SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 34
AKTIVITI-AKTIVITI SEKOLAH
KURIKULUM
Dalam menuju puncak aspirasi kegemilangannya, SK Sungai Nibong
telah berusaha menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai
segi iaitu:
1) Program Celik ICT
2) Projek Intensif Bahasa Inggeris
3) Projek Intensif Matematik
4) Projek Pemulihan Berkesan
5) Program Sokongan
1) Program Celik ICT
Program ini adalah satu program 'pilot run' yang hanya
diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4 sahaja. Ini adalah program
perintis ke arah menggalakkan pelajar-pelajar berkecimpung dalam
bidang ICT sejak mereka muda lagi. Kelas ini berjalan selama 12
minggu merangkumi kemahiran menaip, MS Word, Excel dan
Powerpoint. Guru yang bertanggungjawab menjalankan program ini
ialah Cik Hazliana bt Mohamad Hussin.
2) Projek Intensif Bahasa Inggeris dan Matematik
Projek ini dijalankan untuk murid-murid tahun 4,5 dan 6 bagi
meningkatkan lagi motivasi dan penguasaan murid-murid dalam
matapelajaran-matapelajaran tersebut. Projek intensif ini dijalankan
pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat. Projek ini lebih
berfokuskan aktiviti-aktiviti yang merangsang minat murid untuk
belajar dan berusaha dengan lebih rajin lagi. Guru yang
bertanggungjawab mengendalikan projek ini ialah semua guru yang
mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik.
3) Projek Pemulihan Berkesan
Projek ini diluaskan lagi sayapnya kepada murid-murid tahap 2
iaitu murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Projek ini dijalankan pada setiap
hari Rabu dan Jumaat di mana guru pemulihan bertanggungjawab
menjalani program ini perlu membasmi buta huruf dan meningkatkan
abiliti murid dalam menguasai 3M. Tenaga pengajar untuk projek ini
ialah Pn. Noor Zaini bt Che Daud.
4) Program Sokongan
Program sokongan adalah lebih bertumpu kepada kelas-kelas
tambahan dan kelas baucar tuisyen. Kelas-kelas tambahan lebih
berfokus kepada murid-murid tahun 6 yang dijalankan 2 kali
seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Kelas ini dijalankan
secara berselang-seli antara matapelajaran B. Melayu, B. Inggeris,
Sains dan Matematik. Kelas baucar tuisyen pula bertumpu kepada
murid-murid tahun 4, 5 dan 6 di mana pendapatan ibu bapa mereka
kurang dari RM 530. Matapelajaran yang terlibat ialah B. Melayu, B.
Inggeris, Sains dan Matematik. Kelas ini dijalankan setiap hari Isnin
hingga Khamis selama 36 jam.
MOTIVASI
Program-program motivasi adalah satu program yang menjadi pemangkin
bukan sahaja kepada murid-murid tahun 6, tetapi juga kepada ibu bapa
mereka. Program ini adalah dirangka oleh Pn Aida Rosmiza bt Mad Saad.
Berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti motivasi yang telah dilaksanakan:
1) Program Motivasi Bersama Waris Murid Tahun 6/2005
Tajuk: Peranan Ibu bapa Dalam Pembelajaran dan Kecemerlangan
Anak-anak.
Tarikh: 5 Mac 2005
Penceramah: En Azmi b Hassan, Unit Kaunseling, USM P. Pinang)
2) Ceramah Motivasi Diri - Murid Tahun 6
Tarikh: 7 Mac 2005
Penceramah:En Zulkifli b Yaakob
3) Motivasi dan Teknik Menjawab Kertas B. Inggeris (Thn 6)
Tarikh: 24 Mac 2005
Penceramah: En Emmanuel Gerard Xavier Dorai
4) Teknik Menjawab Kertas Bahasa Malaysia UPSR 2005
Tarikh: 16 Jun 2005
Penceramah: En Mohamad b Abdul Talib
5) Motivasi dan Teknik Menjawab Kertas Sains UPSR (Thn 6)
Tarikh: 7 Julai 2005
Penceramah: En Asnal Hadi b Ahmad
PANITIA DAN UNIT KHAS
Dalam usaha pembentukan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek, panitia-panitia dan unit khas seperti Makmal Komputer
dan Pusat Sumber telah bergabung tenaga menjalani program-program
mereka sendiri.
1) Panitia Bahasa Melayu
2) Panitia Bahasa Inggeris
3) Panitia Sains
4) Panitia Matematik
5) Panitia Agama Islam
Panitia pendidikan Agama Islam banyak menjalankan aktiviti-aktiviti
keagamaan dan kerohanian untuk membentuk insan yang mempunyai pegangan
teguh terhadap agama. Antara program-program yang dijalankan ialah celik
jawi, kemahiran membaca Al-Quran, tajwid, pertandingan nasyid dan bercerita,
kelas KAFA, sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulidur-Rasul, Awal
Muharram, Ihya Ramadhan, solat hajat dan bacaan yassin untuk murid-murid
UPSR 2005. Program taddarus dan khatam Quran juga dijalankan untuk murid-
murid tahun 6.
6) Panitia Sivik
7) Panitia Kajian Tempatan
8) Panitia Pendidikan Seni Visual
9) Unit Makmal Komputer
Makmal komputer sekolah merupakan satu unit yang mempunyai
tanggungjawab yang besar terhadap sekolah. Sungguhpun ia baru diwujudkan,
tetapi ia memainkan peranan penting dalam memastikan para murid, guru,
kakitangan dan komuniti di sekitar sekolah itu celik terhadap perkembangan
ICT. Disebabkan itu, unit ini banyak terlibat dalam menyediakan jadual waktu
penggunaan makmal untuk murid sekolah, menjalankan kursus-kursus dalaman
di kalangan guru dan kakitangan sokongan, workshop-workshop untuk murid
dan terlibat dengan komuniti luar serta agensi swasta dalam program-program
tertentu seperti mempromosikan laman web duitsaku.com, Cyberkids Camp dan
Cyberkids Club.
10) Unit Pusat Sumber
KO-KURIKULUM
Unit ko-kurikulum pula terlibat secara langsung dalam membentuk daya kepimpinan
dan semangat berpasukan di kalangan murid-murid. Selain dari aktiviti-aktiviti Unit
Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan, unit ko-kurikulum ini juga
merancang program-program berikut:
1) Kejohanan Olahraga dan Sukaneka 2005
Tarikh: 12 Mac 2005
Dirasmikan oleh:
2) Kejohanan Merentas Desa 2005
Tarikh: 14 Mei 2005
3) Sambutan Hari Guru 2005
Tarikh: 20 Mei 2005
4) Hari Anugerah Cemerlang 2005
Tarikh: 12 Ogos 2005
5) Sambutan Hari Kebangsaan 2005
Tarikh: 16 September 2005
6) Hari Kecemerlangan Ko-kurikulum 2005
Tarikh: 1 Oktober 2005
7) Hari Kanak-kanak 2005
Tarikh: 4 Oktober 2005
Gambar PSS semasa lawatan:
Penyelidikan ini dilaksanakan di lima belas buah pusat sumber sekolah dalam
daerah Ranau. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK. Datu Paduka Mat
Salleh Ranau, SMK. Ranau, SMKA. Mohamad Ali Ranau, SMK. Lohan
Ranau, SMK. Bundu Tuhan Ranau, SK. Pekan 2 Ranau, SK. Don Bosco
Ranau, SK. Kilimu Ranau, SK. Nalapak Ranau, SK.Bongkud Ranau, SK.
Pinausok Ranau, SK. Kundasang Ranau, SK. Kituntul Ranau, SK. Narawang
Ranau, SK. Lohan Ranau
Tujuannya adalah untuk mengesan perkembangan Pusat-pusat Sumber Sekolah
(PSS) di sekolah-sekolah berkenaan setelah sekolah -sekolah ini dipantau mulai
tahun 2006. Dalam konteks perkembangan PSS ini, di antara aspek-aspek yang
ditinjau ialah kesan-kesan pemanauan dari segi aktiviti, pemprosesan bahan,
keadaan bahan yang telah dibekalkan, kekerapan penggunaan, organisasi
prasarana dan keperluan guru-guru. Kaedah kajian kes telah digunakan untuk
kajian ini, maklumat kajian diperolehi melalui kaedah temubual, pengisian borang
soal selidik oleh responden, penggunaan senarai semak, pemeriksaan rekod
serta pemerhatian oleh pihak penyelidik.
Item-item di dalam borang soal selidik dijadikan asas kepada penyelidik untuk
menjalankan temu bual kepada pihak responden. Senarai semak pula digunakan
untuk mendapatkan maklumat asas berkenaan dengan kemudahan dan
peralatan yang tedapat di perpustakaan, bilik tayangan serta setor bahan media.
Dapatan kajian difokuskan kepada aspek-aspek organisasi prasarana dan
keperluannya, kekerapan penggunaannya, keadaan bahan-bahan sumber serta
kesan-kesan projek. Dari segi kesan projek, dapatan penyelidikan ini
menunjukkan bahawa bilangan buku dan peralatan sumber pengajaran-
pembelajaran di PSS telah ditambah.
Beberapa masalah pengurusan telah dikenalpasti dan perlu diberi perhatian
dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanannya, antaranya ialah:
i. Peralatan bahan sumber pengajaran-pembelajaran yang tidak
lengkap pemasangannya.
ii. Penggunan kurang berminat untuk menggunakan beberapa jenis
bahan sumber kerana mereka tidak mahir untuk mengendalikannya.
iii. Kakitangan yang menguruskan PSS kurang berpengetahuan dalam
aspek penggurusannya. Walaupun sistem klasifikasi Dewey digunakan
untuk mengkatalog buku-buku PSS tetapi kad katalog untuk buku-buku
berkenaan tidak disediakan di PSS berkenaan.
iv. Tidak terdapat sistem yang berkesan untuk penyelenggaraan
peralatan. Di samping itu, bahan-bahan yang dibekalkan tidak diberi
tanda pengenalan.
v. Ruang PSS tidak digunakan secara maksimum.
vi. Peruntukan kewangan untuk PSS tidak digunakan sepenuhnya.
Dari segi penggunanya pula dapatan menunjukkan:
i. Buku-buku fiksyen lebih banyak dipinjam oleh pelajar, terutama
buku-buku bergambar yang bersaiz hurufnya agak besar . Sebaliknya,
buku-buku bukan fiksyen kurang diminati dan dipinjam.
ii. Penggunaan bahan-bahan sumber pendidikan oleh guru-guru
adalah berbeza. Guru-guru lebih gemar menggunakan Alat Bantu
Mengajar (ABM) bukan elektronik.
iii. Penggunaan PSS adalah secara formal , dimana perpustakaan
lebih kerap digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pelanjutan kegiatan pengajaran dan pembelajaran.
iv. Kurang bukti menunjukkkan wujudnya integrasi di antara PSS
dengan aktiviti kurikulum di sekolah kerana para guru kurang
berpengetahuan untuk menggunakan PSS secara yang berkesan.
v. Murid-murid tahun 2-6 banyak meminjam buku daripada PSS.
Sebaliknya murid-murid tahun 1 kurang membuat pinjaman kerana
merreka mendapat kemudahan tersebut melalui sudut bacaan yang
disediakan dibilik darjah masing-masing.
vi. Penggunaan PSS adalah bermusim dan promosi penggunanya
kurang berkesan.
vii. Wujudnya persaingan di antara bilik PSS dengan bilik darjah.
Terdapat pihak sekolah yang menukar PSS untuk dijadikan bilik darjah
apabila keperluan bilik darjah lebih mendesak akibat daripada
pertambahan pelajar. PSS juga digunakan sebagai tempat untuk kelas
pemulihan.
viii. Penggunaan bilik akses komputer telah dijalankan secara
maksimum.
Dalam aspek organisasi , dapatan menunjukkan struktur organisasi PSS adalah
mengikut model yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan penggunaan PSS, kajian
ini memperakui supaya:
i. Guru-guru yang mengendalikan PSS (termasuk guru-guru
daripada sekolah-sekolah kecil) perlu diberi latihan kursus dalam
aspek pengurusan PSS.
ii. Peruntukan masa mengajar yang wajar mesti diberikan kepada
guru-guru PSS bagi memastikan mereka dapat berusaha untuk
mempertingkatkan keberkesanan pengurusan PSS.
iii. Bimbingan perlu diberi kepada guru-guru dalam aspek
penggunaan ABM.
iv. Bantuan kepada sekolah-sekolah kecil dari segi kemudahan
hendaklah diteruskan.
v. Aspek-aspek pengurusan yang perlu diberikan perhatian
utama ialah:
a. mengkaji satu sistem pembelian bagi sekolah PTJ dan PCG
b. mengadakan satu sistem penandaan barangan dan pengkatalogan.
c. mempertingkatkan latihan pengurusan untuk kakitangan PSS dan
penyelenggara peralatan.
SMK JAWI
Cadangan Aktiviti Nilam
Written by Administrator
Cadangan Aktiviti-aktiviti Galakan Membaca Peringkat Sekolah
(di bawah Program NILAM) sumbangan PSPN
1. Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang
dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat
buku’.
2. Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai
rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman
membaca.
3. Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca,
menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau
sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.
5. Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu
demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
6. Ulasan Buku Mobail - Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk
memaparkan ulasan buku di bilik darjah.
7. Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang
dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
8. Baris Demi Baris – Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk
memahami sebuah puisi dengan baik.
9. Mengumpul Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul
perkataan menurut ‘Kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.
10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita
yang dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita
yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.
11. Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran
tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya
masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya
kemudian.
12. Halaman Masalah - Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam
sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk
surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.
13. Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen
berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.
14. Urutan – Pelajar menambahkan satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang
disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.
15. Apa Yang Diberitahu Kepada kamu? - Pelajar membaca sepintas lalu beberapa
perenggan daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea utama peranggan-
peranggan itu.
16. Pesan Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan
novel untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam karyanya.
17. Luaskan Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan
kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan
menggunakan segala maklumat tentang watak utama. dia memerihalkan kedaan watak itu
pada zaman kanak-kanak.
18. Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang
sesebuah cerita denagan menterjemahkannya ke dalam bentuk alkonan, dan kemudian
melakonkannya di dalam kelas.
19. Tamu Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin
menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan “Tamu Minggu Ini”. Oleh itu dai
terpaksa menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, kelurga dan
pencapaiannya.
20. Membanding Dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk
membandingkan kedaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang
dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita.
21. Merentas Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan
maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.
22. Mengumpul Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak
disekeliling satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan tajuk
itu dan kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah.
23. Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada
ensaiklopedia dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat sebuah
buku.
24. Berkongsi Dan Berbincang – Berpasang, pelajar menerokai dan membaca bersama-
sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang dipilih mereka.
25. Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan
mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah cerita yang telah dibaca.
26. Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seorang tokoh yang diminati
menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi.
27. Cari Khazanah! – Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis arahan dan
membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari
khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu.
28. Membaca Gambar Rajah – Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang
dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan
mendengar gambarannya.
29. Surat Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari
aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.
30. Buku Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa berrsama buku dimana-mana saja mereka
berada.
31. Projek Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh
guru kelas. Buku sentiasa ditukar ganti.
32. Anotasi Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses
pengajaran dan pembelajaran.
33. Khemah Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran
pengendalikan maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan
projek dan persembahan diakhir kursus.
34. Kuiz Bestari – Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.
35. 30/40 Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai
mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan
semua warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu
tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca.
36. Minggu Galakan Membaca – AJK memilih minggu yang berseuaian. Aktiviti yang
dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.
37. Buku Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petaikan
majalah dan akhbar.
38. Wadah Bestari – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih
watak berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku
dihasilkan. Hasil yangh baik diberi ganjaran.
39. Menulis Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak
berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku duhasilkan.
Hasil yang baik diberi ganjaran.
40. Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya
buku yang dipertandingkan tiada mempunyai kulit (buku rosak – baikpulihkan).
41. Projek Berwawasan – Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis,
ulasan, perkataan baru dalam buku rekod membaca.
42. Hentian Ilmu/laluan Iqra – Bahan bacaan diletakan disudut-sudut tertentu untuk
dibaca oleh murid-murid pada waktu rehat.
43. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan
kepada 100 orang rakannya.
44. Projek Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru
mengikut jadual ditempat-tempat yang dinayatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing
akan membantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak
boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui
tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. pelajar yang lebih baik
kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk
grafik, komik, kartun, dan kulit buku.
45. Program ‘Walking Dictionary’ – Pelajar memakai tag nama dimana perkataan
perbendaraan kata bagi minggu itu diperkenalkan.
Ke Arah Pusat Sumber Cemerlang
Written by Administrator
KE ARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG
1. Kemudahan Fizikal, Peralatan & Bahan
1.1 Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM
Terletak di tempat yang strategik.
1.2 Susun Atur Bilik/Ruang
Bilik dan ruang mencukupi untuk menampung sekurang-kurangnya 10% enrolmen
pelajar. Ini termasuk bilik dan ruang untuk kaunter, pameran, perabot, bahan/rujukan,
tayangan, belajar secara individu dan kumpulan, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
1.3 Perabot
Kelengkapan perabot yang mencukupi dan memuaskan, termasuk kaunter, rak buku,
kerusi, meja, papan maklumat dll.
1.4 Bahan Cetak
Mempunyai pelbagai bahan cetak yang menepati kualiti dan kuantiti. Ini termasuk buku,
akhbar, majalah, jurnal, risalah, peta, carta dll.
1.5 Bahan Bukan Cetak
Koleksi pelbagai bahan bukan cetak. Ini termasuk model, globe, transparensi, slaid, kaset
audio & video, CD dll.
1.6 Peralatan
Mempunyai peralatan elektronik atau bukan elektronik yang mencukupi. Ini termasuk
OHP, pellbagai projektor, radio kaset, TV, VCR, kamera, komputer dll.
1.7 Alat Keselamatan
Mempunyai alat pemadam api, pelan keselamatan, peraturan keselamatan beserta arahan-
arahan dan peti kecemasan.
2. Pengurusan dan Pengelolaan
2.1 Struktur Organisasi
Menyediakan dan mempamerkan struktur organisasi PSS yang lengkap. Ini termasuk JK
Induk, JK Kerja, JK Panitia Mata pelajaran dan Pengawas Perpustakaan.
2.2 Rancangan Tahunan
Menyediakan rancangan tahunan yang lengkap. Dikemukakan dalam mesyuarat JK
kurikulum atau mesyuarat guru supaya semua aktiviti akan dimasukkan dalam takwim
sekolah.
2.3 Dokumen dan Rekod
Pengurusan PSS perlu ada pelbagai rekod dan dokumen:
2.3.1 Fail kuasa
1. Peraturan-peraturan
2. Buku stok perolehan
3. Rekod pinjaman
4. Semakan stok dan hapus kira
5. Belanjawan dan perbelanjaan
6. Penyenggaraan
7. Aktiviti dan kajian
8. Pencapaian dan kejayaan
2.3.2 Pengelolaan koleksi – Semua koleksi PSS perlu dikelolakan dengan baik. Ini
termasuk indeksing, pengkelasan, pengkatalogan dan automasi. Katalog buku dan bahan
bukan buku perlu dipusatkan (centralised) bagi memudahkan pengguna.
2.3.3 Pengelolaan perabot, kelengkapan serta peralatan perlu direkod dan dikelolakan
dengan baik.
2.4 Keceriaan
Keadaan dalam dan luar PSS perlu kemas dan ceria untuk menarik minat pengunjung.
2.5 Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti
Penglibatan warga sekolah dan komuniti dalam membantu dan menyokong pengurusan
dan pengelolaan PSS.
3. Penggunaan PSS
3.1 Waktu Operasi
Setiap sekolah perlu memperuntukan waktu yang sesuai untuk pengguna berkunjung ke
PSS.
3.2 Jadual Waktu
Jadual waktu lengkap tentang penggunaan PSS perlu disediakan dan dipamerkan di
tempat-tempat yang mudah dibaca oleh pengguna.
3.3 Urusan Pinjaman
Semua urusan pinjaman yang melibatkan guru dan pelajar perlu diurus dengan sempurna
dan direkodkan. Ia meliputi pinjaman secara individu juga kelompok.
3.4 Penggunaan TVP
Penggunaan TVP secara `on-air’ atau `off-air’ perlu digalakkan. Sediakan jadual waktu
khas dan rekodkan penggunaannya.
3.5 Pameran
Menganjurkan aktiviri pameran dari masa ke masa mengikut tema tertentu.
3.6 Aktiviti Galakan
Menjalankan pelbagai aktiviti galakan untuk menarik pengguna datang ke PSS.
3.7 Pembelajaran Kendiri
Perlu disediakan ruang/sudut pembelajaran kendiri. Rekod penggunaannya perlu
disediakan dengan sempurna.
3.8 Bahan Promosi/Publisiti
Mengadakan pelbagai bahan promosi untuk menggalak pengguna seperti sesi orientasi,
ceramah buku , penerbitan brosur dan senarai bahan baru.
3.9 Kemahiran Maklumat
Mengadakan latihan, kursus atau bengkel kemahiran maklumat dan IT kepada pelajar dan
guru-guru dari masa ke masa.
3.10 Menghasilkan Bahan dan Perisian
Sentiasa memberi kemudahan kepada pelajar dan guru untuk menghasilkan bahan dan
perisian untuk membantu proses P & P.
4. Program NILAM
4.1 Pengurusan Program
Program perlu diurus dengan sistematik. Adanya Jawatankuasa, senarai dan pembahagian
tugas.
4.2 Pelaksanaan Tugas
Semua pelajar terlibat.
4.3 Dokumen dan Rekod
Rekod pengguna diurus dengan baik. Ini termasuklah rekod pelajar; rekod guru
matapelajaran khususnya matapelajaran BM dan BI; rekod guru kelas dan tingkatan; dan
rekod sekolah. Rekod-rekod ini diketahui oleh masyarakat sekolah.
4.4 Pencapaian
Perlu ada beberapa peratus pelajar mencapai tahap Jauhari dan Rakan Pembaca.
4.5 Pengiktirafan
Pengiktirafan pencapaian semua pelajar direkodkan ke dalam buku rekod pelajar dan
adanya system pengiktirafan yang formal. Contohnya, dengan mengeluarkan sijil.
5. Program Peningkatan PSS
5.1 Rancangan Pembangunan Jangka Panjang
Setiap PSS sepatutnya mempunyai perancangan jangka panjang yang konkrit dan
menyeluruh untuk meningkatkan PSS dalam jangka masa 3 hingga 5 tahun.
6.2 Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS
Mempunyai perancangan yang khusus untuk mempertingkatkan kemudahan bilik/ruang,
peralatan, kelengkapan dan koleksi bahan berasaskan ICT terkini bagi menampung
keperluan semasa.
6.3 Pengautomasian
Melaksanakan pengurusan dan pengelolaan PSS secara elektronik. 6.4 Kewangan
Melaksanakan pelbagai aktiviti secara berterusan untu menambah sumber kewangan.
6.5 Kewangan PSS
Menggunakan sumber kewangan yang diperoleh dengan sebaik mungkin untuk
mempertingkatkan PSS. Rekod penggunaan perlu disediakan dengan sempurna.
6.6 Latihan Kemahiran
Merancang dan melaksanakan program latihan, khususnya yang berkaitan dengan
teknologi terkini untuk mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan PSS.
6.7 Penilaian dan Kajian
Untuk meningkatkan mutu pengurusan dan penggunaan PSS, penilaian dan kajian
keperluan perlu dijalankan secara berterusan.
7. Jadikan PSS Cemerlang 2000, 2001 dan 2002 sebagai contoh kerana semua PSS
yang berjaya telah menunjukkan ciri-ciri positif seperti berikut:
1.
1. Sekolah dilihat Sebagai Satu Keluarga. Apa jua program yang diadakan
pasti semua akan terlibat secara ‘total’ – dari Pengetua/Guru Besar
hinggalah kepada guru-guru, kakitangan sokongan dan ibubapa.
2. Pengetua/Guru Besar Berfikiran Terbuka - sentiasa bersedia dan mahu
menerima idea baru/luar semata-mata untuk kecemerlangan sekolahnya.
3. Mempunyai Perancangan Strategik.
4. Memahami Konsep, Peranan dan Fungsi PSS.
5. Menjadikan PSS payung kepada segala aktiviti pemerolehan, penghasilan
dan penggunaan sumber.
6. Penglibatan panitia matapelajaran dalam Jawatankuasa PSS secara
langsung mempertingkatkan penggunaan PSS dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
7. Mengadakan pelbagai program bagi memastikan PSS digunakan ke
peringkat optimum.
8. Tempat dan ruang yang ada digunakan sepenuhnya bagi menjana
pemikiran aktif dan kreatif pelajar.
9. Kekurangan yang ada tidak dilihat sebagai masalah, tetapi sebagai cabaran
dan lantas menjadi lebih kreatif dan inovatif.
10. Perkembangan dan kemudahan teknologi baru digunakan sepenuhnya
samada untuk automasi PSS mahupun membina perisian dan mewujudkan
laman web.
11. Kehadiran kemudahan dan sumber teknologi terkini seperti CD-ROM dan
INTERNET tidak menjejaskan penggunaan sumber tradisional seperti
carta, pita video dan sebagainya. Malah bahan-bahan tradisi ini tetap
diurus, dikelola dengan baik dan digunakan secara optimum.
PELAKSANAAN
Pada dasarnya setiap negeri akan mencalonkan 4 buah PSS Cemerlang peringkat negeri
( satu PSS Rendah Bandar, satu PSS Rendah Luar Bandar, satu PSS Menengah Bandar
dan satu PSS menengah Luar Bandar) untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.
Penilaian dibuat berasaskan prestasi PSS sepanjang tahun 2003 dan 2004. Namun begitu
aspek-aspek berterusan dan kesinambungan tentang pelaksanaan program PSS turut
diambilkira dan dipertimbangan. Skop dan bidang yang ditetapkan dalam penilaian ialah:-
1.
1. Bahagian I – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan (10%)(Lokasi PSS
Induk & Bilik Media/BBM, Ruang/ Kemudahan Tambahan, Susunatur
Bilik dan Ruang, Perabot dan Kelengkapan, Bahan Cetak, Bahan Bukan
Cetak, Peralatan, Alat Keselamatan) 6.1.2
2. Bahagian II – Pengurusan dan Pengelolaan PSS (15%)(Struktur
Organisasi, Rancangan Tahunan, Pengurusan Kewangan PSS, Dokumen
dan Rekod – Pengurusan PSS, Pengelolaan Koleksi, Pengelolaan Peralatan,
Pengelolaan Perabot dan Kelengkapan, Keceriaan, Penglibatan Warga
Sekolah dan Komuniti)
3. Bahagian III - Penggunaan PSS (40%)(Waktu operasi PSS, Jadual waktu,
Pinjam-Meminjam –Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan,
Pinjaman Secara Kelompok, Penggunaan Rancangan TV Pendidikan,
Aktiviti Pameran, Aktiviti Galakan, Pembelajaran Kendiri, Bahan
Promosi/Publisiti, Kemahiran Maklumat, Penghasilan Bahan dan Perisian)
4. Bahagian IV - Program Gerakan Membaca (20%)(Pengurusan Program
Gerakan Membaca, Pelaksanaan, Dokumen dan Rekod, Pencapaian,
Pengiktirafan)
5. Bahagian V - Program Peningkatan PSS (10%)(Rancangan Pembangunan
Jangka Panjang, Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS, Pengautomasian,
Kewangan PSS, Penggunaan Sumber Kewangan, Latihan Kemahiran,
Penilaian dan Kajian)
6. Bahagian VI - Kriteria Khusus (5%)(Ciri Keistimewaan yang tidak
termasuk dalam Bahagian I hingga V)
Sektor Perkhidmatan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Feb 2004
TABIAT MEMBACA : DIMANAKAH RAKYAT MALAYSIA
Written by Administrator
Dalam era informasi ini, masyarakat Malaysia seharusnya memperlengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan melalui pambacaan untuk menangani cabaran semasa.ironsnya,
tabiat gemar membaca di kalang masyarakat Malaysia semakin merosot mengikut
peredaran masa. Menurut perangkaan yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia
pada tahin 1996, purata membaca setiap orang rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku
setahun. Fakta ini amat menyedihkan kerana sedangkan negara kita sedang bergerak
menuju wawasan 2020 yang baeteraskan teknologi maklumat,masyarakat Malaysia
semakin jauh ketinggalan dalam pemikiran mereta.
Apakah sebabnya buku-buku ilmiah menjadi makanan anai-anai walaupun kadar celik
huruf negara Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia? Kecanggihan media
elektronik, terutamanya televisyen adalah antara faktor penyebab orang tidak gemar
membaca. Malaysia Malaysia kini umumnya lebih suka duduk menonton televisyen pada
masa lapang berbanding dengan membaca buku. Sementelahan itu, sistem pendidikan
negara kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan mungkin menyumbang ke arah
kemerosotan minat membaca di kalangan masyarakat. Oleh sebab tumpuan yang lebih
diberikan untuk buku-buku teks yang akan menjamin kecemerlangan dalam peperiksaan,
para pelajar tidak ada masa untuk membaca buku-buku di luar bidang pengajian mereka.
Dewasa ini, bahan-bahan picisan dan semiprono membanjiri pasaran buku di negara kita.
Keaadaan ini telah menyebabkan buku-buku ilmiah kuarang mendapat sambutan di
kalangan masyarakat Malaysia.
Dalam hal ini, kerajaan perlu mengadakan kempen membaca dari masa ke masa untuk
memupuk minat membaca di kalangan masyarakat. Kempen-kempen inin tidak harus
terhad di kawasan tertentu sahaja, sebaliknya diadakan secara meluas di seluruh pelosok
negara, termasuklah kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman. Sehubungan itu,
kerajaan perlu menggunakan saluran media massa untuk mempromosikan kempen
membaca yang diadakan supaya matlamat melahirkan masyarakat yang suka membaca
tercapai. Kerajaan juga wajar mengurangkan cukai jualan atau penerbitan buku supaya
harga buku dapat dikurangkan. Sekiranya harga buku tidak terlalu mahal dan mampu
dibeli oleh orang ramai, nescaya jualan buku akan menjadi laris dan keadaan ini
seterusnya dapat memupuk minat membaca di kalangan masyarakat.
Selain itu, pihak sekolah juga harus mengadakan ceramah kesedaran membaca di sekolah
untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Minggu yang tertentu juga patut
ditetapkan sebagai “Minggu Membaca” oleh pihak sekolah. Sepanjang “Minggu
Membaca” ini, aktiviti-aktiviti seperti pertandingan membaca yang bertujuan untuk
menyuburkan minat membaca di kalangan pelajar harus diadakan, bak kata pepatah
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pada masa kini, masih terdapat banyak sekolah
di negara kita yang tidak mempunyai perpustakaan atau pusat sumber yang lengkap,
lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Sesungguhnya, keadaan ini menjadi penghalang
kepada sesetengah pelajar yang miskin untuk mengamalkan tabiat membaca. Oleh itu,
pihak sekolah seharusnya berusaha menyediakan pusat sumber yang mempunyai
kemudahan lengkap serta buku-buku yang berkualiti tinggi.
Di samping itu, pihak penerbitan swasta perlu meningkatkan penerbitan buku-buku ilmiah
yang sesuai untuk tatapan pembaca. Selain Dewan Bahasa & Pustaka, tidak banyak lagi
penerbit swasta yang menjadikan buku ilmiah sebagai agenda utama perniagaan mereka.
Pihak penerbitan swasta ini masing-masing memilih untuk menerbitkan bahan bacaan
yang sentiasa mendapat sambutan dan cepat pula mendatangkan laba, misalnya bahan-
bahan picisan yang menonjolkan seks dan juga nilai-nilai biru yang lain. Oleh sebab itu,
pihak penerbitan wajar menukar haluan dan melaksanakan tanggungjawab sosial mereka
bagi mengangkat martabat dan memupuk budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Pihak penerbitan juga tidak harus menjadikan perolehan keuntungan sebagai perkiraan
utama semasa menerbitkan buku-buku. Sebaliknya, mereka perlu senantiasa memastikan
hraga buku-buku adalah berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.
Seboleh-bolehnya para penerbit harus mengadakan pesta-pesta buku sebulan-sekali dan
memberikan diskaun untuk menarik orang ramai membeli buku-buku.
‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’, peranan ibu bapa dalam memupuk minat
membaca di kalangan anak-anak amatlah penting. Ibu bapa seharusnya mengamalkan
tabiat membaca untuk menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka.
Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan minat kepada kanak-kanak untuk
membaca. Selain itu, ibu bapa perlu menimbulkan suasana yang akan membiasakan diri
kanak-kanak dengan bahan bercetak atau buku. Salah satu caranya adalah dengan
menyediakan perpustakaan mini di rumah supaya anak-anak terdedah kepada bahan-
bahan bacaan pada usia yang muda lagi. Ibu bapa juga harus memilih hadiah yang sesuai
untuk anak-anak mereka yang masih kecil seperti buku cerita yang mempunyai ilustrasi
gambar. Lama-kelamaan, minat membaca akan tertanam dalam sanubari anak-anak
mereka secara automatik.
Natijahnya, usaha memupuk minat membaca di kalangan orang ramai perlu
dilakukan dengan bersungguh-sungguh sebagai salah satu priority negara. Sesungguhnya,
jambatan kepada penguasaan ilmu itu adalah membaca seperti yang digambarkan melalui
firman Al-Quran yang berbunyi ‘bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan’.
Sekiranya masyarakat Malaysia tidak mempunyai ilmu yang tulen dan bernilai, Wawasan
2020 akan terus menjadi angan-angan yang tidak dapat direalisasikan.
TABIAT MEMBACA MENYEMPURNAKAN HIDUP KITA
Written by Administrator
Oleh: DR. SIDEK BABA
TABIAT membaca ialah suatu amalan yang baik untuk mendedahkan diri seseorang
kepada ilmu pengetahuan dan peristiwa. Tabiat membaca seperti orang memakan nasi.
Tanpa makanan, ibarat tidak lengkap hidup ini. Tanpa membaca ibarat tidak sempurna
kehidupan hariannya. Seseorang yang mempunyai tabiat membaca yang baik bukan saja
mempunyai minat yang tinggi terhadap pengetahuan, maklumat dan ilmu tetapi
menyebabkan dorongan untuk membaca tidak boleh disekat. Dia akan membaca di mana
saja dan kadang-kadang membaca apa saja. Tanpa bahan yang dibaca dia menjadi resah.
Membaca baginya suatu kepuasan. Menerusi pembacaan seseorang dapat menambahkan
maklumat, meluaskan pengetahuan, meningkatkan penguasaan ilmu dan memahami
sesuatu peristiwa yang berlaku.Islam memang agama yang menganjurkan manusia
membaca. Ayat yang pertama daripada Allah kepada Nabi kita ialah 'Iqra' atau 'Bacalah'.
Al-Quran juga mengingatkan manusia tentang kepentingan akal iaitu 'Afala ya'qilun'
untuk membolehkan manusia berfikir. Jalan mengembangkan pemikiran ialah menerusi
membaca.
Amalan membaca yang tinggi menjadikan seseorang itu mempunyai ilmu dan
pengetahuan yang lebih. Allah juga memberikan pedoman bahawa tidak sama darjat
orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Darjat ilmu boleh didapati menerusi
pembacaan. Islam juga menganjurkan umatnya bukan saja membaca sesuatu dari sudut
yang tersurat tetapi mengkaji juga apa yang tersirat. Membaca apa yang tersurat saja
faedah keilmuannya mungkin terbatas tetapi mendalami apa yang tersirat memberi
manfaat yang besar kepada seseorang.Banyak yang boleh kita andaikan sekiranya remaja
hari ini tidak minat membaca. Pertama, remaja akan ketinggalan untuk tahu
perkembangan pesat yang berlaku di dunia hari ini. Dunia hari ini berada di bawah
telunjuk globalisasi yang menjadikan maklumat dan ilmu sebagai asas perkembangannya.
Sekiranya remaja tidak gemar membaca dan kalau membaca pun menumpukan perhatian
kepada hal-hal yang ringan dan bercorak hiburan, gosip, hal-hal picisan, tahyul, kisah-
kisah artis dan penghibur semasa, dia tidak mencanai dan mengembangkan ilmu. Kedua,
tanpa bahan-bahan baik yang dibaca, remaja tidak akan melatih diri untuk berfikir dan
menganalisis. Generasi yang tidak berfikir tidak akan menghasilkan idea-idea yang
bermakna. Dalam buku terkandung sumber maklumat dan ilmu yang amat berguna untuk
remaja. Buku merakamkan idea-idea yang berbagai-bagai, menghimpunkan analisis
manusia tentang sesuatu peristiwa atau keadaan dan mencatatkan fakta dan data yang
ditemui penulis dan pengkaji terhadap pelbagai perkara. Buku membantu remaja
berkongsi, mengetahui dan mendapat jalan ilmu tentang perubahan dan
kemajuan.Masyarakat Barat dan Jepun amat gemar membaca.
Membaca bukan saja menjadi tabiat sebahagian masyarakat mereka di segenap peringkat
tetapi juga menjadi sebati dan ketagihan. Jika tidak membaca ada semacam kekosongan
dalam hidup. Apabila mendapat bahan yang hendak dibaca ibarat seseorang mendapat
teman yang sangat dikasihi. Sebab itu orang Barat dan Jepun mampu menempa kemajuan
dan perubahan. Mereka membaca dalam kapal terbang, dalam kereta api, sambil
menunggu bas dan apabila ada masa terluang. Membaca dihubungkan rapat dengan
kesempatan membaca.Tabiat membaca mesti dipupuk dan dilatih sejak kecil lagi. Anak-
anak yang masih kecil elok didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang memikat minat
mereka membaca. Walaupun pada peringkat awal anak-anak suka melihat gambar atau
cerita-cerita yang bercorak kartun, galakan harus diberi supaya anak-anak suka membaca
cerita.
Lepas itu galakkan anak-anak membaca cerita yang menghiburkannya dan akhirnya
apabila tabiat sudah tumbuh berilah anak-anak bahan-bahan bacaan yang memberi
maklumat dan menambah ilmu. Apabila anak-anak meningkat remaja, ibu bapa harus
rajin membawanya ke kedai buku atau ke perpustakaan. Galakkan remaja menjadi ahli
kelab-kelab buku dan sediakan peruntukan bulanan untuknya membeli majalah dan buku-
buku yang berguna untuk mengembangkan minatnya membaca. Jadikan kebiasaan apabila
anak-anak berjaya, buku dijadikan hadiah. Bagi remaja, membaca buku teks kadang-
kadang menjadi suatu paksaan. Kalau tidak kerana tuntutan belajar dan ingin lulus dalam
peperiksaan, buku teks akan terbiar begitu saja.
Sesetengah pula berpendapat bahawa setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia, membaca
sudah tidak perlu lagi. Banyak masa remaja dihabiskan di hadapan media elektronik bagi
mendapatkan bahan-bahan yang bercorak hiburan, picisan malah kadang-kadang
melalaikan. Para remaja harus memupuk kecenderungan membaca bahan-bahan yang baik
dan berfaedah. Apa yang remaja baca ada kesannya pada minda, pada sikap mental malah
pada tanggapan dan hobi.Sebuah negara yang sedang menuju tahap negara maju seperti
Malaysia seharusnya memiliki generasi muda yang minat membaca. Ke-kuatan bagi
sesebuah negara yang bakal maju banyak bergantung kepada kemampuan ilmu
pengetahuan dan pemikiran rakyatnya. Ia bermula sejak zaman remaja lagi. Sekiranya
para remaja hanya cenderung membaca bahan-bahan ringan semata-mata dan tidak
memiliki minat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, maka globalisasi yang sedang kita
tempuh bakal menyebabkan kita terpinggir daripada arus maklumat, ilmu dan juga
kemajuan.
Proses negara maju harus seimbang dengan darjah berfikir rakyatnya. Darjah pemikiran
rakyat hanya boleh meningkat sekiranya proses mendapatkan maklumat, menguasai ilmu,
membandingkan bahan-bahan kajian dan meneliti penemuan-penemuan baru menerusi
pembacaan. Pembacaan boleh berlaku sama ada menerusi media cetak ataupun elektronik
seperti internet. Kekuatan tamadun dalam tradisi Islam antara lain berpunca daripada
kegemaran ilmuannya membaca. Mereka membaca tidak saja apa yang tersurat di dalam
al-Quran, tetapi membaca apa yang tersirat di dalamnya menerusi kaedah tafsir. Ayat-ayat
al-Quran tidak saja ditafsir secara literal ataupun secara luaran tetapi didalami maksud dan
hikmah di sebaliknya. Tidak saja ia dibaca untuk dapat pahala atau fadilat tetapi
