SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 17
MASLAN BINTI SALLEH


Pengenalan

      Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia.
Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan
menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang
dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna
atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini,
menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan
sempurna jika tidak ada unsur makna.
Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini
menumpukan pada aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya dengan dunia
rujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Pada hari ini , penutur
sesuatu bahasa dapat memahami apa-apa yang diujarkan kepada mereka dan
menghasilkan pelbagai bentuk kata yang bermakna kepada penutur yang lain. Untuk
memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna dan morfem yang
membentuknya.     Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung
menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya , kita perlu menginterpretasikan
makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.

2. Definisi Semantik

Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani
semantickos yang membawa makna „penting‟ atau „bererti‟. Semantik pula, secara
ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan
dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari
pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari
aspek-aspek seerti     dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan
makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

Daripada segi “etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang
bererti “tanda” dan “lambang”.     Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan
sebagai ilmu yang menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang
menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya.
MASLAN BINTI SALLEH


Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam
bukunya semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood
Musanif).

Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat           ialah kajian tentang makna
perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan.

Menurut Radiah Yussoff, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah Kajian tentang
makna lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia
(O‟Grady, 200, 224, Fromin et al 2003.173)

Dalam Buku Bahasa Malaysia Kertas 1- dalam bidang linguistik , semantik ialah
bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.

Dalam buku Bahasa Malaysia kertas 910/ 1 & 910/2 – semantik dapat ditakrifkan
sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat atau dengan kata lain
perkataan sebagai kajian makna tentang bentuk-bentuk linguistik.

Dalam Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, semanti ialah kajian linguistik
yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atau
wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai
maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran oenutur
mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada
pendengar.

Sperber dan Wilson (1980), Buku Bahasa Melayu II –mendefinisikan semantik ialah
kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk
logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk lojiknya.

Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II – semantik ialah
bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan
penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.

Sebagai kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik
yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu
bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya.
Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan
MASLAN BINTI SALLEH


konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan
makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Konsep dan Makna

Sebagai pengguna Bahasa Melayu, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya tetapi
juga      makna   perkataan   yang terbentuk. Pengetahuan     kita tentang makna
membolehkan kita menggunakan kata-kata itu dalam ayat dan memahami ayat-ayat
yang kita dengar atau yang kita baca.

Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga
komponen iaitu:-

   i.       Komponen kata.        Komponen kata merujuk kepada aspek dalam bentuk
            bunyi atau tulisan.
   ii.      Komponen makna . Komponen makna ialah dalam bentuk aspek
            tergambar dalam fikiran manusia.
   iii.     Komponen rujukan. Komponen rujukan ialah dalam konkrik yang dapat
            dilihat.

Terdapat dua pendapat yang terkenal yang mengaitkan hubungan antara kata
dengan benda yang dirujuk ( rujukan), iaitu kata yang diertikan dan kata yang
dimengertikan. Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Ferdinand de Saussure
dan pendapat Ogden dan Richards dalam buku Bahasa Malaysia kertas 1.

Menurut Ferdinand de Saussure, (Teks Pra –U STPM , Bahasa Malaysia Kertas 1)
setiap kata (tanda linguistik) mengandungi dua unsur ,iaitu “yang diertikan” dan “
yang mengertikan”. “Yang diertikan” bermaksud konsep atau makna yang didukung
oleh kata” manakala “yang mengertikan” ialah “kata yang terbentuk daripada fonem-
fonem bahasa berkenaan”.

Ferdinand de Saussure, berpendapat bahawa terdapat hubungan yang wujud antara
kata ( dalam bentuk lambang bunyi) dengan makna kata tersebut. Menurut beliau,
apabila seseorang itu menyebut sesuatu kata. Secara psikologi dia menggambarkan
benda yang dirujuk oleh kata tersebut dalam fikirannya. Contohnya apabila
seseorang itu menyebut kucing, maka secara automatik dalam fikirannya akan
terbayang haiwan yang dinamakan kucing itu.
MASLAN BINTI SALLEH


Ogden dan Richard (Teks Pra –U STPM , Bahasa Malaysia Kertas 1 ) pula
menunjukkan hubungan antara kata, konsep dan benda yang dirujuk (rujukan)
nelalui segi tiga semantik seperti yang berikut:



                            Konsep/Makna( referens)




          Kata/leksem                              Rujukan /referen

             kucing                                Benda yang dirujuk

                                 Rajah 1


Dalam rajah 1 di atas, kata atau leksem kucing melambangkan konsep makna
“sejenis haiwan yang dapat menangkap tikus”. Konsep atau makna kucing yang
bersifat umum ini mempunyai rujukan haiwan kucing sebenarnya secara khusus di
dunia nyata.    Hal ini ditunjukkan oleh garis merah         yang menghubungkan kata
dengan rujukan.

Selain itu, hubungan antara kata dengan makna serta benda yang dirujuk bersifat
arbitari, iaitu tidak ada hubungan mutlak antara kata dengan maknanya serta benda
yang menjadi rujukan. Sebagai contohnya, kata yang dilambangkan oleh bunyi
[haus] membawa makna yang berbeza bagi penutur bahasa Melayu dan penutur
bahasa inggeris. Bagi penutur bahasa Melayu, kata yang berbunyi [haus] bermakna
“dahaga” atau “berkurangan tebalnya” sedangkan [haus] bagi penutur bahasa
Inggeris bermaksud”rumah”.

Hubungan antara kata dengan konsep bersifat langsung.                 Begitu juga hubungan
antara konsep dengan benda yang dirujuk. Sebaliknya hubungan antara kata dengan
benda yang dirujuk bersifat tidak lansung.
MASLAN BINTI SALLEH


Jenis-jenis makna

Makna terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:-

   i.         Makna denotatif/ tersurat
   ii.        Makna konotatif/tersirat
   iii.       Makna afektif
   iv.        Makna emotif
   v.         Makna luas
   vi.        Makna sempit
   vii.       Makna gaya
   viii.      Makna tekanan

i.Makna denotatif/ tersurat

Makna denotatif ialah makna yang tersurat/ makna umum/ makna lesikal atau makna
kamus. Makna deotatif ini juga merupakan makna yang sesuai dengan rujukan atau
pemerhatian alat indera atau makna yang nyata.

Contoh ayat-

   -       Buaya yang mengganas itu telah ditangkap.

Buaya dalam ayat itu bermaksud sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air,
tetapi boleh juga naik ke darat.

ii.Makna Konotatif

Makna konotatif ialah makna tersirat . Lebih mengutamakan nilai komunikatif (
rujukan penutur berdasarkan konteks.

Contoh ayat:-

   -        Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya.

Buaya alam ayat tersebut ialah seorang lelaki yang suka memujuk dan menipu
perempuan.

iii. Makna Efektif
MASLAN BINTI SALLEH


Makna afektif ialah makna yang muncul akibat reaksi pendengar atau pembaca
terhadap penggunaan kata atau kebalikan daripada apa yang disebutkan.

Contoh:-

Perkataan teratak, pondok, rumah yang sepertinya dalam makna afektif ialah orang
yang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.

iv.Makna emotif

Makna emotif ialah makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya.
Contohnya perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus dan kajol adalah
makna emotif. Kesemua contoh di atas mendukun erti mati. Penggunaan perkataan
yang berbeza ini boleh menimbulkan nilai yang berbeza.

v. Makna luas

Makna luas ialah makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan iaitu lebih luas
dari makna sebenar.

Contoh

Universiti ialah institusi pengajian tinggi tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu
dan kajian ilmiah. Makna luas universiti merangkumi pelbagai aspek seperti profesor,
bilik kuliah, pensyarah dan mahasiswa.

vi. Makna Sempit

Makna sempit ialah makna yang terkandung dalam perkataan tersebut semata-mata.

Contoh:-

   -   Siku Aliah luka semasa terjatuh tadi.
   -   Anggota badan yang luka tidak melibatkan anggota badan Aliah yang lain,
       hanya pada bahagian siku sahaja.

vii.Makna Gaya

Makna gaya ialah perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh seseorang
pengarang dalam karyanya.
MASLAN BINTI SALLEH


Contoh:-

Gaya     penulisan      Shahnon   Ahmad   boleh   dikenali,   misalnya   beliau   gemar
menggunakan dialek kedah dalam penulisannya.

viii. Makna Tekanan

Makna tekanan




Fitur makna

Satu lagi cara untuk memperlihatkan elemen semantik adalah dengan menganalisa
fitur atau ciri-ciri semantik. Kaedah lazim digunakan bagi melihat kehadiran atau
ketidakhadiran elemen semantik bagi satu set kata. Fitur atau ciri semantik
merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai
ciri-ciri tersendiri.

Makna sesuatu perkataan itu dibahagikan kepada komponen-komponennya. Makna
perkataan dianggap terdiri daripada sekelompok fitur distingtif. Fitur-fitur ini dipilih
dan ditentukan lebih dahulu suapaya jangan ada yang sama dengan fitur lain.
Walaupun ada dalam kalangan ahli yang mengatakan mustahil untuk kita
menentukan makna semua fitur yang perlu bagi menentukan makna sesuatu
perkataan itu, tetapi memang para pengkaji makna dapat menyakan makna fitur-fitur
yang dikaji setakat ini.

Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda + atau -. Tanda-tanda
tersebut mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda +
membawa maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis
maknanya, dan sebaliknya tanda – bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyai
fitur tersebut. Contohnya kita mempunyai fitur kata nama seperti bernyawa. Bagi
benda seperti binatang, kita berikan fitur + bernyawa, dan bagi benda seperti batu
kita berikan fitur – bernyawa. Oleh yang denikian, kita tentukan semua fitur tersebut
bagi menentukan makna sesuatu perkataan.

Satu kaedah mudah bagi melihat fitur-fitur makna tersebut ialah dengan mengambil
satu peranggu perkataan yang berkaitan. Contohnya adalah seperti berikut:
MASLAN BINTI SALLEH


  Lelaki                  teruna

  Perempuan              dara

Dalam peranggu perkataan di atas, kita dapat menggunakan fitur semantik berikut,
manusia/binatang, jantan/betina,dewasa /muda. Ini boleh diperbaiki sebagai +
manusia,-manusia [bukan manusia], + jantan, -jantan, +dewasa dan – dewasa.
Dengan itu kita dapat membezakan binatang dan manusia. Dengan demikian
perkataan lelaki mempunyai fitur {+manusia, +jantan,+dewasa},               perempuan
[+manusia,-jantan,+dewasa],teruna[+manusia,+jantan+-dewasa],dan dara

[+manusia, -jantan,-dewasa].

Dalam hal binatang pula sukar hendak dibezakan antara satu sama lain melainkan
fitur semantik seperti kerbau, lembu dan kuda. Dengan demikian perkataan kerbau[-
manusia, +jantan,+dewasa],lembu[-manusia,-jantan,+dewasa], dan kuda [ -manusia,-
jantan,-dewasa].

Melalui kaedah ini kita membahagikan makna binatang itu kepada fitur-fitur atau
komponen maknya. Dari sinilah timbulnya istilah analisis komponen. Lihat jadual
dibawah .




                                   Makhluk




                   Bernyawa                    Tidak bernyawa




         Manusia                                       Binatang




    Lelaki            Perempuan                                           Betina
                                                     Jantan




dewasa       Anak        dewasa         Anak       Dewasa         Anak   Dewasa    Anak
MASLAN BINTI SALLEH




                                        Jadual 1

Dalam komponen kata kerja seperti pukul, duduk, dan lari. Kita boleh menggunakan
fitur-fitur seperti transitif, objek, dan pelaku. Contohnya, pukul itu transitif, mempunyai
pelaku, menerima objek dan ada gerak. Kata kerja duduk pula adalah tak transitif,
ada pelaku, tidak menerima objek dan tidak bergerak. Kata kerja lari pula tak transitif,
ada pelaku, tidak menerima objek dan ada gerak. Semua fitur-fitue ini diberi tanda +
dan - bagi menunjukkan ada atau tidak ada sesuatu fitur itu dalam mana-mana
perkataan. Ada konteksnya apabila menyatakan fitur-fitur ini ada fitur yang bertindih.
Contohnya fitur transitif tidak perlu disebut apabila fitur berobjek dinyatakan, sebab
kedua-duanya bermaksud sama.

Oleh kerana kita dapat membuat analisis fitur semantik kepada perkataa- perkataan
maka teori tatabahasa generatif dapat mencakupi bidang semantk. Sebagai
kesimpulannya, adanya fitur-fitur tersebut, maka makna perkataan atau ungkapan
yang dihasilkan melalui tatabahasa generatif dapat dijana.

