SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 140
Baixar para ler offline
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
        MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN




MODUL PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH

                      PIM 3101


PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)




            INSTITUT PENDIDIKAN GURU
            KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
            ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
            BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
            CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

            Berkuat kuasa pada Jun 2011
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,       berketrampilan,     berakhlak      mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.




                     Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.




                            Cetakan Jun 2011
                       Kementerian Pelajaran Malaysia

        Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
        ada    kepentingan     komersial,   tidak   dibenarkan   sesiapa
        mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
        ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
        dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
        mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
        daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
        Malaysia.




                                        i
MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN
 PELAJAR-PELAJAR   YANG  BERDAFTAR   DENGAN   INSTITUT
 PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI
 MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH
 SARJANA MUDA PERGURUAN.

 MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN
 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM
 TERSEBUT.




Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia




                                 ii
KANDUNGAN                                 MUKA SURAT


   Falsafah Pendidikan Kebangsaan
                                                          I
   Falsafah Pendidikan Guru

   Panduan Pelajar                                      vi - viii

   Pengenalan                                              ix

     Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 : Sejarah Pendidikan Islam Zaman
         Rasulullah dan Khulafak Ar- Rasyidin
      1.1 Sinopsis
      1.2 Hasil Pembelajaran
                                                         1-8
      1.3 Kerangka Tajuk
      1.4 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam
          1.4.1   Zaman Rasulullah SAW
          1.4.2   Pendidikan Islam di Madinah
          1.3.3   Pendidikan Islam Zaman Khulafak
                  Ar Rasyidin
Tajuk 2 : Perkembangan Pendidikan Islam di
         Malaysia
       2.1 Sinopsis
       2.2 Hasil Pembelajaran
       2.3 Kerangka Tajuk
       2.4 Perkembangan Pendidikan Islam di
                                                        9 – 21
           Malaysia
                2.4.1 Zaman Kerajaan Melayu Melaka
                2.4.2 Zaman Penjajahan
                2.4.3 Sistem Pendidikan Pondok
                2.4.4 Pendidikan Islam Selepas
                      Merdeka
                2.4.5 Institusi Pendidikan Islam di
                      Malaysia Selepas Merdeka
Tajuk 3 : Asas-asas Pembinaan Kurikulum
         Pendidikan Islam Sekolah Rendah
      3.1 Sinopsis
     3.2 Hasil Pembelajaran
     3.3 Kerangka Tajuk
     3.4 Konsep dan Matlamat Pendidikan Islam       22- 36
     3.5 Pendidikan Islam dan Sarjana Islam
     3.6 Matlamat Pendidikan Islam
     3.7 Bidang Pendidikan Islam
     3.8 Falsafah Pendidikan Islam
Tajuk 4: Analisa Perbandingan Kurikulum Lama dan
          Kurikulum Baru Pendidikan Islam Sekolah
          Rendah.

     4.1 Sinopsis
     4.2 Hasil pembelajaran                         37-56
     4.3 Kerangka Tajuk
     4.4 KLSR dan KBSR
     4.5 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
     4.6 Pengenalan KSSR
Tajuk 5: Analisis Kandungan Sukatan Pelajaran dan
         Huraian Sukatan Pelajaran.

     5.1 Sinopsis
     5.2 Hasil pembelajaran
     5.3 Kerangka Tajuk
     5.4 Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah
     5.5. Objektif Pendidikan Islam                 57-73
     5.6 Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran
         Pendidikan Islam Sekolah Rendah
     5.7 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
         Islam




                                      ii
Tajuk 6: Penggunaan Buku Teks dan Buku Panduan
          Guru
     6.1 Sinopsis
     6.2 Hasil pembelajaran
     6.3 Kerangka Tajuk
     6.4 Konsep Buku Teks
          6.4.1 Keberkesanan Buku Teks :
    6.5 Buku Panduan Guru
          6.5.1 Fungsi Buku Panduan Guru
Tajuk 7: Pengenalan Pendidikan Islam j-QAF       80-92
     7.0 Sinopsis
     7.1 Hasil pembelajaran
    7.3 Kerangka Tajuk
    7.4 Pengenlan Program j-Qaf
          7.4.1 Konsep Program j-Qaf
          7.4 2 Objektif Program j-Qaf
          7.4.3 Kepentingan program j-Qaf
    7.5     Pelaksanaan j-Qaf


Tajuk 8: Pengenalan Model-Model Program j-QAF    93- 109


     8.1 Sinopsis
     8.2 Hasil pembelajaran
     8.3 Kerangka Tajuk
     8.4 Pengenalan Model-Model j-QAf
          8.4.1 Model KelaS Pemulihan Jawi
          8.4.2 Model 6 Bulan Khatam al-Quran
          8.4.3 Model Tasmik al-Quran




                                    iii
Tajuk 9: Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi
         dan Model Kem Bestari Solat

     9.1 Sinopsis
     9.2 Hasil pembelajaran
     9.3 Kerangka Tajuk
     9.4 Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi
       9.4.1 Takrif
       9.4.2 Matlamat
       9.4.3 Objektif
       9.4.4 Strategi Pelaksanaan
       9.4.5 Agihan Tugas
                                                  94-120
       9.4.6 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran
       9.4.7 Penilaian
    9.5 Konsep Program Bestari Solat
       9.5.1 Konsep
       9.5.2 Objektif
       9.5.3 Langkah-langkah pelaksanaan
     9.5.4 Jawatankuasa Pelaksana
     9.5 5 Peruntukan Kewangan
     9.5.6 Lantikan Fasilitator
     9.5.7 Cadangan Jadual Aktivitii
   9.6 Penutup


Tajuk 10: Pelaksanaan Program Pendidikan Islam
          Enam Bulan Pertama Tahun Satu

     10.0 Sinopsis
     10.1 Hasil pembelajaran                      121-128
     10.3 Kerangka Tajuk
     10.4 Program Pendidikan Islam Enam Bulan
        10.4.1 Objektif
        10.4.2 Kumpulan Sasaran dan Waktu


                                       iv
Pembelajaran
              10.4.3 Langkah Pengajaran
              10.4.4 Tindakan Susulan
              10.4.5 Harapan


Bibliografi                                 129

Panel Penulis Modul                         130

Ikon Modul                                  131




                                        v
PANDUAN PELAJAR


PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan
pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin
kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah
kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk
menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.


PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.


SASARAN KURSUS

Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program
Pensiswazahan Guru (PPG).


JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah
seperti dalam Jadual 1:




                                       vi
Agihan Jam pembelajaran
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran                     Mengikut Kredit Kursus
                                   3 Kredit               2 Kredit                1 Kredit
                                 Tanpa       Ada       Tanpa        Ada     Tanpa        Ada
                                 Amali       Amali     Amali        Amali   Amali        Amali
                                 (3+0)       (2+1)     (2+0)        (1+1)   (1+0)        (0+1)
                                             (1+2)                  (0+2)
                                             (0+3)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan /              70          60        70           62      70           65
tugasan terarah / amali
Menghadiri kelas interaksi
                                  10          10         5           5       5               5
bersemuka (5 kali)
Latihan Amali*                     -          10         -           8        -              5
Perbincangan Atas Talian          7½          7½        5½          5½       5½          5½
Kerja Kursus                      20          20        20           20      15           15
Ulangkaji                         10          10        10           10      5               5
Amali/Peperiksaan                 2½          2½        2½          2½       2½          2½
Jumlah Jam Pembelajaran                120                     80                   40
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.



SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh
berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat
masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.




                                             vii
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan


Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

   1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
      diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
      perpustakaan.

   2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
      pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
      modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
      dicadangkan.

   3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
      sasaran pembelajaran anda.

   4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
      pembacaan anda.

   5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
      Teliti maklumat yang diterima.

   6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
      bahan yang bermakna.

   7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.




                                     viii
Pengenalan

Modul ini membincangkan mengenai Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam
Pendidikan Rendah di Malaysia. Kursus ini mencakupi tajuk sejarah Pendidikan
Islam di zaman rasulullah, zaman khulafak dan selepasnya, zaman sebelum
merdeka dan selepas merdeka. Perbincangan dilanjutkan dengan menyentuh
aspek matlamat, falsafah dan objektif pembinaan kurikulum Pendidikan Islam di
Malaysia dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR).


Bidang-bidang pengajian seperti Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum
Syar`iyyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Jawi. Bidang-bidang pengajian
tersebut diterjemahkan dalam bentuk Buku Teks yang memerlukan para guru
memahami fungsi, kepentingan dan kemahiran-kemahiran yang terkandung di
dalamnya. Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia dimantapkan lagi dengan
pengenalan pelaksanaan program j-QAF yang merupakan program sokongan
dan pemantapan kepada pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam. Bagi
memantapkan pelaksanaan program j-QAF, lima model telah disediakan oleh
pihak Kementerian Pelajaran iaitu;
      i. Model Kelas Pemulihan Jawi
      ii. Model 6 bulan Khatam al-Quran
      iii.Model Tasmik al-Quran
      iv.Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi, dan
      v. Model Kem Bestari Solat


Modul ini diagihkan kepada 10 tajuk-tajuk kecil. Setiap topik disusuli dengan
pengenalan ringkas mengenai topik berkenaan, pernyataan hasil pembelajaranm
kerangka tajuk dan isi pembelajaran. Setiap pelajar kehendaki membaca isi
pembelajaran berkenaan dan dikehendaki menyelesaikan soalan-soalan tugasan
yang disediakan. Para pensyarah perlu memastikan soalan-soalan perbincangan
dikuasai oleh pelajar dengan baik. Secara tidak langsung, aktiviti sebegini akan
memantapkan kefahaman pelajar berkaitan topik yang dibincangkan.

                                       ix
(KOD DAN NAMA KURSUS)



 TAJUK 1 (TAJUK KURSUS)

        SINOPSIS

        HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)

        KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai
         seperti contoh di bawah)




        KANDUNGAN ISI
          (Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar
         memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi)
         boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar.
         Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk
         semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG.
         Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai
         bahan bukti. Aktivit dan latihan yang diberi perlu mengambil kira
         beban pembelajaran pelajar.)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CATATAN:

    1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS.

    2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT:
         a) FONT : ARIAL
         b) SAIZ FONT : TAJUK UTAMA – 14
                          SUB TAJUK – 12
                          ISI KANDUNGAN – 12
         c) SPACING : 1.5
    3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.
AGIHAN TAJUK


  Nama Kursus : Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
  Kod         : PIM 3101

Bilangan         Tajuk/Topik                                              Jam
                                              Kandungan                             Catatan
Interaksi                                                                Kredit
              Pendaftaran Dan
   1                                                                              11 Jun 2011
                 Taklimat
                                    Zaman Rasulullah s.a.w
            Topik 1:Perkembangan    Pendidi Islam Di Madinah
            Pendidikan Islam        Zaman Khulafa’ al-Rasyidin            6

                                    Zaman Sebelum Merdeka
                                        Zaman Kerajaan Melayu
                                         Melaka
   2                                                                              25 Jun 2011
                                        Zaman Penjajahan
            Topik 2:Perkembangan
            Pendidikan Islam di         Sistem Pendidikan                 6
            Malaysia Hingga kini         Pondok
                                    Zaman Selepas Merdeka
                                      Institusi Pendidikan Islam
                                       di Malaysia Selepas
                                       Merdeka
                                    Kurikulum Pendidikan Islam
            Topik 3: Asas-Asas          Konsep                            2
            Pembinaan Kurikulum         Matlamat
            Pendidikan Islam            Falsafah
            Sekolah Rendah.

                                    Kurikulum Lama Sek Rendah
                                       Pengenalan
                                       Pengurusan Bilik Darjah
                                        KLSR
                                       Ciri-ciri bilik darjah tradisi
                                       Pengujian dan Penilaian
            Topik 4: Analisa            dalam KLSR
   3        Kurikulum Lama dan                                                    30 Julai 2011
                                    Kurikulum Baru Sek Rendah
            Kurikulum Baru
                                       Matlamat dan Objektif
            Pendidikan Islam
                                        KBSR
            Sekolah Rendah dan                                             4
                                       Prinsip dan Ciri KBSR
            Pengenalan Kurikulum
            Standart Sekolah           Pelaksanaan KBSR
            Rendah.                    Pengurusan Bilik Darjah
                                        KBSR
                                       Pengujian dan penilaian
                                        dalam KBSR
                                       Fokus dan Struktur KBSR
                                       Kekuatan dan
                                        Kelemahan KBSR
                                    Pengenalan KSSR



                                           viii
Bilangan         Tajuk/Topik                                       Jam
                                                Kandungan                    Catatan
Interaksi                                                         Kredit
                                     Sukatan Pelajaran
                                      Pendidikan Islam              6
            Topik 5: Analisis           Matlamat
            kandungan Sukatan           Bidang
            Pelajaran dan Huraian      
            Sukatan Pelajaran        Huraian Sukatan Pelajaran
            Pendidikan Islam            Matlamat
            KBSR                        Kandungan
   4                                    Fokus                             20 Ogos 2011

                                     Konsep Buku Teks              6
            Topik 6: Pengenalan      Keberkesanan Buku Teks
            Buku Teks dan Buku       Buku Panduan Guru
            Panduan Guru dan         Fungsi Buku Panduan Guru
            kaitan dengan sukatan    Keberkesanan Buku
            pelajaran                 Panduan Guru


   5                                 Objektif
            Topik 7: Pengenalan      Konsep
            Pendidikan Islam         Matlamat                      3
            Program j-QAF            Kepentingan j-QAF
                                     Pelaksanaan Program j-QAF
                                                                           24 Sep 2011
                                    Model Kelas Pemulihan Jawi
                                    Model 6 bulan Khatam Al
            Topik 8: Pengenalan
                                    Quran
            Model-model dalam                                       4
                                    Model Kelas Tasmik Khatam
            program j-QAF
                                    Al Quran


                                    Model Peluasan Bahasa Arab
            Topik 9: Model-model    Komunikasi
   6        dalam program j-QAF     Model Kem Bestari Solat         2       1 Okt 2011
            dan pelaksanaannya




                                           ix
Bilangan         Tajuk/Topik                                     Jam
                                               Kandungan                 Catatan
Interaksi                                                       Kredit

                                    Latarbelakang Program
                                    Konsep Program
                                          Objektif
                                          Kumpulan Sasaran
            Topik 10: Pelaksanaan          dan Waktu
            Program Pendidikan             Pembelajaran           6
            Islam Enam Bulan              Langkah Pengajaran
            Pertama Tahun Satu
                                           Tindakan Susulan
                                            Harapan




                  JUMLAH                                         45




                                           x
PIM 3101
                                              Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


BIBLIOGRAFI

Abdullah Basmih, (1985) Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Bahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur

Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Cetakan ke 18,
Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan

Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997),
Shah Alam , Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd. Saleh, Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan untuk KPLI (2008) Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam, (2011)
Edisi Kedua, Shah Alam , Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.


Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 )
( 1997 ) Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah,
( Semester 1 ) ( 1996 ), . Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti, Sdn. Bhd.


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan dan
Pengurusan Kurikulum j-QAF (2004).

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. J-QAF: Buku Panduan Perlaksanaan Model-
Model Pengajaran dan Pembelajaran dan KoKurikulum (2004).


Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah
Rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia,Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam
Sekolah Rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam
Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan
Pustaka.2002

Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Islam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasa
dan Pustaka 2002.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6




                                      122
PIM 3101
                                           Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd..

Mok Soon Sang , Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan (1994),
Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa ( KL ) SDn. Bhd .




www.sabah.edu.my
www.ppdhl.net/v2/images/10/_Panduan_Pelakasanaan_B.Arab
www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdfail
www.4shared.com/file/f/buku_Panduan_Pelaksanaan_Model.html
www.bpi.edu.my




                                    123
PIM 3101
      Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)




124
IKON

       Rehat


       Perbincangan


       Bahan Bacaan


       Buku Rujukan


       Latihan


       Membuat Nota


       Senarai Semakan


       Layari Internet


       Panduan Pengguna


       Mengumpul Maklumat


       Tutorial


       Memikir


       Tamat
PIM3101  
                                       Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

                PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN
            PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
                  (PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH)
          PIM3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)

                 NAMA                              KELAYAKAN


Dr NORIATI BINTI A. RASHID        Kelulusan:
Ketua Penolong Pengarah           PhD.(Sosiolinguistik), UM
Unit Kurikulum                    Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM
Bahagian Pendidikan Guru          B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM
Kementerian Pelajaran Malaysia    Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

EN. OTHMAN BIN LOMAN              Kelulusan:
Unit Kurikulum                    B.A (Hons). (Pendidikan al-Quran dan al-
Bahagian Pendidikan Guru          Sunnah), UKM.
Kementerian Pendidikan Malaysia   Sijil Guru Perguruan Khas (Qiraat dan
                                  Tarannum) IPIS.
Tel:016-2737473                   Sijil Perguruan Asas IPIS
othmalok@yahoo.com
                                  Pengalaman:
                                  Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pra
                                  Perkhidmatan Sekolah Rendah).
                                  Pensyarah IPG 4 tahun.
                                  Guru Kelas Khas Kemahiran al-Quran 4 Tahun
                                  Guru Sekolah Menengah 16 Tahun
                                  Guru Sekolah Rendah 2 Tahun

DR RIDZUAN BIN AHMAD              Kelulusan:
Pensyarah                         Ph.D ( Pengajian Islam),USM
Institut Pendidikan Guru          M Ed. (Pengurusan dan Pentadbiran), UTM
Kampus Sultan Abdul Halim         B.A. Hons. (Pengajian Islam), Uni Al-Azhar,
Jalan Kuala Ketil                 Kaherah
08000 Sungai Petani               Dip. Pendidikan (Pendidikan Islam), MPI
Kedah Darul Aman
                                  Pengalaman:
drridzuan3190@gmail.com           Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
                                  IPSAH (13 tahun)
                                  Panel Penggubal Kurikulum Pengajian/
                                  Pendidikan Islam KPLI (R), KPLI(j-QAF), dan
                                  KDPM SABK
                                  Panel Penggubal Modul LPBS/KDC –
                                  KPLI (R), KPLI(j-QAF) dan KDPM SABK
PN HJH AFIFAH BT ABU BAKAR        Kelulusan:
Pensyarah                         M. Ed. USM (1999)
Institut Perguruan Guru           B.A. Hons. (Pendidikan Islam), UM (1988)
Kampus Sultan Abdul Halim         Pengalaman:
08000 Sungai Petani               Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Kedah Darul Aman                  IPSAH (17 tahun)
                                  Guru Sekolah 6 tahun
afifah_abu_bakar@yahoo.com        Panel Penggubal Modul LPBS/KDC-KPLI (R),
                                  KPLI(j-QAF), KDPM SABK.



                                  16
PIM3101  
     Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)




16
PIM 3101
                                                    Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)



      TAJUK 1       SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH
                    SAW DAN ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN




1.1      Sinopsis

Pelajar-pelajar yang dikasihi

Selamat datang       dan berinteraksi dengan       tajuk 1. Tajuk-tajuk dalam unit ini
membincangkan tentang perkembangan Pendidikan Islam di zaman Rasulullah SAW.
Bermula dari kebangkitan baginda di Mekah, kemudian berhijrah ke Madinah
sehinggalah kewafatan baginda saw merangkumi pusat penyebaran ilmu, peringkat
pengajian, institusi pengajian, method pengajian dan kurikulum. Diteruskan pada zaman
Khulafa’ al-Rasyidin dimana Pendidikan Islam      berkembang luas ke serata alam dalam
pelbagai bidang.



1.2      Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i        Menghuraikan sumber metodologi dan pusat Pendidikan Islam pada zaman
         Rasulullah
ii       Anaslis kurikulum zaman Rasulullah SAW
iii      Menjelaskan metodologi, sumber dan pusat Pendidikan Islam pada zaman
         Khulafa’ al Rasyidin.
iv       Menganaslis kurikulum zaman Khulafa’ al-Rasyidin.



1.3      Kerangka Tajuk



                                                          Pendidikan Islam Pada
                                                          zaman Rasulullah SAW
               SEJARAH
           PENDIDIKAN ISLAM
             PADA ZAMAN
           RASULULLAH SAW

                                                          Pendidikan Islam pada
                                                          zaman Khulafa al-Rasyidin




                                             1
PIM 3101
                                               Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


1.4 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam

1.4.1   Zaman Rasulullah SAW

Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah SAW. memperlihatkan tahap-tahap kemajuan,
pemikiran yang berubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikan
tersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam yang
berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliah arab yang berasaskan pemikiran logik
dan matlamat keduniaan semata-mata.


Perbincangan mengenai pendidikan Islam pada peringkat ini, merangkumi skop
perkembangan Pendidikan Islam pada period Makkiyah berlaku secara rahsia, dan
period Madiniyyah iaitu pada tahap terbuka. Bagaimanapun pemikiran pendidikan yang
berlangsung pada zaman Rasulullah SAW. adalah berkisar di sekitar pembentukan
individu mukmin dalam rangka pembentukan masyarakat Islam dan bukan seperti
pemikiran pendidikan yang berlangsung dalam falsafah pendidikan moden yang ada
sekarang.


Ibn Khaldun meriwayatkan sebelum kedatangan Islam penduduk Semananjung Tanah
Arab adalah buta huruf, hanya sebilangan kecil sahaja di antara mereka yang tahu
membaca dan menulis. Menurutnya orang yang belajar menulis di Hirah ialah Sufyan
bin Umaiyyah dan mempelajarinya dari Aslam bin Sidrah, Menurut sejarah orang yang
mula-mula mengajar menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di Tanah Arab
ialah seorang yang berasal dari Wadi al-Qura. Ia telah berusah memberi pelajaran
kepada beberapa orang penduduk negeri itu.       Semenjak dari itulah tersibarnya
kemahiran tulis menulis dan membaca di Semananjung Tanah Arab, bagaimanapun
proses perkembangan tersebut berlaku secara lambat, sehinggalah kedatangan Islam.


Kedatangan agama Islam membawa perubahan besar terhadap bidang ilmu
pengetahuan dan pendidikan terutama mengenai pelajaran tulis menulis dan membaca.
Situasi demikian adalah menurut inspirasi al-Quran sebagai wahyu Allah yang mula-

mula kepada RasulNya. Perintah membaca seperti dalam wahyu pertama              ‫اﻗﺮاء‬
perintah Allah supaya menulis dan membaca adalah untuk melepaskan diri mereka
daripada kongkongan kejahilan dan kemunduran dalam semua bentuk kehidupan.
Menerusi pembacaan atau pemilikan ilmu manusia dapat melibatkan diri dengan


                                        2
PIM 3101
                                                   Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


pelbagai proses kemajuan dan kematangan seperti proses pengenalan (cognition)
ingatan (memory) pengamatan (perception) pengucapan (verbalization) pemikiran
(reasoning) daya kreatif (creatibity) dan sebagainya untuk mencapai kesempurnaan dan
kebahgian.


Pembacaan juga dapat menyingkap tabir kejahilan, yang sentiasa menghalang manusia
bagi mengenal Tuhan yang sebenar.         Dengan membaca manusia sudah didorong
kepada rasa ingin tahu atau ingin memahami hakikat kejadian yang sebenar.
Berkeyakinan terhadap Tuhan yang Maha Esa Pencipta Alam, dapat mengenali dan
menginsafi diri sendiri. Menerusi pembacaan atau berilmu merupakan alat yang unik
bagi mencapai tahap iman yang sebenar yang boleh mendorong kepada melaksanakan
tanggungjawab untuk mencapai kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat.                Bagi
menyelaras dan memantapkan penyibaran Islam yang berasaskan aqidah, syariah dan
akhlak Rasulullah SAW. dipertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
dan pendidikan Islam kepada umatnya.        Baginda bertanggungjawab menyampaikan
ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam kepada umatnya. Sebagai langkah pertama
baginda memperkenalkan pembacaan al-Quran dan asas-asas di samping pelajaran
tulis menulis dan membaca sebagai alat utama bagi mencapai ilmu pengetahuan. Al-
Quran sebagai sumber pertama dikuatkan lagi dengan penafsiran yang dilakukan sendiri
oleh baginda Rasulullah SAW. yang berupa percakapan, perbuatan dan pengakuan.


Tahap pendidikan di peringkat awal kebangkitan berlaku semasa di Makah bermula
dengan pengajaran al-Quran khusus kepada kaum keluarga baginda. Hasil daripada
usaha ini Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah telah memeluk
agama Islam dan meyakini ketauhidan Allah.


Di kalangan sahabat baginda yang menerima terus pengajaran daripada baginda
Rasulullah SAW. ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Melalui perantaraan Abu Bakar,
Islam mula berkembang dengan penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin Affan,
Zubair bin al-Awwam, saad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin
Ubaidullah, Abu Ubaidah bin Jarrah, Arqam bin Abi al-Arqam, Fatimah binti al-Khattab,
Said bin Zaid al-Adawi dan lain-lain. Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan
suatu bentuk pendidikan yang mula tersusun.           Rumah baginda menjadi pusat
pendidikan pertama dan selepas itu rumah Arqam bin Abi Arqam.                    Rasulullah



                                           3
PIM 3101
                                                   Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


menyampaikan setiap wahyu yang diterimanya kepada para sahabat dan kaum
muslimin tanpa disembunyikan, seperti firman Allah SWT;.


    
    
        
       
       “Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada
       engkau daripada Tuhan engkau, kiranya engkau tidak melakukan demikian,
       maka tidaklah engkau menyampaikan risalahNya”.
                                                                   ( al-Maidah :67)

Strategi pembelajaran yang dilakukan ketika itu dengan mendengar kuliah daripada
Rasulullah SAW. sendiri secara talaqqi dan musyafahah. Pembelajaran berlaku secara
hafazan iatu menghafaz ayat-ayat al-Quran yang dibacakan dan melalui tunjuk cara.
Seterusnya baginda menyuruh umat Islam atau para sahabat mempraktik, mengamal
dan menghayati isi pelajaran tersebut. Sebagai seorang rasul dan guru telah mendidik,
melatih dan memandu pengikut-pengikutnya dengan penuh mesra dan perasaan kasih
sayang. Beliau mendidik dan memandu mereka bukan sahaja dari segi pengetahuan
(kognitif) malah dari segi sikap, peribadi dan tingkahlaku dengan memperlihatkan
contoh-contoh dan tauladan yang dilakukannya sendiri.


Selepas turun surah al-Hijr (rujuk ayat 94);


Ayat tersebut memerintahkan Rasulullah SAW. menyebarkan Islam secara terang-
terangan, bermula dari sini pendidikan Islam dilakukan secara umum kepada seluruh
lapisan masyarakat. Pusat pendidikan Islam terbuka luas meliputi lorong-lorong, pasar,
kawasan perumahan dan disekitar Kaabah. Kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih
tertumpu kepada pembentukan aqidah tauhid, kerana itu isi pelajaran yang disampai
oleh baginda tertumpu kepada penolakan adat istidat, kepercayaan dan cara beribadat
kaum jahiliah yang mensyirikkan Allah SWT.         Pada tahap ini juga perkembangan
pendidikan Islam tersebar ke Habsyah, Jaafar bin Abi talib menerangkan kepada Raja
Habsyah iaitu Najasyi berkaitan dengan Islam dan membaca al-Quran di hadapannya.




                                               4
PIM 3101
                                                              Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)




1.3.2 Pendidikan Islam di Madinah


Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa
perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama
Islam.    Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan
perundangan dan perhubungan antarabangsa.                      Institusi pendidikan Islam memilih
masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi masjid mengikut termenologi Islam adalah
sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal
yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan pendidikan.                            Al-Abrasyi
menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar
mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi masjid lebih bebas
dan sesuai sebagai tempat belajar.           Rasulullah SAW. telah mendirikan sebuah surau
yang bersambung dengan masjid tersebut, dikenali sebagai al-suffah.                        Merupakan
sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik.
Matapelajarannya termasuklah al-Quran. Asas agama (Aqidah, syariah, akhlak) khat,
sejarah, bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani
yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat.


Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk



                                   Struktur Pendidikan Islam di Madinah




                    Pendidikan Umum                                Pendidikan Khusus




                    Pendidikan Institusi




                       Rajah 1: Struktur Pendidikan Islam di Madinah


i.       Pendidikan umum di jalankan oleh Rasulullah SAW. atau para sahabat daripada




                                                    5
PIM 3101
                                                   Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


        Khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato
        selepas sembahyang fardu atu selepas sembahyang jumaat.             Kurikulum nya
        merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti
        menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.


ii.     Pendidikan khusus:      pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang
        diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat
        atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-
        Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antar orang yang sering mendapat
        pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung.


iii.    Pendidikan Institusi:     Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat
        Madinah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada
        masa selanjutnya.


1.3.3   Pendidikan Islam Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin


Modul ini akan membincangkan sejarah pendidikan Islam pada zaman pemerintahan
Khulafa al-Rashidin (11H/623M – 40H/661M) yang diperintah oleh empat orang sahabat
Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kesetabilan dan keselamatan
negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah menumpukan perhatian
mendidik disamping pada masa yang sama mentadbir negara.


 Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh
Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan Mesir serta beberapa wilayah Islam yang
ditakluki, tidak terdapat sebuah kampong pun di daerah tersebut melainkan
dibangunkan masjid sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan
pendidikan Islam.


Pusat pentadbiran Khulafa’ al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan
pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin
Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah
SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid.               Bersumberkan al-



                                            6
PIM 3101
                                                  Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


Quran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran kepada kaum muslimin.
Tahun-tahun pemerintahan khulafa’ al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran
seperti masalah arridah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum
Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin. Semua
masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke
serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada
zamannya.


Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah
orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung
usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi
ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam.


Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H – 13H) di samping
memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang-
orang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya
mempelajari dan menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan
menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci
al-Quran dapat diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah
pentadbiran kerajaan Islam Madinah.


Manakala khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan,
seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan
Islam pada masa pemerintahannya. Dikatakan tidak terdapat sebuah desa pun yang
tidak didirikan masjid dan surau sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat
pelajaran dan pendidikan Islam. Beliau memberi penekanan yang serious terhadap ilmu
pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping
menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang,
menunggang kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik).               Galakan
tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah,




                                          7
PIM 3101
                                                  Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda
dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah.


Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan
mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat-
sahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran.         Dengan usaha beliau itu, dapat
menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani.




                                   Peringkat Pendidikan
                     Formal                                  Informal




                    Menengah
                    Rendah        Menengah
        Kuliah                    Tinggi
                                                 Tempat       Rumah       Masjid
                                                 Awam         Sahabat

                   Kurikulum



                                                            Kurikulum

        Membaca                   Al-Quran
        Menulis                   Tafsir
        Membaca al-Quran          Hadith
        Hafazan                   Fiqh                       Aqidah
        Fardu Ain                                            Akhlak
        Sastera                                              Syariat
        Sukan


   Rajah: Peringkat Pendidikan Islam di zaman khulafa’ al-Rashidin dan Umaiyah




                  Anda boleh rehat kemudian sila teruskan pembacaan


                                           8
PIM 3101
                      Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


anda untuk unit seterusnya




               9
PIM 3101
                                                Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)




      TAJUK 10      Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam
                    Bulan Pertama Tahun Satu


10.1     Sinopsis

Pelajar-pelajar yang dikasihi

Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji dan memahami isi pelajaran
dalam topik-topik berikutnya. Dalam tajuk ini, beberapa aspek penting yang
membincangkan kandungan Pendidikan Islam dalam kurikulum lama iaitu KLSR
( Kurikulum Lama Sekolah Rendah) dan kurikulum baru yang dikenali sebagai
KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah). Kurikulum Pendidikan Islam di
Malaysia terus dimantapkan melalui KSSR ( Kurikulum Standart Sekolah
Rendah).



10.2     Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i       Menghuraikan latar belakang pelaksanaan Program Pendidikan Islam
        Enam Bulan Pertama.

ii      Menjelaskan objektif dan kumpulan sasaran pelaksanaan Program
        Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama.

iii     Menghuraikan langkah-langkah dan prosuder pelaksanaan Program
        Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama.




                                        121
PIM 3101
                                           Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


10.3   Kerangka Tajuk




10.4 Latar belakang Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam Bulan

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan
KBSM pada 21 Januari 1994 telah bersetuju supaya murid tahun satu sekolah
kebangsaan diberi penekanan Pendidikan al-Quran dengan menggunakan
kaedah Iqra` dalam jangka masa 6 bulan mulai sesi persekolahan 1994/1995.
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siaran KP.5206/3/60 Jld.3 (4)
yang dikeluarkan pada 1 Mac 1994 telah memaklumkan pelaksanaan kaedah
Iqra` dalam tilawah al-Quran di sekolah. Dalam jangka masa 6 bulan tersebut
murid-murid hendaklah dipastikan dapat menguasai bacaan al-Quran.

Pada tahun 2003 sedikit perubahan dari segi pelaksanaan Jawi dan al-Quran
KBSR dan KBSM dilakukan. Mengikut surat siaran (JAPIM) 5206/4/4.1 Jld. 2 (4)
bertarikh 3 Januari 2003 telah memaklumkan beberapa mekanisma baru
perlaksanaan tersebut antaranya:


      Murid tahun satu diberi tumpuan khusus dalam 6 bulan pertama
       persekolahan.    Guru hendaklah memberi tumpuan khusus kepada
       penguasaan kemahiran menulis dan membaca Jawi dan al-Quran.


