SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 24
-238125-342900FAKULTI SENI, KOMPUTERAN & INDUSTRI KREATIF
MTD 1013
PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAPORAN KAJIAN PENGURUSAN IT
DI SMK SERI AMPANG, KL
NOOR MELLISA BINTI AZLAND20072030862
SITI AZIZAH BINTI SADELID20072030866
ZARINA BINTI SULEIMAND20072030867
NUR HIDAYATI BINTI ISMAILD20072031737
ROSE DIANI BINTI ZAINID20072031738
SUBMIT DATE: 3 SEPTEMBER 2010
PREPARED FOR: EN. NORHISHAM MOHD NORDIN
ISI KANDUNGAN
PERKARAMUKA SURAT
1.0Pengenalan1
2.0Penyataan Masalah1
3.0Objektif Kajian2
4.0Maklumat Sekolah 2
4.1Nama & Alamat Sekolah2
4.2No. Telefon / Faks / E-mel / Laman Sosial2
4.3Sejarah Sekolah2
4.4Butiran Sekolah2
4.5Falsafah Sekolah4
4.6Lokasi Sekolah4
5.0Sekitar Kawasan Sekolah6
6.0Sistem Maklumat Sekolah8
6.1EMIS - Education Management Information System8
6.2SMM - Sistem Maklumat Murid11
6.3SAP - Sistem Analisis Peperiksaan12
7.0Prasarana IT15
7.1Makmal IT15
7.2Internet17
8.0Persatuan17
9.0Laman Sosial Sekolah18
10.0Hakikat Guru Data / IT / Komputer19
11.0Refleksi19
12.0Laporan Bergambar20
1.0Pengenalan
Kajian pengurusan teknologi maklumat di sekolah dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar kursus MTD 1013 Pengurusan Teknologi Maklumat terhadap elemen teknologi maklumat yang terdapat di sekolah. Ia bertujuan supaya pelajar dapat mengetahui sejauh mana implmentasi ICT dalam sesebuah komuniti sekolah sebagai salah satu persediaan sebelum melangkah masuk ke sekolah sebagai guru berkemahiran teknologi maklumat. Elemen teknologi maklumat yang dikaji merangkumi sistem maklumat sekolah, rangkaian komputer, prasarana IT dan persatuan yang berkaitan IT atau komputer. Disamping itu, secara tidak langsung pelajar juga dapat mengetahui peranan guru-guru yang terlibat dalam pengendalian ICT di sekolah dan masalah yang sering berlaku.
Bagi kajian ini, sebuah sekolah menengah harian biasa iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur telah dipilih untuk menjalankan kajian. Sekolah ini dipilih kerana lokasinya yang terletak dibandar yang mana lazimnya masyarakat beranggapan bahawa sekolah di bandar lebih kehadapan dari segi penggunaan teknologi maklumat berbanding sekolah luar bandar, maka kajian ini juga secara tidak langsung adalah untuk meninjau sejauh mana kebenaran persepsi tersebut.
2.0Penyataan Masalah
Kajian dijalankan bagi mengetahui dan mempelajari elemen teknologi maklumat yang digunakan disekolah. Terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti yang menyebabkan kajian relevan untuk dilaksanakan iaitu :
Bakal guru praktikum IT belum mendapat pendedahan perkara berkaitan IT di sekolah.
Pelajar tidak mengetahui pengurusan sistem maklumat disekolah.
3.0Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian telah ditetapkan bagi malaksanakan kajian ini. Ini supaya kajian yang dilaksanakan tidak tersasar dari tujuan dan matlamat asal tugasan yang diberikan. Objektif kajian ini adalah :
Mempelajari sistem maklumat (IS) yang terdapat di sekolah
Mengkaji infrastruktur teknologi maklumat (IT) disekolah termasuk perisian, prosedur, pengurusan data dan faktor manusia yang terlibat yang menjadikan sistem maklumat suatu elemen penting dalam sistem sekolah
Mendapatkan maklumat untuk tujuan pembelajaran di dalam kelas MIT
Memenuhi keperluan kursus MTD 1013 Pengurusan Teknologi Maklumat
4.0Maklumat Sekolah
4.1Nama & Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang
Jalan Damai Off, Jalan Ampang,
55000 Kuala Lumpur
4.2No. Telefon / Faks / E-mel / Laman Sosial
No Telefon : 03 – 21487065
Faks : 03 – 21432239
E-mel: seriampang@hotmail.com
Facebook: Seri Ampang
Twitter: Seri Ampang
Blog: http://seriampang.blogspot.com/
4.3Sejarah Sekolah
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dan dikenali sebagai Shaw Road Afternoon Secondary School kerana menumpang di sebuah sekolah lain iaitu Sekolah Lelaki Jalan Shaw. Kemudian ia berpindah ke Batu 3 Jalan Ampang dan diberi nama Ampang Road Boys’ School. Pada tahun 1974 nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Seri Ampang. Pada tahun 1989, sekali lagi nama sekolah bertukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang dan nama ini kekal sehingga hari ini.
4.4Butiran Sekolah
SMK Seri Ampang merupakan sebuah sekolah menengah harian biasa, kategori bandar dengan gred sekolah ialah A. Pentadbiran sekolah diketuai oleh seorang pengetua iaitu Puan Naemah Binti Hasan Nordin dan disokong oleh 11 orang staf dan 74 orang guru.
SMK Seri Ampang merupakan sekolah yang terdiri daripada pelajar sahaja dan dengan itu ia dikenali sebagai Ampang Boys School dikalangan masyarakat setempat. Peringkat persekolahan yang terdapat di SMK Seri Ampang ialah menengah rendah, menengah atas  dan tingkatan enam iaitu tingkatan satu hingga tingkatan enam atas selain tingkatan khas untuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Sesi persekolahan dilaksanakan pada waktu pagi sepenuhnya dan ia turut memiliki pelajar-pelajar pendidikan khas seramai 51 orang yang ditempatkan di dalam 5 buah kelas. Berikut adalah ringkasan kepada butiran maklumat sekolah.
Sesi persekolahan : Pagi
Jenis Sekolah: Sekolah harian biasa
Kategori sekolah: Bandar
Gred Sekolah: A
4.5Falsafah Sekolah
Falsafah sekolah diwujudkan sebagai pedoman dan panduan warga pendidik SMK Seri Ampang agar sentiasa memberikan komitmen tinggi dan padu dalam mendidik pelajar.
SSentiasa memberi komitmen yg tinggi
MMementingkan kualiti
KKecemerlangan diutamakan
SSentiasa berubah untuk penambahbaikan
AAnjakan paradigma yg positif
KAomunikasi berkesan
LLuhur & ikhlas menabur bakti
4.6Lokasi Sekolah
SMK Seri Ampang terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur dan dikelilingi oleh pembangunan dan jaringan jalan raya yang sentiasa sesak. Selain itu, SMK Seri Ampang juga dikelilingi oleh beberapa rumah dan kedutaan luar negara, antaranya kedutaan Algeria, Republik Czech, Sri Lanka, Namibia dan Romania.
Kedudukan sekolah adalah berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Ampang iaitu sekolah pelajar perempuan yang dikenali sebagai Ampang Girl School.
Lokasi SMK Seri Ampang
Lokasi SMK Seri Ampang dari pandangan udara
5.0Sekitar Kawasan Sekolah
Laluan ke pajabat dan bilik guru
Laluan ke blok bilik kelas
Padang Bola Keranjang
Kantin Sekolah
6.0Sistem Maklumat Sekolah
Salah satu immpelentasi ICT di SMK Seri Ampang adalah melalui penggunan sistem maklumat bagi menguruskan dan menyimpan rekod-rekod pelajar dan guru serta melancarkan pentadbiran sekolah. Secara umumnya, SMK Seri Ampang memiliki 10 buah sistem maklumat yang menampung keperluan simpanan data keseluruhan organisasi sekolah. Sistem maklumat tersebut adalah :
EMIS – Education Management Information System
SMM – Sistem Maklumat Murid
SAP – Sistem Analisis Peperiksaan
SPAKS – Sistem Pengurusan Aktiviti Ko-kurikulum Sekolah
DATA OPMEN – Data Operasi Menengah
