SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT
         JESUS (1) MELAKA


        FOLIO SIVIK
            TAJUK:




    NAMA:Saidatul Najihah binti
    Shadan
    KELAS:6 Merah
     TAHUN:2013
         NAMA GURU:Puan Zamzura binti
      Azis


          ISI KANDUNGAN

           PERKARA           MUKASURAT
Isi Kandungan                    i
Sekalung Budi                    ii
Biodata                          1
1. Latarbelakang Projek
  A. Pernyataan Masalah          2
  B. Cadangan Projek             3
2. Objektif Projek               4
3. Lukisan Projek
  A. Lakaran Projek              5
  B. Gambar Projek               6
4. Alatan Tangan dan Bahan
Yang Digunakan
    Alatan                      7-9
    Bahan
                               10-11
5. Masalah Yang Dihadapi        12
6. Rumusan   13-14
~ SEKALUNG BUDI ~

    Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru Sivik iaitu Puan Zamzura binti Azis kerana telah banyak
membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi
menyiapkan folio ini.

     Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada ibu bapa saya iaitu En Shadan bin Othman dan
Puan Suriyati binti Yaapar kerana telah memberi saya
cadangan dan pendapat untuk mendapatkan bahan bagi
tugasan ini.

    Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-
sahabat dari kelas 6 Merah yang banyak membantu dan
memberi komen membina.

      Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan
oleh semua pihak menggerakkan saya menyiapkan tugasan
ini dengan sempurna.

Sekian terima kasih.


 Saidatul Najihah binti Shadan
o NAMA:Saidatul   Najihah binti Shadan
o UMUR:12  tahun
o NAMA BAPA:Shadan bin Othman
o NAMA IBU:Suriyati binti Yaapar
o TARIKH LAHIR:20 Januari 2001
o TEMPAT LAHIR:Hospital Besar Melaka
o CITA-CITA:Doktor Perubatan
o HOBI:Melayari Internet
o BIL.ADIK-BERADIK:2 Orang
o ALAMAT:696-1 Jalan Semabok Dalam,
 Semabok 75050 Melaka.
o KAUM:Melayu
o AGAMA:Islam
Pendahuluan
   RENUNGAN BEBERAPA BERITA DAN ISU TENTANG PENDERAAN
   KANAK-KANAK




           NURIN JAZLIN JAZIMIN
          "mangsa keganasan manusia"
  KUALA LUMPUR: Kes penderaan termasuk penderaan seks terhadap kanak-kanak
  mencatatkan peningkatan apabila 754 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu,
  berbanding 670 kes pada tahun sebelumnya.

  Daripada jumlah itu, 700 kes membabitkan kanak-kanak perempuan menjadi
  mangsa penderaan dan ia membimbangkan kerana golongan berkenaan perlu
  diberi perhatian oleh masyarakat dan bukannya sebagai alat penderaan.

  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen,
  berkata keselamatan kanak-kanak ialah isu serius kerana perlindungan golongan
  itu penting bukan saja memberi perlindungan daripada panas dan hujan.

  Menurutnya, perlindungan kanak-kanak membabitkan emosi supaya sentiasa
  selamat dan dalam keadaan terkawal bagi menghalang golongan terbabit hilang
  semangat serta keyakinan diri.
  Katanya, pendidikan awal juga perlu diberikan kepada anak mengelakkan diri
  mereka daripada menjadi mangsa penderaan serta gangguan seksual.

  Ibu bapa perlu diberikan pendedahan belajar mendengar dan melindungi anak
  mereka supaya kes penderaan dapat dihalang, katanya pada sidang media
  selepas menyaksikan penyerahan cek oleh artis, Melissa Indot kepada dua pusat
  penjagaan kanak-kanak, di sini semalam.

  Dua pusat itu ialah Pertubuhan Perlindungan dan Penyelamat Kanak-Kanak
  Selangor dan Kuala Lumpur serta Yayasan Salam Malaysia Pusat Jagaan Nur
  Salam.
  Pada majlis itu, kedua-dua pusat berkenaan masing-masing menerima cek
  bernilai RM64,070 dan RM62,170 hasil kutipan derma oleh Melissa, seorang
  penyanyi baru.


  Sumber : MyMetro 21 May, 2008.
Wajib buat aduan kes dera kanak-kanak
KUALA LUMPUR 10 Nov. _ Guru sekolah, pegawai perubatan swasta dan
penjaga di bawah kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diwajibkan
membuat aduan sekiranya terdapat kes penderaan terhadap kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihak-pihak berkenaan
diwajibkan membuat laporan kepada polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) sekiranya mengetahui perkara tersebut.

Menurut Shahrizat, perkara itu dicadangkan dalam Pindaan Akta Kanak-Kanak
2001 yang akan dikemukakan kepada Kabinet pada awal tahun depan selepas
Akta Orang Kurang Upaya (OKU) dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet
Disember ini.

“Cadangan mewajibkan pihak-pihak tersebut membuat laporan berikutan ramai
yang mengambil sikap „lepas tangan‟ dan tidak ambil tahu tentang kes penderaan
terhadap kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis sambutan
Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Ke-53 bertema „Keselamatan dan
Perlindungan Kanak-Kanak Keutamaan Kita‟ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
(KLCC) di sini, hari ini.Majlis itu dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin
Seri Jeanne Abdullah dengan kehadiran kira-kira 2,000 kanak-kanak dari seluruh
negara.

Terdahulu berucap di majlis itu, Shahrizat memberi amaran keras kepada ibu bapa
yang cuai dan menjadikan anak-anak mereka sebagai mangsa penderaan akan
dikenakan tindakan tegas.

“Kita akan menggunakan akta ini dalam menangani kes penderaan ke atas kanak-
kanak,” jelasnya.

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, kata Shahrizat, kes penderaan
kanak-kanak agak membimbangkan dengan 1,656 kes yang dilaporkan pada 2004
meningkat kepada 1,800 kes (2005) dan 1,999 kes pada 2006.

Beliau menambah, kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang dilaporkan
meliputi kes penderaan fizikal, seksual, emosi, sumbang mahram dan kes buang
bayi.Berikutan peningkatan kes itu, kerajaan telah menggubal Dasar Perlindungan
Kanak-Kanak yang meliputi semua aspek.

Shahrizat berharap, pelaksanaan dasar tersebut dapat menjamin keselamatan
kanak-kanak dalam semua keadaan seperti di taska, tadika, sekolah, hospital dan
di institusi kebajikan.