                                    122
PIM 3101
                                             Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


      Selepas 6 bulan guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran
      Pendidikan Islam berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Satu
      yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.


     Dalam tempoh ini juga perkara-perkara yang berkaitan Rukun Iman,
      Rukun Islam dan Solat hendaklah diajar seperti biasa manakala bahagian
      Adab dan Akhlak Islamiah diajar secara merentas.


     Selepas 6 bulan pertama persekolahan guru hendaklah melaksanakan
      pemulihan dan pengayaan secara berterusan.


     Untuk murid tahun 2 dan seterusnya serta sekolah menengah aktiviti
      pemulihan dan pengayaan Jawi dan al-Quran dibuat secara berterusan di
      semua peringkat rendah dan menengah.


     Tulisan Jawi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
      Pendidikan Islam      dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam di
      peringkat sekolah.


     Aktiviti-aktiviti khusus, latih tubi dan kerja rumah serta sebarang bentuk
      pertandingan dan sebagainya melibatkan tulisan jawi di peringkat bilik
      darjah dan sekolah dilaksanakan bagi memperkukuh dan meningkatkan
      penguasaan kemahiran tersebut.


10.4.1 Objektif


     Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam dengan mempastikan setiap murid
      menguasai kemahiran al-Quran dan Jawi terutama di peringkat awal
      persekolahan.


     Murid-murid dapat menguasai bacaan al-Quran dalam masa 6 bulan
      pertama tahun satu.

                                     123
PIM 3101
                                              Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)




     Penguasaan bacaan al-Quran melalui kaedah Iqra`, sekaligus membantu
      murid-murid dapat membaca dan menulis jawi dengan fasih dan betul.


     Murid-murid tidak akan rasa dibebani dengan sukatan pelajaran yang
      berat di peringkat ini.


     Program ini disertakan dengan program transisi Pendidikan Islam agar
      murid-murid tidak menghadapi kejutan budaya.


     Panduan ini diharapkan dapat membantu guru merancang pengajaran
      dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk 6 bulan pertama tahun satu
      mengikut surat siaran yang diedarkan.




10.4.2 Kumpulan Sasaran dan Waktu Pembelajaran


     Kumpulan sasaran ialah semua murid tahun satu sekolah kebangsaan
      dan sekolah jenis kebangsaan bermula tahun 2003.


     Masa yang diperuntukkan dalam waktu pembelajaran seminggu adalah
      seperti berikut:
      i.     Asas Ulum Syariah ialah 30 minit (1 waktu)
      ii.    Pelajaran Jawi ialah 60 minit (2waktu)
      iii.   Asuhan Tilawah al-Quran (Iqra`) ialah 90 minit (3waktu)


     Pelajaran Jawi diajar dengan menggunakan Buku Sayang jawi 1, Buku
      Sayang Jawi 2 dan Buku Kemahiran Menulis yang disusun mengikut
      Sukatan Pelajaran Jawi KBSR.




                                      124
PIM 3101
                                              Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


10.4.3 Langkah Pengajaran


     Guru mengenalpasti murid di dalam sesuatu kelas dari segi kuantiti, kualiti
      pencapaian murid dan latar belakang keluarga secara rambang.


     Guru hendaklah merangka strategi pengajaran dengan mengenalpasti
      satu kaedah yang akan digunakan seumpama kaedah berkumpulan atau
      individu.   Jika sekiranya bilangan murid adalah kecil, adalah lebih
      berkesan digunakan pendekatan pengajaran secara individu.                 Tetapi
      sebaliknya jika murid melebihi kuantiti yang sewajarnya guru boleh
      mengenalpasti murid yang mahir untuk membantu proses pengajaran dan
      pembelajaran.


     Pengajaran dan pembelajaran boleh berasaskan taburan pengajaran dan
      pembelajaran yang dicadangkan dalam panduan ini.


     Penilaian pertama terhadap pencapaian murid hendaklah dilakukan
      selepas tiga bulan pengajaran dijalankan.          Penilaian ini hendaklah
      menggunakan borang penilaian yang dilampirkan.


     Guru mesti membuat analisis pencapaian murid dan seterusnya
      merangka strategi sehingga tempoh 6 bulan berakhir.


     Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam
      tempoh tersebut, pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang
      cicir.


     Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan
      hendaklah dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al-
      Quran dengan baik, membaca dan menulis jawi dengan betul dan fasih
      serta beradab.



                                      125
PIM 3101
                                              Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


10.4.4 Tindakan Susulan


      Pemantauan berterusan Sektor Pendidikan Islam dan Moral negeri bagi
       memastikan program ini berjalan lancar dan dapat mencapai tahap
       kejayaan yang diharapkan. Pemantauan ini adalah bertujuan memberi
       bimbingan kepada guru-guru dan membuat penambahbaikan dari aspek
       pelaksanaan.


      Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri juga dikehendaki menyediakan
       laporan lengkap yang menunjukkan prestasi guru dan murid serta
       kekangan-kekangan yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran
       dijalankan. Laporan tersebut hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan
       Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.


      Guru mestilah menyediakan laporan lengkap prestasi pencapaian murid
       dalam Tilawah al-Quran, Pelajaran Jawi dan perkembangan lain. Contoh
       borang maklumat prestasi murid dilampirkan. Laporan tersebut hendaklah
       dihantar kepada Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan
       Pendidikan Islam dan Moral dan salinan kepada Sektor Pendidikan Islam
       dan Moral Negeri.




10.4.5 Harapan


Mudah-mudahan usaha murni semua pihak termasuk guru akan membuahkan
hasil yang diharapkan. Kegigihan guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran amat diharapkan. Malah kejayaan program ini banyak bergantung
kepada semangat dan motivasi para guru yang berdedikasi.          Peranan Jurulatih
Utama (JU) hendaklah distrategikan         bagi   memaksima       penyaluran       dan
penyampaian      maklumat   kepada   semua        guru-guru    Pendidikan       Islam.
Pemantauan JPN juga secara berterusan amat perlu bagi mengesani masalah-

                                     126
PIM 3101
                                               Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


masalah semasa pelaksanaan dan berusaha untuk menanganinya secara
berkesan..



             Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini
             dengan jayanya!
              .




                           LATIHAN & TUGASAN



1. Bincangkan sejauhmanakah keberkesanan program j-QAF Model Perluasan
Bahasa Arab Komunikasi di sekolah anda.


2. Jelaskan bagaimana Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dapat
membantu meningkatkan kemahiran berbahasa Arab di kalangan anak didik
anda.


3. Bincangkan dalam kumpulan , bagaimanakah peranan anda sebagai guru
Pendidikan Islam dalam membantu guru-guru j-QAF melaksanakan program
Kem Bestari Solat di tempat anda bertugas.


4. Sebagai seorang guru Pendidikan Islam yang berpengalaman anda perlu
membuat suatu analisa program Pendidikan Islam enam bulan pertama tahun
satu dan perbandingannya dengan program j-QAF enam bulan pertama khatam
Al Quran.




                                       127
PIM 3101
                                              Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


RUJUKAN

Abdullah Basmih, (1985) Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Bahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur

Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Cetakan ke 18,
Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan

Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997),
Shah Alam , Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd. Saleh, Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan untuk KPLI (2008) Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam, (2011)
Edisi Kedua, Shah Alam , Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.


Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 )
( 1997 ) Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah,
( Semester 1 ) ( 1996 ), . Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti, Sdn. Bhd.


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan dan
Pengurusan Kurikulum j-QAF (2004).

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. J-QAF: Buku Panduan Perlaksanaan Model-
Model Pengajaran dan Pembelajaran dan KoKurikulum (2004).


Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah
Rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia,Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam
Sekolah Rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam
Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan
Pustaka.2002

Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Islam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasa
dan Pustaka 2002.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6




                                      128
PIM 3101
                                             Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)



Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd..

Mok Soon Sang , Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan (1994),
Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa ( KL ) SDn. Bhd .



www.sabah.edu.my
www.ppdhl.net/v2/images/10/_Panduan_Pelakasanaan_B.Arab
www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdfail
www.4shared.com/file/f/buku_Panduan_Pelaksanaan_Model.html
www.bpi.edu.my




                                     129
PIM 3101
      Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)




130
PIM 31101
                                                     Pengenalan K
                                                                Kurikulum Pend
                                                                             didikan Islam (S
                                                                                            SR)



                    Asas-Asas Pembinaa Kurikulu Pendidi
                             s       an       um      ikan Islam
       AJUK 3
      TA            Sekolah Rendah.
                            R




3.0      Sinopsis

Semo
   oga anda te
             erus bersem
                       mangat untuk mengkaji dan memah
                                  k                  hami isi pe
                                                               elajaran dala
                                                                           am
topik-
     -topik beriku
                 utnya. Dalam tajuk ini, beberapa a
                            m                     aspek pentin yang me
                                                             ng      embincangk
                                                                              kan
meng
   genai konsep, matlamat dan falsafa Pendidika Islam. Pe
                        t           ah        an        endapat-pen
                                                                  ndapat sarjana
Islam mengenai matlamat da falsafah Pendidikan I
    m                    an         P          Islam turut d
                                                           dibincangkan Berasask
                                                                      n.       kan
perka
    ara-perkara tersebut telah menja
                         t         adi kerang ka utama dalam pembinaan dan
penggubalan kurikulum Pen
                        ndidikan Islam untuk digu
                                     m          unakan oleh sekolah-se
                                                          h          ekolah Rendah
    alaysia.
di Ma


3.1      Hasil pem
                 mbelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-p
   a                          pelajar dihar
                                          rapkan dapa
                                                    at:

i               aikan konsep atlamat da falsafah Pendidikan Islam.
         Menghura                     an
ii       Menghura
                aikan matlam Pendidik Islam da perspektif Sarjana Isl
                           mat      kan      ari        f           lam.
iii      Menjelask falsafah dan hasrat pengubalan Kurikulum Pendidikan Islam.
                 kan                            n
iv.      Mengenal kompenen pembentukan Kurikulum pendidika Islam di M
                                               m         an         Malaysia.



3.2      Kerangka Tajuk
                a




                                         KURIKUL
                                               LUM            
                                                                        
                                      PENDIDIKAN
                                               N ISLAM



                Ko
                 onsep                        Matlamat                         Falsafah




                                            22
PIM 3101
                                                   Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


3.3      KONSEP DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan dalam bahasa Arab disebut tarbiah, yang pada asalnya membawa makna;
pertambahan, perkembangan dan ketinggian. Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja
rabba yang antara maknanya ialah; memperbaiki (islah), memimpin dan mentadbir.
Menurut ahli bahasa, tarbiah bererti membangun sesuatu secara tahap demi tahap
menuju kepada kesempurnaan. Salah satu dari nama Allah ialah ar-Rab kerana yang
mengawal, mengislah, mentadbir dan mengarahkan makhluk kepada kesempurnaan.
Semuanya ini merupakan inti daripada pendidikan.       Oleh sebab itu Rabbul ‘Alamin
ditafsirkan sebagai Murabbil ‘Alamin (pendidik seluruh Alam) dan Allah s.w.t. ialah
Pendidik Yang Teragung. Jadi perkataan tarbiah mengandungi dua unsur terpenting;
iaitu pertambahan dan perbaikan (Islah) hingga ke tahap kesempurnaan.


Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali.                  Ia
menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada Islam dan merupakan satu
ibadat yang besar. Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas apabila kita
meneliti ayat al-Quran yang pertama diturunkan . Ia tidak dimulai dengan perintah yang
berhubung perkara lain seperti ibadat, tetapi dimulakan degan perintah yang berhubung
dengan pendidikan.


Firman Allah S.W.T.
           
            
           
        
       
         
                        

      “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
      makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah, dan Tuhanmu
      Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar
      manusia apa yang tidak diketahuinya”.
                                                                       (Al-`Alaq : 1-5)

Islam tidak melihat pendidikan daripada skop yang sempit.         Ia tidak terbatas pada
pendidikan duniawi semata-mata, tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat.



                                           23
PIM 3101
                                                   Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


Dalam hubungan ini, Abud (1985) menyatakan bahawa Islam telah membahagikan ilmu
kepada dua kumpulan yang besar. Pertama ialah fardu ain yang dituntut ke atas setiap
orang supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan suruhan agama.
Kedua, ilmu fardu kifayah iaitu ilmu yang mesti kepada individu tertentu seperti ilmu
pertukangan, kemahiran, perniagaan, kedoktoran, ekoonomi, kimia, fizik, pembuatan
senjata dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ilmu yang kedua ini menjadi fardu ain
apabila tiada seorang pun muslim dalam masyarakat itu yang mempelajarinya.


Konsep pendidikan yang bersatu (unified) ini berdasarkan kepada konsep ilmu yang
bersepadu (integrated) yang merupakan keistimewaan Islam.           Ia berlawanan sekali
dengan aliran pemikiran yang memisahkan ilmu kepada dua bahagian yang tidak dapat
didamaikan, iaitu disebut sebagai theology dan science atau religious knowledge di
Barat.


Pembahagian yang bertentangan ini tidak dapat berlaku dan tidak dibenarkan berlaku
dalam teori pendidikan Islam. Menurut Mohd. Kamal Hassan (1981) isi kandungan
theology dan science dalam Islam tidak bercanggah antara satu sama lain, malah ia
bersifat saling melengkapi dan kedua-duanya lahir daripada pandangan yang satu, iaitu
tauhid. Dalam pendidikan ini, walaupun terdapat beberapa pembahagian ilmu seperti
ilmu aqidah, syariah dan akhlak, namun ia tetap berada dalam satu lingkaran konsep
bersepadu yang membawa keseimbangan antara akal dan wahyu.




3.4      Pendidikan Islam Mengikut Sarjana Pendidikan Islam
Untuk menggambarkan pengertian Pendidikan Islam, dikemukakan beberapa definisi
yang dikemukakan oleh para sarjana Islam. Antaranya adalah seperti berikut:
 1. Khurshid Ahmad (1973) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai

         ”satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; yang
         berkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insan
         yang baik dan warganegara yang berguna.

 2. Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai

         “proses melaksanakan falsafah Pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya
         dalam bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selaras
         dengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah supaya sahsiah Islamiah


                                           24
PIM 3101
                                                   Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


       dapat terbentuk dalam setiap tindak tanduk, tingkah laku dan sikap seseorang
       muslim, walau bila dan di mana sahaja berada”.

  3. Hassan Langgulung (1979 ) menegaskan, pendidikan membawa erti:

       “merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam
       masyarakat melalui berbagai-bagai proses. Proses-proses itu pengajaran, latihan
       dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan
       pengetahuan dari seorang ke seorang dan latihan ialah membiasakan diri
       melakukan sesuatu pekerjaan bagi memperoleh kemahiran sementara proses
       indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh
       orang lain. Ketiga-tiga proses tersebut berjalan serentak dalam masyarakat
       primitif atau moden”.



3.5 Matlamat Pendidikan Islam
Setiap sistem pendidikan mempunyai matlamatnya.         Sistem pendidikan bukan Islam
menjurus kepada melahirkan warganegara yang baik, untuk mencapai matlamat tersebut
adalah berbeza antara sesebuah negara dari segi falsafah dan kreteria tersendiri
berasaskan latar belakang sejarah masyarakat, kebudayaan dan sempadan negara.


Sejak akhir-akhir ini muncul pelbagai usaha daripada para penyelidik untuk menentukan
matlamat am pendidikan sesuai dengan makna yang difahami daripada nas-nas al-Quran
dan hadith dan daripada sejarah pemikiran dan pendidikan Islam. Matlamat pendidikan
Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik
dan melahirkan insan saleh yang tidak mengenal batas masa, negeri, bangsa sebaliknya
menuju kepada Allah dan alam akhirat.     Bagi mencapai martabat insan saleh mestilah
mempunyai sifat taqwa; firman Allah s.w.t. pada ayat:

            
                                 
   “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa.”
                                                                           (al-Hujurat : 13)


Manusia yang bertaqwa ialah orang yang sebenarnya mengabdikan diri kepada Allah
s.w.t. seperti firman Allah s.w.t.;


      
           

                                           25
PIM 3101
                                                       Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


 "Sesungguhnya tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali beribadat kepada Ku"
                                                                             (al-Dhariyyat: 56)


Ibadat yang dimaksudkan di sini ialah merangkumi setiap perbuatan, pemikiran dan
perasaan yang pada keseluruhannya ditujukan untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.
dengan menjaga sempadan yang diredhaiNya dan menjauhkan diri dari segala yang
dimurkaiNya. Objek pendidikan ialah manusia, merupakan makhluk yang mempunyai
tiga unsur utama yang saling berkait antara satu dengan lain iaitu jasad, akal dan roh.


