2014 2018 smkkjss
Perancangan strategik 2014 2018 smkkjssPerancangan strategik 2014 2018 smkkjss
Perancangan strategik 2014 2018 smkkjssnbk63
 
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010magenthama
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarSYAZWANI IBRAHIM
 
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)shukiahmad2013
 

Semelhante a Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015) (20)

Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)
 
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
 
(Group 8) ppsmi mbmmbi
(Group 8) ppsmi mbmmbi(Group 8) ppsmi mbmmbi
(Group 8) ppsmi mbmmbi
 
kumpulan 7 : PPSMI - MBMMBI
kumpulan 7 : PPSMI - MBMMBIkumpulan 7 : PPSMI - MBMMBI
kumpulan 7 : PPSMI - MBMMBI
 
Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)
 
Ppsmi mbmmbi
Ppsmi mbmmbiPpsmi mbmmbi
Ppsmi mbmmbi
 
Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020
 
Instrumen a pengurusan dlp tahun 2017
Instrumen a pengurusan dlp tahun 2017Instrumen a pengurusan dlp tahun 2017
Instrumen a pengurusan dlp tahun 2017
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. bahasa
5. bahasa5. bahasa
5. bahasa
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar
 
Ppt ppsmi
Ppt ppsmiPpt ppsmi
Ppt ppsmi
 
Perancangan strategik 2014 2018 smkkjss
Perancangan strategik 2014 2018 smkkjssPerancangan strategik 2014 2018 smkkjss
Perancangan strategik 2014 2018 smkkjss
 
Mbmmbi
MbmmbiMbmmbi
Mbmmbi
 
Buku Penerangan Dasar MBMMBI
Buku Penerangan Dasar MBMMBIBuku Penerangan Dasar MBMMBI
Buku Penerangan Dasar MBMMBI
 
PSO BI.pdf
PSO BI.pdfPSO BI.pdf
PSO BI.pdf
 
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
 

Último

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 

Último (12)

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 

Soalan lazim dlp versi 2.0 (2015)

