SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 22
KAE3013
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN
PEMIKIRAN KREATIF DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
PRASEKOLAH
KUMPULAN
EL A 30 ( PJJ 121 )
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SUHAILA BINTI OMAR D20112053883 013 2276747
NAMA TUTOR E-LEARNING : PUAN HASHIMAH BINTI HUSSEIN
TARIKH SERAH: 25 APRIL 2013
PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1
2 TUGASAN 2
JUMLAH
2
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
1.0 Pendahuluan
2.0 Definisi Pemikiran Kreatif
3.0 Ciri-ciri Kreativiti
3.1 Bersifat Fleksibel
3.2 Bersifat Terbuka
3.3 Sensitif dan Peka
3.4 Logik
3.5 Gagasan/Idea Yang Asli dan Tulen
3.6 Berfikiran Bebas
4.0 Tahap Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
4.1 Peringkat Rangsangan
4.2 Peringkat Penerokaan
4.3 Peringkat Perancangan
4.4 Peringkat Aktiviti
4.5 Peringkat Kajian Semula
5.0 Cara Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak
5.1 Penggunaan Bahan dan Peralatan
5.2 Pengalaman Deria
5.3 Masa
5.4 Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
5.5 Rangsangan
5.6 Hormat-menghormati
6.0 Aktiviti yang Boleh Merangsang Pemikiran Kreatif Kanak-kanak
6.1 Permainan Puzzle
6.2 Permainan Doh
6.3 Permainan Lego
6.4 Permainan Catur
6.5 Kubus Rubiks
6.6 Aktiviti Luar
7.0 Kesimpulan
Bibliografi
3
4
5
5
5
6
6
6
6
7
7
8
8
9
10
11
11
11
12
13
13
14
15
15
16
17
18
19
20
21
22
3
1.0 Pendahuluan
Kanak-kanak merupakan individu yang suka meneroka sesuatu yang baru. Sifat ingin
tahu sangat tinggi dalam diri kanak-kanak menyebabkan mereka sering bertanya tentang
kewujudan dan sebab sesuatu perkara itu berlaku. Kadang kala mereka akan mencuba
pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi atau menyelesaikan sesuatu
perkara. Malah mereka akan menonjolkan sifat kreativiti mereka dalam menyelesaikan
sesuatu perkara tersebut. Proses pendidikan dan pengalaman yang diterima kanak-kanak
sejak awal lagi akan merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Amabile (1992)
menyifatkan institusi pendidikan khususnya pendidikan prasekolah merupakan tempat
yang paling penting untuk memupuk alam kreativiti dalam kalangan kanak-kanak. Oleh
itu pendidikan awal dikatakan boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak dalam
menjalani kehidupan.
Storm (2002) menyatakan kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat
dan negara telah lama disedari. Kenyataan ini menunjukkan pemikiran kreatif penting
dalam mewujudkan negara yang membangun disamping menghasilkan rakyat yang
berkualiti. Oleh itu kreativiti penting dalam perkembangan kanak-kanak dan ia perlu
dipupuk sejak awal lagi melalui proses pendidikan dan pengalaman yang pelbagai.
Mihalyi (1990) mendapati pendidikan memainkan peranan yang minimum dalam
memupuk bakat-bakat kreatif. Pendidikan dilihat sebagai elemen yang penting dalam
memupuk kreativiti kanak-kanak.
Namun begitu de Bono (1970) mengatakan kreativiti itu memang berlaku tanpa
disedari oleh manusia itu sendiri. Kenyataan de Bono menyifatkan pendidikan bukanlah
elemen utama bagi memupuk kreativiti seseorang individu. Beliau menyatakan sebarang
perkara boleh merangsang kepada pemikiran kreatif seseorang individu tanpa individu
tersebut menyedarinya. Kreativiti perlu dilihat sebagai suatu aspek yang penting dalam
pembentukan perilaku seorang kanak-kanak. Hal ini kerana kreativiti kanak-kanak akan
membawa banyak makna dan kesan dalam hidup mereka. Oleh itu pelbagai langkah
haruslah diambil bagi mewujudkan sifat kreatif dalam diri kanak-kanak.
4
2.0 Definisi Pemikiran Kreatif
Abdul Shukor Hashim et. al (2011) mengatakan kreativiti berasal daripada perkataan
Latin iaitu ‘creare’ yang membawa maksud membuat. Manakala dalam bahasa Greek
pula, ‘creare’ bermaksud memenuhi. Webster (1976) mendefinisikan pemikiran kreatif
sebagai kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. May (1975)
mendefinisikan kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya.
Melalui beberapa pendapat tokoh di atas, boleh disimpulkan bahawa pemikiran kreatif
merupakan proses melakukan sesuatu perkara bagi menghasilkan sesuatu yang baru.
Kesan daripada perlakuan individu tersebut akan menghasilkan inovasi dalam tindakan
yang baru dihasilkan.
Torrance (1970) mendefinisikan kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai
keunikan. Keunikan yang dimaksudkan oleh beliau mungkin merujuk kepada hasil
perlakuan yang dihasilkan melalui proses kreativiti. Hal ini kerana perlakuan yang
dihasilkan melalui kreativiti akan menghasilkan sesuatu baru yang lebih baik.
Schirmacher (1988) menyatakan perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada
dua iaitu menerusi aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur. Schirmacher
menjelaskan bahawa sebarang aktiviti harian yang dilakukan oleh kanak-kanak
termasuklah aktiviti seni akan merangsang pemikiran kanak-kanak untuk menghasilkan
sesuatu yang kreatif. Di sini jelas menunjukkan bahawa kreativiti seseorang individu
boleh dirangsang melalui pelbagai faktor.
Manakala Rand (1981) pula berpendapat kreativiti adalah proses di mana seseorang
individu sebagai hasil daripada kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam
interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang
memadai untuk situasi yang bersangkutan. Keadaan ini akan menghasilkan produk yang
bersifat atau abstrak. Pendapat yang dikemukakan oleh Rand ini menjelaskan bahawa
kreativiti bergantung kepada kemampuan individu itu sendiri untuk menghasilkannya
serta beberapa faktor persekitaran yang mempengaruhi individu tersebut untuk
menghasilkan produk yang dikehendakinya.
5
3.0 Ciri-ciri Kreativiti
Kreativiti boleh dikelaskan sebagai sebuah proses, iaitu proses untuk menghasilkan
sesuatu yang baru. Terdapat dua jenis kreativiti utama iaitu kreativiti intuitif dan
kreativiti analitik. Kreativiti intuitif merupakan kreativiti yang terhasil secara spontan
melalui proses penambahbaikan. Manakala kreativiti analitik pula merupakan kreativiti
yang dihasilkan melalui apa yang mereka gunakan iaitu apa yang telah dirancang untuk
tujuan yang telah ditetapkan. Kreativiti analitik lebih bersifat sesuatu yang dirancang
manakala kreativiti intuitif pula berlaku secara spontan. Namun begitu proses kreativiti
seseorang individu biasanya berlaku hasil gabungan daripada kreativiti intuitif dan
kreativiti analitik. Terdapat beberapa ciri kreativiti yang sering dibincangkan iaitu
bersifat fleksibel, bersifat terbuka, sensitif dan peka, logik, gagasan/idea yang asli dan
tulen, serta berfikiran bebas.
3.1 Bersifat Fleksibel
Individu yang kreatif dikatakan bersifat fleksibel kerana mereka mampu
menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai situasi dan keadaan. Mereka juga bersifat
lebih optimis dan berkeyakinan tinggi dalam sesuatu perkara. Keyakinan yang
tinggi menyebabkan mereka yakin menghasilkan sesuatu karya tanpa memikirkan
penerimaan orang ramai dan sedia menerima pendapat yang bakal diutarakan.
3.2 Bersifat Terbuka
Individu kreatif juga dikatakan mempunyai sifat terbuka. Mereka mempunyai sifat
keterbukaan yang tinggi dalam menerima pendapat dan pandangan orang mengenai
hasil karya dan kerja yang mereka hasilkan. Mereka sedia menerima pandangan
orang lain bagi menambah baik hasil karya yang dihasilkan. Individu kreatif juga
mengamalkan sikap bebas dan demokratik. Hal ini demikian kerana mereka
bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan pendapat orang lain, serta
menjadikannya sebagai perangsang kepada individu tersebut untuk lebih kreatif.
6
3.3 Sensitif dan Peka
Sensitif dan peka juga merupakan salah satu ciri individu yang kreatif. Sifat sensitif
dan peka akan membolehkan seseorang individu itu mempunyai daya sensitiviti
yang tinggi terhadap keadaan persekitarannya. Mereka peka terhadap keperluan,
gaya hidup, deria dan persekitaran. Segala elemen-elemen tersebut akan digunakan
bagi menghasilkan sesuatu produk melalui proses kreativiti. Penggunaan deria
secara menyeluruh akan membantu mereka menjaga idea yang kreatif dalam
menghasilkan sesuatu produk bermutu dan berkualiti tinggi.
3.4 Logik
Individu yang kreatif sentiasa berfikiran logik dan rasional dalam menghadapi
sesuatu perkara. Mereka sentiasa peka tehadap sebab dan punca sesuatu perkara itu
berlaku dan mempercayai setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Selain itu
mereka juga sangat menghargai dan menghormati masa.
3.5 Gagasan/Idea Yang Asli dan Tulen
Individu kreatif biasanya mempunyai banyak idea dan gagasan untuk menghasilkan
sesuatu perkara. Keadaan ini membolehkan mereka boleh menghasilkan pelbagai
karya dan hasil kerja yang unik dan menarik. Hasil karya yang dihasilkan tidak
stereotaip dan tidak kovensional, malah karya yang dihasilkan juga sering kali
berbeza daripada karya asalnya.
3.6 Berfikiran Bebas
Individu kreatif biasanya mempunyai daya pemikiran yang luas dan tidak
bergantung kepada satu-satu faktor sahaja. Mereka bijak dalam mengatur sesuatu
