SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 2
Baixar para ler offline
Laporan Akhir
Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta’zim 2014
MOHD IKMAL BIN ASMUNI
A145513
HHHC9801 – KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF
Program Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta’zim 2014 telah diadakan pada 17 Januari
2014 hingga 22 Januari 2014. Program ini dijalankan secara serentak di 8 buah kawasan di negeri Johor.
Kampung Gersik merupakan salah sebuah kawasan yang terpilih untuk dijalankan program ini. Kampung
Gersik turut bekerjasama dengan dua buah kampong lagi iaitu Kampung Hujung Tambak dan Kampung
Semandar. Program OPKIM 10 Penjuru Darul Ta’zim ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Anak
Johor (PERMAJ). Program ini bertemakan “Cemerlang Bersama Johor”. Program ini bermatlamat untuk
Berbakti dan menyumbang kepada masyarakat, menjalinkan ikatan yang utuh antara mahasiswa dengan
masyarakat, menonjolkan keperibadian dan jati diri mahasiswa yang tinggi sebagai tauladan kepada
masyarakat. Manakala objektifnya pula adalah untuk Mewujudkan dan mengeratkan jaringan
komunikasi antara masyarakat setempat dengan mahasiswa untuk saling berhubung dan berkongsi
maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan. Memberi
peluang kepada mahasiswa khususnya anak Johor untuk melibatkan diri dalam program berbentuk
khidmat kemasyarakatan. Melatih mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dalam berorganisasi dan
juga berinteraksi dengan masyarakat.
Pada 17 Januari 2014, majlis perasmian telah diadakan di Pusanika. Dirasmikan oleh YB Datuk Aziz
bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan, merangkap Ahli Parlimen Sri Gading. Selepas selesai
majlis perasmian, semua ahli jawatankuasa bertolak ke Pagoh, Johor dengan menaiki bas yang disewa
khas pada pukul 11.50 malam. Pada keesokan harinya, 18 Januari 2014 kami semua tiba di Pagoh dan
bersiap sedia untuk majlis pembukaan Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta’zim(Pagoh)
2014.
-

(Elemen kreatif dan inovatif – membuat ikatan reben sebagai simbolik perasmian
memandangkan tiada reben bersaiz besar yang boleh didapati di pasaran. Oleh itu, AJK
bertindak menghasilkan sendiri reben tersebut mengikut kreativiti sendiri. )

-

(Gimik perasmian dengan membuat lakonan pendek sebagai simbolik penyerahan anak angkat
kepada keluarga angkat)

