SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 39
770218-01-5450
[Pick the                     HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                             SEMESTER MEI 2010




                  FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

            PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHORT 5)




                               HBLS 3103

              ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL




                  ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN

                             770218-01-5450

                              013-7018071




                                TUTOR

                   TUAN HAJI BAHARUM BIN SULMAN

                        baharumsulman@gmail.com




                       PUSAT PEMBELAJARAN

                     Pusat Pembelajaran Wilayah Johor

                            Semester Mei 2010
770218-01-5450
[Pick the                                   HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                           SEMESTER MEI 2010




       S
                      EKAPUR SIREH




                      Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,




              Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat saya
       menyiapkan tugasan HBLS 3103, Asas Kejuruteraan Awam dan Mekanikal yang diberikan.
       Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tutor HBLS 3103 iaitu Tuan Haji
       Baharum bin Haji Sulman kerana banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar bagi
       memudahkan lagi untuk saya menyelesaikan tugasan yang diberikan.

              Banyak cabaran dan dugaan yang saya hadapi bagi menyiapkan tugasan ini, namun
       dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan motivasi
       serta bimbingan serta perkongsian maklumat secara berterusan juga banyak membantu saya
       dalam menyiapkan tugasan ini.

              Jutaan terima kasih kepada keluarga yang tersayang iaitu suami serta anak-anak serta
       ibu bapa yang tidak jemu memberikan sokongan serta iringan doa agar saya tidak mudah
       patah semangat serta jemu dalam meneruskan perjuangan dalam pembelajaran ini.

              Semoga Allah jua yang membalasnya dengan kebaikan…

              Sekian terima kasih.
770218-01-5450
[Pick the                                      HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                              SEMESTER MEI 2010




       ISI KANDUNGAN


            1. Sekapur Sireh
            2. Isi kandungan
            3. Soalan 1 : Rak Fail Meja
                          i. Lukisan Kerja
                                   1. Lukisan Ortografik
                                   2. Lukisan Isometri
                          ii. Langkah-Langkah Kerja Pembinaan dan Kaedah Penyambungan
                         iii. Bahan-Bahan dan Alatan Yang Digunakan
                         iv. Kemasan dan Cadangan Kesesuaian Warna
            4. Soalan 2 : Sistem Sanitari dan Kumbahan
                          i. Keratan Rentas Sistem Perpaipan Sanitari Rumah / Bangunan 2
                               Tingkat dari Lekapan ke ‘Main Hole’ (MH)
                          ii. Lukisan Skematik Sistem Pengudaraan
                         iii. Reka Bentuk dan Panduan Pemasangan Secara Am
                         iv. Reka Bentuk dan Panduan Susun Atur
            5. Soalan 3 : Sistem Enjin
                   a. Sistem Bahan Api
                          i. Fungsi Utama Sistem Bahan Api Kenderaan
                          ii. Lakaran dan Komponen-Komponen Utama Sistem
                   b. Karburetor
                          i. Keratan Rentas Karburetor
                          ii. Fungsi Utama
            6. Sumber Rujukan
770218-01-5450
[Pick the                                HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                        SEMESTER MEI 2010

       SOALAN 1

       TAJUK       : Rak Fail Meja

       OBJEKTIF    : Persediaan bahan, menanda bahan projek, memotong bahan dan tanggam,
                   membentuk dan mencantum merangkumi kerja membuat tanggam seperti
                   meraut putting, meraut lurah, memahat lubang, memasang tanggam dan
                   menguji ketepatan, mengglu, memaku,

       SAIZ        : 500mm x 350mm x 450mm (tinggi)

       TANGGAM :

       SOALAN 1 (a) : Lukisan Kerja
770218-01-5450
[Pick the                                      HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                              SEMESTER MEI 2010




       SOALAN 1 (b) : Langkah Kerja Pembinaan dan Kaedah Penyambungan

            (Rujuk Lukisan Kerja pada Rajah 1 dan Rajah 2)

            1) Sediakan kayu mengikut ukuran seperti dalam gambarajah 1 (Lukisan Ortografik).
               Jenis Kayu
               A) Kayu Keras
                      a. Cengal
                      b. Sepetir
                      c. Kapur
               B) Kayu Lembut
                      a. Meranti
                      b. Kayu getah
                      c. Jelutung

              Saiz Kayu

              A) Papan Tebal
                     a. Tebal 38 mm – 100 mm
                     b. Lebar 150 mm ke atas
                     c. Panjang 3 m – 6 m
              B) Papan Nipis
                     a. Tebal 10 mm – 38 mm
                     b. Lebar 76 mm ke atas
                     c. Panjang 3 m – 6 m
              C) Kayu Beroti
                     a. Tebal 38 mm – 100 mm
                     b. Lebar 75 mm – 150 mm
                     c. Panjang 3 m – 4 m
              D) Kayu Jerjak
                     a. Tebal 20 mm – 38 mm
                     b. Lebar 25 mm – 76 mm
                     c. Panjang 3 m – 6m
770218-01-5450
[Pick the                                     HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                             SEMESTER MEI 2010

            2) Mengukur dan merancang tanda bagi setiap bahagian berdasarkan maklumat kertas
               projek. Papan dipotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan.




               Ukur panjang bahan                                      Ukur lebar bahan




               Menanda panjang bahan                          Menanda lebar bahan


            3) Gergaji bahu puting dan raut permukaan sehingga rata.
770218-01-5450
[Pick the                                      HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                              SEMESTER MEI 2010



            4) Tebuk lubang dengan gerudi atau pahat dan bersihkan lubang dengan pahat.




            5) Potong janjang pada puting dan buat lurah.




            6) Pasangkan bahagian – bahagian tanggam dan uji ketepatannya.




            7) Lekatkan dengan glu atau paku. Langkah keselamatan perlu diambil semasa
               menjalankan proses membina dan mencantum projek.
770218-01-5450
[Pick the                                     HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                             SEMESTER MEI 2010

            8) Bersinkan sambungan di setiap bahagian dengan kemas.
            9) Lakukan aktiviti kemasan pada bahan projek. Laskan bahagian kayu dengan
               menggunakan kertas pasir atau ‘sander’ untuk melicinkan permukaan kayu. Gosokkan
               mengikut urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran (3,2,1) dan disudahi dengan gred
               kekasaran yang halus (0,00) Kemudian, sapukan dengan pengawet agar ia lebih tahan
               lama serta anai-anai tidak dapat untuk merosakkan.




            10) Untuk menutup liang-liang kayu, lubang paku, urat-urat kayu yang sangat kasar dan
               cantuman tanggam yang kurang kemas, tepung penyumbat digunakan. Ia dalam bentuk
               serbuk putih dan siap dibancuh. Gunakan pengikis untuk menyapu tepung penyumbat.
               Kelebihan tepung penyumbat ini ialah ianya cepat kering dan mudah digunakan.
               Caranya ialah dengan mencairkannya dengan air atau turpentine dan sapukan pada
               permukaan kayu yang menghadapi masalah.




            11) Selepas itu, kikiskan kotoran atau lebihan tepung penyumbat dengan pengikis.
               Gerakkan hujung mata pengikis mengikut arah urat kayu.
770218-01-5450
[Pick the                                     HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                             SEMESTER MEI 2010

            12) Sapukan syelek dan varnish untuk tujuan kekemasan. Syelek boleh didapati dalam
               bentuk kepingan dan cecair. Ia dilarutkan dengan spirit metal, kemudian sapukannya
               pada permukaan kayu mengikut arah urat kayu dengan berus syelek. Proses
               pengeringan varnish mengambil masa 12 jam hingga 24 jam.
770218-01-5450
[Pick the                               HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                       SEMESTER MEI 2010

       SOALAN 1 (c) : Bahan-Bahan dan Alatan Yang Digunakan

       ALATAN YANG DIGUNAKAN

            1.   Pembaris




            2.   Pemutar skru Philips




            3.   Pemutar skru rata




            4.   Berus
770218-01-5450
[Pick the                   HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                           SEMESTER MEI 2010

            5.   Pengikis




            6.   Gergaji




            7.   Tukul




            8.   Gerudi
770218-01-5450
[Pick the                       HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                               SEMESTER MEI 2010




       BAHAN YANG DIGUNAKAN

            1.   Kayu meranti




            2.   Skru




            3.   Paku
770218-01-5450
[Pick the                        HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                SEMESTER MEI 2010

            4.   Pengawet kayu




            5.   Kertas pasir




            6.   Syelek kayu




            7.   Varnis
770218-01-5450
[Pick the              HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                      SEMESTER MEI 2010

            8.   Glu
770218-01-5450
[Pick the                                        HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                                SEMESTER MEI 2010

       SOALAN 1 (d) : Kemasan dan Cadangan Kesesuaian Warna Setiap Bahagian

            Kemasan merupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya. Beberapa jenis
       kemasan boleh dilakukan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan. Antaranya ialah
       kertas pasir, penyumbat, cat, syelek, varnish, lilin, lekar atau lekar plastik.