                             Akal              Ruh




                                    Jasad
             Rajah 1: Menunjukkan hubungan di antara jasad, ruh dan akal.


Untuk menjaga kepentingan ketiga-tiga unsur tersebut, perlu diwujudkan aktiviti
pendidikan. Tujuannya ialah untuk memberi kemahiran-kemahiran asas kepada individu
sama ada lelaki atau pun perempuan. Oleh itu, segala usaha untuk membentuk watak
manusia sebagai khalifah di bumi dianggap pendidikan menurut pandangan Islam.
Kelayakan manusia sehingga dilantik menjadi khalifah adalah kerana ia mempunyai
beberapa ciri istimewa seperti:
       i.         Fitrah : hakikat semula jadi manusia yang baik, bersih dari dosa.
       ii.        Roh: Unsur yang membezakannya dengan makhluk lain.
       iii.       Kebebasan kemahuan:       dapat menerima dengan kemahuannya sendiri
                  akan amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk lain.
       iv.        Akal: Membolehkannya membuat pilihan betul atau salah.


Matlamat bolehlah diertikan sebagai tujuan atau objektif terhadap sesuatu perkara yang
ingin dicapai. Sesuatu sistem yang akan dilaksanakan mestilah memenuhi matlamat
yang telah dirancang. Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan
Islam seperti berikut:




                                              26
PIM 3101
                                                       Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)




         “Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup
         dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna
         akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam
         kerjanya, bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan
         lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.’.

Berdasarkan ungkapan di atas, matlamat pendidikan Islam seperti berikut:
         i.         Mempersiapkan warganegara yang baik.
         ii.        Membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul
         iii.       Membekalkan anak didik dengan ilmu pengetahuan
         iv.        Mendidik manusia ke arah kecemerlangan rohani dan jasmani
         v.         Membentuk akhlak yang sempurna sebagai manusia yang ideal
         vi.        Kebolehan dan kecekapan dalam kerja supaya dapat hidup bahagia


Menurut al-Ghazali matlamat pendidikan ialah:
         “Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperolehi kedudukan,
         bermegah-megah dan berlumba-lumba.”

Beliau menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk
membuang segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenali Pencipta
dan matlamat ilmu yang sebenar membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah.
Jadi, tujuan pendidikan yang selain daripada taqarrub ilallah adalah tidak tergolong ke
dalam objektif pendidikan Islam.


Ibn Khaldun pula menekankan tujuan keilmuan Islam sebagai tujuan pendidikan Islam itu
sendiri. Katanya ada dua tujuan iaitu:
   i.          Tujuan Keagamaan.
               Pendidikan mestilah membawa individu tersebut kepada mengenal Tuhannya,
               dapat beramal untuk akhirat dan dapat menunaikan hak-hak Allah yang menjadi
               kewajipan kepadanya.


   ii.         Tujuan Keilmuan.
               Iaitu membawa seseorang kepada kemahiran yang membolehkan individu
               tersebut untuk menghadapi kehidupan dunianya.




                                               27
PIM 3101
                                                  Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


Apabila kita lihat keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa Ibnu Khaldun
menjelaskan matlamat pendidikan adalah untuk menjaga kepentingan hidup di dunia dan
di akhirat, dapat mengimbangkan kedua-duanya sebagai satu panduan hidup manusia.
Ahmad Saleh Jamja'an dalam Naquib al-Attas (1984) mengungkapkan matlamat
pendidikan Islam sebagai:

       “The aim of Muslim education is the creation of the good and righteous man
        who worships Allah in the true sense of the term, builds up the structure
       of his earthly life “

Kita harus ingat bahawa Islam sebagai al-din yang merangkumi segala aspek
penghidupan, kerana itu matlamat pendidikannya juga tentulah suatu yang ideal, iaitu
untuk memperbaiki hidup di dunia mengikut tujuan hukum syarak. Ini kerana Islam itu
sendiri bertujuan untuk menuju kepada kesempurnaan hidup.


Mengikut Dr. Muhammad Fadhil al-Jamaly (1966) merumuskan matlamat pendidikan
Islam seperti berikut:
 i.   Memperkenalkan kepada manusia statusnya di kalangan                  makhluk     dan
      tanggungjawab masing-masing dalam hidup mereka di dunia.

 ii. Memperkenalkan kepada manusia tentang interaksinya dalam masyarakat dan
     tanggungjawab mereka d tengah-tengah sistem masyarakat manusia.

 iii. Memperkenalkan manusia dengan makhluk (alam semester) dan membimbingnya
      untuk mencapai hikmah Allah dalam penciptaan alam semesta dan memungkinkan
      manusia menggunakannya.

 iv. Mengajak manusia mengenali Tuhan pencipta alam dan mendorong untuk
     beribadah kepadanya.

Al-Buthi menyenaraikan matlamat pendidikan Islam secara umumnya kepada tujuh
matlamat berikut;


 i.   Mendapat keredaan Allah dengan menjauhi kemurkaan dan siksaan Nya serta
      mengabdikan diri dengan keikhlasan keranaNya. Tujuan ini dianggap induk
      daripada semua tujuan pendidikan Islam.

 ii. Meningkatkan taraf akhlak masyarakat berdasarkan agama yang diturunkan oleh
     Allah untuk membimbing manusia ke arah yang diredai olehNya.

 iii. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan
      agama Islam untuk membimbing masyarakat ke arah yang diredai olehNya.



                                          28
PIM 3101
                                                  Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)



  iv. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan
      ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan mengajar manusia akan nilai-
      nilai dan akhlak yang mulia.

  v. Mewujudkan ketenangan jiwa di samping memiliki aqidah yang teguh, penyerahan
     dan kepatuhan yang ikhlas semata-mata kepada Allah s.w.t.

  vi. Memelihara bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dan sebagai wadah
      kebudayaan dan unsur-unsur kebudayaan Islam yang paling menonjol.
      Menyebarkan kesedaran agama yang sebenar dan menunjukkan hakikat Islam
      sebagai agama yang suci dan agong.

  vii. Meneguhkan perpaduan rakyat untuk keamanan tanahair dengan menyatupadukan
       mereka dalam satu barisan melalui usaha-usaha menghapuskan perselisihan,
       bergabung dan bekerjasama dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan kepercayaan
       Islam yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Kesimpulannya, dalam konteks terkini matlamat pendidikan Islam mempunyai empat
halatuju iaitu:

  i.   Melahirkan insan kamil yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Orang yang
       beriman dan beramal soleh telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan kejayaan di
       dunia dan di akhirat.

  ii. Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang sempurna, berakhlak mulia
      dan bertanggung jawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama
      kerana Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith yang
      bermaksud:

            “Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin.            Tiap-tiap kamu
            bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Pemerintah adalah pemimpin, maka
            ia bertanggungjawab ke atas rakyat. Seorang lelaki adalah pemimpin, maka
            ia bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya.         Manakala seorang
            perempuan itu pula adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap ahli
            rumahnya, suaminya dan anaknya.       Orang gaji adalah penjaga harta
            bendanya, maka ia adalah bertanggungjawab terhadap harta tersebut. Tiap-
            tiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap
            pimpinannya."

  iii. Menanamkan semangat cintakan Allah agar dapat melaksanakan segala suruhan
       dan meninggalkan segala laranganNya. Gemar kepada amal ibadat khusus yang
       berpusat di masjid. Patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. Menghormati
       ulamak, ibu bapa, orang yang lebih dewasa dan menjamin kebebasan beragama
       dikalangan orang yang bukan Islam.

  iv. Mengembangkan bakat intelektual secara bebas dan demokrasi kepada kadar yang
      paling maksimum. Ini semua berdasarkan bimbingan wahyu untuk mencetuskan




                                          29
PIM 3101
                                                  Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


      manusia dan menguasai alam ini untuk kebahagian, kemakmuran dan
      kesejahteraan manusia sejagat.
Inilah sebahagian daripada matlamat umum pendidikan Islam yang telah digariskan oleh
sarjana-sarjana Islam.   Manakala matlamat khas adalah merupakan perubahan-
perubahan yang diingini yang termasuk dalam matlamat umum pendidikan. Dengan lain
perkataan, gabungan pengetahuan, penampilan pola-pola tingkah laku, sikap, nilai dan
kebiasaan yang terkandung dalam matlamat akhir pendidikan yang mana tanpa
terlaksananya matlamat akhir dan umum tidak sempurna perlaksanaannya.


Saleh Samak (1980) menyenaraikan matlamat khas dalam pendidikan Islam seperti
berikut:
   i.   Mengajar murid-murid didikan agama supaya mengenal Tuhan yang menjadikan
        langit dan bumi, memberikan kehidupan dan nikmat dan menyediakan balasan
        baik dan jahat di dunia dan akhirat.

   ii. Mendidikan jiwa murid-murid sehingga mencetuskan kesedaran beragama yang
       mendalam dalam jiwa mereka.

   iii. Mendidik jiwa murid-murid supaya beramal dengan akhlak yang terpuji sejak kecil
        di samping memandu mereka supaya menghargai kemuliaan tingkah laku dan
        beramal dengan tuntutannya.

   iv. Menunjukkan murid-murid bahawa semua ajaran agama, baik dari suruhan atau
       larangan, adalah bertujuan untuk kebaikan diri seseorang dan faedahnya
       terpulang kepada masyarakat.       Tujuannya adalah untuk menghindarkan
       kejahatan dan perkara yang mudarat bagi diri individu dan masyarakat.

   v. Menambahkan pengetahuan murid-murid tentang kelebihan-kelebihan hukum
      agama yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Hadith.

   vi. Memupuk kecenderungan ke dalam jiwa murid-murid perasaan suka mempelajari
       al-Quran dan membacanya. Mengajar mereka membaca al-Quran dengan betul
       tentang bunyi, baris dan tempat berhenti.

   vii. Mengajar hadith-hadith nabi supaya murid-murid mendapatkan pengajaran dari
        segi kesopanan, adab dan tingkahlaku.

   viii. Mengamalkan teladan yang baik daripada biografi Rasulullah s.a.w. , para
         sahabat dan pahlawan-pahlawan Islam yang berjasa.



3.6 Bidang Pendidikan Islam:
Hakikatnya dasar utama pendidikan Islam ialah menjauhkan diri daripada menyekutukan
Allah, seperti yang difahami dari nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya agar tidak



                                         30
PIM 3101
                                                    Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


menyekutukan Allah. Perbuatan syirik merupakan punca segala maksiat, dan tidak ada
pada diri orang yang syirik sifat-sifat mulia dan kehalusan budi.       Untuk menjayakan
wawasan tersebut, berasaskan al-Quran dan al-Sunnah kurikulum pendidikan Islam
dijelmakan melalui dua komponen kurikulum iaitu ;
             Ulum al Syariah
             Pendidikan Al Quran


Kedua komponen ini mempunyai objektif dan falsafahnya bagi melahirkan penghayatan
dan pengamalan Islam pada individu muslim. Bidang-bidang yang dicakupi melalui dua
komponen di atas ialah :


a. Pendidikan Akidah
Ini merupakan pendidikan paling penting bagi pendidikan terhadap kanak-kanak Islam
berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
       "Setiap anak yang dilahirkan adalah mengikut fitrah, ibu bapalah yang
        menjadikan ia majusi, nasrani atau yahudi."

Tujuan pendidikan keimanan ini ialah untuk mendidik anak-anak daripada kecil lagi
dengan pendidikan keimanan, dapat memahami Islam sebagai al-din setelah mereka
dewasa. Mengakui ke Esaan Allah serta mengakui kebesaran dan kekuasaanNya.
Pendidikan    keimanan     dalam   pengertiannya    yang    lebih   luas    bukan     sahaja
menitikberatkan idea tentang ke-Esaan Allah tetapi juga memberi pengertian terhadap
konsep ilmu, ilmu menurut Islam bersifat sepadu.       Memahami konsep tauhid dalam
bentuk ilmu pendidikan membawa kita kepada kefahaman bahawa wujud pembahagian
atau pemisahan antara ilmu mengenai alam sains dan ilmu akhirat (agama) menerusi
konsep tauhid juga kita dapati dalam Islam wujudnya kesepaduan yang harmoni antara
peranan wahyu, ilham, akal dan indera di dalam epistemology Islam.


Manusia sebagai makluk Allah adalah fitrahnya berinteraksi dengan Allah sebagai
Khaliqnya, dengan sesama manusia dan alam.              Maka sewajarlah diri manusia
diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu atau pengetahuan serta nilai-nilai yang memampukan
dia berbuat demikian dengan akhlak yang sebaiknya, serta syakhsiah yang seimbang
samada ketika menghadapi Allah atau ketika bermuamalah sesama manusia atau ketika
manfaatkan kurniaan Ilahi.




                                          31
PIM 3101
                                                  Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)




b. Pendidikan Akal
Salah satu dari aspek-aspek pendidikan yang terpenting ialah mendidik akal
sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah SWT dalam ayat pertama surah al-Alaq.
Pendidikan akal dalam ayat yang dijelaskan berlaku dalam keadaan akal yang sentiasa
menerima bimbingan Tuhan. Akal juga merupakan satu unsur yang paling mulia dan
berharga bagi manusia, dengan adanya fungsi akal ini proses pendidikan dapat berlaku
dalam diri manusia. Pendidikan Islam menekankan kepentingan mengisi dan melatih
akal manusia dengan nilai-nilai ketuhanan (ilmu tauhid), penekanan yang tidak seimbang
boleh melahirkan insan yang tempang, tidak sepadu atau tidak seimbang, yang kosong
jiwanya.   Kerana itu kanak-kanak wajib disedarkan akan kewajipan mendekatkan diri
kepada Allah.


c. Pendidikan Jasad
Memberi pendidikan dalam menjaga kesihatan tubuh badan agar terhindar dari segala
jangkitan penyakit.


d. Pendidikan Akhlak/Moral
Kepincangan peribadi generasi muda di negara Islam selalu menjadi bahan perbahasan
pemikir-pemikir Islam.    Di Malaysia masalah yang sama juga menjadi bahan
perbincangan yang terpenting berhubung dengan isu-isu pendidikan semasa. Antara
kepincangan yang menonjol ialah keruntuhan akhlak dan penolakan nilai-nilai tradisi
bangsa dan agama serta kecenderungan untuk menerima segala nilai baru tanpa
mengira sama ada ia serasi dengan agama Islam atau tidak.       Ini berlaku kerana aliran
liberalisme dan sekularisma yang mendasari sistem pendidikan yang diamalkan tidak
mampu menerapkan secara serentak nilai-nilai ilmu, budi pekerti, keluhuran dan
kemuliaan dalam diri manusia.


Seluruh aktiviti yang terlibat dalam proses pendidikan adalah berupa pembinaan
syakhsiah manusia berakhlak mulia.     Pendidikan ini berasaskan tarbiyah imaniyah
kerana sekiranya anak-anak yang dididik dari kecil supaya beriman dengan Allah s.w.t.
terutama menghayati aspek muraqabah yang diharap akan melahirkan akhlak mulia.
Kepentingan aspek ini dapat dilihat daripada beberapa hadith yang bermaksud:




                                         32
PIM 3101
                                                    Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)



        " Daripada hak seorang bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan adab dan
          namanya"
                                                                       (H.R. Baihaqi)

         " Tidak ada satu pemberian dari seorang bapa yang lebih baik daripada adab".
                                                                           (H.R. Tarmizi)


e. Pendidikan Wujdan
Mendidik rohani agar dapat menjalinkan ikatan pertalian yang erat antara manusia
dengan Pencipta dalam semua keadaan dan membebaskan diri manusia daripada
memperhambakan diri kepada kebendaan.


f.    Pendidikan Kesihatan
Memberi didikan agar anak-anak menghargai kesihatan serta menjaga kesihatan mental
dan fizikal untuk melahirkan insani muslim yang kuat bagi melaksanakan amanah Allah.



                TUNGGU !!! sebelum anda meneruskan pembacaan ke topik seterusnya,
                  Sila pastikan anda telah mencatat isi penting topik di atas..




3.7      FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan,
kerana bentuk manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung kepada falsafahnya.
Pendidikan diertikan oleh cendikiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari generasi ke
generasi samada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini adalah ditentukan oleh
falsafahnya yang disogokkan melalui sistem pendidikan.


