SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 20
Baixar para ler offline
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1
UNIT 2
ANALISIS SUKATAN PELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Mengenali sukatan pelajaran Bahasa Malaysia
2. Menghuraikan peranan dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Malaysia
3. Menjelaskan objektif program Bahasa Malaysia
4. Menghuraikan organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
5. Menjelaskan kemahiran-kemahiran dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Malaysia
PENGENALAN
Sukatan pelajaran adalah satu program pembelajaran yang merupakan
sebahagian daripada kurikulum persekolahan. Sukatan pelajaran berperanan
sebagai alat penting yang memperuntukkan kandungan ilmu pengetahuan serta
kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai bagi sesuatu mata pelajaran itu. Dalam
konteks Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia, ia bertujuan memberi panduan kepada
guru-guru melaksanakan program pembelajaran dengan berkesan dan dengan ini
membolehkan murid-murid menguasai dan menggunakan bahasa dengan baik
untuk tujuan-tujuan berkomunikasi dan kemudahan bagi mendapatkan ilmu
pengetahuan.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2
Sukatan pelajaran mengandungi beberapa perkara penting seperti rasional,
matlamat, objektif, organisasi sukatan pelajaran, kaedah mengajar dan lain-lain
maklumat khusus yang disediakan supaya guru-guru dapat menghayati semangat
dan kehendak sukatan pelajaran itu bagi memastikan tercapainya matlamat yang
telah ditetapkan.
ISI KANDUNGAN
Apakah Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia?
Program Bahasa Malaysia merangkumi asas berbahasa dalam kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang meliputi aspek-aspek mekanis,
penggunaan dan penaakulan. Pada tahap satu, murid-murid dipimpin untuk
mendengar, menyebut, mengenal dan membentuk lambang-lambang huruf dan
perkataan serta menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut dalam penulisan.
Dalam proses penguasaan kemahiran-kemahiran ini pengetahuan dan
konsep-konsep dalam mata pelajaran Alam dan Manusia digunakan sebagai
bahan-bahan mata pelajaran tersebut.
Pada tahap dua, penekanan diberi kepada kemahiran belajar melalui pembacaan,
perbincangan. dan penulisan serta penggunaan bahasa untuk berfikir dan
berkomunikasi. Program ini bertujuan meluaskan pengetahuan dan meningkatkan
kemahiran dan kecekapan murid-murid dalam bidang-bidang tersebut. Kemahiran
berkomunikasi dititikberatkan khusus untuk membolehkan murid-murid berinteraksi
di kalangan masyarakat berbilang kaum di samping dapat menggunakan kemahiran
itu untuk mengumpul ilmu pengetahuan.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3
Bahasa Malaysia dijangka dapat terus memainkan peranannya yang penting
sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perhubungan yang utama dan bahasa
perpaduan. Atas hakikat ini, maka kemahiran berbahasa amat diberi penekanan
dalam kurikulum baru sekolah rendah. Di akhir pembelajaran selama enam tahun itu
nanti, murid-murid diharap dapat mencapai tahap penguasaan yang baik dalam
kemahiran berbahasa dan dapat menggunakan bahasa itu sejajar dengan peringkat
perkembangan umur mereka.
Pelajaran Jawi mula diperkenalkan kepada murid-murid pada tahap dua. Mereka
diajar mengeja, membaca dan menulis dengan huruf Jawi serta digalakkan
membaca bahan-bahan prosa dan puisi yang ditulis dalam tulisan itu.
Apakah Peranan Sukatan Bahasa Malaysia?
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai beberapa
peranan seperti berikut:
a. Ia menentukan rangka isi dan ruang lingkup kemahiran bahasa yang perlu
dikuasai oleh murid-murid bagi jangka masa enam tahun belajar di sekolah rendah.
Rangka isi dan ruang lingkup kemahiran bahasa ini telah dipilih, dikawal dan disusun
sesuai untuk pendidikan sekolah rendah.
b. la menyenaraikan. rasional, matlamat dan objektif-objektif pengajaran dan
pembelajaran bahasa pada peringkat rendah dengan tujuan untuk menyedarkan
guru-guru akan tujuan dan tanggungjawab mereka yang sebenar. la menjelaskan
hakikat dan tujuan-tujuan program pengajaran. dan pembelajaran.
c. la menyediakan satu organisasi program pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Malaysia peringkat sekolah rendah yang antara lain membantu guru-guru:
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4
- menyediakan rancangan kerja tahunan, penggalan, bulanan, mingguan dan harian
pengajaran dan pembelajaran.
- menentukan kandungan, item, kaedah, strategi pengajaran dan. pembelajaran
serta penyediaan alat-alat bantu mengajar untuk pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan bersistematik.
- memikirkan soalan-soalan peperiksaan atau lain-lain bentuk ujian dan penilaian
yang berdasarkan sukatan pelajaran.
d. la membolehkan pihak Biro Buku Teks dan penerbit-penerbit lain merancang dan
merangka kandungan buku teks yang akan menjadi teks murid-murid pada setiap
peringkat pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
e. la menyediakan item-item yang bukan sahaja dipraktikkan di dalam kelas tetapi
juga dapat dilakukan dalam kehidupan seharian.
f. la menyediakan kandungan item yang padu dan bertenaga yang dapat
mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa murid-murid di samping
menggalakkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik. Ini bertujuan
