1. LAPORAN REFLEKSI
Selepas menjalani Program Pesta Tanglung Ke-35 (PTUKM), saya berjaya
memupuk nilai-nilai etika dan profesional seperti tahap kecekapan, akauntabiliti,
tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti, dan amanah melalui
jawatan yang disandang oleh saya. Hal ini kerana, saya mengetahui menjadi seorang Ajk
Hiasan Pentas daripada sesuatu aktiviti yang besar bukan satu kerja yang mudah, malah
kami perlu berkerjasama antara satu sama lain daripada semua ahli kumpulan dan masing-
masing memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan aktiviti ini.
Pada permulaan program ini, saya berasa tertekan kerana kekurangan masa dan
kekurangan kakitangan untuk menyiapkan semua peralatan yang diperlukan. Disamping
itu, kami juga kekurang bahan dan peralatan yang diperlukan. Melalui program ini,
pemikiran kritikal kami telah dirangsangkan dan sentiasa cuba untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan bijaksana dari semasa ke semasa. Kami sentiasa membuat
perbincang bersama dan mengeluarkan idea yang bernas semasa melaksanakan kerja kita.
Sebagai contoh, semasa raptai pada malam persembahan pentas, kami didapati
bahawa bilangan kaki tangan yang diperlukan adalah tidak mencukupi untuk menyimpan,
memindah dan mengaturkan semasa mengubahkan latar belakang persembahan. Maka
saya bercadangkan melekatkan semua barang hiasan yang diperlukan keatas kertas kotak.
Misalnya, pertukaran latar belakang ke restoran barat maka kami telah melakar dan melekat
serta hiasan siap barang yang diperlukan ke atas kertas kotak seperti cawan, pingan, kain
meja dan bunga keatas permukaan kertas kotak maka apabila sampai latar belakang itu,
kami tidak perlu berkelam-kabut untuk menyusun barangan atas meja, maka kami dapat
membuat pertukaran latar belakang dengan lebih cepat dengan menyimpan peralatan scene
yang lepas dan menyusunkan semua peralatan yang digunakan pada scene ini.
Selain itu, saya juga dipupuk dengan nilai kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab
dan amanah. Semasa persembahan, saya perlu sentiasa peka dan bersiap sedia untuk
menghadapi sebarang perubahan yang akan berlaku secara mengejut semasa aktiviti
2. dijalankan dan bertanggungjawab melaksanakan kerja yang diberikan dengan sempurna
dan saksama. Misalnya, semasa persembahan saya mendapati bahawa beg pelakon
tertinggal di atas pentas selepas persembahannya, maka saya bertanggungjawab menolong
mengambil balik beg yang ditinggalkan itu semasa kami menukar latar belakang supaya
persembahan dapat menjalani dengan lebih lancar.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak kemahiran dan pengalaman yang
tidak dapat dipelajari dalam kuliah melalui jawatan yang disandangkan dalam Program
Pesta Tanglung Ke-35. Sebagai Ajk hiasan pentas, saya sedar bahawa kemahiran kritis
untuk mengenal pasti tindakan yang betul dan tepat bagi melaksanakan tugas yang
diamanahkan adalah penting. Kita perlu berusaha untuk menyelesaikan semua masalah
yang dihadapi dan mengetahui implikasi daripada tindakan yang diambil.