SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 11
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


           Pembangunan Dan Penilaian Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran
          Berbantukan Komputer (Ppbk) Multimedia Interaktif Pendidikan Jasmani
                    Tingkatan Satu Bagi Tajuk “Kecergasan Fizikal”

              Dr. Mohd. Arif Ismail, Mohd Haizam bin Ahmad,* Dr. Rosnaini Mahmud
                  Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. *Universiti Putra Malaysia, Serdang


                                               Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membangun perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia
interaktif untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bagi tajuk “Kecergasan Fizikal”
berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Rekabentuk penyelidikan yang digunakan adalah
kaedah tinjauan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian PPBK ini dalam
mengatasi permasalahan kajian dan soalan-soalan kajian yang telah dikenal pasti. Data-data yang
diperolehi melalui instrumen soal selidik adalah dalam bentuk kuantitatif bagi menganalisis data dalam
bentuk diskriptif dan inferensi iaitu dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Data
dianalisa menggunakan perisian SPSS Versi 16. Kajian ini melibatkan 7 orang guru PJK yang terdiri
daripada 2 orang guru opsyen dan 5 orang guru yang bukan opsyen dari SMK Sultan Abu Bakar,
Kuantan, Pahang. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan kesemua responden bersetuju
bahawa perisian ini membantu guru menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa proses
pembelajaran dan pengajaran PJK. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada purata min
keseluruhan item bagi guru adalah 4.65. Melalui dapatan yang diperolehi didapati bahawa PPBK
Kecergasan Fizikal yang diaplikasikan dalam P&P dapat dapat menyelesaikan masalah pengajaran PJK
menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK.


Pendahuluan
Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem
pendidikan di Malaysia (Safani & Hamdan 2005). Dalam konteks hubungan antara pendidikan jasmani
dengan pendidikan formal, pendidikan jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi
individu ke dalam masyarakat (De Vries 1995). Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat
melalui sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian akan menurunkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang terkumpul daripada satu generasi ke satu generasi. Sebagai salah satu dari institusi
pengajian formal, subjek Pendidikan Jasmani yang diajar di sekolah turut dirangkumkan ke dalam
kurikulum persekolahan. Sebagai contoh, melalui Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
(PJK) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah telah menekan betapa pentingnya Pendidikan Jasmani
perlu dijalankan di setiap sekolah (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999).Pendidikan Jasmani
didefinisikan sebagai pendidikan pergerakan, pendidikan mengenai pergerakan dan pendidikan dalam
pergerakan (Daucer & Pangrazi 1998). Ia merupakan satu proses bertujuan meningkatkan prestasi
manusia melalui aktiviti fizikal yang terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki (Wee 1995).
Pendidikan Jasmani secara sinonimnya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan fizikal manusia
yang bertujuan untuk memberikan kecergasan, kekuatan, kesihatan yang baik melalui pergerakan badan
yang terancang dan bersistematik sama ada secara individu atau berkumpulan. Oleh itu dengan
melakukan aktiviti-aktiviti ini diharap manusia mampu melaksanakan aktiviti harian yang lain dengan
cergas dan ceria (Ali 1992). Melalui proses pendidikan di dalam kelas PJK akan memberikan peluang
kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses pembelajaran melalui penglibatan mereka dalam
aktiviti fizikal. Colfer et al. (1986) berpendapat PJK merupakan satu proses pembelajaran yang
berorientasikan tugasan dan dapat menghasilkan kejayaan kepada sesuatu kumpulan pelajar. Oleh itu,
mata pelajaran ini memerlukan satu pendekatan pengajaran yang lebih mantap supaya mampu
menghasilkan proses pendidikan yang menyeluruh dan berkesan.

Meskipun Pendidikan Jasmani memberi penekanan mengenai aktiviti fizikal, ia sebenarnya juga
melibatkan hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal. Ini adalah kerana matlamat Pendidikan Jasmani
adalah untuk mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan
sosial (Jenny 1961). Sebagai contoh, antara objektif utama dalam subjek PJK adalah berdasarkan tiga
domain utama iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif (Harmon 1978; Bucher 1979;
Hattie et al. 1997). Menurut Abdul Shukor (1999) Pendidikan Jasmani bukan sahaja membantu murid
menjadi cergas, aktif, bahkan juga memberikan mereka pengetahuan melalui pemupukan kemahiran,
nilai dan amalan kecergasan. Oleh itu, Pendidikan Jasmani bukanlah hanya pendidikan aktiviti fizikal
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

semata-mata, bahkan menurut Freeman (1977), telah merumuskan Pendidikan Jasmani adalah seperti
berikut: (i) Pendidikan Jasmani dikendalikan media fizikal iaitu melalui aktivitti yang agak rancak, berkait
dengan pergerakan motor kasar dan kemahiran yang sederhana tinggi tahapnya.(ii)Walaupun kaedah
yang digunakan bercorak fizikal, faedah yang didapati adalah lebih daripada faedah fizikal iaitu meliputi
kemajuan atau perubahan di dalam perkembangan intelektual dan sosial.

Penyataan Masalah
Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran wajib dalam sistem pendidikan di Malaysia, namun
kepentingannya masih tidak dapat dirasai di dalam perlaksanaan matapelajaran tersebut (Wee 2004).
Kajian literatur menggambarkan bahawa subjek Pendidikan Jasmani di sekolah berada dalam krisis
kerana ketidakpastian fokus, status, akauntabiliti dan kegagalan bagi memenuhi kehendak pelajar
(Macdonald & Brooker 1997). Oleh itu, Pendidikan Jasmani dianggap sebagai mata pelajaran yang
paling terabai dan tersedikit diajar di sekolah-sekolah di Malaysia (Zainun 1988; De Vries 1995;
Shabeshan 1998). Ianya adalah berikutan apabila mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang sejak sekian
lama telah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah namun perlaksanaan serta
pengajarannya masih kurang dari berbagai aspek (Shabeshan 1998). Desma (2001) juga mendapati
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan khususnya di peringkat sekolah menengah sedang
mengalami ketidakstabilan, iaitu ia kurang diminati di kalangan pelajar. Antara masalah yang dikenal pasti
ialah pengabaian subjek Pendidikian Jasmani kerana ianya tidak diuji dalam peperiksaan, kekurangan
guru terlatih dalam bidang ini, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, tiada sokongan dari
sekolah dan ibu-bapa, cuaca yang tidak mengizinkan dan guru tidak jelas dengan matlamat Pendidikan
Jasmani (Hamdan 2002; De Vries 1995; Abu Bakar 1987; Daud 1985; Cheah 1985). Selain itu mata
pelajaran Pendidikan Jasmani juga dilihat sebagai satu subjek yang mengganggu kelancaran kurikulum
di sekolah (Hamdan 2002).

Masalah Pada Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Antara masalah utama dihadapi dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah masalah P&P. Guru
Pendidikan Jasmani perlu mempelbagaikan strategi pengajaran mereka agar semua pelajar berminat
belajar PJK. Kepelbagaian strategi pengajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan membantu
mereka menganggap bahawa mata pelajaran PJK sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan
ketika belajar (Zamri et al. 2004). Walau bagaimanapun pendekatan tradisional iaitu gaya pengajaran
rangsangan-tindak balas masih diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia sejak tahun 60-an lagi (Wee
1995). Pendekatan ini berbeza dengan strategi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
sepertimana yang dikehendaki dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani itu sendiri, iaitu
menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi
tumpuan peningkatan pelbagai kecerdasan murid (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Ia menjadi
semakin signifikan kerana kajian yang mengkaji bagaimana pelajar belajar PJK kurang dijalankan (Zamri
et al. 2004). Kebanyakan kajian dalam bidang PJK lebih menjurus kepada kajian tentang aktiviti di
padang dalam pelbagai jenis permainan dan sebagainya.Dalam kajian rintis yang telah dilakukan
pengkaji telah mendapati data-data yang signifikan terhadap kajian-kajian tersebut di atas. Didapati
daripada sejumlah 27 orang pelajar yang disoal selidik, 85.12% daripada mereka menyatakan tidak
pernah mempelajari PJK dengan menggunakan buku teks di samping keseluruhan daripada mereka
(100%) menyatakan tidak pernah mempelajari subjek PJK sama ada menggunakan internet, perisian
kursus mahupun apa-apa jenis media.

Masalah Sikap Guru Terhadap Matapelajaran PJK
 Didapati guru yang mengajar subjek PJK mempunyai sikap yang lemah terhadap matapelajaran tersebut
(Pusat Perkembangan Kurikulum 1997). Perkara ini dapat dibuktikan apabila satu kajian yang dibuat di
sekolah-sekolah sekitar Selangor, didapati tiada format pengajaran Pendidikan Jasmani yang standard
yang digunakan di sekolah yang terlibat dimana, kebanyakkan guru mengajar mengikut cara yang
difikirkan sesuai oleh mereka. Pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani juga didapati longgar iaitu
mengikut budi bicara guru yang melaksanakannya (Safani & Hamdan 2005). Disamping itu kebanyakan
guru yang mengajar PJK disekolah juga tidak dapat mengajar kesemua jenis permainan yang perlu
didedahkan kepada pelajar (Hamdan 2002). Kebiasaannya telah menjadi lazim di kebanyakan sekolah,
pelajar akan dibenarkan untuk bermain sendiri (bola sepak atau bola jaring mengikut jantina) atau
membuat membuat kerja sekolah di Pusat Sumber Sekolah (Hamdan 2002). Terdapat juga dari masa ke
masa kelas PJK digantikan oleh kelas subjek yang lain atas sebab-sebab seperti untuk mengejar silibus,
menggantikan kelas yang terganggu oleh perhimpunan pagi yang panjang, mengadakan ujian dan
membersihkan kawasan sekolah (Hamdan 2002). Dalam kajian rintis yang telah dibuat oleh pengkaji
terhadap pelajar-pelajar tingkatan satu, didapati guru-guru yang mengajar subjek PJK tidak mengajar
sepenuhnya mengikut sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan yang merangkumi tiga tunjang
                                                                58
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Hanya 14.8% sahaja menyatakan mereka
diajar topik bola sepak, 48.1% topik lari pecut dan 40.7% lagi dalam topik lontar peluru. Manakala bagi
topik-topik yang lain seperti kecergasan fizikal, gimnastik artistik, gimnastik pendidikan, pergerakan kreatif
dan ping pong tidak pernah diajar oleh guru kepada mereka (100%). Dalam kajian yang lain pula, Wee
(2004) mendapati persepsi guru mengenai kekurangan pengetahuan dan tidak keupayaan mereka
merancang pengajaran harian adalah sangat serius dalam mata pelajaran PJK. Dapatan yang diperolehi
dari sejumlah 1629 orang guru PJK, 82.4% daripada mereka bersetuju bahawa mereka boleh
menguruskan kelas tetapi hanya 53.7% sahaja yang bersetuju menyatakan mempunyai kebolehan
mengajar PJK. Kajian juga mendapati hanya 53.2% guru yang mengajar PJK boleh mengajar kemahiran
sukan, 57% daripada mereka boleh mengesan kelemahan pelajar dan 55% boleh membetulkan
kelemahan.

Masalah Sikap Pelajar Terhadap Matapelajaran PJK
Selain dari pengajaran guru didapati pelajar-pelajar juga kurang berminat untuk belajar PJK terutamanya
yang melibatkan aktiviti fizikal (Abdul Aziz 2001). Dalam satu kajian yang telah dibuat di negeri Perlis,
didapati hanya terdapat beberapa orang pelajar sahaja menunjukkan minat terhadap PJK dengan
menggunakan strategi pembelajaran yang bersesuaian (Zamri et al. 2004)). Kebanyakan pelajar didapati
menggunakan strategi pembelajaran PJK yang kurang sesuai (Desma 2001). Dalam kajiannya, Zamri et
al. (2004) mendapati pelajar aliran Sains mempunyai tanggapan bahawa subjek                 PJK adalah
membosankan dan tidak memberi apa-apa kepada mereka jika terlibat secara aktif. Dapatan ini
menunjukkan bahawa para pelajar menunjukkan sikap yang berlawanan dengan objektif yang digariskan
dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu murid perlu memahami dan menghayati
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup
cergas sebagai budaya Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999).

