Dokumen tersebut membahas tentang pendidikan abad ke-21, peranan guru dan pelajar abad ke-21. Ia menjelaskan bahwa pendidikan abad ke-21 harus memberikan pengetahuan luas kepada siswa, serta kemahiran berfikir tingkat tinggi, kemahiran hidup bersama, dan kemampuan untuk menjadi individu yang mandiri. Guru abad ke-21 diharapkan dapat mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran, mendidik
1. 1.0 PENDIDIKAN
1.1 Pendidikan Abad Ke-21
Aristotle pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan
belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat berkait rapat
dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita. Apakah yang dimaksudkan
dengan kenyataan „Education is that which remains, when one has forgotten all that he learned
in school?‟ (Pendidikan adalah apa yang tertinggal, setelah seseorang lupa apa yang dipelajari
di sekolah?). Bukankah kenyataan itu bersifat ironik? Mungkin kenyataan itu mengingatkan kita
bahawa pendidikan bukan setakat mengisi ilmu ke dalam otak murid seperti kita mengisikan air
ke dalam baldi. Sebaliknya, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, pendidikan seharusnya
menupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu (ASK-Attitude, Skill and Knowledge)
untuk melakukan sesuatu perkara yang perlu dilakukan dalam konteks persekitaran yang
senantiasa berubah dan semakin menjadi „rata‟ (The World is Flat, Thomas L. Friedman).
Menurut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On Education For The
Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan empat
tonggak iaitu :
1. Learning to know (Belajar untuk tahu)
2. Learning to do (Belajar untuk buat)
3. Learning to live together (Belajar untuk hidup bersama)
4. Learning to be (Belajar untuk menjadi)
Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberikan seseorang kanak-kanak itu
dengan pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara
mendalam dalam bidang-bidang tertentu. „Belajar untuk tahu‟ membantu seseorang membina
spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmu di
sini juga merangkumi cara belajar iaitu sesuatu kemahiran yang amat diperlukan untuk
memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari pelbagai
sumber. Ilmu yang diperolehi haruslah seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan
berasaskan ilmu itu.
2. „Belajar untuk buat‟ bukan sahaja dihadkan kepada kemahiran operasi atu mekanikal tetapi
merangkumi kompetensi-kompetensi seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang
tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam konteks pelbagai sosial dan kerja.
Kita semua perlu kerap mengingatkan diri kita bahawa tidak kira apa pun perbezaan kita dari
segi agama, kaum, status sosial, politik, ekonomi atau aspek-aspek yang lain, kita berkongsi
hidup di planet yang sama. Suka atau tidak,masalah orang lain akan menjadi masalah kita juga.
Berjaya atau tidak sistem pendidikan melatih „Belajar untuk hidup bersama‟ jelas dilihat dari hal
ehwal semasa yang berlaku di sekitar kita.
Satu sistem pendidikan, dari penggubalan dasar, pembentukan struktur pentadbiran,
penjawatan sehingga ke pelaksanaan di peringkat sekolah, dengan sendirinya akan menjadi
satu model (baik atau tidak) kepada pendidikan yang berunsurkan „belajar untuk hidup
bersama‟. Usaha untuk membawa pendidikan ke satu tahap yang lebih tinggi dapat
diperhatikan dari aspek pemupukan saling kesefahaman antara satu sama lain, apresiasi kepada
keperluan saling bergantung (Interdependence), pengurusan konflik dengan semangat saling
menghormati nilai-nilai pluralistic dan saling kesefahaman yang mementingkan keharmonian.
Di peringkat sekolah, pemupukan nilai dan kemahiran tersebut perlu digiatkan melalui
pendekatan yang lebih holistik. Dalam konteks ini, para guru dan para ibu bapa dan
masyarakat secara umumnya, ada peranan untuk membimbing mereka yang terperangkap di
dalam konflik kefahaman antara apa yang dipelajari dengan realiti. Mereka perlu diberi
keyakinan bahawa konflik itu lebih merupakan persepsi yang diakibatkan leh prejudis dan akan
menjadi berkurangan apabila mereka membesar dan memperoleh lebih banyak ilmu. Keyakinan
positif ini harus diberi tidak kira tahap keyakinan diri kita demi untuk mencipta satu masa depan
yang lebih cerah apabila kita semua benar-benar dapat hidup bersama.
Selanjutnya, „Belajar untuk menjadi‟ menuntut satu usaha pendidikan yang gigih ke arah
membangunkan modal insane yang mempunyai keperibadian yang halus, boleh bertindak
dengan lebih autonomi, berkebolehan membuat penilaian atau pertimbangan yang lebih adil,
rasional dan jitu, mempunyai tanggungjawab kendiri yang lebih tinggi dan membolehkan
potensi individu seseorang itu berkembang dengan optimum. Perkara ini merupakan satu usaha
padu yang mencabar, memrlukan koordinasi semua pihak dan peringkat yang koheren serta
realistik. Kualiti pemimpin dan guru menjadi penentu kejayaan yang penting. Tahap autonomi
3. yang berpatutan diberi kepada sekolah mempengaruhi usaha untuk menyemaikan budaya
pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid melalui program mengikut acuan
tersendiri. Saling kesefahaman tentang hakikat ini dan pengupayaan yang dibenarkan di
sekolah akan memudahkan proses „Belajar untuk menjadi‟. Perkara ini perlu ditegaskan kerana
kejayaan „Belajar untuk menjadi‟ amat dipengaruhi oleh suasana yang kondusif yang memberi
peluang untuk perkembangan individualistik.
Akhir sekali, apa yang mencabar adalah bagaimana merealisasikan segala apa yang
telah dinyatakan terdahulu supaya ilmu pengetahuan diterjemahkan kepada amalan, amalan
menjadi budaya, budaya membawa kejayaan dan seruan menjadi realiti. Apa yang kurang
daripada itu adalah retorik sahaja.
1.2 Guru Abad ke-21
Menurut kamus dewan, guru merupakan tenaga pengajar, pendidik, dan pengasuh. Guru
dianggap sebagai pengurus kepada kelas yang diajarnya. Guru memainkan peranan sebagai
fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang proses pembelajaran dan pelajaran (P&P). Dalam
abad ke-21, guru memainkan peranan yang lebih berat dengan bebanan tugas yang semakin
bertambah. Guru abad ke-21 merupakan guru yang mempunyai ciri-ciri seperti kaya dengan
maklumat terutama dalam sains dan teknologi, mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi,
berfikiran konstuktif, mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar serta mempunyai
pengetahuan dan kemahiran industri.
Guru abad ke-21 perlu mengorak langkah bagi menggembleng tenaga dan peluang
untuk melengkapkan diri supaya lebih berketrampilan sebagai pemimpin yang menyampaikan
ilmu berasaskan teknologi semasa serta bersedia untuk menguasai dan menggunakan teknologi
maklumat untuk pelbagai bidang dan menjalani urusan harian. Selain itu, kemahiran berfikir
secara konstruktif juga perlu dimiliki oleh guru abad ke-21. Para pelajar perlu dididik
menggunakan daya pemikiran yang beraras tinggi untuk menghadapi perubahan zaman.