menjadikan intisarinya amalan dan penghayatan.Para remaja Islam harus bersedia di
samping menghafaz dan membaca al-Quran, mereka harus ada kecenderungan untuk
mendalami isinya. Ayat-ayat al-Quran ada latar-turunnya (asbabun Nuzul) kerana wahyu
itu sendiri tidak turun dalam bentuk tekstual saja tetapi merujuk pada konteksnya atau
pada realiti semasa.
Kemampuan ulama tafsir ialah menggali intisari yang amat bernilai untuk pedoman
manusia. Sebab itulah ramai saintis Islam pada masa yang lalu menghafaz al-Quran pada
umur yang awal dan meneliti tafsirnya sebagai pedoman melakukan kajian dan penelitian.
Para remaja hari ini boleh menjadikan al-Quran dan tafsirnya yang berbagai-bagai sebagai
sumber mendapatkan ilmu dan hikmah. Setiap kalimah al-Quran yang dibaca oleh para
remaja akan diberikan ganjaran yang setimpal. Betapa kalau bacaan diikuti dengan
memahami isinya, para remaja akan mendapat kekuatan ilmu yang luar biasa sebagai
pedoman diri dan bimbingan hidup. Para remaja boleh membaca tafsir al-Quran yang
diusahakan oleh Hamka, Ahmad Sanhaji, Departmen Agama Indonesia dan Jabatan
Perdana Menteri Malaysia sebagai asas. Kemudian para remaja yang mampu boleh
melanjutkan lagi dengan membaca tafsir tulisan Syed Qutb, Yusof Ali, Muhammad
Assad, Ibn Kathir, al-Qurtubi dan banyak lagi. Membaca pelbagai tafsir tidak saja
memperkayakan khazanah fikir tetapi menyuburkan lagi talian zikir.Upaya fikir dan talian
zikir para remaja harus kuat.
Upaya fikir membolehkan remaja memiliki kekuatan akal untuk dikembangkan. Ilmu
yang bernilai daripada al-Quran membolehkan para remaja memiliki tabiat mendapatkan
ilmu yang baik, berguna dan bermanfaat yang dipimpin oleh Allah. Upaya zikir
membolehkan remaja memohon petunjuk dan hidayat daripada Pencipta. Apa yang remaja
fikirkan dengan kekuatan akalnya dan bentuk zikir yang menghubungkan dirinya dengan
Allah, membolehkan remaja mendapat pedoman dan ilmu yang mempunyai hikmah. Asas
fikir dan zikir dalam erti kata yang luas mampu membina tradisi membaca yang tinggi di
kalangan remaja kerana yang dibaca adalah sesuatu yang berguna dan sumber yang dibaca
adalah saluran petunjuk yang membolehkan budaya 'iqra' menyebati dalam jiwa dan hati,
dan itulah maksud membaca yang diredai Allah.*PROF. DR. SIDEK BABA ialah
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
PSS SMK SEAFIELD
Perancangan
Aktiviti dan Rancangan Jangka Pendek
Pada tahun ini, pihak PSS telah merancang beberapa aktiviti untuk mempergiatkan dan
meningkatkan kualiti perkhidmatan di Pusat Sumber, iaitu:-
a. Menghasilkan Kad Pintar untuk semua palajar
b. Pengkatalogan berkomputer bagi semua buku
c. Pengautomasian Pusat Sumber
d. Program tingkat membaca
Kad Pintar
Kad Pintar telah dihasilkan untuk menggantikan kad pinjaman lama. Kad Pintar ini digunakan
untuk meminjam dan memulangkan buku. Kad Pintar mempunyai ciri-ciri berikut:-
• Mempunyai warna tertentu untuk mewakili kategori ahli tertentu.
• Terdapat lencana sekolah dan maklumat peribadi pemilik seperti nama penuh
dan nombor kad pengenalan.
• Peraturan-peraturan berkenaan dengan peminjaman dan pemulangan buku PSS
dicetak di belakang kad.
• Setiap Kad Pintar diberikan "barcode" tertentu.
• Disaluti plastik untuk melindungi Kad Pintar yang boleh digunakan sepanjang 5
tahun.
Pengkatalogan Berkomputer
Untuk memudahkan kerja pengkatalogan, pihak PSS telah memulakan usaha memasukkan data
buku dan bukan buku ke dalam rekod-rekod berkomputer. Kerja ini dilakukan oleh Pengawas
Pusat Sumber yang terpilih. Program yang digunakan ialah Filemaker Pro yang memudahkan
pengendalian rekod-rekod yang besar. Di samping itu, "barcode" dilekat pada buku di bahagian
dalam kulit buku supaya pihak PSS boleh mengetahui di mana buku itu berada pada bila-bila
masa. Sejak tahun lalu, pengawas-pengawas baru dilatih dalam penggunaan sistem
pengkatalogan baru ini.
Dalam usaha pengkatalogan, pihak-pihak berikut terlibat dalam perancangan dan pengendalian
sistem berkomputer:-
• Penyelia – Penyelaras Pusat Sumber
• Jawatankuasa Data dan Statistik
• Pengawas-pengawas Pusat Sumber yang terpilih
Program Tingkat Membaca
Program tingkat membaca sebenarnya ialah beberapa aktiviti yang dijalankan untuk
menggalakkan penggunaan PSS seperti:-
• Program Nilam melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
• Setiap pelajar terlibat dalam program ini dan membuat rekod bacaan.
• Pertandingan membaca paling banyak buku diadakan dari bulan April hingga
bulan Ogos.
• Pertandingan meminjam dan menggunakan buku PSS juga diadakan pada
tempoh yang sama.
• Sudut Malaysiana juga disediakan di Pusat Sumber untuk mempamerkan buku-
buku yang berkaitan dengan ciri-ciri tanahair.
• Buku baru dan majalah terbaru dipamerkan di PSS dan dipromosikan dari masa
ke masa.
• Beberapa Perhentian Bacaan disediakan di sekitar sekolah dan dilengkapi
dengan majalah-majalah untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar.
Aktiviti dan Rancangan Jangka Panjang
Dalam jangkamasa panjang, pihak PSS merancang untuk:-
a. Dihubung dengan seluruh sekolah melalui Rangkaian Seafield.
b. Memperolehi jumlah koleksi bahan buku sebanyak 20,000 naskhah dalam
jangkamasa 5 tahun serta menambahkan bilangan bahan bukan buku yang sedia ada.
c. Menghawa-dinginkan seluruh Pusat Sumber.
d. Menggalakkan penggunaan Pusat Sumber secara meluas.
e. Meningkatkan lagi minat membaca di kalangan pelajar.
Rangkaian Seafield
Selari dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan penggunaan IT di kalangan pelajar,
pihak PSS sedang membuat persiapan untuk menghubungkan Pusat Sumber kepada Rangkaian
Seafield yang sedang disediakan di seluruh sekolah. Melalui rangkaian ini, pelajar-pelajar SMK
Seafield dapat mencari sebarang maklumat tentang sebarang bahan Pusat Sumber dari terminal-
terminal di Makmal Komputer atau sebarang tempat yang disediakan perkhidmatan IT.
Komputer di PSS akan dilengkapkan dengan kemudahan Internet. PSS akan dihubungkan
dengan perpustakaan awam dan pusat-pusat pengajian tinggi.
Penambahan Stok
Pihak PSS berwawasan untuk menambahkan koleksi buku kepada 50 000 buah naskhah dalam
jangkamasa 5 tahun dari sekarang. Pada masa sekarang, terdapat kira-kira 20 000 buah buku
yang telah diproses. Rancangan ini adalah perlu untuk menampung keperluan bilangan pelajar
yang semakin bertambah setiap tahun.
Pihak PSS juga ingin menambahkan bahan-bahan bukan buku seperti komputer, peta, carta, pita
rakaman dan transparensi OHP untuk membantu guru-guru dalam proses pengajaran.
Penghawa Dingin
Pihak PSS juga ingin melengkapkan seluruh Pusat Sumber dengan alat hawa dingin.
Sebenarnya, Pusat Sumber sudahpun dilengkapi dengan alat hawa dingin, tetapi alat hawa
dingin yang ada tidak mencukupi. Di samping itu, pihak PSS berharap sekolah mendapat
bantuan JKR untuk memperbaiki lagi sistem bekalan elektrik di Blok C.
Penggunaan PSS dengan Meluas
Semua rancangan di atas tiada makna jika tiada pelajar atau guru yang menggunakan Pusat
Sumber. Menjelang abad ke-21, pihak PSS akan cuba menggalakkan warga Sekolah Menengah
Kebangsaan Seafield supaya menggunakan Pusat Sumber dengan meluas dari pelbagai segi.
Pusat Sumber boleh menjadi tempat rujukan untuk sebarang projek ataupun kerja yang ingin
dilakukan. Sebarang maklumat akademik boleh dicari di dalam Pusat Sumber sebagai gedung
ilmu. Pusat Sumber akan menjadi pusat pengumpulan data, bukan sahaja dalam bentuk bahan
bacaan, tetapi juga dalam medium baru iaitu komputer.
Jadual waktu penggunaan perpustakaan dan Bilik APD akan disediakan bagi setiap bulan. Di
Bilik APD, guru bersama-sama dengan pelajar menggunakan bahan bantuan mengajar dalam
proses pengajaran-pembelajaran. Di perpustakaan, guru membimbing pelajar membaca buku
dan membuat rekod bacaan. Ceramah dan bengkel juga diadakan di PSS dari masa ke masa.
Program Tingkat Membaca
1. Program ini melibatkan setiap guru dan pelajar.
2. Setiap pelajar digalakkan membaca sekurang-kurangnya 8 naskhah buku
sebulan.
3. Pelajar mengetahui cara yang betul untuk membuat rekod bacaan.
4. Pelajar digalakkan meminjam dan membaca buku di PSS.
5. Pelajar seterusnya berminat dalam kerja penulisan seperti membuat ulasan
buku, menulis karangan dan sebagainya.
pssltr
DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat
untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang
lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ;
Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan
pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.
Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan
pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat
pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan
berkemahiran belajar sepanjang hayat.
APA I TU PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan:
Satu Tempat
Koleksi
Perkhidmatan
Agen Perubahan
OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH
Kecemerlangan pendidikan
Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penggunaan kemudahan
Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya
meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemupukan tabiat belajar
Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan
penggunaan maklumat secara sistematik.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penghasilan bahan
Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan
bahan pengajaran – pembelajaran
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkhidmatan pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di
kalangan pelajar – pelajar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemahiran maklumat
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH
1.Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah
dari mana - mana bahagian sekolah.
2.Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.
3.Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun
.
4.Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan ,
alatan dan maklumat.
5.Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.
6.Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran -
pembelajaran
7.Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum
CIRI-CIRI PUSAT SUMBER SEKOLAH YANG BERKESAN
1.Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah
dari mana - mana bahagian sekolah.
2.Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.
3.Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang
tahun .
4.Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan ,
alatan dan maklumat.
5.Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.
6.Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran -
pembelajaran
7.Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum
PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Keberkesanan pusat sumber memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematis. Sebagai
panduan, proses pengurusan tersebut dibahagikan kepada sepuluh langkah.
LANGKAH PERTAMA PENUBUHAN JAWATAN KUASA
A.Penubuhan Jawatan kuasa induk pusat sumber
* Guru Besar sebagai Pengerusi
* Guru Penolong Kanan Kurikulum sebagai Naib Pengerusi dan Penyelaras.
* Guru Penyelaras Pusat Sumber sebagai setiausaha, Guru Pusat Sumber, Guru
kanan mata pelajaran, Guru - guru kanan Persatuan / Kelab, wakil PIBG dan wakil
Lembaga Pengurus Sekolah sebagai Ahli - ahli Jawatankuasa.(Penubuhan Jawatan
Kuasa Pusat Sumber ini mestilah diubahsuai dengan keadaan sekolah masing –
masing)
B.Penubuhan Jawatankuasa kerja PSS
Ini terdiri daripada :
* Guru Penyelaras sebagai pengerusi.
* Pelajar yang mewakili tiap -tiap kelas sebagai ahli.
C. Pelantikan Pembantu perkeranian.
boleh diusahakan perlantikan mana - mana kakitangan sokongan sekolah yang
berkebolehan dan berminat untuk membantu kerja - kerja perkeranian. Ini mungkin terdiri
daripada kerani, juru taip atau pembantu am rendah atau mana - mana staf yang
diperuntukan oleh pihak pengurusan sekolah.
D. Penentuan Dan Pembahagian Bidang Tugas.
Bidang tugas jawatankuasa dan kakitangan hendaklah ditentukan dengan
jelas dan tidak timbal balik antara satusama lain.
•Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah.
* Guru Pusat Sumber (1).
* Guru Pusat Sumber (2).
* Jawatankuasa kerja pusat sumber.
* Pembantu pusat sumber.
LANGKAH KEDUA JAWATAN KUASA INDUK PSS
Rancangan pengoperasian PSS oleh Jawatankuasa induk :
a. Menggubal polisi pelaksanaan dan penggunaan Pusat Sumber.
b. Merancang peruntukan kewangan PSS dari segi mencadang dan mencariPunca
Kewangan
Untuk pelajar, mestilah ditegaskan perkara seperti berikut :
* Masa PSS dibuka.
* Kemudahan yang disediakan
* Pinjaman - bilangan bahan dan tempoh pinjaman.
* Keselamatan alatan dan bahan PSS.
* Disiplin dan lain -lain.
Untuk guru dan kakitangan, mestilah ditegaskan perkara -perkara berikut :
* Bahan -bahan yang boleh diguna dan dipinjam.
* Jadual dan masa mengguna serta meminjam bahan.
* Cara peminjaman dilakukan.
* Perkhidmatan Khas.
Menentukan sistem dan peraturan pinjaman bahan.
Bahan buku:
Biasanya digunakan sistem Brown, yakni menggunakan kad yang mempunyai butiran
peminjam dan tarikh pemulangan. Dalam pada itu harus ditentukan peraturan bagi :
* Pinjaman biasa.
* Pinjaman buku -buku khas.
* Pinjaman berkelompok ( bulk - loan )
Bahan bukan buku :
Perlu ada satu sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan.
Disamping itu perlujuga disediakan satu sistem pinjaman yang mudah untuk bahan - bahan
bukan buku.
LANGKAH KETIGA RANCANGAN PERKHIDMATAN
* Perkembngan fizikal pusat sumber.
* Perkembangan koleksi
* Perancangan promosi dan seranta.
* Perancangan aktiviti.
* Latihan pengurusan dan penggunaan PSS.
* Penilaian Pengurusan dan penggunaan PSS.
* Penghasilan bahan penganjuran pembelajaran, promosi dan panduan
LANGKAH KEEMPAT JAWATANKUASA KERJA
Latihan dan bengkel kepada jawatankuasa kerja pusat sumber yang terdiri dari pelajar
-pelajar bagi melaksanakan tugas -tugas bberikut :
i Memfail keratan akhbar dan menyusun bahan di rak.
ii. Membantu memproses bahan seperti melapik, mengguntung, melekat poker kad
pinjaman dan slip, tarikh pulangan dan melekat label.
iii. Mengurus pinjaman / pulangan bahan di kaunter edaran.
iv. Menjilid majalah dan surat khabar.
v. Menggunting suratkhabar / majalah yang telah ditentukan oleh guru pusat sumber
untuk tujuan fail tegak.
vi. Mengemas dan membersihkan bilik pusat sumber.
vii.Memperbaiki buku.
viii.Membantu guru pusat sumber di dalam mengendalikan pondok ilmu dan sudut
aktiviti.
ix. Membantu guru pusat sumber menghasilkan bahan pembelajaran
x. Mengambil bahagian di dalam rancangan siaraya ( radio sekolah
LANGKAH KELIMA KECERIAAN
Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
i. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabot, alat dan sebagainya mengikut
rancangan penggunaan.
ii. Susunan danperuntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang
diperlukan.
iii. Panduan dan label tunjuk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
iv. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan
mengguna maklumat.
v. Poster, carta dan gambar - gambar dilekatkan di tempat yang
bersesuaian.
LANGKAH KEENAM ORIENTASI
Pelaksanaan orientasi PSS kepada pelajar baru melalui aktiviti
penyampaian maklumat mengenai :
i. Jenis - jenis perkhidmatan yang dapat dimamfaatkan oleh pelajar.
ii. Peraturan dan panduan Pusat Sumber.
iii. Bahan pusat sumber dan penggunaannya mengikut keperluan pelajar.
iv. Kad ahli dan kegunaannya dan,
v. Mendapatkan profil pelajar bagi tujuan perolehan bahan selara dengan
minat dan keperluan pelajar
LANGKAH KETUJUH REKOD
Pengemaskinian rekod PSS dan memperbaharui pesanan akhbar dan
majalah jika perlu contoh rekod seperti berikut dan boleh diubahsuai
mengikut keperluan.
Setiap PSS perlu menyimpan dan mengemaskini rekod yang disimpan
iaitu :
* Rekod perolehan bahan
* Rekod pinjaman bahan
* Rekod penggunaan bahan.
* Rekod penggunaan kemudahan fizikal dan alatan.
* Rekod koleksi bahan.
* Rekod belanjawan.
* Lain -lain rekod yang difikirkan perlu.
LANGKAH KELAPAN PROMOSI
Melaksanakan promosi dan galakan penggunaan PSS yang dijadualkan untuk sepanjang
tahun.
A. Pameran bahan mengikut topok atau tema
B. Ceramah buku
C. Pertandingan yang berhubung dengan penggunaan pusat sumber.
D. Pameran poster -poster yanmg berkaitan dengan pusat sumber sama ada hasil pelajar
atau sumbangan dari badan - badan / jabatan - jabatan tertentu.
E. Mengadakan sesi bercerita, berlakon, menyanyi dan sebagainya
F. Membuat projek seperti model, carta dan sebagainya berdasarkan topik yang
dipelajari.
G. Kegiatan - kegiatanyang lain untuk mempertingkatkan kemahiran penggunaan PSS.
LANGKAH KESEMBILAN AKTIVITI
Lawatan dan ceramah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pusat
maklumat yang lain.
Menganjurkan aktiviti yang ada kaitan dengan pusat sumber seperti :
i. Melawat perpustakaan awam
ii. Melawat pusat sumber sekolah yang lain.
iii.Melawat pesta buku.
iv.Melawat jabatan - jabatan kerajaan seperti Jabatan Penerangan.
vi.Menjemput penceramah dan tokoh untuk memberi ceramah mengikut topik yang
dikenalpasti
LANGKAH KESEPULUH PENYEMAKAN STOK
Penyemakan stok dijalankan bagi mengesan bahan yang :
* hilang* rosak* tidak sesuai * tidakdigunakan langsung * tidak kemaskini
LANGKAH KESEPULUH PENILAIAN
I. Kepentingan
Penilaian adalah penting untuk mengetahui :
* Kemajuan keseluruhan rancangan Pusaat Sumber Seolah.
* Kekurangan atau masalah yang mungkin ada.
* Membuat perancangan secara keseluruhan.
* Mengubahsuai atau memperbaiki rancangan yang sedang dijalankan.
II. Pendekatan
Pada umumnya penilaian dapat dilaporkan melalui cara - cara berikut :
* Bukti yang diperolehi dari membuat perbandingan dengan piawaian perpustakaan
tertentu.
* Berdasarkan hasil kaji selidik yang telah dilakukan kepada murid yang menggunakan
PSS.
* Data atau maklumat yang dikumpulkan oleh pihak PSS untuk satu tempoh tertentu.
* Pandangan atau ulasan yang dikemukakan oleh pihak yang terlibat dalam rancangan
PSS
III. Rekod yang disimpan
Penilaian boleh dilakukan berdasarkan rekod yang disimpan oleh pihak PSS dalam
aspek:
* Bilangan peminjam* Bilangan dan jenis bahan yang dipinjam * Perbelanjaan * Jenis
aktiviti
LANGKAH KESEPULUH PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN
Perangkaan atau maklumat yang diperlukan,diproses dan dianalisisa suparya satu
kesimpulan dapat dicapai mengenai prestasi PSS yang berkenaan. Biasanya maklumat
yang dikumpulkan itu digunakan juga dalam hubungan pemyeliaan berdasarkan
piawaian seperti berikut :
IV. Maklumbalas dan pendapat
Soal selidik boleh dijalankan secara bertulis atau lisan untuk mengumpulkan pendapat
dari guru dan pelajar mengenai rancangan PSS di sekolah - sekolah tertentu. Soalan
-soalan yang dikemukakan dalam kajian itu meliputi :
* Aspek -aspek umum-seperti perkhidmatan, jens aktiviti dan koleksi alatan dan bahan.
* Aspek aspek tertentu - seperti bahan bacaan, minat membaca,kekerapan penggunaan
dan sikap atau pandangan terhadap PSS.
V. Menanalisa dan menyebarkan hasil maklumat
Data - data yang telah dikumpul melalui pendekkatan tertentu itu haruslah diproses dan
dianalisia. Misalnya jika data yang dikumpul itu menunjukkan pada sesuatu bulan
bilangan peminjam itu berkurangan, maka hendaklah dianalisa dan ditentukan sebab
-sebab berlakunya kekurangan itu.
Setelah disediakan laporan penilaian,hasilnya patutlah disebarkan untuk makluman
umum dan jika perlu tindakan selanjutnya diambil.Hasil dapatan kajian penilaian itu
hendaklahdigunakan sebagai dasar atau panduan untuk peningkatan pengurusan dan
penggunaan PSS.
Aktiviti

