SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 23
Baixar para ler offline
ISI KANDUNGAN

1.0   PENGENALAN .............................................................................................................................. 1
2.0   AKSES DAN EKUITI ....................................................................................................................... 1
3.0   ISU-ISU BERKAITAN PERGURUAN ............................................................................................... 4
      3.1     PENEMPATAN GURU ......................................................................................................... 4
      3.2     TUNTUTAN TEMPAT KERJA ............................................................................................... 5
      3.3     KEMAHIRAN KOMUNIKASI ................................................................................................ 6
      3.4      INTERAKSI SOSIAL .............................................................................................................. 7
4.0   ISU-ISU BERKAITAN PELAJAR ...................................................................................................... 9
      4.1 PELAJAR KURANG UPAYA ................................................................................................... 9
      4.2 PENGHAFALAN SEBELUM KEFAHAMAN ............................................................................. 9
      4.3 PELUANG BELAJAR ........................................................................................................... 10
      4.4 SISTEM SOALAN PEPERIKSAAN ........................................................................................ 11
      4.5 PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH .................................................................................. 11
      4.6 KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK..................................................................................... 12
      4.7 LATAR BELAKANG KELUARGA ........................................................................................... 12
      4.8 PSIKOLOGI PELAJAR........................................................................................................... 13
5.0   CADANGAN TERHADAP ISU-ISU ................................................................................................ 14
6.0   KESIMPULAN ............................................................................................................................. 19
7.0   RUJUKAN ................................................................................................................................... 20
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION




1.0    PENGENALAN

       Sistem pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan
negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha yang boleh
membangunkan generasi bangsa yang akan menjulang nama negara pada masa akan datang
selaras dengan hasrat Wawasan 2020 untuk meningkatkan status negara Malaysia sebagai
sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara perindustrian yang maju
sepenuhnya menjelang tahun 2020.

       Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020
dapat dilaksanakan melalui pembangunan sumber manusia yang lengkap, seimbang,
bersepadu dan menyeluruh. (Ahmad Fauzi, 1997). Ini bermakna, proses pembangunan
sumber manusia seharusnya memastikan tidak terdapat mana-mana golongan di dalam
negara kita yang tercicir atau diabaikan. Untuk mencapai matlamat pembangunan sumber
manusia yang yang lengkap, seimbang, bersepadu dan menyeluruh, maka sistem pendidikan
seharusnya berupaya menyediakan peluang yang secukupnya kepada semua lapisan
masyarakat khususnya pelajar. Salah satu penumpuan penting yang perlu diberikan adalah
memastikan pendidikan haruslah diberi sama rata kepada semua pelajar tanpa mengambil
kira bangsa, etnik, budaya dan amalan atau cara hidup.


2.0    AKSES DAN EKUITI

       Menurut Kamus Dewan edisi yang ke-4, akses bermaksud proses atau cara untuk
mencapai atau memperoleh sesuatu data dan maklumat. Akses juga boleh didefinisikan
sebagai capaian. Bagi ekuiti pula, ia bermaksud pemilikan yang sama rata dalam sesebuah
organisasi atau saksama dan juga adil. Oleh itu, akses dan ekuiti dalam pendidikan
bermaksud keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara kita dalam menyediakan
peluang untuk menikmati pendidikan yang bukan sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta
bermutu untuk semua lapisan rakyat Malaysia.
       Dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
(PPKPM) yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan salah



                                            1
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



satu elemen rujukan bagi mencorakkan dunia pendidikan pada masa depan bagi negara
Malaysia. Pembangunan Pendidikan 2001-2010 juga bertujuan memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK); meningkatkan
kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar; meningkatkan budaya ilmu; membudayakan sains
dan teknologi; membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; menyediakan sistem
pendidikan yang lebih cekap, berkesan, dan bertaraf dunia; menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan serta meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada
peringkat antarabangsa. Rancangan ini disusun mengikut teras iaitu meningkatkan akses
kepada pendidikan dan meningkatkan ekuiti dalam pendidikan, meningkatkan kualiti
pendidikan, dan meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan
pendidikan.
       Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) pula telah mengubal Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang komprehensif dan holistik bagi tujuan
memartabatkan pengajian tinggi negara supaya menjadi satu bahagian dalam
kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Pelan strategik ini telah menggariskan tujuh
teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti
pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasakan
institusi pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran
sepanjang hayat dan memperkukuhkan sistem penyampaian KPT.
       Secara keseluruhannya, akses dan ekuiti berkait rapat antara satu sama lain dan
amat penting dalam meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia. Ini dapat dibuktikan dalam
pembentukan Pembangunan Pendidikan dan PSPTN, kedua-dua pelaksanaan ini mempunyai
matlamat atau objektif yang sama iaitu dapat meluaskan akses dan meningkat ekuiti agar
semua warganegara memperoleh peluang pendidikan berkualiti secara keseluruhannya.
Agihan input pendidikan pula dibuat secara adil kepada semua institusi pendidikan bagi
membolehkan semua pelajar menikmati pembelajaran sebenar pada tahap optimum.
Pembangunan. Sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menyumbang ke arah
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
       Pendidikan matematik adalah pendidikan yang memberi penekanan kepada
perkembangan pelajar secara menyeluruh termasuk perkembangan kognitif, sikap,
psikomotor dan penerapan nilai-nilai murni untuk menjadikan rakyat berguna selaras


                                            2
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan matematik pula adalah
untuk membentuk individu yang berfikiran matematik, berketrampilan mengaplikasikan
pengetahuan matematik dengan berkesan, bertanggungjawab dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan, berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian
hasil perkembangan sains dan teknologi.

       Seperti yang kita ketahui, matematik berkait rapat dengan kehidupan seharian
manusia yang mana penggunaan matematik telah meliputi pelbagai jenis aktiviti. Kemajuan
negara bergantung kepada kemajuan sains dan teknologi, perkembangan perdagangan dan
ekonomi yang berkait rapat dengan penggunaan matematik. (Mok Soon Sang, 1996). Justeru
itu adalah penting sekiranya setiap pelajar diberikan peluang untuk menikmati pendidikan
matematik yang bukan sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu. Akses dan ekuiti
dalam pendidikan matematik didefinisikan sebagai hak semua individu mendapatkan
pengetahuan matematik dengan sempurna dan mendapat peluang seluasnya bagi mencapai
tahap tertinggi dalam pengetahuan matematik melalui pendidikan sama rata.

       Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik, dua elemen penting
yang terlibat adalah guru dan juga pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik
seharusnya melibatkan secara aktif antara guru dan pelajar supaya penyampaian guru dan
penerimaan pelajar terhadap perkara yang dipelajari berjaya tanpa berlaku sebarang
halangan. Namun begitu, sehingga kini ialah masih terdapat pelbagai isu yang timbul
berkaitan dengan akses dan ekuiti dalam pendidikan yang membawa kepada halangan atau
cabaran dalam pendidikan matematik di institusi-institusi pengajian di Malaysia. Keadaan ini
dinyatakan oleh Noraini Idris, (2005) dalam buku beliau, dalam proses P&P matematik,
terdapat kekuatan dan kekurangan serta halangan dalam proses pengajaran.




                                             3
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION




3.0   ISU-ISU BERKAITAN PERGURUAN


      3.1    PENEMPATAN GURU

             Permasalahan berkenaan isu penempatan guru sering diperkatakan dan ianya
      berkait rapat dalam usaha untuk mencapai akses dan ekuiti dalam pendidikan
      matematik. Mengikut statistik Kementerian Pelajaran pada April 2010 mendapati
      bilangan guru lelaki berkhidmat di sekolah kini ialah 126,580 manakala guru wanita
      279,650 orang.(RIFAAT, 2010). Soalnya, adakah menjadi satu masalah jika guru
      perempuan lebih ramai daripada guru lelaki? Salah satu isu hangat yang
      diperbincangkan adalah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menghadapai
      masalah untuk menempatkan guru perempuan di sekolah luar bandar khususnya di
      pedalaman dan pulau. Isu ini juga mendapat perhatian daripada Presiden Kesatuan
      Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGLMSM), Jemale Paiman, beliau
      menyatakan "Penempatan guru lelaki lebih mudah berbanding perempuan terutama
      kawasan pedalaman yang membabitkan soal keselamatan” (AMIR, 2010). Tambahan
      pula penempatan guru menjadi lebih sukar apabila terdapat rungutan dari guru-guru
      yang ditawarkan ke kawasan luar bandar. Kebanyakan mereka sukar menerima
      tawaran tersebut kerana faktor kedudukan sekolah yang jauh dan kemudahan yang
      terhad, malah ada yang sanggup memilih untuk menganggur daripada dihantar
      bertugas di bahagian pedalaman.

             Apabila guru-guru terlalu memilih dan tidak mahu mengalah dalam soal
      penempatan maka akibatnya akan timbul permasalahan dalam ketidaksepadanan
      pengagihan guru mengikut opsyen sebenar. Secara tidak langsung wujudnya “bidan
      terjun” di mana guru bukan opsyen terpaksa mengajar bagi memenuhi keperluan
      pelajar. Guru yang mengajar tidak mengikut opsyen akan menyebabkan akses dan
      ekuiti dalam pendidikan menjadi tidak berjaya. Tambahan pula jika ianya melibatkan
      subjek-subjek kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Guru bukan
      opsyen mempunyai pengetahuan yang agak terbatas dan tidak mampu
      menyampaikan ilmu tersebut secara menyeluruh. Selain itu, akan timbul pula isu
      guru bukan opsyen gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau sentiasa



                                           4
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



menangguh untuk menjawab soalan. Akibatnya, murid merasa kurang berkeyakinan
terhadap guru tersebut dan sekali gus menghilangkan minat untuk mempelajari
subjek yang diajar oleh guru berkenaan. Ini selaras dengan pendapat Johdi (2007)
yang menyatakan jika halangan dan gangguan terhadap perkembangan murid-muird
berlanjutan, situasi ini akan mengakibatkan perencatan dan pembunuhan minat
mereka untuk belajar.


3.2    TUNTUTAN TEMPAT KERJA


       Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) diwujudkan bagi menentukan
kecemerlangan dan kenaikan pangkat penjawat awam. Usaha murni kerajaan ini
adalah bertujuan mempertingkatkan prestasi dan motivasi pegawai. Markah LNPT
tersebut akan dinilai oleh Ketua jabatan masing-masing. Namun begitu, salah satu
isu yang hangat diperbincangkan ialah apabila Ketua Jabatan menetapkan markah
LNPT bergantung dengan keputusan pembelajaran pelajar. Contohnya, jika peratus
kelulusan pelajar di dalam pelajaran matematik tidak memenuhi sasaran Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) Jabatan, maka markah LNPT akan menjadi rendah. Apabila guru
terikat dengan situasi tersebut, ada kemungkinan timbul pemasalahan di mana guru
hanya memfokuskan pembelajaran ke atas tajuk-tajuk di dalam subjek matematik
yang akan diuji dalam peperiksaan sahaja. Tambahan pula, soalan yang ditanya lebih
menjurus persoalan teori berbanding persoalan kemahiran. Soalnya, adakah akses
dan ekuiti dalam pendidikan matematik tercapai jika pembelajaran hanya
memfokuskan kepada peperiksaan?

