SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN

PENGENALAN

Pengkaji di dalam laporan penyelidikan ini, telah mengkaji mengenai Model Guru Contoh
Pendidikan Islam. Beliau telah mengupas ciri-ciri guru contoh Pendidikan Islam berdasarkan
kepada beberapa pandangan pakar yang mempunyai pengalaman di dalam bidang
pendidikan Islam. Ciri-ciri yang dikaji adalah berfokuskan kepada penampilan diri, keimanan
kepada Allah, kemahiran mengajar dan ilmu pengetahuan. Pengkaji telah membentangkan
laporan penyelidikan kepada lima bab. Bab 1 merangkumi pengenalan, bab 2 menyentuh
mengenai kajian lampau, bab 3 menjelaskan reka bentuk kajian yang digunakan, bab 4
menghuraikan dapatan kajian dan bab 5 mengemukakan perbincangan, kesimpulan dan
cadangan.

BAB 1

Bab 1 berfungsi untuk memberi maklumat tentang pengenalan dan latar belakang bagi
permasalahan kajian yang ingin diselidiki. Bab ini seharusnya ringkas dan padat. Penulisan
bab ini perlu dimulakan dengan huraian umum berhubung bidang kajian yang hendak
diselidiki, diikuti dengan perbincangan yang lebih spesifik tentang fokus kajian.
Perbincangan tersebut seharusnya semakin berfokus tentang isu yang lebih spesifik dan
bukan sebaliknya.

Dalam kajian ini, pendahuluan bab yang dikemukakan oleh pengkaji dirasakan tidak
bertepatan dengan tajuk yang dikaji. Pengkaji hanya memberi gambaran menyeluruh
berkenaan kepentingan pendidikan kepada setiap individu dan peranan guru dalam
menyampaikan pendidikan. Pengkaji langsung tidak menyentuh untuk memberi gambaran
terhadap ciri guru.

Namun, pengkaji telah menyentuh mengenai ciri guru iaitu penampilan diri dan
keimanan kepada Allah dalam latar belakang kajian dengan disokong oleh ayat al-Quran,
Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia dan dapatan kajian lepas. Latar belakang
kajian seharusnya dapat berfungsi untuk meyakinkan para pembaca bahawa penyelidik
telah membuat pembacaan yang mencukupi dan membuat tinjauan literatur dalam bidang

1

NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN
kajian yang diselidiki. Walaubagaimanapun, pengkaji dilihat masih kurang meyakinkan para
pembaca.

Permasalahan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji pula dilihat berjaya
menampakkan masalah yang ingin dikaji. Pengkaji telah mengaitkan peranan guru dalam
membentuk akhlak pelajar.

Dapatan

kajian yang digunapakai untuk menyokong

permasalahan kajian pengkaji juga kebanyakkannya datang dari lima tahun terkemudian
iaitu sekitar 2007-2011 memandangkan kajian ini dibuat pada 2011.

Objektif kajian yang dibina pengkaji juga dilihat dapat menjawab persoalan kajian
yang ditimbulkan. Pengkaji telah menetapkan empat objektif kajiannya iaitu mengenalpasti
ciri guru contoh Pendidikan Islam dari sudut penampilan diri, mengetahui ciri guru contoh
Pendidikan Islam dari aspek keimanan kepada Allah, mengenal pasti ciri guru Pendidikan
Islam dari sudut kemahiran mengajar dan mengetahui ciri guru Pendidikan Islam dari aspek
ilmu pengetahuan.

Pengkaji telah membina empat persoalan kajian yang mudah berdasarkan
permasalahan kajian dan objektif kajian yang telah ditetapkan. Persoalan kajian tersebut
adalah apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari sudut penampilan diri?, apakah ciri
guru contoh Pendidikan Islam dari aspek keimanan kepada Allah?, apakah ciri guru contoh
Pendidikan Islam dari sudut kemahiran mengajar? Dan apakah ciri guru contoh Pendidikan
Islam dari aspek ilmu pengetahuan?.

Limitasi dan kepentingan kajian bagi kajian ini telah dijelaskan dengan ringkas.
Sebaiknya, pengkaji turut memaklumkan kepada pembaca tentang harapannya terhadap
hasil yang diperoleh daripada kajian yang dilaksanakan. Namun, pengkaji tidak menjelaskan
dengan terperinci batasan tajuk, skop kajian, batasan lokasi dan rasional pemilihan lokasi,
batasan sampel, jumlah sampel dan kaedah pemilihan sampel.

Pengkaji telah membincangkan kerangka konsep kajian dalam bab 1, oleh kerana
tiada teori khusus yang berkaitan dengan ciri guru, maka pengkaji membincangkan
kerangka konseptual kajian beliau berdasarkan kajian-kajian lepas dan diagram yang dibina
juga direka bentuk hasil pengubahsuaian terhadap kajian pengkaji lain.

Dari segi definisi operasional, pengkaji dilihat mendefinisikan setiap istilah secara
umum sehingga boleh menimbulkan salah faham kepada pembaca yang mana definisi yang
diberikan tidak menggambarkan definisi yang tepat untuk kajian. Sebagai contoh Pendidikan
2

NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN
Islam, pengkaji telah mendefinisikannya secara umum dengan tidak menyatakan ia
merupakan mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar di sekolah seperti yang ingin dikaji
dalam kajian beliau. Ini menimbulkan salah faham kepada pembaca dengan memberikan
gambaran seolah-olah pengkaji ingin mengkaji ilmu pendidikan Islam secara menyeluruh
iaitu berkait dengan ketaatan kepada ajaran Islam seperti yang diajar melalui dakwah
Rasulullah S.A.W.

Secara keseluruhannya, pengkaji seharusnya lebih bijak menyusun sub topik
mengikut keutamaan. Percaturan pengkaji meletakkan tujuan, objektif dan soalan kajian di
penghujung bab dirasakan kurang tepat sedangkan ia merupakan perkara penting yang
perlu dijelaskan di permulaan kajian ini terutamanya bagi pihak pembaca.

