SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 33
Baixar para ler offline
MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
MZU3107
MUZIK DI DALAM BILIK DARJAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa pada Jun 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
ii
Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN
PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT
PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI
MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM
TERSEBUT.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru
Panduan Pelajar
Pengenalan
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 xxxxxxxxxx
1.0 Sipnosis
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk
……………………………….
……………………………….
Tajuk 1 xxxxxxxxxx
2.0 Sipnosis
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
……………………………….
……………………………….
Bibliografi
Panel Penulis Modul
Ikon Modul
KANDUNGAN
MUKA SURAT
vi
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan
pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin
kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah
kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk
menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
SASARAN KURSUS
Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program
Pensiswazahan Guru (PPG).
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah
seperti dalam Jadual 1:
PANDUAN PELAJAR
vii
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.
SUSUNAN TAJUK MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh
berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat
masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran
Agihan Jam pembelajaran
Mengikut Kredit Kursus
3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit
Tanpa
Amali
(3+0)
Ada
Amali
(2+1)
(1+2)
(0+3)
Tanpa
Amali
(2+0)
Ada
Amali
(1+1)
(0+2)
Tanpa
Amali
(1+0)
Ada
Amali
(0+1)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan /
tugasan terarah / amali
70 60 70 62 70 65
Menghadiri kelas interaksi
bersemuka (5 kali)
10 10 5 5 5 5
Latihan Amali* - 10 - 8 - 5
Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½
Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15
Ulangkaji 10 10 10 10 5 5
Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½
Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40
viii
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
Pengenalan
Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk
dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek
yang berikut:
1. Penerangan ringkas kursus berkenaan;
2. Tajuk-tajuk dalam modul;
3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan;
4. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran
kendiri modul itu;
5. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.
Kod & Nama Kursus: MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan
tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
AGIHAN TAJUK
INTERAKSI TAJUK/TOPIK
JUMLAH JAM
MENGIKUT
PRO FORMA
KURSUS
1
Suara kanak-kanak dan remaja
Pengembangan repertoire untuk
meningkatkan penghargaan estetik
5
4
2
Peneguhan konsep Muzik melalui aktiviti
kreatif penciptaan/ penerokaan/ improvisasi/
amali
Pengembangan dan pengumpulan bahan
pengajaran dan pembelajaran
Amali
Kemahiran teknik rekorder soprano dan alto
3
3
3
3
Amali
Kemahiran teknik rekorder soprano dan alto
9
4
Amali
Kemahiran teknik rekorder soprano dan alto
Amali
Kemahiran Teknik Iringan Menggunakan
Gitar/Kibod/Piano
3
6
5
Amali
Kemahiran Teknik Iringan Menggunakan
Gitar/Kibod/Piano
9
JUMLAH 45
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
1
TAJUK 1 Suara Kanak-Kanak Dan Remaja
Pengembangan Repertoire Untuk Meningkatkan
Penghargaan Estetik
 SINOPSIS
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang jenis dan ciri-ciri
suara kanak-kanak dan remaja, langkah-langkah dalam pengajaran
nyanyian, masalah dalam nyanyian kanak-kanak dan cara-cara
mengatasinya, pemilihan pelbagai repertoire yang merangkumi lagu
sesuara, lagu lapisan, teknik pengendalian alat iringan, teknik bermain
rekoder soprano, alto digabungkan dengan iringan alat perkusi,
penyediaan dan penghasilan skor perkusi.
 HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengenalpasti jenis suara kanak-kanak dan remaja.
2. Mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran nyanyian dalam
bilik darjah.
3. Mengenalpasti masalah nyanyian di kalangan kanak-kanak dalam bilik
darjah.
4. Mengendalikan nyanyian satu suara dan lapisan suara dalam nyanyian
solo dan berkumpulan.
5. Meneroka aktiviti kreatif muzikal yang sesuai untuk memperkukuhkan
kefahaman konsep muzik.
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
2
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Pengembangan
repertoire untuk
meningkatkan
penghargaan
estetik
Perkembangan
pendengaran
perseptif
Mengintegrasi
aktiviti
pendengaran
secara aktif
dalam
pengenalpastian
konsep muzik
Membuat
koleksi
repertoire untuk
meningkatkan
persepsi estetik
Membina
repertoire Muzik
Malaysia yang
sesuai untuk
pelaksanaan
aspek
Suara
Kanak-
kanak
Perkemba
ngan vokal
kanak-
kanak dan
remaja
Melatih
teknik vokal
untuk
kanak-
kanak dan
remaja
Menyanyi
mengikut
pic yang
tepat
Mengenalpa
sti dan
menangani
masalah
nyanyian
dalam kelas
Membuat koleksi
repertorie
nyanyian
sesuara dan
berlapisan suara
untuk sekolah
rendah
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
3
KANDUNGAN ISI
Perkembangan Vokal Kanak-Kanak Dan Remaja
Suara adalah satu anugerah tuhan kepada setiap manusia. Setiap manusia
mempunyai suara yang unik dan tersendiri dan tidak sama antara satu degan
yang lain. Suara juga berbeza diantara lelaki dan perempuan. Disamping itu
juga ia juga berbeza diantara lelaki dewasa, lelaki remaja dan lelaki kanak-
kanak serta diantara wanita, remaja perempuan dan kanak-kanak perempuan.
Suara akan berubah menjadi lebih garau bagi kanak-kanak lelaki apabila
meningkat dewasa.
Renj suara berbeza mengikut individu yang berbeza. Suara lelaki adalah lebih
rendah picnya dari suara wanita. Suara kanak-kanak lelaki pula lebih tinggi dari
suara lelaki dewasa.
Adalah sukar untuk mendapatkan suara bes dalam pasukan koir di kalangan
pelajar lelaki di sekolah rendah dan di kalangan wanita. Adalah sukar juga
untuk mendapatkan suara soprano di kalalangan lelaki dewasa.
Renj dan Tesitura suara Kanak-kanak 6 hingga 9 tahun
Sumber: Campbell & Kassner, 1995: 130
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
4
Melatih Teknik Vokal Untuk Kanak-Kanak Dan Remaja
Untuk menghasilkan vokal yang baik, latihan yang betul adalah amat diperlukan.
Mutu vokal dan renj akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan melalui latihan
menggunakan teknik yang betul.
Semasa menyanyi, postur adalah amat penting. Ia mempengaruhi cara
pernafasan, pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang penyanyi.
Kedudukan postur yang batul akan memudahkan penyanyi dan menjadikannya
lebih selesa. Pemanpilan di pandangan mata penonton juga menjadi lebih baik.
Ini adalah kerana tubuh badan adalah berfungsi ibarat alat muzik semasa
nyanyian.
Dalam keadaan yang normal, sesebuah persembahan nyanyian adalah dalam
bentuk postur duduk dan postur berdiri sahaja. Terdapat beberapa teknik yang
boleh dipraktikkan untuk mendapatkan postur yang betul dan seterusnya
menghasilkan mutu vokal yang lebih baik.
Bagi postur nyanyian semasa duduk, beberapa langkah perlu dipraktikkan.
Penyanyi perlu duduk tegak dengan kaki diregangkan sedikit. Jangan bersandar
dan duduklah di separuh bahagian kerusi sahaja dengan berat badan
kehadapan. Kedua-dua kaki hendaklah diletakkan dengan selesa di atas lantai
dengan sebelah kaki dikehadapankan. Elakkan dari mengangkat bahu
sementara tangan diletakkan di atas paha. Elakkan dari mendongak kepala
semasa menghasilkan not yang tinggi atau menunduk semasa menghasilkan not
yang rendah. Kebabasan kepala adalah penting dan ia perlu rileks. Pandang
kehadapan ke arah penonton. Penyani juga perlu mengelakkan dari mengangkat
bahu. Ini adalah kerana ia akan mengganggu perjalanan udara dan menghalang
penghasilan ton. Semasa menarik nafas, elakkan dada yang tidak selesa kerana
ia akan nyanyian frasa lagu dengan baik.
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
5
Seperti juga postur nyanyian semasa duduk, postur nyanyian semasa berdiri
juga mempunyai teknik yang tersendiri. Namun begitu terdapat persamaan
postur secara berdiri dan secara duduk pada bahagian atas badan. Yang
membezakannya hanyalah bahagian kaki sahajadan tangan sahaja. Tangan
