SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 14
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SARJANA MUDA PENDIDIKAN-PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2012
(SMP-PPG 2012)
SEMESTER SEPTEMBER 2015
OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS
NAMA : NORAZILA BT A.TALIB
NO. MATRIKULASI : 721109015450001
NO. KAD PENGNEALAN : 721109015450
NO. TELEFON : 0108821099
E-MEL : ajiltalib@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM caw Melaka
2
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
PENGENALAN
MASALAH ETIKA SEBAGAI MASALAH
PENGURUSAN.
ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM
PENGURUSAN
PENGESYORAN UNTUK MENYELESAIKAN
MASALAH ETIKA
KESIMPULAN
RUJUKAN
3
4
8
11
13
3
1.0 PENGENALAN
Puan Anisah (bukan nama sebenar) adalah seorang jurutera di Jabatan Kerja Raya di bawah
Kementerian Kesihatan di Kuala Terengganu. Beliau telah berkhidmat selama 15 tahun dan 2
tahun lepas beliau telah dilantik sebagai Penolong Jurutera 2 dengan pangkat J48. Berkhidmat
sebagai jurutera lebih banyak berurusan dengan kaum lelaki. Ramai lelaki memandang rendah
dengan keupayaan wanita dalam bidang seumpama ini.
Antara beberapa skop kerja Puan Anisah ialah beliau perlu membuat pemeriksaan tapak
bangunan, memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan bangunan menepati
piawaian. Memastikan kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja pembinaan dengan
betul mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Membuat pemeriksaan dan pemantauan dari
masa ke semasa dan memastikan projek berjalan dengan lancar mengikut jadual.
Pada pagi 14 Mei 2015, Puan Anisah melakukan rutin harian kerjanya seperti biasa.
Pada hari itu dia harus melawat tapak projek untuk membina dan membaik pulih klinik dan
kuaters di Marang. Kawasan tapak projek agak berselerak, nampaknya kontraktor tidak
memastikan aspek keselamatan dan kebersihan yang sebaiknya. Pagi itu, Puan Anisah perlu
melihat struktur lepaan dinding yang telah dibuat. Pn anisah amat tidak berpuas hati kerana
lepaan dinding kelihatan tidak seperti yang sepatutnya. Pn anisah mulalah membuat siasatan dari
bahan-bahan untuk lepaan sehinggalah bagaimana bancuhan. Semua pekerja binaan disoal siasat
oleh puan Anisah. Setelah siasatan dibuat, ketahuilah puan Anisah yang kontraktor iaitu En Lim
telah mengurangkan nisbah bancuhan simen. En Lim berbuat demikian kerana harga simen yang
tiba-tiba mendadak naik akibat faktor ekonomi Negara dan kadar harga pemasaran. En Lim
memberikan alasan nanti syarikat beliau akan menangung kerugian kerana perubahan harga
simen. Pn Anisah tidak dapat menerima alasan En Lim tersebut kerana perjamjian telah dibuat
dan syarikat En Lim tidak mungkin akan mengalami kerugian, Cuma mungkin beliau mengalami
keuntungan yang kurang sedikit. En Lim mula memujuk Pn Anisah agar tidak membuat
pengaduan kepada pihak atasan dan menganggap pengurangan nisbah bancuhan perkara biasa
dilakukan mana-mana syarikat pun. Melihat kepada pendirian Puan Anisah yang tegas, En Lim
meminta tempoh untuk beliau membaiki lepaan dinding tersebut.
4
Pada suatu pagi, dua hari selepas kejadian tersebut, En Lim menelefon puan Anisah dan
menjemput Puan Anisah minum bersama beliau untuk berbincang tentang projek pembinaan di
Marang itu. Puan Anisah berjumpa dengan En Lim seperti yang dijanjikan. Dalam perjumpaan
tersebut, En Lim menghulurkan satu sampul surat berisi wang sebanyak RM5K dan meminta
Puan Anisah menerimanya sebagai hadiah saguhati dari beliau. Beliau menyatakan keikhlasan
memberi saguhati tersebut dan meminta agar Puan Anisah tidak membatalkan projek beliau di
Marang. Puan Anisah tidak menerima saguhati tersebut. Beliau sangat marah dengan tindakan
En Lim lalu memberikan amaran yang mana perbuatan En Lim akan beliau adukan kepada orang
atasan jika En Lim tidak membaik pulih segera projek yang dijalankan.
Seminggu selepas kejadian tersebut, tiba-tiba puan Anisah mendapat arahan baru dari
ketua beliau. Puan Anisah dikehendaki memantau satu projek di kawasan lain dan projek
pembinaan di kawasan Marang telah diambil alih oleh jurutera yang lain. Puan Anisah membuat
andaian tentu En Lim telah menyogok atau membuat aduan yang bertentangan kepada ketuanya.
Tetapi Puan anisah tidak boleh berbuat apa-apa kecuali menurut perintah dan arahan ketuanya.
2.0 MASALAH ETIKA SEBAGAI MASALAH PENGURUSAN.
Masalah etika melibatkan konflik antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial dalam
organisasi maka ianya juga adalah merupakan masalah pengurusan. Kedua-dua prestasi perlu
wujudkan suatu imbangan yang “betul” atau “sesuai” antara kedua-dua prestasi. Menurut
Hosmer (1991), terdapat lima cirri masalah etika dalam pengurusan iaitu akibat yang
berpanjangan, alternative yang pelbagai, hasil yang bercampur, akibat yang tidak pasti dan juga
implikasi peribadi. Mari kita lihat permasalah di atas dengan beberapa ciri-ciri masalah etika ini.
2.1 Kebanyakkan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan.
Tanpa kita sedar, hasil daripada keputusan dan tindakan para pengurus itu tidak terhenti pada
satu peringkat sahaja sebaliknya adalah berpanjangan hingga ke seluruh lapisan masyarakat dan
menjadi asas kepada hujah etika. Keputusan yang dilakukan boleh mempunyai kesan atau akibat
kepada seseorang atau orang lain, sama ada mereka yang berada dalam organisasi terbabit atau
5
dalam sesebuah masyarakat dan kesan-kesannya adalah di luar kawalan mereka. Maka, oleh
yang demikian, para pengurus atau pentadbir sesebuah organisasi perlu memikirkan akibat atau
kesan hasil keputusan yang bakal mereka lakukan sebelum bertindak. Sebagai contoh :
a. Rasuah mengubah proses-proses pemerintahan kerajaan.
b. Pencemaran udara mengakibatkan kesihatan terancam.
c. Produk tidak selamat mengancam nyawa orang ramai,
Bagi kes Pn Anisah, banyak implikasi yang akan timbul jika beliau memilih untuk menerima
wang(rasuah) yang diberikan oleh En Lim. Antara iplikasi yang mungkin akan timbul ialah:
a. Binaan yang dibuat tidak selamat.
b. Binaan tidak kukuh dan akan berlaku retakkan, ini akan mengundang komplen dari
awam.
c. Berlakunya peningkatan kos baik pulih di masa akan datang.
d. Kontraktor yang bertanggungjawab juga akan ambil mudah semua perkara kerana
menganggap semua perkara boleh diselesaikan dengan rasuah. Mungkin akan berlaku
projek yang terbengkalai dan tidak menepati jadual sehinggakan peruntukkan akan makin
bertambah.
e. Kreadibiliti penjawat awam akan jatuh dan orang awam akan memandang rendah
keupayaan kerajaan dalam kemajuan dan pembangunan.
2.2 Kebanyakkan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai
Biasanya isu-isu etika dalam pengurusan diandaikan sebagai suatu dikotomi iaitu secara
dasarnya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu “ya” dan “tidak” sahaja dan tiada alternatif lain.
Seseorang pengurus terpaksa memikirkan pilihan lain sebelum membuat keputusan etika yang
mempunyai banyak pilihan seperti berikut:
a. Adakah seseorang pengurus wajar memberi rasuah atau tidak ?
b. Haruskah kilang mencemar udara atau tidak?
c. Haruskah syarikat mengeluarkan produk yang selamat atau tidak ?
6
Bagaimanapun, persoalan-persoalan itu tidak menunjukkan situasi sebenar yang dihadapi
dalam organisasi perniagaan. Terdapat pelbagai alternatif yang perlu dipertimbangkan
apabila membuat pilihan etika.
Dalam kes Pn Anisah, beliau mempunyai banyak pilihan keputusan yang boleh diambil.
Namun beliau terpaksa berhati-hati atau membuat pertimbangan sebelum mengambil
keputusan pilihan. Antaranya ialah :
a. Beliau boleh mengambil wang tersebut dan mengabaikan keselamatan awam.
b. Melaporkan perbuatan En Lim kepada pihak yang berkenaan untuk diambil tindakan.
c. Mendiamkan perkara tersebut.
d. Bersikap tegas dan memberi amaran kepada En Lim.
2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil atau Keadaan Berbeza atau
Bercampur
Kebanyakan pengurusan atau pentadbiran dalam sesuatu organisasi lebih berunsurkan anti-etika.