            Kertas pasir boleh digunakan sebagai pengemas untuk menghilangkan kecacatan dan
       tanda pada kayu. Gosokkan kayu dengan kertas pasir hingga licin. Saiznya boleh ditentukan
       mengikut nombor gred iaitu:

                oo – halus sekali
                o – halus
                1 – sederhana
                2 – kasar
                3 – kasar sekali.

            Setelah digosok dengan kertas pasir, periksa permukaan kayu kerana mungkin ada
       kecacatan seperti mempunyai lubang-lubang kecil ataupun lubang terjadi akibat
       ketidaksamaan semasa menghasilkan projek. Fungsi utama penyumbat adalah untuk mengisi
       rongga-rongga dengan baik dan kekal. Ia adalah merupakan serbuk mineral yang dicampur.
       Ia boleh menjadi pasir, silica, serbuk atau campuran daripada ‘carrier’ iaitu minyak, alcohol
       atau air, ‘binder’ gam, varnish atau syelek. Pada masa sekarang, penyumbat mempunyai
       pelbagai warna yang boleh disesuaikan mengikut kesesuaian kayu yang digunakan. Pilih
       warna penyumbat yang paling hampir dengan warna kayu.

            Jika ingin menggunakan cat, sebagai kemasan kayu, terlebih dahulu, sapukan cat alas
       untuk menutup lubang-lubang kecil pada permukaan dan menjadi pengalas kerana apabila cat
       licau disapu, ia akan kelihatan lebih licin dan berkilat. Permukaan kayu yang disapu dengan
       cat alas perlu dilicinkan dengan kertas pasir setelah ia kering. Gunakan cat alas yang
       mempunyai warna yang sama atau hampir sama dengan cat licau yang akan digunakan.

            Selepas itu, gunakan cat licau dengan betul agar ia memberikan permukaan yang cantik
       dan berkilat. Jika permukaan memerlukan dua lapisan cat licau, lapisan pertama perlulah
       dilicinkan dengan kertas pasir yang halus.
770218-01-5450
[Pick the                                     HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                             SEMESTER MEI 2010



            Syelek atau varnish juga boleh dipilih untuk kemasan kayu. Cara mengilat kayu dengan
       syelek dinamakan french poloshing. Syelek dan varnish digunakan secara sembur atau sapu
       dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan dalam alkohol untuk
       digunakan, ataupun diseli secara bancuh siap. Proses pengeringan varnish mengambil masa
       selama 12 jam hingga 24 jam serta mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air.
770218-01-5450
[Pick the                               HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                       SEMESTER MEI 2010

       `SOALAN 2




       SOALAN 2 (a) : Keratan Rentas Sistem Perpaipan Sanitari Rumah atau Bangunan 2
       Tingkat Dari Lekapan ke ‘Main Hole’ (MH)
770218-01-5450
[Pick the   HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                           SEMESTER MEI 2010
770218-01-5450
[Pick the   HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                           SEMESTER MEI 2010
770218-01-5450
[Pick the                                    HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                            SEMESTER MEI 2010

       SOALAN 2 (b) : Satu Contoh Lukisan Skematik Sistem Pengudaraan (Ventilated
       System)




            Venting system terdiri dari paip yang menyambung kelengkapan sanitari menuju ke luar
       bangunan, biasanya keatas bumbung. Ianya berfungsi untuk melepaskan gas yang dapat
       menghalang gas-gas berbau masuk ke dalam bangunan.

            Ventilasi pada bangunan, rumah umumnya digunakan untuk keperluan peredaran udara
       dan cahaya untuk menerangkan kawasan dalaman rumah. Untuk memenuhi udara segar
       dalam bangunan atau gedung ia memerlukan lubang atau ventilasi untuk memberikan laluan
       keluar udara dan hawa panas, gas dan asap. Hal ini sangat diperlukan oleh penghuni sama ada
       untuk bangunan bengkel mesin, fabrik mahu pun untuk dapur rumah.

            Ventilasi dibina dalam pelbagai bentuk bergantung kepada keperluan untuk peredaran
       udara panas, gas, dan asap yang sesuai dengan tujuannya.
770218-01-5450
[Pick the                                        HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                                SEMESTER MEI 2010

            Adapun bentuk ventilasi ialah seperti berikut :

            a. Ventilasi Pemotongan Tegak

               Peredaran udara segar dan udara panas dalam ruangan, gas dan asap dapat melalui
            suatu lubang pada atap dengan dibuat pemotongan atap secara vertikal seperti Gambar 1.




       b. Ventilasi Cerobong

       Ventilasi cerobong umumnya digunakan untuk peredaran asap dapur, fabrik dan bengkel
       tempa yang berhubungan dengan kegiatan yang mengeluarkan asap. Bentuk ventilasi ini ada
       yang berbentukk bulat dan segi empat tergantung yang diinginkan oleh pemilik bangunan
       seperti Gambar 2.

       Peredaran asap yang terpusat dapat dikeluarkan dengan melalui cerobong, sehingga asap
       yang ditimbulkan dari aktiviti dalam bangunan tidak tersebar ke ruangan lain.
770218-01-5450
[Pick the                                      HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                              SEMESTER MEI 2010




       SOALAN 2 (c) : Reka Bentuk dan Panduan Pemasangan Secara Am

        1) Pemasangan sistem paip sanitari adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam ‘Drainage,
            sanitation and sanitary plumbing by-law’.
        2) Pemasangan ini perlu dibuat oleh tukang paip yang berlesen.
        3) Rekabentuknya juga perlulah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Air Negeri.
        4) Bahan-bahan yang digunakan iaitu alat sanitari, paip, pepasangan atau komponen
            hendaklah diluluskan oleh PBA dan Sirim.
        5) Rekabentuk, pemasangan dan penyelenggaraan mestilah tidak merbahaya kepada
            struktur bangunan, sistem bekalan air dan peralatan lain.
        6) Ia juga hendaklah tidak mengancam keselamatan dan kesihatan penghuni seperti
            berlakunya kebocoran, pelepasan bau dan pencemaran bekalan air.
       7) Rekabentuk sistem mestilah dapat mengelakkan daripada berlakunya limpahan air atau
            banjir di dalam bangunan.
       8) Pemasangan sistem paip sanitari ini juga perlu dielakkan daripada memasang paip dan
            pepasangannya di ruang makan, ruang duduk dan sebagainya. Paip dan pepasangan yang
            terpaksa melalui ruang duduk, kawasan awam, tandas dan sebagainya hendaklah
            disembunyikan iaitu concealed di dalam saluran atau kekotak dan sebagainya.
       9) Paip uPVC perlulah dielakkan daripada terdedah kepada panas cahaya matahari kerana
            ianya boleh menjejaskan kualiti dan mudah rosak. Ini adalah kerana ianya lembut dan
            mudah kemek. Kebaikan uPVC ini ialah ianya ringan, tidak berkarat, mudah dipasang
            dan disambung. Ianya juga tahan serangan kimia serta geseran dalaman yang rendah.
            Harganya juga murah.
770218-01-5450
[Pick the                                      HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                              SEMESTER MEI 2010




       SOALAN 2 (d) : Reka Bentuk dan Panduan Susun Atur

        1) Setiap punca bekalan air haruslah ada saliran keluar.
        2) Saiz paip tidak boleh mengecil pada arah aliran.
        3) Sudut cerun (gradient) aliran minima mestilah satu peratus (1 %).
        4) Paip pengudaraan mesti dipasang untuk mengawal tekanan di dalam sistem.
        5) Air hujan dari atap tidak boleh disalirkan ke dalam paip sanitari.
        6) Sambungan tandas ke paip buangan mestilah menggunakan saiz 100 mm sebagai ukuran
            yang paling minima.
        7) Saiz paip buangan iaitu stack juga bergantung kepada saiz terbesar perangkap dan 100
            mm yang paling minima.
        8) Perangkap hendaklah dipasang pada setiap alat sanitari untuk mengelakkan pelepasan
            bau ke dalam bangunan.
        9) Kedalaman ‘perangkap air’ mestilah tidak kurang daripada 50 mm.



