3. OBJEKTIF PENGAJARAN
Menjelaskan sikap akomodasi yang wujud dalam
kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan
Perlembagaan Persekutuan.
Membahasakan peranan dan kepentingan unsurunsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam
konteks hubungan etnik di Malaysia.
Menganalisis rasional unsur-unsur tradisi dalam
Perlembagaan Persekutuan.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
4. Pengenalan
Definisi dan Konsep Perlembagaan
Perlembagaan
Persekutuan:
Tiang Seri
Hubungan Etnik
Sejarah Penggubalan Perlembagaan
Persekutuan
Unsur-unsur Tradisi Dalam
Perlembagaan Persekutuan
Isu-isu dan Orang Melayu dalam
Perlembagaan
Kesimpulan
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
5. Pengenalan
Setiap negara mempunyai perlembagaan.
Perlembagaan Malaysia terhasil daripada
perjuangan nasionalisme Melayu serta
penglibatan etnik-etnik lain yang
berunding sesama mereka termasuk
sultan negeri-negeri dan pihak British.
Kepentingan setiap rakyat, negeri dan
kumpulan minoriti diambil kira dan
dilindungi oleh Perlembagaan
Persekutuan dan undang-undang tubuh
setiap negeri.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
6. Konsep Perlembagaan
Definisi
Undang-undang dasar yang menjadi teras
panduan pemerintahan negara.
Kerangka asas yang membentuk dan
memandu sistem pemerintahan sesebuah
negara.
Undang-undang tertinggi dan asas kepada
semua undang-undang lain di dalam negara.
Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk
pemerintahan negara.
Mengawal pemerintah dan yang diperintah
dalam mempertahankan kewujudan dan
Dr. Amini Amir Abdullah
kesinambungan negara.
01/13/14
(UPM)
7.
Perlembagaan Persekutuan sepintas
lalu
Bertulis
Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan
13 Jadual
Menyentuh bidang kuasa perundangan,
kehakiman dan eksekutif
Menyentuh juga aspek bahasa, agama,
kewarganegaraan, hak istimewa dan
sebagainya
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
8.
Tujuan Perlembagaan
Sumber undang-undang tertinggi
sesebuah negara dan setiap individu
perlu mematuhi keluhurannya.
Panduan mengatur dan menyelaras
pemerintahan sesebuah negara.
Panduan bagi pembentukan undangundang sama ada di pihak kerajaan
atau rakyat atau sesiapa sahaja
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
9. Pindaan Perlembagaan (3)
Perkara 159 (4)memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap
dewan.
Contoh: sumpah dan ikrar taat setia,
pemilihan dan persaraan ahli-ahli
Dewan Negara dan meliputi perkaraperkara yang tidak disebut dalam
perkara lain.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
10. Pindaan Perlembagaan
Perkara 161 (E)
perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan
dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri
Sabah dan Sarawak bagi melibatkan
kepentingan Sabah dan Sarawak
CONTOH; bidang kuasa kerajaan negeri,
kedudukan istimewa bumiputera, imegresen.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
11. Pindaan Perlembagaan
Perkara 159 (5)
Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap
dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja.
Contoh: Kedaulatan raja-raja,
kedudukan istimewa orang Melayu,
Bumiputera Sabah dan Sarawak,
bahasa kebangsaan dan agama
persekutuan.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
12.
Konsep Ketertinggian Perlembagaan
Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan,
kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan
Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan
Contoh:
• Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga
dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
dikenakan oleh perlembagaan
Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah
undang-undang utama persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan yang berlawanan
dengan perlembagaan adalah setakat mana yang
berlawanan itu terbatal.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
13. Sejarah Penggubalan
Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut
Melaka, Batu Bersurat Terengganu membuktikan
telah wujud sistem perlembagaan di Tanah Melayu
Diikuti Perlembagaan Johor dan Terengganu yang
memperuntukkan seorang Menteri mestilah Melayu,
rakyat sultan dan beragama Islam
Menjelaskan sistem perlembagaan itu telah wujud
sebelum kedatangan penjajah British
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
15.
MALAYAN UNION. 10 OKT 1945.
Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:
1.Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan
kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri
seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, NegeriNegeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu.
2.British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana
orang Melayu bekerjasama dengan Jepun dan
pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa
Raja-Raja Melayu.
3.Menjadi asas kepada British untuk masyarakat
tempatan bagi memerintah negara sendiri.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
17.