perlu diletakkan di belakang badan atau di sisi badan dalam keadaan selesa.
Kaki juga dalam keadaan selesa dengan imbangan berat badan diletakkan di
kedua-dua kaki. Ia juga perlu diregangkan sedikit dengan sebelah kaki di ke
hadapankan sedikit. Perletakan kaki adalah dalam bentuk ‘V’.
Pernafasan yang lancar akan menjamin udara yang cukup untuk membatu
menghasilkan mutu suara yang berkualiti.terdapat empat fasa dalam menarik
nafas iaitu tarik nafas, tahan mengeluarkan nafas dan pemulihan. Fasa ini akan
terus berulang dan berluang lagi. Suara akan dikeluarkan semasa fasa
menghembus nafas. Suara akan keluar bersama-sama udara yang terhembus.
Frasa lagu yang panjang memerlukan nafas yang panjang.
Terdapat beberapa teknik yang perlu dipraktikkan untuk menjadikan mutu suara
lebih baik. Penyanyi perlu bernafas melalui mulut dan bukannya melalui hidung.
Semasa bernafas, penyanyi akan dapat merasakan bahagian dadanya akan
membesar. Pernafasan yang baik ada berhubungkait dengan postur badan yang
betul samada secara berdiri atau secara duduk. Mulut perlu dikukan dengan
besar supaya suara yang dikeluarkan adalah lebih jelas.
Bebepapa perkara perlu dielakkan iaitu jangan naikkan dan menarik ke belakang
bahagian bahu serta jangan naikkan bahagian dagu. Jangan juga
mendongakkan kepala terutamanya semasa menyanyikan lagu yang mempunyai
pic yang tinggi.selalu gunakan udara dari perut semasa menyanyi.
Terdapat beberapa latihan ringkas untuk latihan pernafasan yang boleh
dipraktikkan di dalam bilik darjah atau oleh seseorang penyanyi. Antara latihan
yang boleh dijalankan ialah menghembus dan menarik nafas, bernafas secara
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
6
mengejut, bernafas secara stacato, bernafas secara legato dan bernafas secara
forte.
Antara aktiviti lain yang boleh untuk memperbaiki pernafasan ialah aktiviti
berlari, bersenam, menyelam, menghembus air di dalam baldi, meniup belon,
mencium bunga dan lain-lain lagi.
Menyanyi Mengikut Pic Yang Tepat
Pic ialah unsur muzik yang menggambarkan tinggi atau rendah sesuatu bunyi.
Ia melibatkan bunyi dari alat muzik dan juga vokal serta lain-lain bunyi dan
diukur dengan hertz berasaskan kepada bilangan getaran per saat.
Pic yang tepat memerlukan latihan yang khursus. Latihan yang terbaik ialah
latihan pic latihan lagu solfa, latihan lagu fonasi dan latihan nyanyian lagu
Sila buat latihan pada lagu-lagu berikut dan repertorie lagu-lagu yang lain.
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
7
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
8
Latihan Skill
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
9
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
10
Latihan nyanyian
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
11
Mengenalpasti Dan Menangani Masalah Nyanyian Dalam Kelas
Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru sewaktu persembahan
nyanyian sama ada kumpulan atau pun individu adalah pic yang tidak tepat
dimana masalah pic yang tidak tepat biasanya berkait rapat dengan
pendengaran pelajar. Pelajar didapati tidak memberi tumpuan sepenuhnya
kepada ketepatan bunyi yang dihasilkan dari nyanyian mereka. Ia berlaku
apabila pelajar menghadapi masalah seperti kebolehan menyanyi yang baik,
kelemahan membaca notasi muzik serta faktor persekitaran yang sering
menganggu para pelajar.
Hearing is an involuntary physical act that happens through our primary sense
organ when sound waves impinge upon the ear. Everyone with healthy ears can
hear. Listening takes cultivation and evolves through one's lifetime. (Pauline
Oliveros, 2001).
Berdasarkan penyataan diatas dapat kita lihat bahawa latihan
pendengaran merupakan latihan yang paling penting apabila mempelajari muzik
kerana ia dapat menerangkan dengan jelas terhadap konsep untuk
mendapatkan pic yang tepat. Konsep ini perlu difahami oleh semua murid.
Kematangan pendengaran perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan dari
masa ke masa dan ia hanya dapat dicapai melalui latihan yang berterusan serta
komitmen yang tinggi. Kemahiran pendengaran yang kurang baik sudah pasti
akan membebankan pelajar untuk memahami dan menguasai kemahiran
nyanyian. Pelajar tidak akan dapat mengetahui sama ada mereka telah
menyanyi dengan betul atau salah. Jika ini berlaku, sudah pasti mereka tidak
dapat menikmati apatah lagi menghayati lagu yang dinyanyikan. Kesilapan
membuat anggaran kelajuan, tekanan dan jumlah udara inilah merupakan antara
punca yang menyebabkan pic berubah dan akan memberi kesan yang ketara
pada pic, harmoni, dan sebagainya. Kesimpulannya, kesemua faktor ini
diakibatkan oleh kelemahan pendengaran yang membawa kepada kelemahan
untuk melakukan perkiraan yang tepat untuk menghasilkan pic yang tepat.
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
12
Masalah seterusnya adalah intonasi dan kualiti ton yang kurang baik. Ini
menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak tepat. Pic yang dihasilkan mungkin
berbunyi sedikit rendah atau tinggi. Jika ini berlaku maka bunyi yang dihasilkan
akan menyebabkan berlakunya masalah intonasi. Masalah ini juga boleh berlaku
sekiranya ton yang dihasilkan oleh alat vokal itu tidak mencerminkan ton yang
sewajarnya. Tambahan lagi kualiti ton yang dihasilkan oleh seseorang penyanyi
memberi kesan pada lagu yang dimainkan. Terdapat pelajar-pelajar yang tidak
dapat menghasilkan ton yang berkualiti seperti menyanyi terlalu kuat dalam
ensembel atau sering menyanyi di luar piawaian pic atau sumbang, ton yang
kasar dan keras.
Selain daripada itu, masalah dinamik dimana ketepatan dinamik adalah
sesuatu yang subjektif dalam persembahan nyanyian. Aras dinamik tidak boleh
dikurangkan pada sesuatu ukuran desibel (kekuatan bunyi) kerana ianya
berkaitan dengan kebolehan menginterpretasi skor, kemahuan jurulatih dan
mood sesuatu lagu. Selalunya masalah yang timbul kerana penyanyi tidak dapat
merasai kekuatan sebenarnya sesuatu dinamik seperti piano (p) atau forte (f).
Semuanya ditentukan oleh berbagai aspek seperti, register, stail, pencipta,
zaman, kawalan bunyi daripada penyanyi, kehendak konduktor dan citarasa
seseorang. Kegagalan penyanyi mengamati tanda dinamik yang ditulis akan
memberi kesan pada bunyi atau kemerduan sesuatu lagu dan sudah pasti
kekurangan warna atau kecantikan kepada lagu yang dipersembahkan.
Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar yang kurang pengalaman
muzik dan kurang diberi pendedahan oleh jurulatih mengenai kehendak atau
karektor nyanyian yang ingin dihasilkan. Mereka gagal menterjemahkan
karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna seperti
mood lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, frasa
lagu dan berbagai aspek estetika yang terkandung didalam lagu tersebut.
(Middleton, James, et. all,1998 )
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
13
Masalah pengfrasaan juga sering berlaku dalam nyanyian. Pengfrasaan
biasanya ditandakan dengan satu garisan yang menunjukkan pengfrasaan
tersebut. Bahagian ini perlu dimainkan dengan licin tanpa putus. Untuk mengelak
daripada kesan terputus, maka ia dimainkan dengan satu pernafasan bagi satu
frasa. Namun demikian, permasalahan ini timbul apabila skor lagu tidak
dilengkapi dengan tanda frasa. Jika tanda frasa tidak dilengkapkan maka guru
perlu meletakan tanda frasa tersebut. Ada kalanya permasalahan ini timbul
disebabkan oleh kecuaian guru dan pelajar mengesan frasa lagu. Oleh itu,
proses penganalisisan perlu dilaksanakan dan guru perlu menandakan
pengfrasaan yang sesuai. Ini merupakan satu keperluan bagi mengelak daripada
berlakunya masalah pengfrasaan. Pengfrasaan juga berkait rapat dengan tempat
pernafasan iaitu tempat di mana pemuzik alat tiupan mengambil kesempatan
untuk mengambil nafas sebelum memulakan permainan mereka.
Pengfrasaan yang tidak betul akan memberi kesan terhadap
persembahan keseluruhan. Persembahan akan kedengaran seperti terputus-
putus dan tidak lancar. Sedikit sebanyak ia akan mengganggu konsentrasi para
pemuzik dan menyebabkan pemuzik hilang konsentrasi serta tidak dapat
mengeluarkan ekspresi yang terbaik pada persembahan.
Harmoni juga merupakan salah satu masalah yang sering terjadi dalam
persembahan ensemble. Kebanyakan pelajar kurang memahami harmoni dan
peranan atau karektor bagi setiap alat untuk menghasilkan pic yang tepat,
keseimbangan dan harmoni yang bermutu. Terdapat juga pelajar yang tidak
memahami keseimbangan di antara melodi, kaunter melodi dan pergerakan kord
dalam lagu. Masalah ini dapat diatasi dengan berbagai kaedah dan latihan yang