Masalah Kekurangan Guru Terlatih dalam Matapelajaran PJK
Kekurangan guru berkelayakan juga merupakan masalah yang sedang dihadapi dalam perlaksanaan
matapelajaran Pendidikan Jasmani. Wee (2004) menyatakan bahawa kekurangan guru PJK akan terus
wujud di sekolah-sekolah sedangkan di kebanyakan sekolah di Malaysia, jumlah pelajar yang perlu
ditangani oleh guru Pendidikan Jasmani adalah terlalu ramai untuk P&P yang kondusif. Kesannya, tugas
pengajaran Pendidikan Jasmani diagih-agihkan kepada guru-guru yang tidak mendapat sebarang latihan
rasmi dan mencukupi dalam bidang Pendidikan Jasmani. Angka mereka yang tidak terlatih ini biasanya
jauh lebih besar daripada guru Pendidikan Jasmani yang berkelayakan di sekolah-sekolah yang
ditemuduga. Sebagai contoh, di sebuah sekolah di Selangor, nisbah guru yang bertauliah mengajar
Pendidikan Jasmani ialah tiga orang berbanding sembilan belas orang yang tidak bertauliah. Ini
bermakna apabila tiada guru yang berkelayakan mengajar subjek ini, pengajaran diserahkan bulat-bulat
kepada guru yang tidak berkelayakan ( Safani & Hamdan 2005). Hasil kajian Wee (2004), menunjukkan
hanya 15.2% guru PJK mempunyai kelayakan dalam mengajar PJK manakala 21% tidak pernah
mengajar PJK sebelum ini. Hal ini berlaku dalam proses P&P PJK di mana guru-guru yang tidak
berkelayakan dibenarkan oleh pihak pentadbiran, malah diatur untuk mengajar subjek tersebut. Tinjauan
melibatkan empat puluh buah sekolah di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia mendapati nisbah
guru berkelayakan kepada guru tidak berkelayakan yang mengajar PJK ialah Selangor sebanyak 2:10,
Melaka, 2:7, Kelantan, 1:12 dan Pulau Pinang, 3:7 (Wee 2004).

Masalah Faktor Cuaca
Hamdan (2002) menyenaraikan faktor cuaca yang tidak mengizinkan adalah antara sebab pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilakukan. Faktor cuaca yang tidak menentu seringkali
menjadi penghalang kepada segala perancangan guru bagi mengajar di luar bangunan. Apabila waktu
hujan pelajar biasanya akan dibawa masuk ke dalam kelas dan secara automatik buku teks Pendidikan
Kesihatan akan digunakan bagi menggantikan pelajaran Pendidikan Jasmani. Keadaan ini menjejaskan
minat pelajar terhadap subjek PJK (Mohd Arif & Mohd Jasmy 2002). Daripada soal selidik yang dibuat
oleh pengkaji, majoriti pelajar bersetuju (100%) bahawa selama ini pelajaran PJK tidak dapat diteruskan
sama ada di padang atau dalam kelas apabila cuaca hujan melanda pada hari tersebut.

Tujuan Kajian
i.     Menganalisis PPBK Kecergasan Fizikal dalam mengatasi masalah P&P yang dihadapi dalam
       matapelajaran PJK. Sub tujuan ini melibatkan aspek-aspek seperti berikut:
       (a) Menganalisis PPBK Kecergasan Fizikal digunakan sama ada dapat menyelesaikan masalah
           P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK


                                                     59
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

ii.      Mendapatkan perbezaan signifikan PPBK Kecergasan Fizikal semasa P&P dalam matapelajaran
         PJK dari sudut perbezaan jantina dan perbezaan opsyen guru. Sub tujuan ini melibatkan aspek-
         aspek seperti berikut:
         (a) Mendapatkan perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru berdasarkan penyelesaian
             masalah P&P PJK selepas menggunakan PPBK Kecergasan mengikut perbezaan opsyen
             pengajaran mereka.

Persoalan Kajian
i.     Adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang digunakan dapat menyelesaikan masalah P&P dalam
       pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK?
ii.     Adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang digunakan mempunyai perbezaan signifikan dari aspek
       persepsi guru berdasarkan penyelesaian masalah P&P PJK selepas menggunakan PPBK
       Kecergasan mengikut perbezaan opsyen pengajaran mereka.

Hipotesis Kajian
Dalam kajian ini, hipotesis nol yang diuji adalah seperti berikut :

Hipotesis nol 1 : Tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru mengenai penyelesaian
masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan
opsyen pengajaran.

Tinjauan Kepustakaan
Dalam satu kajian yang dibuat, didapati perisian interaktif menggunakan kaedah tutorial dapat membantu
pelajar ballet mencapai keputusan yang tinggi dalam penulisan dan kelas praktikal tarian ballet (Fisher-
Stitt 1996). Manakala Arfan (2001) dalam kajian berkenaan penggunaan multimedia dalam P&P
Pendidikan Jasmani (sukan gelanggang) mendapati bahawa penerimaan responden terhadap
penggunaan multmedia dalam P&P kemahiran gelanggang khasnya dikalangan pelajar adalah positif.
Beliau juga mendapati bahawa dengan menggunakan perisian sewaktu P&P Pendidikan Jasmani akan
merangsang pelajar bekerjasama dalam pembelajaran kooperatif. Pelajar didapati berbincang bersama
rakan-rakan yang lain serta meniru pergerakan yang ditunjukkan melalui perisian (Wilkinson et al. 2000).
Mohd Arif dan Mohd Jasmy (2002) menjelaskan terdapat beberapa faktor yang membantu pelajar belajar
Pendidikan Jasmani dengan menggunakan perisian multimedia. Faktor-faktor tersebut termasuklah (i)
Pelajar boleh mengakses sendiri mata pelajaran - Sekiranya pelajar tidak hadir semasa guru mengajar
Pendidikan Jasmani pelajar masih boleh belajar sendiri tanpa mengira masa dan ketika secara berulang-
ulang kali dengan menggunakan perisian. (ii) Kelas Pendidikan Jasmani boleh terus berjalan walaupun
cuaca tidak mengizinkan. Faktor cuaca yang tidak menentu juga menjadi penghalang segala
perancangan guru bagi mengajar di luar bangunan. Walau bagaimanapun dengan adanya perisian
multimedia, guru masih boleh meneruskan pengajaran Pendidikan Jasmani dengan menggunakan bilik
tayangan di sekolah. (iii)Perisian menyediakan pembelajaran yang menarik. Apabila waktu hujan pelajar
biasanya akan dibawa masuk ke dalam kelas dan secara automatik buku teks Pendidikan Kesihatan
akan digunakan bagi menggantikan pelajaran Pendidikan Jasmani. Keadaan ini menjejaskan minat
pelajar terhadap subjek Pendidikan Jasmani. Kebanyakan pelajar kurang minat untuk belajar subjek PJK
kerana kaedah yang digunakan masih bersifat tradisional berbanding subjek lain seperti sains,
matematik, sejarah dan sebagainya yang telah mula menggunakan multimedia dalam pembelajaran.
Suasana bersifat interaktif dan berhibur antara daya tarikan terbaru dalam pengajaran dan pembelajaran

Selain daripada kebaikan penggunaan perisian kepada pelajar, ia juga memberikan impak yang positif
kepada guru. Mohd Arif dan Jasmy (2002) menjelaskan dalam kajian mereka bahawa, guru dapat
meningkatkan kefahaman mereka terhadap setiap kemahiran permainan bola tampar setelah
menggunakan perisian multimedia secara berulangkali. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa
penggunaan perisian multimedia mampu mengubah gaya pengajaran seorang guru Pendidikan Jasmani
dalam meningkatkan lagi kemahiran permainan bola tampar mereka. Googin et al. (1997) juga mendapati
guru pelatih juga mendapat manfaat dari penggunaan perisian dalam subjek PJK. Mereka boleh
memahirkan pelbagai gaya pengajaran melalui kombinasi pelbagai kaedah pengajaran               seperti
bimbingan rakan rakan sebaya, pemantauan guru pakar, main peranan, pengajaran pita video,
penyelidikan dan lain-lain lagi. Selain dari itu, kajian ini juga mendapati bahawa dengan menggunakan
pengajaran berasaskan teknologi komputer telah membantu guru-guru pelatih tersebut mengajar dengan
baik dengan pemantauan yang minima oleh pihak fakulti. Selain itu Mohd Arif dan Mohd Jasmy (2002)
mendapati perisian multimedia ini akan dapat mengatasi masalah guru PJK untuk menghabiskan sukatan
pelajaran tersebut. Perkara ini disebabkan kebanyakan guru yang mengajar PJK disekolah tidak dapat
mengajar kesemua jenis permainan yang perlu didedahkan kepada pelajar.
                                                                60
2nd International Malaysian Educational Technology Convention



Antara faktor yang membantu keberkesanan penggunaan perisian multimedia dalam peningkatan tahap
aktiviti fizikal dan kecergasan adalah disebabkan oleh paparan grafik yang terdapat pada perisian adalah
menarik (Everhart et al. 2002). Selain itu terdapat juga lain-lain faktor yang membantu keberkesanan
penggunaan perisian dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Umpamanya dalam kajian persepsi pelajar
terhadap penggunaan perisian pengajaran yang bertajuk “An interactive guide to volley ball” (1994) oleh
Wilkinson et al. (2000), telah mendapati bahawa pelajar mempunyai persepsi positif terhadap P&P yang
menggunakan perisian disebabkan oleh beberapa faktor. Di antara faktor-faktor itu termasuklah (i)
Kaedah Pengajaran yang baik - Melalui visualisasi. Persembahan visual yang menunjukkan kemahiran
dan teknik yang betul seperti melompat dan melakukan rejaman bola membantu pelajar mengingat
teknik-teknik tersebut. Didapati penggunaan video merupakan perkara yang paling utama membantu
mereka dalam membuat visualisaisi mengenai kemahiran bola tampar. Oleh itu penggunaan perisian
dapat membantu visualisasi pelajar. Melalui demonstrasi dengan menggunakan perisian pelajar boleh
mengulang-gulang gerakan beberapa kali, langkah-demi langkah serta pergerakan yang ditunjukkan
adalah secara berasaingan.(ii) Dapat melihat, merasa, mengerti tentang pembelajaran dan mencetuskan
motivasi. Didapati persepsi pelajar mengenai psikomotor dan kognitif mereka dalam kemahiran bola
tampar juga meningkat setelah menggunakan perisian tersebut. Pelajar cuba mengaplikasi konsep
pergerakan serta prinsip-prinsipnya serta membangunkan kemahiran motor mereka setelah melihat
perisian tersebut. Pelajar juga mendapati pengunaannya perisian merupakan satu perkara baru dalam
Pendidikan Jasmani dan ini mencetuskan motivasi kepada mereka (Wilkinson et al. 2000).

Responden Kajian
Sampel bagi kajian penggunaan PPBK Kecergasan Fizikal dalam pengajaran dan pembelajaran
melibatkan guru PJK Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang. Mereka
terdiri dari:
i.       Dua orang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang opsyen dalam mata pelajaran tersebut
ii.      Lima orang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang bukan opsyen dalam mata pelajaran
         tersebut

Rekabentuk Kajian
Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah tinjauan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan
penggunaan perisian PPBK ini dalam mengatasi permasalahan kajian dan soalan-soalan kajian yang
telah dikenal pasti. Data-data yang diperolehi melalui instrumen soal selidik adalah dalam bentuk
kuantitatif yang diperlukan untuk menganalisis data dalam bentuk diskriptif dan inferensi iaitu dalam
bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Bagi menilai perisian kursus yang siap dibangunkan
pula, responden diberikan soalan penilaian sumatif dalam bentuk soal selidik yang direka bentuk oleh
pengkaji sendiri berdasarkan tujuan dan objektif kajian ini. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji bagi
menganalisis keperluan pengguna dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran PJK adalah
dengan menggunakan soal selidik. Instrumen soal selidik tersebut diberikan kepada guru dan pelajar
untuk mendapatkan data dari mereka.

Tatacara Analisis Data
Untuk menganalisis data yang diperolehi dari soal selidik, pengkaji menggunakan perisian statistik jenis
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS Version 11.0.(2001) for Windows). Data-data yang
diperolehi dianalisis untuk mendapatkan nilai min, frekuensi dan ujian t. Untuk mengintrepretasi data yang
diperolehi pengkaji merujuk kepada tatacara analisis data oleh Rossafri (2004). Oleh itu pengkaji
menetapkan min penengah pada tahap 3.50 bagi mendapatkan tahap keberkesanan min. Daripada
dapatan yang diperolehi, sekiranya, purata min keseluruhan kurang dari tahap tersebut, pengkaji
beranggapan perisian PPBK yang direkabentuk tidak dapat menyelesaikan masalah dan menjawab
persoalan kajian. Manakala jika tahap purata min keseluruhan melebihi tahap 3.50, ini menandakan
perisian yang dibina mampu menjawab soalan kajian dan menyelesaikan masalah kajian. Bagi tujuan
menguji hipotesis untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh
ubah bersandar, maka statistik inferensi yang digunakan adalah ujian-t tidak bersandar. Sebanyak satu
hipotesis diuji oleh pengkaji bertujuan untuk mengenal pasti perbandingan persepsi guru mengenai
penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut
perbezaan opsyen pengajaran.




                                                   61
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Dapatan Kajian
Analisa data menerusi jadual 1 adalah untuk menjawab persoalan kajian iaitu adakah PPBK Kecergasan
Fizikal yang dibangunkan dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi
guru-guru yang mengajar subjek PJK.