SSDM – Sistem Salah Laku Disiplin Murid
DATA KAUNSELING
DATA PENDIDIKAN KHAS
SISTEM SPBT
SISTEM PENGURUSAN HEM
Bagi tujuan kajian ini, tiga sistem maklumat telah dipilih untuk kajian terperinci melibatkan pengurusan, kemaskini, naik taraf sistem dan pengendali yang terlibat. Tiga sistem tersebut adalah EMIS, SMM dan SAP. Tiga sistem maklumat ini merupakan sistem maklumat yang penting dan dikatakan menjadi tunjang utama dalam pengurusan data pelajar dan guru di SMK Seri Ampang.
6.1EMIS - Education Management Information System
Sistem EMIS merupakan satu sistem berkaitan guru dan juga maklumat sekolah yang mencakupi bilangan pelajar di sesebuah sekolah. Walau bagaimanapun, sistem ini merupakan sistem utama kepada guru-guru seluruh Malaysia di mana kesemua maklumat berkenaan guru disimpan di dalam sistem ini. Selain itu, sistem ini juga menyimpan maklumat lengkap sekolah seperti nama sekolah, kod, gred, sehingga luas tanah dan sebagainya selain bilangan pelajar yang lengkap di sekolah berkenaan. Ini termasuklah bilangan pelajar yatim piatu, pelajar yang mendapat biasiswa dan sebagainya. Berikut merupakan antaramuka sistem EMIS :
Antaramuka Sistem EMIS
Setiap sekolah mempunyai seorang guru data yang akan menguruskan sistem ini secara konsisten di mana di SMK Seri Ampang, guru yang bertanggungjawab adalah Pn. Fadillah Sulaiman yang mana telah menguruskan sistem ini sejak tahun 2003. Sebagai seorang guru data, beliau diberi keistimewaan di mana masa mengajar hanyalah sebanyak 12 masa sahaja berbanding guru biasa yang memegang 25 masa mengajar berikutan komitmen yang tinggi yang diperlukan untuk menguruskan sistem ini.
Sistem ini pada asalnya merupakan sebuah sistem stand alone iaitu offline yang memerlukan penggunaan disket untuk perpindahan data guru. Namun sejak 2007, sistem ini telah di kemaskini menjadi sebuah sistem online. Dengan itu, kursus penggunaan telah diadakan untuk semua guru-guru data dan telah menjalani pengujian penggunaan selama sebulan sebelum tindakan pemurnian diambil. Walaupun sistem ini merupakan sebuah sistem online, namun sistem ini hanya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Sistem ini merupakan sebuah sistem standard yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di semua sekolah. Oleh itu, sistem ini adalah sama untuk semua sekolah namun yang membezakannya adalah data yang ada di dalamnya. Setiap sekolah menggunakan kod sekolah sebagai ID untuk memasuki sistem ini. Untuk pengemaskinian, sistem ini akan dikemaskini sebanyak empat kali setahun untuk data guru bagi rekod perubahan gaji dan maklumat lain manakala untuk bilangan pelajar akan dikemaskini pada setiap hujung bulan jika terdapat perpindahan pelajar. Berikut merupakan rajah perjalanan proses pengemaskinian EMIS :
Rajah : Proses pengemaskinian EMIS
Untuk tujuan kemaskini, guru data akan mencetak borang daripada sistem ini dan diedarkan kepada guru-guru untuk dibetulkan dengan menggunakan pen merah. Guru data diberi tanggungjawab untuk kemaskini maklumat guru sebanyak empat kali setahun dan EMIS akan ditutup selepas pengemaskinian dilakukan. Tempoh pengemaskinian ini akan diberitahu oleh Jabatan Pendidikan Wilayah (JPW) melalui surat. EMIS ditutup selepas dikemaskini bagi tujuan penggabungan data-data guru di seluruh Malaysia di mana guru-guru data di semua sekolah akan bermesyuarat dengan Pegawai Teknologi Maklumat dari JPW. Implikasinya semasa EMIS ditutup, guru data hanya boleh view sahaja maklumat dan tidak boleh membuat sebarang perubahan ke atas data guru.