Peranan guru dalam abad ke-21 ialah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap
insan yang bergelar pelajar. Pelajar merupakan pelanggan utama kepada guru dan guru
4. bertindak sebagai agen dalam menyampaikan semua perkara berkaitan kehidupan. Nilai-nilai
murni menitikberatkan perlakuan yang baik dan tidak melanggar norma-norma masyarakat,
bertatasusila dalam perhubungan sesama manusia, makhluk lain dan Tuhan. Elemen ini sangat
penting dalam usaha membudayakan masyarakat bagi mewujudkan keharmonian sesebuah
negara. Dalam perkara ini, guru perlu bertindak sebagai „role model‟ kepada pelajarnya dan
masyarakat. Di samping itu, guru abad ke-21 perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran
industri. Ini sangat penting bagi melahirkan generasi atau modal insan untuk pasaran kerja
industri yang semakin pesat berkembang. Usaha ini merupakan sumbangan untuk melahirkan
sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, berkualiti,
serba boleh, dan responsif terhadap perubahan serta perkembangan industri semasa.
Dalam abad ke-21 ini juga, guru berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan
khasnya di dalam bilik darjah. Para pelajar telah mendapat pelbagai kemudahan seperti
kemudahan ICT untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini akan
menimbulkan kerumitan bagi guru-guru yang kurang berkemahiran dalam penggunaan ICT.
Rentetan daripada perkara ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah meminta para guru
yang belum memiliki ijazah supaya menhadiri kursus atau program yang telah ditawarkan bagi
meningkatkan kemahiran diri para guru yang terlibat. Antara program yang telah ditawarkan
oleh kerajaan ialah Program Pensiswazahan Guru (PPG), Program Khas Pensiswazahan Guru
Besar (PKPGB) dan lain-lain. Dari segi penilaian pelajar pula, dasar kerajaan yang perlu
dilaksanakan seperti penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS), penilaian hasil
pembelajaran, perlaksanaan penanda aras dan ujian secara atas talian akan menjadi perkara
biasa dan merupakan satu cabaran kepada guru abad ke-21 (Gruber et.al,1999). Cabaran lain
yang perlu dihadapi oleh guru abad ke-21 adalah masalah sosial pelajar yang perlu ditangani ke
arah membentuk masyarakat madani. Masalah sosial yang semakin berleluasa hari ini
menyebabkan tugas guru semakin mencabar. Guru perlu memainkan peranan semaksimum
mungkin dalam memastikan masalah sosial pelajar hari ini berkurangan.
Cabaran seterusnya yang perlu dihadapi oleh guru dalam abad ke-21 ialah misi
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.
Kurikulum hari ini terus mengalami perkembangan pesat dari semasa ke semasa dan perubahan
seperti ini sudah semestinya mengubah harapan dan keperluan pelbagai pihak ke atas
5. kecekapan dan keterampilan para guru agar impian yang diwarwarkan menjadi kenyataan.
Salah satu isu berkaitan misi KPM ialah memperkenalkan mata pelajaran vokasional (MPV)
dalam system pendidikan di sekolah hari ini. Langkah ini adalah kesan daripada persaingan
pendidikan global yang terarah kepada bidang industri dan juga hasrat KPM bagi melahirkan
sistem pendidikan bertaraf dunia.
1.3 Pelajar Abad ke-21
Dalam mana-mana sistem pendidikan, objektif asal adalah bagi mamastikan setiap pelajar
dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam sesebuah kehidupan. Sejarah
sistem pendidikan Malaysia seperti negara lain di dunia ialah memberi penekanan terhadap
pembangunan kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains, Matematik
dan Bahasa. Walaupun begitu, dari segi pengiktirafan di peringkat global, kemahiran pelajar
adalah tidak mencukupi sekadar menguasai kemahiran 3M (menulis, membaca, dan mengira)
sahaja apabila mereka meninggalkan bangku persekolahan kelak. Tumpuan bukan hanya
kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi juga pembangunan kemahiran
berfikir pada aras yang tinggi bagi menghadapi era globalisasi menuju abad ke-21.
Pelajar abad ke-21 adalah terdiri daripada pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti
berkeyakinan tinggi, bersifat ingin tahu, berkemahiran dalam berfikir, berkemahiran kritis,
berani mencuba, dan bijak menyoal sejajar dengan kepesatan teknologi yang semakin pesat
membangun. Pelajar abad ke-21 seharusnya lebih profesional dan amat memahami tugas
mereka sebagai pelajar. Kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu hanya kepada guru semata-
mata sebagai agen pemberian maklumat utama. Sebaliknya mereka perlu melakukan
pemerolehan maklumat daripada pelbagai sumber yang ada dan kemudahan yang telah
disediakan. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah
yang masih berada di tapuk lama yang sedang bergelut dengan persoalan asas pembelajaran
iaitu kemampuan asas pelajar untuk membaca, menulis, dan mengira. Perkara ini masih
menjadi isu dan berada pada peringkat yang mendukacitakan terutama di kawasan pedalaman
yang kekurangan akses kepada maklumat dan tahap ketersampaian yang rendah. Namun,
masalah ini telah dikenal pasti dan telah sedaya upaya cuba diatasi oleh pihak kementerian
6. dengan mengambil pelbagai langkah supaya ekuiti atau kesamarataan boleh dikecapi oleh
semua pihak khasnya pelajar.
Prestasi pelajar di negara kita telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, namun
pencapaian yang membanggakan itu memerlukan risiko iaitu dari segi relatif dan mutlak. Hal ini
disebabkan sistem pendidikan di negara lain dapat meningkatkan pretasi pelajarnya dengan
lebih cepat dan mampu mengekalkan momentum tersebut secara berterusan. Jurang
pencapaian antara sistem pendidikan Malaysia hari ini dengan negara maju yang lain semakin
melebar. Pentaksiran antarabangsa juga menunjukkan prestasi pelajar Malaysia semakin
merosot dari segi mutlak.
Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa pelajar seperti Programme
for International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS) telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti
keberhasilan pendidikan daripada pelbagai system pendidikan. Pentaksiran ini mengambil kira
pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan.
Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS buat pertama kalinya pada tahun
1999, skor purata pelajar mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains.
Penyertaan dalam pusingan yang terkini pada tahun 2007 menunjukkan prestasi pelajar
Malaysia telah menurun kepada bawah purata antarabangsa disusuli penurunan dari segi
kedudukan negara. Lebih kritikal, 18% dan 20% pelajar Malaysia gagal mencapai tahap
kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007, iaitu peningkatan dua
hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5% masing-masing pada tahun 2003. Keputusan
PISA pada tahun 2009 dan tahun seterusnya (penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak
memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah
dalam kalangan 74 buah negara peserta. Pencapaian ini telah meletakkan Malaysia di bawah
pencapaian purata antarabangsa dan OECD (Ekshibit 3). Hampir 60% pelajar berumur 15 tahun
yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala
44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum.
Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaan dengan satu tahun
persekolahan. Secara perbandingan, pencapaian pelajar berumur 15 tahun di Singapura, Korea
7. Selatan, Hong Kong dan Shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau lebih tahun persekolahan
berbanding pelajar berumur 15 tahun di Malaysia.
Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetus kebimbangan, namun
terdapat banyak bukti kecemerlangan pelajar dan sekolah di seluruh negara yang telah
mencapai standard antarabangsa berdasarkan ukuran dalam bidang akademik dan bukan
akademik. Kementerian telah mengiktiraf 66 buah sekolah di bawah Program Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT). Sekolah tersebut merupakan yang terbaik kerana memiliki ciri-ciri
yang unik, menghasilkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik pelajar secara tekal
dan berkeupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Sistem pendidikan negara juga berjaya mewujudkan sekolah, daerah dan negeri yang
menunjukkan peningkatan di luar jangkaan yang membanggakan. Sebagai contoh, sejak lima
tahun yang lalu, Johor merupakan salah sebuah negeri yang berada pada kedudukan lima
terbawah berdasarkan prestasi pelajar dalam UPSR. Johor telah melaksanakan program
peningkatan kemajuan sekolah yang menyeluruh dan berjaya meningkatkan pencapaiannya
hanya dalam tempoh lima tahun. Johor kini berada dalam kelompok tiga teratas.
1.4 Kemahiran Abad ke-21
Golongan pelajar merupakan satu produk yang terhasil melalui sistem pendidikan. Bagi
menjamin kualiti pendidikan, golongan pelajar sama ada di peringkat rendah mahupun tinggi
haruslah mempunyai keupayaan dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran selari dengan
perkembangan teknologi dan maklumat pada hari ini. Hasrat kerajaan Malaysia dalam menuju
sebuah negara maju, pengetahuan menjadi teras kepada semua perkara dan berhadapan
dengan era „Knowledge Based Economy‟ yang menuntut keperluan tenaga kerja yang mahir.
Bagi menyokong dan memajukan K-ekonomi yang menjadi teras kepada ekonomi inovasi,
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) akan diarusperdanakan kepada masyarakat untuk
mendapat pendidikan formal atau tidak formal. Hal ini kerana penekanan kepada PSH akan
membantu rakyat mencapai potensi diri sebenar sekali gus akan menyumbang kepada proses
pembangunan di peringkat komuniti setempat. Kemahiran dalam menggunakan pelbagai
bahasa khasnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin merupakan satu aset penting dan
8. menjadi batu loncatan dalam persaingan dunia K-ekonomi untuk membolehkan rakyat Malaysia
berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di negara-negara maju.
Kepesatan dalam pembangunan dan teknologi hari ini menuntut rakyat Malaysia
bersedia menghadapi perubahan-perubahan tersebut. Peluang-peluang untuk meningkatkan
ilmu dan kemahiran perlu dirancang secara berterusan. Oleh itu, setiap insan khasnya para
pelajar yang dicorak oleh pendidikan haruslah bersedia dengan konsep PSH. Produk pendidikan
yang perlu dihasilkan iaitu sumber manusia dan modal insan mestilah yang berkeupayaan
mencipta, berusaha menghasilkan pembaharuan, menjana dan memanfaatkan idea baru serta
menggunakan teknologi dan kemahiran keusahawanan yang terbaik.
Pembangunan negara yang kukuh terletak kepada kejayaan kita melahirkan modal insan
berkualiti yang memenuhi ciri-ciri keperluan dalam abad ke-21. Modal insan merupakan
pelaburan terpenting untuk pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi
dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tiada negara yang mampu mencapai
kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, mampu bertindak
balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi dan berpaksikan kepada
penjanaan serta penggunaan pengetahuan. Justeru itu, membangun dan mengekalkan modal
insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara.
Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan
inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional serta paras
produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara
berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal
insan yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Sudah tiba masanya kita menganjak
paradigma kepada usaha meningkatkan modal intelektual (intellectuals capital) berbanding
melahirkan modal insan (human capital) semata-mata. Dalam erti kata lain, pembangunan
modal insan di negara tidak lagi bergantung kepada soal menyediakan akses semata-mata
sebaliknya membangunkan pengalaman dan pengetahuan yang berkualiti dan diterima oleh
seseorang individu atau pelajar selama berada di insituti pengajian. Hal ini kerana modal
intelektual akan berupaya menjamin pembangunan negara yang berkualiti dan mampan.
9. Pengukuhan proses pembelajaran dan pelajaran di peringkat sekolah dan IPT mestilah
memanfaatkan kemajuan teknologi supaya lebih inovatif, kreatif dan menarik perhatian pelajar.
Selain itu, ciri-ciri pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar (student centered) supaya proses
pembelajaran ini dapat memberi perhatian kepada aspek-aspek perkembangan dan potensi
pelajar secara menyeluruh. Beberapa langkah boleh diaplikasikan ke dalam proses ini iaitu
memperkayakan kreativiti dan inovasi, memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi,
memanfaatkan globalisasi, kepimpinan institusi pendidikan bertranformasi dan kelestarian
institusi serta pengurusan bakat.
Era globalisasi kini yang memperlihatkan persaingan yang hebat tidak seharusnya
mengekalkan kita sebagai pengikut semata-mata tetapi sebagai pemimpin yang menerajui
perubahan. Dalam hubungan ini, pengajaran dan penyelidikan bagi tujuan pembinaan
pengetahuan tempatan amat penting dan signifikan untuk diterapkan di sekolah mahupun di
IPT. Pengetahuan ini akan memacu ekonomi berasaskan inovasi yang seterusnya menjadi asas
kepada pemetaan Malaysia di peringkat global. Faktor ini juga dapat membantu Malaysia
mencapai hasrat dalam wawasan 2020. Keupayaan dan kemampuan Malaysia sebagai
pembekal produk pendidikan yang berkualiti menuntut usaha penambahbaikan dan penanda
aras yang berterusan. Kedudukan Malaysia yang semakin dikenali sebagai pembekal pengajian
tinggi yang berkualiti perlu dipertingkatkan kerana hasil yang diperoleh bukan sahaja terhad
kepada pengaliran wang keluar masuk negara malah hasil berbentuk perkongsian ilmu dan
peningkatan kepakaran.
Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usaha-usaha
meletakkan Malaysia sebagai pemain global di mana keterlibatannya dalam hal ini tidak
seharusnya terhad kepada program pertukaran pelajar dan staf sahaja tetapi memaksimumkan
kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolaborasi dan memberi khidmat konsuitasi pada
peringkat global. Melalui program seumpama ini, sektor pengajian tinggi akan menekankan
kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi nilai-nilai Malaysia dengan seluruh
dunia. Dengan program pengantarabangsaan ini juga, guru dan pelajar dapat berkongsi ilmu
dan kemahiran yang berbeza daripada negara-negara maju yang lain. Ini sekaligus dapat
meningkatkan kreativiti dan penguasaan kemahiran peringkat global ke dalam diri para pelajar
kita.
10. Persaingan pada abad ke-21 amat memerlukan para pelajar yang berani dari segi
menampilkan diri dengan pendapat, kreativiti, dan inovasi. Kemahiran soft skilled amat perlu
dikuasai oleh setiap pelajar supaya lebih berkeyakinan tinggi untuk bercakap, mempertahankan
pendirian dan memasarkan diri ke pasaran kerja semasa tempatan ataupun antarabangsa. Bagi
menerapkan kemahiran ini agar menjadi kebiasaan dalam diri pelajar, KPM dan pihak sekolah
serta IPT perlu menggembleng tenaga dan usaha bersama-sama serta mula menyusun program
bercorak pengaplikasian kemahiran yang membolehkan pelajar mempamerkan kelebihan
masing-masing agar dapat diaplikasikan ke dalam bidang-bidang tertentu yang boleh
melonjakkan nama institusi pendidikan kita dan menyumbang ke arah keberhasilan negara.
Oleh itu, pencapaian tahap kemahiran bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh
setiap warga. Setiapa pelaksana yang kompeten dan mempunyai kemahuan untuk
menyumbang atas dasar kepentingan dan manfaat bersama kepada negara perlulah hadir
secara berterusan. Semangat dan iltizam serta keterbukaan setiap pelaksana untuk menilai
secara berterusan daripada tindakan-tindakan yang dilaksanakan perlulah seiring dengan
perkembangan pada abad ke-21. Langkah ini seterusnya akan dapat menambahbaik sistem
pendidikan di Malaysia.
2.0 TEORI PEMBELAJARAN
Menurut pandangan Barat, teori pembelajaran bermula dari masa Plato menvatakan
pandangannya dalam The Republic (sekitar tahun 403 atau 402 S.M) bahawa manusia
dilahirkan dengan sejumlah pengetahuan yang diperolehnya dari alam sebelum kelahiran,
justeru, manusia belajar dari apa yang telah ada dalam dirinya. Ini bererti pembelajaran adalah
satu proses untuk memanggil atau mengingat semula apa yang telah dikurniakan dalam jiwa
seseorang.
Teori pembelajaran Plato ini menimbulkan banyak bangkangan kerana meletakkan
manusia sebagai objek yang pasif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dua ribu tahun
selepas Plato, muncul satu lagi teori pembelajaran yang dicernakan oleh John Locke (1632-
1704), seorang ahli falsafah British. Berbeza daripada Plato, beliau berpendapat bahawa
manusia dilahirkan seperti sebuah bekas yang kosong. Dengan mengumpulkan sedikit demi
sedikit pengalaman baharulah manusia boleh menyelesaikan sesuatu masalah.
11. Dua puluh tiga abad selepas Plato menghasilkan teorinya, dan selepas Darwin
menghasilkan Teori Evolusi pada tahun 1859, manusia dilihat mempunyai hubungan biologi
dengan binatang. Oleh yang demikian, adalah wajar mengkaji proses biologi ke atas haiwan
bagi mendapatkan sebahagian gambaran tentang tabiat manusia. Penyelidikan ke atas haiwan
ini melahirkan aliran behaviourisme. Jika dibuat analogi perlaksanaan aliran ini dalam bilik
darjah, para behaviorisme tidak berminat untuk mengkaji bagaimana pelajar memahami Hukum
Newton. Sebaliknya, mereka berminat untuk mengkaji bagaimana pelajar dapat dibentuk untuk
membuat sesuatu perkara seperti mendapatkan jawapan yang betul, melaksanakan ujikaji,
menulis formula dan lain-lain.
Di akhir dekad kelima abad ke 20, muncul pula Jean Piaget, seorang biologis berbangsa
Swiss dengan satu teori yang hingga kini mendapat tempat dalam perkembangan dunia
psikologi. Piaget percaya bahawa kebolehan manusia berfikir dan belajar adalah bersifat
adaptif. Ertinya, fungsi biologi yang ada pada manusia dapat membantu manusia itu
mengendalikan persekitarannya.
Pada akhir tahun 50-an, muncul pula revolusi sains kognitif. Komputer dimodelkan atau
dihipotesiskan sebagai minda. Maka terbinalah satu bidang penyelidikan baru yang
menggabungkan bidang psikologi, sains komputer, falsafah dan linguistik. Walau bagaimanapun
teori ini juga tidak terlepas daripada kritikan tetapi tidak seperti teori-teori terdahulu, kritikan ini
lebih mempersoalkan asas metodologi yang diambil oleh aliran kontruktivisme. Menjelang abad
ke-21 ini, Teori Konstruktivisme dikatakan semakin popular.
Teori ini berperspektifkan psikologi dan falsafah dengan mengambil kira bagaimana
seseorang individu membina atau membentuk apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka
(Bruning, Schraw, & Ronning, 1995). Konsep utama konstruktivisme ialah pengetahuan dibina
oleh pelajar bukan hanya disebarkan oleh orang perseorangan (Driver, etal., 1994).
Konstruktivisme percaya bahawa seseorang itu adalah aktif dan membina pengetahuan di
dalam bilik darjah dengan tujuan dan keinginan mengetahui berdasarkan pengalamannya
(Brooks & Brooks, 1993; Fosnot, 1989; Piaget,1954). Guru dan pelajar memainkan peranan
memfasilitatorkan dan menggeneralisasikan pengetahuan. Pelajar digalakkan untuk menyoal
antara satu sama lain dan membuat hujahan berdasarkan perspektif masing-masing.
12. Pandangan konstruktivisme ini sesuai dengan pengajaran berasaskan laman web.
Sebagai contoh guru boleh mencadangkan aktiviti berkumpulan, di mana setiap kumpulan
diberi tugasan berdasarkan topik-topik tertentu. Pelajar dikehendaki mencari maklumat dan
bahan-bahan dari laman web yang dicadangkan atau melalui pencarian mereka sendiri. Melalui
laman web yang dilayari oleh para pelajar mereka akan memperolehi pengalaman-pengalaman
baharu di luar daripada kebiasaan apa yang ditemui dalam buku teks. Pengalaman yang
diperolehi oleh setiap pelajar mungkin berbeza antara satu sama lain. Dalam sesi
pembentangan pelajar seharusnya mempunyai pandangan tertentu dengan membuat hujahan
berdasarkan perspektif masing-masing. Sekiranya keadaan seperti ini berlaku, pembelajaran
tentunya menjadi lebih aktif jika dibandingkan dengan pembelajaran yang lebih banyak
pergantungannya kepada maklumat yang diberikan oleh guru semata-mata.