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)Suhaida Anior
 
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)firdausent
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaUmmi Ismail
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Pengurusan bilik darjah bercirikan abad ke21
Pengurusan bilik darjah bercirikan abad ke21Pengurusan bilik darjah bercirikan abad ke21
Pengurusan bilik darjah bercirikan abad ke21amalinajohari94
 
Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21hibatullah92
 
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdfV6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdfshukrie ahmad
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmNorazelin Mat Isa
 
Standard 4 - Pemantauan PdP
Standard 4 - Pemantauan PdPStandard 4 - Pemantauan PdP
Standard 4 - Pemantauan PdPALSAFII
 
Sijil penghargaan 2015 camping
Sijil penghargaan 2015 campingSijil penghargaan 2015 camping
Sijil penghargaan 2015 campingali hadoon
 
PPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - Contoh
PPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - ContohPPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - Contoh
PPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - ContohCikgu Naqib
 
Penggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&PPenggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&PAdila Dila
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesionSairah Husin
 

Mais procurados (20)

RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimba
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Pengurusan bilik darjah bercirikan abad ke21
Pengurusan bilik darjah bercirikan abad ke21Pengurusan bilik darjah bercirikan abad ke21
Pengurusan bilik darjah bercirikan abad ke21
 
Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21
 
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdfV6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
 
Tajuk 6 EDUP2072
Tajuk 6 EDUP2072Tajuk 6 EDUP2072
Tajuk 6 EDUP2072
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
Standard 4 - Pemantauan PdP
Standard 4 - Pemantauan PdPStandard 4 - Pemantauan PdP
Standard 4 - Pemantauan PdP
 
Sijil penghargaan 2015 camping
Sijil penghargaan 2015 campingSijil penghargaan 2015 camping
Sijil penghargaan 2015 camping
 
PPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - Contoh
PPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - ContohPPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - Contoh
PPGB 2022 CIKGU NAQIB (SMKSPP, JOHOR) - Contoh
 
Penggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&PPenggunaan TMK dalam P&P
Penggunaan TMK dalam P&P
 
4. kbat matematik
4. kbat matematik4. kbat matematik
4. kbat matematik
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Kemahiran sosial
Kemahiran sosialKemahiran sosial
Kemahiran sosial
 
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion1. konsep mengajar sebagai satu profesion
1. konsep mengajar sebagai satu profesion
 

Destaque

Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukanTopik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukanBotol Budu
 
Flexible isometric board 2014
Flexible isometric board 2014Flexible isometric board 2014
Flexible isometric board 2014rohana jantan
 
Refleksi mini olahraga
Refleksi mini olahragaRefleksi mini olahraga
Refleksi mini olahragaEno Hanis
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahAzmie Trip
 
Projek inovasi dan rekacipta kelab cyberkids
Projek inovasi dan rekacipta kelab cyberkidsProjek inovasi dan rekacipta kelab cyberkids
Projek inovasi dan rekacipta kelab cyberkidsmyvi_v6
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internetKamal Muchtar
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif IslamiYusry Yusopp
 

Destaque (11)

Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukanTopik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
 
Flexible isometric board 2014
Flexible isometric board 2014Flexible isometric board 2014
Flexible isometric board 2014
 
Refleksi mini olahraga
Refleksi mini olahragaRefleksi mini olahraga
Refleksi mini olahraga
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
 
Projek inovasi dan rekacipta kelab cyberkids
Projek inovasi dan rekacipta kelab cyberkidsProjek inovasi dan rekacipta kelab cyberkids
Projek inovasi dan rekacipta kelab cyberkids
 
Memupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anak
Memupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anakMemupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anak
Memupuk Budaya Membaca Dalam Kalangan Anak-anak
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internet
 
Amalan membaca
Amalan membacaAmalan membaca
Amalan membaca
 
Keluarga saya
Keluarga sayaKeluarga saya
Keluarga saya
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 

Semelhante a Aktiviti

Laporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docx
Laporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docxLaporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docx
Laporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docxAnonymousPhQThoJsM
 
Laporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docx
Laporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docxLaporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docx
Laporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docxAnonymousPhQThoJsM
 
Program sekolah sdi maarif kota blitar th 2010, novi catur muspita
Program sekolah sdi maarif kota blitar th 2010, novi catur muspitaProgram sekolah sdi maarif kota blitar th 2010, novi catur muspita
Program sekolah sdi maarif kota blitar th 2010, novi catur muspitaUniversitas Islam Balitar
 
Ilmupendidikan
IlmupendidikanIlmupendidikan
Ilmupendidikansemua17an
 
EVAKIN .pptx
EVAKIN .pptxEVAKIN .pptx
EVAKIN .pptxRasBeem
 
Program kerja pembina kir 2014 2015
Program kerja pembina kir 2014 2015Program kerja pembina kir 2014 2015
Program kerja pembina kir 2014 2015Vira Adhi
 
Buku BSE Kelas 04 sd tematik 9 kayanya negeriku guru 2017
Buku BSE Kelas 04 sd tematik 9 kayanya negeriku guru 2017Buku BSE Kelas 04 sd tematik 9 kayanya negeriku guru 2017
Buku BSE Kelas 04 sd tematik 9 kayanya negeriku guru 2017FarahYudian
 
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdfaapdoank
 
AKSI NYATA SAERAN TENTANG Strategi IKM SMA N 1 Pwt 5 juli 2022.pptx
AKSI NYATA SAERAN TENTANG Strategi IKM SMA N 1 Pwt 5 juli 2022.pptxAKSI NYATA SAERAN TENTANG Strategi IKM SMA N 1 Pwt 5 juli 2022.pptx
AKSI NYATA SAERAN TENTANG Strategi IKM SMA N 1 Pwt 5 juli 2022.pptxSaeranSaeran
 
Kelas 4 tema 8 BG.pdf
Kelas 4 tema 8 BG.pdfKelas 4 tema 8 BG.pdf
Kelas 4 tema 8 BG.pdfSesuluhRetno
 
Laporan best prectice pkp desty
Laporan best prectice pkp  destyLaporan best prectice pkp  desty
Laporan best prectice pkp destyDesty Erni
 
bab10200015708 (1).pdf
bab10200015708 (1).pdfbab10200015708 (1).pdf
bab10200015708 (1).pdfYusmaYenti
 
Laporan Perantisan NPQEL Bandar Instek Nilai
Laporan Perantisan NPQEL Bandar Instek NilaiLaporan Perantisan NPQEL Bandar Instek Nilai
Laporan Perantisan NPQEL Bandar Instek NilaiRAMLIBINBABAMoe
 
Annisa nurul jannah
Annisa nurul jannahAnnisa nurul jannah
Annisa nurul jannahannisanj22
 
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanAssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanfiznina86
 
Threskia Christy Nahampun - TR Teks Proposal.docx
Threskia Christy Nahampun - TR Teks Proposal.docxThreskia Christy Nahampun - TR Teks Proposal.docx
Threskia Christy Nahampun - TR Teks Proposal.docxThreskiaChristyNaham
 

Semelhante a Aktiviti (20)

Laporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docx
Laporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docxLaporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docx
Laporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docx
 
Laporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docx
Laporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docxLaporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docx
Laporan Akhir _Adriana Lusy Heka(1)(1).docx
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
 
Program sekolah sdi maarif kota blitar th 2010, novi catur muspita
Program sekolah sdi maarif kota blitar th 2010, novi catur muspitaProgram sekolah sdi maarif kota blitar th 2010, novi catur muspita
Program sekolah sdi maarif kota blitar th 2010, novi catur muspita
 
Ilmupendidikan
IlmupendidikanIlmupendidikan
Ilmupendidikan
 
Paradigma Baru Alur Pengembangan Kurikulum Merdeka.pptx
Paradigma Baru Alur Pengembangan Kurikulum Merdeka.pptxParadigma Baru Alur Pengembangan Kurikulum Merdeka.pptx
Paradigma Baru Alur Pengembangan Kurikulum Merdeka.pptx
 
EVAKIN .pptx
EVAKIN .pptxEVAKIN .pptx
EVAKIN .pptx
 
Program kerja pembina kir 2014 2015
Program kerja pembina kir 2014 2015Program kerja pembina kir 2014 2015
Program kerja pembina kir 2014 2015
 
Buku BSE Kelas 04 sd tematik 9 kayanya negeriku guru 2017
Buku BSE Kelas 04 sd tematik 9 kayanya negeriku guru 2017Buku BSE Kelas 04 sd tematik 9 kayanya negeriku guru 2017
Buku BSE Kelas 04 sd tematik 9 kayanya negeriku guru 2017
 
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
 
AKSI NYATA SAERAN TENTANG Strategi IKM SMA N 1 Pwt 5 juli 2022.pptx
AKSI NYATA SAERAN TENTANG Strategi IKM SMA N 1 Pwt 5 juli 2022.pptxAKSI NYATA SAERAN TENTANG Strategi IKM SMA N 1 Pwt 5 juli 2022.pptx
AKSI NYATA SAERAN TENTANG Strategi IKM SMA N 1 Pwt 5 juli 2022.pptx
 
Combine
CombineCombine
Combine
 
Kelas 4 tema 8 BG.pdf
Kelas 4 tema 8 BG.pdfKelas 4 tema 8 BG.pdf
Kelas 4 tema 8 BG.pdf
 
Artikel baru
Artikel baruArtikel baru
Artikel baru
 
Laporan best prectice pkp desty
Laporan best prectice pkp  destyLaporan best prectice pkp  desty
Laporan best prectice pkp desty
 
bab10200015708 (1).pdf
bab10200015708 (1).pdfbab10200015708 (1).pdf
bab10200015708 (1).pdf
 
Laporan Perantisan NPQEL Bandar Instek Nilai
Laporan Perantisan NPQEL Bandar Instek NilaiLaporan Perantisan NPQEL Bandar Instek Nilai
Laporan Perantisan NPQEL Bandar Instek Nilai
 
Annisa nurul jannah
Annisa nurul jannahAnnisa nurul jannah
Annisa nurul jannah
 
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanAssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
 
Threskia Christy Nahampun - TR Teks Proposal.docx
Threskia Christy Nahampun - TR Teks Proposal.docxThreskia Christy Nahampun - TR Teks Proposal.docx
Threskia Christy Nahampun - TR Teks Proposal.docx
 

