SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 6
Panduan Menghafaz Al-Quran
Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing
manusia ke jalan yang benar. Oleh kerana ia yang akhir, maka ia lebih
lengkap dibandingkan dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Al-
Quran juga merupakan kitab yang mu`jiz. Bahasanya tinggi, sasteranya
indah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi
segenap aspek kehidupan manusia. Dan yang lebih hebat lagi, ia boleh
dihafaz oleh manusia dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuat
demikian. Tentu ada sesuatu hikmah disebaliknya, justeru kita dianjurkan
supaya menghafaznya.
Menghafaz Al-Quran bukan perkara baru. Sejak ia diturunkan ia telah pun
dihafaz. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama menghafaz Al-
Quran. Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul-
Hufaaz (Penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanya
menghafaz Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al-
Quran, dan ada di antaranya yang menghafaz sebahagiannya sahaja. Bagi
setiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya
cukup untuk dibaca di dalam solat.
Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja,
malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu. Tidak ada bahasa lain
yang dapat menterjemahkan perkataan Hafaz atau (hifz) dalam bahasa
Aarab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga, dan memelihara. Justeru,
orang yang menghafaz Al-Quran ialah orang yang memelihara Al-Quran
daripada hilang. Ia menyimpannya di dalam dada, dan ia membacanya selalu
supaya tidak lupa dan tidak hilang. Khuram Murad menyebutkan di dalam
bukunya Way to the Qur'an (1991) dengan mengatakan bahawa:
The word Hifz now used in the limited sense of memorizing, includes
both understanding and practice. In fact there is no English word
which can accurately reflect its true and full meaning.
Hifz is an essential way of making the Qur'an penetrate you. It is not
a mechanical, ritual etc., it is an act of high spiritual and devotional
impotence. Through Hifz one can read in prayers and ponder its
meaning. It makes the Qur'an flow on your tongue, reside in your
mind, dwell in your heart, and it becomes your constant companion.
Berdasarkan kepada kenyataan ini, kita faham bahawa menghafaz bukan
bermaksud mengingat sahaja, walau pun mengingat itu satu daripada unsur
menghafaz. Menghafaz bermaksud menjaga, mengulang dan menghayati.
Proses menghafaz bermula dengan membaca dan mengulang. Yang telah
lekat di dalam dada itu dijaga supaya tidak hilang. Caranya ialah juga dengan
selalu mengulang-ulang bacaan. Menghayati maksud ayat-ayat yang dibaca
itu tidak dapat dilakukan kecuali dengan memahami maknanya. Dan ini juga
merupakan satu aktiviti yang perlu diambil perhatian.
Menghafaz al-Quran tidak seperti menghafaz senikata lagu dan prinsip-
prinsip matematik atau sains. Selain daripada sifatnya yang tidak sama itu,
menghafaz Al-Quran adalah ibadat. Ia suatu amalan untuk mendekatkan diri
dengan Allah s.w.t.. Dengan sebab itu ia mempunyai beberapa kelebihan.
Jadi, sebelum kita bincangkan tentang panduan dan cara-cara menghafaz,
elok jika kita perhatikan dahulu tentang kelebihan membaca dan menghafaz
Al-Quran.
Firman Allah:
Maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang
paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang
mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar"
Surah Al-Isra 9.
FimanNya lagi:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab
Allah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezeki
yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secara
terang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak
akan binasa (pahala yang bekekelan), nescaya Allah akan
menyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut mereka
dapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapa
kelebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amat
bersyukur". Surah Fatir 29-30.
Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.)
bersabda bemaksud:
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Ta'ala, maka
baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan
sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf,
tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". Riwayat Ibnu
Mas'ud.
Abu Umamah al-Bahili r.a. meriwayatkan dengan katanya: "Aku
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari
Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya"
Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di
dalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan
penawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin. Ini adalah berdasarkan
firman Allah:
Bermaksud: "Dan Kami turunkan sebahagian daripada ayat-ayat
Al-Quran itu menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukmin".
Surah Isra 82.
Fadhilat Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah
mendengarnya pun mendapat banyak manfaat. Antaranya ialah seperti yang
disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang mendengar (bacaan) satu ayat dari kitab Allah
(Al-Quran), maka ayat itu menjadi nur (cahaya) baginya". Riwayat
Ibnu Abbas r.a.
Malah,lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami dan
mengajarkannya kepada orang lain. Kerana dengan menghafaz kita dapat
memelihara Al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat
menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah.
Dalam sebuah hadis riwayat Uthman bin 'Affan bahawa Nabi s.a.w. bersabda
yang maksudya:
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan
mengajarnya kepada orang lain"
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu
Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak
menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dan
sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang
masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang
kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita
baik daripada Allah Ta'ala".
Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya
walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w. menganggapkan orang yang tidak
membaca Al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal
dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruh yang
hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w. bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran
di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir
runtuh" Hadis riwayat Tarmizi.
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis seperti yang
dibentangkan di atas, marilah sama-sama kita insaf diri dan kembali kepada
Al-Quran. Iaitu dengan mempelajarinya, memahami, menghafaz dan
mengamal serta menghayati ajarannya.
Di bawah ini dipeturunkan sedikit panduan menghafaz Al-Quran bagi yang
berminat. Jika ada kemusykilan, sila hubungi penulis.
Panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran
Bagi guru Pendidikan Islam, sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana-
mana ayat Al-Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihan
mengahafaz Al-Quran dan kelebihan menghafaz ayat-ayat tertentu dan
kenapa ayat-ayat berkenaan perlu dihafaz. Adalah tidak wajar jika guru hanya
menyuruh pelajarnya menghafaz tanpa memberitahu caranya.
Guru juga dikehendakki memberitahu pelajar tentang panduan menghafaz.
Ini bertujuan supaya proses menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidak
membosankan . Di samping itu ia juga tidak mudah lupa.
A. Adab-adab sebelum membaca/menghafaz Al-Quran.
Kerana Al-Quran kitab yang suci, jadi kita perlu muliakannya sesuai dengan
kesucian dan ketinggiannya. Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnya
akan melekat di dada kita. Antara adab-adabnya ialah:
1. Bersuci dan berwuduk
2. Memakai pakaian yang bersih
3. Berada di tempat yang bersih dan sunyi
4. Mengadap kiblat
5. Ikhlaskan niat. Menghafaz kerana hendak menghafaz, sebab Allah
dan rasulNya suka orang yang menghafaz Al-Quran, bukan kerana
sebab-sebab lain yang bersifat keduniaan
B. Teknik menghafaz Al-Quran
1. Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul dan
lambat-lambat (Tartil). Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya
sahaja.
2. Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
3. Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).
4. Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betul-
betul lancar.
5. Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan. Iaitu baca tanpa
melihat kepada mushaf. Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat
mushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihat
mushaf.
6. Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat
mushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti
langkah 1, 2, 3, 4, dan 5.
7. Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari
awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf,
melainkan jika tersangkut atau tidak lancar.
8. Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar.
9. Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu di
dalam solat.
10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.
Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang
dapat dipaparkan untuk tatapan pembaca. Jika ada kabaikan, itu ialah
pertolongan daripada Allah Ta'ala. Jika ada kekurangan, itulah sifat manusia
yang serba kekurangan, justeru berbanyak maaf dipinta. Semoga rencana
yang ringkas ini memberi manfaat untuk semua.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados (20)