perkara bagi memastikan perkara tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Malah
mereka juga sangat berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
7
4.0 Tahap Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
Terdapat ramai tokoh pemikiran yang membincangkan tentang kreativiti kanak-kanak
secara terperinci antaranya adalah Edward de Bono melalui teori Six Thinking Hats yang
membincangkan emosi penting dalam proses berfikir, Paul Torrence dengan teori
Kreativiti Paul Torrence yang menerangkan tujuh elemen dalam mempengaruhi proses
mencungkil kreativiti, Calvin W Taylor dan teorinya Theory Multiple Creative Talent
yang menerangkan lima sifat kreativiti, Lowenfeld melalui teorinya Theory Lowenfeld
Stages of Artistic Development yang menerangkan lapan kategori kreatif serta Fisher
melalui teorinya Teori Perkembangan Kreativiti Fisher yang menerangkan tentang lima
tahap pemikiran kreatif.
Namun begitu, teori perkembangan kreativiti kanak-kanak yang paling terkenal
diperkatakan adalah teori Perkembangan Kreativiti Fisher (1943). Antara elemen yang
dibincangkan oleh Fisher dalam teorinya adalah tahap peringkat rangsangan, peringkat
penerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan peringkat kajian semula.
4.1 Peringkat Rangsangan
Peringkat rangsangan merupakan peringkat dimana pemikiran kreatif kanak-kanak
dirangsang dengan cara mengemukakan soalan yang pelbagai melalui kata kunci
berbeza seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana dan sebagainya. Melalui semua
bentuk soalan ini, guru boleh membantu kanak-kanak dalam membentuk interaksi
dua hala secara aktif. Guru akan mula merangsang pemikiran kanak-kanak dengan
bertanya beberapa soalan.
Apabila muncul persoalan dalam sesuatu situasi yang diberikan oleh guru,
kanak-kanak akan menjana idea untuk menjawab segala pertanyaan yang diberikan
kepada mereka. Guru juga boleh mengemukakan soalan yang lebih kritikal kepada
kanak-kanak bagi merangsang kanak-kanak untuk berfikir lebih kreatif dengan
8
pelbagai kemungkinan jawapan yang akan diperolehi. Hal ini kerana soalan-soalan
sebegini akan membantu merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
4.2 Peringkat Penerokaan
Peringkat penerokaan pula merupakan peringkat di mana memerlukan seseorang
kanak-kanak untuk berfikiran maju ke depan atau berpandangan jauh. Peringkat
penerokaan memerlukan kanak-kanak untuk mencari jawapan kepada masalah atau
soalan melalui cara yang pelbagai dalam menyelesaikannya seperti menggunakan
kaedah eksperimentasi, kajian, dan latihan. Guru akan cuba merangsang pemikiran
kanak-kanak dengan memberikan situasi bermasalah atau soalan yang perlu
diselesaikan dengan menggunakan cara-cara tersebut. Oleh itu kanak-kanak akan
cuba berfikir untuk menyelesaikan persoalan yang diberikan.
Peringkat ini akan membolehkan kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah
dengan cara penerokaan. Oleh itu kanak-kanak akan berfikiran kreatif untuk
mencari jalan penyelesaian dan masalah melalui pelbagai cara, teknik dan gaya
yang digunakan. Kanak-kanak akan berasa seronok melalui penemuan penyelesaian
masalah dengan menggunakan cara yang pelbagai ini. Kanak-kanak juga akan lebih
kreatif dengan memikirkan pelbagai cara untuk menyelesaikannya.
4.3 Peringkat Perancangan
Peringkat perancangan pula merupakan peringkat di mana segala kemungkinan,
cadangan aktiviti dan segala perkara yang hendak digunakan disusun atur dan didraf
dengan baik bagi dijadikan gambaran awal dalam perlaksanaan aktiviti. Antara
perkara penting yang perlu dilakukan dalam peringkat ini adalah perancangan
secara verbal dan perancangan secara visual. Perancangan secara verbal merupakan
perancangan yang melibatkan komunikasi seperti komunikasi dua hala bagi
mewujudkan interaksi yang baik. Melalui perancangan verbal juga perbincangan
9
masalah dapat dilakukan, perbincangan tersebut akan melibatkan semua isu yang
berbangkit dalam sesuatu aktiviti yang hendak dijalankan.
Segala idea akan dijana bersama dan disusun atur dengan baik bagi
memastikan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Segala kemungkinan dan risiko
yang bakal dihadapi akan dibincangkan dengan terperinci dan langkah penyelesaian
akan dicadangkan sebagai langkah awal menangani masalah tersebut. Pemerhatian
akan dijalankan secara terperinci bagi memastikan secara isu berbangkit
dibincangkan dengan sepenuhnya dan penerangan yang lebih jelas mengenai isu
tersebut dapat diutarakan. Sebagai contohnya guru boleh mengutarakan persoalan
kepada kanak-kanak bagi membentuk komunikasi dalam perbicangan aktiviti yang
hendak dilakukan. Keadaan ini akan mengakibatkan kanak-kanak dirangsang untuk
berfikir secara kreatif dan kritis dalam mengeluarkan pendapat mengenai
perbincangan tersebut.
Perancangan secara visual pula dilakukan melalui gambaran yang jelas seperti
graf, jadual, imej lukisan, visual dan sebagainya. Perancangan yang mempunyai
graf dan jadual akan lebih memudahkan individu mendapat gambaran yang jelas
mengenai perancangan aktiviti yang hendak dibuat. Imej lukisan dan visual yang
digunakan semestinya akan dapat membantu individu tersebut mengenai maklumat
aktiviti yang hendak dilaksanakan. Sebagai contohnya, gambarajah yang digunakan
akan membolehkan kanak-kanak membayangkan aktiviti yang hendak dilakukan
dan merangsang mereka untuk berfikir mengenai perlaksanaannya. Keadaan ini
akan membantu kanak-kanak mengeluarkan tanggapan positif dan seterusnya
menarik minat mereka dalam aktiviti yang bakal dilakukan.
4.4 Peringkat Aktiviti
Peringkat aktiviti merupakan peringkat perkembangan kreativiti kanak-kanak yang
bermula dengan set idea atau minda. Peringkat ini merupakan peringkat di mana
segala perancangan yang telah dibuat hendak dilaksanakan. Namun begitu
10
persoalan yang akan timbul tentang cara perlaksanaan aktiviti tersebut dibuat
setelah semuanya dirancang dengan terperinci. Hal ini kerana pada ketika ini kanak-
kanak akan berfikir cara untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Kanak-kanak juga
akan cuba mengingat kembali segala perancangan yang dibuat bagi perlaksanaan
aktiviti tersebut dan tindakan akan diambil.
Pemikiran kreatif akan dilahirkan melalui tindakan yang diambil bagi
melaksanakan sesuatu perkara yang telah dirancang. Keadaan ini kerana tindakan
yang diambil adalah hasil daripada pemikiran kreatif kanak-kanak. Hal ini demikian
kerana aktiviti yang dicadangkan adalah sama, namun begitu perlaksaan aktiviti
tersebut mungkin berbeza bagi setiap individu mengikut cara pemikiran mereka.
Oleh itu pemikiran kreatif akan dijana pada ketika ini.
4.5 Peringkat Kajian Semula
Dalam teori perkembangan kreativiti kanak-kanak yang dikemukakan oleh Fisher
ini, peringkat kajian semula merupakan peringkat terakhir yang dibincangkan.
Peringkat ini merupakan peringkat untuk menilai segala tindakan yang telah
diambil dalam aktiviti yang dijalankan sama ada mencapai objektif yang ditetapkan
atau tidak. Peringkat ini juga merupakan peringkat bagi mengenalpasti
penambahbaikan dan cadangan yang boleh dilakukan bagi melaksanakan aktiviti
susulan pada masa hadapan.
Pada peringkat ini juga segala elemen negatif dan positif perlaksanaan aktiviti
akan dibincangkan. Hal ini kerana bagi menjalankan penambahbaikan dan menjana
idea baru bagi mengelakkan kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diingini
berlaku dalam aktiviti susulan yang bakal dilakukan. Melalui peringkat ini juga
kanak-kanak akan dirangsang untuk mengeluarkan idea-idea baru bagi
penambahbaikan yang boleh dibuat serta refleksi diri boleh dilakukan terhadap
mereka bagi aktiviti yang dijalankan itu. Hal ini demikian kerana pemikiran kanak-
kanak dapat dijana melalui sumbang saran idea yang dilakukan.
11
5.0 Cara Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak
sebagai contohnya melalui permainan atau pembelajaran melalui bermain. Lowenfeld
(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Kenyataan ini
menunjukkan bahawa sifat kreativiti dipunyai oleh setiap individu termasuklah kanak-
kanak dan kreativi tersebut haruslah dipupuk dan dibentuk serta dicungkil melalui
pelbagai cara seperti penggunaan bahan dan peralatan serta pengalaman deria, pengajaran
dan pembelajaran fleksibel, rangsangan
5.1 Penggunaan Bahan dan Peralatan
Penggunaan peralatan dan bahan merupakan salah satu cara yang boleh digunakan
untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Alatan alat tulis bewarna seperti warna
air, krayon, pensil warna dan sebagainya boleh digunakan di dalam kelas untuk
menarik perhatian kanak-kanak untuk meluahkan emosi atau bakat mereka melalui
penggunaan warna yang pelbagai. Guru juga boleh menggunakan peralatan media
bagi meningkatkan kreativiti kanak-kanak seperti penggunaan alatan ICT, rakaman
video, gambar dan sebagainya. Melalui penggunaan alatan yang pelbagai, kanak-
kanak akan lebih berminat untuk belajar di dalam kelas. Apabila proses
pembelajaran berlaku, maka perkembangan kognitif kanak-kanak menunjukkan
