Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Akta taman asuhan kanak kanak 1984
1. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan
Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.
Kemudahan
Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang
memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka
di tempat kerja.
Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak
dibawah usia 4 tahun.
Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan
keselamatan.
Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar
Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi
kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi
RM2,000.00.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.
Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah
untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan
kelulusan.
Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis
yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin
bahawa:
kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan;
2. daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna;
alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;
pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain
yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya.
Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)
Latar Belakang
Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) didefinasikan sebagai premis di mana empat atau
lebih kanak-kanak di bawah 4 tahun diterima masuk untuk dijaga dengan upah
Permohonan
Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan
Penubuhan TASKA berharga RM10.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu
Pejabat). Buku ini secara amnya, menggariskan kehendak-kehandak Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan
Kesihatan.
Setelah membaca buku itu, sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang
disediakan, pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih mahir
mengenai kehendak 3 agensi teknikal setempat.
Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan
atau Pertubuhan.
3. Pemohon mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal di atas bagi mendapatkan
kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen
sokongan yang lengkap.
Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai
aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan Borang
Permohonan (Jadual 2).
Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah berkaitan dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan
iaitu:
Jadual 2 yang telah dilengkapi
Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat
serta Jabatan Kesihatan)
Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta
pengiraannya
Senarai aktiviti harian
Senarai menu
Senarai aktiviti bersama ibubapa
Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan
Senarai kakitangan (nama, no.k/p, jawatan dan sijil)
Wang pos/cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
Nota: senarai menu dan aktiviti disediakan mengikut peringkat umur iaitu bagi kanak-kanak
di bawah 2 tahun dan 2-4 tahun
Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap, pemohon akan
diminta oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau
mengemukakan maklumat tambahan.
4. Bagi permohonan yang lengkap, seliaan oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan
dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri sebelum dikemukakan
kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)
Permohonan akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan
TASKA, suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah setahun dari tarikh
mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan.
Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang
Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan
itu beserta dokumen-dokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan.
Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah
permohonannya lengkap.
CARTA ALIR PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA
(BARU/PENDAFTARAN SEMULA)
Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00
(Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari
PKMD/JKMN/JKMM
Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan
Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan,
Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan
Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta
wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD
Permohonan dikemukakan ke JKMN
5. Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN
Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)
Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya
Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan