SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Download to read offline
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
199 
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Membaca skala kepada senggatan terdekat. 
Aktiviti 1 
1. Tunjukkan pelbagai bikar atau penyukat dalam liter dan mililiter. Contohnya: 
2. Perhati dan bincangkan yang berikut: 
 Bacaan yang tertera pada senggatan bikar atau penyukat tersebut. 
 Bacaan minimum dan maksimum yang boleh dibaca. 
 Perkenalkan unit ‘mililiter’ dan simbolnya ‘mℓ’. 
 Banding dan bezakan antara sukatan ‘liter’ dan ‘mililiter’. 
3. Tunjukkan sebuah bekas berisi cecair berwarna. 
4. Sukat cecair berwarna tadi dengan menggunakan kesemua penyukat. 
5. Bimbing murid cara membaca skala pada penyukat tersebut. Tegaskan bahawa isi padu dibaca pada senggatan yang berada pada paras bawah cecair tadi, seperti berikut: 
6. Minta murid menyebut dan mencatatkan bacaan dalam ‘liter’ dan simbolnya ‘ℓ’ serta dalam ‘mililiter’ dan simbolnya ‘mℓ’. 
7. Tegaskan bahawa isi padu cecair berwarna tadi adalah sama walaupun disukat menggunakan penyukat yang berbeza. 
BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pelbagai bikar atau penyukat bersenggat 2. Cecair berwarna 3. Lembaran aktiviti (Rujuk BBM ms. 115) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Lembaran aktiviti pengukuhan (Rujuk BBM ms. 115) 2. Bekas 3. Penyukat 4. Baldi 5. Air 
UNIT 10.1 
50 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
200 
8. Bimbing murid membaca skala kepada senggatan yang terdekat. Contohnya: 
Aktiviti 2 
1. Sediakan empat stesen. 
2. Letakkan penyukat (yang sesuai) yang berbeza dalam liter dan mililiter serta bekas yang mengandungi cecair berwarna seperti berikut: 
 Stesen A – Penyukat dalam ‘mℓ’ dan 250 mℓ 
cecair biru 
 Stesen B – Penyukat dalam ‘mℓ’ dan 500 mℓ 
cecair merah 
 Stesen C – Penyukat dalam ‘ℓ’ dan I ℓ cecair 
kuning 
 Stesen D – Penyukat dalam ‘ℓ’ dan 3 ℓ cecair 
hijau 
3. Edarkan lembaran aktiviti kepada setiap kumpulan. 
4. Setiap kumpulan bergerak dari satu stesen ke stesen berikutnya untuk menyukat dan mencatatkan isi padu cecair berwarna dalam unit yang betul. 
5. Banding dan bincangkan dapatan murid bersama-sama. 
6. Edarkan Lembaran Kerja 10.1. 
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Senggatan Isi padu Sukat Liter Mililiter Hampir kepada Skala 
Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 
2. Sediakan beberapa stesen, bergantung kepada jumlah kumpulan. Di setiap stesen, sediakan sebuah bekas, sebaldi air dan penyukat. 
3. Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan kepada setiap kumpulan. Minta murid melukis gambar bekas kosong yang disediakan di setiap stesen. 
70 mℓ 
40 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
201 
4. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di stesen B dan seterusnya. 
5. Di setiap stesen, murid menyukat isi padu air yang diperlukan untuk memenuhkan bekas yang telah disediakan. 
6. Murid mencatatkan dapatan mereka di lembaran aktiviti seperti berikut: 
Stesen 
Bekas 
(Lukiskan) 
Isi padu air 
A 
I ℓ 
B 
250 mℓ 
C 
2 ℓ 
D 
750 mℓ 
7. Murid perlu mengosongkan bekas tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 
8. Teruskan aktiviti hingga semua stesen telah selesai. 
9. Banding dan bincangkan dapatan murid. 
10. Susunkan kesemua bekas yang digunakan mengikut saiz, daripada yang kecil hingga yang besar. Bandingkan saiz bekas dan isi padu air yang diperlukan untuk mengisinya. 
11. Tegaskan bahawa lebih besar bekas tersebut, maka lebih banyaklah isi padu air yang diperlukan untuk mengisinya. 
Nota: Hasil dapatan yang sedikit berbeza antara kumpulan mungkin disebabkan cara menyukat yang kurang tepat.
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
202 
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menentukan dan mencatat isi padu cecair menggunakan unit piawai: a) liter b) mililiter 
1. Sediakan beberapa bekas yang mengandungi air berlainan warna. Pastikan sukatan air yang diisi mengikut sukatan yang tertentu seperti berikut: 
2. Edarkan lembaran aktiviti kepada setiap murid. 
3. Minta murid menuangkan air dari bekas A ke dalam bikar. 
4. Bimbing murid membaca isi padu air tersebut. 
5. Bimbing murid menandakan paras air pada gambar bikar A dalam jadual. 
6. Kemudian bimbing murid mencatatkan bacaan sukatan pada petak yang disediakan. Contohnya: Bekas A 
7. Ulangi langkah 3 hingga 6 untuk bekas B, C dan D. 
8. Edarkan Lembaran Kerja 10.2. 
Bekas A 
4ℓ 
Bekas B 
200 mℓ 
Bekas C 
I00 mℓ 
Bekas D 
2ℓ BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Botol 2. Gelas 3. Cawan 4. Jug 5. Air berwarna 6. Bikar dan silinder penyukat bagi unit liter dan mililiter 7. Lembaran aktiviti (Rujuk BBM ms. 116) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Botol syampu 2. Botol jus buah-buahan 3. Botol cecair pencuci 4. Minuman dalam kotak 5. Kad bergambar 6. Wisel 7. Lembaran aktiviti pengukuhan (Rujuk BBM ms. 117 - 118) 
UNIT 10.2 
4 ℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
203 
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Isi padu Cecair Silinder penyukat Mililiter Liter Kapasiti 
1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 
2. Sediakan beberapa stesen, bergantung kepada jumlah kumpulan. 
3. Di setiap stesen, sediakan sebotol cecair berlabel. (Bahan cecair tersebut boleh dilabelkan semula isi padunya mengikut kesesuaian kemahiran) 
4. Kumpulan 1 bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di stesen B dan seterusnya. 
5. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. 
6. Murid perlu membaca dan menulis sukatan mengikut isi padu yang tercatat pada botol cecair tersebut pada ruangan yang betul. 
7. Minta murid menandakan paras sukatan cecair pada gambar bikar dan mewarnakan cecair di dalamnya sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 
Contohnya: 
8. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang dapat menjawab dengan paling cepat dan tepat di kira pemenang. 
4 ℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
204 
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Membandingkan isi padu cecair menggunakan unit piawai: a) liter b) mililiter 
1. Murid duduk secara berpasangan. 
2. Sediakan dua bikar A dan B, yang sama saiznya. Isikan bikar A dengan l liter air dan bikar B dengan 2 liter air. 
3. Minta beberapa orang murid membaca isi padu air yang terdapat dalam bikar A dan bikar B. 
4. Bimbing murid untuk membandingkan isi padu air dalam kedua-dua bikar tersebut. Contohnya: 
Berapa isi padu air dalam bikar A? 
Berapa isi padu air dalam bikar B? 
Bikar manakah berisi lebih air? 
Berapakah beza isi padu airnya? 
(Bikar B berisi l ℓair lebih daripada bikar A) 
