SlideShare a Scribd company logo
1 of 93
Download to read offline
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN SATU
 TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KECEMERLANGAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH
                 (UPSR) 2004.




      FARAWAHIDA BINTI HJ.ZAINAL ABIDIN




       UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN SATU
 TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KECEMERLANGAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH
                  (UPSR) 2004.




      FARAWAHIDA BINTI HJ.ZAINAL ABIDIN




        Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
       syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
     Sains Serta Pendidikan ( Matematik / Komputer )




                  Fakulti Pendidikan
             Universiti Teknologi Malaysia




                   FEBRUARI, 2005
Dedikasi



             Untuk ayah dan emak yang sangat A’la kasihi...
   Tn Hj Zainal Abidin Bin Ismail dan Pn Hjh Maimunah Binti Ismail
               Semoga berbahagia disamping anak-anakmu,
    Terima kasih atas doa, pengorbanan,kasih sayang dan restu kalian...



                  Untuk Along, Ude, Achik dan Ayong...
           Firdaus, Fizree, Faiz dan Fatanah Nur Humairah..
      Terima kasih kerana kehadiran kalian pelengkap hidup Angah...



                      Tidak dilupakan insan tercinta,
                    Mohd Maizan Bin Fishol Hamdi..
     Kaulah sumber inspirasi, terima kasih kerana memahami diri ini..
                       Terima kasih atas segalanya..



            Kepada rakan-rakan dan guru-guru dan pensyarah,
             Suka duka bersama kalian akan tetap dikenang..
                       Terima kasih atas segalanya..



Semoga buah-buah kemanisan sentiasa menanti di ranting-ranting perjalanan




                                                         A’la, Angah, Adik, Fara.
PENGHARGAAN




               Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

       Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik / Komputer).



       Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia
saya, Dr Mohamed Sharif Bin Mustaffa yang banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan
panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak
yang terlibat dalam kajian ini iaitu Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru kerana telah
memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini.



       Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya kerana banyak
memberi galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini. Terima kasih
juga kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea
yang bernas.



       Akhir sekali kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
dan yang serba kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.



                                                         Farawahida Binti Hj.Zainal Abidin,
                                                                              Februari 2005.
ABSTRAK




       Objektif utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar tingkatan satu
terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan UPSR mereka. Kajian telah
dijalankan di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru, memandangkan
pelajar di sini merupakan pelajar cemerlang akademik. Instrumen kajian ini adalah soal
selidik yang berdasarkan kepada empat persoalan utama iaitu apakah inisiatif pelajar, apakah
peranan ibu bapa, apakah peranan guru-guru serta pihak sekolah dan apakah peranan rakan
dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR. Sampel kajian adalah seramai 92
orang daripada 121 orang pelajar yang dipilih secara rawak di sekolah berkenaan. Analisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk
menilai kekerapan dan peratusan. Kajian mendapati kesemua responden bersetuju bahawa
gabungan keempat-empat faktor ini merupakan pelengkap kepada faktor kecemerlangan
mereka. Walau bagaimanapun, ibu bapa merupakan faktor utama kejayaan mereka (98%).
Ini diikuti dengan guru serta pihak sekolah merupakan faktor kedua (91.3%). Faktor inisiatif
diri sendiri merupakan faktor ketiga (79.3%) dan akhir sekali adalah faktor rakan (69.6%).
Implikasi kajian mencadangkan agar ibu bapa harus menyedari dan meningkatkan kualiti
hubungan dengan memberi bimbingan terhadap anak-anak mereka yang menduduki UPSR.
Di samping itu, faktor lain seperti guru serta sekolah, inisiatif pelajar sendiri dan faktor rakan
juga memainkan peranan tersendiri dalam mencapai kecemerlangan UPSR. Hasil kajian ini
juga telah menggariskan beberapa cadangan untuk memperbaiki lagi fokus kajian ini pada
masa akan datang.
ABSTRACT




       The main objective of this research is to find out the perception of form one students
in a school in Johor Bahru about factors which contribute to their success in UPSR 2004.
This research was carried out at this school because the students are specially selected.
Questionnaire was used as the research instrument and its was created based on four
identified factors. The four main factors are; the parents’ role, the school management and
teachers role in motivating their students to excel in UPSR, student’s initiative and peer’s
role in achieving excellence their UPSR. The researcher used a sample of 92 respondents out
of 121 students of form one students in the school. This analysis used the Statistical Package
for Social Science (SPSS) software version 11.5 in analyzing data such as evaluating
frequency and percentage. The research finding showed the entire respondent agreed that the
combinations of these four factors are complement for their success. However, parent’s role
in the most important factor for the respondents to succeed in their UPSR (98.9%), followed
by the teachers and school management (91.3%), self-initiative (79.3%) and lastly their
peers’ role (69.9%). Research implication suggests that parents should be conscious and
have better relationship quality and guide their children who are sitting for their UPSR. Other
than that, school and teachers’ factor, students’ initiatives and friends’ factor also play a role
in achieving an excellent UPSR result. A number of suggestions were also forwarded to
improve the situation.
KANDUNGAN



BAB     PERKARA                                  MUKA SURAT


        PENGESAHAN STATUS TESIS                        i
        PENGESAHAN PENYELIA                            ii
        JUDUL                                          iii
        PENGAKUAN PELAJAR                              iv
        DEDIKASI                                       v
        PENGHARGAAN                                    vi
        ABSTRAK                                        vii
        ABSTRACT                                       viii
        KANDUNGAN                                      ix
        SENARAI JADUAL                                 xiv
        SENARAI SINGKATAN / SIMBOL                     xv
        SENARAI LAMPIRAN                               xvi




                                 BAHAGIAN SATU
                                 PENDAHALUAN



BAB I        PENGENALAN


             1.1   Pendahaluan                         1
             1.2   Latar Belakang Masalah              3
             1.3   Penyataan Masalah                   5
             1.4   Objektif Kajian                     5
             1.5   Persoalan Kajian                    6
1.6     Kepentingan Kajian                              6
           1.7     Batasan Kajian                                  7
           1.8     Skop Kajian                                     7
           1.9     Definisi Istilah                                8
                   1.9.1   Persepsi                                8
                   1.9.2 Pelajar                                   8
                   1.9.3   Faktor-Faktor Yang Kecemerlangan        9
                   1.9.4   Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)   9
           1.10    Penutup                                         9




                                   BAHAGIAN DUA
                                 SOROTAN KAJIAN



BAB II     SOROTAN PENULISAN


     2.1   Pendahaluan                                             10
     2.2   Latar Belakang Ujian Penilaian Sekolah Rendah           10
           (UPSR)
     2.3   Faktor-Faktor Penyumbang Kecemerlangan                  11
           Akademik Pelajar
           2.3.1   Inisiatif Pelajar                               11
           2.3.2   Ibu Bapa                                        13
           2.3.3   Guru                                            15
           2.3.4   Rakan Sebaya                                    16
     2.4   Penutup                                                 17
BAHAGIAN TIGA
                               METODOLOGI KAJIAN




BAB III     METODOLOGI


      3.1   Pendahaluan                                 18
      3.2   Rekabentuk Kajian                           18
      3.3   Lokasi Kajian                               20
      3.4   Sampel Kajian                               20
      3.5   Instrumen Kajian                            20
      3.6   Penganalisisan Data                         23
      3.7   Kajian Rintis                               24
      3.8   Tatacara Kajian                             24
      3.9   Penutup                                     25




                                BAHAGIAN EMPAT
                                  ANALISIS DATA




BAB IV      ANALISIS DATA


      4.1   Pengenalan                                  26
      4.2   Analisis Latar Belakang Responden           27
      4.3   Analisis Bahagian B                         29
            4.3.1   Analisis Persoalan Kajian Pertama   30
            4.3.2   Analisis Persoalan Kajian Kedua     32
            4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga      35
            4.3.4   Analisis Persoalan Kajian Keempat   37
4.4   Analisis Bahagian C                                    39
           4.4.1   Analisis Bagi Faktor Inisiatif Pelajar Dalam   40
                   Mempengaruhi Kecemerlangan Pelajar
           4.4.2   Analisis Bagi Faktor Ibu Bapa Dalam            41
                   Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR
           4.4.3   Analisis Bagi Faktor Guru Dalam Mempengaruhi   42
                   Kecemerlangan UPSR
           4.4.4   Analisis Bagi Faktor Rakan Sebaya Dalam        43
                   Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR




                                 BAHAGIAN LIMA
               PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN




BAB IV     PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN


     5.1   Pengenalan                                             45
     5.2   Perbincangan Kajian                                    46
           5.2.1   Inisiatif Pelajar Untuk Cemerlang Dalam UPSR   46
           5.2.2   Peranan Ibu Bapa Dalam Mendorong Pelajar       48
                   Cemerlang Dalam UPSR
           5.2.3   Peranan Guru-Guru dan Pihak Sekolah Dalam      49
                   Membantu Pelajar Berjaya Dalam UPSR
           5.2.4   Peranan Rakan Dalam Membantu Pelajar Untuk     51
                   Cemerlang Dalam UPSR
     5.3   Rumusan                                                51
     5.4   Cadangan                                               52
           5.4.1   Peranan Ibu Bapa                               53
           5.4.2   Peranan Guru dan Pihak Sekolah                 53
5.4.3   Peranan Pelajar                 54
              5.4.4   Peranan Rakan                   55
              5.4.5   Cadangan Kajian Lanjutan        55
       5.5    Kesimpulan                              56




                                  BAHAGIAN ENAM
                                        BIBLIOGRAFI



BIBLIOGRAFI

Bibliografi                                           57




                                  BAHAGIAN TUJUH
                                         LAMPIRAN



LAMPIRAN


Lampiran A                                            61
Lampiran B                                            69
Lampiran C                                            72
Lampiran D                                            74
Lampiran E                                            76
SENARAI JADUAL




NO. JADUAL         TAJUK                                  MUKA SURAT


4.1   Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%)                     27
      Bagi Latar Belakang Responden
4.2   Taburan Kekerapan dan Peratusan (%) Responden           30
      Mengikut Persoalan Kajian Pertama
4.3   Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Responden           32
      Mengikut Persoalan Kajian Kedua
4.4   Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Responden           35
      Mengikut Persoalan Kajian Ketiga
4.5   Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Responden           38
      Mengikut Persoalan Kajian Keempat
4.6   Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor         40
      Inisiatif Pelajar Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR
4.7   Taburan Kekerpan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor          41
      Ibu Bapa Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR
4.8   Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor         42
      Guru Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR
4.9   Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor         44
      Rakan Sebaya Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR.
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL




%       -   Peratus
Bil     -   Bilangan
DYMM    -   Duli Yang Maha Mulia
EPRD    -   Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPN     -   Jabatan Pendidikan Negeri
SBP     -   Sekolah Berasrama Penuh
SPSS    -   Statistical Package for the Social Sciences
STFJB   -   Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru
TP      -   Tidak Pasti
TS      -   Tidak Setuju
S       -   Setuju
UPSR    -   Ujian Penilaian Sekolah Rendah
SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN TAJUK                                             MUKA SURAT


A   Contoh Borang Soal Selidik                                 62
B   Surat Kelulusan Kajian dari EPRD                           70
C   Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor       73
D   Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan                         75
E   Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Krecie            77
    dan Morgan (1970)
BAB I




                                     PENGENALAN




1.1    Pendahuluan



       Pendidikan disifatkan sebagai salah satu kaedah yang digunakan oleh sesuatu
masyarakat untuk menurunkan pengetahuan, kebudayaan dan nilai hidup kepada generasi
berikutnya. Pelbagai definisi telah diberikan kepada perkataan ini. Sejak dari zaman Yunani
lagi, Plato telah memberi definisi pendidikan sebagai keindahan dan kesempurnaan yang
mungkin diberi kepada rohani dan jasmani (Abdul Halim Mat Diah, 1989).



       Syed Muhammad Naquib Al-Attas mendefinisikan pendidikan sebagai “a process of
instilling something into human beings” atau titisan adab dalam diri manusia(ta’dib)
(Mohammad Ali Bin Hasa, 1982). Menurut Syed Ali Ashraf (1995) pula, pendidikan dan
kehidupan berkait secara akrab. Jika pendidikan itu lengkap dan bermutu, maka manusia
dapat menjalani kehidupan yang baik dan sejahtera. Sebaliknya jika pendidikan itu pincang,
maka kehidupan manusia akan menjadi kacau dan gawat.



       Menurut John Dewey, pendidikan ialah proses membentuk kecenderungan asasi yang
berupa perasaan terhadap alam dan sesama manusia. Manakala Dr John Park pula
berpendapat bahawa pendidikan adalah seni untuk menyampai atau memperoleh ilmu
pengetahuan dan tabiat melalui tunjuk ajar atau pengkajian (Ahmad Mohd Saleh, 1997).
Pendidikan ialah interaksi antara individu dengan individu yang lain atau interaksi
antara individu dengan kumpulan-kumpulan sosial tertentu (Robiah Sidin, 1998). Dalam
konteks refomasi pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara memberikan arah tuju
baru dalam pembentukan insan yang seimbang. Falsafah Pendidikan tidak sahaja
menekankan pentingnya potensi akhlak malah potensi rohaniah juga.



       Berdasarkan pendapat daripada beberapa orang tokoh itu tadi, dapat disimpulkan
bahawa pendidikan boleh di interprestasikan sebagai satu orientasi dalam kehidupan yang
memberikan nilai sahsiah yang mulia dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang
disalurkan menerusi proses tertentu kepada pembangunan peribadi insan. Jesteru penguasaan
ilmu menjadi teras kepada intelektual dan pemikiran sejagat.



       Dalam usaha untuk memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang, banyak aspek
yang perlu diberi penekanan dan ianya tidak akan diperoleh oleh pelajar sekiranya terdapat
kekangan atau halangan dalam merealisasikan cita-cita tersebut. Pencapaian akademik yang
cemerlang oleh pelajar dinilai berasaskan fakta bila mana seseorang itu sempurna
memperoleh ilmu pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari ke tahap cemerlang dan
dimanfaatkan secara optimum.



       Di dalam Bab I ini penulis akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai faktor-faktor
yang mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Ini akan dijelaskan dalam latar belakang
masalah, penyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan definisi
istilah-istilah yang akan digunakan dalam kajian ini.
1.2    Latar Belakang Masalah



       Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mula diperkenalkan pada tahun 1988 oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menilai tahap pencapaian pelajar dalam
pembelajaran di Sekolah Rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar-pelajar tahun enam
yang akan menyambung pelajaran mereka ke tingkatan satu di sekolah menengah. Soalan-
soalan yang dikemukan pada peperiksaan ini adalah berbentuk objektif dan subjektif, yang
meliputi pengetahuan sedia ada dan pengajaran di dalam kelas mencakupi skop Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) oleh KPM. Lima mata pelajaran yang akan diuji dalam
peperiksaan ini ialah Pemahaman Bahasa Melayu, Penulisan Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains.



       Isu yang sering timbul adalah bagaimana seseorang pelajar itu membuat persediaan
dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi UPSR. Selain itu, apakah yang dilakukan
oleh pihak sekolah dan guru untuk memastikan pelajar-pelajar mereka mendapat keputusan
yang cemerlang, apakah peranan ibu bapa dalam menjadikan anak-anak mereka cemerlang
dalam peperiksaan UPSR, dan apakah peranan rakan sebaya selaku golongan yang paling
hampir dengan pelajar-pelajar ini untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.



       Persediaan yang ingin dikaji pada seseorang pelajar ialah dari aspek fizikal dan
mental yang meliputi kekerapan mengulangkaji, persediaan ke kelas tuisyen atau kelas
tambahan, faktor masa, dorongan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, pengkaji
juga berminat untuk mengkaji persediaan-persediaan yang telah dibuat oleh pihak sekolah
untuk menghasilkan pelajar cemerlang dalam UPSR. Persediaan itu adalah seperti
mengadakan kem motivasi, aktiviti keagamaan atau kerohanian, kelas tambahan dan
sebagainya.



       Kecemerlangan adalah suatu yang sering dan harus diusahakan untuk mencapainya.
Kajian ini adalah bagi mencari apakah faktor-faktor yang mendorong ke arah kecemerlangan
UPSR. Kecemerlangan adalah satu kejayaan, oleh itu kecemerlangan memerlukan kajian
bagi mengetahui bagaimana ia dicapai. Oleh itu, pengkaji telah memilih salah sebuah
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di daerah Johor Bahru sebagai lokasi kajian kerana pelajar-
pelajar di sekolah ini merupakan antara pelajar cemerlang yang telah dipilih dari seluruh
negara. Dengan itu, pengkaji ingin mengetahui bagaimana dan apakah faktor-faktor dalaman
dan luaran yang wujud pada diri pelajar sehingga mereka cemerlang dalam peperiksaan
UPSR.



        Sekolah Berasrama Penuh ini adalah antara sekolah yang terbaik di Malaysia, oleh itu
amat sesuai jika sekolah ini dijadikan sebagai lokasi kajian. Di negeri Johor terdapat
beberapa buah sekolah yang sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
UPSR, namun bagitu sekolah ini boleh dijadikan contoh bagi sekolah-sekolah lain. Sekolah
yang baik bukan sahaja mendapat perhatian ibu bapa malah dapat menarik minat pihak
pengurusan sekolah lain untuk dijadikan alternatif atau pendekatan yang boleh digunakan
untuk mencapai kejayaan sekolah.



        Menurut Ee Ah Meng (1990), kebajikan pelajar terletak pada bahu guru sebaik sahaja
mereka dalam kawasan sekolah. Sekiranya pelajar sakit semasa disekolah, maka gurulah
yang perlu menghantar ke pusat kesihatan. Berikut adalah antara contoh-contoh nyata yang
menunjukkan peranan guru adalah besar iaitu sebagai pengganti ibu bapa di sekolah.



        Menurut ahli psikologi Galton, Jenson dan Bysenck (dalam Khairul Anuar Hasnan,
2000), kanak-kanak yang berjaya lazimnya datang dari keluarga yang berjaya, ahli keluarga
yang berjaya menunjukkan keadaan kesamaan dalam kecerdasan mental antara mereka.
Selain itu, Arthur R. Jensen pula telah mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan
bahawa kebakaan menetapkan batasan kecerdasan seseorang. Manakala menurut T.
Marimuthu (1990), taraf sosioekonomi dan pencapaian akademik menunjukkan hubungan
yang positif iaitu semakin tinggi sosioekonomi ibu bapa, maka akan lebih tinggi pencapaian
akademik kanak-kanak itu.
1.3    Penyataan Masalah



       Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan, penyelidik berminat
mengkaji apakah faktor yang mendorong seseorang pelajar itu berjaya dengan cemerlang
dalam UPSR. Selain itu apakah faktor-faktor yang mendorong kejayaan mereka dan
langkah-langkah yang dilakukan oleh pelajar, ibu bapa, guru dan pihak sekolah hingga calon
berjaya mencapai kecemerlangan dalam UPSR.



       Jesteru penyelidik mengambil langkah untuk melakukan kajian ini kepada pelajar di
salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru kerana ingin mengkaji faktor
kecemerlangan mereka dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.




1.4    Objektif Kajian



       Kajian ini bertujuan meninjau beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam UPSR. Objektif kajian ini adalah;
       1.     Mengenalpasti langkah-langkah yang telah diambil oleh pelajar dalam
              mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
       2.     Mengenalpasti peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang
              dalam UPSR.
       3.     Mengenalpasti peranan guru-guru dan pihak sekolah dalam membantu pelajar
              berjaya dalam UPSR.
       4.     Mengenalpasti peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang
              dalam UPSR
1.5       Persoalan Kajian



          1.     Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pelajar untuk mencapai
                 kecemerlangan dalam UPSR?
          2.     Apakah peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam
                 UPSR?
          3.     Apakah peranan guru-guru dan pihak sekolah dalam membantu pelajar untuk
                 berjaya dalam UPSR?
          4.     Apakah peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam
                 UPSR?




1.6       Kepentingan Kajian



          Melihat kepada beberapa situasi yang timbul, diharapkan kajian ini dapat dijadikan
rujukan kepada semua pelajar secara amnya dan bakal-bakal calon UPSR khususnya untuk
cemerlang dalam peperiksaan.



          Di samping itu, kajian ini diharapkan dapat membantu ibu bapa membimbing anak-
anak mereka yang bakal menghadapi UPSR. Bagi guru yang sedang mengajar pelajar tahun
enam, melalui kajian ini diharapkan agar lebih memahami diri pelajar disamping dapat
melahirkan insan yang cemerlang keseluruhanya. Bagi pihak sekolah pula, diharapkan
kajian ini dapat dijadikan panduan bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam pendidikan
negara.
1.7    Batasan Kajian



       Kajian ini akan dijalankan keatas pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah
Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru. Mereka yang terpilih ke sekolah ini adalah
dikalangan mereka yang cemerlang dalam akademik.



       Responden akan dipilih secara rawak seramai 92 orang daripada populasi 120 orang
pelajar tingkatan satu di sekolah berkenaan. Responden hanya perlu menjawab kesemua
soalan yang dikemukan dalam borang soal selidik. Setiap soal selidik terdiri daripada tiga
bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.



       Bahagian A terdiri daripada maklumat mengenai latar belakang responden, bahagian
B pula ialah mengenai faktor-faktor kecemerlangan UPSR dan bahagian C mengenai faktor-
faktor kecemerlangan responden dalam UPSR.



       Kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kerana ia cuma satu tinjauan yang
menggambarkan keadaan pada sekolah yang dikaji sahaja dan hanya boleh dijadikan
panduan umum. Bagaimanapun, hasil kajian ini boleh digeneralisasikan dalam kes yang lain
jika ia mempunyai ciri-ciri kesamaan dengan kes kajian seperti latar belakang yang sama,
lokasi atau keadaan persekitaran yang sama dan sebagainya.




1.8    Skop Kajian



       Perkara-perkara yang ingin dikaji penyelidik dalam kajian ini adalah faktor persepsi
dan minat, faktor kemahiran belajar dan faktor persekitaran yang dapat meningkatkan kualiti
kecemerlangan pelajar dalam UPSR.
1.9     Definisi Istilah



        Definisi istilah merujuk kepada istilah-istilah yang digunakan oleh penyelidik dalam
kajian ini. Berikut adalah istilah-istilah yang digunakan beserta definisinya.




1.9.1   Persepsi



        Menurut Kamus Dewan (1994), persepsi ialah pandangan serta gambaran menerusi
pancaindera yang ditakrifkan oleh hati dan fikiran terhadap sesuatu. Manakala menurut
Mohd Salleh (1995) persepsi ialah suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan
memberi minat kepadanya. Ia juga merupakan kesedaran dan reaksi individu terhadap
rangsangan yang bersifat peribadi. Persepsi merupakan pola-pola yang bermakna. Ia tidak
berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama untuk mentafsir dan memahami
yang teratur.



        Dalam kajian ini persepsi bermaksud pandangan serta gambaran menerusi
pancaindera yang ditakrifkan oleh hati dan fikiran, pelajar yang cemerlang pada Ujian
Penilaian Sekolah Rendah 2004.




1.9.2   Pelajar



        Menurut Kamus Dewan (1994), pelajar adalah orang yang belajar seperti murid
sekolah, penuntut Institiusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta dan sebagainya.



        Dalam kajian ini, pelajar membawa maksud mereka yang telah tamat darjah enam
dan telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2004.
1.9.3   Faktor-Faktor Kecemerlangan



        Menurut Kamus Dewan (1994), faktor-faktor kecemerlangan merupakan unsur-unsur
atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil yang cemerlang.



        Dalam kajian ini, faktor-faktor kecemerlangan membawa maksud bagaimana pelajar
membuat persiapan agar cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2004.




1.9.4   Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)



        Menurut Kamus Dewan (1994), Ujian bermaksud peperiksaan untuk mengetahui
kebijaksanaan (kecerdikan dan lain-lain). Penilaian pula bermaksud perihal menilai sesuatu
perkara. Sekolah Rendah bermaksud sekolah permulaan kanak-kanak.



        Dalam kajian ini, Ujian Penilain Sekolah Rendah (UPSR) bermaksud peperiksaan
yang dijalankan kepada pelajar-pelajar pada tahun akhir sekolah rendah yang bertujuan untuk
mengetahui tahap kebijaksanaan dan menilai tahap pencapaian mereka dalam akademik.




1.10    Penutup



        Dalam bab ini, penyelidik menerangkan pendahaluan mengandungi pelbagai aspek
seperti latar belakang masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, skop
kajian dan definisi istilah. Penyelidik meneragkan tentang kajian yang akan dilakukan bagi
memenuhi kehendak penyelidik.
BAB II




                                SOROTAN PENULISAN




2.1    Pendahaluan



       Dalam bab ini penyelidik akan membuat sorotan serta membincangkan secara ringkas
tentang latar belakang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), faktor-faktor penyumbang
kecemerlangan akademik pelajar dalam UPSR. Penyelidik juga akan menyertakan beberapa
pendapat dan hasil penulisan kajian terdahulu yang mempunyai perkaitan dengan objektif
kajian yang akan dijalankan.




2.2    Latar Belakang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)



       Menurut sumber dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sejarah peperiksaan
sekolah rendah bermula apabila terhasilnya Penyata Razak pada tahun 1956 yang bertujuan
menilai sistem pendidikan pada masa itu. Penyata Razak telah menyatakan beberapa perkara
penting antaranya ialah membentuk satu sistem pelajaran kebangsaan dan mewujudkan satu
sistem peperiksaan yang selaras. Kemudian, Ordinan Pelajaran 1957 digubalkan berasaskan
kepada Penyata Razak. Ordinan Pelajaran 1957 telah menyarankan bahawa permulaan
kurikulum negara hendaklah berorientasikan alam sekeliling.
Oleh itu, peperiksaan sekolah rendah pertama telah diperkenalkan iaitu Malayan
Secondary School Entrance Exam (MSSEE) pada 1957. Namun, MSSEE yang menggunakan
dasar kurikulum British telah dimansuhkan pada tahun 1963 kerana telah menimbangkan
taraf hidup, pendidikan serta ekonomi masyarakat pada masa itu.



        Namun, peperiksaan sekolah rendah tidak terhenti disitu. Pada tahun 1967 dibawah
Akta Pelajaran 1961, Peperiksaan Darjah Lima (PDL) diwujudkan bagi menggantikan
MSSEE. Pada tahun 1973, Ujian Darjah Tiga (UDT) dimulakan bagi pelajar darjah tiga dan
PDL tetap diteruskan. Ini bermakna, pelajar sekolah rendah pada masa itu mengambil dua
pepeiksaan khas iaitu PDL dan UDT. Pada tahun 1982, UDT telah dimansuhkan kerana
dianggap membebankan pelajar sekolah rendah.



        Pada 1988, Peperiksaan Darjah Lima (PDL) telah dimansuhkan dan digantikan
dengan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kini UPSR merupakan
salah satu peperiksaan penting dalam sistem pendidikan negara.




2.3     Faktor-Faktor Penyumbang Kecemerlangan Akademik Pelajar



2.3.1   Inisiatif Pelajar



        Persepsi merupakan satu aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Persepsi bermaksud pandangan atau tanggapan yang diterima oleh pancaindera, gambaran
dalam hati dan cerapan. Persepsi baik atau buruk memberi kesan terhadap corak atau
keputusan dalam sesuatu matapelajaran.



        Jika sesuatu matapelajaran itu mendapat persepsi tidak baik, kebiasaannya akan
memberi keputusan yang negatif dan begitu jugalah sebaliknya. Sebagai contoh, jika
pembelajaran itu mudah maka ia memberi tanggapan baik atau minat dalam diri pelajar.
Menurut kajian Mohd Saim (1995), pelajar yang mempunyai persepsi kurang tepat terhadap
sesuatu mata pelajaran akan mengakibatkan mereka kurang berminat seperti mana kajian
yang dilakukan oleh beliau terhadap mata pelajaran perdagangan di sekolah menengah
sekitar Johor Bahru.



       Oleh itu, persepsi yang baik perlu disemai dikalangan pelajar dengan memberi
kegunaan atau kepentingan itu dalam kehidupan atau masa depan. Maka proses
pembelajaran haruslah menjurus kepada usaha untuk membimbing seseorang pelajar ke arah
memperkembangkan kemahiran tertentu, pendidik perlu bijak menggunakan kaedah yang
bersesuaian selain memberi persepsi yang baik terhadap mata pelajaran tersebut.



       Selain itu, sikap seseorang pelajar terhadap sesuatu akan dipengaruhi oleh minat. Jika
seseorang pelajar mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu kegiatan, maka pelajar
tersebut akan berusaha dengan gigih untuk mencapai hasratnya. Selain itu, minat juga boleh
dimotivasikan dengan memberi nasihat atau cuba merangsang aktiviti yang dapat menarik
perhatian seseorang.



       Ismail Hj Raduan (1995) menyatakan, minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti
akan mendorong seseorang pelajar meneroka lebih jauh. Oleh itu, minat perlu ditanam
dalam diri pelajar. Misalnya, keseronokan semasa belajar akan meningkatkan minat dan ini
boleh dipertingkatkan dengan dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.



       Syarifah Alawiyah Al-Sagoff (1984) pula menjelaskan minat memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi minat pelajar dalam pelajaran. Minat juga merupakan
penggerak yang mendorong seseorang pelajar memberi perhatian kepada kerjaya yang
diceburi. Oleh itu, minat yang tinggi membolehkan pelajar memberikan tumpuan yang lebih
terhadap bidang yang dilakukan. Minat boleh dianggap pendorong untuk mengekalkan usaha
dalam pelajaran, permainan dan tugas-tugas kerana minat menyebabkan seseorang memilih
perkara atau pekerjaan yang disukai.
Menurut Dewey (1919), pengalaman telah membuktikan apabila seseorang
berpeluang menjalankan aktiviti atas dasar minat, maka kegiatan atau aktiviti dapat
dijalankan dengan baik sekali. Crow dan Crow (1983) pula menyatakan minat merupakan
daya penggerak yang mendorong individu supaya memberi perhatian kepada sesuatu benda,
seseorang atau kegiatan.



        Minat merupakan pengaruh kepada kegiatan itu sendiri. Oleh itu, minat berkait rapat
dengan motif, desakan dari aspek disiplin kerja dan pengalaman. Jikalau seseorang berminat
walaupun mempunyai kebolehan sederhana akan menghasilkan produk yang lebih baik
berbanding orang yang tidak mempunyai minat.



        Selvidge dan Fryklund (1946) menyatakan minat adalah perasaan yang dapat
mempengaruhi individu terhadap sesuatu benda, idea, perlakuan atau tingkahlaku perasaan.
Minat memberi kesan mendalam untuk memandu dan mendorong mengikut aktiviti yang
dijalankan dalam pengajaran. Jesteru, minat menghasilkan pembelajaran berkesan.




2.3.2   Ibu Bapa



        Pendidikan itu pada awalnya bermula dari rumah atau daripada ibu bapa. Ini kerana
ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak sebelum anak-anak
memulakan pembelajaran secara formal di sekolah. Ibu bapa yang dapat mencorak anak-
anak serta menentukan sama ada menjadi manusia yang baik, berakhlak, berpengetahuan
atau sebaliknya.



        Sebagai contoh, ibu bapa yang ramah, lemah lembut tetapi tegas akan memberi kesan
pendidikan yang baik terhadap anak-anak mereka. Jika ibu bapa berpendirian kasar, kejam
dan bengis maka anak-anak akan bersikap agresif dan menceroboh. Oleh itu anak-anak akan
kehilangan pegangan hidup dan tidak yakin pada diri sendiri, malah hanya taat pada ibu bapa
kerana terpaksa. Oleh itu, jelaslah bahawa latar belakang keluarga juga memainkan peranan
penting dalam membentuk sahsiah pelajar. Di sinilah perlunya kesedaran ibu bapa untuk
menanam keyakinan anak-anak dalam pembelajaran.



       Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1984) berpendapat kehidupan anak-anak ditentukan
oleh ibu bapa. Pengaruh ibu bapa memberi kesan kepada personaliti pelajar. Ibu bapa
mempunyai pengaruh dan tanggungjawab besar dalam pembentukan hala tuju anak-anak.
Lantas, ibu bapa perlulah mempunyai minat, kesungguhan, bersikap positif, berkemahiran
dan mempengaruhi perancangan strategik untuk kejayaan anak-anak.



       Agen sosialisasi terpenting adalah ibu bapa dan saudara terdekat. Mereka inilah
sebenarnya memainkan peranan terpenting dalam membentuk tingkah laku anak-anak seperti
kepercayaan, personaliti dan kemahiran tertentu. Oleh itu, anak-anak belajar sesuatu hasil
daripada proses interaksi, bimbingan dan pemerhatian daripada keluarga (Mohd Salleh
Lebar, 1998).



       Henry E.Goddard (dalam Suniah Sayuti, 2000) seorang ahli psikologi telah
melakukan kajian tentang sebuah keluarga, dimana seorang lelaki telah mengahwini seorang
wanita dari latar belakang yang baik dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak-anak
yang berjaya. Pada masa yang sama, lelaki tersebut mempunyai anak luar nikah dengan
seorang pekerja bar, anak itu membesar dan menjadi pencuri dan berlatar belakangkan
kerjaya yang tidak sihat. Ini jelas menunjukkan baka dan didikan ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam membentuk individu. J.B Watson pula menyatakan persekitaran
seseorang boleh membentuk individu sama ada menjadi baik atau sebaliknya.



       Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Yusaini Kasiron (2000), terdapat dua
faktor utama yang mempengaruhi kecemerlangan pencapaian matematik pelajar sekolah
menengah. Pertama ialah pendekatan oleh pihak guru dan kedua ialah peranan ibu bapa. Ini
jelas menunjukkan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajar.
2.3.3   Guru



        Guru merupakan penyumbang utama untuk mencapai kecemerlangan akademik
seseorang pelajar. Berbekalkan rasa tanggungjawab dan komitmen semasa menjalankan
tugas, sikap para guru patut dipuji. Ini dapat dilihat melalui sikap bersungguh-sungguh para
guru dalam menyampaikan isi pelajaran tanpa mengira jemu demi meningkatkan tahap
pencapaian pelajar.



        Selain itu, guru juga bertindak sebagai tutor yang menjadi pendorong dan
pembimbing pelajar bagi membetulkan kesilapan pelajar dari aspek pelajaran mahupun
tingkah laku. Ini bermakna tugas guru tidak hanya terbatas disekolah sahaja, malah guru
boleh dilabel sebagai ibu bapa kedua pelajar.



        Guru perlu sentiasa menyuntik semangat dan memelihara motivasi pelajar dari aspek
keinginan, minat dan lain-lain. Metod dan cara pengajaran yang berkesan juga penting agar
dapat menjamin kefahaman pelajar disamping dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu
subjek. Ini merupakan prinsip yang diterapkan Islam dalam pendidikan bagi menimbulkan
keinginan yang meluap-luap untuk menuntut ilmu di kalangan pelajar.



        Menurut Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1984), guru yang berkesan adalah guru yang
mahir dalam pelbagai teknik pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar. Pelajar akan
belajar dengan lebih berkesan apabila guru menggunakan teknik yang dapat menjamin iklim
dan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Tidak kira di bilik darjah atau sebagainya
berdasarkan pemahaman dan penggunaan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
dengan penuh keyakinan dan pengetahuan yang mendalam mengenai perkara yang diajar.
Selain itu, hubungan baik antara pelajar dan guru penting kerana ia sejajar dengan
pencapaian akademik pelajar. Akademik pelajar akan dipertingkatkan sekiranya wujud
hubungan yang baik disamping dapat memberikan kesedaran kepada pelajar bahawa mereka
disayangi dan perlu mencapai kejayaan dalam peperiksaan.



        Faktor guru ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang telah dilakukan oleh Zunaizan
Embong (2000) yang mengatakan bahawa sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran
merupakan faktor yang memberi sumbangan besar terhadap pencapaian akademik pelajar.




2.3.4   Rakan Sebaya



        Menurut Musgrave P.W (1974) rakan sebaya ialah homogenous age group iaitu
kelompok yang terdiri daripada ahli-ahli sama umur. R.J Harighurst dan B.L Neugarten pula
menyatakan rakan sebaya sebagai satu kelompok yang khusus dan berinteraksi seperti yang
berlaku dalam sebuah keluarga yang mempunyai peraturan dan norma-norma yang tertentu
diantara mereka.



        Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yang
sama atau lebih kurang sama dengan individu berkenaan. Kebiasaannya, rakan sebaya
mempunyai cita-cita, minat serta taraf kecerdasan yang lebih kurang sama. Kumpulan ini
terbentuk kerana manusia adalah makluk sosial yang aktif.



        Menurut Ee Ah Meng (1996), pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu
afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Seseorang akan mempelajari perkara yang boleh
diterima dan tidak oleh ahli kumpulannya. Apabila remaja bergaul dan berkawan dengan
rakan sebaya yang mempunyai sifat yang baik, ini akan mempengaruhi mereka menjadi
seorang yang bersahsiah positif dan begitu jua sabaliknya.
Velayutham (1997) telah memberi satu contoh iaitu jika seorang pelajar didapati
bergaul dengan satu kumpulan yang mementingkan akademik, maka sifat tersebut akan
mempengaruhi pelajar berkenaan.



       Jika dilihat dari aspek kognitif pula, pemikiran kanak-kanak akan berkembang kerana
terlibat dengan kepincangan dan perbahasan dengan rakan-rakan sebayanya. Begitu juga
dengan pengaruh akhlak terhadap individu. Sekiranya kebanyakan rakan mereka bersopan
santun, maka individu cenderung menunjukkan sikap yang sama. Rakan sebaya merupakan
salah satu faktor yang mempengaruhi kehidupan dan prestasi pelajaran. Pemilihan rakan
berdasarkan kriteria seperti latar belakang, pendidikan dan akhlak menjadi sesuatu yang amat
perlu dititik beratkan.




2.4    Penutup



       Bab ini telah mengupas empat faktor utama penyumbang kepada kecemerlangan
akademik pelajar dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang ingin dikaji. Sehubungan itu,
kajian perlu dilakukan untuk meninjau sejauh manakah keempat-empat faktor ini
mempengaruhi individu pelajar tersebut. Seterusnya dalam Bab III akan membincangkan
kaedah atau metodologi kajian yang akan digunakan untuk menjalankan kajian seterusnya
menjawab persoalan yang diketengahkan di dalam kajian ini.
BAB III




                                           METODOLOGI




3.1      Pendahaluan



         Penyelidikan yang dijalankan ini merupakan satu tinjauan kes mengenai persepsi
pelajar terhadap faktor-faktor kecemerlangan UPSR 2004. Dalam bab ini, penyelidik akan
membincangkan mengenai kaedah atau metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini.
Mohd Majid (2000), menyatakan bahawa sesuatu isu yang dilakukan dalam masyarakat
merupakan rangsangan kepada penyelidik. Penyelidikan yang dijalankan mestilah secara
saintifik dan sistematik. Keadaan ini bagi memastikan dapatan kajian adalah jitu dan boleh
dipercayai. Antara perkara-perkara yang berkaitan termasuklah rekabentuk kajian, lokasi
kajian, sampel kajian, instrumen kajian, analisis data, kajian rintis dan tatacara kajian.




3.2      Rekabentuk Kajian



      Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk kajian kes deskriptif yang bertujuan
meninjau persepsi pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Johor
Bahru terhadap faktor-faktor kecemerlangan UPSR 2004. Menurut Van Dalen (dalam Mohd
Najib, 1999) kajian kes deskriptif menerangkan fenomena dengan cara menganalisa data
deskriptif yang diperolehi daripada pembentukkan soal selidik.
Mohd Majid (2000) pula menyatakan bahawa penyelidikan deskriptif bermatlamat
menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang diterokai. Kenyataan ini disokong oleh
Gray, 1996 (dalam Mohd Majid, 2000) yang menyatakan bahawa kajian deskriptif
melibatkan data dalam usaha menjawab persoalan kajian dengan menggunakan kaedah soal
selidik untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mereka.



   Mohd Najib (1999) menyatakan soal selidik selalunya digunakan untuk mengetahui sikap
seseorang. Maka, penyelidik memilih instrumen soal selidik kerana ianya sesuai dengan
tajuk penyelidikan. Selain itu, ianya mudah difahami dan dikelolakan. Beberapa perkara
telah dipertimbangkan untuk memilih instrumen ini iaitu:



       i. Instrumen ini menjimatkan masa penyelidik dan pelajar disamping menjimatkan
          kos.
       ii. Responden hanya perlu memilih jawapan yang telah disediakan mengikut
          kesesuaian. Ini memudahkan responden memberi maklum balas memandangkan
          responden terdiri daripada pelajar yang berusia antara 12 hingga 13 tahun.



   Mengikut Mohd Majid (2000) lagi, soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan
dalam penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai fakta, kepercayaan,
perasaan, kehendak dan sebagainya.



   Pengkaji mengedarkan borang soal selidik dengan pergi ke sekolah dan mengedarkannya
sendiri kepada responden. Borang soal selidik yang sudah lengkap kemudiannya
dikumpulkan semula dan disemak ke atas setiap borang soal selidik bagi memastikan
responden mematuhi setiap arahan yang ditetapkan. Kemudian borang tersebut dianalisa dan
keputusan yang didapati akan dibuat dalam bentuk statistik peratusan dan kekerapan beserta
penerangan menggunakan perkataan. Data-data dari kajian ini dianalisis dan hasil diperoleh
merupakan dapatan kajian.




3.3    Lokasi Kajian



       Kajian ini dijalankan di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Johor
Bahru. Sekolah ini menempatkan pelajar terpilih dari seluruh negara yang cemerlang
kurikulum. Kajian ini hanya melibatkan pelajar tingkatan satu yang berumur antara 12
hingga 13 tahun di sekolah berkenaan.




3.4    Sampel Kajian



       Sampel yang dipilih oleh penyelidik akan mewakili populasi yang terdiri daripada
semua pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan. Bagi menentukan saiz sampel yang akan
digunakan dalam kajian ini, pengkaji menggunakan jadual penentu saiz populasi Krejcie dan
Morgan, 1970 (dalam Suhasnim Mat Isa, 2001). Oleh kerana jumlah populasi dalam kajian
ini adalah seramai 121 orang, maka saiz sampel yang akan digunakan adalah seramai 92
orang responden sahaja.




3.5    Instrumen Kajian



       Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik mengenai persepsi pelajar terhadap
faktor-faktor kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Wolf, 1998 (dalam
Mohd Najib, 1999) mencadangkan agar pembinaan soal selidik dilakukan berdasarkan
beberapa andaian iaitu:
i. Responden dapat membaca dan memahami item-item;
   ii. Responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang mencukupi untuk
       menjawab item-item dalam soal selidik;
  iii. Responden secara sukarela dan ikhlas menjawab soal selidik.



       Instumen kajian yang digunakan bagi menjalankan kajian ini adalah satu set soal
selidik yang diberikan kepada responden. Penggunaan soal selidik bertujuan memudahkan
penyelidik menganalisis data yang diperolehi. Set borang selidik yang dirangka terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C.



       Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat diri
responden. Antara soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini adalah umur, jantina,
bangsa, bilangan adik beradik, kawasan tempat tinggal, keputusan UPSR 2004 dan pekerjaan
ibu bapa.



       Bahagian B pula terdiri dari item-item yang bertujuan mengenalpasti pandangan
responden terhadap ke empat-empat persoalan kajian. Antara yang disoal adalah berkaitan
inisiatif pelajar, peranan ibu bapa, peranan guru dan peranan rakan. Pengkaji menggunakan
soal selidik bersifat positif bertujuan untuk menggalakkan responden memberi maklum balas
yang dikehendaki dalam pemilihan jawapan Skala Likert.



       Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Skala Likert bagi mengukur sikap reponden
terhaap persoalan kajian. Kaedah ini dibuat berasaskan kepada andaian bahawa keseluruhan
markat maklum balas terhadap bukti-bukti yang menggambarkan sikap tersebut (Mohd
Majid, 2000). Data dari responden diukur dengan menggunakan Skala Likert 5 mata gred
iaitu Amat Tidak Setuju (ATS), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S), Amat Setuju
(AS). Setiap Skala Likert akan dimata gred seperti berikut:
Amat Tidak Setuju         1
                                   Tidak Setuju           2
                                   Tidak Pasti            3
                                        Setuju            4
                                   Amat Setuju            5



       Pengkaji telah mengkelaskan keputusan kepada 3 kategori utama. Ini dilakukan bagi
memudahkan pengkaji membuat penerangan bagi data-data yang telah dianalisa.



                                Skala                          Kategori
                 Amat Tidak Setuju & Tidak Setuju             Tidak Setuju
                             Tidak Pasti                      Dikekalkan
                        Amat Setuju & Setuju                     Setuju



       Bahagian C pula terdiri daripada tiga soalan subjektif yang ingin mendapatkan
maklum balas daripada responden tentang faktor-faktor kecemerlangan mereka dalam UPSR.



       Antara soalan yang dikemukakan adalah, adakah responden bersetuju bahawa inisiatif
diri sendiri, dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan merupakan pendorong kepada
kejayaan mereka. Adakah institusi keluarga itu penting dalam membentuk pelajar yang berjaya
adakah responden bersetuju dengan pengajaran guru-guru semasa di sekolah rendah dan apakah
faktor kejayaan responden. Tujuan diadakan soalan subjektif ini adalah untuk memberi peluang
kepada responden memberi jawapan dan pendapat mereka secara terbuka.



       Pemilihan set soal selidik ini bertepatan dengan kenyataan yang dibuat oleh Mohd
Majid (2000) iaitu penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran
yang diberikan oleh sampel kerana soal selidik tidak dipengaruhi oleh penyelidik dan
disokong oleh Colombo Plan, 1984 (dalam Mohd Najib,1999) dengan menyatakan bahawa
soal selidik merupakan instrumen kajian yang sering digunakan oleh penyelidik-penyelidik
dalam kajian deskriptif. Menerusi instrumen soal selidik, penyelidik dapat mencapai objektif
kajian dengan lebih berkesan.




3.6    Penganalisisan Data



       Data-data yang telah siap dikumpul akan direkodkan bagi tujuan analisis dengan
kaedah statistik. Perisian komputer Statistic Package For Science Social SPSS (SPSS) versi
11.5 dan manual digunakan bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan bagi setiap jawapan
yang diberikan oleh responden.



       Menurut Mohd Salleh dan Zaidatun (2001), perisian ini merupakan perisian mesra
pengguna ‘user-friendly’ yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai analisis statistik
dan pengurusan data dalam persekitaran yang bergrafik. Melalui penganalisisan ini
penyelidik memperoleh keputusannya dalam bentuk frekuansi, peratusan dan min.



       Penganalisisan data bagi Bahagian B mengambil kira nilai peratus yang diperolehi
untuk mengetahui faktor kecemerlangan pelajar cemerlang UPSR. Manakala cara
penganalisisan data Bahagian C pula mengambil kira beza nilai peratus untuk menyusun
faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan UPSR.




3.7    Kajian Rintis



       Untuk kajian ini, pengkaji telah membuat kajian rintis di sekolah yang sama kerana
ini merupakan responden sebenar kepada kajian yang akan dijalankan. Jumlah responden
yang diambil untuk kajian rintis ini adalah seramai 10 orang. Pengkaji tidak mengambil
jumlah yang besar kerana menurut Mohamad Najib (1999), saiz sampel kajian rintis tidak
perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan
tentang ujian.



