1. Nama : Nor Azlina binti Sumailan
Matrik No. : M20141000721
Interaksi 8 : Penulisan Dalam Kajian e-Learning
Tema : Penggunaan Blended Learning Dalam Pembelajaran
Yuen A. (2010) mencadangkan empat pendekatan pengajaran “blended learning” iaitu,
perbincangan dalam talian, sumber dalam talian untuk pengajaran dan pembelajaran,
meningkatkan pengurusan dan penyampaian kursus dan sokongan pedagogi tertentu.
Tayebinik, M. & Puteh, M. (2012) menyimpulkan bahawa “blended learning” boleh dianggap
sebagai pendekatan yang cekap bagi pembelajaran jarak jauh dari segi pengalaman
pembelajaran pelajar, interaksi antara pelajar dengan pelajar, dan juga interaksi antara pelajar
dengan pengajar, serta mungkin muncul sebagai model pendidikan yang utama pada masa
akan datang.
Owston, R., York, D., & Murtha, S. (2013) menyatakan pelajar cemerlang mendapati “blended
learning” lebih mudah, lebih menarik, dan mereka merasakan bahawa mereka mempelajari
konsep dengan lebih baik berbanding cara tradisional bagi kursus-kursus yang diambil. Kajian
ini turut menunjukkan pelajar berpencapaian rendah mungkin tidak dapat menyesuaikan diri
dengan situasi pembelajaran “blended learning” berbanding rakan-rakan yang mempunyai
pencapaian tinggi.
McKenzie W., Perini E., Rohlf V. et al. (2013) mendapati pelajar yang menamatkan penilaian
formatif dalam talian (online) mempunyai markah yang lebih tinggi dibandingkan tugas penilaian
sumatif, dan markah pelajar adalah lebih tinggi bagi pelajar-pelajar yang menggunakan sumber-
sumber “blended learning” berulang kali .
Jokinen P. & Mikkonen I. (2013) menyatakan persekitaran “blended learning” dibina dengan
menggabungkan pembelajaran secara berhadapan dan pembelajaran amali dengan
pembelajaran antara teknologi dengan pengantara khusus bagi pelajar yang belajar sambil
bekerja telah menyediakan peluang yang baik untuk meningkatkan pembelajaran pelajar
tentang pekerjaan mereka.
2. Rujukan
Jokinen, P., & Mikkonen, I. (2013). Teachers’ experiences of teaching in a blended learning
environment. Nurse Education in Practice, 13(6), 524–528.
http://doi.org/10.1016/j.nepr.2013.03.014
McKenzie, W. A., Perini, E., Rohlf, V., Toukhsati, S., Conduit, R., & Sanson, G. (2013). A
blended learning lecture delivery model for large and diverse undergraduate cohorts.
Computers and Education, 64, 116–126. http://doi.org/10.1016/j.compedu.2013.01.009
Owston, R., York, D., & Murtha, S. (2013). Student perceptions and achievement in a university
blended learning strategic initiative. Internet and Higher Education.
http://doi.org/10.1016/j.iheduc.2012.12.003
Tayebinik, M., & Puteh, M. (2012). Blended Learning or E-learning? Imacst, 3(1), 103–110.
Yuen, A. H. K. (2010). Blended Learning in Higher Education: An Exploration of Teaching
Approaches. In Proceedings of the 18th International Conference on Computers in
Education. Putrajaya, Malaysia (pp. 623–630).