Makna Leksikal

Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Makna leksikal atau kata
merupakan subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang
ditunjukkan atau dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa.
Secara umumnya , perkataan dapat digunakan untuk memberikan makna kepada
sesuatu benda atau sesuatu perkara. Kata juga menggambarkan sesuatu konsep
yang bergantung pada pemilihan kata dan semantik lesikal yang digunakan.

Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut makna lesikal, iaitu
makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Kamus
menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur bahasa tersebut. Selain itu kita
juga merupakan kamus bergerak kerana kita mengetahui beratus-ratus makna bagi
bahasa yang dituturkan. Pengetahuan kita tentang makna tersebut membolehkan
MASLAN BINTI SALLEH


kita menggunakan bahasa untuk menyatakan penndapat dan memahami ujaran
yang kita dengar.

Perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki
makna lesikal , kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,ber+,
ber+....+an(...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna lesikal melainkan
memiliki makna gramatis.         Walaubagaimana pun, apabila imbuhan tersebut
digabungkan dengan kata dasar maka ia memberi makna pada kata dasar tersebut.

Makna Ayat

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa
unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi
sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang
membaca sesuatu yang ditulis.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap
perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu
makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk
membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan
makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.
Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai
tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa
apa-apa makna.

Ada juga perkataan yang boleh dikelompokkan ke dalam golongan kata nama dan
kata kerja, kata nama arah dan kata nama sifat. Malahan ada sesuatu perkataan
yang boleh digolongkan sebagai kata nama, kata kerja dan kata sifat.

Dalam kita berbahasa, adakalnya kita tidak menyebut atau menulis beberapa
perkataan kerana kita menganggap pendengar atau penulis dapat memahami makna
yang kita sampaikan. Begitu juga dalam bahasa Melayu, sering kali apa yang kita
ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang kita maksudkan.

Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis
memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun
MASLAN BINTI SALLEH


tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna
ayat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut.

Makna Konotatif ( Tersirat)

Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis
atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayu
kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Makna
ini lebih mengutamakan nilai komunikatif.

Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun
negatif ( Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat
perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan
perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua
perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai
nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi.

Contohnya dalam ujaran “ Banyak cantik kerja kamu”, kata cantik tidaklah membawa
maksud “lawa” atau “indah” tetapi makna yang sebaliknya. Yang dimaksudkan oleh
pengujar dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu bukanlah cantik
atau kemas tetapi tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini ditentukan oleh konteks
pengguna.

Selain daripada itu makna konotatif ( tersirat) juga saling dikaitkan dengan
peribahasa. Peribahasa lazimnya ( termasuk simpulan bahasa ) mengandungi hanya
satu makna walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan. Dengan kata lain,
makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa
itu. Misalnya buah tangan, “naik angin”, “kuah tumpah kenasi”, dan “harapkan pagar,
pagar makan padi”.

Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan
kata-kata terkadang didalamnya itu kerana, maknanya tidak difahami secara literal
tetapi secara kiasan. Contohnya,

(1) Puteri lilin

(2) Umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak
MASLAN BINTI SALLEH


(3) Ibarat mencurah air kedaun keladi



(4) Ibarat balam, mata lepas badan terkurung

Dalam ayat (1) kiasan tidak membawa makna “puteri yang diperbuat daripada lilin”,
tetapi ayat ini membawa maksud “ seorang yang tidak boleh tahan dengan panas “.


Manakala pada ayat (2) kiasan itu membawa maksud kehidupan manusia umpama
jari ditangan, ada yang kaya dan ada yang miskin. Sebagai perumpamaan bentuk
kiasan masih banyak makna lain yang dapat di beri yang tujuannya ingin
menyatakan bahawa hidup manusia ada perbezaannya antara seorang dengan
seorang yang lain.

Kiasan dalam ayat (3) membayangkan usaha yang sis-sia dalam menasihati
seseorang . Sementara itu kiasan dalam ayat (4) mengibaratkan kehidupan
seseorang seperti burung balam di dalam sangkar, dimana ia bebas melihat alam
sekelilingnya tetapi tidak bebas hendak kemana-mana atau mengecapinya. Seperti
Perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat diberi yang
tujuannya ingin menyatakan tentang kehidupan manusia.

Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini
tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni
visual dan muzik. Contohnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen
tidak sama seperti produk yang diilustrasikan.
Kedua ialah makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa
dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu, dan
berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau
memberikan pendapat.
Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat keterbukaan.Penggunaan kata-
kata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara
meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan digunakan untuk
menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitu
kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang
dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan
MASLAN BINTI SALLEH


tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). (Kamus
Dewan,2004). Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.


Makna Tersurat (DENOTATIF)

Makna tersurat merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau
makna yang diujaran sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Makna
denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan
pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman
lainnya. (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan
penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut „makna
sebenar‟ , „makna asal‟ , „makna mutlak‟ atau „makna dasar‟.
Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul
kerana sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan. Jesteru itu binaan
ayat atau ujaran seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa
Melayu. Perhatikan contoh-contoh berikut;
(1) Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.

(2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.

(3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik

(4) Pekerja-pekerja akan mulakan kerja mereka bila hujan berhenti.

(5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu.

(6) Ayah menghadaihkan saya jam tangan.

Dalam ayat di atas, berlaku kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung
dalam ayat-ayat tersebut. Umpamanya , “ mereka-mereka” dalam ayat (1)
merupakan kelewahan semantik atau dengan kata lain makna yang berlebihan di
mana ianya tidak diperlukan.

Demikian juga bagi ayat (2), tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu
kepada bapa Ali atau kedua-dua ibu dan bapanya yang meninggal dunia. Sementara
itu dalam ayat (3) , perkataan “merasa” membawa makna „mengalami sesuatu
menggunakan     indera‟   dan   bukannya    „   mengalami      sesuatu   dengan   hati‟.
Perkataan “berdukun” pada ayat (5) maknanya agak kabur kerana berdukun boleh
MASLAN BINTI SALLEH


membawa dua makna, iaitu „orang yang berubat‟ atau orang yang mengubati orang
lain. Ayat (6) perlu diperbetulkan menjadi “ Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan
kepada saya” atau “ Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan”, kerana dalam ayat
ini yang dihadiahkan bukanlah jam tetapi saya.