       Kedalaman Perangkap air
770218-01-5450
[Pick the                                        HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                                SEMESTER MEI 2010

        10) Kehilangan perangkap air boleh terjadi apabila berlakunya sejatan air. Akibatnya, alat
            sanitari tidak dapat digunakan dalam jangka masa yang lama. Ini juga akan
            menyebabkan berlakunya ‘self – siphonage’ seperti dalam Gambar 2 dan Gambar 3.




                     Gambar 2 : Gambar menunjukkan bagaimana ‘self- siphonage’ terjadi.




                               Gambar 3: ‘Self – siphonage terjadi di bawah sinki
        11) ‘Self – siphonage’ terjadi akibat dipengaruhi oleh panjang, saiz dan gradient paip. Ia juga
            dipengaruhi oleh bentuk saiz sanitari, susun atur kerja paip terutamanya di bahagian liku
            serta juga susun atur pengudaraan.
        12) Pencegahan aliran lintang (crossflow) yang bertentangan dalam sambungan ke paip
            ‘main stack’.
770218-01-5450
[Pick the                                   HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                           SEMESTER MEI 2010

        13) Penyambungan yang dibenarkan.




        14) Paip buangan yang disambung ke paip longkang mestilah menggunakan:
770218-01-5450
[Pick the                                    HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                            SEMESTER MEI 2010

        15) Ini adalah merupakan sambungan yang perlu dibuat pada bangunan yang bertingkat.




        16) Bahagian atas paip buangan yang terbuka kepada atmosfera hendaklah ditutup dengan
            ‘vent cowl’ yang tidak menyekat aliran masuk atau keluar udara. ‘Vent cowl’ hendaklah
            diperbuat daripada bahan yang mempunyai daya tahan kepada cuaca. Ketinggiannya
            hendaklah tidak menyebabkan pelepasan bau yang boleh menjejaskan kesihatan dan
            keselesaan pengguna atau penghuni rumah serta persekitarannya.




        17) Paip pengudaraan juga boleh disambung semula kepada paip buangan.
770218-01-5450
[Pick the                                      HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                              SEMESTER MEI 2010

        18) Tukang paip perlulah mengambil kira pemanjangan atau pengecutan paip disebabkan
            oleh perubahan suhu. Untuk membenarkan pergerakan ini berlaku, ‘expansion coupler’
            mestilah dipasang. Sebagai panduan am, ‘expansion coupler’ mestilah dipasang seperti
            berikut:
             Setiap 4 meter bagi paip panas iaitu yang melebihi 45°C.
             Setiap 6 meter bagi paip sejuk iaitu yang mempunyai suhu diantara 20°C hingga
                45°C.
             Bagi paip dibawah 2 meter panjang bagi air sejuk dan 1 meter bagi air panas,
                ‘expansion joint’ tidak perlu dipasang.
        19) Jika paip dipasang menerusi dinding atau lantai, ‘sleeve’ mestilah dipasang pada kerja
            konkrit dan paip mesti melalui ‘sleeve’.
770218-01-5450
[Pick the                                   HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                           SEMESTER MEI 2010

        20) Paip hendaklah disokong untuk mengelakkan daripada melentur. Penyokong paip
            mestilah daripada bahan-bahan yang tidak boleh merosakkan paip. Pergerakan paip yang
            disebabkan oleh perubahan suhu, sokongannya mertilah tidak menghalang pergelinciran
            antara permukaan paip dan penyokong. Paip hendaklah disokong pada setiap sambungan
            yang fleksibel.




        21) Jarak maksima antara penyokong bagi paip uPVC ialah:
            Saiz paip mm garis pusat            Tegak (m)                  Melintang (m)
                      32 – 40                       1.2                          0.5
                         50                         1.2                          0.6
                     75 – 100                       1.8                          0.9
                        150                         1.8                          1.2
770218-01-5450
[Pick the                                      HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                              SEMESTER MEI 2010

        22) Akses perlu dipasang untuk memudahkan penyelenggaraan dan pembersihan. Akses
            yang mencukupi dan sesuai hendaklah dipasang. Pada bangunan berbilang tingkat, akses
            perlu dipasang pada setiap tingkat atau tidak kurang dari satu pada setiap tiga tingkat.
770218-01-5450
[Pick the                              HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                      SEMESTER MEI 2010

       `SOALAN 3




       SOALAN 3 (a) : Fungsi Utama Sistem Bahan Api Kenderaan




            A. Tangki bahanapi
            B. Injap bahan api
            C. Salur bahan api
            D. Pembersih udara
            E. Kaburetar
            F. Salur masuk
770218-01-5450
[Pick the                                      HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                              SEMESTER MEI 2010



            Sistem bahan api mempunyai fungsi utama untuk membekalkan campuran udara dan
       bahan api ke dalam ruang pembakaran enjin untuk memudahkan pembakaran yang sempurna
       serta memperoleh kuasa yang optimum. Ia mempunyai beberapa komponen iaitu tangki
       bahan api, pam bahan api, tolok bahan api, penapis udara, penapis bahan api, karburetor,
       sistem pancitan bahan api elektronik, kendalian dan pemancit.
            Tangki bahan api mempunyai kedudukan yang agak jauh dari enjin untuk mengelakkan
       kebakaran terutamanya ketika berlaku kemalangan. Pada kebiasaannya, tangki diperbuat
       daripada keluli tertekan. Di dalam tangki, terdapat sesekat untuk mengurangkan bahan api
       bergelombang. Unit penghantar isyarat juga terletak di dalam tangki dan fungsinya ialah
       untuk menghantar isyarat menunjukkan muatan tangki.




                                              Tangki bahan api


            Pam bahan api berfungsi membekalkan bahan api yang secukupnya daripada tangki ke
       karburetor dan seterusnya ke enjin mengikut keperluan enjin supaya enjin dapat beroperasi
       dengan baik dan sempurna.
            Terdapat dua jenis pam bahan api pada sistem ini, iaitu pam bahan api jenis elektrik dan
       pam bahan api jenis mekanikal.
770218-01-5450
[Pick the                                    HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                            SEMESTER MEI 2010




