SlideShare a Scribd company logo
1 of 36
SELAMAT DATANG
      TAHNIAH

  KELAS TAMBAHAN
     MINGGU 1

KESUSASTERAAN MELAYU
     TRADISIONAL
Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional merujuk kepada tiga aspek
penting iaitu :

  1. Tahap

   2. Tokoh, dan;

   3. Persoalan dan Latar Masyarakat
TAHAP
Pengkajian terhadap tahap sebenarnya melihat semula kepada jenis
kesusasteraan Melayu tradisional daripada kedua-dua cabang iaitu lisan dan
tulisan. Kedua-dua jenis kesusasteraan ini dilihat dari segi zaman
kemunculannya. Sekurang-kurangnya ada empat tahap atau fasa dalam
perkembangan kesusasteraan lisan iaitu:
1. Tahap Pertama - zaman animisme
2. Tahap kedua - zaman praIslam
i) berunsur hindu (atau terdapat unsur buddha)
ii) berunsur hindu-Islam (atau Zaman Peralihan)
3. Tahap Ketiga - zaman Islam berunsur Islam.
Tahap Pertama - animisme

 Kesusasteraan rakyat atau kesusasteraan lisan merupakan bentuk
 kesusasteraan yang tertua di dunia.

  Sastera lisan muncul sejak zaman animisme lagi.

  Sastera lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat.

  Istilah ini diambil daripada istilah Inggeris folk literature. Di dalam
 Ensiklopedia Britannica disebut juga sebagai folklore atau oral tradition.

 Ia dinamakan kesusasteraan rakyat kerana karya yang dihasilkan adalah
 milik bersama masyarakat dengan penciptanya.

 Kesusasteraan rakyat dinamakan kesusasteraan lisan kerana ia
 disampaikan secara lisan. Kini, kemajuan teknologi telah menghasilkan
 buku-buku cetakan yang memuatkan hasil-hasil lisan ini. Tetapi bukan
 bermakna ia lari daripada sifat lisannya, malah sifat lisan itu masih boleh
 ditemui melalui bahasa dan teknik penyampaiannya.
Mereka ini adalah daripada kelas rakyat biasa yang lazimnya menjalankan aktiviti
ekonomi yang mudah seperti petani dan kaum nelayan.

Rakyat biasa tinggal menetap di kawasan-kawasan pedalaman, desa-desa dan
pinggir laut. Oleh itu mereka tidak terdedah kepada pengaruh luar. Bermakna
pada waktu itu penjajahan barat masih belum berlaku.

Rakyat biasa yang hidup secara simple atau mudah ini juga menghasilkan karya
sastera yang simple.

 Organisasi hidup yang demikian menghasilkan karya-karya seperti
mitos, legenda dan cerita rakyat yang semuanya menggambarkan pandangan alam
atau world view masyarakat Melayu pada masa itu.

 Oleh itu tidaklah menghairankan jika cara berfikir mereka yang primitif itu
membawa kepada penghasilan karya sastera yang berkaitan dengan kepercayaan
kepada makhluk halus, kesaktian, roh dan lain-lain lagi.

Masyarakat yang bersifat sedemikian tentulah juga menghasilkan karya-karya
yang bersifat mudah sesuai dengan kedudukan dan keadaan mereka. lazimnya
karya-karya masyarakat seperti ini terbahagi kepada lima genre cerita yang biasa
ditemui iaitu Mitos, Legenda, Cerita Binatang, Cerita Jenaka, Cerita Lipur
Lara dan Cerita Teladan.
Tahap Kedua - Zaman Pra-Islam

Zaman Pra-Islam boleh dipecahkan kepada dua iaitu lahirnya karya-karya
berunsur Hindu (atau mungkin berunsur buddha)

dan karya-karya berunsur hindu-Islam (zaman hindu-Islam juga dikenali
sebagai zaman peralihan).

Ia di katakan bermula lebih kurang dalam abad keempat Masihi hingga ke
11 Masihi.

Pada waktu itu kebudayaan hindu telah meresap masuk ke dalam sistem
pemerintahan dan kesusasteraan masyarakat di Nusantara.

Pengaruh hindu datang bersama-sama dengan bahasa Sanskrit yang secara
langsung memberi pengaruh yang besar kepada bahasa Melayu dan sastera
Melayu.

Karya-karya kesusasteraan yang dihasilkan pada zaman Pra-Islam berunsur
hindu bertolak kepada karya-karya yang bersandar kepada ajaran agama
Hindu semata-mata.
Teras kepada karya-karya sastera Melayu yang berunsur Hindu ialah epik
Ramayana dan Mahabrata. Melalui pengaruh karya ini lahirlah karya-karya
seperti Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Pandawa Jaya, Hikayat Seri Rama dan
sebagainya.

Apabila agama Islam muncul di kepulauan Melayu, masyarakat Melayu
beralih kepada ajaran Islam.

masih terdapat beberapa aspek dalam kebudayaan masyarakat Melayu yang
masih dipengaruhi oleh ajaran agama Hindu termasuklah kesusasteraan.

karya-karya sastera yang masih ada pengaruh hindu seperti Hikayat Jaya
Langkara, Hikayat Ahmad Muhammad dan lain-lain lagi.

karya-karya ini pada asalnya berunsur hindu tetapi telah diubahsuai dengan
memasukkan unsur-unsur Islam. Sebab itulah ia dikenali juga sebagai sastera
zaman peralihan.
Tahap Ketiga

 Tahap ketiga ialah zaman Islam.

  Kemunculan hasil-hasil kesusasteraan berunsur Islam dikatakan berpunca
 daripada kemasukan agama Islam ke Nusantara yang dipercayai bermula sejak
 abad pertama Hijrah.

  Agama Islam kemudian berkembang pesat di kepulauan Melayu pada abad ke-
 13 Masihi. Kemasukan agama Islam telah menyumbang kepada penghasilan
 karya-karya sastera yang lebih bernilai kerana karya-karya tersebut dapat
 dirakam dalam bentuk tulisan yang dibawa bersama-sama dengan kedatangan
 agama Islam.

 Pada tahap ini karya-karya yang dihasilkan memperlihatkan ciri-ciri ajaran
 Islam yang sepenuhnya dan seboleh-bolehnya tidak terdapat unsur-unsur asing
 seperti Hindu-Buddha. Menurut Siti Hawa Salleh (1993) karya-karya sastera
 berunsur Islam yang terkenal ialah Hikayat 1001 Malam, Hikayat
 Darmata'siah, Hikayat Qamar al-Zaman dan Hikayat Hassan Damsyik.
TOKOH
TOKOH-TOKOH DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
                    TRADISIONAL
 TUN SERI LANANG

 Nama sebenarnya ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad. Dilahirkan di
Johor. Beliau ialah keturunan Bendahara Melaka dan Johor. Hidup pada
akhir abad ke-17. anak kepada Paduka Temenggung Ahmad.

beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam sejarah pertuanan
Melaka dan Johor. Kebolehan itu mendorong beliau mengarang.

Beliau menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul
Jalil (1570-1579). Tun Sri Lanang pernah membantu Raja Abdullah
memerintah Johor setelah Sultan Alauddin Riayat Syah tidak berminat
memerintah.

Raja Abdullah telah meminta beliau yang bergelar Bendahara Paduka
Raja mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612
.
Pada tahun 1613, beliau telah dibawa ke Acheh apabila Johor dikalahkan oleh
Acheh. Beliau menemui Syeikh Nurudin al-Raniri dan mengajar bahasa Melayu
kepada Syeikh itu.

Di Acheh juga beliau menyambung penulisan bukunya, ‘Buku Melayu’. Hal ini
ada tersebut dalam buku ‘Bustan al-Salatin’ karya Syeikh Nuruddin al-Raniri
fasal 12 bab 11.