  • 1. 1 Versi 2.0 (2015) SOALAN LAZIM PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) Definisi: a) DLP Program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Matematik (STEM) yang lain. b) Sekolah DLP Sekolah yang telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan PdP dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain. c) Guru DLP Guru Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. d) Kelas DLP Kelas yang melaksanakan PdP dalam bahasa Inggeris sepenuhnya bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain. e) Murid DLP Murid yang mengikuti PdP mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dengan kebenaran ibu bapa. f) Mata pelajaran terlibat dalam DLP Mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Inggeris iaitu mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain.
  • 2. 2 Versi 2.0 (2015) SOALAN LAZIM KATEGORI - DASAR Bil. Soalan Jawapan 1 Apakah yang dimaksudkan dengan Dual Language Programme (DLP)? Dual Language Programme (DLP) adalah program yang diperkenalkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. 2 Bagaimana DLP menyokong dasar pendidikan? Selaras dengan aspirasi PPPM agar murid menguasai kemahiran dwibahasa, DLP memberi peluang kepada murid untuk mengguna pakai bahasa Inggeris melalui mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. DLP membolehkan masyarakat Malaysia meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global. 3 Adakah ini satu cara berbalik kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)? Tidak. DLP adalah satu program pengukuhan bahasa Inggeris berasaskan pilihan sekolah, manakala PPSMI adalah suatu dasar yang dilaksanakan di semua sekolah. Dasar MBMMBI diperkenalkan untuk memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian mengambil langkah untuk mengukuhkan lagi penguasaan bahasa dengan memperkenalkan 23 program. Kini, Kementerian memperkenalkan 2 program baharu iaitu Program Imersif Tinggi (Highly Immersive Programme, HIP) dan Program Dwibahasa (Dual Language Programme, DLP). Langkah ini akan meningkatkan pendedahan terhadap bahasa Inggeris bagi memperkukuh kemahiran berbahasa Inggeris. Dengan pelaksanaan DLP,
  • 3. 3 Versi 2.0 (2015) Kementerian akan menilai sekolah yang mempunyai keupayaan dan sumber yang sedia ada dengan sewajarnya untuk memastikan keberkesanan program ini bagi sekolah-sekolah yang terlibat. 4 Tidakkah kelas bahasa Inggeris mencukupi untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris? Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa tempoh pendedahan yang lebih lama berbanding kadar semasa (15-20%) diperlukan untuk murid menguasai bahasa Inggeris (PPPM). DLP mendedahkan murid kepada masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih lama dari kadar semasa yang diperuntukkan untuk dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. 5 Adakah semua sekolah diwajibkan untuk melaksanakan DLP? Sekolah diupayakan untuk membuat pilihan berdasarkan kriteria yang telah digariskan. Sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada PPD dan JPN. Pelaksanaan DLP adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian berlandaskan kesediaan sekolah. 6 Adakah UPSR di sediakan dalam dwi bahasa? Ya. Kertas UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwibahasa. 7 Adakah PT3 di sediakan dalam dwi bahasa? Ya. Kertas PT3 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwibahasa. 8 Apakah bahasa pengantar yang akan digunakan bagi pentaksiran pusat bagi UPSR, PT3, SPM & STPM Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing.