3

NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN
BAB 2

Bab ini akan membuat tinjauan berhubung literatur yang berkaitan dengan bidang
kajian yang ingin diselidiki. Dalam bab ini, pengkaji atau penyelidik akan mengaitkan kajiankajian terdahulu dengan kajian yang dilaksanakan.

Dalam kajian ini, pengkaji telah berjaya mengemukakan sembilan sub topik dalam
bab dua ini. Setiap sub topik yang dibincangkan telah disokong dari sumber berautoriti terdiri
daripada buku, laporan penyelidikan dan artikel jurnal dalam dan luar negara. Ia turut
disertakan dengan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan.

Secara keseluruhannya, dilihat pengkaji telah berjaya mencari dan meninjau literatur
dari dalam dan luar negara, namun didapati terdapat beberapa bahan yang kurang
berkaitan dengan bidang kajian yang diselidiki. Dalam kajian ini juga didapati, pengkaji
mempersembahkan kajian-kajian terdahulu satu persatu. Pengkaji sebaiknya berusaha
untuk membanding beza dan membincangkan kesamaan dan perbezaan anatara dapatan
kajian-kajian terdahulu untuk mengenal pasti jurang pengetahuan yang wujud dalam kajian
yang diselidiki.

Antara kajian terdahulu yang dipersembahkan oleh pengkaji ialah tentang ciri-ciri
guru atau pendidik, antara ciri guru tersebut ialah bersifat bijaksana, tidak menyembunyikan
ilmu, memanggil pelajar dengan panggilan yang baik dan sopan.

Pengkaji mengambil beberapa pandangan pakar tentang ciri-ciri pendidik seperti
Umar As-Syaibani (1978), Imam Al-Ghazali (1998), Al-Nahlawi (1988), Ibnu Khaldun, Ahmad
Sohaimi Lazim (2003), Mohamad Johdi Hj Salleh (2007), Mohd Aziz Mohd Din (2007),
Yahya Don (2007), Kamarul Azmi Jasmi (2009), Tengku Norhayati Tengku Othman dan
Khadijah Abdul Razak (2010). Pengkaji mengambil sumber dari pelbagai tahun. Pengkaji
mengemukakan beberapa potong ayat- al-Quran dan hadis nabi s.a.w.

Pengkaji juga membuat sorotan kajian lepas terhadap sub topik kaedah mengajar
seorang guru pendidikan Islam. Pengkaji menggunakan pandangan Al-Qadibi di dalam
Abdullah Amin Al-Nukmy (1995), Khlaid Hamid Al-Hazimi (2000), Mohd Yusuf Ahmad (2005)
dan Razali Saaran (2010) .

4

NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN
Selain itu, pengkaji juga menerangkan tentang kesan pendidikan dan contoh teladan
guru pendidikan Islam dengan mengambil pandangan Ahmad Mohamad Salleh (2003),
Zaharah Hussin (2005), Ahmad Zabidi (2006) dan Jalaluddin Tajuddin (2010).

Walaupun kajian-kajian lepas yang dijadikan sumber oleh pengkaji adalah relevan
dan sesuai dengan skop dan permasalahan kajian namun, pengkaji banyak menggunakan
sumber kajian lepas secara berulang-ulang. Seharusnya pengkaji banyak menggunakan
sumber lain kerana tajuk yang di kaji adalah sangat luas serta terdapat kajian yang sama
telah dilaksanakan.

Menurut Mohamad Najib (1999), sorotan kajian-kajian lepas yang terbaik adalah dari
sumber yang asli dan pengkaji perlu mengelak dari menggunakan sumber dari pihak kedua,
ketiga dan seterusnya kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah dalam menentukan
kesahihan sumber tersebut.

5

NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN
BAB 3

Bab ini akan menerangkan prosedur-prosedur yang akan diikuti untuk mengumpul
dan menganalisis data. Bab ini merupakan bahagian amali dalam kertas usul penyelidikan
yang disediakan. Pengkaji atau penyelidik akan memberi justifikasi terhadap metodologi
kajian yang dipilih.

Dalam kajian ini, pengkaji tidak menjelaskan reka bentuk kajian yang telah dipilih.
Pengkaji tidak menerangkan tentang reka bentuk kajian yang digunakan sama ada kajian
eksperimen, kajian tinjauan atau kajian kes. Pengkaji hanya menyatakan teknik yang
digunakan iaitu teknik Delphi. Beliau kemudiannya memberi justifikasi berkaitan teknik yang
digunakan tersebut. Namun, justifikasi tersebut sangat ringkas, seharusnya pengkaji
menjelaskan dengan lebih mendalam lagi kerana teknik tersebut masih kurang difahami oleh
pembaca.

Pengkaji telah menggunakan dua kaedah di dalam kajiannya iaitu kaedah kualitatif
untuk kutipan data bagi pusingan pertama. Data yang diperolehi tersebut akan disusun
secara termatik mengikut tema. Bagi kutipan data pusingan kedua dan ketiga pengkaji telah
menggunakan kaedah kuantitatif , pada pusingan kedua dan pusingan ketiga pengkaji telah
menyusun data secara julat antara kuartil dan median. Namun, pengkaji tidak menyatakan
dengan jelas rasional pengkaji memilih untuk menggunakan kedua-dua kaedah tersebut dan
rasional data dikumpulkan melalui tiga pusingan. Seharusnya pengkaji memberi penekanan
kepada kaedah pengumpulan data.

Kaedah persampelan tidak dijelaskan dengan baik oleh pengkaji. Pengkaji telah
menyatakan beliau telah menggunakan kaedah purposive sampling (persampelan
bertujuan) di dalam pemilihan sampel. Namun, pengkaji tidak menjelaskan kenapa kaedah
persampelan itu digunakan.

Menurut Mohamad Najib (1999), kaedah persampelan tidak rawak ada tiga iaitu
sampelan bertujuan, sampelan kuota dan sampelan sukarela. Sampelan bertujuan adalah
pengkaji dengan sengaja memilih sampel dengan tujuan mendapatkan sampel yang
mewakili populasi.

6

NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN
Pengkaji juga menyatakan beliau telah memilih seramai 11 orang sebagai sampel
kajian iaitu seorang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, 2 orang pegawai Pendidikan
Daerah, dua orang pensyarah universiti, dua orang guru pakar Pendidikan Islam, dua orang
guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan 2 orang guru Pendidikan Islam Sekolah
Menengah. Pengkaji menjelaskan sampel tersebut telah dipilih berdasarkan pengalaman
mengajar lebih dari 10 tahun di dalam bidang Pendidikan Islam atau mereka yang mengajar
subjek Pendidikan Islam.

Lakosi kajian telah dinyatakan oleh pengkaji iaitu di Universiti Malaya, Universiti
Islam Antarabangsa, Pejabat Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah dan
Daerah Kinta Utara Perak. Namun, pengkaji tidak menyatakan kenapa lokasi tersebut
dipilih, berdasarkan aspek apakah yang mempengaruhi pemilihan lokasi tersebut serta
rasional pemilihan lokasi tersebut. Menurut Mohamad Najib (1999), adalah menjadi
keperluan untuk pengkaji menyatakan tempat atau institusi dan rasional atau kepentingan
pemilihan lokasi kajian tersebut, sekiranya kajian berbentuk am dan global setiap institusi
yang dipilih hendaklah mewakili populasi.

Pengkaji hanya menjelaskan secara ringkas mengenai instrumen yang digunapakai.
Instrumen kajian yang digunakan dalam proses pengumpulan data bagi kajian ini terbahagi
kepada dua instrumen iaitu instrumen temubual berstruktur pada kutipan data pusingan
pertama dan instrumen soal selidik pada pusingan kedua dan ketiga. Tetapi, pengkaji tidak
menyatakan sebab pengkaji memilih untuk menggunakan dua buah instrumen dalam
pengumpulan data. Jumlah item temubual dan item soal selidik juga tidak diterangkan.

Selain itu, pengkaji juga tidak menjelaskan bagaimanakah proses pelaksanaan
pengumpulan data dibuat dengan menggunakan kedua-dua instrumen kajian tersebut.
Bahkan, pengkaji juga tidak menyatakan skop soalan pada kedua-dua instrumen tersebut.
Waaubagaimanapun, pengkaji ada menerangkan secara ringkas tentang penggunaan skala
likert di bawah Delphi pusingan kedua.

Tiada makluman tentang perlaksanaan kajian rintis oleh pengkaji di dalam
menghasilkan kedua-dua instrumen kajian tersebut. Kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen juga langsung tidak diperincikan oleh pengkaji.

Menurut Mohd Majid Konting

(1998), kesahan pada sesuatu instrumen kajian boleh diukur melalui tiga aspek utama iaitu
kesahan kandungan, kesahan kriteria dan kesahan gagasan.

7

NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN
Menurut Mohamad Najib (1999), kesahan instrumen kajian boleh ditentukan dengan
beberapa kaedah berikut iaitu kesahan isi, kesahan telahan, kesahan gagasan dan kesahan
serentak. Kesahan isi adalah merujuk kepada sejauhmanakah item soalan yang dibina
dapat menguji apa yang ingin diuji oleh pengkaji, kesahan telahan pula adakah item soalan
dapat menghasilkan petanda kejayaan sampel, kesahan gagasan ialah adakah item soalan
merangkumi semua ciri konsep yang ingin diuji dan kesahan serentak ialah item soalan
dapat mengaitkan kejayaan sesuatu kemahiran dengan kemahiran yang lain.

Setiap

kajian

yang

dilaksanakan,

harus

melalui

proses

yang

betul.

Walaubagaimanapun, pengkaji dilihat tidak mengikut proses yang betul. Pengkaji dilihat
tidak memohon kebenaran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BPPDP), KPM
terlebih dahulu. Ini kerana, pengkaji langsung tidak menyatakan dalam prosedur
pengumpulan data dan tidak juga melampirkan surat permohonan dari BPPDP pada
bahagian lampiran. Sebaliknya pengkaji terus menghantar surat kepada panel pakar untuk
mempelawa mereka menjadi peserta kajian.

8

NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN
BAB 4

Di dalam bab 4, pengkaji telah menyatakan proses pengumpulan dan proses menganalisis
dapatan kajian telah dijalankan dengan menggunakan perisian berkomputer iaitu SPSS
versi 17 (seperti yang telah dinyatakan oleh pengkaji pada bahagian sinopsis). Pengkaji juga
menyatakan hasil dapatan kajian dianalisis dengan mengambil kira median dan julat antara
kuartil.

Pengkaji telah menerangkan data yang telah dianalaisis bermula dengan bahagian
demografi. Pengkaji banyak menggunakan bantuan gambarajah ketika menerangkan data
dapatan kajian. Pengkaji telah berjaya menomborkan setiap gambarajah dan jadual yang
digunakan dan telah mengelakkan berlakunya kekeliruan.

Selepas menjelaskan analisis data dapatan kajian demografi, pengkaji meneruskan
dengan menerangkan hasil dapatan kajian menggunakan instrumen yang pertama iaitu
instrumen temubual berstruktur pada kutipan data pusingan pertama. Huraian tersebut
dibantu jadual atau rajah.

Selepas itu barulah pengkaji meneruskan dengan analisis hasil dapatan kajian dari
instrumen yang kedua iaitu instrumen soal selidik pada kutipan data pusingan kedua dan
pusingan ketiga.

Secara keseluruhannya, pengkaji telah menyatakan hasil dapatan kajian dan
menghuraikannya berdasarkan persoalan kajian.

9

NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN
BAB 5

Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat perbincangan berdasarkan persoalan kajian yang
ditimbulkan. Penerangan di buat mengikut aspek penampilan diri, keimanan kepada Allah,
kemahiran mengajar dan sudut ilmu pengetahuan. Namun, setiap perbincangan hasil
dapatan analisis kajian tersebut kurang dipersembahkan dengan sokongan daripada kajian
lepas. Pengkaji seharusnya mengaitkan setiap perbincangan dengan kajian daripada
pengkaji lain sepertimana yang telah dinyatakan dalam bab 2.