Majlis perasmian diikuti dengan sesi penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing.
Pada 19 Januari 2014 diadakan slot bersama wanita dengan kerjasama KEMAS. Slot ini diikuti
oleh semua AJK siswi. Mereka diajar cara-cara pembuatan roti jala dan memasak jemput-jemput. AJK
siswa pula menganjurkan pertandingan futsal wanita, ping pong dan karom. Majlis penyampaian hadiah
telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Belia Daerah Ledang. Pada waktu petang, kami telah
beramai-ramai bekerjasama menyiapkan masakan untuk jamuan pada malam tersebut. Pada waktu
malam selepas solat maghrib telah diadakan ceramah berkaitan Palestin yang disampaikan oleh Ustaz
Rofazlin Bin Jusoh selaku Pegawai Operasi Aqsa Syarif Negeri Johor. Pameran berkaitan Palestin juga
telah diadakan di pekarangan masjid.
Pada 20 Januari 2014, telah diadakan sesi gotong royong di Kampung Hujung Tambak dan juga
Kampung Gersik. Saya telah ditugaskan untuk mengecat pintu pagar masjid lama supaya kembali cantik.
Dengan daya kreativiti yang ada, pintu pagar tersebut dapat dicat dengan cantik dan sempurna dan
kelihatan seolah-olah baharu. Pada waktu petang, kami semua telah dibawa untuk melawat kawasan
sekitar kampung dan melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampung.
Pada 21 Januari 2014 telah diadakan program motivasi dan pameran robotik yang didatangkan
khas dari FTSM, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program motivasi ini bertujuan untuk memberi
dorongan kepada pelajar-pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Gersik, Pagoh. Dalam bengkel
motivasi ini kami telah menerapkan elemen-elemen yakin diri, berani dan membantu pelajar-pelajar
membina wawasan dan menetapkan cita-cita mereka. Ketika program motivasi ini dijalankan, saya telah
ditugaskan sebagai salah seorang fasilitator. Dalam LDK yang pertama, saya dikehendaki membimbing
pelaja-pelajar untuk menghasilkan satu sorak kumpulan dengan kreatif dan inovatif. Hasilnya,
kebanyakan kumpulan dapat menghasilkan sorakan kumpulan yang menarik. Pada waktu petang pula,
kami semua telah bergabung tenaga membantu dalam persiapan sempena majlis Maulidurrasul yang
akan diadakan di Masjid Jamek Pekan Gersik, Pagoh.
Pada 22 Januari 2014, merupakan hari terakhir kami semua berkampung di Gersik, Pagoh. Majlis
perasmian penutupan dan penyerahan semula anak angkat telah diadakan dan telah dirasmikan oleh
Senator Dato’ Hajah Noriah binti Mahat, Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Wanita UMNO Pagoh.
Dalam majlis ini, saya ditugaskan untuk mengendalikan bahagian teknikal membantu tugas ketua
pengarah bahagian teknikal. Saya juga diarahkan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan slaid
MS Powerpoint untuk menggantikan backdrop program yang sudah tidak boleh digunakan
memandangkan perasmi penutupan telah bertukar. Selepas majlis selesai, kami semua telah berangkat
pulang ke kawasan tempat tinggal masing-masing dan juga ke Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebagai kesimpulannya, pelbagai kemahiran dan nilai-nilai murni telah saya pelajari sepanjang
perancangan program sehingglah hari terakhir projek dilaksanakan. Dalam perancangan projek ini, saya
telah mempelajari pelbagai cara untuk meningkatkan daya kreativiti dan inovatif dalam setiap gerak
kerja yang dilaksanakan. Dengan daya kreatif dan inovatif, pelbagai tugasan dapat disempurnakan
dengan mudah dan cepat. Hasil kerja juga sangat memuaskan. Melalui pelaksanaan projek ini juga,
kemahiran kreatif dan inovatif dapat dipertingkatkan. Sepanjang program berlangsung, saya telah
mendapat pelbagai ilmu baru berkaitan cara hidup masyarakat di kampung dan aktiviti yang mereka
lakukan. Dalam setiap perkara yang dilakukan pasti terdapat cabaran dan permasalahan yang timbul.
Sebagai contohnya pada majlis perasmian, tetamu jemputan tidak dapat hadir disebabkan masalah
komunikasi antara pegawai yang dijemput dengan keraninya dan juga masalah berkaitan bajet dan
peruntukan untuk program. Namun masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Harapan
dan saranan saya agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan saya juga
menyarankan supaya program seperti ini dapat diberikan dana dan tajaan yang lebih banyak
memandangkan program ini sangat berguna kepada mahasiswa dan masyarakat.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Kertas kerja lawatan ke c.highlands
Kertas kerja lawatan ke c.highlandsKertas kerja lawatan ke c.highlands
Kertas kerja lawatan ke c.highlands
ahzai09
 
Praanjung Bahasa (Kumpulan 3)
Praanjung Bahasa (Kumpulan 3)Praanjung Bahasa (Kumpulan 3)
Praanjung Bahasa (Kumpulan 3)
Rozaiman Makmun
 
Ringkasan eksekutif magiz
Ringkasan eksekutif magizRingkasan eksekutif magiz
Ringkasan eksekutif magiz
mimieysyamimi
 
Kertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatanKertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatan
KPM
 
Buku Log Bakti siswa
Buku Log Bakti siswa Buku Log Bakti siswa
Buku Log Bakti siswa
Master Rexy
 
Laporan Orientasi Karnival Pandu Puteri Kebangsaan 2012
Laporan Orientasi Karnival Pandu Puteri Kebangsaan 2012Laporan Orientasi Karnival Pandu Puteri Kebangsaan 2012
Laporan Orientasi Karnival Pandu Puteri Kebangsaan 2012
Anis Lisa Ahmad
 
Minit mesyuarat kampung
Minit mesyuarat kampungMinit mesyuarat kampung
Minit mesyuarat kampung
iffahroslan
 
Ringkasan eksekutif
Ringkasan eksekutifRingkasan eksekutif
Ringkasan eksekutif
atika295
 
Kertas kerja hari kanak
Kertas kerja hari kanakKertas kerja hari kanak
Kertas kerja hari kanak
Kasturi Kannan
 

Mais procurados (19)

Kertas kerja lawatan ke c.highlands
Kertas kerja lawatan ke c.highlandsKertas kerja lawatan ke c.highlands
Kertas kerja lawatan ke c.highlands
 
Praanjung Bahasa (Kumpulan 3)
Praanjung Bahasa (Kumpulan 3)Praanjung Bahasa (Kumpulan 3)
Praanjung Bahasa (Kumpulan 3)
 
Ringkasan eksekutif magiz
Ringkasan eksekutif magizRingkasan eksekutif magiz
Ringkasan eksekutif magiz
 
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kiniKertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
 
Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 5
Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 5Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 5
Minit mesyuarat perjumpaan kelas ukm 5
 
Kertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatanKertas kerja lawatan
Kertas kerja lawatan
 
Buku Log Bakti siswa
Buku Log Bakti siswa Buku Log Bakti siswa
Buku Log Bakti siswa
 
Jom ke skola mc 2017
Jom ke skola mc 2017Jom ke skola mc 2017
Jom ke skola mc 2017
 
Laporan Kendiri OPKIM 2014
Laporan Kendiri OPKIM 2014Laporan Kendiri OPKIM 2014
Laporan Kendiri OPKIM 2014
 
Dokumentasi maal hijrah_skbd
Dokumentasi maal hijrah_skbdDokumentasi maal hijrah_skbd
Dokumentasi maal hijrah_skbd
 
Laporan Orientasi Karnival Pandu Puteri Kebangsaan 2012
Laporan Orientasi Karnival Pandu Puteri Kebangsaan 2012Laporan Orientasi Karnival Pandu Puteri Kebangsaan 2012
Laporan Orientasi Karnival Pandu Puteri Kebangsaan 2012
 
Minit mesyuarat kampung
Minit mesyuarat kampungMinit mesyuarat kampung
Minit mesyuarat kampung
 
Kk bj raya
Kk bj rayaKk bj raya
Kk bj raya
 
Kertas kerja lawatan melaka
Kertas kerja lawatan melakaKertas kerja lawatan melaka
Kertas kerja lawatan melaka
 
Ringkasan eksekutif
Ringkasan eksekutifRingkasan eksekutif
Ringkasan eksekutif
 
Godang sembilan
Godang sembilanGodang sembilan
Godang sembilan
 
Kertas kerja hari kanak
Kertas kerja hari kanakKertas kerja hari kanak
Kertas kerja hari kanak
 
Kertas kerja majlis sambutan hari kanak
Kertas kerja majlis sambutan hari kanakKertas kerja majlis sambutan hari kanak
Kertas kerja majlis sambutan hari kanak
 
Buku program jom hidup sihat 2019
Buku program jom hidup sihat 2019Buku program jom hidup sihat 2019
Buku program jom hidup sihat 2019
 

Semelhante a Laporan akhir (autosaved)

Laporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanLaporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukan
yoonaika
 
Minit mesyuarat opkim 8
Minit mesyuarat opkim 8Minit mesyuarat opkim 8
Minit mesyuarat opkim 8
nurfatinafeeqa
 
