SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 58
TEORI-TEORI SOSIAL
    TERKEMUKA
(Major Social Theories)
TEORI SOSIAL
•   Teori Struktural-Fungsional
•   Teori Konflik
•   Teori Interaksi Simbolik
•   Teori Pertukaran Sosial
•   Teori Feminis
•   Teori Pemodenan
•   Teori Pasca-Pemodenan
TEORI STRUKTURAL-FUNGSIONAL
Teori Struktural-Fungsional
• Teori struktural-fungsional (atau ringkasnya
  teori fungsional pada asasnya melihat
  masyarakat berada dalam keadaan stabil dan
  mantap.
• Masyarakat dilihat sebagai satu keseluruhan
  (whole) yang terdiri daripada bahagian-
  bahagian (parts).
• Setiap bahagian berfungsi, dengan pengertian
  setiap bahagian memberi sumbangan terdapat
  wujudnya keseluruhan yang dimaksudkan.
• Sumbangan setiap bahagian itu adalah untuk
  memenuhi pelbagai keperluan dalam
  masyarakat, termasuk keperluan saradiri,
  integrasi, dll.
• Para fungsionalis sering membuat analogi
  atau mengibaratkan masyarakat itu seperti
  organisma biologis (seperti tubuh badan
  manusia) yang terdiri daripada anggota-
  anggota badan, setiap satunya berfungsi
  (memberi sumbangan) terhadap wujudnya
  tubuh badan tersebut sebagai satu
  keseluruhan (whole).
• Mana-mana bahagian (anggota badan) yang
  tidak memberi sumbangan atau yang
  merosakkan tubuh badan itu dikatakan tidak
  berfungsi (dysfunction).
• Bahagian itu patut dipisahkan daripada tubuh
  badan tersebut demi menjaga kesetabilan dan
  kelangsungan (survival).
• Pendekatan ini dikatakan sebagai pendekatan
  organicisme (organicism).
• Jika dilihat masyarakat sebagai satu sistem
  sosial (social system), maka ia terdiri daripada
  beberapa sub-sistem, yang setiap satunya
  berfungsi.
• Sub-sistem itu pula mempunyai hubungan
  yang fungsional antara satu sama lain, dan
  bersifat saling bantu membantu
  (complementary).
• Jika satu-satu sub-sistem itu berubah, maka
  sub-sistem yang lain, malah keseluruhan
  sistem sosial itu akan berubah.
• Contohnya, jika sub-sistem ekonomi berubah,
  maka akan berlaku perubahan kepada sub-
  sistem sub-sistem politik, pendidikan,
  kekeluargaan, perubatan, nilai dll.
Intipati Teori Struktural-Fungsional
• Fokus ke atas keadaan yang teratur dan
  kestabilan dalam masyarakat.
• Masyarakat adalah satu system yang sering
  berhubungan, mempunyai bahagian yang
  sering bergantungan, dan bahagian-bahagian
  ini adalah institusi social atau struktur,
  contohnya institusi keluarga, pendidikan,
  ekonomi, agama, dll.
• Fungsi setiap bahagian adalah sumbangan
  bahagian tersebut kepada sistem, dan juga
  kesannya ke atas bahagian yang lain.
• Setiap bahagian berfungsi untuk
  mempertahankan sistem yang teratur
  lantaran itu mengekalkan ketenteraman
  sosial.
• Anggota masyarakat mempunyai satu rangkap
  nilai dan pola tingkahlaku yang dikongsi
  bersama.
Tokoh Teori Struktural-Fungsional

• Antara tokoh utama yang mendokong teori
  fungsionalis ini termasuk : Emile Durkheim,
  Talcott Parsons, Robert Merton, dan Jeffrey
  Alexander.
• Emile Dukheim adalah pendokong teori
  fungsional klasik, sedangkan yang lain-lain
  adalah pendokong teori struktural-fungsional
  moden.
Emile Durkheim

• Tiga perkara utama yang dihubungkan
  dengan idea atau pemikiran Durkheim,
  berkaitan dengan teori fungsional adalah:
  1. Fakta Sosial (Social Facts);
  2. Perpaduan Dalam Masyarakat;
  3. Fenomina Bunuh Diri (Suicide)
Fakta Sosial (Social Facts)
• Dalam karya beliau "The Rules of Sociological
  Method", Durkheim mengatakan bahan kajian
  sosiologi yang terutama ialah fakta sosial (social
  facts).
• Semua fenomina sosial seperti perkahwinan,
  adat resam, undang-undang, pendidikan,
  kepercayaan, kepimpinan, dll. adalah
  merupakan fakta sosial
• Mengikut Durkheim fakta sosial mesti
  dianggap sebagai "benda" (things) yang boleh
  dikaji secara objektif dan terkawal, sama
  seperti seorang saintis mengkaji objek fizikal
  dalam sains tulin.
• Sebagai anggota masyarakat, seseorang
  individu mesti akur kepada kehendak
  masyarakat, dengan cara mengikut peraturan-
  peraturan yang terdapat dalam mana-mana
  fakta sosial yang diterima bersama.
• Misalnya, dalam perkahwinan, seseorang itu
  mesti akur atau mengikut prosedur
  perkahwinan (adat resam dsb) yang umum
  yang menjadi amalan bersama.
• Dilihat dalam konteks ini fakta sosial dikatakan
  mengenakan tekanan (constraint) ke atas
  individu tersebut demi menjamin kelansungan
  (survival) dan kestabilan masyarakat.
• Durkheim juga mengatakan satu-satu fakta itu
  dikaji dalam konteks hubungannya dengan
  fakta sosial lain yang terdahulu daripadanya.
• Satu fakta sosial menyebabkan wujudnya
  fakta sosial yang lain.
• Oleh kerana satu-satu fakta sosial itu dilihat
  dalam konteks masyarakat atau kumpulan,
  dan tidak dalam konteks individu, maka yang
  lebih diutamakan adalah perkara yang berlaku
  dalam masyarakat atau kumpulan tersebut.
• Contohnya, jika perpaduan dalam satu-satu
  kumpulan itu longgar, maka kumpulan tidak
  boleh mengawal perlakuan individu atau
  memberi perlindungan kepada individu
  tersebut, tetapi perlu mencari kaedah atau
  cara untuk mengatasinya secara umum.
• Kadar bunuh diri yang tinggi dalam
  masyarakat Barat pada abad 19 dikatakan
  berlaku sebagai akibat daripada kelonggaran
  perpaduan dalam masyarakat.
Perpaduan Dalam Masyarakat
• Dalam bukunya "Division of Labour in Society",
  Durkheim mengatakan terdapat dua bentuk
  perpaduan dalam masyarakat, iaitu:
  perpaduan mekanikal (mechanical solidarity)
  dan perpaduan organik (organic solidarity).
Perpaduan Mechanical