Beliau sangat meminati kitab-kitab dan buku-buku pengetahuan. Karangan
beliau telah membolehkan kita mengetahui sejarah dan budaya bangsa kita pada
hari ini.

 SILA PASTIKAN AWAK MEMAHAMI DAN MENGHAFAL KARYA-
 KARYA DAN HURAIAN TOKOH INI…
HAMZAH FANSURI

Beliau sangat terkenal sebagai seorang pujangga Melayu-Islam dalam zaman
kegemilangan Acheh.

Beliau dilahirkan di Barus, Sumatera Utara. Beliau terkenal sebagai seorang
penyair dan ahli suluk.

Beliau pernah mengunjungi negeri Pahang, Bentan, Jawa, Siam, Mekah dan
Madinah. Beliau tidak jemu-jemu mempelajari segala ilmu. Beliau juga
mengembangkan ajaran-ajaran agama dengan dibantu oleh Syamsuddin al-
Sumatera-i. Namun begitu, ajaran-ajaran suluknya ditentang hebat oleh Syeikh
Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf dari Singkel.

Segala pendapat, ajaran, dan karangan Hamzah dikatakan membahayakan
pengikut-pengikut agama Islam. Akibatnya,Sultan Iskandar Thani
memerintahkan kitab-kitab karangan Hamzah dan Syamsuddin dibakar pada
tahun1637.

Hamzah Fansuri juga terkenal sebagai seorang penyair yang menghasilkan
karya yang mengandungi kias ibarat, panduan hidup serta teladan kepada
manusia.
Hal ini boleh dilihat dalam ‘Syair Perahu’. Beliau mengibaratkan kehidupan
manusia umpama sebuah perahu. Antara syair-syair beliau yang lain ialah ‘Syair
Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Syair Burung Pingai’.

Manakala karangan beliau yang lain ialah dua buah kitab iaitu’ Sarab al-Asyikin
dan Asrar al-Ariffin fi-Bayan Ilmu al-Suluk waI-Tauhid’.

Hamzah terkenal dalam Kesusateraan Melayu Tradisional sebagai orang yang
memperkenalkan bentuk syair yang kita kenali sekarang ini. Selain itu, beliau juga
menjadi penyumbang utama dalam Sastera Kitab.
BUKHARI AL- JAUHARI

 Beliau seorang pujangga Melayu. Hidup dalam kurun ke-17

 Beliau berasal dari Johor, tetapi menetap di Acheh pada zaman pemerintahan
 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

 Pada tahun 1603, beliau mengarang ‘Taj al-Salatin’ yang dikatakan
 berdasarkan kepada beberapa buah kitab daripada bahasa Arab dan Parsi.

 Kitab ini mengandungi falsafah kemanusiaan, khusus sebagai panduan
 kepada raja. Namun begitu, ‘Taj al-Salatin’ sangat terkenal di Alam
 Melayu, dipelajari oleh bangsawan di Solo dan Jogja serta diterjemahkan ke
 dalam bahasa Jawa dan Makasar. Kitab ini sangat tinggi nilainya kerana
 pengaruhnya yang sangat begitu luas.

 penyumbang kepada genre ketatanegaraan yang membolehkan kita
 mengetahui peraturan-peraturan yang dipakai pada zaman dahulu untuk
 memerintah dan tugas serta tanggungjawab semua pihak yang mendiami
 sesebuah negeri.
NURUDDIN AL-RANIRI

 Nama sebenarnya ialah Syeikh Nuruddin bin Ali al-Raniri.

 Beliau berasal daripada Render, berhampiran bandar Sirat dalam daerah
 Gujerat, India.

 Beliau pernah mempelajari bahasa Melayu daripada seorang Jawa ketika berada
 di Mekah dan mendalaminya daripada ajaran Tun Sri Lanang.

 Beliau seorang pengarang yang banyak menghasilkan karya-karya dan memetik
 serta menterjemah karangan-karangan daripada bahasa Arab dan Parsi.

 Beliau sangat disayangi Sultan Acheh. Atas perintah Sultan Iskandar
 Thani, beliau mengarang ‘Bustan al-Salatin’ (Taman Raja-raja) pada tahun 1638.

 beliau telah mengarang kitab al-Mustaqin (1628).

 Beliau juga telah menterjemahkan ‘Kitab Syarah al-Akaid al-Nasafiya’ ke dalam
 bahasa Melayu daripada bahasa Arab dengan namanya ‘Durrat al-Faraid Bisyarah
 al-Akaid’.
Beliau menentang hebat ilmu suluk yang dikembangkan oleh Hamzah
Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatera-i. Untuk itu, beliau mengarang kitab
‘Tabyan fi Makrifat al-Adyan’ (1664) yang mengandungi tentangan terhadap
ajaran suluk itu

Ada beberapa buah lagi kitab yang dikarangnya iaitu ‘Asrar al-Insan fi
Makrifat al-Roh wal-Rahman’ (1640), ‘Kitab Akhbar al-Akhirat’(1642) dan
‘Jawahir al-Ulum fi Kasyf al-Maklum’ (1642).

Sebagai seorang ulamak yang disayangi sultan dan keluarganya, beliau
mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan pemerintah sehingga
penentangannya terhadap Hamzah Fansuri dan Syamsuddin disokong sultan
dan para pembesar lainnya.

Beliau merupakan penyumbang utama dalam bidang keagamaan dan juga
kitab ketatanegaraan. Sumbangan beliau memberikan pengetahuan, petunjuk
dan panduan kepada rakyat serta pemerintah.
SYEIKH DAUD AL-FATANI

 Nama sebenar beliau Syeikh Daud ibn Abdullah.

 Lahir di Krisik, Patani, Selatan Thai pada awal abad ke-18.

 Beliau pernah belajar selama 30 tahun di Mekah dan 5 tahun di Madinah.
 Beliau terkenal sebagai ulamak yang banyak mengarang buku-buku agama
 di samping berdakwah menerusi buku-buku karangannya di seluruh Alam
 Melayu.

 beliau mempunyai pengikut dan anak muridnya di seluruh Alam Melayu
 termasuk raja-raja dan pembesar seperti Sultan Safuddin, Raja Sambas

 Antara karangan-karangan beliau yang terkenal ialah ‘Kifyatul Muhtaj’
 (Hikayat Mikraj al-Nabi), ‘Al-Dhur al-Thamin’ (membicarakan tentang
 pengikut Islam), ‘Ghayatul takrib’ (membicarakan hukum faraid), ‘Minhaj
 al-Abidin’ dan ‘Furu al-Masa’il waUsul al-Masa’il.

 erpandukan hasil-hasil karya beliau, kita dapat menggolongkan Syeikh
 Daud sebagai ulamak dan pengarang sastera kitab yang gigih dan
 berpengaruh di Alam Melayu.
RAJA ALI HAJI

 Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau. Berketurunan pembesar Bugis.

 Datuknya Raja Haji, seorang pahlawan yang menjadi Yamtuan Muda Johor
 pada tahun 1777.

  Manakala ayahnya Raja Ahmad ialah pembesar Riau yang pernah dihantar
 berunding dengan Belanda di Jawa.

  Beliau pernah mengikut ayahnya menunaikan haji ke Mekah dan menuntut
 ilmu ke sana.

  Sekembalinya ke Riau, beliau bertugas sebagai penasihat dan guru kepada
 Raja Ali, Yamtuan Muda Johor ketika itu. Beliau terkenal sebagai ahli bahasa
 dan menulis buku tatabahasa Melayu iaitu ‘Bustan al-Katibin’ (Taman
 Pujangga) pada tahun 1857.
Usaha beliau mendapat sanjungan kerana penyusunannya membantu
menambah buku tatabahasa Melayu. Beliau juga mengarang sebuah kamus yang
bernama ‘Kitab Pengetahuan Bahasa’ tetapi karyanya yang paling terkenal ialah
‘Tuhfat al-Nafis’ yang dikarangnya pada tahun 1865 di Pulau Penyengat, Riau yang
menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau.