Selama ini, kebanyakan guru begitu takut sekiranya tidak dapat menghabiskan silibus
mengikut apa yang terkandung di dalam perancangan tahunan. Aktiviti pembelajaran seperti
yang disebutkan di atas sedikit sebanyak akan menganggu guru menghabiskan silibus mengikut
waktu yang telah dirancang setiap awal tahun. Hanya keyakinan yang tinggi sahaja yang boleh
mengubah keadaan pembelajaran yang sedia ada pada masa hadapan yang dikatakan akan
menjadikan pembelajaran sebagai proses sepanjang hayat. Pengetahuan yang diperolehi pada
masa sekarang akan menjadi semakin pudar ditelan masa. Tidak mustahil kecemerlangan
dalam peperiksaan pada waktu ini tidak menjamin kecemerlangan apabila para pelajar berada
di lapangan pekerjaan kelak.
Oleh yang demikian aktiviti pembelajaran sepanjang hayat patut disedari sebagai
kaedah menyediakan diri dalam era ekonomi digital. Pada masa itu, para pekerja perlu belajar
minit demi minit untuk melaksanakan kerja dengan lebih berkesan. Medium perolehan
maklumat zaman mendatang tidak lain tidak bukan ialah internet. Inilah masa yang sesuai
untuk menyemai konsep pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar diajar bagaimana seharusnya
mereka belajar untuk mencari maklumat yang diperlukan oleh dirinya. Mereka sendiri yang
sepatutnya mengetahui apa yang ingin dipelajari, bukan belajar mengikut yang dikehendaki
oleh orang lain.
Konstruktivisme dikatakan berupaya mengubah sikap memindah maklumat secara pasif
kepada yang aktif dengan menyediakan suasana pembelajaran dan pelajaran yang dapat
mempertingkat kemahiran berfikir tahap tinggi (higher order thinking skills). Aliran ini juga
13. percaya bahawa pembelajaran dan pelajaran yang tertumpu kepada penglibatan multi sensori
pelajar dan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan eksploratori dapat membantu
meningkatkan kemahiran yang dimaksudkan. Justeru penggunaan laman web yang mempunyai
ciri-ciri hipermedia, hiperteks dan hiperlinks amat sesuai dengan konteks konstruktivisme ini.
Oleh itu, laman web haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru dalam pembelajaran
dan pelajaran.
Murid-murid perlu dibawa keluar daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-19.
Antaranya, guru ibarat pelayan komputer (server) yang meyimpan beribu-ribu maklumat dan
murid ibarat cakera keras (hard disk) tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Gaya
pembelajaran terkini seperti yang ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) menyarankan penggunaan pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara hands-on,
kontekstual, konstruktivisme dan masteri, melalui permainan dan inkuiri penemuan, dan
berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah memberi peluang yang tidak terhad
kepada murid dan mengambil kira tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya
pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan
inovatif, kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi.
Gaya pengajaran guru perlu seiring dengan gaya pembelajaran murid agar P&P dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, guru-guru perlu mengambil sikap yang terbuka dalam
mengetahui dan mengenal pasti teknologi pendidikan berkesan yang menggabungjalinkan teori
instruksional dan teori pembelajaran. Dengan wujudnya gabungan literasi maklumat dan
teknologi pendidikan yang baik, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan memberi
impak yang besar dalam proses membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti yang
menjadi misi Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.0 WEB 1.0, 2.0, 3.0, DAN 4.0
3.1 Web 1.0
Era web 1.0 bermula dari 1990 hingga 2001. Web 1.0 adalah generasi pertama web yang
berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu arah. Segala content
atau isinya berada ditangan administrator, jadi pengunjung hanya dapat melihat isi dari laman
14. tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan. Dikenali juga sebagai DotCom Bubble
Burst atau Dotcom Crash juga DotCom Doom. Pada tahun 1998, Google berdiri dan internet
menjadi semakin mudah untuk digunakan.Waktu itu potensi laman web dengan format portal
dengan berita dan kedai-kedai online seperti amazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur-
pelabur.
3.2 Web 2.0
Perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0 muncul pula web 2.0. Pada web 2.0, isi tidak
hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung boleh mengendalikan
pada content web tersebut juga pengunjung yang lainnya dapat memberi komen, bekomunikasi
antara satu sama lain,memberi pendapat dan banyak lagi. Sifat Web 2.0 adalah Read-Write. Era
Web 2.0 tidak memerlukan orang genius yang hanya berkutat sendiri di ruang tertutup atau
makmal untuk membuat teknologi baru yang dipatenkan agar membuat dirinya menjadi
terkenal. Tapi era ini lebih memerlukan orang untuk saling berkongsi ilmu, pengalaman atau
lain sehingga terbentuk masyarakat online besar yang menghapuskan sifat-sifat individu.
Antara contoh yang jelas mengenai web 2.0 adalah youtube, facebook.
Ciri-ciri Web 2.0 ialah merupakan suatu web platform yang memungkinkan
penggunanya dapat mengakses web ini pada bila-bila masa, kerana web ini telah tersimpan
dalam internet sehingga dapat diakses pada bila-bila masa sehingga akan sangat memudahkan
pengguna untuk memanfaatkanya. Ciri yang kedua ialah kolaborasi pengetahuan. Kolaborasi
pengetahuan merupakan keupayaan untuk memunculkan berbagai pengetahuan dari para
penggunanya untuk dikongsi kepada banyak orang, dapat dicontohkan pada penggunaan
Wikipedia. Wikipedia merupakan ensiklopedi online yang memperbolehkan semua orang untuk
membuat dan mengedit artikel. Ciri yang ketiga pula ialah mempunyai data yang kuat dan unik.
Data yang kuat dan unik merupakan kekuatan aplikasi Web 2.0 yang terletak pada data.
Aplikasi-aplikasi Internet yang berhasil selalu didukung oleh basis data yang kuat dan unik.
Contohnya seperti Google.com, yang mempunyai kekuatan pengumpulan dan manajemen data
halaman-halaman Web di Internet. Contoh lainnya seperti Amazon.com yang mempunyai
kekuatan pengumpulan data-data buku sangat lengkap. Kemudian contoh lainnya seperti pada
15. GPS yang mempunyai kekuatan pengumpulan data-data peta yang sangat lengkap dari suatu
daerah ke daerah lainnya.
3.3 Web 3.0
Jika dunia telefon bimbit mengenali istilah 3G, maka di internet namanya adalah web 3.0.