Sarjana Pendidikan Islam mentafsirkan falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang
menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan
terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan.
Hasan Langgulung (1986) menyatakan falsafah Islam yang telah meletakkan seluruh
prinsip dan norma yang meliputi keseluruhan skop pendidikan.            Al-Syaibani (1979)
menjelaskan, falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang dirancangkan dengan hikmah



                                            33
PIM 3101
                                                 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


untuk menjadikan proses pendidikan dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa.
Pendidikan juga menyiapkan generasi muda dan warganegara umumnya supaya
beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh Nya.


Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah
hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang pendidikan. Falsafah
Pendidikan Islam menentukan keseluruhan tujuan akhir kehidupan dunia akhirat tercapai
dengan jayanya. Falsafah Pendidikan Islam menegaskan bahawa manusia ialah makhluk
Allah dan manusia mempunyai batasan dalam tindakannya. Oleh itu pendidikan ini
merupakan satu aliran falsafah yang berbentuk keagamaan,           berusaha menanam
keimanan manusia kepada Allah s.w.t. dalam usaha membangunkan manusia sebagai
insan ciptaan Allah, dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi
dalam keadaan tunduk dan patuh kepadanya.


Sebelum membincangkan hubungan Falsafah Pendidikan Islam dengan falsafah
pendidikan umum hendaklah disedari bahawa falsafah Pendidikan Islam mempunyai
sumbernya yang khusus iaitu al Quran dan al Sunnah. Falsafah pendidikan umum pula
bersumberkan penyelidikan dan pengalaman manusia semata-mata. Walau bagaimana
pun keduanya mempunyai perhubungan atau persamaan dalam beberapa segi yang
berkaitan dengan proses pendidikan.


Perhubungan yang jelas ialah kedua-duanya berusaha mencari dan mendapatkan
hakikat kebenaran yang berkaitan dengan proses pendidikan. Ianya juga sentiasa
membahaskan dan meramalkan tentang perkara yang mungkin mengarah, mengukuh
dan membantu memperkemaskan lagi sistem pendidikan. Falsafah pendidikan umum
juga sama dengan falsafah Pendidikan Islam dalam matlamatnya untuk melahirkan insan
yang baik, berakhlak dan harmonis di samping mempunyai keupayaan untuk membina
manusia yang berguna kepada masyarakatnya.


Walau bagaimanapun berdasar sumber yang khusus, Falsafah Pendidikan Islam lebih
unggul dan mantap kerana falsafah ini bersumberkan al Quran dan al Sunnah yang
diwahyukan oleh Allah. Falsafah pendidikan umum hanya berasaskan pemikiran,
penyelidikan dan pengalaman manusia yang terbatas dan akan berubah dari semasa ke
semasa mengikut citarasa masing-masing. Di samping itu         juga, matlamat falsafah



                                         34
PIM 3101
                                                    Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


Pendidikan Islam juga lebih unggul dan menyeluruh, yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang mulia dan mampu mencapai kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah di
akhirat kerana falsafah Pendidikan Islam mengkaji kebenaran dan meletakkan sesuatu
pada yang berhak. Falsafah Pendidikan Islam amat diperlukan bagi tujuan pendidikan
Islam;
    I. Membantu merancang pendidikan untuk melahirkan pemikiran yang sihat
       terhadap proses pendidikan

   II. Menjadi asas terbaik untuk menilai sistem pendidikan negara dalam ertikata yang
       menyeluruh

   III. Membentuk asas pendidikan khususnya dalam kaedah pengajaran di sekolah,
        universiti dan institusi pendidikan yang lain.

  IV. Membina suatu identiti sendiri bagi sistem pendidikan negara dengan wujudnya
      nilai Islam dalam perkembangan kebudayaan dan masyarakat.

   V. Menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam sistem pendidikan.

Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan Islam secara tersurat mula disedari
oleh Jawatankuasa Pengubal Sukatan/kurikulum Pendidikan Islam KBSR. Beberapa siri
perbincangan cendekiawan Islam telah diadakan.           Hasilnya pernyataan Falsafah
Pendidikan Islam KBSR dirumuskan seperti berikut:
     "Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
     kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi
     membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
     Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat,
     alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan
     abadi di akhirat."
                                      ( Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia )

Penyataan falsafah ini menegaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran di dalam
mata pelajaran pendidikan Islam memberi penekanan kepada :
         a.   Ilmu dan pengetahuan
         b.   Kemahiran atau amalan
         c.   Menghayati Islam
         d.   Membentuk sikap
         e.   Membentuk pandangan hidup atau pemikiran Islam
         f.   Tanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara
         g.   Mewujudkan kebaikan di dunia
         h.   Mencapai kesejahteraan abadi di akhirat.




                                           35
PIM 3101
                                                 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


Berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam yang berlandaskan al-Quran dan al Sunnah
dalam membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hamba Allah
(pelajar) yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam
sekitar dan Negara ke arah mencapai kebahgian di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.




                                      Sesuai
                                      dengan
                                      ajaran
                                       Islam



                Bersifat                                          Bersifat
                dinamik                                          membentuk
                                                                   akhlak

                                       Cirri-Ciri
                                       Falsafah
                                      Pendidikan
                                        Islam

             Mengimbangi
             antara dunia &
                 akhirat                                              Bersifat
                                                                      terbuka


                                            Bersifat
                                            sejagat




                                       36
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaIrwan Nazarudin
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaDhashink
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellfiro HAR
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumchenta miamor
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arabhibatullah92
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 

Mais procurados (20)

perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaranTajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulum
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 

Semelhante a Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorPjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorSMK Damansara Damai 1
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srmoiprincessa
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srAMira LIzza
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiAisyalaila
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasanajib6766
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
Modul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpliModul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpliavi_lib9
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalanMimi Liau
 
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfModul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfMilawati44
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Modul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfModul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfIrman Ramly
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaerine2312
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Ong Ngi Song
 
Modul-II-IPA-SD-MI.pdf
Modul-II-IPA-SD-MI.pdfModul-II-IPA-SD-MI.pdf
Modul-II-IPA-SD-MI.pdfssuser7034d8
 

Semelhante a Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_ (20)

Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorPjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
 
Bmm3104
Bmm3104Bmm3104
Bmm3104
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasa
 
Panduan edu3103
Panduan edu3103Panduan edu3103
Panduan edu3103
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 
Alam sekitar
Alam sekitarAlam sekitar
Alam sekitar
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Pend guru
Pend guruPend guru
Pend guru
 
Modul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpliModul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpli
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalan
 
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfModul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Psv3105
Psv3105Psv3105
Psv3105
 
Modul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdfModul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
Modul 2.3 Angkatan 5 Reguler. Coaching untuk Supervisi Akademik - Final.pdf
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahraga
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]
 
Modul-II-IPA-SD-MI.pdf
Modul-II-IPA-SD-MI.pdfModul-II-IPA-SD-MI.pdf
Modul-II-IPA-SD-MI.pdf
 

Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MODUL PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
  • 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. i
  • 3. MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT. Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia ii
  • 4. KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan I Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar vi - viii Pengenalan ix Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 : Sejarah Pendidikan Islam Zaman Rasulullah dan Khulafak Ar- Rasyidin 1.1 Sinopsis 1.2 Hasil Pembelajaran 1-8 1.3 Kerangka Tajuk 1.4 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam 1.4.1 Zaman Rasulullah SAW 1.4.2 Pendidikan Islam di Madinah 1.3.3 Pendidikan Islam Zaman Khulafak Ar Rasyidin Tajuk 2 : Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia 2.1 Sinopsis 2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka Tajuk 2.4 Perkembangan Pendidikan Islam di 9 – 21 Malaysia 2.4.1 Zaman Kerajaan Melayu Melaka 2.4.2 Zaman Penjajahan 2.4.3 Sistem Pendidikan Pondok 2.4.4 Pendidikan Islam Selepas Merdeka 2.4.5 Institusi Pendidikan Islam di Malaysia Selepas Merdeka
  • 5. Tajuk 3 : Asas-asas Pembinaan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah 3.1 Sinopsis 3.2 Hasil Pembelajaran 3.3 Kerangka Tajuk 3.4 Konsep dan Matlamat Pendidikan Islam 22- 36 3.5 Pendidikan Islam dan Sarjana Islam 3.6 Matlamat Pendidikan Islam 3.7 Bidang Pendidikan Islam 3.8 Falsafah Pendidikan Islam Tajuk 4: Analisa Perbandingan Kurikulum Lama dan Kurikulum Baru Pendidikan Islam Sekolah Rendah. 4.1 Sinopsis 4.2 Hasil pembelajaran 37-56 4.3 Kerangka Tajuk 4.4 KLSR dan KBSR 4.5 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 4.6 Pengenalan KSSR Tajuk 5: Analisis Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. 5.1 Sinopsis 5.2 Hasil pembelajaran 5.3 Kerangka Tajuk 5.4 Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah 5.5. Objektif Pendidikan Islam 57-73 5.6 Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah 5.7 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam ii
  • 6. Tajuk 6: Penggunaan Buku Teks dan Buku Panduan Guru 6.1 Sinopsis 6.2 Hasil pembelajaran 6.3 Kerangka Tajuk 6.4 Konsep Buku Teks 6.4.1 Keberkesanan Buku Teks : 6.5 Buku Panduan Guru 6.5.1 Fungsi Buku Panduan Guru Tajuk 7: Pengenalan Pendidikan Islam j-QAF 80-92 7.0 Sinopsis 7.1 Hasil pembelajaran 7.3 Kerangka Tajuk 7.4 Pengenlan Program j-Qaf 7.4.1 Konsep Program j-Qaf 7.4 2 Objektif Program j-Qaf 7.4.3 Kepentingan program j-Qaf 7.5 Pelaksanaan j-Qaf Tajuk 8: Pengenalan Model-Model Program j-QAF 93- 109 8.1 Sinopsis 8.2 Hasil pembelajaran 8.3 Kerangka Tajuk 8.4 Pengenalan Model-Model j-QAf 8.4.1 Model KelaS Pemulihan Jawi 8.4.2 Model 6 Bulan Khatam al-Quran 8.4.3 Model Tasmik al-Quran iii
  • 7. Tajuk 9: Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Kem Bestari Solat 9.1 Sinopsis 9.2 Hasil pembelajaran 9.3 Kerangka Tajuk 9.4 Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi 9.4.1 Takrif 9.4.2 Matlamat 9.4.3 Objektif 9.4.4 Strategi Pelaksanaan 9.4.5 Agihan Tugas 94-120 9.4.6 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran 9.4.7 Penilaian 9.5 Konsep Program Bestari Solat 9.5.1 Konsep 9.5.2 Objektif 9.5.3 Langkah-langkah pelaksanaan 9.5.4 Jawatankuasa Pelaksana 9.5 5 Peruntukan Kewangan 9.5.6 Lantikan Fasilitator 9.5.7 Cadangan Jadual Aktivitii 9.6 Penutup Tajuk 10: Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama Tahun Satu 10.0 Sinopsis 10.1 Hasil pembelajaran 121-128 10.3 Kerangka Tajuk 10.4 Program Pendidikan Islam Enam Bulan 10.4.1 Objektif 10.4.2 Kumpulan Sasaran dan Waktu iv
  • 8. Pembelajaran 10.4.3 Langkah Pengajaran 10.4.4 Tindakan Susulan 10.4.5 Harapan Bibliografi 129 Panel Penulis Modul 130 Ikon Modul 131 v
  • 9. PANDUAN PELAJAR PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: vi
  • 10. Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Ada Tanpa Ada Tanpa Ada Amali Amali Amali Amali Amali Amali (3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) (0+1) (1+2) (0+2) (0+3) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65 tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi 10 10 5 5 5 5 bersemuka (5 kali) Latihan Amali* - 10 - 8 - 5 Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½ Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15 Ulangkaji 10 10 10 10 5 5 Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40 * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. vii
  • 11. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. viii
  • 12. Pengenalan Modul ini membincangkan mengenai Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Pendidikan Rendah di Malaysia. Kursus ini mencakupi tajuk sejarah Pendidikan Islam di zaman rasulullah, zaman khulafak dan selepasnya, zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka. Perbincangan dilanjutkan dengan menyentuh aspek matlamat, falsafah dan objektif pembinaan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Bidang-bidang pengajian seperti Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syar`iyyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Jawi. Bidang-bidang pengajian tersebut diterjemahkan dalam bentuk Buku Teks yang memerlukan para guru memahami fungsi, kepentingan dan kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalamnya. Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia dimantapkan lagi dengan pengenalan pelaksanaan program j-QAF yang merupakan program sokongan dan pemantapan kepada pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam. Bagi memantapkan pelaksanaan program j-QAF, lima model telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran iaitu; i. Model Kelas Pemulihan Jawi ii. Model 6 bulan Khatam al-Quran iii.Model Tasmik al-Quran iv.Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi, dan v. Model Kem Bestari Solat Modul ini diagihkan kepada 10 tajuk-tajuk kecil. Setiap topik disusuli dengan pengenalan ringkas mengenai topik berkenaan, pernyataan hasil pembelajaranm kerangka tajuk dan isi pembelajaran. Setiap pelajar kehendaki membaca isi pembelajaran berkenaan dan dikehendaki menyelesaikan soalan-soalan tugasan yang disediakan. Para pensyarah perlu memastikan soalan-soalan perbincangan dikuasai oleh pelajar dengan baik. Secara tidak langsung, aktiviti sebegini akan memantapkan kefahaman pelajar berkaitan topik yang dibincangkan. ix
  • 13. (KOD DAN NAMA KURSUS) TAJUK 1 (TAJUK KURSUS)  SINOPSIS  HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)  KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai seperti contoh di bawah)  KANDUNGAN ISI (Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi) boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar. Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti. Aktivit dan latihan yang diberi perlu mengambil kira beban pembelajaran pelajar.) ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ CATATAN: 1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS. 2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT: a) FONT : ARIAL b) SAIZ FONT : TAJUK UTAMA – 14 SUB TAJUK – 12 ISI KANDUNGAN – 12 c) SPACING : 1.5 3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.
  • 14. AGIHAN TAJUK Nama Kursus : Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Kod : PIM 3101 Bilangan Tajuk/Topik Jam Kandungan Catatan Interaksi Kredit Pendaftaran Dan 1 11 Jun 2011 Taklimat  Zaman Rasulullah s.a.w Topik 1:Perkembangan  Pendidi Islam Di Madinah Pendidikan Islam  Zaman Khulafa’ al-Rasyidin 6  Zaman Sebelum Merdeka  Zaman Kerajaan Melayu Melaka 2 25 Jun 2011  Zaman Penjajahan Topik 2:Perkembangan Pendidikan Islam di  Sistem Pendidikan 6 Malaysia Hingga kini Pondok  Zaman Selepas Merdeka  Institusi Pendidikan Islam di Malaysia Selepas Merdeka  Kurikulum Pendidikan Islam Topik 3: Asas-Asas  Konsep 2 Pembinaan Kurikulum  Matlamat Pendidikan Islam  Falsafah Sekolah Rendah.  Kurikulum Lama Sek Rendah  Pengenalan  Pengurusan Bilik Darjah KLSR  Ciri-ciri bilik darjah tradisi  Pengujian dan Penilaian Topik 4: Analisa dalam KLSR 3 Kurikulum Lama dan 30 Julai 2011  Kurikulum Baru Sek Rendah Kurikulum Baru  Matlamat dan Objektif Pendidikan Islam KBSR Sekolah Rendah dan 4  Prinsip dan Ciri KBSR Pengenalan Kurikulum Standart Sekolah  Pelaksanaan KBSR Rendah.  Pengurusan Bilik Darjah KBSR  Pengujian dan penilaian dalam KBSR  Fokus dan Struktur KBSR  Kekuatan dan Kelemahan KBSR  Pengenalan KSSR viii
  • 15. Bilangan Tajuk/Topik Jam Kandungan Catatan Interaksi Kredit  Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam 6 Topik 5: Analisis  Matlamat kandungan Sukatan  Bidang Pelajaran dan Huraian  Sukatan Pelajaran  Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam  Matlamat KBSR  Kandungan 4  Fokus 20 Ogos 2011  Konsep Buku Teks 6 Topik 6: Pengenalan  Keberkesanan Buku Teks Buku Teks dan Buku  Buku Panduan Guru Panduan Guru dan  Fungsi Buku Panduan Guru kaitan dengan sukatan  Keberkesanan Buku pelajaran Panduan Guru 5  Objektif Topik 7: Pengenalan  Konsep Pendidikan Islam  Matlamat 3 Program j-QAF  Kepentingan j-QAF  Pelaksanaan Program j-QAF 24 Sep 2011 Model Kelas Pemulihan Jawi Model 6 bulan Khatam Al Topik 8: Pengenalan Quran Model-model dalam 4 Model Kelas Tasmik Khatam program j-QAF Al Quran Model Peluasan Bahasa Arab Topik 9: Model-model Komunikasi 6 dalam program j-QAF Model Kem Bestari Solat 2 1 Okt 2011 dan pelaksanaannya ix
  • 16. Bilangan Tajuk/Topik Jam Kandungan Catatan Interaksi Kredit Latarbelakang Program Konsep Program  Objektif  Kumpulan Sasaran Topik 10: Pelaksanaan dan Waktu Program Pendidikan Pembelajaran 6 Islam Enam Bulan  Langkah Pengajaran Pertama Tahun Satu Tindakan Susulan  Harapan JUMLAH 45 x
  • 17. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) BIBLIOGRAFI Abdullah Basmih, (1985) Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran Bahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Cetakan ke 18, Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997), Shah Alam , Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Mohd. Saleh, Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan untuk KPLI (2008) Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar sdn. Bhd. Ahmad Mohd Salleh Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam, (2011) Edisi Kedua, Shah Alam , Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 ) ( 1997 ) Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, ( Semester 1 ) ( 1996 ), . Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti, Sdn. Bhd. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan dan Pengurusan Kurikulum j-QAF (2004). Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. J-QAF: Buku Panduan Perlaksanaan Model- Model Pengajaran dan Pembelajaran dan KoKurikulum (2004). Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia,Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka.2002 Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka 2002. Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6 122
  • 18. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Mok Soon Sang , Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan (1994), Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa ( KL ) SDn. Bhd . www.sabah.edu.my www.ppdhl.net/v2/images/10/_Panduan_Pelakasanaan_B.Arab www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdfail www.4shared.com/file/f/buku_Panduan_Pelaksanaan_Model.html www.bpi.edu.my 123
  • 19. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 124
  • 20. IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat
  • 21. PIM3101   Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH) PIM3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR) NAMA KELAYAKAN Dr NORIATI BINTI A. RASHID Kelulusan: Ketua Penolong Pengarah PhD.(Sosiolinguistik), UM Unit Kurikulum Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM Bahagian Pendidikan Guru B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Kementerian Pelajaran Malaysia Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM EN. OTHMAN BIN LOMAN Kelulusan: Unit Kurikulum B.A (Hons). (Pendidikan al-Quran dan al- Bahagian Pendidikan Guru Sunnah), UKM. Kementerian Pendidikan Malaysia Sijil Guru Perguruan Khas (Qiraat dan Tarannum) IPIS. Tel:016-2737473 Sijil Perguruan Asas IPIS othmalok@yahoo.com Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pra Perkhidmatan Sekolah Rendah). Pensyarah IPG 4 tahun. Guru Kelas Khas Kemahiran al-Quran 4 Tahun Guru Sekolah Menengah 16 Tahun Guru Sekolah Rendah 2 Tahun DR RIDZUAN BIN AHMAD Kelulusan: Pensyarah Ph.D ( Pengajian Islam),USM Institut Pendidikan Guru M Ed. (Pengurusan dan Pentadbiran), UTM Kampus Sultan Abdul Halim B.A. Hons. (Pengajian Islam), Uni Al-Azhar, Jalan Kuala Ketil Kaherah 08000 Sungai Petani Dip. Pendidikan (Pendidikan Islam), MPI Kedah Darul Aman Pengalaman: drridzuan3190@gmail.com Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPSAH (13 tahun) Panel Penggubal Kurikulum Pengajian/ Pendidikan Islam KPLI (R), KPLI(j-QAF), dan KDPM SABK Panel Penggubal Modul LPBS/KDC – KPLI (R), KPLI(j-QAF) dan KDPM SABK PN HJH AFIFAH BT ABU BAKAR Kelulusan: Pensyarah M. Ed. USM (1999) Institut Perguruan Guru B.A. Hons. (Pendidikan Islam), UM (1988) Kampus Sultan Abdul Halim Pengalaman: 08000 Sungai Petani Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kedah Darul Aman IPSAH (17 tahun) Guru Sekolah 6 tahun afifah_abu_bakar@yahoo.com Panel Penggubal Modul LPBS/KDC-KPLI (R), KPLI(j-QAF), KDPM SABK. 16
  • 22. PIM3101   Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 16
  • 23. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) TAJUK 1 SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH SAW DAN ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN 1.1 Sinopsis Pelajar-pelajar yang dikasihi Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 1. Tajuk-tajuk dalam unit ini membincangkan tentang perkembangan Pendidikan Islam di zaman Rasulullah SAW. Bermula dari kebangkitan baginda di Mekah, kemudian berhijrah ke Madinah sehinggalah kewafatan baginda saw merangkumi pusat penyebaran ilmu, peringkat pengajian, institusi pengajian, method pengajian dan kurikulum. Diteruskan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dimana Pendidikan Islam berkembang luas ke serata alam dalam pelbagai bidang. 1.2 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat: i Menghuraikan sumber metodologi dan pusat Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah ii Anaslis kurikulum zaman Rasulullah SAW iii Menjelaskan metodologi, sumber dan pusat Pendidikan Islam pada zaman Khulafa’ al Rasyidin. iv Menganaslis kurikulum zaman Khulafa’ al-Rasyidin. 1.3 Kerangka Tajuk Pendidikan Islam Pada zaman Rasulullah SAW SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH SAW Pendidikan Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin 1
  • 24. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 1.4 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam 1.4.1 Zaman Rasulullah SAW Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah SAW. memperlihatkan tahap-tahap kemajuan, pemikiran yang berubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikan tersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam yang berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliah arab yang berasaskan pemikiran logik dan matlamat keduniaan semata-mata. Perbincangan mengenai pendidikan Islam pada peringkat ini, merangkumi skop perkembangan Pendidikan Islam pada period Makkiyah berlaku secara rahsia, dan period Madiniyyah iaitu pada tahap terbuka. Bagaimanapun pemikiran pendidikan yang berlangsung pada zaman Rasulullah SAW. adalah berkisar di sekitar pembentukan individu mukmin dalam rangka pembentukan masyarakat Islam dan bukan seperti pemikiran pendidikan yang berlangsung dalam falsafah pendidikan moden yang ada sekarang. Ibn Khaldun meriwayatkan sebelum kedatangan Islam penduduk Semananjung Tanah Arab adalah buta huruf, hanya sebilangan kecil sahaja di antara mereka yang tahu membaca dan menulis. Menurutnya orang yang belajar menulis di Hirah ialah Sufyan bin Umaiyyah dan mempelajarinya dari Aslam bin Sidrah, Menurut sejarah orang yang mula-mula mengajar menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di Tanah Arab ialah seorang yang berasal dari Wadi al-Qura. Ia telah berusah memberi pelajaran kepada beberapa orang penduduk negeri itu. Semenjak dari itulah tersibarnya kemahiran tulis menulis dan membaca di Semananjung Tanah Arab, bagaimanapun proses perkembangan tersebut berlaku secara lambat, sehinggalah kedatangan Islam. Kedatangan agama Islam membawa perubahan besar terhadap bidang ilmu pengetahuan dan pendidikan terutama mengenai pelajaran tulis menulis dan membaca. Situasi demikian adalah menurut inspirasi al-Quran sebagai wahyu Allah yang mula- mula kepada RasulNya. Perintah membaca seperti dalam wahyu pertama ‫اﻗﺮاء‬ perintah Allah supaya menulis dan membaca adalah untuk melepaskan diri mereka daripada kongkongan kejahilan dan kemunduran dalam semua bentuk kehidupan. Menerusi pembacaan atau pemilikan ilmu manusia dapat melibatkan diri dengan 2
  • 25. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) pelbagai proses kemajuan dan kematangan seperti proses pengenalan (cognition) ingatan (memory) pengamatan (perception) pengucapan (verbalization) pemikiran (reasoning) daya kreatif (creatibity) dan sebagainya untuk mencapai kesempurnaan dan kebahgian. Pembacaan juga dapat menyingkap tabir kejahilan, yang sentiasa menghalang manusia bagi mengenal Tuhan yang sebenar. Dengan membaca manusia sudah didorong kepada rasa ingin tahu atau ingin memahami hakikat kejadian yang sebenar. Berkeyakinan terhadap Tuhan yang Maha Esa Pencipta Alam, dapat mengenali dan menginsafi diri sendiri. Menerusi pembacaan atau berilmu merupakan alat yang unik bagi mencapai tahap iman yang sebenar yang boleh mendorong kepada melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat. Bagi menyelaras dan memantapkan penyibaran Islam yang berasaskan aqidah, syariah dan akhlak Rasulullah SAW. dipertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam kepada umatnya. Baginda bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam kepada umatnya. Sebagai langkah pertama baginda memperkenalkan pembacaan al-Quran dan asas-asas di samping pelajaran tulis menulis dan membaca sebagai alat utama bagi mencapai ilmu pengetahuan. Al- Quran sebagai sumber pertama dikuatkan lagi dengan penafsiran yang dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah SAW. yang berupa percakapan, perbuatan dan pengakuan. Tahap pendidikan di peringkat awal kebangkitan berlaku semasa di Makah bermula dengan pengajaran al-Quran khusus kepada kaum keluarga baginda. Hasil daripada usaha ini Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah telah memeluk agama Islam dan meyakini ketauhidan Allah. Di kalangan sahabat baginda yang menerima terus pengajaran daripada baginda Rasulullah SAW. ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Melalui perantaraan Abu Bakar, Islam mula berkembang dengan penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin Affan, Zubair bin al-Awwam, saad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidullah, Abu Ubaidah bin Jarrah, Arqam bin Abi al-Arqam, Fatimah binti al-Khattab, Said bin Zaid al-Adawi dan lain-lain. Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan suatu bentuk pendidikan yang mula tersusun. Rumah baginda menjadi pusat pendidikan pertama dan selepas itu rumah Arqam bin Abi Arqam. Rasulullah 3
  • 26. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) menyampaikan setiap wahyu yang diterimanya kepada para sahabat dan kaum muslimin tanpa disembunyikan, seperti firman Allah SWT;.                 “Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada engkau daripada Tuhan engkau, kiranya engkau tidak melakukan demikian, maka tidaklah engkau menyampaikan risalahNya”. ( al-Maidah :67) Strategi pembelajaran yang dilakukan ketika itu dengan mendengar kuliah daripada Rasulullah SAW. sendiri secara talaqqi dan musyafahah. Pembelajaran berlaku secara hafazan iatu menghafaz ayat-ayat al-Quran yang dibacakan dan melalui tunjuk cara. Seterusnya baginda menyuruh umat Islam atau para sahabat mempraktik, mengamal dan menghayati isi pelajaran tersebut. Sebagai seorang rasul dan guru telah mendidik, melatih dan memandu pengikut-pengikutnya dengan penuh mesra dan perasaan kasih sayang. Beliau mendidik dan memandu mereka bukan sahaja dari segi pengetahuan (kognitif) malah dari segi sikap, peribadi dan tingkahlaku dengan memperlihatkan contoh-contoh dan tauladan yang dilakukannya sendiri. Selepas turun surah al-Hijr (rujuk ayat 94); Ayat tersebut memerintahkan Rasulullah SAW. menyebarkan Islam secara terang- terangan, bermula dari sini pendidikan Islam dilakukan secara umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pusat pendidikan Islam terbuka luas meliputi lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan disekitar Kaabah. Kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan aqidah tauhid, kerana itu isi pelajaran yang disampai oleh baginda tertumpu kepada penolakan adat istidat, kepercayaan dan cara beribadat kaum jahiliah yang mensyirikkan Allah SWT. Pada tahap ini juga perkembangan pendidikan Islam tersebar ke Habsyah, Jaafar bin Abi talib menerangkan kepada Raja Habsyah iaitu Najasyi berkaitan dengan Islam dan membaca al-Quran di hadapannya. 4