Isu-isu etika dalam pengurusan umumnya dianggap sebagai bersifat antithesis di mana pulangan
kewangan adalah bertentangan secara langsung dengan kos sosial.. Isu-isu etika tidaklah begitu
penting bagi mereka ini adalah kerana mereka lebih mengutamakan pulangan kewangan atau
keuntungan yang tinggi. Mereka juga kurang menitikberatkan kos-kos penting lain seperti
kebajikan pekerja atau pelanggan mereka. Keputusan etika jenis ini lebih banyak berkait rapat
dengan kebaikan dari segi sosial, kos penyelenggaraan, keuntungan dan perbelanjaan sesebuah
organisasi dalam hampir semua alternatif dalam pilihan keputusan etika. Sebagai contoh :
a. Merasuah secara tidak langsung . tetapi dapat mengekalkan jumlah jualan barangan
import kerana barangan boleh diterima dengan segera.
b. Mencemar udara atau air. Namun dapat mengelak kos memasang dan mengendalikan
peralatan kawal pencemaran.
c. Reka bentuk suatu produk yang kurang selamat. Namun dapat mengurangkan kos bahan
dan tenaga kerja pengeluaran.
7
Dalam kes Pn Anisah, terdapat beberapa keputusan yang boleh diambil oleh Pn Anisah yang
boleh mendatangkan keputusan berbeza:
a. Menerima suapan dan kontraktor juga perlu menaja beberapa majlis yang diadakan oleh
pejabat Pn Anisah.
b. Puan Anisah tidak menerima rasuah tetapi En Lim masih boleh meneruskan projek
tersebut dan menggantikan kerosakan.
c. Menerima suapan dan meminta kontraktor menambah fasiliti seperti penghawa dingin
dan sebagainya.
2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti
Adalah dipercayai bahawa isu etika dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran adalah bebas
daripada risiko atau menimbulkan keraguan. Ini kerana seorang pengurus atau pentadbir adalah
bebas daripada risiko atau pentadbir sudah mengetahui hasil atau habuan yang bakal menanti
mereka melalui pilihan yang mereka lakukan. Sebagai contoh :
a. Beri rasuah, dan menerima barangan import tersebut dengan segera.
b. Melabur peralatan mengawal pencemaran udara dan kepulan asap akan berkurangan.
c. Mengeluarkan barangan atau produk yang selamat dengan kos tambahan yang minimal.
Sesuatu keputusan tidak mempunyai kemungkinan-kemungkinan yang memudahkan proses
analisis, tetapi tidak menghuraikan dilemma pengurusan yang sebenarnya. Akibat yang bakal
menyusul hasil daripada alternatif pilihan seperti mengelakkan pemberian rasuah tidak mungkin
dapat dipastikan.
Demikian juga dengan kes Pn Anisah. Beliau tidak mungkin tahu dengan jelas akibat-akibat
yang mungkin akan menyusul jika beliau menerima rasuah yang diberikan oleh En Lim.
Kemungkinan beliau akan disabitkan kesalahan menerima rasuah dan diprnjarakan. Beliau juga
tidak mungkin tahu akan kemungkinan-kemungkinan yang bakal menyusul jika beliau
melaporkan perbuatan En Lim tersebut kepada pihak atasan atau yang berkenaan, kemungkinan
En Lim dihukum undang-undang atau sebaliknya Pn Anisah yang mendapat susah kerana
mungkin juga En Lim akan merasuah pihak atasan untuk menutup cerita.
8
2.5 Kebanyakkan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Secara Peribadi
Hampir semua keputusan etika mempunyai implikasi secara peribadi. Adalah dipercayai secara
umumnya bahawa isu etika dalam pengurusan sebahagian besarnya adalah untuk kepentingan
peribadi seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi. Ramai orang mempercayai bahawa
keputusan-keputusan prima fasi atau pada zahirnya, yang berkaitan dengan etika adalah lebih
kepada keuntungan peribadi dan bukannya kepada syarikat atau organisasi yang dipimpin.
Kepentingan mereka seperti kenaikan pangkat dan kenaikan pendapatan gaji lebih diutamakan.
Dalam kes Pn Anisah, terdapat beberapa keputusan etika yang mendatangkan implikasi peribadi
kepada Pn Anisa mahupun En Lim. Pn Anisah mempunyai pilihan untuk mengambil rasuah
sebanyak RM 5K dan menambahkan simpanannya di dalam bank. Dengan wang yang banyak
itu juga, beliau perlukan tanpa memikirkan kebajikan atau kepentingan jabatannya.
En Lim pula hanya perlu mengeluarkan sejumlah kecil dari keuntungan yang beliau perolehi
untuk memberikan suapan. Jika beliau tidak memberikan suapan, kemungkinan kos pembinaan
akan bertambah kerana beliau perlu membaiki semula binaan. Ini juga akan mengambil masa
yang lama sedangkan En Lim perlu menjalankan kerja-kerja di tapak projek yang lain.
3. ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN.
Keputusan-keputusan etika adalah lebih sukar untuk dibuat apabila seseorang terlibat secara
langsung dalam situasi berkenaan. Ini adalah kerana keputusan etika bukanlah pilihan antara
betul atau salah yang mudah dibuat. Ia merupakan suatu pertimbangan kompleks untuk
mengimbangi prestasi ekonomi sesebuah organisasi dengan prestasi sosialnya. Keseimbangan
boleh dicapai melalui tiga kaedah analisis yang relevan bagi menyelesaikan dilemma etika dalam
pengurusan.
3.1 Analisis Ekonomi.
Masalah etika boleh kita lihat dari sudut pendekatan mikroekonomi iaitu dengan bergantung
kepada kuasa-kuasa pasaran yang bersifat bukan peribadi. Adalah amat membimbangkan jika
para pekerja hilang pekerjaan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku.
9
Walau bagaimanapun, terdapat pasaran buruh di mana pekerja boleh diambil bekerja semula
dengan syarat mereka sanggup menyesuaikan permintaan ganjaran mereka dengan keadaan
pasaran.
Berdasarkan situasi Pn Anisah, En Lim sebagai kontraktor yang dipertanggungjawabkan
merasakan perubahan kenaikan harga barangan menjadi satu masalah utama dalam
perniagaannya. Jika kadar harga barangan meningkat maka keuntungan yang beliau perolehi
akan terjejas. Oleh itu beliau terpaksa mengurangkan item dan sukatan bahan yang digunakan.
Mungkin bagi pendapat beliau, pengurangan barang lebih baik dari membuang pekerja kerana
pekerja amat penting untuk projek berjalan dengan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan.
Dalam situasi ini, salahlaku etika boleh mengakibatkan kerugian kepada organisasi dan
dalam kes ini iaitu kerajaan akan mengalami kerugian di masa akan datang. Kos baik pulih akan
meningkat dan sudah pasti akan membebankan kerana ianya tiada dalam senarai perancangan
perbelanjaan tahunan. Jika perkara seumpama ini menjadi satu tabiat dalam sebuanh pengurusan
maka kos perbelanjaan akan meningkat, kerajaan juga akan terpaksa menaikkan cukai-cukai
sedia ada bagi menampung peningkatan kos. Ini akan nerugikan Negara.
3.2 Analisis Undang-Undang
Masalah etika juga boleh dilihat dari sudut rangka kerja undang-undang iaitu bergantung kepada
kuasa-kuasa sosial yang bersifat bukan peribadi untuk menentukan yang mana “betul” dan
“salah”. Ini termasuklah berkaitan dengan undang-undang. Sebenarnya undang-undang telah
jelas menyatakan mana betul dan mana yang salah. Apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh
dilakukan. Tetapi, sudah sikap manusia tidak suka mematuhi apa yang telah ditetapkan terhadap
mereka.
Begitu juga dalam soal etika. Apa yang menyalahi etika, sebenarnya juga menyalahi undang-
undang. Contohnya berkaitan dengan jualan promosi. Peniaga dikehendaki menyatakan dengan
jelas harga asal dan berapa peratusan potongan dibuat. Peniaga juga dikehendaki
mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa sebelum mengadakan promosi jualan bagi
menjamin hak pengguna tidak dikhianati. Namun peniaga kerap membelakangkan perkara itu.
10
Mereka lebih percaya kepada keputusan pengguna dalam menentukan salah atau betul.
Pengguna biasanya tidak ambil peduli hal itu asalkan kehendak mereka untuk memperolehi
sesuatu tercapai. Contohnya pengguna masih ingin membeli barang tiruan biarpun tahu ianya
satu kesalahan menjual dan mengedar barangan tiruan. Ini adalah kerana memenuhi kepuasan
mereka kerana mungkin menganggap barang tiruan itu tidak jauh kualitinya berbanding dengan
yang tulen lagipon soal undang-undang biarlah ditanggung oleh peniuaga sekiranya mereka
ditahan pihak berkuasa.
Bagi kes seperti Pn Anisah, jika beliau menerima wang rasuah itu dan jika diketahui
pihak berkenaan kemungkinan beliau akan dikenakan tindakan mahkamah ataupun tatatertib.
Mungkin juga beliau akan dilucutkan jawatan ataupun digantung kerja. Tindakan undang-
undang juga boleh dikenakan kepada En Lim atas perbuatannya cuba menyogok pegawai
pengurus. Tindakan undang-undang bukan sahaja akan dikenakan ke atas En Lim tetapi
mungkin juga permit syarikatnya akan ditarik.
3.3 Analisis Etika.
Satu lagi pendekatan menganalisa maslah etika ialah melalui kaedah analisa etika. Pendekatan
ini menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab moral untuk menentukan perkara itu betul atau
salah. Struktur falsafah normatif iaitu bergantung kepada prinsip-prinsip asas untuk memutuskan
antara betul dan salah. Kita boleh mengira kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak dan
menggunakannya sebagai dasar keputusan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan
kilang berlaku.
Kepercayaan dasarnya adalah jika semua lelaki dan wanita yang rasional dalam sesebuah
masyarakat bertindak atas prinsip kemurahan hati atau sifat konsisten yang sama, maka anggota
masyarakat berkenaan akan mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin.
Bagi kes seperti Pn Anisah, mungkin bagi En Lim memberi rasuah adalah cara tradisi
yang sudah menjadi kebiasaan dalam perniagaan. Memberi rasuah dianggap sebagai jalan
penyelesaian yang memudahkan. Bagaimanapun bagi Puan Anisah, menerima rasuah adalah
satu kesalahan yang besar sebagai seorang pekerja yang jujur. Rasuah bukanlah jalan
11
penyelesaian untuk menutup kesalahan atau memudahkan kerja malah ianya akan mengundang
perkara lain pula.
4. PENGESYORAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH ETIKA.
Masalah etika sebenarnya banyak berlaku di persekitaran tempat kerja tanpa kita ketahui. Ada
masalah etika dapat kita lihat dengan jelas bila ianya berlaku dan ada juga masalah etika yang
menjadi rahsia beberapa pihak. Bagaimanapun ada beberapa cara untuk menyelesaikan masalah
etika ini.
4.1 Kod Etika
Kod etika adalah pernyataan tentang norma dan kepercayaan sesebuah organisasi. Ia biasanya
adalah daripada cadangan, perbincangan dan didefinisikan oleh eksekutif-eksekutif kanan
organisasi sebelum ia diterbitkan dan diedarkan kepada semua kakitangan. Kod etika merupakan
panduan kepada kakitangan bagaimana mereka mencorakkan sikap dan cara pemikiran ke arah
kelakuan yang diingini.
Dalam kes Puan Anisah ini, kod etika yang mungkin telah tertanam dalam pemikiran
Puan Anisah menjadikan beliau bersikap jujur dan lebih mengutamakan kepentingan organisasi
berbanding dengan kepentingan diri sendiri. Kesedaran tentang amanah dan tanggungjawab
menjadi landasan utama dan pegangan kepada Pn Anisah.
4.2 Talian Penting Etika
Beberapa syarikat ada menyediakan talian penting etika antaranya ialah syarikat Telekom
Malaysia TM telah menyediakan talian penting etika yang beroperasi 24 jam sehari untuk
kakitangan mendapatkan nasihat tentang isu-isu atau kebimbangan berkaitan etika. Ianya
menjadi satu pendekatan yang berkesan untuk merahsiakan identity pemanggil di samping
mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan aduan dan tuduhan
berkait dengan etika.
12
Ada juga syarikat yang menyediakan perkhidmatan aduan kepada kakitangannya.
Syarikat korporat terkenal Ernst & Young adalah antara syarikat yang menyediakan kemudahan
melalui rangkaian internet dengan mewujudkan talian penting etika untuk kakitangan mereka
membuat aduan antaranya tentang melaporkan kelakuan tidak beretika, menyalahi undang-
undang, mencabuli piawaian professional atau menepati kod-kod kelakuan organisasi.
Bagi kes seperti Puan Anisah, talian aduan etika ini amat membantu orang-orang seperti
beliau yang takut untuk membuat aduan secara terbuka. Secara tak langsung, beliau boleh
berbincang cara penyelesaian dengan lebih baik lagi. Ia amat sesuai bagi mereka yang tidak
mahu dilihat berada bersama pegawai etika tetapi keberatan untuk mengutarakannya kepada
pengurus atau rakan sekerja.
4.3 Latihan Etika
Pekerja seperti Puan Anisah amat memerlukan ilmu dan bimbingan bagaimana menangani
masalah etika dan cabaran ketika bertugas. Puan Anisah selalu akan berhadapan dengan cabaran
kerana pekerjaan beliau yang perlu sentiasa berhubung dengan orang luar. Maka ilmu dan
latihan etika amat perlu diberi dan diterapkan kepada pekerja-pekerja seperti Puan Anisah.
Dengan adanya latihan etika, maka Puan Anisah akan lebih mudah memahami situasi dan
mengatasinya dengan baik tanpa bimbang kepada pihak-pihak tertentu.
Latihan etika ialah satu program yang diwartakan sebagai program pematuhan oleh
organisasi bertujuan untuk mendidik kakitangan tentang piawaian etika syarikat. Latihan etika
biasanya melibatkan kuliah untuk para pengurus dan disampaikan oleh jurulatih syarikat.
Latihan etika seharusnya dikaitkan dengan situasi sebenar yang dialami oleh kakitangan sewaktu
bekerja supaya dapat menghasilkan penyelesaian yang terbaik. Latihan ini bertujuan mendidik
kakitangan tentang polisi dan jangkaan, peraturan dan undang-undang yang releven, serta
piawaian sosial am. Melalui latihan yang berkesan akan menyedarkan kakitangan tentang
sumber-sumber sedia ada, system-sistem sokongan, kakitangan yang boleh membantu berkaitan
etika dan khidmat nasihat guaman.
13
Matlamat latihan etika menurut Torne, Ferrell dan Ferrell (2008), bertujuan untuk memastikan
supaya kakitangan :
a. Mengenali situasi-situasi yang memerlukan keputusan etika.
b. Memahami nilai dan budaya organisasi.
c. Menilai impak keputusan etika ke atas syarikat.
5.0 KESIMPULAN
Masalah etika bukanlah hanya melibatkan masalah individu tetapi ianya juga akan melibatkan
banyak masalah kepada pelbagai pihak, sosial, ekonomi dan juga negara. Etika pengurusan
boleh dilihat dari pelbagai aspek masalah iaitu antaranya ialah Paras harga, mesej pengiklanan,
promosi produk, keadaan tempat kerja, khidmat pelanggan, pengurusan tenaga kerja,
pencemaran alam sekitar, hubungan komuniti dan hubungan pembekal. Masalah-masalah dalam
pengurusan etika ini akan melibatkan persoalan integriti dan melibatkan signifikan terhadap
persekitaran dan pihak berkepentingan. Selain itu ia juga memberikan kesan terhadap prestasi
sesuatu syarikat atau perniagaan. Dengan kata lain, masalah etika dalam pengurusan akan
melumpuhkan ekonomi dan kestabilan sesebuah Negara.
Untuk mengatasi masalah etika, beberapa pendekatan perlu diambil sebagai langkah
beringat dan memberikan keyakinan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan masalah etika
untuk mereka lebih berkeyakinan dan berupaya mengelak dari terjebak dengan salah laku etika.
Jelasnya masalah etika yang berkaitan dengan pengurusan sesebuah organisasi adalah sangat
kompleks dan ianya juga akan melibatkan faktor-faktor seperti implikasi bebanan yang
berpanjangan, akibat yang tidak pasti, implikasi peribadi, hasil yang bercampur antar positif dan
negatif dan lain-lain. Terdapat beberapa pendekatan utama dalam menangani iklim etika
sesebuah organisasi iaitu antaranya ialah kod etika, talian penting dan latihan etika. Masalah
etika dalam pengurusan sesebuah organisasi adalah bermula dengan individu, maka semua pihak
bertanggungjawab untuk mengatasi masalah etika dalam pengurusan ini daripada pihak atasan
iaitu pentadbir atau ketua syarikat sehinggalah kakitangan bawahan. Kesemua perlu
bergandingan dan bekerjasama membangunkan organisasi dan mengelak dari masalh etika dalam
pengurusan.
14
Rujukan
Bicara Mentari (2013, December 19) Salah Laku Etika Urus Niaga. Retrieved from
http://bicaramentari.blogspot.my/2013/12/analisa-salahlaku-etika-dalam-
pengurusan.html.
Dr Ho Jo Ann dan Dr Tee Keng Kok. (2013). OUMM3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur,
Open University Malaysia.
Dwiantara, Lukas dan Hadi Sumarto, Etiket di Tempat Kerja, Kanisius, Yogyakarta, 2006.
Institute for Global Ethics. (2006). Cooked books, fried reputation: Study, Ethics newsline,
ethics Newsline.
Majid, F. (1991). Ethical Theories in Islam. Laden. E.J.
Micheal,.D.B. (1991). Professional Ethics. wadsworth Publishing Company, Belmont, California

