Modul ini membahasakan perancangan pengajaran matematik yang efektif di sekolah rendah. Topik-topik yang dibahas meliputi semakan kurikulum matematik, penyediaan skema kerja tahunan dan harian, pengurusan dan komunikasi kelas, serta pengajaran mikro dan makro. Modul ini bertujuan membantu calon guru memahami aspek-aspek penting dalam merancang dan melaksanakan pengajaran matematik yang berhasil.
1. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
TAJUK 1 MERANCANG PENGAJARAN MATEMATIK
• SINOPSIS
Tajuk ini menyediakan satu kesempatan bagi pelajar untuk merancang
pengajaran matematik yang berkesan. Pelajar akan tahu bagaimana
untuk merancang skema pengajaran tahunan atau semester dan juga
merancang rancangan pengajaran harian dengan format yang betul.
Pelajar juga akan tahu pentingnya pengurusan bilik darjah matematik
yang berkesan dan pentingnya komunikasi yang berkesan di dalam
bilik darjah. Pada akhir modul ini pelajar perlu tahu membezakan
pengajaran mikro dan makro.
• HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, anda dijangkakan akan dapat:
(1) menerangkan kurikulum matematik sekolah rendah
(2) menyediakan skop dan urutan tajuk dari kurikulum matematik
(3) menghasilkan rancangan tahunan/semester dan rancangan
pengajaran harian (RPH) dengan format yang betul
(4) mengetahui penting pengurusan dan komunikasi bilik darjah
(5) membezakan pengajaran mikro dan makro
1
2. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
• KERANGKA TAJUK
2
Merancang
Pengajaran
matematik
Semakan kurikulum
Matematik Sekolah
Rendah
Menyediakan skema
kerja untuk tahunan/
semester dan harian
Pengurusan dan
Komunikasi bilik
darjah
Pengajaran mikro
dan makro
3. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
UNIT 1 Semakan kurikulum Matematik Sekolah Rendah
1.1 PENGENALAN
Sebagai seorang guru matematik, anda mesti mengetahui dan memahami
kurikulum matematik sekolah rendah sebelum merancang pengajaran. Kurikulum
matematik merupakan panduan rasmi yang mesti diikuti oleh semua guru
matematik. Kurikulum matematik digubal oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dengan objektif-objektif yang
tertentu. Matlamat Kurikulum matematik sekolah rendah adalah untuk membina
pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan,
memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan dan boleh
mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan
bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
3
Aktiviti 1.1
Dapatkan Kurikulum dan Huraian Sukatan Matematik Sekolah Rendah
tahun Satu hingga tahun 6. Sediakan skop dan urutan tajuk matematik
sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6
4. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
UNIT 2 Menyediakan Skema Kerja untuk Tahunan/Semester dan
Rancangan Pengajaran Harian
2.1 PENGENALAN
Sebelum sesuatu pengajaran matematik dapat dilaksanakan secara
berkesan guru perlu merancang dan menyediakan skema kerja untuk satu
tahun atau satu semester. Berdasarkan skema kerja tahunan/ semester,
guru merancang dan menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH).
2.2 RANCANGAN TAHUNAN/SEMESTER
Rancangan tahunan/ semester ialah dokumen bercetak yang disediakan
oleh guru atau panitia matematik sekolah berdasarkan kurikulum
matematik bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Rancangan tahunan/ semester perlu menunjukkan agihan tajuk mengikut
minggu.
2.3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Rancangan pengajaran harian merupakan satu dokumen yang penting
bagi seseorang guru. RPH adalah langkah-langkah kerja yang perlu
dilaksanakan oleh seorang guru dikelas bagi mencapai hasil
pembelajaran yang ditetap. RPH sepatutnya mengandungi apa yang guru
akan buat, bagaimana untuk melaksanakannya dan jangkaan apayang
pelajar akan laksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
RPH ditulis berdasarkan format tentu. Perkara-perkara berikut perlu ada
dalam RPH:
1. Tajuk
2. Hasil Pembelajaran
3. Pengetahuan sedia ada
4. Bahan bantu mengajar
5. Set induksi
6. Perkembangan isi pelajaran
7. Penilaian
8. Penutup
4
Aktiviti 2.1
Kumpulkan rancangan tahunan matematik di sekolah anda dari
tahun 1 hingga tahun 6. Kongsi dengan rakan kelas anda dan simpan
dalam folio
5. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
2.4 Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan oleh guru
semasa menyediakan RPH. Perkara-perkara tersebut ialah:
1. Hasil pembelajaran
2. peruntukan masa
3. pengetahuan sedia ada murid
4. saiz kelas
5. bahan bantu mengajar
6. tahap keupayan murid
7. kemahiran berfikir dan nilai murni
8. pendekatan pengajaran
Contoh RPH:
Rancangan Mengajar Harian
Berdasarkan
PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN
Topik Ukuran Panjang
Kemahiran Memahami hubungkait antara unit ukuran
panjang
Tahun 4
Masa 1 jam
A. Hasil Pembelajaran
Selepas aktiviti pembelajaran murid boleh:
1. Menyatakan hubungkait antara unit:
i. Meter(m) dan sentimeter(cm)
ii. Sentimeter(cm) dan milimeter(mm)
B. BBM : Pembaris meter, pembaris sentimeter(30 sentimeter & 300
milimeter), LCD, Laptop
C. Kaedah : Inkuiri penemuan
D. Aktiviti : Mengukur benda maujud di dalam kelas menggunakan pembaris
E. Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui unit mater dan
sentimater.