untuk menyediakan murid-murid untuk menghadapi hidup yang lebih bermakna.
Apakah Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia?
Matlamat sukatan pelajaran bahasa Malaysia adalah berhasrat menjadikan bahasa
itu bahasa yang utama di sekolah dan seterusnya digunakan secara meluas dalam
masyarakat Malaysia. Ini bermakna, bahasa itu akan menjadi bahasa pertuturan di
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5
dalam masyarakat negara ini. Secara ringkas, matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah ialah:
a. Bahasa Malaysia menjadi bahasa ilmu atau bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
Semua bentuk penyampaian ilmu dan kemahiran mestilah dilakukan dalam bahasa
itu dan ini harus dilakukan sejak di sekolah rendah lagi. Buku-buku rujukan ditulis
dalam bahasa Malaysia sebagai bahan untuk meluaskan dan mendalamkan ilmu
pengetahuan.
b. Bahasa Malaysia menjadi bahasa yang penting dan utama sebagai alat
perhubungan. Masyarakat Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum, dan oleh
kerana itu, bahasa Malaysia digunakan sebagai alat berkomunikasi sesama mereka.
Penggunaan bahasa Malaysia sebagai alat berkomunikasi berbilang kaum ini
mestilah dimulakan dari sejak sekolah rendah lagi.
c. Bahasa Malaysia menjadi alat menyatupadukan rakyat Malaysia. Setiap penduduk
negara ini harus menyedari hakikat ini dan harus dimulakan pengamalannya
terhadap bahasa itu sejak sekolah rendah lagi. Murid-murid dibajai dengan
semangat untuk membangga dan mencintai bahasa Malaysia -sebagai bahasa
penduduk negaranya.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 6
AKTIVITI 2.1
Lengkapkan rajah berikut berkaitan tiga(3) matlamat sukatan pelajaran
Bahasa Malaysia.
MATLAMAT
SUKATAN
BAHASA
MALAYSIA
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 7
Objektif Program Bahasa Malaysia
Di akhir program bahasa Malaysia, seseorang murid itu seharusnya boleh mencapai
objektif-objektif berikut:
a. Menghargai dan membanggai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan
negara dan alat perpaduan rakyat sesuai dengan semangat dan prinsip-prinsip
Rukunegara.
b. Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat di dalam
kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah.
c. Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang
sesuai di dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan
rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan
dan lain-lain.
d. Membaca kuat dan senyap untuk memahami isi-isi bacaan yang sesuai dengan
kematangan mereka dan menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan
amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan.
e. Menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya
serta memahami dan boleh mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan
seharian.
f. Menggunakan bahasa Malaysia untuk mempelajari hal-ehwal manusia dan alam
sekelilingnya.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 8
g. Menggunakan bahasa Malaysia sebagai alat untuk meluaskan lagi pengetahuan
dan pengalamannya.
h. Menghargai karangan prosa dan puisi.
Apakah Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia?
Sukatan pelajaran disediakan bagi enam tahun persekolahan rendah dan juga satu
tahun kelas peralihan bagi murid-murid berkenaan. la mengandungi dua perkara
penting - pertama senarai kemahiran bahasa dan kedua aspek-aspek pengajaran
dan pembelajaran tatabahasa.
a. Kemahiran Bahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
Kemahiran-kemahiran bahasa yang dimaksudkan di sini ialah kemahiran lisan
(mendengar dari bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Semua
kemahiran ini termasuk menulis dalam bentuk tulisan Rumi dan Jawi harus dapat
dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah
menengah. Di antara kemahiran-kemahiran yang ditekankan ialah kemahiran lisan,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Dengan merujuk kepada senario yang terdapat dalam masyarakat masa kini, pada
pendapat anda mengapakah tulisan jawi tidak digunakan dengan seluasnya?
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 9
KEMAHIRAN LISAN (MENDENGAR DAN BERTUTUR)
Dalam menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan
supaya murid-murid boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan betul dari segi
sebutan dan intonasi serta menggunakan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang
tepat. Berbagai-bagai latihan untuk berbagai-bagai aspek lisan boleh dijalankan
untuk penguasaan bahasa yang baik. Di antaranya ialah:
i. Kemahiran mendengar dan menyebut
Contohnya:
- Mengenal bunyi-bunyi
- Membezakan bunyi-bunyi
- Menamakan bunyi-bunyi yang didengar
- Mengajuk bunyi-bunyi yang diperdengarkan
- Mengecam' bunyi-bunyi menunjukkan arah datangnya
ii. Kemahiran mendengar, melakukan dan memberi arahan dan permintaan
Contohnya:
- Melakukan arahan yang lazim digunakan
- Melakukan sesuatu permintaan mudah dengan tepat
- Menyatakan permintaan dengan menggunakan perkataan bertatasusila
- Menyatakan arahan yang mudah difahami
- Melakukan tindak balas yang betul kepada permintaan dan arahan yang diberi
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 10
iii. Kemahiran melafazkan pengucapan bertatasusila
Contohnya:
- Melafazkan pengucapan yang bertatasusila
- Menggunakan bentuk panggilan yang sesuai
- Menyesuaikan pengucapan yang bertatasusila mengikut konteks