proses yang sama. Keadaan ini semestinya akan meningkatkan kreativiti kanak-
kanak dalam menjana pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
5.2 Pengalaman Deria
Secara umumnya proses pembelajaran yang menggunakan deria secara keseluruhan
yang melibatkan deria, bau, dengar, rasa dan lihat akan mewujudkan sesi
pembelajaran yang berkesan. Sesi pembelajaran akan menjadi lebih aktif dengan
pengunaan kesemua deria ini. Sebagai contohnya bagi pembelajaran yang
menggunakan visual, guru boleh menggunakan sebarang peralatan bergambar,
12
grafik yang cantik dan grafik bergerak seperti filem. Kanak-kanak akan lebih
mudak memahami tentang perkara yang hendak disampai oleh guru mereka dan
mempunyai gambaran yang jelas mengenainya.
Guru juga boleh mewujudkan pembelajaran secara auditori bagi mencungkil
minat dan kreativiti kanak-kanak mengenai proses pembelajaran yang dilakukan.
Guru boleh mewujudkan interaksi interaktif dengan kanak-kanak melalui beberapa
soalan yang ditanya. Soalan yang ditanya oleh guru akan merangsang pemikiran
kanak-kanak untuk berfikir secara positif dalam menyelesaikan persoalan yang
diberikan kepada mereka. Setiap idea yang dinyatakan oleh kanak-kanak hendaklah
diambil perhatian oleh guru. Hal ini kerana jika pendapat yang diberikan oleh
kanak-kanak tidak dilayan oleh guru, kanak-kanak mungkin akan malu atau takut
untuk bertanya kepada guru mereka pada waktu lain. Keadaan ini semestinya akan
mendatangkan kesan buruk kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak.
Pembelajaran secara kinestetik juga merupakan pembelajaran yang
melibatkan pengalaman deria. Kanak-kanak biasanya akan lebih efektif melalui
penggunaan kaedah ini. Kaedah ini boleh melibatkan pergerakan kanak-kanak dan
sentuhan. Sebagai contohnya guru boleh melibatkan kanak-kanka untuk melakukan
sebarang pergerakan seperti aktiviti teater, menari, permainan dan sebagainya.
Kanak-kanak akan begitu teruja untuk melakukan aktiviti yang diberikan kerana
kaedah ini akan melibatkan pengalaman sebanar kanak-kanak. Oleh itu, jika
kesemua deria ini digunakan dalam pembelajaran, pemikiran kreatif kanak-kanak
pasti dapat dikeluarkan melalui aktiviti yang dilakukan.
5.3 Masa
Masa juga merupakan perkara penting yang harus dititikberatkan dalam
meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kanak-
kanak mempunyai daya penumpuan yang singkat dalam sesuatu masa. Kanak-
kanak tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada pembelajaran
13
mereka sepanjang hari terutamanya pada waktu petang. Guru seharusnya menyusun
sesi pembelajaran dengan baik bagi memastikan kanak-kanak dapat belajar dengan
sempurna seterusnya membolehkan kanak-kanak tersebut meneroka, berfikir dan
membuat sebarang eksperimen. Keadaan ini semestinya akan memberikan
pengalaman yang baru kepada kanak-kanak seterusnya telah merangsang kanak-
kanak untuk lebih kreatif.
5.4 Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Dalam menigkatkan kreativiti kanak-kanak, guru juga haruslah lebih fleksibel
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kadang kala guru
mungkin boleh mengubah cara pengajaran di dalam kelas mengikut cadangan dan
idea daripada kalangan kanak-kanak. Sebagai cotohnya guru akan menerangkan
terlebih dahulu tentang tema pengajaran minggu tersebut dan guru akan bertanya
mengenai cadangan dan idea untuk aktiviti yang boleh dilakukan mengenai tema
pengajaran tersebut. Kanak-kanak akan mengutarakan pendapat mereka dan mereka
akan berusaha menyakinkan guru untuk melaksanakan idea tersebut. Kanak-kanak
akan memerah otak mereka untuk memikirkan idea dan sebab bagi perlaksanaan
aktiviti tersebut untuk diterima oleh guru.
5.5 Rangsangan
Terdapat pelbagai rangsangan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kreativiti
kanak-kanak seperti mempamerkan hasil karya kanak-kanak di dalam kelas. Jika
guru mempamerkan hasil karya kanak-kanak di dalam kelas, mereka akan
merasakan hasil karya mereka dihargai dan ingin melakukannya dengan lebih baik
bagi membolehkan guru mempamerkan hasil karya mereka di dalam kelas. Guru
juga boleh menggunakan sebarang pujian atau galakkan motivasi sebagai
rangsangan untuk kanak-kanak menghasilkan karya mereka.
14
Uzi Dollah (1996) berpendapat guru berperanan besar dalam
mempertingkatkan motivasi para pelajar untuk belajar. Di sini boleh dilihat bahawa
peranan dan tidak balas guru terhadap sesi pembelajaran di dalam kelas akan
memberi kesan terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu guru perlu
memberikan peneguhan positif bagi memastikan kanak-kanak ingin mencuba untuk
menghasilkan sesuatu yang baru serta boleh meningkatkan kreativiti mereka dalam
penghasilan karya baru.
Guru juga sepatutnya mengelakkan penggunaan peneguhan negatif yang
keterlaluan bagi hasil karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Keadaan ini bagi
mengelakkan kanak-kanak patah semangat serta berputus asa untuk mencubanya
kembali. Skinner (1977) turut mengatakan bahawa hukuman tidak sesuai digunakan
dalam kegiatan pembelajaran. Hal ini kerana pengaruh hukuman terhadap
perubahan sesuatu perkara adalah bersifat sementara, namun kesan psikologi buruk
mungkin berlaku dalam tempoh masa yang lama. Oleh sebab itu peneguhan negatif
tidak sesuai digunakan dalam meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak
akan lebih bermotivasi jika guru cuba memberitahunya secara baik dan guru hendak
melihat karyanya dengan lebih banyak dalam pelbagai versi.
5.6 Hormat-menghormati
Sebagai seorang guru yang bitara, guru haruslah bersikap rasional terhadap karya
yang dihasilkan oleh murid mereka terutamanya kanak-kanak. Sebagai contohnya
guru seharusnya menghormati setiap karya yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak
dengan menunjukkan komitmen dan respon yang diberikan bagi karya-karya yang
telah dihasilkan. Indrawati (2003) mendapati faktor pengajaran guru mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap prestasi kanak-kanak. Oleh itu jika guru tidak boleh
menunjukkan komitmen mereka terhadap karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak,
kanak-kanak mungkin tidak mahu menghasilkan karya lain . Tambahan pula akan
kanak-kanak akan berasa sedih mengenai komitmen negatif yang ditunjukkan oleh
guru terhadap karya mereka.
15
6.0 Aktiviti yang Boleh Merangsang Pemikiran Kreatif Kanak-kanak
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh digunakan dalam merangsang pemikiran kreatif
kanak-kanak seperti pembelajaran interaktif atau belajar melalui bermain. Menurut
Daucer & Pangrazi (1983), pengalaman peringkat awal kanak-kanak harus ditumpukan
kepada pergerakann kreatif yang mempunyai pelbagai fungsi tertentu seperti
pertumbuhan perkembangan psikologi dan mental, fisiologi dan motor serta rohani dan
sosial. Pergerakan kreatif boleh diwujudkan dalam pembelajaran interaktif dan
pembelajaran melalui bermain. Oleh itu aktiviti ini penting dalam merangsang pemikiran
kreatif kanak-kanak.
Gallahue (1987) berpendapat pergerakan kreatif dapat membantu proses
pembelajaran berlaku secara menyeluruh meliputi peringkat awal kehidupan dan
pendidikan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana pergerakan kreatif kanak-kanak seperti
aktiviti bermain akan membantu kanak-kanak mengalami perkembangan secara
menyeluruh terutamanya dalam perkembangan fizikal, rohani, jasmani, sosial dan intelek.
Keadaan ini kerana badan yang cergas semestinya akan membentuk otak yang sihat.
Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan dalam merangsang pemikiran kreatif kanak-
kanak adalah permainan puzzle, permainan doh, permainan lego, permainan catur, kubus
rubiks dan aktiviti luar.
6.1 Permainan Puzzle
16
Antara aktiviti yang boleh digunakan bagi merangsang pemikiran kreatif kanak-
kanak adalah permainan puzzle. Permainan puzzle merupakan permainan yang
melibatkan penyusunan kepingan gambar sehingga menjadi sebuah gambar yang
lengkap. Permainan puzzle terdiri daripada pelbagai jenis gambar, warna dan saiz.
Dalam melaksanakan permainan ini, kanak-kanak dikehendaki menyusun serpihan
kecil gambar bagi menjadikannya sebuah gambar lengkap. Permainan ini
memerlukan penelitian bagi memastikan serpihan gambar yang dicantumkan adalah
tepat, kanak-kanak juga harus mengingati susunan tersebut dengan betul bagi
menyelesaikan gambar yang hendak dicantumkan.
Melalui permainan puzzle kanak-kanak dapat meningkatkan pengetahuan
mereka dalam matematik seperti memahami konsep warna, bentuk, jumlah dan
ukuran. Bagi kanak-kanak yang pintar cerdas, mereka boleh diberikan puzzle yang
lebih kompleks dari segi warna dan gambar bagi menguji serta meningkatkan
keupayaan kognitif mereka dalam menyelesaikan cantuman puzzle tersebut. Bagi
kanak-kanak normal, mereka haruslah diberikan permainan ini pada tahap biasa.
Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat meningkatkan pemikiran kreatif melalui
masalah cantuman kepingan kecil puzzle tersebut.
6.2 Permainan Doh
Pemikiran kreatif kanak-kanak juga boleh dirangsang melalui permainan doh.