Bikar manakah berisi kurang air? 
(Bikar A berisi l ℓ air kurang daripada bikar B) 
5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan isi padu cecair yang berbeza dalam liter. 
6. Ulangi aktiviti untuk unit mililiter menggunakan silinder penyukat yang sesuai. 
7. Edarkan Lembaran Kerja 10.3. 
BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bikar pelbagai saiz 2. Air Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad perkataan 2. Pelbagai jenis bekas 3. Wisel 4. Lembaran aktiviti pengukuhan (Rujuk BBM ms. 119) 
UNIT 10.3
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
205 
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Liter Mililiter Silinder penyukat Lebih daripada Kurang daripada 
1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 
2. Sediakan beberapa stesen (bergantung kepada jumlah kumpulan). Di setiap stesen, sediakan kad perkataan (Bekas A, Bekas B, …) dan pelbagai jenis bekas. 
Nota: Kandungan isi padu boleh dirujuk pada label setiap bekas (Murid perlu kreatif mengesan isi padunya). 
3. Kumpulan I bermula di stesen I, kumpulan 2 bermula di stesen 2 dan seterusnya. 
4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan bergerak ke arah stesen masing- masing. 
5. Minta murid bandingkan dua buah bekas di setiap stesen dan catatkan isi padunya pada lembaran aktiviti pengukuhan yang disediakan. 
6. Ahli kumpulan yang lain mengambil giliran seterusnya. Teruskan permainan hingga selesai. 
7. Banding dan bincangkan dapatan murid. Kumpulan yang dapat menjawab dengan paling cepat dan tepat dikira pemenang. 
Stesen I 
A 
B 
Stesen 2 
C 
D 
Stesen 3 
E 
F 
Stesen 4 
G 
H 
Stesen 5 
I 
J
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
206 
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menganggar isi padu cecair dalam: a) liter b) mililiter 
1. Sukat 200 mℓ air dengan menggunakan bikar. 
2. Minta murid menyebut dan membaca bacaan pada bikar. 
3. Tuang air daripada bikar ke dalam botol (atau bekas lutsinar). Contohnya: 
4. Tandakan paras air dengan menggunakan pen marker seperti berikut: 
Soal jawab: 
Berapakah isi padu air dalam bikar? 
Tuang air daripada bikar ke dalam botol ini. 
Sekarang, berapakah isi padu air dalam botol ini? 
5. Tegaskan bahawa kandungan air dalam botol adalah sama dengan kandungan air dalam bikar pada asalnya iaitu 200 mℓ. 
6. Tuliskan ‘200 mℓ’ pada paras air pada botol. 
7. Tuang lagi air yang lebih kurang sama banyaknya ke dalam botol tersebut. 
Soal jawab: 
Cuba lihat paras air dalam botol ini sekarang. 
Anggarkan berapakah isi padu air dalam botol ini? 
BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bikar 2. Botol minuman (kecil) 3. Botol minuman (besar) 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bikar 2. Botol minuman (kecil) 3. Bekas minuman (besar) 4. Jag air 5. Botol syampu lutsinar 6. Gelang getah/pelekat berwarna 7. Lembaran aktiviti pengukuhan (Rujuk BBM ms. 120) 
UNIT 10.4 
200 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
207 
8. Minta murid menganggar isi padu baru air dalam botol tersebut. Catatkan anggaran murid. 
9. Tuang semula air ke dalam bikar untuk mendapatkan bacaan sebenar. 
10. Bandingkan anggaran murid dengan isi padu sebenar air. Bincangkan perbezaan yang diperolehi. 
Tegaskan bahawa anggaran terbaik ialah anggaran yang paling hampir dengan sukatan sebenar. 
11. Ulangi aktiviti bagi unit liter dengan menggunakan bekas yang sesuai. 
12. Edarkan Lembaran Kerja 10.4. 
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Anggar Botol minuman Isi padu Cecair Liter Mililiter 
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 
2. Sediakan beberapa stesen, bergantung kepada jumlah kumpulan. Di setiap stesen, sediakan peralatan dan bekas yang diperlukan. 
3. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di stesen B dan seterusnya. 
4. Di setiap stesen, murid perlu menganggar isi padu air dalam setiap bekas dan direkodkan dalam jadual. 
5. Tuang semula air dalam bekas di setiap stesen ke dalam bikar untuk mendapatkan bacaan sebenar. 
6. Minta murid catatkan dalam jadual mereka. 
7. Banding dan bincangkan dapatan murid. 
8. Satu markah diberikan untuk anggaran terbaik. 
9. Kumpulan dengan markah tertinggi dikira pemenang. 
200 mℓ 
400 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
208 
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Membuat pertukaran unit di antara liter dan mililiter. 
Aktiviti I 
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 
2. Edarkan Lembaran Aktiviti I, empat botol air yang mempunyai isi padu air yang berlainan dan bikar dalam liter (ℓ) dan mililiter (mℓ) kepada setiap kumpulan. 
3. Minta murid menyukat air daripada setiap botol menggunakan dua jenis bikar dan catat hasil sukatan pada jadual seperti berikut: 
4. Bimbing murid melihat hubungan antara ℓ dan mℓ berdasarkan jadual di atas. 
Soal jawab: 
Cuba lihat sukatan-sukatan ini. 
I ℓ bersamaan dengan berapa mililiter? 
2 ℓ bersamaan dengan berapa mililiter? 
3 ℓ bersamaan dengan berapa mililiter? 
4 ℓ bersamaan dengan berapa mililiter? 
Jadi 5 ℓ air, bersamaan dengan berapa mililiter? 
BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Botol yang mengandungi air berlabel A, B, C dan D 2. Bikar dalam liter dan mililiter 3. Kordial sirap ros (2 ℓ) 4. Jus oren (I ℓ) 5. Air mineral (5 ℓ) 6. Lembaran Aktiviti I & 2 (Rujuk BBM ms. 121) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Botol yang mengandungi air berlabel A, B dan C 2. Bikar dalam liter dan mililiter 3. Lembaran aktiviti pengukuhan (Rujuk BBM ms. 121) 
UNIT I0.5 
Botol 
Bikar (ℓ) 
Bikar (mℓ) 
A 
I 
I000 
B 
2 
2000 
C 
3 
3000 
D 
4 
4000
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
209 
Aktiviti 2 
Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 
1. Sediakan tiga botol cecair yang berlainan isi padu yang berlabel dalam liter. 
Contohnya: 
Kordial sirap ros (2 ℓ) 
Jus oren (I ℓ) 
Air mineral (5 ℓ) 
2. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 
3. Sediakan beberapa stesen. Di setiap stesen letakkan sebuah bikar dalam mililiter dan sebotol cecair yang telah disediakan tadi. 
4. Edarkan Lembaran Aktiviti 2 kepada setiap kumpulan. 
5. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di stesen B dan seterusnya. 
6. Di setiap stesen murid mencatatkan isi padu cecair dalam liter. Kemudian menuang cecair tersebut ke dalam bikar dan mencatatkan isi padu cecair dalam mililiter.. 
7. Murid perlu menuang semula cecair ke dalam bekas asal sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 
8. Teruskan aktiviti hingga semua stesen telah selesai. 
9. Banding dan bincangkan dapatan murid. 
Tegaskan bahawa satu liter bersamaan dengan 1000 
mililiter. (I ℓ = I000 mℓ) 
10. Edar Lembaran Kerja 10.5. 
Stesen 
Isi padu cecair dalam liter yang tertera (ℓ) 
Isi padu cecair dalam milliliter yang disukat (mℓ) 
A 
B 
C
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
210 
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Liter Mililiter Cecair Isi padu 
Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 
2. Sediakan tiga stesen dengan meletakkan bikar yang mempunyai sukatan liter, milliter dan botol-botol yang mempunyai cecair yang berlainan isi padu. 
3. Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan kepada setiap kumpulan. Minta murid menganggar isi padu cecair dalam botol-botol yang disediakan. 
4. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di stesen B dan seterusnya. 
5. Teruskan aktiviti hingga semua stesen telah selesai. 
6. Setelah selesai aktiviti menganggar, murid menyukat cecair tersebut dengan menggunakan bikar untuk memastikan ketepatan anggaran mereka. Minta murid memcatatkan sukatan sebenar tadi seperti berikut: 
7. Banding dan bincangkan hasil dapatan murid. 
Stesen 
Anggaran 
Sukatan sebenar 
A (2 ℓ) 
2000 mℓ 
B (3000 mℓ) 
3 ℓ 
C (7 ℓ) 
7000 mℓ 
Stesen 
Anggaran 
Sukatan sebenar 
A (2 ℓ) 
2000 mℓ 
2000 mℓ 
B (3000 mℓ) 
3 ℓ 
3 ℓ 
C (7 ℓ) 
7000 mℓ 
7000 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
211 
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 
Murid berupaya: 
Menambah unit bagi isi padu 
cecair dalam: 
a) liter 
b) mililiter 
1. Lekatkan kad bergambar seperti berikut pada papan 
tulis. 
2. Minta murid memilih mana-mana dua kad dan tunjukkan 
pada kelas. 
3. Murid lain menyebut isi padu yang tertulis pada kad 
tersebut. 
BAHAN BANTU MENGAJAR 
Bagi sesi pengajaran & 
pembelajaran: 
1. Set kad gambar dalam 
unit liter 
2. Set kad imbasan dalam 
unit mililiter 
Bagi aktiviti pengukuhan: 
1. Lembaran aktiviti 
pengukuhan 
(Rujuk BBM ms. 122 - 123) 
UNIT 10.6 
7I0 ℓ 
200 ℓ I0 ℓ 
I00 ℓ 
85 ℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
212 
4. Murid mencari hasil tambah bagi kedua-dua isi padu tersebut. 
5. Tegaskan kepada murid supaya menulis jawapan dalam unit isi padunya iaitu liter. 
6. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan contoh-contoh lain. 
7. Lekatkan kad imbasan seperti berikut pada papan tulis: 
8. Pilih dua kad imbasan. 
9. Bimbing murid mengira dan menyatakan hasil tambah dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim. 
10. Tegaskan kepada murid supaya menulis jawapan dalam unit isi padu iaitu mililiter. 
11. Ulangi langkah 7 hingga 10 dengan memilih dua kad lain. 
12. Edarkan Lembaran Kerja 10.6. 
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Hasil tambah Bentuk lazim Berapa banyak Jumlah 
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 
2. Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan kepada setiap kumpulan. 
3. Tegaskan kepada murid supaya menuliskan unitnya dalam pengiraan dan jawapan. 
4. Kumpulan yang dapat menjawab dengan paling cepat dan tepat dikira pemenang. 
5. Banding dan bincangkan dapatan murid. 
220 mℓ 
563 mℓ 
I24 mℓ 
3I0 mℓ 
400 mℓ 
I00 mℓ 
290 mℓ 
452 mℓ 
I60 mℓ 
570 mℓ 
36I mℓ 
38 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
213 
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menolak unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter b) mililiter 
1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. 
2. Lekatkan kad bergambar seperti berikut pada papan tulis. 
I5 ℓ I8 ℓ 4 ℓ 
999 ℓ 278 ℓ 
3. Minta dua orang murid untuk mengambil mana-mana satu kad setiap seorang secara rawak dan mempamerkan kad tersebut. 
4. Minta murid lain menyebut isi padu yang tertulis pada kad tadi. 
5. Minta murid mengenalpasti isi padu yang lebih banyak dan lebih sedikit. 
6. Minta murid menulis penolakan dua isi padu itu dalam bentuk lazim dan mencari bezanya pada papan tulis masing-masing. 
7. Tegaskan bahawa nombor yang lebih besar nilainya menolak nombor yang lebih kecil nilainya. 
8. Semak jawapan bersama-sama. 
9. Kad tersebut dilekatkan semula pada papan tulis. 
BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set kad gambar bekas yang mempunyai isi padu berbeza dalam unit liter 2. Kad imbasan dalam mililiter 3. Papan tulis individu 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kotak 2. Radio/muzik 3. Kad soalan (Rujuk BBM ms. 124) 
UNIT 10.7
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
214 
10. Ulangi langkah 3 hingga 9 dengan menggunakan pasangan kad yang lain. 
11. Ulangi aktiviti dengan sukatan mililiter menggunakan kad sukatan seperti berikut. 
Contohnya: 
12. Edarkan Lembaran Kerja 10.7. 
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Berapa beza Bentuk lazim Bandingkan Lebih besar Lebih kecil Berapa yang tinggal Baki Unit 
1. Adakan permainan ‘Kotak Beracun’. 
2. Masukkan kad soalan ke dalam kotak. 
3. Mainkan muzik. Kotak tersebut diedarkan daripada murid ke murid yang lain. 
4. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang ‘Kotak Beracun’ tersebut akan mengambil satu kad soalan daripada dalam kotak. 
5. Murid tersebut hendaklah membaca soalan dan menulis jawapan dalam bentuk lazim pada papan tulis. 
6. Semak jawapan bersama-sama. Sekiranya jawapan tersebut salah, soalan akan dibuka kepada murid yang lain. 
7. Soalan yang telah dijawab dikeluarkan dari kotak tersebut. 
8. Permainan diteruskan hingga selesai. 
543 mℓ 
I27 mℓ 
675 mℓ 
279 mℓ 
I000 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
215 
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Mendarab unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter b) mililiter 
Aktiviti 1 
1. Bentukkan dua kumpulan. 
2. Tunjukkan tiga bikar yang mengandungi air berwarna yang sama banyak. Contohnya: 
3. Minta seorang murid membaca sukatan cecair tersebut. 
Soal jawab: 
Berapakah isi padu air dalam setiap bekas? 
Berapakah jumlah isi padu air dalam ketiga-tiga 
bekas? 
Bagaimana anda mengira isi padu tersebut? 
(Penambahan berulang) 
2 ℓ + 2 ℓ + 2 ℓ = 6 ℓ 
Tuliskan ayat matematik darabnya. 
3 × 2 ℓ = 6 ℓ 
4. Lakarkan gambar empat botol air mineral pada papan tulis dan isi padu setiap satunya seperti berikut: 
5. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. 
Soal jawab: 
Berapa botol air yang ada? 
(Murid akan menjawab “Empat”) 
Berapa liter air yang ada dalam setiap botol? 
(Murid akan menjawab “Lima liter”) 
Berapa jumlah isi padu air empat botol air mineral yang sama? 
BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Tiga bikar berisi 2 ℓ air berwarna 2. Tiga botol air minuman 2 ℓ 3. Papan tulis individu 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Dua kotak (A dan B) 4. Kad nombor 1 hingga 9 5. Kad sukatan liter dan mililiter (Rujuk BBM ms. 125) 
UNIT 10.8 IIIIIIISIPADU 