Sumber: Utusan Malaysia
Hak Dan Tanggungjawab Kanak-Kanak

  Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi
  masa hadapan.Oleh itu, menjadi tanggungjawab
  ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu
  dalam memastikan kanak-kanak ini membesar
  dalam      persekitaran    yang      harmoni,
  berkesefahaman dan penyayang.
  Kanak-kanak juga mempunyai hak sepertimana
  orang dewasa.Tambahan lagi, keadaan mereka
  yang masih belum matang dan tidak dapat
  membuat       keputusan    dengan     sendiri,
  menyebabkan mereka memerlukan perlindungan
  dan penjagaan khas, termasuk disediakan
  perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
  Mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk
  tidak didiskriminasi, hak ke atas perlindungan,
  hak untuk menyuarakan pendapat serta pelbagai
  hak-hak lain yang termaktub di dalam perjanjian
  antarabangsa, undang-undang serta dasar negara.
Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnya
tidak mengetahui dengan jelas bahawa kanak-
kanak mempunyai hak istimewa ini.Pendapat
kanak-kanak sering tidak diberikan perhatian dan
tidak diberikan perlindungan yang sewajarnya.
Berapa banyak kes yang dilaporkan oleh media
massa tentang kes penderaan dan pembuangan
bayi? Bagaimana pula dengan kes-kes
penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang
tidak dilaporkan?
Apa itu Hak Kanak-kanak?
Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-
kanak didefinisikan sebagai individu yang
berumur di bawah 18 tahun. Hak kanak-kanak
pula adalah hak-hak yang telah disenaraikan di
dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-
kanak (Convention on the Rights of the
Children).
Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak
merupakan instrumen antarabangsa yang
mempunyai ratifikasi paling banyak antara
instrumen PBB yang lain. Konvensyen ini
telah diterima pakai pada Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20
November 1989 bagi mengiktiraf hak kanak-
kanak.       Malaysia      telah      meratifikasi
konvensyen ini pada 17 Februari 1995, namun
masih mengekalkan reservasi kepada Perkara
1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37.
Konvensyen ini menuntut agar kita menjadi
lebih peka terhadap keperluan kanak-kanak
dan mewujudkan persekitaran yang harmoni
dan penyayang.Ia menggariskan hak kanak-
kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina,
agama, bangsa, kefahaman atau perbezaan.
Tanggungjawab         bagi         memastikan
perlindungan terhadap hak-hak ini terletak
kepada kerajaan Negara-negara Pihak dan
juga masyarakat.Perjanjian ini menggariskan
empat penjelasan hak utama iaitu:-
i.   Kehidupan
     Hak kanak-kanak kepada kelangsungan
     hidup dan keperluan-keperluan asas untuk
     hak tersebut seperti makanan, air bersih
     dan tempat tinggal.
     Ibu    bapa     mestilah    menyediakan
     keperluan-keperluan asas kepada kanak-
     kanak        mengikut        kemampuan
     mereka.Kanak-kanak memerlukan tempat
     tinggal yang baik, pemakanan yang
     seimbang     dan   air    yang   bersih,
     Persekitaran yang positif, harmoni dan
     penyayang perlulah diwujudkan bagi
     memastikan kanak-kanak dapat membesar
     dengan baik.
     Ibu bapa juga perlu menyediakan
     pemakanan seimbang dan berkhasiat yang
     mengandungi zat seperti karbohidrat,
     protein, vitamin dan mineral dalam
     memangkinkan     tumbesaran     kanak-
     kanak.Ibu bapa harus mengajar kanak-
     kanak untuk memilih makanan yang
berkhasiat daripada memakan makanan
   ringan yang kurang berkhasiat.
ii. Perkembangan
   Hak kepada pembangunan potensi
   individu menyeluruh seperti hak kepada
   pendidikan, hak untuk bermain dan hak
   untuk menyuarakan pendapat.
   Ibu    bapa     mestilah    memberikan
   pendidikan         kepada         kanak-
   kanak.Pendidikan      ini    termasuklah
   mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan
   persekolahan.Ibu bapa harus memupuk
   minat membaca dan cintakan ilmu kepada
   kanak-kanak.Ilmu-ilmu yang baik dan
   bermanfaat ini adalah untuk menyediakan
   kanak-kanak pada masa hadapan.
   Kanak-kanak juga diberikan kebebasan
   untuk         bermain          mengikut
   kesesuaian.Melalui interaksi bermain,
   kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu
   yang bermanfaat. Sebagai contoh, mereka
   dapat belajar menghormati orang lain;
   sesuatu yang mudah seperti beratur ketika
   bermain atau berkongsi alat permainan
   bersama-sama rakan.
   Kanak-kanak juga perlu didengari.
   Pendapat mereka yang diambil kira oleh
ibu bapa akan membuatkan mereka berasa
dihargai. Dengan ini mereka bersedia
untuk meluahkan perasaan atau masalah
kepada ibu bapa.Terdapat banyak kes
yang menunjukkan kanak-kanak atau
remaja yang lebih mempercayai rakan
sebaya daripada ibu bapa sendiri dalam
berkongsi masalah.Ini disebabkan oleh
kurangnya komunikasi di antara kanak-
kanak tersebut dengan ibu bapa mereka
sehingga menyebabkan kanak-kanak ini
tidak berminat untuk menceritakan
masalah mereka kepada ibu bapa dan
keluarga.
iii. Perlindungan
    Hak kepada perlindungan daripada
    pengaruh-pengaruh tidak baik seperti
    penderaan, eksploitasi dan sebagainya.
    Kanak-kanak berhak kepada perlindungan
    daripada    sebarang      keadaan  yang
    berbahaya seperti penderaan, pencabulan
    dan     eksploitasi.Kanak-kanak    tidak
    seharusnya dijadikan mangsa kepada
    sesuatu masalah.Mereka perlu dilindungi
    daripada dicederakan dari segi emosi
    ataupun dari segi seksual.
    Mereka tidak seharusnya diabaikan dan
    dianiaya oleh sesiapa pun.Mereka juga
    tidak sepatutnya didiskriminasi hanya
    kerana perbezaan yang terdapat pada
    mereka.Jika terdapatnya salah laku
    terhadap kanak-kanak ini, pihak-pihak
    berwajib harus campur tangan dan
    melindungi mereka melalui undang-
    undang yang telah diperuntukkan.
iv. Penyertaan
    Hak kepada penyertaan sepenuhnya
    dalam keluarga, budaya dan kehidupan
    sosial masyarakat setempat.Kanak-kanak
    perlu diberi hak untuk mengambil
    bahagian dalam hal ehwal dan
    pembesaran mereka.Contohnya mereka
    ingin mendapatkan sesuatu barangan,
    sekiranya difikirkan sesuai, ibu bapa
    perlulah      menyediakan       barangan
    tersebut.Ibu bapa juga perlu menyertakan
    kanak-kanak                        dalam
    aktivitikemasyarakatan supaya dapat
    memupuk sifat-sifat murni dalam diri
    kanak-kanak.Selain itu, kanak-kanak juga
    perlu dididik untuk berbuat baik dan
    bertoleransi dengan anggota masyarakat.
    Ibu bapa merupakan individu yang paling
    hampir kepada kanak-kanak.Seharusnya
    menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam
    memastikan kanak-kanak ini dapat
    menjalani         kehidupan         yang
baik.Kesedaran terhadap hak kanak-kanak
         perlulah dipupuk ke dalam diri setiap
         individu agar mereka mengerti bahawa
         setiap dari kita mempunyai hak
         tersendiri.Kesedaran ini juga perlu dalam
         mengurangkan tindakan-tindakan tidak
         berperikemanusian sesetengah individu
         terhadap kanak-kanak.