Ringkasan ekse (syarikat)
Ringkasan ekse (syarikat)Ringkasan ekse (syarikat)
Ringkasan ekse (syarikat)
Mohd Ikmal
 
Laporan post khidmat sosial
Laporan post khidmat sosialLaporan post khidmat sosial
Laporan post khidmat sosial
halwaizzati
 
Kertas Kerja Opkim Ledang
Kertas Kerja Opkim LedangKertas Kerja Opkim Ledang
Kertas Kerja Opkim Ledang
arizanmasli
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
norhaliza76
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Nurerie Nishazlan
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
amir alhaj
 
Laporan program bina insan guru
Laporan program bina insan guruLaporan program bina insan guru
Laporan program bina insan guru
Habibah Abdullah
 

Semelhante a Laporan akhir (autosaved) (20)

Laporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanLaporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukan
 
Minit mesyuarat opkim 8
Minit mesyuarat opkim 8Minit mesyuarat opkim 8
Minit mesyuarat opkim 8
 
Srlm suhana
Srlm suhanaSrlm suhana
Srlm suhana
 
Srlm suhana 2
Srlm suhana 2Srlm suhana 2
Srlm suhana 2
 
Laporan Aktiviti
Laporan AktivitiLaporan Aktiviti
Laporan Aktiviti
 
Jurnal refleksi
Jurnal refleksiJurnal refleksi
Jurnal refleksi
 
Ringkasan ekse (syarikat)
Ringkasan ekse (syarikat)Ringkasan ekse (syarikat)
Ringkasan ekse (syarikat)
 
Laporan post khidmat sosial
Laporan post khidmat sosialLaporan post khidmat sosial
Laporan post khidmat sosial
 
RINGKASAN EKSEKUTIF OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM 2014 OPKIM
RINGKASAN EKSEKUTIF OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM 2014 OPKIMRINGKASAN EKSEKUTIF OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM 2014 OPKIM
RINGKASAN EKSEKUTIF OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM 2014 OPKIM
 
Kertas Kerja Opkim Ledang
Kertas Kerja Opkim LedangKertas Kerja Opkim Ledang
Kertas Kerja Opkim Ledang
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
 
Kertas kerja l angkawi
Kertas kerja l angkawiKertas kerja l angkawi
Kertas kerja l angkawi
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Laporan khidmat masyarakat f1
Laporan khidmat masyarakat f1Laporan khidmat masyarakat f1
Laporan khidmat masyarakat f1
 
Bina insan guru laporan
Bina insan guru laporanBina insan guru laporan
Bina insan guru laporan
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
 
Laporan program bina insan guru
Laporan program bina insan guruLaporan program bina insan guru
Laporan program bina insan guru
 
laporan
laporan laporan
laporan
 
laporan
laporanlaporan
laporan
 

Mais de Mohd Ikmal

Gabungan minit mesyuarat
Gabungan minit mesyuaratGabungan minit mesyuarat
Gabungan minit mesyuarat
Mohd Ikmal
 
Post mortem program menuju puncak kecemerlangan 3
Post mortem program menuju puncak kecemerlangan 3Post mortem program menuju puncak kecemerlangan 3
Post mortem program menuju puncak kecemerlangan 3
Mohd Ikmal
 
Minit mesyuarat ketiga
Minit mesyuarat ketigaMinit mesyuarat ketiga
Minit mesyuarat ketiga
Mohd Ikmal
 
Minit mesyuarat keempat
Minit mesyuarat keempatMinit mesyuarat keempat
Minit mesyuarat keempat
Mohd Ikmal
 
Surat kelulusan penganjuran program MPK3
Surat kelulusan penganjuran program MPK3 Surat kelulusan penganjuran program MPK3
Surat kelulusan penganjuran program MPK3
Mohd Ikmal
 