       Matematik merupakan satu mata pelajaran penting dalam kehidupan
seharian yang meletakkannya sebagai satu mata pelajaran yang mesti diajar
diepringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. (Abu Bakar et.al, 2007).
Tambahan pula, matematik merupakan asas kepada bidang sains. Selaras dengan
status dan pentingnya mata pelajaran matematik, pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia telah berusaha mempertingkatkan bilangan pelajar dalam aliran sains dan
bukan sains kepada nisbah 60:40 dengan harapan mampu mencapai sebuah negara
maju seperti yang tercatat dalam Wawasan 2020. Namun begitu, hasrat kerajaan ini



                                     5
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



tidak akan tercapai jika gaya pengajaran guru hanya memfokuskan pembelajaran
matematik berdasarkan penguasaan konsep atau memfokuskan pembelajaran
sekadar untuk menjawab soalan peperiksaan. Ini adalah kerana gaya pengajaran
seperti ini tidak akan dapat membantu pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan
matematik mereka kelak.



3.3    KEMAHIRAN KOMUNIKASI


       Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran matematik mempunyai hubungan
rapat dengan kebolehan dan keberkesanan pengajaran guru. Pengajaran yang
berkesan memerlukan komunikasi yang bersesuaian bagi membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran berjaya. Penggunaan bahasa yang sesuai di dalam
kelas mampu mempertingkatkan kefahaman pelajar dengan lebih baik. Adalah
menjadi perkara utama bagi setiap guru perlu mengenal pasti terlebih dahulu latar
belakang pelajar agar pemilihan bahasa yang bakal digunakan dalam kelas dapat
difahami oleh semua pelajar.

       Sebagai contoh, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium penyampaian
pengajaran matematik adalah kurang sesuai jika pelajar di dalam kelas majoriti
lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Ini kerana dikhuatiri konsep di dalam ilmu
matematik yang ingin disampaikan tidak sampai kepada pelajar. Maka sudah pasti
berlaku kegagalan akses dan ekuiti dalam pendidikan matematik. Masalah kesilapan
dalam penggunana bahasa telah terbukti apabila timbul isu kemerosotan prestasi
pelajar berlaku ketika sepanjang perlaksanaan program PPSMI. Menteri Besar Johor,
Datuk Abdul Ghani Othman menyatakan rumusan kajian yang mendapati PPSMI
gagal memberi manfaat kepada pelajar khususnya Melayu dan Bumiputera di luar
Bandar harus dipandang serius memandangkan ia akan menjejaskan usaha kerajaan
meramaikan kelompok itu dalam aliran sains bagi mengikuti kursus kritikal di
Universiti. (Salbiah, 2009). Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan,
Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, secara
prinsipnya UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibunda
terutama bagi murid di peringkat sekolah rendah. Katanya lagi, "Kualiti pendidikan


                                     6
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



menjadi lebih baik apabila murid-murid diajar dalam bahasa ibunda," (Utusan
Malaysia, 2011). Masalah lain yang turut menyumbang kepada kemerosotan prestasi
murid ialah kelemahan dalam kalangan guru sendiri yang tidak mampu
menyampaikan ilmu itu dalam bahasa Inggeris dengan baik.



3.4    INTERAKSI SOSIAL


       Pendidikan adalah lebih sinonim dengan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara
guru dan murid-muridnya. Di dalam kelas, guru merupakan medium utama dalam
mendidik pelajar untuk berjaya. Guru sering dianggap model kepada pelajar. Guru
dijadikan contoh atau teladan yang baik bagi pelajar-pelajarnya. Namun begitu,
apabila guru menunjukkan sikap negatif pada murid maka kepercayaan pelajar
kepada guru akan menurun. Sebagai contoh, penggunaan bahasa yang kasar dan
kesat di dalam kelas hanya membuatkan pelajar berasa tidak selesa di dalam kelas
sekaligus mengakibatkan pelajar hilang motivasi untuk menuntut ilmu. Selain itu,
sikap guru yang garang serta suka menghukum juga boleh membantutkan minat
pelajar untuk belajar apatah lagi untuk berinteraksi dengan guru bagi bertanyakan
soalan yang kurang faham. Secara tidak langsung, situasi tersebut boleh
menimbulkan masalah kebimbangan dikalangan pelajar untuk mempelajari
matematik. Tambahan pula, mata pelajaran matematik sering dianggap mata
pelajaran yang membosankan dan kurang digemari dikalangan pelajar. Sehubungan
itu, akan mengakibatkan kegagalan akses dan ekuiti dalam pendidikan khususnya
pendidikan matematik.

       Guru perlu sentiasa bersikap positif kepada pelaj-pelajar, dengan
menggunakan percakapan-percakapan yang baik, budi pekerti yang halus dan lemah
lembut, sehinnga terbukalah hati para pelajar untuk menerima ilmu guru dengan
baik. Tutur kata atau arahan yang baik yang disampaikan secara teratur dan
berkesinambungan juga dituntut dalam Islam, seperti firman Allah S.W.T.




                                     7
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION




Bermaksud: Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah
mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang
pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangannya) tetap teguh, dan cabang
pucuknya menjulang ke langit.(Abdullah, 2003)

       Adalah lebih baik jika hukuman digantikan dengan kata-kata nasihat yang
mana boleh mempertingkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Pemberian
pengharagaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menyelesaikan
masalah matematik khususnya juga merupakan teknik untuk meningkatkan motivasi
pelajar. Menurut Abuddin (2001), apabila terdapat di antara pelajar kita bersungguh-
sungguh dalam pembelajarannya atau pelajar-pelajar yang cemerlang, sebaiknya
guru memberikan hadiah di samping sumbangan kewangan secara percuma yang
manfaatnya akan kembali kepada mereka sendiri. Ini adalah kerana pelajar-pelajar
yang menerima hadiah itu akan merasa bangga, disamping mereka akan berusaha
mengambil erti dalam pemberian itu. Dalam buku beliau turut disertakan hadis yang
menyokong kenyataan beliau iaitu:

“Berlumba-lumbalah dalam soal memberikan hadiah, sebab hadiah itu dapat
menghilangkan keraguan dalam hati”

                                                                               (al-Turmuzi)




                                     8
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION




4.0   ISU-ISU BERKAITAN PELAJAR


      4.1    PELAJAR KURANG UPAYA

             Salah satu jenis masalah pembelajaran pelajar matematik ialah mempunyai
      masalah Diskalkulia. Diskalkulia ini merupakan masalah pembelajaran spesifik yang
      mempengaruhi pemerolehan atau pembelajaran kemahiran arithmetic (Wikipedia,
      2008). Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini sukar untuk memahami konsep
      nombor walaupun yang mudah, selain itu mereka juga sukar untuk mengingati
      simbol matematik seperti tambah, darab, tolak dan bahagi. Pelajar Diskalkulia juga
      tidak dapat membezakan nilai besar dan nilai kecil. Kebolehcapaian pelajar-pelajar
      Diskalkulia ini terhadap subjek matematik akan terus berkurangan kerana guru-guru
      tidak mengasingkan pelajar-pelajar ini daripada pelajar normal kerana guru-guru
      beranggapan pelajar-pelajar ini juga normal kerana mereka boleh mempelajari
      subjek vokasional dengan baik.
             Kos yang tinggi juga diperlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran
      (P&P) pelajar kurang upaya (OKU). Contohnya gambarajah timbul dan mesin braile
      matematik untuk pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan. Pakar-pakar
      matematik lebih menumpukan kepada pelajar-pelajar normal. Pemerhatian daripada
      pakar kepada pelajar OKU sangat kurang, ini kerana pakar perlu memahami masalah
      dan sikap pelajar OKU itu sendiri jika mahu memberi tumpuan kepada proses P&P
      mereka. Walaupun secara realitinya pelajar-pelajar OKU ini lebih memerlukan pakar-
      pakar untuk memastikan mereka tidak terus ketinggalan dalam menguasai mata
      pelajaran matematik.


      4.2    PENGHAFALAN SEBELUM KEFAHAMAN

             Pelajar masa kini lebih senang menghafal jalan kerja tanpa memahami
      konsep terlebih dahulu. Oleh itu mereka tidak akan dapat menguasai keseluruhan
      topik, mereka juga akan mempunyai masalah jika diberikan soalan aplikasi, selain itu
      mereka tidak akan dapat menerangkan mengapa mereka menggunakan sesuatu
      langkah jalan kerja untuk menyelesaikan sesuatu soalan itu. Apabila pelajar-pelajar


                                           9
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



ini menghafal, mereka tidak akan dapat memberi anggaran untuk menyemak
jawapan.
       Contohnya bagi topik janjang aritmetik, jika pelajar menghafal rumus bagi
mencari sebutan ialah Tn=a+(n-1)d, maka jika sesuatu masa mereka terlupa rumus
ini, mereka tidak akan dapat menjawab soalan untuk mencari nilai sebutan. Tetapi
jika mereka memahami konsep, tanpa rumus sebutan ini mereka tetap dapat
mencari nilai sebutan kerana setiap sebutan merupakan hasil tambah nilai sebutan
sebelumnya dengan nilai d. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pelajar yang
menghafal akan mempunyai kebolehcapaian yang terhad terhadap mata pelajaran
matematik.


4.3    PELUANG BELAJAR

       Menurut Noraini Idris (2005), sesetengah sekolah sebilangan besar pelajar
sastera tingkatan 4 dan 5 tidak mempelajari matematik. Walaupun mata pelajaran
ini mesti dipelajari seperti yang termaktub dalam peraturan sekolah iaitu 200 minit
seminggu untuk pelajar sastera. Pihak sekolah beranggapan pelajar-pelajar sastera
ini tidak akan lulus untuk matapelajaran matematik ataupun mereka tidak akan
mendapat markah yang baik seterusnya akan menurunkan gred mata pelajaran
matematik. Apabila kes ini berlaku, secara majoritinya pelajar bumiputera tidak akan
berpeluang mempelajari matematik kerana majoritinya pelajar yang mengambil
aliran sastera merupakan pelajar bumiputera.
       Pihak sekolah tidak sepatutnya tidak menyekat para pelajar untuk
mempelajari matematik. Ini kerana jika kita lihat kembali kepada tokoh-tokoh ilmuan
terdahulu seperti Al-Khawarizmi, walaupun dia merupakah pakar matematik tetapi
dalam masa yang sama beliau juga merupakan pakar dalam bidang goegrafi dan
astronomi.