perlu diberi kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan kemahiran
mendengar dan memahami pergerakan harmonik yang terdapat dalam lagu.
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
14
Setiap masalah yang timbul pasti mempunyai jalan penyelesaian. Bagi
mengatasi masalah kekangan masa, guru ataupun pengarah muzik boleh
menyediakan prosedur latihan yang lebih jelas dengan menyediakan satu jadual
terperinci berkaitan dengan prosedur dalam latihan. Prosedur yang disediakan
secara teliti dapat membantu mereka dalam menyediakan rancangan mengajar
dan melatih dengan lebih baik dan berkesan. Perancangan yang baik ini akan
membantu dalam menyediakan segala keperluan termasuklah bahan-bahan dan
peralatan yang diperlukan dalam menyampaikan pengajaran. Ini dapat
menjimatkan masa yang banyak sekali gus mengelakkan daripada timbulnya
pelbagai masalah kelak.
Seterusnya, masalah corak irama juga dapat dikurangkan jika guru
menjadikan latihan corak irama sebagai salah satu aktiviti wajib semasa warm-
up. Perkenalkan beberapa corak irama pada setiap kali latihan yang dijalankan.
Ia perlu diperkenalkan mengikut urutan serta tahap pelajar iaitu daripada mudah
kepada tahap yang lebih mencabar. Terdapat pelbagai bahan seperti buku dan
skor latihan telah diterbitkan untuk tujuan tersebut. Ia juga boleh didapati
menerusi laman web yang boleh diterokai menerusi Internet. Latihan ini telah
disediakan mengikut tahap-tahap tertentu oleh golongan profesional.
Guru juga boleh menganalisa nilai bagi corak irama tersebut agar pelajar
faham dari segi teorinya. Perkenalkan corak irama bahagian demi bahagian.
Misalnya bar demi bar dengan menggunakan tempo yang lambat dan lajukan
tempo apabila kemajuan telah dicapai. Proses ini perlu diulang sehingga pelajar
dapat menguasainya secara praktikal. Cara penyelesaiannya lain ialah corak
irama ditulis pada papan hitam dan dibahagikan kepada quarter note kepada
empat bahagian yang sama. Kemudian bilang dengan tempo yang lambat setiap
bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar supaya menepuk irama dengan
betul.
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
15
Selain itu, penggunaan audio visual mampu membantu pelajar bermain
dengan ton yang baik. Kaedah ini memerlukan kepada beberapa arahan yang
perlu dipatuhi oleh setiap pelajar. Oleh itu, ia perlu dimulakan dengan memberi
arahan atau panduan kepada pelajar. Arahan dan panduan guru perlu jelas serta
mudah difahami. Ini penting agar pelajar tahu apa yang harus didengar dan
diperhatikan. Pelajar perlu diminta untuk membuat komen terhadap
persembahan tersebut sebaik sahaja persembahan tamat.
Bagi mengatasi masalah berkaitan sinkopasi pula, satu kaedah yang
digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar
menyanyi dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat
sinkopasi. Selain itu, pelajar perlu menanda ‘downbeats’ dengan pensel pada
skor. Cara ini dapat membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah
percampuran not dan tanda rehat. Menconteng skor dengan berbagai tanda
adalah penting dan berkesan untuk mengingatkan pelajar mengenai berbagai
aspek yang terdapat dalam skor seperti pertukaran dinamik, artikulasi dan
tempat yang sesuai untuk menarik nafas. Ianya membantu pelajar mencapai
tahap ketepatan irama yang diperlukan dalam skor.
Pic yang tidak tepat sememangnya suatu masalah yang agak rumit
sekiranya tidak diatasi dengan baik. Untuk mengatasinya, dicadangkan agar
latihan pendengaran dijadikan latihan wajib bagi setiap sesi latihan. Latihan ini
akan memberi fokus kepada ketepatan pic. Latihan ini juga boleh diperkukuhkan
semasa melakukan warm-up.
Memberi arahan semasa permainan ensembel bertujuan untuk
memperbaiki persembahan terutamanya dari segi keseimbangan bunyi, mula
dan akhir, frasa, dinamik, artikulasi dan sebagainya. Terdapat dua kaedah yang
digunakan semasa latihan nyanyian. Kaedah pertama memberi arahan dengan
menggunakan suara. Kaedah kedua ialah memberi arahan menerusi gerak
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
16
badan dan tangan dengan disertakan ekspresi wajah. Kaedah ini sememangnya
berkesan jika pelajar telah dilatih dengan betul. Ia memerlukan latihan yang
berterusan sehingga ia menjadi satu kebiasaan bagi semua murid.
Ekspresi juga merupakan salah satu elemen yang harus diberi perhatian
di dalam nyanyian. Konduktor perlu memainkan peranan yang penting untuk
membantu penyanyi menyanyi dengan ekspresi. Ia dapat dilakukan dengan
menggunakan gerakan badan dan melakonkan ekspresi wajah mengikut
ekspresi yang diinginkan. Konduktor perlu memberi penerangan mengenai
bagaimana dan kenapa ekpresi sangat penting semasa persembahan.
Demonstrasi adalah cara yang paling berkesan untuk membantu pelajar
mendapat ekpresi yang betul. Penerangan secara lisan perlu diberi dengan jelas,
tepat dan mudah difahami. Jurulatih perlu menerangkan secara teliti apa yang
perlu dilakukan untuk menghasilkan bunyi yang ekpresif.
Selain itu, untuk mengelakkan masalah-masalah sampingan berkaitan kumpulan
penyanyi yang akan dibentuk di sekolah, uji bakat perlu dilaksanakan. Uji bakat adalah
bertujuan mendapatkan ahli-ahli yang benar-benar mempunyai potensi dan kemampuan
dalam nyanyian. Dalam hal ini, kita sebagai guru muzik perlu tahu berapa bilangan ahli
koir atau pemuzik yang diperlukan. Jumlah ahli akan mempengaruhi bunyi keseluruhan
yang dihasilkan nanti. Ini memudahkan proses keseimbangan bunyi. Melalui uji bakat
juga kita dapat memilih ahli yang betul-betul berdisiplin dan komited terhadap
tanggungjawab dan peranan masing-masing.
Membuat Koleksi Repertorie Nyanyian Sesuara Dan Berlapisan
Suara Untuk Sekolah Rendah
Anda dikendaki Membuat Koleksi Repertorie Nyanyian Sesuara Dan Berlapisan
Suara Untuk Sekolah Rendah.
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
17
Perkembangan Pendengaran Perseptif
Suara terjadi apabila terdapatnya getaran. Secara umum kekuatan suara
berkaitan dengan amplitud gelombang suara dan nada berkaitan dengan
prekuensi (jumlah gelombang per waktu). Semakin besar suara semakin besar
amplituo, semakin tinggi frekuensi dan semakin tinggi nada. Namun nada juga
ditentukan oleh faktor-faktor lain. Gelombang suara memiliki pola berulang,
walaupun masing - masing gelombang bersifat kompleks, didengar sebagai
suara muzik. Walau bagaimanapun jika ia tidak disusun maka ia akan
menghasilkan bunyi bising.
Telah diketahui bahawa adanya suatu suara akan menurunkan
kemampuan seseorang mendengar suara lain. Fenomena ini dikenal sebagai
masking (penyamaran). Fenomena ini disebabkan oleh refrakter relative atau
absolute pada reseptor dan urat saraf pada saraf audiotik yang sebelumnya
teransang oleh ransangan lain. Tingkat suatu suara menutupi suara lain
berkaitan dengan nadanya. Kecuali pada lingkungan yang sangat kedap suara,
kesan penyamaran suara latar akan meningkatan keupayaan pendengaran
dengan besar yang tertentu dan dapat dilatih.
Penyaluran suara prosesnya adalah telinga mengubah gelombang suara
di lingkungan eksternal menjadi potensi aksi di saraf pendengaran. Gelombang
diubah oleh gendang telinga dan tulang-tulang pendengaran. Gerakan ini
menimbulkan gelombang dalam cairan telinga dalam. Kesan gelombang pada
organ di dalam telinga menimbulkan keupayaan serat-serat saraf.
Pendengaran perseptif ialah keupayaan kita memilih suatu bunyi dari
gabungan beberapa bunyi untuk didengar, dihayati dan dianalisa. Sebagai
contoh kita boleh memilih uuntuk mendengar bunyi gitar dari sebuah lagu yang
dimainkan walaupun lagu itu menggunakan pelbagai alat muzik dan vokal di
dalam gubahannya.
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
18
Untuk merpertingkatkan perkembangan pendengaran perseptif latihan yang
dicadangkan ialah latihan pendengaran menggunakan kibod. Anda perlu
memainkan muzik dengan menggunakan sebarang rentak dan menggunakan
auto accompaniment. Cuba pilih sejenis alat muzik dan cuba dengarkan
dengan te;iti. Anda akan dapati bahawa anda akan dapat mendengar bunyi alat
muzik trsebut dengan jelas bebanding alat-alat muzik yang lain. Cuba [ula
dengan alat muzik yang lain.. lakukan aktiviti ini berulang-ulang kali untuk
mempertingkatkan kemahiran anda.
Mengintegrasi Aktiviti Pendengaran Secara Aktif Dalam
Pengenalpastian Konsep Muzik
Muzik adalah gabungan melodi, irama, ekspresi, tekstur, warna ton, dinamik dan
bentuk.
Rajah rajah di bawah akan dapat menerangkan elemen-elemen muzik dengan
lebih jelas.
Ekspresi
Dinamik Mud
Irama
Detik Meter Tempo Sinkopa
Melodi
Pic kontour Frasa
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
19