C.      Keperluan Asas Kanak-kanak




     i. Keinginan untuk bergerak.
        Kanak-kanak suka mengambil peluang
        untuk bermain dan melibatkan diri dalam
        sebarang kegiatan fizikal.
ii. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.
    Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya
    tetapi inginkan kejayaan itu dihargai.


iii. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan
   sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat.
   Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima,
   disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang
   lain.

iv. Keinginan untuk bersaing
  Kanak-kanak suka bersaing untuk
  memperlihatkan kemahiran dan kekuatan
  fizikal dan setara dengan rakan-rakan
  sebaya.

v. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai
   sumber daya penarik.
   Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal
   dan membentuk penampilan diri atau harga
   diri untuk menyesuaikan dirinya dalam
   masyarakat.
vi. Keinginan untuk meneroka
   Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam
   sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi
   menyeronokkan.
vii.   Keinginan untuk pencapaian kreatif.
  Kanak-kanak gemar mengalami perkara
  baru melalui aktiviti kreatif.

viii.  Keinginan untuk meluahkan perasaan
  melalui pergerakan.
  Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi
  peluang untuk meluahkan idea mengenai diri
  dan persekitaran mereka.

ix. Keinginan untuk kefahaman.
  Kanak-kanak mempunyai keperluan dan
  ingin mengembangkan kefahaman dan ingin
  mempelajari perkara baru. Justeru itu
  mereka dapat meneroka, menyentuh dan
  merasai pemikiran serta interaksi mereka
  dengan persekitaran.
D. Cara Kanak-kanak Diberi
 Perlindungan




  Usaha untuk memastikan perlindungan,
  pemulihan dan pembangunan kanak-kanak
  diteruskan bagi menjaga kebajikan dan
  kepentingan mereka.


  i.   Akta
  Sehubungan ini, Akta Kanak-Kanak 2001
  digubal dengan menggabungkan Akta
   Mahkamah       Juvana    1947,   Akta
  Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan
  Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991.
  Penggubalan Akta ini mengambil kira
  prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-
  Kanak.Akta       tersebut    mewajibkan
  pengamal perubatan, ahli keluarga dan
  penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-
kanak melaporkan   kes   penderaan   kanak-
kanak.
ii. Mahkamah Kanak-kanak
Sehubungan ini, kes penderaan kanak-kanak
yang dilaporkan meningkat daripada 1,036
pada tahun 2001 kepada 1,656 pada tahun
2005. Akta tersebut juga memberi penekanan
kepada tanggungjawab dan penglibatan ibu
bapa dalam pemulihan kanak-kanak dan
menangani ketidakharmonian dalam keluarga
melalui          penyediaan        bengkel
interaktif.Mahkamah khas dikenali sebagai
Mahkamah Kanak-Kanak yang diketuai
oleh seorang majistret dengan dua penasihat
daripada kalangan orang awam ditubuhkan
pada tahun 2002 untuk mendengar kes
berkaitan kanak-kanak.
iii. Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak
Pelbagai usaha diambil untuk menangani isu
keganasan terhadap kanak-kanak termasuk
meningkatkan penyertaan masyarakat dalam
melaksanakan program     pencegahan   dan
pemulihan.
Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan
Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan di
peringkat negeri dan daerah untuk memberi
perkhidmatan terutamanya kepada keluarga
dan kanak-kanak yang terdedah kepada
keganasan            di            kawasan
berkenaan.Perkhidmatan              tersebut
termasuk aktiviti berkaitan kanak-kanak,
kaunseling untuk kanak-kanak dan ibu bapa,
kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-
kanak bertujuan memberi sokongan psikologi
dan motivasi. Dalam tempoh Rancangan,
sejumlah 131 pasukan Perlindungan Kanak-
Kanak dengan keahlian aktif seramai 1,572
orang serta 135 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak
ditubuhkan.
iv. SCAN          (Pasukan        untuk
    Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan
    Kanak-Kanak Terabai)
Di     samping      itu,    pasukan     untuk
Mengesan Penderaan       Kanak-Kanak      dan
Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di
hospital daerah dan negeri untuk menyelia dan
memantau kes penderaan kanak-kanak yang
dirujuk kepada hospital. Sejumlah 14 pasukan
SCAN ditubuhkan di hospital negeri dan 690
kes penderaan kanak-kanak dilaporkan.


v.   Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984
Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 yang
bertujuan memastikan standard minimum
penjagaan kanak-kanak di pusat penjagaan
dikaji semula pada tahun 2005 bagi
menetapkan langkah penguatkuasaan yang
lebih    ketat  dan meningkatkan  kualiti
penjagaan kanak-kanak.
Di samping itu, sektor awam dan swasta
digalak untuk menubuhkan kemudahan
penjagaan kanak-kanak di tempat kerja
melalui penyediaan pelbagai insentif seperti
pemberian bantuan secaralangsung dan rebat
cukai. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 86
pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar telah
ditubuhkan di tempat kerja manakala seramai
3,197 penyedia khidmat penjagaan kanak-
kanak       diberi       latihan      untuk
meningkatkan keupayaan      mereka    dalam
mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak.


vi. Rumah Kanak-Kanak
Kerajaan menyediakan institusi penjagaan
untuk     anak   yatim   serta anak    yang
ditinggalkan, didera dan diabaikan.Dalam
tempoh Rancangan, tiga Rumah Kanak-Kanak
yang baru dibina untuk memberi penjagaan
dan                            perlindungan
kepada 320 kanak-kanak.