Karya yang berbentuk Sastera Sejarah ini amat berbeza dengan karya yang sama
denganya. Sungguhpun masih terdapat mitos dan lagenda di dalamnya, tetapi
tarikh-tarikh telah diberikan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku, tidak
seperti dalam ‘Sejarah Melayu’ dan ‘ Hikayat Raja-raja Pasai’.

Karya-karya beliau yang lain ialah ‘Syair Abdul Muluk, Syair Suluh
Pegawai, Syair Siti Sianah, Gurindam Dua Belas dan Syair Sinar Gemala Mastika
Alam’.

kita boleh menganggap beliau sebagai seorang pengarang yang prolifik pada
zamannya. Beliau bukan sahaja menyumbang kepada bidang kesusasteraan tetapi
juga sejarah dan bahasa.
SYED MUHAMMAD BIN ZAINAL ABIDIN

 Beliau terkenal dengan gelaran Tuk Ku Tuan Besar di Terengganu.

  Dilahirkn pada tahun 1795. Mendapat pendidikan langsung daripada bapanya
 dan seorang guru agama bernama Syeikh Abdul Kasir bin Abdul Rahim juga
 seorang ulamak dan mufti zaman pemerintahan Sultan Baginda Omar di Bulat
 Bayas.

  Beliau juga pernah berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad
 Amin juga ulamak terkenal dan guru kepada Sultan zainal Abidin III.

  Seterusnya beliau pergi ke Mekah mempelajari ilmu fiqh, usuluddin, tasawuf
 di samping ilmu bahasa dan ilmu sastera (ilmu balaghah, arud dan qafiah).
 Hasilnya beliau sangat berminat dengan sastera.

 Antara karya-karya beliau dalam bentuk puisi nazam ialah ‘Kanz al-Ula, Sirat
 al-Nabawiyah, Jawahir al-Saniyyah, Al-Durrat al-Fakhirat dan Tahliyat al-Wildan.
 Beliau juga menghasilkan beberapa karya tentang akidah dan fiqh. Beliau
 merupakan ahli agama dan sastera yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung
 Malaysia suatu ketika dulu.
SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATANI

 Nama sebenar beliau ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa.

  Lahir di Patani dalam tahun 1856.

  Mendapat pendidikan agama di tempat kelahirannya di Mekah dan di Mesir.

  Beliau bukan sahaja mempelajari ilmu
 usuluddin, fiqh, tauhid, hadis, tafsir, nahu dan saraf malahan sangat cenderung
 kepada mata pelajaran sains dan sastera.

 Di samping itu, beliau meminati ilmu perubatan.

 Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya dalam beberapa bidang ilmu.
 Hasil tulisannya terdapat 10 buah buku dalam bahasa Melayu dan 13 buah buku
 dalam bahasa Arab.

  Karangan-karangannya meliputi bidang-bidang
 usuluddin, fiqh, tasawuf, sejarah, sains, bahasa, sastera dan perubatan.

  Peluang bertugas di pencetakkan semasa di Mekah dan di Mesir
 membolehkannya mengarang kitab dan menerbitkannya.
Antara karangan beliau yang terkemuka ialah ‘Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-
Rayahin’ yang memuatkan segala bidang ilmu. Oleh itu, beliau dapat dianggap
sebagai tokoh pengarang yang serba boleh dalam Kesusasteraan Melayu
Tradisional.
PERSOALAN DAN LATAR
    MASYARAKAT
Kesusasteraan dan masyarakat mempunyai hubungan yang amat erat. Sesebuah
karya kesusasteraan dibina oleh persoalan-persoalan yang dipetik daripada
rencananya kehidupan sesuatu masyarakat. Pengarang atau pencipta akan
menjalin persoalan-persoalan daripada kehidupan masyarakat tersebut hingga
menjadikannya satu rantaian peristiwa yang mempunyai kesenimbungan antara
satu sama lain dan akhirnya membentuk sebuah karya. Dalam usaha
memasukkan persoalan-persoalan itu, pengarang secara langsung turut
memasukkan gambaran latar masyarakat untuk menjadikan setiap persoalan itu
signifikan dan relevan serta nampak realistik. Kajian ke atas persoalan dan latar
masyarakat merujuk kepada:
Keagungan raja dan negara

 Satu perkara yang tidak boleh dinafikan dalam karya-karya tradisional
 Melayu ialah raja diletakkan pada kedudukan yang tinggi.

  Keagungan raja dan negara diangkat menjadi persoalan utama dalam karya-
 karya kesusasteraan.

  Oleh itu, raja di diberikan gambaran-gambaran hebat termasuklah diwarnai
 dengan unsur-unsur dongeng dan mitos.

  Sejarah Melayu misalnya; mengaitkan nasab raja-raja Melaka dengan
 Iskandar Dzulkarnain dari Makadunia.

  Selain itu, keagungan raja juga digambarkan oleh pengarang-pengarang
 sastera Melayu tradisional melalui peristiwa yang dianggap penting. Dalam
 Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa
 misalnya, terdapat peristiwa-peristiwa ajaib tentang proses pengislaman raja-
 rajanya. Misalnya, mereka bermimpi bertemu Nabi Muhammad, diludahi
 mulut mereka oleh Baginda dan tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah
 syahadat dan juga kejadian brkhatan melalui mimpi.
Dalam soal kenegaraan pula, bangsa Melayu mempunyai konsep khas untuk
negeri(negara)

 Kewujudan sesebuah negeri hanya diiktiraf jika negeri itu mempunyai raja. Raja
yang tidak bernegeri tidak diterima ke-raja-annya. Dengan kata lain, keagungan
sesebuah negeri itu bergantung kepada kehebatan rajanya.

 Kewujudan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh atau
menakjubkan, misalnya pembukaan Melaka yang berdasarkan kejadian pelanduk
menendang anjing perburuan Parameswara.
Kepahlawanan

 Persoalan ini menjadi inti utama sastera epik, sastera sejarah, sastera lisan
 dan sastera panji.

 Secara logiknya, sesebuah negeri tidak akan dapat mempertahankan
 kewujudannya tanpa kehadiran seorang pahlawan yang hebat dan terbilang.
 Kehebatan watak tradisional melibatkan gambaran ciri fizikal bentuk tubuh
 badan mereka dan ketangkasan mereka di medan pertempuran khususnya
 dalam pertarungan senjata, misalnya watak Hang Tuah, yang yang memiliki
 sifat kepahlawanan yang tiada tolok bandingnya.

 Selain itu, gambaran kehebatan dengan bantuan atau dengan ciri-ciri
 tambahan seperti penguasaan ilmu muslihat perang, dibekalkan senjata luar
 biasa atau sifat-sifat peribadi dan tabiat yang tertentu.

 Aspek kepahlawanan yang digambarkan dilihat atau dinilai berdasarkan kaca
 mata sezaman. Oleh sebab pada zaman itu kudrat fizikal adalah segala-galanya
 dalam usaha mempertahankan maruah diri dan bangsa umumnya,maka
 kecendurangan pengarang mengangkat watak-wataknya dengan segala
 keluarbiasaan dan kehebatan tidak relevan dengan latar sezamannya.
Kesetiaan rakyat

• Persoalan kesetiaan rakyat banyak diterapkan dalam karya-karya
kesusasteraan Melayu tradisional.