            Pam bahan api elektrik beroperasi menggunakan kuasa elektrik daripada bateri dan pam
       jenis ini banyak digunakan pada kereta model lama seperti Austin mini dan beberapa lagi
       model kereta buatan Eropah.
            Pam bahan api jenis mekanikal pula digunakan pada kebanyakan kereta terkini kecuali
       enjin pancutan bahan api eletronik. Memandangkan pam mekanikal mempunyai komponen
       yang sering berfungsi pada setiap masa enjin beroperasi, maka ia akan mengalami pelbagai
       jenis kerosakan dan kegagalan berfungsi dengan sempurna.
            Fungsi tolok bahan api adalah untuk memberitahu takat bahan api di dalam tangki.
       Penunjuk pada tolok berubah mengikut kuantiti bahan api yang dimasukkan ke dalam tangki.
       Ada dua jenis tolok yang digunakan dalam kenderaan iaitu jenis gelong imbangan dan jenis
       thermostatik.
            Penapis udara berfungsi membersihkan udara yang masuk ke dalam silinder. ia menapis
       udara kotor sebelum dialirkan masuk ke dalam karburetor. Ia juga berfungsi mengurangkan
       bunyi bising apabila udara masuk ke dalam karburetor. Ia juga menangkap nyalaan api
       sekiranya berlaku enjin tersedak (backfire). Ia terletak di hadapan karburetor. Penapis yang
       kotor dan tersumbat akan menyebabkan campuran udara dan bahan api menjadi kaya dan
       membazirkan bahan api. Ada dua jenis penapis udara iaitu kering dan basah. Ia dipasang di
       atas corong karburetor.
770218-01-5450
[Pick the                                    HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                            SEMESTER MEI 2010




                                               Penapis udara


       Penapis bahan api berfungsi menapis segala kekotoran yang terdapat di dalam bahan api.
       Bahan api perlulah bersih apabila memasuki karburetor. Penapis hendaklah ditukar pada
       setiap 8000 km perjalanan bagi kenderaan baru dan 5000 km bagi kenderaan lama.




                                             Penapis bahan api
770218-01-5450
[Pick the                                       HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                               SEMESTER MEI 2010



            Karburetor berfungsi mencampurkan udara dengan bahan api dengan kadar yang tepat
       supaya enjin bergerak dengan cekap. Karburetor boleh dikelaskan kepada beberapa kaedah.
       Berdasarkan kepada aliran udara, ia dibahagi kepada aliran tepi, bawah dan atas. Karburetor
       juga dikelaskan kepada beberapa corong iaitu satu corong atau dua corong.

            Objektif bagi sistem suntikan bahan api boleh jadi pelbagai. Kesemuanya berkongsi tujuan
       bagi mengangkut bahan api bagi tujuan pembakaran, tetapi ia bergantung kepada keputusan
       reka bentuk bagi mengoptimakan sistem tersebut. Terdapat beberapa objektif utama iaitu:

                             keluaran kuasa
                             kecekapan bahan api
                             keluaran asap yang lebih bersih
                             keupayaan bagi menggunakan bahan api alternatif
                             kebolehpercayaan
                             pemanduan dan operasi yang lebih lancar
                             kos asas
                             kos penyelenggaraan
                             keupayaan diagnosis
                             banjaran operasi terhadap alam sekitar

            Beberapa kombinasi bagi matlamat tersebut ada kalanya saling berlawanan, dan adalah
       kurang praktikal bagi sesebuah sistem kawalan enjin bagi mengoptimakan kesemua kriteria
       tersebut secara serentak. Dalam keadaan sebenar, jurutera automotif berusah untuk memberi
       lebih kepuasan kepada pengguna secara kompetitif. Sistem suntikan bahan api elektronik jauh
       lebih berupaya untuk mengoptimakan objektif-objektif tersebut daripada karburetor.
770218-01-5450
[Pick the                                      HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                              SEMESTER MEI 2010




                                      Sistem pancitan bahan api elektronik


            Kendalian dalam sistem enjin ini adalah melibatkan bahan api dari tangki disalurkan oleh
       pam elektrik ke dalam sistem bertekanan. Bahan api yang berlebihan kembali ke tangki.
       Sebuah pengatur dalam sistem mempastikan tekanan bahan api dalam sistem adalah malar.
            Pemancit adalah sebuah komponen elektromekanikal yang memancit bahan api yang
       tersukat ke dalam pancarongga. Pemancit ini sebenarnya adalah sebuah solenoid yang
       bergerak apabila arus laluinya.
770218-01-5450
[Pick the                               HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                       SEMESTER MEI 2010

       SOALAN 3 (b) : Fungsi Utama Karburetor
                                  Keratan Rentas Karburetor




                              A. Injap cok
                              B. Venturi
                              C. Campuran udara bahan api
                              D. Injap pendikit
                              E. Skru pepura
                              F. Mangkuk pelampung
                              G. Pelampung
                              H. Injap jarum
                              I. Muncung utama
770218-01-5450
[Pick the                                       HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                               SEMESTER MEI 2010




            Karburetor adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan api petrol
       dengan udara dengan kadar yang betul bagi kegunaan enjin pembakaran dalaman.

          Kadar campuran udara dengan petrol oleh karburetor adalah mengikut keadaan seperti
       berikut:

                          Keadaan                            Nisbah campuran udara dan petrol
                     Menghidupkan enjin                                    9:1
                 Perjalanan lesu dan perlahan                             12:1
                        Perjalanan laju                                   15:1
                   Perjalanan terlalu tinggi                              13:1

            Karburetor berfungsi untuk membekalkan campuran udara dan bahan api mengikut
       keperluan keadaan jalan serta kelajuan kenderaan. Karburetor boleh dikelaskan mengikut
       beberapa kaedah.
            Karburetor terdiri daripada beberapa bahagian iaitu takungan bahan api, venturi, jet utama,
       jet melahu, injap pendikit dan injap pencekik. Ianya mempunyai fungsi utama yang berbeza.
            Takungan bahan api berfungsi untuk menerima bahan api dari tangki minyak.
            Venturi pula adalah merupakan bahagian aliran udara yang paling sempit yang bertujuan
       untuk meningkatkan kelajuan luruan udara bagi menghasilkan tekanan udara pada bahagian
       berkenaan. Ianya adalah bagi menarik bahan api keluar melalui jet utama. Pada kebiasaannya,
       saiz venturi adalah tetap, tetapi karburetor injap gelungsur pula mempunyai satu injap
       gelungsur boleh laras yang mengawal saiz venturi.
770218-01-5450
[Pick the                                      HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                              SEMESTER MEI 2010



            Jet utama adalah merupakan laluan keluar utama bahan api ke venturi. Alirannya dikawal
       oleh tekanan rendah pada venturi. Bagaimanapun, pada sesetengah karburetor, terutamanya
       jenis injap gelungsur, jarum pada injap gelungsur turut mengawal bukaan jet utama.
            Jet melahu merupakan saluran sempit bagi menyalurkan udara dan bahan api semasa
       kelajuan melahu iaitu semasa injap pendikit tertutup.
            Injap pendikit terletak dibahagian hujung saluran udara karburetor. Ia mengawal bukaan
       saluran udara selepas venturi bagi mengawal aliran campuran udara dan bahan api ke enjin.
       Injap pendikit turut mengawal kelajuan enjin secara langsung. Injap pendikit disambungkan
       ke injak pendikit atau genggam pendikit bagi membolehkan pemandu kereta atau
       penunggang motosikal mengawal kelajuan enjin. Pada kebiasaannya, injap pendikit terdiri
       daripada injap rerama tetapi dalam sesetengah karburetor injap gelungsur, injap gelungsur itu
       sendiri turut bertindak sebagai injap pendikit.
            Injap pencekik terletak di bahagian pangkal saluran udara karburetor sebelum venturi.
       Injap pencekik berfungsi untuk menyekat aliran udara bagi menghasilkan campuran udara
       dan bahan api yang lebih kaya agar enjin lebih mudah dihidupkan semasa sejuk. Injap
       pencekik dikawal sama ada dengan menggunakan tombol pencekik secara manual atau
       dengan menggunakan mekanisme automatic. Sesetengah karburetor tidak mempunyai
       pencekik tetapi menggunakan udara yang dipanaskan oleh saluran ekzos untuk memudahkan
       enjin dihidupkan semasa sejuk.
770218-01-5450
[Pick the                                    HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
  date]
                                                                            SEMESTER MEI 2010




       Sumber Rujukan


       S.Kandar,M.D.Asnul.M.D.Amran,K.B.Cho,P.Priasamy & H.S.Siow.(2010). HBLS3103,Asas
       Kejuruteraan Awam dan Mekanikal.Seri Kembangan : Meteor Doc. Sdn Bhd.