• Perpaduan ini wujud atas asas-asas kesamaan
  (a solidarity of resemblance).
• Apabila terdapat banyak ciri persamaan,
  anggota masyarakat seolah-olah sama antara
  satu dengan yang lain.
• Oleh kerana mendokong nilai yang sama,
  emosi yang sama, atau nasib yang sama,
  anggota masyarakat dikatakan mempunyai
  kesedaran kumpulan yang sama, yang
  disebut sebagai “collective consciousness”.
• Megikut Durkheim, perpaduan mekanikal
  lazimnya lahir dalam masyarakat masyarakat
  simple (simple societies) yang terdapat di
  kawasan luar bandar.
• Kuatnya kesedaran kumpulan, maka banyak
  terdapat tindakan yang konformis di kalangan
  anggota masyarakat.
• Mana-mana penyelewengan akan mendapat
  tekanan daripada masyarakat.
Perpaduan Organic
• Perpaduan organik pula ialah bentuk
  perpaduan yang wujud apabila satu-satu
  masyarakat itu mengalami pembezaan struktur
  (struktural differentiation) seperti masyarakat
  kota yang kompleks.
• Dalam keadaan ini, individu bebas bertindak,
  atau melakukan sesuatu berdasarkan
  kesedaran individu, tidak sangat berdasarkan
  kesedaran kolektif.
Fenomina Bunuh Diri

• Durkheim dalam bukunya ‘Suicide’
  menurunkan empat jenis tindakan
  membunuh diri iaitu:
  (1) bunuh diri egoistik
  (2) bunuh diri altruistik
  (3) bunuh diri anomik
  (4) bunuh diri fatalistik
• Tindakan bunuh diri (1) dan (2) dikaitkan
  dengan darjah integrasi (integration) dalam
  masyarakat –samaada rendah atau tinggi, dan
  tindakan bunuh diri (3) dan (4) dikaitkan
  dengan darjah regulasi atau tekanan ke atas
  penduduk – sama rendah atau tinggi.
• Bunuh diri egoistik berlaku apabila perpaduan
  atau integrasi dalam masyarakat adalah longgar.
• Disebabkan oleh integrasi yang longgar,
  seseorang yang mengalami tekanan jiwa akibat
  masalah yang dihadapi (dalam pelbagai aspek)
  tidak mempunyai tempat untuk mendapat
  pertolongan, bantuan, simpati dll, lantaran itu
  akan mengambil jalan singkat dengan
  membunuh diri.
• Sebaliknya, fenomina bunuh diri altruistik
  berlaku apabila darjah integrasi dalam
  masyarakat menjadi kuat.
• Anggota masyarakat atau kelompok-kelompok
  tertentu dalam masyarakat akan mengambil
  tindakan kolektif membunuh diri secara
  beramai-ramai bagi tujuan menyelesaikan
  masalah atau untuk mendapat kesejahteraan
  tertentu.
• Tindakan membunuh diri oleh pengikut
  Reverand Jim Jones di Jonestown Guyana
  secara beramai-ramai adalah contoh bunuh
  diri altruistik.
• On November 18, 1978, 909 Temple members died
  in Jonestown, Guyana (South America) all but two
  from apparent cyanide poisoning in an event termed
  "revolutionary suicide" by Jones and some members
  on an audio tape of the event and in prior
  discussions. To the extent the actions in Jonestown
  were viewed as a mass suicide, it is the largest such
  event in modern history.


   http://en.wikipedia.org/wiki/Jonestown
• Bunuh diri anomik pula berlaku apabila
  regulasi (regulation) atau peraturan dalam
  masyarakat terganggu.
• Dengan kata lain, masyarakat tidak lagi dapat
  mengawal atau mengatur kehidupan serta
  tindakan penduduk. Mereka kehilangan
  pedoman, tidak ada asas atau tunjung dalam
  hidup (rootlessness), dan tidak ada norma
  (normlessness).
• Perubahan pesat (dalam bidang ekonomi,
  teknologi dll) yang berlaku dalam masyarakat
  menyebabkan peraturan (norma) tradisi
  terkubur, dan peraturan baru tidak lagi wujud.
• Atas kehilangan punca dalam hidup berserta
  dengan tidak ada peraturan yang mengawal,
  maka ada yang mengambil tindakan
  membunuh diri.
• Akhir sekali bunuh diri fatalistik berlaku dalam
  keadaan di mana darjah regulasinya tinggi,
  dan dalam keadaan di mana seseorang
  terpaksa mengikuti segala peraturan
  (regulation).
• Contohnya, fenomina bunuh diri di kalangan
  hamba abdi kerana tidak lagi sanggup
  menjalani hidup yang penuh dengan
  kongkongan dan peraturan.
• Begitu juga, tindakan bunuh diri yang berlaku
  di kalangan para isteri (kes-kes berlaku di
  India) yang tidak sanggup diperlakukan
  sebagai hamba abdi dalam mengharungi alam
  rumah tangga.
TALCOTT PARSONS
• Parsons mengatakan masyarakat sebagai satu
  sistem sosial memperlihatkan perhubungan
  yang tetap antara beberapa sub-sistem di
  dalamnya.
• Antara sub-sistem utama termasuk: ekonomi,
  politik, agama, perundangan, keluarga,
  pendidikan, dll.
SISTEM
         EKONOMI




