SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
TUGASAN 3
KAJIAN KES
KAJIAN KES PENGGUNAAN VIDEO PENTERJEMAHAN DALAM BAHASA ISYARAT
KE ATAS PENINGKATAN KEFAHAMAN TEKS BAHASA MELAYU PELAJAR PEKAK.

KOD KURSUS
KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

NAMA PELAJAR
ROZAINI BINTI ALIAS
(M20121000563)

NAMA PENSYARAH
PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN HJ GAPOR
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KAJIAN KES PENGGUNAAN VIDEO PENTERJEMAHAN DALAM BAHASA
ISYARAT KE ATAS PENINGKATAN KEFAHAMAN TEKS BAHASA MELAYU
PELAJAR PEKAK.

ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk melihat kefahaman teks pelajar pekak pencapaian kefahaman teks
bahasa melayu setelah teks tersebut diterjemahkan dan direkodkan secara video. Kajian kes ini
menggunakan kaedah kualitatif di mana pencapaian mereka dalam kefahaman teks akan
dikumpulkan dan direkodkan. Selain itu, kajian ini juga melihat faktor-faktor lain yang tercetus
dalam kefahaman teks para pelajar ini kesan daripada penggunaan bahasa isyarat yang telah
diterjemahkan dalam bentuk video.

PENGENALAN

Teknologi maklumat merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam memberi
sumbangan kepada pendidikan selaras dengan perkembangan semasa yang berkehendak kanakkanak mempunyai pengetahuan dalam teknologi maklumat. Begitu juga dengan pelajar
pendidikan khas. Melalui

kemajuan teknologi maklumat berserta kemudahan gadjet-gadjet,

kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mereka menjadi semakin mudah. Perkara yang
diperlukan adalah kemahiran guru dalam penggunaan bahan-bahan interaktif serta gadjet-gadjet
tertentu.
Bagi murid pendidikan khas bermasalah pendengaran, mereka mempunyai beberapa
kaedah yang digunakan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abdullah
Yusoff (1995) dalam kajiannya menyatakan murid-murid bermasalah pendengaran menggunakan
1
bahasa isyarat sebagai medium untuk berkomunikasi didapati amat sukar dalam menulis atau
menghasilkan sesebuah karangan. Kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid ini disebabkan oleh
mereka yang tidak dapat menyatakan idea dalam struktur ayat bahasa yang betul dan tepat
walaupun di dalam perbincangan mereka dapat menyatakan idea dalam bahasa isyarat. Selain itu,
terdapat juga perbezaan aspek penekanan kepada struktur bahasa isyarat iaitu bahasa isyarat
mengutamakan unsur semantik tanpa terikat dengan tatabahasa Bahasa Melayu, manakala
Bahasa Melayu pula terikat dengan tatabahasa yang menentukan semantik.
Bagi murid-murid yang mempunyai masalah pendengaran, mereka tidak dapat
mendengar dan meniru (imitates) bunyi yang berada di sekeliling mereka (Zamri 2007). Hal ini
kerana pendedahan bahasa berlaku dengan adanya peniruan bunyi. Di dalam proses
pembelajaran dan kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada daya penglihatan dan
pengamatan dalam memahami sesuatu konteks. Keadaan ini menimbulkan kesulitan kepada
kanak-kanak dalam penulisan dan juga pemahaman akibat daripada perkembangan bahasa yang
jauh ketinggalan daripada murid normal (Izani Daud 2001).
Oleh itu penggunaan video sebagai bahan yang digunakan dalam pegajaran bahasa dilihat
perlu bagi memperoleh pemahaman pelajar dalam teks kefahaman Bahasa Melayu. Hal ini
adalah kerana penggunaan bahan berteknologi didapati mampu membantu murid-murid ini
dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Kajian dijalankan oleh Nordin dalam Losinin dan rakan –rakan (2010) melaporkan
bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada
bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman
mereka. Kajian yang lain pula menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem media
sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, dalam Losinin dan
rakan-rakan 2010). Manakala dalam kajian lain yang telah dijalankan terhadap kelebihan
penggunaan media, sumber web secara sistematik seperti oleh Maizurah Omar dan Fattawi
Mokhtar dalam Losinin dan rakan-rakan (2010).
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer yang direkabentuk secara khusus dan
sistematik boleh menyatukan semua peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran ke
dalam persembahannya. Penggunaan pelbagai unsure seperti gerak, bunyi, warna, grafik dan
2
cahaya yang berwarna warni pada skrin secara langsung dapat menarik minat dan perhatian
pelajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat
mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran (Losinin dan
rakan-rakan 2010).

Fontana (1988) dalam Losinin dan rakan-rakan (2010) menyatakan bahawa paparan
elektronik jika dilihat sebagai media yang dinamik, ianya dapat meransang tindak balas luaran
atau dalaman yang boleh mempengaruhi psikologi seseorang. Dale dalam Losinin dan rakanrakan (2010) menyatakan bahawa sebagai media pengajaran yang menghampiri kepada alat
yang berbentuk konkrit, paparan elektronik yang digunakan secara sistematik dapat merangsang
daya imaginasi. Hal ini menunjukkan bahawa alatan ini dapat menjamin proses pembelajaran
dan pengajaran berjalan lancar. Di samping itu, alatan berbentuk media ini dilihat dapat
meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran. Seperti yang kita
ketahui seseorang insan yang dilahirkan ke dunia adalah insan yang cenderung kepada visually
oriented dan mereka banyak mempelajari sesuatu perkara melalui penglihatan. Berdasarkan
kajian –kajian lepas ini jelas boleh dikaitkan dengan keperluan penggunaan alatan-alatan
berbentuk media dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pekak dapat membantu dalam
peningkatan akademik mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pemahaman murid-murid bermasalah
pendengaran terhadap teks bahasa Melayu yang dibaca sebelum diterjemahkan kepada kod
isyarat tangan dan selepas teks tersebut diterjemahkan di dalam kod isyarat tangan.
Objektif kajian ini ialah :
1. Mengenalpasti tahap pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran terhadap teks
bahasa melayu yang dibaca .

2. Mengetahui tahap pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran terhadap teks
bahasa melayu yang telah diterjemahkan ke dalam kod bahasa isyarat.
3
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini mengemukakan beberapa persoalan iaitu:
1. Adakah terdapat peningkatan pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran setelah
bahan petikan bahasa Melayu diterjemahkan di dalam kod isyarat berbentuk video?
2. Apakah faktor-faktor penghalang kepada pemahaman murid-murid bermasalah
pendengaran dalam Bahasa Melayu?