Selain itu kata penjodoh bilangan merupakan salah satu keistimewaan bahasa
Melayu namun jika penggunaannya tiodak tepat ia dapat menimbulkan kekeliruan
makna. Perhatikan contoh yang berikut:-

(7).Saya mahu pergi ke pasar membeli dua ekor kambing.

Ayat (7) mengandungi dua makna. Makna yang pertama bermakna bahawa saya
memhu membeli kambing dua ekor dan yang kedua bermakna bahawa saya mahu
membeli ekor kambing dua. Perhatikan pula contoh yang berikut:-

(8) Kakak baharu sahaja membeli enam ekor ketam.

Persoalan yang timbul di sini adakah penjodoh bilangan bagi ketam ialah ekor.Jika
penjodoh bilangannya ekor, benarkah ketam mempunyai ekor?. Ini bermakna, jika
sesuatu kata nama tersebut tidak ada penjodoh bilangannya maka penjodoh
bilangan tersebut tidak seharusnya dinyatakan.

Makna Terselindung

Makna    terselindung   ialah   makna   yang     terselindung   sesuatu   ayat   kerana
perkataannya tidak dihadirkan. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi
dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Perhatikan contoh yang berikut:-

(1) Adik ke kedai Pak Ali.

Ayat di atas tidak menghadirkan sebarang kata kerja tetapi si penerima ( pendengar
atau pembaca) memahami perbuatan adik ialah pergi. Perhatikan lagi contoh
dibawah:-

(2) Siti di rumah Mak Cik Bibah.

Dalam ayat (2) juga tidak dihadirkan kata kerja, namunm si penerima ( pendengar
atau pembaca) memahami bahawa siti ada ( berada) di rumah Mak Cik Bibah. Kata
sendi nama ke memberi maklumat makna terselindung pergi manakala kata sendi
MASLAN BINTI SALLEH


nama di memberi maklumat makna terselindung ada atau berada. Dengan demikian,
struktur dalam bagi ayat (1) ialah contoh ayat (3) dan struktur dalam bagi ayat (2)
ialah contoh (4).

(3) Adik pergi ke kedai Pak Ali.

(4) Siti ada / berada di rumah mak Cik Bibah.

Berdasarkan huraian dan contoh, ini membuktikan bahawa dalam bahasa Melayu
kata sendi memiliki tugas yang penting dalam binaan ayat.

Perubahan Makna

Pada tempoh tertentu, makna sesuatu perkataan tidak berubah tetapi setelah
beberapa lama makna perkataan boleh berubah. Bahasa sebagai sesuatu yang
dinamik, sentiasa berubah dan fenomena perubahan ini melibatkan makna
perkataan. Umumnya, makna perkataan menjadi luas atau lebih sempit .

Perubahan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti pertemuan idea,
kemajuan      Sains    dan     Teknologi,   pengaruh   bahasa-bahasa      lain    dan   juga
pertembungan budaya.

Dalam bahasa Melayu, banyak perkataan telah mengalami perubahan. Di samping
itu, pemindahan(anjakan) makna juga berlaku seperti yang berlaku bagi makna
perkataan dalam peribahasa. Perkataan mungkin mengalami perubahan makna
melalui perkembangan makna, penyempitan makna atau anjakan makna.

Perkembangan Makna

Perkembangan makna berlaku apabila sesuatu kata yang mendukung                      makna
tertentu memiliki makna-makna yang lain.Contoh perkataaan:

Perkataan           Makna lesikal Dahulu                Cakupan Makna sekarang
1.Pelayaran         Mengelilingi     lautan    dengan Mengelilingi      lautan      dengan
                    perahu layar.                       kapal bermesin.
2.Saudara           Orang yang sama ayah dan 1.Orang yang ada hubungan
                    sama ibu                            kekeluargaan.
                                                        2.Orang    yang          sama-sama
MASLAN BINTI SALLEH


                                                   beragama Islam.
                                                   3.Orang yang baru dikenali,
                                                   kakitangan            bawahan       atau
                                                   setaraf dengan penutur .
                                                   4.   Rujukan          kepada      hadirin
                                                   dalam      sesuatu      majlis     untuk
                                                   menimbulkan rasa kemesraan.


Ibu               Wanita( ibu kandung)             Wanita       yang      bertaraf     lebih
                                                   tinggi .
Putera       dan Anak raja-raja                    Anak         lelaki      dan       anak
Puteri                                             perempuan.
Rawat             Menjaga   dan   merawat    orang merawat sisa kumbahan, pokok
                  sakit.                           (nurseri).
Tangan            salah satu anggota badan         „menguruskan‟, mengendalikan‟
                                                   sesuatu perkara
Taman             kebun bunga‟                     „kawasan perumahan‟, kawasan
                                                   perindustrian‟         dan   „kawasan
                                                   alam semula jadi seperti Taman
                                                   Kinabalu‟
datuk             bapa ayah atau ibu seseorang     gelaran kehormat oleh raja bagi
                                                   orang - orang tertentu kerana
                                                   jasa – jasa mereka.


orang gaji        pembantu rumah,                  pelayan pejabat



Penyempitan makna
MASLAN BINTI SALLEH

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolikDinesh Dinesh
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatifcg.Teha Amran
 
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaanPendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaanHailmi Othman
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 
Bahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasanBahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasanHasriza Mat Jusoh
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmMuhammad Syahir
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASAZakira Hafizah
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxKuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxMok Ming yan
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANFarah Elriani
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Teori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanTeori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanJalalludin6791
 

Mais procurados (20)

41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik
 
P strategi kesantunan
P strategi kesantunanP strategi kesantunan
P strategi kesantunan
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaanPendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Bahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasanBahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasan
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxKuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Topik 1
Topik 1Topik 1
Topik 1
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Teori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanTeori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusan
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 

Semelhante a Semantik

Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGEeikarshdn
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik fitri norlida
 
Bhgn2 bahasa (dila)
Bhgn2 bahasa (dila)Bhgn2 bahasa (dila)
Bhgn2 bahasa (dila)Watak Bulat
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatikIera Nafiesa
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Fir Aziz
 
Terjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabTerjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabAMATKAMIL91
 
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lxBbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lxhisyamudin
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistiktaylor
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4Laila Mohd Sarjan
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4Oh Jenny
 

Semelhante a Semantik (20)

Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
 
Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik
 
Bm semantik
Bm semantikBm semantik
Bm semantik
 
Bhgn2 bahasa (dila)
Bhgn2 bahasa (dila)Bhgn2 bahasa (dila)
Bhgn2 bahasa (dila)
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatik
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
Bidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistikBidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistik
 
Terjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabTerjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arab
 
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lxBbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
BMM3107 2
BMM3107 2BMM3107 2
BMM3107 2
 

Mais de izyan bakri

Borang Program Transformasi MInda JPN Sabah
Borang Program Transformasi MInda JPN SabahBorang Program Transformasi MInda JPN Sabah
Borang Program Transformasi MInda JPN Sabahizyan bakri
 
Edu3109 pro forma kursus
Edu3109 pro forma kursusEdu3109 pro forma kursus
Edu3109 pro forma kursusizyan bakri
 
Edu3108 pro forma kursus
Edu3108 pro forma kursusEdu3108 pro forma kursus
Edu3108 pro forma kursusizyan bakri
 
Format penulisan proposal kajian tindakan
Format penulisan proposal kajian tindakanFormat penulisan proposal kajian tindakan
Format penulisan proposal kajian tindakanizyan bakri
 
Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran HarianRancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harianizyan bakri
 
Morfologi_pembentukan kata
Morfologi_pembentukan kataMorfologi_pembentukan kata
Morfologi_pembentukan kataizyan bakri
 
Bina dua ayat dengan menggunakan katakerja tak transitif tak berpelengkap
Bina dua ayat dengan menggunakan katakerja tak transitif tak berpelengkapBina dua ayat dengan menggunakan katakerja tak transitif tak berpelengkap
Bina dua ayat dengan menggunakan katakerja tak transitif tak berpelengkapizyan bakri
 
Analisis petikan cerpen
Analisis petikan cerpenAnalisis petikan cerpen
Analisis petikan cerpenizyan bakri
 
RPH Pendidikan Sivik
RPH Pendidikan SivikRPH Pendidikan Sivik
RPH Pendidikan Sivikizyan bakri
 
Peranan yang dimainkan oleh pusat
Peranan yang dimainkan oleh pusatPeranan yang dimainkan oleh pusat
Peranan yang dimainkan oleh pusatizyan bakri
 
Borang Maklumat Murid
Borang Maklumat MuridBorang Maklumat Murid
Borang Maklumat Muridizyan bakri
 

Mais de izyan bakri (18)

Borang Program Transformasi MInda JPN Sabah
Borang Program Transformasi MInda JPN SabahBorang Program Transformasi MInda JPN Sabah
Borang Program Transformasi MInda JPN Sabah
 
Kata hubung p4
Kata hubung p4Kata hubung p4
Kata hubung p4
 
3116 proforma
3116 proforma3116 proforma
3116 proforma
 
3115 proforma
3115 proforma3115 proforma
3115 proforma
 
Edu3109 pro forma kursus
Edu3109 pro forma kursusEdu3109 pro forma kursus
Edu3109 pro forma kursus
 
Edu3108 pro forma kursus
Edu3108 pro forma kursusEdu3108 pro forma kursus
Edu3108 pro forma kursus
 
Format penulisan proposal kajian tindakan
Format penulisan proposal kajian tindakanFormat penulisan proposal kajian tindakan
Format penulisan proposal kajian tindakan
 
Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran HarianRancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian
 
Morfologi_pembentukan kata
Morfologi_pembentukan kataMorfologi_pembentukan kata
Morfologi_pembentukan kata
 
Bina dua ayat dengan menggunakan katakerja tak transitif tak berpelengkap
Bina dua ayat dengan menggunakan katakerja tak transitif tak berpelengkapBina dua ayat dengan menggunakan katakerja tak transitif tak berpelengkap
Bina dua ayat dengan menggunakan katakerja tak transitif tak berpelengkap
 
Analisis petikan cerpen
Analisis petikan cerpenAnalisis petikan cerpen
Analisis petikan cerpen
 
RPH Pendidikan Sivik
RPH Pendidikan SivikRPH Pendidikan Sivik
RPH Pendidikan Sivik
 
Peranan yang dimainkan oleh pusat
Peranan yang dimainkan oleh pusatPeranan yang dimainkan oleh pusat
Peranan yang dimainkan oleh pusat
 
Borang Maklumat Murid
Borang Maklumat MuridBorang Maklumat Murid
Borang Maklumat Murid
 
Bahaya Duduk
Bahaya DudukBahaya Duduk
Bahaya Duduk
 
Borang Cuti
Borang CutiBorang Cuti
Borang Cuti
 
Pidato Di Raja
Pidato  Di  RajaPidato  Di  Raja
Pidato Di Raja
 
alat tradisi
alat tradisialat tradisi
alat tradisi
 

Último

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Último (12)