SISTEM             SISTEM
PERUNDANGA         POLITIK
N




  SISTEM      SISTEM
  KELUARGA    AGAMA
• Setiap bahagian (sub-sistem) dalam masyarakat
  mempunyai fungsi masing-masing.
• Fungsi (function) setiap bahagian itu dilihat dari
  segi sumbangan masing-masing bagi
  meneruskan kewujudan dan pengekalan
  masyarakat itu sebagai satu keseluruhan
  (whole).
• Sebagai seorang pendokong teori fungsionalis,
  Talcott Parsons menumpukan perhatian
  kepada soal memenuhi keperluan (needs)
  dalam masyarakat, di mana fungsi setiap
  bahagian (parts) atau sub-system dalam
  masyarakat adalah ke arah mememenuhi
  keperluan masyarakat yang berbagai-bagai.
• Parsons mengatakan setiap sistem dalam
  masyarakat mesti digerakkan bagi memenuhi
  empat keperluan utama atau bagi mencapai
  empat "functional imperatives" atau AGIL
  berikut:
  1. A = Adaptation
  2. G = Goal Attainment
  3. I = Integration
  4. L = Latency/ Pattern Maintenance
Adaptation
• Mana-mana sistem mesti adapt atau
  menyesuaikan diri dengan persekitaran (sosial
  & bukan-sosial).
• Ini dilakukan dengan cara menguasai
  persekitaran tersebut serta mengadaptasikan
  diri dengannya.
• Bagi memenuhi fungsi adaptasi ini,
  pembahagian tugas (division of labour) adalah
  perlu.
• Ini kerana tidak ada anggota masyarakat yang
  boleh menjalankan peranan/ tugas secara
  serentak pada masa yang sama.
• Pembahagian tugas memungkinkan
  pencapaian yang lebih tinggi kerana terdapat
  pengkhususan dari segi kemahiran.
• Fungsi adaptation dijalankan oleh sub-sistem
  ekonomi.
Goal Attainment

• Setiap sistem mempunyai matlamat tertentu
  yang hendak dicapai, dan segala sumber
  (manusia dan bukan-manusia) yang ada dalam
  masyarakat perlu dimobilisasikan bagi
  mencapai matlamat tersebut.
• Fungsi goal attainment juga memerlukan
  pembahagian tugas (division of labour).
• Tugas mobilisasi sumber serta menentukan
  peranan kepada orang yang sesuai, tepat lagi
  betul mengikut kebolehan, mengikut masa
  dan juga keadaan dijalankan oleh sub-sistem
  pemerintahan atau kerajaan (polity).
Integration

• Setiap sistem mempunyai keinginan untuk
  mewujudkan ketenteraman dan kestabilan.
• Dalam masyarakat juga wujud unsur integrasi
  berlandaskan kepada sistem nilai yang
  dikongsi bersama oleh anggotanya.
• Walau pun tidak dinafikan ada unsur-unsur
  perbezaan pendapat, tetapi bagi
  menjaminkan integrasi, anggota masyarakat
  terpaksa akur kepada peraturan serta nilai
  yang dikongsi bersama .
• Fungsi integrsai dijalankan oleh sub-sistem
  agama & sub-sistem undang-undang.
Latency