vii. Rumah Tunas Harapan
Di samping itu, tujuh Rumah Tunas Harapan
ditubuhkan bagimembolehkan      kanak-kanak
yang       memerlukan     penjagaan     dan
perlindungan tinggal     dalam      suasana
kekeluargaan. Rumah tersebut disediakan
melaluiperkongsian dan kerjasama dengan
badan korporat, kerajaan negeri serta
agensi lain yang berkaitan seperti Yayasan
Kebajikan      Kebangsaan,     NGO      dan
organisasi berasaskan  masyarakat    yang
memberi manfaat kepada 240 kanak-kanak.
Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-Kanak,          usaha      diambil untuk
menggalakkan penyertaan lebih ramai kanak-
kanak     dalam      penggubalan dan    proses
membuat keputusan. Usaha bina upaya dan
memperkasa kanak-kanak mengenai isu dan
hak mereka telah diambil melalui program
kesedaran dengan penyertaan seramai 163
kanak-kanak             dalam         tempoh
Rancangan.Bagi memastikan suara mereka
terus didengar, kanak-kanak juga turut
dilibatkan                              dalam
penilaian Pelan Tindakan Negara (NPA)
pertama dan merangka NPA kedua
bagi tempoh         2006–2020.NPA        kedua
mengambil kira elemen yang terkandung
dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-
Kanak,        iaitu      keperluan      hidup,
perlindungan, pembangunan dan penyertaan
kanak-kanak.
E. Tujuan Kanak-kanak Ke Sekolah
Sekolah merupakan pusat pendidikan yang
bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran
asas dan memupuk sikap positif kanak-kanak
dalam aspek perkembangan yang merangkumi
aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan
Sosial.
Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai
kemahiran asas antaranya kemahiran membaca,
menulis dan mengira.Kemahiran ini adalah
kemahiran asas dalam pendidikan yang juga
dikenali sebagai 3M.
Objektif pendidikan di sekolah adalah supaya :
i.   Kanak-kanak mempunyai sifat peribadi,
     perwatakan dan konsep diri yang positif
     untuk menjadi warganegara yang patriotik.
     Ini kerana kanak-kanak adalah ibarat kain
     putih yang akan di warnakan pada kain
     tersebut dan seterusnya menghasilkan
     warna-warna yang cantik atau tidak cantik.
     Oleh itu, perkembangan secara menyeluruh
sangat penting untuk membentuk kanak-
    kanak yang berkeperibadian yang tinggi.


ii. Selain itu, kanak-kanak juga akan diajar
    menggunakan Bahasa Malaysia dengan
    betul dan memperkembangkan kemahiran
    berbahasa dan berkomunikasi selain
    mengamalkan nilai-nilai murni dalam
    kehidupan seharian berasaskan ajaran
    agama.

iii. Kemahiran       untuk      berfikir    dan
     menyelesaikan     masalah     juga    dapat
     dipertingkatkan. Ini adalah perkembangan
     yang penting untuk kanak-kanak bagi
     melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis
     dalam menyelesaikan masalah.

iv. Selain mempunyai kematangan emosi dan
    kemahiran sosial ia dapat mempratikkan
    amalan kesihatan dan keselamatan yang baik
    dan objektif yang terakhir ialah mempunyai
    daya kreativiti dan estetika untuk
    menghargai keindahan alam dan warisan
    budaya.
F. Tujuan Kanak-kanak menyertai
sesuatu aktiviti
1. Aktiviti sukan
Kanak-kanak amat digalakkan untuk menyertai
aktiviti terutamanya sukan.Sebagai contoh,
kanak-kanak     boleh  menyertai   olahraga,
permainan bola sepak, bola jaring, hoki dan
sebagainya di sekolah.
Aktiviti sukan banyak kebaikannya kepada
kita.Menerusi aktiviti sukan, kita dapat
menyihatkan badan.Hal ini demikian kerana
dengan bersukan, kita dapat mengurangkan
lemak yang terkumpul di dalam badan
kita.Jantung kita pula dapat mengepam darah
dengan lancar. Seterusnya, pelbagai penyakit
seperti sakit jantung, kencing manis dan darah
tinggi dapat dihindarkan.
2. Aktiviti berkumpulan
Selain itu, aktiviti berkumpulan dapat
mengeratkan perhubungan dan memupuk
semangat   setiakawan.     Biasanya,    apabila
menjayakan sesuatu aktiviti, setiap orang perlu
bekejasama dengan rakan sepasukan yang lain.
Mereka perlu bersikap “bagai aur dengan tebing”
jika ingin mencapai kemenangan. Sebagai
hasilnya, semangat bekerjasama akan terbentuk
dan perhubungan menjadi lebih erat.
Kesimpulannya, melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti berkumpulan dan sukan merupakan
kegiatan yang berfaedah kepada kita.Namun
begitu, seseorang kanak-kanak perlu bijak
mengatur masanya antara aktiviti riadah dengan
pelajaran.Hal ini penting agar murid dapat
memperoleh kebaikan dalam kedua-dua bidang
tersebut.
G. Hak Setiap Kanak-kanak
i. Untuk dilahirkan dan mempunyai nama dan
    kewarganegaraan
ii. Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga
    danmenyayangi
iii.     Untuk tinggal di dalam komuniti dan
    persekitaran yang aman dan damai
iv.      Untuk mempunyai makanan yang
    mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat
v. Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan
    membentuk potensi diri
vi.      Untuk diberi peluang untuk bermain dan
    beriadah
vii. Untuk dilindungi daripada penderaan,
    eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya
viii. Untuk dipertahankan dan diberi bantuan
    oleh kerajaan
ix.      Untuk berupaya mengekspresi pandangan
    mereka sendiri
Folio sivik

More Related Content

What's hot

Laporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanLaporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanyoonaika
 
Laporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat SivikLaporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat Sivikshiek66
 
Buku program 2011 betul
Buku program 2011 betulBuku program 2011 betul
Buku program 2011 betulNur Syuhaida
 
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018ammani jeya pirathaba
 
Projek menceriakan laman pergola
Projek menceriakan laman pergolaProjek menceriakan laman pergola
Projek menceriakan laman pergolasulaiman rauf
 
Kata kunci karangan upsr
Kata kunci  karangan upsrKata kunci  karangan upsr
Kata kunci karangan upsrNurul Jaa
 
bahagian b penulisan
bahagian b   penulisanbahagian b   penulisan
bahagian b penulisanMohd Amri
 
