2. Kesantunan dalam penulisan
melibatkan penggunaan bahasa
yang betul, sopan, dan
bertatasusila. Huraikan aspek-
aspek kesantunan bahasa dalam
bidang penulisan.
3. • Kata “bahasa” mempunyai banyak makna. Bahasa bukan
sekadar membawa maksud sistem lambang bunyi suara
yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan
satu kelompok manusia dan antara individu dengan
individu yang lain. Kata “bahasa” juga merupakan
simpulan bahasa yang membawa maksud “sopan santun”.
• Jadi, membicarakan bahasa tanpa menyentuh aspek
kesantunan bahasa merupakan satu kelompangan yang
tidak seharus dan sewajarnya berlaku, lebih-lebih lagi
bahasa Melayu yang mempunyai falsafah kesopanan yang
tinggi yang didasarkan oleh falsafah budi dalam masyarakat
Melayu dan akidah Islam yang dianutinya.
4. • Rentetan daripada itu, melihat dan
membicarakan bahasa dalam
konteks kesantunan berbahasa, para sarjana
bahasa tempatan seperti Asmah
Omar menyentuh aspek ini dalam buku Setia
dan santun bahasa dan Awang Sariyan melalui
buku beliau iaituSantun berbahasa. Namun
begitu asas kesantunan bahasa juga ditunjangi
oleh agama diutarakan oleh Awang Sariyan.
5. • Santun menurut Kamus dewan edisi
keempat ialah halus budi bahasa atau budi
pekerti, beradab dan sopan, manakala
kesantunan ialah perihal atau sifat kesopanan,
kehalusan budi bahasa atau budi pekerti.
• Menurut Awang Sariyan dalam bukunyaSantun
berbahasa, kesantunan bahasa “merujuk kepada
penggunaan bahasa yang baik, sopan beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman
bicaranya”.
6. • Komunikasi bertulis ialah kegiatan
merakamkan idea dan
pendapat dalam bentuk lambang-lambang
tulisan untuk dibaca
atau digunakan pada masa akan datang.
• Komunikasi penulisan melibatkan
penggunaan bahasa secara
bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal
atau tidak rasmi/tidak formal.
7. • Bentuk komunikasi bertulis secara formal
ialah:
a. Surat kiriman rasmi
b. Laporan
c. Kertas kerja
d. Ucapan rasmi
e. Pidato
8. • Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti
penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dan lain – lain
• Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek
kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:-
a. Penggunaan kata panggilan yang betul
b. Kata sapaan yang betul
c. Gaya bahasa yang tepat
d. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
e. Isi yang tidak sensitif
9. Apek – aspek kesantunan dalam
penulisan
Dalam Surat rasmi …
1.) Nama dan alamat penerima
• Terdapat penggunaan pangkat, gelaran atau rujukan hormat yang perlu
disesuaikan dengan dengan pangkat atau gelaran yang dimiliki . Contohnya, Yang
Amat Berhormat, Yang Amat Berbahagia
2) Sapaan dan rujukan kehormat
• Kata sapaan dan rujukan kehormat ditulis dalam surat rasmi selepas nama dam
alamat penerima surat. Contohnya, Assalamualaikum wr.wb. Y.B.Dato’
3) Pembukaan surat
• Adalah perenggan pertama dalam surat yang berkisar tentang
tajuk. Contohnya, Dengan hormatnya, Izinkanlah…
4) Isi surat
• Dalam isi surat terdapat arahan yang dinyatakan dan arahan yang digunakan boleh
diperhaluskan dengan menggunakan bahasa yang lebih halus
seperti harap ataumengharapkan.
5) Penutup
• Dalam bahagian penutup surat rasmi, biasanya ditandai dengan ucapan terima
kasih sebagai tanda penghargaan penulis surat kepada penerima.
10. Kesimpulan
• Kesopanan tidak hanya dapat dilihat melalui aspek
lisan sahaja tetapi melibatkan penggunaan bahan
tulisan. Oleh itu, pemilihan dan penggunaan kata-kata
yang tepat dan mempunyai nilai rasa yang halus dalam
surat rasmi amat penting kerana surat merupakan
cerminan kepada penulisnya. Justeru, dalam aspek
penulisan surat rasmi aspek kesopanan berbahasa
hendaklah dititikberatkan agar memberikan kesan yang
elok kepada penulis dan penerima.