• Mana-mana sistem mesti dikekalkan bagi
  mewujudkan kesinambungan (continuity).
• Ini melibatkan dua proses iaitu proses
  sosialisasi (socialization) dan proses kawalan
  sosial (social control).
• Proses sosialisasi adalah proses menurunkan
  tret budaya (cultural traits) dari satu generasi
  kepada satu generasi yang lain bagi
  mewujudkan kesinambungan (continuity).
• Selain itu mana-mana penyelewengan atau
  pelanggaran peraturan dalam masyarakat
  mesti dibetulkan atau dilkawal melalui proses
  kawalan sosial.
• Fungsi latency/pattern maintenance ini
  dijalankan oleh sistem keluarga.
ROBERT P. MERTON
• Merton pada asasnya bersetuju dengan
  gagasan teori fungsional yang melihat
  masyarakat secara keseluruhan berada dalam
  keadaan stabil apabila semua bahagiannya
  berfungsi.
• Namun demikian beliau mengatakan keadaan
  kestabilan itu lebih sesuai jika diaplikasikan
  kepada masyarakat kecil & primitif, tapi tidak
  sedemikian kepada masyarakat moden &
  kompleks.
• Beliau juga mengatakan tidak semua struktur
  atau bentuk masyarakat dan budaya berfungsi
  secara positif.
• Tidak kurang pula ada yang berfungsi secara
  negatif.
• Contoh yang diberikan ialah wujudnya
  semangat nasionalisma yang kuat di
  sesetengah negara yang menjejaskan
  kestabilan politik dunia (dengan ancaman
  tenaga nuclear).
• Beliaulah yang mengemukakan konsep
  dysfunction ditinjau daripada sudut fungsi
  negatif berkenaan.
• Selain daripada konsep dysfunction, Merton
  juga mengemukakan konsep nonfunction
  (tidak berfungsi) ditinjau dari aspek-aspek
  warisan (tradisi) yang sudah ketinggalan
  zaman/ lapok dan tidak lagi sesuai diamalkan
  pada zaman ini.
• Seterusnya Merton mengemukakan konsep
  net balance atau baki keseimbangan apabila
  fungsi positif bagi satu-satu aspek sosial itu
  dibandingkan dengan fungsi negatifnya.
• Beliau mengatakan adakalanya yang positif itu
  lebih berat daripada yang negatif, dan adakala
  pula keadaan sebaliknya berlaku, iaitu yang
  negatif lebih berat daripada yang positif.
• Dengan demikian akan wujud net balance,
  samada lebih condong kepada yang positif,
  atau sebaliknya.
• Bagaimana dengan sistem keluarga luas dalam
  masyarakat Malaysia – apakah net balance
  nya?
• Konsep-konsep lain yang dikemukakan oleh
  Merton ialah fungsi terbuka (manifest
  function), dan fungsi terselindung (latent
  function).
• Fungsi terbuka adalah dihubungkan dengan
  fungsi yang mempunyai matlamat yang diduga
  atau bercorak sengaja (intended), sedangkan
  fungsi terselindung pula bercorak tidak
  sengaja atau tidak didugakan berlaku.
• Beliau mengemukan contoh sistem
  perhambaan di Amerika di mana fungsi
  terbukanya adalah untuk meningkatkan
  produktiviti ekonomi dengan tenaga kerja
  hamba, sedangkan fungsi terselindungnya
  adalah mempertingkatkan martabat golongan
  kulit putih, iaitu berlakunya mobiliti sosial
  secara menegak dengan meluas di kalangan
  orang berkulit putih.
• Akhirnya, Merton mengatakan walaupun satu-
  satu aspek sosial itu bercorak dysfunctional
  (mempunyai fungsi negatif), tapi masih kekal
  wujud dalam masyarakat dan terus diamalkan.
• Contohnya, diskriminasi terhadap wanita,
  masih dipertahankan oleh kebanyakan
  masyarakat sebab tindakan itu masih dianggap
  fungsional bagi kaum lelaki.
• Begitu juga dengan sikap diskriminasi kaum
  (terhadap penduduk berkulit hitam), yang
  masih dianggap tindakan yang fungsional di
  kalangan sesetengah penduduk berkulit putih.
• Merton mengatakan tindakan
  mempertahankan sesuatu yang dysfunctional
  ini akan membawa kepada wujudnya konflik
  dalam masyarakat.
SEKIAN & TERIMA KASIH

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados (20)

Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
 
Agama+dan+hubungan+sosial (1)
Agama+dan+hubungan+sosial (1)Agama+dan+hubungan+sosial (1)
Agama+dan+hubungan+sosial (1)
 
Konsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusiaKonsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusia
 
Interpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonalInterpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonal
 
Teori Sigmund Freud
Teori Sigmund FreudTeori Sigmund Freud
Teori Sigmund Freud
 
Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikan
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Stratifikasi sosial
Stratifikasi sosialStratifikasi sosial
Stratifikasi sosial
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Waj3106 ciri-ciri budaya
Waj3106 ciri-ciri budayaWaj3106 ciri-ciri budaya
Waj3106 ciri-ciri budaya
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
 
Teori erikson
Teori eriksonTeori erikson
Teori erikson
 
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul ShukriTujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 

Semelhante a TEORI SOSIAL TERKEMUKA

3 teoristruktural-fungsional-130103144429-phpapp02
3 teoristruktural-fungsional-130103144429-phpapp023 teoristruktural-fungsional-130103144429-phpapp02
3 teoristruktural-fungsional-130103144429-phpapp02Febriani Puspa Sari
 
Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Jean Dcedric
 
Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Zubidah Naim
 
Pengantar Sosiologi
Pengantar SosiologiPengantar Sosiologi
Pengantar SosiologiMuhamad Yogi
 
1. pengantar-sosiology
1. pengantar-sosiology1. pengantar-sosiology
1. pengantar-sosiologyverry13
 
Khasana interdepensi agama dan masyarakat
Khasana interdepensi agama dan masyarakatKhasana interdepensi agama dan masyarakat
Khasana interdepensi agama dan masyarakatChoiri Ansyah
 
Sejarah Sosiologi.ppt
Sejarah Sosiologi.pptSejarah Sosiologi.ppt
Sejarah Sosiologi.pptEwin Regar
 
1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pdf
1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pdf1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pdf
1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pdfYoyokNoviyanto
 
1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pptx
1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pptx1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pptx
1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pptxPipitFitriyah4
 
Nota_Slide_Pengenalan_Sosiologi_dlm_Pendidikan_pdf.pdf
Nota_Slide_Pengenalan_Sosiologi_dlm_Pendidikan_pdf.pdfNota_Slide_Pengenalan_Sosiologi_dlm_Pendidikan_pdf.pdf
Nota_Slide_Pengenalan_Sosiologi_dlm_Pendidikan_pdf.pdfPDPPPI11022YusnidaBi
 
manusia sebagai anggota masyarakat
manusia sebagai anggota masyarakatmanusia sebagai anggota masyarakat
manusia sebagai anggota masyarakatAlifya Sasmi
 
