1. IkatanPerkhidmatan PelatihtajaanKementerianKesihatanMalaysiadiwajibkanberkhidmat
denganKerajaanbagi tempoh4 tahun. Institusi LatihanKKM 1. Kolej PembantuPerubatan Ulu
Kinta,Perak
2. Kolej PembantuPerubatanAlorStar,Kedah
3. Kolej PembantuPerubatanSeremban,NegeriSembilan
4. Kolej SainsKesihatanBersekutu Kuching,Sarawak
Subjek Teras Kurikulum
Sains Perubatan Asas
Sains Perubatan dan Pembedahan
Sains Kesihatan Komuniti
Sains Kejururawatan
Sains Tingkah Laku
KERJAYA SEBAGAI
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
PENGENALAN
Penolong Pegawai Perubatan adalah antara profesion terawal wujud di Malaysia dan ia kini
menjangkau lebihdaripada 120 tahun. Pada awalnya ia dikenali sebagai Apothecaries yang
diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang.
Dibawah pemerintahan British Malaya Apothecaries dikenali juga sebagai Sub-Assistant Surgeon
atau Dressar. Dalam abad ke 19, profesion ini telah melalui beberapa siri transformasi berikutan
peranannya yang berkembang bersesuaian dengan jawatan profesion ini pada ketika itu sebagai
Pembantu Rumah Sakit (1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan kini
Penolong Pegawai Perubatan (mulai 20 Mac 2007). Sekolah Latihan Pembantu Hospital telah
dibuka secara rasminya di Seremban Negeri Sembilan pada 1971 dan seterusnya 4 buah sekolah
latihan yang lainiaitu di Ulu Kinta, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu. Sekolah latihan ini
kemudiannya dinaik taraf kepada Kolej Pembantu Perubatan pada 1993.
Selain dari kolej latihan yang dikendalikan oleh KKM terdapat beberapa kolej swasta yang
menawarkan latihan Diploma Pembantu Perubatan dengan mendapat kelulusandan dipantau
oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Pembantu Perubatan. Selari dengan
perkembangan semasa, skop pekerjaan PPP telah diperluaskan dengan peranannya di klinik-
klinikkesihatan dan di unit pengkhususan atau Kerjaya Penolong PegawaiPerubatan 5
kepakaran di hospital-hospital, institusi latihan, penyelidikan,penguatkuasaan dan
lain-lain.Terdapat profesion yang hampir sama dengan Penolong Pegawai Perubatan di luar
negara. Perbezaan hanya pada nama dimana di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai Physician
Assistant, Barefoot Doctor di Australia, Kanada, Rusia, China serta di beberapa negara
membangun seperti Filipinadan sebagainya.
Profesion ini diluluskan amalannya olehParlimen Malaysia di bawah Akta 180, Akta Pembantu
Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
1979. Lembaga Pembantu Perubatan merupakan entiti yang bertanggungjawab mengawal selia
dan menguatkuasa Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-
Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979 serta Kod Etika Penolong Pegawai
Perubatan. Keanggotaan di dalam Lembaga Pembantu Perubatan terdiri daripada dua orang Ex.
Officio iaitu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebagai Pengerusi Lembaga manakala Ketua
Penolong Pegawai Perubatan (Ketua Pembantu Perubatan) sebagai Setiausaha Lembaga.
Seramai lima belas lagi Ahli Lembaga dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk
tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula selepas tamat tempoh.
2. Selaras dengan perubahan gelaran jawatan Pembantu Perubatan kepada Penolong Pegawai
Perubatan, nama skim perkhidmatan berkenaan juga telah ditukar kepada Skim Perkhidmatan
Penolong Pegawai Perubatan berkuatkuasa mulai 2 Julai 2009. Skim perkhidmatan yang telah
ditambahbaik ini merupakan Skim Perkhidmatan Bersepadu yang merangkumi Kumpulan
Sokongan dan Kumpulan Pengurusan & Profesional. Kerjaya Penolong PegawaiPerubatan 6
BAB 1
PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
1.1 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kesihatan
merangkumi aspek promotif (promosi), preventif (pencegahan), kuratif (perawatan), dan
rehabitatif (pemulihan) pada tahap yang bersesuaian dalam program kesihatan awam dan
perubatan di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat
adalah seperti berikut :-
i. Penjagaan Kesihatan Primer (Prima)
Memberi rawatan primer (pesakitluar) dan kecemasan di KlinikKesihatan, Klinik 1 Malaysia,
Pusat Latihan Khidmat Negara, Klinik-klinikkhasdi Penjara Malaysia, Puspen, Sekolah-sekolah
Sukan, Pusat Tahanan Imigresin, Institusi Pengajian Tinggi Awam, perkhidmatan kesihatan
komuniti, kem-kem kesihatan dan sebagainya.
merlukan rawatan.