                                     10
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION




4.4    SISTEM SOALAN PEPERIKSAAN


       Soalan peperiksaan ‘boleh dipilih’ menyebabkan pelajar hanya mempelajari
topik-topik tertentu. Contohnya soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) matematik
kertas 2 bahagian B, pelajar boleh memilih 4 soalan daripada 5 soalan yang
diberikan. Setiap satu soalan itu mewakili satu bab. Oleh itu, pelajar akan mengambil
langkah untuk hanya mempelajari 4 bab ini dan meninggalkan 1 bab daripada 5
soalan ini yang mereka anggap susah. Guru-guru juga ada yang hanya mengajar 4
bab ini sahaja daripada 5 soalan ini kerana mereka tidak sempat untuk
menghabiskan silibus.

       Guru-guru mengajar dengan lebih memfokuskan kepada peperiksaan, maka
guru-guru ini akan mengambil langkah untuk mengajar apa yang perlu sahaja kerana
guru-guru tiada masa untuk mengajar ‘lebih-lebih’. Pelajar juga akan meminta guru
untuk mengajar apa yang perlu sahaja kerana mereka juga tiada masa dan minat
untuk belajar ‘lebih-lebih’. Contohnya untuk nilai pi=3.142, guru akan meminta
pelajar menghafal sahaja nilai ini tanpa memberitahu nilai ini sebenarnya merupakan
nilai nisbah ukur lilit bulatan kepada diameternya.


4.5    PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH

       Guru-guru yang sibuk mengejar silibus secara realitinya akan meninggalkan
pelajar yang lemah terus dibelakang. Pelajar-pelajar yang lemah ini dapat
dikenalpasti melalui rekod prestasi mereka, pemerhatian guru ataupun melalui ujian.
Pelajar lemah atau yang berpencapaian rendah ini menghadapi kesukaran untuk
memberi perhatian kepada langkah yang terlibat dalam penyelesaian masalah.
Mereka dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan satu langkah tetapi tidak dapat
menyelesaikan soalan yang melibatkan banyak langkah penyelesaian. Contohnya
mereka dapat mencari nilai sudut jika hanya melibatkan nombor sahaja, tetapi jika
nilai sudut itu diwakilkan dengan nilai seperti 2y 3y, pelajar ini tidak akan dapat
untuk menyelesaikan masalah ini. Pelajar berpencapaian rendah juga mempunyai
masalah untuk mengingati langkah penyelesaian dan mempunyai masalah



                                      11
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



keupayaan visual-ruang, iaitu lemah untuk system garis lurus, garis nombor,
menentukan arah dan mengagak jarak.
       Pelajar berpencapaian rendah akan menerima pendekatan P&P yang sama
dengan pelajar normal lain. Oleh sebab itu, mereka akan terus lemah dalam
matematik dan yang paling penting mereka juga akan lemah dalam kemahiran asas
seperti pecahan dan peratus yang penting untuk meneruskan pengajian ke peringkat
tinggi dan untuk kegunaan seharian.


4.6    KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK

       Pelajar yang tidak mempunyai kecerdasan logik-matematik ataupun lebih
dikenali sebagai pelajar otak kanan lebih cenderung untuk subjek-subjek seni seperti
muzik dan lukisan. Melalui teori otak Triune, setiap individu akan lebih cenderung
untuk menggunakan salah satu belahan otak yang dominan dan sebelah otak lagi
akan berada dalam keadaan tenang. Oleh itu pelajar otak kanan akan menganggap
matematik sebagai satu mata pelajaran yang mana para pelajar perlu mengikuti
peraturan yang diajar oleh guru walaupun mereka tidak memahami peraturan
tersebut (Noraini Idris, 2005).
       Seterusnya pelajar-pelajar ini hanya akan menggunakan strategi yang diajar
oleh guru sahaja tanpa memikirkan kaedah lain. Kesannya mereka tidak akan
berkeupayaan tinggi dan cemas apabila berhadapan dengan soalan aplikasi. Oleh itu,
pelajar otak kanan ini perlu diberi lebih bimbingan untuk memastikan
kebolehcapaian mereka terhadap subjek matematik meningkat.


4.7    LATAR BELAKANG KELUARGA


       Pelajar yang mempunyai ibu bapa yang tidak berpelajaran selalunya akan
kurang kebolehcapaian mereka terhadap matematik. Ini kerana ibu bapa mereka
tidak dapat membantu mengajar mereka dirumah. Pelajar juga tidak akan
bermotivasi untuk belajar hingga cemerlang kerana persekitaranya hanya dikelilingi
orang tidak berpelajaran tinggi. Pendapatan keluarga yang kurang juga akan



                                      12
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



menghalang kebolehcapaian pelajar terhadap mempelajari matematik. Pelajar yang
tidak mampu untuk kesekolah akan terus tidak mempelajari matematik. Ada juga
pelajar-pelajar ini ke sekolah, tetapi mereka tidak mampu untuk mengikuti kelas
tambahan ataupun membeli buku rujukan. Oleh itu kebolehcapaian mereka
terhadap mata pelajaran matematik tidak akan sama dengan pelajar yang lahir dari
keluarga berpendapatan tinggi.

       Pembelajaran pelajar juga dipengaruhi oleh pendidikan keluarga. Sebagai
contoh pelajar yang lahir dari keluarga seni akan lebih cenderung untuk mempelajari
dengan mendalam mata pelajaran yang berkaitan seni. Pelajar ini akan kurang untuk
dibimbing mempelajari mata pelajaran yang sedikit jauh dari bidang mereka seperti
matematik.



4.8    PSIKOLOGI PELAJAR


       Pada peringkat umur 12-20 tahun pelajar akan berada pada tahap identiti
lawan kekeliruan peranan. Pada tahap ini remaja akan cuba berusaha mewujudkan
identity dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Mereka juga mula memikir diri
mereka sebagai bakal teman hidup, ibu bapa dan ahli masyarakat. Sekiranya usaha
mencari identiti diri ini gagal, mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka
dalam masyarakat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali,2004). Oleh itu, pelajar-pelajar
akan berperang dengan emosi perkembangan mereka dalam masa yang sama untuk
menerima pengajaran oleh guru. Pelajar-pelajar belajar hanya kerana mereka perlu
hadir kesekolah pada usia ini. Keseluruhan mereka masih lagi samar dengan tujuan
mereka belajar. Mereka belum mendapat gambaran kepentingan belajar dan tujuan
mereka belajar. Mereka sendiri tidak mempunyai gambaran mengenai hala tuju
masa depan mereka kerana masih belum memahami carta alir proses pembelajaran
dan tiada pendedahan daripada pihak sekolah dan juga keluarga.

       Jika pelajar tidak kuat untuk bertarung dengan gelojak emosi yang
dihadapinya, kebolehcapaiannya dalam matematik akan terganggu. Ini kerana




                                    13
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



       mereka akan hanyut melayan perasaan seperti bercinta tanpa memberi tumpuan
       kepada proses pembelajaran di sekolah.




5.0    CADANGAN TERHADAP ISU-ISU

       Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Matematik
perlu diterap secara tersurat atau tersirat di dalam bilik darjah supaya kebolehcapaian
pengetahuan Matematik dapat diterima sepenuhnya oleh pelajar. Penerapan nilai menjadi
agenda utama kurikulum pendidikan Malaysia, khususnya di sekolah menengah.Setiap guru
memiliki set nilai tertentu, yang boleh mempengaruhi persediaan dan pelaksanaan
pengajarannya. Dalam membuat persediaan pengajaran, seseorang guru akan cuba
merancang apakah nilai yang akan terterap dalam pengajaran bilik darjah (Mohd Uzi, 2007).
Bishop (1988) telah mengenal pasti tiga pasangan nilai matematik yang saling melengkapi
iaitu; ‘rasionalisme’ dan ‘objektisme’, ‘kawalan’ dan ‘kemajuan’, serta ‘keterbukaan’ dan
‘misteri’. Contohnya, apabila guru meminta pelajar menjelaskan atau membandingkan
antara tiga cara membuktikan Teorem Pythagoras, adalah berkait dengan nilai matematik
rasionalisme dan keterbukaan. Bagaimanapun, saling interaksi antara guru dengan pelajar,
disamping ahli dalam budaya, seperti pentadbir sekolah, kurikulum dan ibu bapa, mungkin
boleh mempengaruhi penerapan nilai pengajaran guru matematik dalam bilik darjah. Nilai
dalam pengajaran guru matematik adalah merupakan kecenderungan seseorang guru
matematik tentang bagaimana sepatutnya atau tidak sepatutnya mereka bertindak atau
kecenderungan seseorang guru matematik melakukan sesuatu perkara dalam proses
pengajaran di bilik darjah. Jadi, amalan guru dalam pengajaran bilik darjah, sama ada
melalui tutur kata ataupun tindakan, menggambarkan nilai yang terterap dalam pengajaran
bilik darjah.Sekiranya nilai pengajaran Matematik diterapkan di dalam bilik darjah
berkemungkinan besar pelajar boleh mendapatkan pengetahuan Matematik dengan
sempurna dan mendapat peluang seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalam
pengetahuan Matematik.
       Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah mula menyediakan pentaksiran alternatif dan mengkaji
semula sistem penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan.