Aktiviti

  • 1. AKTIVITI-AKTIVITI SEKOLAH KURIKULUM Dalam menuju puncak aspirasi kegemilangannya, SK Sungai Nibong telah berusaha menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai segi iaitu: 1) Program Celik ICT 2) Projek Intensif Bahasa Inggeris 3) Projek Intensif Matematik 4) Projek Pemulihan Berkesan 5) Program Sokongan 1) Program Celik ICT Program ini adalah satu program 'pilot run' yang hanya diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4 sahaja. Ini adalah program perintis ke arah menggalakkan pelajar-pelajar berkecimpung dalam bidang ICT sejak mereka muda lagi. Kelas ini berjalan selama 12 minggu merangkumi kemahiran menaip, MS Word, Excel dan Powerpoint. Guru yang bertanggungjawab menjalankan program ini ialah Cik Hazliana bt Mohamad Hussin. 2) Projek Intensif Bahasa Inggeris dan Matematik Projek ini dijalankan untuk murid-murid tahun 4,5 dan 6 bagi meningkatkan lagi motivasi dan penguasaan murid-murid dalam matapelajaran-matapelajaran tersebut. Projek intensif ini dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat. Projek ini lebih
  • 2. berfokuskan aktiviti-aktiviti yang merangsang minat murid untuk belajar dan berusaha dengan lebih rajin lagi. Guru yang bertanggungjawab mengendalikan projek ini ialah semua guru yang mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik. 3) Projek Pemulihan Berkesan Projek ini diluaskan lagi sayapnya kepada murid-murid tahap 2 iaitu murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Projek ini dijalankan pada setiap hari Rabu dan Jumaat di mana guru pemulihan bertanggungjawab menjalani program ini perlu membasmi buta huruf dan meningkatkan abiliti murid dalam menguasai 3M. Tenaga pengajar untuk projek ini ialah Pn. Noor Zaini bt Che Daud. 4) Program Sokongan Program sokongan adalah lebih bertumpu kepada kelas-kelas tambahan dan kelas baucar tuisyen. Kelas-kelas tambahan lebih berfokus kepada murid-murid tahun 6 yang dijalankan 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Kelas ini dijalankan secara berselang-seli antara matapelajaran B. Melayu, B. Inggeris, Sains dan Matematik. Kelas baucar tuisyen pula bertumpu kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 di mana pendapatan ibu bapa mereka kurang dari RM 530. Matapelajaran yang terlibat ialah B. Melayu, B. Inggeris, Sains dan Matematik. Kelas ini dijalankan setiap hari Isnin hingga Khamis selama 36 jam. MOTIVASI Program-program motivasi adalah satu program yang menjadi pemangkin bukan sahaja kepada murid-murid tahun 6, tetapi juga kepada ibu bapa mereka. Program ini adalah dirangka oleh Pn Aida Rosmiza bt Mad Saad. Berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti motivasi yang telah dilaksanakan: 1) Program Motivasi Bersama Waris Murid Tahun 6/2005 Tajuk: Peranan Ibu bapa Dalam Pembelajaran dan Kecemerlangan Anak-anak. Tarikh: 5 Mac 2005 Penceramah: En Azmi b Hassan, Unit Kaunseling, USM P. Pinang)
  • 3. 2) Ceramah Motivasi Diri - Murid Tahun 6 Tarikh: 7 Mac 2005 Penceramah:En Zulkifli b Yaakob 3) Motivasi dan Teknik Menjawab Kertas B. Inggeris (Thn 6) Tarikh: 24 Mac 2005 Penceramah: En Emmanuel Gerard Xavier Dorai 4) Teknik Menjawab Kertas Bahasa Malaysia UPSR 2005 Tarikh: 16 Jun 2005 Penceramah: En Mohamad b Abdul Talib 5) Motivasi dan Teknik Menjawab Kertas Sains UPSR (Thn 6) Tarikh: 7 Julai 2005 Penceramah: En Asnal Hadi b Ahmad PANITIA DAN UNIT KHAS Dalam usaha pembentukan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, panitia-panitia dan unit khas seperti Makmal Komputer dan Pusat Sumber telah bergabung tenaga menjalani program-program mereka sendiri. 1) Panitia Bahasa Melayu 2) Panitia Bahasa Inggeris 3) Panitia Sains 4) Panitia Matematik 5) Panitia Agama Islam Panitia pendidikan Agama Islam banyak menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kerohanian untuk membentuk insan yang mempunyai pegangan teguh terhadap agama. Antara program-program yang dijalankan ialah celik jawi, kemahiran membaca Al-Quran, tajwid, pertandingan nasyid dan bercerita, kelas KAFA, sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulidur-Rasul, Awal Muharram, Ihya Ramadhan, solat hajat dan bacaan yassin untuk murid-murid UPSR 2005. Program taddarus dan khatam Quran juga dijalankan untuk murid- murid tahun 6.
  • 4. 6) Panitia Sivik 7) Panitia Kajian Tempatan 8) Panitia Pendidikan Seni Visual 9) Unit Makmal Komputer Makmal komputer sekolah merupakan satu unit yang mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap sekolah. Sungguhpun ia baru diwujudkan, tetapi ia memainkan peranan penting dalam memastikan para murid, guru, kakitangan dan komuniti di sekitar sekolah itu celik terhadap perkembangan ICT. Disebabkan itu, unit ini banyak terlibat dalam menyediakan jadual waktu penggunaan makmal untuk murid sekolah, menjalankan kursus-kursus dalaman di kalangan guru dan kakitangan sokongan, workshop-workshop untuk murid dan terlibat dengan komuniti luar serta agensi swasta dalam program-program tertentu seperti mempromosikan laman web duitsaku.com, Cyberkids Camp dan Cyberkids Club. 10) Unit Pusat Sumber KO-KURIKULUM Unit ko-kurikulum pula terlibat secara langsung dalam membentuk daya kepimpinan dan semangat berpasukan di kalangan murid-murid. Selain dari aktiviti-aktiviti Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan, unit ko-kurikulum ini juga merancang program-program berikut: 1) Kejohanan Olahraga dan Sukaneka 2005 Tarikh: 12 Mac 2005 Dirasmikan oleh: 2) Kejohanan Merentas Desa 2005 Tarikh: 14 Mei 2005 3) Sambutan Hari Guru 2005 Tarikh: 20 Mei 2005 4) Hari Anugerah Cemerlang 2005 Tarikh: 12 Ogos 2005
  • 5. 5) Sambutan Hari Kebangsaan 2005 Tarikh: 16 September 2005 6) Hari Kecemerlangan Ko-kurikulum 2005 Tarikh: 1 Oktober 2005 7) Hari Kanak-kanak 2005 Tarikh: 4 Oktober 2005 Gambar PSS semasa lawatan:
  • 6. Penyelidikan ini dilaksanakan di lima belas buah pusat sumber sekolah dalam daerah Ranau. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK. Datu Paduka Mat Salleh Ranau, SMK. Ranau, SMKA. Mohamad Ali Ranau, SMK. Lohan Ranau, SMK. Bundu Tuhan Ranau, SK. Pekan 2 Ranau, SK. Don Bosco Ranau, SK. Kilimu Ranau, SK. Nalapak Ranau, SK.Bongkud Ranau, SK. Pinausok Ranau, SK. Kundasang Ranau, SK. Kituntul Ranau, SK. Narawang Ranau, SK. Lohan Ranau Tujuannya adalah untuk mengesan perkembangan Pusat-pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah-sekolah berkenaan setelah sekolah -sekolah ini dipantau mulai tahun 2006. Dalam konteks perkembangan PSS ini, di antara aspek-aspek yang ditinjau ialah kesan-kesan pemanauan dari segi aktiviti, pemprosesan bahan, keadaan bahan yang telah dibekalkan, kekerapan penggunaan, organisasi prasarana dan keperluan guru-guru. Kaedah kajian kes telah digunakan untuk kajian ini, maklumat kajian diperolehi melalui kaedah temubual, pengisian borang soal selidik oleh responden, penggunaan senarai semak, pemeriksaan rekod serta pemerhatian oleh pihak penyelidik.
  • 7. Item-item di dalam borang soal selidik dijadikan asas kepada penyelidik untuk menjalankan temu bual kepada pihak responden. Senarai semak pula digunakan untuk mendapatkan maklumat asas berkenaan dengan kemudahan dan peralatan yang tedapat di perpustakaan, bilik tayangan serta setor bahan media. Dapatan kajian difokuskan kepada aspek-aspek organisasi prasarana dan keperluannya, kekerapan penggunaannya, keadaan bahan-bahan sumber serta kesan-kesan projek. Dari segi kesan projek, dapatan penyelidikan ini menunjukkan bahawa bilangan buku dan peralatan sumber pengajaran- pembelajaran di PSS telah ditambah. Beberapa masalah pengurusan telah dikenalpasti dan perlu diberi perhatian dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanannya, antaranya ialah: i. Peralatan bahan sumber pengajaran-pembelajaran yang tidak lengkap pemasangannya. ii. Penggunan kurang berminat untuk menggunakan beberapa jenis bahan sumber kerana mereka tidak mahir untuk mengendalikannya. iii. Kakitangan yang menguruskan PSS kurang berpengetahuan dalam aspek penggurusannya. Walaupun sistem klasifikasi Dewey digunakan untuk mengkatalog buku-buku PSS tetapi kad katalog untuk buku-buku berkenaan tidak disediakan di PSS berkenaan. iv. Tidak terdapat sistem yang berkesan untuk penyelenggaraan peralatan. Di samping itu, bahan-bahan yang dibekalkan tidak diberi tanda pengenalan. v. Ruang PSS tidak digunakan secara maksimum. vi. Peruntukan kewangan untuk PSS tidak digunakan sepenuhnya. Dari segi penggunanya pula dapatan menunjukkan: i. Buku-buku fiksyen lebih banyak dipinjam oleh pelajar, terutama buku-buku bergambar yang bersaiz hurufnya agak besar . Sebaliknya, buku-buku bukan fiksyen kurang diminati dan dipinjam. ii. Penggunaan bahan-bahan sumber pendidikan oleh guru-guru adalah berbeza. Guru-guru lebih gemar menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) bukan elektronik. iii. Penggunaan PSS adalah secara formal , dimana perpustakaan lebih kerap digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelanjutan kegiatan pengajaran dan pembelajaran.
  • 8. iv. Kurang bukti menunjukkkan wujudnya integrasi di antara PSS dengan aktiviti kurikulum di sekolah kerana para guru kurang berpengetahuan untuk menggunakan PSS secara yang berkesan. v. Murid-murid tahun 2-6 banyak meminjam buku daripada PSS. Sebaliknya murid-murid tahun 1 kurang membuat pinjaman kerana merreka mendapat kemudahan tersebut melalui sudut bacaan yang disediakan dibilik darjah masing-masing. vi. Penggunaan PSS adalah bermusim dan promosi penggunanya kurang berkesan. vii. Wujudnya persaingan di antara bilik PSS dengan bilik darjah. Terdapat pihak sekolah yang menukar PSS untuk dijadikan bilik darjah apabila keperluan bilik darjah lebih mendesak akibat daripada pertambahan pelajar. PSS juga digunakan sebagai tempat untuk kelas pemulihan. viii. Penggunaan bilik akses komputer telah dijalankan secara maksimum. Dalam aspek organisasi , dapatan menunjukkan struktur organisasi PSS adalah mengikut model yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan penggunaan PSS, kajian ini memperakui supaya: i. Guru-guru yang mengendalikan PSS (termasuk guru-guru daripada sekolah-sekolah kecil) perlu diberi latihan kursus dalam aspek pengurusan PSS. ii. Peruntukan masa mengajar yang wajar mesti diberikan kepada guru-guru PSS bagi memastikan mereka dapat berusaha untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan PSS. iii. Bimbingan perlu diberi kepada guru-guru dalam aspek penggunaan ABM. iv. Bantuan kepada sekolah-sekolah kecil dari segi kemudahan hendaklah diteruskan. v. Aspek-aspek pengurusan yang perlu diberikan perhatian utama ialah: a. mengkaji satu sistem pembelian bagi sekolah PTJ dan PCG
  • 9. b. mengadakan satu sistem penandaan barangan dan pengkatalogan. c. mempertingkatkan latihan pengurusan untuk kakitangan PSS dan penyelenggara peralatan. SMK JAWI Cadangan Aktiviti Nilam Written by Administrator Cadangan Aktiviti-aktiviti Galakan Membaca Peringkat Sekolah (di bawah Program NILAM) sumbangan PSPN 1. Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’. 2. Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca. 3. Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi. 4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri. 5. Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca. 6. Ulasan Buku Mobail - Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik darjah. 7. Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu. 8. Baris Demi Baris – Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami sebuah puisi dengan baik. 9. Mengumpul Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut ‘Kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah. 10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita
  • 10. yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri. 11. Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian. 12. Halaman Masalah - Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya. 13. Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian. 14. Urutan – Pelajar menambahkan satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya. 15. Apa Yang Diberitahu Kepada kamu? - Pelajar membaca sepintas lalu beberapa perenggan daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea utama peranggan- peranggan itu. 16. Pesan Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan novel untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam karyanya. 17. Luaskan Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan menggunakan segala maklumat tentang watak utama. dia memerihalkan kedaan watak itu pada zaman kanak-kanak. 18. Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita denagan menterjemahkannya ke dalam bentuk alkonan, dan kemudian melakonkannya di dalam kelas. 19. Tamu Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan “Tamu Minggu Ini”. Oleh itu dai terpaksa menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, kelurga dan pencapaiannya. 20. Membanding Dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan kedaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita. 21. Merentas Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya. 22. Mengumpul Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak
  • 11. disekeliling satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan tajuk itu dan kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah. 23. Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada ensaiklopedia dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat sebuah buku. 24. Berkongsi Dan Berbincang – Berpasang, pelajar menerokai dan membaca bersama- sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang dipilih mereka. 25. Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah cerita yang telah dibaca. 26. Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seorang tokoh yang diminati menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi. 27. Cari Khazanah! – Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis arahan dan membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu. 28. Membaca Gambar Rajah – Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan mendengar gambarannya. 29. Surat Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita. 30. Buku Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa berrsama buku dimana-mana saja mereka berada. 31. Projek Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas. Buku sentiasa ditukar ganti. 32. Anotasi Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan pembelajaran. 33. Khemah Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalikan maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan diakhir kursus. 34. Kuiz Bestari – Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah. 35. 30/40 Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu
  • 12. tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca. 36. Minggu Galakan Membaca – AJK memilih minggu yang berseuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan. 37. Buku Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petaikan majalah dan akhbar. 38. Wadah Bestari – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku dihasilkan. Hasil yangh baik diberi ganjaran. 39. Menulis Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku duhasilkan. Hasil yang baik diberi ganjaran. 40. Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang dipertandingkan tiada mempunyai kulit (buku rosak – baikpulihkan). 41. Projek Berwawasan – Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis, ulasan, perkataan baru dalam buku rekod membaca. 42. Hentian Ilmu/laluan Iqra – Bahan bacaan diletakan disudut-sudut tertentu untuk dibaca oleh murid-murid pada waktu rehat. 43. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan kepada 100 orang rakannya. 44. Projek Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat-tempat yang dinayatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan membantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun, dan kulit buku. 45. Program ‘Walking Dictionary’ – Pelajar memakai tag nama dimana perkataan perbendaraan kata bagi minggu itu diperkenalkan. Ke Arah Pusat Sumber Cemerlang Written by Administrator
  • 13. KE ARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG 1. Kemudahan Fizikal, Peralatan & Bahan 1.1 Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM Terletak di tempat yang strategik. 1.2 Susun Atur Bilik/Ruang Bilik dan ruang mencukupi untuk menampung sekurang-kurangnya 10% enrolmen pelajar. Ini termasuk bilik dan ruang untuk kaunter, pameran, perabot, bahan/rujukan, tayangan, belajar secara individu dan kumpulan, kerja dan lain-lain yang berkaitan. 1.3 Perabot Kelengkapan perabot yang mencukupi dan memuaskan, termasuk kaunter, rak buku, kerusi, meja, papan maklumat dll. 1.4 Bahan Cetak Mempunyai pelbagai bahan cetak yang menepati kualiti dan kuantiti. Ini termasuk buku, akhbar, majalah, jurnal, risalah, peta, carta dll. 1.5 Bahan Bukan Cetak Koleksi pelbagai bahan bukan cetak. Ini termasuk model, globe, transparensi, slaid, kaset audio & video, CD dll. 1.6 Peralatan Mempunyai peralatan elektronik atau bukan elektronik yang mencukupi. Ini termasuk OHP, pellbagai projektor, radio kaset, TV, VCR, kamera, komputer dll. 1.7 Alat Keselamatan Mempunyai alat pemadam api, pelan keselamatan, peraturan keselamatan beserta arahan- arahan dan peti kecemasan. 2. Pengurusan dan Pengelolaan 2.1 Struktur Organisasi Menyediakan dan mempamerkan struktur organisasi PSS yang lengkap. Ini termasuk JK
  • 14. Induk, JK Kerja, JK Panitia Mata pelajaran dan Pengawas Perpustakaan. 2.2 Rancangan Tahunan Menyediakan rancangan tahunan yang lengkap. Dikemukakan dalam mesyuarat JK kurikulum atau mesyuarat guru supaya semua aktiviti akan dimasukkan dalam takwim sekolah. 2.3 Dokumen dan Rekod Pengurusan PSS perlu ada pelbagai rekod dan dokumen: 2.3.1 Fail kuasa 1. Peraturan-peraturan 2. Buku stok perolehan 3. Rekod pinjaman 4. Semakan stok dan hapus kira 5. Belanjawan dan perbelanjaan 6. Penyenggaraan 7. Aktiviti dan kajian 8. Pencapaian dan kejayaan 2.3.2 Pengelolaan koleksi – Semua koleksi PSS perlu dikelolakan dengan baik. Ini termasuk indeksing, pengkelasan, pengkatalogan dan automasi. Katalog buku dan bahan bukan buku perlu dipusatkan (centralised) bagi memudahkan pengguna. 2.3.3 Pengelolaan perabot, kelengkapan serta peralatan perlu direkod dan dikelolakan dengan baik. 2.4 Keceriaan Keadaan dalam dan luar PSS perlu kemas dan ceria untuk menarik minat pengunjung. 2.5 Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti Penglibatan warga sekolah dan komuniti dalam membantu dan menyokong pengurusan dan pengelolaan PSS. 3. Penggunaan PSS 3.1 Waktu Operasi Setiap sekolah perlu memperuntukan waktu yang sesuai untuk pengguna berkunjung ke