  • 4. 4 Versi 2.0 (2015) 9 Adakah pentaksiran sekolah dan peperiksaan pusat akan menggunakan dwi bahasa? Ya. Peperiksaan pusat akan kekal menggunakan dwi bahasa. Pentaksiran di peringkat sekolah juga perlu disediakan dalam dwi bahasa. Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing. 10 Adakah murid dibenarkan untuk menjawab soalan peperiksaan dalam kedua-dua bahasa? Tidak. Murid hanya dibenarkan menjawab sama ada dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau bahasa Inggeris sepenuhnya. Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing. 11 Bagaimanakah KPM menangani isu penguasaan bahasa Inggeris guru-guru Matematik, Sains dan mata pelajaran STEM Jangka pendek ELTC akan membantu dengan menjalankan program latihan peningkatan profiensi Bahasa Inggeris dalam kalangan guru yang mengikuti DLP. Jangka panjang KPM akan memastikan Institusi Pendidikan Guru melengkapkan guru-guru pelatih dengan kemahiran untuk mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, guru-guru ini adalah guru opsyen Bahasa Inggeris (major atau minor). 12 Adakah guru-guru Sains dan Matematik akan dibayar BISP? Tidak. 13 Adakah guru-guru akan diberikan latihan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam DLP bagi tahun 2016? Tidak kerana sekolah yang terpilih adalah sekolah yang telah bersedia untuk uji rintis. ELTC akan membantu dengan menjalankan program latihan peningkatan profiensi Bahasa Inggeris dalam kalangan guru yang mengikuti DLP pada tahun 2017 dan tahun berikutnya.
  • 5. 5 Versi 2.0 (2015) 14 Bagaimanakah kelas DLP dapat diterusnya sekiranya terdapat pertukaran guru? JPN, PPD dan PGB perlu memastikan tenaga guru yang berkemampuan untuk mengajar kelas DLP cukup sepanjang program ini dilaksanakan sekiranya berlakunya pertukaran guru.
  • 6. 6 Versi 2.0 (2015) KATEGORI - SEKOLAH Bil. Soalan Jawapan 1 Apakah kriteria pelaksanaan DLP yang perlu dipenuhi? Sekolah perlu memenuhi kriteria berikut untuk memohon melaksanakan DLP: I. Sumber yang mencukupi; II. Kesediaan Pengetua/ Guru Besar dan guru untuk melaksanakan DLP; III. Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa; dan IV. Pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang menyamai atau lebih baik daripada pencapaian purata kebangsaan 2 Bagaimanakah sekolah boleh memohon untuk melaksanakan program DLP? Pihak sekolah boleh memanjangkan permohonan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing. PPD akan menjalankan tinjauan/ pemeriksaan sewajarnya ke atas sekolah berkenaan. Sekiranya sekolah disahkan bersedia untuk melaksanakan program ini, permohonan tersebut akan dimajukan kepada JPN. JPN akan memanjangkan permohonan ini kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk penilaian terakhir dan kelulusan KPM. 3 Sekiranya sekolah tidak dipilih untuk menyertai DLP, bolehkah pihak sekolah membuat rayuan? PGB boleh membuat rayuan kepada PPD dan rayuan akan dipertimbangkan oleh KPM. 4 Selain Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), bolehkah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) melaksanakannya DLP? Sekolah Jenis Kebangsaan boleh membuat rayuan di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing untuk dipertimbangkan oleh KPM.
  • 7. 7 Versi 2.0 (2015) 5 Bagi sekolah berenrolmen rendah, saiz kelas mungkin kurang daripada 15 orang dan tidak memenuhi syarat minima untuk membuka kelas DLP. Adakah sekolah dibenarkan untuk membuka kelas DLP? Ya, sekiranya semua ibu bapa bersetuju untuk membenarkan anak mereka menyertai DLP. Sekiranya terdapat mana-mana ibu bapa yang tidak bersetuju, maka sekolah perlu meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu. 6 Adakah sekolah boleh menawarkan DLP di Tahun 1 dan tidak di Tahun 4? Tidak. Sekolah perlu menawarkan DLP di Tahun 1 dan Tahun 4. 7 Sekiranya pihak sekolah memenuhi semua kriteria DLP dan ingin menawarkan pdp bagi SEMUA kelas Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 dalam bahasa Inggeris, adakah ia dibenarkan? Ya, sekiranya pihak sekolah menerima persetujuan bertulis daripada semua ibu bapa di kelas Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1. 8 Jika ibu bapa mahukan DLP tetapi sekolah tidak berminat, apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa? Sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 pelajar dengan kebenaran daripada ibu bapa yang berminat untuk mengikuti DLP, sekolah tersebut perlu cuba untuk menampung permintaan itu. Pentadbir sekolah perlu mempertimbangkan permohonan tersebut dan berbincang dengan pihak PPD dan JPN. Perbincangan atau dialog berterusan perlu diadakan di antara pihak sekolah, ibu bapa dan PPD untuk membuat perancangan yang dapat memuaskan hati semua pihak.