Ciri-ciri Malayan Union.
1.
Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di
bawah pemerintahan Gabenor British yang dibantu
oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis
Undangan.
2.
Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.
3.
Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali
dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu
sahaja.
4.
Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa
mengambil kira bangsa dan keturunan. Pengenalan
Malayan Union telah memberikan hak warganegara
kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
19.
Tentangan orang Melayu kerana:
1.
Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan.
2.
Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal
sebagai tanah jajahan Inggeris.
3.
Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli
iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih
sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union,
secara terus menjadi warganegara.
4.
Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa
mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak
memiliki apa-apa keistimewaan.
5.
Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan
raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan
dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua
iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union
atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
23. Persekutuan Tanah Melayu 1948
British telah membatalkan perlaksanaan Malaya
Union setelah mendapat tentangan hebat
daripada orang Melayu.
Ditubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946
yang terdiri daripada empat wakil raja-raja
Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai
British
Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka
sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima
oleh orang Melayu.
British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan
pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang
Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk
mendapatkan pandangan orang bukan Melayu
mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah
Dr. Amini Amir Abdullah
Melayu.
01/13/14
(UPM)
24. Ciri-ciri
penting
dalam
Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948:
Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan
termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi
tanah jajahan yang berasingan.
Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli
iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli exofficio.
Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan
nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis
Undangan Negeri.
Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di
Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12
tahun. Pemohon asing mestilah pemastautin selama 15
tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut
adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa
Melayu yang baik.
Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera
dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan
Persekutuan dan Negeri.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
25.
Kerjasama antara etnik ke arah
kemerdekaan.
Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan
Masyarakat 1949 (CLC) yang terdiri daripada
pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan
sesetengah masalah perlembagaan, politik
dan ekonomi.
Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi
membincangkan berbagai isu seperti
kewarganegaraan dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta dasar pendidikan.
Tokoh-tokoh yang menganggotai
jawatankuasa ini: Dato’ Onn Jaafar, Dato’
Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock,
Dr. Amini Amir Abdullah
C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham.
01/13/14
(UPM)
28. Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum
pertama) memberi implikasi yang
cukup besar kepada hubungan etnik
di Malaysia.
Ini disebabkan telah berlaku
kerjasama dan toleransi yang cukup
tinggi antara Melayu dan bukan
Melayu khususnya yang melibatkan
pembahagian kursi pilihanraya
seperti dalam Jadual
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
29.
Pembahagian kerusi dan calon, UMNO
telah membuat pengorbanan dan
kompromi kerana meletakkan calon
bukan Melayu di kawasan majoriti
pengundi Melayu dan walaupun majoriti
pengundi adalah Melayu (84.2%).
Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan
konsep perkongsian kuasa, UMNO
diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15
kerusi dan MCA sebanyak dua kerusi
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
31.
Perkara ini mengetepikan pandangan sempit
perkauman dan bekerja ke arah menuntut
kemerdekaan daripada penjajah.
Tunku membentuk kabinet yang terdiri daripada
komposisi berbilang kaum iaitu enam orang
Melayu, tiga orang Cina, dan seorang India.
Pemilihan Kabinet ini menunjukkan satu
kerjasama yang baik dengan perlantikan tiga
orang Cina dan seorang India untuk memberikan
keseimbangan etnik yang lebih diterima dalam
Majlis Legislatif.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
33. Perjanjian London Sebagai Langkah Ke arah
Kemerdekaan
Ketetapan yang dipersetujui:
Pembentukan sebuah persekutuan dengan
kerajaan pusat yang kuat.
Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan,
kehormatan dan hak Raja-raja Melayu.
Pengwujudan jawatan ketua negara yang
bergelar Yang di Pertuan Agong.
Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu
serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.
Pembentukan sebuah sistem
kewarganegaraan yang seragam untuk
seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
34.
Suruhanjaya Reid
Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid
yang ditubuhkan pada 1956.
Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor
Jennings (British), Sir William Mckell
(Australia), B. Malik (India) dan Hakim
Abdul Hamid (Pakistan).
Suruhanjaya menerima 131
memorandum bertulis dan telah
bersidang banyak kali dari bulan Jun
hingga Oktober 1956.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
36.
Suruhanjaya meminta cadangan dan pandangan
daripada parti-parti politik, orang ramai,
individu-individu dan Raja-raja Melayu.