Pengkaji telah membincangkan hasil analisis data dapatan kajiannya dengan baik.
Perbincangan yang dibuat adalah mengikut susunan persoalan kajian iaitu apakah ciri guru
contoh Pendidikan Islam dari sudut penampilan diri?, apakah ciri guru contoh Pendidikan
Islam dari aspek keimanan kepada Allah?, apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari
sudut kemahiran mengajar? dan apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari aspek ilmu
pengetahuan?.

Secara keseluruhannya pengkaji berjaya menyatakan cadangan beliau hasil dari
dapatan kajian beliau terhadap kajian lanjutan. Pengkaji memberi pandangan terhadap
kajian yang akan datang, agar para pengkaji yang ingin membuat kajian berkenaan ciri guru
contoh pendidikan Islam dapat membuat skop kajian tentang sejauhmanakah aspek
penampilan diri guru pendidikan Islam boleh memberi kesan kepada akhlak pelajar.

Pengkaji membuat kesimpulan, dengan menyatakan kajiannya telah berjaya
menjawab 4 persoalan kajian yang telah dikemukakannya di dalam bab 1.
RUJUKAN

Pada bahagian rujukan pengkaji telah berjaya menyenaraikan lebih daripada 50 rujukan
yang digunakan dalam kajian beliau. Semua rujukan tersebut telah disenaraikan mengikut
format APA style.

10

NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN
RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2009). Sifat dan
peranan keperibadian guru cemerlang pendidikan Islam (GCPI) dan hubungannya
dengan motivasi pelajar. Jurnal Teknologi, 51(E), 57-71.

Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. (2012). Pengenalan kepada pendekatan kuantitatif
dalam penyelidikan pendidikan. Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd. Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

11

NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006

More Related Content

What's hot

Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikanwmkfirdaus
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
Muka depan dan isi kandungan
Muka depan dan isi kandunganMuka depan dan isi kandungan
Muka depan dan isi kandunganHafiziGhazali
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikanNik Zawawi
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanAYU_TEMPOYAK
 
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifshare with me
 
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanhibatullah92
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianRibut Taufan
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allportkamalslaw
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellfiro HAR
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomMokhzani Fadir
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxJAYANTHYARUMUGOM1
 
Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalahwmkfirdaus
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Kerangka kajian
Kerangka kajianKerangka kajian
Kerangka kajianatheess
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandunganSivabala Naidu
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 

What's hot (20)

Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Muka depan dan isi kandungan
Muka depan dan isi kandunganMuka depan dan isi kandungan
Muka depan dan isi kandungan
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatif
 
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan Kajian
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allport
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
 
Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalah
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Kerangka kajian
Kerangka kajianKerangka kajian
Kerangka kajian
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandungan
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 

Viewers also liked

Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanShahid Hosey
 
Contoh laporan seminar amikom 2014
Contoh laporan seminar amikom 2014Contoh laporan seminar amikom 2014
Contoh laporan seminar amikom 2014jarotsusilo
 
17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sainsEmi Emi Abdul Rasid
 
Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarIyQa GaNi
 
Analisa borang penilaian program
Analisa borang penilaian programAnalisa borang penilaian program
Analisa borang penilaian programmariam buang
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanFaten Norfatihah
 

Viewers also liked (8)

Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
 
Contoh laporan seminar amikom 2014
Contoh laporan seminar amikom 2014Contoh laporan seminar amikom 2014
Contoh laporan seminar amikom 2014
 
17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains
 
Kertas cadangan seminar
Kertas cadangan seminarKertas cadangan seminar
Kertas cadangan seminar
 
Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan Mengajar
 
Analisa borang penilaian program
Analisa borang penilaian programAnalisa borang penilaian program
Analisa borang penilaian program
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhan
 
Contoh laporan
Contoh laporanContoh laporan
Contoh laporan
 

Similar to CIRI GURU PENDIDIKAN ISLAM

Karya Tulis Ilmiah.pptx
Karya Tulis Ilmiah.pptxKarya Tulis Ilmiah.pptx
Karya Tulis Ilmiah.pptxRofiqRizqiAdi
 
Arahan untuk penulisan proposal-penyelidikan
Arahan untuk penulisan proposal-penyelidikanArahan untuk penulisan proposal-penyelidikan
Arahan untuk penulisan proposal-penyelidikanMohd Jame Abdullah
 
Tentang Penelitian Tindakan Kelas
Tentang Penelitian Tindakan KelasTentang Penelitian Tindakan Kelas
Tentang Penelitian Tindakan KelasJamaludin ..
 
Konsep penyusunan skripsi
Konsep penyusunan skripsiKonsep penyusunan skripsi
Konsep penyusunan skripsiazzaazza50746
 
RANCANGAN_DAN_SIKLUS_PELAKSANAAN_PENELIT.docx
RANCANGAN_DAN_SIKLUS_PELAKSANAAN_PENELIT.docxRANCANGAN_DAN_SIKLUS_PELAKSANAAN_PENELIT.docx
RANCANGAN_DAN_SIKLUS_PELAKSANAAN_PENELIT.docxsarwani sarwani
 
jurnal kritik (1).docx
jurnal kritik (1).docxjurnal kritik (1).docx
jurnal kritik (1).docxRekhaVikna
 
Jawaban tugas 3 sesi 7 ptk
Jawaban tugas 3 sesi 7 ptkJawaban tugas 3 sesi 7 ptk
Jawaban tugas 3 sesi 7 ptkAkang Faesholi
 
Bab 2-konsep-penyelidikan-13-28
Bab 2-konsep-penyelidikan-13-28Bab 2-konsep-penyelidikan-13-28
Bab 2-konsep-penyelidikan-13-28farah@salim & co.
 