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Ckg Nizam
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
ZAFANA
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
nakirah
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
Nur Osman
 
P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)
haniffpotter
 
Topik 9 kemahiran pengurusan
Topik 9 kemahiran pengurusanTopik 9 kemahiran pengurusan
Topik 9 kemahiran pengurusan
epolbahari
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
Amra Nusroh
 
Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2
Norazul89
 

Mais procurados (20)

Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusan
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Interpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonalInterpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonal
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
 
Konsep pengurusan
Konsep pengurusanKonsep pengurusan
Konsep pengurusan
 
Analisis peluang perniagaan
Analisis peluang perniagaanAnalisis peluang perniagaan
Analisis peluang perniagaan
 
TOPIK 5 PENILAIAN PRESTASI.pdf
TOPIK 5 PENILAIAN PRESTASI.pdfTOPIK 5 PENILAIAN PRESTASI.pdf
TOPIK 5 PENILAIAN PRESTASI.pdf
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)
 
P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)
 
Etika Keusahawanan
Etika KeusahawananEtika Keusahawanan
Etika Keusahawanan
 
Proses kawalan
Proses kawalanProses kawalan
Proses kawalan
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Topik 9 kemahiran pengurusan
Topik 9 kemahiran pengurusanTopik 9 kemahiran pengurusan
Topik 9 kemahiran pengurusan
 
Topik4 : perancangan
Topik4 : perancanganTopik4 : perancangan
Topik4 : perancangan
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
 
Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2
 

Semelhante a Etika

1, BE & GG, NOVITA DEWI PURNAMA, HAPZI ALI, Ethics and Business Concept and T...
1, BE & GG, NOVITA DEWI PURNAMA, HAPZI ALI, Ethics and Business Concept and T...1, BE & GG, NOVITA DEWI PURNAMA, HAPZI ALI, Ethics and Business Concept and T...
1, BE & GG, NOVITA DEWI PURNAMA, HAPZI ALI, Ethics and Business Concept and T...
Imam Arifin
 
Bab iii menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawab
Bab iii menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawabBab iii menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawab
Bab iii menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawab
Shelly Intan Permatasari
 

Semelhante a Etika (20)

Etika bisnis
Etika bisnisEtika bisnis
Etika bisnis
 
ETIKA dan BISNIS.ppt
ETIKA  dan BISNIS.pptETIKA  dan BISNIS.ppt
ETIKA dan BISNIS.ppt
 
1, BE & GG, NOVITA DEWI PURNAMA, HAPZI ALI, Ethics and Business Concept and T...
1, BE & GG, NOVITA DEWI PURNAMA, HAPZI ALI, Ethics and Business Concept and T...1, BE & GG, NOVITA DEWI PURNAMA, HAPZI ALI, Ethics and Business Concept and T...
1, BE & GG, NOVITA DEWI PURNAMA, HAPZI ALI, Ethics and Business Concept and T...
 