5 ℓ 5 ℓ 5 ℓ 5 ℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
216 
Apa ayat matematiknya? 
4 darab 5 ℓ sama dengan 20 ℓ. 
(Tuliskan 4 × 5 ℓ = 20 ℓ) 
6. Ulangi langkah 4 dan 5 dengan memberikan contoh- contoh lain. 
7. Ulangi aktiviti dengan sukatan mililiter menggunakan bekas yang sesuai. 
Aktiviti 2 
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 
2. Lukiskan jadual berikut pada papan tulis. 
Hari 
Sukatan vitamin yang diminum (mℓ) 
1 
2 
3 
4 
3. Tulis pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya: 
Diana minum 5 mℓ vitamin sebanyak dua kali sehari. 
Dia minum selama empat hari dalam sukatan yang 
sama. 
Berapa mililiter vitamin yang Diana minum 
kesemuanya? 
Soal jawab: 
Berapa mililiter vitamin yang Diana minum dalam 
sehari? 
(Lukis satu sudu mewakili 5 mℓ pada hari pertama di 
dalam jadual) 
Berapa mililiter vitamin yang diminum pada hari kedua, 
ketiga dan keempat? 
(Minta murid melukis bilangan sudu tersebut pada hari 
kedua dan hari-hari berikutnya di dalam jadual)
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
217 
Hari 
Sukatan vitamin yang diminum 
1 
2 
3 
4 
4. Minta murid menuliskan ‘5 mℓ’ di bawah setiap gambar sudu. 
5. Minta murid membilang jumlah mililiter vitamin tersebut dalam bilangan lima-lima. 
6. Kemudian minta murid menuliskan ayat matematik darab bagi situasi tadi. 
8 × 5 ℓ = 40 ℓ 
7. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan memberikan contoh- contoh yang lain. 
8. Edarkan Lembaran Kerja 10.8. 
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Isi padu - bacaan bagi cecair Liter - unit piawai isi padu cecair Mililiter - unit piawai isi padu cecair 
1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap pasangan. 
2. Sediakan dua kotak, A dan B. 
3. Letakkan kad nombor dalam kotak A dan kad sukatan dalam kotak B. 
4. Pilih seorang murid untuk mengambil satu kad daripada kotak A dan satu kad daripada kotak B. 
5. Minta murid menuliskannya sebagai ayat matematik darab. Contohnya: 
Apabila kad ‘6’ dan kad ‘7 ℓ’ dipilih, ayat matematiknya ialah: 
6 × 7 ℓ = 42 ℓ 
6. Semak jawapan bersama-sama. 
7. Ulangi aktiviti dengan menggunakan kad-kad yang lain. Permainan diteruskan hingga selesai.
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
218 
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Membahagi unit bagi isi padu cecair berdasarkan aktiviti pengongsian dalam: a) liter b) mililiter 
Aktiviti 1 
1. Letakkan 4 buah bikar yang setiap satunya mengandungi 2 ℓ air dan dua buah bekas plastik di atas meja di hadapan kelas. 
Situasi: 
Aiman ada 4 buah bikar yang setiap satunya mengandungi 2 liter air. 
Dia mahu membahagikan sama banyak air tersebut ke dalam dua bekas plastik. 
Berapa liter air yang akan diisinya ke dalam setiap bekas plastik itu? 
2. Tunjukkan pembahagian secara berselang-seli. Satu bikar ke dalam bekas A, satu bikar ke dalam bekas B, satu lagi ke dalam bikar A dan satu bikar lagi ke dalam bikar B mengikut urutan nombor seperti berikut: 
Soal jawab: 
Berapa isi padu air dalam setiap bikar? 
Berapa jumlah isi padu air yang ada dalam bikar- bikar tersebut? 
8 liter air dibahagikan kepada berapa bekas? 
Tuliskan ayat matematik bahaginya. 
Cari jawapannya. 
3. Bimbing murid menulis ayat matematik bagi situasi tadi iaitu ‘8 ℓ ÷ 2 = 4 ℓ’ 
4. Sahkan jawapan tersebut dengan menyukat cecair tadi menggunakan bikar. 
5. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan memberikan contoh- contoh lain dalam unit liter. 
BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bikar 2. Bekas plastik 3. Pen marker 4. Papan tulis individu 5. Pembilang Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Pembilang 4. Kad soalan (Rujuk BBM ms. 126 - 127) 
UNIT 10.9 
Bekas plastik 
2 ℓ 
2 ℓ 
2 ℓ 
2 ℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
219 
Aktiviti 2 
1. Letakkan enam biji gelas dan satu silinder penyukat yang mengandungi 60 mℓ sirap. 
Soal jawab: 
Dalam silinder penyukat ini ada sirap. 
Puan Maimunah ada 6 biji gelas. 
Dia mahu membahagikan sama banyak sirap tersebut ke dalam 6 gelas. 
Berapa mililiter sirap yang dituangnya ke dalam setiap gelas? 
2. Tunjukkan pembahagian secara berselang–seli sama banyaknya ke dalam enam gelas: 
Soal jawab: 
Berapa isi padu sirap yang ada dalam silinder 
tersebut? 
60 mℓ sirap dibahagikan kepada berapa gelas? 
Tuliskan ayat matematik bahaginya. 
Cari jawapannya. 
3. Bimbing murid menulis ayat matematik bagi situasi tadi iaitu ‘60 mℓ ÷ 6 = 10 mℓ’. 
4. Sahkan jawapan tersebut dengan menyukat sirap tadi menggunakan silinder penyukat. 
5. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan memberikan contoh- contoh yang lain dalam unit milliliter. 
6. Edarkan Lembaran Kerja 10.9. 
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Kumpulan Sama banyak Kelaskan Agih Bahagi Ayat matematik Pengongsian Isi padu – bacaan bagi cecair Liter – unit piawai isi padu cecair Mililiter - unit piawai isi padu cecair 
1. Murid duduk secara berpasangan. 
2. Edarkan kad soalan kepada murid. 
3. Murid dikehendaki berbincang dan menyelesaikan soalan yang diberi menggunakan kaedah yang telah dipelajari. 
4. Banding dan bincangkan jawapan murid.
UNIT 10: ISI PADU CECAIR 
220 
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menyelesaikan masalah yang melibatkan isi padu cecair dalam situasi harian. 
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan lembaran aktiviti ‘Selesaikan Masalah Ini’ kepada setiap kumpulan. 
2. Tuliskan cerita atau pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya: 
Abu memerlukan 45 ℓ air untuk mengisi hingga 
penuh 5 bekas yang sama besar. Berapakah isi padu 
air dalam setiap bekas? 
3. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti tersebut. Mereka boleh menggunakan strategi yang sesuai untuk mencari jawapan. Bincang dan bandingkan jawapan mereka. 
4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan contoh-contoh lain. 
5. Edarkan Lembaran Kerja 10.10. 
BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Lembaran aktiviti ‘Selesaikan Masalah Ini’ (Rujuk BBM ms. 100) 2. Contoh jawapan murid (Rujuk BBM ms. 128) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor (tugasan) 2. Lembaran aktiviti ‘Selesaikan Masalah Ini’ (Rujuk BBM ms. 100) PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Ayat matematik Tambah Tolak Darab Bahagi Bentuk lazim Garis nombor Masalah 
1. Ubah suai langkah-langkah pengajaran di atas dengan memberikan suatu nombor sebagai sasaran. 
2. Minta murid mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tambah, tolak, darab dan bahagi untuk mendapat nombor sasaran sebagai jawapan. 
3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah berdasarkan pengalaman mereka. 
UNIT 10.10