• Setia menjadi satu persoalan pokok yang terpancar daripada cerita-cerita
tradisional. Watak Hang Tuah adalah lambang kesetiaan rakyat yang mutlak
dan watak ini sebenarnya sekadar mewakili rakyat berketurunan Melayu dalam
menyempurnakan waadat yang termeterai antara Demang Lebar Daun dengan
Sang Sapurba seperti mana yang tercatat dalam Sejarah Melayu.

•Dalam episod itu, Demang Lebar Daun bersumpah untuk menumpuhkan
segala ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada rajanya, manakala di
pihak Sang Sapurba pula telah bersumpah jika keturunannya menganayai
rakyat, akibatnya negara akan runtuh.
Panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat

 sastera Melayu tradisional ialah sastera ketatanegaraan yang dikarang khusus
 untuk memberikan panduan kepada raja, pembesar dan rakyat menjalankan
 tanggungjawab masing-masing dalam hidup bermasyarakat, bernegara dan
 berbudaya. Dua buah karya utama dalam klasifikasi ini ialah Tajus salatin atau
 Mahkota Segala Raja-raja karangan Bukhari al-Jauhari dan Bustanus salatin atau
 Taman Segala Raja-raja karangan syeikh Nuruddin al-Raniri.

 membuktikan bahawa dalam usaha membina sebuah kerajaan dan
 negara, antara prasyarat yang diperlukan ialah adanya panduan untuk mentadbir
 dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, sama ada sebagai
 raja, pembesar mahupun rakyat jelata.

 Kedatangan Islam ke alam Melayu telah menyedarkan masyarakat Melayu akan
 perlunya satu panduan, khususnya tentang ilmu ketatanegaraan berlandaskan
 nilai dan norma yang dipersetujui bersama atas landasan agama Islam.
Selain ditulis dalam kitab-kitab ketatanegaraan, pengarang-pengarang turut
memuatkan panduan untuk Raja, pembesar dan rakyat secara tidak langsung
dalam karya sastera lain.

Contohnya yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Selain itu pengarang turut
menyelitkan kritikan halus sebagai panduan, misalnya tentang kegagalan
peminangan Puteri Gunung Ledang yang menempelak juga kerakusan nafsu
Sultan Mahmud Mahmud(dalam sejarah melayu)dan juga bencana yang
menimpa Sultan Ahmad apabila membunuh puteranya sendiri(dalam Hikayat
Raja-raja Pasai)
Keagamaan dan kepercayaan

 Bangsa Melayu melalui tiga fasa kepercayaan dan keagamaan, iaitu bermula
 dengan animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Kesemuanya terpancar dalam hasil-
 hasil kesusasteraan.

 Kedatangan pengaruh agama dan budaya Islam ke alam Melayu telah
 mencorakkan satu bentuk sistem kepercayaan dan kebudayaan baru di kalangan
 masyarakat Islam sebagai agama yang menyeluruh telah tersebar begitu pesat
 sekali sehinggakan dalam tempoh tidak sampai satu abad, hampir seluruh alam
 Melayu telah diislamkan. Kejayaan ini banyak bergantung pada strategi
 penyebaraan dan pendekatan yang digunakan oleh para pendakwah dan mubaligh
 Islam yang datang khususnya dari benua Arab dan India.

 persoalan keagamaan yang begitu dominan dalam karya-karya pengarang sastera
 Melayu tradisional khususnya selepas kedatangan Islam, unsur-unsur kepercayaan
 lain terus subur dalam hasil-hasil karya sastera melayu yang lain.
Kepercayaan animisme misalnya tetap menjadi pilihan pengarang atau
pencipta sesebuah karya.Persoalan ini banyak dilihat dalam cerita-cerita lisan
seperti mitos, lagenda dan cerita rakyat.

 Antaranya cerita-cerita yang menonjolkan unsur sistem kepercayaan
animisme misalnya cerita Asal Usul Dunia, cerita Semangat padi, cerita Badang
dan cerita Langsuir.

Unsur-unsur ini juga banyak terdapat dalam manifestasi jampi dan mantera
serta ditemui dalam cerita-cerita penglipur lara, yang diselitkan dalam
pengambaraan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh wira dan wirawati.
Pendidikan/moral

 Hakikat bahawa sastera Melayu tradisional menjadi media pendidikan
 masyarakat pendidikan masyarakat Melayu lama adalah sesuatu yang tidak
 dapat dinafikan lagi.

  Pada zaman tiada instutisi pendidikan yang formal ,selain terdidik daripada
 pengalaman sendiri, masyarakat juga dapat menimba ilmu pengetahuan dengan
 mendengar cerita dan pengalaman orang lain dalam kelompok asing. Disinilah
 terletak peranan pengarang atau pencipta hasil sastera zaman itu.

 Penyampaian mesej pendidikan dan moral dibuat dengan berhati-hati .Adalah
 penting bagi pengarang atau pencipta karya supaya memilih isu yang
 sesuai, bahasa yang berseni dan berlapik serta situasi pengucapan atau
 penyampaian yang tepat.

  Itulah sebabnya mesej-mesej pendidikan ini banyak disusun dalam bentuk
 puisi termasuklah
 pantun, gurindam, seloka, peribahasa, masnawi, nazam, berzanji, rubai, rejang
 dan teromba. Bentuk puisi yang ternyata lebih ringkas berbanding prosa.

  Seseorang yang telah melakukan salah boleh dinasihati, disindir dan ditegur.
 Pengunaan diksi yang bersifat konotatif dalam puisi-puisi tersebut dapat
Gambaran masyarakat


hasil-hasil sastera melayu tradisional adalah satu-satunya bentuk
dokumentasi yang boleh menjadi rujukan untuk melihat corak hidup dan
gambaran masyarakat zaman silamnya. Justeru tidak terdapat sebarang bentuk
catatan kecuali sedikit sebanyak yang terpahat pada dinding gua, hasil-hasil
sastera sama ada lisan atau bertulis merupakan sumber utama penelitian
antropologi manusia Melayu.


Satu lagi perkara yang ketara tentang kecenderungan pengarang memasukkan
gambaran masyarakat dalam karya mereka ialah untuk menjadikannya sebagai
pedoman kepada generasi akan datang. Hal ini bersesuaian dengan motif
penciptaan sesebuah karya sastera itu sendiri iaitu memberikan pedoman
kepada masyarakat tentang nilai dan norma yang luhur dan wajar dipupuk
merentasi batas zaman.
Latihan

Cerita lipurlara, cerita jenaka dan cerita binatang merupakan sub genre
cerita rakyat..

Berdasarkan hal ini jelaskan penggolongan watak dalam cerita jenaka-
jenaka melayu. ( 25m )
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu

More Related Content

What's hot

5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssrSharieda Md Dam
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAvhieyna Andhrew
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFatin Ain Nabila
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)Komalam Mariappan
 
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2Mok Ming yan
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulismabaa73
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 

What's hot (20)

5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalis
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Metakognitif
MetakognitifMetakognitif
Metakognitif
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Konsep teori sastera
Konsep teori sasteraKonsep teori sastera
Konsep teori sastera
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulis
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 

Viewers also liked

Terjemahan teks sastera puisi
Terjemahan teks sastera   puisiTerjemahan teks sastera   puisi
Terjemahan teks sastera puisiMaheram Ahmad
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spmarisha akram
 
Kaedah Menterjemah Puisi
Kaedah Menterjemah PuisiKaedah Menterjemah Puisi
Kaedah Menterjemah PuisikamilahNur
 
Maksud, persoalan & tema
Maksud, persoalan & temaMaksud, persoalan & tema
Maksud, persoalan & temaMeniti Waktu
 
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5Kamal Muchtar
 
Res judicata
Res  judicataRes  judicata
Res judicatapshreyap
 
Soalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayuSoalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayuAdra Namira
 
