SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 10
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

1.0                                                                               Pengenalan

Dalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai suatu proses yang
menyatukan kognitif, emosional, persekitaran pengaruh dan pengalaman untuk mendapatkan,
meningkatkan atau membuat perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan
dunia seseorang individu (Illeris, 2000; Ormorod, 1995). Belajar sebagai suatu proses berfokus
kepada apa yang terjadi ketika pembelajaran berlangsung. Penjelasan tentang apa yang terjadi
merupakan teori-teori belajar. Sebuah teori belajar adalah usaha untuk menggambarkan
bagaimana manusia belajar, sehingga membantu kita memahami proses dasarnya kompleks
belajar. Teori pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut Hill (2002). Salah satunya
adalah dalam menyediakan kita dengan kosa kata dan rangka kerja konseptual untuk menafsirkan
contoh pembelajaran yang kita amati. Yang lain adalah dalam mencadangkan kaedah bagi
mencari penyelesaian untuk masalah-masalah praktikal. Teori-teori tidak memberikan kita
penyelesaian, tetapi mereka mengarahkan perhatian kita kepada mencipta pembolehubah yang
sangat              penting              dalam             mencari               penyelesaian.

Ada tiga kategori utama atau rangka falsafah teori-teori pembelajaran iaitu behaviorisme,
kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme hanya tertumpu kepada aspek peniruan,
pemikiran dan perasaan dalam pembelajaran. Teori kognitif melihat melampaui perilaku untuk
menjelaskan pembelajaran berasaskan otak manakala pandangan konstruktivisme belajar sebagai
sebuah proses di mana pelajar aktif membina atau membina idea-idea baru atau konsep.

Robert M Gagne, Jerome Seymour Bruner, Albert Bandura dan Lev Vygotsky merupakan tokoh-
tokoh penting yang telah mencetuskan pelbagai teori pembelajaran dan memberi sumbangan
yang besar dalam dunia pendidikan. Mereka juga mengutarakan pelbagai sumber pengajaran dan
pembelajaran         yang         sesuai        dengan         teori       masing-masing.

2.0 Hubungkait teori-teori pembelajaran dengan kepentingan penggunaan sumber-sumber
dalam            proses             pengajaran           dan           pembelajaran.


i.                       Gagne:                         Bahan                         bercetak.

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) memperkenalkan
sebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses
pembelajaran.

Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem saraf melalui
deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar
kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem
saraf.
Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai
berdasarkan kepada teori beliau. Bahan bercetak merupakan sumber pelajaran yang paling
mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad
asalkan ia menepati objektif. Bahan-bahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh
diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.

Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahan-bahan
bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Hal ini sesuai dengan
teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di dalam stor
ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa panjang mahupun ingatan
jangka                                     masa                                   pendek.

Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya. Teori Gagne
juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan kepada penggunaan bahan-
bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan dengan cabaran kerana mereka
dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat graf atau melukis dan member
peluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan
membuat           huraian          lanjut           tentang           sesuatu           laporan.

ii.     Bruner:      Penggunaan        Peta      Minda        dan      Bahan        Eksperimen

Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui
murid itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme).

Dalam mempelajari manusia, Bruner menganggap manusia sebagai pemproses, pemikir dan
pencipta informasi. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu meliputi tiga proses
kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi pengetahuan, dan menguji relevansi dan
ketepatan                                                                        pengetahuan.

Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber utama pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. Melalui sumber-sumber tersebut, murid akan
memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran kerana aktviti seperti eksperimen
melibatkan penglibatan langsung murid-murid dan akan mendedahkan mereka kepada
pengalaman-pengalaman yang baru. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru
perlu menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa.
Pengalaman     seperti   ini   mewujudkan       proses    pembelajaran    yang    bermakna.

Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Oleh yang demikian, penggunaan
peta minda diterapkan di dalam teori beliau. Pengetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agar
pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit.

iii.               Bandura:                   Relia                 dan                  Model

Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura, pembelajaran
melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui pemerhatian
terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung,
mempelajari           pula          perubahan           tingkah           laku         tersebut.

Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yang
dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran
meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas
yang        sesuai       dan         diakhiri       dengan        peneguhan        positif.

Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh
ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan     pengetahuan    murid-murid     melalui    pemerhatian    dan   pemikiran.

Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas. Implikasinya,
penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role model yang boleh
dicontohi oelh murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role
model       untuk      membuat        demonstrasi     di      dalam     bilik     darjah.

iv.   Vygotsky:     Rakan     Sebaya     dan     Penggunaan       Bahan    Sumber      /   Alat

Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid.
Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial dengan rakan
sebaya. Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum
berkembang dan matang. Walaupun begitu persekitaran dan sistem lingkungan budaya murid
membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif. Setiap budaya menerapkan cara hidup
dan              cara            berfikir                kepada                 murid-murid.

Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh membantu guru
menjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa yang diajar. Bahan
pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai
deira, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta
pendorong                               pengajaran                               terancang.

3.0 Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian
Sosial.

Sumber ialah segala bahan dan alat yang terdapat di alam ini. Dalam bidang pendidikan, sumber
ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran                                 dengan                                 berkesan.

Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan,
pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang
sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka
boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih
memahami dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.

Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah
pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk
menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media
pendidikan.

Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan
bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna.
Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.

Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Hal ini
kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu
murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak
sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber
pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada
pengajaran                                                                      terancang.

i. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian
Sosial.

Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses pengajaran dan
pembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana pembelajaran berlaku melalui
penyampaian dan penerimaan maklumat. Maklumat-maklumat itu disalurkan melalui media
tertentu seperti media cetak dan tayangan video. Media inilah yang menjadi sumber pengajaran.
Filem video ialah satu alat komunikasi yang boleh digunakan dengan baik di dalam bilik darjah.
Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu
tentang      peristiwa-peristiwa     tersebut    dengan      lebih    dekat    dan      jelas.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak sebagai
pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara mesejnya ialah
maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan. Sumber ialah saluran atau
media      yang      digunakan      untuk      menyampaikan       maklumat       tersebut.

ii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian
Sosial.

Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat, mendengar
atau menyentuh objek yang menjadi ii pelajaran. Dengan adanya bahan rangsangan ini, murid
akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapat
mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan merupakan satu faktor utama bagi
mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada
perkara-perkara   yang    menarik,      bermakna     dan     penting    dalam    pembelajaran.


iii. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan
pembelajaran                             Pengajian                         Sosial.

Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai
dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh
tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-duanya sekali. Bahan-bahan ini boleh
digunakan di dalam atau di luar bilik darjah seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-
peristiwa         sebenar           melalui           radio          dan         televisyen.

Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat
memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan
lebih                                                                           jelas.

iv. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan
pembelajaran                              Pengajian                              Sosial.

Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh dan
bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu menggunakan berbagai-
bagai    bentuk    dan     jenis   bahan     supaya    deria-deria     ini   boleh      digunakan.

Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar
sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar
dan                                                                                 lihat.

Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran,
lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama
dalam      ingatan    murid,    guru     patut    mempelbagaikan       bahan       pengajaran.

v. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian                                                                 Sosial.

Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada
murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila murid
membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan mengetahui apakah bahan maujud
yang ada di situ, di samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan tersebut. Misalnya
semasa melawat ke ladang getah, murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya,
buahnya dan bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untuk
dipasarkan. Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan tersebut.

Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-murid
tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat yang diberi
oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterima
sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang
digunakan.

Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid. Misalnya, semasa
menonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di negara beriklim sejuk
dengan pemandangan yang berlainan, murid-murid akan berasa seolah-olah mengalaminya
sendiri. Ini akan meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang perubahan musim
yang          mereka       tidak      pernah      mengalami       secara       langsung.
vi. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian                                                                         Sosial.

Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap
kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah
dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikut
cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. Misalnya
pengetahuan tentang alam sekitar boleh disampaikan melalui tanyang video, teks bacaan atau
pengalaman                                   langsung                                murid.

Kepentingan sumber sebagai pendorong pengajaran terancang dalam pengajaran dan
pembelajaran                         Pengajian                           Sosial.

Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara
menggunakannya. Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir.
Dengan cara ini, guru akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.

4.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi pendidikan yang sesuai dan
tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi
rangsangan        pelajaran        digolongkan       sebagai      media        pendidikan.


Bahan                                                                                  bercetak

Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan.
Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif.
Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan,
majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini
mengandungi       maklumat        dalam     bentuk    perkataan,     lukisan   atau    gambar.

Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalam
Pengajian     Sosial     perlu     menitikberatkan      aspek-aspek      yang     berikut:

a.                                        Anggaran                                         kos
b.                                                                              Kebolehgunaan
c.                                                                                     Mobiliti
d.                                        Bahan                                        mentah
e.                         Saiz                             dan                         warna
f.                       Tatahias                           dan                       kemasan
g.                     Simpanan                       dan                      penyelenggaraan


a.                                  Anggaran                                      kos
Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan yang banyak akan
mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain. Bahan-bahan
bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan dengan
cepat.

b.                                                                             Kebolehgunaan
Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan bercetak yang
maujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin sehingga murid benar-benar
dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid boleh menggunakannya
mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan
maklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran.

Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak memerlukan
sumber tenaga elektrik seperti komputer. Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan di tempat
yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat dilihat.

c.                                                                                  Mobiliti
Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar kelas. Jika
bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan tersebut hendaklah
diperbanyakkan. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan pada bila bila masa bahan
bercetak               tersebut            walaupun                tanpa               guru.

d.                                   Bahan                                       mentah
Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah. Penggunaan kertas
sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang rendah.

e.                           Saiz                          dan                          warna
Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran , guru mestilah
memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini penting dalam
menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid. Pemilihan warna juga
perlu diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap akan menjejaskan
fokus                murid             terhadap                penyampaian                guru.

f.                         Tatahias                     dan                          kemasan
Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu memastikan
lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan penggunaan lukisan
yang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan
oleh guru. Jika guru mencetak bahan-bahan yang mengandungi tulisan tangan, pastikan tulisan
tersebut kemas dan mampu dibaca oleh murid. Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan
warna juga tidak digalakkan untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh
mengganggu tumpuan murid dalammencapai objektif pembelajaran yang sebenar.

g.                     Simpanan                          dan                    penyelenggaraan
Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak atau
rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya. Gambar-
gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut
mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid. Bahan-bahan cetakan
tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan
tambahan.

Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang selamat memudahkan
pengesanan     semula     dan      menjamin      ketahanan    bahan     tersebut.

5.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi
yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian                                                                Sosial.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh mengukuhkan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid
untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara
menyeluruh                                 dan                                   bersepadu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang
diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan
pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda
internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax,
telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat
adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan
teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai
pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat
digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.


Penghasilan    bahan     teknologi    maklumat:     Persembahan      Elektronik    Multimedia

Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan Elektronik
Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas. Antara perisian yang biasa digunakan ialah Microsoft
Office                                                                             Powerpoint.

Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu memastikan
elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik ialah kombinasi gambar-
gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,perkataan, lukisan, lakaran yang
dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya
(murid) dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan
pandangan                                                                           (visual).

Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan elektronik
multimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh
guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik multimedia Powerpoint iaitu:

a.                                                                                   Simplisiti
b.                                                                                    Dominan
c.                                                                                       Pola
d.                                                                                   Seimbang
e.                                                                                      Warna
f.                                                                                      Huruf


a.                                                                                Simplisiti
Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak dalam satu
visual akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid keluar daripada objektif
pembelajaran.
b.                                                                                 Dominan
Dominan bererti pusat penumpuan atau minat. Di dalam slaid persembahan Powerpoint, guru
perlu mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid. Sebagai contoh, jika guru
ingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh mempersembahkan gambar sawah padi bagi
menimbulkan inkuiri murid. Dengan yang demikian, murid dapat mengekalkan minat untuk
mengikuti                   pembelajaran                  yang                   seterusnya.

c.                                                                             Pola
Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Susunan item perlulah
mematuhi urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, guru
menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses untuk membuat kain batik yang
menjadi         warisan          tradisi       di        negeri         Terengganu.

d.                                                                                  Seimbang
Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Keadaan kesamaan dari
segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan slaid akan
menjadikan            persembahan           lebih         kemas           dan          teratur.
e.Warna
Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting. Pemilihan warna yang tepat
membantu keberkesanan persembahan. Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu pertama, warna
membantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan. Kedua, warna memudahkan sesuatu
item dilihat. Ketiga,warna mewujudkan perasaan harmoni dan melahirkan kesan tertentu seperti
panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan sebagainya kepada murid-murid.
f.                                                                                      Huruf
Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia. Saiz dan
jenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang disampaikan oleh guru.
Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca. Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuk
tajuk yang pendek manakala untuk tajuk yang panjang, huruf bersaiz kecil digunakan mengikut
kesesuaian. Guru juga perlu memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 ½
lebar huruf. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufan
terang yang diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya.
g.                         Tatahias                       dan                         kemasan
Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks. Selain
itu, guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh penerima iaitu murid.
Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan teratur, gunakan empat warna sahaja
dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna juga dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan
penegasan. Contohnya slaid berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan
perhatian.