       http://amirul1991.blogspot.com/2009_09_01_archive.html

       http://autokkkb.blogspot.com/feeds/posts/default

       http://auto.howstuffworks.com/fuel-injection.htm

       http://www.anon-qber.com/2009/08/sistem-bahan-api.html

       http://www.docstoc.com/docs/8498511/SISTEM-BAHAN-BAKAR-KARBURATOR-
       MOBIL

       http://www.freewebs.com/kemahiranhidup/enjin.htm

       http://www.scribd.com/doc/33434296/Sistem-Kawalan-Bahanapi-Elektronik

Mais conteúdo relacionado

Mais de Teacher Nasrah

Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015Teacher Nasrah
 
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015Teacher Nasrah
 
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringanLaporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringanTeacher Nasrah
 
Laporan Program Lesson study 2015
Laporan Program Lesson study 2015Laporan Program Lesson study 2015
Laporan Program Lesson study 2015Teacher Nasrah
 
Senarai guru utk pintu kelas 1 c
Senarai guru utk pintu kelas 1 cSenarai guru utk pintu kelas 1 c
Senarai guru utk pintu kelas 1 cTeacher Nasrah
 
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015Teacher Nasrah
 
Plan strategik kelab bola tampar
Plan strategik kelab bola tamparPlan strategik kelab bola tampar
Plan strategik kelab bola tamparTeacher Nasrah
 
Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014Teacher Nasrah
 
Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014Teacher Nasrah
 
Takwim program linus 2014
Takwim program linus 2014Takwim program linus 2014
Takwim program linus 2014Teacher Nasrah
 
Carta organisasi program linus 2014
Carta organisasi program linus 2014Carta organisasi program linus 2014
Carta organisasi program linus 2014Teacher Nasrah
 
Analisis saringan linus 2012
Analisis saringan linus 2012Analisis saringan linus 2012
Analisis saringan linus 2012Teacher Nasrah
 
Analisis saringan 2 2.0 2013
Analisis saringan 2 2.0 2013Analisis saringan 2 2.0 2013
Analisis saringan 2 2.0 2013Teacher Nasrah
 
Laporan program lesson study 2014
Laporan program lesson study 2014Laporan program lesson study 2014
Laporan program lesson study 2014Teacher Nasrah
 

Mais de Teacher Nasrah (20)

Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
 
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
 
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringanLaporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
 
Laporan Program Lesson study 2015
Laporan Program Lesson study 2015Laporan Program Lesson study 2015
Laporan Program Lesson study 2015
 
Fail bppi linus
Fail bppi linusFail bppi linus
Fail bppi linus
 
Jadual waktu kelas
Jadual waktu kelasJadual waktu kelas
Jadual waktu kelas
 
Senarai guru utk pintu kelas 1 c
Senarai guru utk pintu kelas 1 cSenarai guru utk pintu kelas 1 c
Senarai guru utk pintu kelas 1 c
 
Papan hitam tag
Papan hitam tagPapan hitam tag
Papan hitam tag
 
TRAFFIC LIGHT
TRAFFIC LIGHTTRAFFIC LIGHT
TRAFFIC LIGHT
 
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
 
Plan strategik kelab bola tampar
Plan strategik kelab bola tamparPlan strategik kelab bola tampar
Plan strategik kelab bola tampar
 
Laporan program pbsmm
Laporan program pbsmmLaporan program pbsmm
Laporan program pbsmm
 
Cupcake birthday 2 c
Cupcake birthday 2 cCupcake birthday 2 c
Cupcake birthday 2 c
 
Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014
 
Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014
 
Takwim program linus 2014
Takwim program linus 2014Takwim program linus 2014
Takwim program linus 2014
 
Carta organisasi program linus 2014
Carta organisasi program linus 2014Carta organisasi program linus 2014
Carta organisasi program linus 2014
 
Analisis saringan linus 2012
Analisis saringan linus 2012Analisis saringan linus 2012
Analisis saringan linus 2012
 
Analisis saringan 2 2.0 2013
Analisis saringan 2 2.0 2013Analisis saringan 2 2.0 2013
Analisis saringan 2 2.0 2013
 
Laporan program lesson study 2014
Laporan program lesson study 2014Laporan program lesson study 2014
Laporan program lesson study 2014
 

Último

2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 

Último (12)