Code Of Civil Procedure: Res sub-judice & Res Judicata by Mahamud Wazed
Code Of Civil Procedure: Res sub-judice & Res Judicata by Mahamud WazedCode Of Civil Procedure: Res sub-judice & Res Judicata by Mahamud Wazed
Code Of Civil Procedure: Res sub-judice & Res Judicata by Mahamud WazedMahamud Wazed (Wazii)
 
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21SISC+ PPD Seremban
 

Viewers also liked (14)

Terjemahan teks sastera puisi
Terjemahan teks sastera   puisiTerjemahan teks sastera   puisi
Terjemahan teks sastera puisi
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
 
Kaedah Menterjemah Puisi
Kaedah Menterjemah PuisiKaedah Menterjemah Puisi
Kaedah Menterjemah Puisi
 
Maksud, persoalan & tema
Maksud, persoalan & temaMaksud, persoalan & tema
Maksud, persoalan & tema
 
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
 
Res judicata
Res  judicataRes  judicata
Res judicata
 
Soalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayuSoalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayu
 
Code Of Civil Procedure: Res sub-judice & Res Judicata by Mahamud Wazed
Code Of Civil Procedure: Res sub-judice & Res Judicata by Mahamud WazedCode Of Civil Procedure: Res sub-judice & Res Judicata by Mahamud Wazed
Code Of Civil Procedure: Res sub-judice & Res Judicata by Mahamud Wazed
 
21st century learning by shah
21st century learning by shah21st century learning by shah
21st century learning by shah
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Nota Cerpen Munsyi
Nota Cerpen MunsyiNota Cerpen Munsyi
Nota Cerpen Munsyi
 
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 
Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21
 

Similar to Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu

Tutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdfTutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdfnrrhdtlsfyh
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarahHasnah Bukini
 
Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli suziana15
 
Hikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah mudaHikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah mudaSharifa Azreena
 
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun LainPertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lainalexanderchan
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...Ezad Azraai Jamsari
 
(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12sadn1013
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraMomee Rain
 
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Ezad Azraai Jamsari
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2Hendon Ramlan
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungNorWahida Salim
 
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017nealosen
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayulibangulu
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUUPSI
 

Similar to Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu (20)

Tutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdfTutorial minggu 1.pdf
Tutorial minggu 1.pdf
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
 
Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli Ilmu naqli dan aqli
Ilmu naqli dan aqli
 
Hikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah mudaHikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah muda
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 
Amka
AmkaAmka
Amka
 
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun LainPertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
 
(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan Sastera
 
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
 
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayu
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 

Recently uploaded

peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 

Recently uploaded (12)

peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 

Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu

  • 1. SELAMAT DATANG TAHNIAH KELAS TAMBAHAN MINGGU 1 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
  • 2. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional merujuk kepada tiga aspek penting iaitu : 1. Tahap 2. Tokoh, dan; 3. Persoalan dan Latar Masyarakat
  • 3. TAHAP Pengkajian terhadap tahap sebenarnya melihat semula kepada jenis kesusasteraan Melayu tradisional daripada kedua-dua cabang iaitu lisan dan tulisan. Kedua-dua jenis kesusasteraan ini dilihat dari segi zaman kemunculannya. Sekurang-kurangnya ada empat tahap atau fasa dalam perkembangan kesusasteraan lisan iaitu: 1. Tahap Pertama - zaman animisme 2. Tahap kedua - zaman praIslam i) berunsur hindu (atau terdapat unsur buddha) ii) berunsur hindu-Islam (atau Zaman Peralihan) 3. Tahap Ketiga - zaman Islam berunsur Islam.
  • 4. Tahap Pertama - animisme Kesusasteraan rakyat atau kesusasteraan lisan merupakan bentuk kesusasteraan yang tertua di dunia.  Sastera lisan muncul sejak zaman animisme lagi.  Sastera lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat.  Istilah ini diambil daripada istilah Inggeris folk literature. Di dalam Ensiklopedia Britannica disebut juga sebagai folklore atau oral tradition. Ia dinamakan kesusasteraan rakyat kerana karya yang dihasilkan adalah milik bersama masyarakat dengan penciptanya. Kesusasteraan rakyat dinamakan kesusasteraan lisan kerana ia disampaikan secara lisan. Kini, kemajuan teknologi telah menghasilkan buku-buku cetakan yang memuatkan hasil-hasil lisan ini. Tetapi bukan bermakna ia lari daripada sifat lisannya, malah sifat lisan itu masih boleh ditemui melalui bahasa dan teknik penyampaiannya.
  • 5. Mereka ini adalah daripada kelas rakyat biasa yang lazimnya menjalankan aktiviti ekonomi yang mudah seperti petani dan kaum nelayan. Rakyat biasa tinggal menetap di kawasan-kawasan pedalaman, desa-desa dan pinggir laut. Oleh itu mereka tidak terdedah kepada pengaruh luar. Bermakna pada waktu itu penjajahan barat masih belum berlaku. Rakyat biasa yang hidup secara simple atau mudah ini juga menghasilkan karya sastera yang simple.  Organisasi hidup yang demikian menghasilkan karya-karya seperti mitos, legenda dan cerita rakyat yang semuanya menggambarkan pandangan alam atau world view masyarakat Melayu pada masa itu.  Oleh itu tidaklah menghairankan jika cara berfikir mereka yang primitif itu membawa kepada penghasilan karya sastera yang berkaitan dengan kepercayaan kepada makhluk halus, kesaktian, roh dan lain-lain lagi. Masyarakat yang bersifat sedemikian tentulah juga menghasilkan karya-karya yang bersifat mudah sesuai dengan kedudukan dan keadaan mereka. lazimnya karya-karya masyarakat seperti ini terbahagi kepada lima genre cerita yang biasa ditemui iaitu Mitos, Legenda, Cerita Binatang, Cerita Jenaka, Cerita Lipur Lara dan Cerita Teladan.
  • 6. Tahap Kedua - Zaman Pra-Islam Zaman Pra-Islam boleh dipecahkan kepada dua iaitu lahirnya karya-karya berunsur Hindu (atau mungkin berunsur buddha) dan karya-karya berunsur hindu-Islam (zaman hindu-Islam juga dikenali sebagai zaman peralihan). Ia di katakan bermula lebih kurang dalam abad keempat Masihi hingga ke 11 Masihi. Pada waktu itu kebudayaan hindu telah meresap masuk ke dalam sistem pemerintahan dan kesusasteraan masyarakat di Nusantara. Pengaruh hindu datang bersama-sama dengan bahasa Sanskrit yang secara langsung memberi pengaruh yang besar kepada bahasa Melayu dan sastera Melayu. Karya-karya kesusasteraan yang dihasilkan pada zaman Pra-Islam berunsur hindu bertolak kepada karya-karya yang bersandar kepada ajaran agama Hindu semata-mata.
  • 7. Teras kepada karya-karya sastera Melayu yang berunsur Hindu ialah epik Ramayana dan Mahabrata. Melalui pengaruh karya ini lahirlah karya-karya seperti Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Pandawa Jaya, Hikayat Seri Rama dan sebagainya. Apabila agama Islam muncul di kepulauan Melayu, masyarakat Melayu beralih kepada ajaran Islam. masih terdapat beberapa aspek dalam kebudayaan masyarakat Melayu yang masih dipengaruhi oleh ajaran agama Hindu termasuklah kesusasteraan. karya-karya sastera yang masih ada pengaruh hindu seperti Hikayat Jaya Langkara, Hikayat Ahmad Muhammad dan lain-lain lagi. karya-karya ini pada asalnya berunsur hindu tetapi telah diubahsuai dengan memasukkan unsur-unsur Islam. Sebab itulah ia dikenali juga sebagai sastera zaman peralihan.
  • 8. Tahap Ketiga Tahap ketiga ialah zaman Islam.  Kemunculan hasil-hasil kesusasteraan berunsur Islam dikatakan berpunca daripada kemasukan agama Islam ke Nusantara yang dipercayai bermula sejak abad pertama Hijrah.  Agama Islam kemudian berkembang pesat di kepulauan Melayu pada abad ke- 13 Masihi. Kemasukan agama Islam telah menyumbang kepada penghasilan karya-karya sastera yang lebih bernilai kerana karya-karya tersebut dapat dirakam dalam bentuk tulisan yang dibawa bersama-sama dengan kedatangan agama Islam. Pada tahap ini karya-karya yang dihasilkan memperlihatkan ciri-ciri ajaran Islam yang sepenuhnya dan seboleh-bolehnya tidak terdapat unsur-unsur asing seperti Hindu-Buddha. Menurut Siti Hawa Salleh (1993) karya-karya sastera berunsur Islam yang terkenal ialah Hikayat 1001 Malam, Hikayat Darmata'siah, Hikayat Qamar al-Zaman dan Hikayat Hassan Damsyik.
  • 10. TOKOH-TOKOH DALAM KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL  TUN SERI LANANG  Nama sebenarnya ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad. Dilahirkan di Johor. Beliau ialah keturunan Bendahara Melaka dan Johor. Hidup pada akhir abad ke-17. anak kepada Paduka Temenggung Ahmad. beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam sejarah pertuanan Melaka dan Johor. Kebolehan itu mendorong beliau mengarang. Beliau menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1570-1579). Tun Sri Lanang pernah membantu Raja Abdullah memerintah Johor setelah Sultan Alauddin Riayat Syah tidak berminat memerintah. Raja Abdullah telah meminta beliau yang bergelar Bendahara Paduka Raja mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612 .
  • 11. Pada tahun 1613, beliau telah dibawa ke Acheh apabila Johor dikalahkan oleh Acheh. Beliau menemui Syeikh Nurudin al-Raniri dan mengajar bahasa Melayu kepada Syeikh itu. Di Acheh juga beliau menyambung penulisan bukunya, ‘Buku Melayu’. Hal ini ada tersebut dalam buku ‘Bustan al-Salatin’ karya Syeikh Nuruddin al-Raniri fasal 12 bab 11. Beliau sangat meminati kitab-kitab dan buku-buku pengetahuan. Karangan beliau telah membolehkan kita mengetahui sejarah dan budaya bangsa kita pada hari ini. SILA PASTIKAN AWAK MEMAHAMI DAN MENGHAFAL KARYA- KARYA DAN HURAIAN TOKOH INI…
  • 12. HAMZAH FANSURI Beliau sangat terkenal sebagai seorang pujangga Melayu-Islam dalam zaman kegemilangan Acheh. Beliau dilahirkan di Barus, Sumatera Utara. Beliau terkenal sebagai seorang penyair dan ahli suluk. Beliau pernah mengunjungi negeri Pahang, Bentan, Jawa, Siam, Mekah dan Madinah. Beliau tidak jemu-jemu mempelajari segala ilmu. Beliau juga mengembangkan ajaran-ajaran agama dengan dibantu oleh Syamsuddin al- Sumatera-i. Namun begitu, ajaran-ajaran suluknya ditentang hebat oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf dari Singkel. Segala pendapat, ajaran, dan karangan Hamzah dikatakan membahayakan pengikut-pengikut agama Islam. Akibatnya,Sultan Iskandar Thani memerintahkan kitab-kitab karangan Hamzah dan Syamsuddin dibakar pada tahun1637. Hamzah Fansuri juga terkenal sebagai seorang penyair yang menghasilkan karya yang mengandungi kias ibarat, panduan hidup serta teladan kepada manusia.
  • 13. Hal ini boleh dilihat dalam ‘Syair Perahu’. Beliau mengibaratkan kehidupan manusia umpama sebuah perahu. Antara syair-syair beliau yang lain ialah ‘Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Syair Burung Pingai’. Manakala karangan beliau yang lain ialah dua buah kitab iaitu’ Sarab al-Asyikin dan Asrar al-Ariffin fi-Bayan Ilmu al-Suluk waI-Tauhid’. Hamzah terkenal dalam Kesusateraan Melayu Tradisional sebagai orang yang memperkenalkan bentuk syair yang kita kenali sekarang ini. Selain itu, beliau juga menjadi penyumbang utama dalam Sastera Kitab.