                                           14
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



Penekanan peperiksaan awam yang berasaskan kandungan diubah kepada peperiksaan
yang lebih berasaskan kemahiran atau daripada bersifat ujian pencapaian kepada ujian
kebolehan am. Konsep pentaksiran mula disediakan pada tahun 2006, kemudian
pentaksiran alternatif pula terlaksana pada tahun 2010. Melalui pelaksanaan pentaksiran
alternatif maka terhasillah sistem penilaian pada tahun itu juga. Sistem penggal akan dikaji
semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan
tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan
penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan
standard negara lain. Dengan penghasilan sistem penilaian ini, maka para guru Matematik
seharusnya tidak terlalu terikat dengan sistem penilaian yang hanya berorientasikan
peperiksaan yang mengakibatkan para pelajar dididik untuk mempelajari subjek Matematik
hanya untuk berjaya di dalam peperiksaan dan tidak dapat mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian. Oleh itu, kajian sistem penilaian seharusnya sentiasa diperhalusi lagi
supaya kemantapannya lebih analitik mengikut peredaran zaman.
       Al-Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan
perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang yang lain,
namun dalam konteks ini interaksi antara guru Matematik dan pelajar amatlah penting bagi
mencapai proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan sempurna. Di antara
ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara tersebut ialah :


“Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka
kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlan
kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati”. (Al-Isra’: 28)


“Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu”. (Al-‘Imran : 159)


“Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik
dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya…” (An-Nahl : 125)




                                             15
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



      Sebagai guru, khususnya guru subjek Matematik haruslah mempunyai pendekatan
pengajaran yang menarik minat para pelajar untuk mempelajari Matematik. Penggunaan
yang kasar dan kesat hanya akan membantutkan motivasi pelajar bagi mendalami ilmu
Matematik dengan sebaiknya. Hukuman sekiranya digantikan dengan penghargaan atau
kata-kata nasihat yang berguna adalah lebih bermakna kepada pelajar bagi meningkatkan
motivasi pelajar sendiri untuk mempelajari Matematik. Contohnya, guru menyediakan
soalan bagi penyelesaian masalah Matematik dan sekiranya pelajar dapat menjawab dengan
betul maka cubalah untuk memberi penghargaan atas usaha pelajar tersebut manakala
pelajar yang tidak dapat menjawab dengan betul janganlah kita mengkritik mereka dengan
kata-kata kesat seperti ‘lembab’ atau kata-kata lain yang menyakitkan hati. Kita boleh
memberi nasihat supaya dia lebih berusaha lagi untuk menyelesaikan masalah Matematik
tersebut atau meminta pelajar itu memperbanyakkan latihan bagi menguasai subjek
Matematik.
      Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan
mekanisme “soft landing” untuk proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Pelaksanaan
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) mula dilaksanakan pada tahun 2012. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet
pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara
berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Oleh itu, isu bahasa buat masa sekarang mungkin tidak diambil kira lagi memandangkan
kerajaan sudah memberi ‘green light’ kepada para pengajar mengajar dalam bahasa ibunda.
Secara rasionalnya, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan
Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia
sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Kebanyakan negara di dunia berusaha keras
untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu jadi
negara Malaysia juga perlu mencontohi negara-negara lain yang menggunakan bahasa
ibunda mereka sebagai bahasa pengantar terutamanya dalam subjek Matematik supaya
pengetahuan ilmu Matematik yang disampaikan oleh pengajar itu dapat diterima dan
difahami     pelajar   dengan   sebaiknya.   “Memartabatkan             Bahasa      Malaysia      dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada




                                             16
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses
penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita.
       Menurut Ab. Rahman (1992), antara aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri
yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat pengajaran yang berkesan adalah
guru perlu benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara
individu, menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran, guru sentiasa
bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa dan sentiasa
meluaskan pengetahuan dan kemahiran melalui pembacaan, peningkatan taraf akademik
dan professional dengan melanjutkan pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel dan
seumpamanya. Pengajaran di sekolah kini adalah lebih berfokus kepada pelajar yang
mempunyai kebolehan sederhana dan pandai. Oleh itu, tidak hairanlah guru hanya banyak
memberikan tumpuan kepada para pelajar ini dan mengabaikan pelajar yang berpencapaian
rendah. Vaughn et al. (2003) menyarankan guru seharusnya memberikan hak kesamaan
kepada pelajar berpencapaian rendah di dalam pengajarannya, antara cadangan dalam
memberikan hak kesamaan kepada pelajar pencapaian rendah di dalam kelas yang pelbagai
pencapaian adalah memanggil pelajar yang berpencapaian rendah sekerap mungkin seperti
mana guru memanggil pelajar yang lain, elakkan daripada sering menyuruh pelajar
berpencapaian tinggi membetulkan kesalahan pelajar berpencapaian rendah, memberikan
peluang kepada semua pelajar untuk menjawab soalan sukar dan soalan peringkat
pemikiran tinggi, memberikan maklum balas yang berinformasi terhadap jawapan pelajar
berpencapaian rendah, menerima idea mereka daripada semua murid dan menghargai idea
mereka sebagai sesuatu yang berguna, berinteraksi dengan pelajar pencapaian rendah
sekerap mungkin seperti mana dilakukan terhadap pelajar yang lain dan guru perlu elakkan
daripada membezakan kurikulum, bahan dan kaedah pengajaran, bagi mengelakkan
tanggapan masyarakat bahawa mereka adalah pelajar berpencapaian rendah. Memberi hak
kesamaan kepada pelajar yang berpencapaian rendah ini boleh memberikan diri mereka
rasa dihargai dan memotivasikan mereka supaya lebih berusaha untuk berjaya khususnya
dalam subjek Matematik.
       Dari sudut kreativiti guru pula, seorang guru perlu kreatif agar menjadikan
pengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses
pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan
sempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan


                                           17
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



seseorang guru (Abd.Ghafar,2003). Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorang
seniman yang berfungsi sebagai seorang pelakon dengan menggunakan pergerakan badan,
mimik muka dan tekanan suara yang sesuai bagi memenuhi kesempurnaan proses
pengajaran yang dilaksanakan. Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadap
proses pengajaran serta faktor-faktor yang dapat mempertingkat dan memperkembang ke
arah mewujudkan amalan pengajaran guru yang berkesan. Bagi tujuan tersebut kajian
berhubung isu proses pengajaran Matematik perlu diperhalusi agar ia menjanjikan hak
semua individu mendapatkan pengetahuan Matematik dengan sempurna dan mendapat
peluang seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalam pengetahuan Matematik melalui
pendidikan sama rata.
       Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan
mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep
dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam
kehidupan (Hargreaves, 1996). Oleh itu, sebagai pelajar seharusnya mereka belajar bukan
hanya untuk berjaya di dalam peperiksaan, malah mereka perlu belajar bagaimana untuk
mengaplikasikan konsep di dalam kehidupan seharian contohnya dalam pelajaran
Matematik khususnya, pelajar harus tahu cara yang terbaik untuk menggunapakai konsep
Matematik yang dipelajari untuk kemudahan di dalam kehidupannya. Gaya pembelajaran
yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Dunn
dan Dunn (1978), elemen-elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran adalah seperti
Persekitaran, Emosional, Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Model ini digunapakai sebagai
panduan kajian dalam mengesan gaya pelajar ‘undergraduate’ di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran
kategori Emosional lebih dominan berbanding dengan kategori yang lain dengan nilai min
yang tertinggi. Dari segi kategori emosional, orientasi gaya belajar pelajar lebih kepada
mementingkan mendapat markah yang tinggi atau gred yang baik. Di samping itu, pelajar
juga menyatakan mereka memerlukan dorongan dan memberi tumpuan yang lebih pada
mempelajari perkara baru atau tugasan yang dinilai. Oleh itu, untuk keberkesanan
pembelajaran adalah dicadangkan para pengajar khususnya subjek Matematik perlu
memberi tumpuan kepada unsur emosi pelajar.




                                           18
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION




6.0    KESIMPULAN


       Sesungguhnya pendidikan berkait rapat dengan kehidupan kerana pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam menentukan kehidupan manusia sama ada masa
kini atau masa depan. Pendidikan yang lengkap dan bermutu membenarkan seseorang itu
menjalani kehidupan dengan baik dan sejahtera. Pendidikan yang diberikan seharusnya
memberi tumpuan kepada aspek akses dan ekuiti yang bermaksud peluang pendidikan sama
rata kepada semua dan juga pendidikan berkualiti yang sepatutnya diterima oleh semua.
       Dalam konteks pendidikan matematik, guru matematik dan pelajar khususnya perlu
memainkan peranan masing-masing bagi mencapai akses dan ekuiti pendidikan matematik.
Guru perlu meyakinkan pelajar bahawa setiap individu boleh menguasai matematik. Guru
juga perlu sentiasa mendorong pelajar untuk meminati dan mempelajari matematik.
Disamping guru, pihak-pihak lain seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, pentadbir sekolah
dan juga ibu bapa perlu bersama-sama menunjukkan sikap yang positif terhadap pendidikan
matematik agar pendidikan yang diberikan dapat melahirkan individu yang cemerlang dan
berdaya saing yang mampu merealisasikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara
maju dalam semua dimensi khususnya ekonomi.




                                            19
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION




7.0     RUJUKAN



Ab. Rahman Abu Bakar (1992). Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa.
Kuala Lumpur: DBP.

Abd. Ghafar Md. Din (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah bin Muhammad (2003). Tafsir Ibnu Katsir. Jilid 4. Juz 9-13. Pustaka Iman Asy-Syafi’I.

Abdullah Yusuf Ali (1991). Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman
El-Muhammady. Kuala Lumpur: DBP.

Abu Bakar Ahmad Al-Sayid (1991). Tugas dan Tanggungjawab Seorang Guru. Kuala Lumpur: Pustaka
Al-Mizan.

Abu Bakar Nordin, Bhasah Hj. Abu Bakar, Noor Shah Saad dan Nor’ain Mohd Tajuddin (2007).
Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM. Dalam Penyelidikan Terpilih
UPSI 2001-2006. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ahmad Fadzil Mohamed (1997). Pendemokrasian Pendidikan: Suatu Pentafsiran Dan Tinjauan
Mengenai Pendekatan Serta Pelaksanaannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia.

Amir Hamzah Nordin. Berita Harian . (22/04/2010). Seimbangkan Guru.

Dunn, R. Dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: A Practical
Approach. Reston: Virginia: Reston Publishing.

Effandi Zakaria (2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hargreave, D. (1996). How Undergraduate Students Learn. European Journal Of Engineering
Education 21(4) , 425-434.

Kamus Dewan Edisi 4. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif
Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Universiti Islam Antarabangsa.

Mok Soon Sang (1996). Siri Pendidikan Perguruan Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan .
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mohd Rifaat Abd Hamid. Harian Metro . (30/08/2010)Lambakan Guru Wanita – Di mana guru lelaki?

Mohd Uzi Bin Dollah (2007). Jurnal Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik Sekolah
Menengah : Satu Kajian Kes. Universiti Sains Malaysia.




                                                  20
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION



Noraini Idris. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010. Kementerian PelajaranMalaysia.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Bab 3 Meluaskan Akses Meningkatkan Ekuiti. Kementerian
Pengajian Tinggi.

Ramlah Jantan (2004). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari Edisi Revisi. Malaysia:
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Ringkasan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan
Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Salbiah Ani. Berita Harian. (27/03/2009). Semak Semula PPSMI.

Vaughn, S. B. (2003). Teaching Exceptional, Diverse, And At-Risks Students In The General Education
Classroom (3rd Ed). Boston: Allyn And Bacon.