Sosiologi Komunikasi Laxamana Aditia (44322010016) Struktur dan Proses Sosial...
Sosiologi Komunikasi Laxamana Aditia (44322010016) Struktur dan Proses Sosial...Sosiologi Komunikasi Laxamana Aditia (44322010016) Struktur dan Proses Sosial...
Sosiologi Komunikasi Laxamana Aditia (44322010016) Struktur dan Proses Sosial...LaxamanaAditia
 
Sistem sosial budaya indonesia
Sistem sosial budaya indonesiaSistem sosial budaya indonesia
Sistem sosial budaya indonesiadania_putri
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power pointHilmi Amri
 
SOSIOLOGI X (5).pdf
SOSIOLOGI X (5).pdfSOSIOLOGI X (5).pdf
SOSIOLOGI X (5).pdfIisIsnawati8
 
Konsep konsep asas-sains_sosial__1_
Konsep konsep asas-sains_sosial__1_Konsep konsep asas-sains_sosial__1_
Konsep konsep asas-sains_sosial__1_Fatin Halid
 

Semelhante a TEORI SOSIAL TERKEMUKA (20)

3 teoristruktural-fungsional-130103144429-phpapp02
3 teoristruktural-fungsional-130103144429-phpapp023 teoristruktural-fungsional-130103144429-phpapp02
3 teoristruktural-fungsional-130103144429-phpapp02
 
BAB I.pptx
BAB I.pptxBAB I.pptx
BAB I.pptx
 
Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)
 
Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]
 
Teori Sosiologi Komunikasi
Teori Sosiologi Komunikasi Teori Sosiologi Komunikasi
Teori Sosiologi Komunikasi
 
Pengantar Sosiologi
Pengantar SosiologiPengantar Sosiologi
Pengantar Sosiologi
 
1. pengantar-sosiology
1. pengantar-sosiology1. pengantar-sosiology
1. pengantar-sosiology
 
Khasana interdepensi agama dan masyarakat
Khasana interdepensi agama dan masyarakatKhasana interdepensi agama dan masyarakat
Khasana interdepensi agama dan masyarakat
 
Sejarah Sosiologi.ppt
Sejarah Sosiologi.pptSejarah Sosiologi.ppt
Sejarah Sosiologi.ppt
 
1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pdf
1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pdf1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pdf
1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pdf
 
1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pptx
1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pptx1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pptx
1. Asal Mula dan Perkembangan Sosiologi.pptx
 
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
 
Nota_Slide_Pengenalan_Sosiologi_dlm_Pendidikan_pdf.pdf
Nota_Slide_Pengenalan_Sosiologi_dlm_Pendidikan_pdf.pdfNota_Slide_Pengenalan_Sosiologi_dlm_Pendidikan_pdf.pdf
Nota_Slide_Pengenalan_Sosiologi_dlm_Pendidikan_pdf.pdf
 
manusia sebagai anggota masyarakat
manusia sebagai anggota masyarakatmanusia sebagai anggota masyarakat
manusia sebagai anggota masyarakat
 
Bab ii
Bab iiBab ii
Bab ii
 
Sosiologi Komunikasi Laxamana Aditia (44322010016) Struktur dan Proses Sosial...
Sosiologi Komunikasi Laxamana Aditia (44322010016) Struktur dan Proses Sosial...Sosiologi Komunikasi Laxamana Aditia (44322010016) Struktur dan Proses Sosial...
Sosiologi Komunikasi Laxamana Aditia (44322010016) Struktur dan Proses Sosial...
 
Sistem sosial budaya indonesia
Sistem sosial budaya indonesiaSistem sosial budaya indonesia
Sistem sosial budaya indonesia
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power point
 
SOSIOLOGI X (5).pdf
SOSIOLOGI X (5).pdfSOSIOLOGI X (5).pdf
SOSIOLOGI X (5).pdf
 
Konsep konsep asas-sains_sosial__1_
Konsep konsep asas-sains_sosial__1_Konsep konsep asas-sains_sosial__1_
Konsep konsep asas-sains_sosial__1_
 