Ini menjelaskan Perlembagaan merupakan
kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.
Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan
Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang
longgar berasaskan prinsip jus soli. Kedudukan
orang Melayu dikekalkan dalam Perlembagaan
dan begitu juga tentang kedudukan agama
Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
37. Melalui kontrak sosial ini, orang
bukan Melayu telah diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip jus soli.
Manakala orang Melayu
diperuntukkan dalam perlembagaan
mengenai agama Islam, Bahasa
Melayu dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta kedudukan Rajaraja Melayu
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
38. Jawatankuasa Kerja dan Perisytiharan
Perlembagaan
mengumpulkan hasil semakan dan penelitian yang
dibuat berkenaan dengan laporan yang disediakan
oleh Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada
Baginda Ratu dan Raja-raja Melayu
Jawatankuasa Kerja dipengerusikan oleh MacGillivar
dan Tunku Abdul Rahman (UMNO), Datuk Abdul
Razak (UMNO), Ong Yoke Lin (MCA) and V.T
Sambathan (MIC), Mustapha Albakri (Penyimpan
Mohor Besar Raja-raja), Shamsudin Nain, Tunku
Ismail Tunku Yahya dan Neil Lawson. Ahli lain terdiri
dari Ketua Setiausaha Kerajaan, Sir David
Watherston, Peguam Negara, T.V.A Brodie dan E.O
Laird bertindak sebagai Setiausaha.
Perlembagaan Persekutuan telah diterima dan
diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu
pada 31 Ogos 1957
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
41. Unsur-Unsur Tradisi
Merujuk kepada sistem yang wujud sebelum
kedatangan zaman moden iaitu sebuah sistem
yang kesahannya bergantung kepada agama
dan nilai-nilai asal lainnya
Kontrak sosial meliputi:
bahasa,
agama,
kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan
pemerintahan beraja
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
42.
Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana
Telah wujud ratusan tahun sebelum
perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957.
Berperanan menstabilkan sistem politik
negara dan laporan yang dibuat oleh
Suruhanjaya Reid menekankan betapa
pentingnya perlembagaan mengambil kira
faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan
sosial yang wujud sebelum tahun 1957
Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan
dianggap sebagai isu-isu sensitif yang
dilarang daripada dijadikan isu
perbincangan awam.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
43.
Ia juga merupakan satu pra-syarat dan
permuafakatan yang telah dipersetujui
dan diterima oleh orang Melayu dan bukan
Melayu. Ini bermakna:
• Orang Melayu diberikan hak istimewa,
• Islam menjadi agama persekutuan dan
• Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa
kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
Pra-syarat ini menunjukkan bahawa
pemimpin terdahulu telah menerima satu
formula bagi menyelesaikan masalah yang
wujud tanpa melibatkan konflik antara
etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
44. Unsur-Unsur Tradisi: Kesultanan
Telah wujud dalam sistem sosial dan raja berkuasa mutlak
Selepas merdeka, berkonsepkan Raja Berperlembagaan –
bertindak atas nasihat Kabinet
Dilindungi di bawah Perkara 38(4)
Yang di Pertuan Agong berperanan seperti:
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan
Mengampun dan menangguhkan sabitan kesalahan di mahkamah
tentera
Berkuasa membuat perlantikan menurut perlembagaan
Lambang perpaduan
Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik
Ketua agama bagi negeri tidak beraja
Lambang keadilan
Institusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
45. Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam
Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang
beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut
adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam adalah
unsur yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk
tujuan undang-undang dan Perlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di
negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri
mensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu,
beragama Islam dan keturunan diraja.
Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong,
baginda mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz
Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang merupakan lafaz sumpah
yang dikehendaki dalam agama Islam. Sumpah ini dikaitkan
dengan janji baginda untuk memelihara tentang kesucian dan
kemuliaan agama Islam
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
46. Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam
Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3)
adalah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang,
Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak
mempunyai raja.
Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama
Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas
sebagai ketua agama Islam mereka mempunyai budi bicara dan
tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).
Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk
melindungi hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang
termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Oleh kerana Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak boleh
dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang
Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Is1am.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
47. Unsur-Unsur Tradisi: Agama
Islam
Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam
tidak boleh dipinda dan ini kekal terjamin (Perkara 150 (6a)).
Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau
negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi pembangunan
Islam di Malaysia (Perkara 2 (2).
