SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 158
Baixar para ler offline
DEMOKRASI DAN
PILIHAN RAYA
Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya
(UMCEDEL)
Jilid
Volume
Bil.
No.
Januari-Jun
January-June
ISSN: 2232-1756
1 1 2012
Kandungan
Pendahuluan	 1-4
Pendekatan Baharu ke Arah Pendemokrasian Negara 	 5-14
Dengan Menggunakan Model Ruangan Pengundian serta
Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dan Pilihan Raya
Prestasi Parti yang Bertanding dalam Pilihan Raya Negeri 	 15-26
dan Parlimen di Sarawak, 1963-1974
Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969 - 1999 	 27-42
PAS Di Kelantan Sehingga Pengisytiharaan Darurat 1977 	 43-60
Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dari Perspektif 	 61-86
Federalisme
Gambaran Konflik Politik di Malaysia Berdasarkan 	 87-108
Maksud dan Penggunaan Kata-Kata serta Ungkapan
dalam Akhbar
Pilihan Raya dan Mobilisasi Politik di Kawasan 	 109-120
Pinggiran di Sarawak
Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya 	 121-138
Umum Ke-13
Guna dan Ganggu Ruang Maya oleh Barisan Nasional 	 139-150
Menjelang Pilihan Raya Umum Ke- 13
Rosmadi Fauzi, Amer Saifude
Ghazali dan Mohammad
Redzuan Othman
Suffian Mansor dan
Zulkanain Abdul Rahman
Mazlan Ali, Zulkanain Abdul
Rahman dan Amer Saifude
Ghazali
Md Rozimi Mohd Nasir dan
Ahmad Kamal Ariffin Md Rus
Nawi Abdullah dan Mazlan Ali
Ahmad Ramizu Abdullah dan
Salinah Jaafar
Neilson Ilan Mersat
ThockKerPongdanTanYenYee
Badrul Azmier Mohamed @
Bakar, Mujibu Abd Muis,
Azni Syafena Andin Selamat
dan Syazliyati Ibrahim
Prelim.indd 1 5/24/2012 9:29:55 AM
SIDANG PENGARANG
(EDITOR BOARD)
Ketua Editor (Chief Editor):	 Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman
Editor:	 Sdr. Amer Saifude Ghazali
		 Dr. Rosmadi Fauzi
		 Dr. Nor Sulastry Yurni Ahmad
		 Dr. Zulkanain Abdul Rahman
	
LANGGANAN/SUBSCRIPTIONS
Kadar langganan adalah seperti berikut:
Dalam Malaysia: RM30.00 senaskah (termasuk bayaran pos)
Luar Malaysia: US$30.00 senaskah (termasuk bayaran pos)
Segala urusan mengenai langganan hendaklah ditujukan kepada:
Ketua Editor
Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL)
Pejabat Dekan,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur
MALAYSIA
	