Tujuan EMIS ini dibangunkan adalah sebagai rujukan kepada KPM mengenai guru-guru di seluruh sekolah di Malaysia bagi tujuan rekod perpindahan guru dan sebagainya. Selain itu sistem ini juga bertujuan untuk menyimpan maklumat asas sekolah, maklumat lengkap guru yang meliputi maklumat peribadi, perkhidmatan, tugas khas, ikhtisas dan latihan disamping untuk menyimpan maklumat data bukan guru seperti kerani dan pembantu makmal sekolah. Data-data maklumat sekolah seperti tanah, bilangan pelajar, bilangan guru yang sambung belajar dan bilangan guru bersalin ini akan dihantar kepada JPW di dalam fail format PDF. Bagi tujuan backup data, guru data boleh menghasilkan fail berformat WINRAR secara berasingan yang mana kesemuanya mengandungi 32 fail.
6.2SMM - Sistem Maklumat Murid
Sistem Maklumat Murid (SMM) ini adalah suatu sistem berkaitan info pelajar, ko-kurikulum, biasiswa dan juga maklumat ibu bapa semua pelajar sekolah SMK Seri Ampang termasuk pelajar pendidikan khas. Guru yang bertanggungjawab untuk menguruskan sistem ini adalah Pn. Fadillah Yusof sejak 2005 yang merupakan guru ICT dan Matematik selain memegang tanggungjawab terhadap pengurusan makmal komputer dan penasihat persatuan Kelab Komputer. Pn. Fadillah hanya memegang masa mengajar sebanyak 18 masa sahaja berbanding 25 masa untuk guru biasa. Berikut adalah antaramuka SMM :
Antaramuka Sistem Maklumat Pelajar
Sistem yang dibekalkan oleh KPM ini merupakan sebuah sistem stand alone dan offline di mana ia menggunakan sepenuhnya perisian Microsoft Access sebagai pangkalan data dan juga antaramuka sistem. Segala maklumat pelajar dihantar ke JPW di dalam bentuk disket dan pengemaskinian data dilakukan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada Januari, Jun untuk pelajar tingkatan 6 sahaja dan juga pada Oktober. Kesemua data pelajar tingkatan 5 akan disimpan pihak sekolah sehingga pendaftaran pelajar tingkatan 6. Data setiap pelajar akan dihapuskan sekiranya pelajar berkenaan tidak mendaftar untuk tingkatan 6 di sekolah berkenaan.
Untuk tujuan pengemaskinian data, Pn. Fadillah akan mencetak data daripada tahun lepas daripada sistem untuk diedarkan kepada semua pelajar SMK Seri Ampang. Pelajar akan membetulkan maklumat yang salah dan mengisi tempat yang kosong di dalam borang berkenaan menggunakan pen merah sebelum dipulangkan semula kepada Pn. Fadillah melalui guru kelas. Pn. Fadillah tidak memberi borang kosong kepada pelajar kerana masalah sama akan berulang iaitu pelajar tidak akan mengisi borang dengan lengkap.
Bagi tujuan back up, sistem ini akan disimpan untuk simpanan Pn. Fadillah sendiri selain disimpan salinannya di komputer setiausaha yang terletak di pejabat sekolah. Pada tahun 2005, sistem SMM ini menggunakan Version 3 sebelum menjalani penambah baikan kepada Version 4 pada 2009. Untuk penambah baikan Version, pihak JPW telah menghantar surat kepada guru yang bertanggungjawab untuk datang bermesyuarat bersama JPW dan semua guru di Kuala Lumpur bagi mendengar taklimat penggunaan dan menerima manual pengguna.
6.3SAP - Sistem Analisis Peperiksaan
Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) ini merupakan sistem khusus untuk data peperiksaan yang meliputi daripada ujian bulanan sehinggalah peperiksaan akhir tahun pelajar. Guru yang bertanggungjawab memegang sistem ini adalah Pn. Maizatul Fuzah Bt Ahmad Tarmizi yang juga merupakan setiausaha peperiksaan SMK Seri Ampang. Beliau diberi tanggungjawab untuk menguruskan sistem ini sejak 2007 dan mempunyai kelebihan dari segi jumlah masa mengajar iaitu sebanyak 19 masa berbanding guru biasa sebanyak 25 masa dan tidak memegang guru tingkatan. Berikut merupakan antaramuka SAP :
Antaramuka Sistem Analisis pelajar
Sistem ini merupakan sebuah sistem stand alone dan offline yang dibekalkan oleh KPM dengan menggunakan antara muka serta pangkalan data Microsoft Access. Sistem ini terdiri daripada dua buah sistem yang sama tetapi diasingkan failnya iaitu SAP123 untuk pelajar menengah rendah (tingkatan 1, 2, dan 3) dan SAP45 untuk pelajar menengah atas (tingkatan 4 dan 5). Gambaran adalah seperti di bawah :
Rajah : Fail Sistem Analisis Peperiksaan SAP
Sistem ini berfungsi untuk menjana gred setiap markah pelajar yang dimasukkan oleh guru. Selain itu, ianya juga berfungsi untuk menganalisis peratus pelajar yang lulus dan gagal, peratus pelajar yang mendapat A, B, C, D dan E selain boleh menghasilkan graf peratus pemarkahan pelajar. Sistem ini berhubung dengan Sistem Maklumat Murid (SMM) untuk senarai nama pelajar setiap kelas dari tingkatan 1 hingga 5. Untuk tujuan back up, sistem ini akan disimpan oleh Pn. Maizatul dan salinan sistem ini disimpan di dalam komputer setiausaha di pejabat.
Pada tahun 2007, cara kemasukan data untuk sistem ini adalah berbeza daripada cara kemasukan data yang dilaksanakan pada masa sekarang. Di mana setiap guru akan mempunyai salinan sistem dan boleh memasukkan data di rumah sebelum diberi kepada setiausaha peperiksaan untuk digabungkan di dalam sebuah sistem. Namun terdapat pelbagai permasalah yang wujud seperti :
Nama pelajar bertindan
Bilangan pelajar menjadi dua kali ganda
Masalah virus
Dengan permasalahan-permasalahan yang wujud seperti di atas, maka cara kemasukan data secara berpusat dilaksanakan sebagai jalan penyelesaian. Di mana setiausaha akan menyediakan sebuah komputer di bilik guru pada tarikh-tarikh tertentu untuk guru-guru memasukkan data pemarkahan pelajar. Cara ini dilihat berkesan dan dikekalkan sehingga sekarang.
Seperti mana juga sistem-sistem lain, data yang dijana oleh sistem ini juga akan dihantar ke JPW di dalam bentuk disket dan juga fax. Selain itu, data yang dianalisis juga akan dicetak dan diberi kepada pengetua dan juga guru-guru untuk ditampal di dalam buku rekod masing-masing.
7.0Prasarana IT
Selain sistem maklumat, prasarana teknologi maklumat turut dikaji. Ini kerana prasarana sangat berkait rapat dengan capaian kepada sistem maklumat yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Prasarana teknologi maklumat yang baik akan menjadikan pengurusan sistem maklumat lebih efisyen dan selamat dan kurang risiko kehilangan data.
7.1Makmal IT
Terdapat sebuah makmal komputer di SMK Seri Ampang yang mengandungi 20 buah set komputer. Makmal ini dibangunkan pada tahun 2002 dan mula digunakan pada tahun2003. Pada tahun 2009, naik taraf makmal dilakukan iaitu dengan menggantikan monitor CRT (Cathode Ray Tube) kepada mmonitor LCD (Liquid Crystal Display).
Makmal komputer ini adalah dibawah kendalian Puan Fadillah Yusof dimana beliau bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan bilik makmal dan perkakasan yang terdapat di dalamnya. Selain itu beliau juga perlu mengaturkan jadual kemasukan kelas ke dalam makmal dan perlu berunding dengan guru-guru yang ingin melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal.
