SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 39
Baixar para ler offline
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
        MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN




                        MODUL

                       WAJ3104


               LITERASI BAHASA




            INSTITUT PENDIDIKAN GURU
            KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
            ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
            BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
            CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

            Berkuat kuasa pada Jun 2011
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,       berketrampilan,     berakhlak      mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.




                     Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.




                            Cetakan Jun 2011
                       Kementerian Pelajaran Malaysia

        Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
        ada    kepentingan     komersial,   tidak   dibenarkan   sesiapa
        mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
        ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
        dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
        mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
        daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
        Malaysia.




                                        i
MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN
 PELAJAR-PELAJAR   YANG  BERDAFTAR   DENGAN   INSTITUT
 PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI
 MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH
 SARJANA MUDA PERGURUAN.

 MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN
 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM
 TERSEBUT.




Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia




                                 ii
KANDUNGAN
                                            MUKA SURAT




  Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  Falsafah Pendidikan Guru

  Panduan Pelajar

  Pengenalan



  Tajuk Pembelajaran

  Tajuk 1 Melaksanakan Aktiviti Prabacaan
   1.0 Sipnosis
   1.1 Hasil Pembelajaran
   1.2 Kerangka Tajuk
   ……………………………….
   ……………………………….
   Tajuk 1 xxxxxxxxxx
    2.0 Sipnosis
    2.1 Hasil Pembelajaran
    2.2 Kerangka Tajuk
   ……………………………….
   ……………………………….


   Bibliografi

   Panel Penulis Modul

   Ikon Modul
PANDUAN PELAJAR


PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan
pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin
kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah
kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk
menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.


PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.


SASARAN KURSUS

Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program
Pensiswazahan Guru (PPG).


JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah
seperti dalam Jadual 1:




                                       vi
Agihan Jam pembelajaran
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran                     Mengikut Kredit Kursus
                                   3 Kredit               2 Kredit                1 Kredit
                                 Tanpa       Ada       Tanpa        Ada     Tanpa        Ada
                                 Amali       Amali     Amali        Amali   Amali        Amali
                                 (3+0)       (2+1)     (2+0)        (1+1)   (1+0)        (0+1)
                                             (1+2)                  (0+2)
                                             (0+3)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan /              70          60        70           62      70           65
tugasan terarah / amali
Menghadiri kelas interaksi
                                  10          10         5           5       5               5
bersemuka (5 kali)
Latihan Amali*                     -          10         -           8        -              5
Perbincangan Atas Talian          7½          7½        5½          5½       5½          5½
Kerja Kursus                      20          20        20           20      15           15
Ulangkaji                         10          10        10           10      5               5
Amali/Peperiksaan                 2½          2½        2½          2½       2½          2½
Jumlah Jam Pembelajaran                120                     80                   40
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.



SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh
berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat
masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.




                                             vii
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan


Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

   1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
      diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
      perpustakaan.

   2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
      pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
      modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
      dicadangkan.

   3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
      sasaran pembelajaran anda.

   4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
      pembacaan anda.

   5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
      Teliti maklumat yang diterima.

   6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
      bahan yang bermakna.

   7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.




                                     viii
Pengenalan

Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk
dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek
yang berikut:

   1. Penerangan ringkas kursus berkenaan;
   2. Tajuk-tajuk dalam modul;
   3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan;
   4. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran
      kendiri modul itu;
   5. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.
AGIHAN TAJUK



Kod & Nama Kursus: _______________________________________________

Kandungan modul ini dibahagi kepada _____ tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan
agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

                                                                     JUMLAH JAM
                                                                      MENGIKUT
   INTERAKSI                        TAJUK/TOPIK                       PRO FORMA
                                                                       KURSUS
                      1. Melaksanakan Aktiviti Prabacaan
                            Pengamatan Penglihatan
                            Pengamatan Pendengaran
         1                  Pergerakan Tangan dan Mata                   2

                      2. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Fonik

                      3. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Abjad
4. Bengkel Asas Membaca : Kaedah
       Pandang dan Sebut

2   5. Bengkel Aktiviti Pratulisan              2

    6. Bengkel Aktiviti Mekanis

    7. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan
       Menulis dalam Mata Pelajaran
       Pendidikan Muzik

    8. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan
       Menulis dalam Mata Pelajaran
3      Pendidikan Seni Visual                   2

    9. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan
       Menulis dalam Mata Pelajaran
       Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

    10. Membina dan Menggunakan Bahan
        Pengajaran dan Pembelajaran Bukan
        Elektronik

    11. Bengkel Pengajaran Menggunakan
4                                               2
        Boneka

    12. Bengkel Pembelajaran Secara Individu,
        Berpasangan dan Berkumpulan

    13. Bengkel Pembinaan Bahan Pemulihan
        dengan Power Point

    14. Membuat Rakaman Bunyi-bunyi
        dengan Menggunakan Alat Perakam
5                                               2
        Digital

    15. Seminar dan Pameran Bahan
        Pemulihan Bahasa Melayu


                      JUMLAH                    10
WAJ 3104 LITERASI BAHASA



 TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN

        SINOPSIS

        HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)

        KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai
         seperti contoh di bawah)




        KANDUNGAN ISI
          (Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar
         memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi)
         boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar.
         Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk
         semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG.
         Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai
         bahan bukti. Aktiviti dan latihan yang diberi perlu mengambil kira
         beban pembelajaran pelajar.)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CATATAN:

    1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS.

    2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT:
         a) FONT : ARIAL
         b) SAIZ FONT : TAJUK UTAMA – 14
                          SUB TAJUK – 12
                          ISI KANDUNGAN – 12
         c) SPACING : 1.5
    3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN

1.1 SINOPSIS

Tajuk ini membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
      Konsep Prabacaan
      Bentuk Aktiviti Prabacaan
      Aktiviti-Aktiviti Prabacaan
Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima
pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang
melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca
dan seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat
sebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan
berkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosi
dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada
membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat
mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada
kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan
bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan
atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai
bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadi
dan buatan).
       Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan
membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih
dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia,
malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu
bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan
semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh
mereka.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Peringkat prabacaan dapat difahami berdasarkan maklumat di bawah.

   Meniarap (aktiviti              Merangkak (aktiviti
     kesediaan                    mendirikan kemahiran
     membaca)                       asas membaca)




     Berjalan (kemahiran                     Berdiri (aktiviti pengukuhan
   membaca peringkat rendah)                 kemahiran asas membaca)



                        Berlari (kemahiran
                 membaca peringkat tinggi)


                   Rajah 1.1 Peringkat Kesediaan Membaca


      Menurut Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan
membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan.
Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, kemahiran
pengamatan pendengaran, aktiviti pergerakan koordinasi psikomotor (mata dan
tangan), latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.
Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.

      Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) menetapkan
bahawa tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk
membaca. Menegaskan istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca
adalah sama.
      Juriah Long et. al (1994) menjelaskan bahawa konsep kesediaan
membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum
bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran secara
khusus dan berterusan.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


    Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
(1979) telah mengenal pasti kemahiran kesediaan membaca, iaitu;

      I. Kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan
         berbeza.

     II. Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan
         berbeza.

     III. Kemahiran menghubungkan bentuk huruf dan bunyi.

     IV. Kemahiran mengenal semua huruf.

     V. Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan
        kemudiannya menjadi kata yang bermakna.

     VI. Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya
         huruf dan bunyi.

 VII. Kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang
      membandingkan perbezaan makna.

 VIII. Kemahiran pergerakan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan
       pengamatan murid.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1.      Menjelaskan konsep prabacaan.
2.      Memahami dan menghuraikan bentuk-bentuk prabacaan.
3.      Menyenaraikan aktiviti-aktiviti bagi setiap bentuk prabacaan.
4.      Membina dan menghasilkan bahan bantu mengajar serta melaksanakan
         strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK
Untuk memahami aktiviti prabacaan, sila teliti kerangka tajuk di bawah.

                              Pengamatan
                              Penglihatan

    BENTUK                    Pengamatan                 Membina dan
  PRABACAAN                   Pendengaran                Menggunakan Bahan
                                                         Bantu Mengajar
                               Pergerakan
                               Tangan dan
                                  Mata

                                                         Laksanakan Latihan


                              Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

1.4 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi huraian dan penjelasan tentang
konsep pengamatan, bentuk-bentuk pengamatan, jenis-jenis aktiviti bagi setiap
pengamatan dan contoh-contoh aplikasi bahan.
1.4.1   Konsep Pengamatan
Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak
balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabila
wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ
deria, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan
konsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet W. Leaner, 1971).

               Menerima                            Merakam
              Rangsangan                           Maklumat



            Bertindak Balas                        Memproses
               (Respon)                            Maklumat


                Rajah 1.3 Proses Pengamatan Janet W. Leaner
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


        Pengamatan       juga   bermaksud     proses    yang   memberikan    makna
kepadatugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu
yang berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagai
proses pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalam
hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera
(Noresah Baharom et al, 2002).


        Penerimaan                    Proses Data                 Tindak Balas

              Rajah 1.4 Proses Pengamatan Noresah Baharom et al.


1.4.2     Komponen dan Bentuk Pengamatan
Berikut    ialah     komponen   dan    bentuk-bentuk    pengamatan    yang       dapat
diaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan.
I.    Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi
visual-motor dan visual-kinestetik)
II.   Pendengaran (diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi
visual-pendengaran)
III. Pergerakan tangan dan mata.


1.4.3     Jenis Aktiviti dalam Bentuk Pengamatan.
1.4.3.1     Bentuk Pengamatan Penglihatan.
            Terdapat empat belas jenis aktiviti yang setiap satunya mempunyai
tujuannya yang tersendiri dan langkah melaksanakannya, iaitu diskriminasi
penglihatan, ingat kembali, orientasi kedudukan,turutanmenyudahkan atau
melengkapkan, rajah ayau latar bertindih, kordibasi mata dan tangan, pertalian
jarak (ruang), ketetapanbentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri,
pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar danbenda tersembunyi.
(a) Diskriminasi Penglihatan.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Aktiviti visual ini melibatkan keupayaan murid untuk melihat dan mengamati
persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan
perkataan.
   (i) Aktiviti Mendiskriminasi yang Sama.
     Contoh 1:
     Bulatkan Gambar yang Sama




     Contoh 2:
     Bulatkan Bentuk yang Sama




      Contoh 3:
      Tandakan ( ) warna yang sama
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


(ii) Aktiviti Mendiskriminasi yang Tidak Sama.
   Contoh 1:
   Tunjukkan saiz yang tidak sama




   Contoh 2:
   Bulatkan bentuk yang tidak sama




     Contoh 3:
     Tandakan (x) yang ganjil
WAJ 3104 LITERASI BAHASA




(b) Ingat Kembali.
Bertujuan melatih murid supaya dapat mengingat kembali apa yang telah diamati.
Guru boleh menggunakan himpunan bahan maujud dan keratan gambar. Murid
meneliti bahan-bahan maujud dan menyebutnya kembali tanpa melihatnya. Guru
boleh menggunakan kad imbasan yang mengandungi pelbagai gambar dan
murid menunjukkan gambar lain yang sepadan dengan kad gambar.
         Contoh 1:
         Lihat dan ingat gambar




(c) Orientasi Kedudukan.
Menguji kebolehan murid membezakan kedudukan sesuatu objek atau gambar.
Berdasarkan beberapa keping gambar yang mempunyai ciri-ciri yang sama,
murid-murid mengesan kedudukan gambar yang berbeza.
        Contoh 1:
        Tunjukkan gambar yang berbeza kedudukan




        Contoh 2:
        Tunjukkan objek yang berbeza kedudukan
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


(d) Mazing atau Cari Jalan Keluar
Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu mencari jalan keluar atau jalan pulang, ibu
mencari anak atau mencari makanan dengan selamat. Tujuan aktiviti ini adalah
untuk menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan sebagai kemahiran
menyelesaikan masalah.

      Latihan

 Berdasarkan aktiviti di atas, bina satu bahan pengajaran yang sesuai dan
 hantar pada interaksi seterusnya.