  • 15. PSS. 3.2 Jadual Waktu Jadual waktu lengkap tentang penggunaan PSS perlu disediakan dan dipamerkan di tempat-tempat yang mudah dibaca oleh pengguna. 3.3 Urusan Pinjaman Semua urusan pinjaman yang melibatkan guru dan pelajar perlu diurus dengan sempurna dan direkodkan. Ia meliputi pinjaman secara individu juga kelompok. 3.4 Penggunaan TVP Penggunaan TVP secara `on-air’ atau `off-air’ perlu digalakkan. Sediakan jadual waktu khas dan rekodkan penggunaannya. 3.5 Pameran Menganjurkan aktiviri pameran dari masa ke masa mengikut tema tertentu. 3.6 Aktiviti Galakan Menjalankan pelbagai aktiviti galakan untuk menarik pengguna datang ke PSS. 3.7 Pembelajaran Kendiri Perlu disediakan ruang/sudut pembelajaran kendiri. Rekod penggunaannya perlu disediakan dengan sempurna. 3.8 Bahan Promosi/Publisiti Mengadakan pelbagai bahan promosi untuk menggalak pengguna seperti sesi orientasi, ceramah buku , penerbitan brosur dan senarai bahan baru. 3.9 Kemahiran Maklumat Mengadakan latihan, kursus atau bengkel kemahiran maklumat dan IT kepada pelajar dan guru-guru dari masa ke masa. 3.10 Menghasilkan Bahan dan Perisian Sentiasa memberi kemudahan kepada pelajar dan guru untuk menghasilkan bahan dan perisian untuk membantu proses P & P.
  • 16. 4. Program NILAM 4.1 Pengurusan Program Program perlu diurus dengan sistematik. Adanya Jawatankuasa, senarai dan pembahagian tugas. 4.2 Pelaksanaan Tugas Semua pelajar terlibat. 4.3 Dokumen dan Rekod Rekod pengguna diurus dengan baik. Ini termasuklah rekod pelajar; rekod guru matapelajaran khususnya matapelajaran BM dan BI; rekod guru kelas dan tingkatan; dan rekod sekolah. Rekod-rekod ini diketahui oleh masyarakat sekolah. 4.4 Pencapaian Perlu ada beberapa peratus pelajar mencapai tahap Jauhari dan Rakan Pembaca. 4.5 Pengiktirafan Pengiktirafan pencapaian semua pelajar direkodkan ke dalam buku rekod pelajar dan adanya system pengiktirafan yang formal. Contohnya, dengan mengeluarkan sijil. 5. Program Peningkatan PSS 5.1 Rancangan Pembangunan Jangka Panjang Setiap PSS sepatutnya mempunyai perancangan jangka panjang yang konkrit dan menyeluruh untuk meningkatkan PSS dalam jangka masa 3 hingga 5 tahun. 6.2 Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS Mempunyai perancangan yang khusus untuk mempertingkatkan kemudahan bilik/ruang, peralatan, kelengkapan dan koleksi bahan berasaskan ICT terkini bagi menampung keperluan semasa. 6.3 Pengautomasian Melaksanakan pengurusan dan pengelolaan PSS secara elektronik. 6.4 Kewangan Melaksanakan pelbagai aktiviti secara berterusan untu menambah sumber kewangan.
  • 17. 6.5 Kewangan PSS Menggunakan sumber kewangan yang diperoleh dengan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan PSS. Rekod penggunaan perlu disediakan dengan sempurna. 6.6 Latihan Kemahiran Merancang dan melaksanakan program latihan, khususnya yang berkaitan dengan teknologi terkini untuk mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan PSS. 6.7 Penilaian dan Kajian Untuk meningkatkan mutu pengurusan dan penggunaan PSS, penilaian dan kajian keperluan perlu dijalankan secara berterusan. 7. Jadikan PSS Cemerlang 2000, 2001 dan 2002 sebagai contoh kerana semua PSS yang berjaya telah menunjukkan ciri-ciri positif seperti berikut: 1. 1. Sekolah dilihat Sebagai Satu Keluarga. Apa jua program yang diadakan pasti semua akan terlibat secara ‘total’ – dari Pengetua/Guru Besar hinggalah kepada guru-guru, kakitangan sokongan dan ibubapa. 2. Pengetua/Guru Besar Berfikiran Terbuka - sentiasa bersedia dan mahu menerima idea baru/luar semata-mata untuk kecemerlangan sekolahnya. 3. Mempunyai Perancangan Strategik. 4. Memahami Konsep, Peranan dan Fungsi PSS. 5. Menjadikan PSS payung kepada segala aktiviti pemerolehan, penghasilan dan penggunaan sumber. 6. Penglibatan panitia matapelajaran dalam Jawatankuasa PSS secara langsung mempertingkatkan penggunaan PSS dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 7. Mengadakan pelbagai program bagi memastikan PSS digunakan ke peringkat optimum. 8. Tempat dan ruang yang ada digunakan sepenuhnya bagi menjana pemikiran aktif dan kreatif pelajar. 9. Kekurangan yang ada tidak dilihat sebagai masalah, tetapi sebagai cabaran
  • 18. dan lantas menjadi lebih kreatif dan inovatif. 10. Perkembangan dan kemudahan teknologi baru digunakan sepenuhnya samada untuk automasi PSS mahupun membina perisian dan mewujudkan laman web. 11. Kehadiran kemudahan dan sumber teknologi terkini seperti CD-ROM dan INTERNET tidak menjejaskan penggunaan sumber tradisional seperti carta, pita video dan sebagainya. Malah bahan-bahan tradisi ini tetap diurus, dikelola dengan baik dan digunakan secara optimum. PELAKSANAAN Pada dasarnya setiap negeri akan mencalonkan 4 buah PSS Cemerlang peringkat negeri ( satu PSS Rendah Bandar, satu PSS Rendah Luar Bandar, satu PSS Menengah Bandar dan satu PSS menengah Luar Bandar) untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Penilaian dibuat berasaskan prestasi PSS sepanjang tahun 2003 dan 2004. Namun begitu aspek-aspek berterusan dan kesinambungan tentang pelaksanaan program PSS turut diambilkira dan dipertimbangan. Skop dan bidang yang ditetapkan dalam penilaian ialah:- 1. 1. Bahagian I – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan (10%)(Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM, Ruang/ Kemudahan Tambahan, Susunatur Bilik dan Ruang, Perabot dan Kelengkapan, Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan, Alat Keselamatan) 6.1.2 2. Bahagian II – Pengurusan dan Pengelolaan PSS (15%)(Struktur Organisasi, Rancangan Tahunan, Pengurusan Kewangan PSS, Dokumen dan Rekod – Pengurusan PSS, Pengelolaan Koleksi, Pengelolaan Peralatan, Pengelolaan Perabot dan Kelengkapan, Keceriaan, Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti) 3. Bahagian III - Penggunaan PSS (40%)(Waktu operasi PSS, Jadual waktu, Pinjam-Meminjam –Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan, Pinjaman Secara Kelompok, Penggunaan Rancangan TV Pendidikan, Aktiviti Pameran, Aktiviti Galakan, Pembelajaran Kendiri, Bahan Promosi/Publisiti, Kemahiran Maklumat, Penghasilan Bahan dan Perisian) 4. Bahagian IV - Program Gerakan Membaca (20%)(Pengurusan Program Gerakan Membaca, Pelaksanaan, Dokumen dan Rekod, Pencapaian, Pengiktirafan) 5. Bahagian V - Program Peningkatan PSS (10%)(Rancangan Pembangunan Jangka Panjang, Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS, Pengautomasian, Kewangan PSS, Penggunaan Sumber Kewangan, Latihan Kemahiran,
  • 19. Penilaian dan Kajian) 6. Bahagian VI - Kriteria Khusus (5%)(Ciri Keistimewaan yang tidak termasuk dalam Bahagian I hingga V) Sektor Perkhidmatan Sumber Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Feb 2004 TABIAT MEMBACA : DIMANAKAH RAKYAT MALAYSIA Written by Administrator Dalam era informasi ini, masyarakat Malaysia seharusnya memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pambacaan untuk menangani cabaran semasa.ironsnya, tabiat gemar membaca di kalang masyarakat Malaysia semakin merosot mengikut peredaran masa. Menurut perangkaan yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahin 1996, purata membaca setiap orang rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Fakta ini amat menyedihkan kerana sedangkan negara kita sedang bergerak menuju wawasan 2020 yang baeteraskan teknologi maklumat,masyarakat Malaysia semakin jauh ketinggalan dalam pemikiran mereta. Apakah sebabnya buku-buku ilmiah menjadi makanan anai-anai walaupun kadar celik huruf negara Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia? Kecanggihan media elektronik, terutamanya televisyen adalah antara faktor penyebab orang tidak gemar membaca. Malaysia Malaysia kini umumnya lebih suka duduk menonton televisyen pada masa lapang berbanding dengan membaca buku. Sementelahan itu, sistem pendidikan negara kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan mungkin menyumbang ke arah kemerosotan minat membaca di kalangan masyarakat. Oleh sebab tumpuan yang lebih diberikan untuk buku-buku teks yang akan menjamin kecemerlangan dalam peperiksaan, para pelajar tidak ada masa untuk membaca buku-buku di luar bidang pengajian mereka. Dewasa ini, bahan-bahan picisan dan semiprono membanjiri pasaran buku di negara kita. Keaadaan ini telah menyebabkan buku-buku ilmiah kuarang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, kerajaan perlu mengadakan kempen membaca dari masa ke masa untuk memupuk minat membaca di kalangan masyarakat. Kempen-kempen inin tidak harus terhad di kawasan tertentu sahaja, sebaliknya diadakan secara meluas di seluruh pelosok negara, termasuklah kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman. Sehubungan itu, kerajaan perlu menggunakan saluran media massa untuk mempromosikan kempen membaca yang diadakan supaya matlamat melahirkan masyarakat yang suka membaca tercapai. Kerajaan juga wajar mengurangkan cukai jualan atau penerbitan buku supaya harga buku dapat dikurangkan. Sekiranya harga buku tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh orang ramai, nescaya jualan buku akan menjadi laris dan keadaan ini
  • 20. seterusnya dapat memupuk minat membaca di kalangan masyarakat. Selain itu, pihak sekolah juga harus mengadakan ceramah kesedaran membaca di sekolah untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Minggu yang tertentu juga patut ditetapkan sebagai “Minggu Membaca” oleh pihak sekolah. Sepanjang “Minggu Membaca” ini, aktiviti-aktiviti seperti pertandingan membaca yang bertujuan untuk menyuburkan minat membaca di kalangan pelajar harus diadakan, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pada masa kini, masih terdapat banyak sekolah di negara kita yang tidak mempunyai perpustakaan atau pusat sumber yang lengkap, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Sesungguhnya, keadaan ini menjadi penghalang kepada sesetengah pelajar yang miskin untuk mengamalkan tabiat membaca. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya berusaha menyediakan pusat sumber yang mempunyai kemudahan lengkap serta buku-buku yang berkualiti tinggi. Di samping itu, pihak penerbitan swasta perlu meningkatkan penerbitan buku-buku ilmiah yang sesuai untuk tatapan pembaca. Selain Dewan Bahasa & Pustaka, tidak banyak lagi penerbit swasta yang menjadikan buku ilmiah sebagai agenda utama perniagaan mereka. Pihak penerbitan swasta ini masing-masing memilih untuk menerbitkan bahan bacaan yang sentiasa mendapat sambutan dan cepat pula mendatangkan laba, misalnya bahan- bahan picisan yang menonjolkan seks dan juga nilai-nilai biru yang lain. Oleh sebab itu, pihak penerbitan wajar menukar haluan dan melaksanakan tanggungjawab sosial mereka bagi mengangkat martabat dan memupuk budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Pihak penerbitan juga tidak harus menjadikan perolehan keuntungan sebagai perkiraan utama semasa menerbitkan buku-buku. Sebaliknya, mereka perlu senantiasa memastikan hraga buku-buku adalah berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat. Seboleh-bolehnya para penerbit harus mengadakan pesta-pesta buku sebulan-sekali dan memberikan diskaun untuk menarik orang ramai membeli buku-buku. ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’, peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca di kalangan anak-anak amatlah penting. Ibu bapa seharusnya mengamalkan tabiat membaca untuk menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan minat kepada kanak-kanak untuk membaca. Selain itu, ibu bapa perlu menimbulkan suasana yang akan membiasakan diri kanak-kanak dengan bahan bercetak atau buku. Salah satu caranya adalah dengan menyediakan perpustakaan mini di rumah supaya anak-anak terdedah kepada bahan- bahan bacaan pada usia yang muda lagi. Ibu bapa juga harus memilih hadiah yang sesuai untuk anak-anak mereka yang masih kecil seperti buku cerita yang mempunyai ilustrasi gambar. Lama-kelamaan, minat membaca akan tertanam dalam sanubari anak-anak mereka secara automatik. Natijahnya, usaha memupuk minat membaca di kalangan orang ramai perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh sebagai salah satu priority negara. Sesungguhnya, jambatan kepada penguasaan ilmu itu adalah membaca seperti yang digambarkan melalui firman Al-Quran yang berbunyi ‘bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan’. Sekiranya masyarakat Malaysia tidak mempunyai ilmu yang tulen dan bernilai, Wawasan
  • 21. 2020 akan terus menjadi angan-angan yang tidak dapat direalisasikan. TABIAT MEMBACA MENYEMPURNAKAN HIDUP KITA Written by Administrator Oleh: DR. SIDEK BABA TABIAT membaca ialah suatu amalan yang baik untuk mendedahkan diri seseorang kepada ilmu pengetahuan dan peristiwa. Tabiat membaca seperti orang memakan nasi. Tanpa makanan, ibarat tidak lengkap hidup ini. Tanpa membaca ibarat tidak sempurna kehidupan hariannya. Seseorang yang mempunyai tabiat membaca yang baik bukan saja mempunyai minat yang tinggi terhadap pengetahuan, maklumat dan ilmu tetapi menyebabkan dorongan untuk membaca tidak boleh disekat. Dia akan membaca di mana saja dan kadang-kadang membaca apa saja. Tanpa bahan yang dibaca dia menjadi resah. Membaca baginya suatu kepuasan. Menerusi pembacaan seseorang dapat menambahkan maklumat, meluaskan pengetahuan, meningkatkan penguasaan ilmu dan memahami sesuatu peristiwa yang berlaku.Islam memang agama yang menganjurkan manusia membaca. Ayat yang pertama daripada Allah kepada Nabi kita ialah 'Iqra' atau 'Bacalah'. Al-Quran juga mengingatkan manusia tentang kepentingan akal iaitu 'Afala ya'qilun' untuk membolehkan manusia berfikir. Jalan mengembangkan pemikiran ialah menerusi membaca. Amalan membaca yang tinggi menjadikan seseorang itu mempunyai ilmu dan pengetahuan yang lebih. Allah juga memberikan pedoman bahawa tidak sama darjat orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Darjat ilmu boleh didapati menerusi pembacaan. Islam juga menganjurkan umatnya bukan saja membaca sesuatu dari sudut yang tersurat tetapi mengkaji juga apa yang tersirat. Membaca apa yang tersurat saja faedah keilmuannya mungkin terbatas tetapi mendalami apa yang tersirat memberi manfaat yang besar kepada seseorang.Banyak yang boleh kita andaikan sekiranya remaja hari ini tidak minat membaca. Pertama, remaja akan ketinggalan untuk tahu perkembangan pesat yang berlaku di dunia hari ini. Dunia hari ini berada di bawah telunjuk globalisasi yang menjadikan maklumat dan ilmu sebagai asas perkembangannya. Sekiranya remaja tidak gemar membaca dan kalau membaca pun menumpukan perhatian kepada hal-hal yang ringan dan bercorak hiburan, gosip, hal-hal picisan, tahyul, kisah- kisah artis dan penghibur semasa, dia tidak mencanai dan mengembangkan ilmu. Kedua, tanpa bahan-bahan baik yang dibaca, remaja tidak akan melatih diri untuk berfikir dan menganalisis. Generasi yang tidak berfikir tidak akan menghasilkan idea-idea yang bermakna. Dalam buku terkandung sumber maklumat dan ilmu yang amat berguna untuk remaja. Buku merakamkan idea-idea yang berbagai-bagai, menghimpunkan analisis manusia tentang sesuatu peristiwa atau keadaan dan mencatatkan fakta dan data yang ditemui penulis dan pengkaji terhadap pelbagai perkara. Buku membantu remaja
  • 22. berkongsi, mengetahui dan mendapat jalan ilmu tentang perubahan dan kemajuan.Masyarakat Barat dan Jepun amat gemar membaca. Membaca bukan saja menjadi tabiat sebahagian masyarakat mereka di segenap peringkat tetapi juga menjadi sebati dan ketagihan. Jika tidak membaca ada semacam kekosongan dalam hidup. Apabila mendapat bahan yang hendak dibaca ibarat seseorang mendapat teman yang sangat dikasihi. Sebab itu orang Barat dan Jepun mampu menempa kemajuan dan perubahan. Mereka membaca dalam kapal terbang, dalam kereta api, sambil menunggu bas dan apabila ada masa terluang. Membaca dihubungkan rapat dengan kesempatan membaca.Tabiat membaca mesti dipupuk dan dilatih sejak kecil lagi. Anak- anak yang masih kecil elok didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang memikat minat mereka membaca. Walaupun pada peringkat awal anak-anak suka melihat gambar atau cerita-cerita yang bercorak kartun, galakan harus diberi supaya anak-anak suka membaca cerita. Lepas itu galakkan anak-anak membaca cerita yang menghiburkannya dan akhirnya apabila tabiat sudah tumbuh berilah anak-anak bahan-bahan bacaan yang memberi maklumat dan menambah ilmu. Apabila anak-anak meningkat remaja, ibu bapa harus rajin membawanya ke kedai buku atau ke perpustakaan. Galakkan remaja menjadi ahli kelab-kelab buku dan sediakan peruntukan bulanan untuknya membeli majalah dan buku- buku yang berguna untuk mengembangkan minatnya membaca. Jadikan kebiasaan apabila anak-anak berjaya, buku dijadikan hadiah. Bagi remaja, membaca buku teks kadang- kadang menjadi suatu paksaan. Kalau tidak kerana tuntutan belajar dan ingin lulus dalam peperiksaan, buku teks akan terbiar begitu saja. Sesetengah pula berpendapat bahawa setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia, membaca sudah tidak perlu lagi. Banyak masa remaja dihabiskan di hadapan media elektronik bagi mendapatkan bahan-bahan yang bercorak hiburan, picisan malah kadang-kadang melalaikan. Para remaja harus memupuk kecenderungan membaca bahan-bahan yang baik dan berfaedah. Apa yang remaja baca ada kesannya pada minda, pada sikap mental malah pada tanggapan dan hobi.Sebuah negara yang sedang menuju tahap negara maju seperti Malaysia seharusnya memiliki generasi muda yang minat membaca. Ke-kuatan bagi sesebuah negara yang bakal maju banyak bergantung kepada kemampuan ilmu pengetahuan dan pemikiran rakyatnya. Ia bermula sejak zaman remaja lagi. Sekiranya para remaja hanya cenderung membaca bahan-bahan ringan semata-mata dan tidak memiliki minat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, maka globalisasi yang sedang kita tempuh bakal menyebabkan kita terpinggir daripada arus maklumat, ilmu dan juga kemajuan. Proses negara maju harus seimbang dengan darjah berfikir rakyatnya. Darjah pemikiran rakyat hanya boleh meningkat sekiranya proses mendapatkan maklumat, menguasai ilmu, membandingkan bahan-bahan kajian dan meneliti penemuan-penemuan baru menerusi pembacaan. Pembacaan boleh berlaku sama ada menerusi media cetak ataupun elektronik seperti internet. Kekuatan tamadun dalam tradisi Islam antara lain berpunca daripada kegemaran ilmuannya membaca. Mereka membaca tidak saja apa yang tersurat di dalam