5
Aktiviti 2.2
Sediakan nota ringkas tentang kepentingan rancangan pengajaran
harian kepada guru. Simpan nota anda dalam folio.
6. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
Set Induksi (5 minit) :
1. Guru menyoal murid tentang apakah alat tulis yang mereka bawa.
(Soalan secara mencapah, murid menyatakan beberapa alat tulis
seperti pembaris, pensil, pemadam dan sebagainya)
2. Guru meminta murid melihat dan menyatakan apakah yang mereka
dapat perhatikan pada pembaris yang mereka miliki.
3. Guru membimbing murid untuk fokus kepada huruf cm dan mm yang
terdapat pada pembaris mereka dan apakah hubungkaitnya dengan
kegunaan pembaris tersebut.
Perkembangan
Langkah 1 (20 minit) Tahap Konkrit
1. Bahagikan murid kepada 3 kumpulan kecil (4-5 orang satu
kumpulan)
2. Murid mengenal pasti benda maujud yang hendak diukur (ukuran
panjang meja, ukuran lebar buku teks, ukuran panjang pemadam
papan tulis, dan lain – lain)
3. Edarkan pembaris meter , pembaris sentimeter dan pembaris
milimeter kepada setiap kumpulan. Kertas kosong untuk
merekodkan bacaan hasil ukuran yang diperolehi.
Contoh rekod murid:
Kumpulan Meter (m)
Sentimeter
(cm)
Milimeter
(mm)
6
7. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
Pemadam
papan tulis
9 90
Panjang meja 1 100
4. Setiap kumpulan mengukur panjang setiap objek yang telah
mereka kenal pasti dalam kumpulan masing-masing dan
merekodkan bacaan ukuran objek yang mereka perolehi dalam unit
yang berasingan.
Langkah 2 (10 minit) Tahap Semi Konkrit
5. Setiap kumpulan membentangkan hasil ukuran yang diperolehi di
hadapan kelas dengan unit ukuran yang mereka gunakan.
6. Murid membandingkan hasil ukuran dalam unit yang berbeza pada
benda maujud yang sama.
7. Murid mendapati hasil ukuran pada benda maujud yang sama
mempunyai nombor dan unit yang berbeza.
Langkah 3 (10 minit) Tahap abstrak
1. Guru memberi penerangan tentang hubungkait antara unit ukuran
panjang yang digunakan dalam pengukuran. Contoh : Ukuran meja
murid 1 meter = 100cm, ukuran pemadam papan tulis 7cm =
70mm. Unit dan nombor berbeza tetapi nilai ukuran panjang adalah
sama. Guru memberi contoh – contoh yang berkaitan.
Penilaian
Langkah 4 (10 minit) Tahap abstrak
1. Murid diberi lembaran kerja dan menyelesaikan secara individu.
2. Lembaran kerja dibahagikan kepada tiga bentuk aras kecerdasan
7
8. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
iaitu cerdik, sederhana dan lemah.
3. Guru menyemak jawapan lembaran kerja yang diperolehi daripada
murid.
Penutup
1. Guru menayangkan video lagu bertajuk unit ukuran panjang. Guru
membimbing murid menyanyikan lagu yang ditayangkan.
2. Rumusan isi pelajaran daripada murid dengan bimbingan guru,
guru menegaskan 1 m = 100 cm dan 1 cm = 10 mm.
Contoh latihan yang disediakan oleh guru bagi pelbagai tahap kebolehan murid.