Permainan doh merupakan permainan yang melibatkan penggunaan doh yang
17
diperbuat daripada tepung dan pewarna makanan yang pelbagai. Doh yang
digunakan dalam permainan ini mudah dibentuk kepada pelbagai objek kerana doh
tersebut merupakan struktur bahan yang lembut, malah doh tersebut juga tidak
merbahaya digunakan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak boleh menghasilkan
pelbagai bentuk mengikut idea dan kreativiti mereka.
Oleh itu permainan ini dapat meningkatkan pemikiran kreatif kanak-kanak
kerana kanak-kanak akan menjana idea mereka untuk menghasilkan bentuk-bentuk
yang berbeza yang disukai dan digemari mereka. Kanak-kanak juga akan memilih
warna doh yang pelbagai bagi menghasilkan bentuk-bentuk yang lebih menarik.
Permainan doh ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak
melalui penggunaan jari untuk menghasilkan bentuk yang pelbagai. Kanak-kanak
juga akan melahirkan perasaan yang seronok dan gembira melalui penghasilan
karya mereka yang pelbagai.
6.3 Permainan Lego
Permainan lego juga merupakan salah satu permainan yang boleh merangsang
pemikiran kreatif kanak-kanak. Lego merupakan sejenis alat permainan yang
berbentuk bongkah plastik dan terdiri daripada pelbagai warna yang menarik.
Terdapat beberapa jenis permainan lego yang terdapat di pasaran seperti lego basic,
lego piraks, lego town dan banyak lagi. Cara bermain permainan ini adalah melalui
proses penyusunan dan penyantuman bongkah-bongkah lego bagi menghasilkan
satu model yang sempurna dan lengkap.
18
Permainan lego akan menguji tahap pemikiran kanak-kanak dalam
menghasilkan bentuk yang pelbagai. Daya imaginasi kanak-kanak yang kuat akan
mendorong mereka menghasilkan pelbagai model lego yang menarik seperti bentuk
model bangunan, model kereta, model rumah, model kapal terbang dan sebagainya.
Gabungan daya imaginasi dan daya pemikiran yang kreatif akan menghasilkan
bentuk model yang cantik dan pelbagai. Pemikiran kreatif akan meningkat melalui
permainan ini kerana mereka perlu menjana idea bagi menghasilkan model yang
pelbagai dengan menggunakan bongkah lego yang berwarna-warni.
6.4 Permainan Catur
Permainan catur pula merupakan satu permainan yang berbentuk perang abstrak
atau juga dikenali sebagai permainan seni mempertahankan diri yang memerlukan
kemahiran kognitif yang tinggi dalam menyelesaikannya. Permainan ini terdiri
daripada papan bersaiz 8X8 petak iaitu 64 petak berwarna terang dan gelap yang
bersilih ganti. Manakala askar-askar permainan catur pula terdiri daripada lapan
bidak, dua satria, dua gajah, dua tir, satu menteri dan satu raja. Permainan
memerlukan kemahiran dan strategi bagi melawan pihak lawan.
Kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun boleh dilatih bagi permainan
ini. Permainan catur sangat bagus digunakan bagi melatih perkembangan kognitif
kanak-kanak kerana mereka perlu berfikir bagi merancang strategi permainan ini
untuk melawan pihak musuh atau pihak lawan. Oleh itu permainan ini akan
meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak seterusnya merangsang kanak-kanak
19
untuk berfikir dengan lebih teliti dan kompleks dalam menyelesaikan masalah yang
rumit. Maka keadaan tersebut akan menyebabkan proses perkembangan kognitif
kanak-kanak berlaku dengan baik.
6.5 Kubus Rubiks
Bagi merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak, permainan kubus rubiks juga
boleh digunakan. Kubus rubiks merupakan permainan yang telah diperkenalkan
oleh Prof. Emo Rubik yang berasaskan permainan teka-teki mekanik. Permainan ini
melibatkan penggunaan kiub plastik yang berbentuk kubus dan boleh didapati
dalam empat versi iaitu kiub poket (2x2x2), kiub piawai (3x3x3), dendam rubik
(4x4x4) dan kiub profesor (5x5x5). Permukaan kiub biasanya disertakan dengan
pelekat yang terdiri daripada enam warna dengan satu warna pada setiap sisi kiub.
Permainan ini memerlukan keupayaan daya kognitif yang tinggi bagi
membolehkan individu yang menyusun warna-warna kiub tersebut dalam kelompok
yang sama mengikut masa yang ditetapkan. Permainan kubus rubik ini merupakan
salah satu permainan yang digunakan untuk membantu kanak-kanak mengenali dan
memahami objek yang berbentuk 3D. Permainan ini juga merupakan permainan
yang memerlukan strategi dan langkah yang tepat bagi menyelesaikan penyusunan
warna kiub mengikut masa yang telah ditetapkan. Oleh itu aktiviti permainan ini
akan merangsang kanak-kanak untuk berfikir lebih kreatif bagi merancang dan
melaksanakan permainan tersebut dengan cepat dan tepat.
20
6.6 Aktiviti Luar
Aktiviti terakhir yang dicadangkan bagi meningkatkan pemikiran kreatif kanak-
kanak adalah aktiviti luar kelas. Terdapat pelbagai aktiviti luar yang boleh
digunakan dalam merangsang pemikiran kanak-kanak seperti membina istana pasir,
bermain di taman permainan, membina kebun sayur dan sebagainya. Kadang kala
guru perlu melakukan kepelbagaian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran
terhadap mereka. Keadaan ini penting bagi memberikan situasi dan persekitaran
yang berbeza kepada kanak-kanak dan mengelakkan kanak-kanak merasa bosan
duduk di dalam kelas sahaja. Kekreatifan guru akan membantu kanak-kanak untuk
berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti.
Permainan luar ini dikatakan mampu meningkatkan pemikiran kreatif kanak-
kanak kerana mereka mempunyai pengalaman baru belajar di luar kelas. Sebagai
contohnya melalui aktiviti membina istana pasir di pantai atau di luar kelas
prasekolah dan tadika. Kanak-kanak akan merasa teruja untuk membina istana
impian mereka sendiri, malah mereka akan berusaha untuk membina istana raja
yang terbaik bagi dinilai oleh guru. Hal ini kerana kanak-kanak amat sukakan
pujian dan kata-kata yang positif. Pembinaan istana pasir mampu meningkatkan
daya imaginasi dan daya kreativiti kanak-kanak melalui pembinaan istana pasir
yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut.
21
7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya pemikiran kreatif kanak-kanak berkembang sejak awal usia mereka lagi.
perkembangan kognitif yang baik akan merangsang pertumbuhan otak yang baik bagi
kanak-kanak. Di sini semua pihak haruslah bekerjasama dalam membantu meningkatkan
pemikiran kreatif kanak-kanak dengan penggunaan pelbagai aktiviti yang menarik dan
jelas. Perkembangan kognitif kanak-kanak haruslah dipandang serius bagi memastikan
kanak-kanak tidak mengalami masalah dalam kehidupannya. Hal ini kerana jika salah
satu elemen dalam badan kanak-kanak berlaku dengan tidak seimbang, perkara tersebut
akan mengakibatkan aspek-aspek lain turut terganggu.
Ibu bapa, guru dan masyarakat haruslah mengambil langkah inisiatif dalam
membantu kanak-kanak menyuburkan perkembangan pemikiran kreatif mereka. Ibu bapa
boleh mengaplikasikan pelbagai cara dalam membantu merangsang pemikiran kreatif
kanak-kanak mereka dirumah seperti menyediakan permainan doh, lego dan sebagainya.
Guru pula haruslah membentuk pembelajaran interaktif atau pembelajaran melalui
bermain bagi menarik minat kanak-kanak untuk belajar di dalam kelas seterusnya
merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak tersebut. Pemikiran kreatif kanak-kanak
penting dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas serta membolehkan kanak-kanak lebih memahami mengenai proses pembelajaran
tersebut. Masyarakat pula haruslah mendorong kanak-kanak disekeliling mereka dengan
memberikan dorongan dan semangat kepada kanak-kanak ini. Jika keadaan tersebut
berlaku, pemikiran kreatif kanak-kanak pasti boleh dirangsang dengan baik.
22
Bibliografi
Amabile, T. M. (1987). The Motivation to be Creative. NewYork: Springer Verlag.
Amabile, T. M., Hill, K. G., Hennessey, B. A. and Tighe, E. M. 1994. The Work
Preference Inventory: Assessing Intrinsic and ExtrinsicMotivational Orientations.
Journal of Personality and Social Psychology, 56 (5), 950-967.
Feldhusen,J.F. 1995. Creativity: AKnowledge Base, Metacognitive Skills, and
Personality Factors. Journal of Creative Behavior. 29(4), 255-268.
Harris, D. B. (1963). Children’s as Measure of Intelligence Maturity, New York:
Harcourt, Brace & World.
Jonassen, D. H. (1998), Designing Constructivist Learning Environment 1. In C. M.
Reigeluth (ed.), Instructional Theories and Models, 2nd Ed., Mahwah, NJ:
Lawrence, Erlbaum.
Mok Soon Sang (2008). Perkembangan Kanak-kanak, Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Nuthall, G. (1996). Commentary: Of Learning and Language and understanding The
Complexity of The Classroom. Educational Psychologist, 31, 207-214
Ormrod, J.E. (2003). Educational Psychology: Developing Learners. Upper Saddle
River, NJ: Pearson Education Inc.
Convay, J. (1997). Educational Technology’s Effects on Models of Instruction. (Article
posted May, 1997). Diambil pada 19 April 2013 daripada
http://udel.edu/~jconway/EDST666.htm.
Figg, G. (2003). Children’s Drawing. Dalam Janet Atkin (Ed.) Early Education Child
Development Series. Diambil pada 20 April 2013 daripada http://www.early-
education.org.uk/1leaflet1.htm