TEORI SOSIAL TERKEMUKA

  • 1. TEORI-TEORI SOSIAL TERKEMUKA (Major Social Theories)
  • 2. TEORI SOSIAL • Teori Struktural-Fungsional • Teori Konflik • Teori Interaksi Simbolik • Teori Pertukaran Sosial • Teori Feminis • Teori Pemodenan • Teori Pasca-Pemodenan
  • 4. Teori Struktural-Fungsional • Teori struktural-fungsional (atau ringkasnya teori fungsional pada asasnya melihat masyarakat berada dalam keadaan stabil dan mantap. • Masyarakat dilihat sebagai satu keseluruhan (whole) yang terdiri daripada bahagian- bahagian (parts).
  • 5. • Setiap bahagian berfungsi, dengan pengertian setiap bahagian memberi sumbangan terdapat wujudnya keseluruhan yang dimaksudkan. • Sumbangan setiap bahagian itu adalah untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam masyarakat, termasuk keperluan saradiri, integrasi, dll.
  • 6. • Para fungsionalis sering membuat analogi atau mengibaratkan masyarakat itu seperti organisma biologis (seperti tubuh badan manusia) yang terdiri daripada anggota- anggota badan, setiap satunya berfungsi (memberi sumbangan) terhadap wujudnya tubuh badan tersebut sebagai satu keseluruhan (whole).
  • 7. • Mana-mana bahagian (anggota badan) yang tidak memberi sumbangan atau yang merosakkan tubuh badan itu dikatakan tidak berfungsi (dysfunction). • Bahagian itu patut dipisahkan daripada tubuh badan tersebut demi menjaga kesetabilan dan kelangsungan (survival). • Pendekatan ini dikatakan sebagai pendekatan organicisme (organicism).
  • 8. • Jika dilihat masyarakat sebagai satu sistem sosial (social system), maka ia terdiri daripada beberapa sub-sistem, yang setiap satunya berfungsi. • Sub-sistem itu pula mempunyai hubungan yang fungsional antara satu sama lain, dan bersifat saling bantu membantu (complementary).
  • 9. • Jika satu-satu sub-sistem itu berubah, maka sub-sistem yang lain, malah keseluruhan sistem sosial itu akan berubah. • Contohnya, jika sub-sistem ekonomi berubah, maka akan berlaku perubahan kepada sub- sistem sub-sistem politik, pendidikan, kekeluargaan, perubatan, nilai dll.
  • 10. Intipati Teori Struktural-Fungsional • Fokus ke atas keadaan yang teratur dan kestabilan dalam masyarakat. • Masyarakat adalah satu system yang sering berhubungan, mempunyai bahagian yang sering bergantungan, dan bahagian-bahagian ini adalah institusi social atau struktur, contohnya institusi keluarga, pendidikan, ekonomi, agama, dll.
  • 11. • Fungsi setiap bahagian adalah sumbangan bahagian tersebut kepada sistem, dan juga kesannya ke atas bahagian yang lain. • Setiap bahagian berfungsi untuk mempertahankan sistem yang teratur lantaran itu mengekalkan ketenteraman sosial. • Anggota masyarakat mempunyai satu rangkap nilai dan pola tingkahlaku yang dikongsi bersama.
  • 12. Tokoh Teori Struktural-Fungsional • Antara tokoh utama yang mendokong teori fungsionalis ini termasuk : Emile Durkheim, Talcott Parsons, Robert Merton, dan Jeffrey Alexander. • Emile Dukheim adalah pendokong teori fungsional klasik, sedangkan yang lain-lain adalah pendokong teori struktural-fungsional moden.
  • 13. Emile Durkheim • Tiga perkara utama yang dihubungkan dengan idea atau pemikiran Durkheim, berkaitan dengan teori fungsional adalah: 1. Fakta Sosial (Social Facts); 2. Perpaduan Dalam Masyarakat; 3. Fenomina Bunuh Diri (Suicide)
  • 14. Fakta Sosial (Social Facts) • Dalam karya beliau "The Rules of Sociological Method", Durkheim mengatakan bahan kajian sosiologi yang terutama ialah fakta sosial (social facts). • Semua fenomina sosial seperti perkahwinan, adat resam, undang-undang, pendidikan, kepercayaan, kepimpinan, dll. adalah merupakan fakta sosial
  • 15. • Mengikut Durkheim fakta sosial mesti dianggap sebagai "benda" (things) yang boleh dikaji secara objektif dan terkawal, sama seperti seorang saintis mengkaji objek fizikal dalam sains tulin. • Sebagai anggota masyarakat, seseorang individu mesti akur kepada kehendak masyarakat, dengan cara mengikut peraturan- peraturan yang terdapat dalam mana-mana fakta sosial yang diterima bersama.
  • 16. • Misalnya, dalam perkahwinan, seseorang itu mesti akur atau mengikut prosedur perkahwinan (adat resam dsb) yang umum yang menjadi amalan bersama. • Dilihat dalam konteks ini fakta sosial dikatakan mengenakan tekanan (constraint) ke atas individu tersebut demi menjamin kelansungan (survival) dan kestabilan masyarakat.
  • 17. • Durkheim juga mengatakan satu-satu fakta itu dikaji dalam konteks hubungannya dengan fakta sosial lain yang terdahulu daripadanya. • Satu fakta sosial menyebabkan wujudnya fakta sosial yang lain.
  • 18. • Oleh kerana satu-satu fakta sosial itu dilihat dalam konteks masyarakat atau kumpulan, dan tidak dalam konteks individu, maka yang lebih diutamakan adalah perkara yang berlaku dalam masyarakat atau kumpulan tersebut.
  • 19. • Contohnya, jika perpaduan dalam satu-satu kumpulan itu longgar, maka kumpulan tidak boleh mengawal perlakuan individu atau memberi perlindungan kepada individu tersebut, tetapi perlu mencari kaedah atau cara untuk mengatasinya secara umum.
  • 20. • Kadar bunuh diri yang tinggi dalam masyarakat Barat pada abad 19 dikatakan berlaku sebagai akibat daripada kelonggaran perpaduan dalam masyarakat.