Subscription rates are as follows:
Within Malaysia: RM30.00 per copy (inclusive of postage)
Outside Malaysia: US$30.00 per copy (inclusive of postage)
Subscription and all business correspondence should be addressed to:
The Chief Editor
University of Malaya Centre for Democracy and Election (UMCEDEL)
Faculty of Arts and Social Sciences,
University of Malaya,
50603, Kuala Lumpur
MALAYSIA
Prelim.indd 2 5/24/2012 9:29:55 AM
Pendahuluan
Jurnal sulung Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Jurnal
Demokrasi dan Pilihan Raya diterbitkan sebagai salah satu wadah akademik bagi
mengetengahkan hasil tulisan, penyelidikan, pandangan dan wacana akademik
dalamkalanganparaakademik,paramahasiswa,parapengkajidanparapenulisyang
ingin berkongsi ilmu tentang demokrasi dan pilihan raya yang mencakupi pelbagai
perspektif. Jurnal yang diterbitkan buat julung-julung kalinya ini memaparkan
sembilan buah artikel yang ditulis oleh penulis yang berlatarbelakangkan pelbagai
bidang, tetapi mempunyai minat yang sama iaitu mengkaji tentang demokrasi dan
pilihan raya.
Jurnal akademik ini membuka tirai dengan menampilkan artikel yang berjudul
“Pendekatan Baharu ke Arah Pendemokrasian Negara dengan Menggunakan
Model Ruangan Pengundian serta Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dan Pilihan
Raya” yang ditulis oleh Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali dan Mohammad
Redzuan Othman. Artikel ini menarik dibaca kerana memberikan perspektif baru
kepada politik kontemporari yang semakin mendapat perhatian umum dengan
menggunakan instrumen baru yang masih belum banyak diterokai. Pendekatan
kajiantentangpilihanrayayangmenggunakanmodelruangpengundiansepertimana
yang dijelaskan oleh penulis sangat relevan dan sedang berkembang pesat apabila
GIS diaplikasi dalam mengkaji tentang pilihan raya. Hasil kajian yang dilakukan
berjaya menyakinkan bahawa GIS adalah penting sebagai satu cabang ilmu yang
mampu meramalkan kecenderungan pengundian sehingga dapat mempengaruhi
keputusan pilihan raya. Melalui pendekatan baharu yang semakin berkembang ini
keputusan pilihan raya di Malaysia akan menjadi semakin boleh diramalkan pada
masa akan datang.
Tulisan Sufian Mansor dan Zulkanain Abdul Rahman yang berjudul “Kajian
Tentang Prestasi Parti-Parti Bertanding dalam Pilihan Raya Negeri dan Parlimen
di Sarawak, 1963-1974”, memaparkan persaingan politik yang berlaku di Bumi
Kenyalang selepas negeri tersebut menyertai Malaysia. Pada peringkat awal
persaingan di negeri tersebut melibatkan Parti PESAKA, BUMIPUTERA, SNAP
dan SUPP. Walau bagaimanapun, melalui percaturan politik yang berlaku, Parti
PESAKA dan BUMIPUTERA telah bersatu bagi membentuk Parti Pesaka Bumiputra
Bersatu (PBB) dan bergabung dengan SUPP di bawah lambang Barisan Nasional bagi
membolehkan sebuah kerajaan yang lebih mantap diwujudkan di Sarawak. Pilihan
raya tahun 1974 merupakan titik peralihan yang penting dalam perkembangan politik
Sarawak menuju ke arah kestabilan apabila Parti PBB dan SUPP berjaya mendapat
mandat yang lebih besar untuk memerintah negeri. Kemantapan politik ini terus
menjadi kukuh apabila SNAP yang sebelum ini berada di pihak pembangkang turut
menyertai kerajaan Barisan Nasional.
Tulisan Mazlan Ali, Zulkanain Abdul Rahman dan Amer Saifude Ghazali
merungkai situasi politik dengan menggunakan perspektif sejarah dalam
perbincangan artikel yang berjudul, “Perkembangan Politik Kuala Lumpur 1969-
1999”. Artikel ini membincangkan perkembangan politik Kuala Lumpur dari
tahun 1969 hingga 1999 yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dalam
Book 1.indb 1 5/24/2012 9:24:31 AM
2 Demokrasi Dan Pilihan Raya
perkembangan sejarah tanah air, tahun 1969 merupakan tahun tercetusnya peristiwa
berdarah yang membawa kepada perubahan lanskap politik yang amat mencabar
kepada semua kaum di Malaysia. Tempoh 1969-1999 merupakan masa yang
memperlihatkan betapa kedudukan parti dalam kerajaan Barisan Nasional dan parti
pembangkang saling bersaing bagi mendapatkan sokongan pengundi. Kedudukan
politik Kuala Lumpur yang mampu mempengaruhi politik negara mendorong parti
pemerintah dan parti pembangkang menggunakan seluruh kekuatan yang dimiliki
untuk memenangi hati pengundi.
Artikel “PAS di Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977” hasil tulisan
Md Rozimi Mohd Nasir dan Ahmad Kamal Ariffin Md Rus pula mengetengahkan
perkembangan politik dari perspektif sejarah di negeri Kelantan bermula dari tahun
1955 sehingga 1972 dan seterusnya diikuti dengan perkembangan kepada pengenalan
darurat pada tahun 1977. Krisis politik di Kelantan yang bermula dengan krisis dalam
partibertukarmenjadikrisisdalamkerajaanBarisanNasionalapabilaPASdisingkirkan
daripada gabungan yang diwujudkan pada tahun 1974. Krisis politik yang berlaku
di Kelantan ini kemudiannya bertukar menjadi ketidakstabilan keselamatan apabila
tercetusnya demonstrasi rakyat bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap
kerajaan PAS. Pilihan raya negeri yang diadakan secara mengejut pada tahun 1977
berakhir dengan kerajaan PAS yang berkuasa sejak tahun 1959 ditumbangkan dan
digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional di bawah teraju UMNO.
Selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008, pelbagai
pandangan telah dikemukakan oleh para sarjana, sama ada tempatan mahupun
antarabangsa terhadap perubahan yang berlaku yang disifatkan sebagai “Tsunami
Politik”. Artikel “Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dari Perspektif Federalisme”
yang ditulis oleh Nawi Abdullah dan Mazlan Ali menghuraikan bagaimana
pendekatan federalisme dalam konteks demokrasi di Malaysia berikutan kejayaan
yang dicapai oleh parti pembangkang dalam Pilihan Raya Umum 2008. Dengan
merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, penulis menghuraikan pembahagian
tugas dan tanggungjawab di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dalam
senario baru yang wujud. Perbincangan yang dilakukan amat relevan apabila
empat buah negeri (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) kini diterajui oleh
kerajaan parti pembangkang, sedangkan di peringkat persekutuan kerajaan masih
dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional.
Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan masyarakat yang semakin
berpendidikan juga turut memberi impak kepada persepsi masyarakat terhadap
politik. Perkara inilah yang cuba dibincangkan oleh tulisan Ahmad Ramizu dan
Salinah Jaafar dalam artikel yang bertajuk “Gambaran Konflik Politik di Malaysia
Berdasarkan Maksud dan Penggunaan Kata-kata serta Ungkapan Dalam Akhbar”.
Dengan memilih kata-kata dan ungkapan yang menjurus kepada konflik yang boleh
ditemui dalam tulisan yang diterbitkan oleh beberapa media cetak yang dipilih,
penulis cuba memberikan interpretasi yang membawa kepada implikasi politik.
Artikel yang dikemukakan ini menarik untuk diteliti apabila tafsiran dibuat terhadap
perkataan yang digunakan yang secara langsung atau tidak langsung memberikan
impak yang positif atau negatif kepada pembaca dan seterusnya memberikan kesan
kepada kecenderungan mengundi.
Neilson Ilan Mersat yang mempunyai kepakaran dalam meneliti perkembangan
politik di negeri Sarawak pula tampil dengan artikel yang berjudul “Pilihan Raya
Book 1.indb 2 5/24/2012 9:24:31 AM
3Pendahuluan
dan Mobilisasi di Kawasan Pinggiran di Sarawak”. Perbincangan yang dilakukan
cuba memberikan perspektif politik Sarawak dari kaca mata seorang pengkaji
yang sememangnya mahir tentang perkembangan politik tempatan. Kajian yang
dilakukan melibatkan kawasan pinggiran, membincangkan pendekatan tradisional
atau konvensional yang diguna pakai oleh pelbagai parti politik dan individu dalam
usaha meraih sokongan dan undi dari masyarakat tempatan dalam pilihan raya.
Pelbagai kaedah yang digunakan dalam kempen pilihan raya yang diutarakan oleh
penulis berjaya memaparkan bagaimana pelbagai budaya yang terdapat di Sarawak
diterjemahkan menjadi budaya politik. Pendekatan ini ternyata masih releven dalam
konteks negeri Sarawak sehingga berupaya menyaingi ledakan teknologi maklumat
yang berlaku pada masa kini.
Artikel Thock Ker Pong dan Tan Yen Yee berjudul “Sentimen Pengundi Kaum
Cina Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13” sangat menarik dikaji oleh mereka
yang berminat memahami sentimen politik orang Cina. Ini adalah kerana artikel ini
cuba mengupas bagaimana persepsi masyarakat Cina terhadap pembaharuan yang
dilaksanakan oleh UMNO dalam usaha mendapat sokongan mereka dalam pilihan
raya akan datang. Perbezaan cara berfikir masyarakat Cina dan kepimpinan orang
Cina yang diketuai MCA sebagaimana yang dihuraikan oleh artikel ini ternyata tidak
sepenuhnya difahami oleh UMNO. Lantaran itu, pelbagai usaha yang dilakukan oleh
UMNO bagi memenangi hati masyarakat Cina terbukti tidak membuahkan hasil
sebagaimana yang diharapkan. Selain itu, dalam artikelnya Thock turut menekankan
tentang isu konflik kepimpinan dalam parti, isu pendidikan, isu pilihan raya kecil
dan sebagainya. Ternyata, isu-isu tertunggak yang masih belum diselesaikan akan
mempengaruhi sentimen orang Cina dan akan membabitkan masyarakat tersebut
mencorakkan pola pengundian mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Jurnal Demokrasi dan Pilihan Raya jilid sulung ini diakhiri dengan artikel yang
berjudul “Guna dan Ganggu Ruang Maya oleh Barisan Nasional Menjelang Pilihan
Raya Umum Ke-13” hasil nukilan Badrul Azmier Mohamed, Mujibu Abd Muis,
Azni Syafena Andin Selamat dan Syazliyati Ibrahim. Artikel ini cuba menonjolkan
bagaimana Barisan Nasional cuba sedaya upaya untuk mengawal ruang maya bagi
mempengaruhi pengundi. Penggunaan pelbagai akta yang bertujuan bagi mengawal
dan mengekang media ini telah membuka ruang kepada perbincangan tentang
konsep yang dikenali sebagai ‘ganggu’ dan ‘kuat kuasa’ dalam penggunaan media
oleh rakyat Malaysia, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Artikel ini memaparkan
bagaimana guna dan ganggu ruang akan digunakan oleh Barisan Nasional dalam
usaha mengekalkan hegemoni politik bagi mengekalkan kuasa politik yang diwarisi
sejak lebih separuh abad yang lalu.
Penampilan sembilan artikal dalam jurnal sulung Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) diharapkan mampu mencetuskan
wacana tentang politik dan amalan demokrasi di Malaysia. Menjadi harapan kepada
sidang pengarang jurnal supaya jurnal ini terus melangkah kehadapan dengan
partisipasi dan sumbangan daripada ramai lagi sarjana politik bagi membolehkan
penampilannya terus mantap pada masa-masa akan datang.
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman
Ketua Pengarang
Book 1.indb 3 5/24/2012 9:24:31 AM
Book 1.indb 4 5/24/2012 9:24:31 AM
Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian
Negara Dengan Menggunakan Model
Ruangan Pengundian Serta Aplikasi Sistem
Maklumat Geografi Dan Pilihan Raya
Rosmadi Fauzi
Amer Saifude Ghazali
Mohammad Redzuan Othman
Abstract
The Spatial Voting Model is a common device used by
geographical experts to analyse elections. The model which is
based on the Spatial Voting Theory has dominated the field
of political science for more than three decades, especially in
Western countries. Nevertheless, in Malaysia, this theory is still a
novelty and is not widely used in examining the elections. Today,
in our assessment towards the domestic political phenomena
that is more and more open to the globalisation process, the
voting pattern must be viewed from a new angle, which is
the spatial angle. The latest development in the information
technology especially the Geographical Information System
(GIS) has offered several capabilities for the spatial analysis to
be conducted more conveniently, efficiently and effectively. The
capacity of the adoption of GIS has been used to analyse and
measure the spatial information for the variables used in forming
a model. The Spatial Voting Model takes into consideration the
importance of the spatial factors towards the decisions and
voting actions such as the distance, location and the type of the
constituency area, as well as the neighbouring influence that
prevails in the border of the election that takes place.
Keywords: Spatial Voting Model, GIS and The Election
Pengenalan
Beberapa dekad kebelakangan ini, corak pengundian dan keputusan dalam pilihan
raya negara telah berubah kerana banyak dipengaruhi oleh perubahan yang berlaku
dalam atmosfera politik domestik. Jika meneliti kepada keputusan pilihan raya
kebelakangan ini, kita dapat melihat satu permulaan kepada perubahan medan
politik negara Malaysia. Keputusan pilihan raya sejak kebelakangan ini membawa
makna yang mendalam kepada semua parti politik di Malaysia di samping
mempunyai makna tersendiri terhadap budaya politik. Ramai penganalisis cuba
memberikan tumpuan kepada fenomena “politik baharu” yang muncul berikutan
Book 1.indb 5 5/24/2012 9:24:31 AM
6 Demokrasi Dan Pilihan Raya
berlakunya perubahan drastik dalam keputusan pilihan raya bermula dari tahun
1999 sehingga Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.
Walau bagaimanapun, sudut kajian pilihan raya lebih tertumpu kepada
faktor deskriptif dan kualitatif dengan elemen ruangan biasanya kurang diambil
kira dalam melihat corak pengundian. Ahli geografi percaya semua yang berlaku
itu ada fenomena ruangannya yang tersendiri sedangkan analisis politik dari segi
ruangan masih belum banyak dilakukan, terutamanya dalam kajian di Malaysia.
Lantaran itu, corak pengundian harus dilihat dari sudut baru, iaitu ruangan di
samping sudut bukan ruangan, terutamanya dalam menilai corak pengundian yang
semakin menerima pengaruh besar daripada proses globalisasi. Peranan faktor
ruangan ke atas keputusan dan tindakan dalam pengundian di sempadan sesuatu
kawasan pilihan raya merupakan elemen penting dalam pengkajian geografi politik
yang melihat kepada elemen ruangan. Perkara ini turut disokong oleh Rachagan
(1982) yang menyatakan bahawa kesan politik geografi sesuatu kawasan itu sangat
mempengaruhi keadaan politik kawasan tersebut dan kawasan-kawasan lainnya
yang menjelaskan tentang kepentingan elemen geografi dan ruang dalam mengkaji
politik sesuatu kawasan. Kepentingan proses-proses ruangan dikaji untuk melihat
peranan faktor ruangan ke atas keputusan dan tindakan individu dalam pengundian
seperti pengaruh kejiranan yang berlaku dalam sesuatu wilayah atau sempadan
sesuatu kawasan.
Teori dan Model Ruangan Pengundian
Kini, Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang merupakan salah satu teknologi maklumat
yang berkembang begitu pesat telah diaplikasikan dalam bidang pilihan raya bagi
pembentukan model ruangan. Model ruangan pengundian membolehkan kita melihat
dan meramalkan corak pilihan raya dengan lebih berkesan lagi dari sudut ruangan.
Model ruangan pengundian yang akan dibentuk dapat memenuhi kedua-dua bidang
iaitu ruang dan bukan ruangan dengan integrasi GIS untuk menjalankan analisis
ruangan bersama dengan analisis regresi dalam pembentukan model.
Modelruanganpengundianmerupakansatukaedahyangpalingluasdigunakan
untuk mengkaji pilihan raya di negara Barat. Model ini adalah berasaskan kepada
Teori Ruangan Pengundian yang telah diperkenalkan oleh Downs (1957) dan Black
(1958) yang telah melahirkan satu kajian literatur yang meluas dalam arena pilihan
raya umum. Selepas itu sumbangan oleh Davis dan Hinich (1966), Kadaene (1972),
Shepsle (1972), Hinich dan Pollard (1981), Shepsle dan Weingstag (1981), Enelow
dan Hinich (1982), Hinich dan Munger (1994) telah menggantikan Teori Ruangan
Pengundian kepada satu landasan teoritikal yang lebih kemas.
Teori Ruangan Pengundian ini telah diuji secara empirikal dalam konteks yang
berbeza-beza dengan menggunakan metodologi yang pelbagai dalam pengkajian
pilihan raya. Hinich merupakan pengkaji yang telah banyak mempraktikkan teori
ini dalam pelbagai kajiannya, iaitu bidang pilihan raya yang berdasarkan ruangan.
Di antaranya, Enelow dan Hinich (1984), telah menggunakan Metodologi Cahoon-
Hinich untuk mengkaji ideologi dan isu pilihan raya dengan melihat kepada
perspektif ruang. Selain dari itu, Hinich dan Odershook (1978) turut menggunakan
teori ini untuk mengkaji Pilihan Raya Presiden di Amerika Syarikat. Manakala Lin,
Chu dan Hinich (1996) telah menggunakan metodologi yang sama untuk mengkaji
Pilihan Raya Presiden di Taiwan, begitu juga Hinich, Khmelo dan Odershook (1999)
Book 1.indb 6 5/24/2012 9:24:31 AM
7Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara
telah menggunakan kaedah yang sama iaitu mengambil kira faktor ruangan untuk
mengkaji pilihan raya di Ukraine. Kesinambungan daripada teori ini juga, Rusk dan
Weisberg (1972), Aldrich dan Mckelvey (1973) dan Poole dan Rosenthal (1982) telah
menggunakan kaedah statistik alternatif dengan menggunakan teknik skala non
metrik yang berbeza dalam mengkaji pilihan raya berdasarkan kepada ruangan.
Walaupun teori ruangan bagi pilihan raya ini telah mendominasi sains politik
lebih daripada tiga dekad, khususnya di negara Barat, tetapi di Malaysia, teori ini
masih baru dan tidak banyak digunakan dalam mengkaji pilihan raya. Pembentukan
model untuk meramal corak pengundian di Malaysia sebelum ini dilakukan tanpa
melibatkan analisis ruangan dan komputer sebagai elemen sokongan yang perlu.
Dalam melihat senario politik Malaysia masa kini, ramai sarjana politik yang
mengkaji pengundian kebanyakannya tertumpu kepada bidang sains politik, seperti
isu perlembagaan, ideologi parti, proses demokrasi, amalan good governace, isu calon,
penyertaan politik dan budaya kepimpinan politik, sokongan politik dan peratusan
keluar mengundi (Ratnam 1967; Goldman 1971; Gomez 1998; Rizal 2002; Nidzam
2002; Mohammad Agus 2005).
Model-model pengundian yang telah diperkenalkan banyak yang menjurus
kepada model dalam bidang sains politik yang menekankan kepada faktor-faktor
bukan ruangan, seperti atribut-atribut pengundi, parti politik, isu pilihan raya, etnik,
calon parti, gender dan sebagainya (Roslina 2002, Rizal 2002, Nidzam 2002). Walau
bagaimanapun, terdapat satu pengkajian yang mengambil kira faktor wilayah
sebagai faktor ruangan dalam mengkaji pilihan raya umum tetapi hanya melihat
proses pilihan raya dari sudut profil wilayah dan isu politik kewilayahan (Mohd
Fuad dan Sabihah 2002).
Pembentukan Model Ruangan Pengundian
Dalam pemodelan ruangan pengundian di Malaysia, GIS digunakan bagi
memperlihatkan corak ruangan di kawasan pilihan raya, iaitu ditambah dengan
analisis statistik. Model ruangan yang dibentuk adalah menggabungkan faktor
ruangan yang terdiri daripada indeks kepadatan sempadan pilihan raya, jarak ibu
negeri ke DUN, jarak pusat bandar ke DUN dan jarak universiti ke DUN. Model
ruangan pengundian ini bertujuan melihat peranan faktor-faktor ruangan dalam
meramal keputusan pilihan raya. Pembentukan model ruangan pilihan raya ini
adalah berdasarkan faktor-faktor ruangan yang telah dikenal pasti mempengaruhi
majoriti undi sebagai keputusan dalam pilihan raya. Model ini secara amnya boleh
dinyatakan sebagai : 	
Majoriti Undi = f (K,I,U,B)
KP = Keputusan Pilihan Raya
K 	 = 	Indeks Kepadatan
I 	 = 	Jarak ibu negeri
U	 =	 Jarak universiti
B 	 = 	 Jarak pusat bandar
Book 1.indb 7 5/24/2012 9:24:31 AM
8 Demokrasi Dan Pilihan Raya
Pemboleh ubah bersandar merupakan keputusan pilihan raya, termasuklah
data metrik, manakala pemboleh ubah tidak bersandar terdiri daripada data metrik
dan bukan metrik. Pembentukan model ruangan pengundian ini adalah berdasarkan
statistik menggunakan kaedah regresi. Tujuan penggunaan kaedah regresi adalah
untuk meramal perubahan dalam pemboleh ubah bersandar yang merupakan
keputusan pilihan raya sebagai reaksi ke atas perubahan beberapa pemboleh ubah
tidak bersandar yang terdiri daripada faktor-faktor ruangan yang mempengaruhi
pengundian. Ringkasan konsepsual pembentukan model ruangan pilihan raya boleh
dirujuk dalam Rajah 1. Secara konsepsual kajian adalah bermula daripada keputusan
pilihan raya dan pembahagian faktor ruangan yang mempengaruhi pengundian,
analisis ruangan yang dijalankan ke atas setiap faktor menggunakan teknik GIS
sehinggalah kepada pemodelan ruangan yang menggunakan analisis statistik. Bagi
pembentukan model ruangan, terdapat dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah
bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar.
Penyediaan Pangkalan Data Model Ruangan Menggunakan GIS
Pada peringkat ini pengenalpastian keperluan data yang akan dijadikan input dalam
pembentukan model pengundian dilakukan. Data-data ruangan yang dibentuk
adalah berhubung rapat dengan model ruangan yang akan dibentuk. Data ruangan
KEPUTUSAN
PILIHAN RAYA
FAKTOR
Ruangan
Jarak
Pusat
Jarak
Universiti
Jarak Ibu
Negeri
Perletakan
DUN
Atribut
Lokasi
Atribut
Lokasi
Perletakan
DUN
Perletakan
DUN
Atribut
Lokasi
Perletakan
DUN
Indeks
Kepadatan
Atribut
Struktur
Analisis
Rangkaian
Analisis
Rangkaian
Data Ruangan
dari analisis GIS
Pengolahan Data
Ruangan
MODEL RUANGAN
PENGUNDIAN
Analisis
Rangkaian
Analisis
Kepadatan
Rajah 1: Rangka Konsepsual Pembentukan Model Ruangan Pengundian
Book 1.indb 8 5/24/2012 9:24:31 AM
9Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara
yang dikumpulkan akan ditransformasikan kepada data digital. Peta sempadan
pilihan raya kawasan kajian dilakukan pengimbasan, pendaftaran peta dan proses
pendigitan. Kesemua data ditransformasikan kepada format perisian GIS dengan
menggunakan kemudahan konversi data. Semua data tersebut diproses menjadi
satu bentuk yang seragam untuk memudahkan analisis. Kaedah pengolahan GIS
digunakan bagi membangunkan pangkalan data dalam kajian pemodelan ruangan
pengundian ini. Kemampuan mengolah data ruangan serta menjalankan proses
seperti pengumpulan data, penyimpanan, pengurusan data, menganalisis dan
memaparkan data menjadikan perisian GIS digunakan dalam pelbagai bidang serta
mampu menyelesaikan masalah ruangan.
Pada peringkat pengolahan GIS, data untuk faktor yang diperoleh daripada
pengolahan pangkalan data GIS akan digunakan dalam pembentukan model
ruangan. Keupayaan analisis yang terdapat dalam GIS seperti penindanan peta,
analisis jarak, pengkelasan semula dan analisis kejiranan dapat digunakan untuk
menyediakan maklumat ruangan dan pertalian ruangan yang boleh digunakan
dalam proses pembuatan keputusan. Maklumat-maklumat ini akan dianalisis serta
hasilnya akan dipaparkan secara pemetaan. Paparan ini dapat digunakan untuk
melihat arah dan corak pengundian, mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
pengundian dengan kemampuan model yang dibentuk.
Analisis ruangan digunakan untuk menghasilkan maklumat tambahan
untuk meningkatkan struktur ruang atau hubungan di antara maklumat geografi
yang berkaitan. Antara analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis
rangkaian yang digunakan dalam pembangunan peta-peta seperti jarak ke pusat
bandar, jarak ke ibu negeri dan jarak terdekat ke universiti serta analisis pengkelasan
semula dan analisis kepadatan. Selain itu, analisis jarak terdekat turut digunakan
bagi mendapatkan jarak terdekat iaitu jarak terdekat pusat bandar-DUN, jarak
terdekat ibu negeri-DUN dan jarak terdekat universiti-DUN. Analisis jarak terdekat
dibangunkan dengan menggunakan peta asas kawasan kajian poligon, peta titik
bagi mewakili lokasi pusat bandar, universiti dan ibu negeri, peta jalan raya bagi
menghubungkan DUN dengan lokasi-lokasi yang dinyatakan di atas serta titik
tengah DUN (Sila lihat Rajah 2). Konsep jarak terdekat yang digunakan adalah
dalam aplikasi analisis rangkaian yang menggunakan ekstensi: Shortest Network Path
yang terdapat dalam dalam perisian Arc View.
Rajah 2: Analisis Ruangan Menggunakan GIS
Book 1.indb 9 5/24/2012 9:24:31 AM
10 Demokrasi Dan Pilihan Raya
Aplikasi Ruangan Model Pengundian
Secarakeseluruhannyamodelyangdibangunkanmengambilkirafaktor-faktorlokasi
dan jarak sebagai pemboleh ubah ruangan dalam pemodelan. Ini bertujuan untuk
melihat peranan faktor-faktor yang dicadangkan mewakili faktor ruangan dalam
meramal keputusan pilihan raya. Dalam model ruangan yang dibangunkan, faktor
lokasi yang mewakili elemen ruangan dalam kajian mempertimbangkan pengaruh
kejiranan dan interaksi dalam penyebaran maklumat antara sempadan pilihan raya
iaitu DUN dengan pusat-pusat yang dilihat sebagai penyebaran maklumat pilihan
raya. Faktor lokasi mengkaji pengaruh ruangan terhadap organisasi yang terdapat
dalam ruang informasi, penyebaran sesuatu idea baru atau penyebaran maklumat
tentang pilihan raya seperti calon, parti, isu dan ideologi. Menurut Hägerstrand
(1967), maklumat boleh disampaikan dengan dua cara iaitu pertama secara awam,
seperti bahan bercetak dan media massa dan yang kedua secara persendirian iaitu
melalui surat atau lisan. Dari segi penerimaan pula menurut beliau, cara kedua
selalunya adalah lebih penting walaupun maklumat yang dihebahkan melalui media
massa telah diterima. Beliau berpendapat bahawa sifat geografi komunikasi antara
penerima maklumat (pengundi) merupakan satu faktor penting dalam resapan
penerimaan maklumat. Dengan melihat kepada faktor jarak terdekat, Hägerstrand
telah menggambarkan secara tidak langsung struktur medan maklumat.
Secaraumumnyadarisegipengaruhkepentinganpembolehubahterhadapmodel
yang dibentuk, faktor kepadatan merupakan faktor yang sangat mempengaruhi
terhadap keputusan pengundian di kawasan kajian, diikuti faktor lokasi iaitu jarak
terdekat DUN ke pusat bandar dan jarak terdekat DUN ke ibu negeri serta jarak
terdekat DUN ke universiti. Pembolehubah indeks kepadatan telah menunjukkan
tahap kepentingan yang tertinggi. Indeks kepadatan sering digunakan sebagai salah
satu ciri untuk menggambarkan bentuk. Dalam hasil kajian ini, DUN yang padat
dari segi indeksnya menunjukkan bahawa penyebaran maklumat pilihan raya lebih
cepat berlaku kerana bentuk DUN yang padat dilihat boleh menyebabkan interaksi
di antara pengundi lebih mudah dalam penyampaian informasi parti dan ideologi
atau isu pilihan raya terutamanya kepada parti pembangkang yang menjalankan
modus operandinya melalui ceramah dan penyebaran risalah di kawasan tumpuan
orang ramai.
Manakala jarak terdekat di antara DUN ke pusat bandar merupakan faktor
kedua terpenting dalam menyumbangkan kepada keputusan undi pilihan raya.
Menurut teori ruangan pengundian, proses perbandaran turut dilihat memainkan
peranan penting dalam pengundian bagi sesuatu pilihan raya. Kajian yang dijalankan
oleh Morrill (1965) menunjukkan bahawa salah satu faktor yang menyebabkan satu
idea atau maklumat merebak adalah berdasarkan kepada perkembangan daerah
perniagaan pusat yang berjiran dan kemajuan pengangkutan dalam pusat bandar.
Proses penerimaan sesuatu maklumat itu adalah dipengaruhi oleh jauhnya jarak
dari bandar. Maklumat dan idea diterima lebih cepat di pusat bandar dan maklumat
itu kemudian tersebar dengan amat mudah dalam kalangan penduduk yang tinggal
dengan pusat-pusat penerimaan tersebut (kesan kejiranan). Proses perbandaran
turut dilihat memainkan peranan penting dalam pengundian bagi sesuatu pilihan
raya itu dan kesan politik geografi sesuatu kawasan sangat mempengaruhi
keadaan politik kawasan tersebut serta kawasan-kawasan lain (Rachagan, 1982).
Kajian yang dijalankan oleh Morrill (1965) mendapati bahawa salah satu faktor
Book 1.indb 10 5/24/2012 9:24:31 AM
11Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara
yang menyebabkan satu idea atau maklumat merebak adalah berdasarkan kepada
perkembangan daerah perniagaan pusat yang berjiran dan kemajuan pengangkutan
dalam pusat bandar raya.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Berry (1972) di Great Britain mendapati
bahawa proses-proses resapan maklumat bermula di bandar-bandar besar dalam
sesuatu daerah dan kemudian penerimaan tersebut tersebar ke tempat-tempat
lain yang lebih kecil. Proses penerimaan sesuatu maklumat itu dipengaruhi oleh
jauhnya jarak dari bandar raya. Maklumat dan idea diterima lebih cepat di pusat
bandar dan kemudian tersebar dengan amat mudah dalam kalangan penduduk
yang tinggal di pusat-pusat penerimaan tersebut (kesan perjiranan). Dalam hasil
kajian ini analisis jarak sesuatu kawasan dengan pusat bandar, kawasan separa
bandar dan luar bandar telah diambil kira dan didapati wujudnya pertalian ruangan
antara keputusan pilihan raya dengan jarak di sesuatu kawasan pilihan raya dengan
pusat bandar. Pada hari ini cara hidup masyarakat di pusat bandar besar seperti di
Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru telah memperlihatkan kemunculan
pengaruh gaya hidup dengan gayanya tersendiri. Secara tidak langsung hasil kajian
ini dapat melihat sama ada terdapat trend dalam keputusan pilihan raya di kawasan
luar bandar, separa bandar dan bandar.
Seterusnya, jarak terdekat DUN ke ibu negeri merupakan faktor yang ketiga
penting dalam mempengaruhi undi dalam pilihan raya di kawasan kajian. Ibu negeri
dianggap sebagai sebuah pusat maklumat, perniagaan, ekonomi, pentadbiran dan
sosial. Menurut Hägerstrand, resapan tentang sesuatu maklumat selalunya bermula
di bandar raya ibu negara, kemudian ia merebak ke bandar-bandar besar dan
akhirnya ke bandar-bandar kecil. Maklumat merebak menurut hieraki dari bandar
besar ke bandar kecil. Ini turut disokong dalam model graviti iaitu interaksi adalah
lebih tinggi di antara bandar raya–bandar raya besar. Resapan berhieraki ini telah
menjadi satu konsep geografi yang penting dan ia sama dengan kesan kejiranan
yang melihat kepada faktor jarak terdekat. Hasil daripada kajian didapati bahawa
perhubungan dan penyebaran maklumat dalam sempadan dipengaruhi oleh faktor
jarak terdekat antara ibu negeri dan DUN untuk sampai kepada penerima maklumat.
Dalam pemodelan terdapat empat buah ibu negeri iaitu Kangar, Georgetown, Alor
Setar dan Ipoh dilihat sebagai pusat penyebaran maklumat terutamanya mengenai
pilihan raya kepada para pengundi dalam setiap DUN.
Faktor jarak terdekat antara DUN dan universiti turut merupakan faktor yang
mempengaruhi kepada keputusan undi dalam pembentukan model pengundian.
Universiti merupakan salah satu pusat sumber maklumat dan gedung ilmu. Walaupun
dalam kes Malaysia para pelajar tidak digalakkan supaya aktif dalam politik, tetapi
secara tidak langsung wujud budaya politik di universiti dan ini dibawa keluar
dari universiti kepada orang ramai. Hasil kajian ini, universiti turut dilihat sebagai
satu entiti yang menjadi sumber maklumat politik dan pilihan raya. Secara teori
hubungannya adalah positif, iaitu semakin dekat jarak universiti dengan kawasan
DUN semakin tinggi maklumat tentang pilihan raya dapat disebarkan kepada para
pengundi.
Kita sedia maklum, walaupun pihak kerajaan telah melarang institusi pengajian
tinggi daripada terlibat dengan aktiviti pilihan raya tetapi secara tidak langsung
universiti sebenarnya turut menyumbang kepada informasi politik. (Melalui kursus
yang ditawarkan oleh universiti yang mengkhusus kepada politik sebenarnya
Book 1.indb 11 5/24/2012 9:24:31 AM
12 Demokrasi Dan Pilihan Raya
mewujudkan masyarakat ‘celik politik’ di dalam kampus.) Maklumat dari dalam
universiti disebarkan secara resapan dari dalam kampus keluar ke sempadan
DUN yang bersempadan dan berdekatan. Selain itu aktiviti-aktiviti ilmiah yang
dijalankan di universiti juga secara tidak langsung membawa informasi keluar
kepada pengundi-pengundi yang berdekatan yang berhubung kait dengan pilihan
raya. Dalam kajian ini hanya universiti awam diambil kira dalam pembentukan
model. Oleh itu untuk meningkatkan penglibatan universiti dalam perspektif lokasi
ini tingkat kehampiran yang baik di antara universiti dengan DUN-DUN pilihan
raya perlu diperoleh.
Kesimpulan
Menerusi kajian ini, kefahaman tentang proses dan senario pengundian negara
dapat ditingkatkan. Menerusi model ruangan yang dibentuk dengan menggunakan
GIS, akan membolehkan ramalan pengundian pada masa hadapan di kawasan
yang terpilih dilakukan. Selain itu, kajian ini merupakan suatu sumbangan yang
baru, terutamanya dalam pilihan raya negara. Model ruangan yang dibentuk
boleh membantu pembentukan dasar negara atau Rancangan Malaysia. Menerusi
maklumat-maklumat ruangan dan data-data yang dianalisis dapat memberikan
gambaran dan maklumat kepada pihak kerajaan dalam merencanakan polisi
kerajaan. Selain itu, kelebihan pemodelan ruangan ini terletak pada penggunaan
beberapa pemboleh ubah baru terutama pemboleh ubah ruangan. Sumbangan
faktor ruangan seperti jarak terdekat DUN dengan pusat bandar, jarak terdekat
DUN dengan ibu negeri dan indeks kepadatan DUN merupakan satu penemuan
baru dalam kajian ini.
Di sini dapat dibuktikan bahawa faktor ruangan turut mempengaruhi kepada
undi pemerintah dan model ruangan adalah salah satu model yang penting dalam
melihat corak pengundian. Jika dibandingkan dengan model pengundian yang lain
di Malaysia, maka boleh dirumuskan bahawa model ruangan dengan mengambil
kira faktor ruangan dan analisis ruangan belum pernah digunakan oleh pengkaji
di Malaysia dalam meramal keputusan pilihan raya. Tahap kepentingan pemboleh
ubah kebanyakannya ditentukan oleh ahli sains politik yang mengkaji tingkah laku
mengundi sedangkan faktor-faktor geografi atau ruangan adalah berbeza-beza dari
segi lokasinya. Oleh yang demikian, model ini lebih berbentuk statistik dan objektif
berbanding pengadilan oleh pakar politik kerana ia berdasarkan pemboleh ubah
yang dikenal pasti dan diterima pakai oleh ramai pengkaji dan telah disesuaikan di
Malaysia.
Dalam pada itu, kajian ini juga akan membuka satu ruang baru dalam
pengkajian bidang politik itu sendiri terutamanya di Malaysia. Kajian ini akan
memantapkan penggunaan GIS dalam bidang politik dan analisis ruangan
khususnya dalam melihat perubahan aktiviti-aktiviti penduduk dan politik negara.
Paradigma pergantungan kepada peta dan data-data analog dalam menilai corak
dan pola serta kesan pengundian yang melibatkan data ruangan dapat diperbaiki.
Dalam kajian ini elemen analisis statistik ruangan digunakan. Dengan memasukkan
elemen statistik dalam GIS secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan lagi
keupayaan yang ada pada GIS, terutamanya yang melibatkan analisis ruangan.
Book 1.indb 12 5/24/2012 9:24:31 AM
13Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara
Keupayaan GIS dalam mengurus dan mengolah data ruangan dan bukan ruangan
dapat memastikan analisis yang dijalankan lebih cepat dan cekap.
Rujukan
Aldridge, J. and R. Mckelvey. (1977) A Method of Scaling with Applications to the
1968 and 1972 Presidential Elections. American Journal of Political Science Review
71: hlm. 111-30.
Berry, B. J. L. (1972) Hierarchical diffusion: the basis of filtering and spread in a
system of grwoth centers. Dalam: N. Hansen, (ed). Growth Center in Regional
Economic Development. New York: Free Press, hlm. 108-138.
Black, D. (1958) The Theory of Committees and Elections, Cambridge University Press,
Cambridge.
Cahoon, Lawrence, Melvin J. Hinich dan Peter Odershook. (1978) A Statistical
Multidimensional Scaling Method Based on The Spatial theory of Voting. In Graphical
Analysis Representation of Multivariate Data. (Editors) P.C. Wang. Academic
Press, New York.
Davis, O. & Hinich, M. (1966) A mathematical model of policy formation in a
democratic society. Dalam: J. Bernd (ed). Mathematical Applications in Political
Science II. Dalls: Southern Methodist University Press
Downs, A. (1957) An Economic Theory Of Democracy. New York, New York: Harper
& Row.
Enelow, James dan Melvin J. Hinich. (1982) Ideology, Issues and the Spatial Theory
of Elections. American Political Science Review, 76: hlm. 493-501.
Goldman, J. (1971) Party support in west Malaysia: result of the first stage of an
ecological enquiry. Asian Survey, 11(6), hlm. 582-609.
Gomez, E. T. dan Jomo, K. S. (1998) Authoritarianism, elections and political change
in Malaysia. Public Policy, 2(3), hlm. 113-144.
Hägerstrand, T. (1967) Innovation diffusion as a spatial process. Chicago: University of
Chicago Press.
Hinich M.J, Pollard W. (1981) A New Approach to the Spatial Theory of Electoral
Competiton, American Journal of Political Science, Volume 25, Issue 2, hlm. 323-
341.
Hinich, Melvin J. dan Michael C. Munger. (1997) Analytical Politics. Cambridge:
Cambridge University Press.
Hinich, Melvin J., Valeri Khmelko dan Peter Odershook. (1999) “A Spatial Analysis of
Ukraine’s 1998 Parliamentary election.” Post-Soviet Affairs 15: hlm. 149-85.
Kadane, J.B .(1972) On The Division Of The Question, Public Choice 13 : hlm. 47-54.
Lin, Tse-Min, Yun-Han Chu dan Melvin J. Hinich. (1996) “Conflict Displacement and
Regime Transition in Taiwan: A Spatial Analysis.” World Politics 48: hlm. 453-81.
Maizatul Haizan Mahbob dan Mohd Zain Musa. (2005) Tinjauan baru politik Malaysia.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohammad Agus Yusoff. (2005) Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan:Isu-isu
perlembagaan danpolitik. Dalam:MaizatulHaizanMahbob&MohdZainMusa.
(2005) Tinjauan baru politik Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Book 1.indb 13 5/24/2012 9:24:31 AM
14 Demokrasi Dan Pilihan Raya
Mohd Fuad Mat Jali dan Sabihah Osman.(2002) Politik Wilayah dan Politik Nasional
dalam Pilihan Raya Umum 1999, dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad,
(eds). Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM.
Morrill, R. L. (1965) The negro ghetto: problems and alternatives. Geographical Review,
55, hlm. 339-361.
Nidzam Sulaiman & Bilcher Bala. (2002) Persaingan Parti dan Demokrasi Malaya.
Dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad, (eds). Politik Baru dalam Pilihan
Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM
Poole, Keith T. dan Rosenthal, Howard. (1984) “U.S. Presidential Elections 1968-
1980: A Spatial Analysis.” American Journal of Political Science, 28 (May 1984):
hlm. 283-312.
Rachagan, S. S. (1982) Geografi politik. Dalam: Y. Mansoor, (ed). Dasar Ilmu Politik.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ratnam, K. J. (1967) Comunalism and the political process in Malaya. Kuala Lumpur:
University of Malaya Press.
Rizal Yaakop dan Jumaat Abd. Moen. (2002) Politik Etnik dan Perkembangan Politik
Baru. Dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad, (eds). Politik Baru dalam
Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM.
Roslina Ismail dan Roslina Rosli. (2002) Wanita dan politik baru dalam Pilihan Raya
Umum 1999 Dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad, (eds). Politik Baru
dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM.
Rosmadi Fauzi. (2008). “Corak Pengundian Di Kelantan: Satu Analisis Ruangan
Berasaskan Sistem Maklumat Geografi”, dalam Hamirdin Ithnin, Amer Saifude
Ghazali, Abdul Rahman Roslan dan Rosmadi Fauzi (Eds.), Isu-Isu Geografi
Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Rosmadi Fauzi. (2006). “Geografi Politik, Pilihan Raya Dan Aplikasi GIS di Malaysia”
[Political Geography, Election and the Application of GIS in Malaysia]. Jurnal
Jabatan Pengajian Asia Tenggara (JATI), 11, pp. 157-177.
Rusk, J. dan H. Weisberg. (1972) Perception of Presidential Candidates. Midwest
Journal of Political Science 16: hlm. 388-410.
Shepsle, K. (1972) The Strategy of Ambiguity: Uncertainty and Electoral Competition,
American Political science Review 66: hlm. 555-556.
Book 1.indb 14 5/24/2012 9:24:31 AM
Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya
Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963 - 1974
Suffian Mansor
Zulkanain Abdul Rahman
Abstrak
From1963until1974therewerethreeelectionsinSarawak.These
elections showed how the political parties compete to dominate
the state. At the beginning SNAP and PESAKA controlled the
state government, while other parties in the Sarawak Alliance
played a minor role. After the 1966 political crisis, PESAKA
became more dominant, but its administration was challenged
by BUMIPUTERA. In the 1971 election, PESAKA had to face
not only BUMIPUTERA but also SNAP and SUPP. The result
of the election was that PESAKA only managed to win with
a small number of seats in State Council and the coalition of
BUMIPUTERA, SUPP and SNAP had a chance to form a new
state goverment. In order to continue its relevancy in the state’s
politics PESAKA who failed to maintain its strong performance,
took an alternative move by merging with BUMIPUTERA.
The merger between PESAKA and BUMIPUTERA brought the
formation of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). In the 1974
election, PBB and SUPP had to face SNAP which managed to
gain a substantial support not only from the Dayak, but also
from the Chinese. The result of 1974 election showed that SNAP
emerged as a strong opposition in Sarawak, but later decided to
join the state government. For nearly ten years, political parties
in Sarawak struggled against each other to control the state
government, but Barisan Nasional formula or pact became an
answer to reduce this competition.
Keywords: SNAP, PESAKA, PBB, SUPP, BUMIPUTERA
Pengenalan
Sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia memberi
ruang kepada sesiapapun untuk bertanding dalam pilihan raya. Oleh kerana itu,
muncullah pelbagai parti yang cuba memperjuangkan ideologi dan fahaman mereka
masing-masing. Kebiasaannya parti-parti ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan,
iaitu parti kerajaan yang memenangi pilihan raya dan parti pembangkang yang
kalah dalam pilihan raya. Sarawak yang merupakan salah sebuah negeri di Malaysia
juga mengamalkan sistem politik yang sama. Di negeri ini, pembentukan parti-parti
politik agak berbeza berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Parti yang terawal
hanya muncul pada tahun 1959. Kemunculan parti-parti politik ini kebiasaannya
dicerminkan dengan garis-garis perkauman. Penglibatan parti-parti politik Sarawak
Book 1.indb 15 5/24/2012 9:24:31 AM
16 Demokrasi Dan Pilihan Raya
dalam usaha meraih sokongan rakyat Sarawak dalam tiga pilihan raya negeri dan
parlimen bagi Sarawak, iaitu pada tahun 1963, 1970 dan 1974 merupakan satu kajian
yang menarik untuk di kaji.
Sejarah Politik Sarawak
Seperti dijelaskan tadi bahawa penubuhan parti-parti politik di Sarawak hanya
bermula pada tahun 1959. Parti yang pertama ditubuhkan adalah Sarawak United
People Party (SUPP).1
Penubuhan parti ini sebenarnya telah diura-urakan sejak
Pilihan Raya Perbandaran Kuching pada tahun 1956.2
Parti ini didominasi oleh
orang Cina dengan presidennya ialah Ong Kee Hui iaitu seorang saudagar Cina yang
kaya di Kuching, manakala Stephen Yong yang merupakan seorang peguam telah
dilantik sebagai setiausaha agung parti tersebut. Tindakan orang Cina menubuhkan
parti membawa kepada reaksi orang Melayu dibawah pimpinan Datu Bandar Abang
Haji Mustapha untuk menubuhkan sebuah parti politik bagi memperjuangkan nasib
kaum bumiputera. Parti yang beliau tubuhkan ini dikenali sebagai Parti Negara
Sarawak (PANAS).3
Selepas itu muncul pula Sarawak National Party (SNAP) yang
pada dasarnya bersifat pelbagai kaum, tetapi lebih didominasi oleh kaum Dayak.4
Tidak cukup dengan itu tumbuh pula tiga parti lain yang berteraskan garis-garis
perkauman, iaitu Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) yang mewakili kaum
Melayu/Melanau. Manakala Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pula lebih
kepada kaum Dayak.5
Sarawak Chinese Association (SCA) pula mewakili kaum
Cina.
Perkembangan politik Sarawak pada era sebelum 1963 ini lebih condong
kepada soal masa depan Sarawak. Apabila Tunku Abdul Rahman mengumumkan
pembentukan Malaysia, lima buah parti di Sarawak iaitu PANAS, BARJASA,
SNAP, PESAKA dan SCA telah memberi sokongan kepada rancangan ini. Hanya
SUPP sahaja yang tidak setuju dengan rancangan tersebut. SUPP bersama-sama
dengan Parti Rakyat Brunei dan United National Kadazan Organization (UNKO)
menganggap usaha ini sebagai penjajahan gaya baru.6
SUPP mahu supaya Sarawak
dimerdekakan dahulu sebelum memikirkan gabungan bersama-sama Brunei, Sabah
dan Tanah Melayu.7
Pada peringkat inilah parti-parti yang pro Malaysia telah bersatu
dibawah sebuah perikatan yang dikenali sebagai Perikatan Sarawak (PS). Namun
demikian, perselisihan antara PANAS dan BARJASA membawa kepada keluarnya
PANAS daripada PS.8
Kesan daripada krisis PS ini membawa kepada tiga kelompok
parti yang mencuba nasib mereka dalam pilihan raya 1963 iaitu:
PS – pro Malaysia
PANAS – pro Malaysia, tetapi tidak bersatu dengan PS
SUPP – menentang penubuhan Malaysia.
Selain tiga parti ini, terdapat beberapa calon bebas yang turut serta dalam pilihan
raya 1963.
Pilihan Raya Negeri 1963
Pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 1963 yang diadakan selama dua bulan
dari April sehingga Jun bukan merupakan pilihan raya secara langsung. Pilihan
raya ini dijalankan menerusi tiga peringkat. Pengundi hanya memainkan peranan
Book 1.indb 16 5/24/2012 9:24:31 AM
17Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974
dalam pemilihan pada peringkat awal iaitu dalam memilih wakil-wakil bagi Majlis
Perbandaran dan Majlis Luar Bandar. Pada peringkat kedua, wakil-wakil yang
dipilih dalam Majlis Perbandaran dan Majlis Luar Bandar pula mempunyai peranan
penting memilih ahli-ahli Majlis Penasihat Bahagian. Ahli-ahli Majlis Penasihat
Bahagian ini pula berperanan memilih ahli-ahli Council Negeri atau Dewan
Undangan Negeri Sarawak (DUN). Seterusnya ahli-ahli DUN ini akan berpeluang
memilih ahli parlimen di Kuala Lumpur.9
Pilihan raya 1963 ini juga adalah satu pilihan raya yang memisahkan parti-parti
bertanding sebagai parti kerajaan atau parti pembangkang. Oleh itu PS, PANAS dan
SUPP berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kerusi atau dikenali sebagai ward
sebanyak mungkin di peringkat Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar. Namun
demikian kerusi yang banyak dimenangi di peringkat Majlis Bandaran dan Majlis
Luar Bandar tidak menjamin kejayaan sesebuah parti itu memenangi pilihan raya.
Ini kerana parti-parti ini akan menempuhi saringan kedua dan ketiga untuk memilih
ahli-ahli DUN dan ahli-ahli Parlimen. Pada peringkat awal parti-parti politik ini
cuba meletak calon mereka dengan harapan besar untuk mendapat sebanyak
mungkin kerusi Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar. Selepas hari penamaan
calon, ada juga calon-calon yang memenangi kerusi tanpa bertanding. Jumlah kerusi
Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar yang ditandingi dan dimenangi oleh parti-
parti dan calon bebas yang bertanding ditunjukkan dalam Jadual 1:
No. Parti Jumlah bertanding Menang tanpa
bertanding
Jumlah Kerusi
dimenangi
1. Perikatan Sarawak 272 5 138
2. SUPP 205 34 59
3. PANAS 109 6 116
4. Bebas 412 28 116
Jadual 1: Jumlah Kerusi Majlis Bandaran dan Luar Bandaran ditandingi dan di menangi
Sumber: CO1030/1621 Report on the General Election, 1963 dan Telegram 24th June 1963
Jadual 1 menunjukkan tidak ada satu parti yang boleh mendakwa mereka
berjaya menguasai kerajaan negeri. Walaupun PS memenangi kerusi terbanyak,
ia terpaksa mendapat sokongan daripada parti-parti lain dan calon bebas untuk
membolehkan mereka membentuk kerajaan. SUPP dan PANAS pula cuba sedaya
upaya mencabar PS dari menguasai kerajaan negeri. Kedua-dua parti ini berhasrat
membentuk kerajaan pertama Sarawak.10
Oleh kerana itu, pakatan SUPP-PANAS
dan PS berlumba-lumba untuk mendapat sokongan calon bebas. Pada peringkat
kedua parti-parti ini memperolehi kerusi Majlis Penasihat Bahagian seperti dalam
Jadual 2 yang menunjukkan bilangan calon bebas adalah ramai dan kedua teramai
selepas PS. Jumlah yang ramai ini cuba direbut oleh PS dan pakatan SUPP-PANAS.
No. Parti Jumlah Kerusi
1. Perikatan Sarawak 45
2. SUPP 23
3. PANAS 16
4. Bebas 24
Jadual 2: Jumlah Kerusi Majlis Penasihat Bahagian yang dimenangi oleh parti-parti politik
Sumber: CO1030/1621 Report on the General Election, 1963 Appendix E.
Book 1.indb 17 5/24/2012 9:24:31 AM
18 Demokrasi Dan Pilihan Raya
Pada peringkat terakhir SUPP dan PANAS hanya mampu memperoleh
sokongan di Bahagian Pertama dengan 10 kerusi. Manakala selebihnya dimenangi
oleh PS dan calon bebas sebanyak 19 dan 7 kerusi. Kejayaan PS menguasai kerajaan
negeri membawa kepada pelantikan tiga lagi ahli Council negeri menjadikan PS
mempunyai kerusi sebanyak 22 buah. Sementara itu kegagalan pakatan SUPP dan
PANAS menguasai kerajaan negeri meletakkan kedudukan mereka sebagai parti
pembangkang. Pada Oktober 1963 pula dilantik tiga orang ahli ex-officio yang terdiri
daripada ketua setiausaha, pegawai kewangan dan peguam negeri.
Sepanjang sejarah politik dari 1963 sehingga 1970, Sarawak telah dilanda krisis
politik pada tahun 1965 dan 1966. Krisis yang bermula dengan isu tanah yang cuba
diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Datuk Stephen Kalong Ningkan mula membesar
dengan isu pegawai dagang, bahasa Melayu dan kepimpinan Ningkan sendiri.11
Krisis ini membawa kepada tersingkirnya Ningkan sebagai Ketua Menteri.12
Beliau diganti oleh Penghulu Tawi Sli.13
Krisis ini membawa kesan besar kepada
kedudukan parti-parti politik di Sarawak. Antara kesannya adalah kemasukkan
semula PANAS sebagai ahli PS dan sekali gus membantu parti ini berubah status
menjadi parti kerajaan. PANAS dan BARJASA kemudiannya bergabung membentuk
parti BUMIPUTERA. Manakala SNAP pula telah keluar dari PS menjadikan parti
ini sebagai parti pembangkang. Terdapat dua parti baru muncul ketika itu iaitu
MACHINDA14
dan Tugau United People’s Party (TUPP). Namun demikian parti ini
gagal menunjukkan pengaruhnya sehingga terkubur sebelum pilihan raya 1970.15
Ahli-ahli MACHINDA seterusnya menyertai SNAP.16
Manakala SUPP tetap menjadi
parti pembangkang. Sepanjang tahun 1963 sehingga 1970 juga berlaku perubahan
jumlah kerusi kepada parti-parti yang bertanding (Jadual 3).
Pilihan Raya 1970
Pilihan raya 1970 berlainan dengan pilihan raya 1963. Ini kerana pilihan raya 1970
merupakan pilihan raya secara langsung dilakukan di Sarawak. Dengan kata
lain penduduk Sarawak boleh memilih calon mereka secara undi langsung tanpa
melalui peringkat-peringkat seperti pilihan raya 1963. Selain itu juga pilihan raya
ini merupakan pilihan raya tertunda. Ini kerana pada asalnya pilihan raya ini
berlangsung pada tahun 1969 tetapi akibat rusuhan 13 Mei 1969 maka pilihan raya
yang berlangsung di Sarawak telah di gantung.17
Walaupun terdapat parti-parti
yang bertanding di Sarawak membantah pergantungan ini tetapi pihak kerajaan
persekutuan tidak berganjak dengan tindakan mereka.18
Setelah keadaan semakin
reda, pihak kerajaan persekutuan mengambil keputusan untuk mengadakan semula
pilihan raya di Sarawak pada 1970. Dalam pilihan raya 1970 ini sebanyak 48 kerusi
dipertandingkan bagi DUN dan 24 kerusi Parlimen.
Pada pilihan raya 1970 parti-parti yang bertanding adalah PS, SNAP dan
SUPP serta calon bebas. Pilihan raya ini juga menunjukkan bagaimana PESAKA
dan BUMIPUTERA tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi masing-masing.19
Hanya SCA sahaja yang tidak mempunyai masalah. Akibat masalah dalaman ini
menyebabkan PESAKA menggunakan lambang mereka sendiri melawan PS, SUPP
dan SNAP. Sementara itu BUMIPUTERA dan SCA menggunakan lambang PS.
PerebutankerusiantaraBUMIPUTERAdanPESAKAmembawakepadakegentingan
kerana pengaruh SNAP dan SUPP semakin meningkat. Kekuatan PS semakin rapuh
Book 1.indb 18 5/24/2012 9:24:31 AM
19Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974
dan berpecah. Persaingan antara BUMIPUTERA dan PESAKA dianggap merugikan
kedua-dua parti ini. Namun demikian SUPP dan SNAP pula tidak mempunyai kata
sepakat untuk melawan PS secara dua penjuru. Kedua-dua parti tidak mempunyai
hasrat sedemikian dan mungkin percaya kekuatan masing-masing untuk menguasai
kerajaan negeri. SNAP percaya slogan “Sarawak for Sarawakians” mampu untuk
meraih sokongan ke atas penduduk Sarawak terutama hak orang Iban.21
Oleh
kerana itu pertandingan dalam pilihan raya ini menunjukkan pertembungan banyak
penjuru. Tiada satu kerusi dimenangi tanpa bertanding dan tiada satu kerusi juga
membawa kepada pertembungan dua penjuru kecuali Parlimen.
Jadual 3: Keahlian Council Negeri Dari Tahun 1963-6920
Parti Politik 1963
(dipilih)
1963
(Okt)
1964 1965
(Julai)
1966
(Mei)
1966
(Okt)
1968
PS 23 27 27 30 32 25 26
SNAP 6 7 7 6 6 7 6
PESAKA 11 11 11 13 15 15 16
SCA 1 3 3 3 3 3 3
BARJASA 5 6 6 5 5 5 7*
PANAS 5 4 3 3 3 2
SUPP 5 5 6 6 5 5 5
MACHINDA - - 1 1 1 - -
Bebas 3 3 2 2 1 2 2
Ex-officio - 3 3 3 3 3 3
Jumlah 36 42 42 42 42 42 42
Sumber: Michael B. Leigh, The Rising Moon: Political Change in Sarawak, Sydney: Sydney University Press,
1974, hlm. 95
No. Pertembungan DUN Parlimen
1. Dua Penjuru - 1
2. Tiga Penjuru 10 9
3. Empat Penjuru 16 7
4. Lima Penjuru 10 6
5. Enam Penjuru 6 -
6. Tujuh Penjuru 4 1
7. Lapan Penjuru 1 -
Jadual 4 menunjukkan bagaimana sengitnya persaingan parti-parti yang
bertanding. Dengan kata lain kesemua parti di Sarawak tidak lagi menunjukkan
kesepakatan (kecuali BUMIPUTERA dan SCA) untuk memenangi pilihan raya ini.
Semua parti tanpa mengira datang daripada kerajaan mahupun pembangkang
berjuang secara individu. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan penyertaan calon
bebas yang begitu ramai bertanding pada pilihan raya ini.
Jadual 4: Jumlah Pertembungan kerusi antara Parti-parti yang bertanding, 1970
Book 1.indb 19 5/24/2012 9:24:31 AM
20 Demokrasi Dan Pilihan Raya
Jadual 5 menunjukkan bagaimana persaingan sengit berlaku antara parti-parti
yang bertanding. Seramai 193 calon bertanding untuk DUN dan 90 pula calon untuk
pemilihan parlimen.
No. Parti DUN Parlimen
1. BUMIPUTERA 22 11
2. PESAKA 35 15
3. SCA 12 3
4. SNAP 47 23
5. SUPP 40 15
6. Bebas 37 23
Jumlah 193 90
Jadual 5: Jumlah Kerusi yang ditandingkan oleh parti-parti dan calon bebas, 1970
No. Pertembungan DUN Parlimen
1. BUMIPUTERA – PESAKA 18 6
2. PESAKA – SCA 1 1
3. SNAP-SUPP 37 17
Jadual 6: Pertembungan Kerusi antara parti-parti
Jadual 6 menunjukkan persaingan parti secara individu nampak jelas dan sengit.
Namun demikian persaingan antara parti-parti PS agak kurang jikalau dibandingkan
pertembungan antara parti-parti pembangkang. Pilihan raya ini membuka peluang
kepada semua parti bertanding untuk mencari kekuatan parti masing-masing dalam
penentuan kerajaan negeri yang akan dibentuk.
Oleh kerana tidak ada satu kesatuan yang kuat menyebabkan keputusan pilihan
raya ini mencerminkan seperti keputusan pilihan raya 1963. Bagi keputusan DUN
tiga buah parti utama yang memenangi kerusi terbanyak adalah SNAP, SUPP dan
BUMIPUTERA (Jadual 7). Ketiga-tiga parti ini memenangi 12 kerusi masing-masing.
Manakala PESAKA pula hanya memperolehi lapan buah kerusi. Manakala SCA
hanya mampu memenangi tiga kerusi.
No. Parti DUN Peratusan Undi (%) Parlimen Peratusan Undi (%)
1. BUMIPUTERA 12 15 5 16
2. PESAKA 8 14 2 12
3. SCA 3 10 2 4
4. SNAP 12 23 9 24
5. SUPP 12 27 5 27
6. Bebas 1 7 1 8
Jumlah 48 96 24 91
Jadual 7: Keputusan Pilihan Raya 1970 dan Peratusan Undi diperolehi (Sarawak)
• Selebihnya undi rosak
Book 1.indb 20 5/24/2012 9:24:31 AM
21Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974
Parti-parti BUMIPUTERA, SNAP dan SUPP dianggap parti yang dominan
dalam persaingan kuasa politik di Sarawak. Ketiga-tiga parti ini menang dengan
banyak di DUN dan Parlimen. Hanya prestasi PESAKA agak menurun. Manakala
SCA pula menghadapi kemerosotan ketara dalam pilihan raya yang memperlihatkan
kegagalan pihak parti kerajaan dan parti pembangkang menang dengan majoriti.
Dengan kata lain, politik Sarawak masih lagi memerlukan pelbagai parti dalam satu
pakatan.Perjuanganparti-partiinisecaraindividutidakdapatmeraihsokonganyang
maksima kerana kekuatan parti-parti ini hanya terletak di sesuatu kawasan mengikut
garis kaum masing-masing. Kesemua parti yang bertanding menampakkan mereka
mempunyai kekuatan sendiri. Oleh kerana kekuatan ini maka prestasi kesemua
parti-parti ini tidak begitu menyerlah dan masih lagi pada garis-garis perkauman.
Pilihan Raya 1974
Sebelum membicarakan tentang pilihan raya 1974 perlu dilihat tentang perubahan
suasana politik yang berlaku di Sarawak. Antara perubahan ketara adalah
pembentukan kerajaan campuran antara BUMIPUTERA dan SUPP.22
Dengan
kemasukkan ini maka SUPP juga telah menyertai pakatan dengan kerajaan baru
iaitu Barisan Nasional (BN). Pembentukan BN merupakan salah satu usaha Perdana
Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak bagi menyatukan semula rakyat Malaysia
selepas peristiwa 13 Mei.23
BN dibentuk bagi mengantikan Perikatan. Dengan imej
baru ini, pihak parti kerajaan berharap akan mengembalikan semula sokongan
rakyat kepada BN. Pembentukan BN ini juga merangkumi parti-parti kerajaan di
Sabah dan Sarawak. Sementara itu Datuk Abdul Rahman Ya’akub (kini Tun) telah
mengantikan Datuk Tawi Sli sebagai Ketua Menteri baru. Kerajaan campuran Abdul
Rahman ini terdiri daripada BUMIPUTERA, SUPP, PESAKA dan SCA. Namun SCA
tidak diberi jawatan menteri.
Pada tahun pembentukan BN ini juga berlaku penyatuan antara parti
BUMIPUTERA dan PESAKA. Penyatuan kedua-dua parti ini membentuk Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Sementara itu, SCA yang mempunyai kerusi
paling sedikit dalam kerajaan telah dibubarkan. Ramai ahli-ahli parti ini menyertai
SUPP dan PBB.24
Sepanjang 1970 sehingga 1974 terdapat beberapa perubahan
bilangan keanggotaan parti-parti di Sarawak. Ini kerana beberapa ahli SNAP dan
seorang ahli bebas telah menyertai kerajaan. (Jadual 8).
No. Parti 1970 1971
1. BUMIPUTERA 12 13
2. PESAKA 8 9
3. SUPP 12 12
4. SNAP 12 10
5. SCA 3 3
6. Bebas 1 0
Jumlah 48 48
Jadual 8: Jumlah Kerusi DUN yang dimiliki oleh parti-parti di Sarawak sepanjang 1970-1974
Perubahan bilangan anggota ini berlaku kerana ahli-ahli SNAP dan Bebas
memberi sokongan kepada pihak kerajaan khususnya parti BUMIPUTERA dan
Book 1.indb 21 5/24/2012 9:24:31 AM
22 Demokrasi Dan Pilihan Raya
PESAKA. Dua ADUN SNAP iaitu Nelson Kundai Ngareng (Serian) menyertai
BUMIPUTERAdanNgelembonganakBangaumenyertaiPESAKA(Song).25
Manakala
seorang calon bebas pada tahun 1970 telah memilih PESAKA. Di peringkat Parlimen
tidak banyak perubahan berlaku. Hanya seorang sahaja calon SNAP telah memberi
sokongan kepada pihak kerajaan. Perubahan ini membawa kepda pengurangan ahli
SNAP kepada lapan orang.26
Ini merupakan perubahan yang berlaku dalam politik
Sarawak dari 1970 sehingga 1974.
Pilihan raya 1974 merupakan pilihan raya ketiga dilakukan di Sarawak. Pada
kali ini pilihan raya menampakkan aturan yang berbeza antara parti-parti yang
bertanding. Di pihak parti kerajaan terdapatnya penyatuan seperti dinyatakan
dalam keterangan diawal tadi. Kali ini juga pihak parti kerajaan lebih bersedia dan
lebih kukuh dari segi kedudukan mereka untuk menandingi parti pembangkang.
PBB dan SUPP tidak bertelagah dalam soal perebutan kerusi DUN mahupun
Parlimen. Kedua-dua parti ini juga menggunakan lambang BN untuk melawan
pihak pembangkang. Sementara itu, dipihak pembangkang pula terdapat dua parti
yang cuba melawan BN iaitu SNAP dan sebuah parti yang baru ditubuhkan iaitu
BISAMAH.
Dalam pilihan raya ini, BN tidak menghadapi masalah di kawasan majoriti
Melayu/Melanau. Mereka menang besar di kawasan ini. Masalah yang mereka
hadapi adalah di kawasan majoriti Dayak terutama kawasan majoriti Iban.
Sementara itu kawasan majoriti Cina pula terdapat juga persaingan antara mereka.
Pilihan raya ini juga merupakan gelangang penting kepada PBB untuk berdepan
dengan pengundi. Banyak persoalan yang timbul daripada pergabungan parti
ini. Antaranya adakah PBB boleh diterima oleh penduduk Sarawak khususnya
pengundi? Adakah PBB boleh bertahan untuk menjadi tulang belakang BN Sarawak?
Bagaimana keadaan sayap PESAKA yang menghadapi kelemahan pada pilihan raya
1970 boleh memenangi hati pengundi Sarawak khususnya masyarakat Dayak.
Bagi SNAP kedudukannya semakin kukuh dengan sokongan yang tinggi
di kawasan luar bandar terutama penduduk Iban. Kempen mereka pula terus
menyerang sayap PESAKA dalam PBB yang dianggap lemah dalam membela nasib
orang Dayak khususnya terdapat dominasi kuat dikalangan penduduk Melayu/
Melanau.27
SNAP masih menggunakan slogan “Sarawak for Sarawakian.” Slogan ini
cukup kuat dalam mempengaruhi penduduk Sarawak khususnya penduduk luar
bandar. Terdapat juga isu mengislamkan penduduk bukan Melayu cuba digunakan
dalam pilihan raya ini.28
Dalam menangani SNAP, pihak kerajaan pusat juga turut
membantu PBB dan SUPP dalam melawan kempen SNAP. Untuk melawan SNAP
pelbagai isu dimainkan dalam pilihan raya ini. Antaranya isu pemecatan Dukau
semasa Ningkan sebagai ketua menteri.29
Isu Limbang juga digunakan oleh pihak
BN untuk menunjukkan SNAP tidak setia kepada negara.30
Ketua Menteri Abdul
Rahman juga menafikan tuduhan bahawa kerajaannya kurang memberi bantuan
biasiswa kepada penduduk Iban.31
Pilihan raya 1974 berlangsung dari 24 Ogos 1974 sehingga 14 September 1974
selama tiga minggu. Jumlah kerusi yang dipertandingkan masih tidak bertambah
dan hanya 48 kerusi sahaja diperuntukkan. Manakala jumlah kerusi yang
dipertandingkan oleh parti adalah seperti dalam Jadual 9.
Book 1.indb 22 5/24/2012 9:24:31 AM
23Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974
Terdapat beberapa perbezaan antara pilihan raya 1970 dan 1974. Pada pilihan
raya 1974 terdapat kekuatan parti pemerintah dan parti pembangkang. Kedua-dua
pihak mempunyai kekuatan yang seimbang kerana tidak berlaku pertembungan
banyak penjuru (Jadual 10). Kali ini persaingan lebih kepada dua penjuru. Calon
bebas juga agak kurang jikalau dibandingkan dengan pilihan raya 1974. Sementara
itu sebuah lagi parti baru dibentuk iaitu BISAMAH yang dipimpin oleh bekas ahli
PBB iaitu Nelson Kundai Ngareng.32
Parti ini juga tidak menunjukkan cabaran
kepada BN mahupun SNAP.
No. Parti DUN Parlimen
1. PBB 32 16
2. SUPP 16 8
3. SNAP 47 24
4. BISAMAH 4 -
5. Bebas 12 4
Jumlah 111 52
Jadual 9: Jumlah Kerusi yang ditandingkan oleh parti-parti dan calon bebas, 1974
No. Pertembungan DUN Parlimen
1. Dua Penjuru 39 21
2. Tiga Penjuru 8 3
3. Empat Penjuru 1 -
Jumlah 48 24
Jadual 10: Jumlah Pertembungan kerusi antara Parti-parti yang bertanding, 1974
Keputusan pilihan raya ini ditunjukkan dalam Jadual 11. Keputusan ini
menunjukkan bagaimana wujudnya persaingan sengit antara BN dan SNAP. Namun
demikian BN berjaya kembali memerintah negeri Sarawak.
No. Parti DUN Peratusan Undi (%) Parlimen Peratusan Undi (%)
1. PBB 18 32 9 32
2. SUPP 12 20 6 23
3. SNAP 18 43 9 41
4. BISAMAH - 0.3 - -
5. Bebas - 1.6 - 0.8
Jumlah 48 97 24 97
Jadual 11: Keputusan Pilihan Raya 1974 dan Peratusan Undi diperolehi (Sarawak)
• Selebihnya undi rosak.
Prestasi komponen BN tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Hanya
sayap PESAKA daripada PBB sahaja menghadapi masalah dengan kehilangan
dua kerusi. Manakala sayap BUMIPUTERA mengekalkan status quonya dengan 12
kerusi. Walaupun SUPP menunjukkan pengekalan status quo tetapi undi popularnya
Book 1.indb 23 5/24/2012 9:24:31 AM
24 Demokrasi Dan Pilihan Raya
menurun sedikit. SNAP pula menunjukkan peningkatan dalam pertambahan kerusi.
Mereka mendapat enam kerusi tambahan daripada tahun 1970. Bagi kerusi Parlimen
pula tidak banyak perubahan berlaku. BN mengekalkan status quonya dengan
mengekalkan penguasaan 14 kerusi. Manakala SNAP juga tidak menunjukkan
perubahan dengan hanya mengekalkan sembilan kerusi. BISAMAH menghadapi
kekalahan yang teruk dengan gagal memenangi kerusi sama ada di DUN mahupun
Parlimen. Malahan calon-calon BISAMAH mendapat kurang dari 1000 undi sahaja.
Sementara itu Presiden BISAMAH iaitu Nelson juga gagal mengemukakan kertas
pencalonan beliau selepas tempoh masa penamaan calon tamat.33
Kesimpulan
Pilihan raya 1963 dan 1970 menunjukkan tahap awal perjuangan politik berparti di
Sarawak. Huraian menunjukkan perjuangan politik secara demokrasi di Sarawak
masih belum matang. Ini kerana parti-parti yang ditubuhkan di Sarawak pada
akhir tahun 1959 dan awal 1960-an menunjukkan ketidak sepakatan. Ketiadaan satu
parti yang dominan menyukarkan penyatuan ini. Parti-parti politik lebih condong
kepada perjuangan persendirian dan percaya bahawa parti mereka mampu meraih
sokongan secara individu. Kepercayaan ini berdasarkan kepada pengalaman
pemimpin mereka dalam kerajaan. Ini kerana ada pemimpin-pemimpin tertentu
seperti Abang Mustapha, Temenggung Jugah dan Ong Kee Hui merupakan
pemimpin yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan British. Mereka ini
juga pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi yang merupakan badan eksekutif kerajaan
negeri Sarawak semasa pemerintahan British. Ketiga-tiga pemimpin ini mempunyai
karisme kepimpinan dan dihormati oleh penduduk tempatan. Bagi Tunku Haji
Bujang pula kedudukannya sebagai pemimpin tradisional Melayu/Melanau di
bahagian tengah Sarawak dan pernah menjadi kakitangan kerajaan British juga
mempunyai karisme kepimpinan tersendiri. Namun demikian, parti-parti baru
muncul dalam suasana keperluan membela kaum masing-masing menyebabkan
kemunculan parti-parti yang berasaskan perkauman. Oleh kerana kebanyakan kaum
bumiputera ketinggalan menyebabkan parti-parti berasaskan perkauman ini tampil
untuk memperjuangkan nasib mereka dan masih belum percaya akan kepentingan
prinsip pelbagai kaum dapat membantu dan membaiki taraf hidup mereka.
Oleh kerana itu, parti-parti di Sarawak ini lebih condong kepada usaha
perebutan kuasa bagi menunjukkan mereka lebih dominan. Dalam hal ini tiada satu
parti atau pemimpin yang boleh dilihat cukup berkarisme memimpin penduduk
Sarawak. Ini kerana Sarawak yang sekian lama diperintah oleh Keluarga Brooke
tidak memungkinkan kemunculan pemimpin tempatan yang unggul yang dapat
menyatukan semua penduduk Sarawak. Malahan penduduk Sarawak melihat
hanya pemerintah Brooke dapat menyatukan mereka. Apabila pemerintah Brooke
meninggalkan Sarawak, penduduk Sarawak belum lagi mempunyai kepimpinan
yang mantap. Pemimpin yang sedia ada lebih kepada bersifat kaum dan diangkat
oleh kerajaan British. Peninggalan pemerintah Brooke yang memecahkan perpaduan
orang Sarawak menambahkan kesukaran penyatuan dibuat di Sarawak. Elemen
agama juga gagal memainkan peranan penting dalam pengukuhan perpaduan
dalam kalangan penduduk Sarawak. Atas masalah ini politik Sarawak masih tercari-
cari arah untuk proses pengukuhan dan kestabilan.
Book 1.indb 24 5/24/2012 9:24:32 AM
25Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974
Sepanjang 1963 sehingga 1974 memperlihatkan perlumbaan antara parti-
parti di Sarawak untuk berkuasa. Kesukaran mencari penyatuan ini menyebabkan
kerajaan persekutuan turut campur tangan. Peranan yang dimainkan oleh pihak
kerajaan persekutuan kadang-kala dilihat sebagai mencabar hak-hak demokrasi
penduduk Sarawak. Namun demikian, campur tangan ini bukannya semata-mata
negatif tetapi kesannya amat baik bagi negeri Sarawak. Oleh kerana itulah selepas
pilihan raya 1970, politik Sarawak mulai stabil dengan peranan yang dimainkan
oleh pihak kerajaan persekutuan. Akhirnya, beberapa perkembangan positif muncul
seperti membawa SUPP ke landasan kerajaan negeri. Akhirnya pembentukan BN
membawa penyatuan yang lebih kukuh dalam politik Sarawak. Manakala keretakan
kaum juga mulai diubati dengan peringkat awal penyatuan orang Melayu/Melanau
dalam BUMIPUTERA. Seterusnya adalah penyatuan orang Melayu/Melanau
dengan kaum Dayak dalam PBB. Kesemua ini merupakan satu usaha yang amat
baik dalam meruntuhkan dinding keegoan parti-parti ini untuk mengejar kuasa.
Lebih manis lagi adalah usaha membawa SNAP kepangkuan kerajaan negeri. Hal
ini berlaku selepas selesainya pilihan raya 1974.
Nota
1	
The Sarawak Tribune, 19 June 1959, hlm. 1.
2	
Chin Ung-Ho, Chinese Politics in Sarawak: A Study of the Sarawak United People’s Party, Kuala Lumpur:
Oxford University Press, 1997, hlm. 46.
3	
James P. Ongkili, Modernization in East Malaysia, 1960-1970, Kuala Lumpur: Oxford University
Press, 1974, hlm. 45.
4	
Peter Searle, Politics in Sarawak 1970-1976: The Iban Perspective, Singapore: Oxford University
Press, 1983, hlm. 20.
5	
Ibid., hlm. 29.
6	
James P. Ongkili, The Borneo Response to Malaysia 1961-1963, Singapore: Donald Moore Press Ltd.,
1967, hlm. 23, Mohd. Noor Bin Abdullah, Kemasukan Sabah dan Sarawak ke Dalam Persekutuan
Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm. 41 dan Mohamed Noordin
Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unification in the Malaysian Region
1945-1965, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2005, hlm. 141.
7	
James P. Ongkili, Modernization in East Malaysia, 1960-1970, hlm. 45.
8	
Sanib Said, Malay Politics in Sarawak, 1946-1966: The Search for Unity and Political Ascendancy,
Singapore: Oxford University Press, 1985, hlm. 86-104.
9	
CO1030/1621 From Foreign Office to certain of Her Majesty’s Representatives, April 26, 1963.
10	
Bob Reece, Datu Bandar Abang Hj. Mustapha of Sarawak, Kuching: Sarawak Literary Society, hlm. 164.
11	
DO 187/49 Inward Telegram, 13 June 1966.
12	
Bruce Ross-Larson, The Politics of Federalism: Syed Kechik in East Malaysia, Singapore: Bruce Ross-
Larson, 1976, hlm. 52.
13	
Ongkili, Modernization in East Malaysia, 1960-1970, hlm. 40 dan Gordon P. Means, Malaysian
Politics, London: University of London Press Ltd., 1970, hlm. 384.
14	
Parti ini ditubuhkan pada tahun 1964 dan nama parti ini merupakan singkatan bagi nama
awalan tiga kaum utama Sarawak, iaitu Melayu, Cina dan Dayak.
15	
The Vanguad, 23 January 1967, hlm. 1.
16	
	The Vanguard, 9 April 1967, hlm. 1.
17	
Goh Cheng Teik, The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia, Kuala Lmpur: Oxford
University Press, 1971, hlm.34, Abdul Rahman Ibrahim, 13 Mei 1969: Di Kuala Lumpur, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2011, hlm. 77 dan R. K. Vasil, The Malaysian General Election
of 1969, Singapore: Oxford University Press, 1972, hlm. 49.
18	
Goh Cheng Teik, The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia, hlm. 34 dan Chin Ung-
Ho, Chinese Politics in Sarawak, hlm. 117 dan Peter Searle, Politics in Sarawak 1970-1976: The Iban
Book 1.indb 25 5/24/2012 9:24:32 AM
26 Demokrasi Dan Pilihan Raya
Perspective, Singapore: Oxford University Press, 1983, hlm. 130 dan Searle, Politics in Sarawak
1970-1976: The Iban Perspective, hlm. 42.
19	
1963:	Tiga kaunselor telah dilantik, iaitu dua SCA dan seorang BARJASA. Leong Ho Yuen
keluar dari PANAS dan menjadi bebas, bersedia untuk menubuh MACHINDA. James Wong
(Bebas) menyertai SNAP dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.
	 1964:	Datuk Bandar Abg. Mustapha (PANAS) meninggal dunia dan Majlis Penasihat Bahagian
Pertama melantik ahli SUPP, Sim Kheng Hong sebagai ganti.
	 1965:	Pengarah Storey (SNAP) dan Tutong ak. Ningkan (BARJASA) menyertai PESAKA. Kedua-
duanya dari Bahagian Kedua.
	 1966:	Sebelum Ningkan dijatuhkan. Tawi Sli (SNAP) telah menyertai PESAKA dan begitu juga
dengan Racha Umong (SNAP). SNAP mendapat Charles Linang (SUPP) dan Abg. Othman
(PANAS), selepas krisis September SAP.
	 1968:	Kadam Kiai (SNAP) meninggal dunia dan Majlis Penasihat Bahagian Kedua melantik ahli
PESAKA, iaitu Langgi ak. Jilap sebagai ganti.
	 * Pada akhir 1966 BARJASA dan PANAS telah bergabung dan membentuk BUMIPUTERA.
20	
R. S. Milne and Diane K. Mauzy, Politics and Government in Malaysia, Singapore: Federal
Publications, 1978, hlm. 170.
21	
Sarawak Tribune, 21 July 1970, hlm. 1 dan Diane K. Mauzy, Barisan Nasional: Coalition Government
in Malaysia, Kuala Lumpur: Marican & Sons (Malaysia) Sdn. Bhd., hlm. 52-53 dan Milne and
Mauzy, Politics and Government in Malaysia, hlm. 179.
22	
Ibid., hlm. 75-76.
23	
The Vanguard, 12 July 1974, hlm. 1 dan The Vanguard, 18 July 1974 hlm. 4.
24	
The Sarawak Gazette, 24 May 1971, Vol: XCVII No.1360, hlm. 97 dan Searle, Politics in Sarawak
1970-1976: The Iban Perspective, hlm. 130.
25	
Michael B. Leigh, The Rising Moon: Political Change in Sarawak, Kuala Lumpur: Antara Book
Company, 1974, hlm. 148.
26	
Jayum A. Jawan, Political Change And Economic Development Among the Iban of Sarawak,
Thesis Phd., University of Hull, hlm. 258.
27	
The Vanguard, 18 August 1974, hlm. 2.
28	
The Vanguard, 12 August 1974, hlm. 4.
29	
The Vanguard, 13 August 1974, hlm. 1 dan James Wong Kim Min, The Price of Loyalty, Singapore:
Summer Times Publishing, 1983, hlm. 29.
30	
The Vanguard, 18 August 1974, hlm. 1.
31	
The Vanguard, 24 May 1974, hlm. 1 dan The Vanguard, 21 June 1974, hlm. 1.
32	
The Vanguard, 12 August 1974, hlm. 1.
Book 1.indb 26 5/24/2012 9:24:32 AM
Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999
Mazlan Ali
Zulkanain Abdul Rahman
Amer Saifude Ghazali
Abstract
Kuala Lumpur has had a long and exclusive political history. It
started as a small Malay settlement, and later Kuala Lumpur has
moved on in the surge of development, up until now. During
the era of the British administration, Kuala Lumpur played the
role as the centre of life of the various ethnic groups, as well as
being the hub for trade and commerce. From the political view,
Kuala Lumpur is not cast aside in the context of the national
political development. The racial riot ignited on the 13 May 1969
for instance, had motivated the Federal government to perform
a transformation, with the rearrangement of the economy and
the society through the New Economic Policy (DEB) in 1971.
Consequently, DEB also brought about a significant change to
the political landscape of Kuala Lumpur. This article will present
the chronology of the political development in Kuala Lumpur
for the period of 30 years (from 1969 to 1999). The discussion will
be divided into three major parts. The first will elaborate on the
history of politics of Kuala Lumpur before 1969. The second part
of the discussion will revolve around the development of politics
in Kuala Lumpur from 1969-1999. The final part will put forth
a few conclusions that can be drawn in relation to the political
development in Kuala Lumpur.
Keywords: New Economic Policy, Politics, Kuala Lumpur
Pengenalan
Dari sudut sejarah politik, Kuala Lumpur mempunyai kedudukan yang amat
istimewa kerana menjadi pusat perkembangan dan tapak perjuangan politik orang
Melayu yang terawal. Kampung Baru di Kuala Lumpur telah dijadikan medan
awal pergerakan nasionalisme Melayu yang digerakkan oleh golongan nasionalis
Melayu. Mereka ini sama ada yang berpendidikan Islam, Inggeris atau Melayu
telah mendapat kesedaran daripada pemikiran Islah dan kumpulan yang inginkan
sosio-ekonomi orang Melayu diperkukuhkan. Isu-isu ini sering diketengahkan oleh
akhbar-akhbar, persatuan sosio-ekonomi dan persatuan bahasa dan kesusasteraan
yang muncul dari tahun 1900 hingga tahun 1930-an.
Pilihanraya1969menjadititikpenentukepadaperubahanlandskappolitikKuala
Lumpur. Pada masa tersebut, Kuala Lumpur masih berada dalam pentadbiran negeri
Selangor dan pilihan raya tersebut menyaksikan parti politik pembangkang seperti
Book 1.indb 27 5/24/2012 9:24:32 AM
28 Demokrasi Dan Pilihan Raya
DAP dan GERAKAN menang besar di Kuala Lumpur. Peristiwa ini memberikan
kesan kepada penguasaan politik Melayu dan negeri Selangor berkemungkinan
akan dikuasai oleh parti pembangkang tersebut pada masa hadapan. Rentetan
keputusan pilihan raya 1969 yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei telah menyaksikan
kerajaan Perikatan memperkenalkan beberapa program sosio-ekonomi dan sosio-
politik untuk mengawal suasana ketidaktentuan tadi. Kemuncak kepada reformasi
sosio-ekonomi dan sosio-politik tadi adalah pembentukan Barisan Nasional pada
tahun 1974 bagi menggantikan Perikatan yang telah menggabungkan beberapa
parti politik pembangkang seperti GERAKAN, PAS dan PPP bersama-sama UMNO,
MCA dan MIC dalam satu pakatan. Selain daripada itu, pembentukan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974 telah memisahkannya daripada
pentadbiran negeri Selangor. Kuala Lumpur telah muncul sebagai entiti berasingan
dan bukan bersifat sebagai sebuah negeri dan ditadbir secara terus oleh Dewan
Bandaraya yang masih terikat dengan kerajaan Persekutuan. Penguasaan parti
pembangkang di Kuala Lumpur pada pilihan raya - pilihan raya selepas 1974 tidak
memberikan kesan besar kerana Kuala Lumpur masih tertakluk kepada pentadbiran
kerajaan Persekutuan.
Pilihan Raya 1969 Dan Peristiwa 13 Mei
Pada tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an, Kuala Lumpur menjadi kubu kuat
penyokong sosialis. Dua buah parti sosialis berhaluan kiri iaitu Parti Rakyat Malaya
dan Parti Buruh yang membentuk Front Socialist berjaya menguasai empat1
dari
lima kerusi Parlimen Kuala Lumpur dalam pilihan raya tahun 1959.2
Bagaimanapun,
pengaruh Front Socialist mulai tergugat apabila Parti Tindakan Rakyat (PETIR)
pimpinan Lee Kuan Yew menyertai pilihan raya tahun 1964. Front Socialist hanya
berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu melalui calonnya Dr. Tan Chee Khoon.
Dalam pilihan raya 1964 juga, semua calon Front Sosialist lain tewas termasuklah
V. David yang tewas di kubu kuatnya di Parlimen Bangsar di tangan pemimpin
PETIR, Devan Nair.3
Taktik PETIR yang membangkitkan isu-isu perkauman seperti
menentang hak istimewa orang Melayu dan berjuang untuk menegakkan konsep
‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’ (Malaysian Malaysia) telah menarik sokongan
bukan Melayu, terutamanya kaum Cina Kuala Lumpur. Perpecahan Front Socialist
dan penahanan ramai pemimpinnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
atas tuduhan kegiatan subversif telah membuka jalan kepada penguasaan politik
Kuala Lumpur oleh Democratic Action Party (DAP). DAP merupakan sebuah parti
yang telah didaftarkan pada 19 Mac 1966, mewarisi perjuangan yang ditinggalkan
oleh PETIR setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia pada tahun 1965.
Pada bulan Januari 1969, Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr. Chen Man Hin
telah mencadangkan satu ‘electoral understanding’ diadakan di antara DAP, PPP dan
GERAKAN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1969. Pada 23 Februari 1969,
satu persefahaman dalam pilihan raya telah ditandatangani di Kuala Lumpur di
antara parti GERAKAN dengan DAP.4
Selain itu, persefahaman turut dicapai dengan
PPP, Parti Rakyat dan PAS untuk meminimumkan persaingan sesama sendiri.
Salah satu ciri penting pilihan raya 1969 ialah kempen pilihan raya yang
menekankan isu-isu perkauman. Sebagaimana yang berlaku pada 1959 dan 1964,
isu-isu kontroversi seperti kedudukan istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan
awam menjadi modal kempen dalam ceramah parti-parti pembangkang.5
Bagi
empat buah parti bukan Melayu yang terbesar, iaitu DAP, GERAKAN, PPP dan
Parti Buruh, kempen-kempen mereka dipenuhi dengan isu-isu yang menegakkan
Book 1.indb 28 5/24/2012 9:24:32 AM
29Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999
kepentingan prinsip sama rata dalam perlembagaan. Mereka turut mempersoalkan
kedudukan istimewa orang Melayu, tanah rezab Melayu, dasar bahasa kebangsaan,
agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan sekolah kebangsaan.6
Keputusan pilihan raya 1969 memberi pukulan maut kepada Perikatan di Kuala
Lumpur.7
Calon-calon Perikatan yang diwakili oleh MCA tewas semua lima kerusi
Parlimen iaitu Parlimen Batu, Setapak, Bangsar, Bukit Bintang dan Damansara
kepada DAP dan GERAKAN. Di peringkat negeri pula, daripada sepuluh kerusi
Dewan Undangan Negeri Selangor yang terletak di Kuala Lumpur, Perikatan
hanya menang di DUN Kampung Baru yang diwakili UMNO dengan majoriti tipis.
Sembilan DUN lain iaitu Kepong, Penchala, Ampang, Sentul, Pantai, Salak, Bukit
Nenas, Serdang dan Bukit Raja dimenangi oleh DAP dan GERAKAN.
PARLIMEN PERIKATAN % PEMBANGKANG % BEZA
BATU 8,772 27.9 22,721 (GRM) 72.1 13,948
SETAPAK 13,871 44.7 17,137 (DAP) 55.3 3,266
BANGSAR 9,648 20.7 37,050 (DAP) 79.3 27,402
BUKIT BINTANG 9,137 33.0 18,488 (GRM) 67.0 9,351
DAMANSARA 12,089 43.7 15,567 (DAP) 56.3 3,478
JUMLAH 53,517 32.5 110,963 67.5 57,445
Jadual 1: Perbandingan Perolehan Undi Popular Antara Kerajaan Perikatan Dengan
Pembangkang Dalam Pilihan Raya Umum 1969 (Parlimen) di Kuala Lumpur
Sumber: Keputusan Pilihan Raya Umum Negeri Selangor, Tahun 1969. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum
Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004, hlm. 609-610.
Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, beberapa perarakan jalanan
telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Mei 1969 untuk meraikan
kemenangan DAP dan GERAKAN. Antara laluan yang digunakan untuk perarakan
jalanan ini termasuklah Bukit Bintang, Lembah Pantai, Bangsar, Jalan Tunku Abdul
Rahman, Kepong, Jinjang, Batu dan Petaling Jaya. Calon GERAKAN yang menang
besar di Parlimen Batu, iaitu Dr. Tan Chee Khoon turut sama dalam perarakan
jalanan ini. Perarakan jalanan ini mendapat sambutan hangat dengan disertai oleh
ribuan penyokong GERAKAN. Pihak polis terpaksa hadir bagi mengawal lalu
lintas di Jalan Pasar Borong, Jalan Maxwell dan Jalan Ipoh. Perarakan kemenangan
tersebut telah melalui Jalan Pudu, Jalan Bukit Bintang, Jalan Loke Yew, Jalan Birch,
Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Pantai sebelum kembali ke Jalan Brickfields.
Semasa melakukan perarakan tersebut, penyokong-penyokong parti yang menang
telah melakukan provokasi ke atas orang Melayu.8
Tindakan ini telah mendorong
tindak balas orang Melayu yang berhimpun di rumah Datuk Harun Idris di
Kampung Baru. Kumpulan orang Melayu ini kemudiannya bergerak ke Jalan Chow
Kit dan kawasan sekitarnya dengan melakukan serangan terhadap orang Cina
seperti membunuh, membakar dan merosakkan apa sahaja yang berkaitan dengan
orang Cina.9
Dua hari selepas rusuhan ini, Yang Di Pertuan Agong telah mengisytiharkan
keadaan darurat di bawah Perkara 150. Pada masa yang sama, baginda bertindak
di bawah fasal (2) perkara itu dan mengisytiharkan Ordinan Darurat (Kuasa-
Kuasa Perlu), 1969 dan dengan menggunakan seksyen 7, Yang Di Pertuan Agong
menggantungkan semua pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan bagi semua Dewan
Undangan Negeri yang belum selesai. Dua hari selepas perisytiharan ordinan yang
Book 1.indb 29 5/24/2012 9:24:32 AM
30 Demokrasi Dan Pilihan Raya
pertama, baginda mengisytiharkan pula ordinan yang kedua bagi mewakilkan kuasa
pemerintah Persekutuan kepada seorang Pengarah Gerakan yang diberi kuasa yang
sangat luas.10
Perkembangan dan Perubahan Politik Kuala Lumpur Selepas 13
Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku tiga hari selepas keputusan Pilihan Raya
Umum 1969 secara tidak langsung telah mengubah senario politik Malaysia dan
tidak terkecuali juga Kuala Lumpur apabila pemerintahan Mageran melaksanakan
usaha-usaha pemulihan seperti pembentukan Rukun Negara, perubahan dalam
perlembagaan11
dan pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)12
yang menitikberatkan
soal memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh
orang Melayu. Di bawah Rancangan Malaysia Kedua (RMK)13
, iaitu satu rangka
pembangunan ekonomi yang tegas telah diperkenalkan oleh kerajaan selaras
dengan DEB untuk menyusun semula masyarakat serta mengurangkan dominasi
orang Cina dan orang asing dalam bidang ekonomi, khususnya di Kuala Lumpur
sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu.14
Penubuhan Barisan Nasional yang didaftarkan sebagai gabungan parti politik
yangmengandungisembilanbuahpartikomponenpada1Jun1974telahmelengkapkan
formula baru Tun Razak.15
Beliau menggunakan strategi kerajaan campuran untuk
mengesahkan cara pendekatan UMNO dan mengurangkan persaingan politik supaya
kerajaan dapat mengembleng tenaga dan punca pengeluaran untuk melaksanakan
Dasar Ekonomi Baru. Selepas tragedi 13 Mei, kerajaan yang dikuasai UMNO memikul
tanggungjawab khusus untuk membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu. Ini
merupakan suatu tugas yang berat dan penuh dengan cabaran menampilkan peranan
UMNOsebagaikuasapolitikpenentudiMalaysiamelaluipendekatankompromidalam
kalangan pelbagai kaum.16
Hakikat menunjukkan bahawa peristiwa dari tahun 1971
hingga 1974 telah membawa kepada suasana baru politik Malaysia yang jauh berbeza
daripada zaman sebelum Mei 1969. Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, isu-isu sensitif
telah banyak dikurangkan dan sekatan ini amat dirasai oleh parti-parti pembangkang
bukan Melayu, terutamanya DAP. Peluang untuk bermain politik juga berkurangan
kerana tidak banyak perkara yang boleh dipolitikkan oleh parti pembangkang dan
keadaan ini secara tidak langsung semakin melemahkan kedudukan mereka.
Perkembangan seterusnya membawa kepada beberapa perubahan penting
kepada lanskap politik Kuala Lumpur melalui pembaharuan sosio-ekonomi,
pentadbiran, pindaan-pindaan akta tertentu dan penyusunan semula masyarakat.
Pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974 telah
memberi kesan politik yang besar kerana pemisahan Kuala Lumpur dari Selangor
secara tidak langsung telah mengurangkan kelebihan politik yang dimiliki oleh
parti-parti pembangkang bukan Melayu seperti DAP.17
Perubahan ini menyebabkan
parti itu tidak lagi dapat menggunakan sokongan majoriti di Kuala Lumpur untuk
mengukuhkan kedudukannya di dalam badan perundangan negeri Selangor.
Pemisahan tersebut menyebabkan sebanyak 173,946 orang pemilih yang majoritinya
bukan Melayu hilang hak memilih perwakilan di peringkat negeri.18
Penguasaan DAP ke atas kerusi-kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan pula
hampir-hampir tidak bererti.19
Ini disebabkan Kuala Lumpur kekal ditadbirkan
Book 1.indb 30 5/24/2012 9:24:32 AM
31Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999
oleh Dewan Bandaraya yang dikuasai oleh parti yang memerintah Kerajaan
Persekutuan.20
Pemisahan ini juga memberi kesan terhadap politik Selangor apabila
persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 1974 telah mengubah
lanskap politik, apabila jumlah kawasan majoriti Melayu bertambah hampir sekali
ganda berbanding sewaktu pilihan raya 1969 disebabkan ramai pemilih bukan
Melayu telah dikeluarkan dari negeri Selangor.21
Perubahan landskap politik Kuala Lumpur juga dapat dikaitkan dengan
penghijrahan dari dua landskap.22
Proses pergerakan penduduk amat sensitif
terhadap pembangunan sosio-ekonomi apabila struktur ekonomi negara mengalami
perubahan pesat berikutan perkembangan sektor pembuatan, khususnya yang
berintensif buruh, terutamanya selepas berakhir tempoh pelaksanaan DEB.
Pertambahan penduduk Melayu23
di Kuala Lumpur secara tidak langsung telah
menyumbangkepadapengukuhankuasapolitikBarisanNasionalmelaluimanipulasi
persempadanan pilihan raya24
dan pengaplikasian konsep Gerrymandering.25
Persempadanan tahun 197426
membahagikan Kuala Lumpur kepada lima
kawasan pilihan raya parlimen, iaitu Kepong, Damansara, Kuala Lumpur Bandar,
Sungai Besi (keempat-empat kawasan ini adalah majoriti pengundi Cina) dan
Setapak27
(kawasan majoriti pengundi Melayu) (Jadual 2). Jadual 3 menunjukkan
kadar purata pengundi bagi setiap bahagian pilihan raya berdasarkan Daftar
Pemilih tahun 1982 yang berjumlah 81,356 orang, iaitu jumlah kepadatan pengundi
yang tertinggi di Malaysia.28
Dalam persempadanan tahun 1984, kawasan pilihan
raya Kuala Lumpur bertambah menjadi tujuh kawasan dengan mengekalkan empat
kawasan majoriti pengundi Cina (Kepong, Sungai Besi, Bukit Bintang, Seputeh) dan
mewujudkan dua kawasan majoriti Melayu iaitu Titiwangsa dan Lembah Pantai
serta sebuah kawasan pengundi campuran (Batu).29
Berdasarkan Daftar Pemilih
tahun 1990, kadar purata pengundi adalah 75,404 orang, dengan kepadatan yang
tertinggi di Malaysia.
Persempadanan yang dibuat dalam tahun 1992 pula telah menambah kawasan
pilihan raya Kuala Lumpur menjadi 10 kerusi yang terus mengekalkan bilangan
empat kawasan majoriti pengundi Cina, berbanding bilangan kawasan majoriti
Melayu yang bertambah menjadi tiga kerusi. Kawasan campuran juga bertambah
daripada satu kerusi sebelumnya kepada tiga kerusi. Komposisi pengundi bagi
setiap bahagian adalah agak seimbang, iaitu di antara 50 hingga 60 ribu orang
pengundi. Meskipun kadar purata kepadatan pengundi Kuala Lumpur bukan lagi
yang tertinggi di Malaysia, namun pertambahan kawasan majoriti pengundi Melayu
dan pengundi campuran banyak memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
Bagaimanapun, pertambahan kawasan ini adalah sejajar dengan pertambahan
penduduk Melayu kesan dari proses urbanisasi yang pantas berkembang sejak
tahun 1980-an.
Persempadanan terakhir yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
adalah pada tahun 2002 yang memberikan satu lagi kerusi tambahan kepada Kuala
Lumpur iaitu Parlimen Setiawangsa yang menjadikan jumlah keseluruhan bahagian
pilihan raya negeri ini menjadi 11 kawasan. Persempadanan ini juga secara tidak
langsung menambahkan satu lagi kerusi majoriti pengundi Melayu di wilayah ibu
kota yang menjadikan jumlah kerusi majoriti Melayu adalah sama bilangannya
dengan kerusi majoriti pengundi Cina.
Book 1.indb 31 5/24/2012 9:24:32 AM
32 Demokrasi Dan Pilihan Raya
Sewaktu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, perlembagaan menetapkan
perbezaan pengundi di antara sesuatu kawasan dengan yang lain tidak melebihi
15 peratus. Kouta pengundi ini ditafsirkan sebagai jumlah pengundi yang terdapat
di seluruh negara dengan jumlah kawasan. Namun begitu, dalam pindaan kepada
perlembagaan yang dilakukan dalam tahun 1962, perbezaan 15 peratus itu ditukar
menjadi separuh atau 50 peratus dan dalam tahun 1974, peruntukan tersebut
dimansuhkan sama sekali.39
Pindaan terakhir itu menyebabkan sifat berkecuali
Suruhanjaya Pilihan Raya terhakis kerana selepas tahun 1962, tekanan parti politik
pemerintah ke atasnya dapat mempengaruhi keputusan yang dahulunya.40
	