More Related Content

Similar to P&p unit 10(199 220)

Rancangan pengajaran harian sains kssr tahun 4
Rancangan pengajaran harian sains kssr tahun 4Rancangan pengajaran harian sains kssr tahun 4
Rancangan pengajaran harian sains kssr tahun 4Siti Jamilah Shafie
 
Strategi pengajaran isipadu cecair tahun dua copy
Strategi pengajaran isipadu cecair tahun dua   copyStrategi pengajaran isipadu cecair tahun dua   copy
Strategi pengajaran isipadu cecair tahun dua copyjamilahja81
 
Strategi pengajaran isipadu cecair tahun dua copy
Strategi pengajaran isipadu cecair tahun dua   copyStrategi pengajaran isipadu cecair tahun dua   copy
Strategi pengajaran isipadu cecair tahun dua copyjamilahja81
 
Lesson plan mathematics year 2
Lesson plan mathematics year 2Lesson plan mathematics year 2
Lesson plan mathematics year 2lizapandi
 

Similar to P&p unit 10(199 220) (7)

JIRIM.pptx
JIRIM.pptxJIRIM.pptx
JIRIM.pptx
 
Rancangan pengajaran harian sains kssr tahun 4
Rancangan pengajaran harian sains kssr tahun 4Rancangan pengajaran harian sains kssr tahun 4
Rancangan pengajaran harian sains kssr tahun 4
 
Strategi pengajaran isipadu cecair tahun dua copy
Strategi pengajaran isipadu cecair tahun dua   copyStrategi pengajaran isipadu cecair tahun dua   copy
Strategi pengajaran isipadu cecair tahun dua copy
 
Strategi pengajaran isipadu cecair tahun dua copy
Strategi pengajaran isipadu cecair tahun dua   copyStrategi pengajaran isipadu cecair tahun dua   copy
Strategi pengajaran isipadu cecair tahun dua copy
 
Lesson plan mathematics year 2
Lesson plan mathematics year 2Lesson plan mathematics year 2
Lesson plan mathematics year 2
 
Isipadu cecair
Isipadu cecairIsipadu cecair
Isipadu cecair
 
Isipadu cecair
Isipadu cecairIsipadu cecair
Isipadu cecair
 

P&p unit 10(199 220)