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

Semantik

  • 1. MASLAN BINTI SALLEH Pengenalan Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Pada hari ini , penutur sesuatu bahasa dapat memahami apa-apa yang diujarkan kepada mereka dan menghasilkan pelbagai bentuk kata yang bermakna kepada penutur yang lain. Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya , kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. 2. Definisi Semantik Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna „penting‟ atau „bererti‟. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu. Daripada segi “etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti “tanda” dan “lambang”. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya.
  • 2. MASLAN BINTI SALLEH Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam bukunya semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood Musanif). Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan. Menurut Radiah Yussoff, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah Kajian tentang makna lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia (O‟Grady, 200, 224, Fromin et al 2003.173) Dalam Buku Bahasa Malaysia Kertas 1- dalam bidang linguistik , semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Dalam buku Bahasa Malaysia kertas 910/ 1 & 910/2 – semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat atau dengan kata lain perkataan sebagai kajian makna tentang bentuk-bentuk linguistik. Dalam Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, semanti ialah kajian linguistik yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran oenutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar. Sperber dan Wilson (1980), Buku Bahasa Melayu II –mendefinisikan semantik ialah kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk lojiknya. Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II – semantik ialah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Sebagai kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan
  • 3. MASLAN BINTI SALLEH konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Konsep dan Makna Sebagai pengguna Bahasa Melayu, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya tetapi juga makna perkataan yang terbentuk. Pengetahuan kita tentang makna membolehkan kita menggunakan kata-kata itu dalam ayat dan memahami ayat-ayat yang kita dengar atau yang kita baca. Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen iaitu:- i. Komponen kata. Komponen kata merujuk kepada aspek dalam bentuk bunyi atau tulisan. ii. Komponen makna . Komponen makna ialah dalam bentuk aspek tergambar dalam fikiran manusia. iii. Komponen rujukan. Komponen rujukan ialah dalam konkrik yang dapat dilihat. Terdapat dua pendapat yang terkenal yang mengaitkan hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk ( rujukan), iaitu kata yang diertikan dan kata yang dimengertikan. Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Ferdinand de Saussure dan pendapat Ogden dan Richards dalam buku Bahasa Malaysia kertas 1. Menurut Ferdinand de Saussure, (Teks Pra –U STPM , Bahasa Malaysia Kertas 1) setiap kata (tanda linguistik) mengandungi dua unsur ,iaitu “yang diertikan” dan “ yang mengertikan”. “Yang diertikan” bermaksud konsep atau makna yang didukung oleh kata” manakala “yang mengertikan” ialah “kata yang terbentuk daripada fonem- fonem bahasa berkenaan”. Ferdinand de Saussure, berpendapat bahawa terdapat hubungan yang wujud antara kata ( dalam bentuk lambang bunyi) dengan makna kata tersebut. Menurut beliau, apabila seseorang itu menyebut sesuatu kata. Secara psikologi dia menggambarkan benda yang dirujuk oleh kata tersebut dalam fikirannya. Contohnya apabila seseorang itu menyebut kucing, maka secara automatik dalam fikirannya akan terbayang haiwan yang dinamakan kucing itu.
  • 4. MASLAN BINTI SALLEH Ogden dan Richard (Teks Pra –U STPM , Bahasa Malaysia Kertas 1 ) pula menunjukkan hubungan antara kata, konsep dan benda yang dirujuk (rujukan) nelalui segi tiga semantik seperti yang berikut: Konsep/Makna( referens) Kata/leksem Rujukan /referen kucing Benda yang dirujuk Rajah 1 Dalam rajah 1 di atas, kata atau leksem kucing melambangkan konsep makna “sejenis haiwan yang dapat menangkap tikus”. Konsep atau makna kucing yang bersifat umum ini mempunyai rujukan haiwan kucing sebenarnya secara khusus di dunia nyata. Hal ini ditunjukkan oleh garis merah yang menghubungkan kata dengan rujukan. Selain itu, hubungan antara kata dengan makna serta benda yang dirujuk bersifat arbitari, iaitu tidak ada hubungan mutlak antara kata dengan maknanya serta benda yang menjadi rujukan. Sebagai contohnya, kata yang dilambangkan oleh bunyi [haus] membawa makna yang berbeza bagi penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa inggeris. Bagi penutur bahasa Melayu, kata yang berbunyi [haus] bermakna “dahaga” atau “berkurangan tebalnya” sedangkan [haus] bagi penutur bahasa Inggeris bermaksud”rumah”. Hubungan antara kata dengan konsep bersifat langsung. Begitu juga hubungan antara konsep dengan benda yang dirujuk. Sebaliknya hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk bersifat tidak lansung.
  • 5. MASLAN BINTI SALLEH Jenis-jenis makna Makna terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:- i. Makna denotatif/ tersurat ii. Makna konotatif/tersirat iii. Makna afektif iv. Makna emotif v. Makna luas vi. Makna sempit vii. Makna gaya viii. Makna tekanan i.Makna denotatif/ tersurat Makna denotatif ialah makna yang tersurat/ makna umum/ makna lesikal atau makna kamus. Makna deotatif ini juga merupakan makna yang sesuai dengan rujukan atau pemerhatian alat indera atau makna yang nyata. Contoh ayat- - Buaya yang mengganas itu telah ditangkap. Buaya dalam ayat itu bermaksud sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air, tetapi boleh juga naik ke darat. ii.Makna Konotatif Makna konotatif ialah makna tersirat . Lebih mengutamakan nilai komunikatif ( rujukan penutur berdasarkan konteks. Contoh ayat:- - Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya. Buaya alam ayat tersebut ialah seorang lelaki yang suka memujuk dan menipu perempuan. iii. Makna Efektif
  • 6. MASLAN BINTI SALLEH Makna afektif ialah makna yang muncul akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan kata atau kebalikan daripada apa yang disebutkan. Contoh:- Perkataan teratak, pondok, rumah yang sepertinya dalam makna afektif ialah orang yang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri. iv.Makna emotif Makna emotif ialah makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya. Contohnya perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus dan kajol adalah makna emotif. Kesemua contoh di atas mendukun erti mati. Penggunaan perkataan yang berbeza ini boleh menimbulkan nilai yang berbeza. v. Makna luas Makna luas ialah makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan iaitu lebih luas dari makna sebenar. Contoh Universiti ialah institusi pengajian tinggi tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu dan kajian ilmiah. Makna luas universiti merangkumi pelbagai aspek seperti profesor, bilik kuliah, pensyarah dan mahasiswa. vi. Makna Sempit Makna sempit ialah makna yang terkandung dalam perkataan tersebut semata-mata. Contoh:- - Siku Aliah luka semasa terjatuh tadi. - Anggota badan yang luka tidak melibatkan anggota badan Aliah yang lain, hanya pada bahagian siku sahaja. vii.Makna Gaya Makna gaya ialah perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh seseorang pengarang dalam karyanya.