                                                 21
SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION




22

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasa
Nurul Asha'ari
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
Star Ng
 
Permasalahan Pendidikan Bab V
Permasalahan Pendidikan Bab VPermasalahan Pendidikan Bab V
Permasalahan Pendidikan Bab V
Susi Novita
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
Durratun Dian
 
Presentation pengantar pendidikan
Presentation pengantar pendidikanPresentation pengantar pendidikan
Presentation pengantar pendidikan
yelti
 

Mais procurados (16)

Guru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasaGuru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasa
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Edu 3093 (1)
Edu 3093 (1) Edu 3093 (1)
Edu 3093 (1)
 
6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajaran6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajaran
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional
 
Assignment edu 2
Assignment edu 2Assignment edu 2
Assignment edu 2
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasa
 
9. Kurikulum
9.  Kurikulum9.  Kurikulum
9. Kurikulum
 
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
 
Permasalahan Pendidikan Bab V
Permasalahan Pendidikan Bab VPermasalahan Pendidikan Bab V
Permasalahan Pendidikan Bab V
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othman
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Presentation pengantar pendidikan
Presentation pengantar pendidikanPresentation pengantar pendidikan
Presentation pengantar pendidikan
 

Semelhante a Penulisan akses ekuiti

2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
MOHDGAZALI1
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
azryna81
 
19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari
Freejump Pink
 
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tikPemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
sman 2 mataram
 
Hsp matematik-tingkatan-1-bm
Hsp matematik-tingkatan-1-bmHsp matematik-tingkatan-1-bm
Hsp matematik-tingkatan-1-bm
shaleyati mohamed
 
Matematik tingkatan 1
Matematik tingkatan 1Matematik tingkatan 1
Matematik tingkatan 1
mohd zaidi
 

Semelhante a Penulisan akses ekuiti (20)

2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
 
19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Asigment bm
Asigment bmAsigment bm
Asigment bm
 
HSP Matematik Tingkatan 2
HSP Matematik Tingkatan 2HSP Matematik Tingkatan 2
HSP Matematik Tingkatan 2
 
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bmHsp matematik-tingkatan-2-bm
Hsp matematik-tingkatan-2-bm
 
Hsp maths f2
Hsp maths f2Hsp maths f2
Hsp maths f2
 
Matematik tingkatan 2
Matematik tingkatan 2Matematik tingkatan 2
Matematik tingkatan 2
 
Dskp ekonomi ting. 4 kssm bil 1 docx
Dskp ekonomi  ting. 4 kssm bil 1  docxDskp ekonomi  ting. 4 kssm bil 1  docx
Dskp ekonomi ting. 4 kssm bil 1 docx
 
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tikPemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
 
Dskp ekon ting. 5 kssm docx.
Dskp ekon  ting. 5 kssm     docx.Dskp ekon  ting. 5 kssm     docx.
Dskp ekon ting. 5 kssm docx.
 
750 2508-1-pb
750 2508-1-pb750 2508-1-pb
750 2508-1-pb
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013
 
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYAELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
 
Elemen KBAT dalam Kurikulum
Elemen KBAT dalam KurikulumElemen KBAT dalam Kurikulum
Elemen KBAT dalam Kurikulum
 
Hsp matematik-tingkatan-1-bm
Hsp matematik-tingkatan-1-bmHsp matematik-tingkatan-1-bm
Hsp matematik-tingkatan-1-bm
 
Matematik tingkatan 1
Matematik tingkatan 1Matematik tingkatan 1
Matematik tingkatan 1
 