  • 1. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 199 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Membaca skala kepada senggatan terdekat. Aktiviti 1 1. Tunjukkan pelbagai bikar atau penyukat dalam liter dan mililiter. Contohnya: 2. Perhati dan bincangkan yang berikut:  Bacaan yang tertera pada senggatan bikar atau penyukat tersebut.  Bacaan minimum dan maksimum yang boleh dibaca.  Perkenalkan unit ‘mililiter’ dan simbolnya ‘mℓ’.  Banding dan bezakan antara sukatan ‘liter’ dan ‘mililiter’. 3. Tunjukkan sebuah bekas berisi cecair berwarna. 4. Sukat cecair berwarna tadi dengan menggunakan kesemua penyukat. 5. Bimbing murid cara membaca skala pada penyukat tersebut. Tegaskan bahawa isi padu dibaca pada senggatan yang berada pada paras bawah cecair tadi, seperti berikut: 6. Minta murid menyebut dan mencatatkan bacaan dalam ‘liter’ dan simbolnya ‘ℓ’ serta dalam ‘mililiter’ dan simbolnya ‘mℓ’. 7. Tegaskan bahawa isi padu cecair berwarna tadi adalah sama walaupun disukat menggunakan penyukat yang berbeza. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pelbagai bikar atau penyukat bersenggat 2. Cecair berwarna 3. Lembaran aktiviti (Rujuk BBM ms. 115) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Lembaran aktiviti pengukuhan (Rujuk BBM ms. 115) 2. Bekas 3. Penyukat 4. Baldi 5. Air UNIT 10.1 50 mℓ
  • 2. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 200 8. Bimbing murid membaca skala kepada senggatan yang terdekat. Contohnya: Aktiviti 2 1. Sediakan empat stesen. 2. Letakkan penyukat (yang sesuai) yang berbeza dalam liter dan mililiter serta bekas yang mengandungi cecair berwarna seperti berikut:  Stesen A – Penyukat dalam ‘mℓ’ dan 250 mℓ cecair biru  Stesen B – Penyukat dalam ‘mℓ’ dan 500 mℓ cecair merah  Stesen C – Penyukat dalam ‘ℓ’ dan I ℓ cecair kuning  Stesen D – Penyukat dalam ‘ℓ’ dan 3 ℓ cecair hijau 3. Edarkan lembaran aktiviti kepada setiap kumpulan. 4. Setiap kumpulan bergerak dari satu stesen ke stesen berikutnya untuk menyukat dan mencatatkan isi padu cecair berwarna dalam unit yang betul. 5. Banding dan bincangkan dapatan murid bersama-sama. 6. Edarkan Lembaran Kerja 10.1. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Senggatan Isi padu Sukat Liter Mililiter Hampir kepada Skala Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Sediakan beberapa stesen, bergantung kepada jumlah kumpulan. Di setiap stesen, sediakan sebuah bekas, sebaldi air dan penyukat. 3. Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan kepada setiap kumpulan. Minta murid melukis gambar bekas kosong yang disediakan di setiap stesen. 70 mℓ 40 mℓ
  • 3. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 201 4. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di stesen B dan seterusnya. 5. Di setiap stesen, murid menyukat isi padu air yang diperlukan untuk memenuhkan bekas yang telah disediakan. 6. Murid mencatatkan dapatan mereka di lembaran aktiviti seperti berikut: Stesen Bekas (Lukiskan) Isi padu air A I ℓ B 250 mℓ C 2 ℓ D 750 mℓ 7. Murid perlu mengosongkan bekas tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 8. Teruskan aktiviti hingga semua stesen telah selesai. 9. Banding dan bincangkan dapatan murid. 10. Susunkan kesemua bekas yang digunakan mengikut saiz, daripada yang kecil hingga yang besar. Bandingkan saiz bekas dan isi padu air yang diperlukan untuk mengisinya. 11. Tegaskan bahawa lebih besar bekas tersebut, maka lebih banyaklah isi padu air yang diperlukan untuk mengisinya. Nota: Hasil dapatan yang sedikit berbeza antara kumpulan mungkin disebabkan cara menyukat yang kurang tepat.
  • 4. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 202 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menentukan dan mencatat isi padu cecair menggunakan unit piawai: a) liter b) mililiter 1. Sediakan beberapa bekas yang mengandungi air berlainan warna. Pastikan sukatan air yang diisi mengikut sukatan yang tertentu seperti berikut: 2. Edarkan lembaran aktiviti kepada setiap murid. 3. Minta murid menuangkan air dari bekas A ke dalam bikar. 4. Bimbing murid membaca isi padu air tersebut. 5. Bimbing murid menandakan paras air pada gambar bikar A dalam jadual. 6. Kemudian bimbing murid mencatatkan bacaan sukatan pada petak yang disediakan. Contohnya: Bekas A 7. Ulangi langkah 3 hingga 6 untuk bekas B, C dan D. 8. Edarkan Lembaran Kerja 10.2. Bekas A 4ℓ Bekas B 200 mℓ Bekas C I00 mℓ Bekas D 2ℓ BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Botol 2. Gelas 3. Cawan 4. Jug 5. Air berwarna 6. Bikar dan silinder penyukat bagi unit liter dan mililiter 7. Lembaran aktiviti (Rujuk BBM ms. 116) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Botol syampu 2. Botol jus buah-buahan 3. Botol cecair pencuci 4. Minuman dalam kotak 5. Kad bergambar 6. Wisel 7. Lembaran aktiviti pengukuhan (Rujuk BBM ms. 117 - 118) UNIT 10.2 4 ℓ
  • 5. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 203 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Isi padu Cecair Silinder penyukat Mililiter Liter Kapasiti 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Sediakan beberapa stesen, bergantung kepada jumlah kumpulan. 3. Di setiap stesen, sediakan sebotol cecair berlabel. (Bahan cecair tersebut boleh dilabelkan semula isi padunya mengikut kesesuaian kemahiran) 4. Kumpulan 1 bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di stesen B dan seterusnya. 5. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. 6. Murid perlu membaca dan menulis sukatan mengikut isi padu yang tercatat pada botol cecair tersebut pada ruangan yang betul. 7. Minta murid menandakan paras sukatan cecair pada gambar bikar dan mewarnakan cecair di dalamnya sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. Contohnya: 8. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang dapat menjawab dengan paling cepat dan tepat di kira pemenang. 4 ℓ
  • 6. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 204 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Membandingkan isi padu cecair menggunakan unit piawai: a) liter b) mililiter 1. Murid duduk secara berpasangan. 2. Sediakan dua bikar A dan B, yang sama saiznya. Isikan bikar A dengan l liter air dan bikar B dengan 2 liter air. 3. Minta beberapa orang murid membaca isi padu air yang terdapat dalam bikar A dan bikar B. 4. Bimbing murid untuk membandingkan isi padu air dalam kedua-dua bikar tersebut. Contohnya: Berapa isi padu air dalam bikar A? Berapa isi padu air dalam bikar B? Bikar manakah berisi lebih air? Berapakah beza isi padu airnya? (Bikar B berisi l ℓair lebih daripada bikar A) Bikar manakah berisi kurang air? (Bikar A berisi l ℓ air kurang daripada bikar B) 5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan isi padu cecair yang berbeza dalam liter. 6. Ulangi aktiviti untuk unit mililiter menggunakan silinder penyukat yang sesuai. 7. Edarkan Lembaran Kerja 10.3. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bikar pelbagai saiz 2. Air Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad perkataan 2. Pelbagai jenis bekas 3. Wisel 4. Lembaran aktiviti pengukuhan (Rujuk BBM ms. 119) UNIT 10.3
  • 7. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 205 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Liter Mililiter Silinder penyukat Lebih daripada Kurang daripada 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Sediakan beberapa stesen (bergantung kepada jumlah kumpulan). Di setiap stesen, sediakan kad perkataan (Bekas A, Bekas B, …) dan pelbagai jenis bekas. Nota: Kandungan isi padu boleh dirujuk pada label setiap bekas (Murid perlu kreatif mengesan isi padunya). 3. Kumpulan I bermula di stesen I, kumpulan 2 bermula di stesen 2 dan seterusnya. 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan bergerak ke arah stesen masing- masing. 5. Minta murid bandingkan dua buah bekas di setiap stesen dan catatkan isi padunya pada lembaran aktiviti pengukuhan yang disediakan. 6. Ahli kumpulan yang lain mengambil giliran seterusnya. Teruskan permainan hingga selesai. 7. Banding dan bincangkan dapatan murid. Kumpulan yang dapat menjawab dengan paling cepat dan tepat dikira pemenang. Stesen I A B Stesen 2 C D Stesen 3 E F Stesen 4 G H Stesen 5 I J