  • 8. 8 Versi 2.0 (2015) 9 Bagaimana sekiranya ibu bapa ingin anak mereka menarik diri dari DLP selepas mula mengikuti program ini? Murid tidak dibenarkan menarik diri daripada program DLP. Keputusan murid individu untuk mengikuti kelas DLP adalah berdasarkan kemahuan ibu bapa. Ibu bapa digalakkan untuk membuat pertimbangan serius berdasarkan kesediaan murid dan berpandukan khidmat nasihat pihak sekolah sekiranya perlu. Setelah persekolahan bermula, murid tidak dibenarkan masuk atau keluar daripada program DLP dalam pertengahan pelaksanaan program. Sekiranya murid ketinggalan dalam mata pelajaran akibat penguasaan yang lemah dalam bahasa pengantar yang digunakan, pihak ibu bapa perlu memberi kerjasama dan membantu sekolah dalam memberikan sokongan intervensi. 10 Adakah murid akan diberi sokongan seperti diberi program transisi sekiranya berpindah dari sekolah yang melaksanakan DLP ke sekolah yang tidak melaksanakan DLP atau sebaliknya? Sekolah asal harus memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa tentang risiko yang mungkin akan dihadapi oleh murid sekiranya berpindah dari sekolah yang melaksanakan DLP ke sekolah yang tidak melaksanakan DLP atau sebaliknya. Sekolah yang menerima murid tersebut digalakkan untuk membantu murid menghadapi transisi ini. 11 Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya saya ingin memperoleh maklumat lanjut? Pihak ibu bapa boleh menghubungi pihak sekolah dan sekolah akan menyalurkan soalan tersebut kepada pegawai PPD atau JPN bagi mendapatkan maklumat lanjut. Selain daripada itu, pihak terlibat boleh menghubungi DLP@padu.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkenaan DLP.
  • 9. 9 Versi 2.0 (2015) 12 Jika hanya ada guru Matematik yang bersedia menjalankan DLP, sedangkan guru Sains enggan menjalankan DLP, bolehkan sekolah menawarkan hanya Matematik dam Bahasa Inggeris sedangkan Sains dalam Bahasa Melayu? Tidak. Setiap kelas yang menjalankan DLP mestilah menawarkan kedua-dua Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. 13 Adakah bahan dan peralatan tambahan bagi Sains/ Matematik akan dibekalkan bagi sekolah yang menjalankan DLP? Tidak. Sekolah perlu menggunakan sumber sedia ada. Pihak KPM hanya akan membekalkan buku teks, buku rujukan tambahan, DSKP, OPSME untuk kegunaan guru dan murid. 14 Adakah sekolah DLP akan dibekalkan dengan bahan Bantu Mengajar seperti teaching courseware? Tidak. Sekolah perlu menggunakan sumber sedia ada 15 Adakah bahan sokongan tambahan disediakan bagi sekolah yang menjalankan DLP bagi Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1? Ya. Buku rujukan dalam pasaran yang dipilih oleh Kementerian akan dipilih dan dibekalkan untuk kegunaan guru sebagai bahan rujukan tambahan dalam pelaksanaan DLP tahun 2016 sahaja. Ia akan ditempatkan di pusat sumber sekolah. 16 Adakah DSKP akan diterjemahkan ke dalam BI? Ya. DSK, DSP dan DSKP untuk sekolah rendah akan diterjemahkan. HSP untuk tingkatan 1 telah sedia ada dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan 2016.
  • 10. 10 Versi 2.0 (2015) 17 Adakah pihak sekolah perlu menyediakan soalan dalam dwibahasa? Ya. Sekolah mesti menyediakan soalan yang setara untuk murid DLP dalam bahasa inggeris dan untuk murid bukan dalam kelas DLP dalam bahasa Malaysia 18 Sekiranya murid berpindah di pertengahan tahun daripada sekolah yang tidak menjalankan DLP, ke sekolah yang menjalankan DLP dan memohon untuk menyertai kelas DLP, adakah ini dibenarkan? Boleh, sekiranya murid dan ibu bapa bersetuju untuk mengikuti program tersebut. 19 Bagaimana sekiranya murid berpindah di pertengahan tahun daripada sekolah yang menjalankan DLP, ke sekolah yang tidak menjalankan DLP? Murid tersebut perlu mengikuti PdP seperti yang ditawarkan di sekolah tersebut.
  • 11. 11 Versi 2.0 (2015) 20 Simulasi: Sekiranya terdapat 4 kelas bagi tahun 1, dan terdapat 15 orang murid yang hendak menyertai DLP, dan terdapat guru yang bersedia untuk mengajar Sains dan Matematik dalam BI adakah pihak sekolah perlu membuka kelas baru (tambahan) menjadikan 5 kelas tahun 1. Adakah pihak sekolah boleh memohon guru tambahan? Tidak, kerana bilangan kelas perlu dikekalkan kerana tiada tambahan guru dibenarkan. Sekolah perlu menggunakan sumber tenaga pengajar sedia ada. 21 Simulasi: Sekiranya terdapat 15 orang murid dalam permulaan kelas DLP dan bilangan murid menurun hingga 10 orang pada pertengahan tahun, adakah kelas tersebut perlu ditutup? Sekolah boleh terus melaksanakan program tersebut. Perbincangan atau dialog perlu diadakan di antara pihak sekolah, ibu bapa dan PPD untuk menangani isu tersebut. 22 Adakah pihak sekolah boleh memulakan DLP di pertengahan tahun? Tidak, kerana ia akan mengganggu pembelajaran murid.