Mohd ikmal bin asmuni a145513 hhhc9501- kemahiran pemikiran kritikal, penye...
Mohd ikmal bin asmuni a145513   hhhc9501- kemahiran pemikiran kritikal, penye...Mohd ikmal bin asmuni a145513   hhhc9501- kemahiran pemikiran kritikal, penye...
Mohd ikmal bin asmuni a145513 hhhc9501- kemahiran pemikiran kritikal, penye...
Mohd Ikmal
 
Mohd ikmal bin asmuni a145513 perancangan fiesta sains
Mohd ikmal bin asmuni a145513   perancangan fiesta sainsMohd ikmal bin asmuni a145513   perancangan fiesta sains
Mohd ikmal bin asmuni a145513 perancangan fiesta sains
Mohd Ikmal
 
RINGKASAN EKSEKUTIF
RINGKASAN EKSEKUTIFRINGKASAN EKSEKUTIF
RINGKASAN EKSEKUTIF
Mohd Ikmal
 
LAPORAN KEWANGAN PROGRAM KUMPUL DAN DERMA
LAPORAN KEWANGAN PROGRAM KUMPUL DAN DERMALAPORAN KEWANGAN PROGRAM KUMPUL DAN DERMA
LAPORAN KEWANGAN PROGRAM KUMPUL DAN DERMA
Mohd Ikmal
 
Laporan akhir etika
Laporan akhir etikaLaporan akhir etika
Laporan akhir etika
Mohd Ikmal
 
Laporan program keseluruhan (1)
Laporan program keseluruhan (1)Laporan program keseluruhan (1)
Laporan program keseluruhan (1)
Mohd Ikmal
 

Mais de Mohd Ikmal (20)

Artikel mpk3 2-ifolio
Artikel mpk3   2-ifolioArtikel mpk3   2-ifolio
Artikel mpk3 2-ifolio
 
Laporan mpk3
Laporan mpk3Laporan mpk3
Laporan mpk3
 
Gabungan minit mesyuarat
Gabungan minit mesyuaratGabungan minit mesyuarat
Gabungan minit mesyuarat
 
Post mortem program menuju puncak kecemerlangan 3
Post mortem program menuju puncak kecemerlangan 3Post mortem program menuju puncak kecemerlangan 3
Post mortem program menuju puncak kecemerlangan 3
 
Minit mesyuarat 5
Minit mesyuarat 5Minit mesyuarat 5
Minit mesyuarat 5
 
Tentatif 17hb
Tentatif 17hbTentatif 17hb
Tentatif 17hb
 
Minit mesyuarat ketiga
Minit mesyuarat ketigaMinit mesyuarat ketiga
Minit mesyuarat ketiga
 
Minit mesyuarat keempat
Minit mesyuarat keempatMinit mesyuarat keempat
Minit mesyuarat keempat
 
Minit mesyuarat kedua
Minit mesyuarat keduaMinit mesyuarat kedua
Minit mesyuarat kedua
 
Hp kepimpinan
Hp kepimpinanHp kepimpinan
Hp kepimpinan
 
Gambar mesy. mpk3
Gambar mesy. mpk3Gambar mesy. mpk3
Gambar mesy. mpk3
 
Minit mesyuarat 1
Minit mesyuarat 1Minit mesyuarat 1
Minit mesyuarat 1
 
Surat kelulusan penganjuran program MPK3
Surat kelulusan penganjuran program MPK3 Surat kelulusan penganjuran program MPK3
Surat kelulusan penganjuran program MPK3
 
Mohd ikmal bin asmuni a145513 hhhc9501- kemahiran pemikiran kritikal, penye...
Mohd ikmal bin asmuni a145513   hhhc9501- kemahiran pemikiran kritikal, penye...Mohd ikmal bin asmuni a145513   hhhc9501- kemahiran pemikiran kritikal, penye...
Mohd ikmal bin asmuni a145513 hhhc9501- kemahiran pemikiran kritikal, penye...
 