Buku program hari antidadah
Buku program hari antidadahBuku program hari antidadah
Buku program hari antidadahyusmie
 
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014Joyce Robert
 
Kertas kerja tg2 km 20132014
Kertas kerja tg2 km 20132014Kertas kerja tg2 km 20132014
Kertas kerja tg2 km 20132014Atikah Yahya
 
Kertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadahKertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadahJojo Ern
 
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)ppdakpm
 
Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Teks Juruacara Majlis Graduasi SekolahTeks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Teks Juruacara Majlis Graduasi SekolahValerie Sinti
 

What's hot (20)

Laporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanLaporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukan
 
Laporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat SivikLaporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat Sivik
 
Buku program 2011 betul
Buku program 2011 betulBuku program 2011 betul
Buku program 2011 betul
 
Kertas kerja ppda 2014
Kertas kerja ppda 2014Kertas kerja ppda 2014
Kertas kerja ppda 2014
 
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
 
Projek menceriakan laman pergola
Projek menceriakan laman pergolaProjek menceriakan laman pergola
Projek menceriakan laman pergola
 
Kata kunci karangan upsr
Kata kunci  karangan upsrKata kunci  karangan upsr
Kata kunci karangan upsr
 
bahagian b penulisan
bahagian b   penulisanbahagian b   penulisan
bahagian b penulisan
 
Laporan khidmat masyarakat sem 2 2008
Laporan khidmat masyarakat sem 2 2008Laporan khidmat masyarakat sem 2 2008
Laporan khidmat masyarakat sem 2 2008
 
Big gotong royong abang
Big gotong royong abangBig gotong royong abang
Big gotong royong abang
 
Buku program hari antidadah
Buku program hari antidadahBuku program hari antidadah
Buku program hari antidadah
 
Kertas kerja bulan anti dadah
Kertas kerja bulan anti dadahKertas kerja bulan anti dadah
Kertas kerja bulan anti dadah
 
Nota psk t2
Nota psk t2Nota psk t2
Nota psk t2
 
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
 
Kertas kerja tg2 km 20132014
Kertas kerja tg2 km 20132014Kertas kerja tg2 km 20132014
Kertas kerja tg2 km 20132014
 
Kertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadahKertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadah
 
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)
 
Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Teks Juruacara Majlis Graduasi SekolahTeks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
 
Belajar berkumpulan
Belajar berkumpulan Belajar berkumpulan
Belajar berkumpulan
 
Minitmesyuarat
MinitmesyuaratMinitmesyuarat
Minitmesyuarat
 

Viewers also liked

Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraanKerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraanJuni Izyan
 
Sivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraanSivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraanJahir Korotok
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaanzainipr
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
0.2 kandungan folio
0.2  kandungan folio0.2  kandungan folio
0.2 kandungan folioRafhan Gtr
 
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5preciousafiqah
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Amir Zul
 
Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatFattah Fazel
 
Taklimat inhouse psk smkl 2011
Taklimat inhouse psk smkl 2011Taklimat inhouse psk smkl 2011
Taklimat inhouse psk smkl 2011smklunas2011
 
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting FARHAN HANIF NORMAN
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakArra Asri
 
Tema 2 hubungan kekeluargaan
Tema 2 hubungan kekeluargaanTema 2 hubungan kekeluargaan
Tema 2 hubungan kekeluargaanathirahhanis
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimKertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimAmira Dolce Farhana
 
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)Syeda Yuuras
 

Viewers also liked (20)

Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraanKerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
 
Sivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraanSivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Folio kerjaya
Folio kerjayaFolio kerjaya
Folio kerjaya
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
0.2 kandungan folio
0.2  kandungan folio0.2  kandungan folio
0.2 kandungan folio
 
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 5
 
Rpt sivik ting 2 2016
Rpt sivik ting 2 2016Rpt sivik ting 2 2016
Rpt sivik ting 2 2016
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Spm folio akaun
Spm folio akaunSpm folio akaun
Spm folio akaun
 
Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakat
 
Taklimat inhouse psk smkl 2011
Taklimat inhouse psk smkl 2011Taklimat inhouse psk smkl 2011
Taklimat inhouse psk smkl 2011
 
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanak
 
Tema 2 hubungan kekeluargaan
Tema 2 hubungan kekeluargaanTema 2 hubungan kekeluargaan
Tema 2 hubungan kekeluargaan
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimKertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
 
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
 

Similar to Folio sivik

38141443 hak-asasi-kanak-kanak
38141443 hak-asasi-kanak-kanak38141443 hak-asasi-kanak-kanak
38141443 hak-asasi-kanak-kanakumiefatiya
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Zulfadhli Zulpress
 
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...Siti Nadzirah
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...mashinichi14
 
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...NURAIN HAZIQAH
 
ASSIGNMENT 1 NURMASTURAH BINTI ARIS.pdf
ASSIGNMENT 1 NURMASTURAH BINTI ARIS.pdfASSIGNMENT 1 NURMASTURAH BINTI ARIS.pdf
ASSIGNMENT 1 NURMASTURAH BINTI ARIS.pdfNurMasturah2
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahAnn Suhana
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahAnn Suhana
 
Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Lei Sing
 
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02Norhayati Isman
 
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02Norhayati Isman
 
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishHns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishAminah Ibrahim
 
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Suhaidah Ismail
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumHeather Strinden
 
1 pembentangan kumpulan edu
1 pembentangan kumpulan edu1 pembentangan kumpulan edu
1 pembentangan kumpulan eduNoraini Huzin
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaNur Kareena
 

Similar to Folio sivik (20)

Edu hak asasi kanak2 telegram
Edu   hak asasi kanak2 telegramEdu   hak asasi kanak2 telegram
Edu hak asasi kanak2 telegram
 
38141443 hak-asasi-kanak-kanak
38141443 hak-asasi-kanak-kanak38141443 hak-asasi-kanak-kanak
38141443 hak-asasi-kanak-kanak
 
Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989
Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989
Konvensyen mengenai hak kanak kanak 1989
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
 
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
 
ASSIGNMENT 1 NURMASTURAH BINTI ARIS.pdf
ASSIGNMENT 1 NURMASTURAH BINTI ARIS.pdfASSIGNMENT 1 NURMASTURAH BINTI ARIS.pdf
ASSIGNMENT 1 NURMASTURAH BINTI ARIS.pdf
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
 
Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1
 
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
 
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
Hakasasikanak kanak2-100829003643-phpapp02
 