Bentuk
Teneri Binari
Dinamik
Warna Ton
Cerah Gelap Kaya Lantang Malap
Tekstur
Monofoni Polifoni Homofoni
MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah
20
Berdasarkan elemen-eleman muzik di atas, anda dikendaki mendengar
beberapa buah lagu dan sila mengintegrasi aktiviti pendengaran secara aktif
dalam pengenalpastian konsep muzik.
Membuat Koleksi Repertoire Untuk Meningkatkan Persepsi
Estetik
Anda dikehendaki Membuat Koleksi Repertoire Untuk Meningkatkan Persepsi
Estetik.
Membina Repertoire Muzik Malaysia Yang Sesuai Untuk
Pelaksanaan Aspek “Penghargaan Estetik” Dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.
Anda dikendaki membina repertoire Muzik Malaysia yang sesuai untuk
pelaksanaan aspek “penghargaan estetik” dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan
Muzik Sekolah Rendah.
BIBLIOGRAFI
Abdul Fatah Karim (1999). Panduan harmoni asasdalammuzik.KualaLumpur:
PenerbitUniversitiMalays.
Cambell & Kassner (1995). Music In Childhood. New York: Schirmer Books.
Choksky, L. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey:
Prentice HallInc.
Choksy,L. Abraham,R.M., Gillespie, A..E., & Woods, D. (2001,1986) Teaching
Music In the Twentieth Century, New Jersey, Prentice Hall Inc
Christy. Van A & Paton, John Glenn (1997). Foundations in Singing, New York:
The Mcgraw-Hill Companies.Inc
Flohr, J.W. (2004). Musical lives of young children. New Jersey: Prentice-Hall
inc.
Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey:
Prentice HallInc.
Herrold, R.M. (2001). New approaches to elementary classroom music, 3/E. New
Jersey: Prentice-Hall inc.
Kamien, R. (1996). Music:An appreciation (7th.Ed).New York:McGraw Hill
Companies,Inc.
Kennedy, Michael. (2004). Oxford Consice Dictionary of Music. Oxford: Oxford
University Press.
Loh,P.K.(1991).Ahandbookofmusictheory.KualaLumpur:PenerbitMuzikal.
Nye, R.E., & Nye, V.T (1999). Music in the Elementary School. New Jersey:
Prentice-Hall inc.
Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory, (Part 1). Great Britain:
AssociatedBoard.
William M. Anderson, Joy E. Lawrence (1991) Integrating Music Into The
Classroom, 2nd Edition Belmont, California, Wadsworth Publishing Company
Wright, C. (2000). Listening to Music (3rd ed.). Canada: Wadsworth, Thomson
Learning Inc
Zimmeran Marilyn P., (1971). Musical Charactersitics of Children. Reston, Va:
Music Educators National Conference.
PANEL PENULIS MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
ENCIK ASRI BIN HAJI CHE MAT
Pensyarah,
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Ipoh,
Perak Darul Ridzauan.
asri@ipip.edu.my
Kelulusan:
Sarjana Pendidikan (Kepimpinan Pedagogi)
Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Muzik)
Diploma Perguruan Asas
Pengalaman:
Pensyarah IPG (4 Tahun)
Guru Sekolah Menengah (7 Tahun)
Guru Sekolah Rendah (4 Tahun)