Untuk mengetahui sama ada PPBK Kecergasan Fizikal yang dibangunkan dapat menyelesaikan masalah
P&P dalam pengajaran PJK, maka sebanyak 8 item soalan telah dikemukakan oleh pengkaji kepada
guru. Item-item soalan yang terlibat di dalam soal selidik guru adalah bermula dari item 1 hingga item 8
seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1 .

Item 1 dikemukan kepada guru untuk mengetahui sama ada perisian PPBK Kecergasan Fizikal dapat
membantu guru mempelbagaikan stratergi P&P PJK mereka. Daripada jawapan yang dikemukan oleh
mereka didapati sebanyak 57.1% (n=4) responden menyatakan sangat setuju dan 42.9% (n=3)
reponden lagi menyatakan setuju bahawa perisian PPBK Kecergasan Fizikal dapat membantu mereka
mempelbagaikan stratergi P&P PJK mereka.Min bagi item ini adalah 4.57.

Jadual 1: Peratus kekerapan skor, min dan sisihan piawai PPBK Kecergasan Fizikal yang dibangunkan
dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru yang mengajar subjek
PJK.

                                                                     % Kekerapan Skor                  Sisihan
BIL                         ITEM                                                            N   Min
                                                          SS           S    KS    TS  STS              piawai
1        Perisian PJK merupakan                          57.1         42.9   0     0   0    7   4.57    0.535
         penyelesaian masalah terhadap
         kekurangan ilmu pedagogi PJK saya
         selama ini
2        Kemahiran mengajar PJK saya                     28.6        71.4   0    0    0     7   4.29    0.488
         meningkat selepas meneroka
         perisian ini
3        Saya mempunyai pengetahuan                      57.1        42.9   0    0    0     7   4.57    0.535
         tentang kecergasan fizikal selepas
         meneroka perisian ini
4        Saya dapat menunjukcara latihan                 57.1        42.9   0    0    0     7   4.57    0.535
         kecergasan fizikal kepada pelajar
         selepas meneroka perisian ini
5        Saya berasa yakin untuk mengajar                57.1        42.9   0    0    0     7   4.57    0.535
         tajuk kecergasan fizikal selepas
         meneroka perisian ini
6        Perisian PJK dapat membantu P&P                 71.4        28.6   0    0    0     7   4.71    0.488
         PJK terus berjalan walaupun pada
         masa hujan atau dibulan puasa
7        Saya yakin minat pelajar terhadap               71.4        28.6   0    0    0     7   4.71    0.488
         mata pelajaran PJK akan bertambah
         selepas melihat perisian ini
8        Dengan menggunakan perisian ini,                71.4        28.6   0    0    0     7   4.71    0.488
         ianya dapat
         membantu untuk perlaksanaan
         silibus yang teratur yang sering kali
         gagal dilaksanakan disekolah
                                                                                                4.65    0.161
MIN KESELURUHAN MENGATASI MASALAH P&P PJK BAGI GURU

Apabila diajukan item 2 kepada guru bagi mengetahui apakah kemahiran mengajar PJK mereka akan
meningkat selepas mereka meneroka perisian ini maka rata-rata daripada mereka memberikan jawapan
yang positif iaitu 28.6% (n=2) menyatakan sangat setuju dan selebihnya iaitu 71.4% (n=5 lagi setuju
dengan min keseluruhan bagi item ini adalah 4.29. Guru-guru juga diajukan dengan item 3 yang
mengandungi pernyataan bahawa selepas mengakses perisian PPBK Kecergasan Fizikal, mereka kini
mempunyai pengetahuan dalam kecergasan fizikal. Daripada respon yang diberikan terhadap item
tersebut didapati sebanyak 57.1% (n=4) guru menyatakan sangat setuju manakala 42.4% (n=3) guru lagi
menyatakan setuju dengan pernyataan item 3 tersebut. Min bagi item ini adalah 4.57.

                                                                62
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Seterusnya item 4 diajukan kepada responden bertujuan untuk mengetahui sama ada selepas meneroka
perisian PPBK Kecergasan Fizikal, mereka dapat menunjukkan cara latihan senaman kecergasan fizikal
kepada pelajar mereka. Rata-rata daripada responden menyatakan jawapan yang positif tentang item 4
ini dimana 57.1% (n=4) daripada mereka menyatakan sangat setuju dan 42.4% (n=3) lagi menyatakan
setuju dengan pernyataan tersebut dengan min bagi item ini adalah 4.57. Bagaimana pula tentang
kemahiran mereka, adakah kemahiran guru akan meningkat sejajar dengan pengetahuan mereka?
Daripada data yang diperolehi menerusi item 5 didapati sebanyak 57.1% (n=4) daripada bilangan
responden menyatakan mereka sangat setuju dan 42.4% (n=3) responden lagi menyatakan setuju bagi
menyatakan keyakinan diri mereka untuk mengajar tajuk kecergasan fizikal selepas mereka meneroka
perisian ini. Min bagi item ini juga adalah 4.57. Bagi melihat pandangan responden mengenai perisian
PPBK Kecergasan Fizikal, sama ada dengan menggunakannya membantu P&P PJK untuk terus berjalan
walaupun pada masa hujan atau dibulan puasa, maka pengkaji mengemukakan item 6 kepada mereka.
Daripada respon yang diperolehi menerusi item 6 ini kebanyakan guru iaitu sebanyak 71.4% (n=5)
menyatakan mereka sangat setuju bahawa dengan menggunakan perisian PPBK Kecergsan Fizikal akan
membantu P&P PJK mereka untuk terus berjalan walaupun pada masa hujan atau dibulan puasa
manakala 28.6% (n=2) lagi setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item ini adalah 4.71.

Item 7 dibina untuk mengetahui persepsi guru tentang keyakinan mereka terhadap minat pelajar terhadap
mata pelajaran PJK akan bertambah selepas menggunakan perisian PPBK Kecergasan Fizikal, maka ini
kebanyakan guru iaitu sebanyak 71.4% (n=5) menyatakan sangat setuju dan selebihnya iaitu 28.6%
(n=2) lagi setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 7 ini adalah 4.71. Seterusnya item 8 diajukan
kepada responden yang bertujuan untuk meninjau pendapat guru mengenai perisian PPBK Kecergasan
Fizikal sama ada ia mampu membantu guru untuk perlaksanaan silibus yang lebih teratur yang seringkali
gagal dilaksanakan di sekolah. Daripada maklumbalas yang diberikan oleh guru, sebanyak 71.4% (n=5)
daripada mereka menyatakan sangat setuju dan selebihnya iaitu 28.6% (n=2) lagi setuju dengan
pernyataan bahawa perisian PPBK Kecergasan Fizikal mampu membantu guru untuk perlaksanaan
silibus yang lebih teratur yang seringkali gagal dilaksanakan disekolah. Min bagi item ini adalah 4.71.

Min keseluruhan daripada keseluruhan item-tem ini adalah 4.65. Skor ini dianggap tinggi iaitu
menghampiri nilai skor min maksimum iaitu 5.00 dan juga melepasi tahap keberkesanan perisian yang
telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu 3.50.

Hipotesis
Hipotesis nol 1 pula menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru
mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal
mengikut perbezaan opsyen pengajaran.
                             Opsyen                N                       Min                 Sisihan piawai
PENYELESAIAN                 Opsyen                2                       4.68                      0.321
MASALAH P&P PJK
                          Tidak Opsyen             7                       4.64                      0.111


Jadual 2: Min dan sisihan piawai bagi pemboleh ubah tidak bersandar (opsyen) bagi aspek persepsi
mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal.

Merujuk kepada jadual 2 didapati bahawa min persepsi guru yang opsyen dalam matapelajaran PJ
terhadap penggunaan perisian PPBK Kecergasan Fizikal dapat menyelesakan masalah P&P dalam
pengajaran PJK adalah 4.68 dengan sisihan piawainya iaitu 0.321. Bagi min persepsi guru yang bukan
opsyen dalam mata pelajaran PJ pula terhadap penggunaan perisian PPBK Kecergasan Fizikal dapat
menyelesakan masalah P&P mereka dalam pengajaran PJK, bacaan min yang diperoleh adalah 4.64
dengan sisihan piawainya iaitu 0.111. Didapati min bagi kedua-dua pembolehubah tersebut menghampiri
skor 5 iaitu nilai bagi sangat setuju.

Seterusnya Jadual 3 pula menunjukkan dapatan analisis ujian-t bagi kajian ini. Aras signifikan 2-arah (2-
tailed) yang digunakan ialah 0.05. Daripada ujian yang dijalankan nilai signifikannya adalah 0.42 iaitu
melebihi nilai α/2 iaitu 0.025 (2-tailed). Oleh kerana nilai signifikan yang diperolehi tersebut adalah
melebihi nilai 0.025 (2-tailed), maka hipotesis nol 2 adalah diterima. Oleh itu, dapatlah dibuat kesimpulan
bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru mengenai penyelesaian masalah


                                                    63
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan opsyen
pengajaran.

Jadual 3: Ujian t bagi sampel tidak bersandar (opsyen) bagi aspek persepsi mengenai penyelesaian
masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal.

                                                          Ujian Levene's                                 Sig.
                                                                             Sig.    Nilai t    Df
                                                                 F                                     (2-arah)
                                 Equal variances
                                                                     7.372   0.042   0.311      5       0.769
      Penyelesaian               assumed
     Masalah P&P Pjk             Equal variances
                                                                                     0.195     1.098    0.875
                                 not assumed


Perbincangan Persoalan Kajian Satu
Persoalan kajian satu adalah untuk mendapatkan jawapan sama ada PPBK Kecergasan Fizikal yang
dibangunkan dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru
yang mengajar subjek PJK. Untuk mendapatkan maklumat bagi persoalan kajian tersebut maka pengkaji
telah mengemukakan sebanyak 8 item soalan untuk dijawab oleh guru bermula dari item 1 hingga 8
menerusi soal selidik guru. Daripada dapatan yang diperolehi melalui lapan item tersebut min
keseluruhannya adalah 4.65. Nilai min yang diperolehi ini adalah melebihi tahap keberkesanan min yang
ditetapkan oleh pengkaji iaitu 3.50. Oleh kerana nilai min yang diperolehi ini adalah melepasi tahap
keberkesanan min, maka pengkaji beranggapan bahawa perisian yang dibina dapat menyelesaikan
masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK.

a)       PPBK Kecergasan Fizikal membantu guru didalam strategi P&P PJK
Untuk mendapatkan persepsi guru mengenai manfaat yang akan diperolehi dalam mempelbagaikan
strategi P&P PJK, maka 3 item soalan diajukan kepada mereka. Item-item tersebut iaitu item 1 hingga 3
adalah menyentuh persoalan sama ada sebelum atau semasa penggunaan perisian ini para guru akan
memperolehi manfaat daripadanya iaitu dari segi mempelbagaikan stratergi P&P, meningkatkan
kemahiran mengajar serta manambah pengetahuan dalam aktiviti kecergasan fizikal mereka dalam
subjek PJK. Hasil daripada skor min bagi ketiga-tiga item tersebut adalah di antara 4.29 hingga 4.57.
Skor min bagi ketiga-tiga item ini adalah melebihi nilai min bagi tahap keberkesanan min perisian yang
telah ditetapkan oleh pengkaji terlebih dahulu iaitu 3.50. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa PPBK
Kecergasan Fizikal membantu guru dalam mempelbagaikan strategi P&P PJK mereka. Oleh itu dapatlah
disimpulkan bahawa PPBK Kecergasan Fizikal yang dibina adalah selaras dengan kehendak sukatan
matapelajaran Pendidikan Jasmani Jasmani iaitu menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran secara
kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi tumpuan peningkatan pelbagai kecerdasan murid (Pusat
Perkembangan Kurikulum 1999). Dapatan ini juga diperkukuhkan lagi dengan dapatan dari kajian Zamri
et al. (2004) yang mendapati bahawa kepelbagaian strategi pengajaran dapat menarik minat pelajar
untuk belajar dan menganggap matapelajaran PJK sebagai satu matapelajaran yang menyeronokkan
ketika belajar.

b)          PPBK Kecergasan Fizikal memberi kebaikan kepada guru dalam meningkatkan
            kemahiran P&P mereka
Untuk mendapatkan kepastian sama ada PPBK Kecergasan Fizikal memberi kebaikan kepada guru
dalam meningkatkan kemahiran P&P mereka, maka item 4 dan 5 diajukan kepada mereka. Item-item
tersebut adalah untuk membantu pengkaji untuk mendapatkan persepsi guru sama ada selepas
mengakses perisian ini, mereka dapat menunjukkan cara latihan senaman kecergasan fizikal kepada
pelajar serta yakin untuk mengajar tajuk tersebut. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, min bagi
kedua-dua item tersebut adalah 4.57. Skor min yang diperolehi ini ternyata sekali melebihi nilai min 3.50
iaitu nilai tahap keberkesanan min yang telah ditetapkan. Ini menunjukkan bahawa PPBK Kecergasan
Fizikal dapat membantu guru meningkatkan kemahiran P&P PJK mereka dimana guru akan berasa yakin
untuk menunjukkan cara latihan senaman kecergasan fizikal kepada pelajar serta yakin untuk mengajar
tajuk tersebut setelah mengakses perisian ini. Dapatan ini menyokong kajian yang telah dibuat oleh
Googin, Finkenberg, dan Morrow (1997) terhadap sekumpulan guru pelatih, dimana mereka mendapati
bahawa guru-guru pelatih tersebut telah mengajar dengan yakin dan baik apabila menggunakan
pengajaran PJK berasaskan kepada teknologi komputer.