  • 27. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 1.3.2 Pendidikan Islam di Madinah Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi masjid mengikut termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan pendidikan. Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi masjid lebih bebas dan sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah SAW. telah mendirikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut, dikenali sebagai al-suffah. Merupakan sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik. Matapelajarannya termasuklah al-Quran. Asas agama (Aqidah, syariah, akhlak) khat, sejarah, bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat. Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk Struktur Pendidikan Islam di Madinah Pendidikan Umum Pendidikan Khusus Pendidikan Institusi Rajah 1: Struktur Pendidikan Islam di Madinah i. Pendidikan umum di jalankan oleh Rasulullah SAW. atau para sahabat daripada 5
  • 28. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato selepas sembahyang fardu atu selepas sembahyang jumaat. Kurikulum nya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari. ii. Pendidikan khusus: pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as- Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antar orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung. iii. Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa selanjutnya. 1.3.3 Pendidikan Islam Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin Modul ini akan membincangkan sejarah pendidikan Islam pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin (11H/623M – 40H/661M) yang diperintah oleh empat orang sahabat Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kesetabilan dan keselamatan negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah menumpukan perhatian mendidik disamping pada masa yang sama mentadbir negara. Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan Mesir serta beberapa wilayah Islam yang ditakluki, tidak terdapat sebuah kampong pun di daerah tersebut melainkan dibangunkan masjid sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan pendidikan Islam. Pusat pentadbiran Khulafa’ al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid. Bersumberkan al- 6
  • 29. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Quran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kepada kaum muslimin. Tahun-tahun pemerintahan khulafa’ al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran seperti masalah arridah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin. Semua masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada zamannya. Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam. Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H – 13H) di samping memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang- orang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya mempelajari dan menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci al-Quran dapat diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah pentadbiran kerajaan Islam Madinah. Manakala khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan, seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan Islam pada masa pemerintahannya. Dikatakan tidak terdapat sebuah desa pun yang tidak didirikan masjid dan surau sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan pendidikan Islam. Beliau memberi penekanan yang serious terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang, menunggang kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah, 7
  • 30. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah. Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat- sahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran. Dengan usaha beliau itu, dapat menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani. Peringkat Pendidikan Formal Informal Menengah Rendah Menengah Kuliah Tinggi Tempat Rumah Masjid Awam Sahabat Kurikulum Kurikulum Membaca Al-Quran Menulis Tafsir Membaca al-Quran Hadith Hafazan Fiqh Aqidah Fardu Ain Akhlak Sastera Syariat Sukan Rajah: Peringkat Pendidikan Islam di zaman khulafa’ al-Rashidin dan Umaiyah Anda boleh rehat kemudian sila teruskan pembacaan 8
  • 31. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) anda untuk unit seterusnya 9
  • 32. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) TAJUK 10 Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama Tahun Satu 10.1 Sinopsis Pelajar-pelajar yang dikasihi Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji dan memahami isi pelajaran dalam topik-topik berikutnya. Dalam tajuk ini, beberapa aspek penting yang membincangkan kandungan Pendidikan Islam dalam kurikulum lama iaitu KLSR ( Kurikulum Lama Sekolah Rendah) dan kurikulum baru yang dikenali sebagai KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah). Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia terus dimantapkan melalui KSSR ( Kurikulum Standart Sekolah Rendah). 10.2 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat: i Menghuraikan latar belakang pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama. ii Menjelaskan objektif dan kumpulan sasaran pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama. iii Menghuraikan langkah-langkah dan prosuder pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama. 121
  • 33. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 10.3 Kerangka Tajuk 10.4 Latar belakang Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam Bulan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM pada 21 Januari 1994 telah bersetuju supaya murid tahun satu sekolah kebangsaan diberi penekanan Pendidikan al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra` dalam jangka masa 6 bulan mulai sesi persekolahan 1994/1995. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siaran KP.5206/3/60 Jld.3 (4) yang dikeluarkan pada 1 Mac 1994 telah memaklumkan pelaksanaan kaedah Iqra` dalam tilawah al-Quran di sekolah. Dalam jangka masa 6 bulan tersebut murid-murid hendaklah dipastikan dapat menguasai bacaan al-Quran. Pada tahun 2003 sedikit perubahan dari segi pelaksanaan Jawi dan al-Quran KBSR dan KBSM dilakukan. Mengikut surat siaran (JAPIM) 5206/4/4.1 Jld. 2 (4) bertarikh 3 Januari 2003 telah memaklumkan beberapa mekanisma baru perlaksanaan tersebut antaranya:  Murid tahun satu diberi tumpuan khusus dalam 6 bulan pertama persekolahan. Guru hendaklah memberi tumpuan khusus kepada penguasaan kemahiran menulis dan membaca Jawi dan al-Quran. 122
  • 34. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Selepas 6 bulan guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Satu yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.  Dalam tempoh ini juga perkara-perkara yang berkaitan Rukun Iman, Rukun Islam dan Solat hendaklah diajar seperti biasa manakala bahagian Adab dan Akhlak Islamiah diajar secara merentas.  Selepas 6 bulan pertama persekolahan guru hendaklah melaksanakan pemulihan dan pengayaan secara berterusan.  Untuk murid tahun 2 dan seterusnya serta sekolah menengah aktiviti pemulihan dan pengayaan Jawi dan al-Quran dibuat secara berterusan di semua peringkat rendah dan menengah.  Tulisan Jawi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam di peringkat sekolah.  Aktiviti-aktiviti khusus, latih tubi dan kerja rumah serta sebarang bentuk pertandingan dan sebagainya melibatkan tulisan jawi di peringkat bilik darjah dan sekolah dilaksanakan bagi memperkukuh dan meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut. 10.4.1 Objektif  Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam dengan mempastikan setiap murid menguasai kemahiran al-Quran dan Jawi terutama di peringkat awal persekolahan.  Murid-murid dapat menguasai bacaan al-Quran dalam masa 6 bulan pertama tahun satu. 123
  • 35. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)  Penguasaan bacaan al-Quran melalui kaedah Iqra`, sekaligus membantu murid-murid dapat membaca dan menulis jawi dengan fasih dan betul.  Murid-murid tidak akan rasa dibebani dengan sukatan pelajaran yang berat di peringkat ini.  Program ini disertakan dengan program transisi Pendidikan Islam agar murid-murid tidak menghadapi kejutan budaya.  Panduan ini diharapkan dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk 6 bulan pertama tahun satu mengikut surat siaran yang diedarkan. 10.4.2 Kumpulan Sasaran dan Waktu Pembelajaran  Kumpulan sasaran ialah semua murid tahun satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan bermula tahun 2003.  Masa yang diperuntukkan dalam waktu pembelajaran seminggu adalah seperti berikut: i. Asas Ulum Syariah ialah 30 minit (1 waktu) ii. Pelajaran Jawi ialah 60 minit (2waktu) iii. Asuhan Tilawah al-Quran (Iqra`) ialah 90 minit (3waktu)  Pelajaran Jawi diajar dengan menggunakan Buku Sayang jawi 1, Buku Sayang Jawi 2 dan Buku Kemahiran Menulis yang disusun mengikut Sukatan Pelajaran Jawi KBSR. 124
  • 36. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 10.4.3 Langkah Pengajaran  Guru mengenalpasti murid di dalam sesuatu kelas dari segi kuantiti, kualiti pencapaian murid dan latar belakang keluarga secara rambang.  Guru hendaklah merangka strategi pengajaran dengan mengenalpasti satu kaedah yang akan digunakan seumpama kaedah berkumpulan atau individu. Jika sekiranya bilangan murid adalah kecil, adalah lebih berkesan digunakan pendekatan pengajaran secara individu. Tetapi sebaliknya jika murid melebihi kuantiti yang sewajarnya guru boleh mengenalpasti murid yang mahir untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.  Pengajaran dan pembelajaran boleh berasaskan taburan pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan dalam panduan ini.  Penilaian pertama terhadap pencapaian murid hendaklah dilakukan selepas tiga bulan pengajaran dijalankan. Penilaian ini hendaklah menggunakan borang penilaian yang dilampirkan.  Guru mesti membuat analisis pencapaian murid dan seterusnya merangka strategi sehingga tempoh 6 bulan berakhir.  Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam tempoh tersebut, pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang cicir.  Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan hendaklah dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al- Quran dengan baik, membaca dan menulis jawi dengan betul dan fasih serta beradab. 125
  • 37. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 10.4.4 Tindakan Susulan  Pemantauan berterusan Sektor Pendidikan Islam dan Moral negeri bagi memastikan program ini berjalan lancar dan dapat mencapai tahap kejayaan yang diharapkan. Pemantauan ini adalah bertujuan memberi bimbingan kepada guru-guru dan membuat penambahbaikan dari aspek pelaksanaan.  Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri juga dikehendaki menyediakan laporan lengkap yang menunjukkan prestasi guru dan murid serta kekangan-kekangan yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Laporan tersebut hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.  Guru mestilah menyediakan laporan lengkap prestasi pencapaian murid dalam Tilawah al-Quran, Pelajaran Jawi dan perkembangan lain. Contoh borang maklumat prestasi murid dilampirkan. Laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan salinan kepada Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri. 10.4.5 Harapan Mudah-mudahan usaha murni semua pihak termasuk guru akan membuahkan hasil yang diharapkan. Kegigihan guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat diharapkan. Malah kejayaan program ini banyak bergantung kepada semangat dan motivasi para guru yang berdedikasi. Peranan Jurulatih Utama (JU) hendaklah distrategikan bagi memaksima penyaluran dan penyampaian maklumat kepada semua guru-guru Pendidikan Islam. Pemantauan JPN juga secara berterusan amat perlu bagi mengesani masalah- 126
  • 38. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) masalah semasa pelaksanaan dan berusaha untuk menanganinya secara berkesan.. Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! . LATIHAN & TUGASAN 1. Bincangkan sejauhmanakah keberkesanan program j-QAF Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi di sekolah anda. 2. Jelaskan bagaimana Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dapat membantu meningkatkan kemahiran berbahasa Arab di kalangan anak didik anda. 3. Bincangkan dalam kumpulan , bagaimanakah peranan anda sebagai guru Pendidikan Islam dalam membantu guru-guru j-QAF melaksanakan program Kem Bestari Solat di tempat anda bertugas. 4. Sebagai seorang guru Pendidikan Islam yang berpengalaman anda perlu membuat suatu analisa program Pendidikan Islam enam bulan pertama tahun satu dan perbandingannya dengan program j-QAF enam bulan pertama khatam Al Quran. 127
  • 39. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) RUJUKAN Abdullah Basmih, (1985) Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran Bahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Cetakan ke 18, Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997), Shah Alam , Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Mohd. Saleh, Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan untuk KPLI (2008) Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar sdn. Bhd. Ahmad Mohd Salleh Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam, (2011) Edisi Kedua, Shah Alam , Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 ) ( 1997 ) Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, ( Semester 1 ) ( 1996 ), . Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti, Sdn. Bhd. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan dan Pengurusan Kurikulum j-QAF (2004). Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. J-QAF: Buku Panduan Perlaksanaan Model- Model Pengajaran dan Pembelajaran dan KoKurikulum (2004). Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia,Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka.2002 Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka 2002. Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6 128
  • 40. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Mok Soon Sang , Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan (1994), Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa ( KL ) SDn. Bhd . www.sabah.edu.my www.ppdhl.net/v2/images/10/_Panduan_Pelakasanaan_B.Arab www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdfail www.4shared.com/file/f/buku_Panduan_Pelaksanaan_Model.html www.bpi.edu.my 129
  • 41. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 130
  • 42. PIM 31101 Pengenalan K Kurikulum Pend didikan Islam (S SR) Asas-Asas Pembinaa Kurikulu Pendidi s an um ikan Islam AJUK 3 TA Sekolah Rendah. R 3.0 Sinopsis Semo oga anda te erus bersem mangat untuk mengkaji dan memah k hami isi pe elajaran dala am topik- -topik beriku utnya. Dalam tajuk ini, beberapa a m aspek pentin yang me ng embincangk kan meng genai konsep, matlamat dan falsafa Pendidika Islam. Pe t ah an endapat-pen ndapat sarjana Islam mengenai matlamat da falsafah Pendidikan I m an P Islam turut d dibincangkan Berasask n. kan perka ara-perkara tersebut telah menja t adi kerang ka utama dalam pembinaan dan penggubalan kurikulum Pen ndidikan Islam untuk digu m unakan oleh sekolah-se h ekolah Rendah alaysia. di Ma 3.1 Hasil pem mbelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar-p a pelajar dihar rapkan dapa at: i aikan konsep atlamat da falsafah Pendidikan Islam. Menghura an ii Menghura aikan matlam Pendidik Islam da perspektif Sarjana Isl mat kan ari f lam. iii Menjelask falsafah dan hasrat pengubalan Kurikulum Pendidikan Islam. kan n iv. Mengenal kompenen pembentukan Kurikulum pendidika Islam di M m an Malaysia. 3.2 Kerangka Tajuk a KURIKUL LUM                         PENDIDIKAN N ISLAM Ko onsep Matlamat Falsafah 22
  • 43. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) 3.3 KONSEP DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan dalam bahasa Arab disebut tarbiah, yang pada asalnya membawa makna; pertambahan, perkembangan dan ketinggian. Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja rabba yang antara maknanya ialah; memperbaiki (islah), memimpin dan mentadbir. Menurut ahli bahasa, tarbiah bererti membangun sesuatu secara tahap demi tahap menuju kepada kesempurnaan. Salah satu dari nama Allah ialah ar-Rab kerana yang mengawal, mengislah, mentadbir dan mengarahkan makhluk kepada kesempurnaan. Semuanya ini merupakan inti daripada pendidikan. Oleh sebab itu Rabbul ‘Alamin ditafsirkan sebagai Murabbil ‘Alamin (pendidik seluruh Alam) dan Allah s.w.t. ialah Pendidik Yang Teragung. Jadi perkataan tarbiah mengandungi dua unsur terpenting; iaitu pertambahan dan perbaikan (Islah) hingga ke tahap kesempurnaan. Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali. Ia menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada Islam dan merupakan satu ibadat yang besar. Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas apabila kita meneliti ayat al-Quran yang pertama diturunkan . Ia tidak dimulai dengan perintah yang berhubung perkara lain seperti ibadat, tetapi dimulakan degan perintah yang berhubung dengan pendidikan. Firman Allah S.W.T.                          “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Al-`Alaq : 1-5) Islam tidak melihat pendidikan daripada skop yang sempit. Ia tidak terbatas pada pendidikan duniawi semata-mata, tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat. 23
  • 44. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Dalam hubungan ini, Abud (1985) menyatakan bahawa Islam telah membahagikan ilmu kepada dua kumpulan yang besar. Pertama ialah fardu ain yang dituntut ke atas setiap orang supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan suruhan agama. Kedua, ilmu fardu kifayah iaitu ilmu yang mesti kepada individu tertentu seperti ilmu pertukangan, kemahiran, perniagaan, kedoktoran, ekoonomi, kimia, fizik, pembuatan senjata dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ilmu yang kedua ini menjadi fardu ain apabila tiada seorang pun muslim dalam masyarakat itu yang mempelajarinya. Konsep pendidikan yang bersatu (unified) ini berdasarkan kepada konsep ilmu yang bersepadu (integrated) yang merupakan keistimewaan Islam. Ia berlawanan sekali dengan aliran pemikiran yang memisahkan ilmu kepada dua bahagian yang tidak dapat didamaikan, iaitu disebut sebagai theology dan science atau religious knowledge di Barat. Pembahagian yang bertentangan ini tidak dapat berlaku dan tidak dibenarkan berlaku dalam teori pendidikan Islam. Menurut Mohd. Kamal Hassan (1981) isi kandungan theology dan science dalam Islam tidak bercanggah antara satu sama lain, malah ia bersifat saling melengkapi dan kedua-duanya lahir daripada pandangan yang satu, iaitu tauhid. Dalam pendidikan ini, walaupun terdapat beberapa pembahagian ilmu seperti ilmu aqidah, syariah dan akhlak, namun ia tetap berada dalam satu lingkaran konsep bersepadu yang membawa keseimbangan antara akal dan wahyu. 3.4 Pendidikan Islam Mengikut Sarjana Pendidikan Islam Untuk menggambarkan pengertian Pendidikan Islam, dikemukakan beberapa definisi yang dikemukakan oleh para sarjana Islam. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Khurshid Ahmad (1973) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai ”satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; yang berkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang baik dan warganegara yang berguna. 2. Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai “proses melaksanakan falsafah Pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya dalam bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selaras dengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah supaya sahsiah Islamiah 24
  • 45. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) dapat terbentuk dalam setiap tindak tanduk, tingkah laku dan sikap seseorang muslim, walau bila dan di mana sahaja berada”. 3. Hassan Langgulung (1979 ) menegaskan, pendidikan membawa erti: “merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui berbagai-bagai proses. Proses-proses itu pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari seorang ke seorang dan latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu pekerjaan bagi memperoleh kemahiran sementara proses indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses tersebut berjalan serentak dalam masyarakat primitif atau moden”. 3.5 Matlamat Pendidikan Islam Setiap sistem pendidikan mempunyai matlamatnya. Sistem pendidikan bukan Islam menjurus kepada melahirkan warganegara yang baik, untuk mencapai matlamat tersebut adalah berbeza antara sesebuah negara dari segi falsafah dan kreteria tersendiri berasaskan latar belakang sejarah masyarakat, kebudayaan dan sempadan negara. Sejak akhir-akhir ini muncul pelbagai usaha daripada para penyelidik untuk menentukan matlamat am pendidikan sesuai dengan makna yang difahami daripada nas-nas al-Quran dan hadith dan daripada sejarah pemikiran dan pendidikan Islam. Matlamat pendidikan Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik dan melahirkan insan saleh yang tidak mengenal batas masa, negeri, bangsa sebaliknya menuju kepada Allah dan alam akhirat. Bagi mencapai martabat insan saleh mestilah mempunyai sifat taqwa; firman Allah s.w.t. pada ayat:       “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa.” (al-Hujurat : 13) Manusia yang bertaqwa ialah orang yang sebenarnya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. seperti firman Allah s.w.t.;        25