Penyelenggaraan    bahan    teknologi   maklumat:    Persembahan     Elektronik    Multimedia.

Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik termasuklah persembahan
elektronik multimedia. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu disimpan dalam beberapa
bentuk iaitu dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan dalam bentuk perisian (soft copy).

Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan pada bila-bila
masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian mempunyai beberapa
kelebihan. Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan elektronik tersebut boleh
disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan keperluan semasa. Selain itu,
persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk perisian juga dapat disalin ke dalam alat-
alat teknologi maklumat yang lain seperti cakera padat, thumb-drive dan lain-lain.

6.0                                                                                  Rumusan

Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan
terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia
merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua
pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat
dialami                                   oleh                                murid-murid.

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program
pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan
untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar bukanlah
merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Alat
bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan
untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama
murid     serta    membantu     atau     mempercepatkan     proses    pemahaman        mereka.

Teknologi pendidikan pula merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media,
organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan
keberkesanan                                dalam                             pembelajaran.

Kecekapan guru menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran mampu
merangsang pemahaman murid ke tahap yang cemerlang.
http://notapismp.blogspot.com/2011/02/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.html

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
Wan Nor Faezah
 
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Lamino Aliya
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
HELMIZAM
 
37822784 konsep-sekolah-bestari
37822784 konsep-sekolah-bestari37822784 konsep-sekolah-bestari
37822784 konsep-sekolah-bestari
mat Ki
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
Komalam Mariappan
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
firo HAR
 
10. tajuk 2 model model pengajaran
10. tajuk 2 model  model pengajaran10. tajuk 2 model  model pengajaran
10. tajuk 2 model model pengajaran
IPG95
 
Tajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tamb
Tajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tambTajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tamb
Tajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tamb
Hashimah68
 
Psy part a ringkasan 1
Psy part a ringkasan 1Psy part a ringkasan 1
Psy part a ringkasan 1
latiba
 

Mais procurados (19)

Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatan
 
Proses pembelajaran
Proses pembelajaranProses pembelajaran
Proses pembelajaran
 
Teori Konstruktivisme
Teori KonstruktivismeTeori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
 
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
 
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajar
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajarKaedah hands-on dalam kalangan pelajar
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajar
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
 
Konsep induktif
Konsep induktifKonsep induktif
Konsep induktif
 
37822784 konsep-sekolah-bestari
37822784 konsep-sekolah-bestari37822784 konsep-sekolah-bestari
37822784 konsep-sekolah-bestari
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
 
10. tajuk 2 model model pengajaran
10. tajuk 2 model  model pengajaran10. tajuk 2 model  model pengajaran
10. tajuk 2 model model pengajaran
 
Psikologi Pendidikan : Proses Pembelajaran
Psikologi Pendidikan : Proses PembelajaranPsikologi Pendidikan : Proses Pembelajaran
Psikologi Pendidikan : Proses Pembelajaran
 
Tajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tamb
Tajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tambTajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tamb
Tajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tamb
 
Psy part a ringkasan 1
Psy part a ringkasan 1Psy part a ringkasan 1
Psy part a ringkasan 1
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 

Semelhante a Bahan model murugan (20)

Abm teori vygotsky
Abm teori vygotskyAbm teori vygotsky
Abm teori vygotsky
 
Present
PresentPresent
Present
 
Luas dan perimeter
Luas dan perimeterLuas dan perimeter
Luas dan perimeter
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
Strg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SNStrg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SN
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Integrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaranIntegrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaran
 
4 MAT LESSON, SAINS ( mazni )
4 MAT LESSON, SAINS ( mazni )4 MAT LESSON, SAINS ( mazni )
4 MAT LESSON, SAINS ( mazni )
 
Isl rbt 2014
Isl rbt 2014Isl rbt 2014
Isl rbt 2014
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
Pembelajaran authentic untuk abad ke 21 satu tinjauan
Pembelajaran authentic untuk abad ke 21 satu tinjauanPembelajaran authentic untuk abad ke 21 satu tinjauan
Pembelajaran authentic untuk abad ke 21 satu tinjauan
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
CTL
CTLCTL
CTL
 
