Qabadh dan basath adalah dua sifat hati yang bertentangan yaitu kedukaan dan kegembiraan. Kedua-dua sifat ini penting bagi seorang mukmin untuk menjaga keseimbangan rohani dan mendekatkan diri kepada Allah. Jika salah satu sifat lebih dominan, maka akan membawa kelemahan dalam iman.
1. TASAWWUF PERBANDINGAN
IUS 4163
PROF. MADYA DR. SYED HAZDRULLATHFI BIN SYED OMAR
NAMA PELAJAR: SITI FATIMAH ZAHARAH BT ADNAN
NO. MATRIK: 035694
JURUSAN: ISM USULUDDIN DENGAN KEPUJIAN (USUL
7A)
TAJUK:
البسط و القبض
2. QABADH DAN BASATH
Qabadh adalah kedukaan,kesedihan dan rasa dukacita dengan sebab tidak mendapat apa
yang dihajati atau sebab-sebab lain. Perasaan yang timbul dalam hati apabila berhadapan
dengan sifat keagungan Allah. Hati dapat merasai keperkasaanNya.Bila hati melihat
keperksaan Allah dan mengakui kelemahan dirinya, maka lahirlah prasaan takut, gerun,kecut
dan berbagai-bagai perasaan yang seumpamanya sehingga seolah-olah berkecai tulang-
belulangnya, luruh segala daging dan dia merasai kelemahan yang amat sangat disamping
Allah.
Basath pula adalah kegembiraan dan perasaan sukacita dengan sesuatu nikmat Allah SWT.
Perasaan yang timbul apabila hati berhadapan dengan sifat keindahan Allah s.w.t. Hati
melihat Allah s.w.t Yang Maha Indah, Maha Lemah-lembut, Maha Pemurah, Maha
Pengampun dan seumpamanya, lalu terasalah pada hati akan kelazatan, kenikmatan,
kesenangan, keselasaian, kesejahteraan dan seumpamanya yang tidak terperi.
3. Allah s.w.t mendatangkan qabadh sebagai memperkenalkan keperkasaan-Nya bukan untuk
membinasakan hamba-Nya.
Orang yang menerima nikmat dalam bentuk qabadh akan menjadi tidak bermaya, seakan-
akan lumpuh. Apa yang dialami oleh hati berbekas pada anggota zahir. Tubuh badan turut
merasakan qabadh. Jika seseorang dikuasai oleh qabadh dalam tempuh yang lama,
mungkin tubuhnya tidak dapat bertahan dan dia mungkin akan mati lantaran takutkan
Allah s.w.t.
Oleh sebab itu, Dia tidak membiarkan hambaNya binasa dalam qabadh, maka didatangkan
basath untuk hambaNya, iaitu kegembiraan yang amat sangat.
Hati yang dipenuhi oleh basath akan merasai keriangan yang tidak terucapkan dan dia
menjadi seumpama orang yang mabuk dalam kelazatan.
4. Kadangkala, Allah mengeluarkan hamba itu daripada kedua-dua
keadaan tersebut dengan menjadikan fana’ daripada diri sendiri
dan kekal bersamaNya supaya dia untuk Tuhannya semata-mata
bukan untuk orang lain.
Oleh itu, kegembiraan dan kedukaan merupakan sebahagian
daripada keadaan-keadaan yang mewarnai golongan arifin.
Kedua-duanya sama kedudukannya dengan rasa takut dan
pengharapan yang mewarnai golongan murid yang baru
memulakan jalan kepada Allah SWT.
Punca kegembiraan dan kedukaan itu ialah perkara-perkara yang
datang ke dalam hati hamba. Apabila sifat kebesaran Allah zahir
dalam hati hamba, timbullah dukacita. Sebaliknya, apabila sifat
keindahan pula zahir dalam hati hambanya, timbullah pula
kegembiraan.
5. Pengalaman qabadh membuat seseorang mengetahui betapa hebatnya
tuntutan Allah s.w.t jika ditegakkan keadilan dan keperkasaan-Nya. Tidak
ada dosa yang terlepas daripada perkiraan dan hukuman-Nya
Pengalaman basath pula memperlihatkan kemurahan Allah s.w.t. Walaupun
hamba-Nya menghadap-Nya dengan membawa dosa sebanyak buih di
lautan namun, Dia bersedia mengampunkannya. Pengalaman yang berganti-
ganti antara qabadh dan basath menambahkan makrifat seseorang.