Bantahan parti pembangkang mengenai gerrymandering berlaku apabila jumlah
penduduk di suatu daerah tidak melambangkan banyak kawasan mengundi dan
penekanan konsep ‘seorang individu satu undi’. Salah satu prinsip utama dalam
sesebuah demokrasi ialah seseorang hendaklah layak kepada satu undi, tetapi
di negara ini, seseorang adalah berhak kepada satu undi yang juga bersamaan
dengan empat atau lima undi orang lain. Contohnya, dalam Pilihan Raya Umum
1982, Parlimen Sungai Besi, Wilayah Persekutuan mempunyai 103,469 pengundi
berbanding dengan kawasan Parlimen Julau, Sarawak yang mempunyai 10,724
pengundi.
Tahun
Kajian
Sempadan
Kawasan
Majoriti
Pengundi
Cina
Purata
Pengundi
Bagi 1
Kawasan
Kawasan
Majoriti
Pengundi
Melayu
Purata
Pengundi
Bagi 1
Kawasan
Kawasan
Pengundi
Campuran
Purata
pengundi
Bagi 1
Kawasan
Jum.
Kerusi
1974 4 81,62930
1 - - - 5
1984 4 76,32831
2 66,13232
1 - 5
1992 4 66,40533
3 60,46234
3 60,12335
10
2002 4 66,59436
4 54,55337
3 67,63938
11
Jadual 2 : Kedudukan Persempadanan Kawasan Pilihan Raya Kuala Lumpur 1974, 1984, 1992
dan 2002
Sumber: Disesuaikan dari Keputusan Pilihan Raya Umum, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 1974-
1995. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn.
Bhd, 2004.
Kuala Lumpur Selangor Sarawak
Bilangan Pengundi
Berdaftar(1982) 406,782 647,782 513,392
Bilangan Bahagian
Pilihan Raya Parlimen 5 11 24
Purata Pengundi Bagi Tiap Bahagian
Parlimen 81,356 58,887 21,391
Jadual 3: Perbandingan Kadar Purata Kepadatan Pengundi Dalam Tiga Negeri Mengikut
Persempadanan Tahun 1974 (Daftar Pemilih Tahun 1982)
Sumber: Disesuaikan dari Keputusan Pilihan Raya Umum, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 1982.
Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd,
2004.
Book 1.indb 32 5/24/2012 9:24:32 AM
33Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999
Ini bermakna pengundi-pengundi di Sungai Besi adalah sangat ‘under-
represented’ kerana dari segi jumlah pengundi, Sungai Besi seharusnya mempunyai
sembilan ahli Parlimen, ia juga bermakna satu undi di Julau adalah sama dengan
sembilan undi di Sungai Besi. Walaupun ‘weightage’ harus diberi kepada
pengundi-pengundi yang tinggal di luar bandar di sebabkan masalah komunikasi,
pengangkutan dan sebagainya, tetapi ‘weightage’ ini tidaklah seharusnya menjadi
begitu ketara sehingga terdapat jurang yang meluas antara pengundi bandar dan
luar bandar.41
Barisan Nasional dan Hegemoni Politik
Dalam tempoh sepuluh tahun (1974-1984), landskap politik Kuala Lumpur yang
selama ini terkenal sebagai kubu kuat parti pembangkang berjaya dineutralkan oleh
kerajaan pemerintah melalui pendekatan berorientasikan pembangunan. Dengan
mempromosi idealisme patronaged democracy mesej politik yang cuba disampaikan
kepada masyarakat Melayu ialah kesejahteraan, perlindungan hak Melayu di
Malaysia serta pembangunan sosio-ekonomi bergantung kepada kesetiaan sokongan
politik terhadap UMNO.
Penglibatan kerajaan yang begitu dominan dalam pembangunan ekonomi-
politik Malaysia memberi peluang kepada Barisan Nasional membentuk ideologi
populisdanmenanamsatubentukorientasibudayapolitikbahawahanyapemerintah
yang sedia ada sahaja mampu untuk mewujudkan kestabilan ekonomi-politik di
negara ini. Rancangan pembangunan ini telah berupaya mengawal sebarang bentuk
penentangan politik (political resistence) dan pemulauan sokongan politik (political
boycott) daripada majoriti masyarakat.
Persaingan Politik Barisan Nasional dan Pembangkang
Sehingga akhir abad ke-20, politik Kuala Lumpur terus kekal dicorakkan oleh
amalan ‘racial line’ yang menjadi nilai dan budaya politik masyarakat berbilang
kaum di negara ini sejak sekian lama. Barisan Nasional yang diterajui oleh terasnya
iaitu UMNO telah menguasai kawasan-kawasan Parlimen yang mempunyai undi
majoriti Melayu42
dan kawasan campuran,43
manakala DAP terus kekal menguasai
kawasan-kawasan tradisional mereka yang mempunyai majoriti besar penduduk
berketurunan Cina.44
Semenjak pembentukan Kuala Lumpur sebagai sebuah wilayah
yang tersendiri pada tahun 1974, persaingan politik di wilayah yang ditadbir terus
oleh kerajaan Persekutuan ini bolehlah dianggap sebagai pertarungan antara dua
buah entiti politik perkauman yang amat berpengaruh, iaitu parti-parti komponen
yang bersatu di bawah Barisan Nasional dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Selain dua entiti politik ini, kehadiran parti-parti lain seperti PAS dianggap
tidak begitu berkesan. Sejak dari tahun 1959 sehingga Pilihan Raya Umum 1995
ternyata PAS belum berjaya menyaingi pengaruh UMNO. Kehadiran parti Semangat
46 dalam pilihan raya 1990 dan 1995 juga gagal menggugat UMNO yang bertapak
kuat di peringkat akar umbi dalam kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur.
Penyertaan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) pula dianggap tidak membawa
sebarang makna kerana selain tidak berupaya membawa cabaran, parti ini sendiri
menghadapi krisis kelangsungan (survival) disebabkan ideologinya yang semakin
tidak relevan dengan perkembangan arus politik semasa.
Book 1.indb 33 5/24/2012 9:24:32 AM
34 Demokrasi Dan Pilihan Raya
Pilihan raya umum yang berlangsung antara tahun 1974 hingga tahun 1995
menyaksikan pertarungan sebenar di antara Barisan Nasional dan DAP.45
Selepas
mengalami kekalahan yang teruk dalam pilihan raya tahun 1969, Barisan Nasional
yang menggantikan Perikatan mula menyusun semula kekuatan dan berjaya
memenangi dua daripada lima kerusi Parlimen yang dipertandingkan iaitu Parlimen
Setapak dan Damansara.46
Parti pembangkang DAP pula, selain mendapat tentangan
Barisan Nasional, DAP juga mendapat saingan dari PEKEMAS,47
iaitu sebuah parti
politik pembangkang baru yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin GERAKAN, Dr.
Tan Chee Khoon. DAP berjaya menguasai Parlimen Bukit Bintang dan Parlimen
Sungai Besi.
Pilihan raya tahun 1978 dan 1982 memperlihatkan pola pengundian yang
sama sifatnya, iaitu perkauman dan kewilayahan menjadi faktor utama dalam
penentuan sokongan terhadap parti-parti yang bertanding. DAP secara jelasnya
terus mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi di kawasan-kawasan yang
mempunyai bilangan pengundi Cina pada paras 80 hingga 90 peratus seperti di
Parlimen Kepong, Kuala Lumpur Bandar (dulu dikenali sebagai Bukit Bintang) dan
Sungai Besi. Manakala Barisan Nasional pula mendapat sokongan padu pengundi-
pengundi di kawasan majoriti Melayu seperti di Setapak dan kawasan pengundi
campuran, iaitu di Damansara. Pola pengundian seperti ini berterusan sebagaimana
yang diperlihatkan dalam pilihan raya 1986 dan 1990.
Persempadanan kawasan pilihan raya tahun 1984 telah menambahkan bilangan
kawasan majoriti Melayu kepada dua kawasan, iaitu Titiwangsa (dulu dikenali
sebagai Setapak) dan Lembah Pantai (dulu sebahagian besarnya meliputi kawasan
Damansara). Sebuah kawasan campuran diwujudkan dalam persempadanan
PARTI 1974 1978 1982 1986 1990 1995
JUMLAH
1974-1995
BN 2 2 2 3 3 6 18
DAP 2 3 3 4 4 4 20
PEKEMAS 1 0 * * * * 1
BEBAS 0 0 0 * 0 0 0
PPM * 0 * * * * 0
PAS * 0 0 0 * 0 0
NASMA * * * 0 * * 0
SDP * * * 0 * * 0
PRM * * * * * 0 0
S46 * * * * 0 0 0
JUMLAH
KERUSI
5 5 5 7 7 10 39
Jadual 4: Pilihan Raya Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1974-1995: Kerusi Yang
Dimenangi Parti Yang Bertanding
Nota: * Tidak bertanding/Belum ditubuhkan
Sumber: Disesuaikan dari Keputusan Pilihan Raya Umum, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 1974-
1995. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn.
Bhd, 2004.
Book 1.indb 34 5/24/2012 9:24:32 AM
35Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999
ini, iaitu Parlimen Batu. Oleh kerana perkauman dan garis kewilayahan masih
menjadi faktor utama penentuan tingkah laku pengundi, kemenangan parti-parti
yang bertanding bagai dapat diduga lebih awal apabila DAP terus mengekalkan
penguasaan di kawasan majoriti pengundi Cina iaitu di Kepong, Bukit Bintang,
Seputeh dan Sungai Besi manakala Barisan Nasional terus mengekalkan penguasaan
di kawasan majoriti Melayu dan kawasan pengundi campuran.
Walau bagaimanapun, pilihan raya tahun 1995 memaparkan keputusan yang
paling menarik dan bersejarah. Persempadanan semula kawasan oleh SPR pada
tahun 1992 telah menambah kawasan majoriti pengundi Melayu dan pengundi
campuran masing-masing kepada tiga kawasan. Bagaimanapun kawasan majoriti
Cina terus kekal pada angka empat kerusi. Pilihan raya 1995 mencatat sejarah
apabila buat pertama kalinya Barisan Nasional mendominasi politik Kuala Lumpur
dengan berjaya memenangi bilangan kerusi yang terbanyak, iaitu enam daripada
sepuluh kerusi yang dipertandingkan. Barisan Nasional juga buat pertama kalinya
berjaya menguasai undi popular, iaitu sebanyak 59.0 peratus, iaitu yang tertinggi
dalam sejarah penyertaan gabungan politik ini dalam pilihan raya di Kuala Lumpur
berbanding 44.0 peratus yang dicapainya pada tahun 1974, 25 peratus tahun 1978,
49.8 peratus bagi tahun 1982, 41 peratus tahun 1986 dan sebanyak 43 peratus bagi
tahun 1990.48
Penganalisis politik menganggap tahun 1995 sebagai kemuncak
kegemilangan Barisan Nasional di Kuala Lumpur dan kekuatan parti ini dianggap
telah mencapai tahap hegemoni sepenuhnya.49
Jadual 5
Pilihan raya Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1974-1995:
Perbandingan Undi Popular BN dan Pembangkang
0
10
20
30
40
50
60
70
80
1974 1978 1982 1986 1990 1995
BN
Pembangkang
Column1
Jadual 5: Pilihan Raya Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1974-1995:
Perbandingan Undi Popular BN dan Pembangkang
Kesimpulan
Perbincangan yang diberikan jelas menunjukkan bahawa politik perkauman
terus kukuh dan menebal di Kuala lumpur dari tahun 1969-1999. Struktur politik
bandar yang kuat dipengaruhi kerangka perkauman menjadi penyumbang utama
ketidakstabilan politik Kuala Lumpur sehingga mencetuskan peristiwa berdarah
pada1969.DalamtempohtigapuluhtahundariPeristiwa13Mei1969,perkembangan
politik Kuala Lumpur banyak dipengaruhi oleh Barisan Nasional yang berjaya
mengkonstruksi suatu bentuk ideologi populis terhadap masyarakat Malaysia. Ia
secara tidak langsung juga turut membantu memobilasi masyarakat untuk lebih
berinteraksi di dalam kerangka sistem pembangunan ekonomi politik Malaysia.
Book 1.indb 35 5/24/2012 9:24:32 AM
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1