                                                                64
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

a) PPBK kecergasan Fizikal membantu P&P subjek Pendidikan Jasmani dijalankan walaupun
     pada masa yang tidak mengizinkan
Bagi mendapatkan pandangan guru mengenai perisian PPBK Kecergasan Fizikal, sama ada ia dapat
membantu P&P PJK untuk terus berjalan walaupun pada masa hujan atau dibulan puasa, maka item 6
diajukan kepada mereka. Daripada dapatan yang diperolehi min bagi item tersebut adalah 4.71 iaitu
melebihi nilai 3.50 pada tahap keberkesanan min. Dapatan ini menunjukkan bahawa PPBK Kecergasan
Fizikal dapat membantu P&P PJK untuk terus berjalan walaupun pada masa hujan atau dibulan puasa.
Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi dengan dapatan yang diperolehi oleh Mohd Arif dan Jasmy (2002)
yang menyatakan bahawa dengan menggunakan perisian multimedia guru-guru masih boleh
meneruskan pengajaran Pendidikan Jasmani walaupun faktor cuaca yang tidak menentu dengan
menggunakan bilik tayangan di sekolah.

e)      PPBK Kecergasan Fizikal membantu menarik minat pelajar terhadap subjek PJK
Untuk mengetahui sama ada dengan menggunakan perisian ini akan membantu menarik minat pelajar
terhadap terhadap subjek PJK, maka item 7 diajukan kepada guru untuk mendapatkan persepsi mereka.
Hasil daripada dapatan yang diperolehi, didapati min bagi item ini adalah 4.71. Min yang diperolehi
adalah melebihi min tahap keberkesanan min yang telah ditetapkan iaitu 3.50. Dapatan ini menunjukkan
bahawa majoriti guru bersetuju bahawa PPBK Kecergasan Fizikal membantu menarik minat pelajar
terhadap subjek PJK. Oleh pengkaji berpendapat bahawa PPBK Kecergasan Fizikal perlu digunakan oleh
guru dalam mencetuskan motivasi pelajar dalam subjek PJK. Dapatan yang diperolehi ini menyokong
terhadap dapatan kajian oleh Wilkinson et. al (2000) yang menyatakan pelajar mendapati penggunaan
perisian merupakan satu perkara baru dalam Pendidikan Jasmani dan membantu mencetuskan motivasi
kepada golongan pelajar.

f)       PPBK Kecergasan membantu para guru untuk perlaksanaan silibus yang lebih teratur
Untuk mendapatkan maklumat dan persepsi para guru sama ada perisian PPBK Kecergasan Fizikal
benar-benar membantu mereka dalam perlaksanaan silibus yang lebih teratur, maka item 38 diajukan
kepada mereka. Daripada dapatan yang diperolehi min bagi item 8 ini adalah 4.71, iaitu melebihi kepada
nilai tahap keberkesanan perisian yang ditetapkan sebelum ini iatu 3.50. Dapatan ini menunjukkan
majoriti guru mempunyai persepsis bahawa PPBK Kecergasan Fizikal dapat membantu guru dalam
perlaksanaan silibus yang lebih teratur yang seringkali gagal dilaksanakan di sekolah. Dapatan yang
diperolehi dari kajian ini menyokong dapatan kajian oleh Mohd Arif dan Jasmy (2002) iaitu perisian
multimedia akan mengatasi masalah guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran PJK. Oleh itu dengan
menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal akan dapat membantu guru untuk mengajar subjek PJK
mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sepertimana yang telah ditetapkan.

Implikasi Dapatan Kajian Satu
Melalui dapatan yang diperolehi dari persoalan kajian satu, menunjukkan bahawa perisian PPBK
Kecergasan Fizikal yang dibangunkan dapat dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK
menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK. Diantara masalah yang dihadapi dalam subjek
PJK adalah guru Pendidikan Jasmani tidak mempelbagaikan strategi pengajaran mereka agar semua
pelajar berminat belajar PJK di dalam kelas. Seterusnya melalui kajian rintis yang telah dilakukan oleh
pengkaji telah mendapati bahawa para pelajar tidak pernah mempelajari PJK dengan menggunakan buku
teks, internet, perisian kursus maupun apa-apa jenis media. Safani Bari dan Hamdan Mohd Ali (2005)
pula mendapati bahawa tiada guru yang berkelayakan mengajar PJK dan pengajaran matapelajaran
tersebut diserahkan bulat-bulat kepada guru yang tidak berkelayakan. Selain itu pula Hamdan (2002)
menyenaraikan faktor cuaca yang tidak mengizinkan adalah antara sebab pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani tidak dapat dilakukan. Pembinaan PPBK Kecergasan Fizikal memberikan implikasi
positif terhadap masalah yang dihadapi dalam P&P PJK tersebut. Daripada dapatan yang diperolehi
guru-guru yang tidak opsyen yang mengajar subjek ini telah menunjukkan minat serta mempunyai
keyakinan untuk mengajar subjek ini selepas mereka mengakses perisian ini beberapa kali. Selain itu
juga mereka dapat mempelbagaikan pendekatan P&P mereka bagi menarik minat pelajar untuk
mempelajari subjek ini. Mereka juga merasa yakin bahawa PPBK Kecergasan Fizikal dapat membantu
mereka untuk mengajar subjek PJK mengikut silibus yang telah ditetapkan mengikut Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani. Oleh itu sebahagian daripada masalah kekurangan guru PJK dapat diatasi dengan
penggunaan perisian kursus dalam matapelajaran PJK. Seterusnya dengan adanya PPBK Kecergasan
Fizikal, P&P PJK akan terus dapat dijalankan di dalam kelas walaupun keadaan cuaca tidak
mengizinkan.



                                                  65
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Dua
Persoalan kajian dua pula adalah berkaitan dengan hipotesis nol satu yang berkaitan antara
penyelesaian masalah P&P PJK selepas menggunakan perisian dengan memanipulasikan faktor opsyen
pengajaran guru yang mengajar subjek PJK. Dapatan kajian menunjukkan hipotesis nol 1 diterima di
mana tiada perbezaan yang signifikan antara opsyen pengajaran guru yang mengajar subjek PJK
terhadap penyelesaian masalah P&P PJK apabila nilai signifikannya adalah 0.42 iaitu melebihi nilai α/2
iaitu 0.025 (two tailed). Disini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan
dari aspek persepsi guru mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan
PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran.

Implikasi Dapatan Kajian Dua – Hipotesis Nol 1
Hipotesis nol 1 pula menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru
mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal
mengikut perbezaan opsyen pengajaran. Hipotesis nol ini diterima berdasarkan dapatan yang tidak
menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan antara guru opsyen PJK dan guru bukan opsyen iaitu
min guru yang opsyen dalam matapelajaran PJ terhadap penggunaan perisian PPBK Kecergasan Fizikal
dapat menyelesakan masalah P&P dalam pengajaran PJK adalah 4.68 sementara persepsi guru yang
bukan opsyen min yang di dapati adalah 4.64 iaitu menghampiri skor 5 iaitu nilai bagi sangat setuju.

Maka implikasi daripada dapatan hipotesis nol 2 ini dapat membawa suatu perubahan persepsi bagi
guru-guru yang mengajar PJK terutama guru bukan opsyen PJK untuk lebih berkeyakinan mengajar
subjek ini. PPBK ini juga dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan ilmu dan kemahiran guru
PJK terutama guru-guru yang bukan opsyen dalam PJK. Guru-guru boleh menggunakan perisian ini
sama ada untuk diteroka dahulu sebelum mengajar atau digunakan semasa P&P untuk ditayangkan
kepada pelajar terutama pada waktu hari hujan atau bulan puasa.

Rujukan
Abdul Aziz Ayub. (2001). Tahap kematangan, personaliti, kebimbangan dan motivasi dalam satu
        pembelajaran aktiviti fizikal di kalangan pelajar sekolah menengah: Satu tinjauan. Latihan Ilmiah.
        Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Shukor Abdullah. (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan
        Jasmani:Pendidikan Jasmani
Abu Bakar Miskon. (1987). Persepsi guru-guru bukan opsyen pendidikan pendidikan jasmani yang
        mengajar pendidikan jasmani terhadap pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah.
        Latihan Ilmiah. University Pertanian Malaysia.
Ali Abdul Halim Mahmud. (1992). Tarbiyah al- Nasyi’ al muslim. Cetakan pertama. Mansourah: Dar al-
        Wafa’. An interactive guide to volleyball. (1994). CD ROM. Renton, WA:SISU Software.
Arfan Abdullah Borhan @ Rafael Lili. (2001). Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan
        pembelajaran PJK (sukan gelanggang). Kajian di beberapa buah sekolah di Daerah Hulu Langat,
        Selangor. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bucher, C.A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company.
Cheah Swee Ming. 1985. Isu-isu Pendidikan Jasmani. Jurnal Pendidikan. 11: pp. 14-18.
Colfer, G.R., Hamilton, K.E. & Magill, R.A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown
        Publisher.
Daucer , V.P. & Pangrazi, R.P. (1986). Dynamic Physical education for elementary school children. Ed.
        ke-8. New York. Burges Publishing.
De Vries. (1995). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan-satu dilema. Kertas kerja Seminar Pendidikan
        Jasmani dan Sukan menjelang tahun 2000. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.
Desma Desa. (2001). Strategi pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: satu kajian kes. Latihan
        Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Everhart, B., Harshaw, C., Everhart B., Kernodle, M. & Stubblefield, E. (2002). Multimedia softwares
        Effect on high school physical education student’s fitness pattern. The Physical Educator:
        pp. 151-155.
Fisher-Stitt. (1996). Effect of an interactive multimedia computer tutorial on students’ understanding of
        ballet allegro terminology. Disertasi PHD. Temple University.
Freeman, W.H . (1977). Physical Education in a Changing Society. Boston: Houghton Mifflin Co.
Googin, N.L., Finkenberg, M.E. & Morrow, J.R. (1997). Instructional technology in higher education.
        Quest . 49(8), pp. 280-290.
Hamdan Mohd Ali. (2002). The British colonial legacy: Sport and politics in multi-ethnic Malaysia
        1800-2000. Tesis Phd. The University of Warwick, U.K.

                                                                66
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Harmon, P. (1978). The measurement of affective education. Journal of Physical Education and Dance.
         67(8), pp. 41-44.
Hattie, J., Marsh, H.W., Neill, J.T. & Richards, G.F. (1997). Adventure education and outward bound: Out
         of class experiences that make a lasting difference. Review of Education Researc, 67(1),
         pp. 48-87.
Jenny , J.H. (1961). Physical Education, Health Education and Recreation: Introduction to Profesional
         Preparation for Leadership. New York: Macmillan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Sekolah bestari di Malaysia: suatu lonjakan saujana. Kertas
         Seminar Sekolah Bestari.
Lawson, H.A. dan Placek, J.H. (1996). Physical education curricular alternatives. Boston: Allyn Bacon
Macdonald, D. & Brooker, R. (1997). Moving beyond the crisis in secondary physical education: An
Australian initiative. Journal of Teaching in Physical Education, 16, pp. 155-175.
Mohd Arif Hj Ismail & Mohd Jasmy Abd Rahman (2002). Implikasi teknologi maklumat dan komunikasi ke
         atas gaya pengajaran Pendidikan Jasmani. Fokus terhadap kemahiran permainan bola tampar.
         Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan 2002, hlm. 375-391.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1997). Kajian pengesanan pengajaran Pendidikan Jasmani dan
         Kesihatan: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pusat Perkembangan Kurikulum.1999.
         Kurikulum      abad     ke-21.   (Atas    talian)  http://www.ppk.kpm.my/sphsp/kuri1.htm     dan
         http://www.ppk.kpm.my/sphsp/kuri2.htm (20 November, 2002)
Pusat Perkembangan Kurikulum.(1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Jasmani.
Safani Bari Hamdan Mohd Ali. 2005. Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan(atas
         talian) Khas http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdf
         (1 Disember 2006).
Shabsehan R. (1998). Health related fitness. Curriculum outlook and implemantation problems. Masalah
         Pendidikan.
Wee Eng Hoe (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ed. ke-2. Shah Alam: Penerbit
         Fajar Bakti.
Wee Eng Hoe. (2004). Keperluan latihan dalaman untuk guru Pendidikan Jasmani. Prosiding Pendidikan
         Sukan dan Rekreasi 2004, hlm. 70-81.
Zainun Ishak. (1988). Appraising the Effectiveness of Physical and Health Education in the School
         Curriculum in Malaysia. MAPESSAF. 4.
Zamri Mahamod, Tajul Arifin Muhamad, Ruslin Amir & Desma Desa. (2004). Strategi Pembelajaran
         Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Satu Tinjauan. Prosiding Pendidikan Sukan dan Rekreasi,
         hlm. 255-266.