Kumpulan cerdas :
Selesaikan :
1. 4.5 m = ______ cm
2. 0.8 m = ______ cm
3. 6 m = ______ cm
4. 65 cm = ______ m
5. 120 cm=______m
6. 12 cm =_______mm
7. 45 cm =_______mm
8. 68 mm=_______cm
9. 108 mm=______cm
10.70 mm = _______cm
8
9. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
Kumpulan sederhana :
Selesaikan :
1. 5 m = ________cm
2. 12 m=_______cm
3. 180 cm=_______m
4. 56 cm= _______m
5. 18 cm=______mm
6. 26 cm=______mm
7. 80 mm=______cm
8. 50 mm=______cm
Kumpulan lemah :
Selesaikan :
1. 2 cm = ______mm
2. 20 mm = _____cm
3. 3 m = ______cm
4. 100 cm = _____m
9
Aktiviti 2.3
Pilih satu topik matematik sekolah rendah dan sediakan satu RPH untuk
satu jam pengajaran. RPH mestilah mengikut format yang telah
ditetapkan dan mengambil kira perkara-perkara di atas. Simpan RPH
dalam folio.
10. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
UNIT 3 PENGURUSAN DAN KOMUNIKASI BILIK DARJAH
3.1 PENGENALAN
Pengurusan dan komunikasi bilik darjah merupakan satu aspek yang
penting ke arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.
3.2 PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengawalan displin
dan tingkah laku murid di dalam bilik darjah ketika proses pengajaran
dan pembelajaran. Tetapi ianya juga berkaitan dengan pengurusan
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara konsisten.
Bagi tujuan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif, guru perlu tahu dan memahami murid dari aspek tingkahlaku,
kedudukan murid dalam kelas, termasuklah nama murid. Guru perlu juga
mengadakan dan menguatkuasa peraturan dalam kelas.
Guru perlu mengawal masa bagi setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang supaya apa yang dirancang dapat
diselesaikan dalam masa yang ditetapkan secara berkesan. Walaupun
begitu guru perlu bersikap fleksible dalam mengurus aktiviti pengajaran
dan pembelajaran mengikut keupayan murid untuk belajar.
10
Aktiviti 3.1
Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan kelas
matematik yang kondusif. Kongsikan dapatan anda dengan rakan
sekelas dan simpan dalam folio.
11. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
3.3 KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH
Komunikasi adalah aspek yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Komunikasi juga merupakan satu cara untuk
guru dan murid berkongsi idea dan menjelaskan konsep matematik.
Proses komunikasi membantu murid membina kefahaman konsep yang
bermakna. Komunikasi yang berkesan boleh membantu murid
meningkatkan kemahiran berfikir.
Guru perlu menggalakan murid berbincang tentang idea-idea matematik
supaya murid dapat meneroka konsep-konsep matematik dari pelbagai
perspektif. Keadaan ini akan meningkatkan lagi pembentukan pemikiran
matematik dalam minda murid.
Ketika membuat RPH guru perlu merancang aktiviti-aktiviti yang
menggalakan murid-murid berkomunikasi sesama mereka dan guru.
Aktiviti-aktiviti seperti pembelajaran koperatif, pembentangan hasil kerja
dan projek amat bersesuaian bagi meningkatkan komunkasi di dalam
bilik darjah.
UNIT 4 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO
4.1 PENGENALAN
Pengajaran mikro dan makro merupakan satu kaedah dalam latihan
mengajar kepada calon guru bukan dalam kelas sebenar.
4.2 PENGAJARAN MIKRO
Objektif utama pengajaran mikro adalah untuk menyediakan bakal guru
dengan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Sesi pengajaran mikro
dijalankan dalam kumpulan murid yang kecil 4 hingga 5 orang. Masa
pengajaran mikro adalah antara 10-15 minit. Kemahiran penyampaian
11
Aktiviti 3.2
Rancangkan satu aktiviti matematik yang sesuai dijalankan dalam
bilik darjah di mana melibatkan komunikasi antara murid dan murid
serta murid dan guru.
12. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
pula difokuskan kepada satu aspek sahaja seperti set induksi, satu
langkah aktiviti pengembangan atau penutup.
Selepas sesi pengajaran mikro, bakal guru perlu membuat refleksi
terhadap pengajaran mereka. Refleksi ini bertujuan menambah baik
pengajaran mereka dari semua aspek perancangan dan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
4.3 PENGAJARAN MAKRO
Pengajaran makro mempunyai objektif yang sama dengan pengajaran
mikro, tetapi dalam situasi berbeza. Pengajaran makro merupakan sesi
pengajaran sebenar tetapi dikalangan rakan sebaya dan bukan dalam
suasana bilik darjah sebenar. Pengajaran mikro melibat bilangan murid
yang ramai dan masa mengikut kelas sebenar.