1.4.3.2 Bentuk Pengamatan Pendengaran.
Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatan
pendengaran,    iaitu   diskriminasi   pendengaran,   penerimaan   pendengaran,
perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan
percantuman bunyi.
(a) Diskriminasi Pendengaran
Tujuannya adalah untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali dan
mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar
      Contoh 1: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama
      Dengar bunyi dan namakan haiwan

                             Ayam Betina

                             Anak Ayam


                             Ayam Jantan
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


       Contoh 2: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbeza
       Dengar bunyi dan namakan haiwan




1.4.3.3 Bentuk Pergerakan Tangan dan Mata.
Tujuannya       adalah   untuk   membantu   murid menguasai kemahiran asas
pergerakan tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. Terdapat dua
yang boleh dilaksanakan untuk tujuan itu, iaitu menyambungkan titik dan
menyalin corak.
(a) Menyambung Titik.
Aktiviti ini memerlukan murid menyambungkan titik-titik mengikut nombor atau
abjad pada gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan sebuah
gambar, objek atau huruf yang lengkap. Oleh itu, guru perlu menyedikan bahan
pertama dengan banyak titik, diikuti dengan sederhana titik dan akhir sekali,
kurang titik.
                                    BUAT BBM
                                     1. HURUF
                                    2. GAMBAR


(b) Menyalin Corak.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


 TAJUK 2 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH FONETIK


     2.1 SINOPSIS


Secara ringkas bengkel asas membaca menggunakan kaedah fonetik
menekankan beberapa aspek berikut:
           Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf.
           Latihan membatang suku kata dan perkataan.
           Latihan membaca frasa dan ayat.
           Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan
            kaedah fonetik.


Bengkel asas membaca kaedah fonetik memerlukan pelajar membuat latihan
membunyikan huruf dan mengasosiasikan benda/ objek dengan bunyi huruf.
Pelajar juga dikehendaki membatang suku kata dan perkataan, membaca frasa
dan ayat.
Seterusnya bagi melaksanakan kaedah fonetik ini, pelajar dikehendaki
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.


2.2 HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:


1.     Menjelaskan dan menghuraikan kaedah fonetik dalam kemahiran asas
       KIA2M.
2.     Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M.
3.     Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
       untuk melaksanakan KIA2M.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Arahan Pembelajaran:


1.      Anda perlu membina bahan bantu mengajar untuk melaksanakan
        setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini.
2.      Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bukti di dalam
        portfolio anda.
3.      Segala hasil kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran
        Bahan Penulisan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ 3104.


2.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK


        Untuk memahami kaedah fonetik, sila teliti kerangka konsep berikut:




                             KAEDAH FONETIK



          Latihan             Latihan membatang
     membunyikan huruf           suku kata dan           Latihan membaca
     dan asosiasi benda            perkataan              frasa dan ayat
     dengan bunyi huruf



        Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan
                             kaedah fonetik
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


2.4 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan
diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang
disediakan.


2.4.1 Konsep Membaca Kaedah Fonetik


Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekan penguasaan murid terhadap
hubungan antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kaedah fonetik hanya
mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa
mengingat nama huruf.
Kaedah fonetik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan
kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang
dilihat.
Kaedah fonetik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat
dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad
yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.
Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf vokal kepada murid,
diikuti dengan pengenalan bunyi huruf konsonan, seperti berikut:
           Bunyi vokal
               a         aaaa
               e         eeee
                i        iiiii
               o         oooo
               u         uuuu
WAJ 3104 LITERASI BAHASA



      Bunyi konsonan
           b       beh                                n      en
           c       ceh                                p      peh
           d       deh                                q      qeh
           f       feh                                r      rer
           g       geh                                s      sss
           h       heh                                t      the
           j       jeh                                v      vev
           k       keh                                w      weh
           l       el                                 y      yeh
           m       em                                 z      zez


Kemudian bunyi-bunyi huruf tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata,
dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna.
Bagi menarik minat murid-murid kaedah ini amat sesuai menggunakan gambar
sebagai sokongan.
      Contoh:




      Perkataan “baju” dieja dengan bunyi huruf:


      [ b ] (beh), [ a ] (aaa) = [ ba ]
      [ j ] (jeh), [ u ] (uuu) = [ ju ]
      = [ ba ] + [ ju ]
      = [ baju ]


Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf.
Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


dibina, kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-
perkataan.
Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang
menggunakan perkataan-perkataan ini.
       Contoh:




                              Ini baju saya


Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini:
Kelebihan
      Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu yang
       bersifat fonemik.
      Membolehkan         murid-murid   membaca     perkataan-perkataan   baharu,
       walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat membunyikan huruf
       vokal dan konsonan dengan baik.
      Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
      Memudahkan      murid-murid       menguasai   kemahiran   membaca     serta
       memberi keyakinan kepada murid-murid.


Kelemahan:
      Murid-murid keliru antara kaedah fonetik dengan cara tradisional (kaedah
       abjad) tanpa memahami apa yang dibacanya.
      Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja.
      Peringkat awal bacaan murid-murid tidak lancar.
      Tidak menarik minat murid-murid kerana bunyi huruf yang diajar tidak
       mempunyai makna
      Sukar untuk membunyikan fonem diftong dan digraf
WAJ 3104 LITERASI BAHASA




               Perbincangan

            Pernah anda melaksanakan kaedah fonetik dalam pengajaran
            bahasa Melayu, bagaimana anda melaksanakannya?




2.4.2 BENGKEL ASAS MEMBACA KAEDAH FONETIK


Dalam     bengkel     kaedah       fonetik   pelajar   perlu   melaksanakan   beberapa
latihan/aktiviti berikut:


2.4.2.1 Latihan Membunyikan Huruf dan Asosiasi Benda dengan
         Bunyi Huruf


Dengan menggunakan bahan bantu belajar, pelajar dikehendaki melaksanakan
latihan/aktiviti berikut:


(a) Latihan/aktiviti Membunyikan Huruf a – z
                    Contoh:
                    i. Membunyikan huruf vokal:
                               a                       e               o
                               e                       i               u


                    ii. Membunyikan huruf konsonan


                               b                       f               h
                               d                       g               j
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


Kemudian,    selesai       membunyikan      kesemua      huruf,    pelajar    dikehendaki
melaksanakan latihan/aktiviti berikut:


(b) Latihan Mengasosiasikan Benda dengan Bunyi Huruf .
                 Contoh:




                                      a                        i                  u


2.4.2.2 Latihan Membatangkan Suku Kata dan Perkataan


Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki
melaksanakan latihan/aktiviti berikut:


(a) Latihan membatang suku kata
                 Contoh:
                                 a           e             i              o        u
                       d         da          de           di          do          du
                       g         ga          ge           gi          go          gu
                       k         ka          ke           ki          ko          ku


(b) Latihan menyebut dan menyembunyikan perkataan tanpa membatang suku
   kata.
                 Contoh:
                    dada             dadu         daki             kaki         kaku
                       gigi          kuku         dagu             kuda         duka
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


2.4.2.3 Latihan Membaca Frasa dan Ayat


Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki
melaksanakan latihan/aktiviti berikut:


(a) Latihan membaca frasa.
                 Contoh:
                        ini kuda                 kuda Ali          lari laju


(b) Latihan membaca ayat yang lengkap.
                 Contoh:




                               Ini kuda Ali
                            Kuda Ali lari laju




2.4.2.4 Latihan Menggunakan Bahan Bantu Belajar untuk
         Melaksanakan Kaedah Fonetik


Setelah pelajar mahir melaksanakan latihan dan langlah-langkah dalam kaedah
fonetik, dengan kreativiti tersendiri pelajar dikehendaki:


(a)    Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah
       kaedah fonetik
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


(b)   Menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik
      seperti yang telah anda pelajari.


            Latihan

        1. Cadangkan beberapa contoh bahan bantu belajar yang sesuai
           digunakan untuk melaksanakan kaedah fonetik, dan anda
           dikehendaki membina satu bahan bantu belajar tersebut.

        2. Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan eletroni dan
           eletronikyang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan
           kaedah fonetik secara simulasi di dalam bilik darjah.



            http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kenali-kaedah-
            mengajar-membaca-sukukata/ .
            http://cmslib.uum.edu.my/psb/index2.php?option=com_content&do
            _pdf=1&id=56
             www.geocities.com/masihadayangsayang/kaedah_membaca
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


 TAJUK 3 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD


3.1 SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan bengkel asas membaca kaedah abjad yang
memerlukan pelajar memahami dan menguasai aspek-aspek berikut:
        Menyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar.
        Latihan menyebut pola suku kata v dan kv.
        Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa.
        Latihan membaca ayat


3.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1.       Memahami dan menguasai konsep membaca kaedah abjad.
2.       Memahami dan menjelaskan kemahiran asas dalam bengkel membaca
         kaedah abjad.
3.       Membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
         pengetahuan murid.
4.       Melaksanakan langkah pengajaran dengan tepat, berkesan dan difahami.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


3.3 KERANGKA TAJUK
Untuk memahami aktiviti bengkel kemahiran asas membaca, sila teliti kerangka
tajuk di bawah.


                                     Kaedah Abjad




    Menyebut nama         Latihan menyebut      Latihan mengeja             Latihan
     huruf abjad a         pola suku kata v
                                              suku kata, perkataan          membaca
  hingga z: huruf kecil        dan kv.
    dan huruf besar.                               dan frasa.                ayat




                             Menggunakan Bahan Bantu
                                     B l j


                                     Laksana Latihan


3.4 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan
diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang
disediakan.
3.4.1 Konsep Membaca Kaedah Abjad.
Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu
dan   diikuti   dengan    menyebut     nama   huruf-huruf       tersebut.   Setelah   itu
diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan. Murid-murid
tidak perlu menghafal semua huruf, sebaliknya menguasai beberapa beberapa
huruf sahaja untuk mempelajari suku kata, perkataan dan ayat. Menurut Juriah
Long et. al (1994), murid-murid mempelajari dan menguasai huruf-huruf yang
terkandung dalam suku kata dan perkataan.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


       Kaedah ini merupakan kaedah klasik yang paling tua digunakan oleh
manusia untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak dan digemari
oleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan.
       Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar
diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala, Raminah
Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua
bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebut
nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan
dan pemahaman murid. Zulkifley hamid (1994) berpendapat, kaedah abjad
berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa
huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih
dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan.
Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf sebelum
didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.
Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini:
Kelebihan
      Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri
       daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
      Membolehkan    kanak-kanak    membaca    perkataan-perkataan   baharu,
       walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf
       dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.
      Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
      Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan
       kepada murid-murid.


Kelemahan:
      Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa
       memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan
       dan kelancaran membaca.
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


      Murid-murid     terbawa-bawa   tabiat   membaca        sambil   mengeja.   Ini
       menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham
       apa yang dibaca.
      Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan
       psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang
       bermakna.
      Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih
       tubi yang berlebihan.
3.4.2 Latihan Menyebut Nama Huruf A hingga Z.
       (a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil
       Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah

        A B     C    D   E F    G H    I J     K   L    M    N   O
        a b     c    d   e f    g h    i j     k   l    m    n   o

         P Q R S T U V W X Y Z
       (b) Menyebut nama-nama huruf x y z
         p q r s       t u v w
       Contoh 1: Sebut nama-nama huruf.

        Aa     =e              Jj   = jay          Ss       = es
        Bb     = bi            Ky   = kay          Tt       = ti
        Cc     = si            Ll   = el           Uu       = yu
        Dd     = di            Mm   = em           Vv       = vi
        Ee     = ei            Nn   = en           Ww       = dabliu
        Ff     = ef            Oo   =o             Xx       = ex
        Gg     = gi            Pp   = pi           Yy       = wai
        Hh     = ech           Qq   = kiu          Yy       = zek
        Ii     = ai            Rr   = ar

3.4.3 Latihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV.
       (a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan
       Contoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonsn

             Huruf Vokal                   Huruf Konsonan
              Aa Ee Ii                Bb Cc Dd Ff Gg Hh Jj Ky
             Oo Uu Ee                 Ll Mm Nn Pp Qq Rr Ss Tt
                                          Vv Ww Xx Yy Zz
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


      (b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kv
      Contoh 1: Sebut suku kata di bawah

                        bu                             ji                          bu
                        da                             bi                          na
       a                ci           u                 da          i               tu
                        lu                             lu                          sa
                        ya


3.4.4 Latihan Menyebut Suku Kata, Perkataan dan Frasa.
      (a) Menyebut suku kata, perkataan dan frasa
      Contoh 1: Sebut suku kata, perkataan dan frasa

       i.....ni        a ..... bu          i .....bu      sa ...... ni       ku ......ku

       ka ...... ki      ma ....... na           na ....... si          na ...... ni    sa..... na




             a....bu            i....bu                na.....si          na.....ni        ku....ku




            ka....ki                sa....ni


      ini        abu     ibu        nasi       nani    kuku kaki           sani


      ini                           ibu                          nasi                       kuku
      abu                           sani                         nani                       kaki
      ini abu                       ibu sani                     nasi nani                  kuku kaki
WAJ 3104 LITERASI BAHASA