Kunci tadabbur al qur'an
Kunci tadabbur al qur'anKunci tadabbur al qur'an
Kunci tadabbur al qur'an
 
Bacalah al quran
Bacalah al quranBacalah al quran
Bacalah al quran
 
Hafiz alquran
Hafiz alquranHafiz alquran
Hafiz alquran
 
Kunci Tadabbur al quran
Kunci Tadabbur al quranKunci Tadabbur al quran
Kunci Tadabbur al quran
 
Adab Membaca Al Quran
Adab Membaca Al QuranAdab Membaca Al Quran
Adab Membaca Al Quran
 
Ilmu tajwid
Ilmu tajwidIlmu tajwid
Ilmu tajwid
 
Adab Membaca Al - Quran
Adab Membaca Al - QuranAdab Membaca Al - Quran
Adab Membaca Al - Quran
 
Makalah mengenai Surat al fatihah
Makalah mengenai Surat al fatihahMakalah mengenai Surat al fatihah
Makalah mengenai Surat al fatihah
 
Adab terhadap Al-Qur'an
Adab terhadap Al-Qur'anAdab terhadap Al-Qur'an
Adab terhadap Al-Qur'an
 
Perintah membaca al qur’an
Perintah membaca al qur’anPerintah membaca al qur’an
Perintah membaca al qur’an
 
Bunga
BungaBunga
Bunga
 
Khutbah
Khutbah Khutbah
Khutbah
 
Adab al-quran
Adab al-quranAdab al-quran
Adab al-quran
 
Belajar tajwid
Belajar tajwidBelajar tajwid
Belajar tajwid
 
Adab Terhadap Kalam Allah SWT
Adab Terhadap Kalam Allah SWTAdab Terhadap Kalam Allah SWT
Adab Terhadap Kalam Allah SWT
 