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan britishHns 2013 kenegaraan   esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
Hns 2013 kenegaraan esei 2 - sejauhmanakah anda berpendapat penjajahan british
 
Photo talk
Photo talkPhoto talk
Photo talk
 
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
 
Pembentangan headstart
Pembentangan headstartPembentangan headstart
Pembentangan headstart
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
 
1 pembentangan kumpulan edu
1 pembentangan kumpulan edu1 pembentangan kumpulan edu
1 pembentangan kumpulan edu
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan idea
 

Recently uploaded

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 

Recently uploaded (12)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 

Folio sivik

  • 1. SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (1) MELAKA FOLIO SIVIK TAJUK:  NAMA:Saidatul Najihah binti Shadan  KELAS:6 Merah
  • 2. TAHUN:2013  NAMA GURU:Puan Zamzura binti Azis ISI KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT Isi Kandungan i Sekalung Budi ii Biodata 1 1. Latarbelakang Projek A. Pernyataan Masalah 2 B. Cadangan Projek 3 2. Objektif Projek 4 3. Lukisan Projek A. Lakaran Projek 5 B. Gambar Projek 6 4. Alatan Tangan dan Bahan Yang Digunakan Alatan 7-9 Bahan 10-11 5. Masalah Yang Dihadapi 12
  • 3. 6. Rumusan 13-14
  • 4. ~ SEKALUNG BUDI ~ Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sivik iaitu Puan Zamzura binti Azis kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan folio ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu En Shadan bin Othman dan Puan Suriyati binti Yaapar kerana telah memberi saya cadangan dan pendapat untuk mendapatkan bahan bagi tugasan ini. Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat- sahabat dari kelas 6 Merah yang banyak membantu dan memberi komen membina. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak menggerakkan saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sekian terima kasih.  Saidatul Najihah binti Shadan
  • 5. o NAMA:Saidatul Najihah binti Shadan o UMUR:12 tahun o NAMA BAPA:Shadan bin Othman o NAMA IBU:Suriyati binti Yaapar o TARIKH LAHIR:20 Januari 2001 o TEMPAT LAHIR:Hospital Besar Melaka o CITA-CITA:Doktor Perubatan o HOBI:Melayari Internet o BIL.ADIK-BERADIK:2 Orang o ALAMAT:696-1 Jalan Semabok Dalam, Semabok 75050 Melaka. o KAUM:Melayu o AGAMA:Islam
  • 6. Pendahuluan RENUNGAN BEBERAPA BERITA DAN ISU TENTANG PENDERAAN KANAK-KANAK NURIN JAZLIN JAZIMIN "mangsa keganasan manusia" KUALA LUMPUR: Kes penderaan termasuk penderaan seks terhadap kanak-kanak mencatatkan peningkatan apabila 754 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu, berbanding 670 kes pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 700 kes membabitkan kanak-kanak perempuan menjadi mangsa penderaan dan ia membimbangkan kerana golongan berkenaan perlu diberi perhatian oleh masyarakat dan bukannya sebagai alat penderaan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata keselamatan kanak-kanak ialah isu serius kerana perlindungan golongan itu penting bukan saja memberi perlindungan daripada panas dan hujan. Menurutnya, perlindungan kanak-kanak membabitkan emosi supaya sentiasa selamat dan dalam keadaan terkawal bagi menghalang golongan terbabit hilang semangat serta keyakinan diri. Katanya, pendidikan awal juga perlu diberikan kepada anak mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan serta gangguan seksual. Ibu bapa perlu diberikan pendedahan belajar mendengar dan melindungi anak mereka supaya kes penderaan dapat dihalang, katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan cek oleh artis, Melissa Indot kepada dua pusat penjagaan kanak-kanak, di sini semalam. Dua pusat itu ialah Pertubuhan Perlindungan dan Penyelamat Kanak-Kanak Selangor dan Kuala Lumpur serta Yayasan Salam Malaysia Pusat Jagaan Nur Salam. Pada majlis itu, kedua-dua pusat berkenaan masing-masing menerima cek bernilai RM64,070 dan RM62,170 hasil kutipan derma oleh Melissa, seorang penyanyi baru. Sumber : MyMetro 21 May, 2008.
  • 7.
  • 8. Wajib buat aduan kes dera kanak-kanak KUALA LUMPUR 10 Nov. _ Guru sekolah, pegawai perubatan swasta dan penjaga di bawah kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diwajibkan membuat aduan sekiranya terdapat kes penderaan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihak-pihak berkenaan diwajibkan membuat laporan kepada polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya mengetahui perkara tersebut. Menurut Shahrizat, perkara itu dicadangkan dalam Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan dikemukakan kepada Kabinet pada awal tahun depan selepas Akta Orang Kurang Upaya (OKU) dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Disember ini. “Cadangan mewajibkan pihak-pihak tersebut membuat laporan berikutan ramai yang mengambil sikap „lepas tangan‟ dan tidak ambil tahu tentang kes penderaan terhadap kanak-kanak,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Ke-53 bertema „Keselamatan dan Perlindungan Kanak-Kanak Keutamaan Kita‟ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.Majlis itu dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dengan kehadiran kira-kira 2,000 kanak-kanak dari seluruh negara. Terdahulu berucap di majlis itu, Shahrizat memberi amaran keras kepada ibu bapa yang cuai dan menjadikan anak-anak mereka sebagai mangsa penderaan akan dikenakan tindakan tegas. “Kita akan menggunakan akta ini dalam menangani kes penderaan ke atas kanak- kanak,” jelasnya. Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, kata Shahrizat, kes penderaan kanak-kanak agak membimbangkan dengan 1,656 kes yang dilaporkan pada 2004 meningkat kepada 1,800 kes (2005) dan 1,999 kes pada 2006. Beliau menambah, kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang dilaporkan meliputi kes penderaan fizikal, seksual, emosi, sumbang mahram dan kes buang bayi.Berikutan peningkatan kes itu, kerajaan telah menggubal Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang meliputi semua aspek. Shahrizat berharap, pelaksanaan dasar tersebut dapat menjamin keselamatan kanak-kanak dalam semua keadaan seperti di taska, tadika, sekolah, hospital dan di institusi kebajikan. Sumber: Utusan Malaysia
  • 9. Hak Dan Tanggungjawab Kanak-Kanak Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan.Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang harmoni, berkesefahaman dan penyayang. Kanak-kanak juga mempunyai hak sepertimana orang dewasa.Tambahan lagi, keadaan mereka yang masih belum matang dan tidak dapat membuat keputusan dengan sendiri, menyebabkan mereka memerlukan perlindungan dan penjagaan khas, termasuk disediakan perlindungan undang-undang yang sewajarnya. Mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk tidak didiskriminasi, hak ke atas perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta pelbagai hak-hak lain yang termaktub di dalam perjanjian antarabangsa, undang-undang serta dasar negara.