       Daripada analisis yang dibuat untuk mencari nilai alpha Cronbach, pengkaji telah
menggunakan program komputer SPSS versi 11.5. Nilai alpha Cronbach yang diperolehi
pengkaji adalah 0.81. Nilai ini agak tinggi dan menurut pandangan Davis (1971) dalam
Mohd Zolkifli Abd Hamid (1999), beliau mengkategorikan;



                  Nilai Alpha Cronbach                    Penerangan
                      0.7 dan ke atas                      Sangat kuat
                      0.5 hingga 0.6                          Kuat
                      0.3 hingga 0.49                    Sederhana kuat
                      0.1 hingga 0.29               Kaitannya boleh diabaikan




3.8    Tatacara Kajian



       Untuk memastikan kajian ini berjalan dengan sempurna, beberapa prosedur perlu
dipatuhi oleh penyelidik termasuklah;



       3.8.1     Membuat rujukan di Perpustakaan Sultanah Zanariah,
       3.8.2     Perjumpaan dengan pembimbing dan pemilihan tajuk,
       3.8.3     Mereka bentuk soalan,
       3.8.4     Membuat kajian rintis,
       3.8.5     Membuat tinjauan bilangan pelajar di sekolah yang terlibat,
       3.8.6     Mendapatkan surat kebenaran dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
                 Kementerian Pendidikan (EPRD) Malaysia,
       3.8.7     Mendapatkan surat kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN),
       3.8.8     Menjalankan kajian dengan mengedarkan set soal selidik,
3.8.9   Menganalisis data yang diperolehi, dan
       3.8.10 Membuat kesimpulan kepada penganalisisan yang dilakukan.




3.9    Penutup



       Di dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan langkah-langkah yang diambil oleh
penyelidik untuk melaksanakan penyelidikan. Prosedur-prosedur yang dirancang di dalam
Bab III ini dapat memudahkan penyelidik menjalankan kajian yang ingin dibuat dan
seterusnya dapat memberikan panduan kepada penyelidik dalam menyiapkan kajian ini dari
mula hingga akhir.
BAB IV




                                     ANALISIS DATA




4.1    Pengenalan



       Bab ini akan membentangkan analisis dapatan hasil kajian. Semua data dan
maklumat yang diperolehi dalam kajian ini menggunakan pendekatan soal selidik.
Penganalisisan data dibuat berdasarkan kepada data-data yang diperolehi daripada 92 set soal
selidik.yang telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan
satu di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Johor Bahru. Borang yang telah diedarkan
telah dikembalikan semuanya dan semua item soal selidik telah dijawab dengan sempurna
oleh responden. Penyelidik telah meggunakan perisian Statistical Package For Social
Science (SPSS) Versi 11.5 bagi menganalisis segala data yang telah diperolehi dan
ditafsirkan kepada nilai kekerapan dan peratusan.



       Data yang diperolehi dari responden melalui pengedaran soal selidik ini merangkumi
tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A melibatkan item
berkaitan dengan latar belakang responden seperti bangsa, agama, jantina, pekerjaan ibu dan
bapa, bilangan adik-beradik dan keputusan UPSR 2004.
Manakala di dalam Bahagian B pula terdiri daripada item yang berkaitan dengan
persoalan kajian dan Bahagian C pula berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan UPSR 2004.



         Item-item dalam soal selidik yang diedarkan cuba menjawab persoalan kajian;



      1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pelajar untuk mencapai
         kecemerlangan dalam UPSR?
      2. Apakah peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam UPSR?
      3. Apakah peranan guru-guru dan pihak sekolah dalam membantu pelajar berjaya dalam
         UPSR?
      4. Apakah peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR?




4.2      Analisis Latar Belakang Responden



         Bahagian A adalah maklumat yang berkaitan dengan latar belakang responden yang
terdiri daripada pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah
Johor Bahru. Semua responden adalah dikalangan pelajar cemerlang seluruh negara yang
mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada
tahun 2004.




Jadual 4.1       Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Latar Belakang
                 Responden.
         Bil   Perkara                                Kekerapan       Peratusan (%)
          1    Bangsa
                  • Melayu                                 88               95.7
                  • Melanau                                 3                3.3
                  • Kadazan Dusun                           1                1.1
2    Agama
                • Islam                                   91              98.9
                • Kristian                                 1               1.1
       3    Umur
                • 12 tahun                                 8              8.7
                • 13 tahun                                84              91.3
       4    Bilangan Adik Beradik
                • 1 – 3 orang                             73              79.3
                • 4 – 6 orang                             16              17.4
                • 7 – 9 orang                              1               1.1
                • 9 orang dan ke atas                      2               2.2
       5    Kawasan Tempat Tinggal
                • Bandar Besar                            24              26.1
                • Bandar Kecil                            34              37.0
                • Pinggir Bandar                          28              30.4
                • FELDA                                    6               6.5
       6    Pekerjaan Bapa
                • Kerajaan                                29              31.5
                • Swasta                                  22              23.9
                • Pesara                                   1               1.1
                • Sendiri                                 30              32.6
                • Lain-lain                               10              10.9
       7    Pekerjaan Ibu
                • Kerajaan                                25              27.2
                • Swasta                                   5               5.4
                • Pesara                                   1               1.1
                • Suri rumah                              47              51.1
                • Lain-lain                               14              15.2


       Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden mengikut kekerapan dan peratusan
mengikut item yang telah ditetapkan. Dari analisis bangsa mendapati seramai 88 orang
(95.7%) responden adalah berbangsa Melayu, manakala seramai 3 orang (3.3%) berbangsa
Melanau dan 1 orang (1.1%) adalah berbangsa Kadazan Dusun. Dari analisis agama pula,
seramai 91 orang (98.9%) responden adalah beragama Islam, manakala 1 orang atau 1.1%
responden beragama Kristian. Manakala majoriti 84 orang (91.3%) responden berumur 13
tahun, manakala 8 orang (8.7%) adalah berumur 12 tahun.



       Bagi responden yang mempunyai taburan bilangan adik-beradik yang paling ramai
adalah antara 1 hingga 3 orang iaitu seramai 73 orang atau 79.3% responden. Diikuti dengan
responden yang mempunyai taburan bilangan adik-beradik antara 4 hingga 6 orang iaitu
seramai 16 orang atau 17..4% dan seramai 1 orang atau 1.1% responden mempunyai taburan
adik beradik antara 7 hingga 9 orang. Manakala responden yang mempunyai taburan
bilangan adik-beradik yang paling sedikit iaitu seramai 2 orang atau 2.2% adalah dari
kalangan taburan adik beradik 9 orang dan keatas.



       Dalam kajian ini mendapati seramai 34 orang atau 26.1% responden tinggal di bandar
kecil, manakala 28 orang atau 30.4% responden tinggal di pinggir bandar. Selain itu seramai
24 orang atau 26.1% responden tinggal di bandar besar dan hanya 6 orang atau 6.5%
responden tinggal di kawasan FELDA.



       Analisis bagi pekerjaan bapa responden mendapati seramai 30 orang atau 32.6% bapa
responden adalah bekerja sendiri seperti mengusahakan perniagaan sendiri. Manakala
seramai 29 orang atau 31.5% bapa responden bekerja sebagai kakitangan kerajaan, 22 orang
atau 23.9% sebagai kakitangan swasta, 1 orang atau 1.1% sebagai pesara dan 10 orang atau
10.9% dikira sebagai lain-lain, misalnya berkebun, nelayan, telah meninggal dunia atau
selainnya.



       Dalam analisis bagi pekerjaan ibu responden, kajian mendapati seramai 47 orang atau
51.1% ibu responden bekerja sebagai surirumah, 25 orang atau 27.2% ibu responden bekerja
sebagai kakitangan kerajaan, 5 orang (5.4%) sebagai kakitangan swasta dan 1 orang atau
1.1% sebagai pesara. Manakala 14 orang atau 15.2% ibu responden dilabelkan dengan lain-
lain iaitu bekerja kilang, berkebun, telah meninggal dunia atau selainnya.




4.3    Analisis Bahagian B



       Di dalam bahagian B ini, item-item yang dibina adalah berdasarkan kepada empat
persoalan utama kajian. Ia bertujuan mendapatkan maklumbalas yang berkaitan untuk
mengaitkan persoalan kajian dengan gerak balas dari responden. Bahagian ini mengandungi
45 item. Keputusan data yang telah dianalisis dan dihuraikan beserta jadual kekerapan dan
peratusan bagi setiap empat kategori utama yang ditetapkan. Berikut merupakan keputusan
yang telah diperolehi mengikut setiap persoalan utama.




4.3.1    Analisis Persoalan Kajian Pertama
“Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pelajar untuk mencapai kecemerlangan
dalam UPSR?”



Jadual 4.2        Taburan Kekerapan Dan Peratusan Persetujuan Responden Mengikut
                  Persoalan Kajian Pertama.
                                                      Kekerapan           Peratus (%)
   Bil                   Soalan                 TS       TP       S    TS     TP        S
          Saya ada mengikuti kelas tambahan
   1      yang diadakan di sekolah rendah.       1        0       91   1.1    0.0    98.9
   2      Saya ada dikenakan bayaran             36       8       48   39.1   8.7    52.2
          tambahan ke atas kelas tambahan
          yang dijalankan di sekolah rendah.
   3      Waktu belajar saya di kelas            6        6       80   6.5    6.5    87.0
          tambahan sekolah rendah amat
          mencukupi.
   4      Kelas tambahan yang diadakan di        2        5       85   2.2    5.4    92.4
          sekolah rendah saya berkesan.
   5      Saya ada mengambil kelas tuisyen di    42       2       48   45.7   2.2    52.2
          luar.
   6      Kelas kelas tuisyen saya amat          34      12       46   37.0   13.0   50.0
          berkesan.
   7      Waktu belajar saya di kelas tuisyen    36      13       43   39.1   14.1   46.7
          amat mencukupi.
8     Saya amat meminati mata pelajaran       3      11     78     3.3      12.0   84.8
         Bahasa Melayu (Pemahaman).
   9     Saya amat meminati mata pelajaran       2      12     78     2.2      13.0   84.8
         Bahasa Melayu (Penulisan)
   10    Saya amat meminati mata pelajaran       0      3      89     0.0      3.3    96.7
         Matematik.
   11    Saya amat meminati mata pelajaran       3      7      82     3.3      7.6    89.1
         Bahasa Inggeris.
   12    Saya amat meminati mata pelajaran       0      15     77     0.0      16.3   83.7
         Sains.
   13    Saya banyak membuat soalan latih        9      10     73     9.8      10.9   79.3
         tubi sendiri di rumah.



        Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
persoalan kajian pertama. Bagi item 1, seramai 91 (98.9%) responden bersetuju bahawa
mereka ada mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah semasa
mengambil peperiksaan UPSR, manakala 1 (1.1%) responden tidak bersetuju.



        Bagi item 2 pula, seramai 48 (52.2%) responden bersetuju bahawa mereka ada
dikenakan bayaran tambahan bagi aktiviti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah, manakala seramai 36 (39.1%) tidak bersetuju dan 8 (8.7) berkecuali.



        Untuk item 3 pula, 80 (87.0%) responden bersetuju waktu belajar mereka di kelas
tambahan mencukupi, 6 (6.5%) berkecuali dan 6 (6.5%) lagi tidak bersetuju. Selain itu, bagi
item 4 seramai 85 (92.4%) responden bersetuju bahawa kelas tambahan di sekolah rendah
mereka berkesan, manakala 2 (2.2%) tidak bersetuju dan 5 (5.4%) tidak pasti.



        Seterusnya, bagi item 5 seramai 48 (52.2%) responden bersetuju bahawa mereka ada
mengikuti kelas tuisyen, manakala seramai 42 (45.7%) tidak bersetuju dan 2 (2.2%)
berkecuali. Bagi item 6 pula seramai 46 (50.0%) responden bersetuju bahawa kelas tuisyen
mereka berkesan, 34 (37.0%) tidak bersetuju dan 12 (13.0%) berkecuali.



       Bagi item 7, 43 (46.7%) responden bersetuju bahawa waktu belajar mereka
mencukupi di kelas tuisyen, manakala seramai 36 (39.1%) tidak bersetuju dan 13 (14.1%)
berkecuali. Untuk item 8 pula, seramai 78 (84.8%) responden bersetuju bahawa mereka
berminat dalam mata pelajaran Pemahaman Bahasa Melayu, 11 (12.0%) berkecuali dan 3
(3.3%) tidak bersetuju.



       Item 9 pula menyatakan 78 (84.8%) responden bersetuju bahawa mereka berminat
terhadap mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu, 12 (13.0%) berkecuali dan 2 (2.2%) tidak
bersetuju. Bagi item 10 pula seramai 89 (96.7%) responden bersetuju bahawa meminati mata
pelajaran Matematik, manakala 3 (3.3%) tidak bersetuju.



       Bagi item 11, 82 (89.1%) bersetuju bahawa mereka meminati mata pelajaran Bahasa
Inggeris, 7 (7.6%) berkecuali dan 3 (3.3%) tidak bersetuju. Item 12 pula seramai 77 (83.7%)
responden meminati mata pelajaran Sains dan 15 (16.3%) berkecuali. Bagi item 13 pula,
seramai 73 (79.3%) responden bersetuju bahawa mereka banyak membuat soalan latih tubi
dirumah, 10 (1.09%) berkecuali dan 9 (9.8%) tidak bersetuju.
4.3.2    Analisis Persoalan Kajian Kedua
“Apakah peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam UPSR?”



Jadual 4.3      Taburan Kekerapan Dan Peratusan Persetujuan Responden Mengikut
                Persoalan Kajian Kedua.
                                                     Kekerapan           Peratus (%)
   Bil                     Soalan               TS      TP       S    TS     TP        S
   14     Hubungan antara saya dan ibu bapa     1        1       90   1.1    1.1    97.8
          saya sangat mesra
          Ibu bapa saya selalu memberi kata-
   15     kata perangsang kepada saya untuk     1        0       91   1.1    0.0    98.9
          cemerlang dalam UPSR.
   16     Ibu bapa saya pernah menghantar       6        7       79   6.5    7.6    85.9
          saya ke kem motivasi.
          Ibu bapa saya aktif dalam aktiviti
   17     kerohanian di sekolah seperti Solat   7        9       76   7.6    9.8    82.6
          Hajat, PIBG dan sebagainya.
          Ibu bapa saya sering menunjukkan
   18     kasih sayang mereka kepada saya
          dengan memberi pujian, layanan dan    4        7       81   4.3    7.6    88.0
          sebagainya.
          Ibu bapa saya pernah berjanji akan    11       9       72   12.0   9.8    78.3
   19     memberi ganjaran jika saya
          cemerlang dalam UPSR.
          Saya jadikan ganjaran yang            43      15       34   46.7   16.3   37.0
   20     dijanjikan sebagai faktor utama
          untuk saya cemerlang dalam UPSR.
          Saya bersetuju ibu bapa dan           0        3       89   0.0    3.3    96.7
   21     keluarga merupakan faktor utama
          kejayaan saya.
Ibu bapa saya sanggup berbelanja         0      0      92     0.0   0.0    100
   22    lebih untuk pembelajaran saya
         asalkan saya cemerlang dalam
         UPSR.
         Saya amat bersetuju jika ibu bapa        0      1      91     0.0   1.1    98.9
   23    dan keluarga dijadikan faktor
         kecemerlangan saya.



        Jadual 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
persoalan kajian kedua. Bagi item 14, seramai 90 (97.8%) responden bersetuju, 1 (1.1%)
berkecuali dan 1 (1.1%) tidak bersetuju bahawa hubungan mereka dengan ibu bapa mereka
sangat mesra. Untuk item 15 pula, seramai 91 (98.9%) responden bersetuju bahawa ibu bapa
mereka selalu memberi kata-kata perangsang kepada mereka, manakala 1 (1.1%) tidak
bersetuju.



        Bagi item 16 pula, seramai 79 (85.9%) responden bersetuju ibu bapa mereka pernah
menghantar mereka ke kem motivasi, 7 (7.6%) berkecuali dan 6 (6.5%) tidak bersetuju. Item
17 pula seramai 76 (82.6%) responden bersetuju bahawa ibu bapa mereka aktif dalam aktiviti
kerohanian di sekolah, 9 (9.8%) berkecuali dan 7 (7.6%) tidak bersetuju.



        Item 18 pula menyatakan 81 (88.0%) responden bersetuju bahawa ibu bapa mereka
sering menunjukkan kasih sayang seperti memberi pujian dan layanan kepada mereka, 7
(7.6%) berkecuali dan 4 (4.3%) tidak bersetuju. Bagi item 19 pula, 72 (78.3%) responden
bersetuju bahawa ibu bapa mereka berjanji akan memberi ganjaran jika mereka berjaya
dalam UPSR, manakala 11 (12.0%) tidak bersetuju dan 9 (9.8%) berkecuali.



        Seramai 43 (46.7%) responden tidak bersetuju dengan item 20 bahawa mereka
menjadikan ganjaran yang dijanjikan sebagai faktor utama untuk cemerlang, manakala 34
(37.0%) bersetuju dan 15 (16.3%) berkecuali. Bagi item 21, seramai 89 (96.7%) responden
bersetuju ibu bapa dan keluarga merupakan faktor utama kejayaan mereka, manakala 3
(3.3%) berkecuali.



         Untuk item 22 pula, majoriti 92 (100.0%) responden bersetuju bahawa ibu bapa
mereka sanggup berbelanja lebih untuk pembelajaran mereka. Bagi item 23 pula, seramai 91
(98.9%) responden bersetuju ibu bapa dan keluarga merupakan faktor kecemerlangan
mereka.




4.3.3    Analisis Persoalan Kajian Ketiga
“Apakah peranan guru-guru dan pihak sekolah dalam membantu pelajar untuk berjaya dalam
UPSR?”



Jadual 4.4        Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Persetujuan Responden
                  Mengikut Persoalan Kajian Ketiga
                                                     Kekerapan           Peratus (%)
   Bil                   Soalan                  TS     TP       S    TS     TP         S
   24     Saya amat menghormati guru-guru        0       2       90   0.0    2.2    97.8
          saya.
   25     Saya menganggap guru-guru saya         1       9       82   1.1    9.8    89.1
          sebagai ibu bapa di sekolah.
   26     Saya menerima teguran guru-guru        0       4       88   0.0    4.3    95.7
          saya sebagai teguran yang membina.
   27     Saya mempunyai hubungan yang           0       8       84   0.0    8.7    91.3
          mesra dengan guru mata pelajaran
          Bahasa Melayu (Pemahaman).
   28     Saya mempunyai hubungan yang           0       9       83   0.0    9.8    90.2
          mesra dengan guru mata pelajaran
          Bahasa Melayu (Penulisan).
29    Saya mempunyai hubungan yang            1       5     86     1.1     5.4    93.5
         mesra dengan guru mata pelajaran
         Bahasa Inggeris.
   30    Saya mempunyai hubungan yang            1       7     84     1.1     7.6    91.3
         mesra dengan guru mata pelajaran
         Matematik.
   31    Saya mempunyai hubungan yang            2      11     79     2.2    12.0    85.9
         mesra dengan guru mata pelajaran
         Sains.
   32    Guru-guru saya selalu memberikan        0       1     91     0.0     1.1    98.9
         dorongan dan semangat kepada saya
         untuk cemerlang dalam mata
         pelajaran mereka.
   33    Saya faham dengan pengajaran yang       0       0     92     0.0     0.0    100
         disampaikan oleh guru-guru saya
         semasa di sekolah rendah.
   34    Saya pernah ke kem motivasi yang        2       3     87     2.2     3.3    94.6
         dianjurkan oleh pihak sekolah
         semasa di sekolah rendah.
   35    Jika saya tidak faham semasa guru       0       3     89     0.0     3.3    96.7
         saya mengajar, guru saya akan cuba
         membantu saya sehingga faham.
   36    Saya amat bersetuju jika guru           0       8     84     0.0     8.7    91.3
         dijadikan faktor kecemerlangan
         saya.



        Jadual 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
persoalan kajian ketiga. Bagi item 24, seramai 90 (97.8%) responden bersetuju bahawa
mereka amat menghormati guru-guru di sekolah, manakala 2 (2.2%) tidak pasti. Item 25
pula, 82 (89.1%) responden bersetuju bahawa mereka menganggap guru-guru mereka
sebagai ibu bapa di sekolah, manakala 9 (9.8%) berkecuali dan 1 (1.1%) tidak bersetuju.
Bagi item 26, seramai 88 (95.7%) responden bersetuju bahawa mereka menerima
teguran guru-guru sebagai membina, manakala 4 (4.3%) berkecuali. Bagi item 27 pula,
seramai 84 (91.3%) responden bersetuju bahawa mereka mempunyai hubungan yang mesra
dengan guru mata pelajaran Pemahaman Bahasa Melayu, 8 (8.7%) berkecuali.



       Bagi item 28, seramai 83 (90.2%) responden bersetuju bahawa mereka mempunyai
hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu, 9 (9.8%)
daripada mereka berkecuali. Item 29 pula, seramai 86 (93.5%) bersetuju mereka mempunyai
hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, 1 (1.1%) tidak bersetuju
dan 5 (5.4%) berkecuali.



       Untuk item 30, seramai 84 (91.3%) responden bersetuju bahawa mereka mempunyai
hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Matematik mereka, manakala 7 (7.6%)
berkecuali dan 1 (1.1%) tidak bersetuju. Bagi item 31, seramai 79 (85.9%) responden
mempunyai hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Sains, 11 (12.0%) berkecuali
dan 2 (2.2%) tidak bersetuju.



       Untuk item 32 pula, 91 (98.9%) responden bersetuju bahawa guru-guru selalu
memberi dorongan kepada mereka untuk cemerlang, manakala 1 (1.1%) berkecuali. Item 33
pula, 92 (100%) responden bersetuju bahawa mereka faham dengan pengajaran yang
disampaikan oleh guru-guru. Bagi item 34 pula, seramai 87 (94.6%) responden bersetuju
bahawa pernah mengikuti kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah, 2 (2.2%) tidak
bersetuju dan 3 (3.3%) berkecuali.



       Untuk item 35, 89 (96.7%) responden bersetuju bahawa guru mereka akan membantu
sekiranya mereka tidak faham semasa sesi pengajaran, manakala 3 (3.3%) tidak pasti. Bagi
item 36 pula, seramai 84 (91.3%) responden bersetuju guru dijadikan faktor kecemerlangan
mereka, manakala 8 (8.7%) berkecuali.
4.3.4    Analisis Persoalan Kajian Keempat
“Apakah peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR?”



Jadual 4.5      Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Persetujuan Responden
                Mengikut Persoalan Kajian Keempat.
                                                     Kekerapan           Peratus (%)
   Bil                    Soalan                TS      TP       S    TS     TP        S
    37      Saya mempunyai ramai rakan.         1        1       90   1.1    1.1     97.8
    38      Tujuan saya berkawan baik adalah    22      17       53   23.9   18.5    57.6
            untuk menambah bilangan rakan.
    39      Tujuan saya berkawan adalah         2       14       76   2.2    15.2    82.6
            untuk mencari rakan belajar.
    40      Saya juga mempunyai rakan karib.    3        1       88   3.3    1.1     95.7
    41      Saya sering berjumpa dengan         8        3       81   8.7    3.3     88.0
            rakan karib saya.
    42      Rakan karib saya sebaya saya.       3        0       89   3.3    0.0     96.7
    43      Rakan karib saya juga mengambil     4        0       88   4.3    0.0     95.7
            UPSR 2004.
    44      Saya dan rakan karib sering         3        5       84   3.3    5.4     91.3
            memberi dorongan antara satu
            sama lain.
    45      Saya amat setuju jika rakan karib   12      16       64   13.0   17.4    69.6
            dijadikan antara faktor
            kecemerlangan saya.



         Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
persoalan kajian keempat. Bagi item 37, seramai 90 (97.8%) responden bersetuju mereka
mempunyai ramai rakan, 1 (1.1%) tidak bersetuju dan 1 (1.1%) lagi berkecuali. Item 38
pula, seramai 83 (57.6%) responden bersetuju bahawa tujuan mereka berkawan baik adalah
untuk menambah bilangan rakan, 22 (23.9%) daripada mereka tidak bersetuju dan 17
(18.5%) berkecuali.



       Bagi item 39, seramai 76 (82.6%) responden bersetuju bahawa tujuan mereka
berkawan adalah untuk mencari rakan belajar, manakala 14 (15.2%) berkecuali dan 2 (2.2%)
tidak bersetuju. Item 40 menyatakan seramai 88 (95.7%) bersetuju, 3 (3.3%) tidak bersetuju
dan 1 (1.1%) berkecuali bagi kenyataan mereka mempunayi rakan karib.



       Bagi item 41, seramai 81 (88.0%) responden bersetuju bahawa mereka sering
berjumpa dengan rakan karib mereka, 8 (8.7%) tidak bersetuju dan 3 (3.3%) berkecuali.
Bagi item 42, seramai 89 (96.7%) mempunyai rakan karib yang sebaya, manakala 3 (3.3%)
tidak mempunyai rakan karib sebaya.



       Item 43 pula, seramai 88 (95.7%) responden bersetuju bahawa rakan karib mereka
juga mengambil UPSR 2004, manakala 4 (4.3%) tidak bersetuju. Kajian ini juga mendapati
seramai 84 (91.3%) responden bersetuju bahawa mereka dan rakan karib sering memberi
dorongan antara satu sama lain, manakala 3 (3.3%) daripadanya tidak bersetuju dan 5 (5.4%)
berkecuali.



       Untuk item yang terakhir adalah item yang menyatakan sama ada responden
bersetujua bahawa rakan karib dijadikan faktor kecemerlangan mereka. Seramai 64 (69.6%)
bersetuju, manakala 16 (17.4%) berkecuali dan 12 (13.0%) tidak bersetuju.
4.4      Analisis Bahagian C



         Di dalam bahagian C ini, item-item yang dibina adalah berdasarkan kepada empat
soalan subjektif. Ia bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan untuk mengaitkan
persoalan kajian dengan gerak balas dari responden.




4.4.1    Analisis Bagi Faktor Inisiatif Pelajar Dalam Mempengaruhi Kecemerlangan
         UPSR.



         Analisis persoalan kajian ini melibatkan faktor inisistif pelajar dalam mempengaruhi
kecemerlangan UPSR. Persoalan berkenaan adalah :



‘Adakah faktor inisiatif pelajar mempengaruhi kecemerlangan UPSR?’



         Keputusan keseluruhan bagi faktor inisistif pelajar mempengaruhi kecemerlangan
UPSR 2004, pelajar tingkatan satu sekolah ini ditunjukkan dalam jadual 4.6. Jumlah
kekerapan dan peratus keseluruhan item akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian
yang pertama.




Jadual 4.6       Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor Inisiatif Pelajar
                 Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR
                                                              Kekerapan       Peratus (%)
 Bil                            Soalan                        Ya     Tidak    Ya      Tidak
 1      Saya bersetuju bahawa inisiatif diri sendiri, dorongan 92    0        0.0     100
        ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan adalah
        pendorong kepada kejayaan saya dalam UPSR.
2   Saya boleh berjaya tanpa dorongan dan sokongan          0       92     0.0     100
     ibu bapa, guru dan rakan.
 3   Saya ingin menjadi pelajar yang berjaya di masa         47      45     51.1    48.9
     akan datang dengan mengekalkan corak
     pembelajaran saya sekarang.



       Jadual 4.6 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan bagi faktor inisiatif pelajar
dalam mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Dapatan kajian menunjukkan seramai 92 orang
(100%) responden bersetuju bahawa gabungan anisiatif diri sendiri, ibu bapa, guru dan rakan
merupakan faktor terpenting untuk berjaya dalam peperiksaan.



       Seramai 92 orang (100%) responden bersetuju bahawa dorongan ibu bapa, guru dan
rakan penting bagi mereka untuk cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, seramai 47 orang
(51.1%) responden bersetuju dengan kenyataan bahawa akan mengekalkan corak
pembelajaran mereka sekarang untuk cemerlang dalam di masa akan datang, manakala
seramai 45 (48.9%) responden menolak kenyataan itu.




4.4.2 Analisis Bagi Faktor Ibu Bapa Dalam Mempengaruhi Kecemerlangan
       UPSR



       Analisis persoalan kajian ini melibatkan faktor ibu bapa dalam mempengaruhi
kecemerlangan UPSR. Persoalan berkenaan adalah :



‘Adakah faktor ibu bapa mempengaruhi kecemerlangan UPSR responden?’



       Keputusan keseluruhan bagi faktor ibu bapa mempengaruhi kecemerlangan UPSR
2004, pelajar tingkatan satu sekolah ini ditunjukkan dalam jadual 4.7.
Jumlah kekerapan dan peratus keseluruhan item akan digunakan untuk menjawab persoalan
kajian yang kedua.



Jadual 4.7      Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor Ibu Bapa
                Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR


                                                              Kekerapan      Peratus (%)
 Bil                             Soalan                       Ya     Tidak Ya       Tidak
 4     Doa dan restu ibu bapa penting untuk saya berjaya dalam 92      0     100     0.0
       UPSR.
 5     Pada pendapat saya, institusi keluarga itu penting      70     22     76.1   23.9
       dalam membentuk pelajar yang berjaya.



        Jadual 4.7 menerangkan taburan kekerapan dan peratusan bagi faktor ibu bapa dalam
mempengaruhi kecemerlangan UPSR responden. Seramai 92 (100%) responden bersetuju
bahawa doa dan restu ibu bapa penting untuk berjaya dalam UPSR. Selain itu, seramai 70
(76.1%) responden bersetuju bahawa institusi keluarga penting dalam membentuk pelajar
yang berjaya, manakala seramai 22 (23.9%) tidak bersetuju dengan item itu.




4.4.3 Analisis Bagi Faktor Guru Dalam Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR



        Analisis persoalan kajian ini melibatkan faktor guru dalam mempengaruhi
kecemerlangan UPSR. Persoalan berkenaan adalah :



‘Adakah faktor guru mempengaruhi kecemerlangan UPSR responden?’
Keputusan keseluruhan bagi faktor guru mempengaruhi kecemerlangan UPSR 2004,
pelajar tingkatan satu sekolah ini ditunjukkan dalam jadual 4.8. Jumlah kekerapan dan
peratus keseluruhan item akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga.




Jadual 4.8      Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor Guru
                Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR
                                                                Kekerapan     Peratus (%)
 Bil                              Soalan                         Ya   Tidak Ya          Tidak
 6     Guru-guru saya amat prihatin terhadap pelajar-pelajarnya. 78   14      84.8      15.2
 7     Saya selesa dengan pengajaran guru-guru                  88    4       95.7      4.3
       disekolah rendah.
 8     Hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah               66    26      71.4      28.6
       rendah saya amat baik.



        Jadual 4.8 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan bagi faktor guru dalam
mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Seramai 78 (84.8%) responden bersetuju dengan item
bahawa guru mereka amat prihatin terhadap pelajar-pelajarnya, manakala seramai 14 (15.2%)
responden pula tidak bersetuju.



        Bagi item 7 pula, seramai 88 (95.7%) responden bersetuju bahawa mereka selesa dengan
pengajaran guru-guru mereka semasa di sekolah rendah, manakala seramai 4 (4.3%) pula tidak
bersetuju. Bagi item 8 pula, seramai 66 orang atau 71.4% responden bersetuju bahawa hubungan
antara ibu bapa dan pihak sekolah rendah mereka amat baik, manakala seramai 26 (28.6%)
responden tidak bersetuju.
4.4.4    Analisis Bagi Faktor Rakan Sebaya Dalam Mempengaruhi Kecemerlangan
         UPSR



         Analisis persoalan kajian ini melibatkan faktor rakan sebaya dalam mempengaruhi
kecemerlangan UPSR. Persoalan berkenaan adalah :



‘Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi kecemerlangan UPSR responden?’



         Keputusan keseluruhan bagi faktor rakan sebaya mempengaruhi kecemerlangan
UPSR 2004, pelajar tingkatan satu sekolah ini ditunjukkan dalam jadual 4.9 Jumlah
kekerapan dan peratus keseluruhan item akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian
yang keempat.



Jadual 4.9      Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor Rakan Sebaya
                mempengaruhi Kecemerlangan UPSR.
                                                               Kekerapan      Peratus (%)
 Bil                             Soalan                        Ya     Tidak Ya       Tidak
 9      Rakan sebaya sentiasa mengambil berat terhadap saya.   81     11      87.9   12.1
 10 Saya dan rakan selalu belajar bersama-sama.                78     14      85.8   14.2



         Jadual 4.9 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan bagi faktor rakan sebaya
dalam mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Seramai 81 (87.9%) responden bersetuju
bahawa rakan sebaya mereka sentiasa mengambil berat terhadap mereka, manakala seramai
11 (12.1%) tidak bersetuju. Selain itu seramai 78 (85.8%) responden bersetuju dengan item
10, manakala 14 (14.2%) menolak item itu.
BAB V




                  PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN




5.1    Pengenalan



       Dalam bab ini, penyelidik mengemukakan rumusan secara keseluruhan bagi
membincangkan tajuk kajian. Ianya akan menyentuh aspek perbincangan, rumusan,
kesimpulan dan cadangan mengenai persepsi pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah
Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan UPSR. Penyelidik mengkhususkan bab ini kepada perbincangan dan
merumuskan segala dapatan yang diperolehi dan mencadangkannya kepada pihak tertentu.
Perbincangan dibuat dengan menganalisis setiap persoalan kajian untuk mengetahui apakah
inisiatif diri sendiri, dorongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan mempengaruhi kecemerlangan
mereka dalam UPSR.




       Selain itu, penyelidik juga akan membuat kesimpulan hasil daripada perbincangan
dan rumusan. Di samping membuat beberapa cadangan yang difikirkan perlu dan
munasabah serta boleh dilaksanakan oleh calon-calon UPSR, ibu bapa, guru-guru serta pihak
sekolah dan rakan sebaya.
5.2      Perbincangan Kajian



         Tumpuan perbincangan berfokuskan kepada empat persoalan kajian iaitu;

      5. Langkah-langkah atau inisiatif yang telah diambil oleh pelajar untuk kecemerlangan
         dalam UPSR.
      6. Peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam UPSR.
      7. Peranan guru-guru serta pihak sekolah dalam membantu pelajar berjaya dalam UPSR.
      8. Peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR.




5.2.1    Inisiatif Pelajar Untuk Kecemerlangan Dalam UPSR



         Hasil daripada kajian yang dijalankan, secara keseluruhannya menunjukkan ramai
responden mengambil berat terhadap peperiksaan UPSR yang mereka hadapi. Ini dapat
dibuktikan dengan kesungguhan mereka mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah, walaupun responden ada dikenakan bayaran keatas kelas tambahan tersebut.
Namun peratusan yang menghadirinya tetap tinggi dan analisis kajian mendapati seramai 91
(98.7%) responden menghadiri kelas tambahan tersebut manakala 1 (1.1%) sahaja tidak
menghadiri kelas tambahan tersebut. Ini mungkin disebabkan masalah kesihatan yang
dihadapi oleh responden.



         Tidak hanya tertumpu dengan kelas tambahan di sekolah, ramai responden
mengambil inisiatif untuk menambah ilmu dengan menghadiri kelas tuisyen di luar. Hasil
kajian mendapati seramai 48 orang atau 52.2% responden mengikuti kelas tuisyen diluar,
manakala 42 orang atau 45.7% tidak mendapatkan khidmat tuisyen dan 2 (2.2%) responden
adalah berkecuali.
Selain itu, minat merupakan perkara yang penting dalam mencapai kejayaan dalam
sesuatu perkara seperti juga dengan sesi pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan seramai
78 orang atau 84.8% responden berminat dalam mata pelajaran Pemahaman Bahasa Melayu,
78 atau 84.8% berminat dalam mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu, 89 orang atau
96.7% responden meminati mata pelajaran Matematik, 82 atau 89.1% responden meminati
mata pelajaran Bahasa Inggeris dan 77 atau 83.7% responden meminati mata pelajaran Sains.
Jumlah ini menunjukkan responden-responden memiliki minat yang tinggi dalam setiap
mata pelajaran yang mereka pelajari.



       Menurut Ismail Hj Raduan (1995), minat terhadap sesuatu perkara akan mendorong
seseorang meneroka lebih jauh. Oleh itu, minat perlu ditanam dalam diri pelajar agar dapat
meningkatkan keseronokan dan minat semasa belajar. Ini boleh dipertingkatkan dengan
dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya.



       Perkara ini disokong oleh Syarifah Alawiyah Al-Sagoff (1984) yang menjelaskan
minat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minat pelajar dalam pelajaran.
Minat juga merupakan penggerak yang mendorong seseorang pelajar memberi perhatian
kepada kerjaya yang diceburi. Oleh itu, minat yang tinggi membolehkan pelajar memberikan
tumpuan yang lebih terhadap bidang yang dilakukan. Minat boleh dianggap pendorong
untuk mengekalkan usaha dalam pelajaran, permainan dan tugas-tugas kerana minat
menyebabkan seseorang memilih perkara atau pekerjaan yang disukai.



       Dengan wujudnya minat, maka pelajar akan melakukan pelbagai inisiatif untuk
mendalami ilmu pengetahuan mereka. Hasil kajian mendapati seramai 73 orang atau 79.3%
responden membuat soalan latih tubi, selain dari soalan-soalan yang diberi di sekolah atau
tempat tuisyen. Ini jelas menunjukkan kesungguhan mereka dalam mendalami ilmu dan
memperoleh pengetahuan.
5.2.2   Peranan Ibu Bapa Dalam Mendorong Pelajar Untuk Cemerlang dalam UPSR



        Ibu bapa merupakan agen sosialisasi terpenting dalam membentuk tingkah laku anak-
anak seperti kepercayaan, personaliti dan kemahiran tertentu. Menurut Mohd Salleh Lebar
(1998), anak-anak belajar sesuatu hasil daripada proses interaksi, bimbingan dan pemerhatian
daripada keluarga. Hasil kajian mendapati responden mempunyai hubungan yang mesra
dengan ibu bapa dan keluarga. Ini dibuktikan dengan dapatan kajian bahawa seramai 90
orang atau 97.8% responden mempunyai hubungan mesra dengan ibu bapa mereka dan
seramai 91 orang atau 98.9% responden menyatakan bahawa ibu bapa mereka selalu
memberi kata-kata perangsang.



        Suasana keluarga juga memainkan peranan utama dalam membentuk kecemerlangan
anak-anak. Perkara ini terbukti apabila seramai 81 orang atau 88.0% responden menyatakan
bahawa ibu bapa mereka sering menunjukkan kasih sayang kepada mereka dengan memberi
pujian, layanan istimewa dan sebagainya. Dengan cara demikian, anak-anak akan merasa
lebih dihargai dan ini akan membangkitkan rasa kecintaan dan keyakinan yang tinggi dalam
diri mereka sendiri. Bila keyakinan diri anak-anak meningkat, maka anak-anak lebih yakin
untuk berjaya dalam sesuatu perkara. Dalam situasi ini perkara tersebut adalah
kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).



        Ganjaran merupakan hadiah atau balasan kepada sesuatu perbuatan sama ada baik
mahupun jahat. Namun, dalam skop ini ganjaran merupakan hadiah hasil kecemerlangan
pelajar dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dapatan kajian
mendapati seramai 72 orang atau 78.3% responden menyatakan bahawa ibu bapa mereka
pernah berjanji akan memberi ganjaran jika mereka cemerlang dalam UPSR. Menurut
Saniah Sayuti (2000), ganjaran merupakan peneguhan hasil daripada usaha untuk mendapat
kecemerlangan dalam sesuatu perkara. Sikap ibu bapa yang memberi ganjaran kepada anak-
anak, hasil kecemerlangan mereka haruslah dipuji dan diteruskan. Dengan ini, anak-anak
akan merasa mereka dihargai dan disayangi. Namun begitu, responden tidak menjadikan
ganjaran tersebut sebagai faktor utama untuk mereka berjaya, ini disokong dengan dapatan
kajian iaitu seramai 43 orang atau 46.7% bersetuju bahawa tidak menjadikan ganjaran
sebagai faktor utama.



        Menurut responden, ibu bapa mereka sanggup mengeluarkan belanja yang lebih
untuk pembelajaran mereka. Antara perkara yang menyebabkan ibu bapa responden sanggup
mengeluarkan belanja yang lebih adalah dengan menghantar mereka ke kelas tambahan,
kelas tuisyen, membeli buku-buku rujukan dan latihan dan sebagainya. Perkara ini disokong
oleh penyataan T. Marimuthu (1990), iaitu taraf sosiekonomi dan pencapaian akademik
menunjukkan hubungan yang positif dimana semakin tinggi sosioekonomi ibu bapa, maka
lebih tinggi pencapaian akademik anak-anak.



        Secara keseluruhannya, responden bersetuju bahawa ibu bapa dan keluarga
merupakan pendorong dan faktor utama dalam kejayaan mereka. Namun, kejayaan mereka
ini tidak hanya bergantung kepada satu pihak sahaja tanpa gabungan atau paduan dari pihak
yang lain seperti guru dan rakan sebaya.




5.2.3   Peranan Guru Dan Pihak Sekolah Dalam Membantu Pelajar Berjaya Dalam
        UPSR.



        Hasil daripada analisis kajian mendapati, majoriti responden bersetuju bahawa
mereka menghormati dan menganggap guru-guru mereka sebagai pengganti ibu bapa ketika
mereka ketika berada di sekolah. Mereka juga dapat menerima segala teguran yang dibuat
oleh guru mereka dan menganggap teguran itu sebagai membina. Menurut Saniah Sayuti
(2000), pada peringkat umur 11 tahun keatas, kanak-kanak mula berfikir secara hipotetikal,
dan berupaya berfikiran secara abstrak dan logik. Pada peringkat ini, kanak-kanak
memerlukan dorongan golongan dewasa untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru.
Menurut beliau lagi, pada peringkat ini kesilapan pelajar tidak wajar dihukum tetapi patut
digunakan untuk membantu guru dalam memahami pelajar dan memberi nasihat yang
berguna.



       Dapatan kajian juga mendapati, kebanyakkan responden mempunyai hubungan yang
mesra dengan guru-guru mata pelajaran masing-masing. Misalnya seramai 84 orang atau
91.3% mesra dengan guru mata pelajaran Pemahaman Bahasa Melayu, 83 orang atau 90.2%
responden yang mesra dengan guru mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu, 86 orang atau
93.5% mesra dengan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, 84 orang atau 91.3% responden
mesra dengan guru mata pelajaran Matematik dan 79 orang atau 85.9% responden mesra
dengan guru mata pelajaran Sains.



       Dengan wujudnya hubungan yang mesra antara guru dan pelajar, maka sesi
pengajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Hubungan mesra antara guru dan
pelajar haruslah dipupuk kerana kedua-duanya bagaikan sebuah keluarga dalam institusi
pendidikan. Jika pelajar mengalami kesulitan dalam memahami isi pengajaran, maka guru
haruslah sedaya upaya membantu pelajar sehingga dapat memahami isi pengajaran. Selain
itu, hubungan mesra antara guru dan pelajar juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti
kerohanian seperti menganjurkan kem motivasi, aktiviti beriadah dan lain-lain.



       Melalui kesedaran bahawa guru merupakan agen saluran ilmu pengetahuan, maka
responden bersetuju bahawa guru merupakan salah satu faktor utama dalam menjadikan
seorang pelajar itu cemerlang. Guru juga haruslah bijak dalam meningkatkan motivasi
pelajar di dalam bilik darjah dengan mewujudkan suasana ceria, sentiasa memupuk sikap
positif pelajar, mendorong naluri ingin tahu pelajar dan menggunakan teknik motivasi
instrinsik dan ekstrinsik.



       Motivasi intrinsik wujud dalam diri individu seperti dorongan dalaman dan minat
untuk melakukan sesuatu perkara seperti berjaya dalam peperiksaan. Manakala motivasi
ekstrinsik pula ialah dorongan yang menggerakkan individu untuk bertindak seperti arahan
membuat kerja sekolah, menghafal sifir dan sebagainya. Oleh itu, guru perlulah bijak
memainkan peranan menyuntik motivasi pelajar ini agar mereka berjaya dalam UPSR.




5.2.4   Peranan Rakan Dalam Membantu Pelajar Untuk Cemerlang Dalam UPSR



        Keputusan daripada kajian yang dijalankan menunjukkan rakan sebaya merupakan
faktor yang mempunyai kedudukan terendah dalam mempengaruhi kecemerlangan responden
selepas inisiatif diri sendiri. Ini dapat dibuktikan kerana pelajar hanya berjumpa dengan
rakan mereka di sekolah atau tempat tuisyen sahaja. Tujuan mereka berkawan hanya untuk
menambah bilangan rakan, berkongsi ilmu pengetahuan dan berseronok. Pada peringkat ini
juga, mereka mula menganggap rakan mereka sebagai pesaing untuk cemerlang dalam
peperiksaan.



        Hal ini menunjukkan rakan sebaya mampu mempengaruhi mereka untuk cemerlang
atau sebaliknya. Daripada pemerhatian yang dibuat, responden banyak menghabiskan masa
bersama rakan iaitu pada waktu persekolahan. Apabila mereka membesar, dunia mereka
semakin meluas dan perhubungan sosial memainkan peranan penting. Salah satu
daripadanya adalah pengaruh luaran seperti media massa yang telah dinyatakan oleh Store
dan Mc William (1990).




5.3     Rumusan



        Hasil kajian yang diperolehi daripada bahagian A mendapati responden Melayu
adalah yang tertinggi iaitu seramai 88 (95.7%) orang, berusia 13 tahun seramai 84 (91.3%)
orang dan beragama Islam seramai 91 (98.9%) orang. Seramai 34 (37.0%) responden tinggal
di bandar kecil dan 28 (30.4%) tinggal di pinggir bandar. Majoriti bapa responden bekerja
sendiri dan manakala ibu responden bekerja sebagai suri rumah.
Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi daripada bahagian B, secara keseluruhannya
keempat-empat faktor yang dikemukakan adalah mempengaruhi mereka. Daripada empat
faktor tersebut, didapati faktor ibu bapa menunjukkan purata peratusan tertinggi
mempengaruhi mereka. Ini diikuti dengan faktor guru, kemudian inisiatif diri sendiri dan
akhirnya rakan. Oleh itu secara umumnya dapat disimpulkan bahawa faktor-faktor berikut
mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) khususnya, dan semua peperiksaan di bawah Kementerian Pendidikan umumnya.



        Daripada bahagian C pula, majoriti responden bersetuju bahawa tanpa gabungan
keempat-empat faktor iaitu inisiatif diri sendiri, dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan,
mereka tidak akan berjaya dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mereka
juga bersetuju bahawa institusi keluarga haruslah bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
perkara yang membabitkan kecemerlangan anak-anak. Selain itu, persaingan yang sihat antara
rakan-rakan juga wajar agar dapat melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang.




5.4     Cadangan



        Berdasarkan hasil kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi menarik perhatian
pelajar terhadap faktor-faktor kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Cadangan-cadangan ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk mengambil
tindakan yang sewajarnya agar dapat meningkatkan sistem pendidikan kita di masa akan datang.
Berikut adalah cadangan yang dikemukakan oleh penyelidik.