Mais conteúdo relacionado

Semelhante a Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1

Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009umcedel
 
Bab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.ppt
Bab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.pptBab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.ppt
Bab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.pptsuhailangadiron
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politikMaizatul Akmal
 

Semelhante a Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1 (8)

Sejarh moden malaysia
Sejarh moden malaysiaSejarh moden malaysia
Sejarh moden malaysia
 
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
 
NDI political campaign planning
NDI political campaign planningNDI political campaign planning
NDI political campaign planning
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Bab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.ppt
Bab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.pptBab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.ppt
Bab 5 Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.ppt
 
Tesis jebat
Tesis jebatTesis jebat
Tesis jebat
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
 
Bab5 permuafakatan politik
Bab5 permuafakatan politikBab5 permuafakatan politik
Bab5 permuafakatan politik
 

Mais de umcedel

Kajian Politik Malaysia Pasca PRU Ke-13
Kajian Politik Malaysia Pasca PRU Ke-13Kajian Politik Malaysia Pasca PRU Ke-13
Kajian Politik Malaysia Pasca PRU Ke-13umcedel
 
Kajian politik Malaysia Pasca PRU-13
Kajian politik Malaysia Pasca PRU-13Kajian politik Malaysia Pasca PRU-13
Kajian politik Malaysia Pasca PRU-13umcedel
 
Kecenderungan Politik Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13
Kecenderungan Politik Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13Kecenderungan Politik Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13
Kecenderungan Politik Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13umcedel
 
Pola Pengundian PRK 2010 Dun Galas
Pola Pengundian PRK 2010 Dun GalasPola Pengundian PRK 2010 Dun Galas
Pola Pengundian PRK 2010 Dun Galasumcedel
 
KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR
KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKRKAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR
KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKRumcedel
 
Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13
Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13
Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13umcedel
 
Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak 2010
Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak 2010Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak 2010
Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak 2010umcedel
 

Mais de umcedel (7)

Kajian Politik Malaysia Pasca PRU Ke-13
Kajian Politik Malaysia Pasca PRU Ke-13Kajian Politik Malaysia Pasca PRU Ke-13
Kajian Politik Malaysia Pasca PRU Ke-13
 
Kajian politik Malaysia Pasca PRU-13
Kajian politik Malaysia Pasca PRU-13Kajian politik Malaysia Pasca PRU-13
Kajian politik Malaysia Pasca PRU-13
 
Kecenderungan Politik Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13
Kecenderungan Politik Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13Kecenderungan Politik Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13
Kecenderungan Politik Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13
 
Pola Pengundian PRK 2010 Dun Galas
Pola Pengundian PRK 2010 Dun GalasPola Pengundian PRK 2010 Dun Galas
Pola Pengundian PRK 2010 Dun Galas
 
KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR
KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKRKAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR
KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PARTI DAN KEPIMPINAN PKR
 
Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13
Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13
Kajian UMcedel Menepati Keputusan PRU-13
 
Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak 2010
Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak 2010Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak 2010
Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Sarawak 2010
 

Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1

  • 1. DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Jilid Volume Bil. No. Januari-Jun January-June ISSN: 2232-1756 1 1 2012 Kandungan Pendahuluan 1-4 Pendekatan Baharu ke Arah Pendemokrasian Negara 5-14 Dengan Menggunakan Model Ruangan Pengundian serta Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dan Pilihan Raya Prestasi Parti yang Bertanding dalam Pilihan Raya Negeri 15-26 dan Parlimen di Sarawak, 1963-1974 Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969 - 1999 27-42 PAS Di Kelantan Sehingga Pengisytiharaan Darurat 1977 43-60 Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dari Perspektif 61-86 Federalisme Gambaran Konflik Politik di Malaysia Berdasarkan 87-108 Maksud dan Penggunaan Kata-Kata serta Ungkapan dalam Akhbar Pilihan Raya dan Mobilisasi Politik di Kawasan 109-120 Pinggiran di Sarawak Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya 121-138 Umum Ke-13 Guna dan Ganggu Ruang Maya oleh Barisan Nasional 139-150 Menjelang Pilihan Raya Umum Ke- 13 Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali dan Mohammad Redzuan Othman Suffian Mansor dan Zulkanain Abdul Rahman Mazlan Ali, Zulkanain Abdul Rahman dan Amer Saifude Ghazali Md Rozimi Mohd Nasir dan Ahmad Kamal Ariffin Md Rus Nawi Abdullah dan Mazlan Ali Ahmad Ramizu Abdullah dan Salinah Jaafar Neilson Ilan Mersat ThockKerPongdanTanYenYee Badrul Azmier Mohamed @ Bakar, Mujibu Abd Muis, Azni Syafena Andin Selamat dan Syazliyati Ibrahim Prelim.indd 1 5/24/2012 9:29:55 AM
  • 2. SIDANG PENGARANG (EDITOR BOARD) Ketua Editor (Chief Editor): Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman Editor: Sdr. Amer Saifude Ghazali Dr. Rosmadi Fauzi Dr. Nor Sulastry Yurni Ahmad Dr. Zulkanain Abdul Rahman LANGGANAN/SUBSCRIPTIONS Kadar langganan adalah seperti berikut: Dalam Malaysia: RM30.00 senaskah (termasuk bayaran pos) Luar Malaysia: US$30.00 senaskah (termasuk bayaran pos) Segala urusan mengenai langganan hendaklah ditujukan kepada: Ketua Editor Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Pejabat Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur MALAYSIA Subscription rates are as follows: Within Malaysia: RM30.00 per copy (inclusive of postage) Outside Malaysia: US$30.00 per copy (inclusive of postage) Subscription and all business correspondence should be addressed to: The Chief Editor University of Malaya Centre for Democracy and Election (UMCEDEL) Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 50603, Kuala Lumpur MALAYSIA Prelim.indd 2 5/24/2012 9:29:55 AM
  • 3. Pendahuluan Jurnal sulung Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Jurnal Demokrasi dan Pilihan Raya diterbitkan sebagai salah satu wadah akademik bagi mengetengahkan hasil tulisan, penyelidikan, pandangan dan wacana akademik dalamkalanganparaakademik,paramahasiswa,parapengkajidanparapenulisyang ingin berkongsi ilmu tentang demokrasi dan pilihan raya yang mencakupi pelbagai perspektif. Jurnal yang diterbitkan buat julung-julung kalinya ini memaparkan sembilan buah artikel yang ditulis oleh penulis yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang, tetapi mempunyai minat yang sama iaitu mengkaji tentang demokrasi dan pilihan raya. Jurnal akademik ini membuka tirai dengan menampilkan artikel yang berjudul “Pendekatan Baharu ke Arah Pendemokrasian Negara dengan Menggunakan Model Ruangan Pengundian serta Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dan Pilihan Raya” yang ditulis oleh Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali dan Mohammad Redzuan Othman. Artikel ini menarik dibaca kerana memberikan perspektif baru kepada politik kontemporari yang semakin mendapat perhatian umum dengan menggunakan instrumen baru yang masih belum banyak diterokai. Pendekatan kajiantentangpilihanrayayangmenggunakanmodelruangpengundiansepertimana yang dijelaskan oleh penulis sangat relevan dan sedang berkembang pesat apabila GIS diaplikasi dalam mengkaji tentang pilihan raya. Hasil kajian yang dilakukan berjaya menyakinkan bahawa GIS adalah penting sebagai satu cabang ilmu yang mampu meramalkan kecenderungan pengundian sehingga dapat mempengaruhi keputusan pilihan raya. Melalui pendekatan baharu yang semakin berkembang ini keputusan pilihan raya di Malaysia akan menjadi semakin boleh diramalkan pada masa akan datang. Tulisan Sufian Mansor dan Zulkanain Abdul Rahman yang berjudul “Kajian Tentang Prestasi Parti-Parti Bertanding dalam Pilihan Raya Negeri dan Parlimen di Sarawak, 1963-1974”, memaparkan persaingan politik yang berlaku di Bumi Kenyalang selepas negeri tersebut menyertai Malaysia. Pada peringkat awal persaingan di negeri tersebut melibatkan Parti PESAKA, BUMIPUTERA, SNAP dan SUPP. Walau bagaimanapun, melalui percaturan politik yang berlaku, Parti PESAKA dan BUMIPUTERA telah bersatu bagi membentuk Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan bergabung dengan SUPP di bawah lambang Barisan Nasional bagi membolehkan sebuah kerajaan yang lebih mantap diwujudkan di Sarawak. Pilihan raya tahun 1974 merupakan titik peralihan yang penting dalam perkembangan politik Sarawak menuju ke arah kestabilan apabila Parti PBB dan SUPP berjaya mendapat mandat yang lebih besar untuk memerintah negeri. Kemantapan politik ini terus menjadi kukuh apabila SNAP yang sebelum ini berada di pihak pembangkang turut menyertai kerajaan Barisan Nasional. Tulisan Mazlan Ali, Zulkanain Abdul Rahman dan Amer Saifude Ghazali merungkai situasi politik dengan menggunakan perspektif sejarah dalam perbincangan artikel yang berjudul, “Perkembangan Politik Kuala Lumpur 1969- 1999”. Artikel ini membincangkan perkembangan politik Kuala Lumpur dari tahun 1969 hingga 1999 yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dalam Book 1.indb 1 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 4. 2 Demokrasi Dan Pilihan Raya perkembangan sejarah tanah air, tahun 1969 merupakan tahun tercetusnya peristiwa berdarah yang membawa kepada perubahan lanskap politik yang amat mencabar kepada semua kaum di Malaysia. Tempoh 1969-1999 merupakan masa yang memperlihatkan betapa kedudukan parti dalam kerajaan Barisan Nasional dan parti pembangkang saling bersaing bagi mendapatkan sokongan pengundi. Kedudukan politik Kuala Lumpur yang mampu mempengaruhi politik negara mendorong parti pemerintah dan parti pembangkang menggunakan seluruh kekuatan yang dimiliki untuk memenangi hati pengundi. Artikel “PAS di Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977” hasil tulisan Md Rozimi Mohd Nasir dan Ahmad Kamal Ariffin Md Rus pula mengetengahkan perkembangan politik dari perspektif sejarah di negeri Kelantan bermula dari tahun 1955 sehingga 1972 dan seterusnya diikuti dengan perkembangan kepada pengenalan darurat pada tahun 1977. Krisis politik di Kelantan yang bermula dengan krisis dalam partibertukarmenjadikrisisdalamkerajaanBarisanNasionalapabilaPASdisingkirkan daripada gabungan yang diwujudkan pada tahun 1974. Krisis politik yang berlaku di Kelantan ini kemudiannya bertukar menjadi ketidakstabilan keselamatan apabila tercetusnya demonstrasi rakyat bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan PAS. Pilihan raya negeri yang diadakan secara mengejut pada tahun 1977 berakhir dengan kerajaan PAS yang berkuasa sejak tahun 1959 ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional di bawah teraju UMNO. Selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008, pelbagai pandangan telah dikemukakan oleh para sarjana, sama ada tempatan mahupun antarabangsa terhadap perubahan yang berlaku yang disifatkan sebagai “Tsunami Politik”. Artikel “Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dari Perspektif Federalisme” yang ditulis oleh Nawi Abdullah dan Mazlan Ali menghuraikan bagaimana pendekatan federalisme dalam konteks demokrasi di Malaysia berikutan kejayaan yang dicapai oleh parti pembangkang dalam Pilihan Raya Umum 2008. Dengan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, penulis menghuraikan pembahagian tugas dan tanggungjawab di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dalam senario baru yang wujud. Perbincangan yang dilakukan amat relevan apabila empat buah negeri (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) kini diterajui oleh kerajaan parti pembangkang, sedangkan di peringkat persekutuan kerajaan masih dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan masyarakat yang semakin berpendidikan juga turut memberi impak kepada persepsi masyarakat terhadap politik. Perkara inilah yang cuba dibincangkan oleh tulisan Ahmad Ramizu dan Salinah Jaafar dalam artikel yang bertajuk “Gambaran Konflik Politik di Malaysia Berdasarkan Maksud dan Penggunaan Kata-kata serta Ungkapan Dalam Akhbar”. Dengan memilih kata-kata dan ungkapan yang menjurus kepada konflik yang boleh ditemui dalam tulisan yang diterbitkan oleh beberapa media cetak yang dipilih, penulis cuba memberikan interpretasi yang membawa kepada implikasi politik. Artikel yang dikemukakan ini menarik untuk diteliti apabila tafsiran dibuat terhadap perkataan yang digunakan yang secara langsung atau tidak langsung memberikan impak yang positif atau negatif kepada pembaca dan seterusnya memberikan kesan kepada kecenderungan mengundi. Neilson Ilan Mersat yang mempunyai kepakaran dalam meneliti perkembangan politik di negeri Sarawak pula tampil dengan artikel yang berjudul “Pilihan Raya Book 1.indb 2 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 5. 3Pendahuluan dan Mobilisasi di Kawasan Pinggiran di Sarawak”. Perbincangan yang dilakukan cuba memberikan perspektif politik Sarawak dari kaca mata seorang pengkaji yang sememangnya mahir tentang perkembangan politik tempatan. Kajian yang dilakukan melibatkan kawasan pinggiran, membincangkan pendekatan tradisional atau konvensional yang diguna pakai oleh pelbagai parti politik dan individu dalam usaha meraih sokongan dan undi dari masyarakat tempatan dalam pilihan raya. Pelbagai kaedah yang digunakan dalam kempen pilihan raya yang diutarakan oleh penulis berjaya memaparkan bagaimana pelbagai budaya yang terdapat di Sarawak diterjemahkan menjadi budaya politik. Pendekatan ini ternyata masih releven dalam konteks negeri Sarawak sehingga berupaya menyaingi ledakan teknologi maklumat yang berlaku pada masa kini. Artikel Thock Ker Pong dan Tan Yen Yee berjudul “Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13” sangat menarik dikaji oleh mereka yang berminat memahami sentimen politik orang Cina. Ini adalah kerana artikel ini cuba mengupas bagaimana persepsi masyarakat Cina terhadap pembaharuan yang dilaksanakan oleh UMNO dalam usaha mendapat sokongan mereka dalam pilihan raya akan datang. Perbezaan cara berfikir masyarakat Cina dan kepimpinan orang Cina yang diketuai MCA sebagaimana yang dihuraikan oleh artikel ini ternyata tidak sepenuhnya difahami oleh UMNO. Lantaran itu, pelbagai usaha yang dilakukan oleh UMNO bagi memenangi hati masyarakat Cina terbukti tidak membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Selain itu, dalam artikelnya Thock turut menekankan tentang isu konflik kepimpinan dalam parti, isu pendidikan, isu pilihan raya kecil dan sebagainya. Ternyata, isu-isu tertunggak yang masih belum diselesaikan akan mempengaruhi sentimen orang Cina dan akan membabitkan masyarakat tersebut mencorakkan pola pengundian mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Jurnal Demokrasi dan Pilihan Raya jilid sulung ini diakhiri dengan artikel yang berjudul “Guna dan Ganggu Ruang Maya oleh Barisan Nasional Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13” hasil nukilan Badrul Azmier Mohamed, Mujibu Abd Muis, Azni Syafena Andin Selamat dan Syazliyati Ibrahim. Artikel ini cuba menonjolkan bagaimana Barisan Nasional cuba sedaya upaya untuk mengawal ruang maya bagi mempengaruhi pengundi. Penggunaan pelbagai akta yang bertujuan bagi mengawal dan mengekang media ini telah membuka ruang kepada perbincangan tentang konsep yang dikenali sebagai ‘ganggu’ dan ‘kuat kuasa’ dalam penggunaan media oleh rakyat Malaysia, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Artikel ini memaparkan bagaimana guna dan ganggu ruang akan digunakan oleh Barisan Nasional dalam usaha mengekalkan hegemoni politik bagi mengekalkan kuasa politik yang diwarisi sejak lebih separuh abad yang lalu. Penampilan sembilan artikal dalam jurnal sulung Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) diharapkan mampu mencetuskan wacana tentang politik dan amalan demokrasi di Malaysia. Menjadi harapan kepada sidang pengarang jurnal supaya jurnal ini terus melangkah kehadapan dengan partisipasi dan sumbangan daripada ramai lagi sarjana politik bagi membolehkan penampilannya terus mantap pada masa-masa akan datang. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman Ketua Pengarang Book 1.indb 3 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 6. Book 1.indb 4 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 7. Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara Dengan Menggunakan Model Ruangan Pengundian Serta Aplikasi Sistem Maklumat Geografi Dan Pilihan Raya Rosmadi Fauzi Amer Saifude Ghazali Mohammad Redzuan Othman Abstract The Spatial Voting Model is a common device used by geographical experts to analyse elections. The model which is based on the Spatial Voting Theory has dominated the field of political science for more than three decades, especially in Western countries. Nevertheless, in Malaysia, this theory is still a novelty and is not widely used in examining the elections. Today, in our assessment towards the domestic political phenomena that is more and more open to the globalisation process, the voting pattern must be viewed from a new angle, which is the spatial angle. The latest development in the information technology especially the Geographical Information System (GIS) has offered several capabilities for the spatial analysis to be conducted more conveniently, efficiently and effectively. The capacity of the adoption of GIS has been used to analyse and measure the spatial information for the variables used in forming a model. The Spatial Voting Model takes into consideration the importance of the spatial factors towards the decisions and voting actions such as the distance, location and the type of the constituency area, as well as the neighbouring influence that prevails in the border of the election that takes place. Keywords: Spatial Voting Model, GIS and The Election Pengenalan Beberapa dekad kebelakangan ini, corak pengundian dan keputusan dalam pilihan raya negara telah berubah kerana banyak dipengaruhi oleh perubahan yang berlaku dalam atmosfera politik domestik. Jika meneliti kepada keputusan pilihan raya kebelakangan ini, kita dapat melihat satu permulaan kepada perubahan medan politik negara Malaysia. Keputusan pilihan raya sejak kebelakangan ini membawa makna yang mendalam kepada semua parti politik di Malaysia di samping mempunyai makna tersendiri terhadap budaya politik. Ramai penganalisis cuba memberikan tumpuan kepada fenomena “politik baharu” yang muncul berikutan Book 1.indb 5 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 8. 6 Demokrasi Dan Pilihan Raya berlakunya perubahan drastik dalam keputusan pilihan raya bermula dari tahun 1999 sehingga Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Walau bagaimanapun, sudut kajian pilihan raya lebih tertumpu kepada faktor deskriptif dan kualitatif dengan elemen ruangan biasanya kurang diambil kira dalam melihat corak pengundian. Ahli geografi percaya semua yang berlaku itu ada fenomena ruangannya yang tersendiri sedangkan analisis politik dari segi ruangan masih belum banyak dilakukan, terutamanya dalam kajian di Malaysia. Lantaran itu, corak pengundian harus dilihat dari sudut baru, iaitu ruangan di samping sudut bukan ruangan, terutamanya dalam menilai corak pengundian yang semakin menerima pengaruh besar daripada proses globalisasi. Peranan faktor ruangan ke atas keputusan dan tindakan dalam pengundian di sempadan sesuatu kawasan pilihan raya merupakan elemen penting dalam pengkajian geografi politik yang melihat kepada elemen ruangan. Perkara ini turut disokong oleh Rachagan (1982) yang menyatakan bahawa kesan politik geografi sesuatu kawasan itu sangat mempengaruhi keadaan politik kawasan tersebut dan kawasan-kawasan lainnya yang menjelaskan tentang kepentingan elemen geografi dan ruang dalam mengkaji politik sesuatu kawasan. Kepentingan proses-proses ruangan dikaji untuk melihat peranan faktor ruangan ke atas keputusan dan tindakan individu dalam pengundian seperti pengaruh kejiranan yang berlaku dalam sesuatu wilayah atau sempadan sesuatu kawasan. Teori dan Model Ruangan Pengundian Kini, Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang merupakan salah satu teknologi maklumat yang berkembang begitu pesat telah diaplikasikan dalam bidang pilihan raya bagi pembentukan model ruangan. Model ruangan pengundian membolehkan kita melihat dan meramalkan corak pilihan raya dengan lebih berkesan lagi dari sudut ruangan. Model ruangan pengundian yang akan dibentuk dapat memenuhi kedua-dua bidang iaitu ruang dan bukan ruangan dengan integrasi GIS untuk menjalankan analisis ruangan bersama dengan analisis regresi dalam pembentukan model. Modelruanganpengundianmerupakansatukaedahyangpalingluasdigunakan untuk mengkaji pilihan raya di negara Barat. Model ini adalah berasaskan kepada Teori Ruangan Pengundian yang telah diperkenalkan oleh Downs (1957) dan Black (1958) yang telah melahirkan satu kajian literatur yang meluas dalam arena pilihan raya umum. Selepas itu sumbangan oleh Davis dan Hinich (1966), Kadaene (1972), Shepsle (1972), Hinich dan Pollard (1981), Shepsle dan Weingstag (1981), Enelow dan Hinich (1982), Hinich dan Munger (1994) telah menggantikan Teori Ruangan Pengundian kepada satu landasan teoritikal yang lebih kemas. Teori Ruangan Pengundian ini telah diuji secara empirikal dalam konteks yang berbeza-beza dengan menggunakan metodologi yang pelbagai dalam pengkajian pilihan raya. Hinich merupakan pengkaji yang telah banyak mempraktikkan teori ini dalam pelbagai kajiannya, iaitu bidang pilihan raya yang berdasarkan ruangan. Di antaranya, Enelow dan Hinich (1984), telah menggunakan Metodologi Cahoon- Hinich untuk mengkaji ideologi dan isu pilihan raya dengan melihat kepada perspektif ruang. Selain dari itu, Hinich dan Odershook (1978) turut menggunakan teori ini untuk mengkaji Pilihan Raya Presiden di Amerika Syarikat. Manakala Lin, Chu dan Hinich (1996) telah menggunakan metodologi yang sama untuk mengkaji Pilihan Raya Presiden di Taiwan, begitu juga Hinich, Khmelo dan Odershook (1999) Book 1.indb 6 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 9. 7Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara telah menggunakan kaedah yang sama iaitu mengambil kira faktor ruangan untuk mengkaji pilihan raya di Ukraine. Kesinambungan daripada teori ini juga, Rusk dan Weisberg (1972), Aldrich dan Mckelvey (1973) dan Poole dan Rosenthal (1982) telah menggunakan kaedah statistik alternatif dengan menggunakan teknik skala non metrik yang berbeza dalam mengkaji pilihan raya berdasarkan kepada ruangan. Walaupun teori ruangan bagi pilihan raya ini telah mendominasi sains politik lebih daripada tiga dekad, khususnya di negara Barat, tetapi di Malaysia, teori ini masih baru dan tidak banyak digunakan dalam mengkaji pilihan raya. Pembentukan model untuk meramal corak pengundian di Malaysia sebelum ini dilakukan tanpa melibatkan analisis ruangan dan komputer sebagai elemen sokongan yang perlu. Dalam melihat senario politik Malaysia masa kini, ramai sarjana politik yang mengkaji pengundian kebanyakannya tertumpu kepada bidang sains politik, seperti isu perlembagaan, ideologi parti, proses demokrasi, amalan good governace, isu calon, penyertaan politik dan budaya kepimpinan politik, sokongan politik dan peratusan keluar mengundi (Ratnam 1967; Goldman 1971; Gomez 1998; Rizal 2002; Nidzam 2002; Mohammad Agus 2005). Model-model pengundian yang telah diperkenalkan banyak yang menjurus kepada model dalam bidang sains politik yang menekankan kepada faktor-faktor bukan ruangan, seperti atribut-atribut pengundi, parti politik, isu pilihan raya, etnik, calon parti, gender dan sebagainya (Roslina 2002, Rizal 2002, Nidzam 2002). Walau bagaimanapun, terdapat satu pengkajian yang mengambil kira faktor wilayah sebagai faktor ruangan dalam mengkaji pilihan raya umum tetapi hanya melihat proses pilihan raya dari sudut profil wilayah dan isu politik kewilayahan (Mohd Fuad dan Sabihah 2002). Pembentukan Model Ruangan Pengundian Dalam pemodelan ruangan pengundian di Malaysia, GIS digunakan bagi memperlihatkan corak ruangan di kawasan pilihan raya, iaitu ditambah dengan analisis statistik. Model ruangan yang dibentuk adalah menggabungkan faktor ruangan yang terdiri daripada indeks kepadatan sempadan pilihan raya, jarak ibu negeri ke DUN, jarak pusat bandar ke DUN dan jarak universiti ke DUN. Model ruangan pengundian ini bertujuan melihat peranan faktor-faktor ruangan dalam meramal keputusan pilihan raya. Pembentukan model ruangan pilihan raya ini adalah berdasarkan faktor-faktor ruangan yang telah dikenal pasti mempengaruhi majoriti undi sebagai keputusan dalam pilihan raya. Model ini secara amnya boleh dinyatakan sebagai : Majoriti Undi = f (K,I,U,B) KP = Keputusan Pilihan Raya K = Indeks Kepadatan I = Jarak ibu negeri U = Jarak universiti B = Jarak pusat bandar Book 1.indb 7 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 10. 8 Demokrasi Dan Pilihan Raya Pemboleh ubah bersandar merupakan keputusan pilihan raya, termasuklah data metrik, manakala pemboleh ubah tidak bersandar terdiri daripada data metrik dan bukan metrik. Pembentukan model ruangan pengundian ini adalah berdasarkan statistik menggunakan kaedah regresi. Tujuan penggunaan kaedah regresi adalah untuk meramal perubahan dalam pemboleh ubah bersandar yang merupakan keputusan pilihan raya sebagai reaksi ke atas perubahan beberapa pemboleh ubah tidak bersandar yang terdiri daripada faktor-faktor ruangan yang mempengaruhi pengundian. Ringkasan konsepsual pembentukan model ruangan pilihan raya boleh dirujuk dalam Rajah 1. Secara konsepsual kajian adalah bermula daripada keputusan pilihan raya dan pembahagian faktor ruangan yang mempengaruhi pengundian, analisis ruangan yang dijalankan ke atas setiap faktor menggunakan teknik GIS sehinggalah kepada pemodelan ruangan yang menggunakan analisis statistik. Bagi pembentukan model ruangan, terdapat dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Penyediaan Pangkalan Data Model Ruangan Menggunakan GIS Pada peringkat ini pengenalpastian keperluan data yang akan dijadikan input dalam pembentukan model pengundian dilakukan. Data-data ruangan yang dibentuk adalah berhubung rapat dengan model ruangan yang akan dibentuk. Data ruangan KEPUTUSAN PILIHAN RAYA FAKTOR Ruangan Jarak Pusat Jarak Universiti Jarak Ibu Negeri Perletakan DUN Atribut Lokasi Atribut Lokasi Perletakan DUN Perletakan DUN Atribut Lokasi Perletakan DUN Indeks Kepadatan Atribut Struktur Analisis Rangkaian Analisis Rangkaian Data Ruangan dari analisis GIS Pengolahan Data Ruangan MODEL RUANGAN PENGUNDIAN Analisis Rangkaian Analisis Kepadatan Rajah 1: Rangka Konsepsual Pembentukan Model Ruangan Pengundian Book 1.indb 8 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 11. 9Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara yang dikumpulkan akan ditransformasikan kepada data digital. Peta sempadan pilihan raya kawasan kajian dilakukan pengimbasan, pendaftaran peta dan proses pendigitan. Kesemua data ditransformasikan kepada format perisian GIS dengan menggunakan kemudahan konversi data. Semua data tersebut diproses menjadi satu bentuk yang seragam untuk memudahkan analisis. Kaedah pengolahan GIS digunakan bagi membangunkan pangkalan data dalam kajian pemodelan ruangan pengundian ini. Kemampuan mengolah data ruangan serta menjalankan proses seperti pengumpulan data, penyimpanan, pengurusan data, menganalisis dan memaparkan data menjadikan perisian GIS digunakan dalam pelbagai bidang serta mampu menyelesaikan masalah ruangan. Pada peringkat pengolahan GIS, data untuk faktor yang diperoleh daripada pengolahan pangkalan data GIS akan digunakan dalam pembentukan model ruangan. Keupayaan analisis yang terdapat dalam GIS seperti penindanan peta, analisis jarak, pengkelasan semula dan analisis kejiranan dapat digunakan untuk menyediakan maklumat ruangan dan pertalian ruangan yang boleh digunakan dalam proses pembuatan keputusan. Maklumat-maklumat ini akan dianalisis serta hasilnya akan dipaparkan secara pemetaan. Paparan ini dapat digunakan untuk melihat arah dan corak pengundian, mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pengundian dengan kemampuan model yang dibentuk. Analisis ruangan digunakan untuk menghasilkan maklumat tambahan untuk meningkatkan struktur ruang atau hubungan di antara maklumat geografi yang berkaitan. Antara analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis rangkaian yang digunakan dalam pembangunan peta-peta seperti jarak ke pusat bandar, jarak ke ibu negeri dan jarak terdekat ke universiti serta analisis pengkelasan semula dan analisis kepadatan. Selain itu, analisis jarak terdekat turut digunakan bagi mendapatkan jarak terdekat iaitu jarak terdekat pusat bandar-DUN, jarak terdekat ibu negeri-DUN dan jarak terdekat universiti-DUN. Analisis jarak terdekat dibangunkan dengan menggunakan peta asas kawasan kajian poligon, peta titik bagi mewakili lokasi pusat bandar, universiti dan ibu negeri, peta jalan raya bagi menghubungkan DUN dengan lokasi-lokasi yang dinyatakan di atas serta titik tengah DUN (Sila lihat Rajah 2). Konsep jarak terdekat yang digunakan adalah dalam aplikasi analisis rangkaian yang menggunakan ekstensi: Shortest Network Path yang terdapat dalam dalam perisian Arc View. Rajah 2: Analisis Ruangan Menggunakan GIS Book 1.indb 9 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 12. 10 Demokrasi Dan Pilihan Raya Aplikasi Ruangan Model Pengundian Secarakeseluruhannyamodelyangdibangunkanmengambilkirafaktor-faktorlokasi dan jarak sebagai pemboleh ubah ruangan dalam pemodelan. Ini bertujuan untuk melihat peranan faktor-faktor yang dicadangkan mewakili faktor ruangan dalam meramal keputusan pilihan raya. Dalam model ruangan yang dibangunkan, faktor lokasi yang mewakili elemen ruangan dalam kajian mempertimbangkan pengaruh kejiranan dan interaksi dalam penyebaran maklumat antara sempadan pilihan raya iaitu DUN dengan pusat-pusat yang dilihat sebagai penyebaran maklumat pilihan raya. Faktor lokasi mengkaji pengaruh ruangan terhadap organisasi yang terdapat dalam ruang informasi, penyebaran sesuatu idea baru atau penyebaran maklumat tentang pilihan raya seperti calon, parti, isu dan ideologi. Menurut Hägerstrand (1967), maklumat boleh disampaikan dengan dua cara iaitu pertama secara awam, seperti bahan bercetak dan media massa dan yang kedua secara persendirian iaitu melalui surat atau lisan. Dari segi penerimaan pula menurut beliau, cara kedua selalunya adalah lebih penting walaupun maklumat yang dihebahkan melalui media massa telah diterima. Beliau berpendapat bahawa sifat geografi komunikasi antara penerima maklumat (pengundi) merupakan satu faktor penting dalam resapan penerimaan maklumat. Dengan melihat kepada faktor jarak terdekat, Hägerstrand telah menggambarkan secara tidak langsung struktur medan maklumat. Secaraumumnyadarisegipengaruhkepentinganpembolehubahterhadapmodel yang dibentuk, faktor kepadatan merupakan faktor yang sangat mempengaruhi terhadap keputusan pengundian di kawasan kajian, diikuti faktor lokasi iaitu jarak terdekat DUN ke pusat bandar dan jarak terdekat DUN ke ibu negeri serta jarak terdekat DUN ke universiti. Pembolehubah indeks kepadatan telah menunjukkan tahap kepentingan yang tertinggi. Indeks kepadatan sering digunakan sebagai salah satu ciri untuk menggambarkan bentuk. Dalam hasil kajian ini, DUN yang padat dari segi indeksnya menunjukkan bahawa penyebaran maklumat pilihan raya lebih cepat berlaku kerana bentuk DUN yang padat dilihat boleh menyebabkan interaksi di antara pengundi lebih mudah dalam penyampaian informasi parti dan ideologi atau isu pilihan raya terutamanya kepada parti pembangkang yang menjalankan modus operandinya melalui ceramah dan penyebaran risalah di kawasan tumpuan orang ramai. Manakala jarak terdekat di antara DUN ke pusat bandar merupakan faktor kedua terpenting dalam menyumbangkan kepada keputusan undi pilihan raya. Menurut teori ruangan pengundian, proses perbandaran turut dilihat memainkan peranan penting dalam pengundian bagi sesuatu pilihan raya. Kajian yang dijalankan oleh Morrill (1965) menunjukkan bahawa salah satu faktor yang menyebabkan satu idea atau maklumat merebak adalah berdasarkan kepada perkembangan daerah perniagaan pusat yang berjiran dan kemajuan pengangkutan dalam pusat bandar. Proses penerimaan sesuatu maklumat itu adalah dipengaruhi oleh jauhnya jarak dari bandar. Maklumat dan idea diterima lebih cepat di pusat bandar dan maklumat itu kemudian tersebar dengan amat mudah dalam kalangan penduduk yang tinggal dengan pusat-pusat penerimaan tersebut (kesan kejiranan). Proses perbandaran turut dilihat memainkan peranan penting dalam pengundian bagi sesuatu pilihan raya itu dan kesan politik geografi sesuatu kawasan sangat mempengaruhi keadaan politik kawasan tersebut serta kawasan-kawasan lain (Rachagan, 1982). Kajian yang dijalankan oleh Morrill (1965) mendapati bahawa salah satu faktor Book 1.indb 10 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 13. 11Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara yang menyebabkan satu idea atau maklumat merebak adalah berdasarkan kepada perkembangan daerah perniagaan pusat yang berjiran dan kemajuan pengangkutan dalam pusat bandar raya. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Berry (1972) di Great Britain mendapati bahawa proses-proses resapan maklumat bermula di bandar-bandar besar dalam sesuatu daerah dan kemudian penerimaan tersebut tersebar ke tempat-tempat lain yang lebih kecil. Proses penerimaan sesuatu maklumat itu dipengaruhi oleh jauhnya jarak dari bandar raya. Maklumat dan idea diterima lebih cepat di pusat bandar dan kemudian tersebar dengan amat mudah dalam kalangan penduduk yang tinggal di pusat-pusat penerimaan tersebut (kesan perjiranan). Dalam hasil kajian ini analisis jarak sesuatu kawasan dengan pusat bandar, kawasan separa bandar dan luar bandar telah diambil kira dan didapati wujudnya pertalian ruangan antara keputusan pilihan raya dengan jarak di sesuatu kawasan pilihan raya dengan pusat bandar. Pada hari ini cara hidup masyarakat di pusat bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru telah memperlihatkan kemunculan pengaruh gaya hidup dengan gayanya tersendiri. Secara tidak langsung hasil kajian ini dapat melihat sama ada terdapat trend dalam keputusan pilihan raya di kawasan luar bandar, separa bandar dan bandar. Seterusnya, jarak terdekat DUN ke ibu negeri merupakan faktor yang ketiga penting dalam mempengaruhi undi dalam pilihan raya di kawasan kajian. Ibu negeri dianggap sebagai sebuah pusat maklumat, perniagaan, ekonomi, pentadbiran dan sosial. Menurut Hägerstrand, resapan tentang sesuatu maklumat selalunya bermula di bandar raya ibu negara, kemudian ia merebak ke bandar-bandar besar dan akhirnya ke bandar-bandar kecil. Maklumat merebak menurut hieraki dari bandar besar ke bandar kecil. Ini turut disokong dalam model graviti iaitu interaksi adalah lebih tinggi di antara bandar raya–bandar raya besar. Resapan berhieraki ini telah menjadi satu konsep geografi yang penting dan ia sama dengan kesan kejiranan yang melihat kepada faktor jarak terdekat. Hasil daripada kajian didapati bahawa perhubungan dan penyebaran maklumat dalam sempadan dipengaruhi oleh faktor jarak terdekat antara ibu negeri dan DUN untuk sampai kepada penerima maklumat. Dalam pemodelan terdapat empat buah ibu negeri iaitu Kangar, Georgetown, Alor Setar dan Ipoh dilihat sebagai pusat penyebaran maklumat terutamanya mengenai pilihan raya kepada para pengundi dalam setiap DUN. Faktor jarak terdekat antara DUN dan universiti turut merupakan faktor yang mempengaruhi kepada keputusan undi dalam pembentukan model pengundian. Universiti merupakan salah satu pusat sumber maklumat dan gedung ilmu. Walaupun dalam kes Malaysia para pelajar tidak digalakkan supaya aktif dalam politik, tetapi secara tidak langsung wujud budaya politik di universiti dan ini dibawa keluar dari universiti kepada orang ramai. Hasil kajian ini, universiti turut dilihat sebagai satu entiti yang menjadi sumber maklumat politik dan pilihan raya. Secara teori hubungannya adalah positif, iaitu semakin dekat jarak universiti dengan kawasan DUN semakin tinggi maklumat tentang pilihan raya dapat disebarkan kepada para pengundi. Kita sedia maklum, walaupun pihak kerajaan telah melarang institusi pengajian tinggi daripada terlibat dengan aktiviti pilihan raya tetapi secara tidak langsung universiti sebenarnya turut menyumbang kepada informasi politik. (Melalui kursus yang ditawarkan oleh universiti yang mengkhusus kepada politik sebenarnya Book 1.indb 11 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 14. 