- Mematuhi tatatertib yang harus diikuti semasa berbual
iv. Kemahiran bersoal jawab
Contohnya:
- Membina soalan-soalan mudah
- Menyoal untuk mendapatkan maklumat
- Menyoal untuk mengetahui cara menjalankan sesuatu tugas
- Menyoal dalam bentuk temu ramah yang mudah
- Menyoal dengan menggunakan berbagai-bagai rangsangan
- Menjawab dengan spontan
- Menjawab dengan memberikan penerangan yang meluas
v. Kemahiran bercerita
Contohnya:
- Menamakan benda-benda maujud atau gambar
- Menamakan atau mengkelaskan benda atau gambar
- Menerangkan bentuk, warna dan saiz benda maujud
- Bercerita semula mengenai sesuatu perkara dengan penuh ga~ya dan perasaan
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 11
- Bercerita berpandukan gambar atau keadaan
vi. Kemahiran menyampaikan berita dan laporan
Contohnya:
- Melaporkan sesuatu yang didengar atau dilihat dengan tepat dan ringkas
- Memahami dan mengulas isi sesuatu laporan
- Menilai sesuatu berita atau laporan
- Menyenaraikan perkataan-perkataan, frasa atau ayat-ayat yang susah dalam
sesuatu laporan atau berita
- Menyenaraikan isi penting sesuatu laporan dan berita
vii. Kemahlran menyampaikan ucapan dan syarahan
Contohnya:
- Menyampaikan ucapan dengan menggunakan bahasa, intonasi, gaya dan suara
yang baik
- Mengajuk contoh-contoh ucapan yang baik
- Menyampaikan syarahan dengan menggunakan bahasa, intonasi gaya dan suara
yang sesuai
viii. Kemahiran berlakon dan berpuisi
Contohnya:
- Mengucapkan kata bual yang direka oleh murid atau guru
- Mengucapkan kata bual sesuatu watak dalam sesuatu cerita Berlakon dengan
penuh perasaan Melafazkan syair Mendeklamasikan sajak
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 12
ix. Kemahiran berbincang dan berbahas
Contohnya:
- Menyampaikan pendapat dan buah fikiran yang tepat dalam sesuatu perbincangari
- Mengumpul isi atau bahan-bahan untuk sesuatu perbincangan
- Bercakap mengenai isi atau bahan semasa berbual atau berbincang
- Menegaskan sesuatu idea dengan jelas
- Berhujah ish dengan petah dan lancar
KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca adalah kemahiran yang kedua selepas kemahiran lisan
(mendengar dan bertutur) yang harus dikuasai oleh murid-murid. Pada peringkat ini,
murid-murid harus boleh membaca dengan kepantasan, intonasi dan jeda yang
sesuai serta dapat mengesani isi atau idea-idea penting yang dibacanya. Ada
beberapa kemahiran yang perlu diberi perhatian untuk mencapai tahap keupayaan
membaca yang baik. Di antaranya ialah kemahiran pra bacaan, kemahiran bacaan
mekanis, dan kemahiran membaca dan memaham.
i. Kemahlran prabacaan
Kemahiran pra bacaan mengandungi kemahiran-kemahiran yang akan dapat
menyediakan asas bacaan di kalangan murid-murid. Antara aktiviti yang boleh
dijalankan ialah:
 Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama
 Memilih yang sama dan yang berbeza warna, corak dan saiz
 Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf
 Mengkelaskan benda-benda atau gambar-gambar mengikut kumpulan
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 13
 Menyusun benda atau gambar mengikut urutan yang munasabah
ii. Kemahiran bacaan mekanis
Kemahiran bacaan mekanis ini mengandungi kemahiran-kemahiran mengenal,
membaca dan membunyikan huruf, perkataan dan urutan-urutan perkataan yang
membentuk ayat-ayat. Di antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
 Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan
 ii Membaca perkataan bergambar
 Menyusun semula huruf-huruf yang diberi untuk membina perkataan dengan
berpandukan gambar
 Membunyikan suku kata yang ditunjukkan
 Membatangkan suku kata terbuka dan suka kata tertutup dalam perkataan
 Mengeja perkataan, membaca ayat dan sebagainya
iii. Kemahiran membaca dan memaham
Kemahiran membaca dan memaham biasanya dikenali juga sebagai bacaan
penaakulan. Bacaan jenis ini biasanya dilakukan secara senyap. Di antara aktiviti
membaca dan memaham yang boleh dijalankan ialah:
 Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-perkataan
 yang diberi
 Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi
 Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan
 Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 14
 Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan
 vi Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lukisan
KEMAHIRAN MENULIS
Dalam kemahiran menulis, penekanan harus diberikan kepada tulisan yang
jelas dengan menggunakan tanda-tanda baca serta ejaan yang betul dan tepat. Ada
beberapa kemahiran yang perlu dikuasai dan di antaranya ialah kemahiran pra
tulisan, kemahiran tulisan mekanis dan kemahiran tulisan dan karangan:
i. Kemahiran pra tulisan
Kemahiran pra tulisan mengandungi aktiviti-aktiviti yang akan memberi persediaan
menulis kepada kanak-kanak. Mereka dilatih supaya boleh memegang alat-alat
menulis dan dapat meniru bentuk-bentuk huruf dengan baik. Di antara aktiviti-aktiviti
yang boleh dijalankan ialah.
 Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan
 Melakukan latihan-latihan pergerakan mata
 Melakukan latihan4atihan koordinasi tangan dan mata
 Menguasai erak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa
dan sempurna
ii. Kemahiran tulisan mekanis
Kemahiran ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang bersifat mekanis iaitu kemahiran
meniru huruf, menulis huruf dalam bentuk suku kata dan perkataan. Di antara
latihan4atihan yang boleh dijalankan ialah:
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 15
 Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan
 Menulis huruf mengikut urutan yang telah ditetapkan
 Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang
bermakna
 Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan
 Menyalin perkataan dan ayat mudah
iii. Kemahiran tulisan dan karangan
Kemahiran ini dijalankan untuk membolehkan murid-murid menulis dengan
baik. Biasanya aktiviti kemahiran tulisan dan karangan bertujuan memahirkan
murid-murid melahirkan perasaan, bakat dan fikiran mereka secara bertulis. Antara
aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
 Melakar peta daripada teks yang dibacakan
 Mengisi silang kata
 Mengisi tempat kosong dalam ayat
 Menulis dengan cara dan gaya yang betul
 Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan-perkataan yang diberi
 Menulis berdasarkan gambar, rajah dan sebagainya
 Menulis cerita, berita dan laporan
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 16
AKTIVITI 2.2
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 17
b. ASPEK TATABAHASA
Penggunaan bahasa berdasarkan tatabahasa yang betul perlu dikuasai oleh
murid-murid. Pada peringkat sekolah rendah, pengajaran tatabahasa hendaklah
menitikberatkan penggunaannya. Oleh itu unsur-unsur tatabahasa ini diajarkan
secara tidak formal. Tujuan pengajaran tatabahasa di sekolah-sekolah rendah ialah
i. untuk membolehkan murid-murid mengesan kelainan erti perkataan Yang
imbuhannya berbeza-beza.
ii. untuk membolehkan murid-murid menggunakan perkataan-perkataan berimbuhan
tepat dan berkesan dalam lisan dan tulisan.
iii. untuk membolehkan murid-murid menggunakan berbagai-bagai jenis kata dalam
berbagai-bagai konteks.
iv. untuk membolehkan murid-murid membina ayat dengan tepat dan jelas.
v. untuk membolehkan murid-murid menggunakan frasa Yang tepat.
vi. untuk membolehkan murid-murid membina berbagai-bagai jenis dan bentuk ayat
dalam berbagai-bagai konteks dengan tepat, indah dan jelas.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 18
Tatabahasa dibahagikan kepada dua bahagian.
(a) Morfologi
(b) Sintaksis
a. MORFOLOGI
Aspek morfologi ialah kajian mengenai kata dan pembentukan kata. Di antara
kajian-kajiannya ialah:
i. Kelas kata: Kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata hubung, kata
depan, kata seru, kata partikel, kata ganda, kata bantu, kata nafi, kata diri dan
penjodoh bilangan.
ii. Imbuhan: Imbuhan ber, me, me .... kan, me .... i, di, ter,
kan, pe, pe .... an, per .... an, ke, ke ... an,
. . . . an, dan penambah pinjaman seperti maha,
pro, tata, juru, . . . . wan ............. wati man.
b. SINTAKSIS
Aspek sintaksis ialah kajian-kajian terhadap frasa dan ayat. Di antara kajian-kajian
yang diperuntukkan ialah:
i. Frasa : Frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa (Rangkai kata) sendi,
frasa bilangan dan frasa adverba.
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 19
ii. Ayat: Pola ayat inti, pola ayat terbitan, pola ayat tanya, pola ayat sefuan,
pola ayat kehendak, permintaan dan perintah, pola ayat berkait,
pola
ayat kompleks dan sebagainya.
RUMUSAN
Unit ini membincangkan mengenai sukatan pelajaran Bahasa Melayu serta
menghuraikan organisasi sukatan pelajaran Bahasa Melayu itu. Aktiviti dan latihan
yang berkaitan disediakan untuk membantu pengetahuan dan pemahaman pelajar
tentang sub-topik yang berkaitan. Secara keseluruhnnya semua aspek yang
terdapat dalam sukatan pelajaran penting bagi pelajar-pelajar untuk memahami dan
tahu cara melaksanakannya.
KATA KUNCI
Sukatan Pelajaran : Sukatan Pleajaran ialah dokumen yang menyatakan kandungan
yang perlu diajar bagi sesuatu mata pelajaran tertentu pada tahap tertentu.
Morfologi :Morfologi ialah ilmu bahasa mengkaji struktur bentuk dan
penggolongan kata.
Sintaksis : Sintaksis adalah kajian bagaimana aya-ayat dibentuk bermula dengan
perkataan, klausa dan frasa.
PENILAIAN KENDIRI
1.
 menggunakan laras bahasa yang betul
 menghargai dan menghayati keindahan bahasa
 mengungkapkan peribahasa, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan
Kesemua di atas dapat dicapai melalui salah satu unsur pengisian kurikulum yang
berikut :
KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 20
A. ilmu dan nilai
B. peraturan sosiobudaya
C. kemahiran bernilai tambah
D. patriotisme dan kewarganegaraan
2. Yang berikut ialah tujuan kurikulum Bahasa Melayu digubal
I. menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi
II. menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat
III. mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran
yang lain
IV. mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, II, III, dan IV
3. Pernyataan yang tidak tepat menjelaskan aspek ‘Hasil Pembelajaran’ dalam kurikulum
Bahasa Melayu ialah
A. Pernyataan hasil pembelajaran ditafsirkan daripada matlamat kurikulum bahasa.
B. Hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid.
C. Aspek ini membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur
pengajaran yang relevan dan berkesan.
D. Hasil pembelajaran dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran
bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Kertas kerja program pintar jawi
Kertas kerja program pintar jawiKertas kerja program pintar jawi
Kertas kerja program pintar jawinur faizah Peson
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)Angela Bong
 