5.4.1   Peranan Ibu Bapa



        Peranan ibu bapa adalah sangat besar dalam mencorakkan pendidikan anak-anak. Oleh
itu, ibu bapa haruslah peka dengan persekitaran dan arus pendidikan moden. Kerjasama dengan
pihak sekolah juga perlu untuk membentuk generasi yang cemerlang di masa hadapan tanpa
mengabaikan aspek kerohanian. Ibu bapa merupakan golongan yang paling hampir dengan
anak-anak. Oleh itu, wajarlah jika ibu bapa dianggap role-model kepada anak-anak. Maka, ibu
bapa haruslah sentiasa mempamerkan dan menunjukkan sikap-sikap yang positif di rumah
seperti sikap tolong menolong, sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat, memberi
ganjaran sebagai salah satu penekanan, sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak
walau sesibuk mana pun agar anak-anak rasa lebih dihargai dan disayangi.



        Perkara ini disokong oleh Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1984) yang berpendapat,
kehidupan anak-anak ditentukan oleh ibu bapa. Pengaruh ibu bapa memberi kesan kepada
personaliti pelajar. Ibu bapa mempunyai pengaruh dan tanggungjawab besar dalam
pembentukan hala tuju anak-anak. Lantas, ibu bapa perlulah mempunyai minat,
kesungguhan, bersikap positif, berkemahiran dan mempengaruhi perancangan strategik untuk
kejayaan anak-anak.




5.4.2   Peranan Guru dan Pihak Sekolah



        Guru-guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat terutamanya
golongan ibu bapa seperti menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Disamping itu, guru-
guru juga haruslah berusaha meningkatkan kemahiran mengajar dalam mata pelajaran yang
diajar di sekolah agar dapat sesi pengajaran dapat dijalankan dengan penuh keyakinan. Selain
itu, guru dan pihak sekolah juga haruslah sentiasa memberi kata-kata semangat dan perangsang
kepada pelajar. Jika pelajar ada membuat kesilapan, maka guru haruslah memberi teguran yang
membina. Guru juga boleh menggunakan kaedah psikologi kepada pelajar dengan mewujudkan
suasana pembelajaran yang ceria, menggunakan kaedah motivasi instrinsik dan ekstrinsik. Guru
yang bijak dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Dengan ini, pelajar cemerlang dapat
dihasilkan dan hubungan baik antara guru dan pelajar dapat diwujudkan.
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp
Tazurafasniap030488 d2005ttp

More Related Content

What's hot

Soal selidik didik hibur
Soal selidik didik hiburSoal selidik didik hibur
Soal selidik didik hiburEda Muryanti
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pmrsakmar
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanTugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauantengkunini
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bualNur Hassan
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012aaunii
 
Borang maklum balas pelajar
Borang maklum balas pelajarBorang maklum balas pelajar
Borang maklum balas pelajarIntan Zahedi
 
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagiFAIZAL1978
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagisobri4587
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikTeacher Nasrah
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )Mohd Norrazli Md Rasdi
 
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2Norazlin Mohd Rusdin
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 

What's hot (20)

Soal selidik didik hibur
Soal selidik didik hiburSoal selidik didik hibur
Soal selidik didik hibur
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanTugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bual
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012
 
Borang maklum balas pelajar
Borang maklum balas pelajarBorang maklum balas pelajar
Borang maklum balas pelajar
 
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
 
enriquez oribio
enriquez oribioenriquez oribio
enriquez oribio
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematik
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
 
Bahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digitBahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digit
 
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
 
Kaedah petak sifir
Kaedah petak sifirKaedah petak sifir
Kaedah petak sifir
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
Postmortem pmr 2011
Postmortem pmr 2011Postmortem pmr 2011
Postmortem pmr 2011
 
JURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIKJURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIK
 

Viewers also liked

Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6ongheakin
 
Contoh proposal tugas akhir
Contoh proposal tugas akhirContoh proposal tugas akhir
Contoh proposal tugas akhirShuriken Power
 
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaianSoal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaianNur Hayati Ibrahim
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literaturDwi Karyani
 
Tesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
Tesis Diploma Vokasional Malaysia LandskapTesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
Tesis Diploma Vokasional Malaysia LandskapAbdul Waqash Marzuki
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan SebayaContoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebayanazri15
 

Viewers also liked (13)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Contoh proposal tugas akhir
Contoh proposal tugas akhirContoh proposal tugas akhir
Contoh proposal tugas akhir
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaianSoal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literatur
 
Tesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
Tesis Diploma Vokasional Malaysia LandskapTesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
Tesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan SebayaContoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
 

Similar to Tazurafasniap030488 d2005ttp

Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3LILLYBALA
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3LILLYBALA
 
Amalan nilai murni_di_kalangan_guru_bimbingan_dan_kaunseling_dalam_perkhidmat...
Amalan nilai murni_di_kalangan_guru_bimbingan_dan_kaunseling_dalam_perkhidmat...Amalan nilai murni_di_kalangan_guru_bimbingan_dan_kaunseling_dalam_perkhidmat...
Amalan nilai murni_di_kalangan_guru_bimbingan_dan_kaunseling_dalam_perkhidmat...aj2007
 
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematikPerlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematikweeshehuey
 
( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sainsJuprin Togor
 
KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...
KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...
KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...ssuser42cb501
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahZuzan Michael Japang
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikanwmkfirdaus
 
Perancangan taktikal panitia sains tulen 2014
Perancangan taktikal panitia sains tulen 2014Perancangan taktikal panitia sains tulen 2014
Perancangan taktikal panitia sains tulen 2014Winn Aling
 

Similar to Tazurafasniap030488 d2005ttp (20)

Mat kilau idris
Mat kilau idrisMat kilau idris
Mat kilau idris
 
Projek 3 kandungan
Projek 3 kandunganProjek 3 kandungan
Projek 3 kandungan
 
Thesis zamatun 1
Thesis zamatun 1Thesis zamatun 1
Thesis zamatun 1
 
Kajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bmKajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bm
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
Lampiran
LampiranLampiran
Lampiran
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3
 
Amalan nilai murni_di_kalangan_guru_bimbingan_dan_kaunseling_dalam_perkhidmat...
Amalan nilai murni_di_kalangan_guru_bimbingan_dan_kaunseling_dalam_perkhidmat...Amalan nilai murni_di_kalangan_guru_bimbingan_dan_kaunseling_dalam_perkhidmat...
Amalan nilai murni_di_kalangan_guru_bimbingan_dan_kaunseling_dalam_perkhidmat...
 
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematikPerlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
Perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains
 
Jurnal Pembelajaran Koperatif
Jurnal Pembelajaran KoperatifJurnal Pembelajaran Koperatif
Jurnal Pembelajaran Koperatif
 
KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...
KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...
KESAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN PENGLIBATAN MURID ...
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
 
Perancangan taktikal panitia sains tulen 2014
Perancangan taktikal panitia sains tulen 2014Perancangan taktikal panitia sains tulen 2014
Perancangan taktikal panitia sains tulen 2014
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 

More from Kamarudin Jaafar

More from Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Tazurafasniap030488 d2005ttp