DEFINISI OPERASI
Murid-murid bermasalah pendengaran merupakan murid yang tidak dapat mendengar pada satusatu tahap intensiti bunyi. Mereka juga adalah murid-murid yang mengalami masalah
komunikasi, sosial serta akademik.
Kod Tangan Bahasa Malaysia dikenali sebagai KTBM merupakan penggunaan kod yang
disampaikan melalui isyarat bagi mewakili setiap kosa kata Bahasa Melayu.
Bahasa Isyarat Malaysia atau dikenali sebagai BIM

merupakan satu pendekatan yang

menggunakan isyarat sebenar orang pekak dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada
murid-murid pekak. Penggunaan isyarat ini membabitkan pergerakan badan seperti mimik muka,
kepala dan pergerakan tangan dan bahasa isyarat ini hanya digunakan di Malaysia.
Kaedah komunikasi seluruh ialah satu kaedah isyarat yang menggabungkan ejaan isyarat jari,
bacaan bibir dan pertuturan yang mana menggabungkan penggunaan isyarat dan pertuturan
secara serentak.

4
KAEDAH METADOLOGI

Kajian yang akan dijalankan ini adalah bersifat kajian kes di mana lima teks kefahaman
digunakan untuk melihat tahap kefahaman teks dalam kalangan murid-murid pendidikan khas
bermasalah pendengaran. Aspek-aspek yang dilihat dalam kajian ini adalah merujuk kepada
tahap pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran terhadap teks Bahasa Melayu yang
dibaca tanpa diterjemahkan ke dalam kod isyarat tangan, tahap pemahaman murid-murid
bermasalah pendengaran terhadap teks bahasa melayu yang telah diterjemahkan ke dalam kod
bahasa isyarat dan juga untuk mengenalpasti elemen-elemen yang menjadi gangguan kepada
kefahaman murid-murid bermasalah pendengaran dalam memahami teks yang dibaca. Kajian ini
dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Raub, 27600 Raub Pahang.

Murid yang dipilih adalah merupakan tiga orang murid tahun lima iaitu merupakan
seorang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Kajian ini menggunakan lima teks
kefahaman yang berlainan dan tahap teks yang digunakan adalah teks Bahasa Melayu Tahun
Empat. Tahap pencapaian kefahaman teks Bahasa Melayu ini akan dilakukan kepada muridmurid ini sebelum dan selepas teks diterjemahkan. Teks kefahaman ini akan diterjemahkan ke
dalam kod bahasa isyarat KTBM dan BIM dan akan direkodkan dalam bentuk video.

REKA BENTUK KAJIAN

Penyelidik akan menggunakan kaedah kualitatif bagi menguji tahap kefahaman teks
Bahasa Melayu kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pendengaran

ini. Soalan

kefahaman akan diberikan kepada murid-murid ini dalam bentuk teks pemahaman Bahsa Melayu
yang belum diterjemahkan ke dalam kod isyarat tangan dan skor yang diperoleh akan di
rekodkan. Kemudian, tahap kefahaman teks bagi teks bahasa Melayu yang sudah diterjemahkan
di dalam Kod isyarat tangan oleh penterjemah juga akan di rekodkan.

5
Penggunaan kaedah kualitatif digunakan adalah kerana pengkaji ingin meninjau dan
membuat pemerhatian yang mendalam ke atas murid-murid pendidikan khas bermasalah
pendengaran ini terhadap pencapaian mereka dalam kefahaman teks setelah teks ini
diterjemahkan dalam bentuk video menggunakan kod isyarat tangan. kajian ini akan dilakukan
dengan mengunakan kedah pemerhatian dan analisis rekod pencapaian pelajar sebelum dan
selepas teks kefahaman ini diterjemahkan.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian adalah merupakan rekod tahap pemahaman murid dalam menjawab
lima soalan kefahaman teks yang diberikan sebelum dan selepas teks yang diterjemahkan
diberikan. Lima teks kefahaman Bahasa Melayu tahun 4 Sekolah Kebangsaan akan diberikan
kepada murid-murid ini adalah merupakan teks berbentuk cerita, fakta, autobiografi, berita dan
juga ucapan. Teks ini akan diberikan kepada murid-murid pendidikan khas dan setiap teks
tersebut akan disertakan dengan lima soalan kefahaman bagi setiap satu teks.

Manakala bagi teks Bahasa Melayu yang diterjemahkan adalah menggunakan khidmat
penterjemah bahasa isyarat dan terjemahan tersebut direkodkan di dalam video. Begitu juga
dengan soalan kefahaman yang digunakan juga akan dirakam dalam bentuk video. Terjemahan
yang digunakan adalah menggunakan kod tangan KTBM dan juga BIM.

TATACARA PENGUMPULAN DATA

Penyelidik memilih lima teks bahasa melayu dalam bentuk petikan yang berbeza iaitu
petikan berita, cerita, autobiografi, fakta dan ucapan. Petikan yang dipilih ini merupakan
petikan pelajar normal darjah empat. Kemudian, penyelidik akan mengedarkan teks bahasa
melayu yang tidak diterjemahkan kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pendengaran
Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bandar Raub semasa waktu Bahasa Melayu diadakan. Penyelidik
akan memberikan penerangan bagaimana untuk menjawab soalan kefahaman yang diberikan.
6
Soalan kefahaman ini adalah dalam bentuk soalan objektif sebanyak lima soalan bagi setiap teks.
Data pencapaian yang diperoleh akan direkodkan oleh penyelidik. Teks yang diberikan ini akan
dijawab oleh murid-murid ini dalam masa sejam dan akan dikumpulkan semula oleh penyelidik.
Setelah itu, teks-teks ini akan diterjemahkan ke dalam bentuk bahasa isyarat KTBM dan
BIM menggunakan aplikasi video. Pada hari berikutnya penyelidik akan memberikan muridmurid teks bahasa melayu yang diterjemahkan ke dalam kod isyarat tangan oleh penterjemah
menggunakan video. Murid-murid dikehendaki menonton video tersebut dan menjawab soalan
kefahaman yang juga diberikan di dalam video tersebut. Video yang diberikan boleh diulang
oleh murid sehingga mereka berasa yakin untuk menjawab soalan kefahaman yang akan
dikemuakan kelak.Soalan kefahaman yang akan dijawab oleh murid juga adalah berbentuk
objektif akan ditanda oleh murid setelah melihat soalan kefahaman yang telah diterjemahkan.
Kemudian, data pencapaian mereka akan direkodkan.
Bagi mendapatkan kesahan dapatan ini, teks bahasa melayu yang diterjemahkan akan
diulang selepas seminggu kajian dijalankan. Kaedah yang sama akan diulang dan dapatan kajian
akan direkodkan. Selepas semua dapatan diperolehi, pengkaji akan membuat analisis bagi
dapatan yang diperoleh.

PENGESAHAN KAJIAN
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini akan disahkan oleh sekumpulan guru yang
mengajar murid pendidikan khas bermasalah pendengaran di beberapa buah sekolah pendidikan
khas dan sekolah integrasi. Mereka dipilih berdasarkan tempoh perkhidmatan serta pengalaman
mereka dalam menggunakan bahasa isyarat.Berdasarkan pengesahan ini

menunjukkan

sekumpulan guru yang berpengalaman ini bersetuju dan mengesahkan bahawa bentuk kajian ini
sah untuk dijalankan kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pendengaran.

7
BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini akan terdapat beberapa batasan kajian yang dikenalpasti. Batasan
kajian pertama adalah dari segi masa. Hal ini adalah kerana masa yang digunakan untuk memilih
bahan bacaan dan guna mencari penterjemah bahasa isyarat yang agak sukar. Selain itu, masa
yang digunakan untuk menyiapkan video beserta sarikata teks memakan masa yang agak lama
kerana penyelidik kurang berkemahiran dalam menggunakan aplikasi video.
Batasan kedua ialah kurangnya pengetahuan pengkaji dalam penggunaan KTBM
memerlukan pengkaji mencari penterjemah yang berkelayakan untuk menterjemahkan teks agar
terjemahan yang dilakukan sah serta dapat difahami oleh murid-murid.
Batasan ketiga adalah dari segi kos di mana kos untuk membuat video dan juga mencari
penterjemah yang berkebolehan. Penyelidik mencari individu yang boleh membantu penyelidik
dalam mendapatkan bahan dan menterjemahkan teks.
Oleh kerana kajian ini dilakukan kepada tiga orang murid di sebuah sekolah, kajian ini
tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan pelajar pekak yang berada di Malaysia. Namun
kajian ini diharapkan dapat memberikan input yang berguna dalam pendidikan Khas terutamanya
dalam pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran.

8
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian ini didapati terdapat peningkatan tehadap kadar kefahaman
pelajar dalam penggunaan penterjemahan di dalam bahasa isyarat berbentuk video. Dapatan data
adalah seperti yang berikut;
JADUAL 1
TEKS DALAM BAHASA MELAYU YANG TIDAK DITERJEMAH
RESPONDEN

TEKS

TEKS

TEKS

TEKS

TEKS

JUMLAH

CERITA

FAKTA

UCAPAN

BERITA

AUTOBIOGRAFI

DALAM
PERATUS

REPONDEN 1

3

2

2

1

2

40%

REPONDEN 2

1

3

2

2

3

44%

REPONDEN 3

3

2

3

3

2

52%

JADUAL DUA
TEKS DALAM BAHASA MELAYU YANG SIAP DITERJEMAH KE DALAM BAHASA
ISYARAT DALAM BENTUK VIDEO

RESPONDEN

TEKS

TEKS

TEKS

TEKS

TEKS

JUMLAH

CERITA

FAKTA

UCAPAN

BERITA

AUTOBIOGRAFI

DALAM
PERATUS

RESPONDEN 1

4

4

5

4

3

80%

RESPONDEN 2

3

4

4

5

3

76%

RESPONDEN 3

5

4

5

5

4

92%

9
JADUAL TIGA
BANDINGAN PENCAPAIAN SEBELUM DAN SELEPAS TEKS DITERJEMAHKAN DI
DALAM BENTUK VIDEO

RESPONDEN

SEBELUM

SELEPAS

PERBEZAAN

RESPONDEN 1

40%

80%

40%

RESPONDEN 2

44%

76%

32%

RESPONDEN 3

52%

92%

40%

Berdasarkan dapatan ini jelas menunjukkan terdapat peningkatan dalam kefahaman teks
pelajar bagi kelima-lima teks yang telah diterjemahkan. Hal ini dapat dilihat dengan data yang
dikemukan dalam jadual 3 iaitu perbandingan pencapaian sebelum dan selepas teks
diterjemahkan di dalam kod isyarat tangan berbentuk video. Jika dilihat pencapaian responden
satu meningkat sebanyak 40% iaitu sebelum teks diterjemahkan responden memperoleh markah
40% dan meningkat kepada 80% selepas teks diterjemahkan. Begitu juga jika dilihat pada
responden kedua meningkat sebanyak 32% iaitu dari 44% kepada 76%. Manakala seterusnya
bagi responden ketiga juga meningkat sebanyak 40% iaitu daripada 52% kepada 92%.
Berdasarkan kajian ini jelas menunjukkan peranan penggunaan video sebagai bahan bantu
mengajar dapat meningkatkan kefahaman teks para pelajar ini.

PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kefahaman
teks para pelajar bermasalah pendengaran selepas video diterjemahkan di dalam bahasa isyarat.
Hal ini adalah kerana dalam bahasa isyarat murid lebih memahami sesuatu teks itu dengan lebih
mendalam tanpa melibatkan pelbagai gangguan lain yang ada di dalam teks asal seperti hukum

10
tatabahasa dan sturktur ayat. Selain itu dalam bentuk kod tangan murid lebih memahami makna
sesuatu kod jika dibandingkan dengan ayat yang terdapat di dalam teks.
Dapatan lain yang boleh dirumuskan adalah dengan adanya teks dalam bentuk
terjemahan video, murid boleh mengulang tayang video ini berulang kali sehingga mereka
faham akan isi kandungan teks yang ingin disampaikan. Tanpa adanya tekanan pelajar bebas
melihat video sehingga mereka yakin untuk menjawab soalan kefahaman. Kajian dijalankan oleh
Nordin (Losinin dan rakna-rakan 2010) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan
komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping
mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka. Pernyataan ini secara tidak
langsung dapat menjelaskan bahawa dengan adanya bahan berbentuk visual seperti ni dapat
meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran mereka.
Selain itu, dengan adanya video ini murid dilihat sangat teruja menonton video yang
ditayangkan kepada mereka dan mereka mengakui mereka faham akan perkara yang di
sampaikan oleh penterjemah. tanpa terikat dengan perkataan –perkataan yang terkandung di
dalam teks, murid dilihat faham dan dapat menjawab soalan dengan baik. Hal sebaliknya berlaku
dalam teks biasa di mana murid-murid ini dilihat tidak bermotivasi untuk membaca teks tersebut
akibat beberapa sebab antaranya pelajar pendidikan khas bermasalah pendengaran ini lemah
dalam ejaan kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada pemerhatian dan ayat juga ayat di
dalam teks tidak difahami mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pemahaman mereka
yang memerlukan perkara yang bermakna. Hal ini jelas dinyatakan dalam kajian– kajian di luar
negara menyatakan bahawa semasa mereka berkomunikasi menggunakan menggunakan bahasa
isyarat,mereka tidak mementingkan frasa-frasa ayat seperti imbuhan. Hal ini kerana ayat –ayat yang
digunakan semasa bertutur akan diturunkan dalam bentuk ayat semasa membuat penulisan.
Keadaan ini menyebabkan ayat –ayat yang dihasilkan oleh kumpulan ini tidak menepati struktur
dan tatabahasa Bahasa Inggeris. Situasi ini sering menyumbang kepada masalah pencapaian
akademik yang rendah di kalangan murid–murid ini. (Kirk, Gallagher & Anastasiow,1997).

11
RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Rumusannya, daripada kajian yang dijalankan ini jelas menunjukkan bahawa peranan
alatan berbentuk teknologi dapat membantu murid-murid dalam pencapaian akademik mereka
khususnya kepada murid-murid bermasalah pendengaran. Berdasarkan dapatan kajian yang telah
direkodkan dan pemerhatian yang dilakukan dapat dirumuskan bahawa berbentuk teknologi ini
bukan sahaja mampu meningkatkan pencapaian akademik murid bahkan juga dapat
meningkatkan motivasi murid secara keseluruhannya.
Kajian ini hanya menggunakan video tanpa perincian grafik yang sangat menarik, namun
video ini dapat membantu murid-murid bermasalah pendengaran dalam memahami teks Bahasa
Melayu yang telah dirakam sebagai video dengan baik jika dibandingkan dengan pembacaan teks
yang berbentuk media cetak.Oleh itu, diharapkan agar kajian ini memberi satu persepsi dan idea
kepada guru-guru dalam melaksanakan penterjemahan kod tangan bahasa isyarat supaya kaedah
ini mampu menjadi satu bahan utama sebagai alat bantu mengajar dan dijalankan oleh guru-guru
yang mengajar pendidikan khas bagi murid yang bermasalah pendengaran.

12
BIBLIOGRAFI

Abdullah Yusof (1995). Fikiran, Persekitaran Dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak. Jurnal
Dewan Bahasa 39(7) : 587 – 595

Izani Daud (2001). Kecacatan dan Kelancaran Berbahasa : Kes Gagap. Jurnal Dewan Bahasa,
9: 44-47.

krik, S. A., Gallagher, J.J & Anastasiow, N.J. (1977). Educating Exectional Children. Boston :
Houghton Mifflin Co.

Losinin & Ahli Pasukan Tindakan Sabah (2010). Program“Zoom-A”: Meningkatkan
Keberkesanan Pembelajaran Asas Kendiri Pelajar.

Zamri Mahamod (2007). Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pemerolehan Bahsa Pertama
dan Kedua. Selangor : Karisma Publication Sdn. Bhd.

13

More Related Content

What's hot

46 53 rasid et al.upm
46 53 rasid et al.upm46 53 rasid et al.upm
46 53 rasid et al.upmDanny Ritonga
 
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_videoPengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_videoSazali Mohd Bee
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)Letchumi Perumal
 
Kajian tindakan defisit akademik
Kajian tindakan defisit akademikKajian tindakan defisit akademik
Kajian tindakan defisit akademikmariulfah
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranMohamad Ishak
 
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluIJRESJOURNAL
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemiknooriza kassim
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahNurul Iqah
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&Pisuict12
 
Presentation seminar upm 2012 1
Presentation seminar upm 2012 1Presentation seminar upm 2012 1
Presentation seminar upm 2012 1rozitanasir
 
Kajian lain e learning
Kajian lain e learningKajian lain e learning
Kajian lain e learningniakpt6043
 
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21Sherly Jewinly
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Dancy Jimmy
 
Skillful Problem Solving
Skillful Problem SolvingSkillful Problem Solving
Skillful Problem SolvingAnis Hayati
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)rabiatulnazari
 

What's hot (20)

Makalah tekpen
Makalah tekpenMakalah tekpen
Makalah tekpen
 
Interaksi 8
Interaksi 8 Interaksi 8
Interaksi 8
 
46 53 rasid et al.upm
46 53 rasid et al.upm46 53 rasid et al.upm
46 53 rasid et al.upm
 
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_videoPengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Kajian tindakan defisit akademik
Kajian tindakan defisit akademikKajian tindakan defisit akademik
Kajian tindakan defisit akademik
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaran
 
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemik
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
Presentation seminar upm 2012 1
Presentation seminar upm 2012 1Presentation seminar upm 2012 1
Presentation seminar upm 2012 1
 
Kajian lain e learning
Kajian lain e learningKajian lain e learning
Kajian lain e learning
 
Setya trinugraha2
Setya trinugraha2Setya trinugraha2
Setya trinugraha2
 
Proposal ptk metlit
Proposal ptk metlitProposal ptk metlit
Proposal ptk metlit
 
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
 
Skillful Problem Solving
Skillful Problem SolvingSkillful Problem Solving
Skillful Problem Solving
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
 

Similar to Tugasan 3

Teaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audioTeaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audiobalqishusin
 
Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)noviyulianti
 
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdfjumN
 
jurnal usulan yohanes ehe lowetan
 jurnal usulan yohanes ehe lowetan jurnal usulan yohanes ehe lowetan
jurnal usulan yohanes ehe lowetantaqiudinzarkasi
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan JurnalDon SuDev
 
Ketrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasaKetrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasadaud5530
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)Bunyamin Yusuf
 
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...Herfen Suryati
 
Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminarFKIP UHO
 
Penulisan dapatan kajian e learning
Penulisan dapatan kajian e learningPenulisan dapatan kajian e learning
Penulisan dapatan kajian e learningAzyzah Tahrim
 
Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111
Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111
Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111JibutSubagjo
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Irma Nurmayanti
 
Abstrak inggris
Abstrak inggrisAbstrak inggris
Abstrak inggrishenykw
 
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdfTahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdfcombi07
 

Similar to Tugasan 3 (20)

OPINI BHS INDONESIA
OPINI BHS INDONESIA OPINI BHS INDONESIA
OPINI BHS INDONESIA
 
Teaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audioTeaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audio
 
Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)
 
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
 
jurnal usulan yohanes ehe lowetan
 jurnal usulan yohanes ehe lowetan jurnal usulan yohanes ehe lowetan
jurnal usulan yohanes ehe lowetan
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Makalah seminar nas
Makalah seminar nasMakalah seminar nas
Makalah seminar nas
 
Ketrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasaKetrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasa
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
Contoh Skripsi
Contoh SkripsiContoh Skripsi
Contoh Skripsi
 
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
 
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
APLIKASI KAMUS BAHASA ISYARAT UNTUK ANDROID DAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA KOMUNI...
 
Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminar
 
Penulisan dapatan kajian e learning
Penulisan dapatan kajian e learningPenulisan dapatan kajian e learning
Penulisan dapatan kajian e learning
 
Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111
Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111
Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
 
Abstrak inggris
Abstrak inggrisAbstrak inggris
Abstrak inggris
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdfTahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
 

More from Tamu Senja

Alatan membersih diri
Alatan membersih diriAlatan membersih diri
Alatan membersih diriTamu Senja
 
Presentation ulasan jurnal kpt 6004
Presentation ulasan jurnal kpt 6004Presentation ulasan jurnal kpt 6004
Presentation ulasan jurnal kpt 6004Tamu Senja
 
Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...
Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...
Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...Tamu Senja
 
Membantu keluarga
Membantu keluargaMembantu keluarga
Membantu keluargaTamu Senja
 
Makanan dalam kod isyarat tangan
Makanan dalam kod isyarat tanganMakanan dalam kod isyarat tangan
Makanan dalam kod isyarat tanganTamu Senja
 

More from Tamu Senja (9)

Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Ulasan blog
Ulasan blogUlasan blog
Ulasan blog
 
Alatan membersih diri
Alatan membersih diriAlatan membersih diri
Alatan membersih diri
 
Presentation ulasan jurnal kpt 6004
Presentation ulasan jurnal kpt 6004Presentation ulasan jurnal kpt 6004
Presentation ulasan jurnal kpt 6004
 
Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...
Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...
Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...
 
Perasaan
PerasaanPerasaan
Perasaan
 
Membantu keluarga
Membantu keluargaMembantu keluarga
Membantu keluarga
 
Makanan dalam kod isyarat tangan
Makanan dalam kod isyarat tanganMakanan dalam kod isyarat tangan
Makanan dalam kod isyarat tangan
 
Pekerjaan
PekerjaanPekerjaan
Pekerjaan
 

Tugasan 3

  • 1. TUGASAN 3 KAJIAN KES KAJIAN KES PENGGUNAAN VIDEO PENTERJEMAHAN DALAM BAHASA ISYARAT KE ATAS PENINGKATAN KEFAHAMAN TEKS BAHASA MELAYU PELAJAR PEKAK. KOD KURSUS KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB NAMA PELAJAR ROZAINI BINTI ALIAS (M20121000563) NAMA PENSYARAH PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN HJ GAPOR FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
  • 2. KAJIAN KES PENGGUNAAN VIDEO PENTERJEMAHAN DALAM BAHASA ISYARAT KE ATAS PENINGKATAN KEFAHAMAN TEKS BAHASA MELAYU PELAJAR PEKAK. ABSTRAK Kajian ini dilakukan untuk melihat kefahaman teks pelajar pekak pencapaian kefahaman teks bahasa melayu setelah teks tersebut diterjemahkan dan direkodkan secara video. Kajian kes ini menggunakan kaedah kualitatif di mana pencapaian mereka dalam kefahaman teks akan dikumpulkan dan direkodkan. Selain itu, kajian ini juga melihat faktor-faktor lain yang tercetus dalam kefahaman teks para pelajar ini kesan daripada penggunaan bahasa isyarat yang telah diterjemahkan dalam bentuk video. PENGENALAN Teknologi maklumat merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam memberi sumbangan kepada pendidikan selaras dengan perkembangan semasa yang berkehendak kanakkanak mempunyai pengetahuan dalam teknologi maklumat. Begitu juga dengan pelajar pendidikan khas. Melalui kemajuan teknologi maklumat berserta kemudahan gadjet-gadjet, kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mereka menjadi semakin mudah. Perkara yang diperlukan adalah kemahiran guru dalam penggunaan bahan-bahan interaktif serta gadjet-gadjet tertentu. Bagi murid pendidikan khas bermasalah pendengaran, mereka mempunyai beberapa kaedah yang digunakan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abdullah Yusoff (1995) dalam kajiannya menyatakan murid-murid bermasalah pendengaran menggunakan 1
  • 3. bahasa isyarat sebagai medium untuk berkomunikasi didapati amat sukar dalam menulis atau menghasilkan sesebuah karangan. Kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid ini disebabkan oleh mereka yang tidak dapat menyatakan idea dalam struktur ayat bahasa yang betul dan tepat walaupun di dalam perbincangan mereka dapat menyatakan idea dalam bahasa isyarat. Selain itu, terdapat juga perbezaan aspek penekanan kepada struktur bahasa isyarat iaitu bahasa isyarat mengutamakan unsur semantik tanpa terikat dengan tatabahasa Bahasa Melayu, manakala Bahasa Melayu pula terikat dengan tatabahasa yang menentukan semantik. Bagi murid-murid yang mempunyai masalah pendengaran, mereka tidak dapat mendengar dan meniru (imitates) bunyi yang berada di sekeliling mereka (Zamri 2007). Hal ini kerana pendedahan bahasa berlaku dengan adanya peniruan bunyi. Di dalam proses pembelajaran dan kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada daya penglihatan dan pengamatan dalam memahami sesuatu konteks. Keadaan ini menimbulkan kesulitan kepada kanak-kanak dalam penulisan dan juga pemahaman akibat daripada perkembangan bahasa yang jauh ketinggalan daripada murid normal (Izani Daud 2001). Oleh itu penggunaan video sebagai bahan yang digunakan dalam pegajaran bahasa dilihat perlu bagi memperoleh pemahaman pelajar dalam teks kefahaman Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana penggunaan bahan berteknologi didapati mampu membantu murid-murid ini dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka. Kajian dijalankan oleh Nordin dalam Losinin dan rakan –rakan (2010) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka. Kajian yang lain pula menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, dalam Losinin dan rakan-rakan 2010). Manakala dalam kajian lain yang telah dijalankan terhadap kelebihan penggunaan media, sumber web secara sistematik seperti oleh Maizurah Omar dan Fattawi Mokhtar dalam Losinin dan rakan-rakan (2010). Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer yang direkabentuk secara khusus dan sistematik boleh menyatukan semua peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran ke dalam persembahannya. Penggunaan pelbagai unsure seperti gerak, bunyi, warna, grafik dan 2
  • 4. cahaya yang berwarna warni pada skrin secara langsung dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran (Losinin dan rakan-rakan 2010). Fontana (1988) dalam Losinin dan rakan-rakan (2010) menyatakan bahawa paparan elektronik jika dilihat sebagai media yang dinamik, ianya dapat meransang tindak balas luaran atau dalaman yang boleh mempengaruhi psikologi seseorang. Dale dalam Losinin dan rakanrakan (2010) menyatakan bahawa sebagai media pengajaran yang menghampiri kepada alat yang berbentuk konkrit, paparan elektronik yang digunakan secara sistematik dapat merangsang daya imaginasi. Hal ini menunjukkan bahawa alatan ini dapat menjamin proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar. Di samping itu, alatan berbentuk media ini dilihat dapat meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran. Seperti yang kita ketahui seseorang insan yang dilahirkan ke dunia adalah insan yang cenderung kepada visually oriented dan mereka banyak mempelajari sesuatu perkara melalui penglihatan. Berdasarkan kajian –kajian lepas ini jelas boleh dikaitkan dengan keperluan penggunaan alatan-alatan berbentuk media dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pekak dapat membantu dalam peningkatan akademik mereka. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran terhadap teks bahasa Melayu yang dibaca sebelum diterjemahkan kepada kod isyarat tangan dan selepas teks tersebut diterjemahkan di dalam kod isyarat tangan. Objektif kajian ini ialah : 1. Mengenalpasti tahap pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran terhadap teks bahasa melayu yang dibaca . 2. Mengetahui tahap pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran terhadap teks bahasa melayu yang telah diterjemahkan ke dalam kod bahasa isyarat. 3
  • 5. PERSOALAN KAJIAN Kajian ini mengemukakan beberapa persoalan iaitu: 1. Adakah terdapat peningkatan pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran setelah bahan petikan bahasa Melayu diterjemahkan di dalam kod isyarat berbentuk video? 2. Apakah faktor-faktor penghalang kepada pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran dalam Bahasa Melayu? DEFINISI OPERASI Murid-murid bermasalah pendengaran merupakan murid yang tidak dapat mendengar pada satusatu tahap intensiti bunyi. Mereka juga adalah murid-murid yang mengalami masalah komunikasi, sosial serta akademik. Kod Tangan Bahasa Malaysia dikenali sebagai KTBM merupakan penggunaan kod yang disampaikan melalui isyarat bagi mewakili setiap kosa kata Bahasa Melayu. Bahasa Isyarat Malaysia atau dikenali sebagai BIM merupakan satu pendekatan yang menggunakan isyarat sebenar orang pekak dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada murid-murid pekak. Penggunaan isyarat ini membabitkan pergerakan badan seperti mimik muka, kepala dan pergerakan tangan dan bahasa isyarat ini hanya digunakan di Malaysia. Kaedah komunikasi seluruh ialah satu kaedah isyarat yang menggabungkan ejaan isyarat jari, bacaan bibir dan pertuturan yang mana menggabungkan penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak. 4
  • 6. KAEDAH METADOLOGI Kajian yang akan dijalankan ini adalah bersifat kajian kes di mana lima teks kefahaman digunakan untuk melihat tahap kefahaman teks dalam kalangan murid-murid pendidikan khas bermasalah pendengaran. Aspek-aspek yang dilihat dalam kajian ini adalah merujuk kepada tahap pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran terhadap teks Bahasa Melayu yang dibaca tanpa diterjemahkan ke dalam kod isyarat tangan, tahap pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran terhadap teks bahasa melayu yang telah diterjemahkan ke dalam kod bahasa isyarat dan juga untuk mengenalpasti elemen-elemen yang menjadi gangguan kepada kefahaman murid-murid bermasalah pendengaran dalam memahami teks yang dibaca. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Raub, 27600 Raub Pahang. Murid yang dipilih adalah merupakan tiga orang murid tahun lima iaitu merupakan seorang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Kajian ini menggunakan lima teks kefahaman yang berlainan dan tahap teks yang digunakan adalah teks Bahasa Melayu Tahun Empat. Tahap pencapaian kefahaman teks Bahasa Melayu ini akan dilakukan kepada muridmurid ini sebelum dan selepas teks diterjemahkan. Teks kefahaman ini akan diterjemahkan ke dalam kod bahasa isyarat KTBM dan BIM dan akan direkodkan dalam bentuk video. REKA BENTUK KAJIAN Penyelidik akan menggunakan kaedah kualitatif bagi menguji tahap kefahaman teks Bahasa Melayu kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pendengaran ini. Soalan kefahaman akan diberikan kepada murid-murid ini dalam bentuk teks pemahaman Bahsa Melayu yang belum diterjemahkan ke dalam kod isyarat tangan dan skor yang diperoleh akan di rekodkan. Kemudian, tahap kefahaman teks bagi teks bahasa Melayu yang sudah diterjemahkan di dalam Kod isyarat tangan oleh penterjemah juga akan di rekodkan. 5
  • 7. Penggunaan kaedah kualitatif digunakan adalah kerana pengkaji ingin meninjau dan membuat pemerhatian yang mendalam ke atas murid-murid pendidikan khas bermasalah pendengaran ini terhadap pencapaian mereka dalam kefahaman teks setelah teks ini diterjemahkan dalam bentuk video menggunakan kod isyarat tangan. kajian ini akan dilakukan dengan mengunakan kedah pemerhatian dan analisis rekod pencapaian pelajar sebelum dan selepas teks kefahaman ini diterjemahkan. INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian adalah merupakan rekod tahap pemahaman murid dalam menjawab lima soalan kefahaman teks yang diberikan sebelum dan selepas teks yang diterjemahkan diberikan. Lima teks kefahaman Bahasa Melayu tahun 4 Sekolah Kebangsaan akan diberikan kepada murid-murid ini adalah merupakan teks berbentuk cerita, fakta, autobiografi, berita dan juga ucapan. Teks ini akan diberikan kepada murid-murid pendidikan khas dan setiap teks tersebut akan disertakan dengan lima soalan kefahaman bagi setiap satu teks. Manakala bagi teks Bahasa Melayu yang diterjemahkan adalah menggunakan khidmat penterjemah bahasa isyarat dan terjemahan tersebut direkodkan di dalam video. Begitu juga dengan soalan kefahaman yang digunakan juga akan dirakam dalam bentuk video. Terjemahan yang digunakan adalah menggunakan kod tangan KTBM dan juga BIM. TATACARA PENGUMPULAN DATA Penyelidik memilih lima teks bahasa melayu dalam bentuk petikan yang berbeza iaitu petikan berita, cerita, autobiografi, fakta dan ucapan. Petikan yang dipilih ini merupakan petikan pelajar normal darjah empat. Kemudian, penyelidik akan mengedarkan teks bahasa melayu yang tidak diterjemahkan kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pendengaran Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bandar Raub semasa waktu Bahasa Melayu diadakan. Penyelidik akan memberikan penerangan bagaimana untuk menjawab soalan kefahaman yang diberikan. 6
  • 8. Soalan kefahaman ini adalah dalam bentuk soalan objektif sebanyak lima soalan bagi setiap teks. Data pencapaian yang diperoleh akan direkodkan oleh penyelidik. Teks yang diberikan ini akan dijawab oleh murid-murid ini dalam masa sejam dan akan dikumpulkan semula oleh penyelidik. Setelah itu, teks-teks ini akan diterjemahkan ke dalam bentuk bahasa isyarat KTBM dan BIM menggunakan aplikasi video. Pada hari berikutnya penyelidik akan memberikan muridmurid teks bahasa melayu yang diterjemahkan ke dalam kod isyarat tangan oleh penterjemah menggunakan video. Murid-murid dikehendaki menonton video tersebut dan menjawab soalan kefahaman yang juga diberikan di dalam video tersebut. Video yang diberikan boleh diulang oleh murid sehingga mereka berasa yakin untuk menjawab soalan kefahaman yang akan dikemuakan kelak.Soalan kefahaman yang akan dijawab oleh murid juga adalah berbentuk objektif akan ditanda oleh murid setelah melihat soalan kefahaman yang telah diterjemahkan. Kemudian, data pencapaian mereka akan direkodkan. Bagi mendapatkan kesahan dapatan ini, teks bahasa melayu yang diterjemahkan akan diulang selepas seminggu kajian dijalankan. Kaedah yang sama akan diulang dan dapatan kajian akan direkodkan. Selepas semua dapatan diperolehi, pengkaji akan membuat analisis bagi dapatan yang diperoleh. PENGESAHAN KAJIAN Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini akan disahkan oleh sekumpulan guru yang mengajar murid pendidikan khas bermasalah pendengaran di beberapa buah sekolah pendidikan khas dan sekolah integrasi. Mereka dipilih berdasarkan tempoh perkhidmatan serta pengalaman mereka dalam menggunakan bahasa isyarat.Berdasarkan pengesahan ini menunjukkan sekumpulan guru yang berpengalaman ini bersetuju dan mengesahkan bahawa bentuk kajian ini sah untuk dijalankan kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pendengaran. 7
  • 9. BATASAN KAJIAN Dalam kajian ini akan terdapat beberapa batasan kajian yang dikenalpasti. Batasan kajian pertama adalah dari segi masa. Hal ini adalah kerana masa yang digunakan untuk memilih bahan bacaan dan guna mencari penterjemah bahasa isyarat yang agak sukar. Selain itu, masa yang digunakan untuk menyiapkan video beserta sarikata teks memakan masa yang agak lama kerana penyelidik kurang berkemahiran dalam menggunakan aplikasi video. Batasan kedua ialah kurangnya pengetahuan pengkaji dalam penggunaan KTBM memerlukan pengkaji mencari penterjemah yang berkelayakan untuk menterjemahkan teks agar terjemahan yang dilakukan sah serta dapat difahami oleh murid-murid. Batasan ketiga adalah dari segi kos di mana kos untuk membuat video dan juga mencari penterjemah yang berkebolehan. Penyelidik mencari individu yang boleh membantu penyelidik dalam mendapatkan bahan dan menterjemahkan teks. Oleh kerana kajian ini dilakukan kepada tiga orang murid di sebuah sekolah, kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan pelajar pekak yang berada di Malaysia. Namun kajian ini diharapkan dapat memberikan input yang berguna dalam pendidikan Khas terutamanya dalam pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran. 8
  • 10. DAPATAN KAJIAN Berdasarkan dapatan kajian ini didapati terdapat peningkatan tehadap kadar kefahaman pelajar dalam penggunaan penterjemahan di dalam bahasa isyarat berbentuk video. Dapatan data adalah seperti yang berikut; JADUAL 1 TEKS DALAM BAHASA MELAYU YANG TIDAK DITERJEMAH RESPONDEN TEKS TEKS TEKS TEKS TEKS JUMLAH CERITA FAKTA UCAPAN BERITA AUTOBIOGRAFI DALAM PERATUS REPONDEN 1 3 2 2 1 2 40% REPONDEN 2 1 3 2 2 3 44% REPONDEN 3 3 2 3 3 2 52% JADUAL DUA TEKS DALAM BAHASA MELAYU YANG SIAP DITERJEMAH KE DALAM BAHASA ISYARAT DALAM BENTUK VIDEO RESPONDEN TEKS TEKS TEKS TEKS TEKS JUMLAH CERITA FAKTA UCAPAN BERITA AUTOBIOGRAFI DALAM PERATUS RESPONDEN 1 4 4 5 4 3 80% RESPONDEN 2 3 4 4 5 3 76% RESPONDEN 3 5 4 5 5 4 92% 9
  • 11. JADUAL TIGA BANDINGAN PENCAPAIAN SEBELUM DAN SELEPAS TEKS DITERJEMAHKAN DI DALAM BENTUK VIDEO RESPONDEN SEBELUM SELEPAS PERBEZAAN RESPONDEN 1 40% 80% 40% RESPONDEN 2 44% 76% 32% RESPONDEN 3 52% 92% 40% Berdasarkan dapatan ini jelas menunjukkan terdapat peningkatan dalam kefahaman teks pelajar bagi kelima-lima teks yang telah diterjemahkan. Hal ini dapat dilihat dengan data yang dikemukan dalam jadual 3 iaitu perbandingan pencapaian sebelum dan selepas teks diterjemahkan di dalam kod isyarat tangan berbentuk video. Jika dilihat pencapaian responden satu meningkat sebanyak 40% iaitu sebelum teks diterjemahkan responden memperoleh markah 40% dan meningkat kepada 80% selepas teks diterjemahkan. Begitu juga jika dilihat pada responden kedua meningkat sebanyak 32% iaitu dari 44% kepada 76%. Manakala seterusnya bagi responden ketiga juga meningkat sebanyak 40% iaitu daripada 52% kepada 92%. Berdasarkan kajian ini jelas menunjukkan peranan penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar dapat meningkatkan kefahaman teks para pelajar ini. PERBINCANGAN Berdasarkan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kefahaman teks para pelajar bermasalah pendengaran selepas video diterjemahkan di dalam bahasa isyarat. Hal ini adalah kerana dalam bahasa isyarat murid lebih memahami sesuatu teks itu dengan lebih mendalam tanpa melibatkan pelbagai gangguan lain yang ada di dalam teks asal seperti hukum 10
  • 12. tatabahasa dan sturktur ayat. Selain itu dalam bentuk kod tangan murid lebih memahami makna sesuatu kod jika dibandingkan dengan ayat yang terdapat di dalam teks. Dapatan lain yang boleh dirumuskan adalah dengan adanya teks dalam bentuk terjemahan video, murid boleh mengulang tayang video ini berulang kali sehingga mereka faham akan isi kandungan teks yang ingin disampaikan. Tanpa adanya tekanan pelajar bebas melihat video sehingga mereka yakin untuk menjawab soalan kefahaman. Kajian dijalankan oleh Nordin (Losinin dan rakna-rakan 2010) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka. Pernyataan ini secara tidak langsung dapat menjelaskan bahawa dengan adanya bahan berbentuk visual seperti ni dapat meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran mereka. Selain itu, dengan adanya video ini murid dilihat sangat teruja menonton video yang ditayangkan kepada mereka dan mereka mengakui mereka faham akan perkara yang di sampaikan oleh penterjemah. tanpa terikat dengan perkataan –perkataan yang terkandung di dalam teks, murid dilihat faham dan dapat menjawab soalan dengan baik. Hal sebaliknya berlaku dalam teks biasa di mana murid-murid ini dilihat tidak bermotivasi untuk membaca teks tersebut akibat beberapa sebab antaranya pelajar pendidikan khas bermasalah pendengaran ini lemah dalam ejaan kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada pemerhatian dan ayat juga ayat di dalam teks tidak difahami mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pemahaman mereka yang memerlukan perkara yang bermakna. Hal ini jelas dinyatakan dalam kajian– kajian di luar negara menyatakan bahawa semasa mereka berkomunikasi menggunakan menggunakan bahasa isyarat,mereka tidak mementingkan frasa-frasa ayat seperti imbuhan. Hal ini kerana ayat –ayat yang digunakan semasa bertutur akan diturunkan dalam bentuk ayat semasa membuat penulisan. Keadaan ini menyebabkan ayat –ayat yang dihasilkan oleh kumpulan ini tidak menepati struktur dan tatabahasa Bahasa Inggeris. Situasi ini sering menyumbang kepada masalah pencapaian akademik yang rendah di kalangan murid–murid ini. (Kirk, Gallagher & Anastasiow,1997). 11
  • 13. RUMUSAN DAN KESIMPULAN Rumusannya, daripada kajian yang dijalankan ini jelas menunjukkan bahawa peranan alatan berbentuk teknologi dapat membantu murid-murid dalam pencapaian akademik mereka khususnya kepada murid-murid bermasalah pendengaran. Berdasarkan dapatan kajian yang telah direkodkan dan pemerhatian yang dilakukan dapat dirumuskan bahawa berbentuk teknologi ini bukan sahaja mampu meningkatkan pencapaian akademik murid bahkan juga dapat meningkatkan motivasi murid secara keseluruhannya. Kajian ini hanya menggunakan video tanpa perincian grafik yang sangat menarik, namun video ini dapat membantu murid-murid bermasalah pendengaran dalam memahami teks Bahasa Melayu yang telah dirakam sebagai video dengan baik jika dibandingkan dengan pembacaan teks yang berbentuk media cetak.Oleh itu, diharapkan agar kajian ini memberi satu persepsi dan idea kepada guru-guru dalam melaksanakan penterjemahan kod tangan bahasa isyarat supaya kaedah ini mampu menjadi satu bahan utama sebagai alat bantu mengajar dan dijalankan oleh guru-guru yang mengajar pendidikan khas bagi murid yang bermasalah pendengaran. 12
  • 14. BIBLIOGRAFI Abdullah Yusof (1995). Fikiran, Persekitaran Dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak. Jurnal Dewan Bahasa 39(7) : 587 – 595 Izani Daud (2001). Kecacatan dan Kelancaran Berbahasa : Kes Gagap. Jurnal Dewan Bahasa, 9: 44-47. krik, S. A., Gallagher, J.J & Anastasiow, N.J. (1977). Educating Exectional Children. Boston : Houghton Mifflin Co. Losinin & Ahli Pasukan Tindakan Sabah (2010). Program“Zoom-A”: Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran Asas Kendiri Pelajar. Zamri Mahamod (2007). Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pemerolehan Bahsa Pertama dan Kedua. Selangor : Karisma Publication Sdn. Bhd. 13