Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang berbagai jenis sembahyang sunat seperti Rawatib, Hajat, Istikharah, Tahajjud, Dhuha, Tasbih, Taubat, Tarawih dan Witir. Semuanya menjelaskan jumlah rakaat, waktu pelaksanaan, dan keutamaannya masing-masing.
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
Sembahyang-Sembahyang Sunat
1. SEMBAHYANG SUNAT RAWATIB
Sembahyang Sunat Rawatib didirikan sebelum atau sesudah
sembahyang fardu. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan
Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam
sembahyang fardu.
SEBELUM FARDHU SELEPAS
2 rakaat SUBUH -
2 atau 4 rakaat ZUHUR/JUMAAT 2 atau 4 rakaat
- ASAR Sembahyang sunat
diharamkan selepas
sembahyang Asar
hingga masuk waktu
Maghrib
- MAGHRIB 2 rakaat
- ISYAK 2 rakaat
3. SEMBAHYANG SUNAT HAJAT
Sembahyang Sunat Hajat didirikan apabila seseorang itu dalam
kesempitan atau mempunyai sebarang hajat.
Ianya didirikan sebanyak 2 rakaat.
Pada rakaat pertama, baca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun
atau baca surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi.
Pada rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
4. SEMBAHYANG SUNAT ISTIKHARAH
Sembahyang Sunat Istikharah didirikan apabila ingin memohon
petunjuk bagi sebarang keputusan yang hendak dibuat.
Ianya didirikan sebanyak 2 rakaat.
Pada rakaat pertama, baca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun.
Pada rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
5. SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD
Sembahyang Sunat Tahajjud didirikan apabila terjaga daripada
tidur malam. Sebaik-baiknya pada akhir 1/3 malam atau sekitar
jam 2-4 pagi.
Ianya didirikan sebanyak 2 rakaat.
Antara fadilat sembahyang ini adalah dikabulkan doanya, diberi
pengampunan dan lain-lain keistimewaan.
6. SEMBAHYANG SUNAT DHUHA
Sembahyang Sunat Dhuha didirikan pada waktu sebelah pagi .
Ianya didirikan sebanyak 2 rakaat hingga 12 rakaat.
Antara fadilat sembahyang ini adalah dimurahkan rezeki,
dijauhkan kefakiran, diampunkan dosa, disediakan istana emas
di syurga dan sebagainya.
8. SEMBAHYANG SUNAT TASBIH
Dinamakan Sembahyang Tasbih kerana bacaan tasbih diucapkan
sebanyak 300 kali.
Sembahyang ini dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata
tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup,
usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan,
sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup,
kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.
Sembahyang Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu
salam.
9. SEMBAHYANG SUNAT TASBIH
Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. Selepas Al-Fatihah dan surah = 15 kali
2. Rukuk = 10 kali
3. Iktidal = 10 kali
4. Sujud pertama = 10 kali
5. Duduk antara 2 sujud = 10 kali
6. Sujud kedua = 10 kali
7. Duduk sebentar sebelum berdiri semula /Selepas Tahaiyat Akhir
= 10 kali
1 Rakaat = 75 tasbih
4 Rakaat = 300 tasbih
10. SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT
Didirikan sebagai tanda bertaubat kepada Allah Subhanahu
Wata’ala.
Boleh dilakukan pada bila-bila masa apabila seseorang itu rasa
menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah Subhanahu
Wata’ala.
Sembahyang Sunat Taubat didirikan sebanyak 2 rakaat atau
lebih.
13. SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH
Sembahyang Sunat Tarawih adalah sembahyang yang sunat yang
dikerjakan pada Bulan Ramadan.
Ianya didirikan dengan 8 rakaat atau 20 rakaat dengan satu salam
setiap 2 rakaat.
Antara fadilat sembahyang ini adalah diampunkan dosa yang
dilakukan sebelumnya.
14. SEMBAHYANG SUNAT WITIR
Sembahyang Witir hukumnya sunat mu’akad iaitu sangat dituntut.
Waktu untuk mengerjakan ialah selepas sembahyang isyak sehingga
terbit fajar.
Jumlah maksima sembahyang witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-
baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat
sahaja.