Keutamaan Membaca al Qur’an
Keutamaan Membaca al Qur’anKeutamaan Membaca al Qur’an
Keutamaan Membaca al Qur’an
 
Panduan praktis berinteraksi dengan aq
Panduan praktis berinteraksi dengan aqPanduan praktis berinteraksi dengan aq
Panduan praktis berinteraksi dengan aq
 
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
 
Keutamaan Membaca dan Mengkaji Al-Quran
Keutamaan Membaca dan Mengkaji Al-QuranKeutamaan Membaca dan Mengkaji Al-Quran
Keutamaan Membaca dan Mengkaji Al-Quran
 
S lide kunci tadabbur qur'an
S lide kunci tadabbur qur'anS lide kunci tadabbur qur'an
S lide kunci tadabbur qur'an
 

Semelhante a Panduan Menghafaz Al-Quran

Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwidCik BaCo
 
Pentingnya menghafal dan memahami al quran
Pentingnya menghafal dan memahami al quranPentingnya menghafal dan memahami al quran
Pentingnya menghafal dan memahami al quranRisou Kun
 
Kerangka dasar-ajaran-islam h
Kerangka dasar-ajaran-islam hKerangka dasar-ajaran-islam h
Kerangka dasar-ajaran-islam hjay fajar
 
Khutbah Nuzulul Quran & Lailatul Qadar.docx
Khutbah Nuzulul Quran & Lailatul Qadar.docxKhutbah Nuzulul Quran & Lailatul Qadar.docx
Khutbah Nuzulul Quran & Lailatul Qadar.docxWollKopones
 
Bab 8 adab berdoa dan membaca alquran
Bab 8 adab berdoa dan membaca alquranBab 8 adab berdoa dan membaca alquran
Bab 8 adab berdoa dan membaca alquranwildiaekafutikha
 
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docx
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docxStudi Pendidikan Al-Qur'an.docx
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docxZukét Printing
 
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdfStudi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdfZukét Printing
 
Ibadah pada bulan ramadhan
Ibadah pada bulan ramadhanIbadah pada bulan ramadhan
Ibadah pada bulan ramadhanJihanFuraidaa
 
Asas Adab-Adab Al-Quran.pptx
Asas Adab-Adab Al-Quran.pptxAsas Adab-Adab Al-Quran.pptx
Asas Adab-Adab Al-Quran.pptxubadahlokman1
 
Akhlaq terhadap al quran ppt
Akhlaq terhadap al quran pptAkhlaq terhadap al quran ppt
Akhlaq terhadap al quran pptDen Yk
 
METODE MENGHAFAL ALQURAN YANG EFEKTIF BAGI UMU ALFAUZAN
METODE MENGHAFAL ALQURAN YANG EFEKTIF BAGI UMU ALFAUZANMETODE MENGHAFAL ALQURAN YANG EFEKTIF BAGI UMU ALFAUZAN
METODE MENGHAFAL ALQURAN YANG EFEKTIF BAGI UMU ALFAUZANSidratulMuntaha197270
 
Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2
Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2
Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2fitridheasari
 
Trik jitu menghafal qur'an
Trik jitu menghafal qur'anTrik jitu menghafal qur'an
Trik jitu menghafal qur'anHastha Sunardi
 
Bagaimana menjadi ahlul qur'an
Bagaimana menjadi ahlul qur'anBagaimana menjadi ahlul qur'an
Bagaimana menjadi ahlul qur'anHastha Sunardi
 

Semelhante a Panduan Menghafaz Al-Quran (20)

Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwid
 
Pentingnya menghafal dan memahami al quran
Pentingnya menghafal dan memahami al quranPentingnya menghafal dan memahami al quran
Pentingnya menghafal dan memahami al quran
 
Kerangka dasar-ajaran-islam h
Kerangka dasar-ajaran-islam hKerangka dasar-ajaran-islam h
Kerangka dasar-ajaran-islam h
 
Tahsinul Qur'an.docx
Tahsinul Qur'an.docxTahsinul Qur'an.docx
Tahsinul Qur'an.docx
 
Al qur'an uinsu '16
Al qur'an uinsu '16Al qur'an uinsu '16
Al qur'an uinsu '16
 
Khutbah Nuzulul Quran & Lailatul Qadar.docx
Khutbah Nuzulul Quran & Lailatul Qadar.docxKhutbah Nuzulul Quran & Lailatul Qadar.docx
Khutbah Nuzulul Quran & Lailatul Qadar.docx
 