  • 14. BUKHARI AL- JAUHARI Beliau seorang pujangga Melayu. Hidup dalam kurun ke-17 Beliau berasal dari Johor, tetapi menetap di Acheh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Pada tahun 1603, beliau mengarang ‘Taj al-Salatin’ yang dikatakan berdasarkan kepada beberapa buah kitab daripada bahasa Arab dan Parsi. Kitab ini mengandungi falsafah kemanusiaan, khusus sebagai panduan kepada raja. Namun begitu, ‘Taj al-Salatin’ sangat terkenal di Alam Melayu, dipelajari oleh bangsawan di Solo dan Jogja serta diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa dan Makasar. Kitab ini sangat tinggi nilainya kerana pengaruhnya yang sangat begitu luas. penyumbang kepada genre ketatanegaraan yang membolehkan kita mengetahui peraturan-peraturan yang dipakai pada zaman dahulu untuk memerintah dan tugas serta tanggungjawab semua pihak yang mendiami sesebuah negeri.
  • 15. NURUDDIN AL-RANIRI Nama sebenarnya ialah Syeikh Nuruddin bin Ali al-Raniri. Beliau berasal daripada Render, berhampiran bandar Sirat dalam daerah Gujerat, India. Beliau pernah mempelajari bahasa Melayu daripada seorang Jawa ketika berada di Mekah dan mendalaminya daripada ajaran Tun Sri Lanang. Beliau seorang pengarang yang banyak menghasilkan karya-karya dan memetik serta menterjemah karangan-karangan daripada bahasa Arab dan Parsi. Beliau sangat disayangi Sultan Acheh. Atas perintah Sultan Iskandar Thani, beliau mengarang ‘Bustan al-Salatin’ (Taman Raja-raja) pada tahun 1638. beliau telah mengarang kitab al-Mustaqin (1628). Beliau juga telah menterjemahkan ‘Kitab Syarah al-Akaid al-Nasafiya’ ke dalam bahasa Melayu daripada bahasa Arab dengan namanya ‘Durrat al-Faraid Bisyarah al-Akaid’.
  • 16. Beliau menentang hebat ilmu suluk yang dikembangkan oleh Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatera-i. Untuk itu, beliau mengarang kitab ‘Tabyan fi Makrifat al-Adyan’ (1664) yang mengandungi tentangan terhadap ajaran suluk itu Ada beberapa buah lagi kitab yang dikarangnya iaitu ‘Asrar al-Insan fi Makrifat al-Roh wal-Rahman’ (1640), ‘Kitab Akhbar al-Akhirat’(1642) dan ‘Jawahir al-Ulum fi Kasyf al-Maklum’ (1642). Sebagai seorang ulamak yang disayangi sultan dan keluarganya, beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan pemerintah sehingga penentangannya terhadap Hamzah Fansuri dan Syamsuddin disokong sultan dan para pembesar lainnya. Beliau merupakan penyumbang utama dalam bidang keagamaan dan juga kitab ketatanegaraan. Sumbangan beliau memberikan pengetahuan, petunjuk dan panduan kepada rakyat serta pemerintah.
  • 17. SYEIKH DAUD AL-FATANI Nama sebenar beliau Syeikh Daud ibn Abdullah. Lahir di Krisik, Patani, Selatan Thai pada awal abad ke-18. Beliau pernah belajar selama 30 tahun di Mekah dan 5 tahun di Madinah. Beliau terkenal sebagai ulamak yang banyak mengarang buku-buku agama di samping berdakwah menerusi buku-buku karangannya di seluruh Alam Melayu. beliau mempunyai pengikut dan anak muridnya di seluruh Alam Melayu termasuk raja-raja dan pembesar seperti Sultan Safuddin, Raja Sambas Antara karangan-karangan beliau yang terkenal ialah ‘Kifyatul Muhtaj’ (Hikayat Mikraj al-Nabi), ‘Al-Dhur al-Thamin’ (membicarakan tentang pengikut Islam), ‘Ghayatul takrib’ (membicarakan hukum faraid), ‘Minhaj al-Abidin’ dan ‘Furu al-Masa’il waUsul al-Masa’il. erpandukan hasil-hasil karya beliau, kita dapat menggolongkan Syeikh Daud sebagai ulamak dan pengarang sastera kitab yang gigih dan berpengaruh di Alam Melayu.
  • 18. RAJA ALI HAJI Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau. Berketurunan pembesar Bugis. Datuknya Raja Haji, seorang pahlawan yang menjadi Yamtuan Muda Johor pada tahun 1777.  Manakala ayahnya Raja Ahmad ialah pembesar Riau yang pernah dihantar berunding dengan Belanda di Jawa.  Beliau pernah mengikut ayahnya menunaikan haji ke Mekah dan menuntut ilmu ke sana.  Sekembalinya ke Riau, beliau bertugas sebagai penasihat dan guru kepada Raja Ali, Yamtuan Muda Johor ketika itu. Beliau terkenal sebagai ahli bahasa dan menulis buku tatabahasa Melayu iaitu ‘Bustan al-Katibin’ (Taman Pujangga) pada tahun 1857.
  • 19. Usaha beliau mendapat sanjungan kerana penyusunannya membantu menambah buku tatabahasa Melayu. Beliau juga mengarang sebuah kamus yang bernama ‘Kitab Pengetahuan Bahasa’ tetapi karyanya yang paling terkenal ialah ‘Tuhfat al-Nafis’ yang dikarangnya pada tahun 1865 di Pulau Penyengat, Riau yang menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau. Karya yang berbentuk Sastera Sejarah ini amat berbeza dengan karya yang sama denganya. Sungguhpun masih terdapat mitos dan lagenda di dalamnya, tetapi tarikh-tarikh telah diberikan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku, tidak seperti dalam ‘Sejarah Melayu’ dan ‘ Hikayat Raja-raja Pasai’. Karya-karya beliau yang lain ialah ‘Syair Abdul Muluk, Syair Suluh Pegawai, Syair Siti Sianah, Gurindam Dua Belas dan Syair Sinar Gemala Mastika Alam’. kita boleh menganggap beliau sebagai seorang pengarang yang prolifik pada zamannya. Beliau bukan sahaja menyumbang kepada bidang kesusasteraan tetapi juga sejarah dan bahasa.
  • 20. SYED MUHAMMAD BIN ZAINAL ABIDIN Beliau terkenal dengan gelaran Tuk Ku Tuan Besar di Terengganu.  Dilahirkn pada tahun 1795. Mendapat pendidikan langsung daripada bapanya dan seorang guru agama bernama Syeikh Abdul Kasir bin Abdul Rahim juga seorang ulamak dan mufti zaman pemerintahan Sultan Baginda Omar di Bulat Bayas.  Beliau juga pernah berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin juga ulamak terkenal dan guru kepada Sultan zainal Abidin III.  Seterusnya beliau pergi ke Mekah mempelajari ilmu fiqh, usuluddin, tasawuf di samping ilmu bahasa dan ilmu sastera (ilmu balaghah, arud dan qafiah). Hasilnya beliau sangat berminat dengan sastera. Antara karya-karya beliau dalam bentuk puisi nazam ialah ‘Kanz al-Ula, Sirat al-Nabawiyah, Jawahir al-Saniyyah, Al-Durrat al-Fakhirat dan Tahliyat al-Wildan. Beliau juga menghasilkan beberapa karya tentang akidah dan fiqh. Beliau merupakan ahli agama dan sastera yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia suatu ketika dulu.
  • 21. SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATANI Nama sebenar beliau ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa.  Lahir di Patani dalam tahun 1856.  Mendapat pendidikan agama di tempat kelahirannya di Mekah dan di Mesir.  Beliau bukan sahaja mempelajari ilmu usuluddin, fiqh, tauhid, hadis, tafsir, nahu dan saraf malahan sangat cenderung kepada mata pelajaran sains dan sastera. Di samping itu, beliau meminati ilmu perubatan. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya dalam beberapa bidang ilmu. Hasil tulisannya terdapat 10 buah buku dalam bahasa Melayu dan 13 buah buku dalam bahasa Arab.  Karangan-karangannya meliputi bidang-bidang usuluddin, fiqh, tasawuf, sejarah, sains, bahasa, sastera dan perubatan.  Peluang bertugas di pencetakkan semasa di Mekah dan di Mesir membolehkannya mengarang kitab dan menerbitkannya.
  • 22. Antara karangan beliau yang terkemuka ialah ‘Kitab Hadiqat al-Azhar wa al- Rayahin’ yang memuatkan segala bidang ilmu. Oleh itu, beliau dapat dianggap sebagai tokoh pengarang yang serba boleh dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional.
  • 23. PERSOALAN DAN LATAR MASYARAKAT
  • 24. Kesusasteraan dan masyarakat mempunyai hubungan yang amat erat. Sesebuah karya kesusasteraan dibina oleh persoalan-persoalan yang dipetik daripada rencananya kehidupan sesuatu masyarakat. Pengarang atau pencipta akan menjalin persoalan-persoalan daripada kehidupan masyarakat tersebut hingga menjadikannya satu rantaian peristiwa yang mempunyai kesenimbungan antara satu sama lain dan akhirnya membentuk sebuah karya. Dalam usaha memasukkan persoalan-persoalan itu, pengarang secara langsung turut memasukkan gambaran latar masyarakat untuk menjadikan setiap persoalan itu signifikan dan relevan serta nampak realistik. Kajian ke atas persoalan dan latar masyarakat merujuk kepada:
