2. 8.1 Konsep Pengangkutan Awam di
kawasan kajian. iaitu Stesen Komuter
Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Menurut Wikipedia, Pengangkutan awam atau transit awam
merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana
penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.
Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap
sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definisi yang lebih
luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual,
feri, teksi, iaitu mana-mana sistem yang mengangkut orang
awam termasuklah perkhidmatan komuter, LRT, ataupun
monorel.
3. Pengangkutan awam ini juga merupakan jenis pengangkutan
utama di Rawang, Selangor Darul Ehsan. Pengangkutan awam
sangat penting terutama bagi mereka yang tidak mempunyai
pendapatan sendiri atau berpendapatan rendah yang tidak
mampu untuk memiliki kenderaan sendiri. Kebanyakan
daripada mereka ialah penuntut kolej, pelajar sekolah, operator
kilang dan sebagainya. Di Rawang, pengangkutan awam utama
penduduk di sini ialah bas dan kereta api komuter.
Perkhidmatan komuter memberi peluang kepada penduduk di
sini untuk pergi ke Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang, Seremban
dan Tanjung Malim. Pada awalnya perkhidmatan ini
menghubungkan Rawang sehingga Pelabuhan Klang dan
Seremban melalui Kuala Lumpur tetapi kini perkhidmatannya
sudah dilanjutkan sehingga Tanjung Malim.
4. 8.2 Jenis pengangkutan awam di kawasan
kajian.
Jenis pengangkutan awam di Rawang, Selangor ialah bas, kereta
api dan teksi. Pengangkutan bas yang terdapat di sini ialah bas
berhenti-henti atau bas tabung, bas persiaran, bas sekolah dan
bas ekspres. Pengangkutan bas sekolah sangat penting
terutama bagi pelajar sekolah yang memerlukan pengangkutan
ini setiap han persekolahan manakala bas henti-henti
untuk para pelajar kolej dan pekeija kilang serta sun rumah
yang ingin membeli banangan keperluan rumah di Bandar
Rawang atau pasar raya berhampiran seperti Tesco, Giant dan
lain-lain.
5. Di kawasan mi juga terdapatnya stesen bas , iaitu di Bandar
Baru Rawang yang terletak kira-kira 2 km sahaja dari kawasan
ini. Teksi pula sangat penting bagi mereka yang memerlukan
pengangkutan awam segera kerana teksi boleh terus sampai ke
destinasi atau di hadapan rumah penduduk Rawang ini.
6. 8.3 Kepentingan pengangkutan awam di
kawasan kajian
Kepentingan pengangkutan awam di Rawang, Selangor
ialah seperti berikut:
1. Mengangkut penumpang
Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa
pengangkutan awam di Rawang sangat penting untuk
mengangkut penumpang. Saya sendini jika pulang ke
rumah dan asrama akan menggunakan pengangkutan
ini. Saya akan menggunakan pengangkutan bas henti-
henti untuk pulang ke rumah.
7. 2. Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya dapati
bahawa apabila kita menggunakan pengangkutan
awam ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Ini terjadi jika kebanyakan penduduk di Rawang
menggunakan pengangkutan awam,
ia akan mengurangkan penggunaan kenderaan di
jalan raya kerana kapasiti bas itu sendiri yang
boleh memuatkan sejumlah lebih dan 40 orang bagi
sebuah bas. Ini akan dapat mengurangkan
kesesakan jalan raya terutama di kawasan
Rawang yang begitu padat dengan penduduk kerana
terdapatnya banyak taman seperti ..... di sini
9. 4. Sumber Pendapatan
Melalui temu bual saya dengan pemandu bas henti-
henti, iaitu Encik Kamarulzaman bin Ayub, dengan
adanya pengangkutan awam ini akan memberikan
peluang pekerjaan kepada mereka, seterusnya
menambahkan pendapatan penduduk. Begitu juga
dengan temu bual saya dengan Puan Chong Wee Sing
yang merupakan pengusaha bas sekolah. Dengan
perkhidmatan bas sekolab sahaja telah meningkatkan
sumber pendapatan mereka sekeluarga dan kini beliau
telah memiliki dua buah bas sekolah setelah
memulakan perkhidmatan tersebut sejak 5 tahun yang
lalu.
10. Saya sebagal penduduk Rawang, Selangor sangat
bersyukur kerana dengan adanya pengangkutan
awam ini telah menguntungkan pemandu bas atau
penumpang bas dan teksi di kawasan ini dan
memberikan kesan baik kepada pembangunan
setempat.