JURNAL SAIN 3
JURNAL SAIN 3JURNAL SAIN 3
JURNAL SAIN 3
 

Bahan model murugan

  • 1. Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial 1.0 Pengenalan Dalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai suatu proses yang menyatukan kognitif, emosional, persekitaran pengaruh dan pengalaman untuk mendapatkan, meningkatkan atau membuat perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan dunia seseorang individu (Illeris, 2000; Ormorod, 1995). Belajar sebagai suatu proses berfokus kepada apa yang terjadi ketika pembelajaran berlangsung. Penjelasan tentang apa yang terjadi merupakan teori-teori belajar. Sebuah teori belajar adalah usaha untuk menggambarkan bagaimana manusia belajar, sehingga membantu kita memahami proses dasarnya kompleks belajar. Teori pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut Hill (2002). Salah satunya adalah dalam menyediakan kita dengan kosa kata dan rangka kerja konseptual untuk menafsirkan contoh pembelajaran yang kita amati. Yang lain adalah dalam mencadangkan kaedah bagi mencari penyelesaian untuk masalah-masalah praktikal. Teori-teori tidak memberikan kita penyelesaian, tetapi mereka mengarahkan perhatian kita kepada mencipta pembolehubah yang sangat penting dalam mencari penyelesaian. Ada tiga kategori utama atau rangka falsafah teori-teori pembelajaran iaitu behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme hanya tertumpu kepada aspek peniruan, pemikiran dan perasaan dalam pembelajaran. Teori kognitif melihat melampaui perilaku untuk menjelaskan pembelajaran berasaskan otak manakala pandangan konstruktivisme belajar sebagai sebuah proses di mana pelajar aktif membina atau membina idea-idea baru atau konsep. Robert M Gagne, Jerome Seymour Bruner, Albert Bandura dan Lev Vygotsky merupakan tokoh- tokoh penting yang telah mencetuskan pelbagai teori pembelajaran dan memberi sumbangan yang besar dalam dunia pendidikan. Mereka juga mengutarakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan teori masing-masing. 2.0 Hubungkait teori-teori pembelajaran dengan kepentingan penggunaan sumber-sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran. i. Gagne: Bahan bercetak. Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) memperkenalkan sebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
  • 2. Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Bahan bercetak merupakan sumber pelajaran yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Bahan-bahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar. Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahan-bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Hal ini sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek. Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya. Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan kepada penggunaan bahan- bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan. ii. Bruner: Penggunaan Peta Minda dan Bahan Eksperimen Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Dalam mempelajari manusia, Bruner menganggap manusia sebagai pemproses, pemikir dan pencipta informasi. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu meliputi tiga proses kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi pengetahuan, dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan. Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber utama pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. Melalui sumber-sumber tersebut, murid akan memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran kerana aktviti seperti eksperimen melibatkan penglibatan langsung murid-murid dan akan mendedahkan mereka kepada pengalaman-pengalaman yang baru. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Oleh yang demikian, penggunaan peta minda diterapkan di dalam teori beliau. Pengetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. iii. Bandura: Relia dan Model Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung,
  • 3. mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif. Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran. Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas. Implikasinya, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role model yang boleh dicontohi oelh murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam bilik darjah. iv. Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / Alat Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid. Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial dengan rakan sebaya. Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun begitu persekitaran dan sistem lingkungan budaya murid membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif. Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada murid-murid. Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa yang diajar. Bahan pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deira, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong pengajaran terancang. 3.0 Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial. Sumber ialah segala bahan dan alat yang terdapat di alam ini. Dalam bidang pendidikan, sumber ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan, pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk
  • 4. menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan. Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang. i. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses pengajaran dan pembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana pembelajaran berlaku melalui penyampaian dan penerimaan maklumat. Maklumat-maklumat itu disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video. Media inilah yang menjadi sumber pengajaran. Filem video ialah satu alat komunikasi yang boleh digunakan dengan baik di dalam bilik darjah. Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan. Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut. ii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat, mendengar atau menyentuh objek yang menjadi ii pelajaran. Dengan adanya bahan rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran. iii. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh
  • 5. tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-duanya sekali. Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa- peristiwa sebenar melalui radio dan televisyen. Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih jelas. iv. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu menggunakan berbagai- bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan. Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat. Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran. v. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ, di samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan tersebut. Misalnya semasa melawat ke ladang getah, murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya, buahnya dan bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untuk dipasarkan. Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan tersebut. Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang digunakan. Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid. Misalnya, semasa menonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di negara beriklim sejuk dengan pemandangan yang berlainan, murid-murid akan berasa seolah-olah mengalaminya sendiri. Ini akan meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang perubahan musim yang mereka tidak pernah mengalami secara langsung.