  • 1. PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN SATU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2004. FARAWAHIDA BINTI HJ.ZAINAL ABIDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • 2.
  • 3.
  • 4. PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN SATU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2004. FARAWAHIDA BINTI HJ.ZAINAL ABIDIN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Matematik / Komputer ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia FEBRUARI, 2005
  • 5.
  • 6. Dedikasi Untuk ayah dan emak yang sangat A’la kasihi... Tn Hj Zainal Abidin Bin Ismail dan Pn Hjh Maimunah Binti Ismail Semoga berbahagia disamping anak-anakmu, Terima kasih atas doa, pengorbanan,kasih sayang dan restu kalian... Untuk Along, Ude, Achik dan Ayong... Firdaus, Fizree, Faiz dan Fatanah Nur Humairah.. Terima kasih kerana kehadiran kalian pelengkap hidup Angah... Tidak dilupakan insan tercinta, Mohd Maizan Bin Fishol Hamdi.. Kaulah sumber inspirasi, terima kasih kerana memahami diri ini.. Terima kasih atas segalanya.. Kepada rakan-rakan dan guru-guru dan pensyarah, Suka duka bersama kalian akan tetap dikenang.. Terima kasih atas segalanya.. Semoga buah-buah kemanisan sentiasa menanti di ranting-ranting perjalanan A’la, Angah, Adik, Fara.
  • 7. PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik / Komputer). Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya, Dr Mohamed Sharif Bin Mustaffa yang banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru kerana telah memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya kerana banyak memberi galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang bernas. Akhir sekali kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang serba kekurangan adalah kelemahan saya sendiri. Farawahida Binti Hj.Zainal Abidin, Februari 2005.
  • 8. ABSTRAK Objektif utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar tingkatan satu terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan UPSR mereka. Kajian telah dijalankan di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru, memandangkan pelajar di sini merupakan pelajar cemerlang akademik. Instrumen kajian ini adalah soal selidik yang berdasarkan kepada empat persoalan utama iaitu apakah inisiatif pelajar, apakah peranan ibu bapa, apakah peranan guru-guru serta pihak sekolah dan apakah peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR. Sampel kajian adalah seramai 92 orang daripada 121 orang pelajar yang dipilih secara rawak di sekolah berkenaan. Analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk menilai kekerapan dan peratusan. Kajian mendapati kesemua responden bersetuju bahawa gabungan keempat-empat faktor ini merupakan pelengkap kepada faktor kecemerlangan mereka. Walau bagaimanapun, ibu bapa merupakan faktor utama kejayaan mereka (98%). Ini diikuti dengan guru serta pihak sekolah merupakan faktor kedua (91.3%). Faktor inisiatif diri sendiri merupakan faktor ketiga (79.3%) dan akhir sekali adalah faktor rakan (69.6%). Implikasi kajian mencadangkan agar ibu bapa harus menyedari dan meningkatkan kualiti hubungan dengan memberi bimbingan terhadap anak-anak mereka yang menduduki UPSR. Di samping itu, faktor lain seperti guru serta sekolah, inisiatif pelajar sendiri dan faktor rakan juga memainkan peranan tersendiri dalam mencapai kecemerlangan UPSR. Hasil kajian ini juga telah menggariskan beberapa cadangan untuk memperbaiki lagi fokus kajian ini pada masa akan datang.
  • 9. ABSTRACT The main objective of this research is to find out the perception of form one students in a school in Johor Bahru about factors which contribute to their success in UPSR 2004. This research was carried out at this school because the students are specially selected. Questionnaire was used as the research instrument and its was created based on four identified factors. The four main factors are; the parents’ role, the school management and teachers role in motivating their students to excel in UPSR, student’s initiative and peer’s role in achieving excellence their UPSR. The researcher used a sample of 92 respondents out of 121 students of form one students in the school. This analysis used the Statistical Package for Social Science (SPSS) software version 11.5 in analyzing data such as evaluating frequency and percentage. The research finding showed the entire respondent agreed that the combinations of these four factors are complement for their success. However, parent’s role in the most important factor for the respondents to succeed in their UPSR (98.9%), followed by the teachers and school management (91.3%), self-initiative (79.3%) and lastly their peers’ role (69.9%). Research implication suggests that parents should be conscious and have better relationship quality and guide their children who are sitting for their UPSR. Other than that, school and teachers’ factor, students’ initiatives and friends’ factor also play a role in achieving an excellent UPSR result. A number of suggestions were also forwarded to improve the situation.
  • 10. KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS i PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI JADUAL xiv SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xv SENARAI LAMPIRAN xvi BAHAGIAN SATU PENDAHALUAN BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahaluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Penyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6
  • 11. 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Batasan Kajian 7 1.8 Skop Kajian 7 1.9 Definisi Istilah 8 1.9.1 Persepsi 8 1.9.2 Pelajar 8 1.9.3 Faktor-Faktor Yang Kecemerlangan 9 1.9.4 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 9 1.10 Penutup 9 BAHAGIAN DUA SOROTAN KAJIAN BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pendahaluan 10 2.2 Latar Belakang Ujian Penilaian Sekolah Rendah 10 (UPSR) 2.3 Faktor-Faktor Penyumbang Kecemerlangan 11 Akademik Pelajar 2.3.1 Inisiatif Pelajar 11 2.3.2 Ibu Bapa 13 2.3.3 Guru 15 2.3.4 Rakan Sebaya 16 2.4 Penutup 17
  • 12. BAHAGIAN TIGA METODOLOGI KAJIAN BAB III METODOLOGI 3.1 Pendahaluan 18 3.2 Rekabentuk Kajian 18 3.3 Lokasi Kajian 20 3.4 Sampel Kajian 20 3.5 Instrumen Kajian 20 3.6 Penganalisisan Data 23 3.7 Kajian Rintis 24 3.8 Tatacara Kajian 24 3.9 Penutup 25 BAHAGIAN EMPAT ANALISIS DATA BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 26 4.2 Analisis Latar Belakang Responden 27 4.3 Analisis Bahagian B 29 4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 30 4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 32 4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 35 4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 37
  • 13. 4.4 Analisis Bahagian C 39 4.4.1 Analisis Bagi Faktor Inisiatif Pelajar Dalam 40 Mempengaruhi Kecemerlangan Pelajar 4.4.2 Analisis Bagi Faktor Ibu Bapa Dalam 41 Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR 4.4.3 Analisis Bagi Faktor Guru Dalam Mempengaruhi 42 Kecemerlangan UPSR 4.4.4 Analisis Bagi Faktor Rakan Sebaya Dalam 43 Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR BAHAGIAN LIMA PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN BAB IV PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 45 5.2 Perbincangan Kajian 46 5.2.1 Inisiatif Pelajar Untuk Cemerlang Dalam UPSR 46 5.2.2 Peranan Ibu Bapa Dalam Mendorong Pelajar 48 Cemerlang Dalam UPSR 5.2.3 Peranan Guru-Guru dan Pihak Sekolah Dalam 49 Membantu Pelajar Berjaya Dalam UPSR 5.2.4 Peranan Rakan Dalam Membantu Pelajar Untuk 51 Cemerlang Dalam UPSR 5.3 Rumusan 51 5.4 Cadangan 52 5.4.1 Peranan Ibu Bapa 53 5.4.2 Peranan Guru dan Pihak Sekolah 53
  • 14. 5.4.3 Peranan Pelajar 54 5.4.4 Peranan Rakan 55 5.4.5 Cadangan Kajian Lanjutan 55 5.5 Kesimpulan 56 BAHAGIAN ENAM BIBLIOGRAFI BIBLIOGRAFI Bibliografi 57 BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN LAMPIRAN Lampiran A 61 Lampiran B 69 Lampiran C 72 Lampiran D 74 Lampiran E 76
  • 15. SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) 27 Bagi Latar Belakang Responden 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan (%) Responden 30 Mengikut Persoalan Kajian Pertama 4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Responden 32 Mengikut Persoalan Kajian Kedua 4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Responden 35 Mengikut Persoalan Kajian Ketiga 4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Responden 38 Mengikut Persoalan Kajian Keempat 4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor 40 Inisiatif Pelajar Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR 4.7 Taburan Kekerpan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor 41 Ibu Bapa Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR 4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor 42 Guru Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR 4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor 44 Rakan Sebaya Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR.
  • 16. SENARAI SINGKATAN / SIMBOL % - Peratus Bil - Bilangan DYMM - Duli Yang Maha Mulia EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan JPN - Jabatan Pendidikan Negeri SBP - Sekolah Berasrama Penuh SPSS - Statistical Package for the Social Sciences STFJB - Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru TP - Tidak Pasti TS - Tidak Setuju S - Setuju UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
  • 17. SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Contoh Borang Soal Selidik 62 B Surat Kelulusan Kajian dari EPRD 70 C Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor 73 D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 75 E Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Krecie 77 dan Morgan (1970)
  • 18. BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pendidikan disifatkan sebagai salah satu kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat untuk menurunkan pengetahuan, kebudayaan dan nilai hidup kepada generasi berikutnya. Pelbagai definisi telah diberikan kepada perkataan ini. Sejak dari zaman Yunani lagi, Plato telah memberi definisi pendidikan sebagai keindahan dan kesempurnaan yang mungkin diberi kepada rohani dan jasmani (Abdul Halim Mat Diah, 1989). Syed Muhammad Naquib Al-Attas mendefinisikan pendidikan sebagai “a process of instilling something into human beings” atau titisan adab dalam diri manusia(ta’dib) (Mohammad Ali Bin Hasa, 1982). Menurut Syed Ali Ashraf (1995) pula, pendidikan dan kehidupan berkait secara akrab. Jika pendidikan itu lengkap dan bermutu, maka manusia dapat menjalani kehidupan yang baik dan sejahtera. Sebaliknya jika pendidikan itu pincang, maka kehidupan manusia akan menjadi kacau dan gawat. Menurut John Dewey, pendidikan ialah proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa perasaan terhadap alam dan sesama manusia. Manakala Dr John Park pula berpendapat bahawa pendidikan adalah seni untuk menyampai atau memperoleh ilmu pengetahuan dan tabiat melalui tunjuk ajar atau pengkajian (Ahmad Mohd Saleh, 1997).
  • 19. Pendidikan ialah interaksi antara individu dengan individu yang lain atau interaksi antara individu dengan kumpulan-kumpulan sosial tertentu (Robiah Sidin, 1998). Dalam konteks refomasi pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara memberikan arah tuju baru dalam pembentukan insan yang seimbang. Falsafah Pendidikan tidak sahaja menekankan pentingnya potensi akhlak malah potensi rohaniah juga. Berdasarkan pendapat daripada beberapa orang tokoh itu tadi, dapat disimpulkan bahawa pendidikan boleh di interprestasikan sebagai satu orientasi dalam kehidupan yang memberikan nilai sahsiah yang mulia dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang disalurkan menerusi proses tertentu kepada pembangunan peribadi insan. Jesteru penguasaan ilmu menjadi teras kepada intelektual dan pemikiran sejagat. Dalam usaha untuk memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang, banyak aspek yang perlu diberi penekanan dan ianya tidak akan diperoleh oleh pelajar sekiranya terdapat kekangan atau halangan dalam merealisasikan cita-cita tersebut. Pencapaian akademik yang cemerlang oleh pelajar dinilai berasaskan fakta bila mana seseorang itu sempurna memperoleh ilmu pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari ke tahap cemerlang dan dimanfaatkan secara optimum. Di dalam Bab I ini penulis akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Ini akan dijelaskan dalam latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan definisi istilah-istilah yang akan digunakan dalam kajian ini.
  • 20. 1.2 Latar Belakang Masalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mula diperkenalkan pada tahun 1988 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menilai tahap pencapaian pelajar dalam pembelajaran di Sekolah Rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar-pelajar tahun enam yang akan menyambung pelajaran mereka ke tingkatan satu di sekolah menengah. Soalan- soalan yang dikemukan pada peperiksaan ini adalah berbentuk objektif dan subjektif, yang meliputi pengetahuan sedia ada dan pengajaran di dalam kelas mencakupi skop Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) oleh KPM. Lima mata pelajaran yang akan diuji dalam peperiksaan ini ialah Pemahaman Bahasa Melayu, Penulisan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Isu yang sering timbul adalah bagaimana seseorang pelajar itu membuat persediaan dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi UPSR. Selain itu, apakah yang dilakukan oleh pihak sekolah dan guru untuk memastikan pelajar-pelajar mereka mendapat keputusan yang cemerlang, apakah peranan ibu bapa dalam menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan UPSR, dan apakah peranan rakan sebaya selaku golongan yang paling hampir dengan pelajar-pelajar ini untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Persediaan yang ingin dikaji pada seseorang pelajar ialah dari aspek fizikal dan mental yang meliputi kekerapan mengulangkaji, persediaan ke kelas tuisyen atau kelas tambahan, faktor masa, dorongan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, pengkaji juga berminat untuk mengkaji persediaan-persediaan yang telah dibuat oleh pihak sekolah untuk menghasilkan pelajar cemerlang dalam UPSR. Persediaan itu adalah seperti mengadakan kem motivasi, aktiviti keagamaan atau kerohanian, kelas tambahan dan sebagainya. Kecemerlangan adalah suatu yang sering dan harus diusahakan untuk mencapainya. Kajian ini adalah bagi mencari apakah faktor-faktor yang mendorong ke arah kecemerlangan UPSR. Kecemerlangan adalah satu kejayaan, oleh itu kecemerlangan memerlukan kajian
  • 21. bagi mengetahui bagaimana ia dicapai. Oleh itu, pengkaji telah memilih salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di daerah Johor Bahru sebagai lokasi kajian kerana pelajar- pelajar di sekolah ini merupakan antara pelajar cemerlang yang telah dipilih dari seluruh negara. Dengan itu, pengkaji ingin mengetahui bagaimana dan apakah faktor-faktor dalaman dan luaran yang wujud pada diri pelajar sehingga mereka cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Sekolah Berasrama Penuh ini adalah antara sekolah yang terbaik di Malaysia, oleh itu amat sesuai jika sekolah ini dijadikan sebagai lokasi kajian. Di negeri Johor terdapat beberapa buah sekolah yang sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, namun bagitu sekolah ini boleh dijadikan contoh bagi sekolah-sekolah lain. Sekolah yang baik bukan sahaja mendapat perhatian ibu bapa malah dapat menarik minat pihak pengurusan sekolah lain untuk dijadikan alternatif atau pendekatan yang boleh digunakan untuk mencapai kejayaan sekolah. Menurut Ee Ah Meng (1990), kebajikan pelajar terletak pada bahu guru sebaik sahaja mereka dalam kawasan sekolah. Sekiranya pelajar sakit semasa disekolah, maka gurulah yang perlu menghantar ke pusat kesihatan. Berikut adalah antara contoh-contoh nyata yang menunjukkan peranan guru adalah besar iaitu sebagai pengganti ibu bapa di sekolah. Menurut ahli psikologi Galton, Jenson dan Bysenck (dalam Khairul Anuar Hasnan, 2000), kanak-kanak yang berjaya lazimnya datang dari keluarga yang berjaya, ahli keluarga yang berjaya menunjukkan keadaan kesamaan dalam kecerdasan mental antara mereka. Selain itu, Arthur R. Jensen pula telah mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan bahawa kebakaan menetapkan batasan kecerdasan seseorang. Manakala menurut T. Marimuthu (1990), taraf sosioekonomi dan pencapaian akademik menunjukkan hubungan yang positif iaitu semakin tinggi sosioekonomi ibu bapa, maka akan lebih tinggi pencapaian akademik kanak-kanak itu.
  • 22. 1.3 Penyataan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan, penyelidik berminat mengkaji apakah faktor yang mendorong seseorang pelajar itu berjaya dengan cemerlang dalam UPSR. Selain itu apakah faktor-faktor yang mendorong kejayaan mereka dan langkah-langkah yang dilakukan oleh pelajar, ibu bapa, guru dan pihak sekolah hingga calon berjaya mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Jesteru penyelidik mengambil langkah untuk melakukan kajian ini kepada pelajar di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru kerana ingin mengkaji faktor kecemerlangan mereka dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan meninjau beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam UPSR. Objektif kajian ini adalah; 1. Mengenalpasti langkah-langkah yang telah diambil oleh pelajar dalam mencapai kecemerlangan dalam UPSR. 2. Mengenalpasti peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam UPSR. 3. Mengenalpasti peranan guru-guru dan pihak sekolah dalam membantu pelajar berjaya dalam UPSR. 4. Mengenalpasti peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR
  • 23. 1.5 Persoalan Kajian 1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR? 2. Apakah peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam UPSR? 3. Apakah peranan guru-guru dan pihak sekolah dalam membantu pelajar untuk berjaya dalam UPSR? 4. Apakah peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR? 1.6 Kepentingan Kajian Melihat kepada beberapa situasi yang timbul, diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada semua pelajar secara amnya dan bakal-bakal calon UPSR khususnya untuk cemerlang dalam peperiksaan. Di samping itu, kajian ini diharapkan dapat membantu ibu bapa membimbing anak- anak mereka yang bakal menghadapi UPSR. Bagi guru yang sedang mengajar pelajar tahun enam, melalui kajian ini diharapkan agar lebih memahami diri pelajar disamping dapat melahirkan insan yang cemerlang keseluruhanya. Bagi pihak sekolah pula, diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam pendidikan negara.
  • 24. 1.7 Batasan Kajian Kajian ini akan dijalankan keatas pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru. Mereka yang terpilih ke sekolah ini adalah dikalangan mereka yang cemerlang dalam akademik. Responden akan dipilih secara rawak seramai 92 orang daripada populasi 120 orang pelajar tingkatan satu di sekolah berkenaan. Responden hanya perlu menjawab kesemua soalan yang dikemukan dalam borang soal selidik. Setiap soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A terdiri daripada maklumat mengenai latar belakang responden, bahagian B pula ialah mengenai faktor-faktor kecemerlangan UPSR dan bahagian C mengenai faktor- faktor kecemerlangan responden dalam UPSR. Kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kerana ia cuma satu tinjauan yang menggambarkan keadaan pada sekolah yang dikaji sahaja dan hanya boleh dijadikan panduan umum. Bagaimanapun, hasil kajian ini boleh digeneralisasikan dalam kes yang lain jika ia mempunyai ciri-ciri kesamaan dengan kes kajian seperti latar belakang yang sama, lokasi atau keadaan persekitaran yang sama dan sebagainya. 1.8 Skop Kajian Perkara-perkara yang ingin dikaji penyelidik dalam kajian ini adalah faktor persepsi dan minat, faktor kemahiran belajar dan faktor persekitaran yang dapat meningkatkan kualiti kecemerlangan pelajar dalam UPSR.
  • 25. 1.9 Definisi Istilah Definisi istilah merujuk kepada istilah-istilah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini. Berikut adalah istilah-istilah yang digunakan beserta definisinya. 1.9.1 Persepsi Menurut Kamus Dewan (1994), persepsi ialah pandangan serta gambaran menerusi pancaindera yang ditakrifkan oleh hati dan fikiran terhadap sesuatu. Manakala menurut Mohd Salleh (1995) persepsi ialah suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi minat kepadanya. Ia juga merupakan kesedaran dan reaksi individu terhadap rangsangan yang bersifat peribadi. Persepsi merupakan pola-pola yang bermakna. Ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama untuk mentafsir dan memahami yang teratur. Dalam kajian ini persepsi bermaksud pandangan serta gambaran menerusi pancaindera yang ditakrifkan oleh hati dan fikiran, pelajar yang cemerlang pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2004. 1.9.2 Pelajar Menurut Kamus Dewan (1994), pelajar adalah orang yang belajar seperti murid sekolah, penuntut Institiusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta dan sebagainya. Dalam kajian ini, pelajar membawa maksud mereka yang telah tamat darjah enam dan telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2004.
  • 26. 1.9.3 Faktor-Faktor Kecemerlangan Menurut Kamus Dewan (1994), faktor-faktor kecemerlangan merupakan unsur-unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil yang cemerlang. Dalam kajian ini, faktor-faktor kecemerlangan membawa maksud bagaimana pelajar membuat persiapan agar cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2004. 1.9.4 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Menurut Kamus Dewan (1994), Ujian bermaksud peperiksaan untuk mengetahui kebijaksanaan (kecerdikan dan lain-lain). Penilaian pula bermaksud perihal menilai sesuatu perkara. Sekolah Rendah bermaksud sekolah permulaan kanak-kanak. Dalam kajian ini, Ujian Penilain Sekolah Rendah (UPSR) bermaksud peperiksaan yang dijalankan kepada pelajar-pelajar pada tahun akhir sekolah rendah yang bertujuan untuk mengetahui tahap kebijaksanaan dan menilai tahap pencapaian mereka dalam akademik. 1.10 Penutup Dalam bab ini, penyelidik menerangkan pendahaluan mengandungi pelbagai aspek seperti latar belakang masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, skop kajian dan definisi istilah. Penyelidik meneragkan tentang kajian yang akan dilakukan bagi memenuhi kehendak penyelidik.
  • 27. BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pendahaluan Dalam bab ini penyelidik akan membuat sorotan serta membincangkan secara ringkas tentang latar belakang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), faktor-faktor penyumbang kecemerlangan akademik pelajar dalam UPSR. Penyelidik juga akan menyertakan beberapa pendapat dan hasil penulisan kajian terdahulu yang mempunyai perkaitan dengan objektif kajian yang akan dijalankan. 2.2 Latar Belakang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Menurut sumber dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sejarah peperiksaan sekolah rendah bermula apabila terhasilnya Penyata Razak pada tahun 1956 yang bertujuan menilai sistem pendidikan pada masa itu. Penyata Razak telah menyatakan beberapa perkara penting antaranya ialah membentuk satu sistem pelajaran kebangsaan dan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang selaras. Kemudian, Ordinan Pelajaran 1957 digubalkan berasaskan kepada Penyata Razak. Ordinan Pelajaran 1957 telah menyarankan bahawa permulaan kurikulum negara hendaklah berorientasikan alam sekeliling.
  • 28. Oleh itu, peperiksaan sekolah rendah pertama telah diperkenalkan iaitu Malayan Secondary School Entrance Exam (MSSEE) pada 1957. Namun, MSSEE yang menggunakan dasar kurikulum British telah dimansuhkan pada tahun 1963 kerana telah menimbangkan taraf hidup, pendidikan serta ekonomi masyarakat pada masa itu. Namun, peperiksaan sekolah rendah tidak terhenti disitu. Pada tahun 1967 dibawah Akta Pelajaran 1961, Peperiksaan Darjah Lima (PDL) diwujudkan bagi menggantikan MSSEE. Pada tahun 1973, Ujian Darjah Tiga (UDT) dimulakan bagi pelajar darjah tiga dan PDL tetap diteruskan. Ini bermakna, pelajar sekolah rendah pada masa itu mengambil dua pepeiksaan khas iaitu PDL dan UDT. Pada tahun 1982, UDT telah dimansuhkan kerana dianggap membebankan pelajar sekolah rendah. Pada 1988, Peperiksaan Darjah Lima (PDL) telah dimansuhkan dan digantikan dengan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kini UPSR merupakan salah satu peperiksaan penting dalam sistem pendidikan negara. 2.3 Faktor-Faktor Penyumbang Kecemerlangan Akademik Pelajar 2.3.1 Inisiatif Pelajar Persepsi merupakan satu aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Persepsi bermaksud pandangan atau tanggapan yang diterima oleh pancaindera, gambaran dalam hati dan cerapan. Persepsi baik atau buruk memberi kesan terhadap corak atau keputusan dalam sesuatu matapelajaran. Jika sesuatu matapelajaran itu mendapat persepsi tidak baik, kebiasaannya akan memberi keputusan yang negatif dan begitu jugalah sebaliknya. Sebagai contoh, jika
  • 29. pembelajaran itu mudah maka ia memberi tanggapan baik atau minat dalam diri pelajar. Menurut kajian Mohd Saim (1995), pelajar yang mempunyai persepsi kurang tepat terhadap sesuatu mata pelajaran akan mengakibatkan mereka kurang berminat seperti mana kajian yang dilakukan oleh beliau terhadap mata pelajaran perdagangan di sekolah menengah sekitar Johor Bahru. Oleh itu, persepsi yang baik perlu disemai dikalangan pelajar dengan memberi kegunaan atau kepentingan itu dalam kehidupan atau masa depan. Maka proses pembelajaran haruslah menjurus kepada usaha untuk membimbing seseorang pelajar ke arah memperkembangkan kemahiran tertentu, pendidik perlu bijak menggunakan kaedah yang bersesuaian selain memberi persepsi yang baik terhadap mata pelajaran tersebut. Selain itu, sikap seseorang pelajar terhadap sesuatu akan dipengaruhi oleh minat. Jika seseorang pelajar mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu kegiatan, maka pelajar tersebut akan berusaha dengan gigih untuk mencapai hasratnya. Selain itu, minat juga boleh dimotivasikan dengan memberi nasihat atau cuba merangsang aktiviti yang dapat menarik perhatian seseorang. Ismail Hj Raduan (1995) menyatakan, minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti akan mendorong seseorang pelajar meneroka lebih jauh. Oleh itu, minat perlu ditanam dalam diri pelajar. Misalnya, keseronokan semasa belajar akan meningkatkan minat dan ini boleh dipertingkatkan dengan dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan. Syarifah Alawiyah Al-Sagoff (1984) pula menjelaskan minat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minat pelajar dalam pelajaran. Minat juga merupakan penggerak yang mendorong seseorang pelajar memberi perhatian kepada kerjaya yang diceburi. Oleh itu, minat yang tinggi membolehkan pelajar memberikan tumpuan yang lebih terhadap bidang yang dilakukan. Minat boleh dianggap pendorong untuk mengekalkan usaha dalam pelajaran, permainan dan tugas-tugas kerana minat menyebabkan seseorang memilih perkara atau pekerjaan yang disukai.
  • 30. Menurut Dewey (1919), pengalaman telah membuktikan apabila seseorang berpeluang menjalankan aktiviti atas dasar minat, maka kegiatan atau aktiviti dapat dijalankan dengan baik sekali. Crow dan Crow (1983) pula menyatakan minat merupakan daya penggerak yang mendorong individu supaya memberi perhatian kepada sesuatu benda, seseorang atau kegiatan. Minat merupakan pengaruh kepada kegiatan itu sendiri. Oleh itu, minat berkait rapat dengan motif, desakan dari aspek disiplin kerja dan pengalaman. Jikalau seseorang berminat walaupun mempunyai kebolehan sederhana akan menghasilkan produk yang lebih baik berbanding orang yang tidak mempunyai minat. Selvidge dan Fryklund (1946) menyatakan minat adalah perasaan yang dapat mempengaruhi individu terhadap sesuatu benda, idea, perlakuan atau tingkahlaku perasaan. Minat memberi kesan mendalam untuk memandu dan mendorong mengikut aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran. Jesteru, minat menghasilkan pembelajaran berkesan. 2.3.2 Ibu Bapa Pendidikan itu pada awalnya bermula dari rumah atau daripada ibu bapa. Ini kerana ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak sebelum anak-anak memulakan pembelajaran secara formal di sekolah. Ibu bapa yang dapat mencorak anak- anak serta menentukan sama ada menjadi manusia yang baik, berakhlak, berpengetahuan atau sebaliknya. Sebagai contoh, ibu bapa yang ramah, lemah lembut tetapi tegas akan memberi kesan pendidikan yang baik terhadap anak-anak mereka. Jika ibu bapa berpendirian kasar, kejam dan bengis maka anak-anak akan bersikap agresif dan menceroboh. Oleh itu anak-anak akan