  • 25. Keagungan raja dan negara Satu perkara yang tidak boleh dinafikan dalam karya-karya tradisional Melayu ialah raja diletakkan pada kedudukan yang tinggi.  Keagungan raja dan negara diangkat menjadi persoalan utama dalam karya- karya kesusasteraan.  Oleh itu, raja di diberikan gambaran-gambaran hebat termasuklah diwarnai dengan unsur-unsur dongeng dan mitos.  Sejarah Melayu misalnya; mengaitkan nasab raja-raja Melaka dengan Iskandar Dzulkarnain dari Makadunia.  Selain itu, keagungan raja juga digambarkan oleh pengarang-pengarang sastera Melayu tradisional melalui peristiwa yang dianggap penting. Dalam Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa misalnya, terdapat peristiwa-peristiwa ajaib tentang proses pengislaman raja- rajanya. Misalnya, mereka bermimpi bertemu Nabi Muhammad, diludahi mulut mereka oleh Baginda dan tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadat dan juga kejadian brkhatan melalui mimpi.
  • 26. Dalam soal kenegaraan pula, bangsa Melayu mempunyai konsep khas untuk negeri(negara)  Kewujudan sesebuah negeri hanya diiktiraf jika negeri itu mempunyai raja. Raja yang tidak bernegeri tidak diterima ke-raja-annya. Dengan kata lain, keagungan sesebuah negeri itu bergantung kepada kehebatan rajanya.  Kewujudan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh atau menakjubkan, misalnya pembukaan Melaka yang berdasarkan kejadian pelanduk menendang anjing perburuan Parameswara.
  • 27. Kepahlawanan Persoalan ini menjadi inti utama sastera epik, sastera sejarah, sastera lisan dan sastera panji. Secara logiknya, sesebuah negeri tidak akan dapat mempertahankan kewujudannya tanpa kehadiran seorang pahlawan yang hebat dan terbilang. Kehebatan watak tradisional melibatkan gambaran ciri fizikal bentuk tubuh badan mereka dan ketangkasan mereka di medan pertempuran khususnya dalam pertarungan senjata, misalnya watak Hang Tuah, yang yang memiliki sifat kepahlawanan yang tiada tolok bandingnya. Selain itu, gambaran kehebatan dengan bantuan atau dengan ciri-ciri tambahan seperti penguasaan ilmu muslihat perang, dibekalkan senjata luar biasa atau sifat-sifat peribadi dan tabiat yang tertentu. Aspek kepahlawanan yang digambarkan dilihat atau dinilai berdasarkan kaca mata sezaman. Oleh sebab pada zaman itu kudrat fizikal adalah segala-galanya dalam usaha mempertahankan maruah diri dan bangsa umumnya,maka kecendurangan pengarang mengangkat watak-wataknya dengan segala keluarbiasaan dan kehebatan tidak relevan dengan latar sezamannya.
  • 28. Kesetiaan rakyat • Persoalan kesetiaan rakyat banyak diterapkan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional. • Setia menjadi satu persoalan pokok yang terpancar daripada cerita-cerita tradisional. Watak Hang Tuah adalah lambang kesetiaan rakyat yang mutlak dan watak ini sebenarnya sekadar mewakili rakyat berketurunan Melayu dalam menyempurnakan waadat yang termeterai antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba seperti mana yang tercatat dalam Sejarah Melayu. •Dalam episod itu, Demang Lebar Daun bersumpah untuk menumpuhkan segala ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada rajanya, manakala di pihak Sang Sapurba pula telah bersumpah jika keturunannya menganayai rakyat, akibatnya negara akan runtuh.
  • 29. Panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat sastera Melayu tradisional ialah sastera ketatanegaraan yang dikarang khusus untuk memberikan panduan kepada raja, pembesar dan rakyat menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam hidup bermasyarakat, bernegara dan berbudaya. Dua buah karya utama dalam klasifikasi ini ialah Tajus salatin atau Mahkota Segala Raja-raja karangan Bukhari al-Jauhari dan Bustanus salatin atau Taman Segala Raja-raja karangan syeikh Nuruddin al-Raniri. membuktikan bahawa dalam usaha membina sebuah kerajaan dan negara, antara prasyarat yang diperlukan ialah adanya panduan untuk mentadbir dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, sama ada sebagai raja, pembesar mahupun rakyat jelata. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah menyedarkan masyarakat Melayu akan perlunya satu panduan, khususnya tentang ilmu ketatanegaraan berlandaskan nilai dan norma yang dipersetujui bersama atas landasan agama Islam.
  • 30. Selain ditulis dalam kitab-kitab ketatanegaraan, pengarang-pengarang turut memuatkan panduan untuk Raja, pembesar dan rakyat secara tidak langsung dalam karya sastera lain. Contohnya yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Selain itu pengarang turut menyelitkan kritikan halus sebagai panduan, misalnya tentang kegagalan peminangan Puteri Gunung Ledang yang menempelak juga kerakusan nafsu Sultan Mahmud Mahmud(dalam sejarah melayu)dan juga bencana yang menimpa Sultan Ahmad apabila membunuh puteranya sendiri(dalam Hikayat Raja-raja Pasai)
  • 31. Keagamaan dan kepercayaan Bangsa Melayu melalui tiga fasa kepercayaan dan keagamaan, iaitu bermula dengan animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Kesemuanya terpancar dalam hasil- hasil kesusasteraan. Kedatangan pengaruh agama dan budaya Islam ke alam Melayu telah mencorakkan satu bentuk sistem kepercayaan dan kebudayaan baru di kalangan masyarakat Islam sebagai agama yang menyeluruh telah tersebar begitu pesat sekali sehinggakan dalam tempoh tidak sampai satu abad, hampir seluruh alam Melayu telah diislamkan. Kejayaan ini banyak bergantung pada strategi penyebaraan dan pendekatan yang digunakan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam yang datang khususnya dari benua Arab dan India. persoalan keagamaan yang begitu dominan dalam karya-karya pengarang sastera Melayu tradisional khususnya selepas kedatangan Islam, unsur-unsur kepercayaan lain terus subur dalam hasil-hasil karya sastera melayu yang lain.
  • 32. Kepercayaan animisme misalnya tetap menjadi pilihan pengarang atau pencipta sesebuah karya.Persoalan ini banyak dilihat dalam cerita-cerita lisan seperti mitos, lagenda dan cerita rakyat.  Antaranya cerita-cerita yang menonjolkan unsur sistem kepercayaan animisme misalnya cerita Asal Usul Dunia, cerita Semangat padi, cerita Badang dan cerita Langsuir. Unsur-unsur ini juga banyak terdapat dalam manifestasi jampi dan mantera serta ditemui dalam cerita-cerita penglipur lara, yang diselitkan dalam pengambaraan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh wira dan wirawati.
  • 33. Pendidikan/moral Hakikat bahawa sastera Melayu tradisional menjadi media pendidikan masyarakat pendidikan masyarakat Melayu lama adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi.  Pada zaman tiada instutisi pendidikan yang formal ,selain terdidik daripada pengalaman sendiri, masyarakat juga dapat menimba ilmu pengetahuan dengan mendengar cerita dan pengalaman orang lain dalam kelompok asing. Disinilah terletak peranan pengarang atau pencipta hasil sastera zaman itu. Penyampaian mesej pendidikan dan moral dibuat dengan berhati-hati .Adalah penting bagi pengarang atau pencipta karya supaya memilih isu yang sesuai, bahasa yang berseni dan berlapik serta situasi pengucapan atau penyampaian yang tepat.  Itulah sebabnya mesej-mesej pendidikan ini banyak disusun dalam bentuk puisi termasuklah pantun, gurindam, seloka, peribahasa, masnawi, nazam, berzanji, rubai, rejang dan teromba. Bentuk puisi yang ternyata lebih ringkas berbanding prosa.  Seseorang yang telah melakukan salah boleh dinasihati, disindir dan ditegur. Pengunaan diksi yang bersifat konotatif dalam puisi-puisi tersebut dapat
  • 34. Gambaran masyarakat hasil-hasil sastera melayu tradisional adalah satu-satunya bentuk dokumentasi yang boleh menjadi rujukan untuk melihat corak hidup dan gambaran masyarakat zaman silamnya. Justeru tidak terdapat sebarang bentuk catatan kecuali sedikit sebanyak yang terpahat pada dinding gua, hasil-hasil sastera sama ada lisan atau bertulis merupakan sumber utama penelitian antropologi manusia Melayu. Satu lagi perkara yang ketara tentang kecenderungan pengarang memasukkan gambaran masyarakat dalam karya mereka ialah untuk menjadikannya sebagai pedoman kepada generasi akan datang. Hal ini bersesuaian dengan motif penciptaan sesebuah karya sastera itu sendiri iaitu memberikan pedoman kepada masyarakat tentang nilai dan norma yang luhur dan wajar dipupuk merentasi batas zaman.
  • 35. Latihan Cerita lipurlara, cerita jenaka dan cerita binatang merupakan sub genre cerita rakyat.. Berdasarkan hal ini jelaskan penggolongan watak dalam cerita jenaka- jenaka melayu. ( 25m )