Makalah Perubahan Lingkungan Bisnis.docx
Makalah Perubahan Lingkungan Bisnis.docxMakalah Perubahan Lingkungan Bisnis.docx
Makalah Perubahan Lingkungan Bisnis.docx
 
Lingkungan bisnis
Lingkungan bisnisLingkungan bisnis
Lingkungan bisnis
 
Etika bisnis haryo
Etika bisnis haryoEtika bisnis haryo
Etika bisnis haryo
 
Be & gg ; fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, mm,...
Be & gg ; fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, mm,...Be & gg ; fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, mm,...
Be & gg ; fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, mm,...
 
Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...
Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...
Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...
 
LINGKUNGAN BISNIS BDP.pptx
LINGKUNGAN BISNIS BDP.pptxLINGKUNGAN BISNIS BDP.pptx
LINGKUNGAN BISNIS BDP.pptx
 
etika dan hukum bisnis dan tanggung jawab sosial
etika dan hukum bisnis dan tanggung jawab sosialetika dan hukum bisnis dan tanggung jawab sosial
etika dan hukum bisnis dan tanggung jawab sosial
 
Bab iii menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawab
Bab iii menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawabBab iii menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawab
Bab iii menjalankan bisnis secara etis dan bertanggung jawab
 
Konflik dalam Organisasi
Konflik dalam OrganisasiKonflik dalam Organisasi
Konflik dalam Organisasi
 
Tanggung jawab Sosial
Tanggung jawab SosialTanggung jawab Sosial
Tanggung jawab Sosial
 
Be & gg ; fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, mm,...
Be & gg ; fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, mm,...Be & gg ; fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, mm,...
Be & gg ; fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, mm,...
 
Be & gg ; fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, mm,...
Be & gg ; fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, mm,...Be & gg ; fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, mm,...
Be & gg ; fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, mm,...
 
Lingkungan dan etika bisnis
Lingkungan dan etika bisnisLingkungan dan etika bisnis
Lingkungan dan etika bisnis
 
Manajemen Perubahan Organisasi.pptx
Manajemen Perubahan Organisasi.pptxManajemen Perubahan Organisasi.pptx
Manajemen Perubahan Organisasi.pptx
 
Iqbal ekonomi teknik
Iqbal ekonomi  teknikIqbal ekonomi  teknik
Iqbal ekonomi teknik
 
Tugas M6 Etika Bisnis.pdf
Tugas M6 Etika Bisnis.pdfTugas M6 Etika Bisnis.pdf
Tugas M6 Etika Bisnis.pdf
 
Be & gg, zikri nurmansyah, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma,ethical decision ...
Be & gg, zikri nurmansyah, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma,ethical decision ...Be & gg, zikri nurmansyah, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma,ethical decision ...
Be & gg, zikri nurmansyah, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma,ethical decision ...
 

Último

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 

Último (20)

TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 

Etika

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN-PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2012 (SMP-PPG 2012) SEMESTER SEPTEMBER 2015 OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS NAMA : NORAZILA BT A.TALIB NO. MATRIKULASI : 721109015450001 NO. KAD PENGNEALAN : 721109015450 NO. TELEFON : 0108821099 E-MEL : ajiltalib@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : OUM caw Melaka
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 PENGENALAN MASALAH ETIKA SEBAGAI MASALAH PENGURUSAN. ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN PENGESYORAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH ETIKA KESIMPULAN RUJUKAN 3 4 8 11 13
  • 3. 3 1.0 PENGENALAN Puan Anisah (bukan nama sebenar) adalah seorang jurutera di Jabatan Kerja Raya di bawah Kementerian Kesihatan di Kuala Terengganu. Beliau telah berkhidmat selama 15 tahun dan 2 tahun lepas beliau telah dilantik sebagai Penolong Jurutera 2 dengan pangkat J48. Berkhidmat sebagai jurutera lebih banyak berurusan dengan kaum lelaki. Ramai lelaki memandang rendah dengan keupayaan wanita dalam bidang seumpama ini. Antara beberapa skop kerja Puan Anisah ialah beliau perlu membuat pemeriksaan tapak bangunan, memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan bangunan menepati piawaian. Memastikan kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja pembinaan dengan betul mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Membuat pemeriksaan dan pemantauan dari masa ke semasa dan memastikan projek berjalan dengan lancar mengikut jadual. Pada pagi 14 Mei 2015, Puan Anisah melakukan rutin harian kerjanya seperti biasa. Pada hari itu dia harus melawat tapak projek untuk membina dan membaik pulih klinik dan kuaters di Marang. Kawasan tapak projek agak berselerak, nampaknya kontraktor tidak memastikan aspek keselamatan dan kebersihan yang sebaiknya. Pagi itu, Puan Anisah perlu melihat struktur lepaan dinding yang telah dibuat. Pn anisah amat tidak berpuas hati kerana lepaan dinding kelihatan tidak seperti yang sepatutnya. Pn anisah mulalah membuat siasatan dari bahan-bahan untuk lepaan sehinggalah bagaimana bancuhan. Semua pekerja binaan disoal siasat oleh puan Anisah. Setelah siasatan dibuat, ketahuilah puan Anisah yang kontraktor iaitu En Lim telah mengurangkan nisbah bancuhan simen. En Lim berbuat demikian kerana harga simen yang tiba-tiba mendadak naik akibat faktor ekonomi Negara dan kadar harga pemasaran. En Lim memberikan alasan nanti syarikat beliau akan menangung kerugian kerana perubahan harga simen. Pn Anisah tidak dapat menerima alasan En Lim tersebut kerana perjamjian telah dibuat dan syarikat En Lim tidak mungkin akan mengalami kerugian, Cuma mungkin beliau mengalami keuntungan yang kurang sedikit. En Lim mula memujuk Pn Anisah agar tidak membuat pengaduan kepada pihak atasan dan menganggap pengurangan nisbah bancuhan perkara biasa dilakukan mana-mana syarikat pun. Melihat kepada pendirian Puan Anisah yang tegas, En Lim meminta tempoh untuk beliau membaiki lepaan dinding tersebut.
  • 4. 4 Pada suatu pagi, dua hari selepas kejadian tersebut, En Lim menelefon puan Anisah dan menjemput Puan Anisah minum bersama beliau untuk berbincang tentang projek pembinaan di Marang itu. Puan Anisah berjumpa dengan En Lim seperti yang dijanjikan. Dalam perjumpaan tersebut, En Lim menghulurkan satu sampul surat berisi wang sebanyak RM5K dan meminta Puan Anisah menerimanya sebagai hadiah saguhati dari beliau. Beliau menyatakan keikhlasan memberi saguhati tersebut dan meminta agar Puan Anisah tidak membatalkan projek beliau di Marang. Puan Anisah tidak menerima saguhati tersebut. Beliau sangat marah dengan tindakan En Lim lalu memberikan amaran yang mana perbuatan En Lim akan beliau adukan kepada orang atasan jika En Lim tidak membaik pulih segera projek yang dijalankan. Seminggu selepas kejadian tersebut, tiba-tiba puan Anisah mendapat arahan baru dari ketua beliau. Puan Anisah dikehendaki memantau satu projek di kawasan lain dan projek pembinaan di kawasan Marang telah diambil alih oleh jurutera yang lain. Puan Anisah membuat andaian tentu En Lim telah menyogok atau membuat aduan yang bertentangan kepada ketuanya. Tetapi Puan anisah tidak boleh berbuat apa-apa kecuali menurut perintah dan arahan ketuanya. 2.0 MASALAH ETIKA SEBAGAI MASALAH PENGURUSAN. Masalah etika melibatkan konflik antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial dalam organisasi maka ianya juga adalah merupakan masalah pengurusan. Kedua-dua prestasi perlu wujudkan suatu imbangan yang “betul” atau “sesuai” antara kedua-dua prestasi. Menurut Hosmer (1991), terdapat lima cirri masalah etika dalam pengurusan iaitu akibat yang berpanjangan, alternative yang pelbagai, hasil yang bercampur, akibat yang tidak pasti dan juga implikasi peribadi. Mari kita lihat permasalah di atas dengan beberapa ciri-ciri masalah etika ini. 2.1 Kebanyakkan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan. Tanpa kita sedar, hasil daripada keputusan dan tindakan para pengurus itu tidak terhenti pada satu peringkat sahaja sebaliknya adalah berpanjangan hingga ke seluruh lapisan masyarakat dan menjadi asas kepada hujah etika. Keputusan yang dilakukan boleh mempunyai kesan atau akibat kepada seseorang atau orang lain, sama ada mereka yang berada dalam organisasi terbabit atau
  • 5. 5 dalam sesebuah masyarakat dan kesan-kesannya adalah di luar kawalan mereka. Maka, oleh yang demikian, para pengurus atau pentadbir sesebuah organisasi perlu memikirkan akibat atau kesan hasil keputusan yang bakal mereka lakukan sebelum bertindak. Sebagai contoh : a. Rasuah mengubah proses-proses pemerintahan kerajaan. b. Pencemaran udara mengakibatkan kesihatan terancam. c. Produk tidak selamat mengancam nyawa orang ramai, Bagi kes Pn Anisah, banyak implikasi yang akan timbul jika beliau memilih untuk menerima wang(rasuah) yang diberikan oleh En Lim. Antara iplikasi yang mungkin akan timbul ialah: a. Binaan yang dibuat tidak selamat. b. Binaan tidak kukuh dan akan berlaku retakkan, ini akan mengundang komplen dari awam. c. Berlakunya peningkatan kos baik pulih di masa akan datang. d. Kontraktor yang bertanggungjawab juga akan ambil mudah semua perkara kerana menganggap semua perkara boleh diselesaikan dengan rasuah. Mungkin akan berlaku projek yang terbengkalai dan tidak menepati jadual sehinggakan peruntukkan akan makin bertambah. e. Kreadibiliti penjawat awam akan jatuh dan orang awam akan memandang rendah keupayaan kerajaan dalam kemajuan dan pembangunan. 2.2 Kebanyakkan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai Biasanya isu-isu etika dalam pengurusan diandaikan sebagai suatu dikotomi iaitu secara dasarnya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu “ya” dan “tidak” sahaja dan tiada alternatif lain. Seseorang pengurus terpaksa memikirkan pilihan lain sebelum membuat keputusan etika yang mempunyai banyak pilihan seperti berikut: a. Adakah seseorang pengurus wajar memberi rasuah atau tidak ? b. Haruskah kilang mencemar udara atau tidak? c. Haruskah syarikat mengeluarkan produk yang selamat atau tidak ?