Kertas cadangan kursus pedagogi bahasa arab
Kertas cadangan kursus pedagogi bahasa arab  Kertas cadangan kursus pedagogi bahasa arab
Kertas cadangan kursus pedagogi bahasa arab EBONGANSOI1
 
Panduan guru bm sk tahun 3
Panduan guru bm sk tahun 3Panduan guru bm sk tahun 3
Panduan guru bm sk tahun 3cikguwanida
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiShamsul Amir
 
Contoh proposal
Contoh proposalContoh proposal
Contoh proposalMuhd ASRUL
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
Strategi menulis
Strategi menulisStrategi menulis
Strategi menulisfetiazm
 
Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Rasimah Imah
 

Mais procurados (15)

Kertas kerja program pintar jawi
Kertas kerja program pintar jawiKertas kerja program pintar jawi
Kertas kerja program pintar jawi
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
 
Kertas cadangan kursus pedagogi bahasa arab
Kertas cadangan kursus pedagogi bahasa arab  Kertas cadangan kursus pedagogi bahasa arab
Kertas cadangan kursus pedagogi bahasa arab
 
Panduan guru bm sk tahun 3
Panduan guru bm sk tahun 3Panduan guru bm sk tahun 3
Panduan guru bm sk tahun 3
 
Tugasan Jawi
Tugasan JawiTugasan Jawi
Tugasan Jawi
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
Essay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa IndonesiaEssay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa Indonesia
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawi
 
Contoh proposal
Contoh proposalContoh proposal
Contoh proposal
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
Strategi menulis
Strategi menulisStrategi menulis
Strategi menulis
 
Bahasa malaysia kssr sk thn 4
Bahasa malaysia kssr sk thn 4Bahasa malaysia kssr sk thn 4
Bahasa malaysia kssr sk thn 4
 
Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Assignment bmm3106
Assignment bmm3106
 

Semelhante a 2 krb3053

panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdfpanduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdfssuser182c9c
 
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4Tamilaarasi Jagan
 
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4Nawal Rahim
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)ibnrahim
 
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebangPanduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebangkee jumat
 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5Nurul Afiqah
 
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 Rashidah1996
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51aliah azhar
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51nurul amyeza
 

Semelhante a 2 krb3053 (20)

Panduan guru bm sjk tahun 3
Panduan guru bm sjk tahun 3Panduan guru bm sjk tahun 3
Panduan guru bm sjk tahun 3
 
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdfpanduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
 
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
 
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
 
Hsp bm f3
Hsp bm f3Hsp bm f3
Hsp bm f3
 
Bah bm hsp_peralihan
Bah bm hsp_peralihanBah bm hsp_peralihan
Bah bm hsp_peralihan
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)Buku panduan bm sjk tahun 6  (30012015)
Buku panduan bm sjk tahun 6 (30012015)
 
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebangPanduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
 
Hsp bm f2
Hsp bm f2Hsp bm f2
Hsp bm f2
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
 
Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4
 
Hsp bm sjk_y1
Hsp bm sjk_y1Hsp bm sjk_y1
Hsp bm sjk_y1
 
Hsp bm sjk 1_y1
Hsp bm sjk 1_y1Hsp bm sjk 1_y1
Hsp bm sjk 1_y1
 

2 krb3053

  • 1. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 UNIT 2 ANALISIS SUKATAN PELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Mengenali sukatan pelajaran Bahasa Malaysia 2. Menghuraikan peranan dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Malaysia 3. Menjelaskan objektif program Bahasa Malaysia 4. Menghuraikan organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia 5. Menjelaskan kemahiran-kemahiran dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia PENGENALAN Sukatan pelajaran adalah satu program pembelajaran yang merupakan sebahagian daripada kurikulum persekolahan. Sukatan pelajaran berperanan sebagai alat penting yang memperuntukkan kandungan ilmu pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai bagi sesuatu mata pelajaran itu. Dalam konteks Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia, ia bertujuan memberi panduan kepada guru-guru melaksanakan program pembelajaran dengan berkesan dan dengan ini membolehkan murid-murid menguasai dan menggunakan bahasa dengan baik untuk tujuan-tujuan berkomunikasi dan kemudahan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.
  • 2. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2 Sukatan pelajaran mengandungi beberapa perkara penting seperti rasional, matlamat, objektif, organisasi sukatan pelajaran, kaedah mengajar dan lain-lain maklumat khusus yang disediakan supaya guru-guru dapat menghayati semangat dan kehendak sukatan pelajaran itu bagi memastikan tercapainya matlamat yang telah ditetapkan. ISI KANDUNGAN Apakah Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia? Program Bahasa Malaysia merangkumi asas berbahasa dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang meliputi aspek-aspek mekanis, penggunaan dan penaakulan. Pada tahap satu, murid-murid dipimpin untuk mendengar, menyebut, mengenal dan membentuk lambang-lambang huruf dan perkataan serta menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut dalam penulisan. Dalam proses penguasaan kemahiran-kemahiran ini pengetahuan dan konsep-konsep dalam mata pelajaran Alam dan Manusia digunakan sebagai bahan-bahan mata pelajaran tersebut. Pada tahap dua, penekanan diberi kepada kemahiran belajar melalui pembacaan, perbincangan. dan penulisan serta penggunaan bahasa untuk berfikir dan berkomunikasi. Program ini bertujuan meluaskan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dan kecekapan murid-murid dalam bidang-bidang tersebut. Kemahiran berkomunikasi dititikberatkan khusus untuk membolehkan murid-murid berinteraksi di kalangan masyarakat berbilang kaum di samping dapat menggunakan kemahiran itu untuk mengumpul ilmu pengetahuan.
  • 3. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3 Bahasa Malaysia dijangka dapat terus memainkan peranannya yang penting sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perhubungan yang utama dan bahasa perpaduan. Atas hakikat ini, maka kemahiran berbahasa amat diberi penekanan dalam kurikulum baru sekolah rendah. Di akhir pembelajaran selama enam tahun itu nanti, murid-murid diharap dapat mencapai tahap penguasaan yang baik dalam kemahiran berbahasa dan dapat menggunakan bahasa itu sejajar dengan peringkat perkembangan umur mereka. Pelajaran Jawi mula diperkenalkan kepada murid-murid pada tahap dua. Mereka diajar mengeja, membaca dan menulis dengan huruf Jawi serta digalakkan membaca bahan-bahan prosa dan puisi yang ditulis dalam tulisan itu. Apakah Peranan Sukatan Bahasa Malaysia? Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai beberapa peranan seperti berikut: a. Ia menentukan rangka isi dan ruang lingkup kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid bagi jangka masa enam tahun belajar di sekolah rendah. Rangka isi dan ruang lingkup kemahiran bahasa ini telah dipilih, dikawal dan disusun sesuai untuk pendidikan sekolah rendah. b. la menyenaraikan. rasional, matlamat dan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa pada peringkat rendah dengan tujuan untuk menyedarkan guru-guru akan tujuan dan tanggungjawab mereka yang sebenar. la menjelaskan hakikat dan tujuan-tujuan program pengajaran. dan pembelajaran. c. la menyediakan satu organisasi program pengajaran dan pembelajaran bahasa. Malaysia peringkat sekolah rendah yang antara lain membantu guru-guru:
  • 4. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4 - menyediakan rancangan kerja tahunan, penggalan, bulanan, mingguan dan harian pengajaran dan pembelajaran. - menentukan kandungan, item, kaedah, strategi pengajaran dan. pembelajaran serta penyediaan alat-alat bantu mengajar untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersistematik. - memikirkan soalan-soalan peperiksaan atau lain-lain bentuk ujian dan penilaian yang berdasarkan sukatan pelajaran. d. la membolehkan pihak Biro Buku Teks dan penerbit-penerbit lain merancang dan merangka kandungan buku teks yang akan menjadi teks murid-murid pada setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran di sekolah. e. la menyediakan item-item yang bukan sahaja dipraktikkan di dalam kelas tetapi juga dapat dilakukan dalam kehidupan seharian. f. la menyediakan kandungan item yang padu dan bertenaga yang dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa murid-murid di samping menggalakkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik. Ini bertujuan untuk menyediakan murid-murid untuk menghadapi hidup yang lebih bermakna. Apakah Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia? Matlamat sukatan pelajaran bahasa Malaysia adalah berhasrat menjadikan bahasa itu bahasa yang utama di sekolah dan seterusnya digunakan secara meluas dalam masyarakat Malaysia. Ini bermakna, bahasa itu akan menjadi bahasa pertuturan di
  • 5. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5 dalam masyarakat negara ini. Secara ringkas, matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah ialah: a. Bahasa Malaysia menjadi bahasa ilmu atau bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Semua bentuk penyampaian ilmu dan kemahiran mestilah dilakukan dalam bahasa itu dan ini harus dilakukan sejak di sekolah rendah lagi. Buku-buku rujukan ditulis dalam bahasa Malaysia sebagai bahan untuk meluaskan dan mendalamkan ilmu pengetahuan. b. Bahasa Malaysia menjadi bahasa yang penting dan utama sebagai alat perhubungan. Masyarakat Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum, dan oleh kerana itu, bahasa Malaysia digunakan sebagai alat berkomunikasi sesama mereka. Penggunaan bahasa Malaysia sebagai alat berkomunikasi berbilang kaum ini mestilah dimulakan dari sejak sekolah rendah lagi. c. Bahasa Malaysia menjadi alat menyatupadukan rakyat Malaysia. Setiap penduduk negara ini harus menyedari hakikat ini dan harus dimulakan pengamalannya terhadap bahasa itu sejak sekolah rendah lagi. Murid-murid dibajai dengan semangat untuk membangga dan mencintai bahasa Malaysia -sebagai bahasa penduduk negaranya.