12 Demokrasi Dan Pilihan Raya mewujudkan masyarakat ‘celik politik’ di dalam kampus.) Maklumat dari dalam universiti disebarkan secara resapan dari dalam kampus keluar ke sempadan DUN yang bersempadan dan berdekatan. Selain itu aktiviti-aktiviti ilmiah yang dijalankan di universiti juga secara tidak langsung membawa informasi keluar kepada pengundi-pengundi yang berdekatan yang berhubung kait dengan pilihan raya. Dalam kajian ini hanya universiti awam diambil kira dalam pembentukan model. Oleh itu untuk meningkatkan penglibatan universiti dalam perspektif lokasi ini tingkat kehampiran yang baik di antara universiti dengan DUN-DUN pilihan raya perlu diperoleh. Kesimpulan Menerusi kajian ini, kefahaman tentang proses dan senario pengundian negara dapat ditingkatkan. Menerusi model ruangan yang dibentuk dengan menggunakan GIS, akan membolehkan ramalan pengundian pada masa hadapan di kawasan yang terpilih dilakukan. Selain itu, kajian ini merupakan suatu sumbangan yang baru, terutamanya dalam pilihan raya negara. Model ruangan yang dibentuk boleh membantu pembentukan dasar negara atau Rancangan Malaysia. Menerusi maklumat-maklumat ruangan dan data-data yang dianalisis dapat memberikan gambaran dan maklumat kepada pihak kerajaan dalam merencanakan polisi kerajaan. Selain itu, kelebihan pemodelan ruangan ini terletak pada penggunaan beberapa pemboleh ubah baru terutama pemboleh ubah ruangan. Sumbangan faktor ruangan seperti jarak terdekat DUN dengan pusat bandar, jarak terdekat DUN dengan ibu negeri dan indeks kepadatan DUN merupakan satu penemuan baru dalam kajian ini. Di sini dapat dibuktikan bahawa faktor ruangan turut mempengaruhi kepada undi pemerintah dan model ruangan adalah salah satu model yang penting dalam melihat corak pengundian. Jika dibandingkan dengan model pengundian yang lain di Malaysia, maka boleh dirumuskan bahawa model ruangan dengan mengambil kira faktor ruangan dan analisis ruangan belum pernah digunakan oleh pengkaji di Malaysia dalam meramal keputusan pilihan raya. Tahap kepentingan pemboleh ubah kebanyakannya ditentukan oleh ahli sains politik yang mengkaji tingkah laku mengundi sedangkan faktor-faktor geografi atau ruangan adalah berbeza-beza dari segi lokasinya. Oleh yang demikian, model ini lebih berbentuk statistik dan objektif berbanding pengadilan oleh pakar politik kerana ia berdasarkan pemboleh ubah yang dikenal pasti dan diterima pakai oleh ramai pengkaji dan telah disesuaikan di Malaysia. Dalam pada itu, kajian ini juga akan membuka satu ruang baru dalam pengkajian bidang politik itu sendiri terutamanya di Malaysia. Kajian ini akan memantapkan penggunaan GIS dalam bidang politik dan analisis ruangan khususnya dalam melihat perubahan aktiviti-aktiviti penduduk dan politik negara. Paradigma pergantungan kepada peta dan data-data analog dalam menilai corak dan pola serta kesan pengundian yang melibatkan data ruangan dapat diperbaiki. Dalam kajian ini elemen analisis statistik ruangan digunakan. Dengan memasukkan elemen statistik dalam GIS secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan lagi keupayaan yang ada pada GIS, terutamanya yang melibatkan analisis ruangan. Book 1.indb 12 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 15. 13Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara Keupayaan GIS dalam mengurus dan mengolah data ruangan dan bukan ruangan dapat memastikan analisis yang dijalankan lebih cepat dan cekap. Rujukan Aldridge, J. and R. Mckelvey. (1977) A Method of Scaling with Applications to the 1968 and 1972 Presidential Elections. American Journal of Political Science Review 71: hlm. 111-30. Berry, B. J. L. (1972) Hierarchical diffusion: the basis of filtering and spread in a system of grwoth centers. Dalam: N. Hansen, (ed). Growth Center in Regional Economic Development. New York: Free Press, hlm. 108-138. Black, D. (1958) The Theory of Committees and Elections, Cambridge University Press, Cambridge. Cahoon, Lawrence, Melvin J. Hinich dan Peter Odershook. (1978) A Statistical Multidimensional Scaling Method Based on The Spatial theory of Voting. In Graphical Analysis Representation of Multivariate Data. (Editors) P.C. Wang. Academic Press, New York. Davis, O. & Hinich, M. (1966) A mathematical model of policy formation in a democratic society. Dalam: J. Bernd (ed). Mathematical Applications in Political Science II. Dalls: Southern Methodist University Press Downs, A. (1957) An Economic Theory Of Democracy. New York, New York: Harper & Row. Enelow, James dan Melvin J. Hinich. (1982) Ideology, Issues and the Spatial Theory of Elections. American Political Science Review, 76: hlm. 493-501. Goldman, J. (1971) Party support in west Malaysia: result of the first stage of an ecological enquiry. Asian Survey, 11(6), hlm. 582-609. Gomez, E. T. dan Jomo, K. S. (1998) Authoritarianism, elections and political change in Malaysia. Public Policy, 2(3), hlm. 113-144. Hägerstrand, T. (1967) Innovation diffusion as a spatial process. Chicago: University of Chicago Press. Hinich M.J, Pollard W. (1981) A New Approach to the Spatial Theory of Electoral Competiton, American Journal of Political Science, Volume 25, Issue 2, hlm. 323- 341. Hinich, Melvin J. dan Michael C. Munger. (1997) Analytical Politics. Cambridge: Cambridge University Press. Hinich, Melvin J., Valeri Khmelko dan Peter Odershook. (1999) “A Spatial Analysis of Ukraine’s 1998 Parliamentary election.” Post-Soviet Affairs 15: hlm. 149-85. Kadane, J.B .(1972) On The Division Of The Question, Public Choice 13 : hlm. 47-54. Lin, Tse-Min, Yun-Han Chu dan Melvin J. Hinich. (1996) “Conflict Displacement and Regime Transition in Taiwan: A Spatial Analysis.” World Politics 48: hlm. 453-81. Maizatul Haizan Mahbob dan Mohd Zain Musa. (2005) Tinjauan baru politik Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohammad Agus Yusoff. (2005) Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan:Isu-isu perlembagaan danpolitik. Dalam:MaizatulHaizanMahbob&MohdZainMusa. (2005) Tinjauan baru politik Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Book 1.indb 13 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 16. 14 Demokrasi Dan Pilihan Raya Mohd Fuad Mat Jali dan Sabihah Osman.(2002) Politik Wilayah dan Politik Nasional dalam Pilihan Raya Umum 1999, dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad, (eds). Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM. Morrill, R. L. (1965) The negro ghetto: problems and alternatives. Geographical Review, 55, hlm. 339-361. Nidzam Sulaiman & Bilcher Bala. (2002) Persaingan Parti dan Demokrasi Malaya. Dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad, (eds). Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM Poole, Keith T. dan Rosenthal, Howard. (1984) “U.S. Presidential Elections 1968- 1980: A Spatial Analysis.” American Journal of Political Science, 28 (May 1984): hlm. 283-312. Rachagan, S. S. (1982) Geografi politik. Dalam: Y. Mansoor, (ed). Dasar Ilmu Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ratnam, K. J. (1967) Comunalism and the political process in Malaya. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Rizal Yaakop dan Jumaat Abd. Moen. (2002) Politik Etnik dan Perkembangan Politik Baru. Dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad, (eds). Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM. Roslina Ismail dan Roslina Rosli. (2002) Wanita dan politik baru dalam Pilihan Raya Umum 1999 Dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad, (eds). Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM. Rosmadi Fauzi. (2008). “Corak Pengundian Di Kelantan: Satu Analisis Ruangan Berasaskan Sistem Maklumat Geografi”, dalam Hamirdin Ithnin, Amer Saifude Ghazali, Abdul Rahman Roslan dan Rosmadi Fauzi (Eds.), Isu-Isu Geografi Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Rosmadi Fauzi. (2006). “Geografi Politik, Pilihan Raya Dan Aplikasi GIS di Malaysia” [Political Geography, Election and the Application of GIS in Malaysia]. Jurnal Jabatan Pengajian Asia Tenggara (JATI), 11, pp. 157-177. Rusk, J. dan H. Weisberg. (1972) Perception of Presidential Candidates. Midwest Journal of Political Science 16: hlm. 388-410. Shepsle, K. (1972) The Strategy of Ambiguity: Uncertainty and Electoral Competition, American Political science Review 66: hlm. 555-556. Book 1.indb 14 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 17. Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963 - 1974 Suffian Mansor Zulkanain Abdul Rahman Abstrak From1963until1974therewerethreeelectionsinSarawak.These elections showed how the political parties compete to dominate the state. At the beginning SNAP and PESAKA controlled the state government, while other parties in the Sarawak Alliance played a minor role. After the 1966 political crisis, PESAKA became more dominant, but its administration was challenged by BUMIPUTERA. In the 1971 election, PESAKA had to face not only BUMIPUTERA but also SNAP and SUPP. The result of the election was that PESAKA only managed to win with a small number of seats in State Council and the coalition of BUMIPUTERA, SUPP and SNAP had a chance to form a new state goverment. In order to continue its relevancy in the state’s politics PESAKA who failed to maintain its strong performance, took an alternative move by merging with BUMIPUTERA. The merger between PESAKA and BUMIPUTERA brought the formation of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). In the 1974 election, PBB and SUPP had to face SNAP which managed to gain a substantial support not only from the Dayak, but also from the Chinese. The result of 1974 election showed that SNAP emerged as a strong opposition in Sarawak, but later decided to join the state government. For nearly ten years, political parties in Sarawak struggled against each other to control the state government, but Barisan Nasional formula or pact became an answer to reduce this competition. Keywords: SNAP, PESAKA, PBB, SUPP, BUMIPUTERA Pengenalan Sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia memberi ruang kepada sesiapapun untuk bertanding dalam pilihan raya. Oleh kerana itu, muncullah pelbagai parti yang cuba memperjuangkan ideologi dan fahaman mereka masing-masing. Kebiasaannya parti-parti ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu parti kerajaan yang memenangi pilihan raya dan parti pembangkang yang kalah dalam pilihan raya. Sarawak yang merupakan salah sebuah negeri di Malaysia juga mengamalkan sistem politik yang sama. Di negeri ini, pembentukan parti-parti politik agak berbeza berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Parti yang terawal hanya muncul pada tahun 1959. Kemunculan parti-parti politik ini kebiasaannya dicerminkan dengan garis-garis perkauman. Penglibatan parti-parti politik Sarawak Book 1.indb 15 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 18. 16 Demokrasi Dan Pilihan Raya dalam usaha meraih sokongan rakyat Sarawak dalam tiga pilihan raya negeri dan parlimen bagi Sarawak, iaitu pada tahun 1963, 1970 dan 1974 merupakan satu kajian yang menarik untuk di kaji. Sejarah Politik Sarawak Seperti dijelaskan tadi bahawa penubuhan parti-parti politik di Sarawak hanya bermula pada tahun 1959. Parti yang pertama ditubuhkan adalah Sarawak United People Party (SUPP).1 Penubuhan parti ini sebenarnya telah diura-urakan sejak Pilihan Raya Perbandaran Kuching pada tahun 1956.2 Parti ini didominasi oleh orang Cina dengan presidennya ialah Ong Kee Hui iaitu seorang saudagar Cina yang kaya di Kuching, manakala Stephen Yong yang merupakan seorang peguam telah dilantik sebagai setiausaha agung parti tersebut. Tindakan orang Cina menubuhkan parti membawa kepada reaksi orang Melayu dibawah pimpinan Datu Bandar Abang Haji Mustapha untuk menubuhkan sebuah parti politik bagi memperjuangkan nasib kaum bumiputera. Parti yang beliau tubuhkan ini dikenali sebagai Parti Negara Sarawak (PANAS).3 Selepas itu muncul pula Sarawak National Party (SNAP) yang pada dasarnya bersifat pelbagai kaum, tetapi lebih didominasi oleh kaum Dayak.4 Tidak cukup dengan itu tumbuh pula tiga parti lain yang berteraskan garis-garis perkauman, iaitu Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) yang mewakili kaum Melayu/Melanau. Manakala Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pula lebih kepada kaum Dayak.5 Sarawak Chinese Association (SCA) pula mewakili kaum Cina. Perkembangan politik Sarawak pada era sebelum 1963 ini lebih condong kepada soal masa depan Sarawak. Apabila Tunku Abdul Rahman mengumumkan pembentukan Malaysia, lima buah parti di Sarawak iaitu PANAS, BARJASA, SNAP, PESAKA dan SCA telah memberi sokongan kepada rancangan ini. Hanya SUPP sahaja yang tidak setuju dengan rancangan tersebut. SUPP bersama-sama dengan Parti Rakyat Brunei dan United National Kadazan Organization (UNKO) menganggap usaha ini sebagai penjajahan gaya baru.6 SUPP mahu supaya Sarawak dimerdekakan dahulu sebelum memikirkan gabungan bersama-sama Brunei, Sabah dan Tanah Melayu.7 Pada peringkat inilah parti-parti yang pro Malaysia telah bersatu dibawah sebuah perikatan yang dikenali sebagai Perikatan Sarawak (PS). Namun demikian, perselisihan antara PANAS dan BARJASA membawa kepada keluarnya PANAS daripada PS.8 Kesan daripada krisis PS ini membawa kepada tiga kelompok parti yang mencuba nasib mereka dalam pilihan raya 1963 iaitu: PS – pro Malaysia PANAS – pro Malaysia, tetapi tidak bersatu dengan PS SUPP – menentang penubuhan Malaysia. Selain tiga parti ini, terdapat beberapa calon bebas yang turut serta dalam pilihan raya 1963. Pilihan Raya Negeri 1963 Pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 1963 yang diadakan selama dua bulan dari April sehingga Jun bukan merupakan pilihan raya secara langsung. Pilihan raya ini dijalankan menerusi tiga peringkat. Pengundi hanya memainkan peranan Book 1.indb 16 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 19. 17Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974 dalam pemilihan pada peringkat awal iaitu dalam memilih wakil-wakil bagi Majlis Perbandaran dan Majlis Luar Bandar. Pada peringkat kedua, wakil-wakil yang dipilih dalam Majlis Perbandaran dan Majlis Luar Bandar pula mempunyai peranan penting memilih ahli-ahli Majlis Penasihat Bahagian. Ahli-ahli Majlis Penasihat Bahagian ini pula berperanan memilih ahli-ahli Council Negeri atau Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN). Seterusnya ahli-ahli DUN ini akan berpeluang memilih ahli parlimen di Kuala Lumpur.9 Pilihan raya 1963 ini juga adalah satu pilihan raya yang memisahkan parti-parti bertanding sebagai parti kerajaan atau parti pembangkang. Oleh itu PS, PANAS dan SUPP berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kerusi atau dikenali sebagai ward sebanyak mungkin di peringkat Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar. Namun demikian kerusi yang banyak dimenangi di peringkat Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar tidak menjamin kejayaan sesebuah parti itu memenangi pilihan raya. Ini kerana parti-parti ini akan menempuhi saringan kedua dan ketiga untuk memilih ahli-ahli DUN dan ahli-ahli Parlimen. Pada peringkat awal parti-parti politik ini cuba meletak calon mereka dengan harapan besar untuk mendapat sebanyak mungkin kerusi Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar. Selepas hari penamaan calon, ada juga calon-calon yang memenangi kerusi tanpa bertanding. Jumlah kerusi Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar yang ditandingi dan dimenangi oleh parti- parti dan calon bebas yang bertanding ditunjukkan dalam Jadual 1: No. Parti Jumlah bertanding Menang tanpa bertanding Jumlah Kerusi dimenangi 1. Perikatan Sarawak 272 5 138 2. SUPP 205 34 59 3. PANAS 109 6 116 4. Bebas 412 28 116 Jadual 1: Jumlah Kerusi Majlis Bandaran dan Luar Bandaran ditandingi dan di menangi Sumber: CO1030/1621 Report on the General Election, 1963 dan Telegram 24th June 1963 Jadual 1 menunjukkan tidak ada satu parti yang boleh mendakwa mereka berjaya menguasai kerajaan negeri. Walaupun PS memenangi kerusi terbanyak, ia terpaksa mendapat sokongan daripada parti-parti lain dan calon bebas untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan. SUPP dan PANAS pula cuba sedaya upaya mencabar PS dari menguasai kerajaan negeri. Kedua-dua parti ini berhasrat membentuk kerajaan pertama Sarawak.10 Oleh kerana itu, pakatan SUPP-PANAS dan PS berlumba-lumba untuk mendapat sokongan calon bebas. Pada peringkat kedua parti-parti ini memperolehi kerusi Majlis Penasihat Bahagian seperti dalam Jadual 2 yang menunjukkan bilangan calon bebas adalah ramai dan kedua teramai selepas PS. Jumlah yang ramai ini cuba direbut oleh PS dan pakatan SUPP-PANAS. No. Parti Jumlah Kerusi 1. Perikatan Sarawak 45 2. SUPP 23 3. PANAS 16 4. Bebas 24 Jadual 2: Jumlah Kerusi Majlis Penasihat Bahagian yang dimenangi oleh parti-parti politik Sumber: CO1030/1621 Report on the General Election, 1963 Appendix E. Book 1.indb 17 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 20. 18 Demokrasi Dan Pilihan Raya Pada peringkat terakhir SUPP dan PANAS hanya mampu memperoleh sokongan di Bahagian Pertama dengan 10 kerusi. Manakala selebihnya dimenangi oleh PS dan calon bebas sebanyak 19 dan 7 kerusi. Kejayaan PS menguasai kerajaan negeri membawa kepada pelantikan tiga lagi ahli Council negeri menjadikan PS mempunyai kerusi sebanyak 22 buah. Sementara itu kegagalan pakatan SUPP dan PANAS menguasai kerajaan negeri meletakkan kedudukan mereka sebagai parti pembangkang. Pada Oktober 1963 pula dilantik tiga orang ahli ex-officio yang terdiri daripada ketua setiausaha, pegawai kewangan dan peguam negeri. Sepanjang sejarah politik dari 1963 sehingga 1970, Sarawak telah dilanda krisis politik pada tahun 1965 dan 1966. Krisis yang bermula dengan isu tanah yang cuba diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Datuk Stephen Kalong Ningkan mula membesar dengan isu pegawai dagang, bahasa Melayu dan kepimpinan Ningkan sendiri.11 Krisis ini membawa kepada tersingkirnya Ningkan sebagai Ketua Menteri.12 Beliau diganti oleh Penghulu Tawi Sli.13 Krisis ini membawa kesan besar kepada kedudukan parti-parti politik di Sarawak. Antara kesannya adalah kemasukkan semula PANAS sebagai ahli PS dan sekali gus membantu parti ini berubah status menjadi parti kerajaan. PANAS dan BARJASA kemudiannya bergabung membentuk parti BUMIPUTERA. Manakala SNAP pula telah keluar dari PS menjadikan parti ini sebagai parti pembangkang. Terdapat dua parti baru muncul ketika itu iaitu MACHINDA14 dan Tugau United People’s Party (TUPP). Namun demikian parti ini gagal menunjukkan pengaruhnya sehingga terkubur sebelum pilihan raya 1970.15 Ahli-ahli MACHINDA seterusnya menyertai SNAP.16 Manakala SUPP tetap menjadi parti pembangkang. Sepanjang tahun 1963 sehingga 1970 juga berlaku perubahan jumlah kerusi kepada parti-parti yang bertanding (Jadual 3). Pilihan Raya 1970 Pilihan raya 1970 berlainan dengan pilihan raya 1963. Ini kerana pilihan raya 1970 merupakan pilihan raya secara langsung dilakukan di Sarawak. Dengan kata lain penduduk Sarawak boleh memilih calon mereka secara undi langsung tanpa melalui peringkat-peringkat seperti pilihan raya 1963. Selain itu juga pilihan raya ini merupakan pilihan raya tertunda. Ini kerana pada asalnya pilihan raya ini berlangsung pada tahun 1969 tetapi akibat rusuhan 13 Mei 1969 maka pilihan raya yang berlangsung di Sarawak telah di gantung.17 Walaupun terdapat parti-parti yang bertanding di Sarawak membantah pergantungan ini tetapi pihak kerajaan persekutuan tidak berganjak dengan tindakan mereka.18 Setelah keadaan semakin reda, pihak kerajaan persekutuan mengambil keputusan untuk mengadakan semula pilihan raya di Sarawak pada 1970. Dalam pilihan raya 1970 ini sebanyak 48 kerusi dipertandingkan bagi DUN dan 24 kerusi Parlimen. Pada pilihan raya 1970 parti-parti yang bertanding adalah PS, SNAP dan SUPP serta calon bebas. Pilihan raya ini juga menunjukkan bagaimana PESAKA dan BUMIPUTERA tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi masing-masing.19 Hanya SCA sahaja yang tidak mempunyai masalah. Akibat masalah dalaman ini menyebabkan PESAKA menggunakan lambang mereka sendiri melawan PS, SUPP dan SNAP. Sementara itu BUMIPUTERA dan SCA menggunakan lambang PS. PerebutankerusiantaraBUMIPUTERAdanPESAKAmembawakepadakegentingan kerana pengaruh SNAP dan SUPP semakin meningkat. Kekuatan PS semakin rapuh Book 1.indb 18 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 21. 19Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974 dan berpecah. Persaingan antara BUMIPUTERA dan PESAKA dianggap merugikan kedua-dua parti ini. Namun demikian SUPP dan SNAP pula tidak mempunyai kata sepakat untuk melawan PS secara dua penjuru. Kedua-dua parti tidak mempunyai hasrat sedemikian dan mungkin percaya kekuatan masing-masing untuk menguasai kerajaan negeri. SNAP percaya slogan “Sarawak for Sarawakians” mampu untuk meraih sokongan ke atas penduduk Sarawak terutama hak orang Iban.21 Oleh kerana itu pertandingan dalam pilihan raya ini menunjukkan pertembungan banyak penjuru. Tiada satu kerusi dimenangi tanpa bertanding dan tiada satu kerusi juga membawa kepada pertembungan dua penjuru kecuali Parlimen. Jadual 3: Keahlian Council Negeri Dari Tahun 1963-6920 Parti Politik 1963 (dipilih) 1963 (Okt) 1964 1965 (Julai) 1966 (Mei) 1966 (Okt) 1968 PS 23 27 27 30 32 25 26 SNAP 6 7 7 6 6 7 6 PESAKA 11 11 11 13 15 15 16 SCA 1 3 3 3 3 3 3 BARJASA 5 6 6 5 5 5 7* PANAS 5 4 3 3 3 2 SUPP 5 5 6 6 5 5 5 MACHINDA - - 1 1 1 - - Bebas 3 3 2 2 1 2 2 Ex-officio - 3 3 3 3 3 3 Jumlah 36 42 42 42 42 42 42 Sumber: Michael B. Leigh, The Rising Moon: Political Change in Sarawak, Sydney: Sydney University Press, 1974, hlm. 95 No. Pertembungan DUN Parlimen 1. Dua Penjuru - 1 2. Tiga Penjuru 10 9 3. Empat Penjuru 16 7 4. Lima Penjuru 10 6 5. Enam Penjuru 6 - 6. Tujuh Penjuru 4 1 7. Lapan Penjuru 1 - Jadual 4 menunjukkan bagaimana sengitnya persaingan parti-parti yang bertanding. Dengan kata lain kesemua parti di Sarawak tidak lagi menunjukkan kesepakatan (kecuali BUMIPUTERA dan SCA) untuk memenangi pilihan raya ini. Semua parti tanpa mengira datang daripada kerajaan mahupun pembangkang berjuang secara individu. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan penyertaan calon bebas yang begitu ramai bertanding pada pilihan raya ini. Jadual 4: Jumlah Pertembungan kerusi antara Parti-parti yang bertanding, 1970 Book 1.indb 19 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 22. 20 Demokrasi Dan Pilihan Raya Jadual 5 menunjukkan bagaimana persaingan sengit berlaku antara parti-parti yang bertanding. Seramai 193 calon bertanding untuk DUN dan 90 pula calon untuk pemilihan parlimen. No. Parti DUN Parlimen 1. BUMIPUTERA 22 11 2. PESAKA 35 15 3. SCA 12 3 4. SNAP 47 23 5. SUPP 40 15 6. Bebas 37 23 Jumlah 193 90 Jadual 5: Jumlah Kerusi yang ditandingkan oleh parti-parti dan calon bebas, 1970 No. Pertembungan DUN Parlimen 1. BUMIPUTERA – PESAKA 18 6 2. PESAKA – SCA 1 1 3. SNAP-SUPP 37 17 Jadual 6: Pertembungan Kerusi antara parti-parti Jadual 6 menunjukkan persaingan parti secara individu nampak jelas dan sengit. Namun demikian persaingan antara parti-parti PS agak kurang jikalau dibandingkan pertembungan antara parti-parti pembangkang. Pilihan raya ini membuka peluang kepada semua parti bertanding untuk mencari kekuatan parti masing-masing dalam penentuan kerajaan negeri yang akan dibentuk. Oleh kerana tidak ada satu kesatuan yang kuat menyebabkan keputusan pilihan raya ini mencerminkan seperti keputusan pilihan raya 1963. Bagi keputusan DUN tiga buah parti utama yang memenangi kerusi terbanyak adalah SNAP, SUPP dan BUMIPUTERA (Jadual 7). Ketiga-tiga parti ini memenangi 12 kerusi masing-masing. Manakala PESAKA pula hanya memperolehi lapan buah kerusi. Manakala SCA hanya mampu memenangi tiga kerusi. No. Parti DUN Peratusan Undi (%) Parlimen Peratusan Undi (%) 1. BUMIPUTERA 12 15 5 16 2. PESAKA 8 14 2 12 3. SCA 3 10 2 4 4. SNAP 12 23 9 24 5. SUPP 12 27 5 27 6. Bebas 1 7 1 8 Jumlah 48 96 24 91 Jadual 7: Keputusan Pilihan Raya 1970 dan Peratusan Undi diperolehi (Sarawak) • Selebihnya undi rosak Book 1.indb 20 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 23. 21Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974 Parti-parti BUMIPUTERA, SNAP dan SUPP dianggap parti yang dominan dalam persaingan kuasa politik di Sarawak. Ketiga-tiga parti ini menang dengan banyak di DUN dan Parlimen. Hanya prestasi PESAKA agak menurun. Manakala SCA pula menghadapi kemerosotan ketara dalam pilihan raya yang memperlihatkan kegagalan pihak parti kerajaan dan parti pembangkang menang dengan majoriti. Dengan kata lain, politik Sarawak masih lagi memerlukan pelbagai parti dalam satu pakatan.Perjuanganparti-partiinisecaraindividutidakdapatmeraihsokonganyang maksima kerana kekuatan parti-parti ini hanya terletak di sesuatu kawasan mengikut garis kaum masing-masing. Kesemua parti yang bertanding menampakkan mereka mempunyai kekuatan sendiri. Oleh kerana kekuatan ini maka prestasi kesemua parti-parti ini tidak begitu menyerlah dan masih lagi pada garis-garis perkauman. Pilihan Raya 1974 Sebelum membicarakan tentang pilihan raya 1974 perlu dilihat tentang perubahan suasana politik yang berlaku di Sarawak. Antara perubahan ketara adalah pembentukan kerajaan campuran antara BUMIPUTERA dan SUPP.22 Dengan kemasukkan ini maka SUPP juga telah menyertai pakatan dengan kerajaan baru iaitu Barisan Nasional (BN). Pembentukan BN merupakan salah satu usaha Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak bagi menyatukan semula rakyat Malaysia selepas peristiwa 13 Mei.23 BN dibentuk bagi mengantikan Perikatan. Dengan imej baru ini, pihak parti kerajaan berharap akan mengembalikan semula sokongan rakyat kepada BN. Pembentukan BN ini juga merangkumi parti-parti kerajaan di Sabah dan Sarawak. Sementara itu Datuk Abdul Rahman Ya’akub (kini Tun) telah mengantikan Datuk Tawi Sli sebagai Ketua Menteri baru. Kerajaan campuran Abdul Rahman ini terdiri daripada BUMIPUTERA, SUPP, PESAKA dan SCA. Namun SCA tidak diberi jawatan menteri. Pada tahun pembentukan BN ini juga berlaku penyatuan antara parti BUMIPUTERA dan PESAKA. Penyatuan kedua-dua parti ini membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Sementara itu, SCA yang mempunyai kerusi paling sedikit dalam kerajaan telah dibubarkan. Ramai ahli-ahli parti ini menyertai SUPP dan PBB.24 Sepanjang 1970 sehingga 1974 terdapat beberapa perubahan bilangan keanggotaan parti-parti di Sarawak. Ini kerana beberapa ahli SNAP dan seorang ahli bebas telah menyertai kerajaan. (Jadual 8). No. Parti 1970 1971 1. BUMIPUTERA 12 13 2. PESAKA 8 9 3. SUPP 12 12 4. SNAP 12 10 5. SCA 3 3 6. Bebas 1 0 Jumlah 48 48 Jadual 8: Jumlah Kerusi DUN yang dimiliki oleh parti-parti di Sarawak sepanjang 1970-1974 Perubahan bilangan anggota ini berlaku kerana ahli-ahli SNAP dan Bebas memberi sokongan kepada pihak kerajaan khususnya parti BUMIPUTERA dan Book 1.indb 21 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 24. 22 Demokrasi Dan Pilihan Raya PESAKA. Dua ADUN SNAP iaitu Nelson Kundai Ngareng (Serian) menyertai BUMIPUTERAdanNgelembonganakBangaumenyertaiPESAKA(Song).25 Manakala seorang calon bebas pada tahun 1970 telah memilih PESAKA. Di peringkat Parlimen tidak banyak perubahan berlaku. Hanya seorang sahaja calon SNAP telah memberi sokongan kepada pihak kerajaan. Perubahan ini membawa kepda pengurangan ahli SNAP kepada lapan orang.26 Ini merupakan perubahan yang berlaku dalam politik Sarawak dari 1970 sehingga 1974. Pilihan raya 1974 merupakan pilihan raya ketiga dilakukan di Sarawak. Pada kali ini pilihan raya menampakkan aturan yang berbeza antara parti-parti yang bertanding. Di pihak parti kerajaan terdapatnya penyatuan seperti dinyatakan dalam keterangan diawal tadi. Kali ini juga pihak parti kerajaan lebih bersedia dan lebih kukuh dari segi kedudukan mereka untuk menandingi parti pembangkang. PBB dan SUPP tidak bertelagah dalam soal perebutan kerusi DUN mahupun Parlimen. Kedua-dua parti ini juga menggunakan lambang BN untuk melawan pihak pembangkang. Sementara itu, dipihak pembangkang pula terdapat dua parti yang cuba melawan BN iaitu SNAP dan sebuah parti yang baru ditubuhkan iaitu BISAMAH. Dalam pilihan raya ini, BN tidak menghadapi masalah di kawasan majoriti Melayu/Melanau. Mereka menang besar di kawasan ini. Masalah yang mereka hadapi adalah di kawasan majoriti Dayak terutama kawasan majoriti Iban. Sementara itu kawasan majoriti Cina pula terdapat juga persaingan antara mereka. Pilihan raya ini juga merupakan gelangang penting kepada PBB untuk berdepan dengan pengundi. Banyak persoalan yang timbul daripada pergabungan parti ini. Antaranya adakah PBB boleh diterima oleh penduduk Sarawak khususnya pengundi? Adakah PBB boleh bertahan untuk menjadi tulang belakang BN Sarawak? Bagaimana keadaan sayap PESAKA yang menghadapi kelemahan pada pilihan raya 1970 boleh memenangi hati pengundi Sarawak khususnya masyarakat Dayak. Bagi SNAP kedudukannya semakin kukuh dengan sokongan yang tinggi di kawasan luar bandar terutama penduduk Iban. Kempen mereka pula terus menyerang sayap PESAKA dalam PBB yang dianggap lemah dalam membela nasib orang Dayak khususnya terdapat dominasi kuat dikalangan penduduk Melayu/ Melanau.27 SNAP masih menggunakan slogan “Sarawak for Sarawakian.” Slogan ini cukup kuat dalam mempengaruhi penduduk Sarawak khususnya penduduk luar bandar. Terdapat juga isu mengislamkan penduduk bukan Melayu cuba digunakan dalam pilihan raya ini.28 Dalam menangani SNAP, pihak kerajaan pusat juga turut membantu PBB dan SUPP dalam melawan kempen SNAP. Untuk melawan SNAP pelbagai isu dimainkan dalam pilihan raya ini. Antaranya isu pemecatan Dukau semasa Ningkan sebagai ketua menteri.29 Isu Limbang juga digunakan oleh pihak BN untuk menunjukkan SNAP tidak setia kepada negara.30 Ketua Menteri Abdul Rahman juga menafikan tuduhan bahawa kerajaannya kurang memberi bantuan biasiswa kepada penduduk Iban.31 Pilihan raya 1974 berlangsung dari 24 Ogos 1974 sehingga 14 September 1974 selama tiga minggu. Jumlah kerusi yang dipertandingkan masih tidak bertambah dan hanya 48 kerusi sahaja diperuntukkan. Manakala jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh parti adalah seperti dalam Jadual 9. Book 1.indb 22 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 25. 23Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974 Terdapat beberapa perbezaan antara pilihan raya 1970 dan 1974. Pada pilihan raya 1974 terdapat kekuatan parti pemerintah dan parti pembangkang. Kedua-dua pihak mempunyai kekuatan yang seimbang kerana tidak berlaku pertembungan banyak penjuru (Jadual 10). Kali ini persaingan lebih kepada dua penjuru. Calon bebas juga agak kurang jikalau dibandingkan dengan pilihan raya 1974. Sementara itu sebuah lagi parti baru dibentuk iaitu BISAMAH yang dipimpin oleh bekas ahli PBB iaitu Nelson Kundai Ngareng.32 Parti ini juga tidak menunjukkan cabaran kepada BN mahupun SNAP. No. Parti DUN Parlimen 1. PBB 32 16 2. SUPP 16 8 3. SNAP 47 24 4. BISAMAH 4 - 5. Bebas 12 4 Jumlah 111 52 Jadual 9: Jumlah Kerusi yang ditandingkan oleh parti-parti dan calon bebas, 1974 No. Pertembungan DUN Parlimen 1. Dua Penjuru 39 21 2. Tiga Penjuru 8 3 3. Empat Penjuru 1 - Jumlah 48 24 Jadual 10: Jumlah Pertembungan kerusi antara Parti-parti yang bertanding, 1974 Keputusan pilihan raya ini ditunjukkan dalam Jadual 11. Keputusan ini menunjukkan bagaimana wujudnya persaingan sengit antara BN dan SNAP. Namun demikian BN berjaya kembali memerintah negeri Sarawak. No. Parti DUN Peratusan Undi (%) Parlimen Peratusan Undi (%) 1. PBB 18 32 9 32 2. SUPP 12 20 6 23 3. SNAP 18 43 9 41 4. BISAMAH - 0.3 - - 5. Bebas - 1.6 - 0.8 Jumlah 48 97 24 97 Jadual 11: Keputusan Pilihan Raya 1974 dan Peratusan Undi diperolehi (Sarawak) • Selebihnya undi rosak. Prestasi komponen BN tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Hanya sayap PESAKA daripada PBB sahaja menghadapi masalah dengan kehilangan dua kerusi. Manakala sayap BUMIPUTERA mengekalkan status quonya dengan 12 kerusi. Walaupun SUPP menunjukkan pengekalan status quo tetapi undi popularnya Book 1.indb 23 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 26. 24 Demokrasi Dan Pilihan Raya menurun sedikit. SNAP pula menunjukkan peningkatan dalam pertambahan kerusi. Mereka mendapat enam kerusi tambahan daripada tahun 1970. Bagi kerusi Parlimen pula tidak banyak perubahan berlaku. BN mengekalkan status quonya dengan mengekalkan penguasaan 14 kerusi. Manakala SNAP juga tidak menunjukkan perubahan dengan hanya mengekalkan sembilan kerusi. BISAMAH menghadapi kekalahan yang teruk dengan gagal memenangi kerusi sama ada di DUN mahupun Parlimen. Malahan calon-calon BISAMAH mendapat kurang dari 1000 undi sahaja. Sementara itu Presiden BISAMAH iaitu Nelson juga gagal mengemukakan kertas pencalonan beliau selepas tempoh masa penamaan calon tamat.33 Kesimpulan Pilihan raya 1963 dan 1970 menunjukkan tahap awal perjuangan politik berparti di Sarawak. Huraian menunjukkan perjuangan politik secara demokrasi di Sarawak masih belum matang. Ini kerana parti-parti yang ditubuhkan di Sarawak pada akhir tahun 1959 dan awal 1960-an menunjukkan ketidak sepakatan. Ketiadaan satu parti yang dominan menyukarkan penyatuan ini. Parti-parti politik lebih condong kepada perjuangan persendirian dan percaya bahawa parti mereka mampu meraih sokongan secara individu. Kepercayaan ini berdasarkan kepada pengalaman pemimpin mereka dalam kerajaan. Ini kerana ada pemimpin-pemimpin tertentu seperti Abang Mustapha, Temenggung Jugah dan Ong Kee Hui merupakan pemimpin yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan British. Mereka ini juga pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi yang merupakan badan eksekutif kerajaan negeri Sarawak semasa pemerintahan British. Ketiga-tiga pemimpin ini mempunyai karisme kepimpinan dan dihormati oleh penduduk tempatan. Bagi Tunku Haji Bujang pula kedudukannya sebagai pemimpin tradisional Melayu/Melanau di bahagian tengah Sarawak dan pernah menjadi kakitangan kerajaan British juga mempunyai karisme kepimpinan tersendiri. Namun demikian, parti-parti baru muncul dalam suasana keperluan membela kaum masing-masing menyebabkan kemunculan parti-parti yang berasaskan perkauman. Oleh kerana kebanyakan kaum bumiputera ketinggalan menyebabkan parti-parti berasaskan perkauman ini tampil untuk memperjuangkan nasib mereka dan masih belum percaya akan kepentingan prinsip pelbagai kaum dapat membantu dan membaiki taraf hidup mereka. Oleh kerana itu, parti-parti di Sarawak ini lebih condong kepada usaha perebutan kuasa bagi menunjukkan mereka lebih dominan. Dalam hal ini tiada satu parti atau pemimpin yang boleh dilihat cukup berkarisme memimpin penduduk Sarawak. Ini kerana Sarawak yang sekian lama diperintah oleh Keluarga Brooke tidak memungkinkan kemunculan pemimpin tempatan yang unggul yang dapat menyatukan semua penduduk Sarawak. Malahan penduduk Sarawak melihat hanya pemerintah Brooke dapat menyatukan mereka. Apabila pemerintah Brooke meninggalkan Sarawak, penduduk Sarawak belum lagi mempunyai kepimpinan yang mantap. Pemimpin yang sedia ada lebih kepada bersifat kaum dan diangkat oleh kerajaan British. Peninggalan pemerintah Brooke yang memecahkan perpaduan orang Sarawak menambahkan kesukaran penyatuan dibuat di Sarawak. Elemen agama juga gagal memainkan peranan penting dalam pengukuhan perpaduan dalam kalangan penduduk Sarawak. Atas masalah ini politik Sarawak masih tercari- cari arah untuk proses pengukuhan dan kestabilan. Book 1.indb 24 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 27. 25Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974 Sepanjang 1963 sehingga 1974 memperlihatkan perlumbaan antara parti- parti di Sarawak untuk berkuasa. Kesukaran mencari penyatuan ini menyebabkan kerajaan persekutuan turut campur tangan. Peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan persekutuan kadang-kala dilihat sebagai mencabar hak-hak demokrasi penduduk Sarawak. Namun demikian, campur tangan ini bukannya semata-mata negatif tetapi kesannya amat baik bagi negeri Sarawak. Oleh kerana itulah selepas pilihan raya 1970, politik Sarawak mulai stabil dengan peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan persekutuan. Akhirnya, beberapa perkembangan positif muncul seperti membawa SUPP ke landasan kerajaan negeri. Akhirnya pembentukan BN membawa penyatuan yang lebih kukuh dalam politik Sarawak. Manakala keretakan kaum juga mulai diubati dengan peringkat awal penyatuan orang Melayu/Melanau dalam BUMIPUTERA. Seterusnya adalah penyatuan orang Melayu/Melanau dengan kaum Dayak dalam PBB. Kesemua ini merupakan satu usaha yang amat baik dalam meruntuhkan dinding keegoan parti-parti ini untuk mengejar kuasa. Lebih manis lagi adalah usaha membawa SNAP kepangkuan kerajaan negeri. Hal ini berlaku selepas selesainya pilihan raya 1974. Nota 1 The Sarawak Tribune, 19 June 1959, hlm. 1. 2 Chin Ung-Ho, Chinese Politics in Sarawak: A Study of the Sarawak United People’s Party, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1997, hlm. 46. 3 James P. Ongkili, Modernization in East Malaysia, 1960-1970, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1974, hlm. 45. 4 Peter Searle, Politics in Sarawak 1970-1976: The Iban Perspective, Singapore: Oxford University Press, 1983, hlm. 20. 5 Ibid., hlm. 29. 6 James P. Ongkili, The Borneo Response to Malaysia 1961-1963, Singapore: Donald Moore Press Ltd., 1967, hlm. 23, Mohd. Noor Bin Abdullah, Kemasukan Sabah dan Sarawak ke Dalam Persekutuan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm. 41 dan Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unification in the Malaysian Region 1945-1965, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2005, hlm. 141. 7 James P. Ongkili, Modernization in East Malaysia, 1960-1970, hlm. 45. 8 Sanib Said, Malay Politics in Sarawak, 1946-1966: The Search for Unity and Political Ascendancy, Singapore: Oxford University Press, 1985, hlm. 86-104. 9 CO1030/1621 From Foreign Office to certain of Her Majesty’s Representatives, April 26, 1963. 10 Bob Reece, Datu Bandar Abang Hj. Mustapha of Sarawak, Kuching: Sarawak Literary Society, hlm. 164. 11 DO 187/49 Inward Telegram, 13 June 1966. 12 Bruce Ross-Larson, The Politics of Federalism: Syed Kechik in East Malaysia, Singapore: Bruce Ross- Larson, 1976, hlm. 52. 13 Ongkili, Modernization in East Malaysia, 1960-1970, hlm. 40 dan Gordon P. Means, Malaysian Politics, London: University of London Press Ltd., 1970, hlm. 384. 14 Parti ini ditubuhkan pada tahun 1964 dan nama parti ini merupakan singkatan bagi nama awalan tiga kaum utama Sarawak, iaitu Melayu, Cina dan Dayak. 15 The Vanguad, 23 January 1967, hlm. 1. 16 The Vanguard, 9 April 1967, hlm. 1. 17 Goh Cheng Teik, The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia, Kuala Lmpur: Oxford University Press, 1971, hlm.34, Abdul Rahman Ibrahim, 13 Mei 1969: Di Kuala Lumpur, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2011, hlm. 77 dan R. K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, Singapore: Oxford University Press, 1972, hlm. 49. 18 Goh Cheng Teik, The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia, hlm. 34 dan Chin Ung- Ho, Chinese Politics in Sarawak, hlm. 117 dan Peter Searle, Politics in Sarawak 1970-1976: The Iban Book 1.indb 25 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 28. 26 Demokrasi Dan Pilihan Raya Perspective, Singapore: Oxford University Press, 1983, hlm. 130 dan Searle, Politics in Sarawak 1970-1976: The Iban Perspective, hlm. 42. 19 1963: Tiga kaunselor telah dilantik, iaitu dua SCA dan seorang BARJASA. Leong Ho Yuen keluar dari PANAS dan menjadi bebas, bersedia untuk menubuh MACHINDA. James Wong (Bebas) menyertai SNAP dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri. 1964: Datuk Bandar Abg. Mustapha (PANAS) meninggal dunia dan Majlis Penasihat Bahagian Pertama melantik ahli SUPP, Sim Kheng Hong sebagai ganti. 1965: Pengarah Storey (SNAP) dan Tutong ak. Ningkan (BARJASA) menyertai PESAKA. Kedua- duanya dari Bahagian Kedua. 1966: Sebelum Ningkan dijatuhkan. Tawi Sli (SNAP) telah menyertai PESAKA dan begitu juga dengan Racha Umong (SNAP). SNAP mendapat Charles Linang (SUPP) dan Abg. Othman (PANAS), selepas krisis September SAP. 1968: Kadam Kiai (SNAP) meninggal dunia dan Majlis Penasihat Bahagian Kedua melantik ahli PESAKA, iaitu Langgi ak. Jilap sebagai ganti. * Pada akhir 1966 BARJASA dan PANAS telah bergabung dan membentuk BUMIPUTERA. 20 R. S. Milne and Diane K. Mauzy, Politics and Government in Malaysia, Singapore: Federal Publications, 1978, hlm. 170. 21 Sarawak Tribune, 21 July 1970, hlm. 1 dan Diane K. Mauzy, Barisan Nasional: Coalition Government in Malaysia, Kuala Lumpur: Marican & Sons (Malaysia) Sdn. Bhd., hlm. 52-53 dan Milne and Mauzy, Politics and Government in Malaysia, hlm. 179. 22 Ibid., hlm. 75-76. 23 The Vanguard, 12 July 1974, hlm. 1 dan The Vanguard, 18 July 1974 hlm. 4. 24 The Sarawak Gazette, 24 May 1971, Vol: XCVII No.1360, hlm. 97 dan Searle, Politics in Sarawak 1970-1976: The Iban Perspective, hlm. 130. 25 Michael B. Leigh, The Rising Moon: Political Change in Sarawak, Kuala Lumpur: Antara Book Company, 1974, hlm. 148. 26 Jayum A. Jawan, Political Change And Economic Development Among the Iban of Sarawak, Thesis Phd., University of Hull, hlm. 258. 27 The Vanguard, 18 August 1974, hlm. 2. 28 The Vanguard, 12 August 1974, hlm. 4. 29 The Vanguard, 13 August 1974, hlm. 1 dan James Wong Kim Min, The Price of Loyalty, Singapore: Summer Times Publishing, 1983, hlm. 29. 30 The Vanguard, 18 August 1974, hlm. 1. 31 The Vanguard, 24 May 1974, hlm. 1 dan The Vanguard, 21 June 1974, hlm. 1. 32 The Vanguard, 12 August 1974, hlm. 1. Book 1.indb 26 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 29. Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 Mazlan Ali Zulkanain Abdul Rahman Amer Saifude Ghazali Abstract Kuala Lumpur has had a long and exclusive political history. It started as a small Malay settlement, and later Kuala Lumpur has moved on in the surge of development, up until now. During the era of the British administration, Kuala Lumpur played the role as the centre of life of the various ethnic groups, as well as being the hub for trade and commerce. From the political view, Kuala Lumpur is not cast aside in the context of the national political development. The racial riot ignited on the 13 May 1969 for instance, had motivated the Federal government to perform a transformation, with the rearrangement of the economy and the society through the New Economic Policy (DEB) in 1971. Consequently, DEB also brought about a significant change to the political landscape of Kuala Lumpur. This article will present the chronology of the political development in Kuala Lumpur for the period of 30 years (from 1969 to 1999). The discussion will be divided into three major parts. The first will elaborate on the history of politics of Kuala Lumpur before 1969. The second part of the discussion will revolve around the development of politics in Kuala Lumpur from 1969-1999. The final part will put forth a few conclusions that can be drawn in relation to the political development in Kuala Lumpur. Keywords: New Economic Policy, Politics, Kuala Lumpur Pengenalan Dari sudut sejarah politik, Kuala Lumpur mempunyai kedudukan yang amat istimewa kerana menjadi pusat perkembangan dan tapak perjuangan politik orang Melayu yang terawal. Kampung Baru di Kuala Lumpur telah dijadikan medan awal pergerakan nasionalisme Melayu yang digerakkan oleh golongan nasionalis Melayu. Mereka ini sama ada yang berpendidikan Islam, Inggeris atau Melayu telah mendapat kesedaran daripada pemikiran Islah dan kumpulan yang inginkan sosio-ekonomi orang Melayu diperkukuhkan. Isu-isu ini sering diketengahkan oleh akhbar-akhbar, persatuan sosio-ekonomi dan persatuan bahasa dan kesusasteraan yang muncul dari tahun 1900 hingga tahun 1930-an. Pilihanraya1969menjadititikpenentukepadaperubahanlandskappolitikKuala Lumpur. Pada masa tersebut, Kuala Lumpur masih berada dalam pentadbiran negeri Selangor dan pilihan raya tersebut menyaksikan parti politik pembangkang seperti Book 1.indb 27 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 30. 28 Demokrasi Dan Pilihan Raya DAP dan GERAKAN menang besar di Kuala Lumpur. Peristiwa ini memberikan kesan kepada penguasaan politik Melayu dan negeri Selangor berkemungkinan akan dikuasai oleh parti pembangkang tersebut pada masa hadapan. Rentetan keputusan pilihan raya 1969 yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei telah menyaksikan kerajaan Perikatan memperkenalkan beberapa program sosio-ekonomi dan sosio- politik untuk mengawal suasana ketidaktentuan tadi. Kemuncak kepada reformasi sosio-ekonomi dan sosio-politik tadi adalah pembentukan Barisan Nasional pada tahun 1974 bagi menggantikan Perikatan yang telah menggabungkan beberapa parti politik pembangkang seperti GERAKAN, PAS dan PPP bersama-sama UMNO, MCA dan MIC dalam satu pakatan. Selain daripada itu, pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974 telah memisahkannya daripada pentadbiran negeri Selangor. Kuala Lumpur telah muncul sebagai entiti berasingan dan bukan bersifat sebagai sebuah negeri dan ditadbir secara terus oleh Dewan Bandaraya yang masih terikat dengan kerajaan Persekutuan. Penguasaan parti pembangkang di Kuala Lumpur pada pilihan raya - pilihan raya selepas 1974 tidak memberikan kesan besar kerana Kuala Lumpur masih tertakluk kepada pentadbiran kerajaan Persekutuan. Pilihan Raya 1969 Dan Peristiwa 13 Mei Pada tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an, Kuala Lumpur menjadi kubu kuat penyokong sosialis. Dua buah parti sosialis berhaluan kiri iaitu Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh yang membentuk Front Socialist berjaya menguasai empat1 dari lima kerusi Parlimen Kuala Lumpur dalam pilihan raya tahun 1959.2 Bagaimanapun, pengaruh Front Socialist mulai tergugat apabila Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew menyertai pilihan raya tahun 1964. Front Socialist hanya berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu melalui calonnya Dr. Tan Chee Khoon. Dalam pilihan raya 1964 juga, semua calon Front Sosialist lain tewas termasuklah V. David yang tewas di kubu kuatnya di Parlimen Bangsar di tangan pemimpin PETIR, Devan Nair.3 Taktik PETIR yang membangkitkan isu-isu perkauman seperti menentang hak istimewa orang Melayu dan berjuang untuk menegakkan konsep ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’ (Malaysian Malaysia) telah menarik sokongan bukan Melayu, terutamanya kaum Cina Kuala Lumpur. Perpecahan Front Socialist dan penahanan ramai pemimpinnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan kegiatan subversif telah membuka jalan kepada penguasaan politik Kuala Lumpur oleh Democratic Action Party (DAP). DAP merupakan sebuah parti yang telah didaftarkan pada 19 Mac 1966, mewarisi perjuangan yang ditinggalkan oleh PETIR setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia pada tahun 1965. Pada bulan Januari 1969, Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr. Chen Man Hin telah mencadangkan satu ‘electoral understanding’ diadakan di antara DAP, PPP dan GERAKAN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1969. Pada 23 Februari 1969, satu persefahaman dalam pilihan raya telah ditandatangani di Kuala Lumpur di antara parti GERAKAN dengan DAP.4 Selain itu, persefahaman turut dicapai dengan PPP, Parti Rakyat dan PAS untuk meminimumkan persaingan sesama sendiri. Salah satu ciri penting pilihan raya 1969 ialah kempen pilihan raya yang menekankan isu-isu perkauman. Sebagaimana yang berlaku pada 1959 dan 1964, isu-isu kontroversi seperti kedudukan istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam menjadi modal kempen dalam ceramah parti-parti pembangkang.5 Bagi empat buah parti bukan Melayu yang terbesar, iaitu DAP, GERAKAN, PPP dan Parti Buruh, kempen-kempen mereka dipenuhi dengan isu-isu yang menegakkan Book 1.indb 28 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 31. 29Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 kepentingan prinsip sama rata dalam perlembagaan. Mereka turut mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu, tanah rezab Melayu, dasar bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan sekolah kebangsaan.6 Keputusan pilihan raya 1969 memberi pukulan maut kepada Perikatan di Kuala Lumpur.7 Calon-calon Perikatan yang diwakili oleh MCA tewas semua lima kerusi Parlimen iaitu Parlimen Batu, Setapak, Bangsar, Bukit Bintang dan Damansara kepada DAP dan GERAKAN. Di peringkat negeri pula, daripada sepuluh kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor yang terletak di Kuala Lumpur, Perikatan hanya menang di DUN Kampung Baru yang diwakili UMNO dengan majoriti tipis. Sembilan DUN lain iaitu Kepong, Penchala, Ampang, Sentul, Pantai, Salak, Bukit Nenas, Serdang dan Bukit Raja dimenangi oleh DAP dan GERAKAN. PARLIMEN PERIKATAN % PEMBANGKANG % BEZA BATU 8,772 27.9 22,721 (GRM) 72.1 13,948 SETAPAK 13,871 44.7 17,137 (DAP) 55.3 3,266 BANGSAR 9,648 20.7 37,050 (DAP) 79.3 27,402 BUKIT BINTANG 9,137 33.0 18,488 (GRM) 67.0 9,351 DAMANSARA 12,089 43.7 15,567 (DAP) 56.3 3,478 JUMLAH 53,517 32.5 110,963 67.5 57,445 Jadual 1: Perbandingan Perolehan Undi Popular Antara Kerajaan Perikatan Dengan Pembangkang Dalam Pilihan Raya Umum 1969 (Parlimen) di Kuala Lumpur Sumber: Keputusan Pilihan Raya Umum Negeri Selangor, Tahun 1969. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004, hlm. 609-610. Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, beberapa perarakan jalanan telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan DAP dan GERAKAN. Antara laluan yang digunakan untuk perarakan jalanan ini termasuklah Bukit Bintang, Lembah Pantai, Bangsar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kepong, Jinjang, Batu dan Petaling Jaya. Calon GERAKAN yang menang besar di Parlimen Batu, iaitu Dr. Tan Chee Khoon turut sama dalam perarakan jalanan ini. Perarakan jalanan ini mendapat sambutan hangat dengan disertai oleh ribuan penyokong GERAKAN. Pihak polis terpaksa hadir bagi mengawal lalu lintas di Jalan Pasar Borong, Jalan Maxwell dan Jalan Ipoh. Perarakan kemenangan tersebut telah melalui Jalan Pudu, Jalan Bukit Bintang, Jalan Loke Yew, Jalan Birch, Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Pantai sebelum kembali ke Jalan Brickfields. Semasa melakukan perarakan tersebut, penyokong-penyokong parti yang menang telah melakukan provokasi ke atas orang Melayu.8 Tindakan ini telah mendorong tindak balas orang Melayu yang berhimpun di rumah Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Kumpulan orang Melayu ini kemudiannya bergerak ke Jalan Chow Kit dan kawasan sekitarnya dengan melakukan serangan terhadap orang Cina seperti membunuh, membakar dan merosakkan apa sahaja yang berkaitan dengan orang Cina.9 Dua hari selepas rusuhan ini, Yang Di Pertuan Agong telah mengisytiharkan keadaan darurat di bawah Perkara 150. Pada masa yang sama, baginda bertindak di bawah fasal (2) perkara itu dan mengisytiharkan Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu), 1969 dan dengan menggunakan seksyen 7, Yang Di Pertuan Agong menggantungkan semua pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan bagi semua Dewan Undangan Negeri yang belum selesai. Dua hari selepas perisytiharan ordinan yang Book 1.indb 29 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 32. 30 Demokrasi Dan Pilihan Raya pertama, baginda mengisytiharkan pula ordinan yang kedua bagi mewakilkan kuasa pemerintah Persekutuan kepada seorang Pengarah Gerakan yang diberi kuasa yang sangat luas.10 Perkembangan dan Perubahan Politik Kuala Lumpur Selepas 13 Mei 1969 Peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku tiga hari selepas keputusan Pilihan Raya Umum 1969 secara tidak langsung telah mengubah senario politik Malaysia dan tidak terkecuali juga Kuala Lumpur apabila pemerintahan Mageran melaksanakan usaha-usaha pemulihan seperti pembentukan Rukun Negara, perubahan dalam perlembagaan11 dan pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)12 yang menitikberatkan soal memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh orang Melayu. Di bawah Rancangan Malaysia Kedua (RMK)13 , iaitu satu rangka pembangunan ekonomi yang tegas telah diperkenalkan oleh kerajaan selaras dengan DEB untuk menyusun semula masyarakat serta mengurangkan dominasi orang Cina dan orang asing dalam bidang ekonomi, khususnya di Kuala Lumpur sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu.14 Penubuhan Barisan Nasional yang didaftarkan sebagai gabungan parti politik yangmengandungisembilanbuahpartikomponenpada1Jun1974telahmelengkapkan formula baru Tun Razak.15 Beliau menggunakan strategi kerajaan campuran untuk mengesahkan cara pendekatan UMNO dan mengurangkan persaingan politik supaya kerajaan dapat mengembleng tenaga dan punca pengeluaran untuk melaksanakan Dasar Ekonomi Baru. Selepas tragedi 13 Mei, kerajaan yang dikuasai UMNO memikul tanggungjawab khusus untuk membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu. Ini merupakan suatu tugas yang berat dan penuh dengan cabaran menampilkan peranan UMNOsebagaikuasapolitikpenentudiMalaysiamelaluipendekatankompromidalam kalangan pelbagai kaum.16 Hakikat menunjukkan bahawa peristiwa dari tahun 1971 hingga 1974 telah membawa kepada suasana baru politik Malaysia yang jauh berbeza daripada zaman sebelum Mei 1969. Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, isu-isu sensitif telah banyak dikurangkan dan sekatan ini amat dirasai oleh parti-parti pembangkang bukan Melayu, terutamanya DAP. Peluang untuk bermain politik juga berkurangan kerana tidak banyak perkara yang boleh dipolitikkan oleh parti pembangkang dan keadaan ini secara tidak langsung semakin melemahkan kedudukan mereka. Perkembangan seterusnya membawa kepada beberapa perubahan penting kepada lanskap politik Kuala Lumpur melalui pembaharuan sosio-ekonomi, pentadbiran, pindaan-pindaan akta tertentu dan penyusunan semula masyarakat. Pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974 telah memberi kesan politik yang besar kerana pemisahan Kuala Lumpur dari Selangor secara tidak langsung telah mengurangkan kelebihan politik yang dimiliki oleh parti-parti pembangkang bukan Melayu seperti DAP.17 Perubahan ini menyebabkan parti itu tidak lagi dapat menggunakan sokongan majoriti di Kuala Lumpur untuk mengukuhkan kedudukannya di dalam badan perundangan negeri Selangor. Pemisahan tersebut menyebabkan sebanyak 173,946 orang pemilih yang majoritinya bukan Melayu hilang hak memilih perwakilan di peringkat negeri.18 Penguasaan DAP ke atas kerusi-kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan pula hampir-hampir tidak bererti.19 Ini disebabkan Kuala Lumpur kekal ditadbirkan Book 1.indb 30 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 33. 31Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 oleh Dewan Bandaraya yang dikuasai oleh parti yang memerintah Kerajaan Persekutuan.20 Pemisahan ini juga memberi kesan terhadap politik Selangor apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 1974 telah mengubah lanskap politik, apabila jumlah kawasan majoriti Melayu bertambah hampir sekali ganda berbanding sewaktu pilihan raya 1969 disebabkan ramai pemilih bukan Melayu telah dikeluarkan dari negeri Selangor.21 Perubahan landskap politik Kuala Lumpur juga dapat dikaitkan dengan penghijrahan dari dua landskap.22 Proses pergerakan penduduk amat sensitif terhadap pembangunan sosio-ekonomi apabila struktur ekonomi negara mengalami perubahan pesat berikutan perkembangan sektor pembuatan, khususnya yang berintensif buruh, terutamanya selepas berakhir tempoh pelaksanaan DEB. Pertambahan penduduk Melayu23 di Kuala Lumpur secara tidak langsung telah menyumbangkepadapengukuhankuasapolitikBarisanNasionalmelaluimanipulasi persempadanan pilihan raya24 dan pengaplikasian konsep Gerrymandering.25 Persempadanan tahun 197426 membahagikan Kuala Lumpur kepada lima kawasan pilihan raya parlimen, iaitu Kepong, Damansara, Kuala Lumpur Bandar, Sungai Besi (keempat-empat kawasan ini adalah majoriti pengundi Cina) dan Setapak27 (kawasan majoriti pengundi Melayu) (Jadual 2). Jadual 3 menunjukkan kadar purata pengundi bagi setiap bahagian pilihan raya berdasarkan Daftar Pemilih tahun 1982 yang berjumlah 81,356 orang, iaitu jumlah kepadatan pengundi yang tertinggi di Malaysia.28 Dalam persempadanan tahun 1984, kawasan pilihan raya Kuala Lumpur bertambah menjadi tujuh kawasan dengan mengekalkan empat kawasan majoriti pengundi Cina (Kepong, Sungai Besi, Bukit Bintang, Seputeh) dan mewujudkan dua kawasan majoriti Melayu iaitu Titiwangsa dan Lembah Pantai serta sebuah kawasan pengundi campuran (Batu).29 Berdasarkan Daftar Pemilih tahun 1990, kadar purata pengundi adalah 75,404 orang, dengan kepadatan yang tertinggi di Malaysia. Persempadanan yang dibuat dalam tahun 1992 pula telah menambah kawasan pilihan raya Kuala Lumpur menjadi 10 kerusi yang terus mengekalkan bilangan empat kawasan majoriti pengundi Cina, berbanding bilangan kawasan majoriti Melayu yang bertambah menjadi tiga kerusi. Kawasan campuran juga bertambah daripada satu kerusi sebelumnya kepada tiga kerusi. Komposisi pengundi bagi setiap bahagian adalah agak seimbang, iaitu di antara 50 hingga 60 ribu orang pengundi. Meskipun kadar purata kepadatan pengundi Kuala Lumpur bukan lagi yang tertinggi di Malaysia, namun pertambahan kawasan majoriti pengundi Melayu dan pengundi campuran banyak memberi kelebihan kepada Barisan Nasional. Bagaimanapun, pertambahan kawasan ini adalah sejajar dengan pertambahan penduduk Melayu kesan dari proses urbanisasi yang pantas berkembang sejak tahun 1980-an. Persempadanan terakhir yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah pada tahun 2002 yang memberikan satu lagi kerusi tambahan kepada Kuala Lumpur iaitu Parlimen Setiawangsa yang menjadikan jumlah keseluruhan bahagian pilihan raya negeri ini menjadi 11 kawasan. Persempadanan ini juga secara tidak langsung menambahkan satu lagi kerusi majoriti pengundi Melayu di wilayah ibu kota yang menjadikan jumlah kerusi majoriti Melayu adalah sama bilangannya dengan kerusi majoriti pengundi Cina. Book 1.indb 31 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 34. 32 Demokrasi Dan Pilihan Raya Sewaktu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, perlembagaan menetapkan perbezaan pengundi di antara sesuatu kawasan dengan yang lain tidak melebihi 15 peratus. Kouta pengundi ini ditafsirkan sebagai jumlah pengundi yang terdapat di seluruh negara dengan jumlah kawasan. Namun begitu, dalam pindaan kepada perlembagaan yang dilakukan dalam tahun 1962, perbezaan 15 peratus itu ditukar menjadi separuh atau 50 peratus dan dalam tahun 1974, peruntukan tersebut dimansuhkan sama sekali.39 Pindaan terakhir itu menyebabkan sifat berkecuali Suruhanjaya Pilihan Raya terhakis kerana selepas tahun 1962, tekanan parti politik pemerintah ke atasnya dapat mempengaruhi keputusan yang dahulunya.40 Bantahan parti pembangkang mengenai gerrymandering berlaku apabila jumlah penduduk di suatu daerah tidak melambangkan banyak kawasan mengundi dan penekanan konsep ‘seorang individu satu undi’. Salah satu prinsip utama dalam sesebuah demokrasi ialah seseorang hendaklah layak kepada satu undi, tetapi di negara ini, seseorang adalah berhak kepada satu undi yang juga bersamaan dengan empat atau lima undi orang lain. Contohnya, dalam Pilihan Raya Umum 1982, Parlimen Sungai Besi, Wilayah Persekutuan mempunyai 103,469 pengundi berbanding dengan kawasan Parlimen Julau, Sarawak yang mempunyai 10,724 pengundi. Tahun Kajian Sempadan Kawasan Majoriti Pengundi Cina Purata Pengundi Bagi 1 Kawasan Kawasan Majoriti Pengundi Melayu Purata Pengundi Bagi 1 Kawasan Kawasan Pengundi Campuran Purata pengundi Bagi 1 Kawasan Jum. Kerusi 1974 4 81,62930 1 - - - 5 1984 4 76,32831 2 66,13232 1 - 5 1992 4 66,40533 3 60,46234 3 60,12335 10 2002 4 66,59436 4 54,55337 3 67,63938 11 Jadual 2 : Kedudukan Persempadanan Kawasan Pilihan Raya Kuala Lumpur 1974, 1984, 1992 dan 2002 Sumber: Disesuaikan dari Keputusan Pilihan Raya Umum, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 1974- 1995. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004. Kuala Lumpur Selangor Sarawak Bilangan Pengundi Berdaftar(1982) 406,782 647,782 513,392 Bilangan Bahagian Pilihan Raya Parlimen 5 11 24 Purata Pengundi Bagi Tiap Bahagian Parlimen 81,356 58,887 21,391 Jadual 3: Perbandingan Kadar Purata Kepadatan Pengundi Dalam Tiga Negeri Mengikut Persempadanan Tahun 1974 (Daftar Pemilih Tahun 1982) Sumber: Disesuaikan dari Keputusan Pilihan Raya Umum, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 1982. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004. Book 1.indb 32 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 35. 33Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 Ini bermakna pengundi-pengundi di Sungai Besi adalah sangat ‘under- represented’ kerana dari segi jumlah pengundi, Sungai Besi seharusnya mempunyai sembilan ahli Parlimen, ia juga bermakna satu undi di Julau adalah sama dengan sembilan undi di Sungai Besi. Walaupun ‘weightage’ harus diberi kepada pengundi-pengundi yang tinggal di luar bandar di sebabkan masalah komunikasi, pengangkutan dan sebagainya, tetapi ‘weightage’ ini tidaklah seharusnya menjadi begitu ketara sehingga terdapat jurang yang meluas antara pengundi bandar dan luar bandar.41 Barisan Nasional dan Hegemoni Politik Dalam tempoh sepuluh tahun (1974-1984), landskap politik Kuala Lumpur yang selama ini terkenal sebagai kubu kuat parti pembangkang berjaya dineutralkan oleh kerajaan pemerintah melalui pendekatan berorientasikan pembangunan. Dengan mempromosi idealisme patronaged democracy mesej politik yang cuba disampaikan kepada masyarakat Melayu ialah kesejahteraan, perlindungan hak Melayu di Malaysia serta pembangunan sosio-ekonomi bergantung kepada kesetiaan sokongan politik terhadap UMNO. Penglibatan kerajaan yang begitu dominan dalam pembangunan ekonomi- politik Malaysia memberi peluang kepada Barisan Nasional membentuk ideologi populisdanmenanamsatubentukorientasibudayapolitikbahawahanyapemerintah yang sedia ada sahaja mampu untuk mewujudkan kestabilan ekonomi-politik di negara ini. Rancangan pembangunan ini telah berupaya mengawal sebarang bentuk penentangan politik (political resistence) dan pemulauan sokongan politik (political boycott) daripada majoriti masyarakat. Persaingan Politik Barisan Nasional dan Pembangkang Sehingga akhir abad ke-20, politik Kuala Lumpur terus kekal dicorakkan oleh amalan ‘racial line’ yang menjadi nilai dan budaya politik masyarakat berbilang kaum di negara ini sejak sekian lama. Barisan Nasional yang diterajui oleh terasnya iaitu UMNO telah menguasai kawasan-kawasan Parlimen yang mempunyai undi majoriti Melayu42 dan kawasan campuran,43 manakala DAP terus kekal menguasai kawasan-kawasan tradisional mereka yang mempunyai majoriti besar penduduk berketurunan Cina.44 Semenjak pembentukan Kuala Lumpur sebagai sebuah wilayah yang tersendiri pada tahun 1974, persaingan politik di wilayah yang ditadbir terus oleh kerajaan Persekutuan ini bolehlah dianggap sebagai pertarungan antara dua buah entiti politik perkauman yang amat berpengaruh, iaitu parti-parti komponen yang bersatu di bawah Barisan Nasional dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Selain dua entiti politik ini, kehadiran parti-parti lain seperti PAS dianggap tidak begitu berkesan. Sejak dari tahun 1959 sehingga Pilihan Raya Umum 1995 ternyata PAS belum berjaya menyaingi pengaruh UMNO. Kehadiran parti Semangat 46 dalam pilihan raya 1990 dan 1995 juga gagal menggugat UMNO yang bertapak kuat di peringkat akar umbi dalam kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur. Penyertaan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) pula dianggap tidak membawa sebarang makna kerana selain tidak berupaya membawa cabaran, parti ini sendiri menghadapi krisis kelangsungan (survival) disebabkan ideologinya yang semakin tidak relevan dengan perkembangan arus politik semasa. Book 1.indb 33 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 36. 34 Demokrasi Dan Pilihan Raya Pilihan raya umum yang berlangsung antara tahun 1974 hingga tahun 1995 menyaksikan pertarungan sebenar di antara Barisan Nasional dan DAP.45 Selepas mengalami kekalahan yang teruk dalam pilihan raya tahun 1969, Barisan Nasional yang menggantikan Perikatan mula menyusun semula kekuatan dan berjaya memenangi dua daripada lima kerusi Parlimen yang dipertandingkan iaitu Parlimen Setapak dan Damansara.46 Parti pembangkang DAP pula, selain mendapat tentangan Barisan Nasional, DAP juga mendapat saingan dari PEKEMAS,47 iaitu sebuah parti politik pembangkang baru yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin GERAKAN, Dr. Tan Chee Khoon. DAP berjaya menguasai Parlimen Bukit Bintang dan Parlimen Sungai Besi. Pilihan raya tahun 1978 dan 1982 memperlihatkan pola pengundian yang sama sifatnya, iaitu perkauman dan kewilayahan menjadi faktor utama dalam penentuan sokongan terhadap parti-parti yang bertanding. DAP secara jelasnya terus mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi di kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pengundi Cina pada paras 80 hingga 90 peratus seperti di Parlimen Kepong, Kuala Lumpur Bandar (dulu dikenali sebagai Bukit Bintang) dan Sungai Besi. Manakala Barisan Nasional pula mendapat sokongan padu pengundi- pengundi di kawasan majoriti Melayu seperti di Setapak dan kawasan pengundi campuran, iaitu di Damansara. Pola pengundian seperti ini berterusan sebagaimana yang diperlihatkan dalam pilihan raya 1986 dan 1990. Persempadanan kawasan pilihan raya tahun 1984 telah menambahkan bilangan kawasan majoriti Melayu kepada dua kawasan, iaitu Titiwangsa (dulu dikenali sebagai Setapak) dan Lembah Pantai (dulu sebahagian besarnya meliputi kawasan Damansara). Sebuah kawasan campuran diwujudkan dalam persempadanan PARTI 1974 1978 1982 1986 1990 1995 JUMLAH 1974-1995 BN 2 2 2 3 3 6 18 DAP 2 3 3 4 4 4 20 PEKEMAS 1 0 * * * * 1 BEBAS 0 0 0 * 0 0 0 PPM * 0 * * * * 0 PAS * 0 0 0 * 0 0 NASMA * * * 0 * * 0 SDP * * * 0 * * 0 PRM * * * * * 0 0 S46 * * * * 0 0 0 JUMLAH KERUSI 5 5 5 7 7 10 39 Jadual 4: Pilihan Raya Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1974-1995: Kerusi Yang Dimenangi Parti Yang Bertanding Nota: * Tidak bertanding/Belum ditubuhkan Sumber: Disesuaikan dari Keputusan Pilihan Raya Umum, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 1974- 1995. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004. Book 1.indb 34 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 37. 35Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 ini, iaitu Parlimen Batu. Oleh kerana perkauman dan garis kewilayahan masih menjadi faktor utama penentuan tingkah laku pengundi, kemenangan parti-parti yang bertanding bagai dapat diduga lebih awal apabila DAP terus mengekalkan penguasaan di kawasan majoriti pengundi Cina iaitu di Kepong, Bukit Bintang, Seputeh dan Sungai Besi manakala Barisan Nasional terus mengekalkan penguasaan di kawasan majoriti Melayu dan kawasan pengundi campuran. Walau bagaimanapun, pilihan raya tahun 1995 memaparkan keputusan yang paling menarik dan bersejarah. Persempadanan semula kawasan oleh SPR pada tahun 1992 telah menambah kawasan majoriti pengundi Melayu dan pengundi campuran masing-masing kepada tiga kawasan. Bagaimanapun kawasan majoriti Cina terus kekal pada angka empat kerusi. Pilihan raya 1995 mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya Barisan Nasional mendominasi politik Kuala Lumpur dengan berjaya memenangi bilangan kerusi yang terbanyak, iaitu enam daripada sepuluh kerusi yang dipertandingkan. Barisan Nasional juga buat pertama kalinya berjaya menguasai undi popular, iaitu sebanyak 59.0 peratus, iaitu yang tertinggi dalam sejarah penyertaan gabungan politik ini dalam pilihan raya di Kuala Lumpur berbanding 44.0 peratus yang dicapainya pada tahun 1974, 25 peratus tahun 1978, 49.8 peratus bagi tahun 1982, 41 peratus tahun 1986 dan sebanyak 43 peratus bagi tahun 1990.48 Penganalisis politik menganggap tahun 1995 sebagai kemuncak kegemilangan Barisan Nasional di Kuala Lumpur dan kekuatan parti ini dianggap telah mencapai tahap hegemoni sepenuhnya.49 Jadual 5 Pilihan raya Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1974-1995: Perbandingan Undi Popular BN dan Pembangkang 0 10 20 30 40 50 60 70 80 1974 1978 1982 1986 1990 1995 BN Pembangkang Column1 Jadual 5: Pilihan Raya Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1974-1995: Perbandingan Undi Popular BN dan Pembangkang Kesimpulan Perbincangan yang diberikan jelas menunjukkan bahawa politik perkauman terus kukuh dan menebal di Kuala lumpur dari tahun 1969-1999. Struktur politik bandar yang kuat dipengaruhi kerangka perkauman menjadi penyumbang utama ketidakstabilan politik Kuala Lumpur sehingga mencetuskan peristiwa berdarah pada1969.DalamtempohtigapuluhtahundariPeristiwa13Mei1969,perkembangan politik Kuala Lumpur banyak dipengaruhi oleh Barisan Nasional yang berjaya mengkonstruksi suatu bentuk ideologi populis terhadap masyarakat Malaysia. Ia secara tidak langsung juga turut membantu memobilasi masyarakat untuk lebih berinteraksi di dalam kerangka sistem pembangunan ekonomi politik Malaysia. Book 1.indb 35 5/24/2012 9:24:32 AM