Memandangkan hanya terdapat sebuah makmal komputer sahaja dengan 20 unit komputer di SMK Seri Ampang, dan menurut Puan Fadillah Yusof, ia tidak mampu untuk menampung keperluan penggunaan pelajar dan kelas yang banyak. Oleh itu, peraturan makmal sangat dititik beratkan bagi meminimkan kerosakan berlaku. Antaranya pelajar dikehendaki mengisi buku log penggunaan komputer setiap kali masuk ke dalam makmal dan pelajar perlu scan pendrive setiap kali ingin digunakan. Pelajar juga tidak dibenarkan untuk menukar kedudukan mereka di dalam makmal dimana senuit komputer telah ditetapkan untuk seorang pelajar dalam sebuah kelas. Kedudukan tersebut tetap sehingga tamat penggunaan makmal komputer di hujung tahun.
Menurut Puan Fadillah Yusof, segala kelengkapan dan peralatan makmal adalah dibekalkan oleh TM termasuk juga perisian komputer. Oleh itu, jika berlaku sebarang masalah dan kerosakan yang tidak dapat diatasi sendiri, beliau akan merujuk terus kepada pihak TM dengan menghubunginya melalui laman web khas iaitu di http://sts.moe.edu.my/. Pihak TM kemudian akan datang ke sekolah dan membaiki kerosakan yang berlaku. Namun menurut Puan Fadillah Yusof kerosakan biasanya mengambil masa yang lama untuk diperbaiki.
Keadaan dalam makmal komputer
7.2Internet
Kemudahan internet di SMK Seri Ampang ini dibekalkan dan diselenggara oleh Schoolnet pada asalnya sebelum Telekom Malaysia ambil alih di dalam pembekalan kemudahan dan penyelenggaraan kerosakan. Kemudahan internet di sekolah ini dibahagi kepada dua iaitu wired dan juga wireless di mana kemudahan internet wired digunakan di dalam makmal IT untuk kegunaan pelajar dan guru manakala wireless digunakan di bilik guru untuk kemudahan guru-guru SMK Seri Ampang.
Untuk kemudahan internet di makmal IT bagi kegunaan pelajar, terdapat sekatan terhadap laman web yang tidak berkaitan daripada dicapai oleh para pelajar. Kemudahan internet wireless pula adalah untuk kegunaan para guru di mana perlu mempunyai kata laluan sebelum boleh digunakan. Walaupun begitu, kesemua server berkaitan internet ini adalah terletak di dalam sebuah bilik khas di makmal IT. Ianya bagi memudahkan penyelenggaraan dilakukan jika berlaku sebarang kerosakan.
8.0Persatuan
Kelab Komputer merupakan saru-satunya aktiviti kokurikulum sekolah yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan penubuhan kelab itu juga baru berusia dua tahun. Guru penasihat bagi kelab ini adalah Puan Fadhilah Yusof dan Puan Fadillah Sulaiman. Kelab ini diketuai oleh seorang pengerusi iaitu adik Nur Iman Ikmal manakala jawatankuasa lain terdiri daripada naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa bagi setiap tingkatan. Keahlian pelajar terdiri dari kalangan pelajar tingkatan satu hingga lima.
Perjumpaan kelab dilakukan sebanyak dua kali sebulan iaitu pada khamis minggu pertama dan minggu ketiga. Waktu perjumpaan adalah pada pukul 2.30 hingga 4.30 petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kebersihan dan keceriaan makmal komputer dan kelas-kelas perisian komputer seperti Microsoft Windows Movie Maker dan Microsoft Publisher.
9.0Laman Sosial Sekolah
Dalam menyusur arus teknologi SMK Seri Ampang turut tidak ketinggalan dalam memiliki beberapa buah laman sosial. Selain membekalkan maklumat tantang kewujudan sekolah, laman sosial juga dijadikan sebagai medium untuk bertukar-tukar cerita antara pelajar dan juga untuk menghubungkan antara pelajar dengan bekas pelajar.