  • 31. kehilangan pegangan hidup dan tidak yakin pada diri sendiri, malah hanya taat pada ibu bapa kerana terpaksa. Oleh itu, jelaslah bahawa latar belakang keluarga juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah pelajar. Di sinilah perlunya kesedaran ibu bapa untuk menanam keyakinan anak-anak dalam pembelajaran. Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1984) berpendapat kehidupan anak-anak ditentukan oleh ibu bapa. Pengaruh ibu bapa memberi kesan kepada personaliti pelajar. Ibu bapa mempunyai pengaruh dan tanggungjawab besar dalam pembentukan hala tuju anak-anak. Lantas, ibu bapa perlulah mempunyai minat, kesungguhan, bersikap positif, berkemahiran dan mempengaruhi perancangan strategik untuk kejayaan anak-anak. Agen sosialisasi terpenting adalah ibu bapa dan saudara terdekat. Mereka inilah sebenarnya memainkan peranan terpenting dalam membentuk tingkah laku anak-anak seperti kepercayaan, personaliti dan kemahiran tertentu. Oleh itu, anak-anak belajar sesuatu hasil daripada proses interaksi, bimbingan dan pemerhatian daripada keluarga (Mohd Salleh Lebar, 1998). Henry E.Goddard (dalam Suniah Sayuti, 2000) seorang ahli psikologi telah melakukan kajian tentang sebuah keluarga, dimana seorang lelaki telah mengahwini seorang wanita dari latar belakang yang baik dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak-anak yang berjaya. Pada masa yang sama, lelaki tersebut mempunyai anak luar nikah dengan seorang pekerja bar, anak itu membesar dan menjadi pencuri dan berlatar belakangkan kerjaya yang tidak sihat. Ini jelas menunjukkan baka dan didikan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk individu. J.B Watson pula menyatakan persekitaran seseorang boleh membentuk individu sama ada menjadi baik atau sebaliknya. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Yusaini Kasiron (2000), terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi kecemerlangan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Pertama ialah pendekatan oleh pihak guru dan kedua ialah peranan ibu bapa. Ini jelas menunjukkan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajar.
  • 32. 2.3.3 Guru Guru merupakan penyumbang utama untuk mencapai kecemerlangan akademik seseorang pelajar. Berbekalkan rasa tanggungjawab dan komitmen semasa menjalankan tugas, sikap para guru patut dipuji. Ini dapat dilihat melalui sikap bersungguh-sungguh para guru dalam menyampaikan isi pelajaran tanpa mengira jemu demi meningkatkan tahap pencapaian pelajar. Selain itu, guru juga bertindak sebagai tutor yang menjadi pendorong dan pembimbing pelajar bagi membetulkan kesilapan pelajar dari aspek pelajaran mahupun tingkah laku. Ini bermakna tugas guru tidak hanya terbatas disekolah sahaja, malah guru boleh dilabel sebagai ibu bapa kedua pelajar. Guru perlu sentiasa menyuntik semangat dan memelihara motivasi pelajar dari aspek keinginan, minat dan lain-lain. Metod dan cara pengajaran yang berkesan juga penting agar dapat menjamin kefahaman pelajar disamping dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek. Ini merupakan prinsip yang diterapkan Islam dalam pendidikan bagi menimbulkan keinginan yang meluap-luap untuk menuntut ilmu di kalangan pelajar. Menurut Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1984), guru yang berkesan adalah guru yang mahir dalam pelbagai teknik pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar. Pelajar akan belajar dengan lebih berkesan apabila guru menggunakan teknik yang dapat menjamin iklim dan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Tidak kira di bilik darjah atau sebagainya berdasarkan pemahaman dan penggunaan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dengan penuh keyakinan dan pengetahuan yang mendalam mengenai perkara yang diajar.
  • 33. Selain itu, hubungan baik antara pelajar dan guru penting kerana ia sejajar dengan pencapaian akademik pelajar. Akademik pelajar akan dipertingkatkan sekiranya wujud hubungan yang baik disamping dapat memberikan kesedaran kepada pelajar bahawa mereka disayangi dan perlu mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Faktor guru ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang telah dilakukan oleh Zunaizan Embong (2000) yang mengatakan bahawa sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran merupakan faktor yang memberi sumbangan besar terhadap pencapaian akademik pelajar. 2.3.4 Rakan Sebaya Menurut Musgrave P.W (1974) rakan sebaya ialah homogenous age group iaitu kelompok yang terdiri daripada ahli-ahli sama umur. R.J Harighurst dan B.L Neugarten pula menyatakan rakan sebaya sebagai satu kelompok yang khusus dan berinteraksi seperti yang berlaku dalam sebuah keluarga yang mempunyai peraturan dan norma-norma yang tertentu diantara mereka. Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yang sama atau lebih kurang sama dengan individu berkenaan. Kebiasaannya, rakan sebaya mempunyai cita-cita, minat serta taraf kecerdasan yang lebih kurang sama. Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah makluk sosial yang aktif. Menurut Ee Ah Meng (1996), pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Seseorang akan mempelajari perkara yang boleh diterima dan tidak oleh ahli kumpulannya. Apabila remaja bergaul dan berkawan dengan rakan sebaya yang mempunyai sifat yang baik, ini akan mempengaruhi mereka menjadi seorang yang bersahsiah positif dan begitu jua sabaliknya.
  • 34. Velayutham (1997) telah memberi satu contoh iaitu jika seorang pelajar didapati bergaul dengan satu kumpulan yang mementingkan akademik, maka sifat tersebut akan mempengaruhi pelajar berkenaan. Jika dilihat dari aspek kognitif pula, pemikiran kanak-kanak akan berkembang kerana terlibat dengan kepincangan dan perbahasan dengan rakan-rakan sebayanya. Begitu juga dengan pengaruh akhlak terhadap individu. Sekiranya kebanyakan rakan mereka bersopan santun, maka individu cenderung menunjukkan sikap yang sama. Rakan sebaya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kehidupan dan prestasi pelajaran. Pemilihan rakan berdasarkan kriteria seperti latar belakang, pendidikan dan akhlak menjadi sesuatu yang amat perlu dititik beratkan. 2.4 Penutup Bab ini telah mengupas empat faktor utama penyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang ingin dikaji. Sehubungan itu, kajian perlu dilakukan untuk meninjau sejauh manakah keempat-empat faktor ini mempengaruhi individu pelajar tersebut. Seterusnya dalam Bab III akan membincangkan kaedah atau metodologi kajian yang akan digunakan untuk menjalankan kajian seterusnya menjawab persoalan yang diketengahkan di dalam kajian ini.
  • 35. BAB III METODOLOGI 3.1 Pendahaluan Penyelidikan yang dijalankan ini merupakan satu tinjauan kes mengenai persepsi pelajar terhadap faktor-faktor kecemerlangan UPSR 2004. Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan mengenai kaedah atau metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini. Mohd Majid (2000), menyatakan bahawa sesuatu isu yang dilakukan dalam masyarakat merupakan rangsangan kepada penyelidik. Penyelidikan yang dijalankan mestilah secara saintifik dan sistematik. Keadaan ini bagi memastikan dapatan kajian adalah jitu dan boleh dipercayai. Antara perkara-perkara yang berkaitan termasuklah rekabentuk kajian, lokasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian, analisis data, kajian rintis dan tatacara kajian. 3.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk kajian kes deskriptif yang bertujuan meninjau persepsi pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Johor Bahru terhadap faktor-faktor kecemerlangan UPSR 2004. Menurut Van Dalen (dalam Mohd Najib, 1999) kajian kes deskriptif menerangkan fenomena dengan cara menganalisa data deskriptif yang diperolehi daripada pembentukkan soal selidik.
  • 36. Mohd Majid (2000) pula menyatakan bahawa penyelidikan deskriptif bermatlamat menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang diterokai. Kenyataan ini disokong oleh Gray, 1996 (dalam Mohd Majid, 2000) yang menyatakan bahawa kajian deskriptif melibatkan data dalam usaha menjawab persoalan kajian dengan menggunakan kaedah soal selidik untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap faktor yang mempengaruhi kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mereka. Mohd Najib (1999) menyatakan soal selidik selalunya digunakan untuk mengetahui sikap seseorang. Maka, penyelidik memilih instrumen soal selidik kerana ianya sesuai dengan tajuk penyelidikan. Selain itu, ianya mudah difahami dan dikelolakan. Beberapa perkara telah dipertimbangkan untuk memilih instrumen ini iaitu: i. Instrumen ini menjimatkan masa penyelidik dan pelajar disamping menjimatkan kos. ii. Responden hanya perlu memilih jawapan yang telah disediakan mengikut kesesuaian. Ini memudahkan responden memberi maklum balas memandangkan responden terdiri daripada pelajar yang berusia antara 12 hingga 13 tahun. Mengikut Mohd Majid (2000) lagi, soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Pengkaji mengedarkan borang soal selidik dengan pergi ke sekolah dan mengedarkannya sendiri kepada responden. Borang soal selidik yang sudah lengkap kemudiannya dikumpulkan semula dan disemak ke atas setiap borang soal selidik bagi memastikan responden mematuhi setiap arahan yang ditetapkan. Kemudian borang tersebut dianalisa dan keputusan yang didapati akan dibuat dalam bentuk statistik peratusan dan kekerapan beserta
  • 37. penerangan menggunakan perkataan. Data-data dari kajian ini dianalisis dan hasil diperoleh merupakan dapatan kajian. 3.3 Lokasi Kajian Kajian ini dijalankan di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru. Sekolah ini menempatkan pelajar terpilih dari seluruh negara yang cemerlang kurikulum. Kajian ini hanya melibatkan pelajar tingkatan satu yang berumur antara 12 hingga 13 tahun di sekolah berkenaan. 3.4 Sampel Kajian Sampel yang dipilih oleh penyelidik akan mewakili populasi yang terdiri daripada semua pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan. Bagi menentukan saiz sampel yang akan digunakan dalam kajian ini, pengkaji menggunakan jadual penentu saiz populasi Krejcie dan Morgan, 1970 (dalam Suhasnim Mat Isa, 2001). Oleh kerana jumlah populasi dalam kajian ini adalah seramai 121 orang, maka saiz sampel yang akan digunakan adalah seramai 92 orang responden sahaja. 3.5 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik mengenai persepsi pelajar terhadap faktor-faktor kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Wolf, 1998 (dalam Mohd Najib, 1999) mencadangkan agar pembinaan soal selidik dilakukan berdasarkan beberapa andaian iaitu:
  • 38. i. Responden dapat membaca dan memahami item-item; ii. Responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang mencukupi untuk menjawab item-item dalam soal selidik; iii. Responden secara sukarela dan ikhlas menjawab soal selidik. Instumen kajian yang digunakan bagi menjalankan kajian ini adalah satu set soal selidik yang diberikan kepada responden. Penggunaan soal selidik bertujuan memudahkan penyelidik menganalisis data yang diperolehi. Set borang selidik yang dirangka terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat diri responden. Antara soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini adalah umur, jantina, bangsa, bilangan adik beradik, kawasan tempat tinggal, keputusan UPSR 2004 dan pekerjaan ibu bapa. Bahagian B pula terdiri dari item-item yang bertujuan mengenalpasti pandangan responden terhadap ke empat-empat persoalan kajian. Antara yang disoal adalah berkaitan inisiatif pelajar, peranan ibu bapa, peranan guru dan peranan rakan. Pengkaji menggunakan soal selidik bersifat positif bertujuan untuk menggalakkan responden memberi maklum balas yang dikehendaki dalam pemilihan jawapan Skala Likert. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Skala Likert bagi mengukur sikap reponden terhaap persoalan kajian. Kaedah ini dibuat berasaskan kepada andaian bahawa keseluruhan markat maklum balas terhadap bukti-bukti yang menggambarkan sikap tersebut (Mohd Majid, 2000). Data dari responden diukur dengan menggunakan Skala Likert 5 mata gred iaitu Amat Tidak Setuju (ATS), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S), Amat Setuju (AS). Setiap Skala Likert akan dimata gred seperti berikut:
  • 39. Amat Tidak Setuju 1 Tidak Setuju 2 Tidak Pasti 3 Setuju 4 Amat Setuju 5 Pengkaji telah mengkelaskan keputusan kepada 3 kategori utama. Ini dilakukan bagi memudahkan pengkaji membuat penerangan bagi data-data yang telah dianalisa. Skala Kategori Amat Tidak Setuju & Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Dikekalkan Amat Setuju & Setuju Setuju Bahagian C pula terdiri daripada tiga soalan subjektif yang ingin mendapatkan maklum balas daripada responden tentang faktor-faktor kecemerlangan mereka dalam UPSR. Antara soalan yang dikemukakan adalah, adakah responden bersetuju bahawa inisiatif diri sendiri, dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan merupakan pendorong kepada kejayaan mereka. Adakah institusi keluarga itu penting dalam membentuk pelajar yang berjaya adakah responden bersetuju dengan pengajaran guru-guru semasa di sekolah rendah dan apakah faktor kejayaan responden. Tujuan diadakan soalan subjektif ini adalah untuk memberi peluang kepada responden memberi jawapan dan pendapat mereka secara terbuka. Pemilihan set soal selidik ini bertepatan dengan kenyataan yang dibuat oleh Mohd Majid (2000) iaitu penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran yang diberikan oleh sampel kerana soal selidik tidak dipengaruhi oleh penyelidik dan disokong oleh Colombo Plan, 1984 (dalam Mohd Najib,1999) dengan menyatakan bahawa soal selidik merupakan instrumen kajian yang sering digunakan oleh penyelidik-penyelidik
  • 40. dalam kajian deskriptif. Menerusi instrumen soal selidik, penyelidik dapat mencapai objektif kajian dengan lebih berkesan. 3.6 Penganalisisan Data Data-data yang telah siap dikumpul akan direkodkan bagi tujuan analisis dengan kaedah statistik. Perisian komputer Statistic Package For Science Social SPSS (SPSS) versi 11.5 dan manual digunakan bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan bagi setiap jawapan yang diberikan oleh responden. Menurut Mohd Salleh dan Zaidatun (2001), perisian ini merupakan perisian mesra pengguna ‘user-friendly’ yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai analisis statistik dan pengurusan data dalam persekitaran yang bergrafik. Melalui penganalisisan ini penyelidik memperoleh keputusannya dalam bentuk frekuansi, peratusan dan min. Penganalisisan data bagi Bahagian B mengambil kira nilai peratus yang diperolehi untuk mengetahui faktor kecemerlangan pelajar cemerlang UPSR. Manakala cara penganalisisan data Bahagian C pula mengambil kira beza nilai peratus untuk menyusun faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan UPSR. 3.7 Kajian Rintis Untuk kajian ini, pengkaji telah membuat kajian rintis di sekolah yang sama kerana ini merupakan responden sebenar kepada kajian yang akan dijalankan. Jumlah responden yang diambil untuk kajian rintis ini adalah seramai 10 orang. Pengkaji tidak mengambil jumlah yang besar kerana menurut Mohamad Najib (1999), saiz sampel kajian rintis tidak
  • 41. perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian. Daripada analisis yang dibuat untuk mencari nilai alpha Cronbach, pengkaji telah menggunakan program komputer SPSS versi 11.5. Nilai alpha Cronbach yang diperolehi pengkaji adalah 0.81. Nilai ini agak tinggi dan menurut pandangan Davis (1971) dalam Mohd Zolkifli Abd Hamid (1999), beliau mengkategorikan; Nilai Alpha Cronbach Penerangan 0.7 dan ke atas Sangat kuat 0.5 hingga 0.6 Kuat 0.3 hingga 0.49 Sederhana kuat 0.1 hingga 0.29 Kaitannya boleh diabaikan 3.8 Tatacara Kajian Untuk memastikan kajian ini berjalan dengan sempurna, beberapa prosedur perlu dipatuhi oleh penyelidik termasuklah; 3.8.1 Membuat rujukan di Perpustakaan Sultanah Zanariah, 3.8.2 Perjumpaan dengan pembimbing dan pemilihan tajuk, 3.8.3 Mereka bentuk soalan, 3.8.4 Membuat kajian rintis, 3.8.5 Membuat tinjauan bilangan pelajar di sekolah yang terlibat, 3.8.6 Mendapatkan surat kebenaran dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pendidikan (EPRD) Malaysia, 3.8.7 Mendapatkan surat kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN), 3.8.8 Menjalankan kajian dengan mengedarkan set soal selidik,
  • 42. 3.8.9 Menganalisis data yang diperolehi, dan 3.8.10 Membuat kesimpulan kepada penganalisisan yang dilakukan. 3.9 Penutup Di dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan langkah-langkah yang diambil oleh penyelidik untuk melaksanakan penyelidikan. Prosedur-prosedur yang dirancang di dalam Bab III ini dapat memudahkan penyelidik menjalankan kajian yang ingin dibuat dan seterusnya dapat memberikan panduan kepada penyelidik dalam menyiapkan kajian ini dari mula hingga akhir.
  • 43. BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan Bab ini akan membentangkan analisis dapatan hasil kajian. Semua data dan maklumat yang diperolehi dalam kajian ini menggunakan pendekatan soal selidik. Penganalisisan data dibuat berdasarkan kepada data-data yang diperolehi daripada 92 set soal selidik.yang telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Johor Bahru. Borang yang telah diedarkan telah dikembalikan semuanya dan semua item soal selidik telah dijawab dengan sempurna oleh responden. Penyelidik telah meggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 11.5 bagi menganalisis segala data yang telah diperolehi dan ditafsirkan kepada nilai kekerapan dan peratusan. Data yang diperolehi dari responden melalui pengedaran soal selidik ini merangkumi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A melibatkan item berkaitan dengan latar belakang responden seperti bangsa, agama, jantina, pekerjaan ibu dan bapa, bilangan adik-beradik dan keputusan UPSR 2004.
  • 44. Manakala di dalam Bahagian B pula terdiri daripada item yang berkaitan dengan persoalan kajian dan Bahagian C pula berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan UPSR 2004. Item-item dalam soal selidik yang diedarkan cuba menjawab persoalan kajian; 1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR? 2. Apakah peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam UPSR? 3. Apakah peranan guru-guru dan pihak sekolah dalam membantu pelajar berjaya dalam UPSR? 4. Apakah peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR? 4.2 Analisis Latar Belakang Responden Bahagian A adalah maklumat yang berkaitan dengan latar belakang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru. Semua responden adalah dikalangan pelajar cemerlang seluruh negara yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2004. Jadual 4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Latar Belakang Responden. Bil Perkara Kekerapan Peratusan (%) 1 Bangsa • Melayu 88 95.7 • Melanau 3 3.3 • Kadazan Dusun 1 1.1
  • 45. 2 Agama • Islam 91 98.9 • Kristian 1 1.1 3 Umur • 12 tahun 8 8.7 • 13 tahun 84 91.3 4 Bilangan Adik Beradik • 1 – 3 orang 73 79.3 • 4 – 6 orang 16 17.4 • 7 – 9 orang 1 1.1 • 9 orang dan ke atas 2 2.2 5 Kawasan Tempat Tinggal • Bandar Besar 24 26.1 • Bandar Kecil 34 37.0 • Pinggir Bandar 28 30.4 • FELDA 6 6.5 6 Pekerjaan Bapa • Kerajaan 29 31.5 • Swasta 22 23.9 • Pesara 1 1.1 • Sendiri 30 32.6 • Lain-lain 10 10.9 7 Pekerjaan Ibu • Kerajaan 25 27.2 • Swasta 5 5.4 • Pesara 1 1.1 • Suri rumah 47 51.1 • Lain-lain 14 15.2 Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden mengikut kekerapan dan peratusan mengikut item yang telah ditetapkan. Dari analisis bangsa mendapati seramai 88 orang (95.7%) responden adalah berbangsa Melayu, manakala seramai 3 orang (3.3%) berbangsa Melanau dan 1 orang (1.1%) adalah berbangsa Kadazan Dusun. Dari analisis agama pula, seramai 91 orang (98.9%) responden adalah beragama Islam, manakala 1 orang atau 1.1% responden beragama Kristian. Manakala majoriti 84 orang (91.3%) responden berumur 13 tahun, manakala 8 orang (8.7%) adalah berumur 12 tahun. Bagi responden yang mempunyai taburan bilangan adik-beradik yang paling ramai adalah antara 1 hingga 3 orang iaitu seramai 73 orang atau 79.3% responden. Diikuti dengan
  • 46. responden yang mempunyai taburan bilangan adik-beradik antara 4 hingga 6 orang iaitu seramai 16 orang atau 17..4% dan seramai 1 orang atau 1.1% responden mempunyai taburan adik beradik antara 7 hingga 9 orang. Manakala responden yang mempunyai taburan bilangan adik-beradik yang paling sedikit iaitu seramai 2 orang atau 2.2% adalah dari kalangan taburan adik beradik 9 orang dan keatas. Dalam kajian ini mendapati seramai 34 orang atau 26.1% responden tinggal di bandar kecil, manakala 28 orang atau 30.4% responden tinggal di pinggir bandar. Selain itu seramai 24 orang atau 26.1% responden tinggal di bandar besar dan hanya 6 orang atau 6.5% responden tinggal di kawasan FELDA. Analisis bagi pekerjaan bapa responden mendapati seramai 30 orang atau 32.6% bapa responden adalah bekerja sendiri seperti mengusahakan perniagaan sendiri. Manakala seramai 29 orang atau 31.5% bapa responden bekerja sebagai kakitangan kerajaan, 22 orang atau 23.9% sebagai kakitangan swasta, 1 orang atau 1.1% sebagai pesara dan 10 orang atau 10.9% dikira sebagai lain-lain, misalnya berkebun, nelayan, telah meninggal dunia atau selainnya. Dalam analisis bagi pekerjaan ibu responden, kajian mendapati seramai 47 orang atau 51.1% ibu responden bekerja sebagai surirumah, 25 orang atau 27.2% ibu responden bekerja sebagai kakitangan kerajaan, 5 orang (5.4%) sebagai kakitangan swasta dan 1 orang atau 1.1% sebagai pesara. Manakala 14 orang atau 15.2% ibu responden dilabelkan dengan lain- lain iaitu bekerja kilang, berkebun, telah meninggal dunia atau selainnya. 4.3 Analisis Bahagian B Di dalam bahagian B ini, item-item yang dibina adalah berdasarkan kepada empat persoalan utama kajian. Ia bertujuan mendapatkan maklumbalas yang berkaitan untuk
  • 47. mengaitkan persoalan kajian dengan gerak balas dari responden. Bahagian ini mengandungi 45 item. Keputusan data yang telah dianalisis dan dihuraikan beserta jadual kekerapan dan peratusan bagi setiap empat kategori utama yang ditetapkan. Berikut merupakan keputusan yang telah diperolehi mengikut setiap persoalan utama. 4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama “Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR?” Jadual 4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Persetujuan Responden Mengikut Persoalan Kajian Pertama. Kekerapan Peratus (%) Bil Soalan TS TP S TS TP S Saya ada mengikuti kelas tambahan 1 yang diadakan di sekolah rendah. 1 0 91 1.1 0.0 98.9 2 Saya ada dikenakan bayaran 36 8 48 39.1 8.7 52.2 tambahan ke atas kelas tambahan yang dijalankan di sekolah rendah. 3 Waktu belajar saya di kelas 6 6 80 6.5 6.5 87.0 tambahan sekolah rendah amat mencukupi. 4 Kelas tambahan yang diadakan di 2 5 85 2.2 5.4 92.4 sekolah rendah saya berkesan. 5 Saya ada mengambil kelas tuisyen di 42 2 48 45.7 2.2 52.2 luar. 6 Kelas kelas tuisyen saya amat 34 12 46 37.0 13.0 50.0 berkesan. 7 Waktu belajar saya di kelas tuisyen 36 13 43 39.1 14.1 46.7 amat mencukupi.
  • 48. 8 Saya amat meminati mata pelajaran 3 11 78 3.3 12.0 84.8 Bahasa Melayu (Pemahaman). 9 Saya amat meminati mata pelajaran 2 12 78 2.2 13.0 84.8 Bahasa Melayu (Penulisan) 10 Saya amat meminati mata pelajaran 0 3 89 0.0 3.3 96.7 Matematik. 11 Saya amat meminati mata pelajaran 3 7 82 3.3 7.6 89.1 Bahasa Inggeris. 12 Saya amat meminati mata pelajaran 0 15 77 0.0 16.3 83.7 Sains. 13 Saya banyak membuat soalan latih 9 10 73 9.8 10.9 79.3 tubi sendiri di rumah. Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut persoalan kajian pertama. Bagi item 1, seramai 91 (98.9%) responden bersetuju bahawa mereka ada mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah semasa mengambil peperiksaan UPSR, manakala 1 (1.1%) responden tidak bersetuju. Bagi item 2 pula, seramai 48 (52.2%) responden bersetuju bahawa mereka ada dikenakan bayaran tambahan bagi aktiviti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, manakala seramai 36 (39.1%) tidak bersetuju dan 8 (8.7) berkecuali. Untuk item 3 pula, 80 (87.0%) responden bersetuju waktu belajar mereka di kelas tambahan mencukupi, 6 (6.5%) berkecuali dan 6 (6.5%) lagi tidak bersetuju. Selain itu, bagi item 4 seramai 85 (92.4%) responden bersetuju bahawa kelas tambahan di sekolah rendah mereka berkesan, manakala 2 (2.2%) tidak bersetuju dan 5 (5.4%) tidak pasti. Seterusnya, bagi item 5 seramai 48 (52.2%) responden bersetuju bahawa mereka ada mengikuti kelas tuisyen, manakala seramai 42 (45.7%) tidak bersetuju dan 2 (2.2%)
  • 49. berkecuali. Bagi item 6 pula seramai 46 (50.0%) responden bersetuju bahawa kelas tuisyen mereka berkesan, 34 (37.0%) tidak bersetuju dan 12 (13.0%) berkecuali. Bagi item 7, 43 (46.7%) responden bersetuju bahawa waktu belajar mereka mencukupi di kelas tuisyen, manakala seramai 36 (39.1%) tidak bersetuju dan 13 (14.1%) berkecuali. Untuk item 8 pula, seramai 78 (84.8%) responden bersetuju bahawa mereka berminat dalam mata pelajaran Pemahaman Bahasa Melayu, 11 (12.0%) berkecuali dan 3 (3.3%) tidak bersetuju. Item 9 pula menyatakan 78 (84.8%) responden bersetuju bahawa mereka berminat terhadap mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu, 12 (13.0%) berkecuali dan 2 (2.2%) tidak bersetuju. Bagi item 10 pula seramai 89 (96.7%) responden bersetuju bahawa meminati mata pelajaran Matematik, manakala 3 (3.3%) tidak bersetuju. Bagi item 11, 82 (89.1%) bersetuju bahawa mereka meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris, 7 (7.6%) berkecuali dan 3 (3.3%) tidak bersetuju. Item 12 pula seramai 77 (83.7%) responden meminati mata pelajaran Sains dan 15 (16.3%) berkecuali. Bagi item 13 pula, seramai 73 (79.3%) responden bersetuju bahawa mereka banyak membuat soalan latih tubi dirumah, 10 (1.09%) berkecuali dan 9 (9.8%) tidak bersetuju.
  • 50. 4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua “Apakah peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam UPSR?” Jadual 4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Persetujuan Responden Mengikut Persoalan Kajian Kedua. Kekerapan Peratus (%) Bil Soalan TS TP S TS TP S 14 Hubungan antara saya dan ibu bapa 1 1 90 1.1 1.1 97.8 saya sangat mesra Ibu bapa saya selalu memberi kata- 15 kata perangsang kepada saya untuk 1 0 91 1.1 0.0 98.9 cemerlang dalam UPSR. 16 Ibu bapa saya pernah menghantar 6 7 79 6.5 7.6 85.9 saya ke kem motivasi. Ibu bapa saya aktif dalam aktiviti 17 kerohanian di sekolah seperti Solat 7 9 76 7.6 9.8 82.6 Hajat, PIBG dan sebagainya. Ibu bapa saya sering menunjukkan 18 kasih sayang mereka kepada saya dengan memberi pujian, layanan dan 4 7 81 4.3 7.6 88.0 sebagainya. Ibu bapa saya pernah berjanji akan 11 9 72 12.0 9.8 78.3 19 memberi ganjaran jika saya cemerlang dalam UPSR. Saya jadikan ganjaran yang 43 15 34 46.7 16.3 37.0 20 dijanjikan sebagai faktor utama untuk saya cemerlang dalam UPSR. Saya bersetuju ibu bapa dan 0 3 89 0.0 3.3 96.7 21 keluarga merupakan faktor utama kejayaan saya.
  • 51. Ibu bapa saya sanggup berbelanja 0 0 92 0.0 0.0 100 22 lebih untuk pembelajaran saya asalkan saya cemerlang dalam UPSR. Saya amat bersetuju jika ibu bapa 0 1 91 0.0 1.1 98.9 23 dan keluarga dijadikan faktor kecemerlangan saya. Jadual 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut persoalan kajian kedua. Bagi item 14, seramai 90 (97.8%) responden bersetuju, 1 (1.1%) berkecuali dan 1 (1.1%) tidak bersetuju bahawa hubungan mereka dengan ibu bapa mereka sangat mesra. Untuk item 15 pula, seramai 91 (98.9%) responden bersetuju bahawa ibu bapa mereka selalu memberi kata-kata perangsang kepada mereka, manakala 1 (1.1%) tidak bersetuju. Bagi item 16 pula, seramai 79 (85.9%) responden bersetuju ibu bapa mereka pernah menghantar mereka ke kem motivasi, 7 (7.6%) berkecuali dan 6 (6.5%) tidak bersetuju. Item 17 pula seramai 76 (82.6%) responden bersetuju bahawa ibu bapa mereka aktif dalam aktiviti kerohanian di sekolah, 9 (9.8%) berkecuali dan 7 (7.6%) tidak bersetuju. Item 18 pula menyatakan 81 (88.0%) responden bersetuju bahawa ibu bapa mereka sering menunjukkan kasih sayang seperti memberi pujian dan layanan kepada mereka, 7 (7.6%) berkecuali dan 4 (4.3%) tidak bersetuju. Bagi item 19 pula, 72 (78.3%) responden bersetuju bahawa ibu bapa mereka berjanji akan memberi ganjaran jika mereka berjaya dalam UPSR, manakala 11 (12.0%) tidak bersetuju dan 9 (9.8%) berkecuali. Seramai 43 (46.7%) responden tidak bersetuju dengan item 20 bahawa mereka menjadikan ganjaran yang dijanjikan sebagai faktor utama untuk cemerlang, manakala 34 (37.0%) bersetuju dan 15 (16.3%) berkecuali. Bagi item 21, seramai 89 (96.7%) responden