  • 21. Perpaduan Dalam Masyarakat • Dalam bukunya "Division of Labour in Society", Durkheim mengatakan terdapat dua bentuk perpaduan dalam masyarakat, iaitu: perpaduan mekanikal (mechanical solidarity) dan perpaduan organik (organic solidarity).
  • 22. Perpaduan Mechanical • Perpaduan ini wujud atas asas-asas kesamaan (a solidarity of resemblance). • Apabila terdapat banyak ciri persamaan, anggota masyarakat seolah-olah sama antara satu dengan yang lain.
  • 23. • Oleh kerana mendokong nilai yang sama, emosi yang sama, atau nasib yang sama, anggota masyarakat dikatakan mempunyai kesedaran kumpulan yang sama, yang disebut sebagai “collective consciousness”.
  • 24. • Megikut Durkheim, perpaduan mekanikal lazimnya lahir dalam masyarakat masyarakat simple (simple societies) yang terdapat di kawasan luar bandar. • Kuatnya kesedaran kumpulan, maka banyak terdapat tindakan yang konformis di kalangan anggota masyarakat. • Mana-mana penyelewengan akan mendapat tekanan daripada masyarakat.
  • 25. Perpaduan Organic • Perpaduan organik pula ialah bentuk perpaduan yang wujud apabila satu-satu masyarakat itu mengalami pembezaan struktur (struktural differentiation) seperti masyarakat kota yang kompleks. • Dalam keadaan ini, individu bebas bertindak, atau melakukan sesuatu berdasarkan kesedaran individu, tidak sangat berdasarkan kesedaran kolektif.
  • 26. Fenomina Bunuh Diri • Durkheim dalam bukunya ‘Suicide’ menurunkan empat jenis tindakan membunuh diri iaitu: (1) bunuh diri egoistik (2) bunuh diri altruistik (3) bunuh diri anomik (4) bunuh diri fatalistik
  • 27. • Tindakan bunuh diri (1) dan (2) dikaitkan dengan darjah integrasi (integration) dalam masyarakat –samaada rendah atau tinggi, dan tindakan bunuh diri (3) dan (4) dikaitkan dengan darjah regulasi atau tekanan ke atas penduduk – sama rendah atau tinggi.
  • 28. • Bunuh diri egoistik berlaku apabila perpaduan atau integrasi dalam masyarakat adalah longgar. • Disebabkan oleh integrasi yang longgar, seseorang yang mengalami tekanan jiwa akibat masalah yang dihadapi (dalam pelbagai aspek) tidak mempunyai tempat untuk mendapat pertolongan, bantuan, simpati dll, lantaran itu akan mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.
  • 29. • Sebaliknya, fenomina bunuh diri altruistik berlaku apabila darjah integrasi dalam masyarakat menjadi kuat. • Anggota masyarakat atau kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat akan mengambil tindakan kolektif membunuh diri secara beramai-ramai bagi tujuan menyelesaikan masalah atau untuk mendapat kesejahteraan tertentu.
  • 30. • Tindakan membunuh diri oleh pengikut Reverand Jim Jones di Jonestown Guyana secara beramai-ramai adalah contoh bunuh diri altruistik.
  • 31. • On November 18, 1978, 909 Temple members died in Jonestown, Guyana (South America) all but two from apparent cyanide poisoning in an event termed "revolutionary suicide" by Jones and some members on an audio tape of the event and in prior discussions. To the extent the actions in Jonestown were viewed as a mass suicide, it is the largest such event in modern history. http://en.wikipedia.org/wiki/Jonestown
  • 32. • Bunuh diri anomik pula berlaku apabila regulasi (regulation) atau peraturan dalam masyarakat terganggu. • Dengan kata lain, masyarakat tidak lagi dapat mengawal atau mengatur kehidupan serta tindakan penduduk. Mereka kehilangan pedoman, tidak ada asas atau tunjung dalam hidup (rootlessness), dan tidak ada norma (normlessness).
  • 33. • Perubahan pesat (dalam bidang ekonomi, teknologi dll) yang berlaku dalam masyarakat menyebabkan peraturan (norma) tradisi terkubur, dan peraturan baru tidak lagi wujud. • Atas kehilangan punca dalam hidup berserta dengan tidak ada peraturan yang mengawal, maka ada yang mengambil tindakan membunuh diri.
  • 34. • Akhir sekali bunuh diri fatalistik berlaku dalam keadaan di mana darjah regulasinya tinggi, dan dalam keadaan di mana seseorang terpaksa mengikuti segala peraturan (regulation). • Contohnya, fenomina bunuh diri di kalangan hamba abdi kerana tidak lagi sanggup menjalani hidup yang penuh dengan kongkongan dan peraturan.
  • 35. • Begitu juga, tindakan bunuh diri yang berlaku di kalangan para isteri (kes-kes berlaku di India) yang tidak sanggup diperlakukan sebagai hamba abdi dalam mengharungi alam rumah tangga.
  • 36. TALCOTT PARSONS • Parsons mengatakan masyarakat sebagai satu sistem sosial memperlihatkan perhubungan yang tetap antara beberapa sub-sistem di dalamnya. • Antara sub-sistem utama termasuk: ekonomi, politik, agama, perundangan, keluarga, pendidikan, dll.
  • 37. SISTEM EKONOMI SISTEM SISTEM PERUNDANGA POLITIK N SISTEM SISTEM KELUARGA AGAMA
  • 38. • Setiap bahagian (sub-sistem) dalam masyarakat mempunyai fungsi masing-masing. • Fungsi (function) setiap bahagian itu dilihat dari segi sumbangan masing-masing bagi meneruskan kewujudan dan pengekalan masyarakat itu sebagai satu keseluruhan (whole).
  • 39. • Sebagai seorang pendokong teori fungsionalis, Talcott Parsons menumpukan perhatian kepada soal memenuhi keperluan (needs) dalam masyarakat, di mana fungsi setiap bahagian (parts) atau sub-system dalam masyarakat adalah ke arah mememenuhi keperluan masyarakat yang berbagai-bagai.
  • 40. • Parsons mengatakan setiap sistem dalam masyarakat mesti digerakkan bagi memenuhi empat keperluan utama atau bagi mencapai empat "functional imperatives" atau AGIL berikut: 1. A = Adaptation 2. G = Goal Attainment 3. I = Integration 4. L = Latency/ Pattern Maintenance