ARM TAPAK PENULISAN (Edt)).docx
ARM TAPAK PENULISAN (Edt)).docxARM TAPAK PENULISAN (Edt)).docx
ARM TAPAK PENULISAN (Edt)).docxMazlan Abdul
 
Pengenalan kepada konsep kajian tindakan 2014 (1)
Pengenalan kepada konsep kajian tindakan 2014 (1)Pengenalan kepada konsep kajian tindakan 2014 (1)
Pengenalan kepada konsep kajian tindakan 2014 (1)norzurakhuderi
 
matri done eat to be ok mari
matri done eat to be ok marimatri done eat to be ok mari
matri done eat to be ok mariyohanesfa
 
Tugas semester jenis penelitian
Tugas semester jenis penelitianTugas semester jenis penelitian
Tugas semester jenis penelitiananihdx
 
Sces3143 asas penyelidikan dalam pendidikan
Sces3143 asas penyelidikan dalam pendidikanSces3143 asas penyelidikan dalam pendidikan
Sces3143 asas penyelidikan dalam pendidikanbibibaizura
 
Metode penelitian pendidikan
Metode penelitian pendidikanMetode penelitian pendidikan
Metode penelitian pendidikanDedi Yulianto
 
PSIKOLOGI KEPRIBADIAN.pdf
PSIKOLOGI KEPRIBADIAN.pdfPSIKOLOGI KEPRIBADIAN.pdf
PSIKOLOGI KEPRIBADIAN.pdfEKOCAHYONO62
 

Similar to CIRI GURU PENDIDIKAN ISLAM (20)

P5_Masalah dan Judul Penelitian.pdf
P5_Masalah dan Judul Penelitian.pdfP5_Masalah dan Judul Penelitian.pdf
P5_Masalah dan Judul Penelitian.pdf
 
Latihan pembuatan ptk
Latihan pembuatan ptkLatihan pembuatan ptk
Latihan pembuatan ptk
 
Karya Tulis Ilmiah.pptx
Karya Tulis Ilmiah.pptxKarya Tulis Ilmiah.pptx
Karya Tulis Ilmiah.pptx
 
Arahan untuk penulisan proposal-penyelidikan
Arahan untuk penulisan proposal-penyelidikanArahan untuk penulisan proposal-penyelidikan
Arahan untuk penulisan proposal-penyelidikan
 
Tentang Penelitian Tindakan Kelas
Tentang Penelitian Tindakan KelasTentang Penelitian Tindakan Kelas
Tentang Penelitian Tindakan Kelas
 
Konsep penyusunan skripsi
Konsep penyusunan skripsiKonsep penyusunan skripsi
Konsep penyusunan skripsi
 
RANCANGAN_DAN_SIKLUS_PELAKSANAAN_PENELIT.docx
RANCANGAN_DAN_SIKLUS_PELAKSANAAN_PENELIT.docxRANCANGAN_DAN_SIKLUS_PELAKSANAAN_PENELIT.docx
RANCANGAN_DAN_SIKLUS_PELAKSANAAN_PENELIT.docx
 
jurnal kritik (1).docx
jurnal kritik (1).docxjurnal kritik (1).docx
jurnal kritik (1).docx
 
Jawaban tugas 3 sesi 7 ptk
Jawaban tugas 3 sesi 7 ptkJawaban tugas 3 sesi 7 ptk
Jawaban tugas 3 sesi 7 ptk
 
Bab 2-konsep-penyelidikan-13-28
Bab 2-konsep-penyelidikan-13-28Bab 2-konsep-penyelidikan-13-28
Bab 2-konsep-penyelidikan-13-28
 
ARM TAPAK PENULISAN (Edt)).docx
ARM TAPAK PENULISAN (Edt)).docxARM TAPAK PENULISAN (Edt)).docx
ARM TAPAK PENULISAN (Edt)).docx
 
proposal kualitatif
proposal kualitatifproposal kualitatif
proposal kualitatif
 
Karangan ilmiah
Karangan ilmiahKarangan ilmiah
Karangan ilmiah
 
Contoh ptk bahasa indonesia kelas iv
Contoh ptk bahasa indonesia kelas ivContoh ptk bahasa indonesia kelas iv
Contoh ptk bahasa indonesia kelas iv
 
Pengenalan kepada konsep kajian tindakan 2014 (1)
Pengenalan kepada konsep kajian tindakan 2014 (1)Pengenalan kepada konsep kajian tindakan 2014 (1)
Pengenalan kepada konsep kajian tindakan 2014 (1)
 
matri done eat to be ok mari
matri done eat to be ok marimatri done eat to be ok mari
matri done eat to be ok mari
 
Tugas semester jenis penelitian
Tugas semester jenis penelitianTugas semester jenis penelitian
Tugas semester jenis penelitian
 
Sces3143 asas penyelidikan dalam pendidikan
Sces3143 asas penyelidikan dalam pendidikanSces3143 asas penyelidikan dalam pendidikan
Sces3143 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Metode penelitian pendidikan
Metode penelitian pendidikanMetode penelitian pendidikan
Metode penelitian pendidikan
 
PSIKOLOGI KEPRIBADIAN.pdf
PSIKOLOGI KEPRIBADIAN.pdfPSIKOLOGI KEPRIBADIAN.pdf
PSIKOLOGI KEPRIBADIAN.pdf
 

Recently uploaded

Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x BintanVenyHandayani2
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DAbdiera
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 

Recently uploaded (20)

Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 

CIRI GURU PENDIDIKAN ISLAM

  • 1. TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN PENGENALAN Pengkaji di dalam laporan penyelidikan ini, telah mengkaji mengenai Model Guru Contoh Pendidikan Islam. Beliau telah mengupas ciri-ciri guru contoh Pendidikan Islam berdasarkan kepada beberapa pandangan pakar yang mempunyai pengalaman di dalam bidang pendidikan Islam. Ciri-ciri yang dikaji adalah berfokuskan kepada penampilan diri, keimanan kepada Allah, kemahiran mengajar dan ilmu pengetahuan. Pengkaji telah membentangkan laporan penyelidikan kepada lima bab. Bab 1 merangkumi pengenalan, bab 2 menyentuh mengenai kajian lampau, bab 3 menjelaskan reka bentuk kajian yang digunakan, bab 4 menghuraikan dapatan kajian dan bab 5 mengemukakan perbincangan, kesimpulan dan cadangan. BAB 1 Bab 1 berfungsi untuk memberi maklumat tentang pengenalan dan latar belakang bagi permasalahan kajian yang ingin diselidiki. Bab ini seharusnya ringkas dan padat. Penulisan bab ini perlu dimulakan dengan huraian umum berhubung bidang kajian yang hendak diselidiki, diikuti dengan perbincangan yang lebih spesifik tentang fokus kajian. Perbincangan tersebut seharusnya semakin berfokus tentang isu yang lebih spesifik dan bukan sebaliknya. Dalam kajian ini, pendahuluan bab yang dikemukakan oleh pengkaji dirasakan tidak bertepatan dengan tajuk yang dikaji. Pengkaji hanya memberi gambaran menyeluruh berkenaan kepentingan pendidikan kepada setiap individu dan peranan guru dalam menyampaikan pendidikan. Pengkaji langsung tidak menyentuh untuk memberi gambaran terhadap ciri guru. Namun, pengkaji telah menyentuh mengenai ciri guru iaitu penampilan diri dan keimanan kepada Allah dalam latar belakang kajian dengan disokong oleh ayat al-Quran, Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia dan dapatan kajian lepas. Latar belakang kajian seharusnya dapat berfungsi untuk meyakinkan para pembaca bahawa penyelidik telah membuat pembacaan yang mencukupi dan membuat tinjauan literatur dalam bidang 1 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
  • 2. TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN kajian yang diselidiki. Walaubagaimanapun, pengkaji dilihat masih kurang meyakinkan para pembaca. Permasalahan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji pula dilihat berjaya menampakkan masalah yang ingin dikaji. Pengkaji telah mengaitkan peranan guru dalam membentuk akhlak pelajar. Dapatan kajian yang digunapakai untuk menyokong permasalahan kajian pengkaji juga kebanyakkannya datang dari lima tahun terkemudian iaitu sekitar 2007-2011 memandangkan kajian ini dibuat pada 2011. Objektif kajian yang dibina pengkaji juga dilihat dapat menjawab persoalan kajian yang ditimbulkan. Pengkaji telah menetapkan empat objektif kajiannya iaitu mengenalpasti ciri guru contoh Pendidikan Islam dari sudut penampilan diri, mengetahui ciri guru contoh Pendidikan Islam dari aspek keimanan kepada Allah, mengenal pasti ciri guru Pendidikan Islam dari sudut kemahiran mengajar dan mengetahui ciri guru Pendidikan Islam dari aspek ilmu pengetahuan. Pengkaji telah membina empat persoalan kajian yang mudah berdasarkan permasalahan kajian dan objektif kajian yang telah ditetapkan. Persoalan kajian tersebut adalah apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari sudut penampilan diri?, apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari aspek keimanan kepada Allah?, apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari sudut kemahiran mengajar? Dan apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari aspek ilmu pengetahuan?. Limitasi dan kepentingan kajian bagi kajian ini telah dijelaskan dengan ringkas. Sebaiknya, pengkaji turut memaklumkan kepada pembaca tentang harapannya terhadap hasil yang diperoleh daripada kajian yang dilaksanakan. Namun, pengkaji tidak menjelaskan dengan terperinci batasan tajuk, skop kajian, batasan lokasi dan rasional pemilihan lokasi, batasan sampel, jumlah sampel dan kaedah pemilihan sampel. Pengkaji telah membincangkan kerangka konsep kajian dalam bab 1, oleh kerana tiada teori khusus yang berkaitan dengan ciri guru, maka pengkaji membincangkan kerangka konseptual kajian beliau berdasarkan kajian-kajian lepas dan diagram yang dibina juga direka bentuk hasil pengubahsuaian terhadap kajian pengkaji lain. Dari segi definisi operasional, pengkaji dilihat mendefinisikan setiap istilah secara umum sehingga boleh menimbulkan salah faham kepada pembaca yang mana definisi yang diberikan tidak menggambarkan definisi yang tepat untuk kajian. Sebagai contoh Pendidikan 2 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
  • 3. TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN Islam, pengkaji telah mendefinisikannya secara umum dengan tidak menyatakan ia merupakan mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar di sekolah seperti yang ingin dikaji dalam kajian beliau. Ini menimbulkan salah faham kepada pembaca dengan memberikan gambaran seolah-olah pengkaji ingin mengkaji ilmu pendidikan Islam secara menyeluruh iaitu berkait dengan ketaatan kepada ajaran Islam seperti yang diajar melalui dakwah Rasulullah S.A.W. Secara keseluruhannya, pengkaji seharusnya lebih bijak menyusun sub topik mengikut keutamaan. Percaturan pengkaji meletakkan tujuan, objektif dan soalan kajian di penghujung bab dirasakan kurang tepat sedangkan ia merupakan perkara penting yang perlu dijelaskan di permulaan kajian ini terutamanya bagi pihak pembaca. 3 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