  • 8. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 206 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menganggar isi padu cecair dalam: a) liter b) mililiter 1. Sukat 200 mℓ air dengan menggunakan bikar. 2. Minta murid menyebut dan membaca bacaan pada bikar. 3. Tuang air daripada bikar ke dalam botol (atau bekas lutsinar). Contohnya: 4. Tandakan paras air dengan menggunakan pen marker seperti berikut: Soal jawab: Berapakah isi padu air dalam bikar? Tuang air daripada bikar ke dalam botol ini. Sekarang, berapakah isi padu air dalam botol ini? 5. Tegaskan bahawa kandungan air dalam botol adalah sama dengan kandungan air dalam bikar pada asalnya iaitu 200 mℓ. 6. Tuliskan ‘200 mℓ’ pada paras air pada botol. 7. Tuang lagi air yang lebih kurang sama banyaknya ke dalam botol tersebut. Soal jawab: Cuba lihat paras air dalam botol ini sekarang. Anggarkan berapakah isi padu air dalam botol ini? BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bikar 2. Botol minuman (kecil) 3. Botol minuman (besar) 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bikar 2. Botol minuman (kecil) 3. Bekas minuman (besar) 4. Jag air 5. Botol syampu lutsinar 6. Gelang getah/pelekat berwarna 7. Lembaran aktiviti pengukuhan (Rujuk BBM ms. 120) UNIT 10.4 200 mℓ
  • 9. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 207 8. Minta murid menganggar isi padu baru air dalam botol tersebut. Catatkan anggaran murid. 9. Tuang semula air ke dalam bikar untuk mendapatkan bacaan sebenar. 10. Bandingkan anggaran murid dengan isi padu sebenar air. Bincangkan perbezaan yang diperolehi. Tegaskan bahawa anggaran terbaik ialah anggaran yang paling hampir dengan sukatan sebenar. 11. Ulangi aktiviti bagi unit liter dengan menggunakan bekas yang sesuai. 12. Edarkan Lembaran Kerja 10.4. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Anggar Botol minuman Isi padu Cecair Liter Mililiter 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Sediakan beberapa stesen, bergantung kepada jumlah kumpulan. Di setiap stesen, sediakan peralatan dan bekas yang diperlukan. 3. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di stesen B dan seterusnya. 4. Di setiap stesen, murid perlu menganggar isi padu air dalam setiap bekas dan direkodkan dalam jadual. 5. Tuang semula air dalam bekas di setiap stesen ke dalam bikar untuk mendapatkan bacaan sebenar. 6. Minta murid catatkan dalam jadual mereka. 7. Banding dan bincangkan dapatan murid. 8. Satu markah diberikan untuk anggaran terbaik. 9. Kumpulan dengan markah tertinggi dikira pemenang. 200 mℓ 400 mℓ
  • 10. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 208 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Membuat pertukaran unit di antara liter dan mililiter. Aktiviti I 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Edarkan Lembaran Aktiviti I, empat botol air yang mempunyai isi padu air yang berlainan dan bikar dalam liter (ℓ) dan mililiter (mℓ) kepada setiap kumpulan. 3. Minta murid menyukat air daripada setiap botol menggunakan dua jenis bikar dan catat hasil sukatan pada jadual seperti berikut: 4. Bimbing murid melihat hubungan antara ℓ dan mℓ berdasarkan jadual di atas. Soal jawab: Cuba lihat sukatan-sukatan ini. I ℓ bersamaan dengan berapa mililiter? 2 ℓ bersamaan dengan berapa mililiter? 3 ℓ bersamaan dengan berapa mililiter? 4 ℓ bersamaan dengan berapa mililiter? Jadi 5 ℓ air, bersamaan dengan berapa mililiter? BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Botol yang mengandungi air berlabel A, B, C dan D 2. Bikar dalam liter dan mililiter 3. Kordial sirap ros (2 ℓ) 4. Jus oren (I ℓ) 5. Air mineral (5 ℓ) 6. Lembaran Aktiviti I & 2 (Rujuk BBM ms. 121) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Botol yang mengandungi air berlabel A, B dan C 2. Bikar dalam liter dan mililiter 3. Lembaran aktiviti pengukuhan (Rujuk BBM ms. 121) UNIT I0.5 Botol Bikar (ℓ) Bikar (mℓ) A I I000 B 2 2000 C 3 3000 D 4 4000
  • 11. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 209 Aktiviti 2 Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Sediakan tiga botol cecair yang berlainan isi padu yang berlabel dalam liter. Contohnya: Kordial sirap ros (2 ℓ) Jus oren (I ℓ) Air mineral (5 ℓ) 2. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 3. Sediakan beberapa stesen. Di setiap stesen letakkan sebuah bikar dalam mililiter dan sebotol cecair yang telah disediakan tadi. 4. Edarkan Lembaran Aktiviti 2 kepada setiap kumpulan. 5. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di stesen B dan seterusnya. 6. Di setiap stesen murid mencatatkan isi padu cecair dalam liter. Kemudian menuang cecair tersebut ke dalam bikar dan mencatatkan isi padu cecair dalam mililiter.. 7. Murid perlu menuang semula cecair ke dalam bekas asal sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. 8. Teruskan aktiviti hingga semua stesen telah selesai. 9. Banding dan bincangkan dapatan murid. Tegaskan bahawa satu liter bersamaan dengan 1000 mililiter. (I ℓ = I000 mℓ) 10. Edar Lembaran Kerja 10.5. Stesen Isi padu cecair dalam liter yang tertera (ℓ) Isi padu cecair dalam milliliter yang disukat (mℓ) A B C
  • 12. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 210 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Liter Mililiter Cecair Isi padu Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Sediakan tiga stesen dengan meletakkan bikar yang mempunyai sukatan liter, milliter dan botol-botol yang mempunyai cecair yang berlainan isi padu. 3. Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan kepada setiap kumpulan. Minta murid menganggar isi padu cecair dalam botol-botol yang disediakan. 4. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di stesen B dan seterusnya. 5. Teruskan aktiviti hingga semua stesen telah selesai. 6. Setelah selesai aktiviti menganggar, murid menyukat cecair tersebut dengan menggunakan bikar untuk memastikan ketepatan anggaran mereka. Minta murid memcatatkan sukatan sebenar tadi seperti berikut: 7. Banding dan bincangkan hasil dapatan murid. Stesen Anggaran Sukatan sebenar A (2 ℓ) 2000 mℓ B (3000 mℓ) 3 ℓ C (7 ℓ) 7000 mℓ Stesen Anggaran Sukatan sebenar A (2 ℓ) 2000 mℓ 2000 mℓ B (3000 mℓ) 3 ℓ 3 ℓ C (7 ℓ) 7000 mℓ 7000 mℓ
  • 13. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 211 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menambah unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter b) mililiter 1. Lekatkan kad bergambar seperti berikut pada papan tulis. 2. Minta murid memilih mana-mana dua kad dan tunjukkan pada kelas. 3. Murid lain menyebut isi padu yang tertulis pada kad tersebut. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set kad gambar dalam unit liter 2. Set kad imbasan dalam unit mililiter Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Lembaran aktiviti pengukuhan (Rujuk BBM ms. 122 - 123) UNIT 10.6 7I0 ℓ 200 ℓ I0 ℓ I00 ℓ 85 ℓ
  • 14. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 212 4. Murid mencari hasil tambah bagi kedua-dua isi padu tersebut. 5. Tegaskan kepada murid supaya menulis jawapan dalam unit isi padunya iaitu liter. 6. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan contoh-contoh lain. 7. Lekatkan kad imbasan seperti berikut pada papan tulis: 8. Pilih dua kad imbasan. 9. Bimbing murid mengira dan menyatakan hasil tambah dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim. 10. Tegaskan kepada murid supaya menulis jawapan dalam unit isi padu iaitu mililiter. 11. Ulangi langkah 7 hingga 10 dengan memilih dua kad lain. 12. Edarkan Lembaran Kerja 10.6. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Hasil tambah Bentuk lazim Berapa banyak Jumlah 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan kepada setiap kumpulan. 3. Tegaskan kepada murid supaya menuliskan unitnya dalam pengiraan dan jawapan. 4. Kumpulan yang dapat menjawab dengan paling cepat dan tepat dikira pemenang. 5. Banding dan bincangkan dapatan murid. 220 mℓ 563 mℓ I24 mℓ 3I0 mℓ 400 mℓ I00 mℓ 290 mℓ 452 mℓ I60 mℓ 570 mℓ 36I mℓ 38 mℓ
  • 15. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 213 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menolak unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter b) mililiter 1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. 2. Lekatkan kad bergambar seperti berikut pada papan tulis. I5 ℓ I8 ℓ 4 ℓ 999 ℓ 278 ℓ 3. Minta dua orang murid untuk mengambil mana-mana satu kad setiap seorang secara rawak dan mempamerkan kad tersebut. 4. Minta murid lain menyebut isi padu yang tertulis pada kad tadi. 5. Minta murid mengenalpasti isi padu yang lebih banyak dan lebih sedikit. 6. Minta murid menulis penolakan dua isi padu itu dalam bentuk lazim dan mencari bezanya pada papan tulis masing-masing. 7. Tegaskan bahawa nombor yang lebih besar nilainya menolak nombor yang lebih kecil nilainya. 8. Semak jawapan bersama-sama. 9. Kad tersebut dilekatkan semula pada papan tulis. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set kad gambar bekas yang mempunyai isi padu berbeza dalam unit liter 2. Kad imbasan dalam mililiter 3. Papan tulis individu 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kotak 2. Radio/muzik 3. Kad soalan (Rujuk BBM ms. 124) UNIT 10.7