Konsep ini dapat diandaikan bahawa sebuah website sebagai sebuah intelektual buatan
(Artificial Intelegence). Aplikasi-aplikasi di talian dalam website dapat saling berinteraksi dan
keupayaan interaksi ini bermula dengan adanya web service. Dalam web 3.0 ini , sudah terjadi
konvergensi yang sangat dekat antara dunia IT dengan dunia telekomunikasi. Dunia web
berkembang pesat seiring dengan keperluan pengguna semasa. Penggunaan peranti IT dan
telekomunikasi sudah suatu hari nanti menjadi sama sahaja dan tidak ada bezanya. Hari ini,
petanda seperti itu sudah mula dirasakan walaupun masih belum sempurna. Kita boleh
menonton televisyen di telefon bimbit atau komputer, boleh mengakses internet di telefon
bimbit, boleh melakukan SMS dan menelefon dari komputer. Semuanya sudah mengalami
evolusi menuju dunia yang lebih maju. Lapan ciri-ciri khas web 3.0 adalah seperti berikut :
1. Tranformation : Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu.
2. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi diakses menjadi media.
3. Network Computing : Perisian adalah sebagai model2 bisnes, service laman web yang
berkemampuan dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni, pengedaran
computer, pengskalaan komputer,pelebarluasan komputer.
4. Open Technologies : Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform open
source/percuma.
5. Open Identity and Open ID : seluruh informasi adalah bebas.
6. The interligent Web : Sebagai Semantic Web technologies termasuk
RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantic, dan statement-based
datastores.
7. Distributed Database: Database disalurkan dalam WWD (world Wide Database).
8. Aplikasi bersifat pintar dan bijak.
16. 3.4 Web 4.0
Masih tiada definisi yang tepat tentang Web 4.0 dan bagaimana ia akan menjadi. Web 4.0 juga
dikenali sebagai web simbiotik. Impian di sebalik web simbiotik ini adalah interaksi antara
manusia dan mesin dalam simbiosis. Ia akan terlalu mustahil untuk membina lebih banyak
antara muka yang kuat seperti muka minda dikawal menggunakan web 4,0. Dalam erti kata
lain, mesin akan menjadi lebih pandai untuk membaca kandungan web dan bertindak balas
dalam bentuk melaksanakan dan memutuskan apa hendak dilaksanakan untuk memuatkan
laman web dengan pantas dengan kualiti unggul dan berprestasi.
Web 4,0 akan menjadi satu web yang boleh membaca, menulis, melaksanaan, dan
keserentakan. Penyertaan dalam rangkaian talian yang menyampaikan ketelusan global,
pengurusan dan pentadbiran, pengedaran, penyertaan, kerjasama kepada komuniti-komuniti
utama seperti industri, politik, sosial, masyarakat dan lain-lain. Web 4.0 atau webOS akan
menjadi seperti middleware di mana akan mula berfungsi seperti satu sistem operasi. WebOS
akan menjadi selari dengan otak manusia dan membayangkan web secara besar-besaran dan
sistem interaksi adalah sangat pintar. Walaupun tidak ada idea yang tepat mengenai web 4.0
dan teknologi, tetapi jelas bahawa web bergerak ke arah menggunakan kecerdasan buatan
untuk menjadi sebagai sebuah web pintar.
3.5 Perbezaan Web 1.0 dan Web 2.0
Web 2.0 juga dikenali web kebijaksanaan, orang-centric web, web penyertaan, dan membaca-
menulis web. Dengan membaca serta menulis karya, web ini boleh menjadi dwi-arah. Web 2.0
adalah web sebagai platform di mana pengguna boleh meninggalkan banyak kawalan mereka
yang telah digunakan dalam web 1.0. Dalam erti kata lain, pengguna web 2.0 mempunyai
interaksi lebih dengan kurang kawalan. Web 2.0 bukan sahaja versi web 1.0 yang baharu,
malah merupakan web reka bentuk yang fleksibel, penggunaan semula kreatif, kemas kini,
kandungan kerjasama penciptaan dan pengubahsuaian telah dipermudahkan melalui web 2.0.
Salah satu ciri-ciri yang cemerlang web 2.0 adalah sebagai sokongan kerjasama dan membantu
mengumpul kecerdasan kolektif web 1,0. Jadual 1 menunjukkan perbandingkan web 1.0 dan
web 2.0 dalam beberapa ciri-ciri kesederhanaan.
17. Jadual 1 : Perbandingkan web 1.0 dan web 2.0
4.0 SKYPE (WEB 2.0)
4.1 Definisi Web 2.0
Web 2.0 juga dikenali web kebijaksanaan, orang-centric web, web penyertaan, dan membaca-
menulis web. Dengan membaca serta menulis karya, web ini boleh menjadi dwi-arah. Web 2.0
adalah web sebagai platform di mana pengguna boleh meninggalkan banyak kawalan mereka
yang telah digunakan dalam web 1.0. Dalam erti kata lain, pengguna web 2.0 mempunyai
interaksi lebih dengan kurang kawalan. Web 2.0 bukan sahaja versi web 1.0 yang baharu,
malah merupakan web reka bentuk yang fleksibel, penggunaan semula kreatif, kemas kini,
kandungan kerjasama penciptaan dan pengubahsuaian telah dipermudahkan melalui web 2.0.
Salah satu ciri-ciri yang cemerlang web 2.0 adalah sebagai sokongan kerjasama dan membantu
mengumpul kecerdasan kolektif web 1,0.
18. 4.2 Apakah Skype?
Skype adalah sebuah perisian komunikasi percuma yang membolehkan pengguna membuat
panggilan, menghantar mesej segera dan melakukan persidangan video dalam talian. Ia adalah
salah satu perkhidmatan yang terbaik dalam talian suara, over, internet dan telah dicipta pada
tahun 2003 Hy Niklas Zennstrom dan Janus Friis tetapi kemudian telah dimiliki oleh microsoft
khususnya dalam tahun 2011. Skype mempunyai lebih 663,000,000 orang sebagai pengguna
berdaftar pada september 2011, meletakkan ia di barisan teratas bersama Facebook dan
Twitter. Skype merupakan aplikasi perisian yang membolehkan pengguna membuat panggilan
suara melalui internet.
Panggilan kepada pengguna lain menerusi Skype adalah percuma, manakala penggilan
ke telefon bimbit atau telefon lain dikenakan bayaran melalui sistem akaun debit pengguna.
Skype juga digunakan untuk menghantar mesej, fail atau sidang video. Skype adalah sebuah
perisian yang membolehkan perbualan di seluruh dunia. Berjuta-juta individu dan perniagaan
menggunakan Skype untuk membuat video percuma dan panggilan suara, menghantar mesej
segera dan berkongsi fail dengan orang lain di Skype. Skype boleh digunakan dalam apa jua
kerja yang terbaik untuk manusia, di komputer riba atau televisyen dengan Skype di atasnya.
Skype adalah percuma untuk dimuat turun dan mudah untuk digunakan. Dengan membayar
sedikit sahaja, pengguna boleh melakukan lebih seperti membuat panggilan telefon, mengakses
WiFi, menghantar SMS dan membuat panggilan video secara berkumpulan.