  • 23. al-Quran, tetapi membaca apa yang tersirat di dalamnya menerusi kaedah tafsir. Ayat-ayat al-Quran tidak saja ditafsir secara literal ataupun secara luaran tetapi didalami maksud dan hikmah di sebaliknya. Tidak saja ia dibaca untuk dapat pahala atau fadilat tetapi menjadikan intisarinya amalan dan penghayatan.Para remaja Islam harus bersedia di samping menghafaz dan membaca al-Quran, mereka harus ada kecenderungan untuk mendalami isinya. Ayat-ayat al-Quran ada latar-turunnya (asbabun Nuzul) kerana wahyu itu sendiri tidak turun dalam bentuk tekstual saja tetapi merujuk pada konteksnya atau pada realiti semasa. Kemampuan ulama tafsir ialah menggali intisari yang amat bernilai untuk pedoman manusia. Sebab itulah ramai saintis Islam pada masa yang lalu menghafaz al-Quran pada umur yang awal dan meneliti tafsirnya sebagai pedoman melakukan kajian dan penelitian. Para remaja hari ini boleh menjadikan al-Quran dan tafsirnya yang berbagai-bagai sebagai sumber mendapatkan ilmu dan hikmah. Setiap kalimah al-Quran yang dibaca oleh para remaja akan diberikan ganjaran yang setimpal. Betapa kalau bacaan diikuti dengan memahami isinya, para remaja akan mendapat kekuatan ilmu yang luar biasa sebagai pedoman diri dan bimbingan hidup. Para remaja boleh membaca tafsir al-Quran yang diusahakan oleh Hamka, Ahmad Sanhaji, Departmen Agama Indonesia dan Jabatan Perdana Menteri Malaysia sebagai asas. Kemudian para remaja yang mampu boleh melanjutkan lagi dengan membaca tafsir tulisan Syed Qutb, Yusof Ali, Muhammad Assad, Ibn Kathir, al-Qurtubi dan banyak lagi. Membaca pelbagai tafsir tidak saja memperkayakan khazanah fikir tetapi menyuburkan lagi talian zikir.Upaya fikir dan talian zikir para remaja harus kuat. Upaya fikir membolehkan remaja memiliki kekuatan akal untuk dikembangkan. Ilmu yang bernilai daripada al-Quran membolehkan para remaja memiliki tabiat mendapatkan ilmu yang baik, berguna dan bermanfaat yang dipimpin oleh Allah. Upaya zikir membolehkan remaja memohon petunjuk dan hidayat daripada Pencipta. Apa yang remaja fikirkan dengan kekuatan akalnya dan bentuk zikir yang menghubungkan dirinya dengan Allah, membolehkan remaja mendapat pedoman dan ilmu yang mempunyai hikmah. Asas fikir dan zikir dalam erti kata yang luas mampu membina tradisi membaca yang tinggi di kalangan remaja kerana yang dibaca adalah sesuatu yang berguna dan sumber yang dibaca adalah saluran petunjuk yang membolehkan budaya 'iqra' menyebati dalam jiwa dan hati, dan itulah maksud membaca yang diredai Allah.*PROF. DR. SIDEK BABA ialah Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). PSS SMK SEAFIELD Perancangan Aktiviti dan Rancangan Jangka Pendek
  • 24. Pada tahun ini, pihak PSS telah merancang beberapa aktiviti untuk mempergiatkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan di Pusat Sumber, iaitu:- a. Menghasilkan Kad Pintar untuk semua palajar b. Pengkatalogan berkomputer bagi semua buku c. Pengautomasian Pusat Sumber d. Program tingkat membaca Kad Pintar Kad Pintar telah dihasilkan untuk menggantikan kad pinjaman lama. Kad Pintar ini digunakan untuk meminjam dan memulangkan buku. Kad Pintar mempunyai ciri-ciri berikut:- • Mempunyai warna tertentu untuk mewakili kategori ahli tertentu. • Terdapat lencana sekolah dan maklumat peribadi pemilik seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan. • Peraturan-peraturan berkenaan dengan peminjaman dan pemulangan buku PSS dicetak di belakang kad. • Setiap Kad Pintar diberikan "barcode" tertentu. • Disaluti plastik untuk melindungi Kad Pintar yang boleh digunakan sepanjang 5 tahun. Pengkatalogan Berkomputer Untuk memudahkan kerja pengkatalogan, pihak PSS telah memulakan usaha memasukkan data buku dan bukan buku ke dalam rekod-rekod berkomputer. Kerja ini dilakukan oleh Pengawas Pusat Sumber yang terpilih. Program yang digunakan ialah Filemaker Pro yang memudahkan pengendalian rekod-rekod yang besar. Di samping itu, "barcode" dilekat pada buku di bahagian dalam kulit buku supaya pihak PSS boleh mengetahui di mana buku itu berada pada bila-bila masa. Sejak tahun lalu, pengawas-pengawas baru dilatih dalam penggunaan sistem pengkatalogan baru ini. Dalam usaha pengkatalogan, pihak-pihak berikut terlibat dalam perancangan dan pengendalian sistem berkomputer:- • Penyelia – Penyelaras Pusat Sumber • Jawatankuasa Data dan Statistik • Pengawas-pengawas Pusat Sumber yang terpilih Program Tingkat Membaca Program tingkat membaca sebenarnya ialah beberapa aktiviti yang dijalankan untuk menggalakkan penggunaan PSS seperti:-
  • 25. • Program Nilam melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. • Setiap pelajar terlibat dalam program ini dan membuat rekod bacaan. • Pertandingan membaca paling banyak buku diadakan dari bulan April hingga bulan Ogos. • Pertandingan meminjam dan menggunakan buku PSS juga diadakan pada tempoh yang sama. • Sudut Malaysiana juga disediakan di Pusat Sumber untuk mempamerkan buku- buku yang berkaitan dengan ciri-ciri tanahair. • Buku baru dan majalah terbaru dipamerkan di PSS dan dipromosikan dari masa ke masa. • Beberapa Perhentian Bacaan disediakan di sekitar sekolah dan dilengkapi dengan majalah-majalah untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar. Aktiviti dan Rancangan Jangka Panjang Dalam jangkamasa panjang, pihak PSS merancang untuk:- a. Dihubung dengan seluruh sekolah melalui Rangkaian Seafield. b. Memperolehi jumlah koleksi bahan buku sebanyak 20,000 naskhah dalam jangkamasa 5 tahun serta menambahkan bilangan bahan bukan buku yang sedia ada. c. Menghawa-dinginkan seluruh Pusat Sumber. d. Menggalakkan penggunaan Pusat Sumber secara meluas. e. Meningkatkan lagi minat membaca di kalangan pelajar. Rangkaian Seafield Selari dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan penggunaan IT di kalangan pelajar, pihak PSS sedang membuat persiapan untuk menghubungkan Pusat Sumber kepada Rangkaian Seafield yang sedang disediakan di seluruh sekolah. Melalui rangkaian ini, pelajar-pelajar SMK Seafield dapat mencari sebarang maklumat tentang sebarang bahan Pusat Sumber dari terminal- terminal di Makmal Komputer atau sebarang tempat yang disediakan perkhidmatan IT. Komputer di PSS akan dilengkapkan dengan kemudahan Internet. PSS akan dihubungkan dengan perpustakaan awam dan pusat-pusat pengajian tinggi. Penambahan Stok Pihak PSS berwawasan untuk menambahkan koleksi buku kepada 50 000 buah naskhah dalam jangkamasa 5 tahun dari sekarang. Pada masa sekarang, terdapat kira-kira 20 000 buah buku yang telah diproses. Rancangan ini adalah perlu untuk menampung keperluan bilangan pelajar yang semakin bertambah setiap tahun.
  • 26. Pihak PSS juga ingin menambahkan bahan-bahan bukan buku seperti komputer, peta, carta, pita rakaman dan transparensi OHP untuk membantu guru-guru dalam proses pengajaran. Penghawa Dingin Pihak PSS juga ingin melengkapkan seluruh Pusat Sumber dengan alat hawa dingin. Sebenarnya, Pusat Sumber sudahpun dilengkapi dengan alat hawa dingin, tetapi alat hawa dingin yang ada tidak mencukupi. Di samping itu, pihak PSS berharap sekolah mendapat bantuan JKR untuk memperbaiki lagi sistem bekalan elektrik di Blok C. Penggunaan PSS dengan Meluas Semua rancangan di atas tiada makna jika tiada pelajar atau guru yang menggunakan Pusat Sumber. Menjelang abad ke-21, pihak PSS akan cuba menggalakkan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield supaya menggunakan Pusat Sumber dengan meluas dari pelbagai segi. Pusat Sumber boleh menjadi tempat rujukan untuk sebarang projek ataupun kerja yang ingin dilakukan. Sebarang maklumat akademik boleh dicari di dalam Pusat Sumber sebagai gedung ilmu. Pusat Sumber akan menjadi pusat pengumpulan data, bukan sahaja dalam bentuk bahan bacaan, tetapi juga dalam medium baru iaitu komputer. Jadual waktu penggunaan perpustakaan dan Bilik APD akan disediakan bagi setiap bulan. Di Bilik APD, guru bersama-sama dengan pelajar menggunakan bahan bantuan mengajar dalam proses pengajaran-pembelajaran. Di perpustakaan, guru membimbing pelajar membaca buku dan membuat rekod bacaan. Ceramah dan bengkel juga diadakan di PSS dari masa ke masa. Program Tingkat Membaca 1. Program ini melibatkan setiap guru dan pelajar. 2. Setiap pelajar digalakkan membaca sekurang-kurangnya 8 naskhah buku sebulan. 3. Pelajar mengetahui cara yang betul untuk membuat rekod bacaan. 4. Pelajar digalakkan meminjam dan membaca buku di PSS. 5. Pelajar seterusnya berminat dalam kerja penulisan seperti membuat ulasan buku, menulis karangan dan sebagainya.
  • 27. pssltr DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ; Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. APA I TU PUSAT SUMBER SEKOLAH Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan: Satu Tempat Koleksi Perkhidmatan Agen Perubahan OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH
  • 28. Kecemerlangan pendidikan Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Penggunaan kemudahan Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pemupukan tabiat belajar Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Penghasilan bahan Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran – pembelajaran ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Perkhidmatan pembelajaran Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar – pelajar ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Kemahiran maklumat Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran. FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH 1.Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah. 2.Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber. 3.Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun . 4.Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan ,
  • 29. alatan dan maklumat. 5.Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik. 6.Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran - pembelajaran 7.Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum CIRI-CIRI PUSAT SUMBER SEKOLAH YANG BERKESAN 1.Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah. 2.Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber. 3.Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun . 4.Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan , alatan dan maklumat. 5.Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik. 6.Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran - pembelajaran 7.Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH Keberkesanan pusat sumber memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematis. Sebagai panduan, proses pengurusan tersebut dibahagikan kepada sepuluh langkah. LANGKAH PERTAMA PENUBUHAN JAWATAN KUASA A.Penubuhan Jawatan kuasa induk pusat sumber * Guru Besar sebagai Pengerusi * Guru Penolong Kanan Kurikulum sebagai Naib Pengerusi dan Penyelaras. * Guru Penyelaras Pusat Sumber sebagai setiausaha, Guru Pusat Sumber, Guru kanan mata pelajaran, Guru - guru kanan Persatuan / Kelab, wakil PIBG dan wakil Lembaga Pengurus Sekolah sebagai Ahli - ahli Jawatankuasa.(Penubuhan Jawatan Kuasa Pusat Sumber ini mestilah diubahsuai dengan keadaan sekolah masing – masing) B.Penubuhan Jawatankuasa kerja PSS
  • 30. Ini terdiri daripada : * Guru Penyelaras sebagai pengerusi. * Pelajar yang mewakili tiap -tiap kelas sebagai ahli. C. Pelantikan Pembantu perkeranian. boleh diusahakan perlantikan mana - mana kakitangan sokongan sekolah yang berkebolehan dan berminat untuk membantu kerja - kerja perkeranian. Ini mungkin terdiri daripada kerani, juru taip atau pembantu am rendah atau mana - mana staf yang diperuntukan oleh pihak pengurusan sekolah. D. Penentuan Dan Pembahagian Bidang Tugas. Bidang tugas jawatankuasa dan kakitangan hendaklah ditentukan dengan jelas dan tidak timbal balik antara satusama lain. •Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah. * Guru Pusat Sumber (1). * Guru Pusat Sumber (2). * Jawatankuasa kerja pusat sumber. * Pembantu pusat sumber. LANGKAH KEDUA JAWATAN KUASA INDUK PSS Rancangan pengoperasian PSS oleh Jawatankuasa induk : a. Menggubal polisi pelaksanaan dan penggunaan Pusat Sumber. b. Merancang peruntukan kewangan PSS dari segi mencadang dan mencariPunca Kewangan Untuk pelajar, mestilah ditegaskan perkara seperti berikut : * Masa PSS dibuka. * Kemudahan yang disediakan * Pinjaman - bilangan bahan dan tempoh pinjaman. * Keselamatan alatan dan bahan PSS. * Disiplin dan lain -lain. Untuk guru dan kakitangan, mestilah ditegaskan perkara -perkara berikut : * Bahan -bahan yang boleh diguna dan dipinjam. * Jadual dan masa mengguna serta meminjam bahan. * Cara peminjaman dilakukan. * Perkhidmatan Khas. Menentukan sistem dan peraturan pinjaman bahan. Bahan buku: Biasanya digunakan sistem Brown, yakni menggunakan kad yang mempunyai butiran peminjam dan tarikh pemulangan. Dalam pada itu harus ditentukan peraturan bagi : * Pinjaman biasa. * Pinjaman buku -buku khas. * Pinjaman berkelompok ( bulk - loan ) Bahan bukan buku : Perlu ada satu sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan. Disamping itu perlujuga disediakan satu sistem pinjaman yang mudah untuk bahan - bahan bukan buku.
  • 31. LANGKAH KETIGA RANCANGAN PERKHIDMATAN * Perkembngan fizikal pusat sumber. * Perkembangan koleksi * Perancangan promosi dan seranta. * Perancangan aktiviti. * Latihan pengurusan dan penggunaan PSS. * Penilaian Pengurusan dan penggunaan PSS. * Penghasilan bahan penganjuran pembelajaran, promosi dan panduan LANGKAH KEEMPAT JAWATANKUASA KERJA Latihan dan bengkel kepada jawatankuasa kerja pusat sumber yang terdiri dari pelajar -pelajar bagi melaksanakan tugas -tugas bberikut : i Memfail keratan akhbar dan menyusun bahan di rak. ii. Membantu memproses bahan seperti melapik, mengguntung, melekat poker kad pinjaman dan slip, tarikh pulangan dan melekat label. iii. Mengurus pinjaman / pulangan bahan di kaunter edaran. iv. Menjilid majalah dan surat khabar. v. Menggunting suratkhabar / majalah yang telah ditentukan oleh guru pusat sumber untuk tujuan fail tegak. vi. Mengemas dan membersihkan bilik pusat sumber. vii.Memperbaiki buku. viii.Membantu guru pusat sumber di dalam mengendalikan pondok ilmu dan sudut aktiviti. ix. Membantu guru pusat sumber menghasilkan bahan pembelajaran x. Mengambil bahagian di dalam rancangan siaraya ( radio sekolah LANGKAH KELIMA KECERIAAN Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS. i. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabot, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan. ii. Susunan danperuntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan. iii. Panduan dan label tunjuk arah dilekatkan di tempat yang tertentu. iv. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat. v. Poster, carta dan gambar - gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian. LANGKAH KEENAM ORIENTASI Pelaksanaan orientasi PSS kepada pelajar baru melalui aktiviti penyampaian maklumat mengenai : i. Jenis - jenis perkhidmatan yang dapat dimamfaatkan oleh pelajar. ii. Peraturan dan panduan Pusat Sumber. iii. Bahan pusat sumber dan penggunaannya mengikut keperluan pelajar. iv. Kad ahli dan kegunaannya dan, v. Mendapatkan profil pelajar bagi tujuan perolehan bahan selara dengan minat dan keperluan pelajar
  • 32. LANGKAH KETUJUH REKOD Pengemaskinian rekod PSS dan memperbaharui pesanan akhbar dan majalah jika perlu contoh rekod seperti berikut dan boleh diubahsuai mengikut keperluan. Setiap PSS perlu menyimpan dan mengemaskini rekod yang disimpan iaitu : * Rekod perolehan bahan * Rekod pinjaman bahan * Rekod penggunaan bahan. * Rekod penggunaan kemudahan fizikal dan alatan. * Rekod koleksi bahan. * Rekod belanjawan. * Lain -lain rekod yang difikirkan perlu. LANGKAH KELAPAN PROMOSI Melaksanakan promosi dan galakan penggunaan PSS yang dijadualkan untuk sepanjang tahun. A. Pameran bahan mengikut topok atau tema B. Ceramah buku C. Pertandingan yang berhubung dengan penggunaan pusat sumber. D. Pameran poster -poster yanmg berkaitan dengan pusat sumber sama ada hasil pelajar atau sumbangan dari badan - badan / jabatan - jabatan tertentu. E. Mengadakan sesi bercerita, berlakon, menyanyi dan sebagainya F. Membuat projek seperti model, carta dan sebagainya berdasarkan topik yang dipelajari. G. Kegiatan - kegiatanyang lain untuk mempertingkatkan kemahiran penggunaan PSS. LANGKAH KESEMBILAN AKTIVITI Lawatan dan ceramah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pusat maklumat yang lain. Menganjurkan aktiviti yang ada kaitan dengan pusat sumber seperti : i. Melawat perpustakaan awam ii. Melawat pusat sumber sekolah yang lain. iii.Melawat pesta buku. iv.Melawat jabatan - jabatan kerajaan seperti Jabatan Penerangan. vi.Menjemput penceramah dan tokoh untuk memberi ceramah mengikut topik yang dikenalpasti LANGKAH KESEPULUH PENYEMAKAN STOK Penyemakan stok dijalankan bagi mengesan bahan yang : * hilang* rosak* tidak sesuai * tidakdigunakan langsung * tidak kemaskini LANGKAH KESEPULUH PENILAIAN I. Kepentingan Penilaian adalah penting untuk mengetahui : * Kemajuan keseluruhan rancangan Pusaat Sumber Seolah. * Kekurangan atau masalah yang mungkin ada. * Membuat perancangan secara keseluruhan.
  • 33. * Mengubahsuai atau memperbaiki rancangan yang sedang dijalankan. II. Pendekatan Pada umumnya penilaian dapat dilaporkan melalui cara - cara berikut : * Bukti yang diperolehi dari membuat perbandingan dengan piawaian perpustakaan tertentu. * Berdasarkan hasil kaji selidik yang telah dilakukan kepada murid yang menggunakan PSS. * Data atau maklumat yang dikumpulkan oleh pihak PSS untuk satu tempoh tertentu. * Pandangan atau ulasan yang dikemukakan oleh pihak yang terlibat dalam rancangan PSS III. Rekod yang disimpan Penilaian boleh dilakukan berdasarkan rekod yang disimpan oleh pihak PSS dalam aspek: * Bilangan peminjam* Bilangan dan jenis bahan yang dipinjam * Perbelanjaan * Jenis aktiviti LANGKAH KESEPULUH PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN Perangkaan atau maklumat yang diperlukan,diproses dan dianalisisa suparya satu kesimpulan dapat dicapai mengenai prestasi PSS yang berkenaan. Biasanya maklumat yang dikumpulkan itu digunakan juga dalam hubungan pemyeliaan berdasarkan piawaian seperti berikut : IV. Maklumbalas dan pendapat Soal selidik boleh dijalankan secara bertulis atau lisan untuk mengumpulkan pendapat dari guru dan pelajar mengenai rancangan PSS di sekolah - sekolah tertentu. Soalan -soalan yang dikemukakan dalam kajian itu meliputi : * Aspek -aspek umum-seperti perkhidmatan, jens aktiviti dan koleksi alatan dan bahan. * Aspek aspek tertentu - seperti bahan bacaan, minat membaca,kekerapan penggunaan dan sikap atau pandangan terhadap PSS. V. Menanalisa dan menyebarkan hasil maklumat Data - data yang telah dikumpul melalui pendekkatan tertentu itu haruslah diproses dan dianalisia. Misalnya jika data yang dikumpul itu menunjukkan pada sesuatu bulan bilangan peminjam itu berkurangan, maka hendaklah dianalisa dan ditentukan sebab -sebab berlakunya kekurangan itu. Setelah disediakan laporan penilaian,hasilnya patutlah disebarkan untuk makluman umum dan jika perlu tindakan selanjutnya diambil.Hasil dapatan kajian penilaian itu hendaklahdigunakan sebagai dasar atau panduan untuk peningkatan pengurusan dan penggunaan PSS.