Modul ini membincangkan bahaya dan pencegahan kemalangan dan penyakit di tempat kerja. Ia menjelaskan konsep hazard, risiko dan bahaya serta jenis-jenis hazard fizikal, kimia, biologi, ergonomik dan psikososial. Modul ini juga menyoroti bahaya khusus seperti elektrik, kerja di kawasan tinggi, ruang terkurung, panas dan radiasi serta langkah pencegahan.
2. Pengenalan
Dapat mengenalpasti bahaya di dalam kerja elektrik
Menerangkan akibat-akibat oleh pendedahan
daripada bahaya dan risiko tersebut
3. Kandungan kursus
Penerangan kepada hazard/bahaya dan risiko
Kategori bahaya
Akibat-akibat pendedahan terhadap bahaya
Latihan mengenalpasti bahaya
4. Definisi
Hazard
Status sumber atau situasi yang berpotensi mendatangkan
kemudharatan dalam bentuk kecederaan atau penyakit
kepada seseorang, kemusnahan harta benda, kemusnahan
alam sekitar atau gabungan
Bahaya
Pendedahan relatif kepada hazard
Risiko
Gabungan kecenderungan berlakunya sesuatu kejadian
berhazard dalam jangka masa atau keadaan tertentu dengan
kadar keterukkan kecederaan atau kemusnahan kepada
kesihatan seseorang, harta benda, alam sekitar atau
gabungannya akibat dari peristiwa.
5. Definisi bagi jenis hazard
Fizikal
Bunyi, sinaran, pengudaraan, tegasan
haba, pencahayaan, elektrik
Kimia
Racun serangga, pelarut dan logam berat
Biologi
Virus, bakteria dan parasit
Ergomonik
Perantaraan manusia dan mesin, kedudukan atau postiur
kerja
Psikososial
Tekanan kerja, hubungan sesama pekerja di dalam
organisasi, bekerja terlalu lama, kerja shif.
7. Tugasan/aktiviti berisiko
Bekerja di tempat tinggi
Pemasangan talian dan kabel
Kerja-kerja pembinaan menara
Bekerja di dalam ruang terkurung
Kerja panas
Kerj a mengangkat beban berat dll
8. Hazard fizikal
Tenaga elektrik ialah hazard yang
Tidak kelihatan
Tiada bau
senyap
Tenaga elektrik boleh mengalir menerusi bahan pengalir
atau konduktor seperti
Besi dan logam
Air
Tubuh manusia
Bahan yang tidak dapat mengalir elektrik – penebat seperti
kayu, plastik, kaca dan getah
9. Hazard berkaitan elektrik
Kejutan/renjatan elektrik
Sentuhan langsung kepada pengalir bertenaga 50 V AU
atau lebih
Sentuhan tidak langsung dengan pengalir terdedah yang
bertenaga semasa rosak. Pada keadaan normal, tidak
membahayakan
10. Faktor mempengaruhi kejutan
elektrik
Rintangan
Semakin rendah rintangan badan manusia, semakin besar potensi
hazard kejutan elektrik berlaku
Voltan
Semakin tinggi voltan, semakin besar potensi hazard kejutan
elektrik berlaku
Voltan melebihi 50 V AU adalah membahaya
Arus
Semakin tinggi arus, semakin besar potensi hazard kejutan elektrik
berlaku
Arus melebihi 5 mA adalah membahaya
Arus 10 mA boleh menghasilkan kejutan yang mencukupi untuk
menghalang kawalan tubuh ke atas otot-otot
11. Kesan arus AU 50 Hz
Nilai arus Kesan
> 1 mA Tidak mengakibatkan sebarang kesan, (tahap ambang persepsi)
1-8 mA Memberikan kesan kejutan, tidak berapa menyakitkan dan kehilangan
kawalan otot sementera
8-15 mA Kesan kejutan menyakitkan, hazard dapat dilepaskan dengan sendiri
15-20 mA Kesan kejutan menyakitkan, hazard tidak dapat dilepaskan dengan
sendiri dan kehilangan kawalan otot
20-50 mA Menyakitkan; pengecutan yang teruk pada otot dan kesusahan untuk
bernafas
100-200 mA Fibrilasi otot ventrikal (ventrikular fibrillation) iaitu suatu keadaan
pada jantung boleh mengakibatkan kematian
> 200 mA Kesan terbakar yang teruk dan pengecutan yang teruk pada otot
sehingga menyebabkan otot pada dada menekan jantung dan
menyebabkan jantung terhenti dalam tempoh masa kejutan
12. Sambungan…
Semakin lama pendedahan, semakin
besar potensi berlakunya hazard
kejutan elektrik
Arus kejutan elektrik yang mengalir
merentasi jantung adalah sangat
berbahaya
13. Hazard elektrik
Kelecuran
Bersentuhan dengan pengalir yang
hidup
Pada titik kemasukan dan keluar arus
elektrik yang mengalir menerusi
badan
Arus elektrik yang mengarka (contoh
kilat)
14. Hazard elektrik
Kelecuran
Tenaga elektrik adalah punca biasa bagi kebanyakan
kejadian kebakaran
Punca bagi pencucuhan elektrik meliputi:
Percikan di antara pengalir
Arka – perlepasan tenaga yang lebih besar
Litar pintas – litar elektrik
Lebih beban
Pendawaian lama dan mengalami kerosakan
15. Hazard elektrik
Letupan
Disebabkan oleh litar pintas atau percikan dari sambungan
elektrikal
Elektrik statik
Kesan yang dihasilkan oleh cas elektrik yang terperangkap di
dalam penebat, contoh: cas wujud dalam barangan tekstil
seperti nylon dalam industri tekstil
Elektrik statik boleh menjadi punca bahaya jika percikannya
di dalam ruang udara mudah terbakar yang akan
mengakibatkan petupan dan kebakaran cth: non-conductive
floor mat dalam bilik tertutup
16. ELCB (DI PAPAN SUIS UTAMA)
KABEL KE BUMI
KABEL
HIDUP
SOKET
LITAR LENGKAP TERBENTUK
: ARUS MENGALIR
BADAN MESIN
PENYEDUT HABUK
MENGALIRKAN
ELEKTRIK
Arus mengalir dari punca bekalan melalui peralatan elektrik
dan menerusi tubuh manusia terus ke bumi.
ARUS BOCOR KE BUMI
18. JENTUAI YANG TERLIBAT
DALAM KEMALANGAN
KES KEMALANGAN ELEKTRIK MAUT DI KG NAM
DAM, PENDANG, KEDAH
KESAN TERBAKAR PADA
JENTUAI
Bahaya akibat elektrik
19. LOKASI DIMANA KEJADIAN
BERLAKU JENTUAI YANG TERLIBAT
KES KEMALANGAN ELEKTRIK MAUT DI KG BATAS
KABU, KODIANG, KEDAH
Bahaya akibat elektrik
20. KESAN KEBAKARAN
PADA JENTUAI SELEPAS
KEMALANGAN
KEADAAN MANGSA
KES KEMALANGAN ELEKTRIK MAUT DI KG BATAS
KABU, KODIANG, KEDAH
Bahaya akibat elektrik
21. KERATAN AKHBAR KEMALANGAN FLASHOVER
Bahaya akibat elektrik
KES KEMALANGAN ELEKTRIK MAUT DI TIKAM
BATU, KEDAH
22. LOKASI KEMALANGAN
KESAN ARKA PADA
JENTUAI
Bahaya akibat elektrik
KES KEMALANGAN ELEKTRIK MAUT DI TIKAM
BATU, KEDAH
23. KES KEMALANGAN ELEKTRIK MAUT DI KOLAM
JPS, ARAU, PERLIS
Tempat di mana seorang kanak-kanak berumur 11 tahun terkena
kejutan elektrik – kebocoran arus pada peralatan elektrik
Bahaya akibat elektrik
24. T
E
TEMPAT DI MANA
SEORANG
LELAKI TERKENA KEJUTAN
ELEKTRIK
Kes kemalangan maut di Kg Hutan Kampung Alor Setar
Kedah.
Bahaya akibat elektrik
25. Kelihatan satu lembar wayar kuprum terjuntai keluar dari
terminal ‘LIVE’ hampir menyentuh terminal ‘EARTH’
Soket Alir Keluar buatan mangsa yang menjadi punca kejadian
Kes kemalangan maut di Kg Hutan Kampung Alor Setar
Kedah.
Bahaya akibat elektrik
26. Kes kemalangan maut di Kg Hutan Kampung Alor Setar
Kedah.
Bahaya akibat elektrik
27. KES (1991) - MAUT
TEMPAT - PEKAN PAHANG
MANGSA - LELAKI
BERUSIA 36 TAHUN
MANGSA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK SEMASA
MENGGUNAKAN GRINDER BAGI MENGIKIS CAT PADA
SEBUAH BOT
APABILA DIBUAT PEMERIKSAAN DIDAPATI MANGSA
TELAH MEMBUAT PENYAMBUNGAN YANG SALAH PADA
PALAM KUASA TIGA PIN DI GRINDER TERSEBUT DI
MANA WAYAR HIDUP DISAMBUNG PADA PUNCA
NEUTRAL DAN WAYAR BUMI DISAMBUNG PADA PUNCA
HIDUP. OLEH KERANA ITU SELURUH BADAN GRINDER
TERSEBUT BERADA DALAM KEADAAN “ON”.
Kesan
Terbakarwayar bumi
wayar hidup
arus bocor mengalir ke
rangka/badan alat
wayar neutral
KEJUTAN ELEKTRIK SECARA TIDAK LANGSUNG:
Bahaya akibat elektrik
32. KEJUTAN ELEKTRIK DISEBABKAN OLEH TALIAN DAN
KEBOCORAN ARUS ELEKTIK BERHAMPIRAN TIANG ELEKTRIK
Bahaya akibat elektrik
33. Hazard bekerja di tempat tinggi
Seluruh dunia, dilaporkan labih 40,000 kecederaan
dan kematian disebabkan terjatuh dari tempat tinggi
33 % dari kemalangan akibat jatuh menyebabkan
kematian.
Dalam industri pembinaan, merupakan punca utama
kemalangan maut.
Jenis kemalangan
Pekerja terjatuh –
Tempat tinggi atau ke dalam lubang
Terjatuh atau tersungkur
34. Sambungan…
Benda jatuh
Menara atau tiang tumbang
Tanah runtuh
Perancah runtuh
Benda atau peralatan(tool) jatuh ketika bekerja
35. Kerja di ruang terkurung
Ruang terkurung (confined space) adalah suatu tempat
yang boleh dimasuki pada tekanan udara biasa tetapi
bukan direka untuk dihuni untuk jangkamasa yang
lama, dan mempunyai laluan keluar/masuk yang sempit
AHU
Terowong
Silo
Menara sejuk
Paip
Lubang
Lurang
Sistem kumbahan
tangki
36. Hazard di ruang terkurung
Hazard kimia
a) Gas atau wasap beracun
b) Gas atau wasap yang terbakar
Hazard Fizikal
a) Pengudaraan seperti kekurangan oksigen atau
berlebihan oksigen
b) Radiasi
37. Hazard Ergonomik
Hazard Ergonomik
Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian
manusia dengan sekitaran kerjanya.
Ia selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan
rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi
keperluan fisiologi dan psikologi manusia.
Misalnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak
ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan ‘Tunnel
Carpel Syndrome’ dan sakit belakang.
Hazard Psikososial
38. Hazard Psikososial
Hazard Psikososial
Disebabkan oleh persekitaran contohnya tempat kerja
Keadaan negatif yang menpengaruhi atau
mendatangkan kesan negatif terhadap mangsa
Contoh: gangguan seksual, tekanan kerja dll
39. Hazard Fizikal: Radiasi
Kesan kepada kesihatan
bergantung kepada dos sinaran
Penyakit akibat radiasi:
Kerosakan pada kulit dan mata
Merosakan sum-sum tulang (bone marrow)
Kanser paru-paru dan kulit
Kerosakan genetik
Kecacatan kepada kandungan
40. Tiga prinsip perlindungan dari sinaran:
Tempoh
Dedahan
Jarak
Dedahan
Pedinding
Hazard Fizikal: Radiasi
41. Hazard Fizikal : Kerja Panas
Contoh Hazard Berkaitan Kerja Kimpalan/Pemotongan
Besi
Gas dan wasap (fume) berbahaya boleh menyebabkan
kecederaan atau penyakit seperti oksida dari N2, Ozon.
Suhu tinggi boleh membakar kulit dan menyebabkan
kebakaran dan letupan
Kejutan elektrik boleh membawa maut
Sinaran panas/api boleh menyebabkan kebakaran dan arka
pada mata
bersambung
42. Sambungan
Tangan yang berpeluh , cermin mata keselamatan
yang kabur dan pening kepala boleh menyebabkan
kemalangan
Terbakar disebabkan sentuhan yang tidak sengaja
Keadaan yang kurang selesa menyebabkan mudah
marah dan terganggu dan ia menganggu daya fikir
(mental alertness) yang akan menyebabkan kurang
perhatian terhadap kerja dan menyebabkab
kemalangan
Tegasan haba, keletihan, strk, kekejangan dan
melecur.
43. Hazard Fizikal: Kebakaran
Empat Perkara Perlu Wujud Untuk Menyebabkan
Kebakaran
Bahan bakar
Haba yang mendorong kenaikan suhu bahan tersebut
kepada paras suhu pencucuhannya
Oksigen yang mencukupi untuk menyebabkan
pembakaran
Tindakbalas luahaba(eksotermik) bahan-bahan tersebut.
*nota: dengan menghapuskan salah satu empat elemen
tersebut, maka kebakaran tidak akan berlaku atau api akan
terpadam.
bersambung
44. sambungan
Oksigen, haba dan bahan bakar adalah pelengkap
kepada `Segi Tiga Api’ Dengan kewujudan elemen
yang keempat, iaitu tindakbalas kimia, proses
kebakaran akan berulang secara berterusan yang
disebut sebagai `Tetrahedron’.
Risiko kebakaran:
Terhidu gas beracun
Lemas akibat kekurangan oksigen
Kelecuran
terbakar
45. Hazard Fizikal: Bunyi Bising
Bunyi yang tidak dikehendaki
Satu bentuk tenaga
Kesannya bergantung kepada:
• Kekuatan bunyi bising
• Tempoh pendedahan pada bunyi bising tersebut
• Kekerapan/frenkuensi
Jenis bising (denyutan, berterusan)
Diukur dalam unit decibels(dB)
bersambung
46. Anggaran Umum Untuk
Kebisingan Berkaitan Pekerjaan
Bunyi roket berlepas 180
Bunyi enjin jet berlepas 140
Bunyi mesin gerudi
pneumatik 119
Bunyi gergaji berantai 110
Bunyi gerudi tangan 98
Bunyi Bulldozer,
penyembur cat 105
Bunyi penggosok pasir 93
Bunyi perbualan normal 60
Bunyi paling perlahan
boleh didengari 0
Bunyi paling bising194
Bunyi tembakan 165
Bunyi siren Ambulans 120
Bunyi mesin gerudi
Penghentak 114
Bunyi traktor 96
Bunyi pengering
rambut/mesin rumput 90
Bunyi deringan telefon 80
Bunyi angin 30
* Pendedahan >85 boleh
menyebabkan hilang
pendengaran
47. sambungan
Paras dBA PERNYATAAN
<85 Paras Selamat
85 Paras Bertindak (8 jam sahaja)
90 Had Pendedahan Dibenarkan (4 jam
sahaja)
115 Had Pendedahan Dilarang
130 Ambang Kesakitan
48. sambungan
Akut/ kesan serta merta (acute)
Merosakkan gegendang telinga
Merosakkan ossicles telinga
Anjakan ambang sementara {temporary Threshold Shift(TTS)}-hilang
pendengaran akibat pendedahan pada bunyi bising, semua atau sebahagian
akan pulih semula apabila pendedahan tersebut diberhentikan.
Anjakan ambang tetap {Permanent Threshold Shift(PTS)} boleh menyebabkan
pekak
Menyerupai TTS
Pemulihan tidak sepenuhnya
Tinnitus
Bunyi berdengung di dalam telinga
Disebabkan oleh beberapa punca
Dikaitkan dengan PTS
49. sambungan
Masalah perhubungan
Hilang pendengaran
Kelantangan (kerosakan pada bahagian telinga)
Kejelasan (kerosakan pada bahagian dalam telinga)
(kekerapan yang tinggi)
PERINGATAN!
PEKAK YANG DISEBABKAN OLEH
PENDEDAHAN KEPADA BUNYI BISING
TIDAK DAPAT DIUBATI ATAU DIPULIHKAN
50. Hazard Kimia
Cara kemasukan dan risikonya:
1. Serapan menerusi kulit dan percikan ke mata-
kelecuran, gatal, buta dan sebagainya.
2. Sedutan/hiduan melalui pernafasan-pening
kepala, mual, muntah-muntah dan sebagainya
3. Makan/minum- kerosakan kepada organ dalaman
4. suntikan/tertusuk- kerosakan kepada orga
dalaman, gatal dan sebagainya
51. Hazard Ergonomik
Ergonomik adalah ilmu sains yang menyesuaikan cara dan
suasana kerja kepada pekerja
Contoh Hazard Ergonomik Di Tempat Kerja
Kerja yang menggunakan kekuatan tenaga manusia (manual
handling/force)
Menggunakan kekuatan fizikal secara berlebihan
Beban berat yang diangkat, ditolak atau ditarik
Ulangan/kekerapan & jangkamasa
Kerja yang sama dilakukan dengan berulang-ulang
Kedudukan badan semasa bekerja (posture)
Kedudukan badan/kerja yang tidak natural
Kedudukan beban tidak selari dengan paksi tulang belakang(spinal
Axis)
Gegaran seperti pemandu lori, penggguna mesin pemampat
53. Rumusan
Hazard elektrik sangat berbahaya.
Berhati-hati ketika mengendalikan peralatan atau
barangan elektrik.
Sebarang pekerjaan elektrik mesti dikawalselia oleh
orang kompeten
Elakkan sebarang ubahsuai yang boleh mendatangkan
bahaya.
Amalkanprosedur kerja yang selamat