  • 16. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 214 10. Ulangi langkah 3 hingga 9 dengan menggunakan pasangan kad yang lain. 11. Ulangi aktiviti dengan sukatan mililiter menggunakan kad sukatan seperti berikut. Contohnya: 12. Edarkan Lembaran Kerja 10.7. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Berapa beza Bentuk lazim Bandingkan Lebih besar Lebih kecil Berapa yang tinggal Baki Unit 1. Adakan permainan ‘Kotak Beracun’. 2. Masukkan kad soalan ke dalam kotak. 3. Mainkan muzik. Kotak tersebut diedarkan daripada murid ke murid yang lain. 4. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang ‘Kotak Beracun’ tersebut akan mengambil satu kad soalan daripada dalam kotak. 5. Murid tersebut hendaklah membaca soalan dan menulis jawapan dalam bentuk lazim pada papan tulis. 6. Semak jawapan bersama-sama. Sekiranya jawapan tersebut salah, soalan akan dibuka kepada murid yang lain. 7. Soalan yang telah dijawab dikeluarkan dari kotak tersebut. 8. Permainan diteruskan hingga selesai. 543 mℓ I27 mℓ 675 mℓ 279 mℓ I000 mℓ
  • 17. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 215 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Mendarab unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter b) mililiter Aktiviti 1 1. Bentukkan dua kumpulan. 2. Tunjukkan tiga bikar yang mengandungi air berwarna yang sama banyak. Contohnya: 3. Minta seorang murid membaca sukatan cecair tersebut. Soal jawab: Berapakah isi padu air dalam setiap bekas? Berapakah jumlah isi padu air dalam ketiga-tiga bekas? Bagaimana anda mengira isi padu tersebut? (Penambahan berulang) 2 ℓ + 2 ℓ + 2 ℓ = 6 ℓ Tuliskan ayat matematik darabnya. 3 × 2 ℓ = 6 ℓ 4. Lakarkan gambar empat botol air mineral pada papan tulis dan isi padu setiap satunya seperti berikut: 5. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. Soal jawab: Berapa botol air yang ada? (Murid akan menjawab “Empat”) Berapa liter air yang ada dalam setiap botol? (Murid akan menjawab “Lima liter”) Berapa jumlah isi padu air empat botol air mineral yang sama? BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Tiga bikar berisi 2 ℓ air berwarna 2. Tiga botol air minuman 2 ℓ 3. Papan tulis individu 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Dua kotak (A dan B) 4. Kad nombor 1 hingga 9 5. Kad sukatan liter dan mililiter (Rujuk BBM ms. 125) UNIT 10.8 IIIIIIISIPADU 5 ℓ 5 ℓ 5 ℓ 5 ℓ
  • 18. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 216 Apa ayat matematiknya? 4 darab 5 ℓ sama dengan 20 ℓ. (Tuliskan 4 × 5 ℓ = 20 ℓ) 6. Ulangi langkah 4 dan 5 dengan memberikan contoh- contoh lain. 7. Ulangi aktiviti dengan sukatan mililiter menggunakan bekas yang sesuai. Aktiviti 2 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Lukiskan jadual berikut pada papan tulis. Hari Sukatan vitamin yang diminum (mℓ) 1 2 3 4 3. Tulis pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya: Diana minum 5 mℓ vitamin sebanyak dua kali sehari. Dia minum selama empat hari dalam sukatan yang sama. Berapa mililiter vitamin yang Diana minum kesemuanya? Soal jawab: Berapa mililiter vitamin yang Diana minum dalam sehari? (Lukis satu sudu mewakili 5 mℓ pada hari pertama di dalam jadual) Berapa mililiter vitamin yang diminum pada hari kedua, ketiga dan keempat? (Minta murid melukis bilangan sudu tersebut pada hari kedua dan hari-hari berikutnya di dalam jadual)
  • 19. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 217 Hari Sukatan vitamin yang diminum 1 2 3 4 4. Minta murid menuliskan ‘5 mℓ’ di bawah setiap gambar sudu. 5. Minta murid membilang jumlah mililiter vitamin tersebut dalam bilangan lima-lima. 6. Kemudian minta murid menuliskan ayat matematik darab bagi situasi tadi. 8 × 5 ℓ = 40 ℓ 7. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan memberikan contoh- contoh yang lain. 8. Edarkan Lembaran Kerja 10.8. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Isi padu - bacaan bagi cecair Liter - unit piawai isi padu cecair Mililiter - unit piawai isi padu cecair 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap pasangan. 2. Sediakan dua kotak, A dan B. 3. Letakkan kad nombor dalam kotak A dan kad sukatan dalam kotak B. 4. Pilih seorang murid untuk mengambil satu kad daripada kotak A dan satu kad daripada kotak B. 5. Minta murid menuliskannya sebagai ayat matematik darab. Contohnya: Apabila kad ‘6’ dan kad ‘7 ℓ’ dipilih, ayat matematiknya ialah: 6 × 7 ℓ = 42 ℓ 6. Semak jawapan bersama-sama. 7. Ulangi aktiviti dengan menggunakan kad-kad yang lain. Permainan diteruskan hingga selesai.
  • 20. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 218 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Membahagi unit bagi isi padu cecair berdasarkan aktiviti pengongsian dalam: a) liter b) mililiter Aktiviti 1 1. Letakkan 4 buah bikar yang setiap satunya mengandungi 2 ℓ air dan dua buah bekas plastik di atas meja di hadapan kelas. Situasi: Aiman ada 4 buah bikar yang setiap satunya mengandungi 2 liter air. Dia mahu membahagikan sama banyak air tersebut ke dalam dua bekas plastik. Berapa liter air yang akan diisinya ke dalam setiap bekas plastik itu? 2. Tunjukkan pembahagian secara berselang-seli. Satu bikar ke dalam bekas A, satu bikar ke dalam bekas B, satu lagi ke dalam bikar A dan satu bikar lagi ke dalam bikar B mengikut urutan nombor seperti berikut: Soal jawab: Berapa isi padu air dalam setiap bikar? Berapa jumlah isi padu air yang ada dalam bikar- bikar tersebut? 8 liter air dibahagikan kepada berapa bekas? Tuliskan ayat matematik bahaginya. Cari jawapannya. 3. Bimbing murid menulis ayat matematik bagi situasi tadi iaitu ‘8 ℓ ÷ 2 = 4 ℓ’ 4. Sahkan jawapan tersebut dengan menyukat cecair tadi menggunakan bikar. 5. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan memberikan contoh- contoh lain dalam unit liter. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bikar 2. Bekas plastik 3. Pen marker 4. Papan tulis individu 5. Pembilang Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Pembilang 4. Kad soalan (Rujuk BBM ms. 126 - 127) UNIT 10.9 Bekas plastik 2 ℓ 2 ℓ 2 ℓ 2 ℓ
  • 21. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 219 Aktiviti 2 1. Letakkan enam biji gelas dan satu silinder penyukat yang mengandungi 60 mℓ sirap. Soal jawab: Dalam silinder penyukat ini ada sirap. Puan Maimunah ada 6 biji gelas. Dia mahu membahagikan sama banyak sirap tersebut ke dalam 6 gelas. Berapa mililiter sirap yang dituangnya ke dalam setiap gelas? 2. Tunjukkan pembahagian secara berselang–seli sama banyaknya ke dalam enam gelas: Soal jawab: Berapa isi padu sirap yang ada dalam silinder tersebut? 60 mℓ sirap dibahagikan kepada berapa gelas? Tuliskan ayat matematik bahaginya. Cari jawapannya. 3. Bimbing murid menulis ayat matematik bagi situasi tadi iaitu ‘60 mℓ ÷ 6 = 10 mℓ’. 4. Sahkan jawapan tersebut dengan menyukat sirap tadi menggunakan silinder penyukat. 5. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan memberikan contoh- contoh yang lain dalam unit milliliter. 6. Edarkan Lembaran Kerja 10.9. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Kumpulan Sama banyak Kelaskan Agih Bahagi Ayat matematik Pengongsian Isi padu – bacaan bagi cecair Liter – unit piawai isi padu cecair Mililiter - unit piawai isi padu cecair 1. Murid duduk secara berpasangan. 2. Edarkan kad soalan kepada murid. 3. Murid dikehendaki berbincang dan menyelesaikan soalan yang diberi menggunakan kaedah yang telah dipelajari. 4. Banding dan bincangkan jawapan murid.
  • 22. UNIT 10: ISI PADU CECAIR 220 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menyelesaikan masalah yang melibatkan isi padu cecair dalam situasi harian. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan lembaran aktiviti ‘Selesaikan Masalah Ini’ kepada setiap kumpulan. 2. Tuliskan cerita atau pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya: Abu memerlukan 45 ℓ air untuk mengisi hingga penuh 5 bekas yang sama besar. Berapakah isi padu air dalam setiap bekas? 3. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti tersebut. Mereka boleh menggunakan strategi yang sesuai untuk mencari jawapan. Bincang dan bandingkan jawapan mereka. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan contoh-contoh lain. 5. Edarkan Lembaran Kerja 10.10. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Lembaran aktiviti ‘Selesaikan Masalah Ini’ (Rujuk BBM ms. 100) 2. Contoh jawapan murid (Rujuk BBM ms. 128) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor (tugasan) 2. Lembaran aktiviti ‘Selesaikan Masalah Ini’ (Rujuk BBM ms. 100) PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Ayat matematik Tambah Tolak Darab Bahagi Bentuk lazim Garis nombor Masalah 1. Ubah suai langkah-langkah pengajaran di atas dengan memberikan suatu nombor sebagai sasaran. 2. Minta murid mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tambah, tolak, darab dan bahagi untuk mendapat nombor sasaran sebagai jawapan. 3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah berdasarkan pengalaman mereka. UNIT 10.10