2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 

HBLS 3103

  • 1. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHORT 5) HBLS 3103 ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN 770218-01-5450 013-7018071 TUTOR TUAN HAJI BAHARUM BIN SULMAN baharumsulman@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN Pusat Pembelajaran Wilayah Johor Semester Mei 2010
  • 2. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 S EKAPUR SIREH Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat saya menyiapkan tugasan HBLS 3103, Asas Kejuruteraan Awam dan Mekanikal yang diberikan. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tutor HBLS 3103 iaitu Tuan Haji Baharum bin Haji Sulman kerana banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar bagi memudahkan lagi untuk saya menyelesaikan tugasan yang diberikan. Banyak cabaran dan dugaan yang saya hadapi bagi menyiapkan tugasan ini, namun dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan motivasi serta bimbingan serta perkongsian maklumat secara berterusan juga banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih kepada keluarga yang tersayang iaitu suami serta anak-anak serta ibu bapa yang tidak jemu memberikan sokongan serta iringan doa agar saya tidak mudah patah semangat serta jemu dalam meneruskan perjuangan dalam pembelajaran ini. Semoga Allah jua yang membalasnya dengan kebaikan… Sekian terima kasih.
  • 3. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 ISI KANDUNGAN 1. Sekapur Sireh 2. Isi kandungan 3. Soalan 1 : Rak Fail Meja i. Lukisan Kerja 1. Lukisan Ortografik 2. Lukisan Isometri ii. Langkah-Langkah Kerja Pembinaan dan Kaedah Penyambungan iii. Bahan-Bahan dan Alatan Yang Digunakan iv. Kemasan dan Cadangan Kesesuaian Warna 4. Soalan 2 : Sistem Sanitari dan Kumbahan i. Keratan Rentas Sistem Perpaipan Sanitari Rumah / Bangunan 2 Tingkat dari Lekapan ke ‘Main Hole’ (MH) ii. Lukisan Skematik Sistem Pengudaraan iii. Reka Bentuk dan Panduan Pemasangan Secara Am iv. Reka Bentuk dan Panduan Susun Atur 5. Soalan 3 : Sistem Enjin a. Sistem Bahan Api i. Fungsi Utama Sistem Bahan Api Kenderaan ii. Lakaran dan Komponen-Komponen Utama Sistem b. Karburetor i. Keratan Rentas Karburetor ii. Fungsi Utama 6. Sumber Rujukan
  • 4. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 SOALAN 1 TAJUK : Rak Fail Meja OBJEKTIF : Persediaan bahan, menanda bahan projek, memotong bahan dan tanggam, membentuk dan mencantum merangkumi kerja membuat tanggam seperti meraut putting, meraut lurah, memahat lubang, memasang tanggam dan menguji ketepatan, mengglu, memaku, SAIZ : 500mm x 350mm x 450mm (tinggi) TANGGAM : SOALAN 1 (a) : Lukisan Kerja
  • 5. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 SOALAN 1 (b) : Langkah Kerja Pembinaan dan Kaedah Penyambungan (Rujuk Lukisan Kerja pada Rajah 1 dan Rajah 2) 1) Sediakan kayu mengikut ukuran seperti dalam gambarajah 1 (Lukisan Ortografik). Jenis Kayu A) Kayu Keras a. Cengal b. Sepetir c. Kapur B) Kayu Lembut a. Meranti b. Kayu getah c. Jelutung Saiz Kayu A) Papan Tebal a. Tebal 38 mm – 100 mm b. Lebar 150 mm ke atas c. Panjang 3 m – 6 m B) Papan Nipis a. Tebal 10 mm – 38 mm b. Lebar 76 mm ke atas c. Panjang 3 m – 6 m C) Kayu Beroti a. Tebal 38 mm – 100 mm b. Lebar 75 mm – 150 mm c. Panjang 3 m – 4 m D) Kayu Jerjak a. Tebal 20 mm – 38 mm b. Lebar 25 mm – 76 mm c. Panjang 3 m – 6m
  • 6. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 2) Mengukur dan merancang tanda bagi setiap bahagian berdasarkan maklumat kertas projek. Papan dipotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan. Ukur panjang bahan Ukur lebar bahan Menanda panjang bahan Menanda lebar bahan 3) Gergaji bahu puting dan raut permukaan sehingga rata.
  • 7. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 4) Tebuk lubang dengan gerudi atau pahat dan bersihkan lubang dengan pahat. 5) Potong janjang pada puting dan buat lurah. 6) Pasangkan bahagian – bahagian tanggam dan uji ketepatannya. 7) Lekatkan dengan glu atau paku. Langkah keselamatan perlu diambil semasa menjalankan proses membina dan mencantum projek.
  • 8. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 8) Bersinkan sambungan di setiap bahagian dengan kemas. 9) Lakukan aktiviti kemasan pada bahan projek. Laskan bahagian kayu dengan menggunakan kertas pasir atau ‘sander’ untuk melicinkan permukaan kayu. Gosokkan mengikut urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran (3,2,1) dan disudahi dengan gred kekasaran yang halus (0,00) Kemudian, sapukan dengan pengawet agar ia lebih tahan lama serta anai-anai tidak dapat untuk merosakkan. 10) Untuk menutup liang-liang kayu, lubang paku, urat-urat kayu yang sangat kasar dan cantuman tanggam yang kurang kemas, tepung penyumbat digunakan. Ia dalam bentuk serbuk putih dan siap dibancuh. Gunakan pengikis untuk menyapu tepung penyumbat. Kelebihan tepung penyumbat ini ialah ianya cepat kering dan mudah digunakan. Caranya ialah dengan mencairkannya dengan air atau turpentine dan sapukan pada permukaan kayu yang menghadapi masalah. 11) Selepas itu, kikiskan kotoran atau lebihan tepung penyumbat dengan pengikis. Gerakkan hujung mata pengikis mengikut arah urat kayu.
  • 9. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 12) Sapukan syelek dan varnish untuk tujuan kekemasan. Syelek boleh didapati dalam bentuk kepingan dan cecair. Ia dilarutkan dengan spirit metal, kemudian sapukannya pada permukaan kayu mengikut arah urat kayu dengan berus syelek. Proses pengeringan varnish mengambil masa 12 jam hingga 24 jam.
  • 10. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 SOALAN 1 (c) : Bahan-Bahan dan Alatan Yang Digunakan ALATAN YANG DIGUNAKAN 1. Pembaris 2. Pemutar skru Philips 3. Pemutar skru rata 4. Berus
  • 11. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 5. Pengikis 6. Gergaji 7. Tukul 8. Gerudi
  • 12. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 BAHAN YANG DIGUNAKAN 1. Kayu meranti 2. Skru 3. Paku
  • 13. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 4. Pengawet kayu 5. Kertas pasir 6. Syelek kayu 7. Varnis
  • 14. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 8. Glu
  • 15. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 SOALAN 1 (d) : Kemasan dan Cadangan Kesesuaian Warna Setiap Bahagian Kemasan merupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan. Antaranya ialah kertas pasir, penyumbat, cat, syelek, varnish, lilin, lekar atau lekar plastik. Kertas pasir boleh digunakan sebagai pengemas untuk menghilangkan kecacatan dan tanda pada kayu. Gosokkan kayu dengan kertas pasir hingga licin. Saiznya boleh ditentukan mengikut nombor gred iaitu:  oo – halus sekali  o – halus  1 – sederhana  2 – kasar  3 – kasar sekali. Setelah digosok dengan kertas pasir, periksa permukaan kayu kerana mungkin ada kecacatan seperti mempunyai lubang-lubang kecil ataupun lubang terjadi akibat ketidaksamaan semasa menghasilkan projek. Fungsi utama penyumbat adalah untuk mengisi rongga-rongga dengan baik dan kekal. Ia adalah merupakan serbuk mineral yang dicampur. Ia boleh menjadi pasir, silica, serbuk atau campuran daripada ‘carrier’ iaitu minyak, alcohol atau air, ‘binder’ gam, varnish atau syelek. Pada masa sekarang, penyumbat mempunyai pelbagai warna yang boleh disesuaikan mengikut kesesuaian kayu yang digunakan. Pilih warna penyumbat yang paling hampir dengan warna kayu. Jika ingin menggunakan cat, sebagai kemasan kayu, terlebih dahulu, sapukan cat alas untuk menutup lubang-lubang kecil pada permukaan dan menjadi pengalas kerana apabila cat licau disapu, ia akan kelihatan lebih licin dan berkilat. Permukaan kayu yang disapu dengan cat alas perlu dilicinkan dengan kertas pasir setelah ia kering. Gunakan cat alas yang mempunyai warna yang sama atau hampir sama dengan cat licau yang akan digunakan. Selepas itu, gunakan cat licau dengan betul agar ia memberikan permukaan yang cantik dan berkilat. Jika permukaan memerlukan dua lapisan cat licau, lapisan pertama perlulah dilicinkan dengan kertas pasir yang halus.
  • 16. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 Syelek atau varnish juga boleh dipilih untuk kemasan kayu. Cara mengilat kayu dengan syelek dinamakan french poloshing. Syelek dan varnish digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan dalam alkohol untuk digunakan, ataupun diseli secara bancuh siap. Proses pengeringan varnish mengambil masa selama 12 jam hingga 24 jam serta mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air.