3.4.5 Latihan Membaca Ayat.
      (a) Membaca ayat

       ini                    mana                   ini
       ibu                    nasi                   kuku
       abu                    sani                   kaki
       ini ibu abu.           ibu                    sani
       mana                   mana nasi sani ibu.    ini kuku kaki sani
       ibu                    ini
       abu                    nasi
       sani                   sani
       mana ibu abu, sani.    ini nasi nani.
BIBLIOGRAFI


( IKUT FORMAT APA)
PANEL PENULIS MODUL
                      PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
                         (XXX PENDIDIKAN RENDAH)

               NAMA                               KELAYAKAN


SHEIKH ROSLAM SHEIKH ABDULLAH    Kelulusan:
                                 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu
PENSYARAH                        (dengan kepujian) Universiti Malaya
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,        Diploma Pendidikan - Pengajian Melayu Institut
KAMPUS KOTA BHARU.               Bahasa

EMEL: sheikhroslam@gmail.com     Sarjana Pendidikan - Kesusasteraan Melayu
                                 (UPSI)

                                 PENGALAMAN KERJA:
                                 Guru Bahasa Melayu - 14 Tahun
                                 Pensyarah - 5 Tahun

AMINUDDIN BIN MAMAT              KELULUSAN:
                                 Bacelor Pendidikan (PBMP) UPM
PENSYARAH,
JABATAN PENGAJIAN MELAYU         Master Sastera UPM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KAMPUS KOTA BHARU                Sijil Perguruan IBKL

EMEL: aminsal1362@yahoo.com.my
                                 PENGALAMAN KERJA:
                                 Guru Bahasa Melayu/Sastera Melayu - 21 Tahun
                                 Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu - 5 Tahun


(NAMA)                           (KELULUSAN)

(JAWATAN)                        PHD/SARJANA/SARJANA
                                 MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(EMEL)

                                 (PENGALAMAN KERJA)
IKON

       Rehat


       Perbincangan


       Bahan Bacaan


       Buku Rujukan


       Latihan


       Membuat Nota


       Senarai Semakan


       Layari Internet


       Panduan Pengguna


       Mengumpul Maklumat


       Tutorial


       Memikir


       Tamat

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Penulisan Unsur Serapan
Penulisan Unsur SerapanPenulisan Unsur Serapan
Penulisan Unsur Serapanfiro HAR
 
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAKumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAShamimi Jamudin
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117Yuvarani Subramaniam
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Saifatul Nurul Zaima
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanisM6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanisIvana Lok
 

Mais procurados (20)

Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Penulisan Unsur Serapan
Penulisan Unsur SerapanPenulisan Unsur Serapan
Penulisan Unsur Serapan
 
Kemahiran membaca
Kemahiran membacaKemahiran membaca
Kemahiran membaca
 
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAKumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Teori psikolinguistik
Teori psikolinguistikTeori psikolinguistik
Teori psikolinguistik
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Teknik membaca
Teknik membacaTeknik membaca
Teknik membaca
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanisM6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
 

Semelhante a Waj3104 literasi bahasa

Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiAisyalaila
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srmoiprincessa
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srAMira LIzza
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorPjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorSMK Damansara Damai 1
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjahPejal Ragbi Terengganu
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaerine2312
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Ong Ngi Song
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalanMimi Liau
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Nurzila Ibrahim
 
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.ppppppppppppppppppppppppppppppDannyCherish1
 
Merancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxMerancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxElyIrmawati
 
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptxCopy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptxAriniKumalaSari1
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 

Semelhante a Waj3104 literasi bahasa (20)

Bmm3104
Bmm3104Bmm3104
Bmm3104
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorPjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
 
Psv3105
Psv3105Psv3105
Psv3105
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahraga
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalan
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
 
Merancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptxMerancang Pembelajaran 2.pptx
Merancang Pembelajaran 2.pptx
 
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptxCopy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
Copy of Merancang Pembelajaran 2_ Modul Ajar.pptx
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 

Mais de najib6766

3. instrumen-isd1
3. instrumen-isd13. instrumen-isd1
3. instrumen-isd1najib6766
 
Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)
Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)
Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)najib6766
 
115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr
115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr
115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssrnajib6766
 
Model tingkah laku
Model tingkah lakuModel tingkah laku
Model tingkah lakunajib6766
 
1. konsep alam belajar
1. konsep alam belajar1. konsep alam belajar
1. konsep alam belajarnajib6766
 

Mais de najib6766 (7)

3. instrumen-isd1
3. instrumen-isd13. instrumen-isd1
3. instrumen-isd1
 
Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)
Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)
Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)
 
115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr
115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr
115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr
 
Tokoh p
Tokoh pTokoh p
Tokoh p
 
Model tingkah laku
Model tingkah lakuModel tingkah laku
Model tingkah laku
 
1. konsep alam belajar
1. konsep alam belajar1. konsep alam belajar
1. konsep alam belajar
 