Mohd ikmal bin asmuni a145513 perancangan fiesta sains
Mohd ikmal bin asmuni a145513   perancangan fiesta sainsMohd ikmal bin asmuni a145513   perancangan fiesta sains
Mohd ikmal bin asmuni a145513 perancangan fiesta sains
 
RINGKASAN EKSEKUTIF
RINGKASAN EKSEKUTIFRINGKASAN EKSEKUTIF
RINGKASAN EKSEKUTIF
 
LAPORAN KEWANGAN PROGRAM KUMPUL DAN DERMA
LAPORAN KEWANGAN PROGRAM KUMPUL DAN DERMALAPORAN KEWANGAN PROGRAM KUMPUL DAN DERMA
LAPORAN KEWANGAN PROGRAM KUMPUL DAN DERMA
 
Laporan akhir etika
Laporan akhir etikaLaporan akhir etika
Laporan akhir etika
 
Laporan program keseluruhan (1)
Laporan program keseluruhan (1)Laporan program keseluruhan (1)
Laporan program keseluruhan (1)
 
Gmbr fiesta 2
Gmbr fiesta 2Gmbr fiesta 2
Gmbr fiesta 2
 

Último

Último (6)

Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 

Laporan akhir (autosaved)

  • 1. Laporan Akhir Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta’zim 2014 MOHD IKMAL BIN ASMUNI A145513 HHHC9801 – KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF Program Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta’zim 2014 telah diadakan pada 17 Januari 2014 hingga 22 Januari 2014. Program ini dijalankan secara serentak di 8 buah kawasan di negeri Johor. Kampung Gersik merupakan salah sebuah kawasan yang terpilih untuk dijalankan program ini. Kampung Gersik turut bekerjasama dengan dua buah kampong lagi iaitu Kampung Hujung Tambak dan Kampung Semandar. Program OPKIM 10 Penjuru Darul Ta’zim ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ). Program ini bertemakan “Cemerlang Bersama Johor”. Program ini bermatlamat untuk Berbakti dan menyumbang kepada masyarakat, menjalinkan ikatan yang utuh antara mahasiswa dengan masyarakat, menonjolkan keperibadian dan jati diri mahasiswa yang tinggi sebagai tauladan kepada masyarakat. Manakala objektifnya pula adalah untuk Mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat setempat dengan mahasiswa untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan. Memberi peluang kepada mahasiswa khususnya anak Johor untuk melibatkan diri dalam program berbentuk khidmat kemasyarakatan. Melatih mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dalam berorganisasi dan juga berinteraksi dengan masyarakat. Pada 17 Januari 2014, majlis perasmian telah diadakan di Pusanika. Dirasmikan oleh YB Datuk Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan, merangkap Ahli Parlimen Sri Gading. Selepas selesai majlis perasmian, semua ahli jawatankuasa bertolak ke Pagoh, Johor dengan menaiki bas yang disewa khas pada pukul 11.50 malam. Pada keesokan harinya, 18 Januari 2014 kami semua tiba di Pagoh dan bersiap sedia untuk majlis pembukaan Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta’zim(Pagoh) 2014. - (Elemen kreatif dan inovatif – membuat ikatan reben sebagai simbolik perasmian memandangkan tiada reben bersaiz besar yang boleh didapati di pasaran. Oleh itu, AJK bertindak menghasilkan sendiri reben tersebut mengikut kreativiti sendiri. ) - (Gimik perasmian dengan membuat lakonan pendek sebagai simbolik penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat) Majlis perasmian diikuti dengan sesi penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Pada 19 Januari 2014 diadakan slot bersama wanita dengan kerjasama KEMAS. Slot ini diikuti oleh semua AJK siswi. Mereka diajar cara-cara pembuatan roti jala dan memasak jemput-jemput. AJK siswa pula menganjurkan pertandingan futsal wanita, ping pong dan karom. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Belia Daerah Ledang. Pada waktu petang, kami telah beramai-ramai bekerjasama menyiapkan masakan untuk jamuan pada malam tersebut. Pada waktu malam selepas solat maghrib telah diadakan ceramah berkaitan Palestin yang disampaikan oleh Ustaz
