1. Inilah alamat dan nombor telefon syarikat yang buat waffle maker brand Takada:
Intersonics Sdn Bhd
35, Jln Desa Serdang 4, Taman Desa Serdang, Seri Kembangan, 43300 Selangor
No. Telefon : 03-89430368 [Hema]
WAFER RANGUP
Bahan-bahan untuk 2-3 orang makan :
12 sudu besar tepung gandum (i bubuh penuh-penuh satu sudu besar macam bukit)
2 sudu kecil yis kering (i guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang i bagitau
tadi)
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega yang dicairkan (i suka brand Buttercup)
1 cawan susu segar dalam suhu bilik (i suka brand Dutch Lady Full Cream Milk)
1 biji telur dalam suhu bilik. Nak cepat kurangkan kesejukkan telur tu, korang rendam dalam
air panas seketika
1 sudu besar esen vanila (i tak letak pun sebab takde. Hehe)
Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
Cara-caranya :
1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar.
Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk (apa itu whisk?
Korang boleh tengok dekat gambar bawah ni). Kemudian, masukkan air panas / suam secara sedikit
demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu
cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. Macam i sendiri, i letak 1/2 cawan air
panas/suam je dan i tambah sikit-sikit bila tengok adunan still lagik pekat.