-keskecemasan.
ii.Perkhidmatan pengkhususan dan kepakaran (Sekunder)
Memberi perkhidmatan pengkhususan di bawah program kesihatan awam serta di unit-unit
kepakaran dan sub-kepakaran di bawah program perubatan bagi aktiviti-aktiviti berikut : Kerjaya
Penolong PegawaiPerubatan 7
Perkhidmatan Pengkhususan
Program Wellness
Kesihatan Remaja, Kesihatan Dewasa, Kesihatan Warga Emas, Kesihatan Orang Kurang Upaya,
Kesihatan Mental, Kesihatan Sekolah, Warga Sihat dan lain-lain.
Program Non Communicable Disease
Diabetes, Penyakit Kardio Vaskular, Berhenti Merokok, Darah Tinggi, Asma, Routine Medical
Examination dan lain-lain.
Program Communicable Disease
Tuberculosis, Leprosi, Denggi, HIV, H1N1 dan lain-lain.
Perkhidmatan Kepakaran (Program Perubatan)
Kecemasan, Perubatan Am, Pembedahan, Ortopedik, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Nefrologi,
Kardiologi & Koronari, Respiratori, Kardiotoraksik, Dermatologi, Obstetrik & Ginekologi, Urologi,
Pediatrik, Anestesiologi,Rawatan Rapi, Hemodialisis,Forensik, Organ Transplant dan lain-lain
dan Psikiatri.
Perkhidmatan Sub-Kepakaran
Neurofisiologi,Pembedahan Plastik, Pembedahan Mikro Tangan, Perubatan Nuklear,
Pembedahan Spinal dan sebagainya.
Latihan Profesional dan Latihan Dalam Perkhidmatan.
Penyelidikan dan Kualiti Amalan.
Kawal Selia Amalan dan Penguatkuasaan.
BAB 2
3. PELANTIKAN KESKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
2.1 SYARAT LANTIKAN
(a) Lantikan Ke Gred U29
i. Memiliki Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian
Kesihatan Malaysia atau institusi latihan yang diiktiraf oleh kerajaan serta telah berdaftar
dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
ii.Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
iii.Calon bagi lantikan ke Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan hendaklah terdiri
daripada warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
(b) Lantikan Ke Gred U41
i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf olehKerajaan serta telah
berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
ii.Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Kerjaya Penolong PegawaiPerubatan 9
2.2 CARA PERMOHONAN
Calon yang mempunyai kelulusan seperti di para 2.1 (a) dan (b) adalah layak untuk memohon
jawatan Penolong Pegawai Perubatan dengan mengisi Borang SPA 8 melalui laman sesawang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di alamat http://www.spa.gov.my Kerjaya Penolong
PegawaiPerubatan 10BAB 3
KEMUDAHAN LAIN
Penolong Pegawai Perubatan layak menerima pelbagai kemudahan selama berkhidmat dalam
perkhidmatan awam. Kemudahan yang layak diterima adalah seperti berikut :
i. Kemudahan Perubatan percuma untuk individu,keluarga dan ibu bapa
ii.Kuarters (jikamemenuhi syarat yang telah ditetapkan)
iii.Pinjaman perumahan
iv. Pinjaman komputer
v. Pinjaman kenderaan
vi. Skim pencen atau KWSP
vii.Peluang melanjutkan pelajaran
viii.Elaun dalam perkhidmatan seperti berikut :-
Kerjaya PenolongPegawai Perubatan 13
a. Elaun bertugas rasmi
b. Elaun kemudahan dan bayaran kerana bertukar atau berpindah rumah dalam negeri
c. Elaun kerana berkursus
d. Elaun bertugas di seberang laut
e. Elaun Upah Jahit Pakaian Seragam
f. Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan
4. ix. Kelayakan cuti seperti berikut :-
a. Cuti tahunan sebanyak 25 hari setahun
b. Cuti separuh gaji
c. Cuti tanpa gaji
d. Cuti mengerjakan haji 40 hari
e. Cuti kerana berkursus
f. Cuti tanpa rekod
g. Cuti tugas khas perubatan
h. Cuti atas sebab perubatan
x. Kemudahan pengurusan jenazah anggota sebanyak RM 1,000.00;
BAB 4
PELUANG KERJAYA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
4.1 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
4.1.1 Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan peluang latihan kepada Penolong Pegawai
Perubatan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.
Sehubungan itu, pelbagai Kursus Pos Basik/Pengkhususan ditawarkan kepada Penolong Pegawai
Perubatan yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Di antara bidang-bidang tersebut adalah
seperti berikut :-
i Anestesia
ii Kecemasan
iii Gastrointestinal Endoscopy
iv Pengurusan Personel Kesihatan
v Penjagaan Kesihatan Primer
vi Perawatan Gerontologi
vii Perawatan Koronori
viii Perawatan Oftalmik
ix Perawatan Onkologi
x Perawatan Ortopedik
xi Perawatan Perioperatif
xii Perawatan Psikiatri
xiii Perawatan Rapi
xiv Perawatan Renal
xv Pengurusan Diabetis
xvi Perubatan Sukan
xvii Perawatan Otorinolaringologi
Kerjaya Penolong PegawaiPerubatan 15
xviii Perubatan Forensik
xix Perawatan PerianestesiaKawalan Infeksi
xx Rehabilitasi
4.1.2 Penolong Pegawai Perubatan yang dilantik ke dalam Kumpulan Sokongan dan berhasrat
melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan layak mendapat
kemudahan cuti kursus sambilan, atau cuti belajar separuh gaji dengan maksimum dua kali
sepanjang tempoh perkhidmatan bagi mengiktui kursus Jangka Panjang.
5. 4.1.3 Penolong Pegawai Perubatan yang dilantik ke dalam kumpulan pengurusan dan
professional boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah di IPTA /IPTS yang diiktiraf
oleh kerajaan dan layak mendapat cuti bergaji penuh setelah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan
4.2 PELUANG KENAIKAN PANGKAT
4.2.1 Kenaikan pangkat bagi Penolong Pegawai Perubatan adalah berasaskan merit dan
mengambil kira perkara-perkara seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (perlantikan, kenaikan pangkat, dan penamatan perkhidmatan) 2005, (P.U.(A) 176/2005)
iaitu mengambil kira :
i) Kecekapan dan prestasi kerja;
ii) Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalama;
iii) Sifat-sifatperibadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan,
potensi dan kepimpinan; dan
iv) Kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat.
4.2.2 Di samping itu, untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat, seseorang Penolong Pegawai
Perubatan itu perlulah memenuhi semua syarat Kerjaya Penolong PegawaiPerubatan 16
PEMBANTU FARMASI
Pembantu Perubatan Penolong Pegawai Perubatan
Pembantu Farmasi Penolong Pegawai Farmasi
Skop Fungsi dan Bidang Tugas: .i.Sebelumgedungubatdibukauntukperkhidmatan,Pembantu
Farmasi memastikankebersihangedungubat,khasnyadi kauntergedungubat,kebersihangelas-
gelassukatandan semuaalatan. ii.Memeriksadanmemenuhi semuabotol-botol bancuhanyang
kosong,pil-pil,losenuntukpenyediaanperkhidmatandi hari itu. iii.Pembahagianubatankepada
pesakitdanmemberi keteranganyangbetul ataskegunaanubatyangdiberikandenganbahasayang
difahami olehpesakit. iv.Membekal campuran,losendan'ointments'kepadawad-waddengan
menentukanlabel-labeldenganterangdanbersih. v.MembantuPembantuFarmasi Kanandi dalam
pungutanhasil. vi.Membantudi dalammenyediakanstok-stokyangbanyakseperti butir-butir
campuran,losen,'ointments'danmembotolkandengansegerauntuk pembahagian. vii.
Menjalankankerjadi gedungubatatau kliniksebagaimanadi araholehPenguasaAhliKimiaUbat
untukmemastikankelicinanperkhidmatanfarmasi
yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan di dalam jawatan
kenaikan pangkat. Beliau juga mestilahbebas daripada tindakan tatatertib, tapisan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak tersenarai sebagai peminjam tegar dan telah
mengisytihar harta mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
4.2.3 Penolong Pegawai Perubatan berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke Gred U32 dan
seterusnya ke Gred U36, ,U42, U44, U48, U52 dan U54. Syarat kenaikan pangkat adalah seperti
yang dinyatakan dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.
4.2.4 Penolong Pegawai Perubatan di Gred U29, U32 dan U36 yang menunjukkan prestasi yang
cemerlang serta mempunyai ijazah yang berkaitan adalah layak dipertimbang Kenaikan Pangkat
Secara Lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan ke jawatan Pengajar Gred U41 yang
kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
* Rujukpekeliling Perkhidmatan PengurusanLatihan (JPA)
SertamengikutPekeliling Perkhidmatan 13/2006 bagiperubahan SkimPembantu Perubatan kepada
Skim Bersepadu KerjaPegawaiPerubatan 17