Dokumen ini memberikan ringkasan tentang tanaman hiasan yang sesuai untuk landskap dalam ruangan. Ia menjelaskan jenis-jenis tanaman yang tahan cahaya rendah seperti aglaonema, anthurium, dan dracaena serta faktor-faktor seperti kelembapan dan suhu yang sesuai untuk pertumbuhan tanaman tersebut. Dokumen ini juga memberikan panduan untuk penanaman, perawatan, dan pengurusan tanaman hiasan dalam ruangan.
1. Tanaman Hiasan Landskap Dalaman Oleh: Zulhazmi Sayuti (Pegawai Penyelidik) Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI, Serdang .
2. Pengenalan Landskap dalaman adalah perlandskapan di dalam bangunan mengunakan pokok-pokok hiasan berdaun yang tahan pada keamatan cahaya yang rendah. Pokok-pokok biasanya di tanam di dalam pasu atau di dalam bekas-bekas tanaman .
3.
4. Jenis-jenis pokok dan kesesuaian dalaman mengikut keamatan cahaya Adiantum spp. Aglaonema commutatum Anthurium andreanum Aphelandra squarrosa Asplenium nidus Calathea makayana Chamaedorea elegans Codieum variegatum
13. Keamatan Cahaya Keamatan cahaya di dalam bangunan adalah rendah Keamatan sebenar berubah/bergantung kepada: 1. Ketebalan awan 2. Bahan binaan 3. Jarak dari sumber cahaya (tingkap/lampu)
14. Proses Penyesuaian Iklim (Acclimatization) Penyesuaian iklim merupakan suatu proses penyesuaian kepada keadaan persekitaran yang baru Keadaan baru adalah keadaan dalam bangunan yang empunyai keamatan cahaya yang rendah atau disertai kelembapan dan suhu yang rendah Boleh dilakukan dengan menanam dan membesarkan pokok dibawah lindungan 50-75% bergantung kepada spesies. Proses mengambil masa lebih kurang 2 hingga 6 bulan sebelum digunakan sebagai tanaman dalaman. Pokok yang tidak mengalami penyesuaian iklim mencukupi akan menggugurkan daunnya apabila ditempatkan ke dalam bangunan.
15. Pengurusan Kepelbagaian spesies digunakan adalah agak sukar untuk membuat satu rumusan keperluan amalan kultura sesuai bagi semua jenis tanaman Prinsip penanaman dan keperluan umum pertumbuhan pokok boleh dijadikan panduan mendapatkan pokok yang baik dan sesuai.
16. Medium dan bekas tanaman Medium mempunyai pengudaraan dan keupayaan memegang air dan nutrien yang baik amat sesuai. Campuran medium yang biasa digunakan terdiri dari: I. Tanah atas ii. Pasir iii.Habuk sabut kelapa iv. Gambut v. Sekam padi.
18. Pokok yang telah ditanam di dalam polibeg/pasu hendaklah disusun dengan jarak 1-5 kali garis pusat bekas bergantung kepada bentuk pertumbuhan pokok. Pokok yang dibesarkan dalam keadaan padat akan mempunyai bilangan cabang yang sedikit, berbatang kecil dan lemah. Kepadatan menyukarkan pengurusan penyelenggaraan pokok. Bergantung kepada jenis, pokok dalam bekas bersaiz 12 cm atau lebih memerlukan masa 6 bulan hingga 2 tahun sebelum dapat digunakan.
19. Penyiraman Penggunaan sistem siraman titis digunakan Keperluan air adalah sedikit Penyiraman satu atau dua kali setiap 10 hari memadai bergantung kepada pemerhatian dengan memeriksa medium tersebut.
20. Pembajaan Baja yang mengandungi NPK 13:5:8 sesuai digunakan pada kadar 10-15 gm untuk bekas bersaiz 25 cm diameter adalah memadai Baja yang mempunyai nisbah NPK 1:1:1 juga boleh digunakan. Pembajaan yang timggi hendaklah dielakkan kerana ia boleh memberi kesan kepada pokok seperti daun terbakar, keguguran, dan warna yang pudar. Kadar keperluan baja bagi spesies adalah bergantung kepada keamatan cahaya dan spesies itu sendiri Hanya 10% sahaja kadar baja dari biasa yang digunakan untuk pokok di landskap dalaman.
21. KELEMBAPAN DAN SUHU Pokok yangdigunakan untuk hiasan dalaman boleh hidup dengan subur pada kelembapan relatif melebihi 50% Kelembapan relatif dalam bangunan kebiasaannya 60% (berhawa dingin) dan 85% (tanpa hawa dingin) Suhu di dalam bilik antara 18 C (berhawa dingin) dan 27 C (tanpa hawa dingin) Julat suhu bilik ini adalah memuaskan. Oleh itu kelembapan relatif dan suhu tidak merupakan masalah bagi landskap dalaman.