  • 6. 6 Bagaimanapun, persoalan-persoalan itu tidak menunjukkan situasi sebenar yang dihadapi dalam organisasi perniagaan. Terdapat pelbagai alternatif yang perlu dipertimbangkan apabila membuat pilihan etika. Dalam kes Pn Anisah, beliau mempunyai banyak pilihan keputusan yang boleh diambil. Namun beliau terpaksa berhati-hati atau membuat pertimbangan sebelum mengambil keputusan pilihan. Antaranya ialah : a. Beliau boleh mengambil wang tersebut dan mengabaikan keselamatan awam. b. Melaporkan perbuatan En Lim kepada pihak yang berkenaan untuk diambil tindakan. c. Mendiamkan perkara tersebut. d. Bersikap tegas dan memberi amaran kepada En Lim. 2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil atau Keadaan Berbeza atau Bercampur Kebanyakan pengurusan atau pentadbiran dalam sesuatu organisasi lebih berunsurkan anti-etika. Isu-isu etika dalam pengurusan umumnya dianggap sebagai bersifat antithesis di mana pulangan kewangan adalah bertentangan secara langsung dengan kos sosial.. Isu-isu etika tidaklah begitu penting bagi mereka ini adalah kerana mereka lebih mengutamakan pulangan kewangan atau keuntungan yang tinggi. Mereka juga kurang menitikberatkan kos-kos penting lain seperti kebajikan pekerja atau pelanggan mereka. Keputusan etika jenis ini lebih banyak berkait rapat dengan kebaikan dari segi sosial, kos penyelenggaraan, keuntungan dan perbelanjaan sesebuah organisasi dalam hampir semua alternatif dalam pilihan keputusan etika. Sebagai contoh : a. Merasuah secara tidak langsung . tetapi dapat mengekalkan jumlah jualan barangan import kerana barangan boleh diterima dengan segera. b. Mencemar udara atau air. Namun dapat mengelak kos memasang dan mengendalikan peralatan kawal pencemaran. c. Reka bentuk suatu produk yang kurang selamat. Namun dapat mengurangkan kos bahan dan tenaga kerja pengeluaran.
  • 7. 7 Dalam kes Pn Anisah, terdapat beberapa keputusan yang boleh diambil oleh Pn Anisah yang boleh mendatangkan keputusan berbeza: a. Menerima suapan dan kontraktor juga perlu menaja beberapa majlis yang diadakan oleh pejabat Pn Anisah. b. Puan Anisah tidak menerima rasuah tetapi En Lim masih boleh meneruskan projek tersebut dan menggantikan kerosakan. c. Menerima suapan dan meminta kontraktor menambah fasiliti seperti penghawa dingin dan sebagainya. 2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti Adalah dipercayai bahawa isu etika dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran adalah bebas daripada risiko atau menimbulkan keraguan. Ini kerana seorang pengurus atau pentadbir adalah bebas daripada risiko atau pentadbir sudah mengetahui hasil atau habuan yang bakal menanti mereka melalui pilihan yang mereka lakukan. Sebagai contoh : a. Beri rasuah, dan menerima barangan import tersebut dengan segera. b. Melabur peralatan mengawal pencemaran udara dan kepulan asap akan berkurangan. c. Mengeluarkan barangan atau produk yang selamat dengan kos tambahan yang minimal. Sesuatu keputusan tidak mempunyai kemungkinan-kemungkinan yang memudahkan proses analisis, tetapi tidak menghuraikan dilemma pengurusan yang sebenarnya. Akibat yang bakal menyusul hasil daripada alternatif pilihan seperti mengelakkan pemberian rasuah tidak mungkin dapat dipastikan. Demikian juga dengan kes Pn Anisah. Beliau tidak mungkin tahu dengan jelas akibat-akibat yang mungkin akan menyusul jika beliau menerima rasuah yang diberikan oleh En Lim. Kemungkinan beliau akan disabitkan kesalahan menerima rasuah dan diprnjarakan. Beliau juga tidak mungkin tahu akan kemungkinan-kemungkinan yang bakal menyusul jika beliau melaporkan perbuatan En Lim tersebut kepada pihak atasan atau yang berkenaan, kemungkinan En Lim dihukum undang-undang atau sebaliknya Pn Anisah yang mendapat susah kerana mungkin juga En Lim akan merasuah pihak atasan untuk menutup cerita.
  • 8. 8 2.5 Kebanyakkan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Secara Peribadi Hampir semua keputusan etika mempunyai implikasi secara peribadi. Adalah dipercayai secara umumnya bahawa isu etika dalam pengurusan sebahagian besarnya adalah untuk kepentingan peribadi seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi. Ramai orang mempercayai bahawa keputusan-keputusan prima fasi atau pada zahirnya, yang berkaitan dengan etika adalah lebih kepada keuntungan peribadi dan bukannya kepada syarikat atau organisasi yang dipimpin. Kepentingan mereka seperti kenaikan pangkat dan kenaikan pendapatan gaji lebih diutamakan. Dalam kes Pn Anisah, terdapat beberapa keputusan etika yang mendatangkan implikasi peribadi kepada Pn Anisa mahupun En Lim. Pn Anisah mempunyai pilihan untuk mengambil rasuah sebanyak RM 5K dan menambahkan simpanannya di dalam bank. Dengan wang yang banyak itu juga, beliau perlukan tanpa memikirkan kebajikan atau kepentingan jabatannya. En Lim pula hanya perlu mengeluarkan sejumlah kecil dari keuntungan yang beliau perolehi untuk memberikan suapan. Jika beliau tidak memberikan suapan, kemungkinan kos pembinaan akan bertambah kerana beliau perlu membaiki semula binaan. Ini juga akan mengambil masa yang lama sedangkan En Lim perlu menjalankan kerja-kerja di tapak projek yang lain. 3. ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN. Keputusan-keputusan etika adalah lebih sukar untuk dibuat apabila seseorang terlibat secara langsung dalam situasi berkenaan. Ini adalah kerana keputusan etika bukanlah pilihan antara betul atau salah yang mudah dibuat. Ia merupakan suatu pertimbangan kompleks untuk mengimbangi prestasi ekonomi sesebuah organisasi dengan prestasi sosialnya. Keseimbangan boleh dicapai melalui tiga kaedah analisis yang relevan bagi menyelesaikan dilemma etika dalam pengurusan. 3.1 Analisis Ekonomi. Masalah etika boleh kita lihat dari sudut pendekatan mikroekonomi iaitu dengan bergantung kepada kuasa-kuasa pasaran yang bersifat bukan peribadi. Adalah amat membimbangkan jika para pekerja hilang pekerjaan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku.
  • 9. 9 Walau bagaimanapun, terdapat pasaran buruh di mana pekerja boleh diambil bekerja semula dengan syarat mereka sanggup menyesuaikan permintaan ganjaran mereka dengan keadaan pasaran. Berdasarkan situasi Pn Anisah, En Lim sebagai kontraktor yang dipertanggungjawabkan merasakan perubahan kenaikan harga barangan menjadi satu masalah utama dalam perniagaannya. Jika kadar harga barangan meningkat maka keuntungan yang beliau perolehi akan terjejas. Oleh itu beliau terpaksa mengurangkan item dan sukatan bahan yang digunakan. Mungkin bagi pendapat beliau, pengurangan barang lebih baik dari membuang pekerja kerana pekerja amat penting untuk projek berjalan dengan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan. Dalam situasi ini, salahlaku etika boleh mengakibatkan kerugian kepada organisasi dan dalam kes ini iaitu kerajaan akan mengalami kerugian di masa akan datang. Kos baik pulih akan meningkat dan sudah pasti akan membebankan kerana ianya tiada dalam senarai perancangan perbelanjaan tahunan. Jika perkara seumpama ini menjadi satu tabiat dalam sebuanh pengurusan maka kos perbelanjaan akan meningkat, kerajaan juga akan terpaksa menaikkan cukai-cukai sedia ada bagi menampung peningkatan kos. Ini akan nerugikan Negara. 3.2 Analisis Undang-Undang Masalah etika juga boleh dilihat dari sudut rangka kerja undang-undang iaitu bergantung kepada kuasa-kuasa sosial yang bersifat bukan peribadi untuk menentukan yang mana “betul” dan “salah”. Ini termasuklah berkaitan dengan undang-undang. Sebenarnya undang-undang telah jelas menyatakan mana betul dan mana yang salah. Apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Tetapi, sudah sikap manusia tidak suka mematuhi apa yang telah ditetapkan terhadap mereka. Begitu juga dalam soal etika. Apa yang menyalahi etika, sebenarnya juga menyalahi undang- undang. Contohnya berkaitan dengan jualan promosi. Peniaga dikehendaki menyatakan dengan jelas harga asal dan berapa peratusan potongan dibuat. Peniaga juga dikehendaki mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa sebelum mengadakan promosi jualan bagi menjamin hak pengguna tidak dikhianati. Namun peniaga kerap membelakangkan perkara itu.