  • 41. Adaptation • Mana-mana sistem mesti adapt atau menyesuaikan diri dengan persekitaran (sosial & bukan-sosial). • Ini dilakukan dengan cara menguasai persekitaran tersebut serta mengadaptasikan diri dengannya. • Bagi memenuhi fungsi adaptasi ini, pembahagian tugas (division of labour) adalah perlu.
  • 42. • Ini kerana tidak ada anggota masyarakat yang boleh menjalankan peranan/ tugas secara serentak pada masa yang sama. • Pembahagian tugas memungkinkan pencapaian yang lebih tinggi kerana terdapat pengkhususan dari segi kemahiran. • Fungsi adaptation dijalankan oleh sub-sistem ekonomi.
  • 43. Goal Attainment • Setiap sistem mempunyai matlamat tertentu yang hendak dicapai, dan segala sumber (manusia dan bukan-manusia) yang ada dalam masyarakat perlu dimobilisasikan bagi mencapai matlamat tersebut.
  • 44. • Fungsi goal attainment juga memerlukan pembahagian tugas (division of labour). • Tugas mobilisasi sumber serta menentukan peranan kepada orang yang sesuai, tepat lagi betul mengikut kebolehan, mengikut masa dan juga keadaan dijalankan oleh sub-sistem pemerintahan atau kerajaan (polity).
  • 45. Integration • Setiap sistem mempunyai keinginan untuk mewujudkan ketenteraman dan kestabilan. • Dalam masyarakat juga wujud unsur integrasi berlandaskan kepada sistem nilai yang dikongsi bersama oleh anggotanya.
  • 46. • Walau pun tidak dinafikan ada unsur-unsur perbezaan pendapat, tetapi bagi menjaminkan integrasi, anggota masyarakat terpaksa akur kepada peraturan serta nilai yang dikongsi bersama . • Fungsi integrsai dijalankan oleh sub-sistem agama & sub-sistem undang-undang.
  • 47. Latency • Mana-mana sistem mesti dikekalkan bagi mewujudkan kesinambungan (continuity). • Ini melibatkan dua proses iaitu proses sosialisasi (socialization) dan proses kawalan sosial (social control).
  • 48. • Proses sosialisasi adalah proses menurunkan tret budaya (cultural traits) dari satu generasi kepada satu generasi yang lain bagi mewujudkan kesinambungan (continuity). • Selain itu mana-mana penyelewengan atau pelanggaran peraturan dalam masyarakat mesti dibetulkan atau dilkawal melalui proses kawalan sosial. • Fungsi latency/pattern maintenance ini dijalankan oleh sistem keluarga.
  • 49. ROBERT P. MERTON • Merton pada asasnya bersetuju dengan gagasan teori fungsional yang melihat masyarakat secara keseluruhan berada dalam keadaan stabil apabila semua bahagiannya berfungsi. • Namun demikian beliau mengatakan keadaan kestabilan itu lebih sesuai jika diaplikasikan kepada masyarakat kecil & primitif, tapi tidak sedemikian kepada masyarakat moden & kompleks.
  • 50. • Beliau juga mengatakan tidak semua struktur atau bentuk masyarakat dan budaya berfungsi secara positif. • Tidak kurang pula ada yang berfungsi secara negatif. • Contoh yang diberikan ialah wujudnya semangat nasionalisma yang kuat di sesetengah negara yang menjejaskan kestabilan politik dunia (dengan ancaman tenaga nuclear).
  • 51. • Beliaulah yang mengemukakan konsep dysfunction ditinjau daripada sudut fungsi negatif berkenaan. • Selain daripada konsep dysfunction, Merton juga mengemukakan konsep nonfunction (tidak berfungsi) ditinjau dari aspek-aspek warisan (tradisi) yang sudah ketinggalan zaman/ lapok dan tidak lagi sesuai diamalkan pada zaman ini.
  • 52. • Seterusnya Merton mengemukakan konsep net balance atau baki keseimbangan apabila fungsi positif bagi satu-satu aspek sosial itu dibandingkan dengan fungsi negatifnya. • Beliau mengatakan adakalanya yang positif itu lebih berat daripada yang negatif, dan adakala pula keadaan sebaliknya berlaku, iaitu yang negatif lebih berat daripada yang positif.
  • 53. • Dengan demikian akan wujud net balance, samada lebih condong kepada yang positif, atau sebaliknya. • Bagaimana dengan sistem keluarga luas dalam masyarakat Malaysia – apakah net balance nya?
  • 54. • Konsep-konsep lain yang dikemukakan oleh Merton ialah fungsi terbuka (manifest function), dan fungsi terselindung (latent function). • Fungsi terbuka adalah dihubungkan dengan fungsi yang mempunyai matlamat yang diduga atau bercorak sengaja (intended), sedangkan fungsi terselindung pula bercorak tidak sengaja atau tidak didugakan berlaku.
  • 55. • Beliau mengemukan contoh sistem perhambaan di Amerika di mana fungsi terbukanya adalah untuk meningkatkan produktiviti ekonomi dengan tenaga kerja hamba, sedangkan fungsi terselindungnya adalah mempertingkatkan martabat golongan kulit putih, iaitu berlakunya mobiliti sosial secara menegak dengan meluas di kalangan orang berkulit putih.
  • 56. • Akhirnya, Merton mengatakan walaupun satu- satu aspek sosial itu bercorak dysfunctional (mempunyai fungsi negatif), tapi masih kekal wujud dalam masyarakat dan terus diamalkan. • Contohnya, diskriminasi terhadap wanita, masih dipertahankan oleh kebanyakan masyarakat sebab tindakan itu masih dianggap fungsional bagi kaum lelaki.
  • 57. • Begitu juga dengan sikap diskriminasi kaum (terhadap penduduk berkulit hitam), yang masih dianggap tindakan yang fungsional di kalangan sesetengah penduduk berkulit putih. • Merton mengatakan tindakan mempertahankan sesuatu yang dysfunctional ini akan membawa kepada wujudnya konflik dalam masyarakat.