                                                   67

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Pengenalan kepada pendidikan pemulihan
Pengenalan kepada pendidikan pemulihanPengenalan kepada pendidikan pemulihan
Pengenalan kepada pendidikan pemulihanGolden Man
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 
Ge2033 report kump d pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihanGe2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d pend pemulihanMuhamad Sulhelmi
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasUmmi Maim
 
Pengenalan kepada pendidikan_pemulihan
Pengenalan kepada pendidikan_pemulihanPengenalan kepada pendidikan_pemulihan
Pengenalan kepada pendidikan_pemulihanIjat Zaleha
 
pengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanpengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanshockgadof
 
Peranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasPeranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasRosilawati Razali
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellfiro HAR
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanNur Syafira
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiSanitah Yusof
 
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifawin awin
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...PBK0619MohamadAkmalB
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docwanhafshah
 

Mais procurados (20)

Safani ukm
Safani ukmSafani ukm
Safani ukm
 
Pengenalan kepada pendidikan pemulihan
Pengenalan kepada pendidikan pemulihanPengenalan kepada pendidikan pemulihan
Pengenalan kepada pendidikan pemulihan
 
Minggu 7
Minggu 7Minggu 7
Minggu 7
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
Ge2033 report kump d pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihanGe2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d pend pemulihan
 
Complete pengurusan pembelajaran
Complete pengurusan pembelajaranComplete pengurusan pembelajaran
Complete pengurusan pembelajaran
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khas
 
Pengenalan kepada pendidikan_pemulihan
Pengenalan kepada pendidikan_pemulihanPengenalan kepada pendidikan_pemulihan
Pengenalan kepada pendidikan_pemulihan
 
Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
pengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanpengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulan
 
Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumPengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum
 
Peranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasPeranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khas
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
 
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
Kps 3014
Kps 3014Kps 3014
Kps 3014
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
 

Semelhante a Artikel 39 kpt 6043

toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdfMUHAMADAIZATBINMDYUS
 
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia PasifikMUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifikmuhammadakbarzahidi
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikelSiew Sin Wong
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...PPDMARADONGCM12Moe
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakD'ba Rosle
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 

Semelhante a Artikel 39 kpt 6043 (20)

toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia PasifikMUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
cabis
cabiscabis
cabis
 
3
33
3
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 
Paper_Jaflus
Paper_JaflusPaper_Jaflus
Paper_Jaflus
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 

Último

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Último (12)