  • 10. Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnya tidak mengetahui dengan jelas bahawa kanak- kanak mempunyai hak istimewa ini.Pendapat kanak-kanak sering tidak diberikan perhatian dan tidak diberikan perlindungan yang sewajarnya. Berapa banyak kes yang dilaporkan oleh media massa tentang kes penderaan dan pembuangan bayi? Bagaimana pula dengan kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang tidak dilaporkan?
  • 11. Apa itu Hak Kanak-kanak? Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak- kanak didefinisikan sebagai individu yang berumur di bawah 18 tahun. Hak kanak-kanak pula adalah hak-hak yang telah disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak- kanak (Convention on the Rights of the Children). Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak merupakan instrumen antarabangsa yang mempunyai ratifikasi paling banyak antara instrumen PBB yang lain. Konvensyen ini telah diterima pakai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 bagi mengiktiraf hak kanak- kanak. Malaysia telah meratifikasi konvensyen ini pada 17 Februari 1995, namun masih mengekalkan reservasi kepada Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37. Konvensyen ini menuntut agar kita menjadi lebih peka terhadap keperluan kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penyayang.Ia menggariskan hak kanak- kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina, agama, bangsa, kefahaman atau perbezaan.
  • 12. Tanggungjawab bagi memastikan perlindungan terhadap hak-hak ini terletak kepada kerajaan Negara-negara Pihak dan juga masyarakat.Perjanjian ini menggariskan empat penjelasan hak utama iaitu:- i. Kehidupan Hak kanak-kanak kepada kelangsungan hidup dan keperluan-keperluan asas untuk hak tersebut seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal. Ibu bapa mestilah menyediakan keperluan-keperluan asas kepada kanak- kanak mengikut kemampuan mereka.Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik, pemakanan yang seimbang dan air yang bersih, Persekitaran yang positif, harmoni dan penyayang perlulah diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan baik. Ibu bapa juga perlu menyediakan pemakanan seimbang dan berkhasiat yang mengandungi zat seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam memangkinkan tumbesaran kanak- kanak.Ibu bapa harus mengajar kanak- kanak untuk memilih makanan yang
  • 13. berkhasiat daripada memakan makanan ringan yang kurang berkhasiat. ii. Perkembangan Hak kepada pembangunan potensi individu menyeluruh seperti hak kepada pendidikan, hak untuk bermain dan hak untuk menyuarakan pendapat. Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan kepada kanak- kanak.Pendidikan ini termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan.Ibu bapa harus memupuk minat membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak.Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak pada masa hadapan. Kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk bermain mengikut kesesuaian.Melalui interaksi bermain, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat. Sebagai contoh, mereka dapat belajar menghormati orang lain; sesuatu yang mudah seperti beratur ketika bermain atau berkongsi alat permainan bersama-sama rakan. Kanak-kanak juga perlu didengari. Pendapat mereka yang diambil kira oleh
  • 14. ibu bapa akan membuatkan mereka berasa dihargai. Dengan ini mereka bersedia untuk meluahkan perasaan atau masalah kepada ibu bapa.Terdapat banyak kes yang menunjukkan kanak-kanak atau remaja yang lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa sendiri dalam berkongsi masalah.Ini disebabkan oleh kurangnya komunikasi di antara kanak- kanak tersebut dengan ibu bapa mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak ini tidak berminat untuk menceritakan masalah mereka kepada ibu bapa dan keluarga.
  • 15. iii. Perlindungan Hak kepada perlindungan daripada pengaruh-pengaruh tidak baik seperti penderaan, eksploitasi dan sebagainya. Kanak-kanak berhak kepada perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya seperti penderaan, pencabulan dan eksploitasi.Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah.Mereka perlu dilindungi daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual. Mereka tidak seharusnya diabaikan dan dianiaya oleh sesiapa pun.Mereka juga tidak sepatutnya didiskriminasi hanya kerana perbezaan yang terdapat pada mereka.Jika terdapatnya salah laku terhadap kanak-kanak ini, pihak-pihak berwajib harus campur tangan dan melindungi mereka melalui undang- undang yang telah diperuntukkan.
  • 16. iv. Penyertaan Hak kepada penyertaan sepenuhnya dalam keluarga, budaya dan kehidupan sosial masyarakat setempat.Kanak-kanak perlu diberi hak untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal dan pembesaran mereka.Contohnya mereka ingin mendapatkan sesuatu barangan, sekiranya difikirkan sesuai, ibu bapa perlulah menyediakan barangan tersebut.Ibu bapa juga perlu menyertakan kanak-kanak dalam aktivitikemasyarakatan supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri kanak-kanak.Selain itu, kanak-kanak juga perlu dididik untuk berbuat baik dan bertoleransi dengan anggota masyarakat. Ibu bapa merupakan individu yang paling hampir kepada kanak-kanak.Seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak ini dapat menjalani kehidupan yang
  • 17. baik.Kesedaran terhadap hak kanak-kanak perlulah dipupuk ke dalam diri setiap individu agar mereka mengerti bahawa setiap dari kita mempunyai hak tersendiri.Kesedaran ini juga perlu dalam mengurangkan tindakan-tindakan tidak berperikemanusian sesetengah individu terhadap kanak-kanak. C. Keperluan Asas Kanak-kanak i. Keinginan untuk bergerak. Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal.
  • 18. ii. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai. iii. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain. iv. Keinginan untuk bersaing Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal dan setara dengan rakan-rakan sebaya. v. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. vi. Keinginan untuk meneroka Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.
  • 19. vii. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. viii. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. ix. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.
  • 20. D. Cara Kanak-kanak Diberi Perlindungan Usaha untuk memastikan perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak diteruskan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan mereka. i. Akta Sehubungan ini, Akta Kanak-Kanak 2001 digubal dengan menggabungkan Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Penggubalan Akta ini mengambil kira prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak- Kanak.Akta tersebut mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-