Laman sosial yang dimiliki oleh SMK Seri Ampang ialah facebook, twitter dan juga blog. Facebook dan twitter di daftarkan dengan nama Seri Ampang, manakala alamat blog pula adalah http://seriampang.blogspot.com/. Ketiga-tiga laman sosial ini ditadbir oleh seorang pelajar iaitu pengerusi kelab komputer itu sendiri, Nur Iman Ikmal. Segala kandungan dan update terkini dilakukan sendiri oleh beliau dengan dipantau oleh Puan Fadillah Sulaiman.
Sebelum ini SMK Seri Ampang pernah memiliki laman webnya sendiri namun telah ditutup. Ini kerana web master laman web tersebut yang merupakan bekas pelajar SMK Seri Ampang itu sendiri telah melanjutkan pelajaran, dan guru pembimbing kepada web master tersebut juga telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D. Maka, di bawah kendalian Puan Fadillah Sulaiman, blog, facebook dan twitter telah menggantikan fungsi laman web tersebut.
Adik Nur Iman Ikmal
10.0Hakikat Guru Data / IT / Komputer
Setelah kajian dilakukan, didapati tanggungjawab guru data tidaklah begitu berat namun berisiko tinggi. Ini kerana guru tersebut harus memastikan keselamatan data yang disimpan selain mengelakkan  berlaku pengubahsuaian terhadap data tanpa tujuan. Adalah merupakan suatu kelebihan apabila dipertanggujawabkan dalam menjaga data dan sistem maklumat kerana jumlah waktu mengajar kurang berbanding guru lain.
Selain itu berdasarkan temubual yang dijalankan juga di dapati ramai guru yang berkelulusan dalam teknologi maklumat, namun tidak dapat mengajar subjek dalam bidang kelulusan dan kemahiran mereka tetapi mengajar subjek yang lain. Antaranya subjek sejaah, matematik dan sains. Ini memberi kesedaran bahawa guru yang berlulusan teknologi maklumat tidaklah semestinya akan dapat mengajar subjek berkaitan komputer dan teknologi maklumat. Oleh itu, setiap bakal guru harus bersedia untuk mengajar matapelajaran yang bukan di dalam bidang kemahirannya.
Guru berkemahiran dalam teknologi maklumat juga biasanya menjadi rujukan oleh guru-guru lain yang lebih senior dalam mengendalikan komputer dan hal-hal berkaitan dengan teknologi. Selain itu, mereka juga harus memberi tunjuk ajar kepada setiap guru baru mengenai hal-hal kemasukan data ke dalam sistem maklumat khususnya data pelajar. Tugas-tugas lain yang biasa diberikan kepada guru berkemahiran komputer adalah tugas merekabentuk atau design sesuatu seperti buku program.
11.0Refleksi
Kajian pengurusan teknologi maklumat di SMK Seri Ampang telah memberi banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai situasi sebenar pengurusan data di sesebuah sekolah. Sesungguhnya implementasi ICT disekolah membantu melancarkan kerja-kerja pengurusan dan rekod khususnya rekod pelajar merangkumi segenap aspek pelajar seperti pemarkahan, disiplin, maklumat pelajar, kaunseling, ko-kurukulum dan sebagainya.
Selain itu, beberapa masalah yang sering dihadapi guru dalam mengendalikan makmal komputer juga dapat diketahui. Pelajar juga dapat mengetahui mengenai pengetahuan dan persepsi guru-guru terhadap teknologi maklumat dan berkongsi cerita dengan mereka. Peranan, tugas, kelebihan guru data juga dapat dketahui secara spesifik.
12.0Laporan Bergambar
Bersama pengetua sekolah, Puan Naemah Binti Hasan Nordin
Sesi temubual bersama Puan Fadillah Sulaiman
Bergambar bersama pengerusi Kelab Komputer, Nur Iman Ikmal
Penyerahan cenderahati kepada Tuan Haji Azuar Hussin, PK HEM
Bergambar di hadapan SMK Seri Ampang

Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang
Laporan kajian mit smk sri ampang

Mais conteúdo relacionado

Semelhante a Laporan kajian mit smk sri ampang

Sps standard presentation 2013
Sps standard presentation 2013Sps standard presentation 2013
Sps standard presentation 2013Ira Raji

Aplikasi sistem pengurusan sekolah malaysia
Aplikasi sistem pengurusan sekolah malaysiaAplikasi sistem pengurusan sekolah malaysia
Aplikasi sistem pengurusan sekolah malaysiaMohd Norhaimi Rashid

Sps standard presentation 2013
Sps standard presentation 2013Sps standard presentation 2013
Sps standard presentation 2013nurazh

Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)AmRie Nibin

IQNILAM NEGERI MELAKA 2021 (2).pptx
IQNILAM NEGERI MELAKA 2021 (2).pptxIQNILAM NEGERI MELAKA 2021 (2).pptx
IQNILAM NEGERI MELAKA 2021 (2).pptxZAIDATULSUHAIDABINTI

154240020 buku-pengurusan-makmal-komputer
154240020 buku-pengurusan-makmal-komputer154240020 buku-pengurusan-makmal-komputer
154240020 buku-pengurusan-makmal-komputerAbu Naeem

Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagajegamani

Pekeliling apdm 2013
Pekeliling apdm 2013Pekeliling apdm 2013
Pekeliling apdm 2013usedry

Learning Management System (LMS) and Couse Management System (CMS)
Learning Management System (LMS) and Couse Management System (CMS)Learning Management System (LMS) and Couse Management System (CMS)
Learning Management System (LMS) and Couse Management System (CMS)Alif Ahmad

Fail meja guru penyelaras ict
Fail meja guru penyelaras ictFail meja guru penyelaras ict
Fail meja guru penyelaras ictrebakasajaya

Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Cikgu Syahidon

Semelhante a Laporan kajian mit smk sri ampang (20)

Fail meja ft17
Fail meja ft17Fail meja ft17
Fail meja ft17

Sps standard presentation 2013
Sps standard presentation 2013Sps standard presentation 2013
Sps standard presentation 2013

Aplikasi sistem pengurusan sekolah malaysia
Aplikasi sistem pengurusan sekolah malaysiaAplikasi sistem pengurusan sekolah malaysia
Aplikasi sistem pengurusan sekolah malaysia

Apdm pekeliling
Apdm pekelilingApdm pekeliling
Apdm pekeliling

Sps standard presentation 2013
Sps standard presentation 2013Sps standard presentation 2013
Sps standard presentation 2013

fail meja ft17.doc
fail meja ft17.docfail meja ft17.doc
fail meja ft17.doc

Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)

Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)Tugasan hbml2203 (jan 2013)
Tugasan hbml2203 (jan 2013)

MODUL SMPK
MODUL SMPKMODUL SMPK
MODUL SMPK

IQNILAM NEGERI MELAKA 2021 (2).pptx
IQNILAM NEGERI MELAKA 2021 (2).pptxIQNILAM NEGERI MELAKA 2021 (2).pptx
IQNILAM NEGERI MELAKA 2021 (2).pptx

154240020 buku-pengurusan-makmal-komputer
154240020 buku-pengurusan-makmal-komputer154240020 buku-pengurusan-makmal-komputer
154240020 buku-pengurusan-makmal-komputer

Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menaga

Pekeliling apdm 2013
Pekeliling apdm 2013Pekeliling apdm 2013
Pekeliling apdm 2013

Learning Management System (LMS) and Couse Management System (CMS)
Learning Management System (LMS) and Couse Management System (CMS)Learning Management System (LMS) and Couse Management System (CMS)
Learning Management System (LMS) and Couse Management System (CMS)

Fail meja guru penyelaras ict
Fail meja guru penyelaras ictFail meja guru penyelaras ict
Fail meja guru penyelaras ict

Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu

Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)

Tugasan 3 asse tbase kertas 3
Tugasan 3 asse tbase kertas 3Tugasan 3 asse tbase kertas 3
Tugasan 3 asse tbase kertas 3

Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1

Último

2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA

BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey

peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856

BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2

RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1

Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1

Último (12)

2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx

BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx

peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER

BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4

RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx

Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah

Laporan kajian mit smk sri ampang

• 1. -238125-342900FAKULTI SENI, KOMPUTERAN & INDUSTRI KREATIF