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

Artikel 39 kpt 6043

  • 1. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Pembangunan Dan Penilaian Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (Ppbk) Multimedia Interaktif Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu Bagi Tajuk “Kecergasan Fizikal” Dr. Mohd. Arif Ismail, Mohd Haizam bin Ahmad,* Dr. Rosnaini Mahmud Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. *Universiti Putra Malaysia, Serdang Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membangun perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bagi tajuk “Kecergasan Fizikal” berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Rekabentuk penyelidikan yang digunakan adalah kaedah tinjauan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian PPBK ini dalam mengatasi permasalahan kajian dan soalan-soalan kajian yang telah dikenal pasti. Data-data yang diperolehi melalui instrumen soal selidik adalah dalam bentuk kuantitatif bagi menganalisis data dalam bentuk diskriptif dan inferensi iaitu dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Data dianalisa menggunakan perisian SPSS Versi 16. Kajian ini melibatkan 7 orang guru PJK yang terdiri daripada 2 orang guru opsyen dan 5 orang guru yang bukan opsyen dari SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan kesemua responden bersetuju bahawa perisian ini membantu guru menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran dan pengajaran PJK. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada purata min keseluruhan item bagi guru adalah 4.65. Melalui dapatan yang diperolehi didapati bahawa PPBK Kecergasan Fizikal yang diaplikasikan dalam P&P dapat dapat menyelesaikan masalah pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK. Pendahuluan Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia (Safani & Hamdan 2005). Dalam konteks hubungan antara pendidikan jasmani dengan pendidikan formal, pendidikan jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat (De Vries 1995). Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat melalui sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian akan menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkumpul daripada satu generasi ke satu generasi. Sebagai salah satu dari institusi pengajian formal, subjek Pendidikan Jasmani yang diajar di sekolah turut dirangkumkan ke dalam kurikulum persekolahan. Sebagai contoh, melalui Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah telah menekan betapa pentingnya Pendidikan Jasmani perlu dijalankan di setiap sekolah (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999).Pendidikan Jasmani didefinisikan sebagai pendidikan pergerakan, pendidikan mengenai pergerakan dan pendidikan dalam pergerakan (Daucer & Pangrazi 1998). Ia merupakan satu proses bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki (Wee 1995). Pendidikan Jasmani secara sinonimnya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan fizikal manusia yang bertujuan untuk memberikan kecergasan, kekuatan, kesihatan yang baik melalui pergerakan badan yang terancang dan bersistematik sama ada secara individu atau berkumpulan. Oleh itu dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini diharap manusia mampu melaksanakan aktiviti harian yang lain dengan cergas dan ceria (Ali 1992). Melalui proses pendidikan di dalam kelas PJK akan memberikan peluang kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses pembelajaran melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal. Colfer et al. (1986) berpendapat PJK merupakan satu proses pembelajaran yang berorientasikan tugasan dan dapat menghasilkan kejayaan kepada sesuatu kumpulan pelajar. Oleh itu, mata pelajaran ini memerlukan satu pendekatan pengajaran yang lebih mantap supaya mampu menghasilkan proses pendidikan yang menyeluruh dan berkesan. Meskipun Pendidikan Jasmani memberi penekanan mengenai aktiviti fizikal, ia sebenarnya juga melibatkan hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal. Ini adalah kerana matlamat Pendidikan Jasmani adalah untuk mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial (Jenny 1961). Sebagai contoh, antara objektif utama dalam subjek PJK adalah berdasarkan tiga domain utama iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif (Harmon 1978; Bucher 1979; Hattie et al. 1997). Menurut Abdul Shukor (1999) Pendidikan Jasmani bukan sahaja membantu murid menjadi cergas, aktif, bahkan juga memberikan mereka pengetahuan melalui pemupukan kemahiran, nilai dan amalan kecergasan. Oleh itu, Pendidikan Jasmani bukanlah hanya pendidikan aktiviti fizikal
  • 2. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention semata-mata, bahkan menurut Freeman (1977), telah merumuskan Pendidikan Jasmani adalah seperti berikut: (i) Pendidikan Jasmani dikendalikan media fizikal iaitu melalui aktivitti yang agak rancak, berkait dengan pergerakan motor kasar dan kemahiran yang sederhana tinggi tahapnya.(ii)Walaupun kaedah yang digunakan bercorak fizikal, faedah yang didapati adalah lebih daripada faedah fizikal iaitu meliputi kemajuan atau perubahan di dalam perkembangan intelektual dan sosial. Penyataan Masalah Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran wajib dalam sistem pendidikan di Malaysia, namun kepentingannya masih tidak dapat dirasai di dalam perlaksanaan matapelajaran tersebut (Wee 2004). Kajian literatur menggambarkan bahawa subjek Pendidikan Jasmani di sekolah berada dalam krisis kerana ketidakpastian fokus, status, akauntabiliti dan kegagalan bagi memenuhi kehendak pelajar (Macdonald & Brooker 1997). Oleh itu, Pendidikan Jasmani dianggap sebagai mata pelajaran yang paling terabai dan tersedikit diajar di sekolah-sekolah di Malaysia (Zainun 1988; De Vries 1995; Shabeshan 1998). Ianya adalah berikutan apabila mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang sejak sekian lama telah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah namun perlaksanaan serta pengajarannya masih kurang dari berbagai aspek (Shabeshan 1998). Desma (2001) juga mendapati matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan khususnya di peringkat sekolah menengah sedang mengalami ketidakstabilan, iaitu ia kurang diminati di kalangan pelajar. Antara masalah yang dikenal pasti ialah pengabaian subjek Pendidikian Jasmani kerana ianya tidak diuji dalam peperiksaan, kekurangan guru terlatih dalam bidang ini, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, tiada sokongan dari sekolah dan ibu-bapa, cuaca yang tidak mengizinkan dan guru tidak jelas dengan matlamat Pendidikan Jasmani (Hamdan 2002; De Vries 1995; Abu Bakar 1987; Daud 1985; Cheah 1985). Selain itu mata pelajaran Pendidikan Jasmani juga dilihat sebagai satu subjek yang mengganggu kelancaran kurikulum di sekolah (Hamdan 2002). Masalah Pada Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Antara masalah utama dihadapi dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah masalah P&P. Guru Pendidikan Jasmani perlu mempelbagaikan strategi pengajaran mereka agar semua pelajar berminat belajar PJK. Kepelbagaian strategi pengajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan membantu mereka menganggap bahawa mata pelajaran PJK sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan ketika belajar (Zamri et al. 2004). Walau bagaimanapun pendekatan tradisional iaitu gaya pengajaran rangsangan-tindak balas masih diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia sejak tahun 60-an lagi (Wee 1995). Pendekatan ini berbeza dengan strategi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sepertimana yang dikehendaki dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani itu sendiri, iaitu menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi tumpuan peningkatan pelbagai kecerdasan murid (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Ia menjadi semakin signifikan kerana kajian yang mengkaji bagaimana pelajar belajar PJK kurang dijalankan (Zamri et al. 2004). Kebanyakan kajian dalam bidang PJK lebih menjurus kepada kajian tentang aktiviti di padang dalam pelbagai jenis permainan dan sebagainya.Dalam kajian rintis yang telah dilakukan pengkaji telah mendapati data-data yang signifikan terhadap kajian-kajian tersebut di atas. Didapati daripada sejumlah 27 orang pelajar yang disoal selidik, 85.12% daripada mereka menyatakan tidak pernah mempelajari PJK dengan menggunakan buku teks di samping keseluruhan daripada mereka (100%) menyatakan tidak pernah mempelajari subjek PJK sama ada menggunakan internet, perisian kursus mahupun apa-apa jenis media. Masalah Sikap Guru Terhadap Matapelajaran PJK Didapati guru yang mengajar subjek PJK mempunyai sikap yang lemah terhadap matapelajaran tersebut (Pusat Perkembangan Kurikulum 1997). Perkara ini dapat dibuktikan apabila satu kajian yang dibuat di sekolah-sekolah sekitar Selangor, didapati tiada format pengajaran Pendidikan Jasmani yang standard yang digunakan di sekolah yang terlibat dimana, kebanyakkan guru mengajar mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh mereka. Pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani juga didapati longgar iaitu mengikut budi bicara guru yang melaksanakannya (Safani & Hamdan 2005). Disamping itu kebanyakan guru yang mengajar PJK disekolah juga tidak dapat mengajar kesemua jenis permainan yang perlu didedahkan kepada pelajar (Hamdan 2002). Kebiasaannya telah menjadi lazim di kebanyakan sekolah, pelajar akan dibenarkan untuk bermain sendiri (bola sepak atau bola jaring mengikut jantina) atau membuat membuat kerja sekolah di Pusat Sumber Sekolah (Hamdan 2002). Terdapat juga dari masa ke masa kelas PJK digantikan oleh kelas subjek yang lain atas sebab-sebab seperti untuk mengejar silibus, menggantikan kelas yang terganggu oleh perhimpunan pagi yang panjang, mengadakan ujian dan membersihkan kawasan sekolah (Hamdan 2002). Dalam kajian rintis yang telah dibuat oleh pengkaji terhadap pelajar-pelajar tingkatan satu, didapati guru-guru yang mengajar subjek PJK tidak mengajar sepenuhnya mengikut sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan yang merangkumi tiga tunjang 58
  • 3. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Hanya 14.8% sahaja menyatakan mereka diajar topik bola sepak, 48.1% topik lari pecut dan 40.7% lagi dalam topik lontar peluru. Manakala bagi topik-topik yang lain seperti kecergasan fizikal, gimnastik artistik, gimnastik pendidikan, pergerakan kreatif dan ping pong tidak pernah diajar oleh guru kepada mereka (100%). Dalam kajian yang lain pula, Wee (2004) mendapati persepsi guru mengenai kekurangan pengetahuan dan tidak keupayaan mereka merancang pengajaran harian adalah sangat serius dalam mata pelajaran PJK. Dapatan yang diperolehi dari sejumlah 1629 orang guru PJK, 82.4% daripada mereka bersetuju bahawa mereka boleh menguruskan kelas tetapi hanya 53.7% sahaja yang bersetuju menyatakan mempunyai kebolehan mengajar PJK. Kajian juga mendapati hanya 53.2% guru yang mengajar PJK boleh mengajar kemahiran sukan, 57% daripada mereka boleh mengesan kelemahan pelajar dan 55% boleh membetulkan kelemahan. Masalah Sikap Pelajar Terhadap Matapelajaran PJK Selain dari pengajaran guru didapati pelajar-pelajar juga kurang berminat untuk belajar PJK terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal (Abdul Aziz 2001). Dalam satu kajian yang telah dibuat di negeri Perlis, didapati hanya terdapat beberapa orang pelajar sahaja menunjukkan minat terhadap PJK dengan menggunakan strategi pembelajaran yang bersesuaian (Zamri et al. 2004)). Kebanyakan pelajar didapati menggunakan strategi pembelajaran PJK yang kurang sesuai (Desma 2001). Dalam kajiannya, Zamri et al. (2004) mendapati pelajar aliran Sains mempunyai tanggapan bahawa subjek PJK adalah membosankan dan tidak memberi apa-apa kepada mereka jika terlibat secara aktif. Dapatan ini menunjukkan bahawa para pelajar menunjukkan sikap yang berlawanan dengan objektif yang digariskan dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Masalah Kekurangan Guru Terlatih dalam Matapelajaran PJK Kekurangan guru berkelayakan juga merupakan masalah yang sedang dihadapi dalam perlaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani. Wee (2004) menyatakan bahawa kekurangan guru PJK akan terus wujud di sekolah-sekolah sedangkan di kebanyakan sekolah di Malaysia, jumlah pelajar yang perlu ditangani oleh guru Pendidikan Jasmani adalah terlalu ramai untuk P&P yang kondusif. Kesannya, tugas pengajaran Pendidikan Jasmani diagih-agihkan kepada guru-guru yang tidak mendapat sebarang latihan rasmi dan mencukupi dalam bidang Pendidikan Jasmani. Angka mereka yang tidak terlatih ini biasanya jauh lebih besar daripada guru Pendidikan Jasmani yang berkelayakan di sekolah-sekolah yang ditemuduga. Sebagai contoh, di sebuah sekolah di Selangor, nisbah guru yang bertauliah mengajar Pendidikan Jasmani ialah tiga orang berbanding sembilan belas orang yang tidak bertauliah. Ini bermakna apabila tiada guru yang berkelayakan mengajar subjek ini, pengajaran diserahkan bulat-bulat kepada guru yang tidak berkelayakan ( Safani & Hamdan 2005). Hasil kajian Wee (2004), menunjukkan hanya 15.2% guru PJK mempunyai kelayakan dalam mengajar PJK manakala 21% tidak pernah mengajar PJK sebelum ini. Hal ini berlaku dalam proses P&P PJK di mana guru-guru yang tidak berkelayakan dibenarkan oleh pihak pentadbiran, malah diatur untuk mengajar subjek tersebut. Tinjauan melibatkan empat puluh buah sekolah di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia mendapati nisbah guru berkelayakan kepada guru tidak berkelayakan yang mengajar PJK ialah Selangor sebanyak 2:10, Melaka, 2:7, Kelantan, 1:12 dan Pulau Pinang, 3:7 (Wee 2004). Masalah Faktor Cuaca Hamdan (2002) menyenaraikan faktor cuaca yang tidak mengizinkan adalah antara sebab pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilakukan. Faktor cuaca yang tidak menentu seringkali menjadi penghalang kepada segala perancangan guru bagi mengajar di luar bangunan. Apabila waktu hujan pelajar biasanya akan dibawa masuk ke dalam kelas dan secara automatik buku teks Pendidikan Kesihatan akan digunakan bagi menggantikan pelajaran Pendidikan Jasmani. Keadaan ini menjejaskan minat pelajar terhadap subjek PJK (Mohd Arif & Mohd Jasmy 2002). Daripada soal selidik yang dibuat oleh pengkaji, majoriti pelajar bersetuju (100%) bahawa selama ini pelajaran PJK tidak dapat diteruskan sama ada di padang atau dalam kelas apabila cuaca hujan melanda pada hari tersebut. Tujuan Kajian i. Menganalisis PPBK Kecergasan Fizikal dalam mengatasi masalah P&P yang dihadapi dalam matapelajaran PJK. Sub tujuan ini melibatkan aspek-aspek seperti berikut: (a) Menganalisis PPBK Kecergasan Fizikal digunakan sama ada dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK 59