Abjad
AbjadAbjad
Abjad
 

Waj3104 literasi bahasa

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MODUL WAJ3104 LITERASI BAHASA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
  • 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. i
  • 3. MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT. Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia ii
  • 4. KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Melaksanakan Aktiviti Prabacaan 1.0 Sipnosis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk ………………………………. ………………………………. Tajuk 1 xxxxxxxxxx 2.0 Sipnosis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk ………………………………. ………………………………. Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul
  • 5. PANDUAN PELAJAR PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: vi
  • 6. Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Ada Tanpa Ada Tanpa Ada Amali Amali Amali Amali Amali Amali (3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) (0+1) (1+2) (0+2) (0+3) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65 tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi 10 10 5 5 5 5 bersemuka (5 kali) Latihan Amali* - 10 - 8 - 5 Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½ Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15 Ulangkaji 10 10 10 10 5 5 Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40 * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. vii
  • 7. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. viii
  • 8. Pengenalan Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek yang berikut: 1. Penerangan ringkas kursus berkenaan; 2. Tajuk-tajuk dalam modul; 3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan; 4. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran kendiri modul itu; 5. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.
  • 9. AGIHAN TAJUK Kod & Nama Kursus: _______________________________________________ Kandungan modul ini dibahagi kepada _____ tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. JUMLAH JAM MENGIKUT INTERAKSI TAJUK/TOPIK PRO FORMA KURSUS 1. Melaksanakan Aktiviti Prabacaan  Pengamatan Penglihatan  Pengamatan Pendengaran 1  Pergerakan Tangan dan Mata 2 2. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Fonik 3. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Abjad
  • 10. 4. Bengkel Asas Membaca : Kaedah Pandang dan Sebut 2 5. Bengkel Aktiviti Pratulisan 2 6. Bengkel Aktiviti Mekanis 7. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik 8. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran 3 Pendidikan Seni Visual 2 9. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 10. Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bukan Elektronik 11. Bengkel Pengajaran Menggunakan 4 2 Boneka 12. Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan dan Berkumpulan 13. Bengkel Pembinaan Bahan Pemulihan dengan Power Point 14. Membuat Rakaman Bunyi-bunyi dengan Menggunakan Alat Perakam 5 2 Digital 15. Seminar dan Pameran Bahan Pemulihan Bahasa Melayu JUMLAH 10
  • 11. WAJ 3104 LITERASI BAHASA TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN  SINOPSIS  HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)  KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai seperti contoh di bawah)  KANDUNGAN ISI (Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi) boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar. Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti. Aktiviti dan latihan yang diberi perlu mengambil kira beban pembelajaran pelajar.) ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ CATATAN: 1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS. 2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT: a) FONT : ARIAL b) SAIZ FONT : TAJUK UTAMA – 14 SUB TAJUK – 12 ISI KANDUNGAN – 12 c) SPACING : 1.5 3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.
  • 12. WAJ 3104 LITERASI BAHASA TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN 1.1 SINOPSIS Tajuk ini membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  Konsep Prabacaan  Bentuk Aktiviti Prabacaan  Aktiviti-Aktiviti Prabacaan Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat sebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosi dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadi dan buatan). Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.
  • 13. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Peringkat prabacaan dapat difahami berdasarkan maklumat di bawah. Meniarap (aktiviti Merangkak (aktiviti kesediaan mendirikan kemahiran membaca) asas membaca) Berjalan (kemahiran Berdiri (aktiviti pengukuhan membaca peringkat rendah) kemahiran asas membaca) Berlari (kemahiran membaca peringkat tinggi) Rajah 1.1 Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, kemahiran pengamatan pendengaran, aktiviti pergerakan koordinasi psikomotor (mata dan tangan), latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) menetapkan bahawa tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Menegaskan istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Juriah Long et. al (1994) menjelaskan bahawa konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran secara khusus dan berterusan.
  • 14. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1979) telah mengenal pasti kemahiran kesediaan membaca, iaitu; I. Kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza. II. Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza. III. Kemahiran menghubungkan bentuk huruf dan bunyi. IV. Kemahiran mengenal semua huruf. V. Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan kemudiannya menjadi kata yang bermakna. VI. Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi. VII. Kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang membandingkan perbezaan makna. VIII. Kemahiran pergerakan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan murid. 1.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep prabacaan. 2. Memahami dan menghuraikan bentuk-bentuk prabacaan. 3. Menyenaraikan aktiviti-aktiviti bagi setiap bentuk prabacaan. 4. Membina dan menghasilkan bahan bantu mengajar serta melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
  • 15. WAJ 3104 LITERASI BAHASA 1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK Untuk memahami aktiviti prabacaan, sila teliti kerangka tajuk di bawah. Pengamatan Penglihatan BENTUK Pengamatan Membina dan PRABACAAN Pendengaran Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Pergerakan Tangan dan Mata Laksanakan Latihan Rajah 1.2 Kerangka Tajuk 1.4 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi huraian dan penjelasan tentang konsep pengamatan, bentuk-bentuk pengamatan, jenis-jenis aktiviti bagi setiap pengamatan dan contoh-contoh aplikasi bahan. 1.4.1 Konsep Pengamatan Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ deria, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet W. Leaner, 1971). Menerima Merakam Rangsangan Maklumat Bertindak Balas Memproses (Respon) Maklumat Rajah 1.3 Proses Pengamatan Janet W. Leaner