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
RPH Bahasa Melayu Tahun 2 (Pend. Khas Masalah Pembelajaran)
RPH Bahasa Melayu Tahun 2 (Pend. Khas Masalah Pembelajaran)RPH Bahasa Melayu Tahun 2 (Pend. Khas Masalah Pembelajaran)
RPH Bahasa Melayu Tahun 2 (Pend. Khas Masalah Pembelajaran)Nadiah Husna Zaini
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)ArifahAzlanShah2
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianNyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianhaziqkamu
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebutkuliahpismp09
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialFirdaus Zailan
 
Kemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid PrasekolahKemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid Prasekolahizyan mardhiah
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakanguest4b329ff
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAmy Syahida
 

Mais procurados (20)

Dalcroze
DalcrozeDalcroze
Dalcroze
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
RPH Bahasa Melayu Tahun 2 (Pend. Khas Masalah Pembelajaran)
RPH Bahasa Melayu Tahun 2 (Pend. Khas Masalah Pembelajaran)RPH Bahasa Melayu Tahun 2 (Pend. Khas Masalah Pembelajaran)
RPH Bahasa Melayu Tahun 2 (Pend. Khas Masalah Pembelajaran)
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianNyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebut
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
Kemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid PrasekolahKemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid Prasekolah
 
Teknik Bercerita
Teknik BerceritaTeknik Bercerita
Teknik Bercerita
 
Model taba
Model tabaModel taba
Model taba
 
Asas muzik
Asas muzikAsas muzik
Asas muzik
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakan
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 

Semelhante a 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaerine2312
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Ong Ngi Song
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasanajib6766
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Amran Aris
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalanMimi Liau
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srmoiprincessa
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srAMira LIzza
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiAisyalaila
 
Merancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxMerancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxElyIrmawati
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakHon Shan Shan
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Pembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptx
Pembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptxPembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptx
Pembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptxnolilita2
 

Semelhante a 150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah (20)

Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahraga
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasa
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalan
 
Bmm3104
Bmm3104Bmm3104
Bmm3104
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Psv3105
Psv3105Psv3105
Psv3105
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
 
Merancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxMerancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptx
 
05 panduan pelajar
05  panduan pelajar05  panduan pelajar
05 panduan pelajar
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 
05 panduan pelajar
05 panduan pelajar05 panduan pelajar
05 panduan pelajar
 
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajarModul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Pembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptx
Pembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptxPembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptx
Pembuatan Modul Ajar Berdiferensiasi MGMP TF 2022.pptx
 

Último

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 

Último (20)

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 

150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah

  • 1. MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH MZU3107 MUZIK DI DALAM BILIK DARJAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
  • 2. i Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 3. ii Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
  • 4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 xxxxxxxxxx 1.0 Sipnosis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk ………………………………. ………………………………. Tajuk 1 xxxxxxxxxx 2.0 Sipnosis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk ………………………………. ………………………………. Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul KANDUNGAN MUKA SURAT
  • 5. vi PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: PANDUAN PELAJAR
  • 6. vii * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Agihan Jam pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Amali (3+0) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3) Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2) Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali 70 60 70 62 70 65 Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5 Latihan Amali* - 10 - 8 - 5 Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½ Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15 Ulangkaji 10 10 10 10 5 5 Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40
  • 7. viii PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
  • 8. Pengenalan Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek yang berikut: 1. Penerangan ringkas kursus berkenaan; 2. Tajuk-tajuk dalam modul; 3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan; 4. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran kendiri modul itu; 5. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.
  • 9. Kod & Nama Kursus: MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. AGIHAN TAJUK
  • 10. INTERAKSI TAJUK/TOPIK JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA KURSUS 1 Suara kanak-kanak dan remaja Pengembangan repertoire untuk meningkatkan penghargaan estetik 5 4 2 Peneguhan konsep Muzik melalui aktiviti kreatif penciptaan/ penerokaan/ improvisasi/ amali Pengembangan dan pengumpulan bahan pengajaran dan pembelajaran Amali Kemahiran teknik rekorder soprano dan alto 3 3 3 3 Amali Kemahiran teknik rekorder soprano dan alto 9 4 Amali Kemahiran teknik rekorder soprano dan alto Amali Kemahiran Teknik Iringan Menggunakan Gitar/Kibod/Piano 3 6 5 Amali Kemahiran Teknik Iringan Menggunakan Gitar/Kibod/Piano 9 JUMLAH 45
  • 11. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 1 TAJUK 1 Suara Kanak-Kanak Dan Remaja Pengembangan Repertoire Untuk Meningkatkan Penghargaan Estetik  SINOPSIS Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang jenis dan ciri-ciri suara kanak-kanak dan remaja, langkah-langkah dalam pengajaran nyanyian, masalah dalam nyanyian kanak-kanak dan cara-cara mengatasinya, pemilihan pelbagai repertoire yang merangkumi lagu sesuara, lagu lapisan, teknik pengendalian alat iringan, teknik bermain rekoder soprano, alto digabungkan dengan iringan alat perkusi, penyediaan dan penghasilan skor perkusi.  HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengenalpasti jenis suara kanak-kanak dan remaja. 2. Mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran nyanyian dalam bilik darjah. 3. Mengenalpasti masalah nyanyian di kalangan kanak-kanak dalam bilik darjah. 4. Mengendalikan nyanyian satu suara dan lapisan suara dalam nyanyian solo dan berkumpulan. 5. Meneroka aktiviti kreatif muzikal yang sesuai untuk memperkukuhkan kefahaman konsep muzik.
  • 12. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 2 KERANGKA TAJUK-TAJUK Pengembangan repertoire untuk meningkatkan penghargaan estetik Perkembangan pendengaran perseptif Mengintegrasi aktiviti pendengaran secara aktif dalam pengenalpastian konsep muzik Membuat koleksi repertoire untuk meningkatkan persepsi estetik Membina repertoire Muzik Malaysia yang sesuai untuk pelaksanaan aspek Suara Kanak- kanak Perkemba ngan vokal kanak- kanak dan remaja Melatih teknik vokal untuk kanak- kanak dan remaja Menyanyi mengikut pic yang tepat Mengenalpa sti dan menangani masalah nyanyian dalam kelas Membuat koleksi repertorie nyanyian sesuara dan berlapisan suara untuk sekolah rendah
  • 13. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 3 KANDUNGAN ISI Perkembangan Vokal Kanak-Kanak Dan Remaja Suara adalah satu anugerah tuhan kepada setiap manusia. Setiap manusia mempunyai suara yang unik dan tersendiri dan tidak sama antara satu degan yang lain. Suara juga berbeza diantara lelaki dan perempuan. Disamping itu juga ia juga berbeza diantara lelaki dewasa, lelaki remaja dan lelaki kanak- kanak serta diantara wanita, remaja perempuan dan kanak-kanak perempuan. Suara akan berubah menjadi lebih garau bagi kanak-kanak lelaki apabila meningkat dewasa. Renj suara berbeza mengikut individu yang berbeza. Suara lelaki adalah lebih rendah picnya dari suara wanita. Suara kanak-kanak lelaki pula lebih tinggi dari suara lelaki dewasa. Adalah sukar untuk mendapatkan suara bes dalam pasukan koir di kalangan pelajar lelaki di sekolah rendah dan di kalangan wanita. Adalah sukar juga untuk mendapatkan suara soprano di kalalangan lelaki dewasa. Renj dan Tesitura suara Kanak-kanak 6 hingga 9 tahun Sumber: Campbell & Kassner, 1995: 130
  • 14. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 4 Melatih Teknik Vokal Untuk Kanak-Kanak Dan Remaja Untuk menghasilkan vokal yang baik, latihan yang betul adalah amat diperlukan. Mutu vokal dan renj akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan melalui latihan menggunakan teknik yang betul. Semasa menyanyi, postur adalah amat penting. Ia mempengaruhi cara pernafasan, pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang penyanyi. Kedudukan postur yang batul akan memudahkan penyanyi dan menjadikannya lebih selesa. Pemanpilan di pandangan mata penonton juga menjadi lebih baik. Ini adalah kerana tubuh badan adalah berfungsi ibarat alat muzik semasa nyanyian. Dalam keadaan yang normal, sesebuah persembahan nyanyian adalah dalam bentuk postur duduk dan postur berdiri sahaja. Terdapat beberapa teknik yang boleh dipraktikkan untuk mendapatkan postur yang betul dan seterusnya menghasilkan mutu vokal yang lebih baik. Bagi postur nyanyian semasa duduk, beberapa langkah perlu dipraktikkan. Penyanyi perlu duduk tegak dengan kaki diregangkan sedikit. Jangan bersandar dan duduklah di separuh bahagian kerusi sahaja dengan berat badan kehadapan. Kedua-dua kaki hendaklah diletakkan dengan selesa di atas lantai dengan sebelah kaki dikehadapankan. Elakkan dari mengangkat bahu sementara tangan diletakkan di atas paha. Elakkan dari mendongak kepala semasa menghasilkan not yang tinggi atau menunduk semasa menghasilkan not yang rendah. Kebabasan kepala adalah penting dan ia perlu rileks. Pandang kehadapan ke arah penonton. Penyani juga perlu mengelakkan dari mengangkat bahu. Ini adalah kerana ia akan mengganggu perjalanan udara dan menghalang penghasilan ton. Semasa menarik nafas, elakkan dada yang tidak selesa kerana ia akan nyanyian frasa lagu dengan baik.
  • 15. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 5 Seperti juga postur nyanyian semasa duduk, postur nyanyian semasa berdiri juga mempunyai teknik yang tersendiri. Namun begitu terdapat persamaan postur secara berdiri dan secara duduk pada bahagian atas badan. Yang membezakannya hanyalah bahagian kaki sahajadan tangan sahaja. Tangan perlu diletakkan di belakang badan atau di sisi badan dalam keadaan selesa. Kaki juga dalam keadaan selesa dengan imbangan berat badan diletakkan di kedua-dua kaki. Ia juga perlu diregangkan sedikit dengan sebelah kaki di ke hadapankan sedikit. Perletakan kaki adalah dalam bentuk ‘V’. Pernafasan yang lancar akan menjamin udara yang cukup untuk membatu menghasilkan mutu suara yang berkualiti.terdapat empat fasa dalam menarik nafas iaitu tarik nafas, tahan mengeluarkan nafas dan pemulihan. Fasa ini akan terus berulang dan berluang lagi. Suara akan dikeluarkan semasa fasa menghembus nafas. Suara akan keluar bersama-sama udara yang terhembus. Frasa lagu yang panjang memerlukan nafas yang panjang. Terdapat beberapa teknik yang perlu dipraktikkan untuk menjadikan mutu suara lebih baik. Penyanyi perlu bernafas melalui mulut dan bukannya melalui hidung. Semasa bernafas, penyanyi akan dapat merasakan bahagian dadanya akan membesar. Pernafasan yang baik ada berhubungkait dengan postur badan yang betul samada secara berdiri atau secara duduk. Mulut perlu dikukan dengan besar supaya suara yang dikeluarkan adalah lebih jelas. Bebepapa perkara perlu dielakkan iaitu jangan naikkan dan menarik ke belakang bahagian bahu serta jangan naikkan bahagian dagu. Jangan juga mendongakkan kepala terutamanya semasa menyanyikan lagu yang mempunyai pic yang tinggi.selalu gunakan udara dari perut semasa menyanyi. Terdapat beberapa latihan ringkas untuk latihan pernafasan yang boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah atau oleh seseorang penyanyi. Antara latihan yang boleh dijalankan ialah menghembus dan menarik nafas, bernafas secara
  • 16. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 6 mengejut, bernafas secara stacato, bernafas secara legato dan bernafas secara forte. Antara aktiviti lain yang boleh untuk memperbaiki pernafasan ialah aktiviti berlari, bersenam, menyelam, menghembus air di dalam baldi, meniup belon, mencium bunga dan lain-lain lagi. Menyanyi Mengikut Pic Yang Tepat Pic ialah unsur muzik yang menggambarkan tinggi atau rendah sesuatu bunyi. Ia melibatkan bunyi dari alat muzik dan juga vokal serta lain-lain bunyi dan diukur dengan hertz berasaskan kepada bilangan getaran per saat. Pic yang tepat memerlukan latihan yang khursus. Latihan yang terbaik ialah latihan pic latihan lagu solfa, latihan lagu fonasi dan latihan nyanyian lagu Sila buat latihan pada lagu-lagu berikut dan repertorie lagu-lagu yang lain.
  • 17. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 7
  • 18. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 8 Latihan Skill
  • 19. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 9
  • 20. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 10 Latihan nyanyian
  • 21. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 11 Mengenalpasti Dan Menangani Masalah Nyanyian Dalam Kelas Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru sewaktu persembahan nyanyian sama ada kumpulan atau pun individu adalah pic yang tidak tepat dimana masalah pic yang tidak tepat biasanya berkait rapat dengan pendengaran pelajar. Pelajar didapati tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada ketepatan bunyi yang dihasilkan dari nyanyian mereka. Ia berlaku apabila pelajar menghadapi masalah seperti kebolehan menyanyi yang baik, kelemahan membaca notasi muzik serta faktor persekitaran yang sering menganggu para pelajar. Hearing is an involuntary physical act that happens through our primary sense organ when sound waves impinge upon the ear. Everyone with healthy ears can hear. Listening takes cultivation and evolves through one's lifetime. (Pauline Oliveros, 2001). Berdasarkan penyataan diatas dapat kita lihat bahawa latihan pendengaran merupakan latihan yang paling penting apabila mempelajari muzik kerana ia dapat menerangkan dengan jelas terhadap konsep untuk mendapatkan pic yang tepat. Konsep ini perlu difahami oleh semua murid. Kematangan pendengaran perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan dari masa ke masa dan ia hanya dapat dicapai melalui latihan yang berterusan serta komitmen yang tinggi. Kemahiran pendengaran yang kurang baik sudah pasti akan membebankan pelajar untuk memahami dan menguasai kemahiran nyanyian. Pelajar tidak akan dapat mengetahui sama ada mereka telah menyanyi dengan betul atau salah. Jika ini berlaku, sudah pasti mereka tidak dapat menikmati apatah lagi menghayati lagu yang dinyanyikan. Kesilapan membuat anggaran kelajuan, tekanan dan jumlah udara inilah merupakan antara punca yang menyebabkan pic berubah dan akan memberi kesan yang ketara pada pic, harmoni, dan sebagainya. Kesimpulannya, kesemua faktor ini diakibatkan oleh kelemahan pendengaran yang membawa kepada kelemahan untuk melakukan perkiraan yang tepat untuk menghasilkan pic yang tepat.
  • 22. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 12 Masalah seterusnya adalah intonasi dan kualiti ton yang kurang baik. Ini menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak tepat. Pic yang dihasilkan mungkin berbunyi sedikit rendah atau tinggi. Jika ini berlaku maka bunyi yang dihasilkan akan menyebabkan berlakunya masalah intonasi. Masalah ini juga boleh berlaku sekiranya ton yang dihasilkan oleh alat vokal itu tidak mencerminkan ton yang sewajarnya. Tambahan lagi kualiti ton yang dihasilkan oleh seseorang penyanyi memberi kesan pada lagu yang dimainkan. Terdapat pelajar-pelajar yang tidak dapat menghasilkan ton yang berkualiti seperti menyanyi terlalu kuat dalam ensembel atau sering menyanyi di luar piawaian pic atau sumbang, ton yang kasar dan keras. Selain daripada itu, masalah dinamik dimana ketepatan dinamik adalah sesuatu yang subjektif dalam persembahan nyanyian. Aras dinamik tidak boleh dikurangkan pada sesuatu ukuran desibel (kekuatan bunyi) kerana ianya berkaitan dengan kebolehan menginterpretasi skor, kemahuan jurulatih dan mood sesuatu lagu. Selalunya masalah yang timbul kerana penyanyi tidak dapat merasai kekuatan sebenarnya sesuatu dinamik seperti piano (p) atau forte (f). Semuanya ditentukan oleh berbagai aspek seperti, register, stail, pencipta, zaman, kawalan bunyi daripada penyanyi, kehendak konduktor dan citarasa seseorang. Kegagalan penyanyi mengamati tanda dinamik yang ditulis akan memberi kesan pada bunyi atau kemerduan sesuatu lagu dan sudah pasti kekurangan warna atau kecantikan kepada lagu yang dipersembahkan. Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar yang kurang pengalaman muzik dan kurang diberi pendedahan oleh jurulatih mengenai kehendak atau karektor nyanyian yang ingin dihasilkan. Mereka gagal menterjemahkan karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna seperti mood lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, frasa lagu dan berbagai aspek estetika yang terkandung didalam lagu tersebut. (Middleton, James, et. all,1998 )
  • 23. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 13 Masalah pengfrasaan juga sering berlaku dalam nyanyian. Pengfrasaan biasanya ditandakan dengan satu garisan yang menunjukkan pengfrasaan tersebut. Bahagian ini perlu dimainkan dengan licin tanpa putus. Untuk mengelak daripada kesan terputus, maka ia dimainkan dengan satu pernafasan bagi satu frasa. Namun demikian, permasalahan ini timbul apabila skor lagu tidak dilengkapi dengan tanda frasa. Jika tanda frasa tidak dilengkapkan maka guru perlu meletakan tanda frasa tersebut. Ada kalanya permasalahan ini timbul disebabkan oleh kecuaian guru dan pelajar mengesan frasa lagu. Oleh itu, proses penganalisisan perlu dilaksanakan dan guru perlu menandakan pengfrasaan yang sesuai. Ini merupakan satu keperluan bagi mengelak daripada berlakunya masalah pengfrasaan. Pengfrasaan juga berkait rapat dengan tempat pernafasan iaitu tempat di mana pemuzik alat tiupan mengambil kesempatan untuk mengambil nafas sebelum memulakan permainan mereka. Pengfrasaan yang tidak betul akan memberi kesan terhadap persembahan keseluruhan. Persembahan akan kedengaran seperti terputus- putus dan tidak lancar. Sedikit sebanyak ia akan mengganggu konsentrasi para pemuzik dan menyebabkan pemuzik hilang konsentrasi serta tidak dapat mengeluarkan ekspresi yang terbaik pada persembahan. Harmoni juga merupakan salah satu masalah yang sering terjadi dalam persembahan ensemble. Kebanyakan pelajar kurang memahami harmoni dan peranan atau karektor bagi setiap alat untuk menghasilkan pic yang tepat, keseimbangan dan harmoni yang bermutu. Terdapat juga pelajar yang tidak memahami keseimbangan di antara melodi, kaunter melodi dan pergerakan kord dalam lagu. Masalah ini dapat diatasi dengan berbagai kaedah dan latihan yang perlu diberi kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan memahami pergerakan harmonik yang terdapat dalam lagu.
  • 24. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 14 Setiap masalah yang timbul pasti mempunyai jalan penyelesaian. Bagi mengatasi masalah kekangan masa, guru ataupun pengarah muzik boleh menyediakan prosedur latihan yang lebih jelas dengan menyediakan satu jadual terperinci berkaitan dengan prosedur dalam latihan. Prosedur yang disediakan secara teliti dapat membantu mereka dalam menyediakan rancangan mengajar dan melatih dengan lebih baik dan berkesan. Perancangan yang baik ini akan membantu dalam menyediakan segala keperluan termasuklah bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan dalam menyampaikan pengajaran. Ini dapat menjimatkan masa yang banyak sekali gus mengelakkan daripada timbulnya pelbagai masalah kelak. Seterusnya, masalah corak irama juga dapat dikurangkan jika guru menjadikan latihan corak irama sebagai salah satu aktiviti wajib semasa warm- up. Perkenalkan beberapa corak irama pada setiap kali latihan yang dijalankan. Ia perlu diperkenalkan mengikut urutan serta tahap pelajar iaitu daripada mudah kepada tahap yang lebih mencabar. Terdapat pelbagai bahan seperti buku dan skor latihan telah diterbitkan untuk tujuan tersebut. Ia juga boleh didapati menerusi laman web yang boleh diterokai menerusi Internet. Latihan ini telah disediakan mengikut tahap-tahap tertentu oleh golongan profesional. Guru juga boleh menganalisa nilai bagi corak irama tersebut agar pelajar faham dari segi teorinya. Perkenalkan corak irama bahagian demi bahagian. Misalnya bar demi bar dengan menggunakan tempo yang lambat dan lajukan tempo apabila kemajuan telah dicapai. Proses ini perlu diulang sehingga pelajar dapat menguasainya secara praktikal. Cara penyelesaiannya lain ialah corak irama ditulis pada papan hitam dan dibahagikan kepada quarter note kepada empat bahagian yang sama. Kemudian bilang dengan tempo yang lambat setiap bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar supaya menepuk irama dengan betul.
  • 25. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 15 Selain itu, penggunaan audio visual mampu membantu pelajar bermain dengan ton yang baik. Kaedah ini memerlukan kepada beberapa arahan yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar. Oleh itu, ia perlu dimulakan dengan memberi arahan atau panduan kepada pelajar. Arahan dan panduan guru perlu jelas serta mudah difahami. Ini penting agar pelajar tahu apa yang harus didengar dan diperhatikan. Pelajar perlu diminta untuk membuat komen terhadap persembahan tersebut sebaik sahaja persembahan tamat. Bagi mengatasi masalah berkaitan sinkopasi pula, satu kaedah yang digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyanyi dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat sinkopasi. Selain itu, pelajar perlu menanda ‘downbeats’ dengan pensel pada skor. Cara ini dapat membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah percampuran not dan tanda rehat. Menconteng skor dengan berbagai tanda adalah penting dan berkesan untuk mengingatkan pelajar mengenai berbagai aspek yang terdapat dalam skor seperti pertukaran dinamik, artikulasi dan tempat yang sesuai untuk menarik nafas. Ianya membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang diperlukan dalam skor. Pic yang tidak tepat sememangnya suatu masalah yang agak rumit sekiranya tidak diatasi dengan baik. Untuk mengatasinya, dicadangkan agar latihan pendengaran dijadikan latihan wajib bagi setiap sesi latihan. Latihan ini akan memberi fokus kepada ketepatan pic. Latihan ini juga boleh diperkukuhkan semasa melakukan warm-up. Memberi arahan semasa permainan ensembel bertujuan untuk memperbaiki persembahan terutamanya dari segi keseimbangan bunyi, mula dan akhir, frasa, dinamik, artikulasi dan sebagainya. Terdapat dua kaedah yang digunakan semasa latihan nyanyian. Kaedah pertama memberi arahan dengan menggunakan suara. Kaedah kedua ialah memberi arahan menerusi gerak
  • 26. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 16 badan dan tangan dengan disertakan ekspresi wajah. Kaedah ini sememangnya berkesan jika pelajar telah dilatih dengan betul. Ia memerlukan latihan yang berterusan sehingga ia menjadi satu kebiasaan bagi semua murid. Ekspresi juga merupakan salah satu elemen yang harus diberi perhatian di dalam nyanyian. Konduktor perlu memainkan peranan yang penting untuk membantu penyanyi menyanyi dengan ekspresi. Ia dapat dilakukan dengan menggunakan gerakan badan dan melakonkan ekspresi wajah mengikut ekspresi yang diinginkan. Konduktor perlu memberi penerangan mengenai bagaimana dan kenapa ekpresi sangat penting semasa persembahan. Demonstrasi adalah cara yang paling berkesan untuk membantu pelajar mendapat ekpresi yang betul. Penerangan secara lisan perlu diberi dengan jelas, tepat dan mudah difahami. Jurulatih perlu menerangkan secara teliti apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan bunyi yang ekpresif. Selain itu, untuk mengelakkan masalah-masalah sampingan berkaitan kumpulan penyanyi yang akan dibentuk di sekolah, uji bakat perlu dilaksanakan. Uji bakat adalah bertujuan mendapatkan ahli-ahli yang benar-benar mempunyai potensi dan kemampuan dalam nyanyian. Dalam hal ini, kita sebagai guru muzik perlu tahu berapa bilangan ahli koir atau pemuzik yang diperlukan. Jumlah ahli akan mempengaruhi bunyi keseluruhan yang dihasilkan nanti. Ini memudahkan proses keseimbangan bunyi. Melalui uji bakat juga kita dapat memilih ahli yang betul-betul berdisiplin dan komited terhadap tanggungjawab dan peranan masing-masing. Membuat Koleksi Repertorie Nyanyian Sesuara Dan Berlapisan Suara Untuk Sekolah Rendah Anda dikendaki Membuat Koleksi Repertorie Nyanyian Sesuara Dan Berlapisan Suara Untuk Sekolah Rendah.
  • 27. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 17 Perkembangan Pendengaran Perseptif Suara terjadi apabila terdapatnya getaran. Secara umum kekuatan suara berkaitan dengan amplitud gelombang suara dan nada berkaitan dengan prekuensi (jumlah gelombang per waktu). Semakin besar suara semakin besar amplituo, semakin tinggi frekuensi dan semakin tinggi nada. Namun nada juga ditentukan oleh faktor-faktor lain. Gelombang suara memiliki pola berulang, walaupun masing - masing gelombang bersifat kompleks, didengar sebagai suara muzik. Walau bagaimanapun jika ia tidak disusun maka ia akan menghasilkan bunyi bising. Telah diketahui bahawa adanya suatu suara akan menurunkan kemampuan seseorang mendengar suara lain. Fenomena ini dikenal sebagai masking (penyamaran). Fenomena ini disebabkan oleh refrakter relative atau absolute pada reseptor dan urat saraf pada saraf audiotik yang sebelumnya teransang oleh ransangan lain. Tingkat suatu suara menutupi suara lain berkaitan dengan nadanya. Kecuali pada lingkungan yang sangat kedap suara, kesan penyamaran suara latar akan meningkatan keupayaan pendengaran dengan besar yang tertentu dan dapat dilatih. Penyaluran suara prosesnya adalah telinga mengubah gelombang suara di lingkungan eksternal menjadi potensi aksi di saraf pendengaran. Gelombang diubah oleh gendang telinga dan tulang-tulang pendengaran. Gerakan ini menimbulkan gelombang dalam cairan telinga dalam. Kesan gelombang pada organ di dalam telinga menimbulkan keupayaan serat-serat saraf. Pendengaran perseptif ialah keupayaan kita memilih suatu bunyi dari gabungan beberapa bunyi untuk didengar, dihayati dan dianalisa. Sebagai contoh kita boleh memilih uuntuk mendengar bunyi gitar dari sebuah lagu yang dimainkan walaupun lagu itu menggunakan pelbagai alat muzik dan vokal di dalam gubahannya.
  • 28. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 18 Untuk merpertingkatkan perkembangan pendengaran perseptif latihan yang dicadangkan ialah latihan pendengaran menggunakan kibod. Anda perlu memainkan muzik dengan menggunakan sebarang rentak dan menggunakan auto accompaniment. Cuba pilih sejenis alat muzik dan cuba dengarkan dengan te;iti. Anda akan dapati bahawa anda akan dapat mendengar bunyi alat muzik trsebut dengan jelas bebanding alat-alat muzik yang lain. Cuba [ula dengan alat muzik yang lain.. lakukan aktiviti ini berulang-ulang kali untuk mempertingkatkan kemahiran anda. Mengintegrasi Aktiviti Pendengaran Secara Aktif Dalam Pengenalpastian Konsep Muzik Muzik adalah gabungan melodi, irama, ekspresi, tekstur, warna ton, dinamik dan bentuk. Rajah rajah di bawah akan dapat menerangkan elemen-elemen muzik dengan lebih jelas. Ekspresi Dinamik Mud Irama Detik Meter Tempo Sinkopa Melodi Pic kontour Frasa
  • 29. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 19 Bentuk Teneri Binari Dinamik Warna Ton Cerah Gelap Kaya Lantang Malap Tekstur Monofoni Polifoni Homofoni
  • 30. MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah 20 Berdasarkan elemen-eleman muzik di atas, anda dikendaki mendengar beberapa buah lagu dan sila mengintegrasi aktiviti pendengaran secara aktif dalam pengenalpastian konsep muzik. Membuat Koleksi Repertoire Untuk Meningkatkan Persepsi Estetik Anda dikehendaki Membuat Koleksi Repertoire Untuk Meningkatkan Persepsi Estetik. Membina Repertoire Muzik Malaysia Yang Sesuai Untuk Pelaksanaan Aspek “Penghargaan Estetik” Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah. Anda dikendaki membina repertoire Muzik Malaysia yang sesuai untuk pelaksanaan aspek “penghargaan estetik” dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.
  • 31. BIBLIOGRAFI Abdul Fatah Karim (1999). Panduan harmoni asasdalammuzik.KualaLumpur: PenerbitUniversitiMalays. Cambell & Kassner (1995). Music In Childhood. New York: Schirmer Books. Choksky, L. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice HallInc. Choksy,L. Abraham,R.M., Gillespie, A..E., & Woods, D. (2001,1986) Teaching Music In the Twentieth Century, New Jersey, Prentice Hall Inc Christy. Van A & Paton, John Glenn (1997). Foundations in Singing, New York: The Mcgraw-Hill Companies.Inc Flohr, J.W. (2004). Musical lives of young children. New Jersey: Prentice-Hall inc. Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice HallInc. Herrold, R.M. (2001). New approaches to elementary classroom music, 3/E. New Jersey: Prentice-Hall inc. Kamien, R. (1996). Music:An appreciation (7th.Ed).New York:McGraw Hill Companies,Inc. Kennedy, Michael. (2004). Oxford Consice Dictionary of Music. Oxford: Oxford University Press. Loh,P.K.(1991).Ahandbookofmusictheory.KualaLumpur:PenerbitMuzikal. Nye, R.E., & Nye, V.T (1999). Music in the Elementary School. New Jersey: Prentice-Hall inc. Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory, (Part 1). Great Britain: AssociatedBoard. William M. Anderson, Joy E. Lawrence (1991) Integrating Music Into The Classroom, 2nd Edition Belmont, California, Wadsworth Publishing Company Wright, C. (2000). Listening to Music (3rd ed.). Canada: Wadsworth, Thomson Learning Inc Zimmeran Marilyn P., (1971). Musical Charactersitics of Children. Reston, Va: Music Educators National Conference.
  • 32.
  • 33. PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKAN ENCIK ASRI BIN HAJI CHE MAT Pensyarah, IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Ipoh, Perak Darul Ridzauan. asri@ipip.edu.my Kelulusan: Sarjana Pendidikan (Kepimpinan Pedagogi) Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Muzik) Diploma Perguruan Asas Pengalaman: Pensyarah IPG (4 Tahun) Guru Sekolah Menengah (7 Tahun) Guru Sekolah Rendah (4 Tahun)