4.3 Ciri-ciri Skype
Apa yang menjadikan Skype sebagai satu alat komunikasi dalam talian yang menarik dan
terkenal ialah Skype mudah untuk digunakan dan bersifat mesra pengguna. Ia membolehkan
pengguna untuk membuat panggilan secara percuma. Pengguna juga boleh memanggil nombor
telefon sebenar melalui Skype dengan kadar yang murah. Ia juga membolehkan pengguna
untuk memanggil melalui akaun Skype dari telefon masing-masing. Dalam hal ini, beberapa
Skype diperlukan untuk mewujudkan interaksi berkumpulan. Panggilan dari telefon yang
diterima adalah percuma tetapi pemanggil akan dikenakan kadar bayaran yang sama seolah-
olah mereka telah mendail nombor telefon sebenar.
19. Selain itu, pengguna boleh membuat panggilan video secara percuma dan membolehkan
mereka itu untuk melihat antara satu sama lain secara realiti. Skype membolehkan pengguna
dan beberapa pengguna lain untuk membuat panggilan persidangan yang menjadikan ia mudah
untuk perbincangan kumpulan dari seluruh dunia. Pengguna boleh menghantar fail melalui
Skype kepada mana-mana kenalan mereka. Tiada had saiz untuk fail dan atas sebab-sebab
keselamatan sebelum pemindahan fail boleh bermula, penerima telah meluluskan pemindahan.
Bermakna bahawa orang itu telah berada dalam talian untuk pemindahan untuk mengambil
tempat.
Pengguna juga boleh menyampaikan mesej segera walaupun ketika pengguna sedang
melakukan panggilan suara. Pengguna juga boleh menghantar mesej teks kepada mana-mana
nombor telefon di dunia. Skype membolehkan pengguna menubuhkan mel suara di mana orang
lain boleh meninggalkan mesej suara apabila pemanggil berada jauh. Ia juga menawarkan
direktori pencarian pengguna Skype serta ciri-ciri isyarat.
Apa yang diperlukan oleh pengguna untuk menggunakan Skype adalah memuat turun
perisian Skype ke dalam komputer dari laman web. Ia adalah sangat mudah dan mengambil
masa hanya beberapa minit. Seterusnya pengguna perlu membuka akaun di Skype. Proses ini
adalah sama seperti mendaftar pada alat web lain. Pengguna memerlukan earfon dan mikrofon.
4.4 Kepentingan Skype Dalam Pendidikan
Berikut adalah beberapa idea yang memaparkan kepentingan Skype sebagai alat pendidikan
yang semakin meningkat. Skype sebagai cara yang mudah dan murah untuk berkomunikasi
dengan pengguna di seluruh dunia dan membuka pintu kepada pelbagai aktiviti yang boleh
meningkatkan penglibatan pelajar dan kefahaman. Berinteraksi dengan pengguna-pengguna
dari latar belakang budaya dan etnik yang berbeza akan membantu pelajar memahami
perbezaan budaya dan mempelajari sejarah dan norma-norma sosial. Skype adalah berguna
bagi pelajar-pelajar yang sedang belajar bahasa baharu. Ia boleh menghubungkan mereka
kepada penutur asli di mana-mana di dunia dan membiarkan mereka menguasai kemahiran
bahasa asing. Mereka akan belajar supaya menjadi lebih sahih, inspirasi, dan menarik apabila ia
20. melampaui dinding bilik darjah atau sempadan. Skype menawarkan cara yang mudah untuk
pelajar dan pengajar untuk melibatkan diri dalam dalam dunia komunikasi serentak.
4.5 Tips Penggunaan Skype
Para pendidik pada masa kini, perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan
berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses
pengetahuan dan pembelajaran sudah digunakan dengan meluas terutama di kawasan bandar.
Beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula diperkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran
pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK), 2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM
menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan. Senario pendidikan kini memerlukan guru-guru
lebih kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Satu
anjakan paradigma harus dilakukan untuk menjadikan guru-guru minat dalam teknologi dengan
penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Langkah pertama yang boleh
dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam
pendidikan adalah dengan mempelajari kemahiran serta membekalkan diri dengan
pengetahuan berkaitan dengan bidang teknologi. Berbekalkan kemahiran dan pengetahuan
yang ada, seseorang guru boleh mengaplikasikan semua yang ada untuk digunakan di dalam
kelas semasa sesi pembelajaran dan pelajaran.
Dengan mengikut arus pemodenan pada masa kini, penggunaan pelbagai aplikasi yang
berasaskan ICT dapat digunakan oleh guru dalam menjalankan P&P. Kewujudan aplikasi Skype
terutamanya pada masa kini membolehkan guru-guru dan pelajar mengadaptasi
penggunaannya dalam pembelajaran. Apa yang perlu dipelajari oleh pelajar pada permulaannya
adalah pembelajaran dengan lebih mendalam tentang pelajar dalam konteks tertentu dan
memahami realiti konteks pengajaran Skype adalah sebuah aplikasi web yang digunakan
sebagai medium komunikasi di dalam kelas. Skype digunakan oleh pelajar untuk belajar
daripada guru, berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar yang lain mengadakan persidangan
dan menerima nota serta latihan daripada guru. Dengan menggunakan Skype, guru tidak perlu
lagi bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk melihat hasil kerja para pelajarnya.
21. Setelah selesai pembelajaran penggunaan Skype oleh guru dan pelajar, maka guru
dapat menggunakan aplikasi tersebut dengan berkongsi nota-nota penting dalam matapelajaran
tertentu bersama pelajar khasnya. Selain itu, guru juga boleh mengajukan soalan-soalan yang
berkaitan dengan matapelajaran yang diajar kepada pelajar melalui Skype dan guru juga dapat
menyemak jawapan yang telah dihantar semula oleh pelajar tersebut. Situasi ini bukan sahaja
mampu mendekatkan jarak hubungan antara guru dan pelajar yang terhad di dalam kelas
sahaja malahan dapat menajamkan atau memperkuatkan ingatan pelajar bagi sesuatu
matapelajaran melalui latihan yang dikongsikan oleh guru tersebut menggunakan aplikasi
Skype. Dengan adanya penggunaan aplikasi ini, guru mahupun pelajar tidak perlu menunggu
dalam jangka masa yang lama untuk sama-sama mengulangkaji matapelajaran yang telah
dipelajari dan keadaan ini mampu mengelakkan masalah pelajar yang mudah lupa. Dengan
adanya aplikasi Skype, guru juga boleh memberi pesanan kepada pelajar untuk mengulangkaji
lebih awal tentang tajuk yang akan dipelajari pada P&P berikutnya dan guru juga boleh
memberi pesanan keperluan yang perlu dibawa ke dalam P&P berikutnya.
Selain daripada guru dapat berkomunikasi menggunakan panggilan video yang
memudahkan guru berkomunikasi bersama pelajar walaupun tidak dapat hadir di dalam kelas
bagi memastikan P&P tetap berjalan lancar, guru juga dapat berkongsi video yang berkaitan
dengan sesuatu subjek misalnya dalam subjek Geografi bagi tajuk luluhawa. Guru boleh
berkongsi video yang berkaitan dengan kejadian luluhawa batuan di dalam aplikasi Skype bagi
memudahkan permahaman pelajar dalam tajuk tersebut. Proses penilaian kemudiannya
dilakukan setelah semua maklumat daripada pelajar dapat dikumpulkan. Sebarang masalah
yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan Skype akan disenaraikan dan akan diperbaiki
dan diadakan penambahbaikan dari semasa ke semasa sehingga mendapat hasil pembelajaran
yang berkesan kepada setiap pelajar dengan menggunakan aplikasi Skype dalam pembelajaran
mereka.
Penggunaan internet seperti Skype merupakan salah satu kemudahan yang ditujukan
pada generasi akhir yang celik IT. Hal seperti ini belum ditemukan pada sepuluh tahun yang
lalu. Sebagai manusia yang hidup di zaman milenium ketiga yang ditandai dengan
perkembangan alat-alat elektronik yang selalu diperbarui kualitinya setiap enam bulan, kita
dituntut untuk berusaha mengikuti perkembangan itu. Terdapat sejumlah program seperti
Skype yang dapat kita pergunakan sebagai media pembelajaran. Walaupun begitu, untuk
22. memanfaatkan Skype sebagai media, seseorang guru tidak hanya mampu mengoperasikannya
tetapi secara tidak langsung juga dituntut untuk celik IT atau memiliki literasi dalam bidang IT.
Tidak mudah bagi guru yang telah berumur untuk belajar tentang komputer ataupun internet.
Berbeza dengan pelajar sekarang yang seolah-olah baru lahir dari rahim ibunya yang mampu
mengoperasikan HP ataupun laptop.
4.6 Keperluan Sebelum Menggunakan Skype
Lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi
di manfaatkan dalam pendidikan adalah perlu menyediakan kemudahan frasarana yang lengkap
terutamanya di sekolah. Kemudahan frasarana sangat penting terutamanya makmal komputer,
terdapat kemudahan wifi untuk di gunakan oleh guru dan para pelajar dengan memanfaatkan
teknologi pada masa ini. Dengan adanya kemudahan ini, penggunaan teknologi dalam proses
P&P dapat dimanfaatkan dengan berkesan dan boleh menarik minat para pelajar dan guru-guru
untuk meningkatkan penggunaan teknologi. Langkah kedua adalah guru menggunakan alat
bantu mengajar dengan menggunakan teknologi semasa proses P&P sedang dijalankan.
Langkah ini dapat menarik minat para pelajar untuk belajar kerana menggunakan kaedah
seperti video dapat menarik perhatian para pelajar semasa berada di dalam kelas. Guru perlu
mencari kaedah atau alternatif yang sesuai untuk mengubah cara P&P untuk memudahkan para
pelajar memahami serta menarik minat para pelajar untuk menumpukan sepenuh perhatian
semasa P&P tanpa rasa bosan.
Langkah ke tiga adalah guru perlu memberikan tunjuk ajar serta menggunakan kaedah
baru untuk membuat perbincangan dengan para pelajar dengan menggunakan teknologi.
Contohnya dengan menggunakan akaun Skype sebagai medan untuk perbincangan tentang
sesuatu topik berkaitan dengan matapelajaran. Hal ini juga dapat menarik minat para pelajar
dengan kaedah pembelajaran yang baru untuk pelajar meneroka maklumat berkaitan dengan
teknologi. Langkah yang keempat adalah guru perlu menyediakan tugasan kepada pelajar
berpusatkan pelajar yang menuntut supaya pelajar mengeksploitasikan maklumat secara
individu. Cara ini membolehkan para pelajar menggunakan teknologi untuk mencari maklumat
menerusi video-video, agen pencarian maklumat dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan
yang diberikan. Langkah kelima adalah peranan ibu bapa menyediakan kemudahan alat
23. teknologi kepada anak-anak digunakan untuk belajar. Hal ini dapat menarik minat anak-anak ke
dalam bidang teknologi kerana terdapat kemudahan di rumah dan boleh menggunakannya
pada bila-bila masa serta dapat menjimatkan masa dan kos. Dengan adanya kemudahan di
rumah, anak-anak dapat meneroka pelbagai ilmu teknologi.
Berdasarkan langkah ketiga seperti yang dinyatakan dalam menarik minat pelajar yang
celik IT pada masa kini, pelbagai kemudahan perlu disediakan oleh pihak kerajaan terutamanya
dalam membantu pelajar menggunakan teknologi di dalam sistem pendidikan. Dapat dilihat di
sini bahawa pengaplikasian Skype adalah sangat murah jika kemudahan frasarana seperti
komputer dan wifi di sekolah terutamanya mampu disediakan di setiap sekolah. Oleh itu, tidak
akan wujud masalah pelajar tertinggal dalam pelajaran walaupun guru terpaksa hadir ke
mesyuarat mahupun kursus-kursus tertentu. Maka, peralatan pemilihan perkakasan yang sesuai
dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Spesifikasi
setiap perkakasan yang dipilih amat penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara
yang mengganggu proses P&P. Setiap pelajar serta guru perlu mempunyai komputer atau
laptop yang dibekalkan dengan webcam serta mikrofon. Komputer atau laptop juga perlu
disambung dengan internet yang mempunyai kapasiti kelajuan yang tinggi bagi memastikan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar antara guru dan pelajar.
Sumber Rujukan :
1. Abtar Kaur, 2001 Multimedia dan Internet Dalam Peningkatan Pemikiran Pelajar,
http://mdc.um.edu.my:88/abtar/lamangeeo.insf, Universiti Malaya 14
2. Hizamuddin Awang, 2000 Pembelajaran Sepanjang Hayat,
http:// www.borneo-online.com.my
3. Jamaludin Mohaidin, 1999 Konstruktivisme: Aplikasinya dalam rekabentuk Pembelajaran
berasaskan web, Teknologi Instruksi Dan Pendidikan Bestari: Persediaan Dan Cabaran
Dalam Alaf Baru : 1-14, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur
24. 4. Wan Zah Wan Ali. (1997). Kepercayaan guru terhadap pengajaran dan implikasinya ke
arah kualiti pendidikan. jurnal Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah
Malaysia, 2, 26-31.
5. Brian, Getting, (2007) “Basic Definitions: Web 1.0, Web. 2.0, Web 3.0”,
6. http://www.practicalecommerce.com/articles/464-Basic-Definitions-Web-1-0-Web-2-0-
Web-3-0
7. http://www.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran
8. http://www.searchinpdf.com/pdf/hala-tuju-pendidikan-di-malaysia-abad-ke-21.html