  • 7. MASLAN BINTI SALLEH Contoh:- Gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali, misalnya beliau gemar menggunakan dialek kedah dalam penulisannya. viii. Makna Tekanan Makna tekanan Fitur makna Satu lagi cara untuk memperlihatkan elemen semantik adalah dengan menganalisa fitur atau ciri-ciri semantik. Kaedah lazim digunakan bagi melihat kehadiran atau ketidakhadiran elemen semantik bagi satu set kata. Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri. Makna sesuatu perkataan itu dibahagikan kepada komponen-komponennya. Makna perkataan dianggap terdiri daripada sekelompok fitur distingtif. Fitur-fitur ini dipilih dan ditentukan lebih dahulu suapaya jangan ada yang sama dengan fitur lain. Walaupun ada dalam kalangan ahli yang mengatakan mustahil untuk kita menentukan makna semua fitur yang perlu bagi menentukan makna sesuatu perkataan itu, tetapi memang para pengkaji makna dapat menyakan makna fitur-fitur yang dikaji setakat ini. Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda + atau -. Tanda-tanda tersebut mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda + membawa maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, dan sebaliknya tanda – bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyai fitur tersebut. Contohnya kita mempunyai fitur kata nama seperti bernyawa. Bagi benda seperti binatang, kita berikan fitur + bernyawa, dan bagi benda seperti batu kita berikan fitur – bernyawa. Oleh yang denikian, kita tentukan semua fitur tersebut bagi menentukan makna sesuatu perkataan. Satu kaedah mudah bagi melihat fitur-fitur makna tersebut ialah dengan mengambil satu peranggu perkataan yang berkaitan. Contohnya adalah seperti berikut:
  • 8. MASLAN BINTI SALLEH Lelaki teruna Perempuan dara Dalam peranggu perkataan di atas, kita dapat menggunakan fitur semantik berikut, manusia/binatang, jantan/betina,dewasa /muda. Ini boleh diperbaiki sebagai + manusia,-manusia [bukan manusia], + jantan, -jantan, +dewasa dan – dewasa. Dengan itu kita dapat membezakan binatang dan manusia. Dengan demikian perkataan lelaki mempunyai fitur {+manusia, +jantan,+dewasa}, perempuan [+manusia,-jantan,+dewasa],teruna[+manusia,+jantan+-dewasa],dan dara [+manusia, -jantan,-dewasa]. Dalam hal binatang pula sukar hendak dibezakan antara satu sama lain melainkan fitur semantik seperti kerbau, lembu dan kuda. Dengan demikian perkataan kerbau[- manusia, +jantan,+dewasa],lembu[-manusia,-jantan,+dewasa], dan kuda [ -manusia,- jantan,-dewasa]. Melalui kaedah ini kita membahagikan makna binatang itu kepada fitur-fitur atau komponen maknya. Dari sinilah timbulnya istilah analisis komponen. Lihat jadual dibawah . Makhluk Bernyawa Tidak bernyawa Manusia Binatang Lelaki Perempuan Betina Jantan dewasa Anak dewasa Anak Dewasa Anak Dewasa Anak
  • 9. MASLAN BINTI SALLEH Jadual 1 Dalam komponen kata kerja seperti pukul, duduk, dan lari. Kita boleh menggunakan fitur-fitur seperti transitif, objek, dan pelaku. Contohnya, pukul itu transitif, mempunyai pelaku, menerima objek dan ada gerak. Kata kerja duduk pula adalah tak transitif, ada pelaku, tidak menerima objek dan tidak bergerak. Kata kerja lari pula tak transitif, ada pelaku, tidak menerima objek dan ada gerak. Semua fitur-fitue ini diberi tanda + dan - bagi menunjukkan ada atau tidak ada sesuatu fitur itu dalam mana-mana perkataan. Ada konteksnya apabila menyatakan fitur-fitur ini ada fitur yang bertindih. Contohnya fitur transitif tidak perlu disebut apabila fitur berobjek dinyatakan, sebab kedua-duanya bermaksud sama. Oleh kerana kita dapat membuat analisis fitur semantik kepada perkataa- perkataan maka teori tatabahasa generatif dapat mencakupi bidang semantk. Sebagai kesimpulannya, adanya fitur-fitur tersebut, maka makna perkataan atau ungkapan yang dihasilkan melalui tatabahasa generatif dapat dijana. Makna Leksikal Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Makna leksikal atau kata merupakan subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Secara umumnya , perkataan dapat digunakan untuk memberikan makna kepada sesuatu benda atau sesuatu perkara. Kata juga menggambarkan sesuatu konsep yang bergantung pada pemilihan kata dan semantik lesikal yang digunakan. Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut makna lesikal, iaitu makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Kamus menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur bahasa tersebut. Selain itu kita juga merupakan kamus bergerak kerana kita mengetahui beratus-ratus makna bagi bahasa yang dituturkan. Pengetahuan kita tentang makna tersebut membolehkan
  • 10. MASLAN BINTI SALLEH kita menggunakan bahasa untuk menyatakan penndapat dan memahami ujaran yang kita dengar. Perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna lesikal , kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,ber+, ber+....+an(...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna lesikal melainkan memiliki makna gramatis. Walaubagaimana pun, apabila imbuhan tersebut digabungkan dengan kata dasar maka ia memberi makna pada kata dasar tersebut. Makna Ayat Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna. Ada juga perkataan yang boleh dikelompokkan ke dalam golongan kata nama dan kata kerja, kata nama arah dan kata nama sifat. Malahan ada sesuatu perkataan yang boleh digolongkan sebagai kata nama, kata kerja dan kata sifat. Dalam kita berbahasa, adakalnya kita tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan kerana kita menganggap pendengar atau penulis dapat memahami makna yang kita sampaikan. Begitu juga dalam bahasa Melayu, sering kali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa yang kita maksudkan. Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun
  • 11. MASLAN BINTI SALLEH tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut. Makna Konotatif ( Tersirat) Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Makna ini lebih mengutamakan nilai komunikatif. Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif ( Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Contohnya dalam ujaran “ Banyak cantik kerja kamu”, kata cantik tidaklah membawa maksud “lawa” atau “indah” tetapi makna yang sebaliknya. Yang dimaksudkan oleh pengujar dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu bukanlah cantik atau kemas tetapi tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini ditentukan oleh konteks pengguna. Selain daripada itu makna konotatif ( tersirat) juga saling dikaitkan dengan peribahasa. Peribahasa lazimnya ( termasuk simpulan bahasa ) mengandungi hanya satu makna walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan. Dengan kata lain, makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya buah tangan, “naik angin”, “kuah tumpah kenasi”, dan “harapkan pagar, pagar makan padi”. Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan kata-kata terkadang didalamnya itu kerana, maknanya tidak difahami secara literal tetapi secara kiasan. Contohnya, (1) Puteri lilin (2) Umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak
  • 12. MASLAN BINTI SALLEH (3) Ibarat mencurah air kedaun keladi (4) Ibarat balam, mata lepas badan terkurung Dalam ayat (1) kiasan tidak membawa makna “puteri yang diperbuat daripada lilin”, tetapi ayat ini membawa maksud “ seorang yang tidak boleh tahan dengan panas “. Manakala pada ayat (2) kiasan itu membawa maksud kehidupan manusia umpama jari ditangan, ada yang kaya dan ada yang miskin. Sebagai perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat di beri yang tujuannya ingin menyatakan bahawa hidup manusia ada perbezaannya antara seorang dengan seorang yang lain. Kiasan dalam ayat (3) membayangkan usaha yang sis-sia dalam menasihati seseorang . Sementara itu kiasan dalam ayat (4) mengibaratkan kehidupan seseorang seperti burung balam di dalam sangkar, dimana ia bebas melihat alam sekelilingnya tetapi tidak bebas hendak kemana-mana atau mengecapinya. Seperti Perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat diberi yang tujuannya ingin menyatakan tentang kehidupan manusia. Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. Contohnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Kedua ialah makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan pendapat. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat keterbukaan.Penggunaan kata- kata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan
  • 13. MASLAN BINTI SALLEH tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). (Kamus Dewan,2004). Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif. Makna Tersurat (DENOTATIF) Makna tersurat merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna yang diujaran sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman lainnya. (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut „makna sebenar‟ , „makna asal‟ , „makna mutlak‟ atau „makna dasar‟. Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul kerana sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan. Jesteru itu binaan ayat atau ujaran seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu. Perhatikan contoh-contoh berikut; (1) Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini. (2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi. (3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik (4) Pekerja-pekerja akan mulakan kerja mereka bila hujan berhenti. (5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu. (6) Ayah menghadaihkan saya jam tangan. Dalam ayat di atas, berlaku kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Umpamanya , “ mereka-mereka” dalam ayat (1) merupakan kelewahan semantik atau dengan kata lain makna yang berlebihan di mana ianya tidak diperlukan. Demikian juga bagi ayat (2), tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua-dua ibu dan bapanya yang meninggal dunia. Sementara itu dalam ayat (3) , perkataan “merasa” membawa makna „mengalami sesuatu menggunakan indera‟ dan bukannya „ mengalami sesuatu dengan hati‟. Perkataan “berdukun” pada ayat (5) maknanya agak kabur kerana berdukun boleh
  • 14. MASLAN BINTI SALLEH membawa dua makna, iaitu „orang yang berubat‟ atau orang yang mengubati orang lain. Ayat (6) perlu diperbetulkan menjadi “ Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya” atau “ Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan”, kerana dalam ayat ini yang dihadiahkan bukanlah jam tetapi saya. Selain itu kata penjodoh bilangan merupakan salah satu keistimewaan bahasa Melayu namun jika penggunaannya tiodak tepat ia dapat menimbulkan kekeliruan makna. Perhatikan contoh yang berikut:- (7).Saya mahu pergi ke pasar membeli dua ekor kambing. Ayat (7) mengandungi dua makna. Makna yang pertama bermakna bahawa saya memhu membeli kambing dua ekor dan yang kedua bermakna bahawa saya mahu membeli ekor kambing dua. Perhatikan pula contoh yang berikut:- (8) Kakak baharu sahaja membeli enam ekor ketam. Persoalan yang timbul di sini adakah penjodoh bilangan bagi ketam ialah ekor.Jika penjodoh bilangannya ekor, benarkah ketam mempunyai ekor?. Ini bermakna, jika sesuatu kata nama tersebut tidak ada penjodoh bilangannya maka penjodoh bilangan tersebut tidak seharusnya dinyatakan. Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Perhatikan contoh yang berikut:- (1) Adik ke kedai Pak Ali. Ayat di atas tidak menghadirkan sebarang kata kerja tetapi si penerima ( pendengar atau pembaca) memahami perbuatan adik ialah pergi. Perhatikan lagi contoh dibawah:- (2) Siti di rumah Mak Cik Bibah. Dalam ayat (2) juga tidak dihadirkan kata kerja, namunm si penerima ( pendengar atau pembaca) memahami bahawa siti ada ( berada) di rumah Mak Cik Bibah. Kata sendi nama ke memberi maklumat makna terselindung pergi manakala kata sendi
  • 15. MASLAN BINTI SALLEH nama di memberi maklumat makna terselindung ada atau berada. Dengan demikian, struktur dalam bagi ayat (1) ialah contoh ayat (3) dan struktur dalam bagi ayat (2) ialah contoh (4). (3) Adik pergi ke kedai Pak Ali. (4) Siti ada / berada di rumah mak Cik Bibah. Berdasarkan huraian dan contoh, ini membuktikan bahawa dalam bahasa Melayu kata sendi memiliki tugas yang penting dalam binaan ayat. Perubahan Makna Pada tempoh tertentu, makna sesuatu perkataan tidak berubah tetapi setelah beberapa lama makna perkataan boleh berubah. Bahasa sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah dan fenomena perubahan ini melibatkan makna perkataan. Umumnya, makna perkataan menjadi luas atau lebih sempit . Perubahan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti pertemuan idea, kemajuan Sains dan Teknologi, pengaruh bahasa-bahasa lain dan juga pertembungan budaya. Dalam bahasa Melayu, banyak perkataan telah mengalami perubahan. Di samping itu, pemindahan(anjakan) makna juga berlaku seperti yang berlaku bagi makna perkataan dalam peribahasa. Perkataan mungkin mengalami perubahan makna melalui perkembangan makna, penyempitan makna atau anjakan makna. Perkembangan Makna Perkembangan makna berlaku apabila sesuatu kata yang mendukung makna tertentu memiliki makna-makna yang lain.Contoh perkataaan: Perkataan Makna lesikal Dahulu Cakupan Makna sekarang 1.Pelayaran Mengelilingi lautan dengan Mengelilingi lautan dengan perahu layar. kapal bermesin. 2.Saudara Orang yang sama ayah dan 1.Orang yang ada hubungan sama ibu kekeluargaan. 2.Orang yang sama-sama
  • 16. MASLAN BINTI SALLEH beragama Islam. 3.Orang yang baru dikenali, kakitangan bawahan atau setaraf dengan penutur . 4. Rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis untuk menimbulkan rasa kemesraan. Ibu Wanita( ibu kandung) Wanita yang bertaraf lebih tinggi . Putera dan Anak raja-raja Anak lelaki dan anak Puteri perempuan. Rawat Menjaga dan merawat orang merawat sisa kumbahan, pokok sakit. (nurseri). Tangan salah satu anggota badan „menguruskan‟, mengendalikan‟ sesuatu perkara Taman kebun bunga‟ „kawasan perumahan‟, kawasan perindustrian‟ dan „kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu‟ datuk bapa ayah atau ibu seseorang gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa – jasa mereka. orang gaji pembantu rumah, pelayan pejabat Penyempitan makna