  • 2. Rofazlin Bin Jusoh selaku Pegawai Operasi Aqsa Syarif Negeri Johor. Pameran berkaitan Palestin juga telah diadakan di pekarangan masjid. Pada 20 Januari 2014, telah diadakan sesi gotong royong di Kampung Hujung Tambak dan juga Kampung Gersik. Saya telah ditugaskan untuk mengecat pintu pagar masjid lama supaya kembali cantik. Dengan daya kreativiti yang ada, pintu pagar tersebut dapat dicat dengan cantik dan sempurna dan kelihatan seolah-olah baharu. Pada waktu petang, kami semua telah dibawa untuk melawat kawasan sekitar kampung dan melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampung. Pada 21 Januari 2014 telah diadakan program motivasi dan pameran robotik yang didatangkan khas dari FTSM, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program motivasi ini bertujuan untuk memberi dorongan kepada pelajar-pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Gersik, Pagoh. Dalam bengkel motivasi ini kami telah menerapkan elemen-elemen yakin diri, berani dan membantu pelajar-pelajar membina wawasan dan menetapkan cita-cita mereka. Ketika program motivasi ini dijalankan, saya telah ditugaskan sebagai salah seorang fasilitator. Dalam LDK yang pertama, saya dikehendaki membimbing pelaja-pelajar untuk menghasilkan satu sorak kumpulan dengan kreatif dan inovatif. Hasilnya, kebanyakan kumpulan dapat menghasilkan sorakan kumpulan yang menarik. Pada waktu petang pula, kami semua telah bergabung tenaga membantu dalam persiapan sempena majlis Maulidurrasul yang akan diadakan di Masjid Jamek Pekan Gersik, Pagoh. Pada 22 Januari 2014, merupakan hari terakhir kami semua berkampung di Gersik, Pagoh. Majlis perasmian penutupan dan penyerahan semula anak angkat telah diadakan dan telah dirasmikan oleh Senator Dato’ Hajah Noriah binti Mahat, Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Wanita UMNO Pagoh. Dalam majlis ini, saya ditugaskan untuk mengendalikan bahagian teknikal membantu tugas ketua pengarah bahagian teknikal. Saya juga diarahkan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan slaid MS Powerpoint untuk menggantikan backdrop program yang sudah tidak boleh digunakan memandangkan perasmi penutupan telah bertukar. Selepas majlis selesai, kami semua telah berangkat pulang ke kawasan tempat tinggal masing-masing dan juga ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai kesimpulannya, pelbagai kemahiran dan nilai-nilai murni telah saya pelajari sepanjang perancangan program sehingglah hari terakhir projek dilaksanakan. Dalam perancangan projek ini, saya telah mempelajari pelbagai cara untuk meningkatkan daya kreativiti dan inovatif dalam setiap gerak kerja yang dilaksanakan. Dengan daya kreatif dan inovatif, pelbagai tugasan dapat disempurnakan dengan mudah dan cepat. Hasil kerja juga sangat memuaskan. Melalui pelaksanaan projek ini juga, kemahiran kreatif dan inovatif dapat dipertingkatkan. Sepanjang program berlangsung, saya telah mendapat pelbagai ilmu baru berkaitan cara hidup masyarakat di kampung dan aktiviti yang mereka lakukan. Dalam setiap perkara yang dilakukan pasti terdapat cabaran dan permasalahan yang timbul. Sebagai contohnya pada majlis perasmian, tetamu jemputan tidak dapat hadir disebabkan masalah komunikasi antara pegawai yang dijemput dengan keraninya dan juga masalah berkaitan bajet dan peruntukan untuk program. Namun masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Harapan dan saranan saya agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan saya juga menyarankan supaya program seperti ini dapat diberikan dana dan tajaan yang lebih banyak memandangkan program ini sangat berguna kepada mahasiswa dan masyarakat.