Penulisan akses ekuiti

  • 1. ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 1 2.0 AKSES DAN EKUITI ....................................................................................................................... 1 3.0 ISU-ISU BERKAITAN PERGURUAN ............................................................................................... 4 3.1 PENEMPATAN GURU ......................................................................................................... 4 3.2 TUNTUTAN TEMPAT KERJA ............................................................................................... 5 3.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI ................................................................................................ 6 3.4 INTERAKSI SOSIAL .............................................................................................................. 7 4.0 ISU-ISU BERKAITAN PELAJAR ...................................................................................................... 9 4.1 PELAJAR KURANG UPAYA ................................................................................................... 9 4.2 PENGHAFALAN SEBELUM KEFAHAMAN ............................................................................. 9 4.3 PELUANG BELAJAR ........................................................................................................... 10 4.4 SISTEM SOALAN PEPERIKSAAN ........................................................................................ 11 4.5 PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH .................................................................................. 11 4.6 KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK..................................................................................... 12 4.7 LATAR BELAKANG KELUARGA ........................................................................................... 12 4.8 PSIKOLOGI PELAJAR........................................................................................................... 13 5.0 CADANGAN TERHADAP ISU-ISU ................................................................................................ 14 6.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................. 19 7.0 RUJUKAN ................................................................................................................................... 20
  • 2. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION 1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha yang boleh membangunkan generasi bangsa yang akan menjulang nama negara pada masa akan datang selaras dengan hasrat Wawasan 2020 untuk meningkatkan status negara Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dapat dilaksanakan melalui pembangunan sumber manusia yang lengkap, seimbang, bersepadu dan menyeluruh. (Ahmad Fauzi, 1997). Ini bermakna, proses pembangunan sumber manusia seharusnya memastikan tidak terdapat mana-mana golongan di dalam negara kita yang tercicir atau diabaikan. Untuk mencapai matlamat pembangunan sumber manusia yang yang lengkap, seimbang, bersepadu dan menyeluruh, maka sistem pendidikan seharusnya berupaya menyediakan peluang yang secukupnya kepada semua lapisan masyarakat khususnya pelajar. Salah satu penumpuan penting yang perlu diberikan adalah memastikan pendidikan haruslah diberi sama rata kepada semua pelajar tanpa mengambil kira bangsa, etnik, budaya dan amalan atau cara hidup. 2.0 AKSES DAN EKUITI Menurut Kamus Dewan edisi yang ke-4, akses bermaksud proses atau cara untuk mencapai atau memperoleh sesuatu data dan maklumat. Akses juga boleh didefinisikan sebagai capaian. Bagi ekuiti pula, ia bermaksud pemilikan yang sama rata dalam sesebuah organisasi atau saksama dan juga adil. Oleh itu, akses dan ekuiti dalam pendidikan bermaksud keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara kita dalam menyediakan peluang untuk menikmati pendidikan yang bukan sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu untuk semua lapisan rakyat Malaysia. Dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010 Kementerian Pelajaran Malaysia (PPKPM) yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan salah 1
  • 3. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION satu elemen rujukan bagi mencorakkan dunia pendidikan pada masa depan bagi negara Malaysia. Pembangunan Pendidikan 2001-2010 juga bertujuan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK); meningkatkan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar; meningkatkan budaya ilmu; membudayakan sains dan teknologi; membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan, dan bertaraf dunia; menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serta meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa. Rancangan ini disusun mengikut teras iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan dan meningkatkan ekuiti dalam pendidikan, meningkatkan kualiti pendidikan, dan meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) pula telah mengubal Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang komprehensif dan holistik bagi tujuan memartabatkan pengajian tinggi negara supaya menjadi satu bahagian dalam kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Pelan strategik ini telah menggariskan tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasakan institusi pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan memperkukuhkan sistem penyampaian KPT. Secara keseluruhannya, akses dan ekuiti berkait rapat antara satu sama lain dan amat penting dalam meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia. Ini dapat dibuktikan dalam pembentukan Pembangunan Pendidikan dan PSPTN, kedua-dua pelaksanaan ini mempunyai matlamat atau objektif yang sama iaitu dapat meluaskan akses dan meningkat ekuiti agar semua warganegara memperoleh peluang pendidikan berkualiti secara keseluruhannya. Agihan input pendidikan pula dibuat secara adil kepada semua institusi pendidikan bagi membolehkan semua pelajar menikmati pembelajaran sebenar pada tahap optimum. Pembangunan. Sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Pendidikan matematik adalah pendidikan yang memberi penekanan kepada perkembangan pelajar secara menyeluruh termasuk perkembangan kognitif, sikap, psikomotor dan penerapan nilai-nilai murni untuk menjadikan rakyat berguna selaras 2
  • 4. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan matematik pula adalah untuk membentuk individu yang berfikiran matematik, berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan, bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian hasil perkembangan sains dan teknologi. Seperti yang kita ketahui, matematik berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia yang mana penggunaan matematik telah meliputi pelbagai jenis aktiviti. Kemajuan negara bergantung kepada kemajuan sains dan teknologi, perkembangan perdagangan dan ekonomi yang berkait rapat dengan penggunaan matematik. (Mok Soon Sang, 1996). Justeru itu adalah penting sekiranya setiap pelajar diberikan peluang untuk menikmati pendidikan matematik yang bukan sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu. Akses dan ekuiti dalam pendidikan matematik didefinisikan sebagai hak semua individu mendapatkan pengetahuan matematik dengan sempurna dan mendapat peluang seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalam pengetahuan matematik melalui pendidikan sama rata. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik, dua elemen penting yang terlibat adalah guru dan juga pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik seharusnya melibatkan secara aktif antara guru dan pelajar supaya penyampaian guru dan penerimaan pelajar terhadap perkara yang dipelajari berjaya tanpa berlaku sebarang halangan. Namun begitu, sehingga kini ialah masih terdapat pelbagai isu yang timbul berkaitan dengan akses dan ekuiti dalam pendidikan yang membawa kepada halangan atau cabaran dalam pendidikan matematik di institusi-institusi pengajian di Malaysia. Keadaan ini dinyatakan oleh Noraini Idris, (2005) dalam buku beliau, dalam proses P&P matematik, terdapat kekuatan dan kekurangan serta halangan dalam proses pengajaran. 3
  • 5. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION 3.0 ISU-ISU BERKAITAN PERGURUAN 3.1 PENEMPATAN GURU Permasalahan berkenaan isu penempatan guru sering diperkatakan dan ianya berkait rapat dalam usaha untuk mencapai akses dan ekuiti dalam pendidikan matematik. Mengikut statistik Kementerian Pelajaran pada April 2010 mendapati bilangan guru lelaki berkhidmat di sekolah kini ialah 126,580 manakala guru wanita 279,650 orang.(RIFAAT, 2010). Soalnya, adakah menjadi satu masalah jika guru perempuan lebih ramai daripada guru lelaki? Salah satu isu hangat yang diperbincangkan adalah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menghadapai masalah untuk menempatkan guru perempuan di sekolah luar bandar khususnya di pedalaman dan pulau. Isu ini juga mendapat perhatian daripada Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGLMSM), Jemale Paiman, beliau menyatakan "Penempatan guru lelaki lebih mudah berbanding perempuan terutama kawasan pedalaman yang membabitkan soal keselamatan” (AMIR, 2010). Tambahan pula penempatan guru menjadi lebih sukar apabila terdapat rungutan dari guru-guru yang ditawarkan ke kawasan luar bandar. Kebanyakan mereka sukar menerima tawaran tersebut kerana faktor kedudukan sekolah yang jauh dan kemudahan yang terhad, malah ada yang sanggup memilih untuk menganggur daripada dihantar bertugas di bahagian pedalaman. Apabila guru-guru terlalu memilih dan tidak mahu mengalah dalam soal penempatan maka akibatnya akan timbul permasalahan dalam ketidaksepadanan pengagihan guru mengikut opsyen sebenar. Secara tidak langsung wujudnya “bidan terjun” di mana guru bukan opsyen terpaksa mengajar bagi memenuhi keperluan pelajar. Guru yang mengajar tidak mengikut opsyen akan menyebabkan akses dan ekuiti dalam pendidikan menjadi tidak berjaya. Tambahan pula jika ianya melibatkan subjek-subjek kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Guru bukan opsyen mempunyai pengetahuan yang agak terbatas dan tidak mampu menyampaikan ilmu tersebut secara menyeluruh. Selain itu, akan timbul pula isu guru bukan opsyen gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau sentiasa 4
  • 6. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION menangguh untuk menjawab soalan. Akibatnya, murid merasa kurang berkeyakinan terhadap guru tersebut dan sekali gus menghilangkan minat untuk mempelajari subjek yang diajar oleh guru berkenaan. Ini selaras dengan pendapat Johdi (2007) yang menyatakan jika halangan dan gangguan terhadap perkembangan murid-muird berlanjutan, situasi ini akan mengakibatkan perencatan dan pembunuhan minat mereka untuk belajar. 3.2 TUNTUTAN TEMPAT KERJA Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) diwujudkan bagi menentukan kecemerlangan dan kenaikan pangkat penjawat awam. Usaha murni kerajaan ini adalah bertujuan mempertingkatkan prestasi dan motivasi pegawai. Markah LNPT tersebut akan dinilai oleh Ketua jabatan masing-masing. Namun begitu, salah satu isu yang hangat diperbincangkan ialah apabila Ketua Jabatan menetapkan markah LNPT bergantung dengan keputusan pembelajaran pelajar. Contohnya, jika peratus kelulusan pelajar di dalam pelajaran matematik tidak memenuhi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan, maka markah LNPT akan menjadi rendah. Apabila guru terikat dengan situasi tersebut, ada kemungkinan timbul pemasalahan di mana guru hanya memfokuskan pembelajaran ke atas tajuk-tajuk di dalam subjek matematik yang akan diuji dalam peperiksaan sahaja. Tambahan pula, soalan yang ditanya lebih menjurus persoalan teori berbanding persoalan kemahiran. Soalnya, adakah akses dan ekuiti dalam pendidikan matematik tercapai jika pembelajaran hanya memfokuskan kepada peperiksaan? Matematik merupakan satu mata pelajaran penting dalam kehidupan seharian yang meletakkannya sebagai satu mata pelajaran yang mesti diajar diepringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. (Abu Bakar et.al, 2007). Tambahan pula, matematik merupakan asas kepada bidang sains. Selaras dengan status dan pentingnya mata pelajaran matematik, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mempertingkatkan bilangan pelajar dalam aliran sains dan bukan sains kepada nisbah 60:40 dengan harapan mampu mencapai sebuah negara maju seperti yang tercatat dalam Wawasan 2020. Namun begitu, hasrat kerajaan ini 5
  • 7. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION tidak akan tercapai jika gaya pengajaran guru hanya memfokuskan pembelajaran matematik berdasarkan penguasaan konsep atau memfokuskan pembelajaran sekadar untuk menjawab soalan peperiksaan. Ini adalah kerana gaya pengajaran seperti ini tidak akan dapat membantu pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan matematik mereka kelak. 3.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran matematik mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan keberkesanan pengajaran guru. Pengajaran yang berkesan memerlukan komunikasi yang bersesuaian bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjaya. Penggunaan bahasa yang sesuai di dalam kelas mampu mempertingkatkan kefahaman pelajar dengan lebih baik. Adalah menjadi perkara utama bagi setiap guru perlu mengenal pasti terlebih dahulu latar belakang pelajar agar pemilihan bahasa yang bakal digunakan dalam kelas dapat difahami oleh semua pelajar. Sebagai contoh, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium penyampaian pengajaran matematik adalah kurang sesuai jika pelajar di dalam kelas majoriti lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Ini kerana dikhuatiri konsep di dalam ilmu matematik yang ingin disampaikan tidak sampai kepada pelajar. Maka sudah pasti berlaku kegagalan akses dan ekuiti dalam pendidikan matematik. Masalah kesilapan dalam penggunana bahasa telah terbukti apabila timbul isu kemerosotan prestasi pelajar berlaku ketika sepanjang perlaksanaan program PPSMI. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyatakan rumusan kajian yang mendapati PPSMI gagal memberi manfaat kepada pelajar khususnya Melayu dan Bumiputera di luar Bandar harus dipandang serius memandangkan ia akan menjejaskan usaha kerajaan meramaikan kelompok itu dalam aliran sains bagi mengikuti kursus kritikal di Universiti. (Salbiah, 2009). Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, secara prinsipnya UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibunda terutama bagi murid di peringkat sekolah rendah. Katanya lagi, "Kualiti pendidikan 6
  • 8. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION menjadi lebih baik apabila murid-murid diajar dalam bahasa ibunda," (Utusan Malaysia, 2011). Masalah lain yang turut menyumbang kepada kemerosotan prestasi murid ialah kelemahan dalam kalangan guru sendiri yang tidak mampu menyampaikan ilmu itu dalam bahasa Inggeris dengan baik. 3.4 INTERAKSI SOSIAL Pendidikan adalah lebih sinonim dengan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid-muridnya. Di dalam kelas, guru merupakan medium utama dalam mendidik pelajar untuk berjaya. Guru sering dianggap model kepada pelajar. Guru dijadikan contoh atau teladan yang baik bagi pelajar-pelajarnya. Namun begitu, apabila guru menunjukkan sikap negatif pada murid maka kepercayaan pelajar kepada guru akan menurun. Sebagai contoh, penggunaan bahasa yang kasar dan kesat di dalam kelas hanya membuatkan pelajar berasa tidak selesa di dalam kelas sekaligus mengakibatkan pelajar hilang motivasi untuk menuntut ilmu. Selain itu, sikap guru yang garang serta suka menghukum juga boleh membantutkan minat pelajar untuk belajar apatah lagi untuk berinteraksi dengan guru bagi bertanyakan soalan yang kurang faham. Secara tidak langsung, situasi tersebut boleh menimbulkan masalah kebimbangan dikalangan pelajar untuk mempelajari matematik. Tambahan pula, mata pelajaran matematik sering dianggap mata pelajaran yang membosankan dan kurang digemari dikalangan pelajar. Sehubungan itu, akan mengakibatkan kegagalan akses dan ekuiti dalam pendidikan khususnya pendidikan matematik. Guru perlu sentiasa bersikap positif kepada pelaj-pelajar, dengan menggunakan percakapan-percakapan yang baik, budi pekerti yang halus dan lemah lembut, sehinnga terbukalah hati para pelajar untuk menerima ilmu guru dengan baik. Tutur kata atau arahan yang baik yang disampaikan secara teratur dan berkesinambungan juga dituntut dalam Islam, seperti firman Allah S.W.T. 7
  • 9. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION Bermaksud: Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangannya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.(Abdullah, 2003) Adalah lebih baik jika hukuman digantikan dengan kata-kata nasihat yang mana boleh mempertingkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Pemberian pengharagaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik khususnya juga merupakan teknik untuk meningkatkan motivasi pelajar. Menurut Abuddin (2001), apabila terdapat di antara pelajar kita bersungguh- sungguh dalam pembelajarannya atau pelajar-pelajar yang cemerlang, sebaiknya guru memberikan hadiah di samping sumbangan kewangan secara percuma yang manfaatnya akan kembali kepada mereka sendiri. Ini adalah kerana pelajar-pelajar yang menerima hadiah itu akan merasa bangga, disamping mereka akan berusaha mengambil erti dalam pemberian itu. Dalam buku beliau turut disertakan hadis yang menyokong kenyataan beliau iaitu: “Berlumba-lumbalah dalam soal memberikan hadiah, sebab hadiah itu dapat menghilangkan keraguan dalam hati” (al-Turmuzi) 8
  • 10. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION 4.0 ISU-ISU BERKAITAN PELAJAR 4.1 PELAJAR KURANG UPAYA Salah satu jenis masalah pembelajaran pelajar matematik ialah mempunyai masalah Diskalkulia. Diskalkulia ini merupakan masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan atau pembelajaran kemahiran arithmetic (Wikipedia, 2008). Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini sukar untuk memahami konsep nombor walaupun yang mudah, selain itu mereka juga sukar untuk mengingati simbol matematik seperti tambah, darab, tolak dan bahagi. Pelajar Diskalkulia juga tidak dapat membezakan nilai besar dan nilai kecil. Kebolehcapaian pelajar-pelajar Diskalkulia ini terhadap subjek matematik akan terus berkurangan kerana guru-guru tidak mengasingkan pelajar-pelajar ini daripada pelajar normal kerana guru-guru beranggapan pelajar-pelajar ini juga normal kerana mereka boleh mempelajari subjek vokasional dengan baik. Kos yang tinggi juga diperlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar kurang upaya (OKU). Contohnya gambarajah timbul dan mesin braile matematik untuk pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan. Pakar-pakar matematik lebih menumpukan kepada pelajar-pelajar normal. Pemerhatian daripada pakar kepada pelajar OKU sangat kurang, ini kerana pakar perlu memahami masalah dan sikap pelajar OKU itu sendiri jika mahu memberi tumpuan kepada proses P&P mereka. Walaupun secara realitinya pelajar-pelajar OKU ini lebih memerlukan pakar- pakar untuk memastikan mereka tidak terus ketinggalan dalam menguasai mata pelajaran matematik. 4.2 PENGHAFALAN SEBELUM KEFAHAMAN Pelajar masa kini lebih senang menghafal jalan kerja tanpa memahami konsep terlebih dahulu. Oleh itu mereka tidak akan dapat menguasai keseluruhan topik, mereka juga akan mempunyai masalah jika diberikan soalan aplikasi, selain itu mereka tidak akan dapat menerangkan mengapa mereka menggunakan sesuatu langkah jalan kerja untuk menyelesaikan sesuatu soalan itu. Apabila pelajar-pelajar 9
  • 11. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION ini menghafal, mereka tidak akan dapat memberi anggaran untuk menyemak jawapan. Contohnya bagi topik janjang aritmetik, jika pelajar menghafal rumus bagi mencari sebutan ialah Tn=a+(n-1)d, maka jika sesuatu masa mereka terlupa rumus ini, mereka tidak akan dapat menjawab soalan untuk mencari nilai sebutan. Tetapi jika mereka memahami konsep, tanpa rumus sebutan ini mereka tetap dapat mencari nilai sebutan kerana setiap sebutan merupakan hasil tambah nilai sebutan sebelumnya dengan nilai d. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pelajar yang menghafal akan mempunyai kebolehcapaian yang terhad terhadap mata pelajaran matematik. 4.3 PELUANG BELAJAR Menurut Noraini Idris (2005), sesetengah sekolah sebilangan besar pelajar sastera tingkatan 4 dan 5 tidak mempelajari matematik. Walaupun mata pelajaran ini mesti dipelajari seperti yang termaktub dalam peraturan sekolah iaitu 200 minit seminggu untuk pelajar sastera. Pihak sekolah beranggapan pelajar-pelajar sastera ini tidak akan lulus untuk matapelajaran matematik ataupun mereka tidak akan mendapat markah yang baik seterusnya akan menurunkan gred mata pelajaran matematik. Apabila kes ini berlaku, secara majoritinya pelajar bumiputera tidak akan berpeluang mempelajari matematik kerana majoritinya pelajar yang mengambil aliran sastera merupakan pelajar bumiputera. Pihak sekolah tidak sepatutnya tidak menyekat para pelajar untuk mempelajari matematik. Ini kerana jika kita lihat kembali kepada tokoh-tokoh ilmuan terdahulu seperti Al-Khawarizmi, walaupun dia merupakah pakar matematik tetapi dalam masa yang sama beliau juga merupakan pakar dalam bidang goegrafi dan astronomi. 10
  • 12. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION 4.4 SISTEM SOALAN PEPERIKSAAN Soalan peperiksaan ‘boleh dipilih’ menyebabkan pelajar hanya mempelajari topik-topik tertentu. Contohnya soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) matematik kertas 2 bahagian B, pelajar boleh memilih 4 soalan daripada 5 soalan yang diberikan. Setiap satu soalan itu mewakili satu bab. Oleh itu, pelajar akan mengambil langkah untuk hanya mempelajari 4 bab ini dan meninggalkan 1 bab daripada 5 soalan ini yang mereka anggap susah. Guru-guru juga ada yang hanya mengajar 4 bab ini sahaja daripada 5 soalan ini kerana mereka tidak sempat untuk menghabiskan silibus. Guru-guru mengajar dengan lebih memfokuskan kepada peperiksaan, maka guru-guru ini akan mengambil langkah untuk mengajar apa yang perlu sahaja kerana guru-guru tiada masa untuk mengajar ‘lebih-lebih’. Pelajar juga akan meminta guru untuk mengajar apa yang perlu sahaja kerana mereka juga tiada masa dan minat untuk belajar ‘lebih-lebih’. Contohnya untuk nilai pi=3.142, guru akan meminta pelajar menghafal sahaja nilai ini tanpa memberitahu nilai ini sebenarnya merupakan nilai nisbah ukur lilit bulatan kepada diameternya. 4.5 PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH Guru-guru yang sibuk mengejar silibus secara realitinya akan meninggalkan pelajar yang lemah terus dibelakang. Pelajar-pelajar yang lemah ini dapat dikenalpasti melalui rekod prestasi mereka, pemerhatian guru ataupun melalui ujian. Pelajar lemah atau yang berpencapaian rendah ini menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah yang terlibat dalam penyelesaian masalah. Mereka dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan satu langkah tetapi tidak dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan banyak langkah penyelesaian. Contohnya mereka dapat mencari nilai sudut jika hanya melibatkan nombor sahaja, tetapi jika nilai sudut itu diwakilkan dengan nilai seperti 2y 3y, pelajar ini tidak akan dapat untuk menyelesaikan masalah ini. Pelajar berpencapaian rendah juga mempunyai masalah untuk mengingati langkah penyelesaian dan mempunyai masalah 11
  • 13. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION keupayaan visual-ruang, iaitu lemah untuk system garis lurus, garis nombor, menentukan arah dan mengagak jarak. Pelajar berpencapaian rendah akan menerima pendekatan P&P yang sama dengan pelajar normal lain. Oleh sebab itu, mereka akan terus lemah dalam matematik dan yang paling penting mereka juga akan lemah dalam kemahiran asas seperti pecahan dan peratus yang penting untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi dan untuk kegunaan seharian. 4.6 KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK Pelajar yang tidak mempunyai kecerdasan logik-matematik ataupun lebih dikenali sebagai pelajar otak kanan lebih cenderung untuk subjek-subjek seni seperti muzik dan lukisan. Melalui teori otak Triune, setiap individu akan lebih cenderung untuk menggunakan salah satu belahan otak yang dominan dan sebelah otak lagi akan berada dalam keadaan tenang. Oleh itu pelajar otak kanan akan menganggap matematik sebagai satu mata pelajaran yang mana para pelajar perlu mengikuti peraturan yang diajar oleh guru walaupun mereka tidak memahami peraturan tersebut (Noraini Idris, 2005). Seterusnya pelajar-pelajar ini hanya akan menggunakan strategi yang diajar oleh guru sahaja tanpa memikirkan kaedah lain. Kesannya mereka tidak akan berkeupayaan tinggi dan cemas apabila berhadapan dengan soalan aplikasi. Oleh itu, pelajar otak kanan ini perlu diberi lebih bimbingan untuk memastikan kebolehcapaian mereka terhadap subjek matematik meningkat. 4.7 LATAR BELAKANG KELUARGA Pelajar yang mempunyai ibu bapa yang tidak berpelajaran selalunya akan kurang kebolehcapaian mereka terhadap matematik. Ini kerana ibu bapa mereka tidak dapat membantu mengajar mereka dirumah. Pelajar juga tidak akan bermotivasi untuk belajar hingga cemerlang kerana persekitaranya hanya dikelilingi orang tidak berpelajaran tinggi. Pendapatan keluarga yang kurang juga akan 12
  • 14. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION menghalang kebolehcapaian pelajar terhadap mempelajari matematik. Pelajar yang tidak mampu untuk kesekolah akan terus tidak mempelajari matematik. Ada juga pelajar-pelajar ini ke sekolah, tetapi mereka tidak mampu untuk mengikuti kelas tambahan ataupun membeli buku rujukan. Oleh itu kebolehcapaian mereka terhadap mata pelajaran matematik tidak akan sama dengan pelajar yang lahir dari keluarga berpendapatan tinggi. Pembelajaran pelajar juga dipengaruhi oleh pendidikan keluarga. Sebagai contoh pelajar yang lahir dari keluarga seni akan lebih cenderung untuk mempelajari dengan mendalam mata pelajaran yang berkaitan seni. Pelajar ini akan kurang untuk dibimbing mempelajari mata pelajaran yang sedikit jauh dari bidang mereka seperti matematik. 4.8 PSIKOLOGI PELAJAR Pada peringkat umur 12-20 tahun pelajar akan berada pada tahap identiti lawan kekeliruan peranan. Pada tahap ini remaja akan cuba berusaha mewujudkan identity dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Mereka juga mula memikir diri mereka sebagai bakal teman hidup, ibu bapa dan ahli masyarakat. Sekiranya usaha mencari identiti diri ini gagal, mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali,2004). Oleh itu, pelajar-pelajar akan berperang dengan emosi perkembangan mereka dalam masa yang sama untuk menerima pengajaran oleh guru. Pelajar-pelajar belajar hanya kerana mereka perlu hadir kesekolah pada usia ini. Keseluruhan mereka masih lagi samar dengan tujuan mereka belajar. Mereka belum mendapat gambaran kepentingan belajar dan tujuan mereka belajar. Mereka sendiri tidak mempunyai gambaran mengenai hala tuju masa depan mereka kerana masih belum memahami carta alir proses pembelajaran dan tiada pendedahan daripada pihak sekolah dan juga keluarga. Jika pelajar tidak kuat untuk bertarung dengan gelojak emosi yang dihadapinya, kebolehcapaiannya dalam matematik akan terganggu. Ini kerana 13