  • 4. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention ii. Mendapatkan perbezaan signifikan PPBK Kecergasan Fizikal semasa P&P dalam matapelajaran PJK dari sudut perbezaan jantina dan perbezaan opsyen guru. Sub tujuan ini melibatkan aspek- aspek seperti berikut: (a) Mendapatkan perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru berdasarkan penyelesaian masalah P&P PJK selepas menggunakan PPBK Kecergasan mengikut perbezaan opsyen pengajaran mereka. Persoalan Kajian i. Adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang digunakan dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK? ii. Adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang digunakan mempunyai perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru berdasarkan penyelesaian masalah P&P PJK selepas menggunakan PPBK Kecergasan mengikut perbezaan opsyen pengajaran mereka. Hipotesis Kajian Dalam kajian ini, hipotesis nol yang diuji adalah seperti berikut : Hipotesis nol 1 : Tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran. Tinjauan Kepustakaan Dalam satu kajian yang dibuat, didapati perisian interaktif menggunakan kaedah tutorial dapat membantu pelajar ballet mencapai keputusan yang tinggi dalam penulisan dan kelas praktikal tarian ballet (Fisher- Stitt 1996). Manakala Arfan (2001) dalam kajian berkenaan penggunaan multimedia dalam P&P Pendidikan Jasmani (sukan gelanggang) mendapati bahawa penerimaan responden terhadap penggunaan multmedia dalam P&P kemahiran gelanggang khasnya dikalangan pelajar adalah positif. Beliau juga mendapati bahawa dengan menggunakan perisian sewaktu P&P Pendidikan Jasmani akan merangsang pelajar bekerjasama dalam pembelajaran kooperatif. Pelajar didapati berbincang bersama rakan-rakan yang lain serta meniru pergerakan yang ditunjukkan melalui perisian (Wilkinson et al. 2000). Mohd Arif dan Mohd Jasmy (2002) menjelaskan terdapat beberapa faktor yang membantu pelajar belajar Pendidikan Jasmani dengan menggunakan perisian multimedia. Faktor-faktor tersebut termasuklah (i) Pelajar boleh mengakses sendiri mata pelajaran - Sekiranya pelajar tidak hadir semasa guru mengajar Pendidikan Jasmani pelajar masih boleh belajar sendiri tanpa mengira masa dan ketika secara berulang- ulang kali dengan menggunakan perisian. (ii) Kelas Pendidikan Jasmani boleh terus berjalan walaupun cuaca tidak mengizinkan. Faktor cuaca yang tidak menentu juga menjadi penghalang segala perancangan guru bagi mengajar di luar bangunan. Walau bagaimanapun dengan adanya perisian multimedia, guru masih boleh meneruskan pengajaran Pendidikan Jasmani dengan menggunakan bilik tayangan di sekolah. (iii)Perisian menyediakan pembelajaran yang menarik. Apabila waktu hujan pelajar biasanya akan dibawa masuk ke dalam kelas dan secara automatik buku teks Pendidikan Kesihatan akan digunakan bagi menggantikan pelajaran Pendidikan Jasmani. Keadaan ini menjejaskan minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Jasmani. Kebanyakan pelajar kurang minat untuk belajar subjek PJK kerana kaedah yang digunakan masih bersifat tradisional berbanding subjek lain seperti sains, matematik, sejarah dan sebagainya yang telah mula menggunakan multimedia dalam pembelajaran. Suasana bersifat interaktif dan berhibur antara daya tarikan terbaru dalam pengajaran dan pembelajaran Selain daripada kebaikan penggunaan perisian kepada pelajar, ia juga memberikan impak yang positif kepada guru. Mohd Arif dan Jasmy (2002) menjelaskan dalam kajian mereka bahawa, guru dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap setiap kemahiran permainan bola tampar setelah menggunakan perisian multimedia secara berulangkali. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan perisian multimedia mampu mengubah gaya pengajaran seorang guru Pendidikan Jasmani dalam meningkatkan lagi kemahiran permainan bola tampar mereka. Googin et al. (1997) juga mendapati guru pelatih juga mendapat manfaat dari penggunaan perisian dalam subjek PJK. Mereka boleh memahirkan pelbagai gaya pengajaran melalui kombinasi pelbagai kaedah pengajaran seperti bimbingan rakan rakan sebaya, pemantauan guru pakar, main peranan, pengajaran pita video, penyelidikan dan lain-lain lagi. Selain dari itu, kajian ini juga mendapati bahawa dengan menggunakan pengajaran berasaskan teknologi komputer telah membantu guru-guru pelatih tersebut mengajar dengan baik dengan pemantauan yang minima oleh pihak fakulti. Selain itu Mohd Arif dan Mohd Jasmy (2002) mendapati perisian multimedia ini akan dapat mengatasi masalah guru PJK untuk menghabiskan sukatan pelajaran tersebut. Perkara ini disebabkan kebanyakan guru yang mengajar PJK disekolah tidak dapat mengajar kesemua jenis permainan yang perlu didedahkan kepada pelajar. 60
  • 5. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Antara faktor yang membantu keberkesanan penggunaan perisian multimedia dalam peningkatan tahap aktiviti fizikal dan kecergasan adalah disebabkan oleh paparan grafik yang terdapat pada perisian adalah menarik (Everhart et al. 2002). Selain itu terdapat juga lain-lain faktor yang membantu keberkesanan penggunaan perisian dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Umpamanya dalam kajian persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian pengajaran yang bertajuk “An interactive guide to volley ball” (1994) oleh Wilkinson et al. (2000), telah mendapati bahawa pelajar mempunyai persepsi positif terhadap P&P yang menggunakan perisian disebabkan oleh beberapa faktor. Di antara faktor-faktor itu termasuklah (i) Kaedah Pengajaran yang baik - Melalui visualisasi. Persembahan visual yang menunjukkan kemahiran dan teknik yang betul seperti melompat dan melakukan rejaman bola membantu pelajar mengingat teknik-teknik tersebut. Didapati penggunaan video merupakan perkara yang paling utama membantu mereka dalam membuat visualisaisi mengenai kemahiran bola tampar. Oleh itu penggunaan perisian dapat membantu visualisasi pelajar. Melalui demonstrasi dengan menggunakan perisian pelajar boleh mengulang-gulang gerakan beberapa kali, langkah-demi langkah serta pergerakan yang ditunjukkan adalah secara berasaingan.(ii) Dapat melihat, merasa, mengerti tentang pembelajaran dan mencetuskan motivasi. Didapati persepsi pelajar mengenai psikomotor dan kognitif mereka dalam kemahiran bola tampar juga meningkat setelah menggunakan perisian tersebut. Pelajar cuba mengaplikasi konsep pergerakan serta prinsip-prinsipnya serta membangunkan kemahiran motor mereka setelah melihat perisian tersebut. Pelajar juga mendapati pengunaannya perisian merupakan satu perkara baru dalam Pendidikan Jasmani dan ini mencetuskan motivasi kepada mereka (Wilkinson et al. 2000). Responden Kajian Sampel bagi kajian penggunaan PPBK Kecergasan Fizikal dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan guru PJK Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang. Mereka terdiri dari: i. Dua orang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang opsyen dalam mata pelajaran tersebut ii. Lima orang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang bukan opsyen dalam mata pelajaran tersebut Rekabentuk Kajian Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah tinjauan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian PPBK ini dalam mengatasi permasalahan kajian dan soalan-soalan kajian yang telah dikenal pasti. Data-data yang diperolehi melalui instrumen soal selidik adalah dalam bentuk kuantitatif yang diperlukan untuk menganalisis data dalam bentuk diskriptif dan inferensi iaitu dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Bagi menilai perisian kursus yang siap dibangunkan pula, responden diberikan soalan penilaian sumatif dalam bentuk soal selidik yang direka bentuk oleh pengkaji sendiri berdasarkan tujuan dan objektif kajian ini. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji bagi menganalisis keperluan pengguna dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran PJK adalah dengan menggunakan soal selidik. Instrumen soal selidik tersebut diberikan kepada guru dan pelajar untuk mendapatkan data dari mereka. Tatacara Analisis Data Untuk menganalisis data yang diperolehi dari soal selidik, pengkaji menggunakan perisian statistik jenis Statistical Package for the Social Sciences (SPSS Version 11.0.(2001) for Windows). Data-data yang diperolehi dianalisis untuk mendapatkan nilai min, frekuensi dan ujian t. Untuk mengintrepretasi data yang diperolehi pengkaji merujuk kepada tatacara analisis data oleh Rossafri (2004). Oleh itu pengkaji menetapkan min penengah pada tahap 3.50 bagi mendapatkan tahap keberkesanan min. Daripada dapatan yang diperolehi, sekiranya, purata min keseluruhan kurang dari tahap tersebut, pengkaji beranggapan perisian PPBK yang direkabentuk tidak dapat menyelesaikan masalah dan menjawab persoalan kajian. Manakala jika tahap purata min keseluruhan melebihi tahap 3.50, ini menandakan perisian yang dibina mampu menjawab soalan kajian dan menyelesaikan masalah kajian. Bagi tujuan menguji hipotesis untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar, maka statistik inferensi yang digunakan adalah ujian-t tidak bersandar. Sebanyak satu hipotesis diuji oleh pengkaji bertujuan untuk mengenal pasti perbandingan persepsi guru mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran. 61
  • 6. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Dapatan Kajian Analisa data menerusi jadual 1 adalah untuk menjawab persoalan kajian iaitu adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang dibangunkan dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK. Untuk mengetahui sama ada PPBK Kecergasan Fizikal yang dibangunkan dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK, maka sebanyak 8 item soalan telah dikemukakan oleh pengkaji kepada guru. Item-item soalan yang terlibat di dalam soal selidik guru adalah bermula dari item 1 hingga item 8 seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1 . Item 1 dikemukan kepada guru untuk mengetahui sama ada perisian PPBK Kecergasan Fizikal dapat membantu guru mempelbagaikan stratergi P&P PJK mereka. Daripada jawapan yang dikemukan oleh mereka didapati sebanyak 57.1% (n=4) responden menyatakan sangat setuju dan 42.9% (n=3) reponden lagi menyatakan setuju bahawa perisian PPBK Kecergasan Fizikal dapat membantu mereka mempelbagaikan stratergi P&P PJK mereka.Min bagi item ini adalah 4.57. Jadual 1: Peratus kekerapan skor, min dan sisihan piawai PPBK Kecergasan Fizikal yang dibangunkan dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru yang mengajar subjek PJK. % Kekerapan Skor Sisihan BIL ITEM N Min SS S KS TS STS piawai 1 Perisian PJK merupakan 57.1 42.9 0 0 0 7 4.57 0.535 penyelesaian masalah terhadap kekurangan ilmu pedagogi PJK saya selama ini 2 Kemahiran mengajar PJK saya 28.6 71.4 0 0 0 7 4.29 0.488 meningkat selepas meneroka perisian ini 3 Saya mempunyai pengetahuan 57.1 42.9 0 0 0 7 4.57 0.535 tentang kecergasan fizikal selepas meneroka perisian ini 4 Saya dapat menunjukcara latihan 57.1 42.9 0 0 0 7 4.57 0.535 kecergasan fizikal kepada pelajar selepas meneroka perisian ini 5 Saya berasa yakin untuk mengajar 57.1 42.9 0 0 0 7 4.57 0.535 tajuk kecergasan fizikal selepas meneroka perisian ini 6 Perisian PJK dapat membantu P&P 71.4 28.6 0 0 0 7 4.71 0.488 PJK terus berjalan walaupun pada masa hujan atau dibulan puasa 7 Saya yakin minat pelajar terhadap 71.4 28.6 0 0 0 7 4.71 0.488 mata pelajaran PJK akan bertambah selepas melihat perisian ini 8 Dengan menggunakan perisian ini, 71.4 28.6 0 0 0 7 4.71 0.488 ianya dapat membantu untuk perlaksanaan silibus yang teratur yang sering kali gagal dilaksanakan disekolah 4.65 0.161 MIN KESELURUHAN MENGATASI MASALAH P&P PJK BAGI GURU Apabila diajukan item 2 kepada guru bagi mengetahui apakah kemahiran mengajar PJK mereka akan meningkat selepas mereka meneroka perisian ini maka rata-rata daripada mereka memberikan jawapan yang positif iaitu 28.6% (n=2) menyatakan sangat setuju dan selebihnya iaitu 71.4% (n=5 lagi setuju dengan min keseluruhan bagi item ini adalah 4.29. Guru-guru juga diajukan dengan item 3 yang mengandungi pernyataan bahawa selepas mengakses perisian PPBK Kecergasan Fizikal, mereka kini mempunyai pengetahuan dalam kecergasan fizikal. Daripada respon yang diberikan terhadap item tersebut didapati sebanyak 57.1% (n=4) guru menyatakan sangat setuju manakala 42.4% (n=3) guru lagi menyatakan setuju dengan pernyataan item 3 tersebut. Min bagi item ini adalah 4.57. 62
  • 7. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Seterusnya item 4 diajukan kepada responden bertujuan untuk mengetahui sama ada selepas meneroka perisian PPBK Kecergasan Fizikal, mereka dapat menunjukkan cara latihan senaman kecergasan fizikal kepada pelajar mereka. Rata-rata daripada responden menyatakan jawapan yang positif tentang item 4 ini dimana 57.1% (n=4) daripada mereka menyatakan sangat setuju dan 42.4% (n=3) lagi menyatakan setuju dengan pernyataan tersebut dengan min bagi item ini adalah 4.57. Bagaimana pula tentang kemahiran mereka, adakah kemahiran guru akan meningkat sejajar dengan pengetahuan mereka? Daripada data yang diperolehi menerusi item 5 didapati sebanyak 57.1% (n=4) daripada bilangan responden menyatakan mereka sangat setuju dan 42.4% (n=3) responden lagi menyatakan setuju bagi menyatakan keyakinan diri mereka untuk mengajar tajuk kecergasan fizikal selepas mereka meneroka perisian ini. Min bagi item ini juga adalah 4.57. Bagi melihat pandangan responden mengenai perisian PPBK Kecergasan Fizikal, sama ada dengan menggunakannya membantu P&P PJK untuk terus berjalan walaupun pada masa hujan atau dibulan puasa, maka pengkaji mengemukakan item 6 kepada mereka. Daripada respon yang diperolehi menerusi item 6 ini kebanyakan guru iaitu sebanyak 71.4% (n=5) menyatakan mereka sangat setuju bahawa dengan menggunakan perisian PPBK Kecergsan Fizikal akan membantu P&P PJK mereka untuk terus berjalan walaupun pada masa hujan atau dibulan puasa manakala 28.6% (n=2) lagi setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item ini adalah 4.71. Item 7 dibina untuk mengetahui persepsi guru tentang keyakinan mereka terhadap minat pelajar terhadap mata pelajaran PJK akan bertambah selepas menggunakan perisian PPBK Kecergasan Fizikal, maka ini kebanyakan guru iaitu sebanyak 71.4% (n=5) menyatakan sangat setuju dan selebihnya iaitu 28.6% (n=2) lagi setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 7 ini adalah 4.71. Seterusnya item 8 diajukan kepada responden yang bertujuan untuk meninjau pendapat guru mengenai perisian PPBK Kecergasan Fizikal sama ada ia mampu membantu guru untuk perlaksanaan silibus yang lebih teratur yang seringkali gagal dilaksanakan di sekolah. Daripada maklumbalas yang diberikan oleh guru, sebanyak 71.4% (n=5) daripada mereka menyatakan sangat setuju dan selebihnya iaitu 28.6% (n=2) lagi setuju dengan pernyataan bahawa perisian PPBK Kecergasan Fizikal mampu membantu guru untuk perlaksanaan silibus yang lebih teratur yang seringkali gagal dilaksanakan disekolah. Min bagi item ini adalah 4.71. Min keseluruhan daripada keseluruhan item-tem ini adalah 4.65. Skor ini dianggap tinggi iaitu menghampiri nilai skor min maksimum iaitu 5.00 dan juga melepasi tahap keberkesanan perisian yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu 3.50. Hipotesis Hipotesis nol 1 pula menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran. Opsyen N Min Sisihan piawai PENYELESAIAN Opsyen 2 4.68 0.321 MASALAH P&P PJK Tidak Opsyen 7 4.64 0.111 Jadual 2: Min dan sisihan piawai bagi pemboleh ubah tidak bersandar (opsyen) bagi aspek persepsi mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal. Merujuk kepada jadual 2 didapati bahawa min persepsi guru yang opsyen dalam matapelajaran PJ terhadap penggunaan perisian PPBK Kecergasan Fizikal dapat menyelesakan masalah P&P dalam pengajaran PJK adalah 4.68 dengan sisihan piawainya iaitu 0.321. Bagi min persepsi guru yang bukan opsyen dalam mata pelajaran PJ pula terhadap penggunaan perisian PPBK Kecergasan Fizikal dapat menyelesakan masalah P&P mereka dalam pengajaran PJK, bacaan min yang diperoleh adalah 4.64 dengan sisihan piawainya iaitu 0.111. Didapati min bagi kedua-dua pembolehubah tersebut menghampiri skor 5 iaitu nilai bagi sangat setuju. Seterusnya Jadual 3 pula menunjukkan dapatan analisis ujian-t bagi kajian ini. Aras signifikan 2-arah (2- tailed) yang digunakan ialah 0.05. Daripada ujian yang dijalankan nilai signifikannya adalah 0.42 iaitu melebihi nilai α/2 iaitu 0.025 (2-tailed). Oleh kerana nilai signifikan yang diperolehi tersebut adalah melebihi nilai 0.025 (2-tailed), maka hipotesis nol 2 adalah diterima. Oleh itu, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru mengenai penyelesaian masalah 63