12
Aktiviti 4.1
Kumpulkan maklumat tentang kepentingan pengajaran mikro dan makro.
Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, banding beza
pengajaran mikro dan makro.
13. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
TAJUK 2 PENGETAHUAN PENGAJARAN MATEMATIK
• SINOPSIS
Tajuk ini menjelaskan tentang tiga jenis pengetahuan matematik yang
perlu dikuasai oleh pelajar bagi memahami konsep dan idea
matematk. Tiga jenis pengetahuan tersebut ialah pengetahuan
tentang ’factual’, pengetahuan tentang konsep dan pengetahuan
tentang prosedur atau algorithm. Tajuk ini juga membincangkan
bagaimana pelajar melaksanakan matematik dan kaitannya dengan
ketiga-tiga jenis pengetahuan tersebut.
• HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, anda dijangka akan dapat:
(1) menerangkan tiga jenis pengetahuan iaitu pengetahuan konsep,
pengetahuan ‘factual’ dan pengetahuan prosedur.
(2) menerangkan bagaimana melaksanakan matematik melalui material,
perbincangan dan membuat konjektual.
• KERANGKA TAJUK
13
14. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
UNIT 1 PENGETAHUAN TENTANG FACTUAL
1.1 PENGENALAN
Pengetahuan factual adalah pengetahuan yang terbina secara
langsung melalui proses pembelajaran. Pengetahuan factual
dikuasai oleh pelajar tanpa memahami konsep yang sebenar.
Misalnya 4 X 2 = 8, pelajar memperolehi jawapan terus melalui sifir
tanpa memahami konsep pendaraban.
UNIT 2 PENGETAHUAN TENTANG KONSEP
2.1 PENGENALAN
14
Pengetahuan
Pengajaran Matematk
Pengetahuan
Matematik
Melaksanakan
Matematik
Factual konsep Prosedur / algorithm
Aktiviti 1.1
Senaraikan 5 contoh pengetahuan factual dalam kelas matematik
sekolah.
15. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
Pengetahuan tentang konsep merupakan pengetahuan yang
terbina secara langsung atau tidak langsung melalui proses
pembelajaran. Pengetahuan konsep merupakan pengetahuan yang
terbentuk hasil pemahaman pelajar terhadap apa yang disampai
oleh guru.
2.2 PERKEMBANGAN KONSEP
Murid membina konsep matematik berdasarkan pengetahuan sedia
ada. Murid boleh mengembangkan pengetahuan atau konsep
dengan sendiri melalui aktiviti yang berasaskan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dengan ini murid akan dapat
menggunakannya untuk mengembangkan pengetahuan konsep
yang baru
Guru sebagai fasilitator merupakan sumber utama bagi murid
meneroka dan mengembangkan pengetahuan konsep matematik
mereka. Pengetahuan konsep matematik perlu dibina langkah demi
langkah. Pengetahuan konsep yang baru dikembangkan selepas
konsep yang sebelumnya dikuasai. Contoh bagi mengembangkan
konsep pendaraban, murid perlu terlebih dahulu menguasai konsep
penambahan dan penolakan.
UNIT 3 PENGETAHUAN TENTANG PROSEDUR/
ALGORITHM
3.1 PENGENALAN
Pengetahuan tentang prosedur atau algorithm merupakan satu aspek
yang sangat penting dalam proses pembelajaran matematik.
Pengetahuan tentang prosedur atau algorithm melibat kemahiran untuk
15
Aktiviti 2.1
Cari menggunakan internet artikel yang menerangkan bagaimana
pengetahuan konsep matematik dikembangkan dikalangan murid
sekolah rendah. Tulis ringkasan tentang artikel tersebut. Ringkasan
dan artikel perlulah disimpan dalam folio.
16. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
melaksanakan matematik (doing mathematics) seperti membuat
pengiraan, menyelesaikan masalah dan membuat konjektual.
3.2 ALGORITHM
Algorithm adalah langkah-langkah yang dibina untuk menyelesaikan
masalah matematik secara sistematik. Terdapat dua jenis algorithm yang
digunakan dalam menyelesaikan masalah matematik terutama dalam
penyelesaian masalah yang melibatkan pengiraan. Dua jenis algorithm
tersebut ialah algorithm standard dan algorithm alternatif.
Contoh algorithm standard:
Selesaikan 21 991 + 49 889 = ?
Algorithm standard bagi operasi tambah adalah seperti berikut:
1 1 1 1
2 1 9 9 1
+ 4 9 8 8 9
_______
7 1 8 8 0
_______
Algorithm alternatif bagi operasi tambah adalah seperti berikut:
21991=20000 +1000 +900 + 90 +1
49889 =40000 +9000+ 800 +80 +9
Oleh itu
21991 +49889
=(20000+40000)+(1000+9000)+(900+800)+(90+80)+(1+9)
= 60000 + 10000 +1700 +170 +10
=70000 +1870+10
=70000 +1880
16
17. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
=71880
UNIT 4 MELAKSANAKAN MATEMATIK
(DOING MATHEMATICS)
4.1 PENGENALAN
Melaksanakan matematik bermakna murid berupaya untuk
menggunakan pengetahuan matematik mereka dalam membuat
pengiraan, melaksanakan operasi asas tambah, tolak darab dan
bahagi serta menyelesaikan masalah matematik. Penguasaan
ketiga-tiga pengetahuan matematik iaitu pengetahuan konsep,
pengetahuan prosedur atau algorithm dan pengetahuan factual
oleh murid akan membolehkan mereka melaksanakan matematik
secara berkesan.
4.2 MELAKSANAKAN MATEMATIK MELALUI MATERIAL
Material atau bahan manipulatif digunakan secara meluas oleh
guru dan juga murid sebagai bahan sokongan dalam
melaksanakan matematik. Material atau bahan manipulatif
digunakan untuk memudahkan murid mengambarkan konsep-
konsep matematik yang abstrak.
Contoh melaksanakan matematik melalui material ialah memahami
konsep bentuk 2-D menggunakan tangram.
17
Aktiviti 3.1
Kumpulkan contoh-contoh algorithm standard dan algorithm
alternatif bagi operasi darab dan bahagi. Kongsikan dapatan anda
dengan rakan sekelas anda. Simpan semua hasil dapatan dalam
folio
18. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
Berdasarkan 7 bentuk tangram murid diminta membina bentuk-
bentuk yang yang bermakna seperti berikut:
18
19. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
4.3 MELAKSANAKAN MATEMATIK MELALUI PERBINCANGAN.
Kaedah perbincangan membolehkan murid bertukar idea
bagaimana melaksanakan matematik secara berkesan.
Perbincangan yang terancang antara murid dengan murid dan
murid dengan guru akan dapat meningkatkan kefahaman murid
terhadap konsep-konsep matematik. Melalui perbincangan murid
akan dapat mengemukakan idea-idea atau cara bagaimana
sesuatu masalah matematik dapat diselesaikan. Suasana seperti
ini akan dapat membina pemikiran matematik dalam minda pelajar.
Guru perlulah merancang dengan teliti soalan-soalan akan ditanya
kepada murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran bagi
memudah pelajar memahami dan melaksanakan matematik.
Penggunaan tugasan matematk yang bermakna dan sesuai
dengan tahap kebolehan pelajar akan meningkatkan lagi
perbincangan di dalam kelas matematik.
19
Aktiviti 4.1
Rancang satu aktiviti bagi membina konsep matematik yang
menggunakan bahan manipulatif.
Aktiviti 4.2
Cari melalui internet ciri-ciri dan contoh tugasan matematik yang
bermakna.
20. MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN
MATEMATIK
4.4 MELAKSANAKAN MATEMATIK MELALUI KONJEKTUAL
Matematik merupakan sebahagian dari bidang sains. Matematik
adalah sains tentang pola. Oleh itu kaedah melaksanakan
matematik adalah juga mengikut kaedah sains. Dalam bidang sains
tulin sesuatu teori sains terhasil melalui experimen dimanakan
dapatannya boleh digeneralisasikan. Begitulah juga dalam bidang
matematik dimana teorem-teorem matematik boleh terbentuk
berdasarkan generalisasi terhadap sesuatu idea.
Konjektual merupakan suatu generalisasi dalam matematik yang
tidak perlu dibuktikan. Keupayaan murid membuat generalisasi
terhadap sesuatu idea matematik akan membolehkan mereka
melaksanakan matematik secara berkesan.
1. Pilih satu topik matematik sekolah rendah dan sediakan satu rancangan
pengajaran harian yang lengkap bagi mengajar topik tersebut bagi tempoh
satu jam.
2. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, bincangkan strategi-strategi
bagi membolehkan murid menguasai fakta asas darab.
20
Aktiviti 4.3
Kumpulkan maklumat berkaitan dengan bagaimana murid
melaksanakan matematik melalui konjektual (conjectures).
LATIHAN