  • 6. vi. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. Misalnya pengetahuan tentang alam sekitar boleh disampaikan melalui tanyang video, teks bacaan atau pengalaman langsung murid. Kepentingan sumber sebagai pendorong pengajaran terancang dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara menggunakannya. Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan cara ini, guru akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna. 4.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi pendidikan yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Bahan bercetak Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar. Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut: a. Anggaran kos b. Kebolehgunaan c. Mobiliti d. Bahan mentah e. Saiz dan warna f. Tatahias dan kemasan g. Simpanan dan penyelenggaraan a. Anggaran kos Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan yang banyak akan
  • 7. mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan dengan cepat. b. Kebolehgunaan Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan bercetak yang maujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin sehingga murid benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran. Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik seperti komputer. Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat dilihat. c. Mobiliti Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar kelas. Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan tersebut hendaklah diperbanyakkan. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan pada bila bila masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru. d. Bahan mentah Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah. Penggunaan kertas sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang rendah. e. Saiz dan warna Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran , guru mestilah memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini penting dalam menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid. Pemilihan warna juga perlu diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap akan menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru. f. Tatahias dan kemasan Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu memastikan lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan penggunaan lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Jika guru mencetak bahan-bahan yang mengandungi tulisan tangan, pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca oleh murid. Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga tidak digalakkan untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh mengganggu tumpuan murid dalammencapai objektif pembelajaran yang sebenar. g. Simpanan dan penyelenggaraan Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya. Gambar- gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid. Bahan-bahan cetakan
  • 8. tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan. Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang selamat memudahkan pengesanan semula dan menjamin ketahanan bahan tersebut. 5.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. Penghasilan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan Elektronik Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas. Antara perisian yang biasa digunakan ialah Microsoft Office Powerpoint. Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu memastikan elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik ialah kombinasi gambar- gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya (murid) dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual). Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan elektronik multimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh
  • 9. guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik multimedia Powerpoint iaitu: a. Simplisiti b. Dominan c. Pola d. Seimbang e. Warna f. Huruf a. Simplisiti Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid keluar daripada objektif pembelajaran. b. Dominan Dominan bererti pusat penumpuan atau minat. Di dalam slaid persembahan Powerpoint, guru perlu mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid. Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh mempersembahkan gambar sawah padi bagi menimbulkan inkuiri murid. Dengan yang demikian, murid dapat mengekalkan minat untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya. c. Pola Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Susunan item perlulah mematuhi urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, guru menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses untuk membuat kain batik yang menjadi warisan tradisi di negeri Terengganu. d. Seimbang Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Keadaan kesamaan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan slaid akan menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur. e.Warna Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting. Pemilihan warna yang tepat membantu keberkesanan persembahan. Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu pertama, warna membantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan. Kedua, warna memudahkan sesuatu item dilihat. Ketiga,warna mewujudkan perasaan harmoni dan melahirkan kesan tertentu seperti panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan sebagainya kepada murid-murid. f. Huruf Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia. Saiz dan jenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang disampaikan oleh guru. Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca. Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuk tajuk yang pendek manakala untuk tajuk yang panjang, huruf bersaiz kecil digunakan mengikut kesesuaian. Guru juga perlu memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 ½ lebar huruf. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufan terang yang diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya.
  • 10. g. Tatahias dan kemasan Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks. Selain itu, guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh penerima iaitu murid. Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan teratur, gunakan empat warna sahaja dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna juga dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan penegasan. Contohnya slaid berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan perhatian. Penyelenggaraan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia. Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik termasuklah persembahan elektronik multimedia. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu disimpan dalam beberapa bentuk iaitu dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan dalam bentuk perisian (soft copy). Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan elektronik tersebut boleh disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan keperluan semasa. Selain itu, persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk perisian juga dapat disalin ke dalam alat- alat teknologi maklumat yang lain seperti cakera padat, thumb-drive dan lain-lain. 6.0 Rumusan Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Teknologi pendidikan pula merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Kecekapan guru menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran mampu merangsang pemahaman murid ke tahap yang cemerlang. http://notapismp.blogspot.com/2011/02/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.html