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikanPengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikanYusmi Yusuf
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolahIzz Khalil
 
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Karen Kayny
 
SENI LUKISAN TINGKATAN 4 KSSM
SENI LUKISAN TINGKATAN 4 KSSMSENI LUKISAN TINGKATAN 4 KSSM
SENI LUKISAN TINGKATAN 4 KSSMIzan Hs
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakArra Asri
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaranKomalam Mariappan
 
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanakM1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanakNormala Mehat
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotskymohamad293823
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifErwina Masir
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakPertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakIPG Kampus Sultan Mizan
 

Mais procurados (20)

Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikanPengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
Pengaruh dan kesan laporan razak terhadap dasar pendidikan
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
 
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
SENI LUKISAN TINGKATAN 4 KSSM
SENI LUKISAN TINGKATAN 4 KSSMSENI LUKISAN TINGKATAN 4 KSSM
SENI LUKISAN TINGKATAN 4 KSSM
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanak
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanakM1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
M1 Perkembangan Sosial Kanak-kanak
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatif
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Teknik Bercerita
Teknik BerceritaTeknik Bercerita
Teknik Bercerita
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakPertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Kreativiti
KreativitiKreativiti
Kreativiti
 

Semelhante a Esei 1 kae3013

contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 
Waj 3107 tugasan 5 pg
Waj 3107 tugasan 5 pgWaj 3107 tugasan 5 pg
Waj 3107 tugasan 5 pgAzizan Amanda
 
790616035703 136130 final
790616035703 136130 final790616035703 136130 final
790616035703 136130 finaliyrman
 
Kae 3013 unit 1 & 2
Kae 3013 unit 1 & 2Kae 3013 unit 1 & 2
Kae 3013 unit 1 & 2mersing
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakLiching Ching
 
170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzullinurul ain
 
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanInovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanUstajah ILa AzieLa
 
Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01Hem Emmiey
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107radeanmas
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakLinda Zain
 
M2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifM2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifNormala Mehat
 
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72Farihah Ha
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Najwa Ahmad
 
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusLamino Aliya
 

Semelhante a Esei 1 kae3013 (20)

contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Waj 3107 tugasan 5 pg
Waj 3107 tugasan 5 pgWaj 3107 tugasan 5 pg
Waj 3107 tugasan 5 pg
 
790616035703 136130 final
790616035703 136130 final790616035703 136130 final
790616035703 136130 final
 
Kae 3013 unit 1 & 2
Kae 3013 unit 1 & 2Kae 3013 unit 1 & 2
Kae 3013 unit 1 & 2
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
 
54588201 1-konsep-kreativiti
54588201 1-konsep-kreativiti54588201 1-konsep-kreativiti
54588201 1-konsep-kreativiti
 
170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli
 
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanInovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
 
Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01
 
Presentation en zul
Presentation en zulPresentation en zul
Presentation en zul
 
Inovasi
InovasiInovasi
Inovasi
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanak
 
M2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifM2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan Kognitif
 
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
 
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
 

Esei 1 kae3013

  • 1. KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN PEMIKIRAN KREATIF DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH KUMPULAN EL A 30 ( PJJ 121 ) DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. ID NO. TELEFON SUHAILA BINTI OMAR D20112053883 013 2276747 NAMA TUTOR E-LEARNING : PUAN HASHIMAH BINTI HUSSEIN TARIKH SERAH: 25 APRIL 2013 PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 JUMLAH
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN 1.0 Pendahuluan 2.0 Definisi Pemikiran Kreatif 3.0 Ciri-ciri Kreativiti 3.1 Bersifat Fleksibel 3.2 Bersifat Terbuka 3.3 Sensitif dan Peka 3.4 Logik 3.5 Gagasan/Idea Yang Asli dan Tulen 3.6 Berfikiran Bebas 4.0 Tahap Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak 4.1 Peringkat Rangsangan 4.2 Peringkat Penerokaan 4.3 Peringkat Perancangan 4.4 Peringkat Aktiviti 4.5 Peringkat Kajian Semula 5.0 Cara Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak 5.1 Penggunaan Bahan dan Peralatan 5.2 Pengalaman Deria 5.3 Masa 5.4 Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel 5.5 Rangsangan 5.6 Hormat-menghormati 6.0 Aktiviti yang Boleh Merangsang Pemikiran Kreatif Kanak-kanak 6.1 Permainan Puzzle 6.2 Permainan Doh 6.3 Permainan Lego 6.4 Permainan Catur 6.5 Kubus Rubiks 6.6 Aktiviti Luar 7.0 Kesimpulan Bibliografi 3 4 5 5 5 6 6 6 6 7 7 8 8 9 10 11 11 11 12 13 13 14 15 15 16 17 18 19 20 21 22
  • 3. 3 1.0 Pendahuluan Kanak-kanak merupakan individu yang suka meneroka sesuatu yang baru. Sifat ingin tahu sangat tinggi dalam diri kanak-kanak menyebabkan mereka sering bertanya tentang kewujudan dan sebab sesuatu perkara itu berlaku. Kadang kala mereka akan mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi atau menyelesaikan sesuatu perkara. Malah mereka akan menonjolkan sifat kreativiti mereka dalam menyelesaikan sesuatu perkara tersebut. Proses pendidikan dan pengalaman yang diterima kanak-kanak sejak awal lagi akan merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Amabile (1992) menyifatkan institusi pendidikan khususnya pendidikan prasekolah merupakan tempat yang paling penting untuk memupuk alam kreativiti dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu pendidikan awal dikatakan boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak dalam menjalani kehidupan. Storm (2002) menyatakan kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat dan negara telah lama disedari. Kenyataan ini menunjukkan pemikiran kreatif penting dalam mewujudkan negara yang membangun disamping menghasilkan rakyat yang berkualiti. Oleh itu kreativiti penting dalam perkembangan kanak-kanak dan ia perlu dipupuk sejak awal lagi melalui proses pendidikan dan pengalaman yang pelbagai. Mihalyi (1990) mendapati pendidikan memainkan peranan yang minimum dalam memupuk bakat-bakat kreatif. Pendidikan dilihat sebagai elemen yang penting dalam memupuk kreativiti kanak-kanak. Namun begitu de Bono (1970) mengatakan kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Kenyataan de Bono menyifatkan pendidikan bukanlah elemen utama bagi memupuk kreativiti seseorang individu. Beliau menyatakan sebarang perkara boleh merangsang kepada pemikiran kreatif seseorang individu tanpa individu tersebut menyedarinya. Kreativiti perlu dilihat sebagai suatu aspek yang penting dalam pembentukan perilaku seorang kanak-kanak. Hal ini kerana kreativiti kanak-kanak akan membawa banyak makna dan kesan dalam hidup mereka. Oleh itu pelbagai langkah haruslah diambil bagi mewujudkan sifat kreatif dalam diri kanak-kanak.
  • 4. 4 2.0 Definisi Pemikiran Kreatif Abdul Shukor Hashim et. al (2011) mengatakan kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘creare’ yang membawa maksud membuat. Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘creare’ bermaksud memenuhi. Webster (1976) mendefinisikan pemikiran kreatif sebagai kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. May (1975) mendefinisikan kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya. Melalui beberapa pendapat tokoh di atas, boleh disimpulkan bahawa pemikiran kreatif merupakan proses melakukan sesuatu perkara bagi menghasilkan sesuatu yang baru. Kesan daripada perlakuan individu tersebut akan menghasilkan inovasi dalam tindakan yang baru dihasilkan. Torrance (1970) mendefinisikan kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan. Keunikan yang dimaksudkan oleh beliau mungkin merujuk kepada hasil perlakuan yang dihasilkan melalui proses kreativiti. Hal ini kerana perlakuan yang dihasilkan melalui kreativiti akan menghasilkan sesuatu baru yang lebih baik. Schirmacher (1988) menyatakan perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu menerusi aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur. Schirmacher menjelaskan bahawa sebarang aktiviti harian yang dilakukan oleh kanak-kanak termasuklah aktiviti seni akan merangsang pemikiran kanak-kanak untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Di sini jelas menunjukkan bahawa kreativiti seseorang individu boleh dirangsang melalui pelbagai faktor. Manakala Rand (1981) pula berpendapat kreativiti adalah proses di mana seseorang individu sebagai hasil daripada kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan. Keadaan ini akan menghasilkan produk yang bersifat atau abstrak. Pendapat yang dikemukakan oleh Rand ini menjelaskan bahawa kreativiti bergantung kepada kemampuan individu itu sendiri untuk menghasilkannya serta beberapa faktor persekitaran yang mempengaruhi individu tersebut untuk menghasilkan produk yang dikehendakinya.
  • 5. 5 3.0 Ciri-ciri Kreativiti Kreativiti boleh dikelaskan sebagai sebuah proses, iaitu proses untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Terdapat dua jenis kreativiti utama iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif merupakan kreativiti yang terhasil secara spontan melalui proses penambahbaikan. Manakala kreativiti analitik pula merupakan kreativiti yang dihasilkan melalui apa yang mereka gunakan iaitu apa yang telah dirancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Kreativiti analitik lebih bersifat sesuatu yang dirancang manakala kreativiti intuitif pula berlaku secara spontan. Namun begitu proses kreativiti seseorang individu biasanya berlaku hasil gabungan daripada kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Terdapat beberapa ciri kreativiti yang sering dibincangkan iaitu bersifat fleksibel, bersifat terbuka, sensitif dan peka, logik, gagasan/idea yang asli dan tulen, serta berfikiran bebas. 3.1 Bersifat Fleksibel Individu yang kreatif dikatakan bersifat fleksibel kerana mereka mampu menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai situasi dan keadaan. Mereka juga bersifat lebih optimis dan berkeyakinan tinggi dalam sesuatu perkara. Keyakinan yang tinggi menyebabkan mereka yakin menghasilkan sesuatu karya tanpa memikirkan penerimaan orang ramai dan sedia menerima pendapat yang bakal diutarakan. 3.2 Bersifat Terbuka Individu kreatif juga dikatakan mempunyai sifat terbuka. Mereka mempunyai sifat keterbukaan yang tinggi dalam menerima pendapat dan pandangan orang mengenai hasil karya dan kerja yang mereka hasilkan. Mereka sedia menerima pandangan orang lain bagi menambah baik hasil karya yang dihasilkan. Individu kreatif juga mengamalkan sikap bebas dan demokratik. Hal ini demikian kerana mereka bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan pendapat orang lain, serta menjadikannya sebagai perangsang kepada individu tersebut untuk lebih kreatif.
  • 6. 6 3.3 Sensitif dan Peka Sensitif dan peka juga merupakan salah satu ciri individu yang kreatif. Sifat sensitif dan peka akan membolehkan seseorang individu itu mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan persekitarannya. Mereka peka terhadap keperluan, gaya hidup, deria dan persekitaran. Segala elemen-elemen tersebut akan digunakan bagi menghasilkan sesuatu produk melalui proses kreativiti. Penggunaan deria secara menyeluruh akan membantu mereka menjaga idea yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu produk bermutu dan berkualiti tinggi. 3.4 Logik Individu yang kreatif sentiasa berfikiran logik dan rasional dalam menghadapi sesuatu perkara. Mereka sentiasa peka tehadap sebab dan punca sesuatu perkara itu berlaku dan mempercayai setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Selain itu mereka juga sangat menghargai dan menghormati masa. 3.5 Gagasan/Idea Yang Asli dan Tulen Individu kreatif biasanya mempunyai banyak idea dan gagasan untuk menghasilkan sesuatu perkara. Keadaan ini membolehkan mereka boleh menghasilkan pelbagai karya dan hasil kerja yang unik dan menarik. Hasil karya yang dihasilkan tidak stereotaip dan tidak kovensional, malah karya yang dihasilkan juga sering kali berbeza daripada karya asalnya. 3.6 Berfikiran Bebas Individu kreatif biasanya mempunyai daya pemikiran yang luas dan tidak bergantung kepada satu-satu faktor sahaja. Mereka bijak dalam mengatur sesuatu perkara bagi memastikan perkara tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Malah mereka juga sangat berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
  • 7. 7 4.0 Tahap Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak Terdapat ramai tokoh pemikiran yang membincangkan tentang kreativiti kanak-kanak secara terperinci antaranya adalah Edward de Bono melalui teori Six Thinking Hats yang membincangkan emosi penting dalam proses berfikir, Paul Torrence dengan teori Kreativiti Paul Torrence yang menerangkan tujuh elemen dalam mempengaruhi proses mencungkil kreativiti, Calvin W Taylor dan teorinya Theory Multiple Creative Talent yang menerangkan lima sifat kreativiti, Lowenfeld melalui teorinya Theory Lowenfeld Stages of Artistic Development yang menerangkan lapan kategori kreatif serta Fisher melalui teorinya Teori Perkembangan Kreativiti Fisher yang menerangkan tentang lima tahap pemikiran kreatif. Namun begitu, teori perkembangan kreativiti kanak-kanak yang paling terkenal diperkatakan adalah teori Perkembangan Kreativiti Fisher (1943). Antara elemen yang dibincangkan oleh Fisher dalam teorinya adalah tahap peringkat rangsangan, peringkat penerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan peringkat kajian semula. 4.1 Peringkat Rangsangan Peringkat rangsangan merupakan peringkat dimana pemikiran kreatif kanak-kanak dirangsang dengan cara mengemukakan soalan yang pelbagai melalui kata kunci berbeza seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana dan sebagainya. Melalui semua bentuk soalan ini, guru boleh membantu kanak-kanak dalam membentuk interaksi dua hala secara aktif. Guru akan mula merangsang pemikiran kanak-kanak dengan bertanya beberapa soalan. Apabila muncul persoalan dalam sesuatu situasi yang diberikan oleh guru, kanak-kanak akan menjana idea untuk menjawab segala pertanyaan yang diberikan kepada mereka. Guru juga boleh mengemukakan soalan yang lebih kritikal kepada kanak-kanak bagi merangsang kanak-kanak untuk berfikir lebih kreatif dengan
  • 8. 8 pelbagai kemungkinan jawapan yang akan diperolehi. Hal ini kerana soalan-soalan sebegini akan membantu merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. 4.2 Peringkat Penerokaan Peringkat penerokaan pula merupakan peringkat di mana memerlukan seseorang kanak-kanak untuk berfikiran maju ke depan atau berpandangan jauh. Peringkat penerokaan memerlukan kanak-kanak untuk mencari jawapan kepada masalah atau soalan melalui cara yang pelbagai dalam menyelesaikannya seperti menggunakan kaedah eksperimentasi, kajian, dan latihan. Guru akan cuba merangsang pemikiran kanak-kanak dengan memberikan situasi bermasalah atau soalan yang perlu diselesaikan dengan menggunakan cara-cara tersebut. Oleh itu kanak-kanak akan cuba berfikir untuk menyelesaikan persoalan yang diberikan. Peringkat ini akan membolehkan kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah dengan cara penerokaan. Oleh itu kanak-kanak akan berfikiran kreatif untuk mencari jalan penyelesaian dan masalah melalui pelbagai cara, teknik dan gaya yang digunakan. Kanak-kanak akan berasa seronok melalui penemuan penyelesaian masalah dengan menggunakan cara yang pelbagai ini. Kanak-kanak juga akan lebih kreatif dengan memikirkan pelbagai cara untuk menyelesaikannya. 4.3 Peringkat Perancangan Peringkat perancangan pula merupakan peringkat di mana segala kemungkinan, cadangan aktiviti dan segala perkara yang hendak digunakan disusun atur dan didraf dengan baik bagi dijadikan gambaran awal dalam perlaksanaan aktiviti. Antara perkara penting yang perlu dilakukan dalam peringkat ini adalah perancangan secara verbal dan perancangan secara visual. Perancangan secara verbal merupakan perancangan yang melibatkan komunikasi seperti komunikasi dua hala bagi mewujudkan interaksi yang baik. Melalui perancangan verbal juga perbincangan