  • 6. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 6 AKTIVITI 2.1 Lengkapkan rajah berikut berkaitan tiga(3) matlamat sukatan pelajaran Bahasa Malaysia. MATLAMAT SUKATAN BAHASA MALAYSIA
  • 7. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 7 Objektif Program Bahasa Malaysia Di akhir program bahasa Malaysia, seseorang murid itu seharusnya boleh mencapai objektif-objektif berikut: a. Menghargai dan membanggai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan negara dan alat perpaduan rakyat sesuai dengan semangat dan prinsip-prinsip Rukunegara. b. Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat di dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah. c. Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai di dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. d. Membaca kuat dan senyap untuk memahami isi-isi bacaan yang sesuai dengan kematangan mereka dan menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan. e. Menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan seharian. f. Menggunakan bahasa Malaysia untuk mempelajari hal-ehwal manusia dan alam sekelilingnya.
  • 8. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 8 g. Menggunakan bahasa Malaysia sebagai alat untuk meluaskan lagi pengetahuan dan pengalamannya. h. Menghargai karangan prosa dan puisi. Apakah Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia? Sukatan pelajaran disediakan bagi enam tahun persekolahan rendah dan juga satu tahun kelas peralihan bagi murid-murid berkenaan. la mengandungi dua perkara penting - pertama senarai kemahiran bahasa dan kedua aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. a. Kemahiran Bahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Kemahiran-kemahiran bahasa yang dimaksudkan di sini ialah kemahiran lisan (mendengar dari bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Semua kemahiran ini termasuk menulis dalam bentuk tulisan Rumi dan Jawi harus dapat dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Di antara kemahiran-kemahiran yang ditekankan ialah kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dengan merujuk kepada senario yang terdapat dalam masyarakat masa kini, pada pendapat anda mengapakah tulisan jawi tidak digunakan dengan seluasnya?
  • 9. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 9 KEMAHIRAN LISAN (MENDENGAR DAN BERTUTUR) Dalam menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan supaya murid-murid boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan betul dari segi sebutan dan intonasi serta menggunakan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang tepat. Berbagai-bagai latihan untuk berbagai-bagai aspek lisan boleh dijalankan untuk penguasaan bahasa yang baik. Di antaranya ialah: i. Kemahiran mendengar dan menyebut Contohnya: - Mengenal bunyi-bunyi - Membezakan bunyi-bunyi - Menamakan bunyi-bunyi yang didengar - Mengajuk bunyi-bunyi yang diperdengarkan - Mengecam' bunyi-bunyi menunjukkan arah datangnya ii. Kemahiran mendengar, melakukan dan memberi arahan dan permintaan Contohnya: - Melakukan arahan yang lazim digunakan - Melakukan sesuatu permintaan mudah dengan tepat - Menyatakan permintaan dengan menggunakan perkataan bertatasusila - Menyatakan arahan yang mudah difahami - Melakukan tindak balas yang betul kepada permintaan dan arahan yang diberi
  • 10. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 10 iii. Kemahiran melafazkan pengucapan bertatasusila Contohnya: - Melafazkan pengucapan yang bertatasusila - Menggunakan bentuk panggilan yang sesuai - Menyesuaikan pengucapan yang bertatasusila mengikut konteks - Mematuhi tatatertib yang harus diikuti semasa berbual iv. Kemahiran bersoal jawab Contohnya: - Membina soalan-soalan mudah - Menyoal untuk mendapatkan maklumat - Menyoal untuk mengetahui cara menjalankan sesuatu tugas - Menyoal dalam bentuk temu ramah yang mudah - Menyoal dengan menggunakan berbagai-bagai rangsangan - Menjawab dengan spontan - Menjawab dengan memberikan penerangan yang meluas v. Kemahiran bercerita Contohnya: - Menamakan benda-benda maujud atau gambar - Menamakan atau mengkelaskan benda atau gambar - Menerangkan bentuk, warna dan saiz benda maujud - Bercerita semula mengenai sesuatu perkara dengan penuh ga~ya dan perasaan
  • 11. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 11 - Bercerita berpandukan gambar atau keadaan vi. Kemahiran menyampaikan berita dan laporan Contohnya: - Melaporkan sesuatu yang didengar atau dilihat dengan tepat dan ringkas - Memahami dan mengulas isi sesuatu laporan - Menilai sesuatu berita atau laporan - Menyenaraikan perkataan-perkataan, frasa atau ayat-ayat yang susah dalam sesuatu laporan atau berita - Menyenaraikan isi penting sesuatu laporan dan berita vii. Kemahlran menyampaikan ucapan dan syarahan Contohnya: - Menyampaikan ucapan dengan menggunakan bahasa, intonasi, gaya dan suara yang baik - Mengajuk contoh-contoh ucapan yang baik - Menyampaikan syarahan dengan menggunakan bahasa, intonasi gaya dan suara yang sesuai viii. Kemahiran berlakon dan berpuisi Contohnya: - Mengucapkan kata bual yang direka oleh murid atau guru - Mengucapkan kata bual sesuatu watak dalam sesuatu cerita Berlakon dengan penuh perasaan Melafazkan syair Mendeklamasikan sajak
  • 12. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 12 ix. Kemahiran berbincang dan berbahas Contohnya: - Menyampaikan pendapat dan buah fikiran yang tepat dalam sesuatu perbincangari - Mengumpul isi atau bahan-bahan untuk sesuatu perbincangan - Bercakap mengenai isi atau bahan semasa berbual atau berbincang - Menegaskan sesuatu idea dengan jelas - Berhujah ish dengan petah dan lancar KEMAHIRAN MEMBACA Kemahiran membaca adalah kemahiran yang kedua selepas kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang harus dikuasai oleh murid-murid. Pada peringkat ini, murid-murid harus boleh membaca dengan kepantasan, intonasi dan jeda yang sesuai serta dapat mengesani isi atau idea-idea penting yang dibacanya. Ada beberapa kemahiran yang perlu diberi perhatian untuk mencapai tahap keupayaan membaca yang baik. Di antaranya ialah kemahiran pra bacaan, kemahiran bacaan mekanis, dan kemahiran membaca dan memaham. i. Kemahlran prabacaan Kemahiran pra bacaan mengandungi kemahiran-kemahiran yang akan dapat menyediakan asas bacaan di kalangan murid-murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah:  Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama  Memilih yang sama dan yang berbeza warna, corak dan saiz  Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf  Mengkelaskan benda-benda atau gambar-gambar mengikut kumpulan