  • 52. bersetuju ibu bapa dan keluarga merupakan faktor utama kejayaan mereka, manakala 3 (3.3%) berkecuali. Untuk item 22 pula, majoriti 92 (100.0%) responden bersetuju bahawa ibu bapa mereka sanggup berbelanja lebih untuk pembelajaran mereka. Bagi item 23 pula, seramai 91 (98.9%) responden bersetuju ibu bapa dan keluarga merupakan faktor kecemerlangan mereka. 4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga “Apakah peranan guru-guru dan pihak sekolah dalam membantu pelajar untuk berjaya dalam UPSR?” Jadual 4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Persetujuan Responden Mengikut Persoalan Kajian Ketiga Kekerapan Peratus (%) Bil Soalan TS TP S TS TP S 24 Saya amat menghormati guru-guru 0 2 90 0.0 2.2 97.8 saya. 25 Saya menganggap guru-guru saya 1 9 82 1.1 9.8 89.1 sebagai ibu bapa di sekolah. 26 Saya menerima teguran guru-guru 0 4 88 0.0 4.3 95.7 saya sebagai teguran yang membina. 27 Saya mempunyai hubungan yang 0 8 84 0.0 8.7 91.3 mesra dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman). 28 Saya mempunyai hubungan yang 0 9 83 0.0 9.8 90.2 mesra dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan).
  • 53. 29 Saya mempunyai hubungan yang 1 5 86 1.1 5.4 93.5 mesra dengan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris. 30 Saya mempunyai hubungan yang 1 7 84 1.1 7.6 91.3 mesra dengan guru mata pelajaran Matematik. 31 Saya mempunyai hubungan yang 2 11 79 2.2 12.0 85.9 mesra dengan guru mata pelajaran Sains. 32 Guru-guru saya selalu memberikan 0 1 91 0.0 1.1 98.9 dorongan dan semangat kepada saya untuk cemerlang dalam mata pelajaran mereka. 33 Saya faham dengan pengajaran yang 0 0 92 0.0 0.0 100 disampaikan oleh guru-guru saya semasa di sekolah rendah. 34 Saya pernah ke kem motivasi yang 2 3 87 2.2 3.3 94.6 dianjurkan oleh pihak sekolah semasa di sekolah rendah. 35 Jika saya tidak faham semasa guru 0 3 89 0.0 3.3 96.7 saya mengajar, guru saya akan cuba membantu saya sehingga faham. 36 Saya amat bersetuju jika guru 0 8 84 0.0 8.7 91.3 dijadikan faktor kecemerlangan saya. Jadual 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut persoalan kajian ketiga. Bagi item 24, seramai 90 (97.8%) responden bersetuju bahawa mereka amat menghormati guru-guru di sekolah, manakala 2 (2.2%) tidak pasti. Item 25 pula, 82 (89.1%) responden bersetuju bahawa mereka menganggap guru-guru mereka sebagai ibu bapa di sekolah, manakala 9 (9.8%) berkecuali dan 1 (1.1%) tidak bersetuju.
  • 54. Bagi item 26, seramai 88 (95.7%) responden bersetuju bahawa mereka menerima teguran guru-guru sebagai membina, manakala 4 (4.3%) berkecuali. Bagi item 27 pula, seramai 84 (91.3%) responden bersetuju bahawa mereka mempunyai hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Pemahaman Bahasa Melayu, 8 (8.7%) berkecuali. Bagi item 28, seramai 83 (90.2%) responden bersetuju bahawa mereka mempunyai hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu, 9 (9.8%) daripada mereka berkecuali. Item 29 pula, seramai 86 (93.5%) bersetuju mereka mempunyai hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, 1 (1.1%) tidak bersetuju dan 5 (5.4%) berkecuali. Untuk item 30, seramai 84 (91.3%) responden bersetuju bahawa mereka mempunyai hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Matematik mereka, manakala 7 (7.6%) berkecuali dan 1 (1.1%) tidak bersetuju. Bagi item 31, seramai 79 (85.9%) responden mempunyai hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Sains, 11 (12.0%) berkecuali dan 2 (2.2%) tidak bersetuju. Untuk item 32 pula, 91 (98.9%) responden bersetuju bahawa guru-guru selalu memberi dorongan kepada mereka untuk cemerlang, manakala 1 (1.1%) berkecuali. Item 33 pula, 92 (100%) responden bersetuju bahawa mereka faham dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru-guru. Bagi item 34 pula, seramai 87 (94.6%) responden bersetuju bahawa pernah mengikuti kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah, 2 (2.2%) tidak bersetuju dan 3 (3.3%) berkecuali. Untuk item 35, 89 (96.7%) responden bersetuju bahawa guru mereka akan membantu sekiranya mereka tidak faham semasa sesi pengajaran, manakala 3 (3.3%) tidak pasti. Bagi item 36 pula, seramai 84 (91.3%) responden bersetuju guru dijadikan faktor kecemerlangan mereka, manakala 8 (8.7%) berkecuali.
  • 55. 4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat “Apakah peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR?” Jadual 4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Persetujuan Responden Mengikut Persoalan Kajian Keempat. Kekerapan Peratus (%) Bil Soalan TS TP S TS TP S 37 Saya mempunyai ramai rakan. 1 1 90 1.1 1.1 97.8 38 Tujuan saya berkawan baik adalah 22 17 53 23.9 18.5 57.6 untuk menambah bilangan rakan. 39 Tujuan saya berkawan adalah 2 14 76 2.2 15.2 82.6 untuk mencari rakan belajar. 40 Saya juga mempunyai rakan karib. 3 1 88 3.3 1.1 95.7 41 Saya sering berjumpa dengan 8 3 81 8.7 3.3 88.0 rakan karib saya. 42 Rakan karib saya sebaya saya. 3 0 89 3.3 0.0 96.7 43 Rakan karib saya juga mengambil 4 0 88 4.3 0.0 95.7 UPSR 2004. 44 Saya dan rakan karib sering 3 5 84 3.3 5.4 91.3 memberi dorongan antara satu sama lain. 45 Saya amat setuju jika rakan karib 12 16 64 13.0 17.4 69.6 dijadikan antara faktor kecemerlangan saya. Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut persoalan kajian keempat. Bagi item 37, seramai 90 (97.8%) responden bersetuju mereka mempunyai ramai rakan, 1 (1.1%) tidak bersetuju dan 1 (1.1%) lagi berkecuali. Item 38
  • 56. pula, seramai 83 (57.6%) responden bersetuju bahawa tujuan mereka berkawan baik adalah untuk menambah bilangan rakan, 22 (23.9%) daripada mereka tidak bersetuju dan 17 (18.5%) berkecuali. Bagi item 39, seramai 76 (82.6%) responden bersetuju bahawa tujuan mereka berkawan adalah untuk mencari rakan belajar, manakala 14 (15.2%) berkecuali dan 2 (2.2%) tidak bersetuju. Item 40 menyatakan seramai 88 (95.7%) bersetuju, 3 (3.3%) tidak bersetuju dan 1 (1.1%) berkecuali bagi kenyataan mereka mempunayi rakan karib. Bagi item 41, seramai 81 (88.0%) responden bersetuju bahawa mereka sering berjumpa dengan rakan karib mereka, 8 (8.7%) tidak bersetuju dan 3 (3.3%) berkecuali. Bagi item 42, seramai 89 (96.7%) mempunyai rakan karib yang sebaya, manakala 3 (3.3%) tidak mempunyai rakan karib sebaya. Item 43 pula, seramai 88 (95.7%) responden bersetuju bahawa rakan karib mereka juga mengambil UPSR 2004, manakala 4 (4.3%) tidak bersetuju. Kajian ini juga mendapati seramai 84 (91.3%) responden bersetuju bahawa mereka dan rakan karib sering memberi dorongan antara satu sama lain, manakala 3 (3.3%) daripadanya tidak bersetuju dan 5 (5.4%) berkecuali. Untuk item yang terakhir adalah item yang menyatakan sama ada responden bersetujua bahawa rakan karib dijadikan faktor kecemerlangan mereka. Seramai 64 (69.6%) bersetuju, manakala 16 (17.4%) berkecuali dan 12 (13.0%) tidak bersetuju.
  • 57. 4.4 Analisis Bahagian C Di dalam bahagian C ini, item-item yang dibina adalah berdasarkan kepada empat soalan subjektif. Ia bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan untuk mengaitkan persoalan kajian dengan gerak balas dari responden. 4.4.1 Analisis Bagi Faktor Inisiatif Pelajar Dalam Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR. Analisis persoalan kajian ini melibatkan faktor inisistif pelajar dalam mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Persoalan berkenaan adalah : ‘Adakah faktor inisiatif pelajar mempengaruhi kecemerlangan UPSR?’ Keputusan keseluruhan bagi faktor inisistif pelajar mempengaruhi kecemerlangan UPSR 2004, pelajar tingkatan satu sekolah ini ditunjukkan dalam jadual 4.6. Jumlah kekerapan dan peratus keseluruhan item akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang pertama. Jadual 4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor Inisiatif Pelajar Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR Kekerapan Peratus (%) Bil Soalan Ya Tidak Ya Tidak 1 Saya bersetuju bahawa inisiatif diri sendiri, dorongan 92 0 0.0 100 ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan adalah pendorong kepada kejayaan saya dalam UPSR.
  • 58. 2 Saya boleh berjaya tanpa dorongan dan sokongan 0 92 0.0 100 ibu bapa, guru dan rakan. 3 Saya ingin menjadi pelajar yang berjaya di masa 47 45 51.1 48.9 akan datang dengan mengekalkan corak pembelajaran saya sekarang. Jadual 4.6 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan bagi faktor inisiatif pelajar dalam mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Dapatan kajian menunjukkan seramai 92 orang (100%) responden bersetuju bahawa gabungan anisiatif diri sendiri, ibu bapa, guru dan rakan merupakan faktor terpenting untuk berjaya dalam peperiksaan. Seramai 92 orang (100%) responden bersetuju bahawa dorongan ibu bapa, guru dan rakan penting bagi mereka untuk cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, seramai 47 orang (51.1%) responden bersetuju dengan kenyataan bahawa akan mengekalkan corak pembelajaran mereka sekarang untuk cemerlang dalam di masa akan datang, manakala seramai 45 (48.9%) responden menolak kenyataan itu. 4.4.2 Analisis Bagi Faktor Ibu Bapa Dalam Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR Analisis persoalan kajian ini melibatkan faktor ibu bapa dalam mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Persoalan berkenaan adalah : ‘Adakah faktor ibu bapa mempengaruhi kecemerlangan UPSR responden?’ Keputusan keseluruhan bagi faktor ibu bapa mempengaruhi kecemerlangan UPSR 2004, pelajar tingkatan satu sekolah ini ditunjukkan dalam jadual 4.7.
  • 59. Jumlah kekerapan dan peratus keseluruhan item akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang kedua. Jadual 4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor Ibu Bapa Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR Kekerapan Peratus (%) Bil Soalan Ya Tidak Ya Tidak 4 Doa dan restu ibu bapa penting untuk saya berjaya dalam 92 0 100 0.0 UPSR. 5 Pada pendapat saya, institusi keluarga itu penting 70 22 76.1 23.9 dalam membentuk pelajar yang berjaya. Jadual 4.7 menerangkan taburan kekerapan dan peratusan bagi faktor ibu bapa dalam mempengaruhi kecemerlangan UPSR responden. Seramai 92 (100%) responden bersetuju bahawa doa dan restu ibu bapa penting untuk berjaya dalam UPSR. Selain itu, seramai 70 (76.1%) responden bersetuju bahawa institusi keluarga penting dalam membentuk pelajar yang berjaya, manakala seramai 22 (23.9%) tidak bersetuju dengan item itu. 4.4.3 Analisis Bagi Faktor Guru Dalam Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR Analisis persoalan kajian ini melibatkan faktor guru dalam mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Persoalan berkenaan adalah : ‘Adakah faktor guru mempengaruhi kecemerlangan UPSR responden?’
  • 60. Keputusan keseluruhan bagi faktor guru mempengaruhi kecemerlangan UPSR 2004, pelajar tingkatan satu sekolah ini ditunjukkan dalam jadual 4.8. Jumlah kekerapan dan peratus keseluruhan item akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga. Jadual 4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor Guru Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR Kekerapan Peratus (%) Bil Soalan Ya Tidak Ya Tidak 6 Guru-guru saya amat prihatin terhadap pelajar-pelajarnya. 78 14 84.8 15.2 7 Saya selesa dengan pengajaran guru-guru 88 4 95.7 4.3 disekolah rendah. 8 Hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah 66 26 71.4 28.6 rendah saya amat baik. Jadual 4.8 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan bagi faktor guru dalam mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Seramai 78 (84.8%) responden bersetuju dengan item bahawa guru mereka amat prihatin terhadap pelajar-pelajarnya, manakala seramai 14 (15.2%) responden pula tidak bersetuju. Bagi item 7 pula, seramai 88 (95.7%) responden bersetuju bahawa mereka selesa dengan pengajaran guru-guru mereka semasa di sekolah rendah, manakala seramai 4 (4.3%) pula tidak bersetuju. Bagi item 8 pula, seramai 66 orang atau 71.4% responden bersetuju bahawa hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah rendah mereka amat baik, manakala seramai 26 (28.6%) responden tidak bersetuju.
  • 61. 4.4.4 Analisis Bagi Faktor Rakan Sebaya Dalam Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR Analisis persoalan kajian ini melibatkan faktor rakan sebaya dalam mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Persoalan berkenaan adalah : ‘Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi kecemerlangan UPSR responden?’ Keputusan keseluruhan bagi faktor rakan sebaya mempengaruhi kecemerlangan UPSR 2004, pelajar tingkatan satu sekolah ini ditunjukkan dalam jadual 4.9 Jumlah kekerapan dan peratus keseluruhan item akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang keempat. Jadual 4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor Rakan Sebaya mempengaruhi Kecemerlangan UPSR. Kekerapan Peratus (%) Bil Soalan Ya Tidak Ya Tidak 9 Rakan sebaya sentiasa mengambil berat terhadap saya. 81 11 87.9 12.1 10 Saya dan rakan selalu belajar bersama-sama. 78 14 85.8 14.2 Jadual 4.9 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan bagi faktor rakan sebaya dalam mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Seramai 81 (87.9%) responden bersetuju bahawa rakan sebaya mereka sentiasa mengambil berat terhadap mereka, manakala seramai 11 (12.1%) tidak bersetuju. Selain itu seramai 78 (85.8%) responden bersetuju dengan item 10, manakala 14 (14.2%) menolak item itu.
  • 62. BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Dalam bab ini, penyelidik mengemukakan rumusan secara keseluruhan bagi membincangkan tajuk kajian. Ianya akan menyentuh aspek perbincangan, rumusan, kesimpulan dan cadangan mengenai persepsi pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Penyelidik mengkhususkan bab ini kepada perbincangan dan merumuskan segala dapatan yang diperolehi dan mencadangkannya kepada pihak tertentu. Perbincangan dibuat dengan menganalisis setiap persoalan kajian untuk mengetahui apakah inisiatif diri sendiri, dorongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan mempengaruhi kecemerlangan mereka dalam UPSR. Selain itu, penyelidik juga akan membuat kesimpulan hasil daripada perbincangan dan rumusan. Di samping membuat beberapa cadangan yang difikirkan perlu dan munasabah serta boleh dilaksanakan oleh calon-calon UPSR, ibu bapa, guru-guru serta pihak sekolah dan rakan sebaya.
  • 63. 5.2 Perbincangan Kajian Tumpuan perbincangan berfokuskan kepada empat persoalan kajian iaitu; 5. Langkah-langkah atau inisiatif yang telah diambil oleh pelajar untuk kecemerlangan dalam UPSR. 6. Peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam UPSR. 7. Peranan guru-guru serta pihak sekolah dalam membantu pelajar berjaya dalam UPSR. 8. Peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR. 5.2.1 Inisiatif Pelajar Untuk Kecemerlangan Dalam UPSR Hasil daripada kajian yang dijalankan, secara keseluruhannya menunjukkan ramai responden mengambil berat terhadap peperiksaan UPSR yang mereka hadapi. Ini dapat dibuktikan dengan kesungguhan mereka mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, walaupun responden ada dikenakan bayaran keatas kelas tambahan tersebut. Namun peratusan yang menghadirinya tetap tinggi dan analisis kajian mendapati seramai 91 (98.7%) responden menghadiri kelas tambahan tersebut manakala 1 (1.1%) sahaja tidak menghadiri kelas tambahan tersebut. Ini mungkin disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh responden. Tidak hanya tertumpu dengan kelas tambahan di sekolah, ramai responden mengambil inisiatif untuk menambah ilmu dengan menghadiri kelas tuisyen di luar. Hasil kajian mendapati seramai 48 orang atau 52.2% responden mengikuti kelas tuisyen diluar, manakala 42 orang atau 45.7% tidak mendapatkan khidmat tuisyen dan 2 (2.2%) responden adalah berkecuali.
  • 64. Selain itu, minat merupakan perkara yang penting dalam mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara seperti juga dengan sesi pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan seramai 78 orang atau 84.8% responden berminat dalam mata pelajaran Pemahaman Bahasa Melayu, 78 atau 84.8% berminat dalam mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu, 89 orang atau 96.7% responden meminati mata pelajaran Matematik, 82 atau 89.1% responden meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris dan 77 atau 83.7% responden meminati mata pelajaran Sains. Jumlah ini menunjukkan responden-responden memiliki minat yang tinggi dalam setiap mata pelajaran yang mereka pelajari. Menurut Ismail Hj Raduan (1995), minat terhadap sesuatu perkara akan mendorong seseorang meneroka lebih jauh. Oleh itu, minat perlu ditanam dalam diri pelajar agar dapat meningkatkan keseronokan dan minat semasa belajar. Ini boleh dipertingkatkan dengan dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya. Perkara ini disokong oleh Syarifah Alawiyah Al-Sagoff (1984) yang menjelaskan minat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minat pelajar dalam pelajaran. Minat juga merupakan penggerak yang mendorong seseorang pelajar memberi perhatian kepada kerjaya yang diceburi. Oleh itu, minat yang tinggi membolehkan pelajar memberikan tumpuan yang lebih terhadap bidang yang dilakukan. Minat boleh dianggap pendorong untuk mengekalkan usaha dalam pelajaran, permainan dan tugas-tugas kerana minat menyebabkan seseorang memilih perkara atau pekerjaan yang disukai. Dengan wujudnya minat, maka pelajar akan melakukan pelbagai inisiatif untuk mendalami ilmu pengetahuan mereka. Hasil kajian mendapati seramai 73 orang atau 79.3% responden membuat soalan latih tubi, selain dari soalan-soalan yang diberi di sekolah atau tempat tuisyen. Ini jelas menunjukkan kesungguhan mereka dalam mendalami ilmu dan memperoleh pengetahuan.
  • 65. 5.2.2 Peranan Ibu Bapa Dalam Mendorong Pelajar Untuk Cemerlang dalam UPSR Ibu bapa merupakan agen sosialisasi terpenting dalam membentuk tingkah laku anak- anak seperti kepercayaan, personaliti dan kemahiran tertentu. Menurut Mohd Salleh Lebar (1998), anak-anak belajar sesuatu hasil daripada proses interaksi, bimbingan dan pemerhatian daripada keluarga. Hasil kajian mendapati responden mempunyai hubungan yang mesra dengan ibu bapa dan keluarga. Ini dibuktikan dengan dapatan kajian bahawa seramai 90 orang atau 97.8% responden mempunyai hubungan mesra dengan ibu bapa mereka dan seramai 91 orang atau 98.9% responden menyatakan bahawa ibu bapa mereka selalu memberi kata-kata perangsang. Suasana keluarga juga memainkan peranan utama dalam membentuk kecemerlangan anak-anak. Perkara ini terbukti apabila seramai 81 orang atau 88.0% responden menyatakan bahawa ibu bapa mereka sering menunjukkan kasih sayang kepada mereka dengan memberi pujian, layanan istimewa dan sebagainya. Dengan cara demikian, anak-anak akan merasa lebih dihargai dan ini akan membangkitkan rasa kecintaan dan keyakinan yang tinggi dalam diri mereka sendiri. Bila keyakinan diri anak-anak meningkat, maka anak-anak lebih yakin untuk berjaya dalam sesuatu perkara. Dalam situasi ini perkara tersebut adalah kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ganjaran merupakan hadiah atau balasan kepada sesuatu perbuatan sama ada baik mahupun jahat. Namun, dalam skop ini ganjaran merupakan hadiah hasil kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dapatan kajian mendapati seramai 72 orang atau 78.3% responden menyatakan bahawa ibu bapa mereka pernah berjanji akan memberi ganjaran jika mereka cemerlang dalam UPSR. Menurut Saniah Sayuti (2000), ganjaran merupakan peneguhan hasil daripada usaha untuk mendapat kecemerlangan dalam sesuatu perkara. Sikap ibu bapa yang memberi ganjaran kepada anak- anak, hasil kecemerlangan mereka haruslah dipuji dan diteruskan. Dengan ini, anak-anak akan merasa mereka dihargai dan disayangi. Namun begitu, responden tidak menjadikan ganjaran tersebut sebagai faktor utama untuk mereka berjaya, ini disokong dengan dapatan
  • 66. kajian iaitu seramai 43 orang atau 46.7% bersetuju bahawa tidak menjadikan ganjaran sebagai faktor utama. Menurut responden, ibu bapa mereka sanggup mengeluarkan belanja yang lebih untuk pembelajaran mereka. Antara perkara yang menyebabkan ibu bapa responden sanggup mengeluarkan belanja yang lebih adalah dengan menghantar mereka ke kelas tambahan, kelas tuisyen, membeli buku-buku rujukan dan latihan dan sebagainya. Perkara ini disokong oleh penyataan T. Marimuthu (1990), iaitu taraf sosiekonomi dan pencapaian akademik menunjukkan hubungan yang positif dimana semakin tinggi sosioekonomi ibu bapa, maka lebih tinggi pencapaian akademik anak-anak. Secara keseluruhannya, responden bersetuju bahawa ibu bapa dan keluarga merupakan pendorong dan faktor utama dalam kejayaan mereka. Namun, kejayaan mereka ini tidak hanya bergantung kepada satu pihak sahaja tanpa gabungan atau paduan dari pihak yang lain seperti guru dan rakan sebaya. 5.2.3 Peranan Guru Dan Pihak Sekolah Dalam Membantu Pelajar Berjaya Dalam UPSR. Hasil daripada analisis kajian mendapati, majoriti responden bersetuju bahawa mereka menghormati dan menganggap guru-guru mereka sebagai pengganti ibu bapa ketika mereka ketika berada di sekolah. Mereka juga dapat menerima segala teguran yang dibuat oleh guru mereka dan menganggap teguran itu sebagai membina. Menurut Saniah Sayuti (2000), pada peringkat umur 11 tahun keatas, kanak-kanak mula berfikir secara hipotetikal, dan berupaya berfikiran secara abstrak dan logik. Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan dorongan golongan dewasa untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru. Menurut beliau lagi, pada peringkat ini kesilapan pelajar tidak wajar dihukum tetapi patut
  • 67. digunakan untuk membantu guru dalam memahami pelajar dan memberi nasihat yang berguna. Dapatan kajian juga mendapati, kebanyakkan responden mempunyai hubungan yang mesra dengan guru-guru mata pelajaran masing-masing. Misalnya seramai 84 orang atau 91.3% mesra dengan guru mata pelajaran Pemahaman Bahasa Melayu, 83 orang atau 90.2% responden yang mesra dengan guru mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu, 86 orang atau 93.5% mesra dengan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, 84 orang atau 91.3% responden mesra dengan guru mata pelajaran Matematik dan 79 orang atau 85.9% responden mesra dengan guru mata pelajaran Sains. Dengan wujudnya hubungan yang mesra antara guru dan pelajar, maka sesi pengajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Hubungan mesra antara guru dan pelajar haruslah dipupuk kerana kedua-duanya bagaikan sebuah keluarga dalam institusi pendidikan. Jika pelajar mengalami kesulitan dalam memahami isi pengajaran, maka guru haruslah sedaya upaya membantu pelajar sehingga dapat memahami isi pengajaran. Selain itu, hubungan mesra antara guru dan pelajar juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti kerohanian seperti menganjurkan kem motivasi, aktiviti beriadah dan lain-lain. Melalui kesedaran bahawa guru merupakan agen saluran ilmu pengetahuan, maka responden bersetuju bahawa guru merupakan salah satu faktor utama dalam menjadikan seorang pelajar itu cemerlang. Guru juga haruslah bijak dalam meningkatkan motivasi pelajar di dalam bilik darjah dengan mewujudkan suasana ceria, sentiasa memupuk sikap positif pelajar, mendorong naluri ingin tahu pelajar dan menggunakan teknik motivasi instrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsik wujud dalam diri individu seperti dorongan dalaman dan minat untuk melakukan sesuatu perkara seperti berjaya dalam peperiksaan. Manakala motivasi ekstrinsik pula ialah dorongan yang menggerakkan individu untuk bertindak seperti arahan
  • 68. membuat kerja sekolah, menghafal sifir dan sebagainya. Oleh itu, guru perlulah bijak memainkan peranan menyuntik motivasi pelajar ini agar mereka berjaya dalam UPSR. 5.2.4 Peranan Rakan Dalam Membantu Pelajar Untuk Cemerlang Dalam UPSR Keputusan daripada kajian yang dijalankan menunjukkan rakan sebaya merupakan faktor yang mempunyai kedudukan terendah dalam mempengaruhi kecemerlangan responden selepas inisiatif diri sendiri. Ini dapat dibuktikan kerana pelajar hanya berjumpa dengan rakan mereka di sekolah atau tempat tuisyen sahaja. Tujuan mereka berkawan hanya untuk menambah bilangan rakan, berkongsi ilmu pengetahuan dan berseronok. Pada peringkat ini juga, mereka mula menganggap rakan mereka sebagai pesaing untuk cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini menunjukkan rakan sebaya mampu mempengaruhi mereka untuk cemerlang atau sebaliknya. Daripada pemerhatian yang dibuat, responden banyak menghabiskan masa bersama rakan iaitu pada waktu persekolahan. Apabila mereka membesar, dunia mereka semakin meluas dan perhubungan sosial memainkan peranan penting. Salah satu daripadanya adalah pengaruh luaran seperti media massa yang telah dinyatakan oleh Store dan Mc William (1990). 5.3 Rumusan Hasil kajian yang diperolehi daripada bahagian A mendapati responden Melayu adalah yang tertinggi iaitu seramai 88 (95.7%) orang, berusia 13 tahun seramai 84 (91.3%) orang dan beragama Islam seramai 91 (98.9%) orang. Seramai 34 (37.0%) responden tinggal di bandar kecil dan 28 (30.4%) tinggal di pinggir bandar. Majoriti bapa responden bekerja sendiri dan manakala ibu responden bekerja sebagai suri rumah.
  • 69. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi daripada bahagian B, secara keseluruhannya keempat-empat faktor yang dikemukakan adalah mempengaruhi mereka. Daripada empat faktor tersebut, didapati faktor ibu bapa menunjukkan purata peratusan tertinggi mempengaruhi mereka. Ini diikuti dengan faktor guru, kemudian inisiatif diri sendiri dan akhirnya rakan. Oleh itu secara umumnya dapat disimpulkan bahawa faktor-faktor berikut mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) khususnya, dan semua peperiksaan di bawah Kementerian Pendidikan umumnya. Daripada bahagian C pula, majoriti responden bersetuju bahawa tanpa gabungan keempat-empat faktor iaitu inisiatif diri sendiri, dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan, mereka tidak akan berjaya dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mereka juga bersetuju bahawa institusi keluarga haruslah bekerjasama dengan pihak sekolah dalam perkara yang membabitkan kecemerlangan anak-anak. Selain itu, persaingan yang sihat antara rakan-rakan juga wajar agar dapat melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang. 5.4 Cadangan Berdasarkan hasil kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi menarik perhatian pelajar terhadap faktor-faktor kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Cadangan-cadangan ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk mengambil tindakan yang sewajarnya agar dapat meningkatkan sistem pendidikan kita di masa akan datang. Berikut adalah cadangan yang dikemukakan oleh penyelidik. 5.4.1 Peranan Ibu Bapa Peranan ibu bapa adalah sangat besar dalam mencorakkan pendidikan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah peka dengan persekitaran dan arus pendidikan moden. Kerjasama dengan
  • 70. pihak sekolah juga perlu untuk membentuk generasi yang cemerlang di masa hadapan tanpa mengabaikan aspek kerohanian. Ibu bapa merupakan golongan yang paling hampir dengan anak-anak. Oleh itu, wajarlah jika ibu bapa dianggap role-model kepada anak-anak. Maka, ibu bapa haruslah sentiasa mempamerkan dan menunjukkan sikap-sikap yang positif di rumah seperti sikap tolong menolong, sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat, memberi ganjaran sebagai salah satu penekanan, sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak walau sesibuk mana pun agar anak-anak rasa lebih dihargai dan disayangi. Perkara ini disokong oleh Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1984) yang berpendapat, kehidupan anak-anak ditentukan oleh ibu bapa. Pengaruh ibu bapa memberi kesan kepada personaliti pelajar. Ibu bapa mempunyai pengaruh dan tanggungjawab besar dalam pembentukan hala tuju anak-anak. Lantas, ibu bapa perlulah mempunyai minat, kesungguhan, bersikap positif, berkemahiran dan mempengaruhi perancangan strategik untuk kejayaan anak-anak. 5.4.2 Peranan Guru dan Pihak Sekolah Guru-guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat terutamanya golongan ibu bapa seperti menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Disamping itu, guru- guru juga haruslah berusaha meningkatkan kemahiran mengajar dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah agar dapat sesi pengajaran dapat dijalankan dengan penuh keyakinan. Selain itu, guru dan pihak sekolah juga haruslah sentiasa memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada pelajar. Jika pelajar ada membuat kesilapan, maka guru haruslah memberi teguran yang membina. Guru juga boleh menggunakan kaedah psikologi kepada pelajar dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria, menggunakan kaedah motivasi instrinsik dan ekstrinsik. Guru yang bijak dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Dengan ini, pelajar cemerlang dapat dihasilkan dan hubungan baik antara guru dan pelajar dapat diwujudkan.