  • 10. 10 Mereka lebih percaya kepada keputusan pengguna dalam menentukan salah atau betul. Pengguna biasanya tidak ambil peduli hal itu asalkan kehendak mereka untuk memperolehi sesuatu tercapai. Contohnya pengguna masih ingin membeli barang tiruan biarpun tahu ianya satu kesalahan menjual dan mengedar barangan tiruan. Ini adalah kerana memenuhi kepuasan mereka kerana mungkin menganggap barang tiruan itu tidak jauh kualitinya berbanding dengan yang tulen lagipon soal undang-undang biarlah ditanggung oleh peniuaga sekiranya mereka ditahan pihak berkuasa. Bagi kes seperti Pn Anisah, jika beliau menerima wang rasuah itu dan jika diketahui pihak berkenaan kemungkinan beliau akan dikenakan tindakan mahkamah ataupun tatatertib. Mungkin juga beliau akan dilucutkan jawatan ataupun digantung kerja. Tindakan undang- undang juga boleh dikenakan kepada En Lim atas perbuatannya cuba menyogok pegawai pengurus. Tindakan undang-undang bukan sahaja akan dikenakan ke atas En Lim tetapi mungkin juga permit syarikatnya akan ditarik. 3.3 Analisis Etika. Satu lagi pendekatan menganalisa maslah etika ialah melalui kaedah analisa etika. Pendekatan ini menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab moral untuk menentukan perkara itu betul atau salah. Struktur falsafah normatif iaitu bergantung kepada prinsip-prinsip asas untuk memutuskan antara betul dan salah. Kita boleh mengira kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak dan menggunakannya sebagai dasar keputusan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku. Kepercayaan dasarnya adalah jika semua lelaki dan wanita yang rasional dalam sesebuah masyarakat bertindak atas prinsip kemurahan hati atau sifat konsisten yang sama, maka anggota masyarakat berkenaan akan mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin. Bagi kes seperti Pn Anisah, mungkin bagi En Lim memberi rasuah adalah cara tradisi yang sudah menjadi kebiasaan dalam perniagaan. Memberi rasuah dianggap sebagai jalan penyelesaian yang memudahkan. Bagaimanapun bagi Puan Anisah, menerima rasuah adalah satu kesalahan yang besar sebagai seorang pekerja yang jujur. Rasuah bukanlah jalan
  • 11. 11 penyelesaian untuk menutup kesalahan atau memudahkan kerja malah ianya akan mengundang perkara lain pula. 4. PENGESYORAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH ETIKA. Masalah etika sebenarnya banyak berlaku di persekitaran tempat kerja tanpa kita ketahui. Ada masalah etika dapat kita lihat dengan jelas bila ianya berlaku dan ada juga masalah etika yang menjadi rahsia beberapa pihak. Bagaimanapun ada beberapa cara untuk menyelesaikan masalah etika ini. 4.1 Kod Etika Kod etika adalah pernyataan tentang norma dan kepercayaan sesebuah organisasi. Ia biasanya adalah daripada cadangan, perbincangan dan didefinisikan oleh eksekutif-eksekutif kanan organisasi sebelum ia diterbitkan dan diedarkan kepada semua kakitangan. Kod etika merupakan panduan kepada kakitangan bagaimana mereka mencorakkan sikap dan cara pemikiran ke arah kelakuan yang diingini. Dalam kes Puan Anisah ini, kod etika yang mungkin telah tertanam dalam pemikiran Puan Anisah menjadikan beliau bersikap jujur dan lebih mengutamakan kepentingan organisasi berbanding dengan kepentingan diri sendiri. Kesedaran tentang amanah dan tanggungjawab menjadi landasan utama dan pegangan kepada Pn Anisah. 4.2 Talian Penting Etika Beberapa syarikat ada menyediakan talian penting etika antaranya ialah syarikat Telekom Malaysia TM telah menyediakan talian penting etika yang beroperasi 24 jam sehari untuk kakitangan mendapatkan nasihat tentang isu-isu atau kebimbangan berkaitan etika. Ianya menjadi satu pendekatan yang berkesan untuk merahsiakan identity pemanggil di samping mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan aduan dan tuduhan berkait dengan etika.
  • 12. 12 Ada juga syarikat yang menyediakan perkhidmatan aduan kepada kakitangannya. Syarikat korporat terkenal Ernst & Young adalah antara syarikat yang menyediakan kemudahan melalui rangkaian internet dengan mewujudkan talian penting etika untuk kakitangan mereka membuat aduan antaranya tentang melaporkan kelakuan tidak beretika, menyalahi undang- undang, mencabuli piawaian professional atau menepati kod-kod kelakuan organisasi. Bagi kes seperti Puan Anisah, talian aduan etika ini amat membantu orang-orang seperti beliau yang takut untuk membuat aduan secara terbuka. Secara tak langsung, beliau boleh berbincang cara penyelesaian dengan lebih baik lagi. Ia amat sesuai bagi mereka yang tidak mahu dilihat berada bersama pegawai etika tetapi keberatan untuk mengutarakannya kepada pengurus atau rakan sekerja. 4.3 Latihan Etika Pekerja seperti Puan Anisah amat memerlukan ilmu dan bimbingan bagaimana menangani masalah etika dan cabaran ketika bertugas. Puan Anisah selalu akan berhadapan dengan cabaran kerana pekerjaan beliau yang perlu sentiasa berhubung dengan orang luar. Maka ilmu dan latihan etika amat perlu diberi dan diterapkan kepada pekerja-pekerja seperti Puan Anisah. Dengan adanya latihan etika, maka Puan Anisah akan lebih mudah memahami situasi dan mengatasinya dengan baik tanpa bimbang kepada pihak-pihak tertentu. Latihan etika ialah satu program yang diwartakan sebagai program pematuhan oleh organisasi bertujuan untuk mendidik kakitangan tentang piawaian etika syarikat. Latihan etika biasanya melibatkan kuliah untuk para pengurus dan disampaikan oleh jurulatih syarikat. Latihan etika seharusnya dikaitkan dengan situasi sebenar yang dialami oleh kakitangan sewaktu bekerja supaya dapat menghasilkan penyelesaian yang terbaik. Latihan ini bertujuan mendidik kakitangan tentang polisi dan jangkaan, peraturan dan undang-undang yang releven, serta piawaian sosial am. Melalui latihan yang berkesan akan menyedarkan kakitangan tentang sumber-sumber sedia ada, system-sistem sokongan, kakitangan yang boleh membantu berkaitan etika dan khidmat nasihat guaman.
  • 13. 13 Matlamat latihan etika menurut Torne, Ferrell dan Ferrell (2008), bertujuan untuk memastikan supaya kakitangan : a. Mengenali situasi-situasi yang memerlukan keputusan etika. b. Memahami nilai dan budaya organisasi. c. Menilai impak keputusan etika ke atas syarikat. 5.0 KESIMPULAN Masalah etika bukanlah hanya melibatkan masalah individu tetapi ianya juga akan melibatkan banyak masalah kepada pelbagai pihak, sosial, ekonomi dan juga negara. Etika pengurusan boleh dilihat dari pelbagai aspek masalah iaitu antaranya ialah Paras harga, mesej pengiklanan, promosi produk, keadaan tempat kerja, khidmat pelanggan, pengurusan tenaga kerja, pencemaran alam sekitar, hubungan komuniti dan hubungan pembekal. Masalah-masalah dalam pengurusan etika ini akan melibatkan persoalan integriti dan melibatkan signifikan terhadap persekitaran dan pihak berkepentingan. Selain itu ia juga memberikan kesan terhadap prestasi sesuatu syarikat atau perniagaan. Dengan kata lain, masalah etika dalam pengurusan akan melumpuhkan ekonomi dan kestabilan sesebuah Negara. Untuk mengatasi masalah etika, beberapa pendekatan perlu diambil sebagai langkah beringat dan memberikan keyakinan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan masalah etika untuk mereka lebih berkeyakinan dan berupaya mengelak dari terjebak dengan salah laku etika. Jelasnya masalah etika yang berkaitan dengan pengurusan sesebuah organisasi adalah sangat kompleks dan ianya juga akan melibatkan faktor-faktor seperti implikasi bebanan yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti, implikasi peribadi, hasil yang bercampur antar positif dan negatif dan lain-lain. Terdapat beberapa pendekatan utama dalam menangani iklim etika sesebuah organisasi iaitu antaranya ialah kod etika, talian penting dan latihan etika. Masalah etika dalam pengurusan sesebuah organisasi adalah bermula dengan individu, maka semua pihak bertanggungjawab untuk mengatasi masalah etika dalam pengurusan ini daripada pihak atasan iaitu pentadbir atau ketua syarikat sehinggalah kakitangan bawahan. Kesemua perlu bergandingan dan bekerjasama membangunkan organisasi dan mengelak dari masalh etika dalam pengurusan.
  • 14. 14 Rujukan Bicara Mentari (2013, December 19) Salah Laku Etika Urus Niaga. Retrieved from http://bicaramentari.blogspot.my/2013/12/analisa-salahlaku-etika-dalam- pengurusan.html. Dr Ho Jo Ann dan Dr Tee Keng Kok. (2013). OUMM3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur, Open University Malaysia. Dwiantara, Lukas dan Hadi Sumarto, Etiket di Tempat Kerja, Kanisius, Yogyakarta, 2006. Institute for Global Ethics. (2006). Cooked books, fried reputation: Study, Ethics newsline, ethics Newsline. Majid, F. (1991). Ethical Theories in Islam. Laden. E.J. Micheal,.D.B. (1991). Professional Ethics. wadsworth Publishing Company, Belmont, California