  • 9. 9 masalah dapat dilakukan, perbincangan tersebut akan melibatkan semua isu yang berbangkit dalam sesuatu aktiviti yang hendak dijalankan. Segala idea akan dijana bersama dan disusun atur dengan baik bagi memastikan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Segala kemungkinan dan risiko yang bakal dihadapi akan dibincangkan dengan terperinci dan langkah penyelesaian akan dicadangkan sebagai langkah awal menangani masalah tersebut. Pemerhatian akan dijalankan secara terperinci bagi memastikan secara isu berbangkit dibincangkan dengan sepenuhnya dan penerangan yang lebih jelas mengenai isu tersebut dapat diutarakan. Sebagai contohnya guru boleh mengutarakan persoalan kepada kanak-kanak bagi membentuk komunikasi dalam perbicangan aktiviti yang hendak dilakukan. Keadaan ini akan mengakibatkan kanak-kanak dirangsang untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam mengeluarkan pendapat mengenai perbincangan tersebut. Perancangan secara visual pula dilakukan melalui gambaran yang jelas seperti graf, jadual, imej lukisan, visual dan sebagainya. Perancangan yang mempunyai graf dan jadual akan lebih memudahkan individu mendapat gambaran yang jelas mengenai perancangan aktiviti yang hendak dibuat. Imej lukisan dan visual yang digunakan semestinya akan dapat membantu individu tersebut mengenai maklumat aktiviti yang hendak dilaksanakan. Sebagai contohnya, gambarajah yang digunakan akan membolehkan kanak-kanak membayangkan aktiviti yang hendak dilakukan dan merangsang mereka untuk berfikir mengenai perlaksanaannya. Keadaan ini akan membantu kanak-kanak mengeluarkan tanggapan positif dan seterusnya menarik minat mereka dalam aktiviti yang bakal dilakukan. 4.4 Peringkat Aktiviti Peringkat aktiviti merupakan peringkat perkembangan kreativiti kanak-kanak yang bermula dengan set idea atau minda. Peringkat ini merupakan peringkat di mana segala perancangan yang telah dibuat hendak dilaksanakan. Namun begitu
  • 10. 10 persoalan yang akan timbul tentang cara perlaksanaan aktiviti tersebut dibuat setelah semuanya dirancang dengan terperinci. Hal ini kerana pada ketika ini kanak- kanak akan berfikir cara untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Kanak-kanak juga akan cuba mengingat kembali segala perancangan yang dibuat bagi perlaksanaan aktiviti tersebut dan tindakan akan diambil. Pemikiran kreatif akan dilahirkan melalui tindakan yang diambil bagi melaksanakan sesuatu perkara yang telah dirancang. Keadaan ini kerana tindakan yang diambil adalah hasil daripada pemikiran kreatif kanak-kanak. Hal ini demikian kerana aktiviti yang dicadangkan adalah sama, namun begitu perlaksaan aktiviti tersebut mungkin berbeza bagi setiap individu mengikut cara pemikiran mereka. Oleh itu pemikiran kreatif akan dijana pada ketika ini. 4.5 Peringkat Kajian Semula Dalam teori perkembangan kreativiti kanak-kanak yang dikemukakan oleh Fisher ini, peringkat kajian semula merupakan peringkat terakhir yang dibincangkan. Peringkat ini merupakan peringkat untuk menilai segala tindakan yang telah diambil dalam aktiviti yang dijalankan sama ada mencapai objektif yang ditetapkan atau tidak. Peringkat ini juga merupakan peringkat bagi mengenalpasti penambahbaikan dan cadangan yang boleh dilakukan bagi melaksanakan aktiviti susulan pada masa hadapan. Pada peringkat ini juga segala elemen negatif dan positif perlaksanaan aktiviti akan dibincangkan. Hal ini kerana bagi menjalankan penambahbaikan dan menjana idea baru bagi mengelakkan kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dalam aktiviti susulan yang bakal dilakukan. Melalui peringkat ini juga kanak-kanak akan dirangsang untuk mengeluarkan idea-idea baru bagi penambahbaikan yang boleh dibuat serta refleksi diri boleh dilakukan terhadap mereka bagi aktiviti yang dijalankan itu. Hal ini demikian kerana pemikiran kanak- kanak dapat dijana melalui sumbang saran idea yang dilakukan.
  • 11. 11 5.0 Cara Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak sebagai contohnya melalui permainan atau pembelajaran melalui bermain. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Kenyataan ini menunjukkan bahawa sifat kreativiti dipunyai oleh setiap individu termasuklah kanak- kanak dan kreativi tersebut haruslah dipupuk dan dibentuk serta dicungkil melalui pelbagai cara seperti penggunaan bahan dan peralatan serta pengalaman deria, pengajaran dan pembelajaran fleksibel, rangsangan 5.1 Penggunaan Bahan dan Peralatan Penggunaan peralatan dan bahan merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Alatan alat tulis bewarna seperti warna air, krayon, pensil warna dan sebagainya boleh digunakan di dalam kelas untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk meluahkan emosi atau bakat mereka melalui penggunaan warna yang pelbagai. Guru juga boleh menggunakan peralatan media bagi meningkatkan kreativiti kanak-kanak seperti penggunaan alatan ICT, rakaman video, gambar dan sebagainya. Melalui penggunaan alatan yang pelbagai, kanak- kanak akan lebih berminat untuk belajar di dalam kelas. Apabila proses pembelajaran berlaku, maka perkembangan kognitif kanak-kanak menunjukkan proses yang sama. Keadaan ini semestinya akan meningkatkan kreativiti kanak- kanak dalam menjana pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru. 5.2 Pengalaman Deria Secara umumnya proses pembelajaran yang menggunakan deria secara keseluruhan yang melibatkan deria, bau, dengar, rasa dan lihat akan mewujudkan sesi pembelajaran yang berkesan. Sesi pembelajaran akan menjadi lebih aktif dengan pengunaan kesemua deria ini. Sebagai contohnya bagi pembelajaran yang menggunakan visual, guru boleh menggunakan sebarang peralatan bergambar,
  • 12. 12 grafik yang cantik dan grafik bergerak seperti filem. Kanak-kanak akan lebih mudak memahami tentang perkara yang hendak disampai oleh guru mereka dan mempunyai gambaran yang jelas mengenainya. Guru juga boleh mewujudkan pembelajaran secara auditori bagi mencungkil minat dan kreativiti kanak-kanak mengenai proses pembelajaran yang dilakukan. Guru boleh mewujudkan interaksi interaktif dengan kanak-kanak melalui beberapa soalan yang ditanya. Soalan yang ditanya oleh guru akan merangsang pemikiran kanak-kanak untuk berfikir secara positif dalam menyelesaikan persoalan yang diberikan kepada mereka. Setiap idea yang dinyatakan oleh kanak-kanak hendaklah diambil perhatian oleh guru. Hal ini kerana jika pendapat yang diberikan oleh kanak-kanak tidak dilayan oleh guru, kanak-kanak mungkin akan malu atau takut untuk bertanya kepada guru mereka pada waktu lain. Keadaan ini semestinya akan mendatangkan kesan buruk kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak. Pembelajaran secara kinestetik juga merupakan pembelajaran yang melibatkan pengalaman deria. Kanak-kanak biasanya akan lebih efektif melalui penggunaan kaedah ini. Kaedah ini boleh melibatkan pergerakan kanak-kanak dan sentuhan. Sebagai contohnya guru boleh melibatkan kanak-kanka untuk melakukan sebarang pergerakan seperti aktiviti teater, menari, permainan dan sebagainya. Kanak-kanak akan begitu teruja untuk melakukan aktiviti yang diberikan kerana kaedah ini akan melibatkan pengalaman sebanar kanak-kanak. Oleh itu, jika kesemua deria ini digunakan dalam pembelajaran, pemikiran kreatif kanak-kanak pasti dapat dikeluarkan melalui aktiviti yang dilakukan. 5.3 Masa Masa juga merupakan perkara penting yang harus dititikberatkan dalam meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kanak- kanak mempunyai daya penumpuan yang singkat dalam sesuatu masa. Kanak- kanak tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada pembelajaran
  • 13. 13 mereka sepanjang hari terutamanya pada waktu petang. Guru seharusnya menyusun sesi pembelajaran dengan baik bagi memastikan kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna seterusnya membolehkan kanak-kanak tersebut meneroka, berfikir dan membuat sebarang eksperimen. Keadaan ini semestinya akan memberikan pengalaman yang baru kepada kanak-kanak seterusnya telah merangsang kanak- kanak untuk lebih kreatif. 5.4 Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Dalam menigkatkan kreativiti kanak-kanak, guru juga haruslah lebih fleksibel terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kadang kala guru mungkin boleh mengubah cara pengajaran di dalam kelas mengikut cadangan dan idea daripada kalangan kanak-kanak. Sebagai cotohnya guru akan menerangkan terlebih dahulu tentang tema pengajaran minggu tersebut dan guru akan bertanya mengenai cadangan dan idea untuk aktiviti yang boleh dilakukan mengenai tema pengajaran tersebut. Kanak-kanak akan mengutarakan pendapat mereka dan mereka akan berusaha menyakinkan guru untuk melaksanakan idea tersebut. Kanak-kanak akan memerah otak mereka untuk memikirkan idea dan sebab bagi perlaksanaan aktiviti tersebut untuk diterima oleh guru. 5.5 Rangsangan Terdapat pelbagai rangsangan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kreativiti kanak-kanak seperti mempamerkan hasil karya kanak-kanak di dalam kelas. Jika guru mempamerkan hasil karya kanak-kanak di dalam kelas, mereka akan merasakan hasil karya mereka dihargai dan ingin melakukannya dengan lebih baik bagi membolehkan guru mempamerkan hasil karya mereka di dalam kelas. Guru juga boleh menggunakan sebarang pujian atau galakkan motivasi sebagai rangsangan untuk kanak-kanak menghasilkan karya mereka.
  • 14. 14 Uzi Dollah (1996) berpendapat guru berperanan besar dalam mempertingkatkan motivasi para pelajar untuk belajar. Di sini boleh dilihat bahawa peranan dan tidak balas guru terhadap sesi pembelajaran di dalam kelas akan memberi kesan terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu guru perlu memberikan peneguhan positif bagi memastikan kanak-kanak ingin mencuba untuk menghasilkan sesuatu yang baru serta boleh meningkatkan kreativiti mereka dalam penghasilan karya baru. Guru juga sepatutnya mengelakkan penggunaan peneguhan negatif yang keterlaluan bagi hasil karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Keadaan ini bagi mengelakkan kanak-kanak patah semangat serta berputus asa untuk mencubanya kembali. Skinner (1977) turut mengatakan bahawa hukuman tidak sesuai digunakan dalam kegiatan pembelajaran. Hal ini kerana pengaruh hukuman terhadap perubahan sesuatu perkara adalah bersifat sementara, namun kesan psikologi buruk mungkin berlaku dalam tempoh masa yang lama. Oleh sebab itu peneguhan negatif tidak sesuai digunakan dalam meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak akan lebih bermotivasi jika guru cuba memberitahunya secara baik dan guru hendak melihat karyanya dengan lebih banyak dalam pelbagai versi. 5.6 Hormat-menghormati Sebagai seorang guru yang bitara, guru haruslah bersikap rasional terhadap karya yang dihasilkan oleh murid mereka terutamanya kanak-kanak. Sebagai contohnya guru seharusnya menghormati setiap karya yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak dengan menunjukkan komitmen dan respon yang diberikan bagi karya-karya yang telah dihasilkan. Indrawati (2003) mendapati faktor pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi kanak-kanak. Oleh itu jika guru tidak boleh menunjukkan komitmen mereka terhadap karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak, kanak-kanak mungkin tidak mahu menghasilkan karya lain . Tambahan pula akan kanak-kanak akan berasa sedih mengenai komitmen negatif yang ditunjukkan oleh guru terhadap karya mereka.
  • 15. 15 6.0 Aktiviti yang Boleh Merangsang Pemikiran Kreatif Kanak-kanak Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh digunakan dalam merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak seperti pembelajaran interaktif atau belajar melalui bermain. Menurut Daucer & Pangrazi (1983), pengalaman peringkat awal kanak-kanak harus ditumpukan kepada pergerakann kreatif yang mempunyai pelbagai fungsi tertentu seperti pertumbuhan perkembangan psikologi dan mental, fisiologi dan motor serta rohani dan sosial. Pergerakan kreatif boleh diwujudkan dalam pembelajaran interaktif dan pembelajaran melalui bermain. Oleh itu aktiviti ini penting dalam merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Gallahue (1987) berpendapat pergerakan kreatif dapat membantu proses pembelajaran berlaku secara menyeluruh meliputi peringkat awal kehidupan dan pendidikan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana pergerakan kreatif kanak-kanak seperti aktiviti bermain akan membantu kanak-kanak mengalami perkembangan secara menyeluruh terutamanya dalam perkembangan fizikal, rohani, jasmani, sosial dan intelek. Keadaan ini kerana badan yang cergas semestinya akan membentuk otak yang sihat. Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan dalam merangsang pemikiran kreatif kanak- kanak adalah permainan puzzle, permainan doh, permainan lego, permainan catur, kubus rubiks dan aktiviti luar. 6.1 Permainan Puzzle
  • 16. 16 Antara aktiviti yang boleh digunakan bagi merangsang pemikiran kreatif kanak- kanak adalah permainan puzzle. Permainan puzzle merupakan permainan yang melibatkan penyusunan kepingan gambar sehingga menjadi sebuah gambar yang lengkap. Permainan puzzle terdiri daripada pelbagai jenis gambar, warna dan saiz. Dalam melaksanakan permainan ini, kanak-kanak dikehendaki menyusun serpihan kecil gambar bagi menjadikannya sebuah gambar lengkap. Permainan ini memerlukan penelitian bagi memastikan serpihan gambar yang dicantumkan adalah tepat, kanak-kanak juga harus mengingati susunan tersebut dengan betul bagi menyelesaikan gambar yang hendak dicantumkan. Melalui permainan puzzle kanak-kanak dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam matematik seperti memahami konsep warna, bentuk, jumlah dan ukuran. Bagi kanak-kanak yang pintar cerdas, mereka boleh diberikan puzzle yang lebih kompleks dari segi warna dan gambar bagi menguji serta meningkatkan keupayaan kognitif mereka dalam menyelesaikan cantuman puzzle tersebut. Bagi kanak-kanak normal, mereka haruslah diberikan permainan ini pada tahap biasa. Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat meningkatkan pemikiran kreatif melalui masalah cantuman kepingan kecil puzzle tersebut. 6.2 Permainan Doh Pemikiran kreatif kanak-kanak juga boleh dirangsang melalui permainan doh. Permainan doh merupakan permainan yang melibatkan penggunaan doh yang
  • 17. 17 diperbuat daripada tepung dan pewarna makanan yang pelbagai. Doh yang digunakan dalam permainan ini mudah dibentuk kepada pelbagai objek kerana doh tersebut merupakan struktur bahan yang lembut, malah doh tersebut juga tidak merbahaya digunakan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak boleh menghasilkan pelbagai bentuk mengikut idea dan kreativiti mereka. Oleh itu permainan ini dapat meningkatkan pemikiran kreatif kanak-kanak kerana kanak-kanak akan menjana idea mereka untuk menghasilkan bentuk-bentuk yang berbeza yang disukai dan digemari mereka. Kanak-kanak juga akan memilih warna doh yang pelbagai bagi menghasilkan bentuk-bentuk yang lebih menarik. Permainan doh ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak melalui penggunaan jari untuk menghasilkan bentuk yang pelbagai. Kanak-kanak juga akan melahirkan perasaan yang seronok dan gembira melalui penghasilan karya mereka yang pelbagai. 6.3 Permainan Lego Permainan lego juga merupakan salah satu permainan yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Lego merupakan sejenis alat permainan yang berbentuk bongkah plastik dan terdiri daripada pelbagai warna yang menarik. Terdapat beberapa jenis permainan lego yang terdapat di pasaran seperti lego basic, lego piraks, lego town dan banyak lagi. Cara bermain permainan ini adalah melalui proses penyusunan dan penyantuman bongkah-bongkah lego bagi menghasilkan satu model yang sempurna dan lengkap.
  • 18. 18 Permainan lego akan menguji tahap pemikiran kanak-kanak dalam menghasilkan bentuk yang pelbagai. Daya imaginasi kanak-kanak yang kuat akan mendorong mereka menghasilkan pelbagai model lego yang menarik seperti bentuk model bangunan, model kereta, model rumah, model kapal terbang dan sebagainya. Gabungan daya imaginasi dan daya pemikiran yang kreatif akan menghasilkan bentuk model yang cantik dan pelbagai. Pemikiran kreatif akan meningkat melalui permainan ini kerana mereka perlu menjana idea bagi menghasilkan model yang pelbagai dengan menggunakan bongkah lego yang berwarna-warni. 6.4 Permainan Catur Permainan catur pula merupakan satu permainan yang berbentuk perang abstrak atau juga dikenali sebagai permainan seni mempertahankan diri yang memerlukan kemahiran kognitif yang tinggi dalam menyelesaikannya. Permainan ini terdiri daripada papan bersaiz 8X8 petak iaitu 64 petak berwarna terang dan gelap yang bersilih ganti. Manakala askar-askar permainan catur pula terdiri daripada lapan bidak, dua satria, dua gajah, dua tir, satu menteri dan satu raja. Permainan memerlukan kemahiran dan strategi bagi melawan pihak lawan. Kanak-kanak berumur tiga hingga empat tahun boleh dilatih bagi permainan ini. Permainan catur sangat bagus digunakan bagi melatih perkembangan kognitif kanak-kanak kerana mereka perlu berfikir bagi merancang strategi permainan ini untuk melawan pihak musuh atau pihak lawan. Oleh itu permainan ini akan meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak seterusnya merangsang kanak-kanak
  • 19. 19 untuk berfikir dengan lebih teliti dan kompleks dalam menyelesaikan masalah yang rumit. Maka keadaan tersebut akan menyebabkan proses perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku dengan baik. 6.5 Kubus Rubiks Bagi merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak, permainan kubus rubiks juga boleh digunakan. Kubus rubiks merupakan permainan yang telah diperkenalkan oleh Prof. Emo Rubik yang berasaskan permainan teka-teki mekanik. Permainan ini melibatkan penggunaan kiub plastik yang berbentuk kubus dan boleh didapati dalam empat versi iaitu kiub poket (2x2x2), kiub piawai (3x3x3), dendam rubik (4x4x4) dan kiub profesor (5x5x5). Permukaan kiub biasanya disertakan dengan pelekat yang terdiri daripada enam warna dengan satu warna pada setiap sisi kiub. Permainan ini memerlukan keupayaan daya kognitif yang tinggi bagi membolehkan individu yang menyusun warna-warna kiub tersebut dalam kelompok yang sama mengikut masa yang ditetapkan. Permainan kubus rubik ini merupakan salah satu permainan yang digunakan untuk membantu kanak-kanak mengenali dan memahami objek yang berbentuk 3D. Permainan ini juga merupakan permainan yang memerlukan strategi dan langkah yang tepat bagi menyelesaikan penyusunan warna kiub mengikut masa yang telah ditetapkan. Oleh itu aktiviti permainan ini akan merangsang kanak-kanak untuk berfikir lebih kreatif bagi merancang dan melaksanakan permainan tersebut dengan cepat dan tepat.
  • 20. 20 6.6 Aktiviti Luar Aktiviti terakhir yang dicadangkan bagi meningkatkan pemikiran kreatif kanak- kanak adalah aktiviti luar kelas. Terdapat pelbagai aktiviti luar yang boleh digunakan dalam merangsang pemikiran kanak-kanak seperti membina istana pasir, bermain di taman permainan, membina kebun sayur dan sebagainya. Kadang kala guru perlu melakukan kepelbagaian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran terhadap mereka. Keadaan ini penting bagi memberikan situasi dan persekitaran yang berbeza kepada kanak-kanak dan mengelakkan kanak-kanak merasa bosan duduk di dalam kelas sahaja. Kekreatifan guru akan membantu kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti. Permainan luar ini dikatakan mampu meningkatkan pemikiran kreatif kanak- kanak kerana mereka mempunyai pengalaman baru belajar di luar kelas. Sebagai contohnya melalui aktiviti membina istana pasir di pantai atau di luar kelas prasekolah dan tadika. Kanak-kanak akan merasa teruja untuk membina istana impian mereka sendiri, malah mereka akan berusaha untuk membina istana raja yang terbaik bagi dinilai oleh guru. Hal ini kerana kanak-kanak amat sukakan pujian dan kata-kata yang positif. Pembinaan istana pasir mampu meningkatkan daya imaginasi dan daya kreativiti kanak-kanak melalui pembinaan istana pasir yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut.
  • 21. 21 7.0 Kesimpulan Kesimpulannya pemikiran kreatif kanak-kanak berkembang sejak awal usia mereka lagi. perkembangan kognitif yang baik akan merangsang pertumbuhan otak yang baik bagi kanak-kanak. Di sini semua pihak haruslah bekerjasama dalam membantu meningkatkan pemikiran kreatif kanak-kanak dengan penggunaan pelbagai aktiviti yang menarik dan jelas. Perkembangan kognitif kanak-kanak haruslah dipandang serius bagi memastikan kanak-kanak tidak mengalami masalah dalam kehidupannya. Hal ini kerana jika salah satu elemen dalam badan kanak-kanak berlaku dengan tidak seimbang, perkara tersebut akan mengakibatkan aspek-aspek lain turut terganggu. Ibu bapa, guru dan masyarakat haruslah mengambil langkah inisiatif dalam membantu kanak-kanak menyuburkan perkembangan pemikiran kreatif mereka. Ibu bapa boleh mengaplikasikan pelbagai cara dalam membantu merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak mereka dirumah seperti menyediakan permainan doh, lego dan sebagainya. Guru pula haruslah membentuk pembelajaran interaktif atau pembelajaran melalui bermain bagi menarik minat kanak-kanak untuk belajar di dalam kelas seterusnya merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak tersebut. Pemikiran kreatif kanak-kanak penting dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta membolehkan kanak-kanak lebih memahami mengenai proses pembelajaran tersebut. Masyarakat pula haruslah mendorong kanak-kanak disekeliling mereka dengan memberikan dorongan dan semangat kepada kanak-kanak ini. Jika keadaan tersebut berlaku, pemikiran kreatif kanak-kanak pasti boleh dirangsang dengan baik.
  • 22. 22 Bibliografi Amabile, T. M. (1987). The Motivation to be Creative. NewYork: Springer Verlag. Amabile, T. M., Hill, K. G., Hennessey, B. A. and Tighe, E. M. 1994. The Work Preference Inventory: Assessing Intrinsic and ExtrinsicMotivational Orientations. Journal of Personality and Social Psychology, 56 (5), 950-967. Feldhusen,J.F. 1995. Creativity: AKnowledge Base, Metacognitive Skills, and Personality Factors. Journal of Creative Behavior. 29(4), 255-268. Harris, D. B. (1963). Children’s as Measure of Intelligence Maturity, New York: Harcourt, Brace & World. Jonassen, D. H. (1998), Designing Constructivist Learning Environment 1. In C. M. Reigeluth (ed.), Instructional Theories and Models, 2nd Ed., Mahwah, NJ: Lawrence, Erlbaum. Mok Soon Sang (2008). Perkembangan Kanak-kanak, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Nuthall, G. (1996). Commentary: Of Learning and Language and understanding The Complexity of The Classroom. Educational Psychologist, 31, 207-214 Ormrod, J.E. (2003). Educational Psychology: Developing Learners. Upper Saddle River, NJ: Pearson Education Inc. Convay, J. (1997). Educational Technology’s Effects on Models of Instruction. (Article posted May, 1997). Diambil pada 19 April 2013 daripada http://udel.edu/~jconway/EDST666.htm. Figg, G. (2003). Children’s Drawing. Dalam Janet Atkin (Ed.) Early Education Child Development Series. Diambil pada 20 April 2013 daripada http://www.early- education.org.uk/1leaflet1.htm