  • 15. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION mereka akan hanyut melayan perasaan seperti bercinta tanpa memberi tumpuan kepada proses pembelajaran di sekolah. 5.0 CADANGAN TERHADAP ISU-ISU Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Matematik perlu diterap secara tersurat atau tersirat di dalam bilik darjah supaya kebolehcapaian pengetahuan Matematik dapat diterima sepenuhnya oleh pelajar. Penerapan nilai menjadi agenda utama kurikulum pendidikan Malaysia, khususnya di sekolah menengah.Setiap guru memiliki set nilai tertentu, yang boleh mempengaruhi persediaan dan pelaksanaan pengajarannya. Dalam membuat persediaan pengajaran, seseorang guru akan cuba merancang apakah nilai yang akan terterap dalam pengajaran bilik darjah (Mohd Uzi, 2007). Bishop (1988) telah mengenal pasti tiga pasangan nilai matematik yang saling melengkapi iaitu; ‘rasionalisme’ dan ‘objektisme’, ‘kawalan’ dan ‘kemajuan’, serta ‘keterbukaan’ dan ‘misteri’. Contohnya, apabila guru meminta pelajar menjelaskan atau membandingkan antara tiga cara membuktikan Teorem Pythagoras, adalah berkait dengan nilai matematik rasionalisme dan keterbukaan. Bagaimanapun, saling interaksi antara guru dengan pelajar, disamping ahli dalam budaya, seperti pentadbir sekolah, kurikulum dan ibu bapa, mungkin boleh mempengaruhi penerapan nilai pengajaran guru matematik dalam bilik darjah. Nilai dalam pengajaran guru matematik adalah merupakan kecenderungan seseorang guru matematik tentang bagaimana sepatutnya atau tidak sepatutnya mereka bertindak atau kecenderungan seseorang guru matematik melakukan sesuatu perkara dalam proses pengajaran di bilik darjah. Jadi, amalan guru dalam pengajaran bilik darjah, sama ada melalui tutur kata ataupun tindakan, menggambarkan nilai yang terterap dalam pengajaran bilik darjah.Sekiranya nilai pengajaran Matematik diterapkan di dalam bilik darjah berkemungkinan besar pelajar boleh mendapatkan pengetahuan Matematik dengan sempurna dan mendapat peluang seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalam pengetahuan Matematik. Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mula menyediakan pentaksiran alternatif dan mengkaji semula sistem penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. 14
  • 16. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION Penekanan peperiksaan awam yang berasaskan kandungan diubah kepada peperiksaan yang lebih berasaskan kemahiran atau daripada bersifat ujian pencapaian kepada ujian kebolehan am. Konsep pentaksiran mula disediakan pada tahun 2006, kemudian pentaksiran alternatif pula terlaksana pada tahun 2010. Melalui pelaksanaan pentaksiran alternatif maka terhasillah sistem penilaian pada tahun itu juga. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain. Dengan penghasilan sistem penilaian ini, maka para guru Matematik seharusnya tidak terlalu terikat dengan sistem penilaian yang hanya berorientasikan peperiksaan yang mengakibatkan para pelajar dididik untuk mempelajari subjek Matematik hanya untuk berjaya di dalam peperiksaan dan tidak dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kajian sistem penilaian seharusnya sentiasa diperhalusi lagi supaya kemantapannya lebih analitik mengikut peredaran zaman. Al-Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang yang lain, namun dalam konteks ini interaksi antara guru Matematik dan pelajar amatlah penting bagi mencapai proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan sempurna. Di antara ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara tersebut ialah : “Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlan kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati”. (Al-Isra’: 28) “Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”. (Al-‘Imran : 159) “Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya…” (An-Nahl : 125) 15
  • 17. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION Sebagai guru, khususnya guru subjek Matematik haruslah mempunyai pendekatan pengajaran yang menarik minat para pelajar untuk mempelajari Matematik. Penggunaan yang kasar dan kesat hanya akan membantutkan motivasi pelajar bagi mendalami ilmu Matematik dengan sebaiknya. Hukuman sekiranya digantikan dengan penghargaan atau kata-kata nasihat yang berguna adalah lebih bermakna kepada pelajar bagi meningkatkan motivasi pelajar sendiri untuk mempelajari Matematik. Contohnya, guru menyediakan soalan bagi penyelesaian masalah Matematik dan sekiranya pelajar dapat menjawab dengan betul maka cubalah untuk memberi penghargaan atas usaha pelajar tersebut manakala pelajar yang tidak dapat menjawab dengan betul janganlah kita mengkritik mereka dengan kata-kata kesat seperti ‘lembab’ atau kata-kata lain yang menyakitkan hati. Kita boleh memberi nasihat supaya dia lebih berusaha lagi untuk menyelesaikan masalah Matematik tersebut atau meminta pelajar itu memperbanyakkan latihan bagi menguasai subjek Matematik. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mula dilaksanakan pada tahun 2012. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Oleh itu, isu bahasa buat masa sekarang mungkin tidak diambil kira lagi memandangkan kerajaan sudah memberi ‘green light’ kepada para pengajar mengajar dalam bahasa ibunda. Secara rasionalnya, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Kebanyakan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu jadi negara Malaysia juga perlu mencontohi negara-negara lain yang menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar terutamanya dalam subjek Matematik supaya pengetahuan ilmu Matematik yang disampaikan oleh pengajar itu dapat diterima dan difahami pelajar dengan sebaiknya. “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada 16
  • 18. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Menurut Ab. Rahman (1992), antara aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat pengajaran yang berkesan adalah guru perlu benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara individu, menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran, guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa dan sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran melalui pembacaan, peningkatan taraf akademik dan professional dengan melanjutkan pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel dan seumpamanya. Pengajaran di sekolah kini adalah lebih berfokus kepada pelajar yang mempunyai kebolehan sederhana dan pandai. Oleh itu, tidak hairanlah guru hanya banyak memberikan tumpuan kepada para pelajar ini dan mengabaikan pelajar yang berpencapaian rendah. Vaughn et al. (2003) menyarankan guru seharusnya memberikan hak kesamaan kepada pelajar berpencapaian rendah di dalam pengajarannya, antara cadangan dalam memberikan hak kesamaan kepada pelajar pencapaian rendah di dalam kelas yang pelbagai pencapaian adalah memanggil pelajar yang berpencapaian rendah sekerap mungkin seperti mana guru memanggil pelajar yang lain, elakkan daripada sering menyuruh pelajar berpencapaian tinggi membetulkan kesalahan pelajar berpencapaian rendah, memberikan peluang kepada semua pelajar untuk menjawab soalan sukar dan soalan peringkat pemikiran tinggi, memberikan maklum balas yang berinformasi terhadap jawapan pelajar berpencapaian rendah, menerima idea mereka daripada semua murid dan menghargai idea mereka sebagai sesuatu yang berguna, berinteraksi dengan pelajar pencapaian rendah sekerap mungkin seperti mana dilakukan terhadap pelajar yang lain dan guru perlu elakkan daripada membezakan kurikulum, bahan dan kaedah pengajaran, bagi mengelakkan tanggapan masyarakat bahawa mereka adalah pelajar berpencapaian rendah. Memberi hak kesamaan kepada pelajar yang berpencapaian rendah ini boleh memberikan diri mereka rasa dihargai dan memotivasikan mereka supaya lebih berusaha untuk berjaya khususnya dalam subjek Matematik. Dari sudut kreativiti guru pula, seorang guru perlu kreatif agar menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan 17
  • 19. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION seseorang guru (Abd.Ghafar,2003). Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorang seniman yang berfungsi sebagai seorang pelakon dengan menggunakan pergerakan badan, mimik muka dan tekanan suara yang sesuai bagi memenuhi kesempurnaan proses pengajaran yang dilaksanakan. Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadap proses pengajaran serta faktor-faktor yang dapat mempertingkat dan memperkembang ke arah mewujudkan amalan pengajaran guru yang berkesan. Bagi tujuan tersebut kajian berhubung isu proses pengajaran Matematik perlu diperhalusi agar ia menjanjikan hak semua individu mendapatkan pengetahuan Matematik dengan sempurna dan mendapat peluang seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalam pengetahuan Matematik melalui pendidikan sama rata. Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan (Hargreaves, 1996). Oleh itu, sebagai pelajar seharusnya mereka belajar bukan hanya untuk berjaya di dalam peperiksaan, malah mereka perlu belajar bagaimana untuk mengaplikasikan konsep di dalam kehidupan seharian contohnya dalam pelajaran Matematik khususnya, pelajar harus tahu cara yang terbaik untuk menggunapakai konsep Matematik yang dipelajari untuk kemudahan di dalam kehidupannya. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Dunn dan Dunn (1978), elemen-elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran adalah seperti Persekitaran, Emosional, Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Model ini digunapakai sebagai panduan kajian dalam mengesan gaya pelajar ‘undergraduate’ di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran kategori Emosional lebih dominan berbanding dengan kategori yang lain dengan nilai min yang tertinggi. Dari segi kategori emosional, orientasi gaya belajar pelajar lebih kepada mementingkan mendapat markah yang tinggi atau gred yang baik. Di samping itu, pelajar juga menyatakan mereka memerlukan dorongan dan memberi tumpuan yang lebih pada mempelajari perkara baru atau tugasan yang dinilai. Oleh itu, untuk keberkesanan pembelajaran adalah dicadangkan para pengajar khususnya subjek Matematik perlu memberi tumpuan kepada unsur emosi pelajar. 18
  • 20. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION 6.0 KESIMPULAN Sesungguhnya pendidikan berkait rapat dengan kehidupan kerana pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kehidupan manusia sama ada masa kini atau masa depan. Pendidikan yang lengkap dan bermutu membenarkan seseorang itu menjalani kehidupan dengan baik dan sejahtera. Pendidikan yang diberikan seharusnya memberi tumpuan kepada aspek akses dan ekuiti yang bermaksud peluang pendidikan sama rata kepada semua dan juga pendidikan berkualiti yang sepatutnya diterima oleh semua. Dalam konteks pendidikan matematik, guru matematik dan pelajar khususnya perlu memainkan peranan masing-masing bagi mencapai akses dan ekuiti pendidikan matematik. Guru perlu meyakinkan pelajar bahawa setiap individu boleh menguasai matematik. Guru juga perlu sentiasa mendorong pelajar untuk meminati dan mempelajari matematik. Disamping guru, pihak-pihak lain seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, pentadbir sekolah dan juga ibu bapa perlu bersama-sama menunjukkan sikap yang positif terhadap pendidikan matematik agar pendidikan yang diberikan dapat melahirkan individu yang cemerlang dan berdaya saing yang mampu merealisasikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju dalam semua dimensi khususnya ekonomi. 19
  • 21. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION 7.0 RUJUKAN Ab. Rahman Abu Bakar (1992). Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: DBP. Abd. Ghafar Md. Din (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah bin Muhammad (2003). Tafsir Ibnu Katsir. Jilid 4. Juz 9-13. Pustaka Iman Asy-Syafi’I. Abdullah Yusuf Ali (1991). Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El-Muhammady. Kuala Lumpur: DBP. Abu Bakar Ahmad Al-Sayid (1991). Tugas dan Tanggungjawab Seorang Guru. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan. Abu Bakar Nordin, Bhasah Hj. Abu Bakar, Noor Shah Saad dan Nor’ain Mohd Tajuddin (2007). Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM. Dalam Penyelidikan Terpilih UPSI 2001-2006. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ahmad Fadzil Mohamed (1997). Pendemokrasian Pendidikan: Suatu Pentafsiran Dan Tinjauan Mengenai Pendekatan Serta Pelaksanaannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia. Amir Hamzah Nordin. Berita Harian . (22/04/2010). Seimbangkan Guru. Dunn, R. Dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: A Practical Approach. Reston: Virginia: Reston Publishing. Effandi Zakaria (2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hargreave, D. (1996). How Undergraduate Students Learn. European Journal Of Engineering Education 21(4) , 425-434. Kamus Dewan Edisi 4. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Universiti Islam Antarabangsa. Mok Soon Sang (1996). Siri Pendidikan Perguruan Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan . Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mohd Rifaat Abd Hamid. Harian Metro . (30/08/2010)Lambakan Guru Wanita – Di mana guru lelaki? Mohd Uzi Bin Dollah (2007). Jurnal Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes. Universiti Sains Malaysia. 20
  • 22. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION Noraini Idris. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010. Kementerian PelajaranMalaysia. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Bab 3 Meluaskan Akses Meningkatkan Ekuiti. Kementerian Pengajian Tinggi. Ramlah Jantan (2004). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari Edisi Revisi. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Ringkasan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Salbiah Ani. Berita Harian. (27/03/2009). Semak Semula PPSMI. Vaughn, S. B. (2003). Teaching Exceptional, Diverse, And At-Risks Students In The General Education Classroom (3rd Ed). Boston: Allyn And Bacon. 21
  • 23. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION 22