  • 21. kanak melaporkan kes penderaan kanak- kanak. ii. Mahkamah Kanak-kanak Sehubungan ini, kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan meningkat daripada 1,036 pada tahun 2001 kepada 1,656 pada tahun 2005. Akta tersebut juga memberi penekanan kepada tanggungjawab dan penglibatan ibu bapa dalam pemulihan kanak-kanak dan menangani ketidakharmonian dalam keluarga melalui penyediaan bengkel interaktif.Mahkamah khas dikenali sebagai Mahkamah Kanak-Kanak yang diketuai oleh seorang majistret dengan dua penasihat daripada kalangan orang awam ditubuhkan pada tahun 2002 untuk mendengar kes berkaitan kanak-kanak.
  • 22. iii. Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Pelbagai usaha diambil untuk menangani isu keganasan terhadap kanak-kanak termasuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam melaksanakan program pencegahan dan pemulihan. Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah untuk memberi perkhidmatan terutamanya kepada keluarga dan kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan di kawasan berkenaan.Perkhidmatan tersebut termasuk aktiviti berkaitan kanak-kanak, kaunseling untuk kanak-kanak dan ibu bapa, kursus keibubapaan serta penjagaan kanak- kanak bertujuan memberi sokongan psikologi dan motivasi. Dalam tempoh Rancangan, sejumlah 131 pasukan Perlindungan Kanak- Kanak dengan keahlian aktif seramai 1,572 orang serta 135 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan.
  • 23. iv. SCAN (Pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai) Di samping itu, pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital daerah dan negeri untuk menyelia dan memantau kes penderaan kanak-kanak yang dirujuk kepada hospital. Sejumlah 14 pasukan SCAN ditubuhkan di hospital negeri dan 690 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan. v. Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 yang bertujuan memastikan standard minimum penjagaan kanak-kanak di pusat penjagaan dikaji semula pada tahun 2005 bagi menetapkan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak. Di samping itu, sektor awam dan swasta digalak untuk menubuhkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja melalui penyediaan pelbagai insentif seperti pemberian bantuan secaralangsung dan rebat cukai. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 86 pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar telah
  • 24. ditubuhkan di tempat kerja manakala seramai 3,197 penyedia khidmat penjagaan kanak- kanak diberi latihan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak. vi. Rumah Kanak-Kanak Kerajaan menyediakan institusi penjagaan untuk anak yatim serta anak yang ditinggalkan, didera dan diabaikan.Dalam tempoh Rancangan, tiga Rumah Kanak-Kanak yang baru dibina untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada 320 kanak-kanak. vii. Rumah Tunas Harapan Di samping itu, tujuh Rumah Tunas Harapan ditubuhkan bagimembolehkan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan tinggal dalam suasana kekeluargaan. Rumah tersebut disediakan melaluiperkongsian dan kerjasama dengan badan korporat, kerajaan negeri serta agensi lain yang berkaitan seperti Yayasan Kebajikan Kebangsaan, NGO dan
  • 25. organisasi berasaskan masyarakat yang memberi manfaat kepada 240 kanak-kanak. Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, usaha diambil untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai kanak- kanak dalam penggubalan dan proses membuat keputusan. Usaha bina upaya dan memperkasa kanak-kanak mengenai isu dan hak mereka telah diambil melalui program kesedaran dengan penyertaan seramai 163 kanak-kanak dalam tempoh Rancangan.Bagi memastikan suara mereka terus didengar, kanak-kanak juga turut dilibatkan dalam penilaian Pelan Tindakan Negara (NPA) pertama dan merangka NPA kedua bagi tempoh 2006–2020.NPA kedua mengambil kira elemen yang terkandung dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak- Kanak, iaitu keperluan hidup, perlindungan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak.
  • 26. E. Tujuan Kanak-kanak Ke Sekolah Sekolah merupakan pusat pendidikan yang bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran asas dan memupuk sikap positif kanak-kanak dalam aspek perkembangan yang merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran asas antaranya kemahiran membaca, menulis dan mengira.Kemahiran ini adalah kemahiran asas dalam pendidikan yang juga dikenali sebagai 3M. Objektif pendidikan di sekolah adalah supaya : i. Kanak-kanak mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. Ini kerana kanak-kanak adalah ibarat kain putih yang akan di warnakan pada kain tersebut dan seterusnya menghasilkan warna-warna yang cantik atau tidak cantik. Oleh itu, perkembangan secara menyeluruh
  • 27. sangat penting untuk membentuk kanak- kanak yang berkeperibadian yang tinggi. ii. Selain itu, kanak-kanak juga akan diajar menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi selain mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama. iii. Kemahiran untuk berfikir dan menyelesaikan masalah juga dapat dipertingkatkan. Ini adalah perkembangan yang penting untuk kanak-kanak bagi melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. iv. Selain mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial ia dapat mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik dan objektif yang terakhir ialah mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
  • 28. F. Tujuan Kanak-kanak menyertai sesuatu aktiviti 1. Aktiviti sukan Kanak-kanak amat digalakkan untuk menyertai aktiviti terutamanya sukan.Sebagai contoh, kanak-kanak boleh menyertai olahraga, permainan bola sepak, bola jaring, hoki dan sebagainya di sekolah. Aktiviti sukan banyak kebaikannya kepada kita.Menerusi aktiviti sukan, kita dapat menyihatkan badan.Hal ini demikian kerana dengan bersukan, kita dapat mengurangkan lemak yang terkumpul di dalam badan kita.Jantung kita pula dapat mengepam darah dengan lancar. Seterusnya, pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan. 2. Aktiviti berkumpulan Selain itu, aktiviti berkumpulan dapat mengeratkan perhubungan dan memupuk semangat setiakawan. Biasanya, apabila menjayakan sesuatu aktiviti, setiap orang perlu
  • 29. bekejasama dengan rakan sepasukan yang lain. Mereka perlu bersikap “bagai aur dengan tebing” jika ingin mencapai kemenangan. Sebagai hasilnya, semangat bekerjasama akan terbentuk dan perhubungan menjadi lebih erat. Kesimpulannya, melibatkan diri dalam aktiviti- aktiviti berkumpulan dan sukan merupakan kegiatan yang berfaedah kepada kita.Namun begitu, seseorang kanak-kanak perlu bijak mengatur masanya antara aktiviti riadah dengan pelajaran.Hal ini penting agar murid dapat memperoleh kebaikan dalam kedua-dua bidang tersebut.
  • 30. G. Hak Setiap Kanak-kanak i. Untuk dilahirkan dan mempunyai nama dan kewarganegaraan ii. Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga danmenyayangi iii. Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai iv. Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat v. Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri vi. Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah vii. Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya viii. Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan ix. Untuk berupaya mengekspresi pandangan mereka sendiri