  • 13. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 13  Menyusun benda atau gambar mengikut urutan yang munasabah ii. Kemahiran bacaan mekanis Kemahiran bacaan mekanis ini mengandungi kemahiran-kemahiran mengenal, membaca dan membunyikan huruf, perkataan dan urutan-urutan perkataan yang membentuk ayat-ayat. Di antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah:  Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan  ii Membaca perkataan bergambar  Menyusun semula huruf-huruf yang diberi untuk membina perkataan dengan berpandukan gambar  Membunyikan suku kata yang ditunjukkan  Membatangkan suku kata terbuka dan suka kata tertutup dalam perkataan  Mengeja perkataan, membaca ayat dan sebagainya iii. Kemahiran membaca dan memaham Kemahiran membaca dan memaham biasanya dikenali juga sebagai bacaan penaakulan. Bacaan jenis ini biasanya dilakukan secara senyap. Di antara aktiviti membaca dan memaham yang boleh dijalankan ialah:  Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-perkataan  yang diberi  Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi  Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan  Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah
  • 14. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 14  Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan  vi Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lukisan KEMAHIRAN MENULIS Dalam kemahiran menulis, penekanan harus diberikan kepada tulisan yang jelas dengan menggunakan tanda-tanda baca serta ejaan yang betul dan tepat. Ada beberapa kemahiran yang perlu dikuasai dan di antaranya ialah kemahiran pra tulisan, kemahiran tulisan mekanis dan kemahiran tulisan dan karangan: i. Kemahiran pra tulisan Kemahiran pra tulisan mengandungi aktiviti-aktiviti yang akan memberi persediaan menulis kepada kanak-kanak. Mereka dilatih supaya boleh memegang alat-alat menulis dan dapat meniru bentuk-bentuk huruf dengan baik. Di antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah.  Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan  Melakukan latihan-latihan pergerakan mata  Melakukan latihan4atihan koordinasi tangan dan mata  Menguasai erak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna ii. Kemahiran tulisan mekanis Kemahiran ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang bersifat mekanis iaitu kemahiran meniru huruf, menulis huruf dalam bentuk suku kata dan perkataan. Di antara latihan4atihan yang boleh dijalankan ialah:
  • 15. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 15  Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan  Menulis huruf mengikut urutan yang telah ditetapkan  Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna  Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan  Menyalin perkataan dan ayat mudah iii. Kemahiran tulisan dan karangan Kemahiran ini dijalankan untuk membolehkan murid-murid menulis dengan baik. Biasanya aktiviti kemahiran tulisan dan karangan bertujuan memahirkan murid-murid melahirkan perasaan, bakat dan fikiran mereka secara bertulis. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah:  Melakar peta daripada teks yang dibacakan  Mengisi silang kata  Mengisi tempat kosong dalam ayat  Menulis dengan cara dan gaya yang betul  Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan-perkataan yang diberi  Menulis berdasarkan gambar, rajah dan sebagainya  Menulis cerita, berita dan laporan
  • 16. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 16 AKTIVITI 2.2
  • 17. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 17 b. ASPEK TATABAHASA Penggunaan bahasa berdasarkan tatabahasa yang betul perlu dikuasai oleh murid-murid. Pada peringkat sekolah rendah, pengajaran tatabahasa hendaklah menitikberatkan penggunaannya. Oleh itu unsur-unsur tatabahasa ini diajarkan secara tidak formal. Tujuan pengajaran tatabahasa di sekolah-sekolah rendah ialah i. untuk membolehkan murid-murid mengesan kelainan erti perkataan Yang imbuhannya berbeza-beza. ii. untuk membolehkan murid-murid menggunakan perkataan-perkataan berimbuhan tepat dan berkesan dalam lisan dan tulisan. iii. untuk membolehkan murid-murid menggunakan berbagai-bagai jenis kata dalam berbagai-bagai konteks. iv. untuk membolehkan murid-murid membina ayat dengan tepat dan jelas. v. untuk membolehkan murid-murid menggunakan frasa Yang tepat. vi. untuk membolehkan murid-murid membina berbagai-bagai jenis dan bentuk ayat dalam berbagai-bagai konteks dengan tepat, indah dan jelas.
  • 18. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 18 Tatabahasa dibahagikan kepada dua bahagian. (a) Morfologi (b) Sintaksis a. MORFOLOGI Aspek morfologi ialah kajian mengenai kata dan pembentukan kata. Di antara kajian-kajiannya ialah: i. Kelas kata: Kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata hubung, kata depan, kata seru, kata partikel, kata ganda, kata bantu, kata nafi, kata diri dan penjodoh bilangan. ii. Imbuhan: Imbuhan ber, me, me .... kan, me .... i, di, ter, kan, pe, pe .... an, per .... an, ke, ke ... an, . . . . an, dan penambah pinjaman seperti maha, pro, tata, juru, . . . . wan ............. wati man. b. SINTAKSIS Aspek sintaksis ialah kajian-kajian terhadap frasa dan ayat. Di antara kajian-kajian yang diperuntukkan ialah: i. Frasa : Frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa (Rangkai kata) sendi, frasa bilangan dan frasa adverba.
  • 19. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 19 ii. Ayat: Pola ayat inti, pola ayat terbitan, pola ayat tanya, pola ayat sefuan, pola ayat kehendak, permintaan dan perintah, pola ayat berkait, pola ayat kompleks dan sebagainya. RUMUSAN Unit ini membincangkan mengenai sukatan pelajaran Bahasa Melayu serta menghuraikan organisasi sukatan pelajaran Bahasa Melayu itu. Aktiviti dan latihan yang berkaitan disediakan untuk membantu pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang sub-topik yang berkaitan. Secara keseluruhnnya semua aspek yang terdapat dalam sukatan pelajaran penting bagi pelajar-pelajar untuk memahami dan tahu cara melaksanakannya. KATA KUNCI Sukatan Pelajaran : Sukatan Pleajaran ialah dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi sesuatu mata pelajaran tertentu pada tahap tertentu. Morfologi :Morfologi ialah ilmu bahasa mengkaji struktur bentuk dan penggolongan kata. Sintaksis : Sintaksis adalah kajian bagaimana aya-ayat dibentuk bermula dengan perkataan, klausa dan frasa. PENILAIAN KENDIRI 1.  menggunakan laras bahasa yang betul  menghargai dan menghayati keindahan bahasa  mengungkapkan peribahasa, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan Kesemua di atas dapat dicapai melalui salah satu unsur pengisian kurikulum yang berikut :
  • 20. KRB 3053 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 20 A. ilmu dan nilai B. peraturan sosiobudaya C. kemahiran bernilai tambah D. patriotisme dan kewarganegaraan 2. Yang berikut ialah tujuan kurikulum Bahasa Melayu digubal I. menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi II. menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat III. mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain IV. mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. I, II, III, dan IV 3. Pernyataan yang tidak tepat menjelaskan aspek ‘Hasil Pembelajaran’ dalam kurikulum Bahasa Melayu ialah A. Pernyataan hasil pembelajaran ditafsirkan daripada matlamat kurikulum bahasa. B. Hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. C. Aspek ini membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. D. Hasil pembelajaran dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.