Berhubung dengan ayat 30, surah Ali Imran tersebut, Sayyid Quthub rhm,
berkata: “Kemudian ayat yang berikut menyambung serangan ke atas hati
manusia.Ia mengulangi amaran Allah yang yang mengingatkan manusia
tentang dirinya. Kemudian Allah mengingatkan bahawa peluang masih
terbuka dan belum luput waktunya. Antara bukti-bukti kasih sayang Allah
adalah Dia memberi amaran dan peringatan ini. Inilah bukti bahawa Allah
mahukan kebajikan dan rahmat kepada para hambaNya.”
6. • Qabadh dan basath adalah dua hal yang bertentangan. Apabila seseorang
hamba dimasukkan ke dalam derajat pilihan, mata hatinya tidak lagi melihat
kepada pertentangan tersebut, sebaliknya terus tertuju kepada Allah s.w.t yang
menjadikan pertentangan sebagai bukti kebijaksanaan-Nya. Pertentangan hanya
wujud jika dilihat secara berasingan, separti melihat tangan kanan dengan tangan
kiri. Jika kedua-duanya dilihat sebagai kesatuan, yaitu tangan kanan dan tangan
kiri itu dibawa bertemu, maka kedua-duanya itu bertemu dengan sempurna,
tiada lagi perlawanan. Makam melihat Allah s.w.t dalam dua perkara yang
bertentangan dengan sekali pandang adalah makam arifbillah. Pandangannya
tidak terlepas daripada menyaksikan Allah s.w.t. Allah s.w.t dilihat pada orang
yang kena bunuh dan orang yang membunuh dengan sekali pandang. Tidak
terhijab pandangannya oleh hukum sebab musabab. Inilah makam hamba pilihan
yang disemayamkan di Hadrat-Nya. Tidak ada sesuatu selain-Nya yang dapat
menarik keluar hamba ini dari Hadrat-Nya.
• Sayid Quthub rhm, berkata: “Semakin dekat seseorang itu mendekatkan diri
kepada Allah dengan takwanya, semakin kuat keinginannya untuk mencapai
maqam dan martabat yang lebih tinggi daripada apa yang telah dicapainya. Di
terus bercita-cita untuk sampai ke maqam yang membuat hatinya sentiasa jaga
dan tidak tidur.”
7. • Orang arifbillah yang mengekalkan ubudiyahnya terhadap Allah
s.w.t melihat qabadh dan basath sebagai ujian dari Allah s.w.t. Di
antara dua hal tersebut, mereka lebih takut dan bimbang jika
dikenakan ujian basath. Hati yang leka dengan kesenangan dan
keselesaan mudah tergelincir dari memelihara adab sopan
ubudiyah. Di dalam hal yang semacam ini, nafsu mudah mengambil
kesempatan di atas kemurahan Allah s.w.t. Suasana qabadh pula
dapat mengukuhkan ubudiyah dan nafsu tidak berpeluang mencuri
masuk. Qabadh menambahkan harapan dan pergantungan kepada
Allah s.w.t.
• Menurut Abu al-Abbas al-Mursi rhm, berkata: “Orang awam
apabila ditakut-takutkan, mereka berasa takut. Apabila diharapkan,
mereka berharap. Manakala orang arif pula, apabila ditakut-
takutkan, mereka berharap. Apabila diharapkan mereka takut.”
8. KESIMPULAN
Ibarat sepasang sayap burung, kedua-dua sifat
hati tersebut tidak boleh dipisahkan seperti dua
sayap burung kiri dan kanan. Maka begitulah
juga seorang mukmin tidak boleh berjalan
dengan betul dan sebaik-baik perjalanan diatas
jalan Allah kecuali apabila hati bersifat khawuf
dan roja’ yang seimbang, serta tidak berat
sebelah.Jika sifat khawuf lebih berat, maka akan
mudah berputus asa. Sebaliknya, jika sifat roja’
lebih berat , maka banyak suruhan dan larangan
Allah yang diabaikannya.Jika tidak ada sifat
khawuf dalam diri, dan yang ada hanya sifat roja’
sahaja, maka orang tersebut akan meninggalkan
syariat.