  • 12. 12 Versi 2.0 (2015) 23 Adakah pihak sekolah boleh memulakan DLP bagi murid tahun 2, sedangkan di tahun1 murid tersebut belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu? Tidak, murid mesti memulakan DLP di Tahun 1 atau Tahun 4 mulai tahun 2016. 24 Simulasi: Bagi sekolah kurang murid (SKM) yang hanya mempunyai 14 orang murid bagi satu kelas dan kesemuanya bersetuju untuk mengikuti DLP dan kempat-empat syarat telah dipenuhi, adakah sekolah tersebut dibenarkan untuk terlibat dalam DLP? Ya. Pihak KPM membenarkan sekolah tersebut menjalankan DLP kerana ia merupakan sekolah kurang murid (SKM) dan telah memenuhi kempat-empat syarat. 25 Simulasi: Bagi sekolah kurang murid (SKM) yang mempunyai 20 orang murid, 15 daripadanya bersetuju untuk mengikuti DLP dan 5 orang lagi tidak bersetuju. Adakah pihak sekolah perlu membuka 2 kelas bagi mata pelajaran Matematik dan Sains? Sekiranya pihak sekolah boleh menyediakan 2 kelas tanpa meminta tambahan guru, pihak sekolah boleh menjalankan DLP. Sekiranya , pihak sekolah mempunyai kekangan dari segi penyediaan guru, sekolah tersebut tidak boleh menjalankan DLP kerana tidak memenuhi salah satu daripada syarat yang ditetapkan.
  • 13. 13 Versi 2.0 (2015) 26 Adakah guru yang telah bersetuju untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, boleh menarik diri setelah beberapa bulan menjalankan DLP? Pihak sekolah, PIBG dan PPD perlu memastikan guru bersetuju dan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik, Sains dalam bahasa Inggeris sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan DLP pada tahun 2016. Sekiranya terdapat guru yang ingin menarik diri, pihak sekolah, PIBG dan PPD perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi dan cuba mengatasinya. 27 Bolehkah sesi pengajaran dan pembelajaran DLP dijalankan dalam kedua-dua bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)? Tidak. PdP perlu dijalankan dalam satu bahasa sahaja, sama ada dalam bahasa Melayu sepenuhnya ataupun bahasa Inggeris sepenuhnya.
  • 14. 14 Versi 2.0 (2015) KATEGORI – MURID Bil. Soalan Jawapan 1 Adakah murid dibenarkan untuk terus mempelajari mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain dalam bahasa Melayu di sekolah yang melaksanakan DLP? Ya. Pihak sekolah perlu memastikan murid tersebut terus mempelajari mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain dalam bahasa Melayu berdasarkan kemahuan ibu bapa, kerana bahasa Malaysia adalah bahasa penghantar utama di sekolah. 2 Sekiranya murid telah mempelajari mata pelajaran DLP dalam bahasa Melayu pada tahap persekolahan terdahulu, adakah ianya sukar bagi mereka untuk mempelajari mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris pada tahap persekolahan seterusnya? Sekolah digalakkan untuk membantu murid dengan menjalankan program transisi khususnya murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 yang baru menyertai DLP. Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan program OPSME untuk membiasakan murid dengan istilah-istilah pengajaran dan pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 3 Adakah ibu bapa perlu menandatangani apa- apa surat persetujuan untuk anak mereka menyertai program ini? Ya, ibu bapa perlu menandatangani surat persetujuan pada minggu pertama persekolahan 2016.
  • 15. 15 Versi 2.0 (2015) 4 Adakah murid yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di Tahun 1 2015 boleh mengikuti DLP di Tahun 2 pada 2016? Tidak. Murid perlu memulakan DLP di Tahun 1 atau Tahun 4 pada tahun 2016. 5 Adakah semua murid yang menjalani DLP dibekalkan dengan buku teks? Ya, buku teks KBSR (versi bahasa Inggeris) akan dibekalkan oleh pihak Kementerian kerana kandungan kurikulum yang hampir sama. TAMAT