Peruntukan Islam ini terjamin dalam keadaan mana
sekalipun kerana untuk memindanya, ia perlu kepada
sokongan majoriti lebih dua pertiga parlimen dan perkenan
Yang di-Pertuan Agong (Perkara 159 (5).
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
48. Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam
Walaupun tidak dibenarkan perbezaan dalam apa juga
keadaan dalam mana-mana undang-undang dan
perlantikan pihak berkuasa awam, namun terdapat
pengecualian terhadap perlantikan bagi sesuatu institusi
agama Islam (Perkara 8).
Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa
penyebaran dalam kalangan orang Islam mengenai agama
selain dari Islam (Perkara 11 (4).
Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah dari Mahkamah
Sivil yang menunjukkan pengiktirafan kepada Mahkamah
Syariah (Perkara 121 (1A).
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
49. Unsur-Unsur Tradisi: Bahasa Melayu
Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak
bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain
dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa
pun boleh dilarang atau ditahan daripada
menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau
mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan
dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
Dilindungi di bawah Perkara 150 (6A) dalam keadaan
darurat
Perkara 10(4) perkara sensitif
Perkara 160B, teks dalam bahasa kebangsaan
mengatasi teks dalam bahasa Inggeris
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
50. Unsur-Unsur Tradisi: Bahasa
Melayu
Bahasa kebangsaan sebagai alat
perpaduan tanpa menggugat bahasa
ibunda lain
Menjadi bahasa lingua franca
Zaman penjajah telah dijadikan
bahasa rasmi
Pegawai Eropah perlu belajar dan
lulus bahasa Melayu
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
51. Unsur-Unsur Tradisi: Kedudukan Istimewa
orang Melayu
Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam
Perkara 153, Perkara 89 dan 90, Perkara 8(5)(f) dan
Jadual Ketigabelas - persempadanan kawasan pilihanraya
orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai
seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya
bercakap dalam Bahasa Melayu, menurut adat istiadat
Melayu dan
Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di
Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di
Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka
itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di
Singapura atau
Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
52. Takrifan Bumiputera
• Sarawak
• terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu
Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak
Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang,
Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan,
Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia
berketurunan campuran dari kaum tersebut.
• Sabah
• anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum
asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
53. Isu-Isu Islam dan Orang Melayu
Dalam Perlembagaan
i. Kebebasan Beragama
Merujuk kepada Perkara 11, Perkara 3, Perkara
10, Perkara 8 dan Perkara 12
Kebebasan beragama diberikan kepada
penganut agama Islam dan bukan Islam.
Bagaimanapun, kebebasan dalam penyebaran
bergama adalah tidak mutlak.
Cth: Perkara 11(4) memberi kuasa kepada
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
meluluskan undang-undang pengawalan agama
bukan Islam dalam kalangan orang Islam.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
54.
Dengan kata lain, sebarang agama boleh
diamalkan tetapi tidak menggangu
ketenteraman awam dan tidak
menyakitkan hati penganut agama lain.
Kebebasan beragama tertakluk kepada
undang-undang awam seperti Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta
Pertubuhan 1966 dan Akta Polis 1967.
Kebebasan beragama juga bermakna
seseorang itu tidak bebas mendirikan
rumah ibadat di mana sahaja yang
disukai.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
55. ii. Kesamarataan
Semua orang adalah sama di sisi
undang-undang
Tidak dibenarkan sebarang bentuk
diskriminasi menurut agama, ras
dan lain-lain kecuali dibenarkan oleh
perlembagaan
Namun, perubahan politik dan
ekonomi menyebabkan sesetengah
etnik ketinggalan dan ini perlu
dibantu
Dr. Amini Amir Abdullah
01/13/14
(UPM)
56. iii. Diskriminasi Perlindungan
Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-undang memberi perlindungan
dan hak yang istimewa kepada golongan atau etnik di dalam sesebuah negara
dan dalam masa yang sama tidak menafikan peluang terhadap kumpulan
atau etnik lain.
Etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dapat dibantu dan
ditingkatkan taraf hidup mereka agar dapat menyaingi etnik lain yang lebih
terkehadapan.
Perkara 46 Perlembagaan India menghendaki kerajaan memberikan
perlindungan yang istimewa untuk kepentingan pelajaran dan ekonomi
sesuatu kumpulan yang mundur Contohnya, keutamaan dalam lantikan dalam
perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti keretapi, pos, kastam dan
perkhidmatan telegraf
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
57.
Diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan tujuan:
Ia dibuat bagi membetulkan semula ketidakseimbangan
politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat majmuk
dan baru merdeka.
Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti
supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada
ditenggelami majoriti.
Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang
telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya.
disebabkan oleh kompromi di antara kaum atau kumpulan
tertentu semasa perlembagaan digubal.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
58. iv. Persoalan Perkara 153
Mengeluarkan orang Melayu dari arus
kemiskinan (Ekonomi)
• Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970)
• Jurang Pendapatan melebar antara etnik
• Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di
pantai timur
• Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu
hanya 2.4% tahun 1970
• Pembahagian kekayaan dan agihan
pendapatan merupakan faktor terkuat
mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
59. Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat
Berhad, 1995 dan 1999
1995
1999
20.6
19.1
Cina
40.9
37.9
India
1.5
1.5
Rakyat Asing
27.7
32.7
Syarikat Nomini
8.3
7.9
Jumlah
100
100
Kumpulan Hak Milik
Bumiputera (Individu, Institusi dan
Agengsi Amanah)
Dr. Amini Amir
Sumber: Rancangan Malaysia KelapanAbdullah
01/13/14
(UPM)
60. Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi
masih belum mencapai sasaran 30%
Matlamat
Pencapaian
1970
1990
1990
2002
• Bumiputera
2.4
30.0
19.3
18.7
• Bukan Bumi.
32.3
40.0
46.8
43.2
– Cina
45.5
40.9
– India
1.0
1.5
– Lain-lain
0.3
0.8
25.4
28.9
8.5
9.2
100.0
100.0
• Asing
• Nomine
JUMLAH
01/13/14
63.3
30.0
2.0
100.0
100.0
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
61. % Isi 60
rumah Malaysia
Kemiskinan
50
40
30
20
10
0
1970
1990
2002
Jumlah
49.3
16.5
5.1
Luar Bandar
58.6
21.1
11.4
Bandar
24.6
7.1
2.0
3.9
1.0
Ketermiskinan
Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di
Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan
Dr. Amini Amir Abdullah
RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh
(UPM)
dari PLI. 01/13/14
62. Jurang pendapatan antara kaum
Nisbah ketaksamaan
pendapatan isirumah
Luar Bandar : Bandar
Bumiputera : Cina
Bumiputera : India
01/13/14
1970
1980
1: 2.1 1: 1.8
1: 2.3 1: 1.9
1: 1.8 1: 13
1990
1999
2002
1: 1.7 1: 1.8 1: 2.1
1: 1.7 1: 1.7 1: 1.8
1: 13 1: 1.4 1: 1.3
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
63. Kerasionalan Perkara 153
Pendidikan
Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama
penuh dan matrikulasi yang khusus orang
Melayu turut dibuka kepada bukan Melayu
Kuota IPTA juga telah ditukar kepada
meritokrasi
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
64. v. Perkara 18 Sarawak dan
Perkara 20 Sabah
Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan
satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perkara 20
bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak.
Antara tuntutan adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan
dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang
terkandung dalam Senarai II dan Senarai III.
Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi
oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya
boleh dibuat sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan.
Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera
Sabah dan Sarawak iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis
Raja-Raja berhubung dengan kedudukan orang Melayu di
Semenanjung.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
65.
Antara perkara tersebut adalah:
Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan suatu
agama sebagai agama rasmi negeri.
Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi/kebangsaan tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus
digunakan tanpa had masa.
Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas
Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua
negeri.
Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi
soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah
sendiri.
Kewangan - Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri.
Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu
(Persekutuan Tanah Melayu) tetapi formula berkenaan harus disesuaikan
dengan keadaan (sifat demografi) Sabah.
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
66. Kesimpulan
Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan
yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu
dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi
dan rela berkongsi kuasa.
Permuafakatan sosial atau social contract ini perlu
diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu
mempersoalkannya lagi.
Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia
dapat menghindarkan negara Malaysia daripada
berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh
merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin
01/13/14
Dr. Amini Amir Abdullah
(UPM)
Notas do Editor
On poverty, the measures undertaken has contributed to a dramatic reduction in the incidence of poverty.
The proportion of households living below the poverty line declined from 49.3 per cent in 1970 to 16.5 per cent in 1990 and 5.1 per cent in 2002 while the hard core to 1.0 per cent.