Bab 8 adab berdoa dan membaca alquran
Bab 8 adab berdoa dan membaca alquranBab 8 adab berdoa dan membaca alquran
Bab 8 adab berdoa dan membaca alquran
 
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docx
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docxStudi Pendidikan Al-Qur'an.docx
Studi Pendidikan Al-Qur'an.docx
 
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdfStudi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
Studi Pendidikan Al-Qur'an.pdf
 
Ibadah pada bulan ramadhan
Ibadah pada bulan ramadhanIbadah pada bulan ramadhan
Ibadah pada bulan ramadhan
 
Tafsir al-fatihah
Tafsir al-fatihahTafsir al-fatihah
Tafsir al-fatihah
 
Materi PAI
Materi PAIMateri PAI
Materi PAI
 
Asas Adab-Adab Al-Quran.pptx
Asas Adab-Adab Al-Quran.pptxAsas Adab-Adab Al-Quran.pptx
Asas Adab-Adab Al-Quran.pptx
 
Akhlaq terhadap al quran ppt
Akhlaq terhadap al quran pptAkhlaq terhadap al quran ppt
Akhlaq terhadap al quran ppt
 
METODE MENGHAFAL ALQURAN YANG EFEKTIF BAGI UMU ALFAUZAN
METODE MENGHAFAL ALQURAN YANG EFEKTIF BAGI UMU ALFAUZANMETODE MENGHAFAL ALQURAN YANG EFEKTIF BAGI UMU ALFAUZAN
METODE MENGHAFAL ALQURAN YANG EFEKTIF BAGI UMU ALFAUZAN
 
Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2
Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2
Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2
 
Trik jitu menghafal qur'an
Trik jitu menghafal qur'anTrik jitu menghafal qur'an
Trik jitu menghafal qur'an
 
Ibadah pada Bulan Ramadhan
Ibadah pada Bulan RamadhanIbadah pada Bulan Ramadhan
Ibadah pada Bulan Ramadhan
 
Bagaimana menjadi ahlul qur'an
Bagaimana menjadi ahlul qur'anBagaimana menjadi ahlul qur'an
Bagaimana menjadi ahlul qur'an
 
Bab 3 quran hadis pedoman hidup 2
Bab 3 quran hadis pedoman hidup 2Bab 3 quran hadis pedoman hidup 2
Bab 3 quran hadis pedoman hidup 2
 