  • 17. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 `SOALAN 2 SOALAN 2 (a) : Keratan Rentas Sistem Perpaipan Sanitari Rumah atau Bangunan 2 Tingkat Dari Lekapan ke ‘Main Hole’ (MH)
  • 18. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010
  • 19. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010
  • 20. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 SOALAN 2 (b) : Satu Contoh Lukisan Skematik Sistem Pengudaraan (Ventilated System) Venting system terdiri dari paip yang menyambung kelengkapan sanitari menuju ke luar bangunan, biasanya keatas bumbung. Ianya berfungsi untuk melepaskan gas yang dapat menghalang gas-gas berbau masuk ke dalam bangunan. Ventilasi pada bangunan, rumah umumnya digunakan untuk keperluan peredaran udara dan cahaya untuk menerangkan kawasan dalaman rumah. Untuk memenuhi udara segar dalam bangunan atau gedung ia memerlukan lubang atau ventilasi untuk memberikan laluan keluar udara dan hawa panas, gas dan asap. Hal ini sangat diperlukan oleh penghuni sama ada untuk bangunan bengkel mesin, fabrik mahu pun untuk dapur rumah. Ventilasi dibina dalam pelbagai bentuk bergantung kepada keperluan untuk peredaran udara panas, gas, dan asap yang sesuai dengan tujuannya.
  • 21. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 Adapun bentuk ventilasi ialah seperti berikut : a. Ventilasi Pemotongan Tegak Peredaran udara segar dan udara panas dalam ruangan, gas dan asap dapat melalui suatu lubang pada atap dengan dibuat pemotongan atap secara vertikal seperti Gambar 1. b. Ventilasi Cerobong Ventilasi cerobong umumnya digunakan untuk peredaran asap dapur, fabrik dan bengkel tempa yang berhubungan dengan kegiatan yang mengeluarkan asap. Bentuk ventilasi ini ada yang berbentukk bulat dan segi empat tergantung yang diinginkan oleh pemilik bangunan seperti Gambar 2. Peredaran asap yang terpusat dapat dikeluarkan dengan melalui cerobong, sehingga asap yang ditimbulkan dari aktiviti dalam bangunan tidak tersebar ke ruangan lain.
  • 22. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 SOALAN 2 (c) : Reka Bentuk dan Panduan Pemasangan Secara Am 1) Pemasangan sistem paip sanitari adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam ‘Drainage, sanitation and sanitary plumbing by-law’. 2) Pemasangan ini perlu dibuat oleh tukang paip yang berlesen. 3) Rekabentuknya juga perlulah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Air Negeri. 4) Bahan-bahan yang digunakan iaitu alat sanitari, paip, pepasangan atau komponen hendaklah diluluskan oleh PBA dan Sirim. 5) Rekabentuk, pemasangan dan penyelenggaraan mestilah tidak merbahaya kepada struktur bangunan, sistem bekalan air dan peralatan lain. 6) Ia juga hendaklah tidak mengancam keselamatan dan kesihatan penghuni seperti berlakunya kebocoran, pelepasan bau dan pencemaran bekalan air. 7) Rekabentuk sistem mestilah dapat mengelakkan daripada berlakunya limpahan air atau banjir di dalam bangunan. 8) Pemasangan sistem paip sanitari ini juga perlu dielakkan daripada memasang paip dan pepasangannya di ruang makan, ruang duduk dan sebagainya. Paip dan pepasangan yang terpaksa melalui ruang duduk, kawasan awam, tandas dan sebagainya hendaklah disembunyikan iaitu concealed di dalam saluran atau kekotak dan sebagainya. 9) Paip uPVC perlulah dielakkan daripada terdedah kepada panas cahaya matahari kerana ianya boleh menjejaskan kualiti dan mudah rosak. Ini adalah kerana ianya lembut dan mudah kemek. Kebaikan uPVC ini ialah ianya ringan, tidak berkarat, mudah dipasang dan disambung. Ianya juga tahan serangan kimia serta geseran dalaman yang rendah. Harganya juga murah.
  • 23. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 SOALAN 2 (d) : Reka Bentuk dan Panduan Susun Atur 1) Setiap punca bekalan air haruslah ada saliran keluar. 2) Saiz paip tidak boleh mengecil pada arah aliran. 3) Sudut cerun (gradient) aliran minima mestilah satu peratus (1 %). 4) Paip pengudaraan mesti dipasang untuk mengawal tekanan di dalam sistem. 5) Air hujan dari atap tidak boleh disalirkan ke dalam paip sanitari. 6) Sambungan tandas ke paip buangan mestilah menggunakan saiz 100 mm sebagai ukuran yang paling minima. 7) Saiz paip buangan iaitu stack juga bergantung kepada saiz terbesar perangkap dan 100 mm yang paling minima. 8) Perangkap hendaklah dipasang pada setiap alat sanitari untuk mengelakkan pelepasan bau ke dalam bangunan. 9) Kedalaman ‘perangkap air’ mestilah tidak kurang daripada 50 mm. Kedalaman Perangkap air
  • 24. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 10) Kehilangan perangkap air boleh terjadi apabila berlakunya sejatan air. Akibatnya, alat sanitari tidak dapat digunakan dalam jangka masa yang lama. Ini juga akan menyebabkan berlakunya ‘self – siphonage’ seperti dalam Gambar 2 dan Gambar 3. Gambar 2 : Gambar menunjukkan bagaimana ‘self- siphonage’ terjadi. Gambar 3: ‘Self – siphonage terjadi di bawah sinki 11) ‘Self – siphonage’ terjadi akibat dipengaruhi oleh panjang, saiz dan gradient paip. Ia juga dipengaruhi oleh bentuk saiz sanitari, susun atur kerja paip terutamanya di bahagian liku serta juga susun atur pengudaraan. 12) Pencegahan aliran lintang (crossflow) yang bertentangan dalam sambungan ke paip ‘main stack’.
  • 25. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 13) Penyambungan yang dibenarkan. 14) Paip buangan yang disambung ke paip longkang mestilah menggunakan:
  • 26. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 15) Ini adalah merupakan sambungan yang perlu dibuat pada bangunan yang bertingkat. 16) Bahagian atas paip buangan yang terbuka kepada atmosfera hendaklah ditutup dengan ‘vent cowl’ yang tidak menyekat aliran masuk atau keluar udara. ‘Vent cowl’ hendaklah diperbuat daripada bahan yang mempunyai daya tahan kepada cuaca. Ketinggiannya hendaklah tidak menyebabkan pelepasan bau yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselesaan pengguna atau penghuni rumah serta persekitarannya. 17) Paip pengudaraan juga boleh disambung semula kepada paip buangan.
  • 27. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 18) Tukang paip perlulah mengambil kira pemanjangan atau pengecutan paip disebabkan oleh perubahan suhu. Untuk membenarkan pergerakan ini berlaku, ‘expansion coupler’ mestilah dipasang. Sebagai panduan am, ‘expansion coupler’ mestilah dipasang seperti berikut:  Setiap 4 meter bagi paip panas iaitu yang melebihi 45°C.  Setiap 6 meter bagi paip sejuk iaitu yang mempunyai suhu diantara 20°C hingga 45°C.  Bagi paip dibawah 2 meter panjang bagi air sejuk dan 1 meter bagi air panas, ‘expansion joint’ tidak perlu dipasang. 19) Jika paip dipasang menerusi dinding atau lantai, ‘sleeve’ mestilah dipasang pada kerja konkrit dan paip mesti melalui ‘sleeve’.
  • 28. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 20) Paip hendaklah disokong untuk mengelakkan daripada melentur. Penyokong paip mestilah daripada bahan-bahan yang tidak boleh merosakkan paip. Pergerakan paip yang disebabkan oleh perubahan suhu, sokongannya mertilah tidak menghalang pergelinciran antara permukaan paip dan penyokong. Paip hendaklah disokong pada setiap sambungan yang fleksibel. 21) Jarak maksima antara penyokong bagi paip uPVC ialah: Saiz paip mm garis pusat Tegak (m) Melintang (m) 32 – 40 1.2 0.5 50 1.2 0.6 75 – 100 1.8 0.9 150 1.8 1.2
  • 29. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 22) Akses perlu dipasang untuk memudahkan penyelenggaraan dan pembersihan. Akses yang mencukupi dan sesuai hendaklah dipasang. Pada bangunan berbilang tingkat, akses perlu dipasang pada setiap tingkat atau tidak kurang dari satu pada setiap tiga tingkat.
  • 30. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 `SOALAN 3 SOALAN 3 (a) : Fungsi Utama Sistem Bahan Api Kenderaan A. Tangki bahanapi B. Injap bahan api C. Salur bahan api D. Pembersih udara E. Kaburetar F. Salur masuk