  • 8. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran. Jadual 3: Ujian t bagi sampel tidak bersandar (opsyen) bagi aspek persepsi mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal. Ujian Levene's Sig. Sig. Nilai t Df F (2-arah) Equal variances 7.372 0.042 0.311 5 0.769 Penyelesaian assumed Masalah P&P Pjk Equal variances 0.195 1.098 0.875 not assumed Perbincangan Persoalan Kajian Satu Persoalan kajian satu adalah untuk mendapatkan jawapan sama ada PPBK Kecergasan Fizikal yang dibangunkan dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK. Untuk mendapatkan maklumat bagi persoalan kajian tersebut maka pengkaji telah mengemukakan sebanyak 8 item soalan untuk dijawab oleh guru bermula dari item 1 hingga 8 menerusi soal selidik guru. Daripada dapatan yang diperolehi melalui lapan item tersebut min keseluruhannya adalah 4.65. Nilai min yang diperolehi ini adalah melebihi tahap keberkesanan min yang ditetapkan oleh pengkaji iaitu 3.50. Oleh kerana nilai min yang diperolehi ini adalah melepasi tahap keberkesanan min, maka pengkaji beranggapan bahawa perisian yang dibina dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK. a) PPBK Kecergasan Fizikal membantu guru didalam strategi P&P PJK Untuk mendapatkan persepsi guru mengenai manfaat yang akan diperolehi dalam mempelbagaikan strategi P&P PJK, maka 3 item soalan diajukan kepada mereka. Item-item tersebut iaitu item 1 hingga 3 adalah menyentuh persoalan sama ada sebelum atau semasa penggunaan perisian ini para guru akan memperolehi manfaat daripadanya iaitu dari segi mempelbagaikan stratergi P&P, meningkatkan kemahiran mengajar serta manambah pengetahuan dalam aktiviti kecergasan fizikal mereka dalam subjek PJK. Hasil daripada skor min bagi ketiga-tiga item tersebut adalah di antara 4.29 hingga 4.57. Skor min bagi ketiga-tiga item ini adalah melebihi nilai min bagi tahap keberkesanan min perisian yang telah ditetapkan oleh pengkaji terlebih dahulu iaitu 3.50. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa PPBK Kecergasan Fizikal membantu guru dalam mempelbagaikan strategi P&P PJK mereka. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa PPBK Kecergasan Fizikal yang dibina adalah selaras dengan kehendak sukatan matapelajaran Pendidikan Jasmani Jasmani iaitu menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi tumpuan peningkatan pelbagai kecerdasan murid (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Dapatan ini juga diperkukuhkan lagi dengan dapatan dari kajian Zamri et al. (2004) yang mendapati bahawa kepelbagaian strategi pengajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan menganggap matapelajaran PJK sebagai satu matapelajaran yang menyeronokkan ketika belajar. b) PPBK Kecergasan Fizikal memberi kebaikan kepada guru dalam meningkatkan kemahiran P&P mereka Untuk mendapatkan kepastian sama ada PPBK Kecergasan Fizikal memberi kebaikan kepada guru dalam meningkatkan kemahiran P&P mereka, maka item 4 dan 5 diajukan kepada mereka. Item-item tersebut adalah untuk membantu pengkaji untuk mendapatkan persepsi guru sama ada selepas mengakses perisian ini, mereka dapat menunjukkan cara latihan senaman kecergasan fizikal kepada pelajar serta yakin untuk mengajar tajuk tersebut. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, min bagi kedua-dua item tersebut adalah 4.57. Skor min yang diperolehi ini ternyata sekali melebihi nilai min 3.50 iaitu nilai tahap keberkesanan min yang telah ditetapkan. Ini menunjukkan bahawa PPBK Kecergasan Fizikal dapat membantu guru meningkatkan kemahiran P&P PJK mereka dimana guru akan berasa yakin untuk menunjukkan cara latihan senaman kecergasan fizikal kepada pelajar serta yakin untuk mengajar tajuk tersebut setelah mengakses perisian ini. Dapatan ini menyokong kajian yang telah dibuat oleh Googin, Finkenberg, dan Morrow (1997) terhadap sekumpulan guru pelatih, dimana mereka mendapati bahawa guru-guru pelatih tersebut telah mengajar dengan yakin dan baik apabila menggunakan pengajaran PJK berasaskan kepada teknologi komputer. 64
  • 9. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention a) PPBK kecergasan Fizikal membantu P&P subjek Pendidikan Jasmani dijalankan walaupun pada masa yang tidak mengizinkan Bagi mendapatkan pandangan guru mengenai perisian PPBK Kecergasan Fizikal, sama ada ia dapat membantu P&P PJK untuk terus berjalan walaupun pada masa hujan atau dibulan puasa, maka item 6 diajukan kepada mereka. Daripada dapatan yang diperolehi min bagi item tersebut adalah 4.71 iaitu melebihi nilai 3.50 pada tahap keberkesanan min. Dapatan ini menunjukkan bahawa PPBK Kecergasan Fizikal dapat membantu P&P PJK untuk terus berjalan walaupun pada masa hujan atau dibulan puasa. Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi dengan dapatan yang diperolehi oleh Mohd Arif dan Jasmy (2002) yang menyatakan bahawa dengan menggunakan perisian multimedia guru-guru masih boleh meneruskan pengajaran Pendidikan Jasmani walaupun faktor cuaca yang tidak menentu dengan menggunakan bilik tayangan di sekolah. e) PPBK Kecergasan Fizikal membantu menarik minat pelajar terhadap subjek PJK Untuk mengetahui sama ada dengan menggunakan perisian ini akan membantu menarik minat pelajar terhadap terhadap subjek PJK, maka item 7 diajukan kepada guru untuk mendapatkan persepsi mereka. Hasil daripada dapatan yang diperolehi, didapati min bagi item ini adalah 4.71. Min yang diperolehi adalah melebihi min tahap keberkesanan min yang telah ditetapkan iaitu 3.50. Dapatan ini menunjukkan bahawa majoriti guru bersetuju bahawa PPBK Kecergasan Fizikal membantu menarik minat pelajar terhadap subjek PJK. Oleh pengkaji berpendapat bahawa PPBK Kecergasan Fizikal perlu digunakan oleh guru dalam mencetuskan motivasi pelajar dalam subjek PJK. Dapatan yang diperolehi ini menyokong terhadap dapatan kajian oleh Wilkinson et. al (2000) yang menyatakan pelajar mendapati penggunaan perisian merupakan satu perkara baru dalam Pendidikan Jasmani dan membantu mencetuskan motivasi kepada golongan pelajar. f) PPBK Kecergasan membantu para guru untuk perlaksanaan silibus yang lebih teratur Untuk mendapatkan maklumat dan persepsi para guru sama ada perisian PPBK Kecergasan Fizikal benar-benar membantu mereka dalam perlaksanaan silibus yang lebih teratur, maka item 38 diajukan kepada mereka. Daripada dapatan yang diperolehi min bagi item 8 ini adalah 4.71, iaitu melebihi kepada nilai tahap keberkesanan perisian yang ditetapkan sebelum ini iatu 3.50. Dapatan ini menunjukkan majoriti guru mempunyai persepsis bahawa PPBK Kecergasan Fizikal dapat membantu guru dalam perlaksanaan silibus yang lebih teratur yang seringkali gagal dilaksanakan di sekolah. Dapatan yang diperolehi dari kajian ini menyokong dapatan kajian oleh Mohd Arif dan Jasmy (2002) iaitu perisian multimedia akan mengatasi masalah guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran PJK. Oleh itu dengan menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal akan dapat membantu guru untuk mengajar subjek PJK mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sepertimana yang telah ditetapkan. Implikasi Dapatan Kajian Satu Melalui dapatan yang diperolehi dari persoalan kajian satu, menunjukkan bahawa perisian PPBK Kecergasan Fizikal yang dibangunkan dapat dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK. Diantara masalah yang dihadapi dalam subjek PJK adalah guru Pendidikan Jasmani tidak mempelbagaikan strategi pengajaran mereka agar semua pelajar berminat belajar PJK di dalam kelas. Seterusnya melalui kajian rintis yang telah dilakukan oleh pengkaji telah mendapati bahawa para pelajar tidak pernah mempelajari PJK dengan menggunakan buku teks, internet, perisian kursus maupun apa-apa jenis media. Safani Bari dan Hamdan Mohd Ali (2005) pula mendapati bahawa tiada guru yang berkelayakan mengajar PJK dan pengajaran matapelajaran tersebut diserahkan bulat-bulat kepada guru yang tidak berkelayakan. Selain itu pula Hamdan (2002) menyenaraikan faktor cuaca yang tidak mengizinkan adalah antara sebab pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilakukan. Pembinaan PPBK Kecergasan Fizikal memberikan implikasi positif terhadap masalah yang dihadapi dalam P&P PJK tersebut. Daripada dapatan yang diperolehi guru-guru yang tidak opsyen yang mengajar subjek ini telah menunjukkan minat serta mempunyai keyakinan untuk mengajar subjek ini selepas mereka mengakses perisian ini beberapa kali. Selain itu juga mereka dapat mempelbagaikan pendekatan P&P mereka bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek ini. Mereka juga merasa yakin bahawa PPBK Kecergasan Fizikal dapat membantu mereka untuk mengajar subjek PJK mengikut silibus yang telah ditetapkan mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Oleh itu sebahagian daripada masalah kekurangan guru PJK dapat diatasi dengan penggunaan perisian kursus dalam matapelajaran PJK. Seterusnya dengan adanya PPBK Kecergasan Fizikal, P&P PJK akan terus dapat dijalankan di dalam kelas walaupun keadaan cuaca tidak mengizinkan. 65
  • 10. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Dua Persoalan kajian dua pula adalah berkaitan dengan hipotesis nol satu yang berkaitan antara penyelesaian masalah P&P PJK selepas menggunakan perisian dengan memanipulasikan faktor opsyen pengajaran guru yang mengajar subjek PJK. Dapatan kajian menunjukkan hipotesis nol 1 diterima di mana tiada perbezaan yang signifikan antara opsyen pengajaran guru yang mengajar subjek PJK terhadap penyelesaian masalah P&P PJK apabila nilai signifikannya adalah 0.42 iaitu melebihi nilai α/2 iaitu 0.025 (two tailed). Disini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran. Implikasi Dapatan Kajian Dua – Hipotesis Nol 1 Hipotesis nol 1 pula menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran. Hipotesis nol ini diterima berdasarkan dapatan yang tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan antara guru opsyen PJK dan guru bukan opsyen iaitu min guru yang opsyen dalam matapelajaran PJ terhadap penggunaan perisian PPBK Kecergasan Fizikal dapat menyelesakan masalah P&P dalam pengajaran PJK adalah 4.68 sementara persepsi guru yang bukan opsyen min yang di dapati adalah 4.64 iaitu menghampiri skor 5 iaitu nilai bagi sangat setuju. Maka implikasi daripada dapatan hipotesis nol 2 ini dapat membawa suatu perubahan persepsi bagi guru-guru yang mengajar PJK terutama guru bukan opsyen PJK untuk lebih berkeyakinan mengajar subjek ini. PPBK ini juga dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan ilmu dan kemahiran guru PJK terutama guru-guru yang bukan opsyen dalam PJK. Guru-guru boleh menggunakan perisian ini sama ada untuk diteroka dahulu sebelum mengajar atau digunakan semasa P&P untuk ditayangkan kepada pelajar terutama pada waktu hari hujan atau bulan puasa. Rujukan Abdul Aziz Ayub. (2001). Tahap kematangan, personaliti, kebimbangan dan motivasi dalam satu pembelajaran aktiviti fizikal di kalangan pelajar sekolah menengah: Satu tinjauan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Shukor Abdullah. (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Jasmani:Pendidikan Jasmani Abu Bakar Miskon. (1987). Persepsi guru-guru bukan opsyen pendidikan pendidikan jasmani yang mengajar pendidikan jasmani terhadap pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah. Latihan Ilmiah. University Pertanian Malaysia. Ali Abdul Halim Mahmud. (1992). Tarbiyah al- Nasyi’ al muslim. Cetakan pertama. Mansourah: Dar al- Wafa’. An interactive guide to volleyball. (1994). CD ROM. Renton, WA:SISU Software. Arfan Abdullah Borhan @ Rafael Lili. (2001). Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran PJK (sukan gelanggang). Kajian di beberapa buah sekolah di Daerah Hulu Langat, Selangor. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bucher, C.A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company. Cheah Swee Ming. 1985. Isu-isu Pendidikan Jasmani. Jurnal Pendidikan. 11: pp. 14-18. Colfer, G.R., Hamilton, K.E. & Magill, R.A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher. Daucer , V.P. & Pangrazi, R.P. (1986). Dynamic Physical education for elementary school children. Ed. ke-8. New York. Burges Publishing. De Vries. (1995). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan-satu dilema. Kertas kerja Seminar Pendidikan Jasmani dan Sukan menjelang tahun 2000. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. Desma Desa. (2001). Strategi pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: satu kajian kes. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Everhart, B., Harshaw, C., Everhart B., Kernodle, M. & Stubblefield, E. (2002). Multimedia softwares Effect on high school physical education student’s fitness pattern. The Physical Educator: pp. 151-155. Fisher-Stitt. (1996). Effect of an interactive multimedia computer tutorial on students’ understanding of ballet allegro terminology. Disertasi PHD. Temple University. Freeman, W.H . (1977). Physical Education in a Changing Society. Boston: Houghton Mifflin Co. Googin, N.L., Finkenberg, M.E. & Morrow, J.R. (1997). Instructional technology in higher education. Quest . 49(8), pp. 280-290. Hamdan Mohd Ali. (2002). The British colonial legacy: Sport and politics in multi-ethnic Malaysia 1800-2000. Tesis Phd. The University of Warwick, U.K. 66
  • 11. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Harmon, P. (1978). The measurement of affective education. Journal of Physical Education and Dance. 67(8), pp. 41-44. Hattie, J., Marsh, H.W., Neill, J.T. & Richards, G.F. (1997). Adventure education and outward bound: Out of class experiences that make a lasting difference. Review of Education Researc, 67(1), pp. 48-87. Jenny , J.H. (1961). Physical Education, Health Education and Recreation: Introduction to Profesional Preparation for Leadership. New York: Macmillan Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Sekolah bestari di Malaysia: suatu lonjakan saujana. Kertas Seminar Sekolah Bestari. Lawson, H.A. dan Placek, J.H. (1996). Physical education curricular alternatives. Boston: Allyn Bacon Macdonald, D. & Brooker, R. (1997). Moving beyond the crisis in secondary physical education: An Australian initiative. Journal of Teaching in Physical Education, 16, pp. 155-175. Mohd Arif Hj Ismail & Mohd Jasmy Abd Rahman (2002). Implikasi teknologi maklumat dan komunikasi ke atas gaya pengajaran Pendidikan Jasmani. Fokus terhadap kemahiran permainan bola tampar. Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan 2002, hlm. 375-391. Pusat Perkembangan Kurikulum (1997). Kajian pengesanan pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pusat Perkembangan Kurikulum.1999. Kurikulum abad ke-21. (Atas talian) http://www.ppk.kpm.my/sphsp/kuri1.htm dan http://www.ppk.kpm.my/sphsp/kuri2.htm (20 November, 2002) Pusat Perkembangan Kurikulum.(1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Jasmani. Safani Bari Hamdan Mohd Ali. 2005. Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan(atas talian) Khas http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/safaniUKM.pdf (1 Disember 2006). Shabsehan R. (1998). Health related fitness. Curriculum outlook and implemantation problems. Masalah Pendidikan. Wee Eng Hoe (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ed. ke-2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Wee Eng Hoe. (2004). Keperluan latihan dalaman untuk guru Pendidikan Jasmani. Prosiding Pendidikan Sukan dan Rekreasi 2004, hlm. 70-81. Zainun Ishak. (1988). Appraising the Effectiveness of Physical and Health Education in the School Curriculum in Malaysia. MAPESSAF. 4. Zamri Mahamod, Tajul Arifin Muhamad, Ruslin Amir & Desma Desa. (2004). Strategi Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: Satu Tinjauan. Prosiding Pendidikan Sukan dan Rekreasi, hlm. 255-266. 67