  • 16. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Pengamatan juga bermaksud proses yang memberikan makna kepadatugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu yang berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagai proses pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera (Noresah Baharom et al, 2002). Penerimaan Proses Data Tindak Balas Rajah 1.4 Proses Pengamatan Noresah Baharom et al. 1.4.2 Komponen dan Bentuk Pengamatan Berikut ialah komponen dan bentuk-bentuk pengamatan yang dapat diaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan. I. Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan visual-kinestetik) II. Pendengaran (diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi visual-pendengaran) III. Pergerakan tangan dan mata. 1.4.3 Jenis Aktiviti dalam Bentuk Pengamatan. 1.4.3.1 Bentuk Pengamatan Penglihatan. Terdapat empat belas jenis aktiviti yang setiap satunya mempunyai tujuannya yang tersendiri dan langkah melaksanakannya, iaitu diskriminasi penglihatan, ingat kembali, orientasi kedudukan,turutanmenyudahkan atau melengkapkan, rajah ayau latar bertindih, kordibasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapanbentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar danbenda tersembunyi. (a) Diskriminasi Penglihatan.
  • 17. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Aktiviti visual ini melibatkan keupayaan murid untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan perkataan. (i) Aktiviti Mendiskriminasi yang Sama. Contoh 1: Bulatkan Gambar yang Sama Contoh 2: Bulatkan Bentuk yang Sama Contoh 3: Tandakan ( ) warna yang sama
  • 18. WAJ 3104 LITERASI BAHASA (ii) Aktiviti Mendiskriminasi yang Tidak Sama. Contoh 1: Tunjukkan saiz yang tidak sama Contoh 2: Bulatkan bentuk yang tidak sama Contoh 3: Tandakan (x) yang ganjil
  • 19. WAJ 3104 LITERASI BAHASA (b) Ingat Kembali. Bertujuan melatih murid supaya dapat mengingat kembali apa yang telah diamati. Guru boleh menggunakan himpunan bahan maujud dan keratan gambar. Murid meneliti bahan-bahan maujud dan menyebutnya kembali tanpa melihatnya. Guru boleh menggunakan kad imbasan yang mengandungi pelbagai gambar dan murid menunjukkan gambar lain yang sepadan dengan kad gambar. Contoh 1: Lihat dan ingat gambar (c) Orientasi Kedudukan. Menguji kebolehan murid membezakan kedudukan sesuatu objek atau gambar. Berdasarkan beberapa keping gambar yang mempunyai ciri-ciri yang sama, murid-murid mengesan kedudukan gambar yang berbeza. Contoh 1: Tunjukkan gambar yang berbeza kedudukan Contoh 2: Tunjukkan objek yang berbeza kedudukan
  • 20. WAJ 3104 LITERASI BAHASA (d) Mazing atau Cari Jalan Keluar Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu mencari jalan keluar atau jalan pulang, ibu mencari anak atau mencari makanan dengan selamat. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan sebagai kemahiran menyelesaikan masalah. Latihan Berdasarkan aktiviti di atas, bina satu bahan pengajaran yang sesuai dan hantar pada interaksi seterusnya. 1.4.3.2 Bentuk Pengamatan Pendengaran. Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatan pendengaran, iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan percantuman bunyi. (a) Diskriminasi Pendengaran Tujuannya adalah untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali dan mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar Contoh 1: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama Dengar bunyi dan namakan haiwan Ayam Betina Anak Ayam Ayam Jantan
  • 21. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Contoh 2: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbeza Dengar bunyi dan namakan haiwan 1.4.3.3 Bentuk Pergerakan Tangan dan Mata. Tujuannya adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. Terdapat dua yang boleh dilaksanakan untuk tujuan itu, iaitu menyambungkan titik dan menyalin corak. (a) Menyambung Titik. Aktiviti ini memerlukan murid menyambungkan titik-titik mengikut nombor atau abjad pada gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan sebuah gambar, objek atau huruf yang lengkap. Oleh itu, guru perlu menyedikan bahan pertama dengan banyak titik, diikuti dengan sederhana titik dan akhir sekali, kurang titik. BUAT BBM 1. HURUF 2. GAMBAR (b) Menyalin Corak.
  • 22. WAJ 3104 LITERASI BAHASA TAJUK 2 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH FONETIK 2.1 SINOPSIS Secara ringkas bengkel asas membaca menggunakan kaedah fonetik menekankan beberapa aspek berikut:  Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf.  Latihan membatang suku kata dan perkataan.  Latihan membaca frasa dan ayat.  Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik. Bengkel asas membaca kaedah fonetik memerlukan pelajar membuat latihan membunyikan huruf dan mengasosiasikan benda/ objek dengan bunyi huruf. Pelajar juga dikehendaki membatang suku kata dan perkataan, membaca frasa dan ayat. Seterusnya bagi melaksanakan kaedah fonetik ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. 2.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan dan menghuraikan kaedah fonetik dalam kemahiran asas KIA2M. 2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M. 3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M.
  • 23. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Arahan Pembelajaran: 1. Anda perlu membina bahan bantu mengajar untuk melaksanakan setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini. 2. Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bukti di dalam portfolio anda. 3. Segala hasil kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran Bahan Penulisan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ 3104. 2.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK Untuk memahami kaedah fonetik, sila teliti kerangka konsep berikut: KAEDAH FONETIK Latihan Latihan membatang membunyikan huruf suku kata dan Latihan membaca dan asosiasi benda perkataan frasa dan ayat dengan bunyi huruf Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik
  • 24. WAJ 3104 LITERASI BAHASA 2.4 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang disediakan. 2.4.1 Konsep Membaca Kaedah Fonetik Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kaedah fonetik hanya mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah fonetik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonetik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan bunyi huruf konsonan, seperti berikut: Bunyi vokal a aaaa e eeee i iiiii o oooo u uuuu
  • 25. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Bunyi konsonan b beh n en c ceh p peh d deh q qeh f feh r rer g geh s sss h heh t the j jeh v vev k keh w weh l el y yeh m em z zez Kemudian bunyi-bunyi huruf tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Bagi menarik minat murid-murid kaedah ini amat sesuai menggunakan gambar sebagai sokongan. Contoh: Perkataan “baju” dieja dengan bunyi huruf: [ b ] (beh), [ a ] (aaa) = [ ba ] [ j ] (jeh), [ u ] (uuu) = [ ju ] = [ ba ] + [ ju ] = [ baju ] Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula
  • 26. WAJ 3104 LITERASI BAHASA dibina, kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan- perkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan ini. Contoh: Ini baju saya Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini: Kelebihan  Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu yang bersifat fonemik.  Membolehkan murid-murid membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat membunyikan huruf vokal dan konsonan dengan baik.  Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.  Memudahkan murid-murid menguasai kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid. Kelemahan:  Murid-murid keliru antara kaedah fonetik dengan cara tradisional (kaedah abjad) tanpa memahami apa yang dibacanya.  Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja.  Peringkat awal bacaan murid-murid tidak lancar.  Tidak menarik minat murid-murid kerana bunyi huruf yang diajar tidak mempunyai makna  Sukar untuk membunyikan fonem diftong dan digraf