  • 4. TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN BAB 2 Bab ini akan membuat tinjauan berhubung literatur yang berkaitan dengan bidang kajian yang ingin diselidiki. Dalam bab ini, pengkaji atau penyelidik akan mengaitkan kajiankajian terdahulu dengan kajian yang dilaksanakan. Dalam kajian ini, pengkaji telah berjaya mengemukakan sembilan sub topik dalam bab dua ini. Setiap sub topik yang dibincangkan telah disokong dari sumber berautoriti terdiri daripada buku, laporan penyelidikan dan artikel jurnal dalam dan luar negara. Ia turut disertakan dengan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan. Secara keseluruhannya, dilihat pengkaji telah berjaya mencari dan meninjau literatur dari dalam dan luar negara, namun didapati terdapat beberapa bahan yang kurang berkaitan dengan bidang kajian yang diselidiki. Dalam kajian ini juga didapati, pengkaji mempersembahkan kajian-kajian terdahulu satu persatu. Pengkaji sebaiknya berusaha untuk membanding beza dan membincangkan kesamaan dan perbezaan anatara dapatan kajian-kajian terdahulu untuk mengenal pasti jurang pengetahuan yang wujud dalam kajian yang diselidiki. Antara kajian terdahulu yang dipersembahkan oleh pengkaji ialah tentang ciri-ciri guru atau pendidik, antara ciri guru tersebut ialah bersifat bijaksana, tidak menyembunyikan ilmu, memanggil pelajar dengan panggilan yang baik dan sopan. Pengkaji mengambil beberapa pandangan pakar tentang ciri-ciri pendidik seperti Umar As-Syaibani (1978), Imam Al-Ghazali (1998), Al-Nahlawi (1988), Ibnu Khaldun, Ahmad Sohaimi Lazim (2003), Mohamad Johdi Hj Salleh (2007), Mohd Aziz Mohd Din (2007), Yahya Don (2007), Kamarul Azmi Jasmi (2009), Tengku Norhayati Tengku Othman dan Khadijah Abdul Razak (2010). Pengkaji mengambil sumber dari pelbagai tahun. Pengkaji mengemukakan beberapa potong ayat- al-Quran dan hadis nabi s.a.w. Pengkaji juga membuat sorotan kajian lepas terhadap sub topik kaedah mengajar seorang guru pendidikan Islam. Pengkaji menggunakan pandangan Al-Qadibi di dalam Abdullah Amin Al-Nukmy (1995), Khlaid Hamid Al-Hazimi (2000), Mohd Yusuf Ahmad (2005) dan Razali Saaran (2010) . 4 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
  • 5. TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN Selain itu, pengkaji juga menerangkan tentang kesan pendidikan dan contoh teladan guru pendidikan Islam dengan mengambil pandangan Ahmad Mohamad Salleh (2003), Zaharah Hussin (2005), Ahmad Zabidi (2006) dan Jalaluddin Tajuddin (2010). Walaupun kajian-kajian lepas yang dijadikan sumber oleh pengkaji adalah relevan dan sesuai dengan skop dan permasalahan kajian namun, pengkaji banyak menggunakan sumber kajian lepas secara berulang-ulang. Seharusnya pengkaji banyak menggunakan sumber lain kerana tajuk yang di kaji adalah sangat luas serta terdapat kajian yang sama telah dilaksanakan. Menurut Mohamad Najib (1999), sorotan kajian-kajian lepas yang terbaik adalah dari sumber yang asli dan pengkaji perlu mengelak dari menggunakan sumber dari pihak kedua, ketiga dan seterusnya kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah dalam menentukan kesahihan sumber tersebut. 5 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
  • 6. TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN BAB 3 Bab ini akan menerangkan prosedur-prosedur yang akan diikuti untuk mengumpul dan menganalisis data. Bab ini merupakan bahagian amali dalam kertas usul penyelidikan yang disediakan. Pengkaji atau penyelidik akan memberi justifikasi terhadap metodologi kajian yang dipilih. Dalam kajian ini, pengkaji tidak menjelaskan reka bentuk kajian yang telah dipilih. Pengkaji tidak menerangkan tentang reka bentuk kajian yang digunakan sama ada kajian eksperimen, kajian tinjauan atau kajian kes. Pengkaji hanya menyatakan teknik yang digunakan iaitu teknik Delphi. Beliau kemudiannya memberi justifikasi berkaitan teknik yang digunakan tersebut. Namun, justifikasi tersebut sangat ringkas, seharusnya pengkaji menjelaskan dengan lebih mendalam lagi kerana teknik tersebut masih kurang difahami oleh pembaca. Pengkaji telah menggunakan dua kaedah di dalam kajiannya iaitu kaedah kualitatif untuk kutipan data bagi pusingan pertama. Data yang diperolehi tersebut akan disusun secara termatik mengikut tema. Bagi kutipan data pusingan kedua dan ketiga pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif , pada pusingan kedua dan pusingan ketiga pengkaji telah menyusun data secara julat antara kuartil dan median. Namun, pengkaji tidak menyatakan dengan jelas rasional pengkaji memilih untuk menggunakan kedua-dua kaedah tersebut dan rasional data dikumpulkan melalui tiga pusingan. Seharusnya pengkaji memberi penekanan kepada kaedah pengumpulan data. Kaedah persampelan tidak dijelaskan dengan baik oleh pengkaji. Pengkaji telah menyatakan beliau telah menggunakan kaedah purposive sampling (persampelan bertujuan) di dalam pemilihan sampel. Namun, pengkaji tidak menjelaskan kenapa kaedah persampelan itu digunakan. Menurut Mohamad Najib (1999), kaedah persampelan tidak rawak ada tiga iaitu sampelan bertujuan, sampelan kuota dan sampelan sukarela. Sampelan bertujuan adalah pengkaji dengan sengaja memilih sampel dengan tujuan mendapatkan sampel yang mewakili populasi. 6 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
  • 7. TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN Pengkaji juga menyatakan beliau telah memilih seramai 11 orang sebagai sampel kajian iaitu seorang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, 2 orang pegawai Pendidikan Daerah, dua orang pensyarah universiti, dua orang guru pakar Pendidikan Islam, dua orang guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan 2 orang guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Pengkaji menjelaskan sampel tersebut telah dipilih berdasarkan pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun di dalam bidang Pendidikan Islam atau mereka yang mengajar subjek Pendidikan Islam. Lakosi kajian telah dinyatakan oleh pengkaji iaitu di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Pejabat Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah dan Daerah Kinta Utara Perak. Namun, pengkaji tidak menyatakan kenapa lokasi tersebut dipilih, berdasarkan aspek apakah yang mempengaruhi pemilihan lokasi tersebut serta rasional pemilihan lokasi tersebut. Menurut Mohamad Najib (1999), adalah menjadi keperluan untuk pengkaji menyatakan tempat atau institusi dan rasional atau kepentingan pemilihan lokasi kajian tersebut, sekiranya kajian berbentuk am dan global setiap institusi yang dipilih hendaklah mewakili populasi. Pengkaji hanya menjelaskan secara ringkas mengenai instrumen yang digunapakai. Instrumen kajian yang digunakan dalam proses pengumpulan data bagi kajian ini terbahagi kepada dua instrumen iaitu instrumen temubual berstruktur pada kutipan data pusingan pertama dan instrumen soal selidik pada pusingan kedua dan ketiga. Tetapi, pengkaji tidak menyatakan sebab pengkaji memilih untuk menggunakan dua buah instrumen dalam pengumpulan data. Jumlah item temubual dan item soal selidik juga tidak diterangkan. Selain itu, pengkaji juga tidak menjelaskan bagaimanakah proses pelaksanaan pengumpulan data dibuat dengan menggunakan kedua-dua instrumen kajian tersebut. Bahkan, pengkaji juga tidak menyatakan skop soalan pada kedua-dua instrumen tersebut. Waaubagaimanapun, pengkaji ada menerangkan secara ringkas tentang penggunaan skala likert di bawah Delphi pusingan kedua. Tiada makluman tentang perlaksanaan kajian rintis oleh pengkaji di dalam menghasilkan kedua-dua instrumen kajian tersebut. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen juga langsung tidak diperincikan oleh pengkaji. Menurut Mohd Majid Konting (1998), kesahan pada sesuatu instrumen kajian boleh diukur melalui tiga aspek utama iaitu kesahan kandungan, kesahan kriteria dan kesahan gagasan. 7 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
  • 8. TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN Menurut Mohamad Najib (1999), kesahan instrumen kajian boleh ditentukan dengan beberapa kaedah berikut iaitu kesahan isi, kesahan telahan, kesahan gagasan dan kesahan serentak. Kesahan isi adalah merujuk kepada sejauhmanakah item soalan yang dibina dapat menguji apa yang ingin diuji oleh pengkaji, kesahan telahan pula adakah item soalan dapat menghasilkan petanda kejayaan sampel, kesahan gagasan ialah adakah item soalan merangkumi semua ciri konsep yang ingin diuji dan kesahan serentak ialah item soalan dapat mengaitkan kejayaan sesuatu kemahiran dengan kemahiran yang lain. Setiap kajian yang dilaksanakan, harus melalui proses yang betul. Walaubagaimanapun, pengkaji dilihat tidak mengikut proses yang betul. Pengkaji dilihat tidak memohon kebenaran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BPPDP), KPM terlebih dahulu. Ini kerana, pengkaji langsung tidak menyatakan dalam prosedur pengumpulan data dan tidak juga melampirkan surat permohonan dari BPPDP pada bahagian lampiran. Sebaliknya pengkaji terus menghantar surat kepada panel pakar untuk mempelawa mereka menjadi peserta kajian. 8 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
  • 9. TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN BAB 4 Di dalam bab 4, pengkaji telah menyatakan proses pengumpulan dan proses menganalisis dapatan kajian telah dijalankan dengan menggunakan perisian berkomputer iaitu SPSS versi 17 (seperti yang telah dinyatakan oleh pengkaji pada bahagian sinopsis). Pengkaji juga menyatakan hasil dapatan kajian dianalisis dengan mengambil kira median dan julat antara kuartil. Pengkaji telah menerangkan data yang telah dianalaisis bermula dengan bahagian demografi. Pengkaji banyak menggunakan bantuan gambarajah ketika menerangkan data dapatan kajian. Pengkaji telah berjaya menomborkan setiap gambarajah dan jadual yang digunakan dan telah mengelakkan berlakunya kekeliruan. Selepas menjelaskan analisis data dapatan kajian demografi, pengkaji meneruskan dengan menerangkan hasil dapatan kajian menggunakan instrumen yang pertama iaitu instrumen temubual berstruktur pada kutipan data pusingan pertama. Huraian tersebut dibantu jadual atau rajah. Selepas itu barulah pengkaji meneruskan dengan analisis hasil dapatan kajian dari instrumen yang kedua iaitu instrumen soal selidik pada kutipan data pusingan kedua dan pusingan ketiga. Secara keseluruhannya, pengkaji telah menyatakan hasil dapatan kajian dan menghuraikannya berdasarkan persoalan kajian. 9 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
  • 10. TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN BAB 5 Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat perbincangan berdasarkan persoalan kajian yang ditimbulkan. Penerangan di buat mengikut aspek penampilan diri, keimanan kepada Allah, kemahiran mengajar dan sudut ilmu pengetahuan. Namun, setiap perbincangan hasil dapatan analisis kajian tersebut kurang dipersembahkan dengan sokongan daripada kajian lepas. Pengkaji seharusnya mengaitkan setiap perbincangan dengan kajian daripada pengkaji lain sepertimana yang telah dinyatakan dalam bab 2. Pengkaji telah membincangkan hasil analisis data dapatan kajiannya dengan baik. Perbincangan yang dibuat adalah mengikut susunan persoalan kajian iaitu apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari sudut penampilan diri?, apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari aspek keimanan kepada Allah?, apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari sudut kemahiran mengajar? dan apakah ciri guru contoh Pendidikan Islam dari aspek ilmu pengetahuan?. Secara keseluruhannya pengkaji berjaya menyatakan cadangan beliau hasil dari dapatan kajian beliau terhadap kajian lanjutan. Pengkaji memberi pandangan terhadap kajian yang akan datang, agar para pengkaji yang ingin membuat kajian berkenaan ciri guru contoh pendidikan Islam dapat membuat skop kajian tentang sejauhmanakah aspek penampilan diri guru pendidikan Islam boleh memberi kesan kepada akhlak pelajar. Pengkaji membuat kesimpulan, dengan menyatakan kajiannya telah berjaya menjawab 4 persoalan kajian yang telah dikemukakannya di dalam bab 1. RUJUKAN Pada bahagian rujukan pengkaji telah berjaya menyenaraikan lebih daripada 50 rujukan yang digunakan dalam kajian beliau. Semua rujukan tersebut telah disenaraikan mengikut format APA style. 10 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006
  • 11. TUGASAN 1 : ULASAN LAPORAN PENYELIDIKAN RUJUKAN Al-Quran Al-Karim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2009). Sifat dan peranan keperibadian guru cemerlang pendidikan Islam (GCPI) dan hubungannya dengan motivasi pelajar. Jurnal Teknologi, 51(E), 57-71. Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. (2012). Pengenalan kepada pendekatan kuantitatif dalam penyelidikan pendidikan. Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd. Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 11 NORZAMZILA BINTI BABA PGU 130005 | NURULAZIDAH BINTI JAAFAR PGU 130006