  • 31. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 Sistem bahan api mempunyai fungsi utama untuk membekalkan campuran udara dan bahan api ke dalam ruang pembakaran enjin untuk memudahkan pembakaran yang sempurna serta memperoleh kuasa yang optimum. Ia mempunyai beberapa komponen iaitu tangki bahan api, pam bahan api, tolok bahan api, penapis udara, penapis bahan api, karburetor, sistem pancitan bahan api elektronik, kendalian dan pemancit. Tangki bahan api mempunyai kedudukan yang agak jauh dari enjin untuk mengelakkan kebakaran terutamanya ketika berlaku kemalangan. Pada kebiasaannya, tangki diperbuat daripada keluli tertekan. Di dalam tangki, terdapat sesekat untuk mengurangkan bahan api bergelombang. Unit penghantar isyarat juga terletak di dalam tangki dan fungsinya ialah untuk menghantar isyarat menunjukkan muatan tangki. Tangki bahan api Pam bahan api berfungsi membekalkan bahan api yang secukupnya daripada tangki ke karburetor dan seterusnya ke enjin mengikut keperluan enjin supaya enjin dapat beroperasi dengan baik dan sempurna. Terdapat dua jenis pam bahan api pada sistem ini, iaitu pam bahan api jenis elektrik dan pam bahan api jenis mekanikal.
  • 32. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 Pam bahan api elektrik beroperasi menggunakan kuasa elektrik daripada bateri dan pam jenis ini banyak digunakan pada kereta model lama seperti Austin mini dan beberapa lagi model kereta buatan Eropah. Pam bahan api jenis mekanikal pula digunakan pada kebanyakan kereta terkini kecuali enjin pancutan bahan api eletronik. Memandangkan pam mekanikal mempunyai komponen yang sering berfungsi pada setiap masa enjin beroperasi, maka ia akan mengalami pelbagai jenis kerosakan dan kegagalan berfungsi dengan sempurna. Fungsi tolok bahan api adalah untuk memberitahu takat bahan api di dalam tangki. Penunjuk pada tolok berubah mengikut kuantiti bahan api yang dimasukkan ke dalam tangki. Ada dua jenis tolok yang digunakan dalam kenderaan iaitu jenis gelong imbangan dan jenis thermostatik. Penapis udara berfungsi membersihkan udara yang masuk ke dalam silinder. ia menapis udara kotor sebelum dialirkan masuk ke dalam karburetor. Ia juga berfungsi mengurangkan bunyi bising apabila udara masuk ke dalam karburetor. Ia juga menangkap nyalaan api sekiranya berlaku enjin tersedak (backfire). Ia terletak di hadapan karburetor. Penapis yang kotor dan tersumbat akan menyebabkan campuran udara dan bahan api menjadi kaya dan membazirkan bahan api. Ada dua jenis penapis udara iaitu kering dan basah. Ia dipasang di atas corong karburetor.
  • 33. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 Penapis udara Penapis bahan api berfungsi menapis segala kekotoran yang terdapat di dalam bahan api. Bahan api perlulah bersih apabila memasuki karburetor. Penapis hendaklah ditukar pada setiap 8000 km perjalanan bagi kenderaan baru dan 5000 km bagi kenderaan lama. Penapis bahan api
  • 34. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 Karburetor berfungsi mencampurkan udara dengan bahan api dengan kadar yang tepat supaya enjin bergerak dengan cekap. Karburetor boleh dikelaskan kepada beberapa kaedah. Berdasarkan kepada aliran udara, ia dibahagi kepada aliran tepi, bawah dan atas. Karburetor juga dikelaskan kepada beberapa corong iaitu satu corong atau dua corong. Objektif bagi sistem suntikan bahan api boleh jadi pelbagai. Kesemuanya berkongsi tujuan bagi mengangkut bahan api bagi tujuan pembakaran, tetapi ia bergantung kepada keputusan reka bentuk bagi mengoptimakan sistem tersebut. Terdapat beberapa objektif utama iaitu: keluaran kuasa kecekapan bahan api keluaran asap yang lebih bersih keupayaan bagi menggunakan bahan api alternatif kebolehpercayaan pemanduan dan operasi yang lebih lancar kos asas kos penyelenggaraan keupayaan diagnosis banjaran operasi terhadap alam sekitar Beberapa kombinasi bagi matlamat tersebut ada kalanya saling berlawanan, dan adalah kurang praktikal bagi sesebuah sistem kawalan enjin bagi mengoptimakan kesemua kriteria tersebut secara serentak. Dalam keadaan sebenar, jurutera automotif berusah untuk memberi lebih kepuasan kepada pengguna secara kompetitif. Sistem suntikan bahan api elektronik jauh lebih berupaya untuk mengoptimakan objektif-objektif tersebut daripada karburetor.
  • 35. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 Sistem pancitan bahan api elektronik Kendalian dalam sistem enjin ini adalah melibatkan bahan api dari tangki disalurkan oleh pam elektrik ke dalam sistem bertekanan. Bahan api yang berlebihan kembali ke tangki. Sebuah pengatur dalam sistem mempastikan tekanan bahan api dalam sistem adalah malar. Pemancit adalah sebuah komponen elektromekanikal yang memancit bahan api yang tersukat ke dalam pancarongga. Pemancit ini sebenarnya adalah sebuah solenoid yang bergerak apabila arus laluinya.
  • 36. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 SOALAN 3 (b) : Fungsi Utama Karburetor Keratan Rentas Karburetor A. Injap cok B. Venturi C. Campuran udara bahan api D. Injap pendikit E. Skru pepura F. Mangkuk pelampung G. Pelampung H. Injap jarum I. Muncung utama
  • 37. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 Karburetor adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan api petrol dengan udara dengan kadar yang betul bagi kegunaan enjin pembakaran dalaman. Kadar campuran udara dengan petrol oleh karburetor adalah mengikut keadaan seperti berikut: Keadaan Nisbah campuran udara dan petrol Menghidupkan enjin 9:1 Perjalanan lesu dan perlahan 12:1 Perjalanan laju 15:1 Perjalanan terlalu tinggi 13:1 Karburetor berfungsi untuk membekalkan campuran udara dan bahan api mengikut keperluan keadaan jalan serta kelajuan kenderaan. Karburetor boleh dikelaskan mengikut beberapa kaedah. Karburetor terdiri daripada beberapa bahagian iaitu takungan bahan api, venturi, jet utama, jet melahu, injap pendikit dan injap pencekik. Ianya mempunyai fungsi utama yang berbeza. Takungan bahan api berfungsi untuk menerima bahan api dari tangki minyak. Venturi pula adalah merupakan bahagian aliran udara yang paling sempit yang bertujuan untuk meningkatkan kelajuan luruan udara bagi menghasilkan tekanan udara pada bahagian berkenaan. Ianya adalah bagi menarik bahan api keluar melalui jet utama. Pada kebiasaannya, saiz venturi adalah tetap, tetapi karburetor injap gelungsur pula mempunyai satu injap gelungsur boleh laras yang mengawal saiz venturi.
  • 38. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 Jet utama adalah merupakan laluan keluar utama bahan api ke venturi. Alirannya dikawal oleh tekanan rendah pada venturi. Bagaimanapun, pada sesetengah karburetor, terutamanya jenis injap gelungsur, jarum pada injap gelungsur turut mengawal bukaan jet utama. Jet melahu merupakan saluran sempit bagi menyalurkan udara dan bahan api semasa kelajuan melahu iaitu semasa injap pendikit tertutup. Injap pendikit terletak dibahagian hujung saluran udara karburetor. Ia mengawal bukaan saluran udara selepas venturi bagi mengawal aliran campuran udara dan bahan api ke enjin. Injap pendikit turut mengawal kelajuan enjin secara langsung. Injap pendikit disambungkan ke injak pendikit atau genggam pendikit bagi membolehkan pemandu kereta atau penunggang motosikal mengawal kelajuan enjin. Pada kebiasaannya, injap pendikit terdiri daripada injap rerama tetapi dalam sesetengah karburetor injap gelungsur, injap gelungsur itu sendiri turut bertindak sebagai injap pendikit. Injap pencekik terletak di bahagian pangkal saluran udara karburetor sebelum venturi. Injap pencekik berfungsi untuk menyekat aliran udara bagi menghasilkan campuran udara dan bahan api yang lebih kaya agar enjin lebih mudah dihidupkan semasa sejuk. Injap pencekik dikawal sama ada dengan menggunakan tombol pencekik secara manual atau dengan menggunakan mekanisme automatic. Sesetengah karburetor tidak mempunyai pencekik tetapi menggunakan udara yang dipanaskan oleh saluran ekzos untuk memudahkan enjin dihidupkan semasa sejuk.
  • 39. 770218-01-5450 [Pick the HBLS 3103: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL date] SEMESTER MEI 2010 Sumber Rujukan S.Kandar,M.D.Asnul.M.D.Amran,K.B.Cho,P.Priasamy & H.S.Siow.(2010). HBLS3103,Asas Kejuruteraan Awam dan Mekanikal.Seri Kembangan : Meteor Doc. Sdn Bhd. http://amirul1991.blogspot.com/2009_09_01_archive.html http://autokkkb.blogspot.com/feeds/posts/default http://auto.howstuffworks.com/fuel-injection.htm http://www.anon-qber.com/2009/08/sistem-bahan-api.html http://www.docstoc.com/docs/8498511/SISTEM-BAHAN-BAKAR-KARBURATOR- MOBIL http://www.freewebs.com/kemahiranhidup/enjin.htm http://www.scribd.com/doc/33434296/Sistem-Kawalan-Bahanapi-Elektronik