Panduan Menghafaz Al-Quran

  • 1. Panduan Menghafaz Al-Quran Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Oleh kerana ia yang akhir, maka ia lebih lengkap dibandingkan dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Al- Quran juga merupakan kitab yang mu`jiz. Bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Dan yang lebih hebat lagi, ia boleh dihafaz oleh manusia dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuat demikian. Tentu ada sesuatu hikmah disebaliknya, justeru kita dianjurkan supaya menghafaznya. Menghafaz Al-Quran bukan perkara baru. Sejak ia diturunkan ia telah pun dihafaz. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama menghafaz Al- Quran. Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul- Hufaaz (Penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanya menghafaz Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al- Quran, dan ada di antaranya yang menghafaz sebahagiannya sahaja. Bagi setiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya cukup untuk dibaca di dalam solat. Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu. Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan Hafaz atau (hifz) dalam bahasa Aarab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga, dan memelihara. Justeru, orang yang menghafaz Al-Quran ialah orang yang memelihara Al-Quran daripada hilang. Ia menyimpannya di dalam dada, dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang. Khuram Murad menyebutkan di dalam bukunya Way to the Qur'an (1991) dengan mengatakan bahawa: The word Hifz now used in the limited sense of memorizing, includes both understanding and practice. In fact there is no English word which can accurately reflect its true and full meaning. Hifz is an essential way of making the Qur'an penetrate you. It is not a mechanical, ritual etc., it is an act of high spiritual and devotional impotence. Through Hifz one can read in prayers and ponder its meaning. It makes the Qur'an flow on your tongue, reside in your mind, dwell in your heart, and it becomes your constant companion.
  • 2. Berdasarkan kepada kenyataan ini, kita faham bahawa menghafaz bukan bermaksud mengingat sahaja, walau pun mengingat itu satu daripada unsur menghafaz. Menghafaz bermaksud menjaga, mengulang dan menghayati. Proses menghafaz bermula dengan membaca dan mengulang. Yang telah lekat di dalam dada itu dijaga supaya tidak hilang. Caranya ialah juga dengan selalu mengulang-ulang bacaan. Menghayati maksud ayat-ayat yang dibaca itu tidak dapat dilakukan kecuali dengan memahami maknanya. Dan ini juga merupakan satu aktiviti yang perlu diambil perhatian. Menghafaz al-Quran tidak seperti menghafaz senikata lagu dan prinsip- prinsip matematik atau sains. Selain daripada sifatnya yang tidak sama itu, menghafaz Al-Quran adalah ibadat. Ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.. Dengan sebab itu ia mempunyai beberapa kelebihan. Jadi, sebelum kita bincangkan tentang panduan dan cara-cara menghafaz, elok jika kita perhatikan dahulu tentang kelebihan membaca dan menghafaz Al-Quran. Firman Allah: Maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar" Surah Al-Isra 9. FimanNya lagi:
  • 3. Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secara terang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan binasa (pahala yang bekekelan), nescaya Allah akan menyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut mereka dapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapa kelebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amat bersyukur". Surah Fatir 29-30. Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) bersabda bemaksud: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Ta'ala, maka baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". Riwayat Ibnu Mas'ud. Abu Umamah al-Bahili r.a. meriwayatkan dengan katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya" Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin. Ini adalah berdasarkan firman Allah: Bermaksud: "Dan Kami turunkan sebahagian daripada ayat-ayat Al-Quran itu menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukmin". Surah Isra 82. Fadhilat Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat. Antaranya ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud:
  • 4. "Sesiapa yang mendengar (bacaan) satu ayat dari kitab Allah (Al-Quran), maka ayat itu menjadi nur (cahaya) baginya". Riwayat Ibnu Abbas r.a. Malah,lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain. Kerana dengan menghafaz kita dapat memelihara Al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah. Dalam sebuah hadis riwayat Uthman bin 'Affan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudya: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain" Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dan sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita baik daripada Allah Ta'ala". Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w. menganggapkan orang yang tidak membaca Al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruh yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w. bermaksud: "Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir runtuh" Hadis riwayat Tarmizi. Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis seperti yang dibentangkan di atas, marilah sama-sama kita insaf diri dan kembali kepada Al-Quran. Iaitu dengan mempelajarinya, memahami, menghafaz dan mengamal serta menghayati ajarannya. Di bawah ini dipeturunkan sedikit panduan menghafaz Al-Quran bagi yang berminat. Jika ada kemusykilan, sila hubungi penulis.
  • 5. Panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran Bagi guru Pendidikan Islam, sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana- mana ayat Al-Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihan mengahafaz Al-Quran dan kelebihan menghafaz ayat-ayat tertentu dan kenapa ayat-ayat berkenaan perlu dihafaz. Adalah tidak wajar jika guru hanya menyuruh pelajarnya menghafaz tanpa memberitahu caranya. Guru juga dikehendakki memberitahu pelajar tentang panduan menghafaz. Ini bertujuan supaya proses menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidak membosankan . Di samping itu ia juga tidak mudah lupa. A. Adab-adab sebelum membaca/menghafaz Al-Quran. Kerana Al-Quran kitab yang suci, jadi kita perlu muliakannya sesuai dengan kesucian dan ketinggiannya. Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnya akan melekat di dada kita. Antara adab-adabnya ialah: 1. Bersuci dan berwuduk 2. Memakai pakaian yang bersih 3. Berada di tempat yang bersih dan sunyi 4. Mengadap kiblat 5. Ikhlaskan niat. Menghafaz kerana hendak menghafaz, sebab Allah dan rasulNya suka orang yang menghafaz Al-Quran, bukan kerana sebab-sebab lain yang bersifat keduniaan B. Teknik menghafaz Al-Quran 1. Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul dan lambat-lambat (Tartil). Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya sahaja. 2. Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar. 3. Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir). 4. Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betul- betul lancar. 5. Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan. Iaitu baca tanpa melihat kepada mushaf. Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat mushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihat mushaf. 6. Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat mushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti langkah 1, 2, 3, 4, dan 5.
  • 6. 7. Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf, melainkan jika tersangkut atau tidak lancar. 8. Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar. 9. Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu di dalam solat. 10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa. Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang dapat dipaparkan untuk tatapan pembaca. Jika ada kabaikan, itu ialah pertolongan daripada Allah Ta'ala. Jika ada kekurangan, itulah sifat manusia yang serba kekurangan, justeru berbanyak maaf dipinta. Semoga rencana yang ringkas ini memberi manfaat untuk semua.