  • 27. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Perbincangan Pernah anda melaksanakan kaedah fonetik dalam pengajaran bahasa Melayu, bagaimana anda melaksanakannya? 2.4.2 BENGKEL ASAS MEMBACA KAEDAH FONETIK Dalam bengkel kaedah fonetik pelajar perlu melaksanakan beberapa latihan/aktiviti berikut: 2.4.2.1 Latihan Membunyikan Huruf dan Asosiasi Benda dengan Bunyi Huruf Dengan menggunakan bahan bantu belajar, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut: (a) Latihan/aktiviti Membunyikan Huruf a – z Contoh: i. Membunyikan huruf vokal: a e o e i u ii. Membunyikan huruf konsonan b f h d g j
  • 28. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Kemudian, selesai membunyikan kesemua huruf, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut: (b) Latihan Mengasosiasikan Benda dengan Bunyi Huruf . Contoh: a i u 2.4.2.2 Latihan Membatangkan Suku Kata dan Perkataan Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut: (a) Latihan membatang suku kata Contoh: a e i o u d da de di do du g ga ge gi go gu k ka ke ki ko ku (b) Latihan menyebut dan menyembunyikan perkataan tanpa membatang suku kata. Contoh: dada dadu daki kaki kaku gigi kuku dagu kuda duka
  • 29. WAJ 3104 LITERASI BAHASA 2.4.2.3 Latihan Membaca Frasa dan Ayat Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut: (a) Latihan membaca frasa. Contoh: ini kuda kuda Ali lari laju (b) Latihan membaca ayat yang lengkap. Contoh: Ini kuda Ali Kuda Ali lari laju 2.4.2.4 Latihan Menggunakan Bahan Bantu Belajar untuk Melaksanakan Kaedah Fonetik Setelah pelajar mahir melaksanakan latihan dan langlah-langkah dalam kaedah fonetik, dengan kreativiti tersendiri pelajar dikehendaki: (a) Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah kaedah fonetik
  • 30. WAJ 3104 LITERASI BAHASA (b) Menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik seperti yang telah anda pelajari. Latihan 1. Cadangkan beberapa contoh bahan bantu belajar yang sesuai digunakan untuk melaksanakan kaedah fonetik, dan anda dikehendaki membina satu bahan bantu belajar tersebut. 2. Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan eletroni dan eletronikyang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah fonetik secara simulasi di dalam bilik darjah. http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kenali-kaedah- mengajar-membaca-sukukata/ . http://cmslib.uum.edu.my/psb/index2.php?option=com_content&do _pdf=1&id=56 www.geocities.com/masihadayangsayang/kaedah_membaca
  • 31. WAJ 3104 LITERASI BAHASA TAJUK 3 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD 3.1 SINOPSIS Tajuk ini membincangkan bengkel asas membaca kaedah abjad yang memerlukan pelajar memahami dan menguasai aspek-aspek berikut:  Menyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar.  Latihan menyebut pola suku kata v dan kv.  Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa.  Latihan membaca ayat 3.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. Memahami dan menguasai konsep membaca kaedah abjad. 2. Memahami dan menjelaskan kemahiran asas dalam bengkel membaca kaedah abjad. 3. Membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan murid. 4. Melaksanakan langkah pengajaran dengan tepat, berkesan dan difahami.
  • 32. WAJ 3104 LITERASI BAHASA 3.3 KERANGKA TAJUK Untuk memahami aktiviti bengkel kemahiran asas membaca, sila teliti kerangka tajuk di bawah. Kaedah Abjad Menyebut nama Latihan menyebut Latihan mengeja Latihan huruf abjad a pola suku kata v suku kata, perkataan membaca hingga z: huruf kecil dan kv. dan huruf besar. dan frasa. ayat Menggunakan Bahan Bantu B l j Laksana Latihan 3.4 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang disediakan. 3.4.1 Konsep Membaca Kaedah Abjad. Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut. Setelah itu diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan. Murid-murid tidak perlu menghafal semua huruf, sebaliknya menguasai beberapa beberapa huruf sahaja untuk mempelajari suku kata, perkataan dan ayat. Menurut Juriah Long et. al (1994), murid-murid mempelajari dan menguasai huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.
  • 33. WAJ 3104 LITERASI BAHASA Kaedah ini merupakan kaedah klasik yang paling tua digunakan oleh manusia untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak dan digemari oleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebut nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid. Zulkifley hamid (1994) berpendapat, kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan. Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah. Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini: Kelebihan  Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.  Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.  Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.  Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid. Kelemahan:  Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.
  • 34. WAJ 3104 LITERASI BAHASA  Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.  Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.  Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan. 3.4.2 Latihan Menyebut Nama Huruf A hingga Z. (a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah A B C D E F G H I J K L M N O a b c d e f g h i j k l m n o P Q R S T U V W X Y Z (b) Menyebut nama-nama huruf x y z p q r s t u v w Contoh 1: Sebut nama-nama huruf. Aa =e Jj = jay Ss = es Bb = bi Ky = kay Tt = ti Cc = si Ll = el Uu = yu Dd = di Mm = em Vv = vi Ee = ei Nn = en Ww = dabliu Ff = ef Oo =o Xx = ex Gg = gi Pp = pi Yy = wai Hh = ech Qq = kiu Yy = zek Ii = ai Rr = ar 3.4.3 Latihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV. (a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan Contoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonsn Huruf Vokal Huruf Konsonan Aa Ee Ii Bb Cc Dd Ff Gg Hh Jj Ky Oo Uu Ee Ll Mm Nn Pp Qq Rr Ss Tt Vv Ww Xx Yy Zz
  • 35. WAJ 3104 LITERASI BAHASA (b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kv Contoh 1: Sebut suku kata di bawah bu ji bu da bi na a ci u da i tu lu lu sa ya 3.4.4 Latihan Menyebut Suku Kata, Perkataan dan Frasa. (a) Menyebut suku kata, perkataan dan frasa Contoh 1: Sebut suku kata, perkataan dan frasa i.....ni a ..... bu i .....bu sa ...... ni ku ......ku ka ...... ki ma ....... na na ....... si na ...... ni sa..... na a....bu i....bu na.....si na.....ni ku....ku ka....ki sa....ni ini abu ibu nasi nani kuku kaki sani ini ibu nasi kuku abu sani nani kaki ini abu ibu sani nasi nani kuku kaki
  • 36. WAJ 3104 LITERASI BAHASA 3.4.5 Latihan Membaca Ayat. (a) Membaca ayat ini mana ini ibu nasi kuku abu sani kaki ini ibu abu. ibu sani mana mana nasi sani ibu. ini kuku kaki sani ibu ini abu nasi sani sani mana ibu abu, sani. ini nasi nani.
  • 38. PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (XXX PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKAN SHEIKH ROSLAM SHEIKH ABDULLAH Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu PENSYARAH (dengan kepujian) Universiti Malaya JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU, Diploma Pendidikan - Pengajian Melayu Institut KAMPUS KOTA BHARU. Bahasa EMEL: sheikhroslam@gmail.com Sarjana Pendidikan - Kesusasteraan Melayu (UPSI) PENGALAMAN KERJA: Guru Bahasa Melayu - 14 Tahun Pensyarah - 5 Tahun AMINUDDIN BIN MAMAT KELULUSAN: Bacelor Pendidikan (PBMP) UPM PENSYARAH, JABATAN PENGAJIAN MELAYU Master Sastera UPM INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KOTA BHARU Sijil Perguruan IBKL EMEL: aminsal1362@yahoo.com.my PENGALAMAN KERJA: Guru Bahasa Melayu/Sastera Melayu - 21 Tahun Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu - 5 Tahun (NAMA) (KELULUSAN) (JAWATAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (EMEL) (PENGALAMAN KERJA)
  • 39. IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat