2. 2.1 UNDANG-UNDANG KONTRAK
Undang-undang kontrak di Malaysia berasaskan ‘common law’ dan dikawal
oleh Akta Kontrak 1950 ( Pindaan 1974 ) bersama beberapa provisi dlm Akta
Relief 1950 .
Undang-undang kontrak melibatkan dua pihak , iaitu pihak yg memberi
tawaran dengan pihak yang menerima tawaran, bergantung kepada syarat atau
terma .
Kontrak yg sah dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang hanya akan
terbentuk apabila ia mengndungi semua elemen seperti tawaran , penerimaan ,
balasan , niat , kerelaan , keupayaan & ketentuan .
Jika salah satu drpada elemen2 ini tidak wujud , kontrak tersebut mungkin
hanya akan wujud sebagai kontrak boleh batal ataupun perjanjian terbatal .
4. TAWARAN
Janji yang dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima tawaran dengan niat
bahawa tawaran itu akan mewujudkan hubungan yang mengikat di sisi undang-
undang apabila janji itu diterima oleh penerima tawaran.
Elemen elemen tawaran :
Ø Tawaran mestilah jelas , lengkap dan muktamad
a)Mengandungi terma jelas & nyatakan kepda siapa ditujukan .
b)Tawaran yg kabur tidak akan menjadikan tawaran ini mengikat di sisi undang-
undang.
Ø Penerima tawaran harus ditentukan
a)Ditujukan kpd seseorang yg khusus atau kepada sekelompok orang atau
umum .
Ø Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran
a)Pelawaan tawaran adalah seseorng hanya ingin melakukan perundingan tetapi
tidak berkehendak utk terikat dgn syarat-syarat perundingan .
5. Sebab sebab penamatan tawaran :
Pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum penerimaan tawaran.
Penolakan tawaran oleh penerima tawaran .
Luputnya tarikh.
Kematian atau ketidaksiuman pencadang .
6. PENERIMAAN
Sesuatu yang mesti dibuat semasa tawaran masih terbuka .
Ia merupakan elemen penting kerana sebaik sahaja ada penerimaan , kontrak
akan wujud .
Penerimaan merupakan pernyataan persetujuan kepada syarat syarat yang
terkandung dlm kontrak .
Elemen elemen penerimaan :
Ø Penerimaan mesti dibuat sementara tawaran masih terbuka.
Ø Penerimaan elemen penting kerana sebaik sahaja ada penerimaan maka wujudlah
kontrak.
Ø Penerimaan adalah pernyataan persetujuan kepada syarat syarat yg terkandung
dlm kontrak .
7. Syarat syarat penerimaan :
Sesuatu penerimaan hendaklah jelas , mutlak , dan tidak bersyarat .
Penerimaan itu mestilah dibuat secara biasa dan munasabah melainkan jika
tawaran menetapkan cara penerimaan.
Sesuatu perkhidmatan yg dibuat mestilah dikomunikasikan, iaitu penerima
tawaran mesti memberitahu pembuat tawaran sama ada menerima atau menolak
tawarannya .
Sesuatu penerimaan tidak akan terbuka untuk selama-lamanya .
Sesuatu penerimaan mesti dibuat dalam jangka masa munasabah .
Sesuatu penerimaan adalah lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui
dan menerimanya .
8. BALASAN
Harga yang dibayar oleh satu pihak untuk beli janji atau perbuatan pihak yang
lain.
Elemen elemen balasan :
Ø Sesuatu balasan mesti mempunyai unsur timbul balik , iaitu pihak-pihak
pembuat janji mempunyai balasan masing2 .
Ø Balasan tidak semestinya datang drpada penerima janji
Ø Sesuatu balasan tidak semestinya berpadanan.
Ø Balasan yang diberikan oleh penerima janji tidak semestinya berharga dan
mempunyai nilai yg berpadanan dengan sesuatu yg diberikan oleh pembuat janji.
9. Perjanjian tanpa balasan adalah batal
kecuali dalam beberapa keadaan :
i) Perjanjian bertulis yg dibuat atas kasih sayang semula jadi antara pihak yg
mempunyaihubungan karib.
ii) Beri pampasan secara sukarela kepada pejanji atau secara dipaksa oleh undang-
undang.
iii) Perjanjian bertulis untuk membayar hutang lapuk.
10. NIAT
Perjanjian antara dua pihak tidak semestinya kontrak sah kerana undang-
undang berkehendakkan bukti yg menunjukkan bahawa wujudnya niat utk
mengadakan hubungan yg mengikat di sisi undang-undang.
Semua perjanjian dibahagikan kepada dua kategori :
a) Perjanjian keluarga/domestik ( Tidak dikatakan sebagai perjanjian yg
mengikat )
b) Perjanjian perniagaan ( Pihak pihak berkontrak dianggap mempunyai niat
perjanjian yg mengikat dri segi undang-undang )
11. KETENTUAN
Kontrak sah mesti mempunyai peruntukan nyata dan tentu ( tidak samar )
Ketidaktentuan terbahagi kepada dua iaitu , bahasa kabur dan kegagalan utk
mencapai perjanjian dgn perkara pokok atau syarat utama perjanjian.
KEUPAYAAN
Seseorng yang layak membuat kontrak mestilah :
a) Dewasa
b) Berakal sempurna
c) Tidak hilang kelayakan utk membuat kontrak ( Muflis )
12. SYARAT SYARAT KONTRAK
Kontrak terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
Kontrak sah
Kontrak batal
Kontrak boleh batal
13. KONTRAK SAH
Kontrak sah ialah kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang undang jika
ia mematuhi elemen elemen asas
Elemen elemen asas ialah tawaran , penerimaan , balasan , niat , ketentuan , dan
keupayaan untuk berkontrak .
KONTRAK BATAL
Kontrak yang batal dari awal , tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang undang
.
Kontrak yang tiada kesemua elemen elemen asas kontrak .
14. Balasan atau tujuan perjanjian adalah sah kecuali :
a) perjanjian yg dilarang oleh undang2 ( kontrak perjanjian melalui perjudian
atau pertaruhan )
b ) bersifat mengecewakan peruntukan undang2 seperti menjalankan perniagaan
tanpa lesen.
c) bersifat Frod / Tipuan
d) Mendatangkan bencana terhadap diri atau orang lain.
15. KONTRAK BOLEH BATAL
Perjanjian yang sah pada awalnya sehingga ia diketepikan oleh pihak terlibat
dalam kontrak itu .
Fakta fakta yang boleh mencacatkan kerelaan untuk berkontrak adalah seperti
berikut :
a)Paksaan – Tidak terhad kepada manusia sahaja tetapi juga harta .
b) Pengaruh tak berpatutan – Sesuatu kontrak dikatakan didorong oleh
pengaruh tidak berpatutan jika satu pihak berkeupayaan utk menguasai
kemahuan pihak yang lain & menggunakan kedudukannya utk memperoleh
kelebihan tidak adil ke atas pihak lain .
c) Frod wujud dalam keadaan seperti :
i) Apabila mengatakan sesuatu fakta itu benar sedangkn dia tahu itu fakta
salah .
ii) Menyembunyikan fakta yang perlu didedahkan .
16. iii) Membuat janji tetapi tidak menunaikannya.
iv) Melakukan mana mana perbuatan untuk memperdaya atau
sememangnya bertujuan utk menipu .
d) Salahnyataan merujuk kepada kenyataan yang tidak benar atau mengelirukan yg
mendorong seseorg untuk memasuki kontrak salahnyataan . Antaranya termasuklah
:
i) Maklumat dibuktikan tidak benar tetapi pihak yang beri maklumat yakin
ia benar .
ii) Berlakunya perlanggaran kewajipan tanpa niat untuk menipu.
iii) Berlaku kesilapan mengenai perkara pokok .
e) Khilaf merupakan keadaan menyebabkan kontrak batal seperti :
i) Kedua dua pihak khilaf mengenai satu perkara mustahak .
ii) Khilaf satu pihak mengenai satu perkara penting di dlm kontrak & khilaf ini
diketahui oleh pihak yang lain .
17. PERLEPASAN KONTRAK
Sesuatu kewajipan di bawah kontrak itu dianggap telah dilepaskan apabila pihak
nerkenaaan tidak lagi dikehendaki melaksanakan kewajipan itu .
Cara cara di mana konrak itu boleh dilepaskan :
Pelepasan dengan persetujuan pihak yg berkontrak
Pelepasan perlaksanaan syarat syarat kontrak
Kemungkiran kontrak
Pelepasan dengan kekecewaan kontrak
Pelepasan dengan kuatkuasa undang undang
18. REMEDI
Apabila berlaku kemungkiran kntrak , remedi-remedi berikut dapat dibuat :
Ganti rugi
a) Pihak yg rugi boleh menuntut ganti rugi berdasarkan nilai perlaksanaan .
b) Tujuan utama membei ganti rugi bukanlah menghukum yang mungkir .
c) Ganti rugi diberikan biasanya dlm dua bentuk , iaitu bagi jumlah yg telah
ditentukan dlm kontrak.
Menamatkan kontrak
a)Apabila satu pihak telah memungkiri janji , pihak lain yg menanggung
kerugian boleh memilih ytk menamatkan kontrak .
b) Seksen 40 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa apabila sesuatu piha
telah memungkiri kontrak , pihak yg satu lagi tidak perlu melaksanakan
tanggungjawab selanjutnya .
19. Pelaksanaan spesifisik
a) Merupakan satu dekri ( Perintah ) mahkamah mengarahkan defendan
menjalankan akkur janji menurut terma terma kontrak.
b) Ianya diberi apabila:
i) Pembayaran jumlah wang bukan merupakan remedi yg mencukupi.
ii) Tugasan yg dipersetujui untuk dilaksanakan adalah satu amanah.
iii) Perlaksanaan spesifik tidak akan diperintahkan jika :
- Ia melibatkan pengawasan rapi oleh mahkamah
- Plaintif lambat memulakan tindakan guaman .
-Terma kontrak tidak jelas .
- Terdapat penipuan
20. INJUKSI
Biasanya diberikan untuk menghalang satu pihak dalam kontrak daripada
melakukan pecah kontrak .
Contoh dlm pelaksanaan spesifik , injuksi diberi atas budi bicara mahkamah.
Pihak A menyewakan tanah kepada pihak B dan pihak B berkontrak bahawa dia
tidak akan mengorek pasir .
Pihak A boleh melakukan tindakan injuksi terhadap pihak B bagi menahan dia
daripada mengorek pasir kerana bertentangan dengan kontrak .
21. QUANTUMMERUIT
Tepakai apabila pihak teraniaya memohon kepada mahkamah sejumlah bayaran
terhadap apa yang dilakukan dlm kontrak .
Ia berlaku dalam keadaan yang berikut :
a) Pelepasan dilakukan oleh defendan seperti menahan plaintif daripada
melaksanakan keseluruhan kontrak .
b) Apabila plaintif telah buat kerja atau berkhidmat di bawah konrak yang betul
, maka plaintif boleh menuntut bayaran munasabah .