  • 46. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) "Sesungguhnya tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali beribadat kepada Ku" (al-Dhariyyat: 56) Ibadat yang dimaksudkan di sini ialah merangkumi setiap perbuatan, pemikiran dan perasaan yang pada keseluruhannya ditujukan untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T. dengan menjaga sempadan yang diredhaiNya dan menjauhkan diri dari segala yang dimurkaiNya. Objek pendidikan ialah manusia, merupakan makhluk yang mempunyai tiga unsur utama yang saling berkait antara satu dengan lain iaitu jasad, akal dan roh. Akal Ruh Jasad Rajah 1: Menunjukkan hubungan di antara jasad, ruh dan akal. Untuk menjaga kepentingan ketiga-tiga unsur tersebut, perlu diwujudkan aktiviti pendidikan. Tujuannya ialah untuk memberi kemahiran-kemahiran asas kepada individu sama ada lelaki atau pun perempuan. Oleh itu, segala usaha untuk membentuk watak manusia sebagai khalifah di bumi dianggap pendidikan menurut pandangan Islam. Kelayakan manusia sehingga dilantik menjadi khalifah adalah kerana ia mempunyai beberapa ciri istimewa seperti: i. Fitrah : hakikat semula jadi manusia yang baik, bersih dari dosa. ii. Roh: Unsur yang membezakannya dengan makhluk lain. iii. Kebebasan kemahuan: dapat menerima dengan kemahuannya sendiri akan amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk lain. iv. Akal: Membolehkannya membuat pilihan betul atau salah. Matlamat bolehlah diertikan sebagai tujuan atau objektif terhadap sesuatu perkara yang ingin dicapai. Sesuatu sistem yang akan dilaksanakan mestilah memenuhi matlamat yang telah dirancang. Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan Islam seperti berikut: 26
  • 47. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) “Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam kerjanya, bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.’. Berdasarkan ungkapan di atas, matlamat pendidikan Islam seperti berikut: i. Mempersiapkan warganegara yang baik. ii. Membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul iii. Membekalkan anak didik dengan ilmu pengetahuan iv. Mendidik manusia ke arah kecemerlangan rohani dan jasmani v. Membentuk akhlak yang sempurna sebagai manusia yang ideal vi. Kebolehan dan kecekapan dalam kerja supaya dapat hidup bahagia Menurut al-Ghazali matlamat pendidikan ialah: “Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperolehi kedudukan, bermegah-megah dan berlumba-lumba.” Beliau menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk membuang segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenali Pencipta dan matlamat ilmu yang sebenar membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah. Jadi, tujuan pendidikan yang selain daripada taqarrub ilallah adalah tidak tergolong ke dalam objektif pendidikan Islam. Ibn Khaldun pula menekankan tujuan keilmuan Islam sebagai tujuan pendidikan Islam itu sendiri. Katanya ada dua tujuan iaitu: i. Tujuan Keagamaan. Pendidikan mestilah membawa individu tersebut kepada mengenal Tuhannya, dapat beramal untuk akhirat dan dapat menunaikan hak-hak Allah yang menjadi kewajipan kepadanya. ii. Tujuan Keilmuan. Iaitu membawa seseorang kepada kemahiran yang membolehkan individu tersebut untuk menghadapi kehidupan dunianya. 27
  • 48. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Apabila kita lihat keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa Ibnu Khaldun menjelaskan matlamat pendidikan adalah untuk menjaga kepentingan hidup di dunia dan di akhirat, dapat mengimbangkan kedua-duanya sebagai satu panduan hidup manusia. Ahmad Saleh Jamja'an dalam Naquib al-Attas (1984) mengungkapkan matlamat pendidikan Islam sebagai: “The aim of Muslim education is the creation of the good and righteous man who worships Allah in the true sense of the term, builds up the structure of his earthly life “ Kita harus ingat bahawa Islam sebagai al-din yang merangkumi segala aspek penghidupan, kerana itu matlamat pendidikannya juga tentulah suatu yang ideal, iaitu untuk memperbaiki hidup di dunia mengikut tujuan hukum syarak. Ini kerana Islam itu sendiri bertujuan untuk menuju kepada kesempurnaan hidup. Mengikut Dr. Muhammad Fadhil al-Jamaly (1966) merumuskan matlamat pendidikan Islam seperti berikut: i. Memperkenalkan kepada manusia statusnya di kalangan makhluk dan tanggungjawab masing-masing dalam hidup mereka di dunia. ii. Memperkenalkan kepada manusia tentang interaksinya dalam masyarakat dan tanggungjawab mereka d tengah-tengah sistem masyarakat manusia. iii. Memperkenalkan manusia dengan makhluk (alam semester) dan membimbingnya untuk mencapai hikmah Allah dalam penciptaan alam semesta dan memungkinkan manusia menggunakannya. iv. Mengajak manusia mengenali Tuhan pencipta alam dan mendorong untuk beribadah kepadanya. Al-Buthi menyenaraikan matlamat pendidikan Islam secara umumnya kepada tujuh matlamat berikut; i. Mendapat keredaan Allah dengan menjauhi kemurkaan dan siksaan Nya serta mengabdikan diri dengan keikhlasan keranaNya. Tujuan ini dianggap induk daripada semua tujuan pendidikan Islam. ii. Meningkatkan taraf akhlak masyarakat berdasarkan agama yang diturunkan oleh Allah untuk membimbing manusia ke arah yang diredai olehNya. iii. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan agama Islam untuk membimbing masyarakat ke arah yang diredai olehNya. 28
  • 49. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) iv. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan mengajar manusia akan nilai- nilai dan akhlak yang mulia. v. Mewujudkan ketenangan jiwa di samping memiliki aqidah yang teguh, penyerahan dan kepatuhan yang ikhlas semata-mata kepada Allah s.w.t. vi. Memelihara bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dan sebagai wadah kebudayaan dan unsur-unsur kebudayaan Islam yang paling menonjol. Menyebarkan kesedaran agama yang sebenar dan menunjukkan hakikat Islam sebagai agama yang suci dan agong. vii. Meneguhkan perpaduan rakyat untuk keamanan tanahair dengan menyatupadukan mereka dalam satu barisan melalui usaha-usaha menghapuskan perselisihan, bergabung dan bekerjasama dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan kepercayaan Islam yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Kesimpulannya, dalam konteks terkini matlamat pendidikan Islam mempunyai empat halatuju iaitu: i. Melahirkan insan kamil yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Orang yang beriman dan beramal soleh telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan kejayaan di dunia dan di akhirat. ii. Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang sempurna, berakhlak mulia dan bertanggung jawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama kerana Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith yang bermaksud: “Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. Tiap-tiap kamu bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Pemerintah adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab ke atas rakyat. Seorang lelaki adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Manakala seorang perempuan itu pula adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap ahli rumahnya, suaminya dan anaknya. Orang gaji adalah penjaga harta bendanya, maka ia adalah bertanggungjawab terhadap harta tersebut. Tiap- tiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap pimpinannya." iii. Menanamkan semangat cintakan Allah agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. Gemar kepada amal ibadat khusus yang berpusat di masjid. Patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. Menghormati ulamak, ibu bapa, orang yang lebih dewasa dan menjamin kebebasan beragama dikalangan orang yang bukan Islam. iv. Mengembangkan bakat intelektual secara bebas dan demokrasi kepada kadar yang paling maksimum. Ini semua berdasarkan bimbingan wahyu untuk mencetuskan 29
  • 50. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) manusia dan menguasai alam ini untuk kebahagian, kemakmuran dan kesejahteraan manusia sejagat. Inilah sebahagian daripada matlamat umum pendidikan Islam yang telah digariskan oleh sarjana-sarjana Islam. Manakala matlamat khas adalah merupakan perubahan- perubahan yang diingini yang termasuk dalam matlamat umum pendidikan. Dengan lain perkataan, gabungan pengetahuan, penampilan pola-pola tingkah laku, sikap, nilai dan kebiasaan yang terkandung dalam matlamat akhir pendidikan yang mana tanpa terlaksananya matlamat akhir dan umum tidak sempurna perlaksanaannya. Saleh Samak (1980) menyenaraikan matlamat khas dalam pendidikan Islam seperti berikut: i. Mengajar murid-murid didikan agama supaya mengenal Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, memberikan kehidupan dan nikmat dan menyediakan balasan baik dan jahat di dunia dan akhirat. ii. Mendidikan jiwa murid-murid sehingga mencetuskan kesedaran beragama yang mendalam dalam jiwa mereka. iii. Mendidik jiwa murid-murid supaya beramal dengan akhlak yang terpuji sejak kecil di samping memandu mereka supaya menghargai kemuliaan tingkah laku dan beramal dengan tuntutannya. iv. Menunjukkan murid-murid bahawa semua ajaran agama, baik dari suruhan atau larangan, adalah bertujuan untuk kebaikan diri seseorang dan faedahnya terpulang kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk menghindarkan kejahatan dan perkara yang mudarat bagi diri individu dan masyarakat. v. Menambahkan pengetahuan murid-murid tentang kelebihan-kelebihan hukum agama yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Hadith. vi. Memupuk kecenderungan ke dalam jiwa murid-murid perasaan suka mempelajari al-Quran dan membacanya. Mengajar mereka membaca al-Quran dengan betul tentang bunyi, baris dan tempat berhenti. vii. Mengajar hadith-hadith nabi supaya murid-murid mendapatkan pengajaran dari segi kesopanan, adab dan tingkahlaku. viii. Mengamalkan teladan yang baik daripada biografi Rasulullah s.a.w. , para sahabat dan pahlawan-pahlawan Islam yang berjasa. 3.6 Bidang Pendidikan Islam: Hakikatnya dasar utama pendidikan Islam ialah menjauhkan diri daripada menyekutukan Allah, seperti yang difahami dari nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya agar tidak 30
  • 51. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) menyekutukan Allah. Perbuatan syirik merupakan punca segala maksiat, dan tidak ada pada diri orang yang syirik sifat-sifat mulia dan kehalusan budi. Untuk menjayakan wawasan tersebut, berasaskan al-Quran dan al-Sunnah kurikulum pendidikan Islam dijelmakan melalui dua komponen kurikulum iaitu ;  Ulum al Syariah  Pendidikan Al Quran Kedua komponen ini mempunyai objektif dan falsafahnya bagi melahirkan penghayatan dan pengamalan Islam pada individu muslim. Bidang-bidang yang dicakupi melalui dua komponen di atas ialah : a. Pendidikan Akidah Ini merupakan pendidikan paling penting bagi pendidikan terhadap kanak-kanak Islam berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; "Setiap anak yang dilahirkan adalah mengikut fitrah, ibu bapalah yang menjadikan ia majusi, nasrani atau yahudi." Tujuan pendidikan keimanan ini ialah untuk mendidik anak-anak daripada kecil lagi dengan pendidikan keimanan, dapat memahami Islam sebagai al-din setelah mereka dewasa. Mengakui ke Esaan Allah serta mengakui kebesaran dan kekuasaanNya. Pendidikan keimanan dalam pengertiannya yang lebih luas bukan sahaja menitikberatkan idea tentang ke-Esaan Allah tetapi juga memberi pengertian terhadap konsep ilmu, ilmu menurut Islam bersifat sepadu. Memahami konsep tauhid dalam bentuk ilmu pendidikan membawa kita kepada kefahaman bahawa wujud pembahagian atau pemisahan antara ilmu mengenai alam sains dan ilmu akhirat (agama) menerusi konsep tauhid juga kita dapati dalam Islam wujudnya kesepaduan yang harmoni antara peranan wahyu, ilham, akal dan indera di dalam epistemology Islam. Manusia sebagai makluk Allah adalah fitrahnya berinteraksi dengan Allah sebagai Khaliqnya, dengan sesama manusia dan alam. Maka sewajarlah diri manusia diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu atau pengetahuan serta nilai-nilai yang memampukan dia berbuat demikian dengan akhlak yang sebaiknya, serta syakhsiah yang seimbang samada ketika menghadapi Allah atau ketika bermuamalah sesama manusia atau ketika manfaatkan kurniaan Ilahi. 31
  • 52. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) b. Pendidikan Akal Salah satu dari aspek-aspek pendidikan yang terpenting ialah mendidik akal sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah SWT dalam ayat pertama surah al-Alaq. Pendidikan akal dalam ayat yang dijelaskan berlaku dalam keadaan akal yang sentiasa menerima bimbingan Tuhan. Akal juga merupakan satu unsur yang paling mulia dan berharga bagi manusia, dengan adanya fungsi akal ini proses pendidikan dapat berlaku dalam diri manusia. Pendidikan Islam menekankan kepentingan mengisi dan melatih akal manusia dengan nilai-nilai ketuhanan (ilmu tauhid), penekanan yang tidak seimbang boleh melahirkan insan yang tempang, tidak sepadu atau tidak seimbang, yang kosong jiwanya. Kerana itu kanak-kanak wajib disedarkan akan kewajipan mendekatkan diri kepada Allah. c. Pendidikan Jasad Memberi pendidikan dalam menjaga kesihatan tubuh badan agar terhindar dari segala jangkitan penyakit. d. Pendidikan Akhlak/Moral Kepincangan peribadi generasi muda di negara Islam selalu menjadi bahan perbahasan pemikir-pemikir Islam. Di Malaysia masalah yang sama juga menjadi bahan perbincangan yang terpenting berhubung dengan isu-isu pendidikan semasa. Antara kepincangan yang menonjol ialah keruntuhan akhlak dan penolakan nilai-nilai tradisi bangsa dan agama serta kecenderungan untuk menerima segala nilai baru tanpa mengira sama ada ia serasi dengan agama Islam atau tidak. Ini berlaku kerana aliran liberalisme dan sekularisma yang mendasari sistem pendidikan yang diamalkan tidak mampu menerapkan secara serentak nilai-nilai ilmu, budi pekerti, keluhuran dan kemuliaan dalam diri manusia. Seluruh aktiviti yang terlibat dalam proses pendidikan adalah berupa pembinaan syakhsiah manusia berakhlak mulia. Pendidikan ini berasaskan tarbiyah imaniyah kerana sekiranya anak-anak yang dididik dari kecil supaya beriman dengan Allah s.w.t. terutama menghayati aspek muraqabah yang diharap akan melahirkan akhlak mulia. Kepentingan aspek ini dapat dilihat daripada beberapa hadith yang bermaksud: 32
  • 53. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) " Daripada hak seorang bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan adab dan namanya" (H.R. Baihaqi) " Tidak ada satu pemberian dari seorang bapa yang lebih baik daripada adab". (H.R. Tarmizi) e. Pendidikan Wujdan Mendidik rohani agar dapat menjalinkan ikatan pertalian yang erat antara manusia dengan Pencipta dalam semua keadaan dan membebaskan diri manusia daripada memperhambakan diri kepada kebendaan. f. Pendidikan Kesihatan Memberi didikan agar anak-anak menghargai kesihatan serta menjaga kesihatan mental dan fizikal untuk melahirkan insani muslim yang kuat bagi melaksanakan amanah Allah. TUNGGU !!! sebelum anda meneruskan pembacaan ke topik seterusnya, Sila pastikan anda telah mencatat isi penting topik di atas.. 3.7 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan, kerana bentuk manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung kepada falsafahnya. Pendidikan diertikan oleh cendikiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari generasi ke generasi samada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini adalah ditentukan oleh falsafahnya yang disogokkan melalui sistem pendidikan. Sarjana Pendidikan Islam mentafsirkan falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan. Hasan Langgulung (1986) menyatakan falsafah Islam yang telah meletakkan seluruh prinsip dan norma yang meliputi keseluruhan skop pendidikan. Al-Syaibani (1979) menjelaskan, falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang dirancangkan dengan hikmah 33
  • 54. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) untuk menjadikan proses pendidikan dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa. Pendidikan juga menyiapkan generasi muda dan warganegara umumnya supaya beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh Nya. Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang pendidikan. Falsafah Pendidikan Islam menentukan keseluruhan tujuan akhir kehidupan dunia akhirat tercapai dengan jayanya. Falsafah Pendidikan Islam menegaskan bahawa manusia ialah makhluk Allah dan manusia mempunyai batasan dalam tindakannya. Oleh itu pendidikan ini merupakan satu aliran falsafah yang berbentuk keagamaan, berusaha menanam keimanan manusia kepada Allah s.w.t. dalam usaha membangunkan manusia sebagai insan ciptaan Allah, dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi dalam keadaan tunduk dan patuh kepadanya. Sebelum membincangkan hubungan Falsafah Pendidikan Islam dengan falsafah pendidikan umum hendaklah disedari bahawa falsafah Pendidikan Islam mempunyai sumbernya yang khusus iaitu al Quran dan al Sunnah. Falsafah pendidikan umum pula bersumberkan penyelidikan dan pengalaman manusia semata-mata. Walau bagaimana pun keduanya mempunyai perhubungan atau persamaan dalam beberapa segi yang berkaitan dengan proses pendidikan. Perhubungan yang jelas ialah kedua-duanya berusaha mencari dan mendapatkan hakikat kebenaran yang berkaitan dengan proses pendidikan. Ianya juga sentiasa membahaskan dan meramalkan tentang perkara yang mungkin mengarah, mengukuh dan membantu memperkemaskan lagi sistem pendidikan. Falsafah pendidikan umum juga sama dengan falsafah Pendidikan Islam dalam matlamatnya untuk melahirkan insan yang baik, berakhlak dan harmonis di samping mempunyai keupayaan untuk membina manusia yang berguna kepada masyarakatnya. Walau bagaimanapun berdasar sumber yang khusus, Falsafah Pendidikan Islam lebih unggul dan mantap kerana falsafah ini bersumberkan al Quran dan al Sunnah yang diwahyukan oleh Allah. Falsafah pendidikan umum hanya berasaskan pemikiran, penyelidikan dan pengalaman manusia yang terbatas dan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut citarasa masing-masing. Di samping itu juga, matlamat falsafah 34
  • 55. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Pendidikan Islam juga lebih unggul dan menyeluruh, yang bertujuan untuk melahirkan insan yang mulia dan mampu mencapai kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat kerana falsafah Pendidikan Islam mengkaji kebenaran dan meletakkan sesuatu pada yang berhak. Falsafah Pendidikan Islam amat diperlukan bagi tujuan pendidikan Islam; I. Membantu merancang pendidikan untuk melahirkan pemikiran yang sihat terhadap proses pendidikan II. Menjadi asas terbaik untuk menilai sistem pendidikan negara dalam ertikata yang menyeluruh III. Membentuk asas pendidikan khususnya dalam kaedah pengajaran di sekolah, universiti dan institusi pendidikan yang lain. IV. Membina suatu identiti sendiri bagi sistem pendidikan negara dengan wujudnya nilai Islam dalam perkembangan kebudayaan dan masyarakat. V. Menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam sistem pendidikan. Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan Islam secara tersurat mula disedari oleh Jawatankuasa Pengubal Sukatan/kurikulum Pendidikan Islam KBSR. Beberapa siri perbincangan cendekiawan Islam telah diadakan. Hasilnya pernyataan Falsafah Pendidikan Islam KBSR dirumuskan seperti berikut: "Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat." ( Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia ) Penyataan falsafah ini menegaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran di dalam mata pelajaran pendidikan Islam memberi penekanan kepada : a. Ilmu dan pengetahuan b. Kemahiran atau amalan c. Menghayati Islam d. Membentuk sikap e. Membentuk pandangan hidup atau pemikiran Islam f. Tanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara g. Mewujudkan kebaikan di dunia h. Mencapai kesejahteraan abadi di akhirat. 35
  • 56. PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) Berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam yang berlandaskan al-Quran dan al Sunnah dalam membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hamba Allah (pelajar) yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebahgian di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Sesuai dengan ajaran Islam Bersifat Bersifat dinamik membentuk akhlak Cirri-Ciri Falsafah Pendidikan Islam Mengimbangi antara dunia & akhirat Bersifat terbuka Bersifat sejagat 36